1. Di Iraq satu gerakan Sunni sedang melanggar dan menawan sebahagian yang tidak kecil dari negara itu. Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah ini dengan menewas tentera Iraq.
2. Pasukan IS ini adalah begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Kita dapat lihat dalam media alternatif bagaimana tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang dan jatuh tersungkur.
3. Video yang dibuat oleh IS sendiri juga menunjuk seorang pemberita Amerika dipancung oleh seorang askar IS yang bertopeng yang dikatakan bercakap Inggeris loghat Timur London. Tuduhan dibuat yang pembunuh ini terdiri dari orang Islam rakyat Britain.
4. Sekarang kita dapat lapuran akhbar bahawa ramai rakyat Malaysia yang sudah ke Syria untuk menyokong pemberontak bagi menjatuhkan Bashar Asaad, Presiden Syria yang menganuti fahaman Islam Syiah (Alawait).
5. Dari Filipina, Indonesia bahkan dari Singapura juga ada orang Islam yang menyertai pemberontak di Syria dan ada yang mungkin terlibat dengan askar Sunni IS.
6. Mengikut laporan TV jumlah tentera IS sudah meningkat lebih dari 30,000. Tiap hari ramai dari pemuda Islam di Eropah dan negara-negara Asia yang meninggalkan negara mereka untuk menyertai IS.
7. Semua ini berlaku di Timur Tengah, jauh dari negara kita. Apakah kita selamat?
8. Tak lama dahulu sepasukan pengganas Filipina telah menceroboh Sabah dan berperang dengan askar Malaysia. Kita berjaya mematahkan serangan mereka. Tetapi kemudian berlaku penculikan dan peras ugut beberapa kali. Hingga kini masih ada yang tidak dapat ditebus.
9. Apakah tidak mungkin sekumpulan dari pemberontak negara jiran membuat serangan untuk mendiri “negara Islam” mereka di Malaysia? Seruan untuk mendiri “negara Islam” amat menarik bagi pemuda Islam di mana-mana sahaja kerana mereka keciwa tidak ada Kerajaan atau negara Islam yang sanggup menyelamat Islam, orang Islam dan negara Islam.
10. Ingatlah anggota IS yang bermazhab Sunni bukan sahaja membunuh tawanan Syiah, tetapi juga Sunni yang dianggap oleh mereka kurang Islam atau tidak Islam kerana tidak mengikuti fahaman mereka.
11. Di Malaysia sudah pun ada orang yang mendakwa kononnya sesetengah orang Islam di negara ini tidak cukup Islam bahkan kafir. Ramai juga dari kumpulan ini sudah ke Syria dan mungkin Iraq untuk berjuang bagi mendiri “negara Islam” dengan membunuh orang Islam lain. Jika terlintas dalam fikiran mereka untuk menjadikan Malaysia sebahagian dari “Islamic State”, apakah tidak mungkin mereka menyertai serangan dari luar yang melaungkan jihad untuk mendiri “negara Islam” di Malaysia.
12. Ingatlah serangan keatas Sabah sudah pun berlaku. Di Semenanjung ada gerakan Al Maunah.
13. Tidaklah begitu sukar bagi mereka bertindak ganas lagi jika ada seruan untuk mendiri negara Islam acuan mereka di negara ini.
14. Kerajaan sehingga kini tidak memandang serius terhadap serangan di Kota Belud. Penculikan masih berlaku. Sekarang pula ada tuntutan untuk pemisahan Sabah. Jika seruan pemisahan ini disamakan dengan perjuangan untuk mendiri Islamic State ramai juga anak muda yang akan terpengaruh.
15. Gerakan untuk mendiri negara Islam dan membaiah kepada seorang yang mendakwa dirinya sebagai khalifah pun sudah berlaku.
16. Jika Ashaari, Ayah Pin dan Tuhan Harun berjaya mendapat sokongan sesiapa yang menyeru untuk mendiri negara Islam tentu lebih mudah mendapat pengikut.
17. Tetapi Kerajaan Malaysia ternampak masih belum sedar. Tidak ada tindakan secara serius yang dibuat. ISA sudah tidak ada.
18. Ingatlah! Tidak siapa menjangka pengganas akan serang Sabah. Tetapi serangan ini sudah pun berlaku.
Campur tangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat yang lain seperti Britain, Perancis dan Russia dalam hal ehwal negara-negara umat Islam di Timur Tengah merupakan perkara asas yang perlu dibincangkan dengan mendalam dalam konteks untuk memahami konflik yang berlaku di Timur Tengah.
Kajian atau perbincangan terhadap konflik di Timur Tengah tanpa membincangkan campur tangan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat yang lain merupakan satu perbincangan KOSONG dan SIA-SIA. Akar masalah akan gagal difahami dengan benar dan seterusnya penyelesaian konkrit tidak akan berjaya dihasilkan. Inilah yang menjadi punca mengapa setelah puluhan tahun, rantau Timur Tengah tidak pernah sunyi daripada dilanda dengan bermacam-macam konflik berdarah.
Ratusan ribu umat Islam yang telah terkorban, namun penyelesaian yang dihasilkan terus gagal membendung konflik yang berlaku, bahkan menjadi semakin tambah meruncing.
Artikel Penuh :
http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/10/campur-tangan-amerika-syarikat-dan.html
Islam itu mudah dan menyerah umat bersatu.Manusia yang memecahkan islam kepada beberapa kumpulan.Kafir mengkafir mazhab lain adalah bertentangan dengan ajaran islam.Dalam sejarah yang menjual nama agama adalah kumpulan rabbi,pader dan ulama.Quran dengan jelas terangkan perkara ini.
benar kata Tun, Malaysia kena sedar dan bertindak dalam mengawal segala oerkara yang boleh menganggu gugat Negara kita. Baik dari segi perkauaman, keagamaan dan lain-lain. Pihak luar semakin berani mengaitkan Malaysia dari segi keganasan,
ini pendapat saya, sekian,
Moga Tun dan isteri sihat selalu..
Salam Yg Bhg Tun,
Komen Tun di No. 9 yaitu “Seruan untuk mendiri “negara Islam” amat menarik bagi pemuda Islam di mana-mana sahaja kerana mereka keciwa tidak ada Kerajaan atau negara Islam yang sanggup menyelamat Islam, orang Islam dan negara Islam.”
Kekecewaan mereka mungkin semakin bertambah dengan ucapan pendirian negara di PBB yaitu sebagai sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan, negara menolak IS yang mengamalkan extremism. Ini secara tidak langsung mengesahkan pendirian negara.
Didalam Utusan Malaysia semalam bertarikh 29.9.14 melaporkan Menteri Pertahan mengatakan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Perancis kepada rakyatnya yang melawat negara Malaysia supaya berhati-hati, adalah tidak relevan. Ini mungkin sebagai untuk meyakinkan rakyat dan dunia bahawa Malaysia adalah terkawal. Walaubagaimanpun, ada baiknya peringatan kerajaan Perancis itu diperhalusi dan diteliti.
Kadangkala adalah lebih baik kita senyap sahaja tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun pendirian negara mengenai Islam kerana didalam situasi di Malaysia boleh dikatakan ibarat seperti didalam judul filem barat ‘Enemy at the gates’.
Salam Tun.
Salam Tun.
1. Pada hemat saya, Tun dan mantan Presiden Iran, Sayyid Ali Khatami telah pun cuba memberi peringatan tentang bahaya permusuhan orang Islam Sunni-Syiah sejak seawal pertengahan tahun 2013 lagi.
2. Malang sekali rayuan Tun dan Khatami tidak diendah lansgung oleh media arus perdana kerana tiada kewarasan di kalangan ramai penduduk Islam seperti di Malaysia yang berfahaman Sunni untuk terima kalangan Syiah sebagai satu bahagian ummat Islam yang sah.
3. Kejahilan berterusan melacak permusuhan yang tidak pernah menemui titik kedaimaan sejak cucunda Raulullah saw, Sayyidina Husein di penggal lehernya oleh tentera Yazid di Karbala dan setelah itu, kepala cucu kesayangan Rasulullah itu di pukul seperti bola dalam permainan Polo oleh pasukan berkuda Yazid. Peristiwa yang menyayat hati itu, mengingatkan saya kepada kerakusan dan keganasan askar upahan ISIS di Iraq ketika ini yang seolah-olah meniru semangat keganasan Yazid Muawiyyah.
3.1 Setelah membunuh cucunda Rasulullah dengan kejam, Yazid mengangkat dirinya sebagai Khalifah Islam bagi golongan Sunni, manakala penyokong Sayyidina Husein yang enggan membai’ah dengan Yazid bergerak secara rahsia dan menggelar diri mereka Syiah.
4. Sejarah hitam ummat Muhammad berulang kerana keseluruhan dunia Islam Sunni tidak mahu mendengar nasihat dan rayuan Tun dan Khatami agar perbezaan antara kedua mazhab tidak dijadikan modal untuk bunuh-membunuh sesama Islam. Nampaknya, rejim Israel lebih berjaya daripada Tun dalam meyakinkan orang Sunni dalam hal ini.
5. Apa yang telah berlaku kepada Sayyidina Husein adalah pengajaran untuk kesemua orang Islam agar jangan terkesima dengan godaan dunia dan berbuat zalim semata-mata kerana kuasa, pangkat dan harta. Malangnya, pengajaran tersebut tidak mendapat perhatian mahupun pencerahan oleh ulama Sunni di Malaysia kerana terlalu taksub dengan mazhab yang mereka anuti. Malahan seorang Menteri kanan UMNO atas kejahilannya turut dengan angkuh melabel orang dari mazhab Syiah sebagai kafir, justeru menutup semua pintu perundingan damai di masa depan.
6. ISIS yang terdiri dari askar upahan Afghan dan Turki yang berfahaman ekstrim Sunni dan mendapat latihan ketenteraan di negara Arab kini diperalatkan oleh US untuk multi-tasking : (1) membunuh orang Islam di Syria dan Iraq (2) menyelamatkan rejim Israel yang mengganas di Gaza (3) meningkatkan kebencian warga dunia terhadap Islam (4) mencipta satu agama baru di Timur Tengah dengan memalsukan aqidah (5) memusnahkan kota suci Madinah dan Mekah.
7. ‘War on Terror’ seperti yang diuar-uarkan oleh US, pada hakikatnya adalah ‘War on Islam’ yang mengambil pentas di negara Islam dan akan mengorbankan nyawa orang Islam yang dibunuh dengan kejam dan tanpa belas kasihan oleh saudara Islam mereka sendiri.
8. Para ulama di Malaysia perlu mengeluarkan fatwa yang jelas berkenaan isu mazhab Syiah, seperti mana jelas mesej Tun dan Sayyid Ali Khatami, supaya tidak membuka ruang dan peluang bagi ejen asing memporak-perandakan ummat Islam di rantau ini pula.
Tun……. Serangan Pengganas Sulu ke atas Sabah adalah suatu perkara berbeza dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia seperti Ayah Pin,Al Mauna…etc… begitu pula, ianya amat berlainan sifatnya dengan “ISIS” di Syria sana. Jikalau Sabah tetap bersama persekutuan Malaysia pun; Apa yang berselindung disebalik perkataan “Kesultanan Sulu” itu tetap akan meneruskan niatnya dengan cara yang lebih halus. Sebagai Contoh :- “Membanjiri Sabah sebagai Pendatang serta berusaha keras mencari jalan untuk menjadi warganegara malaysia lalu menguasai ekonomi dan politik Sabah….lalu….. “This is Sulu Empire”. Kami tidak takut kepada “Sulu” tetapi apa yang paling menggusarkan kami ialah penyertaan Sabah dalam “Persekutuan Malaysia”. Tun……. Tolong Nyatakan kepada kami sejujurnya “Apakah Sabah dilayan seadilnya sebagaimana yang dijanjikan pada tahun 1963?” Selepas 50 Tahun bersama Persekutuan Malaysia- apakah yang kami perolehi ini berbaloi? Ini bukan soal mahu membentuk “IS”….. ini soal “Hak” dan “Janji” serta “Ketulusan hati” Persekutuan Malaysia terhadap kepentingan rakyat Sabah. Jangan main ‘silap mata’ dengan kami; kami ada “Mata Kucing” yang mampu membaca dalam gelap. Kini …”Persekutuan Malaysia” sama sahaja seperti penjajah “British North Borneo Charterd Company” atau penjajah “Kesultanan Sulu” di mata majoriti rakyat Sabah…… Assalamualaikum Tun…….
Assalamualaikum YABhg & Di-Kasihi TUN,
We Malaysians are indeed gifted to have a Man of Wisdom. Your vision is far beyond our current leaders. Tun, you are the nation’s driving force. We thank you for all your sincere service to Rakyat and Negara Malaysia. We are your die-hard fan and love you, TUN.
May Allah SWT bless all of us and Long Life TUN.
Astagfirullahaladzim…….. Pahlawan Islam zaman Khulafa ar-rashiyidin pun tidak seumpama sikapnya dengan pahlawan yang dikenali Barat sebagai “ISIS” ini.Apakah ‘Sunni’ sudah menjadi sebagaimana gayanya dengan Syiah yang diasaskan oleh seorang “Jews Munafik” selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W? – Salahuddin Al-Ayyubi (Saladin);seorang pahlawan Islam berbangsa Kurdis yang gagah perkasa serta alim dan terkenal, tidak pernah sekejam ini selepas menawan semula Palestin daripada Tentera Salib dalam perang Salib ketiga (Tajaan England) ; biar pun darah mengalir menganak sungai akibat kekejaman tentera Salib sewaktu menawan palestin daripada pemerintah Islam suatu masa dahulu tetapi “Saladin” membebaskan “Richard The Lion Heart” bersama pengikutnya tanpa mencederakan mereka dengan aman selepas kekalahan tentera salib dalam perang Arsuf – 7 September 1191. Memang benar bahawa Saladin ada memancung panglima perang tentera salib bernama “Raynald From Chatillon” “The Templar Knights” – ‘semasa Perang Hattin’ tetapi ini adalah kerana ‘Raynald’ membunuh rombongan kabilah yang dalam perjalanan mengerjakan haji ke Mekah. Mungkin ‘Syiah’ tersesat dari ajaran Sebenar Islam tetapi perlukah Sunni juga bertindak jauh terpesong daripada saranan dan ajaran “Agama Islam”? Saya terhidu “bau” penglibatan ” ‘Alien’ Pemporak-Peranda dan Penghuru-hara” di Timur Tengah ini. Baunya cukup kuat dan keras, Apakah Tun tidak terhidunya? Jangan pula kaitkan bau yang saya terhidu ini dengan “Schizophrenia”…..benda ini sangat ‘serious’ Tun…… – “The Knights”. https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=16&cad=rja&uact=8&ved=0CEIQtwIwBTgK&url=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DdTJBWMFRO6g&ei=72EpVNvnKcyGuATN9oDgDQ&usg=AFQjCNFJXZ-og4Hrcd1RruYKSRuX3-Ndjw&bvm=bv.76247554,d.c2E
YABhg Tun,
Free and unemployed politicians are known to cause problem. What more free and unemployed Jihadist. Don’t tell me they will come back from the front and retire peacfully in the kampung…
Tun,
Assalamualaikum. DSN tengah tidur . Dia cuma ‘alert’ dan menerima ‘teguran’ dari PKR dan DAP serta penasihat penasihat ‘bijak pandai’ di sekeliling beliau. . Sekarang tangan kanan Anwar dah jadi MB, lagilah dia bersedia untuk menerima cadangan DAP dan PKR. Jika dulu saya menaruh harapan DSN lebih baik dari Pak Dolah dan menyokong beliau, tetapi sekarang harapan tinggal harapan. ISA dah tiada, musuh bermaharaja lela. Datuk Ahmad Zaidi? Hmm…, isu mesin judi sampai sekarang pun tak dapat selesai! Kes bunuh dan penculikan kanak kanak masih banyak. Sekarang dikatakan pelaburan asing terutama dari US dan Singapura amat banyak di Malaysia. Adakah ini bagus untuk kita? Atau adakah ini serupa dengan penjajahan alaf baru?
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
’NEGARA ISLAM (I.S.)’
1. Syabas Tun! Artikel yang membuka minda tentang ancaman2 yang PM Ah Jib Gor & Gang masih tidak sedar sedang menular. Sebab itu dengan mudah buang ISA & EO. Langkah (buang ISA/EO) ini seolah2 memaksa tentera/polis untuk membuang senjata kerana yakin tiada lagi penjenayah/pengganas untuk ditangani.
2. Tapi Tun jangan bimbang/risau sangat.
3. PM Ah Jib Gor pasti boleh ’BERUNDING’ secara senyap (sebab itu beliau lebih banyak membisu sebab sentiasa sibuk berunding) dengan kesemua pengganas2 (juga dengan Pembangkang) dan pihak2 pemisah tersebut (jika berlaku). PM Ah Jib Gor sudah terkenal se entero dunia dan telah diiktiraf sebagai salah seorang pemimpin dunia yang amat pandai berunding – kalah Mr. Obama dan lain2 pemimpin dunia. Jika ada banyak kematian dalam apa jua pertempuran/persengketaan, jangan bimbang kerana PM Ah Jib Gor akan berjanji dengan berkobar2 untuk menegak ’keadilan’ bagi pihak yang terkorban dalam apa jua krisis/malapetaka.
4. Namun demikian, saya harap dalam apa jua bentuk rundingan yang dilakukan, keselamatan, maruah serta kedaulatan Malaysia tidak dijadikan galang ganti & akhirnya tergadai. Jika ini berlaku, PM Ah Jib Gor akan dikenang sebagai pengkhianat negara.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***