SYUKUR Bhg 1

1. Saya bersyukur kerana kesedaran yang ditunjuk oleh orang Melayu terhadap nasib mereka. Terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO sudah sedar akan perlunya UMNO di perbaharui. UMNO sudah nyatakan kesanggupan untuk menerima ahli baru walaupun ini akan mengancam kedudukan ahli lama. Tanpa ahli baru, terutama yang lebih muda UMNO akan susut jumlah keahlian kerana yang tua tetap menjadi lemah dan akhirnya kembali ke Rahmatullah.

2. Tetapi bukan sahaja yang muda yang diperlukan, yang berbakat, berkebolehan juga diperlukan walaupun tidak lagi muda.

3. Namun tapisan perlu juga dibuat supaya yang masuk bukan yang anggap UMNO sebagai batu loncatan seperti yang terdahulu, atau yang nampak peluang bagi diri sendiri. Yang masuk mestilah mereka yang ikhlas dan faham akan perjuangan UMNO, dan ingin menerus dan menjayakannya.

4. Apa dianya perjuangan UMNO? Setelah 400 tahun dijajah hanya apabila berhadapan dengan cadangan penjajah untuk negeri-negeri Melayu semuanya dicantum menjadi tanah jajahan British secara langsung melalui projek Malayan Union, maka baharulah timbul kesedaran di kalangan rakyat Raja-Raja Melayu bahawa tanpa sokongan mereka maka Raja-Raja akan dipaksa menyerah negeri-negeri kerdil mereka kepada British. Jika enggan ada ramai ahli keluarga diRaja yang sanggup menandatangani perjanjian dan dilantik jadi Raja yang diiktiraf British.

5. Ini sudah pun berlaku dengan penyerahan Singapura kepada British. Dan sesungguhnya inilah cara ugutan Mac Michael kepada Raja-Raja Melayu.

6. Tetapi buat kali pertama, rakyat yang dilarang berpolitik, bangun bersatu tanpa mengira mereka rakyat Raja mana dan negeri mana.

7. Kearah penyatuan inilah yang persatuan-persatuan Melayu seluruh negeri-negeri berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

8. Perjuangan mereka bukan untuk sesiapa. Tetapi tanpa pemimpin dan jurucakap perpaduan mereka tidak akan menjadi nyata. Maka dilantiklah Dato Onn Jaafar sebagai kepala perjuangan keMelayuan.

9. Yang diutamakan pada masa itu ialah menggagalkan rancangan Malayan Union British.

10. Yang kedua oleh kerana Raja-Raja Melayu lemah apabila berhadapan dengan penjajah, maka kuasa mutlak Raja-Raja hendaklah dihadkan supaya suara rakyat akan menentukan nasib mereka dan negari-negeri Melayu.

11. Kerana pendirian rakyat yang tegas maka Raja-Raja bersetuju larangan terhadap rakyat berpolitik diketepikan.

12. Pendirian Raja-Raja dan rakyat Melayu merekalah yang menjadi asas politik Melayu dokongan UMNO.

13. Hasilnya ialah pembentukan perlembagaan yang meletakkan Raja-Raja sebagai kepala negeri dan negara tetapi pemerintahan dikuasai oleh rakyat melalui sistem demokrasi berparlimen.

14. UMNO sendiri menerima sistem demokrasi, terutama dalam menentukan kepimpinannya. Yang utama dalam UMNO ialah dasar perjuangannya. Dan dasar ini menekankan kemajuan bagi semua orang Melayu dan semua negeri melalui cara-cara yang akan ditentukan.

15. Pemimpin tidak boleh membelakangkan dasar perjuangan UMNO. Apabila Presiden UMNO yang pertama, Dato Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya. Dan Dato Onn pula menyedari akan amalan demokrasi, menganggap penolakan pendiriannya sebagai “undi tidak percaya” dengan senang hati melepaskan jawatannya.

16. Perkara yang sama berlaku kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku berundur.

17. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Di sesetengah negara percubaan dibuat untuk mengekalkan jawatan kerapkali melalui keganasan. Tetapi dalam demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa merosakkan negara.

**Bahagian ke-2 akan menyusul esok

11 thoughts on “SYUKUR Bhg 1”

  1. Salam Tun,
    Love your thoughts and opinions…its a shame Malaysians had to lose your leadership far too early. There is so much difference now and so many sensitive issues arise with the present leaders in Malaysia. Issues that would never even mentioned while you were still our PM…for example the issue of Malay Rights…many still dont understand what It means…even many Malays dont… I dont see any chinese can be a PM in other countries…not even in Korea…or can an Indian be a PM of China or Thaiand and what ever land they are staying…so why do Malaysia applying to this strange system..? Anyway…its just my blunt opinion and argument sake…Wish all Malays would wake up and realize this facts on what is at stake in this coming future..finally a phrase to share with all , “Takkan Melayu Hilang Di Dunia..” -Hang Tuah.. ( Are we still sure now )…..?

  2. wajaperak January 11, 2015 at 11:32 AM | Permalink

    You said it all!!! I am me and you are you. So it is ok that i am not like you who is prefect, precious, accurate and always right. I sometimes prefer to be wrong and neutral as it make me more like human. Ha ha. Nice nice happy happy

  3. Salam, Tun,

    Assalamualaikum.

    Sesungguhnya UMNO harus diperbaharui dengan ahli-ahli baru. Bukan itu sahaja, UMNO memerlukan ahli-ahli yang bermentaliti tinggi, berkaliber, berpengetahuan dan bertaraf transformasi, dan bukannya yang cekap berpidato sahaja.

    Anak-anak Malaysia kini berantisipasi melihat ibu pertiwi merealisasikan Wawasan 2020, menjadi sebuah Negara yang betul-betul maju dan dihormati di khalayak dunia. Semoga-moganya kerajaan mengikuti hala-tuju yang produktif, demi pembangunan jangka panjang.

    Sekiranya Rakyat menikmati peluang pekerjaan yang membawa pendapatan lumayan, tak usahlah adanya sedekah BR1M!

    Yang ikhlas,
    Fariq Islam

  4. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.
    [Dear Mr balance
    I can understand/see your views. It is not good or bad views just views and angle of view.]
    The world need it’s convention.Otherwise it cannot run on order.
    Let’s take an example of our own existence.
    Islam tell’s us the reproduction of human must be the combination of two element that is both male and female sperm.
    But science does not acknowledge female sperm.Instead they claim that male sperm deposited in female ovum or ‘eggs’ and grows from there.
    So we took side.
    Wether to believe in Islamic convention or not.Or you can choose not to believe but can says..”According to Islam via Al Quran” as citation…
    Your view needs reexamination.
    They must be bind to a set of belief and cannot be casual and loose like solely to our own view.
    Example.
    Malaysia is situated in the upper northern of Singapore and nothern of Thailand kingdom.
    This is a school boy statement.It is correct but not precise.
    Malaysia’s latitude and longitude is 2° 30′ N and 112° 30′ E.
    This is how tertiary educated student would have written them.
    Bind by international standard convention.
    No argument here.
    Therefore, when you posted your views here they must be confined to a certain sort of believe and convention.
    You do not want to be classified as ‘a school boy material’.
    Would you?..:)
    Now.
    What is the title of Tun posting?
    SYUKUR.
    Frankly I do not believe that Tun want to inferred that they who do not support UMNO is ungrateful.I believe that Tun want to tell’s us how much UMNO have serve’s our nation interest that it due it’s recognition.
    I would like to offer a perspective.
    For me Tun have forgotten that all living things must die.
    UMNO have breathed more than 60 year’s old.
    It is old and could no more ‘run’ and do thing’s the way it suppose too.
    The call for ‘Peremajaan UMNO’ is pure bull and misleading.
    UMNO is alive and all living thing must die.
    Instead of waiting for the ship to flounder,migration must be made to a new body namely a new political party.
    PERKASA perhaps?

    Terima kasih Tun.

  5. immoralequivalence January 9, 2015 at 10:19 PM | Permalink

    I can understand/see your views. It is not good or bad views just views and angle of view.

  6. Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    SYUKUR Bhg. 1

    1. Ya, syukur Alhamdulillah kerana sudah nampak keberanian ahli-ahli UMNO akar umbi untuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak memperjuangkan objektif asal penubuhan UMNO. Selain PM Ah Jib Gor, KP UMNO yang liberal juga tiada jati diri UMNO tulin. Lagipun, kedua-dua pemimpin ini contoh pemimpin yang tidak pernah diuji kebolehan kepimpinan mereka; mudah saja mereka naik ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO dengan tiket pertalian dengan bekas PM. UMNO sepatutnya melantik pemimpin tertinggi dari kalangan mereka yang memang sudah ada pengalaman kerja (luar politik) sebelum aktif dalam politik. Contohnya, TUN M sendiri. Saya yakin DS Mukhriz juga seperti Tun. Beliau sudah terlebih dahulu ada ’pengalaman kerja sendiri’ sebelum aktif dalam UMNO.

    2. Malangnya, pada masa ini kita ada Presiden UMNO ’syok sendiri’ yang telah membina ’penebat’ di sekeliling beliau yaitu pemimpin-pemimpin pembodek/pengampu yang sentiasa mengatakan yang ’Raja Bogel’ masih berpakaian cantik walaupun hakikatnya telah terang-terangan ’dibogelkan’ berkali-kali dengan pelbagai isu yang menimbulkan kemarahan kaum Melayu/Bumiputra amnya, dan ahli-ahli UMNO khasnya. PM Ah Jib Gor sudah hilang kelayakan untuk jadi Presiden UMNO.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  7. a-Salam Tun …

    Cadangan Tun supaya seorang pemimpin yang sudah tidak lagi kredibel berundur dengan cara baik dan terhormat perlu diambil maklum oleh setiap Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk siapkan rencana peralihan kuasa yang licin, teratur dan bermaruah dalam masa terdekat ini.

    Apatah lagi, dengan suasana ekonomi dunia yang makin tidak menentu, rakyat kita tidak perlu dikejutkan dengan drama politik UMNO yang berlebih-lebihan – kerana jika terjadi, ianya akan dieksploit oleh pencacai US-Yahudi untuk timbulkan huru-hara sebelum meletak calon mereka sebagai pengganti Najib.

    ====

    Kejadian di Paris.
    Saya sangat setuju dengan pandangan Amin Tan. Semua yang berlaku memang sudah diatur dengan ‘sempurna’ oleh Mossad.

    Terima kasih Tun.

  8. Dear Tun,
    please allow me to copy and paste the following article

    “”Attacks in Paris.

    A horrific act and very sad and tragic for the victims. But media has gone wild again to blame ‘muslim terrorist’

    Just out a few days ago but not on the news!….Isreali govt plans to withold at least $127 million in funds from the Palestinian authorities.

    Last month EU votes to recognise Palestine as a state and France set off a stampede when its lower house voted to recognize Palestine. Now Palestine is in the International Criminal Court, poised to take down Israel for genocide.

    Suddenly “Islamic terror strikes France.” Is Paris being punished for its pro-Palestine vote?

    In late 2013, Malaysia’s Kuala Lumpur Tribunal found Israel guilty of genocide. A few months later, Malaysian planes started falling out of the sky.

    In 2011, Norway’s Labor Party’s youth wing was poised to impose a complete blockade on Israel. Suddenly the entire leadership of the Party’s youth wing was slaughtered in a professional operation falsely attributed to a lone nut, Anders Breivik.

    Just after demonstrations in Germany protesting about the spread of Islam this Paris terror attacks occur. How convenient and perfect timing for the anti Islam lobby to now use this to support their views.

    Other points ….. the gunman left his ID card in the getaway car they used!!!! ( Daily Telegraph UK ) huhhh!. Just like Mohd Atta who left his passport in perfect non burnt condition in the blazing WTC. After all the preperation and planning these gunmen would ooppps!, left their ID in the car….. for the authorities to find!.. hmmm!…

    Watch the video where the policeman gets shot in head but…. no blood!, even after 10 seconds at the end of the video???, and why no traffic policemen during the day on a busy central Paris road?…and how did they get a camera well placed beforehand to film the attack?.

    Killed with military precision.
    Dressed in military style.
    Killed from a target list.
    Got away clean.

    Hmmm!….”””

    —————————————————————

    amin tan

  9. 1) every race have their forms from virulent to benign of ‘penjajahan’ not the exclusive domain of the White man.
    2) in most former colonised countries very few still rehash the ‘penjajahan’ bogeyman as an excuse for current troubles. Better educated citizens n the Net make the rehasher not credible. The only other leader using this ‘ penjajah-phobia’ canard is 3000% inflation rate. Lobert Mugabe.
    3) scratch the skin n u see the Turkish( some descended from European Christian slaves) Arab, Indian, Pathan, Thai, Indonesian, Yemeni, lineage. But they are not identified as ‘ penjajah’ only those from another creed.
    4) the main crux is the gentlemanly conduct , ‘ my conduct must reflect my word’ era of past politicians the ethos n ethics absent nowadays.
    5) Mr.Onn indifference compared to the non Malayan Indian Muslim led violent protest in the Maria hertogh issue was the straw that broke his back.
    6) that irascible LKY said spore is a guided democracy. Which is better than our half past six one.

Comments are closed.