PERJUANGAN PAS YANG SEBENAR

1. PAS kata mengundi Pakatan Harapan ialah mengundi untuk DAP. Saya tidak hendak komen terhadap pendapat dangkal ini. Kalau sehingga kini masih percaya kepada cerita dongeng ini, tak mungkin PAS boleh celik mata dan lihat keadaan sebenar. PAS tidak pernah menang di peringkat pusat. Ia hanya parti pengacau yang memecahbelah dan melemahkan orang Islam.

2. Rekod PAS tidak menunjuk apa-apa sumbangan PAS kepada orang Melayu dan agama Islam. Tidak ada sesiapa yang boleh nafikan bahawa sebelum ada PAS orang Melayu yang semuanya beragama Islam dari Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berimam dengan Imam Shafie tidak berpecah dan berpuak-puak kerana tidak ada kelainan fahaman Islam antara mereka.

3 Hanya apabila PAS ditubuh maka orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Ini adalah kerana dakwaan PAS kononnya orang UMNO kafir. Demikian kesan daripada dakwaan ini sehingga bukan sahaja orang Melayu berpecah dua tetapi ramai orang PAS begitu percaya kepada dakwaan PAS sehingga ada yang mengkafirkan ibu bapa mereka dan mendakwa perkahwinan mereka tidak sah.

4. Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa dakwaan ini menjadikan mereka sendiri anak di luar nikah. Saya tidak nak sebut apakah nama yang kita beri kepada orang yang dilahir di luar nikah.

5. Kononnya untuk menghalalkan perkahwinan, orang yang kahwin sebelum adanya PAS, perlu kahwin sekali lagi. Dan ini memang berlaku.

6. Kerana dakwaan orang yang bukan ahli PAS adalah kafir maka berlakulah sembahyang dua imam, pengkebumian orang PAS dikubur berasingan dari orang bukan PAS dan mendiri masjid berasingan.

7. Makanan sembelihan orang bukan PAS didakwa haram dan tidak boleh dimakan oleh orang PAS.

8. Kemudian datang Hj Hadi yang mengeluar amanat menghalalkan pembunuhan anggota pemerintah, kerana pemerintah Malaysia adalah kafir. Lebih dari itu dia juga dakwa melawan Kerajaan adalah jihad dan mati mereka adalah syahid.

9. Dan berlakulah peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim Libya membunuh empat orang anggota polis dan mencedera yang lain. Selepas dari peristiwa ini PAS bekerjasama dengan DAP walaupun PAS mendakwa bekerjasama dengan orang kafir menjadi orang Islam kafir.

10. Kononnya kerjasama ini tidak semacam kerjasama UMNO dengan orang kafir dalam MCA dan MIC. Kononnya PAS mengadakan “Tahaluf Siyasi”. Perkataan Arab ini bermakna “Kerjasama Politik”. Tidak ada kelainan antara “Tahaluf Siyasi” PAS dengan kerjasama politik antara Melayu UMNO dengan Cina dan India, MCA dan MIC. Tak usahlah cuba jelas Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP adalah bersyarat. Kerjasama Melayu UMNO dengan MCA dan MIC juga bersyarat.

11. Dakwaan bahawa orang bukan PAS tidak Islam masih dipercayai. Di Terengganu sembahyang dua imam dan sembahyang di masjid berasingan masih berlaku.

12. Perpecahan politik telah dijadikan perpecahan agama antara orang Melayu Islam Malaysia. Sebahagian besar orang Islam di Malaysia masih dianggap sebagai kafir oleh fanatik PAS.

13. Untuk mengekalkan perpecahan orang Islam di Malaysia PAS memaksa ramai ahlinya berbaiah kepada pemimpin dan parti. Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran agama. Islam menuntut supaya semua orang Islam bersaudara. Apabila melafaz baiah kepada sesiapa maka kesetiaan kepada pemimpin (ulama) atau parti mengatasi kesetiaan kepada Allah, Rasul dan Al-Quran. Kerana kesetiaan ini tindakan yang tidak diizinkan oleh Islam dilakukan. Dan memang pun PAS berbuat demikian.

14. Dalam PRU 14 ini sepatutnya diadakan pertandingan satu lawan satu di semua kawasan. Besar kemungkinan ini akan berlaku dalam kawasan bandar di mana PAS tidak akan bertanding. Besar kemungkinan bahawa di sini pertandingan adalah antara DAP dan BN. Kemenangan DAP sebenarnya disokong oleh PAS yang tidak bertanding dalam kawasan bandar.

15. Tetapi di kawasan luar bandar di mana ramai penduduk adalah orang Islam, akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Pakatan Harapan (P.H.) akan lawan BN dan PAS.

16. PAS akan mengumpan sebahagian dari pengundi anti-Kerajaan BN sehingga akan kuranglah undi kepada PH. Bahawa PAS juga akan kalah tidak mengapa. Kerana hasrat PAS ialah supaya Najib dapat kemenangan. Kenapakah PAS berbuat demikian? Apakah dedak memainkan peranan? Wallahu Wa’alam.

17. Inilah peranan dan hasrat PAS setelah ia ditubuh. PAS tidak mungkin menang untuk mendirikan Kerajaan di peringkat pusat walaupun ia bertanding seratus kali.

18. Sebaliknya PAS tetap mengurangkan jumlah orang Islam dalam parti pemerintah.

19. Kali ini, PAS secara langsung akan pecah barisan pengundi yang menentang Najib supaya Najib akan menang.

20. Kemenangan PAS di Kelantan hanya membawa nasib buruk kepada negeri itu. Ia juga mencemarkan imej Islam di Malaysia.

21. Sama ada dirancang atau tidak disedari atau tidak inilah hasil daripada pemulihan PAS.

22. Saya sedar kebenaran ini akan menyebabkan pelampau PAS marah amat sangat. Tetapi kebenaran masih kebenaran walaupun memedih telinga mendengar.

21 thoughts on “PERJUANGAN PAS YANG SEBENAR”

  1. Salam tun..

    Sambung sikit lagi.. Hj hadi terlalu sebok dgn hadis sampai terlupa quran..dgn kata lain boleh ke kita kata camni..

    Sebok dgn hadis sampai lupa quran ..
    Sebok dgn bukhori, muslim etc sampai lupa Allah..

    Kembalilah pd quran dan bacalah quran..

    Allah kata taati Allah taati rasul & Allah kata .. Aku akan tanya kamu berkenaan dgn quran Aku di akhirat..

    Jadi faham fahamkan lah maksud Allah.. Dgn taati Allah taati rasul..

  2. Salam tun yg saya hormati..

    Pohon izin utk berbicara..

    Anak.muda isu 4..

    Saya rasa terpanggil utk mengulas isu zina utk orang yg dak berkahwin dari lelaki & pompuannya..

    Dlm bab zina bagi yg dah kawin.. Hukum rejam sampai mati bukanlah hukum Allah ttp hukum hadis bukhori & muslim..

    Hukum Allah adalah spt dlm surah annisa’ ayat 15&16.. Sakiti & kurung sampai ajal bagi pompuan jika tidak mahu bertaubat..atau sehingga Allah adakan jalan keluar baginya..

    Saya rasa sakit hati & marah apabila sesuatu yg bukan dari quran di katakan dari quran.. Quran dari Allah manakala hadis dari periwayatan & penceritaan.. Karangan makhluk yg berkehendakkan pd makan, berbini, harta, kemasyuran, irihati, kekuasaan serta pasti mati.

    Jadi janganlah kita mencemarkan hukum Allah dgn mengatakan hukum dari akal & sesat kita adalah hukum Allah..

    Terimakasih kpd anak.muda yg timbulkan isu ini.. Yg membenarkan hukum Allah adalah hukum yg terbaik..hukum yg sesuai & patut utk seluruh manusia..yg tak terpakai utk sang keldai.. Mengkala sang keldai ini tidaklah berupa manusia..

    Jadi syukur kpd Allah..hukum hudud tidak jadi .. Kalau tidak tercemarlah hukum islam yg sebenar di buat oleh orang yg tidak kenal yg mana permata yg mana kaca…yg mana quran yg mana hadis ..

    Yg ms

  3. Politik, Perjuangan Dan Kepemimpinan Menurut Islam.

    “Pemimpin (Khalifah) harus mampu menggerakan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan kewajipan di dunia dan akhirat. (Kewajipan di dunia) harus seimbang (dengan kewajipan untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad, semua kepentingan dunia harus mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat. Singkatanya, pemimpin pada kenyataannya menggantikan Nabi Muhammad, beserta dengan tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaan politik di dunia.”

  4. Assalamualaikum tun

    perjuangan PAS untuk menubuhkan negara islam di nengara ini pada pandangan sya agak kelakar sebenarnya.

    1.jumlah umat islam dinengara ini adalah dalam 60%.kalau kita mewujudkan satu jenis undang2 sahaja.saaya sangat pasti yang 40% bukan islam tidak akan bersetuju dan berakhir dengan rusuhan yang melampau.solusinya adalah kita memerlukan 2 jenis undang2 tetapi itu tidak dapat dilakukan kerana bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

    2. negara malaysia adalah sangat berlainan dengan brunei yang telah melaksanakan hukum hudud. brunei yang hanya mempunyai 400 ribu penduduk dan rakyat tidak berkuasa langsung disebabkan sistem pemerintahan monarki.malaysia mempunyai lebih 30 juta penduduk yang mempunyai pelbagai adat dan budaya.

    3.jadi mewujudkan satu jenis undang2 boleh dikatakan mustahil jadi solusinya adalah membuat due jenis undang2 untuk islam dan bukan islam.

    4.Jika ini dilakukan saya tidak hairan jika ramai yang mengaku die bukan islam atau sudah keluar islam.ambil contoh orang yang sudah berkahwin tapi ditangkap zina dengan pasangannya.saya pasti 100% die akan bersumpah yang dia bukan lagi orang islam untuk menyelamatkan nyawa beliau kerana undang2 islam bagi pasangan zina yang sudah berkahwin adalah rejam sampai mati.begitu juga dengan orang yang ditangkap mencuri akan melakukan perkara sama untuk mengelakkan tangannya dipotong.

    5.secara terangan pas memang tiada visi untuk mengambil alih negara pada pru 14.kita boleh nampak dari perancanagn mereka.haji hadi sendiri telah mengaku didalam ceramah beliau mahu 5 negeri sahaja yang selebihnya beri pada umno.agak kelakar apabla melihat respon beliau apabila ditanya oleh wartawan berkenaan rancangan beliau ini.ini linknya
    https://www.youtube.com/watch?v=LBV3mQuHAjs

    6.ahli fanatik pas berkata apa dibuat haji hadi itu betul.pas ambil 5 negeri dan selebihnya diberi pada umno(melayu islam) dan bukan DAP.

    7.kepada ahli fanatik pas.cuba kite senaraikan keperibadian dato seri najib.adakah itu menyerupai keperibadian seorang melayu islam?jangan hanya kerana seseorang tu menjerit Allahuakbar dan malaungkan hidup melayu kita perlu menyokong beliau dan berkata dialah pejuang melayu islam yang tulen 🙂

  5. Salam Tun

    PAS biasekle kafir mengkafir, haram mengharam.

    Kadang2 I pelik tengok orang Melayu, tudung labuh tudung pendek tak gang, pakai tudung dan tak pakai tudung tak gang, kat kedai rambut mesti dikhaskan satu section untuk pelanggan bertudung tapi yang gunting buat rambut, mereka pilih orang lelaki.

  6. Report: Pilot negligence behind 2015 chopper crash that killed Jamaluddin Jarjis
    Pending : Morales . Altantuya . and other cases will be open back 1 by 1 and will be judge accordingly . Nobody can’t escape when they faced the truth. The truth comes from ALLAH THE ALMIGHTY . HE will shows you who is right and who is wrong and hiding behind the truth. will see you soon. Bidznillah.

  7. UAE– RM1.19/litre
    Eygpt– RM1.03/litre
    Bahrain– RM0.87/litre
    Qatar– RM0.68/litre
    Kuwait– RM0.67/litre
    Saudi Arabia– RM0.38/litre
    Iran– RM0.35/litre
    Nigeria– RM0.32/litre
    Turkmenistan– RM0.25/litre
    Venezuela– RM0.16/litre = Sudah kehabisan tunai dan hutang yang perlu segera dibayar .Menunjukkan sistem kapatalis menuju kehancuran. Kun fyakun
    MALAYSIA– RM2.70/litre = hanya menunggu masa … pada hakikatnya mereka hanya bersandiwara tentang kekukuhan kewangan tetapi sebaliknya masing2 mencari cara untuk menutup cerita dengan menyediakan projek2 mega agar rakyat teruis lalai dan leka tentang perkara yang sebenar. Cuba fikirkan adakah logik sekiranya negara pengeluar minyak mengenakan jumlah tertinggi berbanding negara lain pengeluar minyak … If my password is WEAK ? Think aabout did.

  8. Bukan semua yang tun tulis adalah salah, ada yang benar, walau banyak yang dah outdated, maksud saya tentang PAS di mata chedet

    dari sudut prinsip perjuangan, ya nampak umno ada kelebihan dari segi prinsip yang tetap dan tak berubah sejak penubuhannya

    itu kekuatan branding umno

    branding PAS berubah2, dulu hudud lepas tu negara berkebajikan, lepastu hudud semula,

    bagi orang yang educated mereka boleh follow

    bagi marhaen macam makcik2 felda dan orang2 kampung, mereka tak boleh hadam apa itu negara berkebajikan, RUU, hudud

    jadi mereka takkan pilih pas sebab mereka tak faham

    tambahan lagi umno menguasai media dan memomokkan yang pas tu buruk

    maka programming makcik2 felda : pas jahat

    hehehe

    di situ pas dah kalah dah sebelum bertarung di pilihanraya

    pada makcik felda dan orang kampung, biarlah menteri jahat dan songlap duit rakyat pun, biarlah mereka jadi kuli negara sekalipun, biarlah negara hutang atau bankrap sekalipum

    yang penting Malaysia tak dipimpin oleh cina, maka solusi mereka hanya umno..hehe

    inilah sentimen yang dah lama dimainkan umno dan bn

    ditambah lagi dengan perpecahan besar pas dan kewujudan pan

    makcik2 semakin pening

    ini pas, itu pan,

    bila orang pening, mereka cenderung untuk memilih jenama yang mereka dah biasa dan percaya walau jenama itu jahat sekalipun

    maka di situ umno dan bn dah menang

    walau sebelum pilihanraya

    saya bukan pakar politik

    saya hanya rakyat biasa

  9. ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day

    a. Parti Pas adalah parti politik serpihan dari umno lama yang diasaskan oleh para ulamak yang tidak bersetuju dan tidak sefahaman dengan cara umno dan pada pandangan mereka, tidak selari dan tidak sejalan dengan syariat Islam.

    b. Parti pas lama kelamaan menjadi agak ekstrim sehinggakan apa sahaja pandangan ketua atau sesiapa sahaja yang dipandang tinggi dalam hireaki parti adalah muktamad dan menjadi fatwa.

    c. Ketaksuban mereka sehingga menganggap selain dari mereka adalah jahil agama. Pengikut mereka juga terikut2 sehinggakan ahli keluarga sendiri serta teman rapat yang bukan ahli pas adalah juga musuh mereka dan Islam.

    d. Pandangan adalah mengikut fahaman mereka sahaja, tidak pernah mengikut nas Al Quran dan hadis serta fatwa majoriti ulamak. Mengikut nafsu menjatuhkan hukum sesuka hati kepada sesiapa sahaja yang menghalang jalan mereka.

    e. Agak berlembut dengan yang bukan Islam namun berkeras dengan orang Islam lebih2 lagi dengan orang Melayu Islam yang bukan ahli pas.

    f. Ulamak pewaris nabi, adalah cogan kata yang disalahgunakan, yang rata2 orang Melayu Islam cukup menghormati hadis ini.

    g. Al Quran, Hadis dan fatwa majoriti ulamak diterjemahkan tanpa pentafsiran yang seni, halus dan betul. Pentafsiran ada zahir dan batin, pada mereka yang penting pada zahirnya sahaja dan mengikut apa sahaja tafsiran oleh para ulamak mereka. Kami dengar dan kami taat membuta tuli.

    h. Ulamak mempusakai ilmu dan akhlak yang ditinggalkan oleh Nabi.

    i. Pas tidak pernah istiqomah/konsisten samaada pada pandangan dan juga perbuatan.

    j. Mereka gemar memporak perandakan ummat Islam. Nabi sama macam orang awam tak ada beza, boleh meminta bantuan syaitan ketika darurat, Allah mencarut, masuk pas masuk syurga, ahli umno kafir akidah dan perbuatan dan macam2 lagi. Lisan dan akhlak mereka kadang kala adalah lebih biadap dari orang yang disangka jahil agama.

    k. Parti politik selain pas jika bekerjasama dengan parti bukan Islam adalah tidak sah dan kafir, hanya parti pas sahaja yang boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

    l. Ketika umno masih lagi dianggap kafir namun dedak najib yang diterima adalah sah dan halal. Walaupun jelas najib mencuri namun hasil curiannya memanfaatkan parti pas, itu lebih afdal, lebih utama dari jenayah yang dilakukan. Fatwa kafir dibekukan buat sementara waktu.

    m. Dajjal kecil sudah menambahkan pengikutnya, tunggu sahajalah dajjal besar akan keluar. Para mufti dan juga pihak berkuasa Agama hendaknya mengambil berat tentang fatwa pas yang sesat lagi menyesatkan. Terlalu banyak menyentuh isu aqidah malah selalu juga melanggar syariat. Perbetulkanlah, jalankanlah dan peganglah amanah kuat2, berani kerana Allah bukan kerana gaji dan pangkat.

    n. Semoga orang Islam sedar dan tinggalkan pas, mereka menjual Agama demi kepentingan nafsu dan politik. Tiada kemajuan di dalam pas. Menolak pas bukan menolak Islam. Ideologi pas adalah cara halus untuk menyesatkan umat Islam.

    o. Semoga Islam murni di Tanahair ku ini. Haq pasti akan melenyapkan yang batil. Tiada kompromi, kepada Allah kita bertawakkal.

  10. Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. Pada saya, PAS cuma parti politik yang menunggang agama Islam untuk kepentingan politik sempit mereka. Sikap hipokrit dan talam seribu muka kebanyakan ahli-ahli PAS sudah terbukti semasa mereka bersama PR berjaya memenangi Selangor dan Perak (untuk seketika). Rejim Najib yang ternyata korup sudah jadi kawan rapat para pemimpin PAS. Memang hipokrit mereka ini.

    2. Pesta arak telah pernah diadakan di Selangor di bawah PAS/PKR/DAP. Dulu bukan main lagi berjanji akan hapuskan segala arak/judi/premis maksiat/etc. di Selangor jika PAS (bersama Pembangkang) menang. Sekarang apa sudah jadi?

    3. Keadaan (kesejahteraan umat Islam) bukan semakin baik (berkaitan arak.judi/premis maksiat/etc.), tetapi semakin buruk/teruk. Azan (masuk waktu solat) di tempat saya pun sudah tidak dapat didengar dengan jelas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kadang2 sunyi senyap saja bila masuk waktu. Terasa macam berada di negara kafir pula.

    4. Jadi jangan haraplah PAS boleh menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia. Prestasi PAS hampeh. Hancur jadinya jika PAS diberi peranan menjaga urusan agama Islam di negara ini.

    5. PAS sejak dari dahulu lagi memang perjuangan utamanya ialah untuk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia. Sikap mereka yang munafiq memang sudah terserlah sejak sekian lama. Perangai hipokrit mereka boleh dilihat di Selangor sebab mereka masih lagi bekerjasama dengan DAP. Maknanya mereka pun menyokong DAP. Menuduh orang lain kafir (“…PAS mendakwa bekerjasama dengan orang kafir menjadi orang Islam kafir”), tetapi mereka sendiri terang-terangan melakukan perkara yang menurut mereka membawa kepada kekafiran. Alahai…Lidah bercabang mereka ini.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  11. 29. The mindshift of the voters too have changed to adapt the future creative and innovative, but if cari gaduh can be hailed as hero, then, there is no point of talking about justice, fairness and equality.

    30. Obama also cannot change the world, you think we can change the world?

    31. Pas favored hukum hudud, umno favored ketuanan melayu, umno baru favored ketuanan islam, the rest are only followers, therefore, whoever become the pm, the buck will be on his table.

    32. As voters, whether we like it or not, life will go on as usual.

  12. 23. Dulu kata dunia, IQ diutamakan.

    24. Selepas tu, tambah EQ.

    25. Hari ini, the world is talking about LQ, love q.

    26. Bnm wanna talk about shame errant financial institutions?

    27. But, they must get mandate from voters via political parties.

    28. Jika mereka masih teruskan struggle mereka, bnm too will be left behind.

  13. Assalamualaikum Tun.

    Memang la Tun kurang cerdik. Tun saja nak cari gaduh. Bila gaduh Tun boleh jadi hero Pengerusi Pakatan. Ni dia hero datang.

    Saya tertarik dengan satu dua kata kata Ustaz Azhar Idrus yang juga asalnya dari Terengganu.

    “Kita ni bukan ulama’, tapi kita cuma menyampaikan apa yang ulama’ putuskan.” Ulama’ yang dimaksudkan adalah ulama’ terdahulu, bukannya taraf taraf ustaz yang duk ada sekarang ni.

    “Kata pangkatnya Ayahanda, tapi suruh berbini dua pun takut.”

    “Yang bertanding bukan kerajaan, tapi parti politik. Kalu rasa yang ini tak okey, kita tukar yang lain. Kalu naik yang itu pun tak okey, kita tukar pulak.”

    Kekadang taraf ustaz je, tapi rasa yakin macam taraf ulama’. Keluar fatwa bukan bukan.

    Maka tanggunglah sendiri dosa dosa yang ustaz ustaz ini ciptakan.

    Terima kasih.

  14. Salam Tun,
    Tak puas hati lagi,
    Sy nak komen alman, salam tak bagi, pintu tak ketuk,
    Selamba aje ckp kurang cerdik, Adoi…
    K@##LA B#*!H

  15. Kepada komen en rakyat 1 Malaysia,
    Saya setuju tolak pas bahagian kementerian agama,
    Tapi bukan di sini, di Afghanistan tu, jadi menteri agama puak Taliban,
    Hendak sgt extream kan, ambik lah,

  16. Salam Tun,
    Kpd komen alman,
    1.Susah payah Tun terangkan apa itu pas, masih tak paham paham, kalau di blog lain memang dah kena carut maki maksimum sampai atok dalam kubur pun boleh bangun.
    2.Tapi dalam blog Tun yang berprestage ini, mmg tak patut sebut, malu.
    3.Tidak ada peluang lagi utk percaya pas ini, terbukti dgn jelas talam seribu muka pas ini, berkerjasama dgn umno dan menjadi alat tunggangan umno, campak aje tulang tulang berbalut ringgit Malaysia, berebut puak ini mengonggong, hina nya.
    4.Yang paling sakit hati boleh tetrima cakap kandarsamy tu ttg 1mdb, kepala terhangguk hangguk konon paham semua kelentong, padahal satu habuk pun tak masuk kepala kerana dedak dah penuh dlm telinga, dlm mata dlm mulut dan dalam segala lubang yg ada pd tubuh badan,
    5.Aduh, geram nya mulut nak memaki hamun, tapi sabar jaga sikap di blog Tun ni,

  17. Salam Tun.

    1. Islam ialah milk Allah s. w. t dan agama ini sudah menuju kejayaan.

    2. Kepada yang mendakwa bahawa masuk Parti Pas itu jalan ke syurga atau seorang Islam yang sebenarnya pasti keliru dengan kenyataan ini.

    3. Bagi Rimba Emas Politik tidak lebih untuk mendapatkan kuasa dan kebelakangan ini telah lari dari tujuan sebenar kerana lebih kepada menguasai harta dan wang ringgit.

    4. Cerita sejarah ada kenyataan Pas tertubuh dari serpihan agamawan pihak Umno. Bila tidak terpilih maka ada yang keluar dengan membuka Parti baru.

    5. Bila ada pihak yang meminda undang-undang yang sudah ada dengan menambah-nambah maka ia sudah menjadi perbuatan bidaa’h.

    6. Al-Quran di guna bukan untuk menjalankan tetapi sebagai mencari kesalahan pihak lain atau Parti lawan.

    7. Musuh agama Islam ialah syaitan laknatullah. Jadi Pas samalah juga dengan Parti-parti lain yang boleh dirasuk kepada perbuatan mungkar.

    8. Jelas Islam agama menuju kejayaan sebagaimana seruan yang di azankan.

    9. Bukan kita manusia yang boleh menjatuhkan hukuman atau menilai seseorang yang lain.

    10. Kembalilah kita menyembah Allah s. w. t bagi umat Islam atau tuhan kepada yang berlainan agama.

    Wallahua’lam.

  18. Kurang cerdik.!
    Kata mengata caci maki bukanlah jalan terbaik untuk selesaikan masalah. Sebaiknya fokuskan pada masalah dan bawalah berbincang sesama pemimpin parti. Ruang masa masih ada untuk dibawa berbincang bersama sebelum PRU.

  19. Assalamualaikum, Tun.

    Sebelum ini, di bawah kepemimpinan Allahyarham Tok Guru, PAS merupakan sebuah parti yang berprinsip dan banyak menyumbang ke arah memunculkan siraltulrahim dengan bukan umat. Nilai-nilai murni ajaran Islam dihayati dan dihormati.

    PAS kini terserong dari halatuju yang betul dan benar, dengan lemparan fitnah dan cakap bukan-bukan, tanpa asas. Dulu dituduh kafir, kini dikawani demi kepentingan politik. Yang lebih teruk lagi ialah ia dipandang membangkitkan isu-isu perkauman, mengakibatkan kepincangan dalam masyarakat majmuk kita.

  20. Salam Tun,

    Tepat sekali komen Tun ini.
    PAS memang pengacau dalam pengurusan negara ini.

    Tun saya memohon pada tun Supaya kita Bagi ulama ulama PAS untuk mengguruskan urusan agama Islam Sahaja.

    Jadi saya syorkan kepada semua pembaca ini, Supaya Bagi tahu rakyat kawasan luar bandar Supaya TOLAK PAS sebagai parti sebiliknya apabila PAKATAN Harapan menang Nanti kita Bagi ulama ulama PAS untuk uruskan agama Islam di negara ini.

    Jom kita sama sama terang kan kepada semua ahli PAS.

Comments are closed.