UMNO KADAM DAP

1. Ramai yang tidak faham kenapa UMNO tarik diri dari solidariti terhadap “appeal” Najib berkenaan addendum.

2. Kenyataan YDP Agong tidak melarang “rally” yang dirancang. Kenyataan Duli Yang Maha Mulia cuma menjelas cara pengampunan boleh diberi.
Perhimpunan berkenaan addendum boleh diteruskan oleh UMNO.

3. Tetapi yang jelas ialah tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dengan PAS. Jika diteruskan UMNO mungkin tersingkir dari Kerajaan PH, Lim Guan Eng masih berbisa.

4. Kerajaan tidak akan jatuh jika UMNO disingkir. Tetapi nasib pemimpin UMNO boleh terjejas apabila UMNO bukan lagi dalam Kerajaan.

5. Inilah nasib UMNO. Keselamatan pemimpin UMNO bergantung kepada sertaan dalam Kerajaan. Sokongan DAP diperlukan.

Leave a Reply