BN CELARU

1. BN ternampak celaru kerana tak dapat menentukan Pakatan Harapan (PH) ini didominasi oleh siapa.

2. Najib dan UMNO berhempas pulas mendakwa jika PH menang DAP dan Kit Siang akan mengambil alih negara ini. Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan UMNO. Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar jawab DAP akan kuasai PH.

3. Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.

4. Sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada Bersatu. Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit. Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya.

5. Jangan tanya saya dari mana saya dapat satu billion. Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi 1 billion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu. Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit.

6. Yang perlu ditentukan oleh Barisan Nasional ialah siapa beli siapa. Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia.

7. Bekas wakil Transparency International di Malaysia pula cukup telus dan transparent. Tentulah dia nampak duit 1 billion yang ada pada saya. Dinding setebal 10 kaki pun, matanya boleh tembusi. Apatah lagi duit kertas.

8. Apalah sangat saya ini yang nak ditakuti. Umur sudah 92 tahun. Tak ada duit pun. Jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan 1 billion Ringgit pun. Tak pernah bangun apa pun. Tak dilayan seperti Najib oleh Presiden Amerika. Tak dapat sogok Trump dengan 90 billion Ringgit. Tidak dipeluk oleh Presiden kuasa dunia terbesar kerana menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat.

9. Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada.

10. Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map”. Tahniah.

11. Teruskan dengan kecelaruan. Tubuhkan satu lagi 1MDB. Hutang berbillion lagi. Percayalah kamu akan disokong oleh konco-konco kamu selama-lamanya.

12. Tahniah – Congrats Najib.

13. We are so proud of you.

27 thoughts on “BN CELARU”

  1. Salam Dearest Tun,

    Maaf Tun, BN memang celaru, tetapi si polan ‘Dave Copper’ lagi bercelaru otaknya.

    ‘Dave Copper’,

    1. Without any doubt, you are a liar, a hypocrite and a ‘munafiq’.

    Your original INSULTING Arabic sentence (directed at me) was as follows (Dave Copper Oct 17,2017 3:12 PM):

    أكل القرف الكلبة غبية

    I commented on the above sentence/statement -> ( http://chedet.cc/?p=2638#comment-139861 ).

    Later you (Dave Copper Nov 4,2017 9:51 AM) changed it to the following (you knew that I was RIGHT, and thought that I would not detect it; obviously you do not know me well enough):

    كل القرف الكلبة غبية

    2. You modified the sentence after reading my comment. So, it PROVED that you made a mistake (and my translation was correct). But, the most degrading and humiliating part is the meaning of the sentence that you directed towards me. Who do you think you are? Do I owe you anything?

    3. Unfortunately, the ‘new’ Arabic sentence still refers to a ‘MAN’. Who could that be?

    4. Any new idea (how to spin) dude? Please do not believe the Internet 100%. I am giving you free advice. Human beings created all the databases in the Internet (people make mistakes). In addition, the databases are incomplete (especially when it involves Arabic).

    5. I am ‘amazed’ by your determination in trying to straighten your ‘bahan buangan’. You are really pathetic! Please learn to accept your mistakes, and apologize like a gentleman.

    Thanks Tun.

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  2. OIC stands for Organisation of Islamic Cooperation.

    Like it or not, it is “Cooperation”, not “Countries”.

    This pathetic blithering dumb bitch thought OIC stands for Organisation of Islamic Countries.

    Like it or not, the translation of كل القرف الكلبة غبية is “Eat shit dumb bitch.”

    So she is the one eating ‘najis khinzir’. Alahai. Memang bodoh piang orang ini!

    Like it or not the majority of world population is non-Muslims.

    Like it or not English is the world’s language.

    If you like Islamic State so much, go to Iraq and don’t come back.

  3. Salam Dearest Tun,

    Maaf Tun. Allow me to communicate with a fellow commentator who seems to enjoy showing his stupidity here:):

    (Dave Copper Oct 17,2017 3:12 PM):

    /// I chuckled a lot reading an idiotic writing on this blog.
    The delusional bitch think Malaysia is an negara Islam (Islamic country / Islamic state)?

    Since when?
    Although there are provisions that signify Islam’s special position. Constitution of Malaysia never has a clear provision to advocate that Malaysia is an Islamic state.
    Also, Malaya’s Federal Constitution was drafted in English, so I use English to post my thought here, my choice.
    أكل القرف الكلبة غبية
    ///

    1. First of all, allow me to LAUGH at this person’s obvious stupidity. He wrote an Arabic sentence, which is an insult to a woman (approximate meaning: “ate shit stupid b*tch”). Like I said last time this person is so ‘SIAL’. He eats too much ‘khinzir’! Sebab itu mulut bau busuk macam bau najis khinzir! (Pardon me).

    أكل القرف الكلبة غبية

    2. Actually, this PATHETIC BLITHERING IDIOT does not know Arabic. He is making a fool of himself here (like always).

    3. He’s referring to a ‘MAN’, instead of a woman. The sentence actually means “HE ATE shit stupid b*tch”. Ha…Ha…Ha…What a stupid statement by an idiot! And, he calls others idiots.

    4. I believe he was talking about himself (a man) eating ‘najis khinzir’. Alahai. Memang bodoh piang orang ini!

    5. Well, Malaysia is a ‘Negara Islam / Islamic Country’.

    6. Like it or not Malaysia is an active member of the OIC (http://www.oicexchanges.org/members/oic-member-state-countries). Like it or not, Islam is our official religion (majority Muslims population). Like it or not, BM is our national language.

    Thanks Tun.

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  4. 39. Neigbouring countries and south korea also cannot do anything since usa military’s target is junior kim, not the people of north korea.

    40. The leaders of neighbouring countries and south korea also cannot do anything to help junior kim since he asked for it, betul tak?

    41. They for sure hope the day will come when koreans are united without warfares.

    42. I for sure hope this day will come eventhough i am not korea, what about you?

    43. When koreans are united, their country will become strong and have plenty of opportunity to generate income for their people and foreigners via transportation that would for sure will improve the life of the koreans.

    44. When people’s republic of china, taiwan, hongkong, macau and japan can do it, i dont see any reasons why koreans cannot do it, dont you agree?

    45. The sun tetap rises from east and set in west, and this is the mother nature that no one can change.

  5. Salam Tun,
    1.umnobnpas ini sudah celaru, kusut masai, sikat dah bergumpal dengan rambut, tak boleh urai lagi, jawapnya ambik gunting potong rambut.
    2.apa yang najib buat serba tak kena, pegang kiri, kanan terlepas dan sebaliknya.
    3.rakyat dah muak dengan najib, bah kan jika terlintas gambar najib cepat cepat tukar channel.
    4.dah tak boleh tahan lagi,
    5.dari Perlis sampai lah ke Sabah, kejutan bersejarah akan berlaku, semua negeri akan di tawan oleh PAKATAN.
    6.siap sedia semua,

  6. Assalamulaikum Tun.

    Saya tertarik pada komen az71 artikel Kassim Ahmad.

    az71, kata ibadah haji, puasa dan sembahyang adalah lain seperti yang diajarkan kepada kita selama ini. Atau dikatakan tidak bertepatan dengan Al Quran.

    Inilah yang saya bimbangkan apabila Tun menulis berkenaan agama yang dipengaruhi oleh tulisan Kassim Ahmad (dalam bab agama : hadith).

    Saya tengok Tun pun sembahyang seperti mana orang lain sembahyang. Tapi Tun pernah tulis yang difahami oleh saya bahawa sembahyang pun seperti ditokok tambah oleh orang agama dan tidak seperti yang diberitahu dalam Al Quran. MasyaAllah!

    Saya mengaku bahawa saya adalah penasihat Tun Mahathir. Tanpa bayaran. Dari tahun 2008 sampai sekarang.

    Saya mengaku saya juga lalai dalam beribadah. Sembahyang tak cukup 5 waktu sehari semalam. Kadang kadang dalam sehari terus tak sembahyang.

    Saya juga tak puasa semasa selesaikan isu pengambilan mayat dan kotak hitam MH17, di mana Malaysia kebuntuan selama 3 hari pertama bagi menangani isu berkenaan.

    Saya mengaku saya adalah keturunan Syeikh Abdul Malek (Tok Pulau Manis 1650-an) yang keramah itu. Di mana pernah dinyatakan keramahnya pada 2011 dalam akhbar mengenai 3 individu yang berniat tidak baik ketika berada di makam beliau pada malam harinya.

    Al Hikam adalah kitab yang di bawa ke Tanah Melayu oleh Syeikh Abdul Malek. Ia adalah berkenaan ilmu laduni.

    Orang boleh melaporkan berkenaan perkara ini kepada mufti wilayah persekutuan mungkin. Atau melaporkan kepada persatuan sejarah negara.

    Tapi cuma satu minta. Sembahyang, ibadah haji, puasa adalah wajib. Dan ia adalah seperti yang diajarkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Tiada keraguan dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Kalau anda tidak mahu menjaga ibadah dan amalan anda sendiri, itu urusan anda dengan Allah swt.

    Tetapi jangan sampai menganggap orang orang soleh dan wali wali Allah yang dipilh oleh Allah swt itu adalah sama taraf dengan anda.

    Keilmuan yang ada pada dada dada orang pilihan Allah swt setelah kewafatan Rasulullah saw adalah tetap benar dan terpelihara.

    Terima kasih Tun.

  7. 32. Bak kata, oleh kerana satu kumbang, kelambu jakim terhilang client johor, perlis dan selangor.

    33. Until now, zamihan still thinks he is righteous and make headlines in fb somemore, dont you think he sound like junior kim making headlines di sini sana?

    34. Junior kim even threatened to nuclear bomb kubu usa in guam, what if he really did it dengan sengaja, atau tidak sengaja as accidents do happen, betuk tak?

    35. The usa military will then have the option to get rid of him at all costs.

    36. Neigbouring countries and south korea also cannot do anything, betul tak?

    37. The rest of story, you may google information on those leaders who declared war to usa, or any countries that have the military option to retaliate as recognized by the world body.

    38. Dedak atau kek, itu terpulang kepada tuan2 dan puan2 sekalian.

  8. 14. Why worry so much, dave copper?

    15. In order to enjoy hak istimewa, the best way out is to convert into islam, if you are comfortable with this ruling.

    16. Furthermore, sultan johor used the expression, saya, in the video clip shared by you, did you hear it, dave?

    17. Both kerabat perlis and selangor already made their stand clear too.

    18. One must be wondering, zamihan ini berasal dari negeri mana?

    19. Dpm cum kdn minister said mod will build hospital specially to cater for rohingya refugees, is he running prime minister position for bangladesh?

    20. Will mb perak gazette land and beri sumbangan to mod to build the hospital?

    21. What will be the reaction of opposition party, especially pas?

    22. Since hajar does not like chinese like me, she has choices to play with local or foreign muslim or any bangsa that she prefers, its a free country.

    22. As long as the tide is not off, no one know who is swimming naked in there.

    23. Furthermore, no one knows what really going on in north korea, and when mr trump comes along, anything can happen since some members may not favor the style of mr kim junh-un.

    24. Moreover, north korea does not enjoy the general election to elect their president like what the south koreans are enjoying when comes to presidential issues.

    25. Therefore, as members of political parties, you may choose to remain silent, agree to disagree, remain moderate/nuetral or make noises, its up to you.

    26. When general election is called, everyone will know who is in, and who is out.

    27. As votere, our obligation is to vote saja.

    28. After this, the next general election must be called by the elected pm to get the mandate from the voters for the next 5 years.

    29. Kita dah dianakyatimkan berpuluh2 tahun, therefore, whoever become the pm, we still need to live, work and enjoy life.

    30. Happy deepavali to our penganut hindu in malaysia.

  9. I chuckled a lot reading an idiotic writing on this blog.

    The delusional bitch think Malaysia is an negara Islam (Islamic country / Islamic state)?

    Since when?

    Although there are provisions that signify Islam’s special position. Constitution of Malaysia never has a clear provision to advocate that Malaysia is an Islamic state.

    Also, Malaya’s Federal Constitution was drafted in English, so I use English to post my thought here, my choice.

    أكل القرف الكلبة غبية

    “YAB,YAB,YAB”

  10. ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day

    BN CELARU
    Bn celaru hilang arah,
    Bn keliru masaalah tak sudah,
    Dari Pelis hinggalah ke Sabah,
    Habis keringat Rakyat dikerah,
    Hasilnya habis ditarah, dijamah, dimamah,
    Oleh najib serta konco2nya yang menurut perintah.

    Ekonomi Negara semakin parah,
    Pemimpinnya megah perangai bak lintah,
    Tak puas2 menghisap darah,
    Pandangan Rakyat tak diambil kisah,
    Rakyat di bawah semakin susah,
    Bengkak bernanah, sumpah seranah.

    1mdb ditubuh menjarah khazanah,
    Penguatkuasa bertugas pelindung jenayah,
    Pelaburan dibuat benda tak berfaedah,
    Hiasan rosmah dan filem lucah,
    Untungnya lesap rugi bertambah,
    Penderitaan Rakyat tak diambil kisah.

    Langit memang tak selalu cerah,
    Demam panas dah jadi barah,
    Bn celaru semakin parah,
    Pemimpin bn resah gelisah,
    Bagai retak menunggu belah,
    Menunggu jahanam dan juga musnah,
    PRU14 bn akan kalah.

    Najib terkenal, Bapa Rasuah,
    Rasuahnya halal sampai ke Mekah,
    Najib bangga, Raja Penjenayah,
    Adakah angkara puaka rosmah,
    Jenayah dan dosa terbongkar terdedah,
    Rasuah bertambah berbagai helah,
    Bn, najib, rosmah sudah menggelabah
    Eh engkau orang….boleh jalan daaah.

    Ayuh rakan2 kita berjemaah,
    Berjuang dan beristiqomah,
    Selagi badan belum dikandung tanah,
    Pantang menyerah, tak kenal erti kalah,
    Kepada Allah kita berserah pasrah,
    Yang punya Qudrah dan juga Iradah.

  11. Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    Mohon izin Tun untuk berkomunikasi dengan Sdr. ‘Anak.muda’ (Oct 16,2017 10:07 AM):

    W’salam, terima kasih atas pandangan Sdr.

    1. Saya pun boleh cadangkan supaya orang bukan Islam usah ambil peduli tentang kedai dobi ‘for Muslims only’ etc. Kita sebagai orang Islam wajib mencari yang halal, suci dan bersih (dituntut dalam Islam).

    2. Saya tidak rasa terhina jika ada yang mahu buka kedai dobi ‘for non-Muslims only’. In fact, I will be so happy. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

    3. Mengenai daging lembu (yang tidak haram di sisi agama Islam), saya tidak mahu komen kerana ada juga golongan yang cuma makan sayur-sayuran saja (lagipun mereka minoriti). Kita tidak perlu merumitkan keadaan (jika tidak perlu). Islam itu mudah.

    4. Kebanyakan orang Melayu Islam memang sangat baik hati dan sentiasa berusaha untuk menyokong orang bukan Islam (ini yang dikatakan ‘lebih sudu dari kuah’ – mereka yang beriya sangat; orang bukan Islam tengok pun bersorak agaknya – sudah ada buktinya; Syabas!). Sebab itu kita berada dalam keadaan yang teramat lemah (sentiasa dipijak-pijak).

    5. Saya anggap anda mempersenda hukum Islam bila bercakap tentang pengasingan garpu/ sudu/ pinggan etc di restoren. Mengapa tidak cadangkan tempat duduk asing, kaunter bayaran asing, pintu asing, etc.?

    6. 60 peratus pun majoriti juga. Malaysia ialah sebuah negara Islam (anda lupakah?). Jika kita sendiri memperlekeh status negara Islam kita, jangan haraplah ada orang bukan Islam yang mahu menghormati kita. Fikirkanlah.

    Terima kasih Tun.

    P/S: Ada rakyat Malaysia yang rasis yang tidak pandai menulis dalam BM (walaupun lahir dan membesar di Malaysia), tetapi sentiasa istiqomah menggelar orang lain ‘stupid’. Mungkin orang ini ada kad ‘OKU Pembelajaran BM’. Bolehlah kita maafkan si Polan ini. Banyak kali saya cabar beliau untuk menulis dalam BM (hampeh). Obviously this person is a coward!

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  12. Assalamualaikum Tun.

    Memang benar juga kata kata Sultan Johor suruh duduk dalam gua.

    Sepanjang pengetahuan saya, sebab itulah juga sekolah tahfiz sengaja dibakar. Kerana mulut. Seperti pepatah orang tua, kerana mulut badan binasa.

    Malah melalui pembacaan saya dalam buku wasiat kerohanian Syeikh Abdul Qadir Al Jailani yang berusia 900 tahun, beliau turut menulis bahawa apabila sampai pada satu tahap, orang yang dah habis belajar baru boleh bercampur dengan orang ramai.

    Tetapi adalah menjadi tugas guru guru agama memperjelaskan dan memberi pandangan mengikut kesesuaiannya. Kerana agama rasmi Malaysia adalah agama Islam.

    Terima kasih Tun.

  13. Well said Anak.Muda

    One day, when the “empty can” and “very rude” one involved in a car accident and need blood transfusion. Make sure we let them die if only non-muslim blood is available in the hospital.

    While Sultan Johor, as the head of state religion is trying to maintain the peace and unity of the multi-racial people in the country. Zombihan, and the stupid ex-CJ think they are above the Sultan. Pathetic!

    https://www.youtube.com/watch?v=phzi9dHEz4Y

  14. Assalamualaikum Tun.

    Saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh saudara anak muda dan pn hajar.

    Berkenaan amalan yang perlu bagi umat Islam adalah seperti yang di ajar oleh guru guru agama di Malaysia. Iaitu golongan ahli sunnah wal jamaah.

    Tasawuf adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan dalam Islam.

    Di dalamnya terdapat perkataan ‘dzauk’ iaitu tenggelam dalam kecintaan pada Allah swt. Dikatakan dosa individu tersebut akan diampunkan semasa proses ‘dzauk’ tersebut – berkenaan perkara ini perlu disemak semula dengan guru guru agama. Saya terbaca mengenai perkara ini hanya sekali sahaja.

    Adalah tidak tepat untuk menafsirkan bahawa orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah swt kepada dirinya hanya didedahkan dengan hal hal kebaikan sahaja.

    Ini adalah perjalanan ke arah keimanan dan ketakwaan. Inilah yang diarahkan dan disuruh oleh guru guru agama (bukan politik. Bukan PAS).

    Sesuai dengan keadaannya, pintu hijab akan terbuka bagi mereka yang dipilih oleh Allah swt.

    Guru guru agama hanya menegaskan tentang perlunya kita menjaga makan minum, pakaian, kebersihan, kesucian dll bagi kita menjaga amalan ibadah kita sendiri. Bagi perniagaan dobi Islamik, orang bukan muslim pun tak bising. Kita yang kecohkan.

    Saya diberitahu oleh peniaga cina bahawa kalau anda tidak mahu beli kenapa beli? Kalau mahal anda boleh pergi ke kedai lain.

    Peniaga dobi Islamik boleh membuka perniagaan dengan meletakkan seorang pekerja bagi mengasingkan pelanggan. Tak perlu papantanda pun.

    Jaga makan minum diri sendiri. Apa yang boleh kita elak, kita elak sebagai tanda ketakwaan kita kepada Alla swt.

    Kalau dah tak boleh elak, nak buat macam mana? Kita redah je ler…Asal ingat pada Allah swt.

    Terima kasih Tun.

  15. Assalamualaikum pn hajar..

    Saya rasa x salah kalau saya nk menyuarakan pandangan saya…contohnya mudah sahaja..tak perlu ambil peduli tentang restoran non muslim dan sebagainya.

    1.bayangkan kalau ada dobi yang bertulis:”for non muslim only”.apakah perasaan kita?ianya sangat2 berbeza dengan restoran yg bertulis for non muslim only..orang islam beranggapan yang restoran itu menghormati agama islam kerana memberi amaran seperti itu..lain kesnya jikalau betul2 terdapat dobi “for non muslim only” tersebut..orang2 islam disini pasti akan terasa terhina melihat dobi tersebut..

    2.ambil satu lagi contoh.kita sedia maklum orang beragama hindu tidak boleh memakan daging lembu.katakanlah dipasaraya bahagian penjualan daging lembu bertulis “for non hindus only”.saya pasti tidak akan ada orang hindu yang terasa dengan pasaraya tersebut sebaliknya memuji kerana concern dengan hukum agama mereka..

    3.kalau kita nk buat separation juga antara muslim dan non muslim.cuba bayangkan. restoran juga perlu mengasingkan pinggan,sudu dan garfu muslim dan non muslim.manalah tahu kalau2 waktu sarapan pagi orang cina ni makan daging babi.diwaktu tengah hari dia makan di restoran kedai mamak.manalah tahu sisa2 daging babi tu melekat di celah gigi die kan? Kolam renang juga perlu diasingkan muslim dan non muslim yelah air liur si non muslim mungkin mengandungi najis2 mughallazah.kan?

    4.jadi usaha murni pengusaha dobi for muslim only tersebut memang saya rasakan tidak tepat dinegara yang berpopulasi 60% muslim dan 40% non muslim bersamaan 18 juta muslim dan 12 juta non muslim.

  16. Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. BN memang bercelaru kerana dipimpin oleh si PM Kleptokrat.

    2. Kecelaruan biasanya berlaku jika tiada pegangan yang mantap (kukuh) ke atas satu-satu perkara. Langkah yang diambil selalunya ada banyak percanggahan atau tidak konsisten.

    3. Kecelaruan pemikiran biasanya berlaku kepada yang lemah (tahap kekuatan mental yang rendah), dan mudah terpengaruh dengan pandangan orang lain tanpa melakukan kajian yang teliti dan mencukupi sebelum sebarang langkah diambil.

    4. Kita juga ada golongan yang bercelaru (keliru) dalam mentafsir ajaran Islam yang sebenar. Yang mempertikaikan dua kalimah syahadah pun ada (I wonder how this person and all his supporters ‘mengucap syahadah’ – wajib diucap dalam setiap solat).

    5. Niat baik seorang Islam untuk menyediakan tempat dobi (launderette) untuk ‘Muslim sahaja’ dianggap bersifat perkauman dan kononnya bersifat ‘ala-Taliban’. Saya tidak nampak di mana ‘Taliban’ nya hal ini. Bagi saya ia bukan isu. Banyak lagi pilihan kedai-kedai dobi yang bersedia menerima sesiapa saja. Lain orang lain keperluannya. Itu hak mereka. (Saya ada pengalaman buruk lihat benda2 kotor dibasuh di mesin basuh awam – launderette; geli geleman melihatnya).

    6. Dari sudut lain, bagaimana dengan restoren yang saji makanan-makanan haram? Tidakkah secara ‘tidak langsung’ mereka cuma menyediakan restoren untuk ‘orang bukan Islam sahaja’ (for non-Muslms only). Mereka ini juga tidak sensitif terhadap kepelbagaian agama/kaum di Malaysia. Mengapa tiada orang yang ‘sentap’ dengan situasi ini yang berlaku sejak sekian lama?

    7. Sama juga dengan tempat-tempat judi /arak dan lain-lain premis maksiat. Bukankah pemilik2 juga sediakan tempat-tempat khusus untuk ‘non-Muslims’ sahaja? Jadi mengapa tidak beri amaran tutup kepada kesemua premis-premis sebegini (untuk berlaku adil kepada semua kaum/agama)? Mengapa umat Islam sahaja perlu menghormati keperluan orang bukan Islam sedangkan tidak sebaliknya?

    8. Saya sekadar bertanya soalan-soalan yang amat logik (bukan mempertikai hak-hak yang telah dipersetujui –> untuk makluman pihak2 berkenaan).

    9. Jika saya ‘ditangkap’ berjudi di Genting, saya akan didakwa, tak gitu? (Saya dilarang masuk ke pusat-pusat judi yang khusus untuk orang bukan Islam sahaja. Saya ok dengan peraturan ini, tetapi sekadar memberi contoh.)

    10. Apa kata rokok diharamkan penjualannya. Asap rokok mencemar udara yang menjadi hak setiap orang. Para perokok tidak menghormati hak majoriti yang tidak merokok. (Saya harap tiada yang ‘sentap’ dengan cadangan saya ini).

    11. Memang bercelaru sungguh keadaan kita sekarang. Perkara baik dianggap buruk; yang buruk pula dibiarkan berleluasa, dan buat-buat tidak nampak.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  17. Bismillah

    Bila nafsu telah menguasai diri . Apa yang seseorang itu mahukan akan diusahakannya juga tidak kira ia benar atau pun palsu. Sekali pun perkara itu boleh menyebabkannya terpesong dari landasan sebenar iaitu apabila tuhan juga dijadikan bahan dagangan. Itu adalah tahap paling teruk pada makhluk yang bernama manusia di mana fikirannya hanya tertumpu kepada nafsu semata-mata tidak lagi memikirkan tentang kekuasan yang mengatasi segala kekuasaan iaitu ALLAH pemilik segala Kerajaan yang ada di atas muka bumi ini.

    ” Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.

    JUsteru perbalahan mengenai pemimpin yang dicanang oleh pihak yang bertuhankan nafsu semata tidak akan mengetahui kebenaran yang telah pun lenyap dari pandangan mereka. Apa yang mereka tahu adalah kuasa perlu dipertahankan walau apa cara sekalipun. INGAT setiap perkara yang dipertanggungjawabkan pada setiap manusia akan disoal satu persatu adakah dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amanah , jujur , bijaksana dan benar. Rata rata yang ada pada hari ini hanya untuk kepuasan nafsu semata mata tanpa memikirkan perkara2 perkara pokok iaitu teras dalam menyatukan bukan memecahkan. Apakah itu yang diperintahkan oleh Nabi MUhammad SAW dalam khutbah terakhir baginda sebelum baginda wafat? AKu tidak melihat itu lagi .. apa yang ada adalah kehancuran demi kehancuran dan keyakinan kepada Tuhan yang MAHA MENCIPTA sudah tiada. Jadi sebelum bencana tiba .. adalah lebih baik kalian bertaubat sebelum terlambat ..kerana bala Tuhan datang pada bila2 masa. Dan bila ia datang tiada yang akan selamat dari bala Tuhan. Jadi di ambil mudah tentang apa yang aku sampaikan … sekiranya kamu tidak suka buangkan sahaja dan jangan kamu hina kelak kamu akan binasa kerananya kerana kamu tidak mengenal yang mana intan yang mana kaca. Kerana ia seakan akan sama tapi tidak serupa.

  18. Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih pada Tun sebab sudi menghabiskan masa dan tenaga jelajah seluruh negara bagi melawan kleptorasi kerajaan Najib.

    Dengar berita perhimpunan semalam tidak begitu menggalakkan.

    Rakyat sebenarnya sentiasa menyokong Tun. Lihatlah ulangtahun pertama Bersatu. Meriah dan menceriakan.

    Tetapi untuk membuang masa berhimpun dan menghabiskan sedikit simpanan demi PH, rasanya rakyat lebih memilih untuk berada di rumah, berehat memperbetulkan urusan yang tertangguh mungkin.

    PH sudah bersedia untuk pilihanraya. Bila bila masa Najib umum pilihanraya, BN akan tumbang.

    Usah cerita tentang jentera serta komunikasi PH tidak sehebat BN. Rakyat hanya menunggu masa untuk mengundi. Lagi lama Najib tangguh lagi bagus. Rakyat semakin bosan menunggu.

    Bagi yang ragu ragu sebelum ini dan di atas pagar, terima kasih kerana memilih untuk memihak pada Bersatu (PH) kerana membaca tulisan tulisan saya.

    Hanya dengan kaedah ini kami dapat berusaha untuk melawan kleptorasi BN dan memastikan negara aman serta suasana politik berjalan dengan teratur. Alhamdulillah.

    Cuma dalam keadaan sekarang, saya hanya dapat peluang untuk berjihad melalui tulisan (iqra’) sahaja.

    Adalah penegasan saya untuk Tun Mahathir sendiri bergerak. Kita tiada orang lain yang boleh dipercayai selain Tun Mahathir sendiri.

    Terima kasih bebanyak pada Tun Mahathir bin Mohamad.

    Terima kasih Tun.

  19. Assalamualaikum wbt Tun.

    (I) Melayu ie Malaysia jadi terkenal di seantero dunia melalui:

    (1) Apanama, Dr Mahathir Mohammed. Dia kaki lawan Barat esp Yahudi. Dia bela Palestine malah sokong kuat Mandela. Dia nak lawan Dollar dan ganti dgn Dinar Emas. Kira Dr Mahathir ni hebat sebab di peringkat antarabangsa dia jenis kaki pukoi, dalam Negara LKS kata “he loves to build all the big2 things” ie dia kuat kerja. Saat Msia ada Twin Tower, Proton, dsb segala apanama, Msia jadi terkenai.

    (2) Kedua sebab Najib. Setakat ada Twin Tower, Proton, dsb, mana Hollywood kenai Msia. Tapi bila Najib mai, US bagi dia gelaran MO1 dan dunia iktiraf dia Kleptokrat, nuhhh sampai ke Hollywoodpun Msia jadi terkenal dgn watak “Wolf of WS” yg sebenaqnya adalah jlnan hidup impian Najib MO1. Patut PH pakat tayang movie ini masa ceramah utk buktikan itulah watak Najib MO1 yg telah, sedang dan akan berlaku supaya rakyat tau sebab musabab kelirihan mereka kini. Najib MO1 dia pandai bohong, tipu, songlap dan putaq alam. Dia jenis pandai kerja “atas angin”.

    (II) Melihat kpd suasana agak “lembap” sambutan di Padang PJ Timur ie Himpunan Selamatkan Msia 14 Okt., 2017; saya kira:

    (1) Rakyat letih dah. Hari2 dok dengaq “salakan anjing”, last2 rakyat pakat jadi ambil sikap “tulikan diri”. Nampaknya Najib MO1 sudah mula berjaya pintas PH dgn strategi “delaying n making uncertain” dia. Awas, PH kena ingat, Melayu ni kita kena “perangat” selalu,
    supaya depa “tak tdoq” tetapi jgn “like anjing salak bukit” sampai depa pakat “cemuih”.

    (2) The bigger expectation ie HARAPAN rakyat pd PH bukanlah utk sumbat Najib MO1 dlm penjara, bukan nak bebaskan Anwar, bukan depa takut LKS jadi PM; HARAPAN rakyat, saya kira sehingga kini belum terungkai adalah “what are there in gagasan REFORMASI” yg PH hendak bawa. Sumbat Najib MO1 dlm penjara, n keluaq Anwar dari penjara, itu tak perlu reformasi @ tukar Kjaan, itu to me kerja Zoo Keeper. Perincian REFORMASI PH kini ie panjangan dari Reformasi Anwar kena perlu ada perincian bentuk, jln dan jangkaan hasilnya.

    (3) In short, I can say, yg berucap kat pentas mlm tadi “pakat letih dah”. Tun nampak tak cukup rehat. You guys perlu pakat have a quick good rest. Come back later with fresh firing but full of HOPE punya idea. Rakyat want HOPE. What HOPE are there PH will work on n such must b far excellent than BN-UMNO deal!

    (4) Hak “muda” dlm
    PH esp Bersatu, pakat blajaq jadi matang cepatlah. Jgn macam dok berebut “microphone KaraOK” lah, apa lagi dok melatah macam “budak sekolah yg sedang berebut bf @ gf”.

  20. Will Maaysian govt classify all MACC investigation report on opposition party members as official secret???!!! or that only applies to the poo eating pig and his piglets?

  21. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Adakah kita sekarang ini merasa aman, sejahtera, makmur, bangga dan hidup dalam kerharmonian didalam masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama?

    atau…

    Saban hari kita terkenang suatu masa dulu yang kita pernah merasakan kesemua yang disebut diatas….

    dan kini…

    Kita merasakan beban yang menghimpit yang tiada penghungnya. Kesempitan hidup seharian…membuat kita tidak terfikir lagi aib yang kita tanggung sebagai rakyat Malaysia dimata dunia.

    Hutang demi kelangsungan hidup entah bila akan langsai…hingga kita tidak dapat berfikir tentang hutang negara yang pastinya kita tanggung sehingga anak cucu kita.

    Pikir…pikir jugak…tapi kita mesti bertindak.
    Demokrasi bukan untuk memilih Kleptokrasi.

  22. assalamualaikum tun,

    1.saya sebenarnya baru sebentar tadi pertama kali baca blog malaysia today tersebut.saya fikirkan dapatlah juga informasi2 baru mungkin.

    2.tetapi cerita dongeng rpk dalam blog tersebut buatkan sel-sel otak saya bercelaru dan mati.

    3.memandangkan dia adalah seorang muflis bagi jelah tun die mengarang cerita dongengnya itu. Dapat dedak sedikit sebanyak bolehlah die sumbat dalam mulut anak bini die sikit..

    4.teringat dulu tun berkata pada chegu bard,”saya tak jawab soalan kucing kurap”..hmmm tapi rpk ni mmg dah tahap2 najis kucing kurap saja. tun xperlulah sebut lagi name “najis kucing kurap” ni dalam blog tun.buat jatuh standard saja 🙂

    take care tun!

  23. Salam Tun.

    1. Ya BN membandingkan diri mereka iaitu UMNO yang dominan dalam Barisan Nasional.

    2. Dalam pembangkang sebelum kemasukan Parti baru seperti PPBM sudah kelihatan DAP yang memenangi banyak kerusi dalam pilihanraya terdahulu.

    3. Itulah lumrah persoalan kemenangan melalui pertandingan yang memutuskan pemenang melalui satu jumlah yang besar.

    4. Dalam memilih seorang manusia yang di cipta oleh tuhan kadang -kadang akan terjadi salah pilih.

    5. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitulah kehendak kejadian hanya Allah s. w. t yang mengenal makhluk di ciptanya.

    6. Seorang Rasul di pilihnya sendiri bukan pilihan antara sesama manusia sebab akhirnya akan tiba juga kepada yang tersalah pilih.

    7. Semuanya kelihatan bercelaru bila hanya ikutkan sunnah pada pandangan mata sahaja. Sedangkan akhlak hanya ada pada isi kandungan Al-Quran.

    8. Kita semakin bercelaru bila yang sudah tertulis untuk kita manusia di tambah-tambah sehingga menjadi bida’ah.

    9. Tun , Rimba Emas menjadi bercelaru dengan apa yang ada dalam Parti Politik yang di ada-adakan sehingga menjadi seperti keadaan bida’ah.

    10. Benda yang di ada-adakan seperti GST, sebarang pemansuhan , penolakan , pemotongan akan membawa kesan kepada rakyat bawahan.

    11. Selagi persoalan yang terbeban kepada rakyat tidak di perbaiki maka semua yang bercelaru ini akan sentiasa bermain di bibir para pemimpin sekarang.

    12. Agama sudah di permudahkan tuhannya sebaliknya manusia yang membuatnya bercelaru dan menyulitkan.

    Wallahua’lam.

  24. Kecelaruan ini semakin berleluasa kerana mendapat sokongan dari ahli2 yg menggelarkan diri mereka warak..itulah bahaya jika dedak menjadi agenda peribadi

  25. Salam Jumaat kepada Tun M

    Cukup padat ringkasan karangan yang dibuat Tun M.
    Secukup rasa dan orang utara cakap “TERPELEOTT” depa semua.

    Wassalam

Comments are closed.