Abdullah dan Najib

1. Kita di beritahu oleh Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah
bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh
itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan
Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada
dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti
Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa
apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan
sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun
Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama
yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri
dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6.
Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan
semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar
dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan
tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan
Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter)
adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk
jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato
Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak
ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan
kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan
menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa
seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia
patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah
negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila
menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia
akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk
pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan
serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini
ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian
yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri
Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian
yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60
pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk
bertanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan
Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11.
Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung.
Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak
akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya,
Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak
dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya
boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam
Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi
yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi
gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada
Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej
pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan
barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan
Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh
itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib
menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato
Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan
Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau
bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang
hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan
pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato
Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya.
Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.

58 thoughts on “Abdullah dan Najib”

  1. salam chedet…rindunya saya pada chedet dgn istri…
    tapi terubat juga sbb skarang wajah chedet ada juga keluar tv.tapi tak nampak buah hati saya lagi sorang..isk..isk..tun CT.
    rindu betul dekat dier…tapi tak apalahh..saya dan keluarga tetap sayang pada chedet berdua.
    saya masih mengharap menggunung kalo chedet ambil semula jawatan PM…tapi bukanlah nk suruh selama-lamanya cuma ambil sepenggal dan chedet cariklah menteri2 yg layak sahaja untuk menggantikan yg ada sekarang…makin parah kami si miskin ini di bawahh…
    ekonomi terus teruk..dengan kehadiran mereka.dulu tahun 1997 dgn 1998 pun ekonomi teruk juga…tapi chedet pandai mengatur langkah…
    chedet galakkan kami membeli barangan buatan malaysia supaya duit kita tak mengalir keluar.tapi pak lah boleh blah nihh..habih lingkup malaysia di buatnya…perasaan amarah ini tak tertanggung rasanya.
    saya ingatkan kalau masa chedet umumkan perletakkan jawatan dulu…hanya dalam tahun itu saja tangisan saya utk chedet..rupanya…smpi sekarang tangisan saya masih berterusan kerana rindukan chedet berada di tempat chedet dulu.
    saya ini mmg tidak berdaya..kerana saya rakyat biasa…salaha cakap nanti masuk ke dalam pulak saya.tapi di sini ingin saya memberitahu dari hari saya..bahawa saya benci kerajaan sekarang…sangat benci kerana banyak menyusahkann..
    entahlah..apa2 pun doa saya sentiasa untuk chedet dan istri tersayang…dia selalu berada bersama chedet walau dimana chedet berada.dia lah wanita besi idaman saya.bukan si raidah tuu..tak seswaiii hehehee….
    salam teramat sayang buat chedet dan istri…rinduuuuuu…sangatt…

  2. Pastu bila harga minyak naik suruh orang sesuaikan dengan keadaan…. nak suruh orang tanam ubi kayu….apa ni??? Kami dok umah flet, mana ada tanah ratuih relong nak tanam ubi… ingat kami ni lembu?, kambing?, arnab ka? nak pediah ubi kayu….Bagi pandangan bukan nak membina tapi nak bagi org sakit hati saja…
    Biaq Jasa Jadi Kenangan……
    Hijau kunin lambang kemegahan…
    -Nuhairi-
    Collegian Old Star 90 (SAHC)

  3. saya harap pak lah letak la jawatan segera,sekarang ni saya benar rasa hidup saya susah tak macam masa tun ada dulu,rasa macam terbela,tun juga tak lari dari buat kesilapan tapi kebajikan rakyat masih terjaga

  4. askum Tun..
    sy amat takut jika wawasan 2020 yang Tun perkenalkan tidak akan menjadi…lihatlah sekarang projek yang Tun laksanakan sebelum Tun bersara telah di batalkan Pak Lah.Pada saya projek jambatan untuk menggantikan tambak johor adalah idea yang sungguh bernas.tapi dengan sewenangnya pak lah membatalkan projek tersebut.pak lah nk buat jambatan baru kat penang….

  5. assalamualaikum ayahanda Tun..
    Sejujurnya siapakah yang layak menjadi perdana menteri negara Malaysia ini? Di hati kecil ayahanda..benarkah ia menyebutkan DS Najib? atau ada D. Muhyidin atau ada orang lain..(?)
    Dari sehari ke sehari, rakyat dibawah ini bertanya sesama sendiri..bila Abdullah Badawi hendak berhenti ni? Bila? Bila? Mana satukah pemimpin yang mampu mengembalikan kegemilangan seperti di zaman ayahanda Tun..
    Pada waktu itu, rakyat yang bergaji kecil di bawah ini, bukanlah mewah sangat tetapi masih mampu makan nasi 3 kali sehari atau lebih dari itu jika mahu.
    Hakikatnya kini, selepas PRU12..selepas kenaikan harga minyak..boleh dikatakan setiap hari apabila ke kedai atau ke pasar ada sahaja barang yang naik harga..Kenaikannya bukannya sesen dua..atau sepuluh sen atau dua puluh sen…kenaikan antara RM 1.00- RM 3.00…
    alangkah sengsaranya kehidupan rakyat yang hidup miskin..bekerja sendiri dan berpendapatan rendah begitu juga penjawat awam yang berjawatan kecil dan bergaji rendah!!! Makan nasi pun sekali sehari saja…sampai begitu sekali..
    Abdullah Badawi kata..ada program melantik 2000 graduan yang menganggur untuk di tugaskan sebagai pemantau harga..Ke mana mereka? Tak nampak perubahan apa-apa pun..Yang pastinya..harga barang makanan tetap naik..naik dan naik!!!!! Sehinggakan tekanan darah rakyat pun jadi naik sebab bengang dengan kerajaan yang ada sekarang ni..LEMAH! LEMBAB! KURANG BIJAK! DEGIL! TAK MAHU DENGAR NASIHAT!!!
    Ayahanda Tun!!!
    Mengapakah tiada suara yang berani di kalangan menteri-menteri itu? yang mereka tahu menegakkan benang basah! hari-hari ada propaganda di radio tentang benarnya tindakan kerajaan hari ni menaikkan harga minyak!!! hari-hari duk siarkan..hari-hari ungkit pasal subsidi yang telah dikeluarkan untuk beras..
    Ayahanda Tun..
    Kami rakyat tak mau lagi Abdullah Badawi..TAK MAHU..TAK MAHU..!!!..

  6. Yang dihormati & dikasihi Tun,
    Saya pernah melihat Tun in person ketika di Nikko Hotel pada satu persidangan antarabangsa and you acknowledge me. Saya dapat merasakan karisma yg ada dalam diri Tun dan gambaran itu masih lekat di ingatan saya.
    Saya bukanlah seorang yg meminati politik, cuma sekadar pemerhati. Saya dapat merasakan kemakmuran semasa pemerintahan Tun ketika saya masih belajar dan bekerja. Betapa saya yakin Tun akan dapat menangani kemelut ekonomi 1997 dan saya betul.
    Saya memang kurang yakin dengan pemerintahan sekarang, sejak dari saat Tun melepaskan jawatan PM. Saya menitiskan airmata saat itu dan hati gundah gulana memikirkan nasib diri dan negara yg tercinta juga masa depan generasi yg seterusnya.
    Bagi saya juga, Anwar tidak sesuai menjadi PM (pasti ramai penyokongnya yg marah) kerana beliau meletakkan kepentingan dirinya dan cita-citanya melebihi yg lain. Dan beliau sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamatnya.
    Bagi TPM pula, buat masa ini saya rasa beliau tidak dapat menyerlah kerana diselubungi cabaran permasalahan di sekelilingnya. Namun saya percaya jika beliau berjaya mengatasinya dan bersikap lebih tegas serta mendengar pandangan mereka yg lebih arif seperti Tun, beliau boleh.
    Saya juga sedih dgn kemelut negara sekarang. Kami memilih pemimpin semasa PRU12 (tidak kira BN atau PKR) utk melakukan kebaikan kpd rakyat & negara. Bukan utk melihat mereka bercakaran sesama sendiri hingga mengabaikan kepentingan rakyat. Tetapi itulah yg berlaku sekarang. Pemerintah BN dgn PKR. PKR sesama sendiri (berlainan parti). Malah BN dgn BN juga turut tak sehaluan. Bagaimana mereka hendak memerintah dan mendengar rintihan kami serta menyelesaikan masalah yg negara hadapi sekiranya mereka sibuk bercakaran sesama sendiri.
    Saya sentiasa doakan kesejahteraan Tun & keluarga. Moga Tun sentiasa berada di dalam keberkatanNYA. Amin.

  7. Assalammualaikum YBhg Tun, saya maseh tak faham akan PM sekarang ni yang maseh tidak mahu memahami akan situasi, dan lebih dasyat lagi tidak langsung memperdulikan pandangan Tun.
    Pada pandangan saya juga, TPM kini di dalam keadaan yang serba salah dan perlu bijak menangani keadaan, malangnya beliau maseh tidak menonjolkan diri untuk bersedia mengambil aleh kuasa.Apa yang menghalang beliau ini untuk mengambil aleh kuasa?
    PM tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara kerana berdepan dengan Parti Pembangkang yang making kuat.Apa yang perlu dibuktikan oleh Pak Lah ni. dah terbukti segala keputusan yang di buat oleh beliau kononnya sebagai untuk “surprise” semuanya gagal. Keputusan Pak Lah kononnya nak mengikut jejak Tun, nak bagi “surprise” kat raayat, semua tak menjadi, dan saya merasa meluat. Atas pimpinan beliau yang suka kononnya membuat keputusan “last minute” juga telah menyebabkan saya menjadi mangsa keadaan.
    Tun, saya percayakan akan apa jua tindakan tun kerana bagi saya Tun dah tak ada apa lagi yang diperlukan di dunia ini selain dari hendak menyelamatkan bangsa kita. Tak kah dia orang faham bahawa Tun bukan nak kuasa tapi nak menyelamatkan Malaysia.
    Harap Tun dan Pemimpin lain akan terus berjuang ke titisan terakhir untuk menyelamatkan Malaysia, atasi Anuar Ibrahim yang terlalu dahagakan kuasa dengan bijak.
    Salam Tun.

  8. Para pemimpin sekarang ini haruslah bertanggungjawap di atas rakyat sekarang..kerana rezeki yang Allah berikan kebanyakan dirampas dari mereka yang tidak sepatutnya dari mulut rakyat..maka jawaplah mereka nanti di SANA
    WANG merupakan TUHAN bagi mereka sekarang ini….
    FITNAH merupakan mainan suka2 mereka…..
    Seolah-olah…AKHIRAT tidak akan wujud kerana itu semua telah HILANG di dalam hati mereka..
    INGATLAH…seharusnya sekarang ni…..
    Sekiranya kita membeli kereta baru…kita di bekalkan BUKU PANDUAN…
    Bagi Manusia pulak sudah ada BUKU PANDUAN itu…adalah AL-QURAN

  9. Tun
    Adakah kita benar-benar ketandusan ciri-ciri yang betul-betul mempunyai mampu memimpin rakyat jelata. Sekiranya saya perhatian seorang demi seorang barisan yang ada khasnya dari parti UMNO tiada seorang pun yang mempunyai kuasa X daya pengaruh yang mampu mengubah tingkahlaku, pemikiran dan sikap masyarakat seperti mana Tun telah tunjukkan semasa memerintah Malaysia dahulu. Yang ada pun sekarang adalah seorang akan tetapi bukan dari kalangan barisan pemerintah sekarang.
    “Everybody can be a leader but not everybody can be a good leader”
    Pasai apalah Tun letak jawatan dahulu. Manalah Tun dapat ilham dengan tiba-tiba jer Tun mengistiharkan nak letak jawatan. Saya hairan bin ajaib adakah pengistihran tersebut dibuat secara spontan tanpa Tun sedari atau Tun sudah rancangkan lebih awal? Lihat apa dah jadi sekarang. Harapkan pagar-pagar makan padi. Huru-hara satu Malaysia. Orang Melayu sebenarnya telah hilang punca dan kalut. Tiada seorang pun barisan pemimpin yang ada sekarang tak kira di kalangan pemerintah ataupun pembangkang yang benar-benar mampu memandu minda, mengangkat martabat warga dipersada negara di pentas antarabangsa, memercikkan mutiara ilmu dan membijaksanakan cara berfikir rakyat.
    Mereka-mereka itu tiada sebesar hama pun bagi saya dalam hati mereka tertanam semangat perjuangan untuk memartabatkan bangsa agar bangsa Melayu dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Semuanya berjuang untuk mengisi tembolok dan perut mereka sendiri.
    Tun
    Inilah paling menyedihkan saya sebagai rakyat Malaysia khasnya yang berbangsa Melayu. Jelas disini seperti kata pantun Melayu
    Berburu kepadang datar
    Dapat rusa berbelang kaki
    Berguru kepalang ajar
    Bagaikan bunga kembang tak jadi.
    Kenapalah Tun tak didik dan tanamkan dalam diri mereka untuk jadi pemimpin yang benar-benar ada semangat perjuangan yang tulin dan tulus ikhlas untuk membela nasib rakyat dahulu. Kalau ada pun itupun yang sorang tu….tapi nasiblah Tun dia pun jenis spesis bunga kembang tak jadi juga. Bagi saya memang patut pun Tun sepak terajang dia masa tu walaupun saya tak percaya alasan Tun pecat dia sebab dia selalu lewat datang kerja. Saya benar-benar rasa keliru, hampa, kecewa dan tak tahu nak percaya pada siapa dan berharap pada siapa lagi untuk menerajui negeri bertuah dan berdaulat ini.
    Akan tetapi saya percaya kita mesti terus bersemangat untuk terus berjuang, ini adalah kerana hidup tanpa semangat adalah ibarat pohon yang tumbuh di atas tanah yang tandus dan kekeringan.
    Berjuang untuk membela nasib bangsa dan Negara. Walaupun getar dan gelombang yang Tun hasilkan sekarang adalah kecil akan tetapi diluar-luar sana ia bakal halilintar membelah bumi, bergema dan terus bergema. Saya hormat Tun kerana pada zaman Tun negara kita tidak mudah diperkotak-katikkan dan Tun berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ekonomi membangun dengan berbagai-bagai kemajuaan. Apa telah terjadi sekarang? Rakyat berpecah-belah, ekonomi semakin mengucup, rakyat rasa tertekan rasa tak tertanggung beban yang hendak dipikul dan paling memualkan bangsa Melayu bercakaran sesama sendiri, cerca-mencerca, hina menghina antara satu sama lain macam tak ada kerja lain nak buat.
    Saya dah terlalu mual lah Tun betul-betul tak tahan dah nih…Tolonglah nasihat sikit mereka-mereka tu sikit…janganlah putus asa. Saya percaya Tun mampu lakukannya.
    Saya ni tak adalah menyokong mana-mana pihak tapi sebagai anak Melayu saya rasa terpanggil untuk meluahkan isi hati tak tahu pada siapa saya nak mengadu. Barangkali saya boleh mengadu pada Tun saya yakin Tun mampu untuk berbuat sesuatu.
    Saya tidak mahu anak cucu saya berterusan diperkotak-katik, di pandang hina dan menjadi hamba di bumi sendiri.
    Atas robohan kota melaka
    kita bangunkan Putra Jaya
    Atas kesedaran semangat bangsa
    Martabat bangsa kita perjuangkan jua!
    Princeofpeace
    [email protected]

  10. dear Tun,
    Tak ada apa-apa yang kerajaan sekarang buat untuk rakyat, dia orang lebih suka buang masa dengan memburukkan pemimpin terdahulu yang satu dunia tahu kemampuannya memimpin negara.
    Terima kasih.

  11. Dear Tun,
    We are Malaysian Chinese who have migrated to Singapore for better opportunities. Once, we are proud Malaysian. Now we are totally disappointed with our Malaysia Government. We have lost confidences in our government and rather be a 2nd class citizen in other countries because we felt the same in our own country.
    UMNO is too cocky. Pak Lah is a very weak leader and we have no confidences in Najib either. We need a leader who can lead and aggressive. Is there anyone who is as good as you?
    We wish you and your family the best in health. Please continue to voice out your comment despite being attack by various people.
    We truely value the commitment that you have given to us as a Prime Minister and we love and respect you.

  12. Salam berbahagia kepada Tun sekeluarga.Diharap semoga Tun sekeluarga berada didalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga.ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk melawat serta memberi komen didalam laman blog ini.Untuk pengetahuan Tun,saya yang berumur 25 tahun berpeluang bernaung dibawah 2 kepimpinan tertinggi negara iaitu semasa di zaman Tun dan juga AAB..telalu banyak perbezaan diantara kedua=dua ini..semasa zaman tun dahulu cara hidup kami rakyat Malaysia berasa lebih terbela..saya mempunyai satu hajat,jikalau boleh saya ingin berjumpa Tun…Assalamualaikum

  13. Assalamualaikum Tun,
    Doa kami semoga Tun sekeluarga selamat sejahtera,sihat walafiat dan di panjangkan umur selalu. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih diatas segala budi dan jasa mu kpd kami, rakyat Malaysia selama ini. Pengorbananmu, seorang pahlawan bangsa yg setakat ini tiada tandingnya….
    Saya adalah salah seorang rakyat malaysia yang sangat menyanjungi mu….seorang melayu yang mencintai UMNO walaupun tidak pernah sekali menjadi ahlinya…tidak pernah mengharapkan apa-apa selain dari sanggup bekerja kuat dan tidak berputus asa….
    Pernah satu ketika dulu, semasa saya mengalami satu detik hitam didalam hidup saya, dimana saya telah diswindled, diancam dan di harrassed day and nite sehingga saya telah keguguran…..masa itu saya sudah tak terdaya lagi untuk meneruskan hidup ini…..menangis siang dan malam, hidup dalam ketakutan dan kesedihan, rasa macam nak gila… Tapi, pd suatu pagi, dalam perjalanan saya diantara Ulu klang ke Ampang, tiba-tiba saya ternampak this beautiful, majestic looking twin towers, gleaming like beautiful jewels…standing tall and proud in the morning sun…it was the most inspiring moment of my life….as if you and your wife were looking down at me, smiling and telling me to be strong and never to give up despite of everything… Mulai hari itu, saya terus bersemangat dan start to pick up the pieces of my life..After eight years of going up n down the mahkamah, fifteen DPPs had handled n left my case, i managed to end the sad case..with whatever that’s left, my husband had built this little place for me, where I have created at least a hundred job opportunities for orang-orang kebiasaan, orang terpinggir dan orang-orang special…give them oppoturnities, dignities and help them have faith in themselves so that dapat di terima masyarakat…dan berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara.
    Dengan izin Allah, you have inspired me to be what I am today, a happy n contented person….thank you Tun, jasa mu akan kami sekeluarga kenang selama lamanya…Actually, you are my father after my late father…that is how much I love n respect you.! Tq

  14. Salam Buat Tun dan Keluarga.Semoga dikurniakan Rahmat dan kesihatan serta diangkat penyakit yang ada semoga dapat terus berjasa…..
    Kepada semua Melayu yg sedar akan keadaan porak perandanya melayu sekarang, bersama2lah kita berjuang…..saya akan bersama kalian walaupun saya orang Melayu seberang
    Kepada Melayu2 yg alpa dan pengampu Abdullah dan Anwar Ibrahim, sadarlah…. kedua2 mahluk ini sebenarnya penghianat bangsa kita.
    Sebenarnya Abdullah sengaja membuat jalan mudah bagi Anwar Ibrahim utk berkuasa semula….Beliau berlagak lemah supaya rakyat Melayu akan menolak kepimpinan beliau dan akan mencari saorang “pembela” yang akhirnya akan melantik Anwar sebagai “pembela” mereka.
    Ini cara mereka……Abdullah menaikan harga minyak supaya dgn ini beliau akan dapat meminta jasa baik Anwar utk pinjaman dana kepada penyangak matawang dunia dan IMF. Dgn cara ini peralihan kuasa dari Abdullah ke Anwar akan terlaksana kerana Anwar akan dianggap “penyelamat dan pembela Malaysia”.
    Kasihan Najib…..Abdullah memang keberatan utk menyerahkan kuasa pada Najib kerana takutkan Tun akan masuk UMNO semula….dan ini akan menjadikan tipu helah dan rencana Andullah/Anwar tidak akan berjaya
    Bilamana Anwar sudah berkuasa maka Zionist dan Amerika akan tercipta di Malaysia kerana inilah rekayasa mereka….
    TUN dan Semua Melayu yang ada,……Sewaktu saya bertugas di Timur Tengah (UAE,QATAR,KUWAIT,OMAN & BAHRAIN)ramai rakyat Timur Tengah menyanjungi TUN dgn mengatakan bahawa TUN itu bukan saja Perdana Menteri Malaysia tapi sebagi Menteri Umat Islam sedunia tapi sekarang mereka mengatakan Abdullah dan Anwar sebagai pengampu Zionist dan Amerika…..mereka benci pada kedua mahluk ini….
    Dari itu kepada Melayu2 yang masih belum sadar dan pengampu Abdullah/Anwar sedarlah bahawa kalian itu diperalatkan olih mereka.
    Kepada YB TUN…..Ingatlah…..”PERJUANGAN MU BELUM SELESAI” jadi Selamatkanlah Melayu dan Malaysia….Insya’Allah Amin…Amin…Amin Ya Rabbul ‘Alamin…..

  15. salam Tun,
    DSAAB lembut, DSN sifat suka senang. Wawasan 2020 sampai saya 6 kaki dibawah tanah pun xboleh capai.
    Saya percaya Pilihanraya Umum ke 13, Kepimpinan BN akan menjadi sejarah Malaysia selepas R.A.H.M.A.N.
    Saya sokong Tun mengambil keputusan keluar daripada UMNO, sebelum kepimpinan BN menjadi roboh. Sudah 100 hari, BN xhabis selesai hal dalaman lagi. Dari segi ucapan sudah boleh tahu, dulu Tun bagi ucapan, semua dalam otak. tapi PM hari ni macam baca suratkhabar. Ada otak xnak pakai, macam mana nak selesai hal BN.
    Saya doakan semoga allah akan nikmat kesihatan kepada Tun.
    Vincent

  16. Salam sejahtera kepada Tun sekeluarga
    Sepanjang pengetahuan saya selama 2 dekad Tun memerintah pelbagai dasar telah diperkenal dan dilaksanakan. Dasar-dasar tersebut berkesinambungan dan saling melengkapi. Pelbagai projek juga telah diluluskan, dibangunkan dan dilaksanakan untuk menyokong pencapaian setiap dasar yang diperkenalkan oleh Tun. Pada separuh penggal kedua pemerintahan Tun (saya telah celik pada masa itu) sangat mengkagumkan banyak pihak termasuk dari negara-negara luar. Pembangunan Langkawi, KLIA, SIC, MSC, Putrajaya, Bakun, dan banyak lagi daripada Dasar Buku Hijau hingga ke Dasar Perindustrian negara, semuanya bukan sahaja berjaya bahkan sangat berjaya. Ada antara projek-projek tersebut direka bentuk oleh para arkitek berdasarkan idea dan pemikiran Tun sehingga kerananya Tun diiktiraf sebagai Bapa Pemodenan Malaysia dan Arkitek Pembangunan beberapa projek seperti Langkawi, MSC dan Puterajaya. Kecintaan Tun kepada pembangunan Lanskap Negara memperlihatkan kehalusan budi dan ketelusan jiwa Tun sebagai pemimpin sebuah bangsa Melayu atau bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia amat terharu dengan semua itu dan kami berbangga mempunyai Tun sebagai pemimpin kami.
    Tetapi pada hemat saya, Tun gagal dalam satu perkara iaitu dalam hal mencari pengganti Tun untuk meneruskan kepimpinan dan pemerintahan negara. Saya tidak salahkan Tun dalam hal ini kerana sudah menjadi pegangan saya bahawa dalam setiap perkara baik mahupun buruk, ada hikmah tersembunyi disebaliknya.
    Semoga apa yang berlaku kini akan menjadi tonggak kepada pencapaian cabaran ketiga, cabaran keempat, cabaran lima dan cabaran kelapan Wawasan 2020 seperti yang Tun pernah gariskan 18 tahun yang lalu.

  17. Pak Lah takan Berundur sekarang, Pertimbangan Pak Lah untuk serah kuasa pada Najib berbelah bagi sebab banyak sangat cekadak Najib yng diketahui merisaukannya! Nak terus terang tak nak Najib, dia takut. Nak bagi calon idaman kalbu tak patut maka kalau boleh Pak Lah akan pastikan dia menang tanpa tanding dan jawatan Timbalan Presiden akan dibuka seluasnya untuk Muhyidin dan lain2 utk mencuba!………bacaan dan ramalan Pak Sheikh!

  18. Assalamualaikum! Che Det! Selepas Che Det,Pak Lah…kelihatannya gagal tapi degil, nak cuba lagi, kemudian ni adalah harapan sikit kat Najib!!!! Pun nampak gaya dah berbelah bagi akibat persepsi kes Altantuya dah mula mengatasi realiti yg jelata belum pasti.
    Maka, siapa pula gerangan calon terbaik yg rakyat jelata boleh harapkan dari parti UMNO? Muhyidin?Rais Yatim?Shahrir Samad?atau Isa Samad? Mereka lebih kurang “At Par”sama tahap! Ada kebolehan mentadbir belum pasti mampu memerintah.!!
    Bintang dalam Umno kini mula gemerlapan kerana tiada akedemi Parti dari tahap persekolahan di asah,dilatih , digilap sebagai bakal pahlawan yang memiliki kesempurnaan ciri-ciri kesesuaian memimpin Negara Majmuk ini. Semua yang sediada dilahirkan sewaktu permodenan Melayu yang proses pintasnya taksub kepada pengkayaan harta untuk menambah kuasa!
    Yang sebaiknya setiap yang mewarisi tampuk pemerintahan UMNO adalah dikalangan calon terpilih sejak remaja lagi diprogramkan,dibentuk menjadi bakal Pemimpin bertaraf Dunia yang mampu menjamin kesejahteraan Bangsa dan Negara.
    Sekiranya Najib ditakdirkan jadi PM,harap2 Che Det boleh nasihatkan beliau cadangan ini untuk memastikan Parti UMNO sentiasa bercahaya dan berkilauan dengan Bintang-Bintang calon kepimpinan yang tidak ketandusan!
    Buat Che Det…terpaksa melalui tempoh persaraan yang tak tenang mungkin kena perbanyakkan lagi amalan2 Rohani kerana ilmuan yang tinggipun kalau tak transform kepada amalan ianya seperti bunga yang kembang tak jadi. Fikir-fikirkan….dan bertindak!

  19. MELAYU – Usman Awang
    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.
    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.
    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
    memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua’alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)
    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan
    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara
    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.
    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan
    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut
    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    “Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran”
    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

  20. Salam sejahtera Tun.
    Pada pendapat saya, Si Najib tu hanya nak senang jer. Tapi sebenarnya kan biarpun dalam pemerintahan Pak Lah sekarang memang dah cukup teruk kalau masa peralihan kuasa kepada najib gerenti lagi teruk. jangan2 negara kita dijajah semula. Tengok bini najib tu. Itu ker muka nak jadi 1st Lady kelak? eee…gelik… bukan dia hodoh ker apa..tapi tak pandai senyum. tak ada muka sayangkan rakyat. susah dia tu..macam tak cukup nafkah jer najib kasi dia.
    Najib tu aduh…susah nak cakap sama jer dengan pak lah tu. kan sekarang umur untuk pencen telah dilanjutkan. kenapa pemerintah yang tua2 tak kasi peluang dengan yang muda? menteri2 yang lain patut juga letak jawatan sekiranya melebihi umur 60 tahun tetapi kalau ada yang berkaliber seperti Tun, sampai umur dia 100 tahun pun saya sokong juga dia tak perlu pencen.
    Pak Lah tu kalau tengok betul2 harap suara dia tu jer kuat. tengok stail najib, memang suara kuat sama dengan pak lah. memang twin in the making la tu.
    Betul ker urusan perlantikan jawatan PM ini mesti ikut huruf R.A.H.M.A.N. kalau betul, bagus lagi anuar ibrahim jadi pm. kalau tak ikut, bagus suruh anak Tun jadi PM. Lagi makmur bumi kita ini.
    KEpada semua yang mungkin mengkritik Tun dan anak Tun. Anak Tun tu takkan lah nak Tun lagi mengatur cara hidupnya. Dalam politik, itu adalah kebebasan seseorang hendak memilih jalan hidupnya. Takkanlah Tun tak suka Pak Lah, anak Tun pun mesti begitu. Itu namanya tak demokrasi.

  21. Assalamualaikum… Tun…
    Semoga Tun dan keluarga sentiasa dibawah lindungan yang maha kuasa… sihat sejahtera hendaknya…. supaya boleh bersama-sama menyelamatkan keadaan Malaysia kini yang semakin parah…
    Saya sebenarnya bukanlah seorang yang suka berpolitik… dan pandai dalam pengurusan sebuah negara. Tapi keadaan negara sekarang betul merunsingkan semua lapisan masyarakat… baik yang muda mahupun yang berusia… Keadaan sekarang jauh berbeza dibandingkan denagn zaman pemerintahan Tun dulu… dulu saya tak pernah rasa risau seperti sekarang kerana saya yakin dengan pimpinan tun… walaupun ada pihak yang mengatakan tun dulu pun ada buat kesilapan.. tetapi ianya tidak sampai membebankan rakyat… menindas rakyat… keadaan sekarang adalah sebaliknya…
    Saya doakan semoga allah akan tunjukkan jalan yang paling baik untuk membetulkan keadaan negara sekarang… kita nampaknya semakin kekurangan pemimpin yang berkaliber…

  22. Asalammaualikum buat Tun dan Isteri tercinta.
    Mintak tolong Tun berikan idea untuk menyingkirkan pak lah ngok dengan segera.
    kami berharap sangat agar Tun dapat memberikan idea-idea yang bernas dengan kadar segera.
    terima kasih Tun.
    Semoga Tun dan Isteri serta Anak-anak sentiasa sihat dan dapat membantu dan berjuang untuk MALAYSIA.

  23. Salam sejahtera kepada Tun sekelurga. Semoga sejarah hidup Tun menjadi pengajaran kepada anak-anak kami: Mohd Shahrul Alam Shah, Siti Jackiah Nur-Ai Shah dan Siti Jasmirah Nur-Ai Shah.
    Saya terpanggil menulis komen ini kerana saya berpendapat apa yang Tun tulis itu sememangnya benar dan akan berlaku. Sebenarnya, saya tidak layak untuk menulis di sini apatah lagi dalam bidang politik yang saya tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenainya. Tetapi sebagai rakyat Malaysia dan sebagai Melayu Islam, saya ada tanggungjawab untuk memberi sokongan kepada yang layak disokong (mengikut pengetahuan saya).
    Kepada Y.Bhg. Tun, dua tiga hari ini saya semacam terbayang suasana pda 1969 yang membawa kepada penggantungan Parlimen dan diwujudkan MAGERAN. Saya telah menceritakan hal ini kepada kawan-kawan di sekeliling saya; dan saya meramalkan ia akan berlaku pada tahun hadapan (2009) tapi tak tahu bulan berapa. Saya sentiasa terfikirkan perkara ini setiap masa kerana saya takut ramalan saya pada tahun 2006 bahawa akan berlaku krisis ekonomi Malaysia pada 2009 – 2013 akibat ketidakstabilan politik dalam negeri, benar-benar akan berlaku. Saya rasa bersalah kerana membuat ramalan itu, jika apa yang bermain dalam kepala saya sejak dua tiga hari ini benar-benar berlaku, iaitu Parlimen digantung.
    Bagi pihak rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian, keharmonian dan kebijaksanaan, kami sangat mengharapkan ‘karisma’ Tun untuk membantu membetulkan segala keadaan.
    Kami sentiasa mendoakan agar Allah s.w.t terus memberikan rahmat pimpinan dan nikmat kesihatan kepada Tun. InsyaAllah.

  24. Komen kpd Suhaimi—-
    “….
    …MAHATHIR IS REAL KHALIFAH ALLAH DI MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM….”

    Maksud serupa ini saya pernah katakan pada awal 2000-an kalau tak silap saya(pada masa Tun meminta supaya al-Quran ditafsirkan semula), kepada seorang kawan yang pro PAS. Tindakan kawan itu yang merendah-rendahkan Tun pada masa itu mendorong saya menyangkal pendapatnya dengan mengatakan,
    “Sesungguhnya Dr Mahathir apabila meminta al-Quran ditafsirkan semula, dia (Tun) tidak bermaksud untuk menyuruh kita melakukannya. Tetapi dia (Tun) maksudkan mereka yang mempunyai autoriti (ulama) dari seluruh dunia. Saya percaya pada hadis yang bermaksud setiap kurun ada mujaddidnya, nah, mungkinkah mujaddid kurun ini adalah dia (Tun)? Saya raya itu tidak mustahil sebab setakat ini tiada seorang pemimpin Islam yang berani dan disegani di seluruh dunia kecuali Dr Mahathir”
    Demikian saya menyangkal cemuhan kawan saya terhadap Tun pada masa itu.
    So, pendapat anda ada asas dan saya percaya ramai lagi yang sependirian dengan kita.

  25. Dear ayh Tun ,
    Tepat. Satu pandangan yg amat tepat bagi kadar seorang ihsan yg dianugerah kurnia dan ilham.
    Sehingga hari ini saya masih lagi tidak percaya bahawa ABadawi yg di perkatakan anak org alim tidak tahu menghurmati pemberian org lain. Tidak kah dia sedar bahawa dia tidak pernah menang dalam apa apa pertandingan. Jawatan skrg adalah satu jawatan yg dikurnia kan olih Tun pd nya dan ia bukan hasil pilihan rakyat atau pertandingan.
    Masaalah…………. manusia tak tahu mengenang jasa dan tidak ada perwatakan islamic dan bangsa. Amat merugikan apabila jawatan itu jatuh kepada orang yg sebegini.
    Bagaimanapun Abadawi hanya dpt kemenangan dunia tapi hakikat nya dia adalah manusia yg rugi di akhirat nanti.
    Rekaan islam hadhari nya membawa bala pd diri nya. kata org terengganu islam hadhari itu “tuLah”. dimurkai tuhan. olih kerana mabuk dgn pangkat nya dia terasa seolah olah islam dan UMNO hak dia dan keluarga nya.
    Salam

  26. Assalamualaikum Tun & Bloggers….
    Semakin hari semakin banyak cerita-cerita yg kurang enak didgr yg telah dan sedang berlaku di dalam negara kita kini….
    Percanggahan pendapat di antara para pemimpin….ketidakpuasan hati rakyat terhadap pimpinan…dan banyak lagi….
    Satu soalan mula timbul….ADAKAH KEAMANAN NEGARA AKAN BERAKHIR? Nauzubillah…

  27. Assalam….Tun..,
    Sy dr msuk Tadika (1982) sampaila hbs blajar 1998 knl Tun shj.
    Igtkan bl tkr PM (walupun cucu ulamak) hdup bahagia lg kcr kcir ada.
    Pasai apa yg Tun lps jawatan tu, buat la mcm Fidel Castro dh sakit
    bru bg kt org. Brulah Tun tk pkir lg soal kepimpinan, time tu Tun
    pikir psl kesihatan je. La ni sume org dh pning.
    Hrpkn PakLah lembik la. Sume phak mntak mcm2 dia bg.
    Bl mntak resign tk nk plk. Yg Njib plk sampai dh beruban sume rambut
    pn asyik Yes je. 2 org je bleh hrp. TSMuhyidin & DSRais. Tu pn klau
    diarang ni tk kna tebas dek kroni @ tkg kipas

  28. salam..tun saya student lg..wlupn mentah lagi,tp corak politik ni saya paham..dan sy rasakan selepas tampuk PM ni di ambil..lagi truk dan tak terkawal M’sia ni..badawi ni mmg takda ciri kepempinan lgsung..dah tu ilmu pun tak cukup.ibarat nak minum air dalam telaga guna straw..dahla pergulungan aritu takda isi lansuns..dari segi perckapn dia pn tak mmberi smgt lnsung..tak mcm tun..msing2 ada silap.makn tun pun ada silap..tp ekonomi negara dan kebajikan rakyat terbela.tgok je skank ni..lebih berckp dari buat.org ketawa kn M’sia..PM pun tunduk kat s’pore.smpi perjanjian sulit pasal jmbatan pun kuar TV..dah tu idea dia pn org bleh tindas blik,cnth nye isu gaji tu…U HAV TO DO SMTHING BOUT THIS..saya rasa student pun taksmagt ble ada pemimpin mcm ni..yg bawah2 tu sibuk mengipas je..takda pendirian lgsung.. tgok skank ni ahli parlimen bn ke umno ke takda yg berilmu..smua msuk atas dasar kpntingan diri.mane tak kalah..tgok org pkr, yg masuk bertanding majoriti smau berpndidkn tnggi..entah ape akan jd M’SIA 5 thn dari skank..kalo paklah gak yg pimpin,yg dia tahu..CEMERLANG,GEMILANG DAN TEMBERANG….tp TPM perlu ni pk kn kelakuan dia..salam

  29. akum yang amat di hormati dan di segani yg berbahgia TUN.DR.MAHATHIR…SEJAK PERALIHAN KUASA,sy nampak dgn jelasnya yg pentadbiran negara semakin porak peranda…sy bknnya pakar dlm bidang politik..tetapi sy mengikuti setiap perkembangan pentadbiran malaysia…malaysia mampu bertahan di sebabkan kepimpinan TUN.DR MAHATHIR…kalo bkn di sebabkan TUN,mungkin malaysia sdh jd kembali menjadi jajahan di sebabkan kegawatan ekonomi melanda dunia satu ketika dahulu…malaysia adalah antara negara yg di beri keberkatan dan limpahan rezeki dr ALLAH SWT..di sebabkan perkataan RAHMAN ni:
    R:rahman
    A:abd.razak
    H:hussein onn
    M:MAHATHIR
    A:abdullah
    N:najib
    malaysia di beri keberkatan…tetapi adakah ABDULLAH N NAJIB dpt mempertahankan pentadbiran negara???????????kenapa antara perdana menteri TUN.MAHATHIR DI BERI LIMPAHAN KURNIA AKAL FIKIRAN YG CERDIK UTK MEMBANGUN NEGARA ISLAM????FIKIR2 KAN LAH…MAHATHIR IS REAL KHALIFAH ALLAH DI MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM

  30. Assalamualaikum YAM Tun,
    What was your thinking when you decided to hand over the PM position to DSAAB? With due respect to you sir,but,I do believe you’ve made a wrong judge of character, you miscalculated him!! I do believe you must have thought he is going to implement everything or if not most of the things you’ve planned.At his age, why make changes..why make long term planning when you might just be..say,the most a 2 term PM, right? But, you were wrong…you forgot to take into account those supporters who had been waiting for years….(for their turn!!) And, mind you, they are no going to let apportunities like this to slip away…not in a hurry!
    Just my thoughts, Sir.

  31. Assalamualaikum Tun,
    Saya sebagai rakyat biasa yang tiada kedudukan dan kuasa amat terkilan dengan tindakan kerajaan yang seolah-olah menutup kedua mata dan telinga tanpa memikirkan keadaan semasa atau mereka dengan sengajanya bertindak mengikut perancangan yg telah diatur oleh kroni-kroni.
    Dari kekurangan bekalan makanan hingga kenaikan bahan api yang sudah semestinya menjadi kegunaan harian. Tidakkah mereka memikirkan impak kepada sosio ekonomi kita?. Dengan kenaikan inflasi kpd 4.5%, berapa lama lagi Malaysia Boleh bertahan?.
    Tun,
    Kerajaan mewar-warkan kita harus mengubah cara hidup, saya percaya menteri-menteri, YB & sewaktu dengannya masih mengekalkan cara hidup mewah. Minyak & rumah mereka semuanya dibayar oleh kerajaan. Pendapatan lumayan, apa perlu peduli dgn kenaikan ini dan itu?.
    Maafkan saya sekiranya saya menulis dgn panjang lebar, tapi sekadar meluahkan rasa diperbodohkan.
    Tun,
    saya amat berharap agar Tun dapat memimpin semula negara Malaysia tercinta ke arah kemajuan seiring dengan Wawasan 2020.
    Wassalam.

  32. Salam sejahtera Tun,
    Tun adalah tokoh negara yang paling saya hormati kerana dalam 22 tahun pentadbiran Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia, memberikan banyak impak kepada kemajuan negara Malaysia. Pergolakan dalam UMNO skrg ni sangat2 menyedihkan dan menakutkan politik Malaysia khususnya orang melayu.
    Sebenarnya, kalau YAB DSAAB memahami mesej rakyat melalui kekalahan UMNO dan BN pada pilihanraya ke-12 di beberapa negeri, sudah jelas bahawa kepimpinan beliau tidak relevan lagi di hati rakyat. Kalau dia tahu ini, turun takhta lah, janganlah pura2 tk tahu, ‘kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu’. Atau beliau dah faham tp tk mahu turun takhta, knapa? Oh mngkin kalau dia turun takhta awal, mngkin menjadi sejarah di malaysia, bahawa dialah perdana menteri paling pendek memerintah sbg perdana menteri di malaysia..ooh?? Mngkin juga kan? @ beliau betul2 nak perbaiki keadaan ekonomi malaysia yg skrg gawat dgn kenaikan harga minyak dan petrol, serta keperluan makanan asas yg lain yg membebankan rakyat miskin dan rakyat yang berpendapatan rendah? Bagus jg tu!! Tp boleh kah tidak? @ makin teruk? Bgaimana pula pendapat org lain yang mngatakan hanya dengan perletakkan jawatan YAB DSAAB sebagai perdana menteri, akan memulihkan keadaan ekonomi negara skrg ni?? Tp kalau asyik dengar pndapat KJ, Dato Reezal & Dato NOrza & etc seperti yg di katakan oleh ‘moose’ dalam ruangan komen ni, susahlah nak buat!!
    Tun, kami merayu kpd Tun, sebagai rakyat malaysia yang mahukan kestabilan, keharmonian, keamanan, kesejahteraan dan keadilan di malaysia ini, kembalilah ke UMNO utk membantu mereka yang tak boleh memulihkan kestabilan ekonomi dan politik di negara ini!! Terima kasih.

  33. Salam Buat TDM & Famili and bloggers,
    I think the power transfer from DSAAB to NR won’t materialised that soon. With regards to current political scenario and SD from RPK, chances for NR to take over is very slim. If it is go thru, NR will also having problem to discharge his duties as a credible PM.
    I think DSAAB is buying time now. It could be not NR be the next PM but some one else that close and favourable to DSAAB.

  34. Assalamualaikum Tun
    Nampaknya saya sedikit ketinggalan untuk mengikuti tulisan Tun. Saya sendiri sebenarnya dah keliru dengan hala tuju semuanya sekarang ni dan masih tidak tahu sampai bila kekeliruan ini akan terjawab.
    Tun menjadi PM ketika saya masih menuntut dan saya dapat rasakan kestabilan dan ketenangan perasaan ketika itu. Tetapi kini, ketenangan itu semakin hari, semakin padam.
    Alangkah bagus kalau Tun terus menjadi PM sehingga hari ini. Saya pasti akan merasa terbela

  35. YABhg Tun,
    Tun seorang yang sangat hebat, the best PM we have ever had. Pak Lah is a nice guy but too nice sampai son-in-law pun boleh ambil kesempatan atas dia. Najib, sebenarnya ok kalau dia boleh maintain sifat ayahanda dia yang tak suka ambil kesempatan atas kuasa yang dia ada. Nak jadik PM bukan senang, kena ikhlas, jujur, amanah, dan komited like you.
    Saya bukan orang PKR but I think Anwar has a great calibre. However, instead of kerja “hentam” saja, why not he starts working on the states yang PKR dah menang? For example, dia hentam minyak naik, harga barang-barang naik, what have all the states that PKR menang done to the people that voted for them? He has a lot to prove!
    Rais, Muhiyidin? Belum masa lagi. So siapa lagi? Tak dak sapa dah except you. Please do something before everything is too late. I’m not talking about Melayu, Cina, or Indian, but about our country and our people!
    Just my two cents.

  36. Terima kasih, Sdr Karlor~hiuno atas sumbangan anekdot zaman kanak2 Che Det!
    Saya pungut dan simpan macam jumpa mutiara nadir. 😀

  37. Assalamualaikum Tun,
    Huru hara dalam UMNO ketika ini amat merisaukan saya. Apatah lagi dengan pengistiharan Tun keluar dari UMNO menambahkan lagi beban UMNO.
    Saya rakyat jelata tidak mungkin tahu hal sebenarnya, hanya berpandukan media yang sudah tentu diedit isinya.
    Walau apa pun, saya percaya Tun nampak apa yang orang lain tak nampak.
    Jadi, Tun buatlah apa yang patut demi menyelamatkan bangsa Melayu.
    Wassalam.

  38. Assalammualaikum Tun,
    Semuga Tun dan isteri serta keluarga sihat sejahtera sentiasa. Saya rasa semakin resah dan gelisah apabila memikirkan keadaan politik yang melanda negara ini. Timbul satu soalan, di manakah dan bagaimanakah hala tuju yang akan di bawa oleh pemimpin sekarang untuk kesejahteraan negara. Kesan kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian menjadikan saya dan mungkin juga rakyat menyesali memberikan mandat untuk kerajaan BN pada PRU 12 yang lalu. Saya berharap Tun dapat memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada Pak Lah dan Najib bagaimana untuk mentadbir negara kearah kesejahteraan yang kita kecapi sebelum ini. Tolonglah Tun, SELAMATKAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.
    Terima Kasih.

  39. Assalamualaikum Tun..
    Kecelaruan ekonomi dan politik yg berlaku sekarang ni pd pandangan saya amat memerlukan seseorang yg batul2 bijak utk menananginya.
    Tun pernah buktikan dulu, tapi depa tak mau.
    Mcm mana yer…

  40. Assalamualaikum Tun,
    Saya sungguh kagum dengan pendekatan Tun. Cara Tun menyelesaikan masaalah ialah dengan menghadapi masaalah. Ada orang yang hendak menyelesaikan masaalah dengan tidak mahu mendengar masaalah. Maka terjadilah kemlut kepimpinan seperti yang berlaku hari ini.

  41. Salam Sejahtera Tun,
    Paklah sememangnya telah gila kuasa. Apa susahnya beliau mengundurkan diri? Apakah UMNO akan hancur jikalau beliau mengundurkan diri? Apakah di UMNO tidak ada lagi peminmpin yang mampu jadi Perdana Menteri. Nampaknya UMNO sudah tiada bakat lagi. Kesian. Saya sebagai ahli BN turut sedih.
    Saya tidak mensyaki niat beliau untuk menjadi seorang PM yang baik tetapi beliau tidak mempunyai kaliber. Sejak pemerintahan beliau Malaysia tidak lagi sebagai sebuah negara cemerlang yang disanjung tinggi oleh negara-negara lain di dunia. Bertentangan dengan lagu beliau yang selalu menyanyikan cermelang, gemilang dan terbilang.
    Walau apapun yang dikatakan oleh orang lain terhadap Tun, setahu saya Malaysia telah melalui masa kecemerlangan selama 22 tahun dibawah pemerintahan Tun. Ini sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
    Semoga Tun sihat selalu.
    boon kwee

  42. Salam Tun,
    Memang setuju saya yang PM kita sekarang tu adalah soft type. itu masih lagi saya boeh terima, yang buat saya marah sampai bulu ketiak saya pun panas tu…..ha..si KJ tu. ialah tu menantu PM kononnya. belagak pula tu, kalau lah father-in-law dia bukan PM Malaysia….siapa itu KJ ????????????

  43. “CITA-CITA DET”
    (KISAH BENAR)
    Assalamualaikum tun n semua pembaca… di sini saya ingin kongsi sedikit CERITA BENAR tentang sejarah hidup tun d waktu kanak2. sekitar umur 7 ke 10 thn. betapa ketika itu sejak dari kecil lagi azam n cita2 beliau membara n jadi kenyataan.. benar lah kata org, pemimpin itu d lahirkan. allah telah turunkan rahmat d bumi kita ini.
    kisah pendek ini d ceritakan sendiri oleh nenek saya yg juga teman karib kepada kakak2 tun. mereka berjiran Dgn keluarga tun. kalau keluarga tun tinggal d belakang kilang ais, jln pegawai seberang perak. nenek saya di lorong nyior setali (lorong bersebelahan). pastinya tun juga masih ingat pada rumah keluarga kami yg sering menjadi tempat persinggahan tun ketika balik mengaji quran. keluarga TOK MAT KELIAN. anaknya bernama jahora (teman kakak tun).my grandma he he.
    tun d besarkan dlm keluarga sederhana n berpendidikan. seperti semua sedia maklum arwah bapanya guru besar kolej abd hamid. seorang y tegas , bervisi but penyayang.
    semua anak2nya amat takut n hormatinaya. itu juga menjadi asas kepada keperibadian tun. ( d hormati, ada vision,tegas, penyayang juga d takuti.)
    yg menariknya d sini ketika setiap kali tun nak ke kelas alqurannya or ke kedai etc, bila melalui rumah tok mat kelian, beliau akan d panggil utk singgah minum, borak, bermain etc…
    beliau sering jadi perhatian penduduk kg kerana kepetahan n kebijaksanaan. pada umur 7-10thn, mampu bergaul dgn semua golongan n lapisan umur. NAMUN BELIAU AKAN HANYA SINGGAH BILA WAKTU PULANG SHJ, BILA SEMUA URUSANNYA SELESAI..
    d sini juga telah terbukti bahawa prinsip hidupnya telah bermula n d pegang teguh.
    lazimnya tun bila ke kelas alquran akan bersarung or menyimpang kain tersebut. yg lucunya songkok nya sering d pakai melintang…(TRADE MARK)
    tapi tahukah semua, apabila setiap kali d aju soalan tentang cita2nya:
    “DET BILA BESAQ NANTI NAK JADI APA?”
    (” DET BILA BESAQ NANTI NAK JADI DOKTOR, NAK JADI MENTERI…NAK TOLONG ORG…”)
    ya allah, pelIharalah insan ini. berkatilah hidupnya dunia akhirat… amat terharu hati ini bila d ceritakan oleh my grandma. bergenang air mata.
    KITA…?
    tatkala dewasa ketika jadi doktor n buka KLINIK MAHA d alor star, pesakit yg susah dari luar bandar tidak d kena bayaran, pesakit ulangan juga sama. malah org miskin d beri duit tambang balik lagi…
    WHAT A NOBLE MAN…

  44. M’sia kini terumbang-ambing.Jelas kelihatan kerajaan tidak berupaya mengolah dasar yang mantap dalam menghadapi gelombang global seperti kenaikan harga petrol dan makanan.Perpaduan orang Melayu wajib menjadi strategi jangka panjang untuk ketenteraman negara tetapi kepimpinan sekarang tidak dapat membuat langkah berkesan untuk mencapai objektif tersebut.
    Tun, kembalilah segera ke dalma UMNO. Ambil alehlah kepimpinan demi untuk kesejahteraan M’sia serta orang melayu.
    Bawakan terus issue perpaduan Melayu ini kepada Rajaraja Melayu. Masanya telah tiba untuk kita semua turun terus kepada khalayak ramai, mulakan gerakan rakyat kearah perpaduan. Hanya dengan perpaduan Melayu yang kukuh sahaja M’sia akan mantap, teguh, kuat dan berdaya mencipta kemakmuran ekonomi. Salam untuk Tun sekeluarga.

  45. YABhg Tun
    UMNO is a gone case. There’s no way for YAB DSAAB to step aside and save the party. Actually, it is not his fault. He is a very nice but weak person. People around him take full advantage of his weaknesses.
    YABhg Tun
    When you pass the baton to YAB DSAAB, you failed to take into cosideration the KJ factor. Not only KJ but also the others around YAB DSAAB, eg Dato Reezal, Dato Norza etc. These people will make sure DSAAB stay in power until PRU13, of course for monetory reason. There are alot to be gain in four years.
    YABhg Tun
    I believe, in order to get DSAAB to step down, we must put pressure on the people around him. We can start by targetting, KJ, Dato Reezal and Dato Norza. These people are very close to the treasury. Exposing their character will eventually straighten things up.
    Pray for your health.

  46. Salam Tun,
    Pernah tak Tun dengar peribahasa “Lembu Kena Cucuk Hidung” & saya rasa itulah perkataan yang sesuai digunakan.
    Wassalam

  47. Salam Tun,
    Saya jangkakan ramalan Tun akan jadi kenyataan walaupun Tun bukan Nujum dan saya pula bukan Dukun.
    Pergolakkan politik masa kini nampaknya menjurus kepada kemusnahan UMNO dan Kerajaan Malaysia. Sikap tidak bertanggungjawab Pemimpin Tertinggi Parti/ Kerajaan serta sikap ‘Play Save’ org no 2 Parti amat meresahkan kami rakyat jelata.
    Bangkitlah Melayu, bangkitlah bangsa, jangan berdiri kerana UMNO tetapi bersatulah demi Tanah Melayu (Malaysia), jika tidak kita akan dijajah kemelesetan ekonomi dan diperintah kuku besi.
    Tidak mustahil KJ akan jadi PM suatu hari nanti jika pergolakan ini tidak dibendung dan langkah drastik tidak di ambil..
    Wahai Pemimpin (Khalifah Allah), pandanglah kami di bawah ini, janganlah aniaya kami dengan kenaikkan sara hidup yang tinggi kerana kami adalah hamba yang hidup berkais setiap hari untuk mencari sesuap nasi.
    Peliharalah Amanah Allah sebaiknya kerana kamu juga akan di adili di Mahkamah Agung tanpa mengira siapa kamu, siapa menantu kamu dan siapa besan kamu…..
    Semoga Allah melindungi kami sekalian serta memberkati usaha Tun untuk melindungi kami Rakyat Jelata…Amin

  48. Selamat pagi Tun,
    Dua pegawai tertinggi BN kalau di campur umur mereka dah
    melebihi 100 tahun.Apakah sandiwara yang nak dimainkan oleh
    Pak Lah.Jawapan dah diberi oleh suara rakyat pada PRU12 yang
    lalu.

  49. Assalamualaikum Tun.
    Dulu Melayu kita bersatu melalui UMNO, tapi sekarang Melayu pula berpecah melalui UMNO juga. Apakah tiada penyelesaian dalam permasalahan ini selain daripada Pak Lah meletakkan jawatannya.
    Perlukah kita hanya perlu menunggu dan mengharapkan kepada UMNO sahaja? Adakah UMNO merupakan parti yang perlu memimpin negara ini. Dalam isu ini, seolah-olah rakyat perlu memilih UMNO sebagai parti tunjang yang layak memimpin negara ini. Saya tidak menyalahkan UMNO. UMNO lah yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi silapnya para pemimpin menggunakan UMNO sebagai jalan skim cepat kaya mereka.
    Oleh itu, kesilapan daripada mereka sendiri yang menggunakan UMNO, bukan untuk berjuang, tetapi untuk medapatkan durian runtuh. Rakyat sudah tidak ada pilihan lagi, Nak x nak kena tolak UMNO jugak. UMNO sudah tidak relevan lagi. Kalo ada parti lain yang wujud seperti UMNO skrg, kemungkinan PR (Pakatan Rakyat) perlu berusaha semula untuk naik seperti skrg ini.

  50. Dear Tun,
    I dont have confidence in Najib either(banyak scandal). Any other candidates for PM post.Why you hate Anwar so much?

  51. Sihat hendaknya Tun disamping isteri tercinta.
    buat sekarang ni dalam pemikiran Tun siapa yang layak untuk jawatan PM??? kalau Pak Lah NGOK ni keluar???

  52. Yang Berbahagia Tun,
    Ini macam kita tanya perempuan lah, tanya ” Berapa umur You?”.
    Jawab dia ” I am born on 01 April, tahun tak boleh bagi tahu” .
    Sensitive pulak bila nak tahu umur dia berapa.
    ” Macam macam Dunia ! ”
    T kasih

Comments are closed.