MENGEMBALIKAN KHALIFAH

1. Umat Islam sekarang sudah sampai ke peringkat cemas dan bahaya. Bahayanya bukan hanya kepada diri mereka tetapi kepada agama mereka. Ini adalah oleh kerana agama Islam sudah di hijack oleh pihak tertentu yang mengganti ajaran Islam sebenar dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam. Apabila ajaran ini dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan, ulama dan umarak enggan membantah, bahkan ada yang agak tertarik dengan ajaran-ajaran ini. Dengan sikap ini agama Islam akan menjadi lain daripada Islam yang diwahyukan kepada Nabi oleh Allah s.w.t.

2. Demikian, walaupun Al Quran dengan jelasnya melarang orang Islam membunuh, terutamanya membunuh orang yang seagama dengan mereka, tetapi kita lihat ramai orang Islam yang percaya dan sanggup secara sukarela menyertai gerakan membunuh sesama Islam sebagai jihad. Dan ramailah orang Islam yang telah dibunuh oleh orang Islam berbanding dengan yang dibunuh oleh Yahudi. Sesungguhnya mereka mengkhianati Islam dan memihak kepada Zionis.

3. Dari Malaysia juga sudah ada sukarelawan yang pergi ke Syria kerana ingin berperang, iaitu membunuh orang Islam lain. Mereka menghalalkan perbuatan mereka dengan mendakwa bahawa yang hendak dibunuh ialah orang Islam yang menganuti fahaman Syiah. Mereka berpendapat puak Syiah tidak Islam.

4. Kita tahu dalam acara pengislaman, yang diwajibkan ialah lafaz dua kalimah syahadah, iaitu “La illaha illallah Muhammadurasullallah”. Hanya dengan lafaz ini mencukupi untuk seseorang menjadi orang Islam.

5. Mereka yang dianggap bukan Islam ini bukan sahaja mengucap dua kalimah syahadah, tetapi mereka menerima dan membaca Al Quran yang sama, bersolat dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya, menolak yang haram serta menerima yang halal, dan tidak menyekutu Allah atau menyembah berhala. Kafirkah mereka?

6. Islam mengutamakan keadilan. Untuk melaku adil pihak yang dituduh kafir perlu diberi peluang, jika tidak dibicara dengan tertib, sekurang-kurangnya untuk membela diri, untuk menentukan amalan dan kepercayaan mereka bertentangan dengan Islam atau tidak.

7. Tetapi tanpa diperiksa dan ditentukan kafir atau tidak mereka yang ditawan dibunuh dengan kejam.

8. Orang Syiah juga bersalah apabila membunuh orang Sunni tanpa diadili.

9. Hari ini ramai juga orang Islam Malaysia yang telah pergi ke Syria yang percaya mereka berjihad. Berjihadkah mereka apabila mereka melakukan kerja Yahudi dan Amerika?
10. Sekarang terdapat sekumpulan orang Sunni yang sedang berperang menawan wilayah Iraq dan Syria kononnya untuk mendiri negara Islam pimpinan Khalifah. Mereka ini melakukan tindakan ganas dengan menembak mati askar tawanan mereka dan juga untuk pancung leher seorang tawanan mereka rakyat Amerika. Kononnya mereka berjihad untuk Islam, untuk mendiri sebuah negara Islam yang diketuai oleh Khalifah. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh mereka ialah melemahkan orang Islam supaya lebih mudah dikuasai oleh Yahudi dan Amerika.

11. Ulama dan umarak Islam di negara ini tidak dengan tegas menyatakan pendirian mereka, samada percaya tindakan ganas yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah sebahagian dari ajaran Islam atau tidak. Ada yang dipercayai merestukan sukarelawan Malaysia pergi membunuh orang Islam yang dikatakan tidak Islam. Ada yang percaya mereka ini berjihad bila membunuh orang yang tidak sama tafsiran dan kepercayaan Islam dengan mereka walaupun orang ini menyembah Tuhan yang sama dan mengucap akan Allah yang satu dan Muhammad adalah RasulNya. Tidak ada usaha mengkaji dan membahas tuduhan kafir orang ini walaupun tuduhan ini amat berat. Tidak ada fatwa yang dibuat oleh ulama yang tidak beragenda atau berkepentingan, yang pegang hanya kepada Al Quran dan hadis yang sahih.

12. Jika fahaman seperti ini merebak di negara ini maka perpecahan di kalangan orang Islam akan jadi lebih luas daripada sekarang. Ia mungkin sampai tahap bermusuh dan bertindak ganas. Janganlah kita fikir ini tidak akan berlaku di negara bertuah ini. Ingatlah disatu masa dahulu ada diantara kita mengkafir sesama kita dan berlatih untuk mengguna senjata yang dicuri. Alhamdullilah mereka gagal. Jika kumpulan mereka ini lebih besar dan menunjuk sedikit kejayaan, akan ada yang lain yang akan menyertai puak ini.

13. Seruan berjihad mempunyai daya penarik yang amat kuat. Dalam keadaan ramai orang Islam yang cetek pengetahuan Islam, seruan ini mudah diterima. Mereka ini mudah percaya mereka mati syahid bila dibunuh.

14. Sebenarnya orang Islam yang berperang dengan orang Islam dan membunuh mereka, perbuatan mereka ini bertentangan dengan ajaran Islam bahawa orang Islam itu bersaudara. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam Al Quran bahawa jika orang Islam bermusuh dengan orang Islam, pihak lain hendaklah merelaikan mereka.

15. Samada Sunni atau Syiah, dalam pandangan orang Yahudi dan Eropah mereka semua Islam dan musuh mereka. Mereka gemar melihat kerja mereka membunuh orang Islam dipermudahkan oleh orang Islam sendiri.

16. Akan ke syurgakah orang yang ghairah membuat kerja Yahudi. Tanyalah ulama dan umarak di negara ini. Berilah kata putus kerana dalam kekecewaan dan kemarahan anak muda Islam kerana negara-negara Islam tidak bertindak menyelamatkan Islam, amat mudah mereka menyahut seruan yang boleh membawa mereka ke neraka dan tidak ke syurga.

17. Selamatkanlah agama suci Islam daripada mereka yang cuba mengubah ajarannya daripada yang mulia kepada yang hina.

49 thoughts on “MENGEMBALIKAN KHALIFAH”

  1. Bismillahi Rahmanir Rahim.
    Salamualaikum kpd Tun Dr Mahathir Muhammad.
    Salamualaikum kpd semua saudara2 ku.

    Maaf krn meganggu.. Dan mohon maaf atas apa yg Akan sy tuliskan.
    ALLAH s.w.t adalah Segala-segalanya Muhammad adalah Rasul-Nya, Islam Agama sy Dan Al-Quran adalah imam sy.

    Di sini sy hanya ingin menyampaikan berita Dan peringatan.

    Allah s.w.t.
    Muhammad s.a.w.
    Agama Islam Dan Al-Quran.

    1. Allah s.w.t telah mencipta bumi dlm masa 6 hari. Kemudian Allah s.w.t telah berkehendak meletakan di bumi ini seorang Khalifah lalu Allah s.w.t mencipta Adam Dan Hawa sbagai pasangan.

    2. Atas kesalahan yg Adam Dan Hawa lakukan di dlm syurga menyebabkan mereka brdua dicampak keluar Dr syurga ke bumi dlm keadaan hina Dan terkutuk.

    3. Pd mulanya Di atas bumi Adam Dan Hawa dipisahkan sehinggalah mereka bertemu kembali atas petunjuk Dan kehendak Allah s.w.t Dan mereka brkawin dn mendapat zuriat.

    4. Pd masa itu cuma ada Adam Dan Hawa Dan anak2 mereka yg bergelar manusia sempurna. Dan ini adalah ” umat Satu umat “.

    5. Setelah beberape generasi sehinggalah masa Nabi Nooh a.s.
    Banjir besar telah brlaku yg menegelamkan bumi. Dan Allah s.w.t menyelamatkan Nooh a.s Dan org2 beriman dngn bahtera Nooh.

    6. Semasa atas bahtera Nooh sejarah berulang skali lg. Iaitu ” umat Satu umat ” atau ” umat satu rumah ” krn hanya atas bahtera Nooh shj yg ada manusia Dan kehidupan lain.

    7. Setelah hampir 1000tahun brulah banjir surut sepenuhnya. Kemudian Nooh menurunkan ahli satu rumah td skit demi sedikit di beberape kawasan.

    8. Sebelom mereka turun Dr bahtera Nooh, Nooh telah melantik seorg Dr mereka utk mejadi ketua atau raja Dan membuat satu prjanjian yg mereka Akan bertemu lagi.

    9. Setelah brlalunya zaman Nooh. Maka Allah s.w.t telah mengutuskan seorg Nabi Iaitu Nabi Ibrahim a.s. Semasa Nabi Ibrahim a.s hendak dilahirkan Dimasa tu mempunyai seorg raja yg zalim yg telah mengetahui Akan kelahiran seorg Nabi yg Akan menjatuhkan kerajaannya.

    10. Setelah mengetahui yg kerajaannya Akan di musnahkn Dan takut Akan kejatuhan itu Raja yg zalim td telah mengeluarkn perintah utk membunuh semua bayi Dan anak lelaki.

    11. Allah s.w.t selamatkan Nabi Ibrahim a.s. Dan Ibrahim a.s brjaya melaksanakan tugasnya menyampaikan firman Allah s.w.t.

    12. Setelah beberape generasi sehinggalah masa Nabi Musa a.s. sejarah berulang skali lg iaitu mereka dpt mengetahui yg Akan ada kelahiran seorg Nabi yg Akan menjatuhkan kerajaan mereka. ( firaun )

    13. Apabila mereka mengetahui berita kelahiran Nabi baru yg Akan menjatuhkan kerajaannya, firaun trus bg perintah utk membunuh semua bayi Dan anak lelaki sulung.

    14. Allah s.w.t selamatkan Musa a.s. Akhirnya kerajaan firaun dimusnahkan Dan Allah s.w.t menyelamatkan Musa a.s Dan kaumnya iaitu bangsa Israel selepas brabad menjadi hamba abdi kpd firaun.

    15. Setelah beberape ribu tahun slps Musa a.s. Sejarah berulang skali lg iaitu Semasa Nabi Isa a.s lahir. Iaitu mereka mengetahui berita kelahiran Nabi baru yg Akan menjatuhkan kerajaannya..

    16. Tindakan same mereka buat.. Mereka membunuh semua bayi Dan anak lelaki demi utk selamatkan kerajaannya dn pengaruhnya. Dan Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Isa a.s

    17. Setelah hampir lebih kurg 600 tahun selepas Nabi Isa a.s Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w utk semua.

    18. Semasa Nabi Muhammad s.a.w lahir tidak brlaku seperti mana sblmnya. Krn di dlm injil di sebut Ahmad ttp Allah s.w.t mengutuskan Muhammad yg bukn Dr keturunan mereka. Dan ahli tilik Dan Jin Jin mereka xbleh lg mencuri dngr berita dr langit.

    19. Nabi Muhammad s.a.w diangkat sbagai Rasul-Nya ketika baginda berumur 40 tahun Dan pulang ke rahmatullah Semasa berusia 63 tahun.
    Dlm baginda melaksanakan tugasnya selama 23 tahun baginda telah membntuk satu Agama iaitu Agama Islam yg disempurnakan oleh Allah s.w.t.

    20. Baginda meningalkn utk kita 2 prkare yg amat penting. Iaitu Agama Islam Dan Al-Quran sebagai panduan. Baginda juga telah banyak meningalkn pesanan Dan gambaran2 brkenaan masa depan. Yg dikenali sbagai hadit.

    21. Salah satunya adalah hadith brkenaan akhir zaman yg mendapat perhatian banyak golongan Dan Agama. Ini sngt bagus utk kita buat Persiapan utk hadapinya,ttp berita ini juga sampai ke pengatahuan mereka Dan mereka pun Akan buat Persiapan utk hadapinya.

    22. Antara lain hadith yg menyebut tntang kedatangan seorg yg Akan menjatuhkan mereka. Jd sudah tentu mereka Akan Cuba sedaya upaya utk menghalangnya.

    23. Apa yg trjadi di Afghanistan, Iraq, turkey, kamboja, Syria,selatan Thailand, Arabs, Palestin Dan negara Islam lain . Apa yg sy maksudkn adalah kejadian pembuhan kaum lelaki.

    24. Sy pasti mereka sedang brusaha mencari Dan memburu Khalifah Allah s.w.t ini walau apa pun Akan brlaku Dan mereka tidak Akan berhenti sampai persoalan trjawap.

    25. Kehilangan Khalifah trakhir Sultan Abdul Hamid ll di bumi turkey lbh krg 100tahun lalu mmg menyedihkan buat kita umat Islam. Ttp yang hilang pasti brganti. Dan sudah pasti ada hikmahnya.

    26. Apabila yahudi masuk ke Palestin pada tahun 64 Kalau xsilap sy.. Dr situ lah brmulanya huru hara tanah arab. Dan Dr situ juga brmulanya permulaan utk penamat.

    27. Allah s.w.t telah berfirman didalam Al-Quran tntang hal itu.. Di dlm surat Israq.

    28. Segala-segalanya ada hayat masing masing. Melainkan Allah s.w.t yg kekal.

    29. Dalam dunia Islam hari ini masih ramai yg hanya Islam krn dilahirkan Islam. Masih ramai hanya mengikut tanpa memahami Dan mendalami. Dan ini brlaku di malaysia. Adalah zalim kpd dri sendiri jika brbuat sesuatu tanpa memahami apa yg sdg dilakukan. Ini trjadi krn sudah jadi kebiasaan atau kata lain ” Asalkan buat “. Atau” kita ikut je ”
    Sprti yg firmankan dlm Al-Quran sesungguhnya kebanyakan manusia itu hidup dlm kerugian.

    30. Yang paling mebimbangkn Apabila Agama jd perdagangan Dan dipermain-mainkan Apabila yg haq dicampur adukan.
    Apabila hadith digunakan sesuka hati.

    31. Di sini sy ingin menyampaikan sesuatu. Apa yg dibimbangkn adalah Apabila kita melibatkn Rasulullah dlm sesuatu hadith yg memehak kpd Sebelah pehak shj dn utk kepentingan. Sedar atau tidak kita telah menfitnah Rasul-Nya krn Rasulullah s.a.w diutus utk semua. Baginda tidak Akan berat Sebelah. Dan ini apa yg baginda risaukan umatnya menfitnah dirinya.

    32. Sejarah Akan berulang.. Mereka mengetahui. Mereka bersedia Dan kita juga bersedia Dan Allah s.w.t menyelamatkan org2 beriman.
    Mereka menunggu kita juga menunggu. Bantuan Dr Allah s.w.t dtg dngn tidak kita sedari. InsyaAllah.

    33. Apabila dtg ketentuan Dan kebenaran Maka lenyap lah yg batil.
    Mohon lah pertolongan dr Allah s.w.t dngn sabar. Pada hakikatnya kita semua sdg diuji.

    34. Pasti ada yg sangup menegakan Agama Islam. Yang memperjuangkan atas nama Allah s.w.t Yang Allah s.w.t Akan merestuinya seperti mana Allah s.w.t merestui org sblmnya.

    35. Dunia Akan mengulangi sejarahnya.. Zaman Khalifah pasti dtg kembali Apabila sampai masa yg betul yg tepat. Dunia perlahan-lahan
    membentuk sejarah Dan takdirnya.

  2. salam sir,
    cant find a topic on torture. cant find a place where i can channel my thoughts to you. so i picked up this topic.

    how do you punish ideology criminals?

    ideology criminals in gitmo and abu ghraib for instance.

    i could see a thing that could spell trouble for ‘terror alert’. wont these detainees [ after serving their sentence ] be more willfull, more psychological equipped to endure more and longer [ in sense of war, geopolitical, etc ]
    i saw al jazeera interviewed mr muzambeeq [ex detainee ] this few weeks and he sure looks more mentally equipped to face the media, usa and the whole 9 yard.

    yes. this is a positive note to oppressed muslims but on a much global scale, do you think USA had won or at the least had did the correct thing [ not recklessly/emotionally due to post 911 ] ?

    glad to be able to share my thoughts with you sir. thanks

    [email protected]

  3. Salam tun.
    Konsep khilafah sebenarnya tidak Ada dalam Al Quran,yang di nyatakan Dlm Quran bagi Konsep kepimpinan adalah imamah.Sunni Dan Syiah bersetuju Bahawa Konsep bagi kepimpinan adalah imamah cuma perbezaan di Antara keduanya Ialah Sunni mengatakan ianya adalah furu’ bagi Aqidah(Tauhid) manakala Syiah Imamiah pula mengatakan ianya adalah usul bagi Aqidah dan keduanya berpendapat imamah adalah perbezaan usul mazhab. Khilafah adalah Konsep/istilah yg diguna Pakai Oleh pemerintah2 negara Islam terdahulu Dan ianya Bukan sebahagian daripada Al Quran Dan sunnah nabi. Istilah Khulafa ar rasyidin juga Bukan sesuatu istilah yg digunakan Oleh sahabat,ianya istilah yg wujud Beratus tahun setelah kejatuhan bani umaiyyah.agamawan2 negara Kita sepatutnya memberi penerangan tentang apakah Konsep kepimpinan yg sebenar dalam konteks Al Quran bukannya dalam konteks aqli semata2. Dan di malaysia, agamawan2 lah yg menjadi tukang kempen untuk IS,memberi penerangan yg salah Dan Konsep yg salah. Kita di malaysia sepatutnya tidak hanya bergantung dgn fatwa/pendapat daripada agamwan tempatan semata2,Kerananya Kita adalah aswj yakni persatuan mazhab2 seharusnya Kita rujuk sumber rujukan yg sebenarnya bagi aswj seperti al azhar. Maaf jika Saya katakan ini tetapi agamawan Kita telah gagal.

  4. Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Yahudi dan ianya dipesongkan menjadi agama dan untuk hidup berpuak-puak.

    Allah menurunkan Kitab Injil dan ianya dipesongkan menjadi agama dan untuk hidup berpuak-puak.

    Allah menurunkan kitab-kitab lain dan semuanya dipesongkan menjadi agama dan untuk hidup berpuak-puak.

    Apakah jaminan amalan daripada kitab hari ini tidak dipesongkan menjadi agama dan untuk manusia hidup berpuak-puak dan membunuh sesama manusia?

    Orang-orang A’raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya
    dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya
    Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
    [9.97]

    Sejarah berulang dan orang yahudi sebenar pada hari ini adalah umat Islam sendiri. Maka itu apabila Khalifah ditegakkan kembali, maka akan tegaklah amalan Yahudi dan orang mushrik di dalam al-Quran di atas muka bumi. Tiada lagi toleransi cara hidup dan beragama… tiada lagi kenunikan dan keindahan hidup di atas muka bumi.

    Rakan-rakan… hiduplah bersatu, tegakkan keadilan, terima pendapat orang lain dan lupakan segala permusuhan. Setiap manusia dan cara hidup itu unik dan indah, dan itulah yang Allah kehendaki, supaya manusia hidup unik dan bersatu padu.

    Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (2.213)

    Kita semua adalah satu umat dan misi muslim sebenar adalah untuk kekal sebagai satu umat dengan pelbagai bangsa dan agama yang berbeza.

  5. Campur tangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat yang lain seperti Britain, Perancis dan Russia dalam hal ehwal negara-negara umat Islam di Timur Tengah merupakan perkara asas yang perlu dibincangkan dengan mendalam dalam konteks untuk memahami konflik yang berlaku di Timur Tengah.

    Kajian atau perbincangan terhadap konflik di Timur Tengah tanpa membincangkan campur tangan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat yang lain merupakan satu perbincangan KOSONG dan SIA-SIA. Akar masalah akan gagal difahami dengan benar dan seterusnya penyelesaian konkrit tidak akan berjaya dihasilkan. Inilah yang menjadi punca mengapa setelah puluhan tahun, rantau Timur Tengah tidak pernah sunyi daripada dilanda dengan bermacam-macam konflik berdarah.

    Ratusan ribu umat Islam yang telah terkorban, namun penyelesaian yang dihasilkan terus gagal membendung konflik yang berlaku, bahkan menjadi semakin tambah meruncing.

    Artikel Penuh :
    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/10/campur-tangan-amerika-syarikat-dan.html

  6. islam atau tidak, kafir atau tidak, bergantung kepada kepercayaan dan kefahaman individu.
    tidak wajar lah pulak jika kita menjatuhkan dia islam atau dia tak islam.

    membaca komen-komen terdahulu membuat saya tersenyum kerana mereka masih tidak sedar dari mana tuan doktor boleh dapat idea untok menyampaikan buah fikiran ke dalam bentuk tulisan di wordpress ini. nombor, titik, jarak sedikit, kemudian baru ada cerita.

    tafsir pimpinan siapa?

  7. Abu Alya
    Menjawab seoalan anda Siapa & Bagaimana ?
    Pertama bermula dengan niat Suci , dengan Bismillah
    Kedua Siapa ? Siapa saja yg perlu perlindungan pro Assad, Sunni , Shiah , si Kafir
    juga haiwan seperti anjing jika kemampuan itu ada
    Ketiga Bermula dimana ? Kena Rujuk pakar dan atas kemampuan kita juga
    Keempat perlu Pasrah Dia yg menentukan Kita cuma Ikhtiar
    Niat yg suci dipercepatkan yg jahat di lumpurkan sudah
    Dalam masa yg sama ini juga merupai Jihad yg mana kita juga akan tergugat , terkorban

    Tujuannya , membantu Semampu Seberapa terdaya
    Insyallah dengan usaha kita ini akan terbuka mata saudara kita disana
    supaya menghentikan Sengketa mereka yg tidak terbayang kesudahannya

    Mungkin juga kita bolih tubuhkan satu badan untuk menjadi orang Ketiga
    Demi mendamaikan mereka dan dalam masa yg sama kita juga mungkin akan merasa bahang dan padahnya

    Setentunya Amerika akan Gagal menyelamatkan sengketa di sana walau Amerika berupaya tetapi itu sememangnya bukan tujuan niat mereka sebenar

    Begitu juga jika Saya Assad
    Saya akan beritahu satu dunia Saya Bashar Assad akan letak jawatan dan akan tinggalkan segala yg ada Demi Syria bukan kerana desakan Amerika
    Dan Amerika mesti hormati Kedaulatan Syria United Nation mesti memastikan
    Bukankah ini semua alasaan di sebalik tujuan sebenar US

    Sudah ternyata apa berlaku di Timur Tengah ada udang sebalik maggie mee
    Bukan Sept 11 , jika ia benar Sept 11
    Tidakkah hukuman yg diberi di Iraq, Syria ,Afgan lebih jauh setimpal dengan campur tangan US sekarang ?

    US hanya memberi pelbagai alasan pelabagai fitnah hanya bertujuan Boneka
    Sayang Dunia hanya mengombar gambirkan alasan Amerika
    Bukan melihat pada ibu masalah sebebenar
    Ibu kepada segala sengketa di Timur Tengah

  8. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    [Abu Alya
    malahan semua pelaburan tersebut wajib di audit dengan serta-merta dan dibuat pengumuman secara terbuka]

    Syabas Tuan.
    Pendapat saya telah tiba suara dari golongan pembangkang di ambil kira dan di wujudkan sesuatu yang di panggil ‘Pemerhati Anjing Kongressional’ eh maksud saya
    ‘CONGRESSIONAL WATCHDOG’ seperti di Rumah Kelabu ‘White House’.

    Kerajaan tidaklah bermakna majoriti berbuat sesuka hati.
    Pembangkang tidaklah bermakna diketepikan sesuka hati.
    Satu badan bebas hendaklah diwujudkan di bawah perkenan Yang Di Pertuan Agung untuk audit tindak ‘tanduk’ ( alangkah tepatnya takrif ini!)
    Semua orang mesti menjadi akauntan walaupun beliau secara rasminya Pembantu Operasi.
    Mengapa?

    ONLY THEN CAN YOU GIVE GOOD ACOUNT OF YOURSELF..

    Terima kasih Tun.

  9. Salam Tun.

    untuk sibotak.

    Soalnya sekarang, siapakah yang menjadi mangsa … kalangan penduduk Syiah yang pro-Bashar atau jihadist Sunni anti-kerajaan Bashar yang pro-US?

    Dari siapakah pula mereka itu (mangsa perang) akan diberi perlindungan, kerana ada dua puak Islam yang sedang berperang maka di sebelah manakah bantuan Malaysia akan ditempatkan? Di sebelah ISIS-kah kerana Najib memuji keberanian mereka dan kerana ada Menteri kanan UMNO, pendakwah dan ustad juga bersetuju dengan ISIS bahawa Syiah itu kafir?

    Helah US memperalatkan ISIS untuk jatuhkan kerajaan Bashar dan Iraq adalah satu langkah pre-emptive, seterusnya mereka akan mara dan memulakan kempen peperangan untuk menakluk Lebanon dan Iran pula, selepas orang Islam sudah berkecai dan tiada lagi kekuatan akibat berperang sesama sendiri.

    Kerana sebab itulah, Tun Dr Mahathir dan Sayyid Ali Khatami yang berpandangan jauh, sejak dari awal lagi memberi nasihat dan amaran kepada semua orang Islam tentang bahaya permusuhan Sunni-Syiah yang direkayasa oleh ejen Mossad dan CIA.

    Pemberontakan ‘Arab Spring’ yang didokong oleh US untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Mesir dan Libya, tetapi ia gagal di Syria – mungkin menjadi inspirasi kepada petualang perhimpunan ‘BERSIH’ untuk memulakan kempen menjatuhkan kerajaan UMNO yang kelihatan semakin hari semakin lemah di bawa(h) pemandu-pemandu Najib.

    —————-

    Berita terkini. Kenaikan harga petrol yang membeban rakyat di tengah-tengah skandal pelaburan gah 1MDB yang mencurigakan dan potensi kerugian ratusan BILLION melibatkan dana EPF, Tabung Haji, Felda, Petronas … semua ini tanda-tanda jelas menunjukkan kewangan negara tidak diurus dengan betul, malahan semua pelaburan tersebut wajib di audit dengan serta-merta dan dibuat pengumuman secara terbuka. Adakah duit pencarum EPF dan pelabur Tabung Haji akan ditimpa nasib yang sama, hangus seperti yang terjadi dengan USD108 BILLION wang simpanan CPF rakyat Singapura pada tahun 2008 di Wall Street?

    Terlalu banyak fenomena bisnes cepat kaya yang berlaku sejak akhir ini, contohnya bila anak isteri PM kita sendiri boleh mampu membeli kondo berharga USD33.5 juta di bandaraya New York, orang akan tertanya – bagaimana itu mungkin terjadi sewaktu ekonomi gawat dan di manakah muhasabah di sebalik semua kempen anti-rasuah dan anti-songlap yang Najib usahakan selama ini?

    Ada sesuatu yang tak kena di Malaysia sekarang ini. Sesuatu yang mungkin tersorok di bawah sehelai permaidani yang gebu, tebal dan sangat mahal …

  10. TUN
    Adakah tidak mampu kerajaan Malaysia menghantar tentera di Syria , Iraq
    BUKAN melawan sesiapa tetepi mengawal pelarian ke tempat selamat dan membawa mereka ke bumi Malaysia buat seketika
    Kita minta bantuan Indonesia , Brunei berkerjasama
    Kita negara Islam yg kaya juga
    Matinya kita seumpama merpati mati atas Padi
    Kebanyakan mati high cholestrol , terlebih makan

    Besar hati mereka Tun , Sujud Shukur mereka Tun
    bila pelarian ini melihat saudara mereka dari jauh datang menolong mereka
    saudara yg dekat tidak menghiraukan mereka

    ADAKAH KITA TIDAK MAMPU ?
    ADAKAH KITA TAKUT ?
    BUKAN KITA NAK MELAWAN SESIAPA

    DARI PERBUATAN KITA INI INSYALLAH AKAN MEMBERI KESEDARAN SATU TAMPARAN
    PADA SAUDARA KITA YG BERPECAH BELAH UNTUM BERDAMAI DAN BERSATU
    Ini hanya ikhtiar kita sebagai Ummah Dia yg menentukan
    Kalau kita tidak Ikhtiar Syed Al Obama Al Anwar Al Buntut Alchohol
    akan menentukan

  11. Pertama yg agak sukar mempercayai ialah Media terutama Media Barat
    Media sudah menjadi satu senjata bukan berita
    Menjadi satu alat mempengaruhi atas dasar Fitnah juga

    Saya yakin Dunia Islam sudah termakan Fitnah Barat
    Termasuk bersubahat menzalimi orang yg dizalimi
    Sudah Jatuh di Timpa Batu Beam

    Kenyataan Yvonne Ripley seorang journalist Britain
    Pengakuan Beliau semasa di tawan Taliban
    Beliau seorang Kafir begitu terharu dengan layanan Taliban
    Yg kini setelah dilepaskan Taliban beliau pulang ke Britain
    Dan sekarang bukan saja beliau seorang Mualaf Islam bah kan
    seorang Perjuang Islam yg bukan calang
    Malah saya sendiri merasa malu akan kehebatan beliau

    Adakah yg dicerminkan pada Dunia ISIS sedemikian kini ?
    Apa kurangnya Kezaliman US ,NATO yg memusnahkan hehidupan manusia sejagat
    Mana lebih zalim yg di cerminkan kita
    Pemerintahan Saddam ,Gadafi , Assad atau sekarang Penaklukan US & Bristish Empire ?

    Yg Murtadnya kita adalah mendengar Fatwah yg dikeluarkan Ulama Bush Al Buaya
    & Uztad Blair Al Puaka
    Yg di Imam kan olih yg berbahgia yg mulia ya yg terhormat
    ya Maulana ya Uztad Al Benjamin Al Netahnyahu Al Neraka

    Dimana Kiblat kita sekarang ?
    Dimana Imam Islam berpandukan sekarang ?
    Ke arah Barat ?

  12. Tun.
    Mohon ruangan.
    [Hang Jebat Derhaka.
    Sebenarnya ramai yang khatam Al-Quran tetapi tak ramai yang pernah baca tafsiran dan fahami erti Al-Quran sampai khatam termasuk saya]

    Tuan.
    Kita hendaklah mengambil contoh perjuangan Salman Al Farisi.
    Dari satu platform kepada platform yang lain.
    Salman belajar terlebih dahulu dari ‘Ulama’ Majusi.
    Setelah Pendeta ini mati Salman ditunjuk pula kepada ‘Ulama’ Nasrani.
    Setelah Pendeta Nasrani ini mati maka barulah Salman ditunjukkan kepada seorang Nabi s.a.w di mana tempat itu ‘banyak pohon kurma’ = Madinah.
    Sebelum iti dia ditangkap dan di jadikan hamba.
    Mengapa Salman Al Farisi tidak terus ditunjukkan oleh Allah kepada Negeri Madinah??
    Tidakkah tepat Firman Allah ini?

    “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan [menuju keridhaan] Kami. Dan sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang berbuat ihsan.” (QS. al-Ankabut: 69)

    Dan Surah yang kita baca setiap hari Jumaat tentang keizinan Allah dalam menuju kebenaran.

    Terima kasih tuan.
    Terima kasih Tun.

  13. Assallammualaikum.
    Minta ruangan Tun.

    TunTuah.

    Tolong maafkan saya terkasar bahasa dengan tuan.
    [Tak semestinyer kiter nak baca alquran kiter kene ajak org saner sini]

    فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

    “Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surah An Nisa, 4: 59)

    Ini sunnah tuan.

    Maafkan saya sekali lagi tuan.

    Terima kasih Tun.

  14. Salam Tun.

    1. Kalau saya tidak silap mentafsir, pandangan Tun ialah ‘Islam’ acuan ISIS adalah satu agama yang bahaya kepada semua kerana ISIS adalah satu agama baru yang condong kepada kezaliman, peperangan dan pemaksaan aqidah sebagai rukun dalam agama ISIS.

    2. Agama ISIS dibangunkan atas dasar memerangi dan membunuh orang Islam Syiah. Samada mereka itu di Syria, Iraq, Iran malahan termasuk yg di Malaysia juga. Mereka anggap orang Syiah adalah kafir, sedangkan kalau benar Syiah itu kafir kenapa beribu-ribu jemaah Haji dan Umrah yang bermazhab Syiah dibenarkan datang dari Iran setiap masa? Satu lagi isu, adakah agama Islam menyuruh kita membunuh orang kafir?

    3. Motivasi untuk membunuh orang Islam Syiah, tidak lain bukan, datang dari idea Israel yang gerun dengan kekuatan tentera Syiah seperti Hizbullah di Lebanon dan kepimpinan Bashar Assad di Syria dan termasuklah Iran yang menjadi musuh utama Israel dan US.

    4. Oleh kerana Israel dan US gagal untuk kalahkan Hizbullah dan Bashar, mereka guna isu perbedaan mazhab dan polemik fiqh untuk meningkatkan permusuhan antara Sunni-Syiah ke satu tahap kebencian sehingga sanggup membunuh sesama Islam.

    5. Sekarang ini, dengan adanya ISIS Israel dan US tak perlu susah-payah nak bunuh orang Islam sebab ada ISIS untuk lakukan kerja kotor mereka. Ramai orang jahil dan Pak Turut di Malaysia, termasuklah seorang menteri kanan UMNO, juga jadi barua Israel dalam hal ini. Israel telah ‘outsource’ bala tentera dari golongan Islam yang jahil lagi fanatik.

    6. Maka banyaklah nyawa tentera Israel dan US yang terselamat kerana orang Islam berperang sesama sendiri. Keselamatan Israel lebih terjamin, malahan dijamin ‘halaal’ oleh orang Islam yang bermusuhan sesama mereka.

    7. Perkara yang sama juga berlaku di Malaysia, apabila orang PAS dan UMNO turut berbalah dalam isu Syiah dan lain-lain hal remeh-temeh keagamaan hinggakan mereka sanggup bermusuhan dan menjadi proxy bagi kafir untuk musnahkan Islam dan kuasa politik Melayu di Malaysia. Permusuhan sesama Islam di Malaysia, antara UMNO dan PAS, akan dipertingkatkan untuk saling berbunuhan pula seperti di Syria, insyaAllah.

  15. Assalamualaikum,

    Saya setuju. Keadaan umat Islam diseluruh dunia termasuk juga di Malaysia dalam keadaan semakin tenat. Walaupun ramai yang mempunyai semangat berkobar2 sehingga tahap tak takut mati tetapi hakikatnya mereka ini banyak yang tong kosong. berdegar2 tetapi intipatinya tiada.

    Mereka ini selalunya fanatic dan obsess membabi buta. Mempunyai emosi yang kuat tetapi penguasaan ilmu yang lemah. Islam mereka ini berpuak2 dan amat membenci puak2 yang lain.

    Kita ada Mazhab yang berbeza. Kita juga ada Syiah yang tidak mengiktiraf Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi. Dikalangan ahli akademik Islam juga berbeza interpretasi masing2. Waemah, fatwa dari mufti negeri masing2 juga berbeza2 antara yang lain. Ini belum termasuk interpretasi Islam yang berbeza dari parti atau persatuan seperti PAS, ISMA, ABIM dan Sister in Islam. Ini ditambahburukkan dengan pertumbuhan ajaran sesat yang bertopengkan Islam.

    Sampai satu tahap, Islam tidak lagi dihormati, dilabel sebagai ekstrem, pengganas, mundur, lemah, ditindas, dibunuh dengan kejam dan dimurtadkan. Anak2 Islam hari ini ramai yang dah terhakis akidahnya dan auratnya kesan dari Internet dan pergaulan bebas. DiMyanmar dan Palestine, anak2 Islam disembelih seperti ayam. Di Syria, kita lihat orang Islam membunuh dan merogol anak2 Islam. Nasib orang2 Islam semakin lama semakin menyedihkan.

    Puncanya adalah kerana dua perkara. Pertama lemah penguasaan ilmu. Ramai yang masih keliru mana yang asli dan mana yang palsu atau menurut membabi buta tanpa mengira sumber. Sebenarnya ramai yang khatam Al-Quran tetapi tak ramai yang pernah baca tafsiran dan fahami erti Al-Quran sampai khatam termasuk saya. Akibatnya, menurut kata2 dari Ustaz dan ketua masing2 sehingga berpecah belah.

    Kedua kerana penyakit wahan atau cinta dunia. Ini memupuk hawa nafsu yang gelojoh dan rakus sehingga sanggup membelakangkan agama atau yang paling teruk mempergunakan agama untuk kepuasan hawa nafsu.

    Ulama dan Umarak harus memainkan peranan paling utama. Di akhirat nanti mereka yang pertama disoal berkenaan peranan mereka terhadap perpaduan umat Islam. Mereka haruslah berbincang dan memupuk perpaduan. Membudayakan penguasaan Ilmu. Memupuk silaturrahim yang mantap. Mengajar untuk menyayangi saudara sesama Islam.

    Ulamak harus menghormati peranan umarak dalam kemaslahatan dunia dan Umarak harus menghormati pandangan Ulamak untuk mencapai perpaduan Islam. Sampailah maksud ini dapat dipraktikkan dengan jelas, umat Islam akan terus mengikut telunjuk orang2 bukan Islam.

  16. Ya Allah. Kenapalah orang Melayu suka sangat bertekak? Nak tunjuk hebat? Nak mendabik dada? Kalau nak berdebat sangat, pergi jumpa depan2. Debat cara yang betul. Bawa segala buku hadis, Al-Quran dan segala nas untuk dibentangkan. Inilah puncanya orang Islam dipijak-pijak. Inilah! Ilmu kamu tu hanya sebesar zarah saja kalau nak dibandingkan ilmu Allah yang Maha luas. Tapi mendabik dada seperti sudah menghafal sejuta hadis. Makin hari makin sedih melihat telatah saudara seagamaku yang berperang sesama sendiri. Teruskanlah sampai kiamat. Kalau rasa diri hebat, sambung di padang mahsyar nanti. Wallahua’lam. Maaf saya tumpang lalu.

  17. Wajaperak..
    Tak semestinyer kiter nak baca alquran kiter kene ajak org saner sini. Tak wajib untuk saya bertadarus dgn tuan wajaperak pun. Lagi pun kan saya dah kata.. Tak sure refer balik AlQuran tu…

    Saya tak paham pasal tuan waja perak cerita lantik melantik ni.. Maaf lah tak dapat nak jawap soalan tuan tu…

    Saya fanatik? Mungkin tuan melihat saya begitu.. So saya kene usaha supaya tak fanatik.

    Saya cuma nak ingat kan aje.. Manalah tahu kail yang panjang sejengkal ini mampu untuk memberi ingatan kepada sedara sedara islam kiter ni….at least saya usaha..

    Anak kiter menegur kiter kalu kita buat salah.. Harus ker kita perlu herdik, caci dan perli anak kiter itu?

    Terima kasih adalah perkataan yang lebih sempurna.

    Oh ye.. Kalu saya ni maksum, dah lama saya jadi nabi dah… Tapi saya tak.. So tang tadarus tu mungkin itu kelemahan saya..

  18. Kolih Kolih di Olak Olak
    Dah tak Bolih Nak apakan pulak
    Namun Malayisa Bolih ! Bolih apa eh ?

    PAS , UMNO masih beroalak olak
    Apa kah persiapan kita masa depan
    Bahang Ugutan terhadap Islam di Malaysia sudah terasa
    DAP sudah berani berkata kata
    Si mama sudah angkat kepala

    DiRenung China masih tidak akan lepaskan Hong Kong
    Sedangkan Cina sama Cina
    Yg si Pendatang Malaysia sudah berani bersuara

  19. Kolih Kolih di Olak Olak
    Dah tak Bolih Nak apakan pulak
    Namun Malayisa Bolih ! Bolih apa eh ?

    PAS , UMNO masih beroalak olak
    Apa kah persiapan kita masa depan
    Bahang Islam di Malaysia sudah terasa
    DAP sudah berani berkata kata
    Si mama sudah angkat kepala

    DiRenung China masih tidak akan lepaskan Hong Konh
    Sedangkan Cina sama Cina
    Yg si Pendatang Malaysia sudah berani bersuara

  20. What happen in Middle East is absolutely Disastrous
    Very Frightening , very Sad , its unspeakable

    Why its happening ?
    1. Its an indication Muslim World is not United
    2. Its the very intention of US ,the War Mongers of the West above all
    its the very ill plans of Israel, Nethanyahu , US Bush & British Blair

    To Islamic History I would say
    The Failure of Islamic World is Not United & has allow others to advantage

    To the US , West & World History I would say
    Its an Invasion of US & The British Empire regardless of what reasons & excuses
    Do not be Hypocrites

    Afgan has been Puppet
    Iraq has been Puppet but US not at Peace as the emerge of ISIS
    Syria is in process ISIS but pops up Assad not down yet
    The next will be Iran then after Russia
    Iran & Russia not as easy as ABC

    Assad must be more smarter than Saddam nor Gadaffi
    He must tell the World He will steps down NOT because of US say so
    But for Syria and He must tell the World when He steps down
    US must not interfere with the Sovereignty of Syria
    And UNITED NATION MUST TAKE NOTE
    It will be a Big Blow to US as US every intentions is to Puppet
    With this US will have no reasons nor excuses

    ISIS has tarnish its Foundation for Islamic States for the Beheading
    Their existence is not to allow US to puppet the Arabic World
    They are very much disorganize Military very much not in control of its militants
    BUT What is the difference US very organizes very well trained & equipped
    Their Proud Marines Rape & burn their Victims
    Babies Children are bomb whilst Sleeping above their Dad,s Home

    US ,BRITISH EMPIRE ,ISRAEL ,THE WEST , ISIS ,UNITED NATIONS , TALIBANS
    AND THOSE ABETTING TO THESE CRIMES ARE NO DIFFERENCE THAN
    BARBARIC OF THE 21st Century

    The most painful feelings of the Victims is that
    The Islamic World are abetting to their sufferings
    Imaging if we our children & families are in their shoes
    Bombs by US & Allies , Chase away by ISIS walk in Fear with no food & water with cold & hot breeze Young & Old , Women & Children upon reaching the neighbor borders
    They be taken advantage ,the women are desperate to feed their families but had no much choice the Monsters are awaiting
    ALLAH , PLEASE HELP THEM , ASSITS THEM WITH YR MIGHT, YA ALLAH
    I BEG YOU YA ALLAH , I BEG YOU YA ALLAH

    Tun
    Kenapa Tidak Tentera Malaysia hantar kesana bukan untuk melawan sesiapa
    Tetapi hanya melindungi Pelarian tersebut
    Tanah Malaysia luas terbentang mengapa tidak Pihak Tentera kita
    Membawa mereka ke Bumi Malaysia buat sementara
    Bantulah mereka sesama Indonesia Brunei
    Tunjukan Dunia Islam Bersatu

  21. Assalamualaikum Tun.

    Apa nak dipening pening fikir orang mana yang patut kita bunuh.

    Islam tak suruh bunuh orang pun.

    Jadi siapa patut kita bunuh?

    Orang yang mengancam keselamatan diri kita la patut kita bunuh. Bila nyawa kita terancam. Situasi di mana kita dibunuh atau terbunuh.

    Ke macam mana lagi?

    Terima kasih Tun.

  22. Salam Saudara Ibnu.

    Saya mohon Saudara tidak begitu taksub dan berkiblat kepada ‘Orang Agama’ silam yang meriwayatkan kata-kata Rasulullah, seolah-olah catatan mereka adalah ‘wahyu’ yang dipahat atas batu.
    Besar kemungkinan salah seorang dari ‘Orang Agama Silam’ ini adalah musuh yang menyamar dengan niat memecah-belahkan perpaduan Islam. Nampaknya mereka sudah berjaya.
    Saudara harus sedar bahawa riwayat atau kata-kata/tingkahlaku Nabi, hanya muncul 200~400 tahun selepas Baginda wafat. Sudah tentu ianya adalah cerita mulut dan kebanyakannya adalah rekaan semata-mata, demi kelangsungan pengaruh ‘Orang Agama Silam’ itu.
    Bagi saya, riwayat-riwayat inilah yang menyebabkan umat Islam bepecah sehingga sanggup berbunohan sesama sendiri.
    Maklum sajalah. Jika Kuasa & WANG pada zaman ini adalah segalanya, zaman dahulu pun, lebih-kurang sama ataupun mungkin lebih lagi.

    Mengapa Rasulullah tidak menyuruh/membenarkan sahabat-sahabat mencatit dan membukukan segala tutur-kataNya ketika baginda masih hidup?

  23. When we’re nice to people, we’ll have better relationships & we’re following Allah’s commands. It also doesn’t hurt. (وقولوا للناس حسنا) – Khalifa Al Thani

    Ya lah melayu muslim. Tak perlulah susah hati tersiksa itu ini, beranggapan diri suci. [humility] Menjadi muslim ialah mengharap Rahmat Allah, melindung yang lain & menarik kepada kebaikan, kesejahteraan. Seorang muslim inginkan orang lain juga masuk syurga. Hati tenang & bahagia.

  24. Assalamualaikum WBT

    بسم الله الرحمن الرحيم
    لئن بسطت إلي يدك لتقتلني ما أنا بباسط يدي إليك لأقتلك إني أخاف الله رب العالمين
    If you should raise your hand against me to kill me – I shall not raise my hand against you to kill you. Indeed, I fear Allah, Lord of the worlds. [Quran 5:28]

    The Prophet said, “None of you should point out towards his Muslim brother with a weapon, for he does not know, Satan may tempt him to hit him and thus he would fall into a pit of fire (Hell)” [Sahih Bukhari 9.88.193]

    Regarding the conflicts, I believe in taking the way of Habil. May we’ll see it in Malala Yusufzai. ♥ ألله يحـفـظها We have the best men, Habil & Caliph Uthman bin Affan, as examples. Please always remember Allah SWT, pray for His Mercy to wrap you, purify you, guide you. If one forgets Allah SWT, the devil will be his companion. [Q 43:36, 41:25]

    Regarding the Yahudi, may I suggest the story of mankind & Israelite. & the Jews themselves are not all Ashkenazi. There are Arab Jews, Spanish Jews. In fact, there is also the Malayali (Cochin) Jews in Kerala, India… have Dr Mahathir ever thought, we malays have mixed with them? Isn’t that amazing! Some Jews have embraced Islam as well, e.g: Rashid al-Din of Persia. So there are muslims where descended from the Jews. Hopefully people will understand the history.

    Also, as a muslim I don’t intend to live my life so “cemas” (stricken) – being muslims should be “in peace, serenity, safety”. That’s the literal meaning – it’s the peace that comes when Allah SWT blesses you with His Mercy & Love – and to have that we must be merciful to mankind. “..one’s good deeds will not make him enter Paradise.. until Allah bestows His pardon and Mercy..” [Sahih Bukhari 8.76.474] “Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind.” [Sahih Bukhari 9.93.473]

    Religion is the middle way, it should be easy. & I’m so glad to see many nice muslims all over the world. I love seeing the relaxing coolnesss that Khalifa (http://twitter.com/kkalthani) have. I love this Qatar. & I’m glad it existed! [Pls sponsor real stars] & the first time I saw the Crown Prince of Dubai, he was helping people with disabilities. I was so happy to see many such muslims. My blog have tones of them.

    Pls be happy!

  25. Saudara Ibnu.
    Pendekatan Saudara sangat bahaya, extreme dan merugikan Umat Islam.
    Kalau kita tolak Syiah, bermakna kita mengurangkan lebih separuh dari Umat Islam dunia.
    Tak boleh kah kita berbeza fahaman?
    Biarkan Allah yang menentukannya di akhirat.
    Kalau ikut fahaman Saudara, tak hentilah tumpah-darah sesama Islam. Cuba fikir siapa yang untung.

  26. Assalamualaikum Tok Det.
    Sy tidak setuju jika Tok Det berpendapat Syiah itu akidahnya Islam. Saya mohon Tok Det tarik balik point 3,4,5 tentang Syiah. Saya tak sokong ISIS, tapi syiah itu kafir. Kajilah kuliah-kuliah dan tulisan Ustaz Aizam Mas’ud seorang pegawai agama di JAKIM terhadap ajaran Syiah. Kekeliruan apakah ini Tok Det. Saya gembira seketika Tok Det dan pakcik Mukriz menyatakan penentangan terhadap ajaran syiah. Permianan apa ini Tok Det tiba-tiba menyatakan sebaliknya kini?

    Syahadah sememangnya kunci untuk menjadi Islam, Tp syahada boleh batal. Buka kitab mereka dan baca apa akidah mereka pada al-Quran? Setelah itu Tok Det jawap sendiri, Islam kah kafir? Tok Det dengar mereka baca quran sama seperti kita, dan lain-lainnya. Tapi Tok Det tau tak pahala besar jika mereka bertaqiyah pada sunni padahal memang mereka beriktiqad Quran kita telah dirobah oleh sabahat Rasulullah?

    Dan ternyata didapati, yang berpendapat bahwa Syi’ah itu kafir adalah para Imam-Imam Besar Islam, seperti: Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Bukhari dan lain-lain.

    Dalam kitab Syiah, mereka menolak Quran dan Nabi:

    “Kami tidak mengakui Tuhannya nabi Muhammad dan tidak pula mengakui nabi itu, sesungguhnya Tuhan yang menjadikan pengganti nabinya Abu Bakar bukan Tuhan kami dan tidak pula nabi itu nabi kami . (Al anwar an Numaniyah jld 1 hal, 278, salah satu kitab terpenting syi’ah).

    Syi’ah meyakini al qur’an sekarang sudah tidak asli yang asli adalah mushaf Fatimah yang tebalnya 3 kali lebih besar dari al qur’an sekarang. (Al anwar an Numaniyah I/31)

    Dalam kitab ajaran Syiah menyatakan:“Pastilah kemaluan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan masuk neraka. Sebab, beliau menggauli sejumlah wanita musyrik. Yang dimaksud adalah pernikahannya dengan AIsyah dan Hafshah.” (Kasyful Asrar, Al-Musawi (Lillahi Tsummah Li At-Tarikh), hal 24, yang dikutip dari salah satu ulama Syiah Imamiyyah Sayyid Ali Al-Gharawi, terbitan Maktabah Al-Furqan, Uni Emirat Arab)

    Islam menganggap:
    Islam mencintai para sahabat Nabi, karena Beliau Shallallahu alaihi wasallam bersabda ‘Sebaik-baik umatku adalah generasiku , kemudian seterusnya dan seterusnya.(HR. Bukhari, Lihat At Taubah : 100).”

    Syi’ah menganggap:
    Syi’ah menganggap para sahabat Nabi adalah orang yang paling jahat dari umat ini, mereka semua telah murtad setelah wafatnya Nabi kecuali beberapa orang saja, kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar”.[ Lihat: Tafsir as-Safi. (1/389)], Abu Bakar dan Umar belum pernah beriman kepada Allah walaupun sesa’at juga.

    Lihatlah peringatan Nabi tentang Syiah, Tok Det taukan Syiah itu amat taksub kepada Ali? Kita tidak menolak Ali, tetapi Syiah mempergunakan nama Ali, dan konon kasih pada ahlul bait untuk mengkafirkan ahlul bait yang lain. Apa kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam?

    Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: “Pernah aku berada di samping Nabi SAW, bersamanya ada Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali): “Wahai Ali! Nanti akan muncul di dalam ummatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Hafiz Nuruddin Ali bin Abi Bakr al-Haithami, Majma’u Az-Zawa’id Wa Manba’u Al-Fawa’id, jilid 10, halaman 22)

    “MENDAKWA CINTAKAN AHLUL BAIT…PERANGILAH MEREKA, MEREKA GOLONGAN MUSYRIKUN” BUKAN ISLAM

    BUKAN ISLAM
    BUKAN ISLAM
    BUKAN ISLAM

    Saya sygkan Tok Det. Sangat sayangkan Tok Det. 3 keturunan saya penyokong kuat Tok Det. Sejak moyang saya, ibu dan ayah saya, sehingga saya sendiri. Maka. Sy mohon Allah beri ilmu dan hidayah kepada Tok Det bagi membezakan kebenaran dan kebathilan. Ameen.

  27. Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Di Malaysia, ’Islam’ sudah di ’hijack’ oleh sebuah parti politik; mereka sajalah yang ’benar’ dan orang Islam dari parti lain semuanya salah.

    Ahli2 parti yang bangga sangat dengan keIslaman mereka juga tidak ragu2 menggelar orang Islam lain yg tidak menyokong parti mereka sebagai ’kafir/murtad’. Mereka lebih rela bermusuh sesama Islam, tapi pada masa sama bukan main baik dengan kafir harbi – entah dari mana agaknya mereka belajar perkara sebegini -> ajaran sesat?

    Ada juga golongan (orang Islam) yang bukan main mudah menuduh orang lain ’anti hadith’; Tun M pun pernah dituduh sebagai ’anti hadith’. Tapi, biasanya orang sebegini cara pemikirannya berkecamuk dan tidak konsisten. Ini juga satu masaalah besar yang boleh memecah-belah umat Islam.

    Kerajaan BN mesti kembalikan ISA & EO, dan pastikan yang pelampau2 agama (juga lain2 jenis pelampau) tidak diberi ruang untuk mengganggu ketenteraman & menghasut orang ramai. ’Akta Hasutan’ mesti dikekalkan. Yang peliknya PM Ah Jib Gor berkobar2 menguar-uarkan di seluruh dunia tentang betapa ’moderate’ nya Kerajaan pimpinan beliau yang pada hakikatnya melahirkan lebih ramai pelampau (extremist). PM Ah Jib Gor seolah-olah berada dalam dunia beliau sendiri – bingung sungguh. Kerajaan Malaysia sudah sejak dahulu lagi berfahaman ’moderate/sederhana’.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  28. Assallammualaikum Tun.
    Terima kasih kerana ruangan..

    ?Hafiz?
    Terimalah hakikat anda tu Pejuang Tulin Agama Islam.. (PTUI )
    Terimalah pujian dari saya

    PTUI
    PTUI
    PTUI..

    Beranilah jadi jantan dan hubungi saya wahai PTUI!

    MAAFKAN SAYA TUN..

  29. assalamualaikum Tun…

    terlalu banyak kesesalan dalam mengukuhkn dan mnyampaikan maksud sebenar islam waktu ini… ya penyampaian islam yg pnuh kesal…
    bukan pnyampaian kpd yg bukan islam, tapi mnyampaikan kpd msyarakat islam itu sndri..
    sedangkan Baginda Nabi Muhammad mympaikan dan mnegakkn panji2 islam dengan penuh hikmah…

    ini sekadar pandangan bodoh dari sy yg bengap…

    rata2 umat islam sekarang brgkali lupa ataw mmg x prnah sedar bhawa sifat Allah yg paling sering di sebut dan di anjurkn sebutannya brmaksud maha pemurah dan maha penyayang..
    prmasalhan besar bg umat islam adalah lupa akan sifat Tuhan mereka ini sehingga sering mnitik beratkn hal2 yg lain sprti hukuman, dosa, pahala, sorga, neraka…
    ya.. islam itu agama pelengkap bg agama nabi sebelum junjungan besar Muhammad..
    tapi apa yg dtunjukkn rata2 umat islam skrg seolah2 mereka bertuhankan agama..
    sesungguhnya islam juga prkara yg baru..
    tiada tempat brgantung harap yg lain selain Allah..
    rata2 khidupan islam zaman brzaman sering brtelingkah ttg pndapat masing2 dalam bragama sedangkan hikmah islam itu ada mncari prsamaan atau kmbali ke titik yg satu..
    keadaan smakin mruncing di masa ini.. perang saudara.. kafir mgkafir sesma islam..

    adakah ajaran islam yg bersalah…

    tidak sama skali…
    sedangkn islam mngajar susunan yg lengkap untuk jasmani dan nurani…
    Nabi muhammad adlh manusia agung yg patot dicontohi… bukan di copy…

    jadi apakah yg msti difikirkan umat islam sekang…
    bagi mngelakkn kite brlumba2 mngatakan fahaman kita lah yg sbetol btol nye tnpa mmkir pndangan org lain..
    bagi mnghntikan prasaan ‘aku lg islam dari hangpa’..

    kmbali pd alquran dan sunnah…
    bagaimana kalau para ulama pon masih brtelagah ttg apa2 fatwa..
    bagaimana kalau hadis dan nas laen di guna pakai untuk brtelagah sesama islam…

    siapa tahu….

    andai ada yg ingin kata sy ni gila x betul trpulang…
    ini pndgan ‘bodoh’ dari saya yg ‘bengap’

  30. Assalamualaikum Tun.

    Ulama yang diperkatakan oleh Tun seperti saya sendiri fahami dalam kehidupan sehari harian adalah ulama yang sedia memberi ceramah di televisyen mahupun ulama dalam parti politik.

    Maka tidak hairan bilamana ‘ulama’ ini bersuara kerana mereka ini berada dalam bidang politik.

    Manakala yang tidak kedengaran suara dan komen adalah dari ulama yang saya sifatkan adalah sebenar benarnya ulama Islam. Ulama yang mendalami dan menyakini ajaran Islam. Mereka ini saya percaya turut berhujah dan berfikir di kalangan mereka. Cuma ia tidak didedahkan dikalangan umum. Seperti ahli politik yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

    Seperti penulisan saya sebelum ini mengenai perubahan suasana yang lebih cenderung kepada peperangan, telah dikhabarkan bahawa kita ini sedang berada dalam fasa permulaan 100 tahun setelah 100 tahun lepas berlalu.

    Maka dikatakan bahawa barang sesiapa yang mengaji dan mendalami ilmu Islam akan menanti nantikan bahawa siapakah dari kalangan manusia di dunia ini yang akan dinobatkan sebagai waris utama membetulkan agama.

    Malah dikalangan mereka amat berhati hati dalam memberi hujah dan komen kerana kemunculan ‘ulama’ istimewa ini setiap 100 tahun adalah janji dari Allah s.w.t

    Kita tidak boleh mengatakan sesuatu itu buruk sedangkan kita tidak tahu apakah ia benar benar buruk untuk kita? Atau ia mendatangkan kebaikan kepada kita. Berbalik kepada kuasa Allah s.w.t

    Kita bermain sorok sorok dengan Abu Sayyaf dengan ‘menculik kembali’ dan Abu Sayyaf tetap menculik, malah membunuh rakan polis marin dan masih belum membebaskan kerana mahukan duit tebusan.

    Jamalul Kiram pernah menyerang Sabah tetapi kemudiannya telah meninggal dunia setelah melarikan diri balik ke kawasan beliau sendiri.

    Dikatakan Syeikh Abdul Malek adalah asalnya darah dari Baghdad dan dikatakan khabar bahawa beliau juga adalah seorang khalifah ketika zaman itu. Namun sejarah ini tidak begitu jelas dan mungkin telah digelapkan. Hanya mereka mereka yang mengetahui dan dibukakan pengetahuan ini mengetahui dengan izin Allah s.w.t

    Maka saya juga mengetahui terdapat mereka yang mengaku sebagai jelmaan Syeikh Abdul Malek. Saya tak tahu samada mereka itu melakukan ajaran betul atau salah.

    Abbasiyah adalah salah satu Empayar Islam ketika satu masa dulu. Ia terletak di Baghdad. Syeikh Abdul Qadir Al Jailani juga bermukim di Baghdad.

    Orang yang punyai Ilmu Laduni dikatakan mengetuai empat penjuru dunia setiap seorang.Maka ia bermaksud akan ada 4 orang yang mempunyai Ilmu Laduni setiap masa dan mengetuai penjuru dunia masing-masing.

    Saya juga membaca tetang KKA (kedai kopi) di blog Kadir Jasin.

    Tetapi saya ingin bertanya kepada ketua IS dan pejuang pejuangnya.
    Khalifah manakah yang anda mahu lantik? Khalifah manakah yang Abu Sayyaf mahu lantik?

    Sedangkan Jamalul Kiram yang sentuh Sabah pun dah meninggal dunia.MH370 dilencongkan dari tujuan asal dan dikatakan terbenam di hujung dunia.

    Malah Alexander Borodai ‘sendiri bercakap dengan saya’, “mari datang ambil mayat”.

    Siapa yang mahu kamu lantik? sehingga dikhabarkan berlaku pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan?

    Terima kasih Tun.

  31. Quote[ Apa maslah dgn arim waja perak?]

    Salm Tun.
    Salam semua..

    Tun Tuah..
    Apa yg nak hairan sgt ngan badut seekor tu…bagi dia sebelum sesape keluar statement, hukum or pendapat mestilah dapat approval dr beliau.Kalau tak orang tu dilabel anti hadis etc..

    Dah nyata bodohnya bila die kata Tuhan suka cabar mencabar(lebih kurang macam tuhan mencaruut jgk).

    Jadi apa nak hairan sgt dengan badut seekor ni… Nnti letih menyalak diam la dia… Maklom la dia kan hidap penyakit macam blogger 456 yang da ilang dr blog tun ni..

    Kita bg la peluang kat mamat ni tulis apa dia nak, tak lama nnti dia perasan la tu akan kebodohan diri dia…

    Sekian.. Untuk blogger macam Arim,teruskan menulis….. Abaikan lalat penghinggap najis macam WAJAPERAK ni,nanti kita takde hiburan pulak..

    Sekian..
    T.Kasih Tun..

  32. Salam Tun M,

    Salam sayang dari saya.

    Sebenarnya saya sedih apa yang berlaku terhadap penganut islam sekarang.

    orang isis ini walaupun mereka mengaku penganut aliran Sunnah waljamaah (Sunni) tapi mereka ini telah menyimpang dari ajaran sebenar sunni / islam. mereka amat merbahaya terhadap semua orang islam itu sendiri termasuk penganut sunni yang lain.

    Adalah benar kita tidak boleh mengafirkan penganut syiah kerana mereka juga islam dan percaya kepada Allah yang satu dan nabi muhammad.

    permusuhan Syiah dan sunni telah berlaku berkurun abad lamanya sehingga hari ini.

    Tapi tidak boleh lah menyalahkan 100% terhadap ISIS ini. tapi walaupun kita tidak boleh salahkan mereka 100% kita juga tidak boleh menyokong mereka 100% kerana mereka jauh menyimpang dari ajaran islam sebenar. Mereka ini adalah golongan yang extreme golongan yang kecewa sama seperti golongan Syiah yang extreme yang kecewa atas apa yang berlaku terhadap keluarga Nabi S.W.T

    Puncanya adalah kita boleh menyalahkan juga golongan penganut syiah yang extereme golongan yang kecewa ini. keran mereka yang memulakan permusuahan tersebut.

    Umat penganut islam Sunni puncanya marah kerana golongan extreme Syiah ini selalu kononnya mereka sahaja yang benar dan amat mencintai Ahlu Baih (keluarga nabi) dan seperti menganggap sunni tidak mencintai ahlu bait (keluarga nabi). Padhal sunni amat mencintai ahlu bait.

    Golongan extreme Syiah ini lah yang dahulu mengafirkan orang sunni. Sehingga tahap extreme mereka mencaci isteri nabi Aishah R.a, Khalifah islam Abu Bakar r.A, Umar r.A dan usman r.a dan ramai lagi. Ini menjadikan orang sunni marah terhadap mereka.

    Extreme Syiah ini sampai sekarang masih mahu menyoalkan tentang siapa yang berhak menjadi khalifah pertama selepas wafat nabi swt. dan masih berterusan mencaci sahabat-sahabat nabi sehingga sekarang. inilah punca permusuhan golongan syiah-sunni.

    Kalau tanyakan sebahagian orang syiah pasti mereka mahu menafikan itu kerana mereka ada sikap percaya “takiah”. tapi dalam hati mereka tetap membenci Aisah, Abu Bakar, umar dan usman R.A. Tak percaya suruh mereka melawat makam sahabat itu semua untuk mendoakan kebaikan sabahat itu semua pasti mereka tidak mahu.

    Lihatlah sahaja didalam doa-doa mereka tidak pernah sekali pun ada mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat nabi……. malah ada mereka mendoakan melaknatkan dan mengafirkan serta mencaci Sahabat sahabat Nabi.

    Siapa mereka nak menentukan sahabat-sahabat nabi itu kafir dan melaknat mereka???!!! itu semua hak Allah. Kalau mereka nak katakan sahabat itu zali atau kafir… biarkan lah sahaja nanti di akhiratAllah yg menentukan bukan mereka. Inilah punca sebenar permusuhan Syiah-sunni. Dan Dari inilah munculnya Golongan extreme dari kedua-dua belah pihak syiah-sunni sehingga saling bunuh membunuh.

    Syiah perlu dan wajib mengubah dan memberhentikan pendirian mereka dari mempertikaikan jawatan khalifah, melaknat isteri nabi Aishah ra dan sahabat nabi abu bakar, umar dan usman dan lain lain ini dahulu secara total dan kemudian berhenti dari mengatakan sunni kafir dan menunjukkan perasaan dan jiwa mereka benar benar berubah dan bukan sahaja mencintai nabi , Ali A.W.J serta semua ahlul bait (Keluarga nabi) tetapi wajib mencintai isteri-isteri nabi termasuk Aishah r.a, Sahabat Abu Bakar ra, umar ra, usman ra dan lain lain. Pasti permusuhan boleh dielakkan dan kembali harmoni walau mungkin secara total agak mustahil. Pihak Berkuasa syiah wajib menunjukan sifat mengambil tindakan yang keras terhadap sesiapa mengafirkan Aishah dan sahabat-sahabat. Tunjukkan pada dunia yang mereka bersatu dengan sunni dan begitu juga dgn sunni.

    Selagi ini tidak berubah jangan haraplah ada perpaduan antara syiah-sunni.

    Lihat sahaja pihak berkuasa sunni, mereka mengambil jalan yang benar dengan menghukum golongan sunni yang extreme itu sendiri sekiranya mereka ada terlihat atau ketahui ada golongan extreme sunni yang menyimpang dari ajaran islam sebenar. Kenapa pihak berkuasa Syiah tidak bertindak yang sama juga terhadap golongan syiah yang extreme mereka itu sendiri??!!! malah pihak berkuasa Syiah sendiri seperti merelakan dan menyokong golongan syiah extreme ini.

    Akhir sekali….”Ya Allah kembalikan lah penyatuan umat islam sejagat”… Amin

    p/s. Saya sokong 100% kalau pemerintahan berkhalifah islam didunia diwujudkan semula sebagai platform penyatuan umat islam. Saya cadangkan TUN M jadi Khalifah yang baru selagi hayatnya masih ada. Kerana TUN M juga dihormati dikalangan dan mata Dunia islam baik sunni atau syiah.

  33. Assalamualaikum Tun M,

    Saya pernah mendengar cerita dari rakan yang menyertai kumpulan tabligh untuk menyampaikan dakwah. Setelah itu, ada perpecahan dan perselisihan dalam kumpulan itu. Ahli kumpulan itu menyelidik punca perpecahan dalam kumpulan itu. Ternyata Ketua Tabligh itu merupakan orang yang hanya menyamar sebagai Islam dan mengaku berniat masuk ke dalam masyarakat Islam dengan beridentitikan Islam semata mata ingin merosakkan bangsa Melayu Islam kita.

    Apepun kisah disebalik peristiwa ini, harap kita mengambil pengajaran. Wallahualam

    I love u Tun

  34. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.
    ?TunTuah?
    [So jangan la fanatik. Rasullah tak fanatik]

    Siapa lantik anda ?TunTuah?
    Diri sendiri.
    Mengapa?
    Fanatik.
    Malu la kita mengata diri sendiri.
    Bacalah Al Quran dengan bertadarus.
    Anda dan saya.
    Lama dah anda di dalam blog Tun tetapi tidak mempelawa saya bersama-sama mengaji Al Quran bertadarus.
    Mengapa?

    FANATIK!..

    Terima kasih Tun.

  35. Saya pun setuju dengan nukilan Arim.

    Tidak perlulah melabel sesiapa anti-itu-ini, jika kita tidak sependapat. Inilah puncanya, umat Islam sentiasa dan mudah ‘berkelahi’ dan berpecah sehingga sanggup berbunohan sesama sendiri.
    Agama Islam dibawa ke Nusantara oleh pedagang Arab, lebih kurang 500 tahun lalu. Sebelum itu, tok-nenek kita beragama Hindu. Nabi Muhammad SAW, ketika itu, sudah wafat 900 tahun dan syiar Islam sedang mengalami detik-detik kejatuhan dan kemunduran akibat ramai ‘orang Agama’ mengambil kesempatan mengejar darjat dan kemewahan melalui ‘Agama’. Di masa yang sama, mereka memerangi golongan cerdik-pandai dalam bidang ilmu sains, perubatan dan mathematik(keduniaan) untuk memperkuatkan pengaruh mereka.
    Jika WANG boleh ‘membeli’ segalanya pada zaman ini, sudah tentu kemewahan Pedagang Arab mampu ‘membeli’ apa saja pada zaman kemahsyuran Kesultanan Melaka.

  36. Apa maslah dgn arim waja perak?

    Tak caya baca la balik alquran.

    Hadis penerangan lebih lanjut utk ayat alquaran yang kurang difahami.

    Perlu diingat hadis tak dipelihara. So banyak hadis yang depa reka reka.

    So jangan la fanatik. Rasullah tak fanatik.

    Aper arim tulis mmg tepat. Org guna ayat alquran separuh separuh ajr.. Utk kepenting diri.

    Kalu tak takkan ade org bodoh kater tuhan mencarut…

  37. It is tragic that a lot of Muslims do not read the Holy Quran which is purposely sent down to guide mankind. If they did, they would dare not kill their fellow Muslims.

    Surah4:93. If a man kills a believer intentionally, his recompense is Hell, to abide therein (For ever): And the wrath and the curse of Allah are upon him, and a dreadful penalty is prepared for him.

    Yes, some Muslims may argue that Shiites are not Muslims. But Shites are “believers” also (a believer may not be a Muslim) which Allah has warned of the consequences if one is to intentionally kill a believer.

    Muslims nowadays are so gullible. When someone waves an Islamic flag or use the words Caliphate or Jihad, they will rush to join him. Actually, you should only judge a person or group by their behaviours and not by what they say or the title that they use.

    In ISIS case, they rape, killl innocent lives without mercy and carried out barbaric killings all of which is against Islam. Their behaviours will clearly tell they are the real devils even though that are waving the Islamic flag.

    Are these jihadists so blind and gladly follow ISIS to Hell?

    I’m sure they never read (not recite) and understand the Holy Quran. How can a Muslim be guided when he or she does not read the Holy Quran?

  38. ive pointed this out earlier. the ever so silence majlis fatwa negara.

    They are suppose to be the reference here in Malaysia. but as always, I wonder why they even there if they are just gonna stay silence.

    a lot of issues regarding islam in malaysia tht need firm stand or fatwa. they are really starting to look like OIC.

  39. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    Amboi amboi Arim.

    Anda ini Anti Hadith??

    Terima kasih Tun.

  40. Salam Tun,
    Apabila membaca tulisan Tun, saya memberitahu isteri saya, sungguh luar biasa apabila pandangan yang jelas dan teguh ini tidak datang dari seorang agamawan atau ulama, tetapi dari seorang yang berpendidikan ” secular” seperti Tun. Sebenarnya sudah lama saya ingin mendengar seseorang tokoh yang mampu untuk menganalisa dan berani untuk memperjuangkan isu ini. Harapan saya terhadap Dato’ Sri Najib selaku pemimpin utama tidak kesampaian. Beliau lebih senang untuk berdiam diri apabila persoalan Islam dimainkan dan akhirnya agama Islam yang mulia ini menjadi begitu serong pada pandangan orang lain
    Memang benar, kalau Tun menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid-masjid , Tun akan mendapati tidak sedikit para Ustaz yang menyokong keganasan di Timur Tengah kononnya atas nama agama dan jihad. Mereka sungguh mengelirukan para pendengar yang datang ke masjid dengan tujuan untuk menimba ilmu-ilmu agama. Malangnya tafsiran jihad yang menyeleweng ini telah merasuk pemikiran sebahagian umat Islam di malaysia terutamanya yang rajin ke masjid. Saya mengenali seseorang yang sangat berilmu yang sudah tidak mahu lagi ke masjid sebaliknya lebih suka berjemaah bersama keluarga di rumah kerana tidak tahan mendengar tafsiran-tafsiran menyeleweng terutamanya apabila para ustaz membicarakan isu-isu Timur Tengah. Seperti kata Tun mereka ini menjadi agen-agen Zionis dan mempromosikan agenda Zionis atas nama agama dan di masjid-masjid kita.
    Kebimbangan saya adalah banyak sungguh para agamawan yang ekstrim ini telah menyelinap masuk ke dalam agensi-agensi agama dan universiti. Seorang dua yang ditangkap dan dikesan adalah yang telah terang-terang mahu mengangkat senjata. Bagaimana pula dengan puluhan ribu lagi yang mempunyai idea yang sama tetapi belum benar-benar bersedia. Tidakkah mereka menjadi “time bomb” yang amat merbahaya kepada negara. Kalau kita membuat tinjauan umum kepada masyarakat ISlam, saya berani katakan ramai yang menyokong “kesyahidan” beberapa rakyat Malaysia yang berperang di Syria. Ketika seorang perwakilan pemuda PAS, Nor Azli Musa mengumumkan kesyahidan Lutfi Arifin tidak ada seornag PAS pun yang berani membantah, bahkan beramai-ramai memungut derma. Apa maknanya. Begitu ramai para simpati. Termasuk juga seorang ilmuan yang kita kagumi Dr Asri Zainal Abidin turut tidak berani menyatakan pendirian menentang gerakan ekstimis ini.
    Saya cukup yakin seperti Tun, bahawa agama Islam yang asli yang dibawa oleh Nabi Muhammad tidak seperti ini. Nabi tidak pernah menyerang, seluruh peperangan Nabi adalah bersifat “defensif”. Hanya ada beberapa ketika Nabi mengerakkan pasukan tentera Islam sebagai gertakan juga dalam misi menjaga keselamatan negara dan umat. Setelah lebih 1400 tahun, Nabi meninggalkan kita, tampaknya banyak sungguh ” modification” telah berlaku pada agama ini. Saya memohon kepada Tun untuk menggunakan kelebihan yang Allah kepada Tun untuk memperjuangkan agenda ini. Sungguh menyedihkan apabila umat Nabi berbunuhan kerana ada sekelompak umat yang ekstrim berperangai seperti yahudi yang merasakan mereka sahaja paling benar.

  41. Dalam Al Quran adalah amat jelas perintah Allah seperti berikut:

    Surah Al Baqarah (2) ayat 190: Dan perangilah kerana ugama Allah akan orang orang yang memerangi kamu, dan jangan lah kamu menceroboh; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang menceroboh.

    Orang orang yang pergi ke Syria dan Iraq untuk berperang adalah disifatkan penceroboh. Yang mereka perangi itu adalah umat Islam yang pada seketika dulu hidup dalam keadaan aman damai.
    Bagi penceroboh ini Allah janjikan balasan berikut:

    Surah An-Nisaa’ (4) ayat 93: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia didalamnya, dan Allah murka kepadanya dan mela’anatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

  42. Salam Tun ,

    Kapir mengapir telahpon belaku dinegara kita , Malaysia ,dan telah pon subur sekian lama dan masih menyemarak ,dek kerana perbedezan politik dan sahinga kini tiada usha untok membendungnya. Bermula dengan lidah ,disusul dengan perbuatan ,tidakah mungkin satu hari nanti kekerasan dan keganasan akan menyusul?.

    Akta demi Akta , bagi tujuan pembendongan ingin dihapuska , sebenarnya inilah langkah pertama bagi mereka-mereka , mahupon negara berkepentingan ,bagi menjayakan ajenda mereka dan orang Islam sendiri sangat mudah terpadaya ,dan mencari perbedaan antara mereka bagi menentukan mereka dipuak yang mana .

    Pemembendongan yang paling berkesan ,bermula dari dalam negara sendiri , tetapi malangnya di Malaysia pehak pimpinan, nampaknya bagitu terdodoi dengan lagu mereka.

    Adalah tidak mustahil ,pekara yang sama bolih belaku di Malaysia ,mungkin dalam kontek yang berbeda .

  43. Salam Tun,

    Manusia memang banyak yang hypokrit, mereka cuma mengeluarkan kenyataan bila kenyataan itu adalah menguntungkan mereka diri sendiri ! Mereka akan berdiam2 sahaja walaupun masa sekarang adalah masa yang tersesuai untuk mereka membuat kenyataan dan pendirian mereka mengikut ajaran2 masing2. Saya memberikan beberapa contoh dibawah:-

    1. Merokok – merosakan badan, tetapi tidak nampak mereka berjihad berhenti merokok.

    2. Makan gula yang melampau – merosakan badan dan menyebabkan kencing manis, tetapi tidak nampak mereka berjihad mengurangkan makan gula.

    Berjihad untuk 2 perkara diatas adalah lebih bermakna daripada membunuh manusia lain yang tidak berdosa!

    http://bit.ly/turunberat, http://bit.ly/kuathebat, http://bit.ly/khawkhaw

  44. Orang Islam mengaku mereka beriman kepada Al-Qur’an. Adakah ini benar? Tidak, kerana mereka tidak ikut perintah ALLAH yang termaktub didalam Al Quran. Cuba kita lihat apa yang dilakukan oleh “Ulama” silam dan ostat ostat sekarang tentang perintah Allah dalam FirmanNya berikut:
    Surah Al-Baqarah (2), 159: Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah kami menerangkannya kepada manusia didalam Kitab Suci, mereka itu dila’nat oleh Allah dan dila’nat oleh sekelian makhluk.

    Kita ambil satu contoh; tentang kes zina atau rogol / liwat. Mereka berpendapat; untuk pengadilan mesti ada empat saksi dan sabit kesalahan , pesalah direjam sampai mati. Di Arab Saudi, kepala mereka dipancung.
    Adakah ini mengikut perintah Allah seperti FirmanNya diatas? Tidak sama sekali. Untuk pengadilan ada empat cara. Selain dari empat saksi, dibolehkan sumpah la’nat [ surah An-Nur (24) ayat 6 hingga 9], secara “forensic” [surah Yusoff (12) ayat 23 hingga 28 ], dan “replay the scene of the crime” seperti “CCTV recording” [ Surah Al_Baqarah (2), Ayat 72 hingga 73 ]. Hukumannya ialah disebat seratus kali tanpa belas kasihan [ surah An-Nur (24) , Ayat 2 ], jika tiada sumpah la’nat dilakukan.
    Dengan perbuatan mereka seperti yang tersebut diatas, mereka dengan terang terang telah kufur kepada perintah Allah yang tersebut diatas,dan juga kepada kedua dua Firman Allah yang berikut, kerana mereka tidak yakin pada ayat (6,115) dan melanggar perintah( 6,116):
    Al-An’aam (6) , 115 : Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatu pun dari Kalimah KalimahNya; dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
    Al-An’aam (6) , 116 : Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

    Tidak lama dahulu, Khatib telah menyampaikan kutbah Jumaat tentang menimba ilmu ugama di salah satu mesjid Negeri. Untuk mendapat ilmu , mestilah diperolehi dari para ulama, kata beliau. Untuk mengukuhkan dalilnya, ia sebut ayat (6,116.) Sungguh zalim ostat ostat yang menulis dan meluluskan skrip itu, kerana Ayat (6,115) dan (6,116) tidak boleh dipisahkan. Nampak benar mereka ini berkepentingan.
    Golongan mereka ini adalah seperti yang disebut Allah dalam FirmanNya berikut:
    Al -Ghafir (40), 56 : Sesungguhnya orang orang yang membantah mengenai maksud ayat ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka, tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran, kemahuan yang mereka tidak sekali kali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

    Kebanyakan orang di Malaysia berfahaman mazhab Shafie. Semua Ostat Ostat yang bertauliah semua berpegang pada fahaman tersebut. Kalau kita berbeza dari mereka, mereka akan tanya kita mazhab apa yang kita pegang.
    Selain itu dalam dunia islam ini ada fahaman yang lain seperti Maliki, Hanafi, Hambali, Wahabi, Sufi, salafi , Shiah dan berbagai bagai tarikat. Masing masing kumpulan berbangga dengan fahaman mereka. Dan masing masing mengatakan fahaman merekalah yang benar benar Islam, dengan dalil masing masing.
    Perbezaan fahaman mengakibatan pertelingkahan, pembunuhan dan perpecahan umah. Maka adakah ini yang dikehendaki oleh Allah? Jauh sekali. Apa yang dikehendaki oleh Allah adalah dalam FirmanNya berikut:
    Ar-Ruum (30),30: Maka hadapkanlah dirimu kearah ugama yang jauh dari kesesatan; “ugama Al’lah” – iaitu ugama yang Al’lah menciptakan manusia untuk menerima nya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Al’lah itu ; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
    Ar-Ruum (30),31: Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan jangan lah kamu menjadi dari mana mana golongan orang musyrik.
    Ar-Ruum (30),32: Iaitu orang orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderongan masing masing serta mereka pula menjadi berpuak puak; tiap tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.

    Perpecahan ini yang akan berlaku selepas Nabi telah diwahikan kepada Nabi dalam Firman FirmanNya yang berikut:
    Al-An’aam (6) , 159 : Bahawasanya orang orang yang mencerai beraikan ugama mereka, dan mereka menjadi berpuak puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam mereka.Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.
    Al –Mu’minun (23),52: Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu – ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
    Al –Mu’minun (23),53: Kemudian umat Rasul-Rasul itu berpecahbelah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
    Al –Mu’minun (23),54: Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga kesuatu masa.

    Apa yang terjadi pada orang Islam sekarang adalah dari perselisihan pendapat Ulama Ulama yang terdahulu , seperti diterangkan Allah dalam Al Quran berikut:
    Asy-Syura (42), 14: Dan umat tiap tiap Rasul tidak berpecahbelah dan berselisihan melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran ajaran yang memberi mereka mengetahui; berlakunya semata mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu hingga kesuatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

    Satu lagi contoh, Ulama yang silam telah memutuskan bahawa sembahyang boleh dijamak, iaitu dibuat dalam satu waktu bagi dua waktu sembahyang . Mereka berpandukan kepada hadis hadis yang mereka pegang, kata mereka. Adakah hadis hadis ini benar,? Apa yang mereka putuskan itu bertentangan dengan Perintah Perintah Allah didalam Al Qur’an.
    Allah memerintah kita sembahyang pada tiap tiap waktu walau dalam keadaan sekali apa pun [ surah Al-Baqarah (2) ayat 238 hingga 239]. Lepas itu Allah terangkan cara sembahyang dalam masa keadaan sulit sekali, iaitu dalam masa peperangan [surah An-Nisaa (4) ayat 101 hingga 103].
    Firman Allah yang berikut adalah ancaman kepada perbuatan seperti mereka yang tersebut:
    Asy-Syura (42), 21: Patutkah mereka mempunyai sekutu sekutu yang menentukan – mana mana bahagian dari ugama mereka – sebarang undang undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus, tentulah dijatuhkan azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
    Berikut adalah ancaman Al’lah kepada orang orang yang tidak meyakini ayat ayat dalam Al Qur’an.
    An-Naml (27), 82: Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyaqini ayat ayat keterangan dan pengajaran Kami.
    An-Naml (27), 83: Dan hari Kami himpunkan dari tiap tiap umat sekumpulan besar orang orang yang mendustakan ayat ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing masing.
    An-Naml (27), 84: Sehingga apabila mereka datang, Allah Ta’ala berfiman: “ Adakah kamu mendustakan ayat ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang telah kamu lakukan?”
    An-Naml (27), 85: Dan jatuhlah hukuman atas mereka disebabkan kezaliman mereka, lalu mereka diam membisu.
    Berikut adalah gambaran oleh Al’lah orang orang yang tidak mengikut perintah perintah didalam Al Qur’an. Mereka percaya kepada ulamak ulamak dan Ostat ostat disebabkan mereka tidak faham isi kandungan Al Qur’an. Mereka juga diberitahu oleh ostat Ostat bahawa orang biasa yang hendak menuntut ilmu ugama mestilah berguru dengan ulamak ulamak, kalau tidak Syaitan akan menjadi guru mereka. Dan juga mereka diberitahu bahawa kandungan Al Qur’an memerlukan huraian oleh Ostat Ostat, kalau tidak ianya tidak mencukupi.
    Al-Furqaan (25), 27 : Dan perihal hari orang orang yang zalim menggigit kedua dua tangannya sambil berkata: “ Alangkah baiknya kalau aku mengambil jalan yang benar bersama sama Rasul.”
    Al-Furqaan (25), 28 : “ Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu itu menjadi sahabat karib.”
    Al-Furqaan (25), 29 : “ Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan setelah ia disampaikan kepada ku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia.”
    Al-Furqaan (25), 30 : dan berkatalah Rasul: “ Wahai Tuhan ku , sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur’an ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.”

    Firman Firman Al’lah berikut menjanjikan keseksaan didunia bagi orang orang yang melanggar perintahNya. Kalau kita kaji , memang banyak pendahwah, tok guru dan ostat yang ternama belaka diMalaysia ini mengadapi masa’alah kesihatan. Ada terbaring bagitu lama sampai mati, ada yang bergantung pada hospital dan ada juga yang bertahun tahun dalam keadaan coma sampai mati.
    Asy-Syura (42), 30: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan; dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa dosa kamu.
    An-Nisaa’ (4), 111 : Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk menimpa dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
    An-Nisaa’ (4), 147 : Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur serta kamu beriman? Dan Allah sentiasa Membalas dengan sebaik baiknya, lagi Maha Mengetahui.
    As-Sajdah (32), 21 : Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar, supaya mereka ruju’ kembali bertaubat.
    Al-Jaathiyah (45), 11 : Al Quran ini ialah hidayah pertunjuk yang cukup lengkap; dan orang orang yang kufur ingkar akan ayat ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    Semua ahli ahli ugama yang dimaksudkan mahir dalam bahasa Arab. Kenapa meraka tidak peka pada firman firman Al’lah didalam Al Quran yang tersebut diatas. Apa yang sedia maklum mereka ini taksub pada ajaran Ahli Sunnah wal jamaah yang berpanduan pada hadis dan kitab kitab yang ditulis oleh manusia. Kalau kita bincang tentang isi kandungan Al Quran, mereka akan menempelak kita. Bertepatanlah Firman Al’lah berikut bagi orang orang seperti mereka ini.
    Al-Kahfi (18), 57 : Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kadua tangannya; sesungguhnya kami jadikan tutupan berlapis lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan pada telinga mereka penyumbat. Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan mereka yang demikian, mereka tidak sekali kali akan beroleh hidayah petunjuk selama lamanya.

    Ancaman kepada orang orang yang tidak yakin kepada Al Quran seperti berikut:
    Al-A’raaf (7), 40 : Sesungguhnya orang orang yang mendustakan ayat ayat Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, tidak sekali kali akan dibukakan bagi mereka pintu pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk dilubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang orang yang melakukan kesalahan.

  45. Amerika sangat kenal Negara Khilafah yang diinginkan oleh umat Islam. Amerika juga sangat tahu apa akan jadi kepada kedudukannya serta masa depannya jika Negara Khilafah berjaya didirikan di bumi Syria atau di mana-mana negeri umat Islam yang lain.
    Oleh itu, Amerika akan menggunakan segala keupayaan dan kepakaran yang dimilikinya bagi mengatur strategi dan perancangan untuk menghalang tertegaknya semula Negara Khilafah.

    Apatah lagi, dalam situasi ini Amerika dibantu oleh kuasa-kuasa barat yang lain khususnya Russia, Perancis dan Britain yang juga tidak ingin negara Khilafah berjaya didirikan semula.

    Arikel Penuh :
    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/02/syrian-uprising-kenali-amerika-dan.html

  46. Amerika sangat kenal Negara Khilafah yang diinginkan oleh umat Islam. Amerika juga sangat tahu apa akan jadi kepada kedudukannya serta masa depannya jika Negara Khilafah berjaya didirikan di bumi Syria atau di mana-mana negeri umat Islam yang lain.
    Oleh itu, Amerika akan menggunakan segala keupayaan dan kepakaran yang dimilikinya bagi mengatur strategi dan perancangan untuk menghalang tertegaknya semula Negara Khilafah.
    Apatah lagi, dalam situasi ini Amerika dibantu oleh kuasa-kuasa barat yang lain khususnya Russia, Perancis dan Britain yang juga tidak ingin negara Khilafah berjaya didirikan semula.
    Arikel Penuh :
    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/02/syrian-uprising-kenali-amerika-dan.html

  47. Salam Tun Dr.M.
    Saya amat setuju pandangan Tun.
    Orang Agama, baik di pihak UMNO atau PAS, mesti nyatakan dengan tegas, pendirian mereka mengenai apa yang Tun bangkitkan. Harap ‘Orang Agama’ dapat kekuatan/keberanian selepas Tun lontarkan pandangan yang amat bernas ini.

    Saya juga, sama-sekali tidak setuju umat Islam berbunuhan sesama sendiri.
    Yang paling saya risau, di FB sudah ada mereka yang terpedaya oleh seruan untuk ‘mati syahid’ ini. Mereka mengkafirkan Syiah. Mereka mengagungkan ‘syuhada’, terutama rakyat Malaysia yang ‘mati katak’ di Syria. Kagum dan teruja lihat mayat tersenyum. Mahu nikmati 70 ke apa, bidadari suci di syurga. Bila saya pautkan blog Tun untuk mereka fahami persengketaan ini, mereka mengeluh tak faham Bahasa Inggeris. Mereka seolah-olah megah dan bangga jika terkorban. Dosa silam, semua terhapus. Nampaknya, keinginan untuk ‘mati syahid’ @ masuk ‘Syurga bulat-bulat’ amat mereka dambakan.
    Pada saya, fahaman sebegini amat bahaya dan memundurkan Islam.

    Bila saya katakan: Kalau semuanya yang pergi berjuang, beriya-iya nak mati Syahid, bagaimana nak menang berperang atas nama Islam. Mana ada orang mati menang bila bergaduh. Kalau nak menang, mesti hidup untuk meraikannya.
    Terus saya di block.

Comments are closed.