1. Saya dan Hasmah mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam khususnya.
2. Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.
3. Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya serta Hasmah, dan kesejahteraan kami berdua.
4. Saya masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat daripada jangkitan yang saya alami sejak bulan Januari lalu.
5. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih para doktor, jururawat, serta staff di IJN ini.
6. Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini ada kala saya dibenarkan pulang sekejap, atau “home leave”, oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.
7. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya.
8. Selamat berpuasa. Saya berdoa agar semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang Istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah.