SIAPA BERTANGGUNGJAWAB

1. Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.

2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.

3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar.

4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.

5. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000/-. Jika urusan tidak ada kaitan dengan “money laundering”, iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.

6. Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.

7. Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?

8. Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih satu billion U.S. dollar sudah hilang.

9. Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.

10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.

11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.

12. Ada pemberita akhbar yang ditangkap kononnya kerana bersalah di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

13. Saya sendiri biasa digeledah oleh jabatan hasil dalam negeri semasa memiliki klinik perubatan. Saya terpaksa bayar cukai tambahan kerana segala penjelasan saya tidak diterima. Dijelaskan kepada saya jika saya bawa kes ke mahkamah, besar kemungkinan saya didenda tiga kali ganda. Siasatan ke atas saya dibuat kerana sangkaan bahawa sebagai doctor awam saya tentu kaya dan tidak bayar cukai sepenuhnya.

14. Pegawai-pegawai Kerajaan yang hidup lebih mewah dari pendapatan mereka biasanya disiasat oleh jabatan (board) hasil dalam negeri. Tetapi apabila Menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat.

15. Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.

16. Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Janganlah hendaknya ada pilihkasih dan diskriminasi dalam menguatkuasa undang-undang.

58 thoughts on “SIAPA BERTANGGUNGJAWAB”

  1. tawakkal hanya untuk orang yang telah berusaha, bukan berdiam diri. apa usaha kita???

  2. Assalamualaikum Tun…
    Seperti apa yang di dengar atau di baca di kalangan orang ramai atau media masa tentang 1MDB membuatkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap permerintahan Najib sebagai pendana menteri…ianya mengambil masa yang agak lewat supaya di beri penjelasan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya…kami rakyat hanya mendengar dari sumber2 seperti media termasuk internet…jika benar ini sungguh mengecewakan rakyat…jika sebaliknya kenapa terlalu lambat untuk di berikan penerangan…kami sebagai rakyat bukan duduk di sebelah pendana menteri memerhati apa yang berlaku…tapi kami rakyat memerlukan sumber yang benar dari mereka yang tulus ikhlas memberikan maklumat yang benar kepada rakyat….

    Adakah Masalah 1MDM ini memnyebabkan GST di perkenalkan ?..di tambah pula katanya harga minyak di naikkan kembali

    Kenapa TPM juga kelihatan tidak menyenangi dengan apa yang berlaku dalam isu 1MDB hingga menyuarakan sesuatu berucap di janda baik…..

    Jika orang kampung atau penduduk kampung tua mungkin tidak mengindahkan sangat isu ini mereka cuma inginkan ketenangan menghabiskan usia tua….bagi yang muda serta akan terus mewarisi kehidupan di bumi malaysia ini kami tak mahu berlaku perpecahan berlaku di kalangan orang melayu…

    Oleh kerana berdegil serta mahu mempertahankan kedudukan masing masing pelbagai perkara di dedahkan untuk menunjukkan kejahatan keburukan atau kesilapan lampau bagi menutup kesilapan terkini…

    senjata ini yang di gunakan kini bagi mengugat antara satu sama lain…gajah sama gajah bergaduh kami rakyat kecil terima akibatnya…pekung di buka memalukann bangsa sendiri semata mempertahankan apa yang di buat…
    tolonglah …kesianlah kami rakyat kecil…kami sangat memerlukan seorang pemimpin yang baik dan jujur bertanggunjawab melindungi kami…

    Rakyat hidup tertekan dengan isu politik sekarang di tambah dengan bebanan perbelanjaan harian meningkat…harga minyak dan barangan mahal…kehidupan di kelilingi warga asing yang bergitu ramai kerana ketiadaan ketegasan mengawal sempadan negara…bergitulah yang cara kemasukan pendatang asing bergitu mudah melalui thailand , persisiran pantai bolos…penculikan di sabah..

    Bagi pak menteri yang hanya menaiki kereta mahal sambil di kawal polis peronda mungkin tak rasa sepertimana rakyat biasa rasa ketika menaiki LRT, bas, apa saja pengangkutan awam…Kami rakyat rimas di keliling warga asing dengan mentaliti kampung yang di bawa dari pelusuk dan pendalaman negara mereka sungguh menyakitkan hati dan kurang sopan bila berada di kalangan orang awan di negara ini…cubalah pak menteri turun padang..rasa dan lihat….buka saja di jalannan malah terpaksa berjiran dengan mereka cukup tertekan…

    Masalah kewangan tekanan pendatang asing yang bergitu ramai membermasalah sosail memeritkan rakyat…keadaan ini di biarkan oleh pemerintah…supaya rakyat menyesuaikan diri dengan warga baru ini sungguh menyeksakan….dengarlah keluhan rakyat kesianilah rakyat…sapa yang ingin mendengar suara kami…tolonglah TUN….

    Pembersihan pendatang perlu di buat keluarkan mereka dari negara sebelum terlambat ianya memerbahyakan negara kita Malaysia…jangan bila dah teruk baru nak bertindak…padanglah ke hadapan apa yang akan berlaku nanti…

    Bagi Pihak pemerintah kami rakyat memohon selesaikan masalah negara ini dengan bijaksana…janganlah bertelagah hingga merugikan bangsa dan negara kita…jujurlah serta penyelesaian yang baik perlu di buat…bertolak ansurlah dalam menangani isu 1MDB ini…jika anda benar tunjuklah kebenaran itu…jika anda salah akuilah kesalahan itu…kami rakyat tak mahu mati di tengah2 dengan semuanya tergadai dan di bogelkan sambil di ketawakan oleh bangsa lain sdi dunia ini…

    dengarlah rintihan rakyat ini demi kebaikan negara dan bangsa…

  3. Salam Tun,
    Secara pribadi, hasil tinjauan saya bersama rakan rakan dikampung mahupun dibandar, kami dapati UMNO sudah semakin tenat. Ini satu fenomena yg menakutkan …. dan membimbangkan . Najib serta pimpinan UMNO skrg kena cari satu formula perubahan yg drastik jika mahu PRU14 terus memegang tampok pemerintahan , jika ini tidak dilakukkan maka UMNO hanya akan tinggal nama. Majoriti rakyat terutama golongan yg bukan berkait rapat dgn Putrajaya , marah dan meluat dengan isu 1MDB, mrk kata kami tidak mudah tertipu dengan kenyataan yg kononnya 1MDB masih boleh dikawal selia dengan baik, tiada apa yg perlu dibimbangi. Ini hanya retorik semata mata. Rakyat mahu soalan soalan yg diajukan oleh Tun M dijawab tanpa selindung……
    saya yakin jika Najib dapat menanggani semua soalan soalan Tun dengan telus dan penuh muhasabah, biarpun berat maka In sha Allah,orang bawahan seperti kami yg tiada kaitan dengan Putrajaya akan kembali menyokong kepimpinan UMNO.
    Moga Allah SWT merahmati Tun, moga Allah SWT terus melindungi Tun dari segala perkara yg tidak diingini , moga Allah SWT memeberi ganjaran besar buat Tun yg sanggup mendedahkan kepincangan kepimpinan skrg demi kebaikan masa depan UMNO. Hidup UMNO kini bergantung kepada pengorbanan pemimpinnya …… demi agama dan rakyat.

  4. Harga petol sudah naik dari 1.70/liter kepada 2.10/liter semalam

    Rakyatlah yang semakin menderita untuk bailout 1MDB .MUNGKIN kena naik lagi kalau

    tak cukup

  5. As Salam Tun,
    May Allah bless you always and with longevity.

    Just wondering whether our legal system is still in place or we are now following the law of the jungle?

    What take so long for auditor-general to come up at least initial report? Ambrin is good government officer, but my experience with him on the USIM fiasco project in Nilai which involve Isa Samad and family, he says his hand is tight!.

    Murad,n.s.

  6. Dear Tun Dr. Mahathir,

    How are you? Hope you and Tun Dr. Siti Hasmah are in the best of health.

    Tun, sometimes I do want to tell you to just let DSNajib be, just leave it, let them be. You have said it all over and over again but it seems that these people (UMNO/BN) just act deaf. You can take the mules to water but you cannot force them to drink. Let them pay for what they have done. I am more worried about your safety Tun. At your age if you were my father I would ask you to just leave these monsters. You shouldn’t be living a stressful life trying to correct people who are just plain monsters.

    However because of your inner conscience that feeling of moral responsibility towards this country that undivided love you have for this country I can understand that what you do is to save Malaysia from being used by DSNajib and those together in this with him.

    Tun, I think you know better than most people that DSNajib is terribly involved in money laundering. I am far from a smart alec in economy politics or criminology, but I do read sometimes when I have the time. I have found some basic things about what is money laundering. I am quite sure that not everyone in Malaysia can claim themselves to be so knowledgable that they know everything and do not have to read or research further. That’s why I would like to share this link http://money.howstuffworks.com/money-laundering.htm with the other readers other Malaysians for their own further knowledge about the subject. And just in case for you also Tun for a recap of the subject.

    I have a very strong feeling that DSNajib is very much into money laundering. He is not alone of course. He has people together in this with him of course. One of which is Mr. Jho Low, and Riza Aziz his stepson and probably a few foreign financial instituitions stretched out from the UK, US, Cayman Island, Arab, or even Singapore.

    Tun, the smell is almost identifiable. Money laundering. The crime is a very serious one. Although this will not be an easy task to dislodge the criminal/criminals, but I hope sooner or later the TRUTH will be revealed and DSNajib together with his network of money launderers will be brought to justice to face punishment he/they deserve.

    Thank you Tun Dr. Mahathir. I pray for your wellbeing and safety in facing this task of fighting evil and protecting our beloved Malaysia from demonic politicians as well as foreign hands.

  7. Assalam Tun,

    “Saya telah dipilih secara demokrasi oleh parti dan rakyat” dengan bangganya kenyataan itu dibuat..Najib dan konco-konconya masih asyik lagi dibuai kemenangan PRU13 bagai terlebih minum air daun ketum…hanya tiga negeri menang besar iaitu Sabah 22 kerusi,Sarawak 25 kerusi dan Johor 21 kerusi dan kerana 3 negeri inilah umno/BN masih memerintah…apa dah jadi dengan negeri-negeri lain? dan ini rekod terburuk umno/BN dalam PRU13.
    Tiada nampak tanda-tanda penambah baikan menarik rakyat menyokong umno/BN.Rakyat sekarang lebih melihat dan menilai kepada pelaksanaan dan impak positif kepada rakyat..bukannya manis dibibir mulut dan cakap tak serupa bikin.Najib dan konco-konconya juga gagal berfikir selari dgn rakyat…dan rakyat yang tidak bodoh..tetapi diperbodohkan.
    Ada ahli majlis tertinggi umno hanya guna nama menjadi pengerusi dan pengarah dibanyak syarikat untuk publisiti dan kununnya ada banyak contact dan boleh menolong syarikat tersebut…senangnya mereka ini buat duit..yang jadi mangsa pekerja2 syarikat tersebut untung sikit sebab bayar elaun,gaji dan beli kereta pada pengarah dan pengerusi ini..belum lagi dibayar semata2 untuk datang buat perasmian terutamanya pada syarikat2 yang baru nak naik.
    Semakin lama semakin terserlah siapakah Najib sebenarnya.Dengan isu 1MDB dan GST …masa yg tinggal lebih kurang dua tahun sebelum PRU14…adakah umno/BN akan menang besar?

  8. Salam Tun,

    I really thankful to Tun for trying really hard in bring out the truth on this whole issue, unfortunately, no real answers is given.

    It’s getting worse by day.

    Those who wish to read Tun’s writing in English, kindly click below http://www.translationfocus.blogspot com

    Thank you.

  9. Salam Tun

    Dalam hal ini saya percaya Tun memang dah tahu sangat prosedur-prosedur yang terlibat. Tun sebagai PM selama 22 tahun dah masak sangat siapa yang perlu bertanggungjawab bila perkara macam ini timbul. Harap mereka yang berkenaan dapat menerima teguran Tun.

    Terima kasih Tun.

  10. Rasanya masa kes forensik mona fandey datuk sosilawati dan altantuya menggunakan pakar forensik tempatan kenapa berita hari ni zahid hamidi menerima tawaran forensik dari US utk kes rohingya di wang kelian. percuma atau kena bayar ni? Amat memalukan negara kita seolah olah negara kita belum pakar lagi. Jangan main main terima tawaran itu .takut mereka ada udang disebalik batu.

  11. 1MDB,
    Kontroversi,
    SirulMati,
    FGV, GST, TNB,
    Tabung Haji,
    Banyak Lagi..??
    Luar Negara, Dalam Negeri..!!

    #RimbaKotaBatu
    #WangPenentu
    #KuasaKaku

    Andai Tiada Lagi insan Yg Mengerti..?
    Tak punya terbit iman di hati..?
    Hilanglah segala kehormatan diri..
    Umpama Melacurkan Tanah Air Sendiri..!!

    #HinakahMalaysia.?
    #CaraKitaOrangTimur.!

  12. Salam Satu MDB!

    Killing the messenger….

    Di Malaysia ni… Whistle blower dilayan seperti penjenayah… Penjenayah pula dilindungi. Kalau macam ni… Malaysia lebih komunis dari negara-negara komunis… Kita nak tegur tak boleh… Kita nak cakap tak boleh… Kita nak report tak boleh… Semuanya tak boleh. Sebab tu mamat dari hong kong tu tak boleh masuk Malaysia… sebab Malaysia sebagai negara komunis nak jaga hati negara Komunis China. Lepas tu nak berlagak macam Malaysia ni memperjuangkan Islam konon. Budak perempuan yang kena peluk dengan artis K Pop kau nak buli dia. Pekerja Borders pun kau nak buli. Nak jadi hero Islam konon. Pelacur, rumah urut melambak-lambak kat Bukit Bintang seberang Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL tu… Polis dan Jakim tak nampak ke? Hipokrit!

  13. 29. Why subprime mortgage meldown in usa that impact the world?

    30. As government, they must understand the fundamental of economics.

    31. Lama kelamaan, the younger generations do not want to own a property.

    32. Terlalu mahal.

    33. property dah dibikin, kita tak mampu.

    34. Jika tak mampu, macam mana?

    35. Bnm, is one of the best bank governor, in the world.

    36. She has the heart for the mutual trust as the regulator.

    37. winning votes tak susah.

    38. To transform kl to the next level, terpullanglah kepada bumiputra major share holders in 1mdb.

  14. 20. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/29/Liquor-sale-banned-at-medical-halls-Shopowners-cry-foul-over-sudden-directive/

    21. it is the tanggungjawap of the associations to explain to these pa ma shop to be transform to the next level to be at par with global phamarceutical policies to become a develop nation.

    22. Jika saya tak faham, saya akan browse website bnm.

    23. Masih tak faham, saya akan buat temuduga dengan pegawai yang bertanggungjawap fungsi ini.

    24. http://www.propertyguru.com.sg/property-management-news/2015/4/90051/how-will-gst-impact-malaysia-property-

    25. Perkasa ali kata bumiputra dan melayu masih dipinggirkan.

    26. 5% diskaun kepada pembeli bumi including muslim.

    27. Selepas tolak diskaun, pembeli kena bayar 6% gst.

    28. gajah tak nampak, hanya bijak menekan semut2.

  15. Assalamualaikum.

    Tun,

    1. Semakin hari semakin jelas kekalutan Najib a/l Razak mentadbir negara. Saya selaku rakyat berasa malu ber PM kan manusia seperti Najib ni.

    2. Semakin hari semakin jelas betapa Najib a/l Razak ni tidak cerdik mentadbir negara. Saya selaku rakyat berasa jika pemimpin seperti Najib ni berterusan mentadbir negara maka hancurlah negara. Lebih-lebih lagi UMNO sedikit masa lagi.

    3. Semakin hari semakin jelas betapa bodoh Najib a/l Razak memimpin UMNO. Hadi Awang suka dia terus PM atau presiden UMNO kerana pembangkang nampak Najib boleh dipergunakan. Najib ni BUTA dan tak kenal yang mana musuh dan yang mana kawan.

    Sekian Tun.

  16. Salam Tun,

    Keep the momentum going Tun ,the people are with you.

    Yang benar tetap benar ,yang salah tetap salah .

  17. HUKUM RIMBA menjadi NYATA..!
    Hanya terjatuh pada orang biasa..
    Kaya & Kuasa Bermaharajalela…
    Mungkinkah ini Namanya DUNIA..??

    Undang undang rimba nampaklah ketara..
    Mata hati buta, kerana wang dan kuasa…
    Sedarlah wahai setiap manusia…
    Tidakkah kalian punyai Ugama..?

  18. Teringat cerita ibu mertuaku..
    Si Kassim Selamat yg buta…

    Abu Kassim Mohamed, buta juga ke…??

  19. SPRM
    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    DiSuruh suruh tak jugak berjaya
    Disuruh cegah rasuah di Malaysia..
    Yg tinggal sekarang hanyalah nama..
    Apakah TanSri Kassim dalam dilema..?

  20. PDRM
    Polis Di “RAJA MALAYSIA”

    #KesetiaanKepada “RAJA & NEGARA”
    #KedaulatanUndangUndang

  21. Pakai jam tangan harga beribu ribu
    ‘Hadiahkah’ atau ‘beli’ melihat waktu.?
    Andai rasuah, mungkin nak beli waktu.,
    Ditelanlah masa yg sentiasa berlalu..!

    Tidakkah manusia merasa malu..?

    Demi Masa
    Sesungguhnya manusia itu dlm kerugian..

    #MemandaMemanda
    #AwakKatMana

  22. Polis DiRaja Malaysia nama diberi..
    Agensi dibawah Kem. Dalam Negeri..
    Siapa pula dia punya menteri..?
    Zahid Hamidi atau ZAID Komidi..?

    #DatoSri
    #PakLawak?

  23. Bagaimana pula dengan MACC..?

    TanSri Kassim nama diberi..
    Tidak bersuara, diam menyepi..
    Nasi Kangkong umpama sebati..
    Mungkin dirasuk oleh Pak Menteri..?

    #AmanahTegasAdil
    #UmpamaMimpi

  24. Undang undang rimba semakin ketara..
    Yg kaya & berkuasa bermaharajalela..!
    Insaflah wahai setiap manusia…
    Tidakkah kalian punya agama..?

    #RimbaBatu

    TanSri Khalid nama diberi..
    Di logo pasukan, ada kalimah suci…
    Adakah benar punya integriti..?
    Selami diri, tanyalah pada hati..!!

  25. Jika nak harapkan pegawai polis dan sprm siasat vvip spt PM pd saya adalah sesuatu yg mustahil…

    Siapa berani mempertaruhkan periuk nasi, masa depan keluarga dn anak2.

    Jika pegawai2 sprm dan polis yg menyiasat kes vvip diletakkan di bawah pelindungan raja2 melayu…mungkin pegawai2 tersebut ada peluang mengheret vvip yg korup…hanya cadangan…

  26. Assalamualaikum Tun,
    Apa khabar?

    a. Apa pendapat Tun dengan negara kita sekarang, bangsa melayu kita? Adakah melayu abad ini sama seperti melayu yang dahulu. Melayu di mana mereka melihat kejatuhan Melaka di depan mata mereka.

    b. Saya berpendapat, melayu kini mulutnya amat kuat memberi komentar dan cadangan yang amat bernas tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memikul akauntabiliti dengan apa yang telah mereka cadangkan.

    c. Saya bukan berpihak kepada mana mana pihak. Tetapi saya amat bersetuju dengan apa yang Sheikh Mokhtar katakan. Bila kita ni berniaga, jangan impikan keuntungan yang besar datang dengan mudah dihadapan mata. Tetapi ia memerlukan usaha dan kesabaran.

    d. Melayu ini ada masalah. Terlampau sibuk berbincang dengan masalah politiknya. Padahal pilihan raya lima tahun sekali.

    e. Terlalu sibuk dengan jikalau dahulu bincang pasal AES. Kononnya menyusahkan padahal kalau mereka mengikut peraturan jalan raya maka ini bukan suatu benda yang baru bagi mereka.

    f. Bila cukai baru dikenakan seperti GST, rakyat mula bising dan kecoh satu Malaysia. Padahal tiada usaha langsung nak tingkatkan taraf sosioekonomi mereka. Tiada usaha nak naik pangkat. Tiada usaha. Tiada usaha. Maaf.

    Saya harap ada usaha untuk memulihkan keadaan ini.
    Biar orang Melayu ini rasa kesusahan. Tidak terlalu bergantung pada kerajaan.
    Kerana dengan kesusahan itulah mereka akan tahu menghargai.
    Kerana kesenangan ini mereka lupa. Kononnya Malaysia ini hak milik mutlak mereka.
    Jika mereka terlalu lena dengan kesenangan tidak mustahil Melayu hanya menjadi sejarah.
    Pendatang di tanah air sendiri.

    Terima kasih Tun. Selamat Malam

  27. Salam Tun.

    1. Ini adalah kali kedua Tun mempersoalkan perkara ini. Adakah tiada tindakan susulan yang sepatutnya berlaku ?

    2. Kali kedua juga Rimba Emas bersetuju dengan telahan Tun bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan perkara yang sepatutnya dilakukan.

    3. Kesimpulan Tun bahawa adanya pilihkasih dalam melakukan penyiasatan menunjukan kelemahan yang ada dalam bidang tugas penguatkuasa yang ada sekarang.

    4. Kita tahu apa yang telah berlaku pada pelapor yang pertama bila telah dimufliskan. Ada pemberita yang telah ditangkap bila melaporkan. Jadi persoalan ini mungkin memakan masa yang agak lama untuk sesuatu kebenaran dapat tercapai.

    5. Malah kalau kita lihat pada sejarah kembali cerita-cerita yang tercatat dalam media masa mahu pun kitab al-Quran Allah s.w.t mengutuskan Rasul-rasul yang mana kebanyakan terpaksa memohon pertolongannya memusnahkan kaum-kaum yang zalim.

    6. Ini bermakna yang bersalah selalunya mendapat sokongan dari mereka yang berada disekelilingnya sehinggalah yang sanggup berjuang membasminya sering gagal secara kudrat manusia dan ada yang memerlukan mukjizat dari Allah s.w.t

    7. Maknanya manusia ini terlalu menggagungkan seorang ketuanya sehingga lupa ada lagi yang berkuasa daripadanya.

    8. Diambil contoh kalau pengarah filem “Tanda Putera” mengambil bahan yang benar menunjukkan Ketua Polis Negara sering berhubung dengan Perdana Menteri kebetulan Tun Abd Razak maka situasi sekarang adalah boleh jadi ada banyak persamaanya.

    9. Kerja yang mengikut arahan dan perlu persetujuan Perdana Menteri dan kenalan yang ada hubungan yang boleh menyebabkan pilihkasih ini berlaku.

    10. Kalau Nabi Musa alaihissalam menyatakan Allah s.w.t yang lebih berkuasa dari Firaun (sebagai contoh). Maka seorang yang berani berjuang harus menyiasat seorang Perdana Menteri dengan menyatakan Allah s.w.t yang membenarkan menyiasat keatas kekebalan undang-undang buatan manusia ini.

    11. Kita manusia cipta Perdana Menteri tetapi perlulah juga buat satu undang-undang bahawa tiada kekebalan padanya perlu kena siasatan sebagaimana yang lain-lain tampa mengira darjat.

    12. PM dan kita sama sahaja bila dibicarakan nanti di hadapan Allah s.w.t pada hari akhirat.

    Wallahua’lam.

  28. Salam…
    Tuan ,
    Pàda hemat hamba , BNM sepatutnya mengambil tindakan ke atas 1MDB , kerana 1MDB beroperasi .menggunakan Platform Skim Ponzi Berstruktur bukan Platform Perniagaan Berstruktur.
    Berlaku % yang amat tinggi unsur Jenayah money laundering dalam sistem operasi 1MDB , yang jelas kes 1MDB ( Arul Kanda ) – BSI. Ini di sokong oleh kenyataan yang berbeza-beza oleh Mr Advisor , Mentreri Kewangan , Timbalan , CEO 1MDB & MoF.
    Sekiranya BNM tidak mengambil tindakan ke atas 1MDB , Tuan Hamba – Hamba serta sekelian Hamba Rakyat akan melihat scenario di mana ” Kerosakan Kekal ” berlaku ke atas Sistem Perniagaan yang di amalkan di Malaysia , ini di sebabkan keseluruhan GLC akan mula menyerap & menggunapakai idea-idea perniagaan 1MDB , yang mana , keseluruhan masyakat peniaga samada dalam negara / antarabangsa mengetahui ianya adalah idea penipuan di dalam Dunia Perniagaan Global.
    Mungkin mereka (segelintir golongan peniaga) tidak mahu bersuara kerana melibatkan structure perniagaan mereka. Tetap Inii Bangsa Melayu.. melihat berlaku rantaian Ponzi Structure Scheme di setiap penglibatan 1MDB & rakaniaga mereka di seluruh Dunia.
    BNM Must Act.
    Now or Never.
    TQ

  29. Tun,

    Salam saya selalu membaca blog tun, Tun kena beri cadangan kepada rakyat jelata untuk bertindak supaya DS Njib turun sebab PBRM, SPRM,sebagai takut ambil tindakan .TUN tolonglah menyuarakan kepada rakyat supaya semua bangun untuk Negara tun lagi tun bercakap lagi parah saya tengok DS Najib dia boleh sesuka hati dia, sekarang Singapore ketawa melihat kita Malaysia sebuah Negara dulu Tanah melayu undang undang seperti permainan

  30. Assalamualaikum Tun

    Saya salah seorang daripada generasi muda. Pada dahulu nya, seperti Tun, saya ada kepercayaan kepada Najib. Sekarang, Saya berasa memang Najib perlu turun daripada teruskan menjadi PM. This world needs a new leader. Surely the new leader will gives us a new hope in restoring our chaos. I only wish like this only because our future quite depends on the leadership. Bad leadership, bad followers.

    I hope that we can sit down and have a nice, relaxing talk with Tun.
    Thank you

  31. Salam Tun.
    To Dominic Joseph via Tun.
    Yes you are right my friend, let Najib or let Next Generation Run The Country TO HELL and please be prepared to feed the Jr. Dominic Joseph with rice bran or share the burden of 1MDB. The next generation have a lot to learn from the older one. Do you learn something from your older folk like your mother or father?. If there is no older people, you will still stay forever in form of sperm, my friend!!!!!!

    Wassalam Tun.

  32. I am agreed with Tun statement.our country was very good how come a Sudden all This problem Came.?

  33. Assalamualaikum Tun…….

    Sekali ini, kata-kata Tun sudah melebihi pedasnya berbanding “TomYam Selatan Thailand” yang paling pedas. Telinga dan pipi saya terasa pijar bagaikan disembur air lada. saya menarik nafas panjang-panjang kerana saya pernah berbicara tentang “Money Loundring” di hadapan kawan lama pada tahun 2003 dalam “Ceritarama 2003″ – Koperal Ahmad Kassim Atan – (Special Branch)ketika itu. Saya masih ingat sindirannya yang berbunyi begini ” Mainan “SB Ranau” ini sangat halus,habis telungkup semua “SB Sandakan”. Saya sekadar menggaru-garu kepala yang tidak gatal……. menyembunyikan jutaan “Gejolak Hati”.

    Tun…….

    Benar bahawa bahasa dan perkataan saya, jelas mempertahankan Najib. Kenapa?……. Segalanya hanya kerana “JANJI” perjuangan. Saya(Kami) lah sebenarnya yang mencadangkan dan mencanangkan nama Najib kepada Tun untuk di lantik menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas persaraan Tun…..dengan….. Propaganda “Teori RAHMAN”.

    Saya berselindung dibalik tirai “Suara Rakyat”…..Malahan……. saya sememangnya “Suara Rakyat” dalam “Pementasan Kisah 2003” itu. Saya tidak dibayar walau “Setengah Sen” pun untuk melakukan semua itu…… dan Sebenarnya…… saya tidak mengharapkan apa-apa upah…Malah…. telah mengorbankan maruah dan harga diri,Kehidupan serta hampir segala-galanya demi “Kisah 2003” itu. Bagi saya, “Ceritera 2003” itu merupakan “Buah Tangan” ‘genuine’ untuk menjadi renungan serta bahan fikir bagi seluruh lapisan rakyat kelak.Terserah lah kepada “Pemimpin” dan “Rakyat” andai mereka tahu serta mahu menghargai kami. Jikalau benar mereka benar-benar mengerti dan faham apa itu “Bahasa Kiasan”…maka… mereka tentunya tahu menghargai budi yang bersalutkan pengorbanan yang bukan calang-calang pengorbanan.

    Saya ketika itu sebenarnya terpesona dengan idea “Idealism” yang menjadi “Pakaian” Najib sewaktu itu.Peduli apa jikalau ada yang berkata bahawa saya ini “Penjilat” Najib……. mereka semua tidak tahu dan tidak merasai segala apa yang telah kami alami.

    Orang-orang kami mengadaikan “Segala-galanya” termasuk “Nyawa” untuk melindungi saya(Enin)…dan… Saya yakin percaya bahawa Tun tahu siapa yang ada dalam diri saya ini….. Benar begitu Tun?

    Mungkin Tun tidak mengerti…Tetapi… Saya pernah tenggelam dalam lautan “Air Mata Sendiri” . Tun pernah menangis dalam Dewan Perhimpunan…dan… saya pernah menangis di tengah-tengah Bandaraya.
    Mengapa? Pernahkah Tun melihat kematian dan peperangan selain daripada yang tertera di layar perak? ….sekadar menyebut satu “Misalan”.

    Bila mengamati kata-kata Najib…… sedarlah saya bahawa sebenarnya Najib tidak tahu-menahu tentang segala kisah di sebalik semua ini…malahan… tidak mengetahui kewujudan dan kehadiran kami dalam semua kisah 2003 itu. Saya tidak kesah…..kerana itu lah yang kami kehendaki ketika itu.

    Lalu apa kaitannya dengan semua ini? Saya(Kami) yang mencadangkan serta mengangkat nama “Najib” suatu ketika dahulu…..Dengan Harapan…… Agar Najib berdiri dan mengibarkan “Panji-Panji” atas nama perjuangan yang menjunjung “Aspirasi dan Kepentingan Rakyat” dalam semua aspek…maka……saya(kami) renangi dan redahi segala-galanya ketika itu……Lalu kini…… Demi menghormati “Semangat Perjuangan” orang-orang kami yang telah berkorban…maka… saya mempertahankan Najib sekadarnya menurut kemampuan saya…..kerana….. saya ini dijoloki dengan gelaran “O.K.U – Orang Kelainan Upaya”.

    Masih segar di ingatan saya…suatu ketika dahulu…Kami hanya setakat mampu tunduk lalu menitiskan air mata, bilamana “RTM” mengembar-gemburkan Slot “Hero Yang Tidak Didendang” pada tahun-tahun selepas 2003. Ianya seperti suatu sindiran kepada kami. Terasa benar bahawa segala pengorbanan dan diri kami seperti tidak dipandang serta tidak dihargai.

    Seluruh “Ahli Kabinet Malaysia” ketika itu, mengaku pandai berbahasa dalam “Bahasa Kiasan” lalu melontarkan perkatan “Dungu” ke wajah saya kerana mengaku tidak tahu berbahasa “Bahasa Kiasan”. Pandang lah diri kamu semua sekarang – Adakah kamu tahu makna “Bahasa Kiasan”? Andai lah kamu tahu apa ertinya perasaan “Malu” itu?????

    Assalamualaikum Tun……

  34. Salam Tun.

    1.Jawapan untuk soalan Tun Siapa Betanggungjawab? ialah KETUA PENIPU Najib.
    2.Ini bukan jawapan dari saya tapi di jawab oleh anaK saya yang bersekolah Darjah 1.
    3.Bukan nak pengaruh anak berpolitik tapi nak bagi mereka kenal TIPU MUSLIHAT DUNIA dan SIAPA KETUA PENIPU.
    4.Senang kata nak bagi meraka Moral of the story dari Parlimen dan 1MDB.

    WASSALAM TUN.

  35. Salam Tun yang dihormati,

    If PM has any dignity left..he should take leave ..to let the AG /PAC
    to investigate 1MDB fiasco..looking at present scenario,he is interfering
    with inquiry / investigation..now govt servants are also in the hot soup.

  36. Salam Tun.

    Admit it Najib, your time is getting shorter and shorter.

    1.Kepada ahli-ahli Parlimen, anda dimestikan bertanya PM Najib Si Bodoh soalan dalam bentuk YES or NO sahaja.
    2.Kerana PM akan MENIPU dan memutarbelit kan jawapannya demi menutup kerja KEJI 1MDB.

    Biasanya orang berdarah /BERKETURUNAN BUGIS tidak suka menipu tapi yang suka menipu adalah mereka yang berdarah /BERKETURUNAN PENIPU. Itu yang sedang bermain di fikiran aku kini.Tak pasal-pasal arwah TUN RAZAK dikaitkan apabila NAJIB mengaku bedarah BUGIS.

    Berdarah/BERKETURUNAN BUGIS tidak salah tapi MENIPU itu yang SALAH.

    Back of Najib because the Fall is coming soon.

    Wassalam

  37. Assalam… Tun,

    Petikan dari kenyataan Tun,
    “…Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah….”

    Zeti harus didakwa jika lapuran MAS Singapura ada berkaitan pembohongan berkenaan wang 1MDB, kerana dia telah mengumumkan menerima lapuran dan cuba melindungi perbuatan jenayah!!!
    Begitu juga ketua2 jabatan yang dipertanggung jawapkan untuk menyiasat kes penipuan oleh 1MDB tetapi tidak menjalankan tugas.

    Kepercayaan rakyat kepada mereka semakin berkurang, terutama kepada PDRM.

  38. Najib Is Right!

    Back Off, Let Next Generation Run The Country, Najib Tells Dr. M. (The Malaysian Insider) In the meantime, I hope Najib & Rosmah does not assume they are part of the next generation.

  39. Assalamu’alaikum Yang DiKasihi dan DiKasihani Ayahanda Tun,

    Siapa bertanggungjawab?

    Sudah pasti yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan semua orang tahu ialah Pahlawan Bugis tersohor abad ini iaitu Wak Najib cuma pahlawan ni ada sedikit kelemahan kata orang tak tahu betul ke tidak, dia ada penyakit TB (takut bini).

    Soalnya sekarang Tun, larat kah pahlawan bugis ini memikul tanggungjawab atas beberapa lagi pembohongan dalam siri pembohongan abad ini dengan yang terbaru semalam jawapan bertulis di dewan yang mulia, bagi TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2014 laporan kewangan yang telah DIAUDIT 1MDB merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion.

    Nampak cantik atas kertas tapi mari kita sentuh aset semasa sahaja jangan sentuh aset bukan semasa dahulu kerana aset bukan semasa lebih mudah dieksplotasikan dan diberikan pelbagai justifikasi perakaunan untuk mengesahkannya.

    Apa itu aset semasa? Aset semasa adalah wang tunai atau lain2 aset yang boleh dan mudah dicairkan dalam tempoh setahun dari sesuatu tempoh perakaunan. Soalnya sebegitu banyak billion aset semasa RM19.5 billion (banyak tu) tetapi tidak sampai setahun dari tarikh tutup akaun iaitu 31 MAC 2014 syarikat dah tak ada duit nak bayar faedah RM2 billion? Bukti akaun yang diAUDIT menunjukkan betapa kukuh kewangan 1MDB tapi apa cerita sampai kena minta hampir RM1 billion standby credit dari MOF dan pinjam RM2 billion dari seorang billionwan Februari lepas?

    Kupasan tentang aset bukan semasa atau aset tetap RM31.9 billion sudah diketahui umum dan antara lawak terbaik (tersohor) abad ini oleh pahlawan bugis abad ini dan tak perlu diulang tayang di sini lagi.

    Tiada seorang pun di Malaysia ni cakap 1MDB RUGI RM42 BILLION tapi semua orang nak tanya “kalau semua aset tadi dibeli pada harga RM22 billion mana pergi baki RM20 billion”?

    Soalan ni DSN sahaja boleh jawab, orang no. 2 TSM pun tak boleh jawab sebab dia tidak terlibat tapi ada seorang Ahmad ni mesti boleh jawab sebab CGPA dia 3.8 hebat sekali. Buat lawak sikit Tun sebab orang ni sebelum April Fool dulu rasa dirinya hebat dari Tun bab GST tapi hari ini rakyat dapat nilaikan dan rasai betapa tiada satu pun yang betul yang dikempenkan Mad ni tentang GST dahulu hanya dihimpit tekanan dan kekangan membeli dan berbelanja untuk satu kehidupan. Tak mengapa lain kali boleh cerita tentang Ahmad EQ rendah ni tapi apa kata dia tentang 1MDB “nampaknya semuanya sangat baik dan kukuh dengan aset RM52 billion dan pinjaman hanya RM42 billion maka 52 tolak 42 ada baki 10 billion nampak tak?” katanya dengan senyuman sinis.

    Maaf Tun ke lain pulak perginya tapi Ahmad ni memang tak sayang mulut dengan Tun suatu ketika dulu membuatkan Faridina’s terbakar dibuatnya mungkin lain kali kita bicara tentang betapa Tun menolak GST walaupun Tun Daim minta berbuat demikian kerana Tun berpandangan jauh dan sayangkan rakyat dan tak mudah kow tow dengan 160 negara luar untuk membebankan rakyat marhaen seperti kami ini.

    Wasalam.

  40. 1. Saya amat gusar akan nasib parti politik yang saya anggotai selama ini.
    2. Terlalu banyak pendedahan yg kukuh terhadap salah laku oleh DSN dan juga ahli lembaga pengarah 1MDB semenjak 2 minggu yg lepas.
    3. Namun DSN masih membisu semacam orang dungu. Sedangkan tindakan PAC, PDRM, BNM dan SPRM nampak seperti terlalu lembab, seolah-olah sengaja membiarkan pihak lain mengemukakan hujah serta bukti. Dibimbangi kepercayaan awam akan terhakis sedikit sebanyak pada mereka dan takut nanti ada yg mempertikaikan hasil siasatan.
    4. Kenapa hal 1MDB ini perlu disegerakan? Kerana rakyat sudah nampak kesan buruk secara sistemik, saham-saham GLC yg lain yang terbabit dgn 1MDB sudah mula menerima kesan negatif di pasaran.
    5. Pendedahan ketertanggung jawaban DSN di dalam MoA 1MDB adalah jelas.
    6. Ia juga turut menjejas ketertanggung jawaban semua menteri kabinet DSN dan juga fungsi wakil rakyat di dalam Parlimen mengenai Kuasa Ekskutif dan Legislatif.
    7. Saya bimbang ramai pengundi samada ahli atau bukan ahli UMNO sudah mula hilang kepercayaan pada UMNO sekiranya perkara-perkara fundamental ini tidak ditangani dgn segera.
    8. Saya bimbang pemimpin UMNO masih lagi tidak berpijak pada bumi yang nyata dan berada di dunia kayangan politik mereka yang amat berbeza dgn dunia ahli akar umbi dan rakyat amnya.
    9. Bangkitlah dan sedarlah. Apa yg berlaku amat nyata….jgn digunakan badan-badan eksekutif untuk menutup bangkai kapal bugis. Jgn ditambah jarak pemimpin dgn rakyat. Dgn keadaan begini tanpa Rafizi atau Tony Pua pun, rakyat sudah boleh menganalisa sendiri masalah 1MDB. Tanpa pembangkang pun mungkin rakyat akan menghukum bukan sahaja individu -individu tetapi Parti UMNO itu sendiri!

  41. Arul “Nasi Kandar” ada BOSS
    Macam mana nak siasat? Kalau “Nasi Kandar” hangit bukan Arul jer kena…tapi BOSS pun kena. Sebab tu BOSS delay-delay. Polis Raja Di Malaysia bawah Kementerian Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri bawah siapa ya? Alamak bawah BOSS lah. Alahai “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”…

    Habis la Negara kita TUN.

    Wasalam

  42. Assalamualaikum, Tun.

    Najib hanyalah selaku Penasihat 1MDB, di mana pihak pengurusan harus memikul tanggungjawab ke atas salah-urus wang. Kerajaan sememangnya tidak boleh melepaskan pesalah-pesalah yang terbabit dalam penggoyahan wang.

    Dalam struktur pengurusan wang Negara, dari segi etika tadbir-urus, sesungguhnya portfolio Menteri Kewangan ini harus diberi kepada menteri selain daripada PM. Namun, struktur ini diwarisi sejak era Tun. Struktur yang kurang baik ini telah membawa soal penyelewangan ke atas PM!

    Walau bagaimanapun, tunggulah repot PAC yang diketuai Nur Jazlan, anak kepada bekas menteri kesayangan Tun!

  43. Saya sentiasa berdoa agar Tun terus diberi kesihatan yang baik; kerana hanya Tun seorang yang dapat membersihkan semua yang telah dihipokritkan oleh pemimpin2 bangsat ini, yang mana terang2an telah menyalahguna kuasa dengan memakan duit rakyat, Tun lebih arif dalam hal ini. Pengalaman 22 tahun dalam mentadbir negara sememangnya 1 pengalaman yang sangat bernilai. Teruskan perjuangan mu Tun; matlamatnya hanya sayangkan bangsa Melayu semata2. Kami akan sentiasa bersama mu..

  44. Assalam Tun,

    Sesungguhnya yang tidak benar dan tidak jujur itu akan di ketahui jua dengan izin Allah SWT. Saya tetap akan menyokong Tun.Terima kasih Tun.

  45. Assalamualaikum Tun.

    Semuga Tun dan keluarga sentiasa diberi kekuatan membongkar dan memaklumkan kepada rakyat tentang fakta dan persoalan salah laku Najib.

    Wassalam.

  46. Salam YAB TUN,
    Nampaknya skandal 1MDB semakin rumit dan bercelaru. Pada pendapat saya, bukan hanya pengarah-pengarah 1MDB shj mesti meletakkan jawatannya , tetapi semua menteri kabinet juga harus bertanggungjawab dan dengan sukarela meletakkan jawatannya. Lantik menteri kabinet baru yg lebih berwibawa dan berjiwa rakyat untuk menyelesaikan masalah 1MDB serta memulihkan kepercayaan rakyat & imej negara yg telah tercemar. Tindakkan ini juga boleh menyelamatkan parti BN khasnya dan negara Malaysia amnya.
    Sekian, Terima kasih.

  47. Tun,

    Memang benar apa yang Tun sampaikan.

    Namun begitu, pernahkah Tun merenungi sebab utama kenapa kejadian aneh sebegini boleh berlaku di Malaysia hari ini?

    (1) Adakah sepanjang pentadbiran Tun selama 22 tahun, Tun berjaya mewujudkan system pentadbiran negara yang telus, dan berfungsi untuk mengelak kekebalan yang wujud pada pemimpin yang memegang kuasa?
    – Jika berjaya, kenapa kejadian aneh hari ini boleh berlaku? Lebih-lebih lagi Tun sentiasa digelar seorang yang berpandangan jauh?

    Seorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab, akan mewujudkan sistem yang telus sepanjang pentadbiran beliau, yang bertujuan untuk mengelakkan kekebalan kuasa pemimpin pada generasi akan datang, kerana beliau faham satu masa nanti, beliau akan undur dan orang baru akan menggantikannya

    Namun, ada juga pemimpin yang suka menudung jari kepada orang lain dan katakan yang ini tak baik itu tak baik … lebih-lebih lagi orang lain itu sebenarnya anak buah beliau sendiri, dan juga diangkat oleh beliau suatu masa ketika dahulu

  48. Kedua Mempelai CEO MDB

    1.MESTI TIDAK AKAN DIBENAR KELUAR MALAYSIA DAN NAJIB JUGA
    ATAS APA JUA ALASAN .NANTI JADI MACAM KELVIN YG MENGHINA AZAN

    2. BERANI , KEDEPAN KERANA BENAR

    3. MESTI DI MEJA BICARA
    YG BENAR TETAP BENAR
    JIKA TIDAK ADA YG SAH MENGAITKAN NAJIB BERSALAH
    NAJIB BERHAK SUE SEMUA YG MENUDUH BELIAU YG BUKAN BUKAN

  49. As Salam Tun,

    Kalau ditanyakan siapa bertanggungjawab tentulah DS Najib.

    Benar kata Tun, pepatah menyatakan mungkin kita boleh berbohong seseorang dalam sesuatu masa tetapi kita tidak boleh berbohong sepanjang masa.

    Ini lah akibatnya perbuatan tidak beramanah yang apabila diketahui orang kita cuba berbohong.

    Malangnya, tuan punya diri yang hendak berbohong ini tidak mempunyai kepakaran berbohong. yang ada hanya darah bangsawan yang memandang rendah keupayaan bangsa sendiri dan mempercayai kartun kartun sekeliling beliau yang berbagai warna dan bentuk sebagai watak realiti.

    Wang pinjaman berskema sebanyak RM42b + RM1b ini adalah tersangat besar.

    Saya mendoakan agar Yg Berbahgia Tun diberi kekuatan membongkar sehingga selesai kes ini. Pastinya, berapa tahun pula perlu ditanggung untuk menyelesaikan hutang sebesar ini?

  50. The more I read about the deeds of these ancient dictators, the more I can’t help to have these feeling that a dictator is what Malaysia needs at this time. With all the issues surrounding the government regarding the 1MDB, the mistrust in the Prime Minister, the internal squabbles with the Opposition pact it seems to me that a strong, capable leader who ‘been there, done that, got the t-shirt’ to prove it’ who can come and lead us out of these mess and then resign when these crisis is over.

    http://keyboard0warrior.blogspot.com/2015/05/a-dictator-in-need.html

  51. We are all responsible. Pray we all have the strength to remove the enemies of righteousness, truth and justice in our midst.

  52. Assalamualaikum ayahanda tun..
    yaAllah tenkiu tenkiu ayahanda kerana merasai apa yg saya waser…pdrm sprm masih ada balls ka..jgn la cuma bran ngan iakn bilis brudu…

Comments are closed.