PERLEMBAGAAN (THE CONSTITUTION)

1. Malaysia mempunyai perlembagaan tertulis. Apa dianya perlembagaan.

2. Perlembagaan adalah undang-undang asas. Bagi sesuatu negara perlembagaan menentukan had (limit) apa sahaja yang boleh dilakukan. Ini termasuk undang-undang dan dasar yang boleh diterima oleh negara.

3. Mengada had ini amat penting. Ini disebabkan undang-undang dan dasar yang boleh dibuat mungkin bertentangan dengan asas-asas dan ideologi negara. Jika ini berlaku pentadbiran negara boleh mencetuskan huru-hara dan rakyat menghadapi keadaan yang tidak menentu.

4. Untuk menentukan sama ada undang-undang dan dasar tidak mematuhi peruntukan perlembagaan, mahkamah berhak semak sama ada mematuhi perlembagaan atau tidak.

5. Keputusan yang dibuat oleh mahkamah hendaklah dihormati. Ini juga diperuntuk dalam perlembagaan.

6. Tidak ada sesiapa yang berkecuali dalam mematuhi perlembagaan. Tidak ada individu, institusi, bahkan Kerajaan yang terkecuali dari mematuhi perlembagaan. Segala pencabulan peruntukan undang-undang atau percubaan melulus undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan boleh didakwa dan disaman oleh sesiapa sahaja.

7. Yang jelas ialah perlembagaan menentukan kesejahteraan dan keselamatan negara bangsa. Ia adalah asas kepada segala tindakan oleh semua pihak. Siapa sahaja boleh dakwa bahawa pihak tertentu sudah menentang perlembagaan. Dan menjadi tanggungjawab mahkamah membicara tuduhan yang dibuat dan memberi hukuman.

8. Inilah cara demokrasi dan inilah yang perlu diamal oleh semua pihak yang dikehendaki menerima perlembagaan sebagai asas negara.

MENGANGKAT SUMPAH

1. Dalam acara (prosedur) tertentu komitmen kepada sesuatu janji atau cadangan sumpah dilafaz. Biasanya di Malaysia sumpah ini menyebut nama Allah. Demikian sumpah bermula dengan “Wallahi, Wabillahi Watallahi”.

2. Bersumpah tidak boleh dipandang ringan. Tindakan undang-undang boleh diambil bagi sesiapa yang tidak endah sumpah. Bagi orang Islam jika sumpah tidak dijunjung, ia menjadi dosa besar.

3. Islam memandang begitu serius sumpah sehingga melarang bersumpah melainkan dengan niat yang benar untuk menunaikan janji yang dibuat.

4. Dalam mahkamah tiap saksi dikehendaki bersumpah. Jika kemudian kenyataan yang dibuat olehnya tidak seperti sumpah yang dilafaz ia akan dihukum salah oleh hakim.

5. Sesungguhnya masyarakat terima sumpah sebagai kebenaran perkara yang telah dilakukan atau akan dilakukan. Sumpah terhadap sesuatu boleh diterima sebagai benar.

6. Sebab itu pihak yang melafazkan sumpah mesti tunaikan sumpahan yang telah dilafazkan. Jika tidak ditunai maka pihak yang bersumpah akan dihukum dengan hukuman tertentu.

MELAYU KEKAL DI KUALA LUMPUR

1. Utusan Malaysia melapor Melayu kekal di Kuala Lumpur. Saya berpendapat jika rakyat tidak bantah perancang merampas tanah milik orang Melayu, tidak akan ada dasar Kerajaan mengekalkan Melayu di Kuala Lumpur.

2. Rakyat tidak menentang pembaharuan bandar. Memanglah kawasan Melayu dengan rumah robek, berdinding papan reput dan bumbung zink karat perlu diperbaharui. Tetapi janganlah dengan menghalau penduduk Melayu sehingga bandar ternampak sebagai negara lain.

3. Sebenarnya ada cara membaharui kawasan Melayu supaya lebih sesuai dengan bandar moden tanpa merampas tanah orang Melayu. Kita lihat sebuah hotel yang moden (Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur / Resort Bon Ton, Langkawi) tetapi memiliki identiti kemelayuan.

4. Terdapat ramai arkitek di Malaysia yang mampu mereka bentuk bangunan yang mempunyai bentuk dan ukiran Melayu.

5. Bangunan sampai sepuluh tingkat pun boleh didirikan. Tingkat-tingkat boleh mempunyai flat mewah di tingkat atas, separuh mewah di tingkat menengah dan murah di tingkat bawah.

6. Tingkat bawah boleh disedia kedai-kedai comel untuk peniaga kecil. Dinding boleh dilipat supaya dua atau tiga kedai disatukan. Ini sesuai untuk restoran.

7. Perniagaan runcit yang semuanya berlainan boleh diadakan ditingkat bawah. Kedai-kedai comel ini boleh jual kraf tangan berlainan jenis. Ada yang diperbuat dari kayu yang diukir, barangan buluh, rotan, periuk belanga, perniagaan basikal dan motorsikal, barangan elektronik, komputer dan lain-lain termasuk kucing sebagai haiwan peliharaan. ***Kawasan gerai yang teratur perlu diadakan bagi peniaga jenis ini. Pada bulan puasa ramai orang Melayu terlibat dengan bazar Ramadan. Tidak ada sebab kenapa perniagaan makanan tertentu tidak boleh diadakan sepanjang tahun.

8. Tingkat satu atas boleh dijadikan tempat pameran, batik, songket, kain tenun dari Sarawak dan Sabah, keris dan lain-lain.

9. Barangan buatan orang asli juga boleh ditempatkan ditingkat dua. Ditingkat dua atau tiga boleh ada bowling alley dan lain-lain senaman.

10. Siapakah yang patut develop bangunan ini. Kuala Lumpur mengutip jumlah zakat yang terbesar. PNB mampu mendiri bangunan tertinggi 118 tingkat. Tabung Haji juga memiliki banyak modal. EPF memiliki dana yang terbesar.

11. Mereka ini semua boleh bangunkan kawasan Melayu yang hendak diperbaharui.

12. Premis boleh dijual atau disewa dengan bayaran insuran yang rendah untuk masa yang panjang. Penduduk Melayu yang memiliki tanah atau rumah perlu dibayar ganti rugi yang adil. Dengan duit yang diterima mereka mampu beli rumah, atau kedai dan berniaga.

13. Tidak ada pemberian yang percuma. Sedikit atau sebanyak mereka perlu bayar. Mereka perlu dilatih dalam bidang perniagaan.

14. Mereka memang boleh urus perniagaan mereka. Jika tidak tahu mereka perlu sanggup dilatih sebelum memula perniagaan. Mereka mesti simpan akaun secara tertib.

15. Pembangunan istimewa berbentuk Melayu boleh menarik pelancong dalam dan luar negara.

16. Amat menyedih apabila pelawat asing dibawa ke Kampung Baru yang tidak mencermin kemajuan yang sudah dicapai oleh orang Melayu Kuala Lumpur.

THE RULE OF LAW

1. Kita sedang lihat pencabulan undang-undang oleh Israel. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menghukum Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai (genocide) yang diharamkan undang-undang antarabangsa. Netanyahu, Perdana Menteri Israel didapati bersalah dan dihukum.

2. President Filipina juga dituduh melakukan jenayah pembunuhan diluar undang-undang, (extra judicial execution) dan sudah dimasuk dalam tahanan sebelum dibicara.

3. Presiden Korea Selatan akan dihadap ke Mahkamah kerana mengisytihar undang-undang tentera.

4. Semua tindakan ini berasas kepada undang-undang (the Rule of Law). Di waktu Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia pilih sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ini di maktub dalam undang-undang tubuh Negara atau Perlembagaan.

5. Undang-undang tubuh menjadi asas kepada undang-undang dan segala tindakan dan dasar yang diambil oleh negara. Sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang tubuh ini dianggap salah dan tidak boleh dilaksana. Jika dilaku juga perkara itu akan dirujuk kepada mahkamah. Jika mahkamah mendapati undang-undang atau dasar atau tindakan itu bercanggah dengan perlembagaan ia boleh dibatalkan.

6. Malaysia mengamal the Rule of Law (Pemerintahan mengikut undang-undang). Sebab itu undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak – individu, institusi dan Kerajaan.

7. Pelaksanaan undang-undang dikehendaki mengikut cara yang ditentukan (due process). Jika tidak maka keputusan akan dianggap tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

8. Sesungguhnya undang-undanglah yang menstabil dan menyelamatkan Masyarakat dan negara.

ANAK MUDA MELAYU

1. Ramai anak Melayu berpendapat mereka boleh terima bukan Melayu memerintah dan memiliki Malaysia.

2. Kata mereka bukan Melayu di Malaysia adalah juga rakyat Malaysia (citizens). Jika orang Melayu sebagai rakyat Malaysia boleh berkuasa di negara ini, bukan Melayu sebagai rakyat negara ini juga berhak untuk berkuasa seperti orang Melayu.

3. Tetapi majoriti bukan Melayu ini tidak bersikap sepenuhnya sebagai rakyat negara ini seperti kita. Mereka terus mengenal diri mereka sebagai berasal dari negara asal mereka.

4. Bahasa, budaya, persekolahan bahkan parti politik mereka juga dikaitkan dengan negara asal mereka.

5. Kita sanggup terima dan sudah pun terima pendatang asing (migrant) dari banyak negara yang telah putus segala hubungan dengan negara asal mereka. Bahasa, budaya, sekolah dan politik mereka tidak terasing dari kita.

6. Sebaliknya rakyat bukan Melayu sekarang tidak terima kita orang Melayu sebagai sebangsa dengan mereka. Organisasi mereka termasuk parti politik tidak terima kita.

7. Diskriminasi mereka terhadap kita jelas dalam syarikat dan perusahaan mereka. Mereka terasing dari kita secara fizikal dan mental.

8. Sudah ternampak bibit-bibit sikap diskriminasi terhadap kita apabila mereka mendominasi ekonomi. Sudah tentu apabila mereka berkuasa penuh sebagai Kerajaan, dasar mereka ialah meritokrasi yang akan menguntungkan mereka. Dasar Ekonomi Baru yang mengandungi affirmative action akan digugur.

9. Sebab inilah maka sikap anak Melayu muda yang sanggup terima baik kemungkinan Malaysia dikuasai bahkan dimiliki oleh bukan Melayu tidak boleh diterima.

10. Sebaliknya selama kita merdeka hampir 70 tahun orang Melayu apabila berkuasa sanggup berkongsi dengan bukan Melayu, walaupun yang mengekal identiti mereka dengan negara asal mereka. Dan di zaman itu kejayaan bukan Melayu lebih besar dari orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru tidak menghalang pembangunan dan kejayaan bukan Melayu.

11. Orang Melayu tidak tuntut kuasa hanya dibolot oleh mereka sahaja.

12. Tiap kali mereka mendominasi Kerajaan mereka memberi tempat kepada bukan Melayu dalam Kerajaan. Kita hargai sumbangan bukan Melayu kepada pembangunan negara. Tetapi sumbangan mereka sudah memberi pulangan yang besar kepada mereka.

13. Kita terima kerakyatan bukan Melayu. Tetapi tidaklah sampai ke tahap negara dikuasai dan dimiliki oleh rakyat yang masih kuat ikatan mereka dengan negara asal mereka.

14. Di Thailand, Filipina dan Indonesia migran yang mendapat kerakyatan semuanya tidak lagi kaitkan diri mereka dengan negara asal mereka.

15. Sikap Malaysia sebenarnya jauh lebih liberal dari negara-negara jiran kita. Tetapi liberal tidaklah sehingga negara ditawan oleh orang lain.

16. Anak muda Melayu perlu fikir dengan mendalam sebelum menerima tanahair kita tidak lagi dikuasai oleh kita.

THE GREATEST INJUSTICE

1. Everyday the Israelis are killing Palestinians.

2. They are doing this in full view of the world.

3. Babies, children and women are being killed before our eyes.

4. Hospitals have been bombed and rocketed. Schools destroyed.

5. Sick people lying in their hospital beds have to be wheeled out to seek safety.

6. But there are no safe places. The tents sheltering the displaced people have also been bombed and rocketed by the Israelis.

7. The Israelis respect no international laws, not even national laws. Even ambulances have been rocketed, killing medics.

8. The world should be sending a peace keeping force. But none has been sent. Food, medicine, water have been blocked by the Israelis.

9. They are demanding Gaza to be emptied of its people. They openly demand to take over Gaza. And when their demand is not obeyed they killed – they kill innocent men, babies, children, women, sick people, old people would be bombed.

10. And the world can do nothing. Why? It is because backing fully Israelis genocide is the great American people. These are the people who talk so much about human rights, the sanctity of life etc. etc.

11. Clearly the Americans are hypocrites with not the slightest care for human sufferings.

12. Truly America is the perpetrator of the greatest injustice in human history.

13. We fear America. But we must rise above our fears. There are ways to stop the killing.

14. America regard the whole world as the enemy – accusing every country of cheating America.

15. America wants to seize whole countries to make America great.

16. The world is facing a serious threat of a third world war. But the world must call America’s bluff. Only a threat against America will stop it from joining Israel in the mass killing of the Palestinian people, hoping to conquer Gaza to make it into a tourist resort.

TANAH MELAYU

1. Bangsa Melayu meneroka Semenanjung Tanah Melayu.

2. Dunia iktiraf Semenanjung Tanah Melayu sebagai milik orang Melayu.

3. Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Segenting Kra hingga ke Pulau Riau.

4. Sekarang Semenanjung Tanah Melayu sudah merosot keluasannya tinggal Perlis ke Johor.

5. Bangsa Melayu kehilangan empat negeri kepada Thailand (Pattani, Yala, Setoi dan Singgora).

6. Bangsa Melayu kehilangan Kepulauan Riau kepada Indonesia.

7. Bangsa Melayu kehilangan Singapura kepada pendatang dari Negara Cina.

8. Semenanjung yang tinggal dari Perlis ke Johor juga separuh telah dijual kepada orang lain.

9. Proses penjualan tanah oleh orang Melayu akan diteruskan.

10. Akhirnya orang Melayu akan tinggal di pinggir hutan.

11. Tanah Melayu bukan lagi milik orang Melayu.

12. Apa makna kemerdekaan jika negara dimilik orang lain.

FOREIGN DIRECT INVESTMENT

1. Malaysia is fortunate in attracting foreign direct investment (FDI). We now talk in billions of Ringgit. In the past we would be happy to attract millions of Ringgit.

2. One report states that total investment achieved by the PM is RM 216.04 billion. The US contribution is RM 63.02 billion. China MOU amounted to RM170 billion. Japan adds 6.56 billion..

3. Pelaburan Digital RM254.7 billion for first nine months in 2024. Another report states that the Government has approved investments of RM489.5 billion in 2023-2024.

4. PM visit to Korea resulted in investment of RM 32.8 billion.

5. In 2024 Gobind announced RM141.72 billion in digital investments.

6. Iskandar Malaysia records RM 40.3 billion in nine months of 2024.

7. PM’s visit records a potential of RM 82.6 billion.

8. MIDA approve investments totaling RM90.2 billion from 2021-2024.

9. PM announces NCER investment of RM48.25 billion between January to September 2024.

10. ECRDC achieve RM13.3 billion up to September 2024.

11. Service sector and manufacture contribute RM160 billion in first half 2024.

12. Between January and June of 2024 Investment increased to RM160 billion – PM Anwar.

13. PM raised investment from India totaling RM4.5 billion.

14. Iskandar Malaysia record investment to date of RM291.4 billion.

15. MITI propose green investment of RM300 billion.

16. Digital investment increased to RM66.22 billion in first half of 2024.

17. PM’s foreign visit resulted in investment totaling RM 431 billion.

18. MITI record investment of RM194.9 billion in 15 months of manufacturing sector.

19. Blackrock invested RM27.5 billion in Malaysia.

20. DIO (Office of Digital Investment) records investments of RM162 billion by March 2024.

21. Malaysia approved investment of RM82.7 billion in first quarter of 2024.

22. Investment in Data Centers between 2021-2023 of RM114.7 billion.

23. And so on, and so forth.

24. PM Anwar announced foreign investment would increase year by year.

25. The objective is to achieve total investments of RM636 billion to become one of the 30 giants economies of the World.

26. As such every piece of land would be occupied by factories.

27. Maybe they are there.

28. If I cannot see them it is my problem.

TRUMP’S TARIFF

1. I give Trump three months before he will have to pause his high tariffs.

2. This is because his high tariff will hurt America more than the rest of the world.

3. The whole idea of tariff is to greatly increase the price of imports. This will make local products more saleable.

4. However this depends on the availability of local products.

5. America practically has no local products. This is because for more than a decade America had depended on imported products because they are cheap.

6. Even American products are produced in foreign countries because the cost is lower.

7. Thus Apple produces its iPhone mainly in China and India for sale in the world market, including in America.

8. If high tariffs are charged on imports, even American iPhone produced in China would cost one hundred and twenty percent more than in other countries.

9. America is not a big producer of iPhones. So if imports become costly because of high tariff, there would be no local iPhones to meet American demands.

10. Already Trump is forced to delay (pause) high tariffs on electronics.

11. The same problem will be faced by other products.

12. The result will be high increases in the cost of living in the USA.

13. If America tries to produce all these products in the U.S of A, the cost would be so high that they would not sell well. And they cannot be exported because they cannot compete in the world market.

14. So what is the effect of high tariffs on the United States of America?

15. It will be short of a lot of products, both essential and non-essential.

16. it would be short of many parts and components for many of its products which are sourced and produced by American companies in foreign countries.

17. Because of the tariff on imported products and the high cost of production in America, the cost of living in America will shoot up.

18. This high cost of living will cause wages to go up.

19. This will again increase the cost of production and living cost.

20. America will lose its foreign markets because its products cannot compete in the world market.

21. There will be lot of demonstrations by the people of America.

22. It will not become great.

23. I give America (Trump) 3 months.

24. Maybe more.

25. I may be wrong.

26. We will see.

YANG PELIK

1. Banyak benda pelik berlaku dalam negara. Diharap sentuhan ini tidak ditafsir sebagai contempt of court.

2. Ada orang kena cukai ratusan juta tak bayar tak apa.

3. Ada duit yang dicuri bagi balik separuh -okay.

4. Ada yang tiba-tiba dimasuk lokap tanpa caj.

5. Dilepas tanpa sebab.

6. Dirampas buku dagang.

7. Diberi balik tanpa sebab.

8. Ada orang yang sedang dibicara ditarik balik caj.

9. Ada orang yang diketahui melaku berbagai jenayah menjadi pemegang jawatan tinggi.

10. Banyak dadah dan duit dirampas tetapi tidak ada tangkapan.

11. Ada sedikit dadah dijumpa dalam kereta. Pemilik kereta kena tahan. Akan kena hukum gantung.

12. Ada organised crime dalam Malaysia. Tak dijelas apa crime yang dilaku.

13. Siapa yang dibunuh oleh mereka. Bilakah mereka samun?

14. Ada kes organisasi yang mengada kursus liwat. Wow!

15. Ramai yang kena tahan berbulan tanpa caj. Tidak dihadap ke mahkamah.

16. Untuk hukum tak perlu hukum, tak perlu mahkamah, tak perlu perbicaraan.

17. Sesungguhnya banyak lagi benda yang pelik yang terdapat di negara tercinta ini.

18. Ia mengkagum.

19. Ia membangga.

20. Hidup Malaysia.