1. Anwar masih cuba gambarkan anak saya adalah billionaire kerana kononnya memiliki aset berjumlah 1.2 billion.
2. Sebenarnya angka ini tidak betul. Yang pertama jumlah ini adalah bagi dua anak iaitu Mirzan dan Mokhzani.
3. Dan RM1.2 billion ini tidak sama dengan harta kekayaan mereka kerana SPRM menjelaskan bahawa harta kekayaan berjumlah RM120 million milik Mirzan dan RM 316 million milik Mokhzani.
4. Jika dijumlah kedua-dua aset mereka ialah RM 436 million.
5. Dari mana datang angka RM 1.2 billion yang disebut berkali-kali oleh DS Anwar.
6. Kononnya mereka termasuk dalam kalangan maha kaya yang disindir mendapat kekayaan kerana sakau duit Kerajaan.
7. Apa bukti yang mereka telah sakau duit Kerajaan. Kenyataan SPRM tidak menyebut perkara ini.
8. Apakah bukti yang saya tolong mereka sakau duit Kerajaan.
9. Saya telah saman fitnah terhadap Anwar. Sudah sampai dua tahun Anwar masih tidak tunjuk bukti. Tetapi Anwar masih mengulangi sindiran bahawa saya di antara pemimpin tinggi yang sakau berbillion Ringgit duit Kerajaan. Anwar menggesa supaya saya guna kekayaan saya untuk menolong orang Melayu yang miskin.
10. Mungkin Anwar tahu dimana duit berbillion ini ada. Saya tidak tahu. Anwar boleh bagi maklumat dimana berada duit yang saya sakau ini dan saya akan beri semua 100% kepada orang miskin.
11. Ini ikrar saya dan saya sanggup jamin yang saya akan tunai janji saya.
12. Jika tidak, Anwar bila buka mulut, bohong.
