1. Saya kagum dengan kejayaan polis mengesan dan merampas bermillion Ringgit dadah di merata tempat di Malaysia.
2. Tentu polis sudah tangkap pengedar-pengedar dadah ini. Tindakan terhadap pengedar ialah tahanan sehingga dibicara.
3. Jenayah mengedar serius – hukum gantung.
4. Tetapi tidak ada laporan berkenaan tangkapan melainkan kes kecil sahaja.
5. Tetapi saya masih percaya tangkapan dan tahanan akan berlaku, InsyaAllah.
6. Pengedar dadah bernilai ratusan million akan ditahan, dihadap ke mahkamah, dibicara dan dihukum.
7. Inilah yang dikenali sebagai the rule of law yang menjadi pegangan Kerajaan negara tercinta ini.
8. Saya ucap tahniah kepada PDRM.
