ANAK MUDA MELAYU

1. Ramai anak Melayu berpendapat mereka boleh terima bukan Melayu memerintah dan memiliki Malaysia.

2. Kata mereka bukan Melayu di Malaysia adalah juga rakyat Malaysia (citizens). Jika orang Melayu sebagai rakyat Malaysia boleh berkuasa di negara ini, bukan Melayu sebagai rakyat negara ini juga berhak untuk berkuasa seperti orang Melayu.

3. Tetapi majoriti bukan Melayu ini tidak bersikap sepenuhnya sebagai rakyat negara ini seperti kita. Mereka terus mengenal diri mereka sebagai berasal dari negara asal mereka.

4. Bahasa, budaya, persekolahan bahkan parti politik mereka juga dikaitkan dengan negara asal mereka.

5. Kita sanggup terima dan sudah pun terima pendatang asing (migrant) dari banyak negara yang telah putus segala hubungan dengan negara asal mereka. Bahasa, budaya, sekolah dan politik mereka tidak terasing dari kita.

6. Sebaliknya rakyat bukan Melayu sekarang tidak terima kita orang Melayu sebagai sebangsa dengan mereka. Organisasi mereka termasuk parti politik tidak terima kita.

7. Diskriminasi mereka terhadap kita jelas dalam syarikat dan perusahaan mereka. Mereka terasing dari kita secara fizikal dan mental.

8. Sudah ternampak bibit-bibit sikap diskriminasi terhadap kita apabila mereka mendominasi ekonomi. Sudah tentu apabila mereka berkuasa penuh sebagai Kerajaan, dasar mereka ialah meritokrasi yang akan menguntungkan mereka. Dasar Ekonomi Baru yang mengandungi affirmative action akan digugur.

9. Sebab inilah maka sikap anak Melayu muda yang sanggup terima baik kemungkinan Malaysia dikuasai bahkan dimiliki oleh bukan Melayu tidak boleh diterima.

10. Sebaliknya selama kita merdeka hampir 70 tahun orang Melayu apabila berkuasa sanggup berkongsi dengan bukan Melayu, walaupun yang mengekal identiti mereka dengan negara asal mereka. Dan di zaman itu kejayaan bukan Melayu lebih besar dari orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru tidak menghalang pembangunan dan kejayaan bukan Melayu.

11. Orang Melayu tidak tuntut kuasa hanya dibolot oleh mereka sahaja.

12. Tiap kali mereka mendominasi Kerajaan mereka memberi tempat kepada bukan Melayu dalam Kerajaan. Kita hargai sumbangan bukan Melayu kepada pembangunan negara. Tetapi sumbangan mereka sudah memberi pulangan yang besar kepada mereka.

13. Kita terima kerakyatan bukan Melayu. Tetapi tidaklah sampai ke tahap negara dikuasai dan dimiliki oleh rakyat yang masih kuat ikatan mereka dengan negara asal mereka.

14. Di Thailand, Filipina dan Indonesia migran yang mendapat kerakyatan semuanya tidak lagi kaitkan diri mereka dengan negara asal mereka.

15. Sikap Malaysia sebenarnya jauh lebih liberal dari negara-negara jiran kita. Tetapi liberal tidaklah sehingga negara ditawan oleh orang lain.

16. Anak muda Melayu perlu fikir dengan mendalam sebelum menerima tanahair kita tidak lagi dikuasai oleh kita.

Leave a Reply