HUDUD

1. Saya terkejut mendengar bahawa UMNO Kelantan menyokong hudud PAS. Saya harap mereka faham apa yang dilakukan oleh mereka.

2. Hudud PAS bukan hudud Islam sebab ia sangat tidak adil, sedangkan Al-Quran menuntut keadilan apabila menghukum.

3. Hukum potong tangan, rejam sampai mati dan penggal leher ke atas orang Islam tetapi mengenakan hukum yang amat ringan kepada orang bukan Islam dalam masyarakat yang sama amatlah tidak adil. Justeru itu hudud PAS bukan hukum hudud Islam.

4. Yang kedua ialah niat PAS dan juga UMNO Kelantan apabila memperkenalkan hudud PAS adalah untuk kepentingan politik. Ini menjadikan hukum hudud PAS dan sokongannya oleh UMNO tidak Islam.

5. Bahawa niat PAS adalah untuk politik adalah jelas daripada “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang – Pilihanraya Ke-11 Formula Kemenangan pada 18 Januari 2003, 15 Zulkaedah 1423 Hijrah”.

6. Amanat ini berbunyi demikian, “yang pentingnya perlu ada kerjasama untuk menjatuh atau mengurangkan penguasaan atau hegemoni BN di Parlimen dan kali ini DAP perlu diyakinkan bahawa mudharat kerjasama ini dapat dikurangkan sebab konsep kerjasama ini berbeza dalam strategi 2 Arca berbanding BA-1999”

7. Ini disusuli dengan “Justeru kerana isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud dan Syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan itihad-besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Federal.

8. Seandainya menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau Pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil di peringkat Federal atau Pusat, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.”

9. Nawaitu orang Islam semasa membuat ibadat amat penting. Jika niat semasa solat, tawaf dan saii ialah untuk senaman, ia tidak lagi menjadi ibadat. Kerana hudud PAS mempunyai niat menang pilihanraya, maka ia tidak lagi Islam.

10. Atas dua alasan ini, undang-undang yang di lulus oleh dewan undangan negeri Kelantan tidak boleh diterima sebagai hukum hudud Islam. Sebaliknya jika dikenakan ke atas orang bukan Islam ia akan ditentang dan huru hara akan berlaku. Allah s.w.t. tidak suka orang yang mencetuskan huru hara dan melakukan kerosakan. (Surah Al-Baqarah Ayat 27, 123)

11. Di Malaysia, hukum syarak yang sedia ada terhad kepada kepincangan dalam keluarga Islam. Ia tidak menganiaya orang Islam atau orang bukan Islam. Untuk jenayah lain, undang-undang Malaysia tidak membezakan antara agama demi mencapai keadilan bagi semua. Ketegasan Islam berkenaan dengan keadilan dijunjung.

12. Dato Haji Hadi berkata saya tidak tahu syariat Islam. Oleh itu saya tidak layak bercakap berkenaan hukum hudud. Saya juga boleh kata Haji Hadi tidak tahu berkenaan pentadbiran dan tidak layak mentadbir negeri. Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perubatan saya boleh kenal pasti penyakit, termasuk penyakit pentadbiran dan mengubatinya. Saya tidaklah begitu jahil dalam bidang agama. Hasil semasa pentadbiran oleh saya boleh dikaji.

13. Ingatlah orang-orang yang fasih bahasa Arab dan dipimpin oleh pemimpin yang terpelajar dalam bidang agama; orang-orang inilah yang berperang dan membunuh orang yang seagama dengan mereka. Apakah mereka tidak tahu akan larangan membunuh dalam Islam. Mereka mencipta jenayah yang tidak pun ada dalam Islam dan menjatuh hukum yang ditentukan oleh mereka tanpa menitikberat soal keadilan yang dituntut oleh Islam.

14. Ada yang menjatuhkan hukum bunuh kerana tidak simpan janggut, kerana melihat pertandingan bola sepak, kerana tidak memakai hijab sepenuhnya. Terdapat kes seorang lelaki menembak mati seorang wanita kerana dituduh berzina. Cara perbicaraan dan lelaki yang melakukan zina tidak ditunjuk. Hanya perempuan itu ditembak mati. Islamkah perbuatan ini. Adilkah perbuatan ini.

15. Ada yang akan berkata jika ini menjadikan imej Islam buruk dan tidak adil, tidak mengapa kerana kita melakukan hukum Allah. Tetapi benarkah hukum yang dicipta tanpa mengambilkira keadilan Islam serta dengan niat politik adalah hukum Allah.

16. Memikir bahawa imej Islam di kalangan orang bukan Islam, bahkan orang Islam sendiri tidak penting adalah salah. Islam berkembang meluas dahulu kerana imej tamadun yang didiri oleh orang Islam begitu cemerlang sehingga memikat hati orang bukan Islam. Orang Melayu menerima Islam kerana kejayaan dan kehandalan peniaga Islam dari Negara Arab dan India.

17. Melakukan sesuatu kerana kepentingan lain yang memburukkan imej Islam adalah sesuatu yang tidak menepati ajaran Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dari agama suci Islam. Ia adalah perbuatan anti-dakwah.

18. Ingatlah segala yang buruk datang dari kita dan segala yang baik datang dari Allah s.w.t.

62 thoughts on “HUDUD”

  1. Kalau beriya-iya nk laksanakan undang-undang harus lah adil, pemerintah yang tidak adil itu adalah pemerintah yang zalim, bg mslh yg saudara hadapi sy berpendapat saudara perlu bgtau kt ustaz tuh lebih baik duduk saja diam2 d rumah xpayah la nk jadi ustaz sgt. Apa2 sahaja yg Allah SWT turunkan di atas muka bumi ini adalah utk memberi manfaat kepada seluruh makhluknya cuma bezanya kita umat Islam tahu untuk berasa syukur.ayat ttg hudud ini sbnrnya di tujukan kepada orang yang beriman, jika kamu mencuri potong la tangan kamu dan jika mereka melakukan zina hukum la mereka, MEREKA yg di maksudkan di sini adalah golongan bkn Islam iaitu yahudi dan nasrani, bila pasangan yahudi di bawa berjumpa Rasulullah saw utk mendengar hukuman tapi Rasulullah saw telah meminta mereka membacakan sendiri hukuman terhadap mereka melalui kitab mereka walupun mereka cuba menutup ayat rejam, hukuman harus di jalankan. Masa seorang saudagar wanita berbangsa yahudi pula d dakwa mencuri kemudian di hadapkan kepada Rasulullah saw, hukumannya juga d ambil dari kitab mereka, iaitu potong tangan, walaupun Rasulullah berasa berat hati pada mulanya kerana wanita terbabit cuba merayu utk menggadaikan hartanya bg pembebasanya namun baginda terpaksa juga melaksanakannya dan pada waktu itu la baginda menyatakan yg sekiranya anak Rasulullah saw sendiri mencuri, Rasulullah saw sendiri yg akan memotong tangannya anaknya Fatimah untuk memberi keadilan kepada seluruh umat manusia, yg di hukum masa itu cuma di beri kepada yahudi mengikut kitab mereka tetapi mgkin kerana sedih melihat umat islam sendiri seperti menindas yahudi d mana umat islam yg sering membawa yahudi utk di jatuhkan hukuman namun selepas itu bila umat islam sendiri yg terpaksa menggunapakai hukuman terbabit baru kita sedar kadang2 satu perkara yg kita lakukan senang di salah fahami jika kita terlalu taksub utk menghukum sehingga mencari2 kesalahan mereka, apabila ayat tentang hukuman hudud ini turun kepada umat Islam, terdapat juga umat Islam yg masih melakukan dosa dan hukuman tersebut umat Islam yg berbuat salah itu sendiri yg melaksanakannya ataupun ketua keluarganya jika pesalah terbabit di bawah umur,bkn Rasulullah saw yg melaksanakannya jika pesalah itu umat Islam. dh buat dosa sendiri tanggung la bknnya nk tggu pemerintah. cuma PAS sahaja yg sengaja xmahu mengerti, terlalu taksub dgn hadis mgkin.

  2. there is only one reason for those who support hudud hukum in kelantan.

    mereka nak jatuhkan pm najib, itu saja.

    DS wan azixah can be?

    I personally think DS Rosmah can do better than her.

  3. Salam Tun,

    Sebelum ni saya ada tanya kepada ustaz berkenaan dengan hukuman hudud ke atas orang bukan islam. Dia jawab hudud tak boleh jatuh ke atas orang bukan islam kerana ilmu mengenai hudud itu tak sampai kepada mereka & jika kita jalankan ke atas mereka kita boleh consider sebagai zalim (kerana mereka tidak tahu).

    And

    Opinion Tun sama seperti bapa saya, di manakah keadilan sekiranya Ali dan Ah Kiat mencuri, Ali kena potong tangan manakala Ah Kiat kena penjara sahaja.

    Saya confuse Tun, cuma apa yang saya tahu Hudud sudah mention dalam Taurat dan hukum hudud berhak jatuh ke atas orang Yahudi jika mereka bersalah ( dari kisah zaman RAsulullah SAW).

    Benar kata Tun, jika kita tolong agama Allah sudah tentu Allah akan tolong kita. Tapi apa yang positif berkenaan dengan Hudud di Kelantan tu saya masih tak nampak and I started to wonder what are their intention actually.

    Mohon Tun reply ASAP. Terima kasih. 🙂

  4. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-told-me-criticising-gst-is-seditious-rafizi-says

    mp rafizi as malay muslim mp, I dont know what is pkr stand on hudud. If hudud is used to win state votes, then pkr should not play with gst sentiment. Blaming everything on bn is not a nice way in the public. I hope bn, dap, pkr, hindraf and pas make their stand on hudud. if you support hudud, please resign as members of parliament. The maturity of our politicians are childish, and ego too. There is no way federal and state governments can argue anymore on gst, as it is proven the best system in the world.

  5. saya bapa kepada keluarga si A. Si A berkawan dengan si B. Kalau Si B buat salah wajar tak Ayah si A hukum si B.

  6. Salam rakan sekelian, setiap yg ingin dilakukan mesti melalui dengan impian. Impian tun tak sama dengan impian Took guru Hadi. Setiap pandangan biasanya berlandaskan pengalaman, ilmu dan kebolehan yg nya berbeza. Kalau tun yg lebih ilmunya dlm bidang kedojtoran dan falsafah barat diberi peluang yg luas oleh rakyat ( rakyat tak faham pun apa yg tun buat pada mulanya) kenapa apa bila tok guru hadi yg tinggi ilmu dlm bidang keagamaann tidak boleh diberi peluang seadanya. Tapi diberi pandangan yg serong bagai tok guru hadi seperti bapa tiri yg jahat dan buruk pekertinya. Kita ada dua bapa tiri yg jauh pengalaman dlm sistem politik malaysia. Kalau nak katakan tun mempunyai hati seputih kapas tanpa cacat celanya dlm membuat setiap tindakan. anda pasti beliau tiada agenda atau kepentingan diri sebelum memenuhi agenda rakyat. Yg oenting bagi saya patut diberi peluang kepada kedua dua bapa tiri utk bertindak. Insaalah aalah akan mmberi petunjuk kepada mereka.

  7. I live in New Zealand and have come to question certain issues because of my interest in the tragic loss of MH370. A question needs to be asked about the role of Khazanah in apparently funding Willis Group Malaysia (risk management) in arranging finance for the fleet of Malaysian Airlines Systems during the Air Asia buy in deal of 2011?

    Is Prime Minister Najib Razak either directly or indirectly the beneficiary of a huge sales commission for arranging insurance for the airline’s fleet?

    Is there any relationship between obvious misdirection of the search for MH370 and the need to prevent an unlimited liability claim for the loss of MH370?

  8. Bismillahi Rahmanir Rahim..
    Salamualaikum kpd Tun Dr Mahathir Muhammad.
    Salamualaikum kpd semua saudara2 ku.

    Maaf.. Apa yg Tun katakan di sini adalah kebenaran. Kebenaran yg kita wajib percaya Dan imani.. Setuju sngt dngn kata-kata Tun yg Islam Sebelom ini berkembang Dan diterima oleh Agama lain disebabkan Islam yg begitu sederhana Dan mudah di amalkan..selain Dr perkembangan teknologi dr pelbagai segi Dan juga bidang2 lain.. Selain itu Islam juga mengangkat martabat kaum wanita yg sebelumnya sngt di pandang rendah Dan hina kpd mulia dn mempunyai hak-haknya..

    Sokong kata-kata Tun yg kebanyakan mereka yg berpelajaran tingi dlm agama yg merosakan Agama sendiri.. Ini sememangan kebenaran, kebenaran yg telah lama brlaku.. Apakah hukum-hukum Allah s.w.t yg di firmankan di dlm kitab-kitabNya tidak jelas..sehinggakan mereka merobah mengikut nafsu mereka.. Atau hukum-hukum itu menyusahkan kamu.. Ingtlah seandainya Agama Islam menyusahkan penganutnya.. Nescaya Allah s.w.t tidak Akan menyempurnakan Agama suci ini..

    Saya percaya masih ada yg mengata hukum yg mereka adakan mengikut peredaran zaman.. Apakah hukum-hukum Allah s.w.t ketingalan zaman sehinggakan mereka mencipta yg baru atau mengubahnya.. Ingtlah Al-Quran itu adalah utk spanjang zaman.. Dan hukum-hukum yg difirman didalamnya adalah utk spanjang zaman..

    Apa yg trjadi skrg Dan dahulu.. Iaitu pepecahan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.. Yg sy maksudkn ialah mazhab.. Dngn adanya 4 mazhab yg berbeza ini telah menunjukkn pepecahan sesama Islam lagi2 di zaman skrg.. Mengapa perlu ada 4 mazhab.. Rata2 mengatakan utk memudah amalan Dan fahaman.. Pada hakikatnya dngn adanya 4 mazhab ini IA banyak membawa kpd kekeliruan..
    Apakah cara amalan Dan fahaman didalam Islam menyusahkan.. Pada pandangan sy ia menjadi susah Dan keliru Apabila kita tidak memahaminya Dan tidak mendalaminya..

    Islam yg disempurnakan oleh Allah s.w.t telah membawa nikmat utk seluruhnya.. Kuhum hudud jika hendak dilaksanakan mestilah kembali kpd kepimpinan Khalifah atau Sultan. Dan systemnya utk mencegah dari punca sesuatu masalah..

    Cnth: Sultan – pembesar – ketua.
    Jika brlaku kecurian dlm sebuah kawasan, knalpasti kawasan mana atau kampung mana dn ketua kampung yg Akan dipertangungjawap sebelum pg ke pembesar dn seterusnya ke Sultan. Jika Sultan telah melantik hakim.. Maka hakim yg Akan menjatuhkan hukuman..Ttp jika pencuri mencuri dlm keadaan trpaksa Maka kebijaksaan Sultan utk menyelesaikannya..sebelum itu ketua kampung td yg Akan dipersalahkan krn tidak menjaga kampungnya sehinggakan brlaku kecurian.. Ttp sistem ini tidak lg di amalkan.. Yg ada democracy yg tidak relevant utk melaksanakan hudud.. Apapun Ingtlah hudud sesuai Dan wajib dilaksanakan spanjang zaman.

    Tun.. Sy pasti Tun telah mengetahui sesuatu yg tidak kena brkenaan Islam terutama Islam di malaysia.. Dlm keadaan skrg mereka belum sedia utk hadapinya kebenaran.. Apapun hakikatnya sngt sedikit yg Sedar Dan memahami..Ini krn hati mereka telah karat. Atau telah trlalu lama mereka HANYA MENGIKUT.
    Kebenaran lain.. Pendakwah yg berceramah dlm bahasa arab membuatkan ramai yg tidak faham. Dan kebanyakan mereka Pendakwah itu ada yg sangup berceramah mengikut bayaran ini menjadikan agamanya sebagai sumber perdagangan.. Ingtlah TIDAK pernah ada istilah KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT jika ianya brkenaan Agama. Allah s.w.t telah berfirman didalam Al-Quran ” jika kamu memilih dunia Maka separuh atau lebih Akan Aku berikan dari dunia itu Dan di akhirat tidak ada keberuntungan sedikit pun buat kamu ” Dan banyak lagi yg menerangkan seumpamanya..
    Yg ada kejayaan dunia ialah kejayaan menguruskan kehidupan. Sememangnya kita tahu Perkara AKHIRAT Dan dunia tidak boleh dicampur adukan. Jd bangaimana mereka dpt dipesongkan..
    Jika niat sesuatu perbuatan itu krn Allah s.w.t Maka haraplah balasan Dr Allah s.w.t. ( ini adalah brkenaan Agama) di akhirat kelak.. Dan jika mengharapkan balasan di dunia Maka tidak ada lg di akhirat.

    Sesuatu yg sy faham.. Allah s.w.t mencipta seluruhnya dngn seimbang. Tanpa kesimbangan ini sudah lama dunia ini musnah..

    Sekian.. Harap berguna utk kita semua.

  9. Setiap perbuatan pasti ada Niat
    Niat baik dipercepatkan Niat Jahat di jauhkan

    Apakah niat Hudud PAS sebenar ?
    Allah sahaja yg mengetahui

    Begitu juga niat PAS ,PKR ,DAP bergabung dengan niat ingin menjatuhkan UMNO
    Walau pergabungan ini mereka sedar akan memercah belahkan Ummah
    Ternyata niat tidak baik hujungnya tak baiklah juga jadinya
    Maka perbelahan PAS & DAP & PKR sudah kelihatan

    Saya mengalu alukan kerjasama UMNO & PAS demi UMMAH
    PKR hanya tujuan Anwar
    DAP tumpang Kesempatan atas Perbelahan Ummah

    Hukum Hudud tidak boilh gijadi ikatan Persahabatan PAS & UMNO
    Hukum Hudud bukan ukuran Pertalian
    Keikhlasan Niat demi Ummah harus jadi Ukuran

    PAS Kelantan Berhak mentakbir Hudud sebab mereka di lantik secara Democracy
    olih Rakyat Kelantan sendiri
    Salah PAS salahlah orang Kelantan

    Yg jadi Jangkal adalah
    Kelantan , Malaysia yg berbilang Kaum , Agama dengan sudah di cemari olih permikiran
    Barat ber Gurukan Television Barat seharian , setaip waktu mengajar permikiran Barat
    Tiba tiba Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud seolah Islam baru dikenali Malaysia

    Adakah Ia niat Shariaah atau Bertujuan Politik
    Allah akan mengaturkanya & menghukumnya

    Juga Hudud Kelantan akan mencerminkan tidak adil dan memberi isyarat yg bahaya
    apa bila ia hanya merangkumi umat Islam sahaja
    Hudud untuk manusia dalam mengikut Shariaah Islam dalam pentakbiraan Islam
    Jika ia hanya dipratikan hanya untuk orang Islam sahaja maka hukum Hudud mencerminkan ke tidak keadilan
    Ahmad mencuri , potong tangan . Ah Meng , Mutu mencuri masih ada tangan
    Zaman sekarang Ahmad , Ah Meng , Mutu kalau niat nak mencuri
    Tidak perlukan tangan lagi , Akal mereka akan merancang pencurian yg lebih besar
    Jadi haruskah kita panggal kepala mereka untuk panggal akal mereka mencuri ?

    Hukuman setimbal untuk manusia di Zaman ini
    Adah memiskinkan mereka dengan wang ringgit
    Sebab manusia , Hindu ,Islam , Christian ,Cina ,Melayu ,Mama kesemuanya
    on the surface sudah memperhambakan diri mereka kepada Kebendaan lebih pada
    Keyakinan Agama masing masing
    Jika ada yg mengugat Keharmonian perlu dipenjarakan
    Jika mengugat Keamanan seperti hobby membunuh harus di hukum mati

    Si Ahmad hilang tangan , si Ahmeng , Mutu masih ada tangan
    atas kesalahan & kehakiman yg sama
    Secara manusia biasa si Ahmad akan merasa Tidak Adil
    Mengelirukan beliau di khuatiri Keyakinan Akidah Islam bakal tergugat

    Si Melati Islam berzina dengan si Mutu Kafir
    Si Melati di hukum Hudud , si Mutu tidak di hukum sebab agama Muthu tidak mengharamkan Zina ,maka besok Mutu akan melakukanya lagi
    mungkin juga di depan mata PAS . Tidak perlu sembunyi lagi

  10. Assalamualaikum, Tun.

    Berkenaan dengan isu sama ada tindakan Hadi mencadangkan Hudud ini membawa motif politik, maka dalam dunia akhirat nanti, Hadi akan tertakluk kepada penghakiman. Yang berdosa tidak dapat lari dari penghukuman.

    Konsep memperenakmenkan Hudud sememangnya tidak sesuai dari pelbagai segi, iaitu perlembagaan negara, penerimaan masyarakat majmuk, sistem perundangan, hukum keadilan Quran dan sebagainya.

    Dalam konteks ini, tak usahlah UMNO bertanding dengan PAS untuk menunjukkan UMNO lebih “Islam”. Agenda UMNO ialah memperjuangkan hak-hak Melayu. Namun, UMNO harus berterima-kasih kepada Hadi, kerana berjaya memecah-belahkan Pakatan dan sekaligus menghampakan segala usaha menguasai Putrajaya!

  11. Tun,

    Today’s headline in an Opposition Blog says it all. ‘New open letter by 40 urges Putrajaya to restore moderation . IT IS NOT THAT PUTRAJAYA IS IMMODERATE. IT IS THE CHANGE OF POLICIES BY PUTRAJAYA WITHOUT INFORMING THE RAKYAT ON ISSUES WHICH WOULD HAVE MERIT A NATIONAL REFERENDUM IN OTHER COUNTRIES as follows :

    1. With all due respect, we find our beloved Malaysia adopting the failed MONEY MONEY MONEY Policies of the late Ruler (1959-2015) from his Godless Ultra Communistic Political and Social System imposed on the citizens by Apparatchiks aka Meritocrats without understanding the purpose which was crafted by the late Ruler for his personal advantage.
    Before 2003, all our distinguished Prime Ministers looked after us well. We did not have a care in the World. Now 40 of our good and the great write petitions expressing their worries where our beloved Malaysia is leading to. Our beloved Malaysia has become 50% Capitalist and 50% Communist by the adoption of the failed MONEY MONEY MONEY Policies. The only country in the World like this. The Political System has been changed.
    2. Our Foreign Policy has always been Multi-Polar (all countries our friends) since the end of the Cold War in 1989 when Pax America launche their Globalization, Free Trade and Human Rights. It is now perceived that our beloved Malaysia is moving towards a Uni-polar Foreign Policy with just one friend, the United States. It was alright during the Cold War but to revert back to this Uni-polar status leaves many questions unanswered and our future peace, harmony and happiness in grave doubt. The Rakyat is ignorant on this.
    3. Now our Socio-Economic Policy which is based on Malay heritage, religion, history and cultural characteristics will be changed forever with the signing of the YPPA – a harbinger for bad news for us ordinary folks, the Malays and the non-Malays as the failed State of Singapore will be the sole beneficiary at our expense. Do we want this ? At the moment, thousands are demonstrating in Europe againsts the Atlantic Free Trade Agreement. The Congress is asking funny questions like are all these Free Trade Agreements to America’s benefit ? The TPPA was inspired and created in 2005 and launched by Singapore in 2006 with only Brunei, Chile and New Zealand interested. The United States became interested after October 2008 when a gigantic financial tsunami hit the World. In June, 2009, the late Ruler (1959-2015) traipsed into the Ulus to exhort his digits and cohorts WITH THE UNITED STATES SUPPORT FOR HIS CUNNING AND WILY TPPA IN HIS POCKET !
    We will change our Malaysian controlled way of doing business if we sign the TPPA which even the Europeans and the Americans themselves have serious doubts as to the true intentions.

    Hence, distinguished Ladies and Gentlemen of the Group of 40, before 2003, we the Rakyat had not a care in the World because our great Tunku, the redoubtable Tun Abdul Razak, the staid and solid Tun Hussein Onn and our beloved Great Statesman and Modern Builder Tun Dr Mahathir Mohamad looked afte us well with their absolute dedication, motivation and hard work concerning the general well-being of our beloved Malaysia. They did not tinker or copy cat others because WE ARE MALAYSIANS. WE DO OUR OWN THING. WHY SHOULD BE COPY CAT OTHERS like changing our clothes ? By doing so, we will embark on a path of NO RETURN WHICH WILL BRING US MUCH TRAGEDIES, UNHAPPINESS AND SUFFERINGS. WE MUST DO OUR OWN THING !

    The three changes of Policies as mentioned above merit National Referendums in other countries. The Policies we have so adopted or will adopt will cause us much up-heaval and harm without any reason especially we were so happy and contented before 2003.

    WHAT MORE DO WE WANT IN LIFE IN OUR BELOVED MALAYSIA ?

    Kudos to you the distinguished Group of 40 !

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

  12. Dear Sir,

    Datuk Kadir Jasin has writing a brilliant article about Jho Low in his blog recently

    Every single rakyats are now singing praise to the PM, THE POLITICIANS CAN EARNED 5 FIGURES SALARY PER MONTH

    The normal rakyats are facing high cost of living

    The Ringgit KEEP PLUNGING DOWN, NEVER SO LOW AGAINST SINGAPORE DOLLAR SINCE THE EIGHTEES, History being made!

    Sir,

    We are running out of times, please act before it was too late

  13. Salam Tun – the wise old man of Malaysia

    I read many accusations on you after your wrote this blog. The problem on Hudud has already been answered during your administration but forgotten by current administration. It is no wonder that you feel shocked at UMNO’s Kelantan support on Hudud.

    The basic misconception in the program of PAS is the confused idea of “an Islamic State”. That concept has no base in Kitab, Sunnah, Athar or Consensus. The Sunni fiqh on the contrary deals with “THE Islamic State”, and understands it to be equal to the Khilafah, which can either be rashidah or non-rashidah.

    There exist a proof that the Khilafah rashidah was going to last for a limited period:

    Abu Bikrah, radi Allahu `anh narrated that Rasul-Ullah, sall-Allahu `alayhi wa sallam, said what means, “The Khilafah of the Prophethood will last for thirty years, and afterwards Allah will give the kingdom TO WHOMEVER HE WISHES”. (Al-Bayhaqi)

    Another hadith cuts misconceptions about the Khilafah and the Islamic State from the root:

    “The Prophethood will last among you as long as Allah wishes it to last, then there will be a Khilafah of the path of the Prophethood, and it will last as long as Allah wishes it to last, than HE WILL REMOVE IT WHEN HE WISHES to remove it, than there will be the government based on strenght, and IT WILL LAST AS LONG AS ALLAH WISHES IT TO LAST, then there will be again a Khilafah on the path of the Prophethood.” (Ahmad, al-Bayhaqi and at-Tabarani, with some differences in the text)

    The hadith clearly mentions four stages in the existence of States from the time of Risalah and until the Day of Judgment.

    1) The Khilafah along the path of Nubuwwah, also called rashidah. The consensus is that it includes the Four Rashidun, radi Allahu `anhum. Some Ulema also say that the Khilafah of Ibn Zubayr, radi-Allahu `anh, and that of `Umar Ibn `Abdi-l-`Aziz, rahimah-Ullah, although not calculated within the thirty years of rushdah, are nevertheless in the level of Khilafah rashidah.

    2) The ordinary Khilafah, also referred as al-mulk, which can be run by a Khalifah who is either Sunni or heretic, either mu’min or fasiq. Mu`awiyyah Ibn Abi Sufyan said what means, “I am satisfied with al-mulk only”.

    3) The States which are not based on Kitab and Sunnah, but on strength, which in different cases can be the strength of arms, of elections, etc. They include all the States which exist today and will go on existing until the time is restored by Imam al-Mahdi al-Muntazhar, neither by Hizb al-Tahir, nor by PAS, nor by any other sect having heretic orientations form what concerns the ahkam as-sultaniyyah.

    4) The restored Khilafah along the path of Nubuwwah, which will start being enforced on the day Imam al-Mahdi takes ba`yah in Mecca between the Corner of al-Ka’bah and the Maqam Ibrahim. Those who will make ba`yah with him on that day will be his Ansar, and their number will be 313. All of them will speak Arabic fluently, but none of them will be ethnically an Arab.

    The Consensus is that the non-rashidah Khilafah ended with the Ottoman sultanate, and that we live in the third period mentioned by the hadith. The hadith does not mention any restoration of a Khilafah non-rashidah between phase three and phase four. That is why Ahlu-s-Sunnah believe that the Khilafah will be restored by Imam al-Mahdi, and not by sectarian parties.

    Both Hizb at-Tahrir and PAS claim that human beings, by joining a certain political party, can create “an Islamic State” independently from Allah’s decree to send Imam al-Mahdi. Tahrir explicitly claims that this “State” must be identified with the “Khilafah”, while PAS claim it can be something different, and deals with Khilafah in general terms, without referring to the ahkam of Shari`ah pertaining to the matter.

    Even so, the hadith narrated by Ahmad, al-Bayhaqi and at-Tabarani openly refutes the political ideology of both Hizb at-Tahrir and PAS. Rasul-Ullah, sall-Allahu `alayhi wa sallam, said that – once the Khilafah non-rashidah is over – it will be RESTORED ONLY ONCE, and this restoration will not be the restoration of another Khilafah non-rashidah, but the RESTORATION OF KHILAFAH AR-RASHIDAH. Other ahadith clearly prove that this restoration will be the task performed by IMAM AL-MAHDI. Claiming that it is possible to restore the Khilafah non-rashidah or to create “an Islamic State” before al-Mahdi comes only means to misguide those Muslims who are not learnt about the ahadith dealing with this argument. Before Imam al-Mahdi comes, the only governments which will exist are the hardship government. This is the truth that neo-Qadirite sects try to hide by all possible means.

    Claiming that today’s regimes can implement the hudud laws is like supposing that a child can lead adults in salah. For every hukm of Shari`ah there are conditions, and the condition for implementing the hudud is the existence of a State whose structure is in line with the Shari`ah, i.e. a Khilafah. Khilafah was granted to the Muslims, and then they were left without a Khilafah according to Allah’s decree. Nubuwwah did not come when human beings choose to organize a political movement, but came according to Allah’s decree and independently from human efforts. In the same way, the Khilafah upon the minhaj of Nubuwwah will exist again not as a consequence of those who promote a pro-Khilafah political movement, but will exist again when Allah Ta`ala will send al-Mahdi al-Muntazhar. He will implement all the aspect of Shari`ah, including hudud laws.

    Rasul-Ullah, sall-Allahu `alayhi wa sallam, said what mean, “Islam was born as a stranger (or it can also be translated “was born into exile”) and will return to be a stranger again (or “will return into exile again”).”

    This is exactly our present situation. We have the Din of Allah, but have no government which is based on the Din of Allah. Revelation started with the fundamentals of `aqidah, than the basic `ibadat like prayer, fast, etc., while the hudud were the last aspects of Shari`ah to be revealed.

    When Khilafah is restored by Allah’s decree, al-Mahdi will start with refuting wrong beliefs, then will resurrected that knowledge of `ibadat which was lost, and then will finally apply the Shari`ah to the administration of the State, including hudud. We cannot start from the end, otherwise the result is tragic. Wahhabis and their ignorant followers claim that a non-shar`i state can implement the Shari`ah. As soon as a state cuts the hands of thieves, or stones those guilty of adultery, that is enough for them to claim that that State is “Islamic”. Now in a country like Saudi Arabia a Muslim who steals some hundreds of riyal is punished by cutting his hand, but the government which enforces the punishment is guilty of a greater theft. According to the Shari`ah, the resources of the soil (including oil) are a collective property of the Ummah, and cannot be changed into a private property. The House of Sa`ud is stealing from the Muslims their huge collective property, and than enforces a punishment upon those who steal less than that. Adulterers are executed, but students are forbidden to marry until they have completed their course. In other words,
    the anti-Islamic social order stimulates people to commit adultery by making marriage difficult.

    That is not the real face of Shari`ah. According to the Shari`ah, the ruler who enforces a punishment must be free from those same faults for which the same punishment is applied. A thief cannot punish another thief, and a drunker cannot punish another drunker.

    As long as al-Mahdi does not appear, we will go on being stranger who live without a Khilafah, like the Muslims in Mecca before hijrah. They did not start from hudud, but developed a society which was in agreement with the principles of Islam, and only after that society came to existence hudud were applied. We must do the same thing: start from the beginning, and not from the end. In our time, heresy and innovation is spread everywhere.

    People who promote evident kufr are called Imams, Muftis, Ulema, preach from mosques, from TV, from newspapers, and abiding by the `aqidah of Ahlu-s-Sunnah is extremely difficult for those who are not learn. To make just one example, Shaykh al-Azhar Tantawi, Ramadan al-Buti, the PLO Mufti `Ikrimah Sabri and Dr. Yusuf al-Qaradawi praise suicide bombers who kill innocent civilians, including women and babies, and call the one who dies
    as a suicide bomber “shahid”. Now in Islam committing suicide is haram, and killing civilians is also haram. Allah Ta`ala in the hadith qudsi says want means “My servant has killed himself, and CONSEQUENTLY I FORBID JANNAH TO HIM”, while those people claim that a person who commits suicide in order to kill civilians is – astaghfir-Ullah – a “shahid”, and that his suicide caused their admission to Jannah. Since the dalayl proving that committing
    suicide is haram and leads to hellfire are unquestionable, the one who approves suicide bombers and calls them “shuhada'” actually commits kufr.

    Ignoramuses can be justified by their ignorance, but those pseudo-Ulema have no justification whatsoever. They do know what the truth of Islam is, and prefer abiding by kufr since it is more convenient for them from a political point of view. Instead of thinking of what will become effective only after the Khilafah is restored, we should rather focus on sound `aqidah and sound fiqh, and dedicate ourselves to da`wah, not only toward the kuffar, but especially among the Muslims whose `aqidah has been corrupted by those imams of hellfire.

  14. Assalamualaikum.

    Saya bersetuju dengan ulasan dari Hajar, Botak dan Amin Tan.

    Antara perbezaan ketara antara Tun Mahathir dan Najib ialah:

    1. Tun mempunyai ketelusan dalam merencanakan apa saja keputusan yang dirancang agar rakyat memahaminya. Dengan kelebihannya itu banyak tindakannya diterima sebahagian besar rakyat dan hasilnya dapat kita lihat dalam kejayaan keputusan PRU dan PR kecil yang mana bukan saja Melayu dan bumiputera menerimanya tetapi kaum Cina dan India turut memberi sokongan. Malangnya Najib tiada keistimewaan tersebut, contohnya penerangan GST yang dibuat oleh Najib amat kabur / tidak jelas, tiada ketelusan dan menyebabkan pro kerajaan dan anti kerajaan menganggap GST tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Dikhuatiri kesan buruknya pada PRU 14 tapi ianya sudah terlambat jika Najib tidak berundur sekarang.

    2. Tun mempunyai kemampuan memahami siapa yang menyokong dan siapa itu musuh. Bila Tun berucap dikhalayak ramai Tun bagaikan tahu adakah dia mendapat sokongan yang padu atau pendengar bersetuju dengan kata-katanya tetapi Najib sebalinya. Contoh, dalam PRU13 yang lalu Najib mengadakan makan malam bersama majoriti masyarakat Cina di Klang. Ramai kaum Cina hadir dalam majlis tersebut. Mereka seolah-olah menyokong BN pada malam tersebut tetapi malangnya keputusan PRU13 untuk kawasan tersebut ternyata Cina menolak BN??? Rupanya Najib syok sendiri. Begitu juga di kawasan lain dalam Selangor. Bagi saya sokongan rakyat di Selangor terhadap Najib adalah penanda aras kemampuan Najib sebagai pemimpin no 1di peringkat nasional. Dalam PRU 13 saya anggap Najib gagal dengan majoriti pengundi keseluruhan yang menyokong BN berbanding yang mengundi myokong PR iaitu sekitar 47:53. Najib syok sendiri dan dikhuatiri nisbah trsebut akan bertambah setelah beberapa dasar yang diperkenal oleh Najib saya anggap lebih kalut dari bijak.

    3. Semasa Tun memimpin, kemana wang yang dibelanjakan rakyat nampak dengan jelas. Malangnya era pentadbiran Najib rakyat blur. Mengapa adanya 1MDB? Adakah ianya dikawal oleh kerajaan atau Najib seorang sehinggakan ramai tok menteri tidak mampu menjawab bila persoalan diajukan. Sekali lagi Najib bertindak kurang bijak, seolah-olah wang negara adalah miliknya. Najib berbelanja boros antaranya membeli jet baru disaat negara bergelut dengan hutang negara yang meningkat, kos sara hidup meningkat, GST yang menambah beban hidup rakyat berpendapatan rendah, nilai mata wang negara yang semakin merudum berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Najib mempunyai kecenderungan berbelanja besar mengikut isterinya Rosmah yang boros.

    4. Dasar kerajaan Najib mengapungkan harga minyak khususnya RON95 ikut pasaran dunia saya anggap kurang bijak. Sekarang sememangnya harga RON95 adalah rendah. Bayangkan harga minyak dunia meningkat kepada kepada 2 kali ganda dari sekarang? Pada masa itu harga minyak yang meningkat mendorong kenaikan harga barang yang meningkat. Jika tiada subsidi saya khuatir inflasi turut meningkat dengan teruk. Sepatutnya subsidi minyak patut diperkenalkan semula dan dalam masa yang sama melaksanakan hukuman berat dan telus kepada mereka yang menyeludup minyak keluar negara seperti hukuman mati. Penyeludup ini adalah musuh negara dan patut dikenakan hukuman berat seperti hukuman mati. Begitu juga yang memberi dan menerima rasuah adalah musuh negara. Ianya patut dikenakan hukuman mati. Jika seorang pemimpin itu menganggap penyeludup dan yang terlibat dengan rasuah ini bukan musuh negara, saya menganggap dirinya menyokong penyeludup dan menyokong rasuah. Cakap benci rasuah tetapi hakikatnya menyokong dalam diam.

    5. Tun mempunyai ketegasan yang sangat dihormati kawan dan lawan. Najib adalah seorang pemimpin yang lembik dan lemah. Kawan dan lawan semua sedar akan perkara ini. Diperingkat antarabangsa dan dalam negara Tun dihormati, tetapi Najib ????

    6. Tun adalah seorang pemimpin tulin yang berani dan tegas. Tun tidak memihak kepada keluarga dalam masa pentadbirannya. Ianya dapat dilihat tidak membenarkan anak-anaknya masuk dalam dunia politik sewaktu pentadbirannya. Malangnya Najib sebaliknya, seperti menyokong sepupunya Hishamudin semasa pemilihan UMNO yang lalu.

    7. Tun seorang pemimpin yang bila dipuji tidak mudah lupa diri atau perasan. Tetapi Najib ini seorang yang perasan. Dia seorang yang suka dipuji, contohnya lawatannya dimana-mana kebanyakan pembodeknya minta “I LOVE PM” dikibar oleh golongan yang terpaksa rela melakukan. Realitinya pemerhatian saya, mereka dipaksa melakukannya untuk pembodeknya memperolehi sesuatu. PRU13 yang mana semasa pertemuan dengan kaum Cina “I LOVE PM” diberi pada hadirin. Kaum Cina mengibarnya. Realitinya kaum Cina menolak BN atau lebih tepat lagi menolak Najib. Jika seorang pemimpin seorang yang suka dipuji, selalunya ia seorang yang lupa diri.

    Terima kasih.

  15. Salamun alaikum kepada semua, saya setuju Tun bangkitkan soal Dato Hj Hadi tak patut angkuh dia pakar syariat Islam. Walaupon dia pakar kita ada haq mempersoalkan hukum yang datangnya dari sumber lain daripada Al Quran. Hukum rejam yang dipelopori olih Parti Pas bolih dikatakan di kutip daripada buku Bible yang mengatakan penzinah dihukum seperti berikut:

    maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kau hapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
    (Kitab Bible Deuteronomy 22:24)

    Kita ada dua sebab mengapa kita patut tolak hukum Bible yang di pelopori pemimpin Pas kerena Allah telah memberi perintah kepada Nabi Muhammad (A.S) untok mengunakan Kitab Al Quran mengawasi dan menapis ajaran2 Bible yang ketara supaya dapat ditolak dalam ayat yang berbunyi:

    Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).(Surah 5:48).

    Dalam Al Quran kita diperintah Allah untok menghukum penzina dengan sebatan bukan merejam sampai mati seperti berikut:

    Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah 24:2)

    Yang kedua kita patut tolak hukum rejam ini kerena Allah memang sudah memberi peringatan dan amaran jangan sekalikali mengikut ajaran Bible akan tetapi kita patut menghukum dengan apa yang terkandung dalam Al Quran saperti yang dipatuhi olih Nabi termaktub saperti berikut:

    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.(Surah 4:105)

    Akan tetapi kita bolih lihat pakar ugama kita dah banyak bersimpati dan mengiktiraf hukum hukum dari sumber agama Yahudi dan Nasrani. Allah dalam firmannya telah memberi amaran genjala ini dalam ayat berikut:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah 2:120)

    Amalan menghukum dengan merejam ini bukan hanya dari ajaran Kitab Bible ianya juga amalan hukum orang2 mushrik (pagan) saperti terkandung dalam ayat2 tersebut:

    “Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu,…(Surah 18:20)

    (Bapanya) menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu;…(Surah 19:46)

    Mereka (mengugut dengan) berkata: “Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!” (Surah 26:116)

    Dengan bukti di atas kita memang ada haq menolak hukum Bible dan amalan orang mushrik yang di pelopori olih pemimpin Pas kerena itu sudah sah memang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dalam Al Quran yang di perintah olih Allah kepada Nabi kita.

    Asar

  16. Salam Tun,

    First of all, thank so much for a clear explaination about PAS hudud law in Kelantan.

    After reading Tun’s writing, it’s easy to understand all the hudud issue.

    Thank you again, Tun.

    Those who wish to read english version of Tun’s writing, kindly click below http://www.translationfocus.blogspot.com

    Thank you.

  17. Salamualaikum kpd Tun Dr Mahathir Muhammad
    Salamualaikum kpd semua saudara2 ku..

    Kebenaran.

  18. You couldn’t be more right about (13). Muslims killed Muslims more than the widely perceived notion that the West kills more of them. In Yemen, we have the Houthis fighting the Sunnis. In Iraq, Al-Maliki’s govt which was backed by Iran disintegrate in no time and sectarian and terrorism acts across the country was carried out by the former aides/officers loyal to Saddam, in complicit with IS. Again, Sunni vs Shia. Then, there’s Afghanistan, Pakistan, Syria…you name it.

  19. Salam Tun , Rimba Emas kembali bersama-sama Tun. Tun tidaklah berseorangan menegakkan kebenaran. Masaalahnya kemahuan kita dalam ruangan yang di bicarakan disini selalunya ada rintangan daripada pihak yang berkuasa. Masa Tun berada paling atas pun ada masaalah yang tidak dapat diselesaikan .., inikan pula ketika di bawah macam golongan rimba emas dan lain-lain. Kalaulah ketika ini Tun diatas senanglah cerita tunggu kami setuju sahaja selalunya. Payah Tun bila di bawah sebab depa suka buat ikut acuan sendiri dan kami terpaksa terima. Contoh macam hukum ” Hudud” , apa yang dikatakan Tun ini betul akan jadi macam hukum buatan manusia sebab diadili oleh manusia. Lagi pun manusia yang ada sekarang ni bukannya macam Rasullullah s.a.w yang ada sifat maksum. Biarlah ia diadili oleh Allah s.w.t diakhirat nanti. Cuma Tun kita perbetulkan ada hukum-hukum yang tidak berkesan cara orang dunia ini gunakan sekarang dan kita tukarkan dengan cara Islam tengok boleh tak kita cegah dari merebak memudaratkan manusia ini. Bayangkanlah kita yang serba kekurangan ini ingin menjadi penghukum bagi pihak Alllah s.w.t, sedangkan kita tahu Allah s.w.t akan melaksanakan pada akhirat nanti. Wallahua’lam.

  20. Dear Dr,

    Two words; sentiments exact. The problem I’ve seen with the people who support the idea of Hudud or the Islamists(ie; the 1979 revolution of Iran) is that most tend to vote in favor of it only to move/flee when the changes take place. Most(like the Iranians) who fled Iran after Khomeini came to power either moved to California or the Netherlands. These weren’t the Shahs but regular Iranians who not too long ago were ferocious supporters of such ideals. And this isn’t the first instance in which supporters of the Islamist ideologies voted in favored only to fled once things…most probably hasn’t turn out the way they envision it to be. In other words, I believe most were misguided and has view such ideologies tru rose-tinted glasses.

    On another note, I do hope you pull off something akin to Operation Paperclip. Gather the best men to work and enforce change within BN even if it means they’re from the opposing side. afterall, change is constant Dr.

  21. Dear Dr,

    Two words; sentiments exact. The problem I’ve seen with the people who support the idea of Hudud or the Islamists(ie; the 1979 revolution of Iran) is that most tend to vote in favor of it only to move/flee when the changes take place. Most(like the Iranians) who fled Iran after the ayatollah came to power either moved to California or the Netherlands.

  22. Assalam ayahanda tun yg saya kasihi dan hormati .apabila Tun bercakap pasal 1MDB altanrtnya jet eksekutif GST serang najib saya respek habis bukan pasal saya pembangkang ..tapi semnagat cintakan negara tun yg hebat taoi bila tun cakap pasal agama saya ngeri dan kasihan tun .sebenarnya tun jahil pasal agama walaupun tun bijak bab agama tun kena berguru …cukuplah kalau sayakatakan tun
    …TUN SEORANG YANG PERCAYA PADA HUKUM ALLAH TETAPI TIDAK YAKIN…

  23. Assalammualaikum buat Tun M dan sahabat sahabat sekelian. Salam sejahtera.

    Kami mohon keampunan dan Keredhaan-MU ya Allah.

    1) Saya tidak sesekali menolak pelaksanaan hukum Hudud yang terkandung di dalam Al-quran.
    2) Al-quran merupakan kalam Allah, petunjuk kepada manusia yang ingin bertakwa dan mukjizat Nabi muhammad.
    3) Salahkah saya menolak pembentangan pelaksanaan hudud yang diutarakan oleh Pas?
    4) Yang manakah hudud yang sebenar?, Hudud yang dinyatakan oleh Allah didalam Al-quran atau hudud yang dibentang oleh Pas?
    5) Adakah hudud didalam Al-quran itu silap bila Allah menyatakan pelaksanaan hukum tidak terkecuali kepada bukan islam?
    6) Dimanakah adil nya hudud Pas?
    7) Surah An Nur ayat 2:Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
    7) Ayat diatas Allah berfirman dengan menyebut perkataan “perempuan dan lelaki lelaki”…. Dikalangan manakah “perempuan dan lelaki lelaki” yang Allah Taala nyatakan? Di kalangan Umat islam sahaja atau untuk semua manusia?
    8) Mengapakah ada pihak lain yang menyokong pembentangan hudud Pas secara tiba tiba? Bersifat apakah Ianya?
    9) Samakah pemerintahan negara kita berbanding dengan negara islam lainnya yang melaksanakan hukum hudud seperti di Arab Saudi (Mekkah dan Madina), Brunei dan lainnya? Ditadbir oleh Raja atau sultan sepenuhnya?
    10) Di sini, berperwatakan baik dan sering berkopiah mudah mendapat gelaran ustaz. Dimanakah silapnya sistem kita memelihara kesucian agama islam?
    11) Kita gagal menjaga kebajikan golongan tertentu yang diamanahkan untuk mendidik dalam islam, imam imam masjid, ustaz ustaz dan lainnya. Berapakah gaji imam masjid daerah buat masa ini dibandingkan dengan penjawat penjawat awam yang lainnya? Tarafnya?

    Ya Allah, kami mohon keampunan dan keredhaan Mu.

    Wassalam.

  24. Assalamualaikum Ayahda,

    “Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, Kelantan prince Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah and jailed opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should work together to save the country.”,Zaid Ibrahim

    ” If you like my proposal, go tell Dr Mahathir, Anwar and Siti Nurhaliza. “, Zaid Ibrahim

    Ada Hujah & Hasrat untuk Cadangan Zaid Ibrahim?
    Terima Kasih

  25. Salam Tun,
    Izinkan saya komen Muhamad Taufiq Khalil seperti di bawah,
    ————————————————————————————————-

    Muhamad Taufiq Khalil’s GravatarMuhamad Taufiq KhalilApril 17, 2015 at 10:34 AM | Permalink
    Assalamualaikum Tun.

    1 Adil tidak semestinya sama. Konsep keadilan yg Tun kaitkan dalam isu Hudud ini : Adil = Sama. Keadilan tak sama dengan kesamarataan. Kesamarataan = komunis atau sosialis. Kalau begitu tandas awam tak perlu ada tandas lelaki dan tandas perempuan, cukup dengan satu tandas: tandas awam 1Malaysia (untuk lelaki & perempuan). Keistimewaan bumiputera, tak sesuai dgn konsep keadilan Tun. Nampaknya Tun ada masalah dalam mendefinisikan keadilan.

    2 Hudud ini hukum dari Allah suhanahu wa taala. Jadi ianya kena dilaksanakan mengikut cara yg ditunjukkan Rasulullah sallallahu alaihihi wa alihi wasallam. Ayam adalah binatang yg halal dimakan berbeza dgn kucing. Kalau ayam berkenaan dimasak rendang tanpa disembelih ianya menjadi tidak lagi halal utk dimakan kerana ianya disediakan tidak mengikut cara yg ditunjukkan Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam. Begitu juga Hudud.

    3 Hudud mesti disediakan mengikut cara yg ditunjukkan Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam. Mustahil Hudud boleh ditegakkan melalui demokrasi karangan Lord Ried! Quran & Hadith dikongkong di dalam kotak Lord Ried. Jadi bagaimana Hudud melalui demokrasi Lord Ried boleh menepati Quran & Hadith? Hudud mestilah disediakan dgn menyediakan org org yg berkualiti bukan menyediakan kuantiti orang. Perkara yg akan berlaku nanti dgn Hudud di Kelantan & Persekutuan sama seperti nasib mesjid mesjid & surau surau di Malaysia. Semasa mahu mendirikan mesjid & surau semua penduduk kariah berkenaan bersemangat. Kumpul duit, minta peruntukan dr YB. Bila dah siap, purata penduduk kariah yg menggunakan surau & mesjid setiap hari tak sampai 5%. Banyak surau yg pengimarahnya adalah cicak cicak bukannya penduduk kariah surau berkenaan. Hudud di Kelantan & Persekutuan akan menjadi hodoh & ternampak hodoh kerana ia disediakan dgn menyediakan kuantiti orang.

    4 Saya nasihatkan Tun supaya mengambil nasihat orang yg arif utk buat kenyataan yg berkaitan Islam. Sungguh mengerikan kenyataan kenyataan Tun berkaitan Islam. Boleh merosakkan iman. Ini bukan sahaja utk kebaikan Tun di dunia & akhirat tetapi utk org org yg mengikuti kenyataan Tun.
    ——————————————————————————————–

    Saudara Muhamad Taufik,
    saya berpendapat ilmu Tun tentang islam lebih mendalam dan lebih luas daripada orang2 biasa. Saudara cuba ajar Tun tentang makna keadilan dan sama seolah2 hendak mengajar itek berenang. Jangan cuba menghina Tun dengan menyalah hurai perkara yang bukan2.
    2. Tun mempunyai kebijaksanaan dan kewibawaan mentafsir yang tersirat di belakang tabir sandiwara politik ahli2 pembangkang untuk memancing undi. Pada mulanya saya pun tidak pasti apakah yang Tun maksudkan dengan Hudud PAS. Rupanya hukum Hudud yang hendak dijadikan undang2 tidak diiringi dengan nawaitu yang ikhlas iaitu niat melaksanakan hukum hudud kerana Allah sebab mereka bersubahat dengan Mushrikin Malaysia yang mati2an menentang hukum hudud. Mereka tahu Hudud tidak akan dapat diluluskan di peringkat parliament. Tidak mungkin PAS boleh dapat dua per tiga majority di parliament sebab sudah tentu wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak lebih mirip tidak menyokong hudud dan wakil rakyat semenanjung yang bukan islam juga tidak sokong. Nampak sangat mereka ini sandiwara wayang kulit politik hukum hudud.
    3. Saudara perlekehkan orang2 kita maksudnya melayu sebagai tidak berkualiti dalam pengamalan ibadah islamiah. Kalau dibandingkan orang2 islam di negara2 yang penduduk orang islamnya ramai belum tentu lagi penganutan ibadah islamiah mereka diterima Allah dan lebih jitu dan tepat daripada pengamalan agama islam orang2 melayu.
    4. Saudara seolah2 mengatakan Tun tidak layak mengeluarkan pendapat tentang islam. Saya berpendapat saudara telah menghina kewibawaan Tun untuk menyumbang buah fikiran dan tidak dibiarkan saja kepada puak2 Pakatan Rakyat termasuk yang bukan islam sehinggakan ketua menteri pulau Pinang disamakan kewibawaannya dengan khalifah Umar Abdu Aziz. Begitu sangat orang PAS taksub dengan DAP.
    Maafkan saya sekiranya tulisan saya menyinggung perasaan saudara dan mana2 pihak. Sesungguhnya tiada insan yang sempurna, begitu jugalah saya

    Wallahu alam

    amin tan

  26. Hudud should be applied to both non Muslim and Muslim. In the Middle East especialky Saudi Arabia which practiced Hudud strictly punished both non Muslim and Muslim for crimes comnited either by flogging or beheading. SaudivArabia can practice hudud as it has a homogenous society i.e 99% of the people are Muslim as compared to here in Malaysia.

    I am not surprised that Kelantan decided to introduce Hudud as for decades they have indocrinated the people and politicing Hudud for being Muslim.

    For the Kelantanese that intend or wish to be a little bit ‘ naughty’ is not a problem as there is Sg Golok a few minutes away or a short flight to KL. Anyway this has been going on for decades and the Kelantan gment is happy as they can claim that the state is ‘ sin free’

    The Malay Muslims by nature are 99.99% God fearing. They too wants to go to Heaven and Not Hell.They repent when they realised they went the wrong way. And try to overcome the crime and mistakes by performing umrah..haj..donations..providing welfare supports to the poor..etc..etc.

    So I tend to agree with Tun M that PAS politicise Hudud and not being honest with themselves to ensure prosperity to the rakyat.

  27. Assalamualaikum…moga tun Dan rakan2 sihat. Soalan pertama. Kenapa rata2 umat Islam Cuba mencari helah dgn hadis bagai semata mata nk tolak hukum yg telah Allah tentukan. Sekiranya kita dpt melihat maha pencipta kita akan buat tanpa syak. Jangan jd mcm iblis….persoalan kenapa byk Sgt. Kenapa harus tunduk dekat Adam…apa jua Allah suruh tu buat je jgn byk tny….sblm cakap pasal agama sila tgk ahli keluarga masing2 dulu….tutup aurat dulu…kalau hudud tak boleh buat masa sekarang maknanya hukum Allah tu mengikut zaman ke sedara yg cakap omputih tu…jgn jadi mcm yahudi…merela kaji tentang Islam tapi Cuba untuk menidakkannya…kalau hudud pas tak boleh pakai…hudud umno boleh pakai? Umno bab duit bleh tp bab agama rata2 rakyat dah sedar…Kelantan mundur ke? Tapi rakyat suka hidup mcm tu…so jgn nak kutuk Sgt pasal negeri …hudud kalu buat pun kat Kelantan je takpe….yg laen takyah kalut….tun suruh la wife tutup aurat… Tun kan bijak agama…nnt malaikat tarik sampai tercabut otak…dunia ni jap je tun.. Tok guru pun dah hadap Allah tun pun lambat laun pergi jua…insyaallah senjata org mukmin melalui DOA.

  28. What is Hudud to Pas is the same as Islam Hadhari to Tun Abdullah,..both are rubbish beyond comprehend,..unlike Islam Hadhari which fizzles out like its creator,.Pas Hudud will always be as long as Pas is around,..their only survival is of course,..playing with sentiments,..Islam is progress,..i dont see anything happens in Kelantan,.mind you for how long have they been around? Where are all of the Kelantanese?,..all over Malaysia,..working to feed their families,..

    If the leaders really understand Islam,..then Kelantan will be the most progressive state,..they have it easy,..almost all are Pas members,..they didnt have the problems like the rest of the state,..but still no progress? ..all the while screaming about Hudud?,..

    Suddenly i realise,.. why Pas leaders go ape about Hudud laws,..its because they have failed in every important aspects about basic Islam,..education,.economy,..progress,..they failed to care for the young,…thats why they’re getting ready to chop and severe limbs when these guys do that,..!!

  29. Dear Tun,

    Semoga Tun dan Tun Siti Hasmah sehat hendaknya.

    Tun, I know that you meant well when you said that about hudud PAS, when politic is the main agenda behind it’s implementation. I am no politician nor a scholar, and I believe there are many moslems like myself who are not well versed with this subject.

    While we all know that this is hukum Allah, it is only one of three branches of the Islamic criminal law. Please correct me if I’m wrong. My question is why does PAS only want to implement one branch, how about the other two qisas and tazir. Maybe they will answer these are crimes against God. I am far from questioning this, I know that undang-undang Tuhan will prevail. However if behind it’s enforcement there lies a hidden agenda of politics of winning elections, the very purpose of upholding justice will fail.

    We cannot cheat Allah by having a diverted agenda. Even UMNO Kelantan yang sokong hudud PAS ini they must have got the blessings from orang tertinggi UMNO who must have given the nod to proceed, although orang tertinggi itu have kept mum till this very day. Kinda fishy don’t you think Tun?

    PAS is all out to enforce hudud. Rakyat berhak tahu segala perincian perlaksanaannya. Segala hitam putih perlaksanaan mesti dibentangkan kpd rakyat. Jangan jadi huru hara pulak nanti. Jangan jadi Sudan dan Afghanistan di mana wanita menjadi mangsa ketidakadilan – sudahlah dirogol dituduh berzina pulak, direjam disebat. Perogol terlepas hanya sebab tidak ada saksi 4 orang muslim yg menyaksi kejadian. Bukankah dalam hukum hudud ini bukti 4 saksi beragama Islam yg diterima, maka bukti lain spt forensik, circumstancial tidak diterima? Mcmna klu ada saksi yg lihat tapi mereka bukan Islam? Sudah tentu tidak boleh dipakai. Maka wanita2 mangsa rogol ini yg jadi mangsa.

    Saya bimbang kanak-kanak juga jadi mangsa. Phaedophile akan berleluasa. Bukankah di Kelantan ini sudah cukup banyak kes rogol, anak cucu dirogol. Kalau takda saksi Islam yg melihat, gembiralah si pemangsa itu.

    Di Arab Saudi dan Brunei kehidupan rakyatnya jauh lebih baik dari segi kos kehidupan dan kewangan mereka jauh lebih senang drpd di sini. Jadi hakikatnya mereka tidak perlu mencuri. Bukan saya kata orang kita mencuri.. tapi hakikatnya inilah yg masih berleluasa sekarang di negara kita. Jenayah kerana sesuap nasi masih luas berlaku. Kerana rata2 orang kita masih ramai hidup dalam kemiskinan. Kelantan tidak terkecuali. Maka saya bimbang akan ramailah rakyat Kelantan yang Islam kehilangan tangan, mungkin termasuk kanak2 dan remaja yg mencuri hanya kerna kesusahan hidup. Kalau sudah tiada satu tangan kemudian tangan yg satu lagi, bgmana orang2 ini yg sdh bertaubat hendak meneruskan kehidupan bekerja? Bgmana dgn keluarga mereka? Apa yg boleh dibuat sedangkan kerja menganyam tikar pun perlukan tangan. Kerja nelayan pun perlu tangan. Nak jadi drebar pun klu takda tangan bolehkah drive guna kaki pegang stereng. Sedangkan orang bukan Islam boleh sperti biasa teruskan hidup mereka stelah habis hukuman.

    Saya sarankan PAS titikberat kpd membangunkan kebajikan rakyat – pendidikan, ekonomi, khususnya orang2 Islam yg di Kelantan. Cari dulu penyelesaian kpd masalah sosial rakyatnya- dadah, rogol, remaja rosak buang anak, semua ini masih berleluasa di Kelantan. Titikberatkan kpd membaiki semua masalah2 ini terlebih dahulu. Supaya kuranglah bilangan mereka yg dihukum hudud kelak.

    Tun I can’t agree with you more when the ultimate goal is justice but that is hindered by people who have secret agendas that they think they can cheat God.

    Tun thank you for even caring to read this, my opinion may not be agreed by you or others. Like you said, yang buruk itu daripada kita, yang baik itu daripada Allah jua. Take good care Tun. You are in my prayers always.

  30. I believe islam is the best way and guide for all umah live in this world.Most of them reluctant to read it and understand mesage from Allah.Al quraan is not for ulamak only but for all muslim to read n understand the content ,not just read it in arab ..not everybody understand arabic language..why dont we read it in language that ourself understand.they are alot of translate version that help us understand better what Allah want us to do as muslim..and the way to obey Allah orders and implement it in our lifestyle.Most of muslim chasing against hadith as priority and Al quraan as secondary referance.That not the way it should be.Even when we are in the school we read the text book first before read the additional elaborated books.AlQuraan is Allah ‘s word and order towards all human ….and i believe it should be priority .

  31. Saya tidak peka akan topik ini
    Uztad bukan , Khiayi bukan , Ulama jauh sekali , tok bomoh pun bukan

    Yg saya faham Hudud adalah Shariah Islam
    Juga ia dilihat seperti satu hukuman yg fanatic namun juga hukuman yg lebih ringgan dari hukum Civil , hukum akal manusia yg berubah mengikut terkini
    Hudud , Jika simangsa memaafkan si penjahat maka lucutlah hukum Hudud tersebut
    tapi Hukum Civil akan di Hukum mengikut undang undang

    Pada saya
    Beauty , Ugly , Justice is in the eye of the Beholder
    Ini urusan manusia sesama manusia
    Urusan manusia sama Allah malaikat menyaksikan

    Jikala pegawai yg menguruskan hukum Hudud mungking tabiat mereka lebih buruk dari si penjahat . Sudah banyak kelihatan ,si Polis mengambil Kesempatan akan Kuasa mereka
    Si pegawai Jakim yg tangkap Khalwat , Puasa kadang kala mereka lebih teruk dari di Tuduh . Tak Puasa tapi tangkap orang yg tak Puasa
    Ialah inilah yg dinamakan manusia

    Saya amat benci manusia yg Hypocrites
    Cakap agama macam Champion tapi sayang tak pernah masuk Final, Syurga tak tahu pula
    Insyallah sini ,Insyallah sana tapi Penipu macam Puaka
    Saya pernah bercampur dengan orang bersarban tapi terperanjat saya
    mereka juga tarak botol

    Agama Islam Indah . Tidak ada Paksaan
    Kita bertanggung jawab teguh meneguh secara sulit untuk menyembunyikan Keaiban sesaorang

    Ini Penting
    AGAK MENDADAK
    Bagi PAS yg ingin mengendalikan Hukum Hudud sekarang
    Jika ia di pratikan sekarang ,di zaman modern ini
    Di Negara Berbilang Kaum ,Bangsa ,Agama
    yg sudah di Cemari Budaya Barat , Ilmu Barat, Hasutan Barat ,TV Barat Keparat
    SEOLAH ISLAM BARU DIKETEMU SEMALAM
    Apa yg Hang buat selama ini PAS ?
    Sibuk kutuk mengutuk , Sibuk membodek Anwar , DAP
    Sibuk menuduh orang lain Haprak , Murtad , Kafir
    Sila Renungkan Saudara ku , PAS

    Penghujung nya
    Well ……I Don’t know
    Whether I go to Hell or to Heaven…..dialog Mad Zain Labu Labi

  32. Assalamualaikum Tun.

    Hudud

    Siapa lebih kuat?

    Orang yang berpuasa menahan lapar dan dahaga atau orang yang tidak berpuasa?

    Yang kuat dari segi fizikal dan mental.

    Kesianlah orang Islam sebab sentiasa lemah sebab setiap sebulan setahun tak makan dan minum serta mudah dibuli oleh orang yang tidak berpuasa.

    Ini tidak adil?

    Teruma kasih Tun.

  33. Let PAS,..UMNO,..and all that is relevant to the Malays burn,.let all the Fanatics..all the cronies raze to the ground with their worthless leaders..lets pray from the ashes rises someone who has Islam,..Malay and Malaysia in his heart..

  34. Maafkan saya kerana lari dari tajuk.

    Pada pendapat hamba, kelmarin adalah hari paling tidak ‘sihat’ untuk Institusi Raja Melayu yang hamba amat junjung-tinggi dan kasihi.

    Dalam suasana politik hari ini, masyarakat bumiputera amat-amat memerlukan Institusi Raja-Raja, sebagai ‘last line of defense’. Hamba anggap Institusi Raja seperti ‘Harta-pusaka’ kepada orang Melayu. Dalam keadaan Melayu sudah pecah 3, dan mungkin 4 (setelah Tun desak Najib berundur), Tuanku tidak boleh sama-sekali membayangkan sokongan kepada ahli politik atau mana-mana Party politik. Party mana pun yang menang atau dalam situasi Hung-Parliament, pada PRU, Tuanku MESTI bersikap berkecuali. Jika Tuanku kerap mengeluarkan kenyataan atau pendapat mengenai Politik, takut nanti pemberita akan sentiasa tanya Tuanku soalan mengenai Politik juga.

    Jika Tuanku kerap masuk campur dalam politik, takut nanti, Institusi Raja tidak lagi dipandang Mulia oleh pihak yang Tuanku tidak sokong. Syak-wasangka akan timbul, bahawa ada campur-tangan Istana dalam memilih Ahli Politik, menjawat sesuatu jawatan. Sudah tentu ini membawa implikasi tidak baik untuk kesejahteraan Negara dan Institusi Raja sendiri.

    Ampun Tuanku.

  35. musato……saya setuju dengan anda….suka dengan ayat contoh contoh contoh…jadi saya ulangi saranan anda pada tun jangan terperangkap dengan alam maya walaupun saya pasti tun jenis yg berfikir sedalam2nya tp dia juga manusia biasa…

    ya seperti anda dan saya kita semua manusia biasa…sebagai pengkritik kita semua akan terperangkap dengan satu perkara sama iaitu terlupa mengkritik diri sendiri sebelum kritik orang lain atas setiap perkara…..padahal seorong manusia sebelum mengkritik orang lain perlu kritik diri sendiri….which i think it need pengalaman untuk membezakan dan pengalaman tun teramat banyak untuk dibandingkan…

    ttg alam jin hantu syaitan….saya rasa persepsi orang terhadap perkara ini berbeza.,..ada yg kata tahu nampak pengalaman dll dan saya sendiri bioleh katakan pengalaman saya berkahwin dengan orang bunian tapi saya tak nampak faedahnya melainkan mengharap org mempercayai dan memandang tinggi pada saya which i dont need at all…..anyhow…saya terbuka untuk bersama anda dan anda bersama saya jika anda benar2 berminat dengan alam jin sbg pelajaran mengenal kuasa Allah

  36. Assalamualaikum Tun.

    1 Adil tidak semestinya sama. Konsep keadilan yg Tun kaitkan dalam isu Hudud ini : Adil = Sama. Keadilan tak sama dengan kesamarataan. Kesamarataan = komunis atau sosialis. Kalau begitu tandas awam tak perlu ada tandas lelaki dan tandas perempuan, cukup dengan satu tandas: tandas awam 1Malaysia (untuk lelaki & perempuan). Keistimewaan bumiputera, tak sesuai dgn konsep keadilan Tun. Nampaknya Tun ada masalah dalam  mendefinisikan keadilan.

    2 Hudud ini hukum dari Allah suhanahu wa taala. Jadi ianya kena dilaksanakan mengikut cara yg ditunjukkan Rasulullah sallallahu alaihihi wa alihi wasallam. Ayam adalah binatang yg halal dimakan berbeza dgn kucing. Kalau ayam berkenaan dimasak rendang tanpa disembelih  ianya menjadi tidak lagi halal utk dimakan kerana ianya disediakan tidak mengikut cara yg ditunjukkan Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam. Begitu juga Hudud.

    3 Hudud mesti disediakan mengikut cara yg ditunjukkan Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam. Mustahil Hudud boleh ditegakkan melalui demokrasi karangan Lord Ried! Quran & Hadith dikongkong di dalam kotak Lord Ried. Jadi bagaimana Hudud melalui demokrasi Lord Ried boleh menepati Quran & Hadith? Hudud mestilah disediakan dgn menyediakan org org yg berkualiti bukan menyediakan kuantiti orang. Perkara yg akan berlaku nanti dgn Hudud di Kelantan & Persekutuan sama seperti nasib mesjid mesjid & surau surau di Malaysia. Semasa mahu mendirikan mesjid & surau semua penduduk kariah berkenaan bersemangat. Kumpul duit, minta peruntukan dr YB. Bila dah siap, purata penduduk kariah yg menggunakan surau & mesjid setiap hari tak sampai 5%. Banyak surau yg pengimarahnya adalah cicak cicak bukannya penduduk kariah surau berkenaan. Hudud di Kelantan & Persekutuan akan menjadi hodoh & ternampak hodoh kerana ia disediakan dgn menyediakan kuantiti orang.

    4 Saya nasihatkan Tun supaya mengambil nasihat orang yg arif  utk buat kenyataan yg berkaitan Islam. Sungguh mengerikan kenyataan kenyataan Tun berkaitan Islam. Boleh merosakkan iman.  Ini bukan sahaja utk kebaikan Tun di dunia & akhirat tetapi utk org org yg mengikuti kenyataan Tun.

  37. Salam Tun,

    Tumpang lalu, terima kaseh!

    For All Bloggers,

    Before we get sidetrack, badly, let us recapitulate on what Tun had said or not said:

    1. Hudud:
    Tun did not question ‘Allah’s laws’ etc. but merely, wants it to be fair, when PAS is implementing it, or when it would be implementing it, if ever. As commented herein, even the Prophet (PBUH) was reluctant to implement it. Why was that? Only Allah SWT knows best. Moreover, as history has it, that was the ONLY time that the Prophet did it. Was the Prophet defying Allah SWT? If anyone argues that by Hudud (PAS’, that is) would deter would be offenders, you are naïve. I believe the Prophet felt the same too then. I too would like to believe that when Allah SWT mentioned it in the Quran, was because it was to teach us that there is limit in sentencing. Thus, if someone was caught stealing, the punishment for it, is to have his/her cut off, and not to be sentenced to death, etc. After all, is not ‘Hadd’ (the originating word to ‘Hudud’, I believe) means ‘limit’ in ancient Arabic? Let us not get all too excited in interpreting the Quran. Being a good Muslim is not about cutting people’s limbs and such. Being a good Muslim is all about being compassionate, understanding, and fair. Were not those the Prophet Muhammad (PBUH) traits?
    I am positive that the Tun does not have any other ulterior motives in rejecting PAS’ Hudud other than wanting it to be fair and equal to all parties, if PAS would ever implement it. If being incarcerated and hanged to death under exiting criminal laws of the Country did not deter any would be offenders, how certain are we that the PAS’ Hudud would be able to do that except other than to maim people? Please think. Allah SWT gave us brains to think; please use it wisely and justly.

    2. DSN:
    The Tun just wants those questions he had posted answered, and so is what Malaysians want too. What is so wrong with it? Answer those questions, but not replying them merely. Give him and us, Malaysians, the data. I am sure the Tun, and we, Malaysians, mostly, are not that dumb and stupid. Being evasive would only make it worst. The theories that the Tun wants to return as PM; that he wants Mukhriz to become PM; that he worries that if PR (IF!) were to reach Putrajaya (IF!) would jail him; that the Crooked Bridge would not be built, etc. are nonsensical, purely. I believe the Tun just wants to make sure, that before he dies, Malaysians would live happily, wealthily, and prosperously, and not become slaves in their own county, which I believe too, if current dilemmas are not checked and addressed.

    3. Reason:
    The Tun is betting against his legacy and reputation to make sure that Malaysians become proud people of this world. And, what is wrong with that?

    Sekian, Tun, terima kaseh, sekali lagi. May Allah SWT continues to guides and blesses you. Ameen. Wassalam.

  38. Bagaimana Hudud Dapat Diterapkan Secara Sempurna

    Hukum hudud akan dapat dilaksanakan secara sempurna jika dua elemen iaitu Kekuasaan Ditangan umat (as sulthan li al ummat) dan Kedaulatan ditangan syarak (As siyadah li as syar’i) berjaya dijadikan teras kepada pembentukan sesebuah negara. Tanpa kedua-dua elemen tersebut, hukum hudud tidak akan dapat diterapkan secara sempurna.

    Artikel Penuh :

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/05/hudud-landasan-untuk-diterapkan-secara.html

  39. Youtube, Yahoo & Google Malaysia digodam. Maklumat anda mungkin dinodai! Adakah dengan Hudud, Tangan Penggodam akan lebih bermaruah, Apa kata Survey? ,Jiwa & Minda

    Bila Ayahda meniup Trompet & Bonda memetik Biola untuk pengunjung laman sesawang Chedet.cc? 1 rakaman untuk kami?

  40. Bn, or opposition parties cannot guaranteed the economic prosperity of malaysia, and asean in the next 20 years. Only an independent body can guarantee the political, economical and social issues plaging asean. Imf and world bank are the non political options out to link asean via speed train. Soal jawap atau tidak, it wont solve umno problems.

  41. Korus Lirik lagu UMNO boleh la tukar lepas ni..
    UMNO terus parah.. Di bawah Najib Dan Rosmah..

  42. Ramai antara kita termasuk saya marah bila dikatakan Tun sudah nyanyuk , tapi bila melibatkan hudud , response dari Tun nampaknya Tun macam dah betul nyanyuk , betulkan saya kalau saya silap , kenapa hudud itu zalim keatas penjenyah sedangkan kaedah pembuktian jenayah yg lebih kompleks daripada hukum sekular , apakah apa yg diwahyukan Allah kepada Rasulnya itu tidak benar atau zalim , maka zalimlah Nabi Muhammad SAW beserta para sahabatnya , ugama sesuatu yg indah Tun , jgnlah Tun cemarinya dgn pendapat Tun yg sebenarnya tiada sokongan dari majoriti umat islam malaysia , kenapakah kafir begitu menolak hudud yg tidak terbeban apa2pun keatas diri mereka melainkan kerugian dari segi perniagaan maksiat yg mana majoriti pelanggannya adalah muslim spt arak , zina , judi dsb atau adakah Tun bersetuju dgn kerosakan moral orang islam oleh bukan islam , dalam byk segi Tun adalah yg terbaik , tapi dari segi agama , byk yg Tun perlu perhalusi sebelum Tun memberikan pendapat , sebaik2 pemimpin muslim didunia akan ditarik dgn rantai di padang Mahsyar nanti , bertaubatlah Tun

  43. Salam Tun,
    Saya respect Tun sebagai bapa pemodenan malaysia. Diharapkan cara pemikiran Tun yang visionary dapat dicontohi oleh pemimpin muda sekarang demi masa depan negara yang lebih cemerlang dan gemilang.

    Namun saya sedih bila Tun mengkritik usaha PAS untuk memartabatkan Islam di masa kita masih hidup lagi ini sejajar dengan amanah yang diberi semenjak kita dilahirkan lagi. Toksah difikirkan menggunakan akal manusia semata-mata dan membandingkan dengan orang-orang Arab yang diragui keislamannya jika dilihat pada tindakan mereka seperti yang Tun beri contoh itu.

    Apa yang peliknya tentang hukum Islam ini, mereka yang bersalah merayu-rayu untuk dihukum kerana takutkan azab Allah di akhirat nanti. Cuba ambil contoh di zaman nabi di mana seorang perempuan yang mengaku dirinya berzina datang kepada nabi untuk di hukum. Panjang ceritanya ni, tapi seboleh-bolehnya nabi tidak mahu menghukum wanita tersebut walaupun dia telah mengaku. Perlu adakan bukti itu, bukti ini…hingga akhirnya menjadi jelas sejelas-jelasnya. Itupun nabi suruh wanita itu melahirkan anaknya dulu. Selepas melahirkan, dia datang pada nabi untuk dihukum. Tetapi, nabi suruh dia menyusukan anaknya selama dua tahun dulu. selepas dua tahun, dia datang lagi pada nabi, hingga akhirnya hukuman rotan dijatuhkan pada wanita itu. Pengajarannya, bukan undang-undang yang mencari dan mensabitkan kesalahan untuk dia dihukum. TETAPI, wanita itu sendiri yang datang minta dirinya dihukum atas dasar keinsafan, taubat dan takut azab di hari akhirat. Pelik kan…. mana pernah ada dalam dunia sekarang ni, orang datang pada pemerintah untuk dihukum. Itulah kehebatan undang-undang Islam. Menghukum untuk menebus dosa dan memberi pengajaran kepada orang lain.

    Maaf kalau posting saya ni lari tajuk. Tapi saya harap sangat, toksahlah Tun komen lebih-lebih pasal hudud ni. Saya doakan Tun, diri saya dan semua warga Islam di bumi Malaysia ini mendapat Taufik dan Hidayah untuk menjayakan diri sebagai Khalifah di bumi Allah ini dan mengakhiri hidup dengan iman yang mantap. Bulan lepas TG Nik Aziz, bulan ini atau bulan-bulan mendatang, giliran kita pasti muncul…

  44. Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Setuju dengan Tun. ’Hudud PAS’ bukan ’Hudud Allah S.W.T.’ kerana ’Hudud PAS’ memang amat tidak adil. Lagipun banyak aspek tentang pelaksanaan hukuman2 masih kabur & tidak diperincikan dan samada boleh atau tidak dilaksanakan.

    Adalah amat janggal sekarang ’Hudud PAS’ disokong oleh UMNO Kelantan. Adakah mereka tahu apa yang mereka sokong? Bolehkah mereka terangkan kepada ahli2 UMNO ’apekebendenye Hudud PAS’ ini. Dulu tidak sokong, sekarang sokong, walhal apa yang disajikan adalah ’benda’ yang sama. PAS sendiri pun terkial-kial untuk menjawab banyak persoalan tentang ’Hudud PAS’. DAP/PKR yang menjadi kawan seperjuangan mereka pun gagal mereka yakinkan.

    Adakah mana2 negara Islam di dunia yang melaksanakan ’Hudud’ membezakan hukuman2 (Hudud) antara/kepada Islam dan bukan Islam? Bagaimana dengan pelancong atau warga asing yang bekerja di Kelantan? Adakah mereka tertakluk kepada hukum ’Hudud PAS’?

    Adakah PM ’bukan boneka Tun M’ (menurut blogger pro-PM) boleh yakinkan rakyat tentang alasan mengapa ‘Hudud PAS’ patut disokong oleh UMNO Kelantan? Takkan mereka buat keputusan tanpa merujuk kepada Presiden UMNO. Bukankah SO-LI-DA-RI-TI penting?

    ‘Hudud PAS’ sebenarnya akan menjerat UMNO. Pembangkang bertelagah kerana ’hudud’, dan adakah BN juga mahu berada dalam situasi yang sama? Ini yang dikatakan ’tiada beban batu digalas’ (mencari masaalah, sedangkan masaalah 1MDB etc.pun masih gagal diatasi). Rakyat masih tertunggu-tunggu apakah pendirian Presiden UMNO/BN tentang ’Hudud PAS’.

    Tun adalah ‘wakil rakyat’ yang sebenar yang tidak mengharap imbuhan wang/jawatan untuk menyuarakan persoalan2 dan kebimbangan rakyat. Tun juga mengambil risiko untuk diperlekeh dan dihina oleh PM & gang. Soalan2 yang Tun kemukakan adalah soalan2 ’rakyat’. Jadi, jawapan2 yang diberi perlu memuaskan hati rakyat. Jika rakyat tidak puas hati, buruk akibatnya. Jika gagal menjawab dengan jelas, eloklah PM meletak jawatan dengan kadar segera.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  45. Assalamualaikum.

    Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tun tentang Hudud PAS ini. Ianya menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

    Bagi saya Najib wajar berundur kerana selagi dia memimpin bahtera UMNO / BN hari demi hari rakyat yang menyokong UMNO/BN semakin luntur sokongannya dan akhirnya beralih kepada pembangkang.

    Saya amat bersetuju Najib MESTI berundur dari PM SEGERA. Bahana Najib jika ia kekal sebagai ketua negara dan UMNO, saya yakin UMNO/BN akan berkubur semasa PRU 14 nanti. Kita mahu menyelamatkan Najib atau UMNO/BN? Kita hanya boleh pilih 1 dari 2 pilihan yang ada. Melayu yang menyokong UMNO mesti bijik membuat pilihan. Masa kian suntuk membuat keputusan.

    “AYAT TUN PALING BEST IALAH ”
    Itu pun kalau rakyat BIJAK…

    A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country.

    “Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.”

    Zaman saya buat putrajaya,menara petronas,FI walau pun kos yg tinggi dll…kita masih dapat cari tahu kemana duit rakyat dibelanjakan…zaman Najib 1MDB rm45billion hutang tidak tahu kemana…saya penat memikirkan hala wang negara…

    Zaman saya tiada gst pun dpt bina klcc, kl tower, lrt, monorel.. ….walaupun tak popular…tetapi masih dapat diketahui rakyat…

    Belajar dari kesilapan itu bagus tapi sekiranya anda terus melakukan kesilapan dengan alasan untuk belajar ia boleh memusnahkan masa depan. ….

    Umno akan berkubur sekiranya Najib terus memimpin. Isyarat dari akar umbi mahukan perubahan.. dengarlah…jangan terus menipu diri..

    Gst bukanlah satu langkah yang bijak untuk memenangi kembali hati rakyat…Tak kira siapa penyokong atau pembangkang terkesima dengan langkah kurang bijak kerajaan Najib…

    Rakyat akan menghukum umno dalam pilihanraya akan datang…itupun kalau rakyat bijak!!

    Malangnya terdapat segelintir rakyat yang masih duduk di zon selesa dan bertindak bagai LEMBU kenyang yang di ikat hidung…

    “ITUPUN KALAU RAKYAT BIJAK…”

    By Mahathir Mohamad

    Tun memang hebat. Saya bangga dan setia bersama perjuangan Tun.

    Najib, Rosmah, Khairy Jamaludin, Hishamudin, Shahrir Samad, Shahrizat Jalil, Said Keruak, Ahmad Maslan dan ramai pembodek-pembodek Najib mesti berundur dalam warna politik UMNO masa kini. Kerana orang macam inilah yang merosakkan UMNO pada masa akan datang. Kepada kumpulan manusia seperti ini, jika sesuatu berlaku tsunami pada PRU14 yang membawa malapetaka kepada BN, ianya adalah SIAL yang kamu bawa. Kesannya pada kami, generasi kami yang akan dihukum seperti terjadinya Melayu Singapura yang melukut di tepi gantang dan bumi dipijak milik orang. Najib jangan perasan, kau mesti berundur demi kesinambungan UMNO dan BN masa akan datang.

    Saya melihat pelapis UMNO yang boleh diketengahkan ialah MB NS Mohamad Hasan tapi jangan pilih kasih naikkan KJ, Zahid Hamidi, Mustafa Muhammad, Mukhriz, Shafie Apdal dan Abdul Aziz Rahim. Mereka ini ada aura unttuk memimpin negara.

    Muhyidin saya lihat semakin kurang ****** sejak menjadi pembodek Najib.
    Orang ramai juga kian meluat pada manusia pembodek kerana hidup pembodek akan menyusahkan rakyat yang tiada kepentingan peribadi.

    Kes pembunuhan Altantuya, Najib tidak menjawab soalan Tun. Dia buat tak faham…

    Terima kasih Tun. Harap Tun tabah dengan dugaan lebih-lebih lagi pembodek-pembodek yang menjijikkan itu.

  46. Tun,

    Assalamualaikum. Baru pagi tadi saya terbaca tentang Hudud PAS oleh Datuk Haji Hadi di dalam akhbar. Terlintas di fikiran saya, daripada PAS bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Hudud yang cukup kontroversial ini ( walaupun saya gembira PAS dan DAP bertelagah) tetapi bukankah lagi bagus jika PAS bersungguh sungguh untuk membasmi kemiskinan , menghapuskan masalah sosial memakmurkan dan melestarikan negeri Kelantan menjaga alam sekitar dan paling utama menitik beratkan soal kebersihan di seluruh negeri itu. Saya percaya jika PAS dapat melakukan semua ini sehingga menjadi contoh kepada negeri negeri lain di Malaysia, saya yakin PAS dapat meyakinkan rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa Hudud patut dilaksanakan. Saya menyokong Hudud yang berlandaskan Islam itu adil tanpa mengira bangsa dan darjat. Siapa lah kita untuk menolak hukum Allah s.w.t.

  47. jangan jadikan hudud huduh dan faraid parit….

    saya sedih islam di malaysia dah jadi macam komunis…kalau kita persoalkan akan dikecam, didakwa, diugut bunuh dll….kalau betul org itu jahil adalah lebih baik pendekatan lebih islamik iaitu menasihati dengan baik….

    malangnya di malaysia…untuk tegakkan satu hukum(huduh) hukum lain diabaikan seperti jangan aibkan orang….jangan bunuh orang…jangan hina orang dll…..

    jika saya menentang hudud saya bukan menentang islam tapi jika saya tentang keadilan maka saya tentang islam…

    hudud sama seperti faraid…..faraid juga hukum ALLAH….tanya diri anda adilkah faraid sehingga 40 billion hartanah islam tidak dapat dimajukan???adilkah faraid hingga anda tidak dapat hak anda??????faraid adil orang yang melaksanakan dari semua peringkat yg tidak amanah jujur serta kompeten begitu juga hudud….

    xpaham…???baca selangkunya di
    http://mustaqimabdulrahman.blogspot.com/2015/03/hudud-tidak-sempurnakan-tapi-keadilan.html

  48. “9. Nawaitu orang Islam semasa membuat ibadat amat penting. Jika niat semasa solat, tawaf dan saii ialah untuk senaman, ia tidak lagi menjadi ibadat. Kerana hudud PAS mempunyai niat menang pilihanraya, maka ia tidak lagi Islam.”

    Nawaitu tidak pernah dan tidak akan menghalalkan cara, walaupun ianya baik. Inikan pula nawaitu tak baik. Inilah yang membezakan antara ajaran Islam dan bukan Islam. Manusia lupa bahawa yang nawaitu yang tertanam di dasar hati paling dalam pun diketahui juga oleh Tuhan.

    Wallahuaklam.

  49. Salam!

    Hukum Hudud PAS tidak ada kena mengena dengan Islam malah bertentangan dengan Islam.

    Contohnya seperti hukum potong tangan pencuri. Apa kata kita buka Quran dan teliti ayat-ayat berikut :-

    Surah Al-Maedah; ayat 38 :

    [5:38] The thief, male or female, you shall CUT THEIR HANDS* as a punishment for their crime, and to serve as an example from GOD. GOD is Almighty, Most Wise.

    *5:38 The practice of cutting off the thief’s hand, as decreed by the false Muslims, is a satanic practice without Quranic basis. Due to the special importance of this example, God has provided mathematical proof in support of marking the hand of the thief, rather than severing it. Verse 12:31 refers to the women who so admired Joseph that they “cut” their hands. Obviously, they did not “cut off” their hands; nobody can. The sum of sura and verse numbers are the same for 5:38 and 12:31, i.e., 43. It is also the will and mercy of God that this mathematical relationship conforms with the Quran’s 19-based code. Nineteen verses after 12:31, we see the same word (12:50).

    Surah Yusuf; ayat 31 :

    [12:31] When she heard of their gossip, she invited them, prepared for them a comfortable place, and gave each of them a knife. She then said to him, “Enter their room.” When they saw him, they so admired him, that THEY CUT THEIR HANDS.* They said, “Glory be to GOD, this is not a human being; this is an honorable angel.”

    *12:31 THIS IS THE SAME WORD USED in 5:38 regarding the hand of the thief, and the sum of sura and verse numbers (12+31 and 5+38) are the same. Therefore, the thief’s hand should be marked, not severed as practiced by the corrupted Islam.

    Contoh lain ialah hukum rejam untuk penzina yang telah berkahwin. Cuba teliti ayat Quran yang berikut :

    Surah An-Nisa; ayat 25 :

    [4:25] Those among you who cannot afford to marry free believing women, may marry believing slave women. GOD knows best about your belief, and you are equal to one another, as far as belief is concerned. You shall obtain permission from their guardians before you marry them, and pay them their due dowry equitably. They shall maintain moral behavior, by not committing adultery, or having secret lovers. Once they are freed through marriage, IF THEY COMMIT ADULTERY, THEIR PUNISHMENT SHALL BE HALF OF THAT FOR THE FREE WOMEN.* Marrying a slave shall be a last resort for those unable to wait. To be patient is better for you. GOD is Forgiver, Most Merciful.

    *4:25 This law proves that the punishment for adultery could not possibly be stoning to death as stated in the laws of corrupted Muslims (see 24:2).

    Yang paling penting, keadilan mesti ditegakkan untuk semua, tak kiralah dengan orang baik atau orang jahat. Cuba lihat ayat Quran ini…

    Surah Al-Maedah; ayat 42 :

    [5:42] They are upholders of lies, and eaters of illicit earnings. If they come to you to judge among them, you may judge among them, or you may disregard them. If you choose to disregard them, they cannot harm you in the least. But IF YOU JUDGE AMONG THEM, YOU SHALL JUDGE EQUITABLY. GOD LOVES THOSE WHO ARE EQUITABLE.

    Oleh yang demikian, SAYA MENYERU DAN MENGHASUT anda semua supaya MENENTANG HUDUD PAS kerana ianya bukan undang-undang TUHAN, malahan HUDUD PAS bertentangan dengan perintah TUHAN.

    Sekian, wassalam.

  50. Assalamualaikum Tun,

    Tun saya sedih lihat Tun dalam umur seusia Tun..Tun masih berjuang untuk bumu bertuah Ini ..(`mana pergi hulubalang2 kita Tun`)Panglima jgn ditanya la..(‘walaupon keris panglima hilang kerana undang2 tetapi semangat x penah hilang Tun”)

    ttg mh370/mh17-Gajah dgn gajah bergaduh pelanduk tesepit ditengah-tengah(NAJIB OVER Sangat siarkan kat TV)

    ttg satu MALAYSIA-Bersatukah Kita??

    Tun2..Terima Kasih

  51. Assalamualaikum Tun,(abstract)
    Sebagai orang mukmin saya tidak boleh menolak hukum ini dan saya bukanlah ahli dlm bidang ini.(ramai cendikiawan2 dan ahli akedemik) apa yang saya boleh tulis(klu salah maaf)

    1-Islam tidak halal kan cara
    2-Kita tidak ada negara model yang sama atau bersesuaian dengan negara kita(dalam laksana kan hudud) Nigeria??arab saudi??
    3-Jangan sesekali hanya nak laksana kan HUDUD TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENDATANGKAN FITNAH PADA `KESUCIAN ISLAM ITU SENDIRI”!!!!!(SETELAH DITUDUH PENGANAS)
    4-Hanya AHLI-AHLI AKADEMIK DAN CENDIKIAWAN2 sahaja yang boleh putus kan hudud berdasarkan jawatan kuasa yang dilantik(bkn hanya TUJUAN POLITIK!!!!!)
    5-HUDUD HAK KAMI(( ISLAM ))..Agama lain jgn masuk campur(x bermakna tidak boleh suarakan rasa Kebimbangan)
    Tun 😉
    Sayang Tun :-*

  52. Assalamualaikum Tun.

    Tahu pun Tun yang dalam Islam niat kita adalah penting.

    Dalam ajaran sesat pun niat berada dikedudukan yang penting. Katanya sembahyang guna niat je…

    Lagi satu chedet.cc wujud ketika Tun berada di luar UMNO. Kalau nak cerita pasal masalah UMNO dengan ahli ahli UMNO…rasa rasanya Tun ceritalah kat dalam UMNO je.

    Tak tahulah saya kalau wajaperak, mubarakchan, amin tan, HBT, sudin, botak dll yang join di sini ahli UMNO jugak.

    Berkali kali saya menulis bahawa alam maya berkaitan seperti alam jin seperti yang disebut dalam surah An Nas dan Al Falaq.

    Jika saya tidak lalui, tidaklah saya menulis perkara seperti ini. Mungkin orang lain tidak berapa faham apa saya maksudkan, tapi ia diibaratkan seperti kita tidak dapat menahan perasaan marah/ego apabila dibantah seperti di dalam blog ini…contoh…contoh…

    Kalau difikirkan apa yang ada dalam blog ini? Cuma tulisan dan mungkin ipad atau laptop sahaja dan diri sendiri…tiada orang lain sebenarnya disamping kita.

    Jiwa kita mengembara bersama perasaan sendiri. Entah betul entahkan tidak perasaan kita itu.

    Tulisan Tun akhir akhir ini terperangkap dalam apa yang dibualkan di dalam alam maya. Dalam erti kata lain topik perbualan sesama rakan blog Tun adalah terperangkap dalam alam maya.

    Sampai satu masa, kita tidak dapat membezakan mana yang salah dan mana yang betul kerana alam maya/alam perasaan akan memandu kita seolah olah kita berada di jalan yang betul.

    Cerita pasal Sirul, buat apa Tun nak kecoh kecoh. Sirul tu UTK, komando.

    Kalau komando takut mati kerana satu perkara yang beliau buat samada betul atau tidak, so jangan jadi komando.

    Komando kerja dia menerima arahan. Kalau tidak menerima arahan sekalipun, nyawa diri sendiri jadi taruhan. Samada mati atau hidup.

    Bukan melarikan diri dan bising. Azilah bertawakal ke tali gantung dan ditegaskan oleh bekas tunang beliau yang beliau tidak akan melarikan diri.

    Jika benar anggota keselamatan dengan rela hari membentengi pemimpin negara, negara Islam ini maka hukum mati mereka adalah syahid!!

    Dan perlulah kita ingat antara cara mendapatkan kotak hitam MH17 adalah PASKAU kita tidak memakai baju kalis peluru.

    Apa yang saya maksudkan adalah perkara hidup atau mati dalam menjalankan tugas sebagai anggota elit.

    Saya juga takut pada mati seperti yang saya tulis sebelum kejadian MH370.

    Tetapi perasaan tersebut saya kira dapat diatasi setakat ini melalui hobi berenang seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w

    Mungkin orang panggil itu water confident atau keyakinan pada diri sendiri.

    Setiap nafas yang kita sedut, kita berusaha untuk mendapatkan hidup kita.

    Tun berhati hatilah daripada terperangkap dalam ruangan alam maya.

    Sedangkan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pun memanggil manusia dengan panggilan ‘wahai celaka’

    *tertinggal nak tulis yang Rasulullah s.a.w juga menjadi was was dalam perbuatan baginda kerana gangguan jin dan kalau tak salah saya ia adalah asbab turunnya surah seperti yang tersebut.
    *Berhati hatilah dengan alam maya ini. Jangan terdaya dengan ‘kebenarannya’

    Terima kasih Tun.

  53. Assalamualaikum Tun,
    Dah lama saya tidak komen artikel2 Tun, Hudud PAS sememangnya tidak adil selagi hanya untuk orang2 Islam sahaja dan untuk ADUN UMNO yang menyokongnya menunjukkan taraf ilmu yang ada pada ahli2 politik era ini di bawah pucuk pimpinan Najib sudah tiada kualiti lagi.Saya adalah segelintir manusia yang telah lama meminta Najib turun dari kerusi Presiden UMNO dan Kerusi Perdana Menteri kerana dia adalah pemimpin yang tidak pernah tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakyat marhaen disebabkan dia dari golongan elit serta dia dikelilingi oleh penasihat2 bangsat dan bodoh. Saya menjadi ahli UMNO kawasan Johor Bahru tetapi tinggal di kawasan Parlimen Pulai, saya dapat melihat cara 3 Ahli Politik tempatan bekerja(1.TS Sharir Samad, 2.Nur Jazlan & 3.Dr. Boo). Dua dari UMNO dan satu dari DAP, yang no.1 masih konsisten berjuang seperti dahulu. Yang no.2 bekerja macam Parlimen bersidang 365 hari berbeza sungguh dengan arwah Tok Mat bapa dia. yang no.3 walaupun dia ini dari DAP tetapi dia melakukan apa yang MP & ADUN UMNO dulu2 buat iaitu senang berjumpa dan senang dihubungi serta selalu turun padang. No.1 & No.2 memang susah nak dikalahkan kalau bertanding di PRU14 kecuali nama kena padam tetapi No.2 masa sudah terlalu suntuk.
    TUN betul bila Tun kata BN akan KALAH pada PRU14 jika MP UMNO yang macam beruk dapat bunga terus dicalonkan. Masih ramai MP UMNO yang bagus tetapi yang segelintir inilah yang membuatkan rakyat marah pada BN kerana yang segelintir inilah puak yang mengelilingi Najib. Bila kepala ular gigit dan makan ekornya sendiri APA YANG AKAN TERJADI????????

  54. Dear Tun,

    Thank you for being our voice.

    You have done wonders for Malaysia in your years and I am grateful for it.

    Please do help us in these trouble times so that our children will have a better future.

    Thank you!
    Born in 1983

  55. Berdasarkan bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang hudud yang tertakluk dalam Undang-undang Syariah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Dewan Undangan Negeri. Dengan kata lain, undang-undang hudud yang ingin dilaksanakan di Malaysia bukannya di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi pelaksanaanya adalah hanya boleh dilakukan diperingkat kerajaan Negeri sahaja.

    Jika kesemua ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam bergabung dan berjaya membentuk Kerajaan Pusat dengan majoriti ⅔ sekalipun, hudud tidak boleh diterapkan di peringkat Kerajaan Pusat (Dilaksanakan secara menyeluruh di kesemua negeri yang ada di Malaysia) kerana tiada peruntukan Undang-undang Syariah yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Kerajaan Pusat, ianya hanya diberikan kepada Kerajaan Negeri sahaja.

    Artikel Penuh:

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/04/pelaksanaan-hukum-hudud-di-malaysia.html

  56. The root cause for the confusion of the meaning ‘ keadilan’ is the context it is used. Many ulema including the most influential Sunni Qaradawi has stated that justice must b used in the Islamic context. Thus non Muslims in a Muslim milieu cannot b given justice as they have refused to convert even after being treated as second class citizens as the bumiputra Copts have for 1400 yrs.
    To say non Muslims here having more ‘ justice’ when sentenced for crimes n no justice for Muslims for same crime committed thus making hudud unjustifiable is double hypocrisy at it’s highest. To ‘ memikat hati’ non Muslims is easy. Hapuskan Rasuah itu je. Like singapura.
    Tamadun Islam really was powered by the conquered people the Christian, Jews, Greek , Zoroastrian like developed Malaysia powered by 80% non Muslim taxpayers as stated by u.

  57. Lega jugak rasanya, Tun keluarkan issue Hudud PAS ni. Maklumlah, sebelum ini Tun kecoh pasal ‘benda’ lebih besar demi kesejahteran party, UMNO.
    Walaumacam mana pun, saya sokong Tun.
    DS Najib mesti letak Jawatan segera unuk mencerahkan peluang UMNO, menang PRU14.

    Issue UMNO Kelantan sokong Hudud PAS, saya pada mula pun tak setuju. Saya pun sama pendapat seperti Tun. Sokongan UMNO bermotifkan politik. Akibat ‘tsunami Cina’ PRU13, BN sudah terlalu lemah. Jika BN dan UMNO mendapat sokongan besar dari orang Melayu, harapan menang PRU14, cerah. (Lebih cerah tanpa Najib). Oleh kerana lemah, UMNO ‘terpaksa’ sokong Hudud PAS untuk menagih sokongan orang Melayu. Pada masa yang sama, PAS sudah lemah dan mungkin berpecah, kerana ramai penyokong mereka tidak setuju PAS ‘berkawan’ dengan DAP. Ada juga pemimpin PAS yang bergantung rezeki dari DAP. Maklum lah Cina banyak duit.

    Oleh yang demikian, sokongan UMNO Kelantan kepada Hudud PAS, bukan kerana Agama* semata-mata. (*Saya ingat nak tulis Allah. Takut berdosa la pulak.)

    Saya pun serba-salah sebenarnya. Ini lah peluang terbaik untuk menarik-balik sokongan Melayu terutamanya di Kelantan, kembali menyokong UMNO.

    Pada masa yang sama jika UMNO peringkat Persekutuan, juga menyokong Hudud PAS, ini akan menimbulkan rasa tidak senang Party Komponen BN, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Mengenai tentangan MCA, UMNO tidak perlu gusar kerana, kerusi dimana mereka bertanding pun diatas belas kasihan UMNO.

    Oleh kerana pendirian Tun masih sama seperti dahulu, saya kini tidak lagi ragu-ragu bersama Tun, tidak setuju dengan Hudud PAS.

    Kalau hukum Hudud PAS dikenakan sama-rata kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pelancong asing, tanpa mengira Bangsa dan Agama, saya akan setuju dengan Hudud PAS. Inilah Keadilan dalam Islam.

Comments are closed.