1. Ramasamy sering menuduh saya racist.
2. Tetapi apabila ia tinggalkan parti berbilang kaum ia menubuh parti orang keturunan India.
3. Dan apabila orang keturunan India tidak terdapat dalam kabinet Kerajaan ia menegur Kerajaan.
4. Jikalau ia tidak utamakan orang keturunan India, apa salahnya jika tidak ada menteri keturunan India dalam kabinet.
5. Menteri bukan keturunan India juga Menteri Malaysia. Sebagai orang Malaysia tidak ada sebab kenapa tidak adanya menteri keturunan India bukan masalah.
6. Jika kerana tidak adanya menteri keturunan India dalam kabinet ternampak tidak adil, sebabnya tentulah kerana Ramasamy masih setia kepada kaum keturunan India.
7. Ini bermakna Ramasamy racist yang berjuang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk bangsa keturunan India.