SSK dengan 1MDB

1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.

2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.

3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit

4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.

5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.

6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.

7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.

8. Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.

9. Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.

10. Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

11. Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.

12. Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.

13. Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

14. Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.

15. Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.

27 thoughts on “SSK dengan 1MDB”

  1. SAYA TIDAK FAHAM AKAN ERTI 1MDB
    1MDB ITU APA AH ?
    TAPI SAYA TAHU KERAJAAN MELAYSIA
    MEMANG LEMAH BENAR DALAM PENGURUSAN WANG
    TIDAK SEPERTI KERAJAAN SINGAPURA
    DI SINI SAYA SAJUNG SANGAT KERAJAAN SINGAPURA

    APA HASIL YG ADA PADA SINGAPURA ?
    NOTHING……NOTHING AT ALL . NO WATER NO GAS NO OIL
    NO AGRICULTURAL PRODUCE AT ALL
    YET THEY ARE THE RICHEST GOVT NOT JUST IN ASIA BUT IN THIS WHOLE WORLD

    THEY HAVE AN UNDECLARED RESERVES
    MALAYSIA GOVT HAS LOTS OF DECLARED DEBTS WHICH ONE DAY MALAYSIA
    WILL BANKRUPT & WILL BE SOLD AND ITS HAPPENING NOW WITH THEM INVADING
    JOHOR PENANG AND MANY PARTS OF MALAYSIA SWIFTLY & EFFECTIVELY

    LETS QUESTIONS
    WHAT INVESTMENT DOES MALAYSIA GOVT HAVE IN SINGAPORE ? NONE I KNOW
    WHAT INVESTMENT DOES SINGAPORE GOVT HAVE IN MALAYSIA ?
    A LOT …….AS IF MALAYSIA BELONGS TO SINGAPORE

    MANY THINGS ARE NOT RIGHT HERE
    THE INCOMPETENCE OF THE GOVT & THE COHESION OF THE PEOPLE
    MALAYSIA HAVE LAWS AS MOST OTHER
    BUT MALAYSIA GOVT FAILED TO DELIVER & UPHOLD THE LAW EFFECTIVELY
    STERNLY & PRODUCTIVELY
    LAW IS NOT JUST RIGHT OR WRONG
    LAW IS TO MOULD THE SOCIETY THE GOVT TO BE EFFECTIVE

    I SEE VERY SICK OF MALAYSIA AUTHORITY FAILED TO DELIVER
    MOST OF ITS POLICY IS
    TIDAK APA POLICY
    BOLIH BERBUAL POLICY
    BOLIH CERITA POLICY
    KASIHAN POLICY
    SO BOCHAP POLICY
    THAT MALAYSIA WILL HARDLY SURVIVE ITS FINANCIAL DEBTS
    AND GOVT FAILED TO MANAGE MALAYSIA FINANCE WELL

  2. Assalamualaikum Tun,

    1. From my research, a brief summary of 1MDB is that it is a national cooperation which has property development businesses such as the Tun Razak Exchange and Bandar Malaysia and also energy businesses such as Kuala Langat Power Plant and Jimah Energy.

    2. From this, I would say the principal of this public listed company is the same as any other property developer/energy companies which is to primarily generate income.

    3. The use of 1MDB for education funding as stated by Datuk Seri Salleh Said Keruak is most probably referring to 1MDB’s Corporate Social Responsibility (CSR) programme in which most multi-national companies do practice anyway.

    4. So I would not go as far as to say that 1MDB’s primary intention is to build a brighter and better future for the youth as stated by Datuk Seri. Had that intention been used to pitch an idea to start up such a big company, the idea would have collapse based on the fact that many other government entities are already doing that such as Yayasan Selangor, MARA and JPA.

    5. Pertaining to the expenditure of 1MDB which just causes more national debts, the current Debt-to- GDP percentage is at 54.8% which in my opinion is relatively moderate compared to 80.74% in 1990 and also compared to the average percentage from 1990 to 2013 which is 47.8%.

    6. I also believe that it was Tun that suggested in 2006 that the government should spend more to promote income boost to all classes of civilians and it was also in this same talk that you mentioned we only need international reserves sufficient to finance 5 months of retained imports. The 2014 financial budget has shown that we have international reserves sufficient to finance 9.7 months. Hence why is there a shift in opinion if I may ask Tun?

    7. The conclusion that I would like to make is that 1MDB doesn’t seem to be any different than other multi-billion dollar companies in Malaysia, hence an unnecessary trouble to create such a company when there are already pre-existing GLC companies that can do the job.

    8. However, I still think that development shouldn’t stop as Malaysia is still a developing country that needs continuous injection of projects for the economy to self sustain in the future so as to not be completely dependent on foreign countries.

    9. Being said that, not just any projects should be developed. Careful measurements should be in placed to ensure that these investments do benefit in the short term (contractors, suppliers, and labourers) as well as in the long run (employees, Malaysian economy).

    Thank you

  3. As Salam Tun dan Saudara Ahmad,
    Terima kasih atas pencerahan. Saya ingin tahu lagi iaitu 1 MDB ini syarikat yang berstatus apa?

    Bolihkah lapuran kewangan nya kita dapati dari SSM?

    Saya berharap Tun terus menyumbang!

    Murad.ns.

  4. Assalamualaikum….
    setakat ini saya tak tahu apa jasa ssk…yg saya tahu jasanya sekarang ini adalah pengampu no 1 najib dan pendengki ayahanda tm….tahniah ssk kerana menambahkan kebencian saya pd najib dan sekutunya……

  5. Salam Tun,

    ► Kalau kita perhatikan makin lama komen-komen di blog Tun semakin berkurangan tidak seperti dulu.Ini adalah tanda rakyat sebenarnya sudah muak lagi loya nak meluahkan dan menceritakan benda yang sama berulang-ulang lagi kepada pemerintah yang berkuasa pada masa kini.Ini adalah petanda bahaya kerana kebiasaannya terutamanya orang Melayu jika mereka masih berbicara,menegur dan bersuara itu tandanya meraka masih ada rasa sayang dan inginkan penambahbaikan dan perubahan.

    ►Jika mereka DIAM selepas mereka penat bersuara dan meluahkan pendapat berwaspadalah kerana ada kejutan besar yang pasti akan berlaku.Ah Jib Gor selaku Perdana Menteri Malaysia dan juga seorang pemukul Gendang Cina yang berbakat seolah-olah mencabar dan mempersendakan nasihat Tun mengenai permberian wang kepada rakyat melalui BRIM yang ada pelbagai versi 1.0,2.0,3.0(dah macam sofware komputer pulak) untuk meraih sokongan atau dalam erti kata lainnya membeli undi.Lagi kuat Tun menasihat lagi kuat dia melakukan perkara yang bertentangan dengan nasihat Tun.Secara melulu-lulu dia menaikkan atau meng UP kan lagi jumlah BRIM yang akan diterima oleh rakyat.Saya percaya dan yakin ini adalah permainan penasihat-penasihat Ah Jib Gor untuk memperlekeh dan menidakkan pendapat dari buah fikirkan Tun.Sewaktu Tun suruh hentikan BRIM.Mereka naikkan lagi BRIM.Kemudian mereka rasa menang dan ketawa besar dan seolah-olah Tun nampak bodoh lagi outdated.

    ►Saya pun dah takde mender lagi nak cerita.Kita semua tahu tapi kita semua buat-buat tak tahu.Fasa terakhir kita tunggujerlah kemuncaknya.

    Sekian,

    Harap Maklum.

    Terima Kasih Tun.

  6. Sdr Murad.
    Yang hendak IPO itu bukan 1MDB tapi semua IPP yang di beli dengan harga yang tinggi saperti yang di nyatakan oleh Tun.Penanggohan IPO ini terpaksa dibuat kerana keuntongan nya tidak banyak saperti projection.Perlu di ingat semua IPP ini di beli dengan 100% pinjaman dari bank.Sudah tentu merekanterpaksa membayar bunga bank dengan Banyak.

    IPP genting Senyen masa di beli hanya tinggal lagi empat tahun consessesi nya denganTenaga,saya tidak tahu sama ada conssesi itu di sambong atau tidak.

    Pinjaman dengan Malayan Banking untok membeli IPP sabanyak $7 billions hanya lah untok short term.Bayaran kapada Malayan Banking akan di buat salepas IPO.sekarang IPO di tangguh sahungga 2015, Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pinjaman itu.

    Tan Sri Syed Mokhtar meminjam demgam Bank hampir $30 billion tetapi ia nya mempunyai banyak asset saperti pelabohan Tanjong Pelepas,IPP Malakof,Tanah,Kelang pemasang kereta ,hotel dan Estate kealpa sawit.
    1MDB juga mempunyai pinjaman hampir $30 billion dan asset yang ia ada hanya lah IPP dan Tanah di sungai besi.
    Tuan boleh gambarkan jika dibandingkan kedudokan kewangan kedua dua badan perniagaan ini,kedudokan 1MDB amatlah merunsingkan.

    Sekian.

  7. ramai rakyat x suka dgn pengurusan skrg. x perlu momokkan rakyat dgn cerita hikayat yg sememangnya tpu belaka. kami rakyat bkn pekak tuli atau buta tidak tau menilai apa sebenar yang berlaku pd negara skrg (maaf bkn niat nk hina org OKU) yang miskin terus miskin yg kaya terus kaya. ketirisan wang negara seperti si polan bin si polan kebal dr segi aspek. apa sebenarnya yg dia nk buat @ nk tunjukkan pd kami rakyat yg mengundi & memilih dia utk mentadbir negara? tolong la TUN smpaikan pd dia luahan kami rakyat yg sudah semakin bosan dgn cara dia & rakan2 sepet & hitam manggisnya tu.

  8. As Salam Tun dan Saudara Ahmad,

    Kebetulan surat khabar hari ini, NST BT pg B1 ada berita “1MDB’s US$3b IPO may be early 2015”.

    Mohon Tun dan yang lain jika akan ada maklumat bolih bagi pencerahannya.

    wassalam,
    Murad,n.s.

  9. As Salam Tun,
    Di doakan sihat selalu dan setiasa menyumbangkan pandangan. Terima kasih atas maklumat yang deberikan kapada kami.

    Selama ini saya memang agak kabur apa yang dilakukan oilh 1 MDB, saya harap ramai lagi orang saperti blogger kita Ahmad untuk berkongsi lagi apa yang sedang dan sudah berlaku dalam 1 MDB.

    Wassalam,
    Murad.n.s.

  10. Tak bosan ke cakap politik tiap tiap hari dan tak bergerak badan, mungkin perlu pergi website http://www.howtoloseweightfastideas.com untuk belajar sedikit sebanyak tentang cara2 untuk menurunkan berat badan dan bila badan sihat dan kuat, maka umur akan panjang dan bolehlah macam Tun dapat tulis blog dan menegur sesiapa yang membazirkan wang rakyat!

  11. Salam Tun.
    Sabenarnya 1MDB merupakan skandal kewangan yang paling besar dalam sejarah pengurusan kewangan Kerajaan.
    Lebeh besar dari Bank Bumiputra dan Carrian di Hong Kong.
    Hutang 1MDB sekarang telah mencecah $30 billion ringgit.
    1MDB memulakan operasinya dengan wang sabanyak $5 billion yang di beri oleh Kerajaan.Bagaimana wang $5 billions ini di gunakan.
    $1.7 billion digunakan untok membeli tiga public company dari keluarga Taib Mahmud.Saya tidak tahu bagaimana valuatuin yang di buat untok membeli tiga co ini.Ramai orang mengatakan ianya over paid sabanyak $1 billion.Orang yang menguruskan pembelian ini ialah JLo ,anak muda berumor 28 tahun dari Penang .
    $2 billion lagi di gunakan untok beli derivative product yang di rangka oleh Deuth Bank dan chartered Bank.Mereka speculate ¥ dan interest rate.Kerana nilai tukaran ¥ tidak turun leneh remdah dari ¥75 to $1 US dollar.1MDB telah rugi hampir $2 billion.
    Dari $5 billion itu hanya $400 million di gunakan untok belanja pelajaran.
    Wang $5 billion telah habis di belanjakan.

    Kerajaan memberi lagi $2 billions kapada 1MDB.Wang ini datangnya dari KWAP.(Penchen Fund)Wang $2 billion ini di gunakan untok membeli Lombong arang batu di Mongolia dan Indonesia.Kenonnya arang batu ini hendak di bekalkan kapada Tenaga.
    Satelah Lombong di beli 1MDB dapati keluaran coal dari Indinesia tidak sesuainuntok kegunaan Tenaga dan Lombong Arang Batu di Mongolia maseh belum memulakan pengeluaran.

    Saya rasa wang $2 billion ini pun habis di pakai.

    Salepas ini 1MDB berazam untok menguasai sumber bekalan tenaga dan mula membeli Project Janakuasa Letrik (IPP) dari Ananda,Genting dan Jimmnah.Saperti kata Tun semua pembelian ini di beli dengan nilaian yang tinggi.Mithalan nya IPP milek Genting yang sudah berumor lebeh 20 Tahun di beli dengan harga $2 billion.Agreement penjualan power kapada Tengana hanya tinggal lagi 4 tahun untok tamat.Mengikut orang yang terlibat dengan project IPP,jika 1MDB ini membena IPP baru yang sama capacity dengan Genting ianya lebeh murah dari $2 billion.
    Banyak lagi cerita 1MDB ini dan jika hendak di tulis ia boleh di buat satu buku.

    Kenapa 1MDB terpaksa menukar Public Accountant saperti ENY kapad Delliott.Ini bermana ada yang tidak kena dengan account 1MDB yang memerlukan di buat provision.

    PAC telah beberapa kali memanggil pegawai executive 1MDB ka parliment untok mendapat penjelasan tapi mereka gagal untok pergi kononnya sabagai Private Co mereka tidak perlu memberi penjelasan di Parliment.Tapi bukan kah Kerajaan memberi wang oermulaan sabannyak $5 billions?

    Tun ,saya rasa kita perlu mendesak supaya 1 MDB lebeh transperent dan memberi penjelasan pelaboran yang di lakukan sabelum nasi menjadi bubor.
    Malayan Banking mempunyai exposure yang besar dengan 1MDB dan jika pinjaman ini tidak dapat dibayar ianya akan melibatkan Amanah Saham Bumiputra yang merupakan pemegang saham terbesar malayan Banking.

  12. SSK? Who is he? Any significant contributions by him for the country? I cant think of any .. so just ignore him ..

    Anyway Tun M .. terimakasih banyak2 di atas perkongsian ini .. I’m sure comments made by SSK is nothing to you .. all your life you have faced stiffer obstacles .. not just from inside but also from outside of the country .. so I’m pretty sure you can handle this well ..

    Teruskan menegur kerajaan jika Tun rasa perlu .. kongsi lah maklumat bersama kami rakyat2 bawahan yang tiada access to classified information .. we appreciate what you have done then and we still appreciate what you’re doing now ..

    Semoga Allah merahmati Tun terutamanya dan negara Malaysia amnya .. amiin 🙂

  13. Dear Tun,

    I always read your articles/comments even after you retire from politics/gov. seems to be the current gov has no knowledge at all to run the government effectively. the country is in deep trouble..nak katakan mcm2 masalah..sampai boleh berbuih mulut..collateral damage done. currently there is no capable leader can fit into your shoe Tun. earlier, during your days as PM, you were surrounded by intelligent & knowledgeable ministers..namely Daim/samy/rafidah/LLS & many others. nowdays..susah nak cakap.mcm2 ragam..in my opinion Tun, please return to politics or at least join back the Gov as PM adviser.

  14. 1mdb, 1malaysia, 1m4u blah blah blah blah..

    Best way untuk tarik duit kluar.

    Saper tak betul, kejap aje. Sikit hari lagi tau la akibatnyer.

    Ramai kaya dan ramai miskin.
    Yang ketara ramai miskin macam tahun 84 dulu.

    I m earning above average. N i am still feel the pinch. I do not know how people which earn less then me doing right now.

    Well. I do not know how good our government these days. One thing for sure, the wife of the pm is more menonjol dr pm. Due to that, we got a lot of defactor.
    lagi worst, cina now like pribumi instead of melayu.

    I hate 13 mei, but hope it will not happen again. Or may be i just said it sbb nak sedapkan hati. You feel and i felt it too.

    Nak buat camner…tunggu ajelah.. Hopefully, tak de lah…

  15. Inilah akibatnya jika kita dapat anak-bangsawan sebagai PM. Boros berbelanja. Kalau duit sendiri tak apa juga. Ini guna duit Rakyat.
    Lepas ni kalau kita dapat PM anak-bangsawan, jamgan bagi pegang jawatan Menteri Kewangan lagi.

  16. Sebenarnya saya hairan dan rasa pelik dgn PM sekarang ini DSN……… hari tu kata dia sedia dengar teguran TUN M…… kalau setakat sedia mendengarnya tapi tak ikut nasihat dan praktik kan apa yg betul…. tak guna dan tak berubah apa-apa pun…. setakat mendengarnya.

    Dan persoalannya adakah DSN PM kita ni ada membaca blog disini atau tidak???? banyak nasihat dan pandangan yg amat berguna untuk beliau sebagai PM.

    Atau pun DSN terlalu ego tak bertempat sehingga langsung tak mahu menerima teguran dan pandangan yg baik untuknya dan terutamanya untuk negara yg tercinta ini. Sebagai PM dia adalah “servant” kepada rakyat…… kepada rakyat yang mengundinya sehingga dia masih kekal menjadi PM dan memerintah negara. Dan dia Pm wajib menurut apa kemahuan rakyat yang mengundinya.

    Disini siapa yang mengundinya sehingga tetap menang dan kekal sebagai PM???!!! jawapanya tak lain tak bukan ialah orang MELAYU….. tapi kenapa PM DSN pandang sepi permintaan orang melayu yg mengundinya????!!! lagi lagi tetap nak bagi “gula-gula” pada “si mata cepet” dan sebahagian “si hitam manggis”… kononya nak rebut hati mereka…. PM DSN lupakan sahajalah mereka… yg penting org melayu yg mengundi anda yg wajib anda utamakan…..

    kalau ini yg anda buat….. pasti anda akan senang…. dan kemudian lambat laun mereka itu “si cepet dan si hitam” akan terpaksa mengundi anda pada masa masa akan datang kerana mereka tersepit atas kerana derhaka. Beri ajaran sikit buat mereka yg tak tahu bersyukur.

    DSN jangan sampai apa yg ada banyak dalam tangan keciciran…… yg dikejar sedikit tak dapat dapat….

    akhir sekali sekali lagi….DSN tolong hargai kami orang melayu yang mengundi anda dan dengarkanlah apa yang kami Mahu!!!!!!!! bukan dengar “si cepet dan si hitam” apa yg mereka mahu

  17. Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    ’SSK & 1MDB’

    1. SSK seorang yang gagal; jadi tidak hairan kalau beliau menyokong PM & gang yang juga gagal berserta dengan projek2 yang gagal membantu rakyat biasa. Hutang negara semakin meningkat. PM gagal masih lagi mahu pegang amanah sebagai Menteri Kewangan. Kalau setakat pandai tabur duit (yang dihutang; bukan duit lebihan) sana-sini dengan tambah lagi RM300 untuk BR1M pada tahun hadapan, orang yang tidak sekolah pun boleh buat. Lagi Tun tegur, lagi hebat beliau menabur duit; ini bukti keengganan beliau dalam menerima teguran.

    2. PM DSN @ Ah Jib Gor patut meletak jawatan dengan kadar segera kerana saya percaya majoriti para penyokong akar-umbi UMNO/BN sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan beliau yang ternyata GAGAL, dan sukar diselamatkan lagi kerana sikap ’syok sendiri’ dan ’perasan bagus’ berterusan yang dipamirkan oleh PM Ah Jib Gor & gang.

    3. Jika ahli parti menSABOTAJ parti, ahli parti di hukum dan ada yang dipecat. Jadi, memandangkan PM Ah Jib Gor juga secara terang2 menSABOTAJ parti UMNO/BN, beliau juga wajar dipecat jika enggan berundur. Kerosakan yang beliau & gang telah/sedang lakukan amatlah besar jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh kebanyakan ahli2 parti UMNO/BN yang telah dipecat/hukum.

    4. Andai kata UMNO/BN tumbang pada PRU-14, PM Ah Jib Gor akan dikenang sebagai pengkhianat kepada Melayu/Islam. Saya sudah tidak boleh tengok PM Ah Jib Gor yg cuba bermain dengan kata2 di hadapan khalayak ramai sebab gerak badan, lenggok, mimik muka & intonasi suara beliau sudah tidak dapat menutup apa sebenarnya yang beliau fikirkan & mahu lakukan.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  18. Tun

    It is with sadness that I read about your comment. Bilions and billions of ringgits are sloshed around everywhere with no real productivity. I feel sad when I look at the hawkers who bore the brunt of our low cost of living eking out a living against the rising tide of inflation. I feel sad that a failed State Singapore’s money money, money practices are adopted as our norm forgetting our ‘ SOVEREIGNTY, NATIONAL INTEREST, SELF-ESTEEM.’ I feel sad that our GDP is 6.2% and Singapore’s 3.2% knowing that 7% will give us the fizz. But it is not happening. I feel sad that the World has been in recession since 2008 and major countries like the United States still has a fragile economy even the Fed stiputalted a bankrate at 0.5%. I feel sad to read that the economies of Italy, France and Germany are receding into recession. I feel sad that even though US$3 trillions have been released into Wall Street since 2008, nothing happened in Main Street. I feel sad that our beloved Malaysia seems to be in a spending mood amidst all these unconventional financial turmoil. I feel sad that nearly 1 trillion ringgits trickled out to Singapore between 2002-2009. I feel sad that the commodities prices have been balloned up through the deluge of money from the 4 QEs.

    I feel sad at the thought of what is to come maybe in one day, maybe in one month, maybe in one year or more. But what will come has never escaped the most exuberant optimism of Humankind. IT WILL COME AND THERE IS A PRICE TO PAY !

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

  19. Salam Tun.

    SSK dengan 1MDB

    Soalan pertama yg tercetus dlm fikiran saya ialah : apa sebenarnya hubungan SSK dengan 1MDB ? Ada belakang kira atau apa-apa yang kita masih belum tahu atau ada hal yg perlu kita ambil tahu. Apakah hubungan SSK dengan 1MDB suatu hubungan bisnes, politik atau suatu hubungan terlarang?

    SSK kata Tun telah banyak buat ‘mistakes’ ( dalam kurungan ) bila menamakan pengganti beliau – dari Musa, Ghafar, Anwar, PakLah, Najib – Tun buat lima mistakes berturut-turut. Banyak mistakes tu ….

    In simpler words, SSK is bluntly saying that it is Tun’s fault for all these error in judgement – and like it or not, Tun is the source of all the problems the country is facing right now.

    Last night, I saw Najib on national TV – behind him were dull faces of Ministers, even angry faces – while Najib fail to deliver his speech on BRIM and GST, making a nonsense of himself with misplaced intonations at every punchline which generate reluctant and fake applause from his ‘supporters’.

  20. Assalamualaikum,

    Teringin nak mencelah maafkan saya.

    Saya nampak semua PM selepas Tun cuba untuk menandingini kebolehan Tun. Dari Pak Lah hingga DS Najib mereka semua datang dengan idea, gaya dan ‘flair’ masing2. Semuanya nak tunjuk mereka lebih baik dari Tun.

    Yang dah tak relevan pun seperti Anwar, Musa Hitam, Kadir Syeikh Fadzir, Lim Kit Siang serta politikus murahan lain yang boleh dijual beli semua merasakan mereka HEBAT belaka berbanding TUN.

    MASALAHNYA ialah TUN adalah pemimpin TERBAIK yang pernah dianugerahkan kepada Malaysia. Setakat hari ini ia adalah fakta. TERIMALAH fakta ini dan masalah akan selesai.

    DS Najib melantik konsultan penipu, penasihat budak mentah, ahli korporat yang rakus dan tak tahu pasal masyarakat, ahli2 kem yang mengampu dan membodek membuta tuli asalkan perut kenyang serta sampah sarap yang lain dan menyangka DIA telah menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari TUN. Sebenarnya SCHEME yang dihasilkan banyak yang menyerupai SCAM.

    Apa yang pasti hari ini, para2 pemimpin termasuklah pemimpin GLC semuanya kenyang, usrusniaga yang sangsi, perbelanjaan boros, bonus tinggi walaupun syarikat rugi, tambah lagi ex-gratia beberapa bulan gaji, adjustment on benefit sampai elaun kereta sendiri pun dah melebihi gaji Senior Manager, selective salary adjustment untuk ‘Senior Management’ only walhal pekerja/rakyat biasa menderita merintih mengharungi hidup kerana kelemahan pengurusan ekonomi mikro serta aspek kewangan rakyat.

    Dari kos rumah, makanan, pakaian, kos pengangkutan, pendidikan, sampailah baby sitter semuanya naik melambung2 walhal pendapatan purata yang diwar2kan hanyalah bersifat ‘superficial’. Tekanan perkauman, isu2 agama, monopoli GLC, manipulasi negara luar terhadap Malaysia, serangan pemikiran yang menyesatkan, keselamatan negara, kes2 jenayah semuanya berada dalam keadaan yang amat buruk.

    Terimalah kenyataan ini dan tak usah berdalih lagi. FAHAMilah OBJEKTIF utama kerajaan hanyalah untuk kesenangan rakyat bukan sekedar indeks kewangan sahaja. Kerajaan bukanlah syarikat swasta. Ahli korporat ramai yang bagus memerah pekerja untuk bottom line tetapi masyarakat objektifnya ialah RAKYAT itu sendiri bukan bottom line atau yang lebih teruk ‘window dressing’.

    Mungkin anda boleh mendabik dada mengatakan anda lebih baik dari Anwar yang semkain hari semakin merapu tetapi faktanya ialah anda bukanlah lebih baik dari TUN.

    Kalau saya jadi PM hari ni, saya ada jalan yang paling mudah. Saya akan minta nasihat terus dari TUN, belajar dari TUN sampai faham dan hanya perlu LAKSANAKAN apa yang saya pelajari dari TUN sebab TUN telah banyak membuktikan kejayaan demi kejayaan. Saya akan pastikan orang pertama saya akan ‘consult’ apabila negara mengalami masalah adalah orang yang bernama TUN MAHATHIR MOHAMMAD. Ironinya, kemudahan ini masih dalam keadaan baik tetapi tidak dimanfaatkan.

    Wahai DS Najib, nasihat TUN adalah percuma. Hargailah ianya sementara ada. Anda memang tak bagus. Rentikanlah perasaan syok sendiri anda.

    Mintalah nasihat, dengar dan belajar dari TUN. Satu masa kami hamba rakyat yang dah tak punya bayak pilihan mengundi ini akan dapat merasa semula kesenangan hidup yang pernah kami rasakan semasa zaman pemerintahan TUN.

    Bila anda dah jadi pandai dan full of wisdom, anda bolehlah perturunkan kepada PM yang seterusnya sehinggalah mereka semua jadi lebih baik dari PM yang sebelumnya.

    Sekian terima kasih.

  21. Tun,

    Assalamualaikum,

    PM Najib telah gagal dengan membuktikan dia ‘berjaya’ menurut jejak langkah Pak Lah. Dia gagal memberikan peluang kepada golongan bawahan untuk mengubah nasib mereka. Dia gagal menerima teguran Tun. Dia gagal untuk tidak menerima bulat bulat pandangan sempit penasihat penasihat ‘cerdik ‘ dia yang tidak patriotik. Dia gagal untuk mengembalikan perpaduan kaum yang pernah ada di negara ini. Dia gagal melihat percaturan politik yang dibuat oleh pihak pembangkang. Dia sentiasa beberapa langkah di belakang pembangkang….mungkin sebab itu dia sentiasa menurut kehendak pembangkang dengan membelakangkan pengundi BN. Mengapa beliau perlu memberikan peluang kepada mereka mereka yang pada amnya tidak akan menolong beliau untuk mendapatkan undi BN. He needs to go. I’m tired of listening to him giving false hopes. I’m not saying that he’s purely stupid or evil or lazy or even ignorant. He is just not a good leader. Malaysia needs a strong leader.

  22. Salam Tun,

    After reading some content of SSK blog, I could understand your outburst. SSK seems to be very critical about you.

    I do not know much about 1MDB, I think it is an investment holding company which started as Trengganu Investment Authority Agency.

    I am not answering for SSK but just to share my experience. Many schools (maybe more than 100) benefited from 1MDB PIBG fund. It helps the school stakeholders ( parents) in a way to provide basic infrastructure that the school needs. Even though 25% of nation budget is disbursed for education, a school or NGO (association of parent and teacher) application for school facilities and development may not be approved or slow to be approved because of some bureaucracy within the Ministry. I have gone to the extent to met the honourable Minister of Education and hand in our proposal. He accepted and passed it to his officer and only then the Education office (State) take our application in more serious manner. The application still need to be included in new “Rancangan Malaysia”, so it will take many years.

    Helping school children is honourable task, doing it part time where every activities would take away annual leave is some sacrifice. But the association cant wait and it need to do something very fast and when I was tasked with some leadership job, I checked that the motion to develop this particular facility was mooted since 2003. We tried in many way to get some help. Some companies are restricted from providing CSR and have some constraint. At last minutes effort, we came to know 1MDB PIBG fund. Finally, from scratch, the facility is built within 1.5 years. The amount of 1MDB help is not much, only around 10 % of the total cost of the facility but it still helps. And we know it helps when we see the children somber face replaced with bright smiles.

    So, whatever 1MDB is doing , we hope it is done legally right according to the law. Meanwhile, I propose other corporate company relplicate 1MDB CSR efforts. For every 1 single school children burden relieved, the school children and their parent will pray for your success.

  23. Salam Tun,

    Please continue to express your views. I totally disagree with SSK opinion that parrot the ‘old guards’ and ‘mahathirism’ catch phrase , which was concocted, in my opinion, by those who are defensive against your straight forward style.

    If SSK claims that the current government is more transparent and wishes to win the hearts and minds of a changing demographics, then why be defensive on criticisms from you or anyone for that matter?

    Be a responsible government of the people and answer questions, queries and criticism with confidence and facts. Dont beat around the bush – the people are not stupid. Please.

    The fact is Tun, you are the first politicians who are breaking the mould of the old thinking of the so called ‘Mahathirism’ by providing frank opinion on Datuk Seri Najib’s leadership.

    Many view it as a positive change in approach BUT the so called ‘New’ BN leaders are the ones who are overly defensive.

    So which generation of leaders who are now unwilling to change?

    The current government is digging its own grave if it refuses to listen and feel the real pulse of the ‘rakyat’. Do not underestimate the ‘rakyat’s’ ability to discern and take risk for the sake of their future.

    It is not all downhill for Datuk Seri Najib and his team if they sincerely make an effort to listen.

    You are doing a great favor to the PM Tun and hopefully God shall give him the wisdom to see it before it is too late.

  24. Salam Ybhg Tun,

    Kalau tidak silap saya, berdasarkan laporan lepas, 1MDB membeli sebuah IPP kepunyaan Genting dengan nilai RM2.55 bilion padahal nilai sebenarnya hanya lah RM422 juta.

    Ia nampak seolah kerajaan ditipu dengan dijual barangan yang berharga rendah dan kerajaan membeli dengan harga yang mahal.

    Saya berpendapat kerajaan tidak ditipu. tetapi kerajaan sengaja mahu ditipu dengan membayar dengan harga yang lebih tinggi.

    Apa pendapat Tun?

    Adakah kerajaan sengaja mahu ditipu?

  25. Salam Tun.

    PM Najib tak perlu beri penerangan perkara yang Tun bangkitkan. Kecampingannya dah terlalu banyak dalam masa yang singkat.
    PM Najib perlu perlu letak jawatan.

  26. Salam Tun ,

    Ramai yang memperkatakan tentang 1 MDB ,yang menimbulkan kerisauan dan kesangsaian . Tiada yang jelas mengenaainya , banyak yang kabur dari jelas .

Comments are closed.