Saya terkejut kerana ada yang berkata saya tidak pun tahu adanya http://www.chedet.com/. Saya tahu walaupun website itu disediakan oleh orang yang cekap dalam usaha ini, tetapi mereka membuat atas arahan saya.
tulis sendiri segala yang terdapat di dalam blog ini. Saya juga tulis
sendiri semua ucapan dan rencana yang saya sampaikan. Saya tak dapat
baca semua komen terhadap blog saya. Tetapi saya cuba.
Saya realist yang pegang kepada kenyataan. Memang Melayu menjadi Tuan dalam Tanah Melayu dahulu.
Tetapi
kerana Melayu tidak berusaha melawan penjajah maka di zaman Tanah
Melayu dijajah yang jadi “Tuan” dan yang dipanggil “Tuan” oleh orang
Melayu sendiri ialah penjajah terutama British.