WANG TUNAI ITU RAJA – CASH IS KING

1. Di antara usaha Najib untuk menentukan kemenangan baginya ialah menyekat dana daripada didapati oleh parti lawan.

2. Orang yang berada dan mungkin menderma kepada parti lawan diugut dan didera dengan mengganggu kehidupan mereka. Institusi yang diguna ialah polis, Jabatan Hasil dalam Negeri dan juga SPRM.

3. Pegawai Jabatan Hasil akan menggeledah premis dan membuat tuntutan bayaran cukai korporat tambahan yang tidak berasas. Jika sasaran enggan membayar mereka akan senarai hitamkan syarikat, merampas buku-buku akaun dan rekod-rekod supaya perniagaan tidak dapat dijalankan.

4. Jika mereka sedang melaksanakan kontrak dengan Kerajaan, atau mereka membuat permohonan untuk kontrak, semuanya akan dibatalkan.

5. Bank-bank diarah supaya tidak memberi pinjaman modal atau apa-apa pinjaman kepada syarikat atau individu yang menyokong parti-parti lawan.

6. Cukai tambahan yang dikenakan boleh meningkat sehingga puluhan, bahkan ratusan juta.

7. Segala urusan perniagaan diganggu, kebenaran ditangguh berbulan bahkan bertahun.

8. Peniaga kecil juga diugut sehingga mereka terpaksa tutup perniagaan.

9. Sekarang ini tuduhan dibuat kononnya peniaga terlibat dengan pembersihan wang (money laundering) yang didapati secara salah, seperti dicuri atau dari perniagaan dadah. Bukti, kesalahan ini tidak ditunjuk. Hanya dengan membuat tuduhan maka akaun wang dalam bank pihak yang dituduh boleh dibekukan. Ini menghentikan perniagaan yang dituduh. Jika bangunan sedang didirikan, kerja terpaksa dihentikan. Peniaga mungkin kehilangan punca pendapatan sama sekali.

10. Pejabat boleh digeledah dan buku-buku dirampas. Mangsa tidak berani bantah atau bersuara kerana tindakan yang lebih keras akan dikenakan. Jika mangsa membuat pengaduan di mahkamah, perbicaraan akan mengambil masa yang panjang. Mangsa akan menderita bertahun-tahun.

11. Pegawai-pegawai Kerajaan yang bersara tidak berani menyertai parti lawan kerana ugutan dan tekanan yang akan dikenakan kepada mereka.

12. Parti lawan sekarang tidak dapat mengumpul dana untuk urusan parti. Walaupun ahli dan pemimpin sanggup berkorban untuk membiayai aktiviti mereka, tetapi untuk pilihan raya wang yang banyak diperlukan.

13. Poster, sepanduk, rapat umum, perjalanan, kempen, bendera dan bermacam lagi alatan perlu disediakan. Jika kempen yang kerap yang disertai dengan poster-poster yang menarik tidak diadakan maka pengundi tidak akan dapat penerangan perjuangan parti lawan serta menafi dan menolak secara berkesan dakwaan Parti Kerajaan.

14. Kata Najib “Cash is King”, “Wang tunai itu Raja” . Dengan duit yang banyak yang ada padanya dan penyalahgunaan wang Kerajaan, rakyat mudah tertipu.

15. Maka benarlah slogan Najib “Cash is King”. Baginya wang akan menentukan kemenangan baginya.

16. Pakatan Harapan dan parti-parti dalam gabungan pembangkang mungkin tidak ada dana yang cukup. Tetapi dana yang kurang ini diganti dengan semangat yang kental dan kesanggupan untuk berkorban apa sahaja demi bangsa, agama dan tanahair. Juga balasan diakhirat kerana berpegang teguh kepada kebenaran dan menolak kemungkaran.

17. Cash mungkin dianggap sebagai King oleh Najib. Tetapi rasuah tetap rasuah. Memenangi PRU dengan rasuah masih merupakan rasuah dan jenayah dalam masyarakat Malaysia. Ia masih juga berdosa disisi agama Islam.

13 thoughts on “WANG TUNAI ITU RAJA – CASH IS KING”

  1. assalamualaikum tun,

    1.cash is king adalah merupakan satu penyakit.malangnya secara terus terang saya dapati penyakit ini sangat senang berjangkit pada orang melayu.sehingga ada sampai satu tahap saya memikirkan adakah orang melayu membawa genetik penyangak?

    2.masalah terbesar adalah budaya kita sendiri sudah menghalalkan cash is king ini. teringat saya pada temubual pada dato ibrahim ali mengenai pemecatan DSAI.dato ibrahim ali berkata tun berkata pada beliau yang “jika kesalahan anwar hanya adalah melibatkan korupsi wang,saya boleh pejam mata tapi ini adalah masalah lebih besar”

    3.pada saya satu2nya cara untuk menghapuskan penyakit cash is king ini adalah kita perlu mengubah budaya masyarakat kita sendiri.kita perlu mengeji/mengecam mereka yg menghidapi penyakit ini.bukannya pejam mata dan berkata biasalah kalau ahli politik main duit perkara biasa saja.

    4.sesungguhgnya tun manusia sekarang lebih takut pada persepsi masyarakat berbanding dosa didalam agama.contohnya bagi generasi seusia saya bersekedudukan/zina adalah perkara biasa tetapi mereka tidak berani untuk mempunyai anak haram.sebabnya?persepsi masyarakat tidak dapat menerima lagi perkaara ini.dosa sudah belakang kira. saya dengar sekarang ada yang membawa kes anak haram yang berbin/binti abdullah ke mahakamah untuk ditukar kepada nama bapa yang sanggup mengaku itu anak beliau.jika ini dibenarkan,saya sangat yakin generasi kelak,generasi anak cucu saya nanti mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara biasa

    minta maaf tun kalau saya lari dari topik 🙂

  2. Explaim

    Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)
    Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
    Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
    Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
    Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
    Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd
    Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
    Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
    Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA Berhad

  3. Explaim

    Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)
    Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
    Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
    Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
    Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
    Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd
    Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
    Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
    Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA Berhad

  4. Entahlah Tun, cakap pun tak habis tentang isu Najib ni

    Saya sempat merasa kepimpinan Tun masa saya kecil sampai remaja

    Saya sempat merasa saat rakyat merasa mewah jugak dengan hasil negara

    Semacam satu kerugian buat rakyat Malaysia bila Tun resign awal

    Najib nampak bijak dalam strategy politik tapi tidak bijak dalam aspek kebajikan rakyat

    Zaman Tun dulu takde brim tapi rakyat takde hidup susah macam hari ni

    bila rakyat susah, jenayah meningkat

    sekarang jenayah dalam Malaysia menjadi2

    Najib semacam dah tak mampu berbuat apa

  5. Assalamualaikum, Tun.

    Rakyat kini hidup sengsara kerana ketidakcekapan pengurusan duit kerajaan, percukaian keterlaluan, peluang pekerjaan kurang cerah dan nilai matawang yang merosot.

    Kalau masih berdegil dengan strategi menanggung hutang berat dan membeli hati dengan “gula” menjelang pilihanraya, maka Negara kita akan hancur satu hari nanti!

  6. Memang cash is king, tengok saja pemimpin Parti Ajaran Sesat. Dia kata sekarang baru Tun kenal khamis jumaat sabtu, macam dia orang sekarang baru kenal AUDI Porce sudu garpu spegeti, jadi sebab tu kena berpelok dengan Najis. Tak cukup dengan tu,bukan saja tak kenal 1 2 3 a b c malah alif ba ta pun dah lupa. Siap cakap UMNO bukan musoh mereka tapi DAP. Dari dulu sampai sekarang agaknya semua kerusi yang mereka tanding dalam PRU dengan DAP dan bukan dengan UMNO. Mat BOdoh pula kata otak orang Amanah kat lutot sebab makan makanan DAP, dia pulak jadi bodoh dan mulut macam sial pula makan apa, makan tahi Najis sampai bercakap macam orang lansong tak ada otak. Ambil keris panjang buat kacau najis lagi berfaedah daripada potong pulut hijau. Tuui

  7. Terbaik Rimba Emas.

    Mari rakyat 1 Malaysia , tukar Kerajaan yg tengah rosak ini . Undi lah PAkATAN HARAPAn. Tolak UMNO BN dan tolak juga PAS sebagai parti politik. Dan terima PAS sebagai badan pertubuhan yang menjaga Hal ehwal Islam di negara ini.

    Satu undi untuk BN Adalah awak menyokong Kerajaan Klepthokerasi .
    Satu undi untuk PAKATAN HARAPAN Adalah untuk selamatkan Malaysia.
    Satu undi untuk PAS Adalah untuk memudahkan BN perintah semula.
    UNDI ANDA ADALAH UNDI TELUR EMAS untuk selamatkan negara.

    Sekarang anda boleh lihat Jumlah Hutang di bawah Kerajaan najib

    http//www.nationaldebtclocks.org/debtclock/malaysia

  8. ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day

    a. Ada desas desus mengatakan terdapat pergerakan bawah tanah yang sedang giat mengumpulkan maklumat dan bukti untuk menjatuhkan kerajaan najib yang didalangi oleh orang2 kepercayaan najib sendiri dan juga orang2 kerajaan. Mereka2 terdiri dari yang berpangkat bawahan hinggalah yang berpangkat ketua pengarah.

    b. Kesedaran ini bermula setelah lama memendam rasa diperbodohkan najib dan kuncu2nya.

    c. Mereka merasakan segala tindakan najib adalah bukan untuk membangun Negara malah menjatuh dan menjahanamkan Negara.

    d. Sudah terlalu ramai yang terlibat bekerjasama dengan jenayah yang dilakukan najib. Sudah sampai ke tahap kritikal tapi masih belum terlambat untuk diperbetulkan.

    e. Namun begitu, kita hendaklah tidak terlalu selesa dengan perkembangan ini kerana pergerakan ini digerakkkan oleh beberapa kumpulan.

    f. Antaranya; pertama mereka2 yang memang tidak bersetuju dan tidak berpuashati serta menyedari segala kezaliman dan jenayah yang dilakukan najib, mesti dibenteras. Kedua, mereka2 yang tidak berpuashati kerana pembahagian dedak yang tidak sama rata. Ketiga, mereka2 yang di atas pagar, samaada ragu2, celaru, keliru ataupun tidak faham dengan konflik yang sedang terjadi.

    g. Bagi yang telah dibutakan hati mereka, duit pasti akan dapat membeli maruah. Pergerakan bawah tanah ini masih terdedah dengan sogokan yang bakal diterima. Sogokan yang sukar ditolak kerana jumlahnya yang terlalu banyak disamping ancaman keselamatan diri serta keluarga, pekerjaan dan juga perniagaan.

    h. Sama2lah kita tunggu samaada ia akan menjadi kenyataan. Dajjal kecil muncul sebelum dajjal besar keluar. Berhatilah2 kerana wang adalah salah satu punca syirik kerana menolak kebenaran. Syirik, satu2nya dosa yang tidak akan diampun Allah. Hanya yang berani sahaja yang dapat mengalahkan musuh nombor 1 negara ini (MO1). Yang haq pasti akan melenyapkan yang batil.

  9. Assalamualaikum Tun,

    Tindakan Najib dan konco-konconya adalah dijangka. Mereka akan menggunakan semua cara untuk kekal berkuasa. All options are on the table. Begitulah terdesak mereka ini.

    Cuma saya rasa apa yang pihak Harapan boleh buat, ialah “menasihati” ketua-ketua GLC dan perkhidmatan awam agar professional dan neutral dalam menjalankan tugas mereka. Mereka tidak semestinya menolong Najib dan konco-konconya hanya sebab Najib adalah Perdana Menteri.

    Bagaimana pula jika Najib berjaya diturunkan dan Pakatan Harapan pula naik menjadi kerajaan pada PRU akan datang? Mustahil? Kalau mustahil, mengapa mereka mengambil pelbagai cara untuk jatuhkan Harapan? Ini menunjukan ancaman Harapan untuk jatuhkan BN adalah benar dan mereka dalam keadaan terdesak.

    Sudah tentunya kalau Harapan berjaya akan bentuk kerajaan, mereka-mereka yang telah membantu Najib dalam membuat perkara salah akan dipertanggungjawabkan.

  10. Salam Tun.

    1. Rakyat Malaysia tentu tahu bahawa kita merdeka melalui rundingan dengan penjajah. Bernasib baik kita kerana tidak seperti negara-negara lain yang terpaksa melalui peperangan.

    2. Kita umat Islam sendiri tahu perjuangan Rasullullah s. a. w juga berjuang melalui peperangan.

    3. Sebabnya kerana penentangan musuh yang ramai melalui kekejaman atau tindasan tampa perikemanusiaan.

    4. Perjuangan cara ini bukannya mudah kerana perlukan pengorbanan sehingga berlakunya pengorbanan harta dan nyawa.

    5. Cara Rasullullah s. a. w. ini tidak sia-sia kerana telah di berinya Allah s. w. t kelebihan kepada yang terkorban iaitu jihat ke syurga.

    6. Sedangkan kita sekarang dapat tahu bahawa Ketua Kerajaan telah menyalah guna kuasa dengan memiliki semua jentera kerajaan dalam mempertahankan dirinya.

    7. Dalam keadaan sekarang kalau rakyat berjuang dengan cara peperangan pastilah akan berlaku korban harta dan nyawa.

    8. Malah rakyat bukan pula mendapat jaminan jihat ke syurga. Jadi perjuangan ini akan berlaku tumpah darah dan membahayakan golongan tua yang lemah , kanak-kanak dan wanita.

    9. Jadi bila di beri peluang melalui cara menggundi maka rakyat patut ambil pendekatan ini dengan bersungguh-sungguh.

    10. Sekurang-kurangnya dapat mengelak dari melalui peperangan yang pasti memihak pada jentera kerajaan .

    11. Cara menggundi ini adalah satu pilihan yang terbaik untuk mengelak kemusnahan hartabenda dan nyawa.

    12. Memenangi Pilihanraya 14 inilah memberi peluang untuk mengubah atau mendakwa jentera kerajaan yang ada sekarang.

    13. Rakyat kena bantu sesama sendiri dengan cuba memulihkan kembali rakyat yang bekerja dalam kerajaan bahawa mereka adalah milik rakyat dan hanya pekerja sementara dalam kerajaan.

    14. Undi lebih kurang sama dengan cara perundingan iaitu kurangnya resiko kemusnahan.

    15. Wahai rakyat inilah cara yang terbaik atau jalan penyelesaian iaitu melalui peti undi.

    16. Untuk pulihkan keadaan merosot MALAYSIA bukannya pilih kerajaan yang telah merosotkan. Tetapi Parti lawan yang akan memulihkan kembali.

    17. Pastilah ia Pakatan Harapan. Undi rakyatlah yang akan memulihkan negara kita Malaysia.

    18. Tukar barulah boleh pulihkan. Kalau masih yang sama kita tahu ia telah pernah merosakkan.

    Wallahua’lam.

  11. yang p dok angkat dia dulu sapa suruh? umog dah macam ni nk lawan org muda boleh ka? i can go on and on non but i think this is fighting a loosing coz the guy not only has king cash but king power as well…u let us down but u r our only hope…harap² ladi la kot kali ni…no?

  12. Salam pembaca, rakyat bukan bodoh untuk membabi buta memilih UMNO BN ini. Mohd. Taip berkata UMNO lah angsa yg bertelurkan emas untuk orang melayu. Dia kata lagi UMNO lah yang boleh menjaga nak hak orang melayu di kawasan luar bandar. Nampak Sangat kebodohan beliau ini. Mungkin UMNO dulu menjaga hak hak orang melayu di kawasan luar bandar tapi skrg tidak. UMNO Sudah diselewengkan oleh Najib .

    Bukan kah semasa Felda disenaraikan di bursa Macam Macam fitnah ditaburkan ke atas MP rafizi . Pada Hal apa dikatakan oleh rafizi itu berlaku pada felda. Saham felda jatuh Dari rm4 ke satu ringgit lebih dan akhirnya terkeluar Dari bursa saham .

    Kerajaan di bawah Najib ini dah teruk pengurusannya sehingga Pegawai , setiausaha MP , polis Macam di Melaka semua nya sapu duit gila gila . Sehingga kini 33 billion dirampas oleh SPRM. ( 30 billion itu 30000 juta) .

    Balik pada Mohd Taip ini katanya nak menjaga orang melayu kampung. Bukankah dia bawa berpuluh ribu duit kita ke Australia . Kenapa dia tak labur duit itu kat Malaysia . Cakap konon konon nak jaga hak orang melayu di kampung. Untuk pengetahuan semua Kerajaan negeri SELANGOR buat Macam Macam peduli rakyat . Kenapa masa pemerintahan mohd taip ini tak buat .

    Soalan Utama yang patut di jawab oleh semua Pemimpin UMNO skrg ialah
    1 . Bolehkah seorang pemimpin berbohong pada rakyat ?

    2. Pada mula nya PM kata tak Ada duit dalam Akaun lepas dah kantoi kata Ada 2.6 billion , katanya tok Arab Bagi , bukankah ini satu kesalahan

    3. Kata nak sama WSJ tapi tak saman hingga Sekarang , bukankah PM tipu rakyat?

    4. Dalam pilihan raya lepas rakyat Malaysia keturunan cina majoriti nya menolak MCA dan BN. Tetapi masih berkawan dengan cina juga iaitu Jhow Low. Undi nak orang melayu tapi nak buat tipu muslihat dan bisnes nak orang cina. Bukan bodoh orang melayu Sekarang . Orang melayu Sekarang lebih pandai Daripada PM.

    5. Sekali lagi saya nak Bagi tahu PAS ini bagus sekali dalam Hal Hal agama Islam Sahaja . Saya minta rakyat terutamanya orang melayu kampung untuk tolak PAS sebagai parti sebiliknya terima PAS sebagai badan Utama untuk menjaga Hal Hal Islam Sahaja. Saya juga mencadangkan kepada PAKATAN Harapan Supaya Bagi PAS untuk menjaga Hal ehwal Islam .

    6. Dalam pilihan raya UMUM ke 14 Nanti , rakyat Sudah bersedia untuk menukar Kerajaan.

Comments are closed.