REFORMASI

1. Seperti yang dijanji reformasi sedang diadakan.

2. Beberapa dari reformasi yang dijanji termasuklah larangan bercakap berkenaan 3R.

3. Jika dahulu kestabilan negara tidak diutamakan sekarang untuk tentukan kestabilan negara diperkenal larangan menyentuh 3R. Kita lihat sekarang bagaimana amannya negara.

4. Mereka yang tidak menghormati reformasi ini sudah ditangkap dan digari.

5. Ini adalah SOP. Ia termasuk juga tidak ada ikat jamin. Jika dibenar ikat jamin maka rayuan akan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mahkamah yang lebih tinggi.

6. Ini juga adalah sebahagian dari reformasi, AG boleh henti prosecution. Zahid yang sedang dibicara berkenaan 47 kes terselamat apabila AG henti prosecution.

7. Tidak lama lagi mereka yang lesap berbillion Ringgit duit Kerajaan boleh dipenjara dirumah. Tetapi yang curi sepuluh ringgit hendaklah dimasuk dalam penjara supaya sedar pencurian yang besar sahaja yang perlu mendapat nikmat reformasi.

8. Kuasa Perdana Menteri sudah dinaikkan oleh Dewan Rakyat. Ini akan jamin keberkesanan pemerintahan yang amal reformasi.

9. Bertuah sungguhlah negara.