1. Satu dari kejayaan Najib sebagai Perdana Menteri (PM) ialah menghapuskan perasaan malu.
2. Slogan yang kita dengar apabila dia tidak lagi menjadi PM selepas kalah PRU 14 ialah: “Apa nak malu, dia bossku”.
3. Jadi “boss” tak boleh salah punya.
4. Dunia kata salah pun tak apa. Kita nak kata Najib tak salah juga.
5. Dulu kes boleh tarik balik. Tarik balik lepaslah.
6. Siapa suruh tarik balik? Orang yang diberi kuasalah.
7. Tetapi orang yang diberi kuasa / dia yang dulu kata Zahid salah.
8. Itu dulu. Sekarang orang yang berkuasa kata dia tak salah.
9. Kira sekaranglah.
10. Malulah. Dunia tahu dia salah.
11. Nak malu apa. Apa nak malu. Pedulikan.
12. Dulu pakai baju koyak – malu
13. Sekarang pakai baju koyak setail baru. Tak malu.
14. Kenapa buat salah nak malu.
15. Dulu malulah.
16. Sekarang tak payah malu.
17. Maka lepas semualah pesalah.
18. Tangkap yang tak salah, isi mereka dalam jail.
19. Jail penuh juga.