PROPAGANDA

PROPAGANDA

1. Di bawah pemerintahan Nazi di Jerman, Menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda. Tugasnya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.

2. Malangnya selain dari orang Nazi, tiada siapapun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya. Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya. Akhirnya Goebbels bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafi kekalahan rejim Nazi.

3. Sejak Najib dituduh melesapkan berbilion Ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.

4. Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas Peguam Negara bahawa dianya tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan Kerajaan dan memangpun Perdana Menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya.

5. Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan. Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa “Cash is King” menolak kenyataan baru ini.

6. Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan. Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka.

7. Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh.

8. Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini. Demikian kenyataan oleh Sirul yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.

10. New Straits Times, Utusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh penonton. Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB dan lebih-lebih lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200-300 orang sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat beribu-ribu yang hadir.

11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.

12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.

 

49 thoughts on “PROPAGANDA”

  1. Malaysia needs to wake up yes but more importantly in knowing the real roots of malays. Malays are known as the seafaring race also known as austronesian/malay race it is the fifth race of the world. Please Dr. Mahathir and the people here please spread the message for our unification because the people of malayan race have been waiting to reconnect for centuries let’s not destroy this hope anymore. I will leave a link for people to research on what austronesia really is

    https://www.youtube.com/watch?v=8wgcuU6Sbbs

  2. 125. No one can predict what will happen in the future.

    126. Siapa tipu siapa?

    127. Itu terpulang kepada kewibaan dan kebijaksanaan ahli2 politik tempatan masing2.

  3. 122. Bak kata, masuk kandang lembu mengauk, masuk kandang kambing mengembek.

    123. The best way out is to wait it out for general election to be called.

  4. 116. http://www.malaysiakini.com/news/358394

    117. Malaysia, just like zimbalwe, is one of the oic member.

    118. Look at the usa presidency election, one will understand whoever become the next president, their foreign diplomacy ties adalah sama saja.

    119. Nak teruskan pakai nama chairman mao atau tidak to attack beijing, saya terpulang kepada yb ds salleh keruak dari sabah.

    120. Race and religion issues are super sensitive.

    121. Jika hari ini, reporter tanya tsmy adakah beliau melayu first, atau bumiputra first, what will be the answer?

  5. 44. http://buzzkenya.com/50-hilarious-robert-mugabe-quotes/

    45. Yes, that is our milk.

    46. If we cant afford to raise the cows, how could we claim that is our milk?

    47. Whether we grow the economy outward, or inward, we cannot isolate ourselves from the world.

    48. Its hillarious to read his quotes today.

    49. Laughing is still the best medicine.

    50. To be or not to be, it would be the future generation to decide.

    51. You decide to change or be changed, depend on the inviduals.

    52. Whichever coalitions get the majority votes, they will form the cabinet for the next 5 years.

    53. Can or not, you decide.

    54. Bak kata, siapa makan cili, mereka yang rasa pedas.

    55. To the voters, whoever become the pm, we still need to work.

    56. To the voters, whoever become the pm and call for general elections, we still need to vote.

    57. Whoever become the pm, he can only improve the economy.

    58. Numbers dont cheat.

  6. 30. http://www.malaysiakini.com/news/358279

    31. Even if umno wants to claim dua puluh ribu lokasi pun takda masalah.

    32. It is them to face their malay voters, not other component parties.

    33. Will bandar malaysia ended up as a white elephant due to political inteference?

    34. Takpa lah, jika myr turun lagi, itu adalah salah orang lain.

    35. Good luck to you karl.

  7. 13. http://www.malaysiakini.com/news/357652

    14. Why waste time to tell off umno what to do?

    15. Its not your yellow obligation to tell them what to do.

    16. If umno thinks violence, i mean bombing and shooting can be hailed as saddamm hussein, is the way out, you think you want to continue to serve in that state as mp?

    17. They dont seem to understand why some middle east countries chosen military actions as the way out to resolve dispute to make a living.

    18. When they are holding mof, kdn and mod portfolio stay silent on this matter, it means they approved them to do so in the name of bumiputra status.

    19. Mereka pun tak rasa serba salah, even if they hail their mother’s tongue language in un is better off than other people’s offical language, what can you do?

    20. If they think umno malaysia is the better choice, then, let them be.

    21. If you think malaysian malaysia is the better choice, then, work for it.

    22. Even if they want to destroy the eagle status in langkawi designed to be a perlancungan macam pulau bali dan phuket for 30 years, they must get myr to foot the demolishing cost from the state government.

    23. If state government tak mampu, they will ask from federal mof.

    24. They have been doing this for decades.

    25. No doubt, they can be millionaire overnight.

    26. They too can go bankrupt overnight.

    27. Siapakah yang kena tanggung kos pembaziran ini?

    28. You ingat pengundi2 negeri2 wajib tanggung kos ini?

    29. Yang kena tanggung kos ini adalah pemerintah negeri itu.

  8. In Malaysia political history;

    (1)Tun you have mentioned as one of your reason to sack Anwar, that the former IGP Haniff Omar mentioned that Anwar is a homosexual. Tun Haniff Omar served Razak’s family.
    (2) The DPM, Zahid Hamidi, condemned croniysm (amplifying Anwar’s claims ?)in Perhimpunan Agong UMNO. Zahid was, Najib’s political secretary; unlike your son and Muhyiddin, Zahid was not sacked and now he is the DPM.
    (3) Mustapha Ong, the diplomat, in reference to 3rd April trial cross examination of Jamel Abdel Rahman by Fernando, where Jamel Abdel Rahman claimed that he was asked to say untrue things about Anwar by Mustapha Ong. In recent years, Mustapha’s son served as Board Of Director of Petronas under Najib’s patronage.

    I dont know if Anwar is really homosexual or not. He may or may not. But because the links are biased, do you think it could be a propaganda? I am not sure myself.

  9. Sedangkan Pemenang Pilihanraya di N.Y menjadi Presiden itu pasti…

    Apatah lagi negara kecil yg sebesar new york ini…

    Fikir fikirkanlah wahai mereka yg berakal lagi tidak buta…

  10. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Perhatian ∆ Perhatian ∆ Perhatian ∆
    Kami ingin merakamkan setinggi2 penghargaan tidak terhingga kepada seorang kaldai pendedak baghal dalam blog ini kerana telah mengesahkan cara tulisan kami banyak persamaannya dengan idola kami dan idola berjuta2 lagi rakyat Malaysia yang tak makan dedak.

    Dalam nada serius wahai sang karldai hang memang hebat bab buat blog2 palsu ini lah teringin pulak nak belajar.Kami minta hang pikiaq betui2 kalu hang buleh buat kelas cara2 dan teknik buat blog dalam 1 hari dah expert, gerenti fullhouse punya.

    Hang cakap dengan depa la ni aku tak perlukan dedak hangpa lagi sebab faridina kata aku ada kemahiran sayang dipersia2kan dengan cara yang tak betul.

    “Aku boleh hidup dengan mencari rezeki yang halal dan redhai Allah s.w.t sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah bukan ditangan Naji.” Amalkan doa ini lepas solat 5 waktu ya insyaAllah kamu akan berjaya sebagai usahawan dunia blogging satu hari nanti.

    Sekian wasalam Tun.

  11. Saya rasa gelihati dengan gelagat Puan Faridini yg tak henti-henti membuat tuduhan liar terhadap individu “Karl Iskandar”, hingga melalut melibatkan cereka di dalam sangkar karat minda Pn Faridina yang kenit lagi terbatas.

    Seperti DrM yang kuat menuduh – begitu jugalah Puan Faridina belajar daripada idola dia bagaimana membuat serangan peribadi, cemuhan dan fitnah – dengan tanpa sedikitpun rasa berdosa atau mengisafinya, without remorse nor regret.

    Begitulah tanda-tanda awal seorang “psychopath” yang telah dititah oleh baginda Sultan Johor baru-baru ini, terhadap seorang politikus purba yang tak habis-habis buat kacau dalam negara.

    😀

  12. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Ringkas dan padat artikel Tun dan tepat mengenai sasaran. Macam kebetulan pula sebab baru2 ini pun saya sudah dedahkan ‘rahsia umum’ (tapi ramai ‘unaware’) bekas PENYOKONG kuat (Lans Koperal Anai-Anai Kor Semboyan @ Karl) Tun di blog Chedet yang kini sudah menjadi salah seorang ‘Goebbels kecil’ tajaan rejim Najib.

    2. Artikel ‘PROPAGANDA’ Tun ini ibarat ‘PENAMPAR JEPUN’ yang hinggap di pipi mereka yang beralih-arah (beralih kesetiaan) yang sekarang ini menyembah ‘berhala wang tunai’ (Cash is King).

    3. Dulu, bukan main lagi puji-pujian dan sanjungan ‘Goebbels kecil’ ini terhadap Tun, tapi kini sudah setaraf dengan RBA yang beliau kata ‘haprak’. Jika RBA haprak, si ‘Goebbels kecil’ juga haprak. Tak gitu? Cerita ‘movie Soros’ si ‘Goebbels kecil’ di sini asyik bertukar skrip dan sudah jadi tunggang terbalik. Hero sudah jadi ‘crook’, dan ‘crook’ pula sudah diangkat jadi ‘hero’. Alahai…ingatkan skrip ‘movie Soros’ sudah muktamad, rupa2nya masih lagi berubah-ubah…

    4. Peliknya si ‘Goebbels kecil’ ini masih meroyan pasal bekas PM yang sudah hampir tiga-belas tahun meletak jawatan. Dalam 13 tahun, banyak perkara telah berlaku.

    5. Yang sedang buat onar (ada pelbagai skandal negatif) dan curi wang rakyat ialah PM Najib @ Ah Jib Gor. Sekurang-kurangnya RM2.6 BILLION + RM42 JUTA wang rakyat disonglap, dan PM ini juga ada penasihat2 asing dan PRO-BARAT dalam ‘approach’ dia yang ternyata lemah dan hampeh. Tapi si ‘Goebbels kecil’ ini masih TERUS MEROYAN tuduh Tun macam2 dan menyalahkan Tun dalam banyak perkara seolah-olah Tun masih lagi PM Malaysia. Alahai…memang bod*h piang…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  13. Kepada Sdr Kamarulaznan.

    Isunya ialah bhw kebenaran, sekalipun George Soros yg ucapkan adalah jauh lebih baik dari kepalsuan yg dipropakan oleh DrM.

    Anda seolah sukar dan tidak dapat terima kenyataan ini.

  14. Salam Tun,

    Ada satu point amat penting saya nak ‘highlight’ dalam Post Tun di ‘Malaysian Official 1’.

    Point Terakhir. (Dipetik Dari Saman DoJ)

    XXI. Page 76 para 264. ” Bank records associated with the Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore Account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICAL 1 (Najib) were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor on the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib).”

    ………

    Penjelesan oleh DS Najib dan pemimpin UMNO dari Kerajaan kepada seluruh anggota masyarakat bahawa derma USD 681 million (RM 2.6 billion yang mahsyur di media) bahawa datangnya dari ‘Tok Arab’.

    Dari petikan atas ditulis bahawa ‘beneficial owner’ atau pemilik akaun Tanore Finance Corp yang menderma adalah ‘TAN’ iaitu Eric Tan Kim Loong, kenalan Jho Low.

    Soalan ‘PENTING’….

    Bagaimana penderma Eric ‘TAN’ seorang Cina tapi bangsanya ‘Arab’?

    Mungkin Tun boleh tanya pendapat-pendapat orang ramai setiap kali memberi ucapan berkenaan Kes 1MDB. Cuba tanya adakah ‘Rakyat’ Malaysia atau Bangsa Malaysia, Bangsa mudah diperbodohkan?

    *Ps : Tanore = ‘Tan’-ore, TAN = Eric Tan, ore pula bmaksud bijih dlm Bahasa Italy..myb bijih (lubang duit). nama company xdak kena mengena dgn bahasa Arab.

  15. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Semakin galak kita memperkatakan isu propaganda ini semakin galak pula sang Karldai mengganas menunjukkan sifat sebenarnya iaitu kedegilan yang hakiki dengan berterusan menghamburkan panggilan kesat bersama propaganda yang entah berapa kali diulang tayang yang ditujukan kepada ayahanda rakyat.

    Tujuan sang karldai memanglah untuk sengaja membakar perasaan kami dengan segala propaganda dustanya demi satu kehidupan.

    Kalau pihak admin merasakan karldai patut terus dibiarkan untuk membakar sentimen kebencian terus berkekalan terhadap Najib Razak memang berkesan dan berjaya.

    Namun karldai yang seorang ni bukanlah sebodoh yang disangka kerana dia bukan sahaja buat propaganda tetapi dia pergi lebih jauh dari kaldai pendedak yang lain dengan membuat pautan palsu Bersatu bagi aktiviti sabotajnya.

    Ini kali kedua hebahan dibuat kepada admin atau para pembaca boleh mencuba dan saksikan sendiri kerosakan yang dilakukan samada dia boleh terus dibenarkan bermaharaja lela di sini?

    Caranya mudah anda klik pada pautan nama Karl si karldai maka akan dipautkan ke pribumibersatu.ml (link palsu PPBM ciptaannya) dengan logo yang tidak diluluskan dan terpampang wajah ayahanda Tun.

    Lebih menyedihkan pautan palsu ini terang2an memburukkan Tun M dengan dakwaannya Tun pencetus teori Malaysia Spring hasil karya Raja Petra Kamaruddin.

    Disenarai menu nya pula terdapat
    Daftar Ahli palsu – dapat maklumat sensitif.
    Senarai Aktivis – dia kutip no2 telefon dan masukkan no hp Ketua Pendaftar Negeri2 PPBM.
    Pautan ke Blog Chedet.
    Isu Panas Semasa – Memburukkan Tun.
    Sembang Ahli – sembang haram palsu.

    Perlu diingatkan pautan haram ini telah lama wujud menggunakan karl-iskandar(sudah ditukarkan), bersatu dan pribumi yang tidak sah bagi tujuan sabotaj sebelum pautan rasmi PPBM iaitu https://bersatu.org/sys/index.php/register dikeluarkan untuk berdaftar dan perlu log in.

    Karldai memang mahir dalam dunia blogging yang dimanipulasikan sebagaimana dia wujudkan web Blogstarz satu ketika dahulu yang hanya mengautkan keuntungan haram untuk dirinya sahaja bukan pembeli2 pakej.

    Apakah perlu spesis sebegini dibiarkan berkeliaran merosakkan imej Tun dan PPBM di blog kepunyaan ayahanda Tun sendiri?

    Kepada pihak admin sila janganlah bertangguh2 lakukan sesuatu dan mengapa perlu buka saluran untuk dia sedangkan tuannya sendiri mengawal selia blog dan FBnya agar tidak ditembusi musuh politiknya.

    Wallahualam dan wasalam Tun.

  16. Assalamualaikum Tun,
    Propaganda melalui mata pena sangat tajam dan berniat memesong pemikiran orang ramai bahawa yang jahat, yang menipu, yang merompak, yang menindas, yang menyeleweng, yang busuk, yang buruk nampak baik, jujur, wangi, cantik. Propaganda is to manipulate the minds of the weakest of the weak…yang lemah semangat, tak cukup ilmu, hati was-was akan mudah terpesong.

    Tun tidak merekacipta cerita tanpa kajiselidek yang mendalam tentang sejarah nazi.
    Perumpamaan yang digelar kepada kumpulan propaganda MO1 as “little goebbels” is nothing to them, it’s just a perumpamaan. They don’t feel the pinch at all as their hearts are as hard as stone through consuming too much dedak. Sama seperti menggelar sesetengah council members as “little nepoleons” yang rasa gah kuasa dalam tangan padahal mereka hanyalah pesuruh. But they will come up with all sorts of excusable statements to seek 2.6 billion pities. So congrates to the pengikut2 taksub MO1, ‘orang-orang’ dan yang sewaktu dengannya mendapat pengiktirafan world fame sebagai “little goebbels” of Malaysia.

    Para 6:”…walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka”. Saya hairan apa yang mereka takutkan sangat melainkan mereka takut pandora box mereka akan terbuka jika mereka buka mulut. Mereka kan pegang pucuk pimpinan negara, pegang jawatan tinggi dalam negara dan berikrar taat setia kepada Rules of Law dan The Constitution, lain kata mereka dipilih dilantik untuk melindungi rakyat dan negara bukan melindungi tuan2 mereka yang sah menyalahguna kuasa dan melanggar ikrar keramat berkhidmat untuk negara dan rakyat. Why can’t they express out loud without fear? Fear of what? Fear of whom? With lots of money are their lives happy and safe, living without fear?

    Tun does not propagate but instead mitigate or reduce severity of smothering or ridicule the people’s intelligence with twisted stories.
    Don’t try to overturn the real histories during Tun’s premiership. Only Tun’s trusted friends and company know the real issues and decisions and solutions behind every complex causes affecting the country, politically, financially and socially. And Tun has brilliantly done his job as the Prime Minister of Malaysia for 22 years. With his wisdom Tun has figured out what he meant to contribute to the country and the world and he makes sure he contribute it. It requires hard work but very rewarding when it’s done.

    Tun is on the right path to push forward Malaysia on the right course and will not allow it to diverge no more. Malaysia need to oust the current leadership which is blanketed with numerous personal greed, lack of integrity, power-hunger, power abuser, egoistic, arrogance, fake charms and cowardice from Nothing2Hide.
    Malaysia is frustrated by MO1’s failure in true leadership ability. It’s worrisome that people put in positions of authority don’t have good ideas. They don’t seem to have that valuable substance needed in critical thinking. It’s shameful to have his pengikut taksub making comments and statements that have no values. Tun won’t mind pengkritik disagreeing which constitute healthy debate.

    Tun thinks twice and very carefully about how to design his BERSATU and the workforce. Tun, please make the most of the strengths-the people who can help you think deeply, strategize, solve complex problems. Have face to face contacts because it builds trust. But also bear in mind the dangers and that sometimes appearance is not reality-be careful of the munafikun.

    Tun, some wise words to ponder on: We can improve the world if only there were a greater balance of power between two types, the “man of action” and the “man of contemplation”.

    ‘Orang-orang’ assuming to be Tun’s keen critic has become to take in the form as a ‘smooth operator’, just a housewife’s intuition.

    May Allah Bless and Protect you always Tun wherever you are. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.

  17. Assalamualaikum,

    Pelik juga bila Soros begitu prihatin ancaman kepada Malaysia semasa pentadbiran Tun. Dia bukan rakyat Malaysia. Adakah dia terkesan dengan keadaan di Malaysia pada ketika itu? Soros ini orang yang membawa kemusnahan pada dunia bukan Malaysia sahaja. Tidak ada keistimewaan pada dirinya melainkan mencari ruang untuk mencuri daripada negara-negara membangun. Adakah orang seperti ini patut dipandang tinggi? Adakah Soros ini membantu menyelesaikan masalah negara kita atau menjahanamkan lagi?

    Saudara Karl, kata-kata saudara seperti mempertahankan tindakan orang yang “masuk dalam” itu. Adakah saudara sedang berusaha untuk mengeluarkan orang ini daripada tahanan bagi membetulkan keadaan yang kusut masai di dalam negara kita sekarang ini? Saudara berani ? PM Najib berani?

  18. Gani Patail diketahui mempunyai hubungan yg dapat dgn TSMY. Tapi kini, Gani buat u-turn, dan DrM sangat risau dgn perkembangan terbaru ini.

    Apatah lagi byk rahsia TSMY, Presiden PPBM ni yg ada dlm tangan Gani.

    Yang menarik dlm hal ini, ialah pengakuan Gani sebagai pakar undang-undang, cuba disangkal oleh DrM dgn spekulasi dan Gani pula dutuduh ambil rasuah.

    Mungkin selepas ini ada dua tiga orang Tan Sri akan tampil utk buat pengakuan. Pastinya mereka ini dipaksa makan dedak. Banyak betul ayam berkeliaran dalam minda DrM.

    😀

  19. PEMECATAN PEGUAM NEGARA GANI PATALI DAN PERTUKARAN JAWATAN KETUA PAC NUR JAZLAN SEWAKTU PENYIASATAN 1MDB MEMUNCAK.

    Berkongsi bukan politik.

    1. Kalau orang yang selalu melihat berita, sudah tentu tahu hal ini. Semasa penyiasatan 1MDB SEDANG MEMUNCAK, berlaku pemecatan dan perlantikan ketua PAC KEPADA Timbalan menteri.

    2. SOALNYA, KENAPA ADA PERLANTIKAN sewaktu penyiasatan 1MDB MEMUNCAK?

    3. SAYA nak jumpa dr. mahathir..hopely dapat bersalaman sekali pun cukup..hopely tun mahathir baca statement saya ini.

  20. Dalam krisi kewangan dahulu, Krisis Soros , IMF

    Saya juga Malaysia Berterima Kaseh pada Tun Mahathir
    Kerana Menyelamatkan Malaysia dari Kecundang dan menjadi mangsa krisis kewangan Soros
    Tun Mahathir begitu Bijak dan amat Pintar dengan mengawal pengaliran Kewangan Ringgit
    Hingga Malaysia Tidak perlu Berhutang pada IMF yg di bonekakan Soros
    Saya yakin jika cabaran ini berlaku sekarang dalam pentakbiran Najib
    Saya yakin Najib akan sebanyak mungking mengaup berhutang IMF dan hujungnya Malaysia
    bergadai Tanah juga Maruah. Inilah padahnya jika Pemimpin amik ringkas

    Serupa Karlak , jika beliau menempuh kesempitan kewangan
    Karlak sebergini akan mengambil ringkas dengan meminjam wang Tailong serupa meminjam IMF
    Seperti Karlak juga Najib yg tidak berilmu akan meminjam sebanyak mungkin
    Akhirnya akan gadaikan harta pusaka Tanah nenek moyang mungkin juga anak gadis & isteri beliau pun di gadai pada Tailong

    Disini saya menasihati Karl yg Berhormat
    Seharusnya Berterima Kaseh pada Tun Mahathir kerana dalam Tun menyelamatkan Malaysia keseluruhanya , Tun juga menyelamatan anak & isteri Karl dari di gadai Tailong
    Mungkin juga Karl perlu berterima kaseh pada Tun bermula dengan mengelap Kasut Tun menjadi Kilat sebagai tanda Terima Kasih pada Tun Mahathir

    Takpa Karl duit Kiwi saya sponsor , Saya faham Kesempitan awak

  21. PROPAGANDA & JANGKITAN MINDA

    DrM adalah jauh lebih pakar dan puaka dari Dr Goebbbles dlm selok belok propaganda.

    Tahun 1997 menyaksikan perang mulut dan media antara DrM dengan Soros berkaitan krisis kewangan Asia.

    DrM menuduh, seperti lazimnya dia menuduh lebih dahulu, bhw Soros adalah penyangak matawang yg mau menjahanamkan ekonomi Malaysia. DrM menggelar Soros dgn panggilan si Moron.

    Soros menembak balas dan menggelar DrM sebagai si Menace, yakni satu ancaman kpd keselamatan Malaysia. Apa yg Soros kata skrg ni dah jadi kenyataan.

    Soros juga ada memberi kenyataan di akhbar Bangkok Post bahawa si Menace banyak merembat komisen dari projek mega kerajaan, dan hasil disorok ke dalam akaun proksi, kroni dan nomini.

    Si Menace yg ketika itu berstatus PM, tidak berani menyangkal tuduhan Soros krn dia tahu ada orang dalam yg bocorkan rahsia tersebut kpd Soros. Org dalam tu pun dah “masuk dalam”. Faham sahajalah 😉 siapa yg dimaksudkan.

    Sepuluh tahun berlalu,dan org makin lupa.

    Pd tahun 2006, si Menace jumpa Soros. Mereka bersalam dan cuba kambus cerita silam. Si Menace akui bhw si Moron yg dia tuduh dulu tidak bersalah.

    Siapa yg salah dan fitnah? Kita lihat sejarah berulang baharu ini, drama DrM cuba pujuk Anwar pula.

    Ni nak habaq mai.

    😀

  22. Karl…

    Kami semua tahu tun pernah buat salah…

    Tapi kami bukan anjing yg bodoh yang asyik setuju 100% dgn tun…

    Karl…

    Bandingkanlah… Tun dan Najib…

    Nyatakan kpd saya… Apa sumbangan Najib pd Msia????

    Kereta api punya majoriti share nya adalah dari China bukan????

    IMF….

    Kamu tahu apa itu IMF????

    Adakah indonesia yg berhutang dgn IMF boleh dikatakan negara yg merdeka??? Sedangkan mereka adalah hamba hutang kpd bank dunia yg kita semua tahu… Yahudi elite yg menguasai bank dunia dan wang dunia…

    Apakah kamu ini bodoh???

    Tidak sedarkah kamu??? Butakah kamu???

    Kita perlu melihat masa dpn… Bukan ke belakang… Najib membawa negara ke arah mana sekarang ini karl??

    Anda bodoh kerana tidak boleh menjawab persoalan budak yg hanya berumur belasab tahun… Tidak malu kah kamu karl???

    Karl… Kamu mmg buta dan bodoh…

  23. Such an effective article from Tun M.
    This is another slap in the face of Najis and his slaves with slippers soaked in a septic tank.

  24. Salam!

    Kes Najib sangat-sangat mudah.

    Memang merupakan satu kesalahan seorang Perdana Menteri memiliki duit berbilion hinggit dalam bank akaun dia.

    Apa yang penting sekarang… pemimpin korup perlu dijatuhkan demi kesejahteraan rakyat.

  25. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Nah terlebih dahulu kekhilafan kami diakui tampak jelas kedua2nya orang yang berbeza lantas kedua2nya segera menghantar posting selang 3 minit mungkin satu kebetulan atau satu pasukan yang kerjanya memantau dan terus memutarkan propaganda.

    Seboleh2nya janganlah kita menggunakan isu agama atau bersandar kepadanya untuk mempertahankan sesuatu kemungkaran yang nyata.

    Islam itu indah dan adil serta kami diajar dari ajaran Islam untuk menjauhi segala kemungkaran dan tidak bersubahat dengannya.

    Kenapa harus saudara fikirkan perjalanan ayahanda Tun ke dunia seterusnya yang kekal selama2nya kerana urusan tersebut bukan kita untuk menilaikannya?

    Itu urusan Allah s. w. t dan urusan kita hanya berusaha mencari keredhaNYA dan siapalah kami untuk bercakap bab agama moga sama2 kita diberi hidayah hendaknya.

    Amin Ya Rabb.

    Wasalam Tun.

  26. Salam Tun,

    Banyak maksud penulisan kali ni…. tetapi saya mohon laluan untuk membuat komen tentang penulisan dari Saudara Faizul dibawah ini,

    “bilakah tun mahu berhenti daripada berbuat demikian.tidakkan pernah tun terfikir bahawa urusan dunia ini hanya sementara sahaja dan tidak membawa manfaat yang banyak untuk kita bermati-matian memperjuangkannya sehingga mencetus perbalahan dengan banyak pihak. tidakkah tun pernah terfikir mengenai perjalanan di dunia satu lagi yang tiada penghujungnya. apakah sudah banyak bekalan yang disediakan untuk meraih rahmat Allah Taala supaya perjalanan dipermudahkan kelak?”

    Untuk yang bertanya, tak salah manapun tetapi cara kita bertanya tu seolah-olah kita ni adalah golongan ‘Maksum’ dan 100% masuk syurga.

    Cuba kita cerminkan diri sendiri dahulu, dan sebaik-baiknya jagalah kubur kita sendiri. Kenapa penyataan ini dibuat? Dengan memberikan komen seperti sebelum ini, adakah saudara Faizul membenarkan yang mungkar? Adakah secara sedar kita mengatakan Dato’ Sri Najib tidak mengambil satu sen pun dari Dana Negara untuk perbelanjaan peribadi? Adakah Peguam Negara menipu apabila menyatakan berpuluh juta wang dari SRC masuk ke akaun peribadi Dato’ Sri Najib?

    Fikirlah dengan lebih baik. Dosa dan Pahala adalah urusan Allah, kita hanya boleh berusaha.

    Terima Kasih Tun.

  27. A minister whose name is “Abdul Rahman Dahlan”, talking about Tun M’s article.

    It’s good that Najis’s and his slaves are reading Tun M’s blog regularly, which shows that how much effect Tun M’s action having on them, how they fear the public lashes and worried are they in losing the people support.

    Tun M just ignore him since he is one another shit who is surviving on Najis’s poo…

  28. Salam Tun

    Di Jerman ada Goebbel. Dk Msia, Najis banyak ada GOBLOK. Tugas mereka tidak byk beza.

    Mereka ini cuba menggoblokkan rakyat tanpa mereka sedar yg GOBLOK ialah mereka.

    Saya berdoa sekali ini terutama org Melayu sedar dan tukar kerajaan pada PRU akan datang.

    Dalam BERSATU we have more intelligent and smart people selaen mereka penuh dgn Wisdom and Compassion.

  29. Saudari Faridina. Saya tidak kebangkrapan idea tetapi saya hanya mahu menyuarakan pendapat berdasarkan landasan Islam kerana ianya satu fakta yang jelas dan nyata. Saya khuatir jika saya menulis panjang lebar dan merapu saya akan terjatuh dalam landasan fitnah.
    Ramai yang memberi komen dengan isi dan fakta yang seolah-olah menjirus minyak ke dalam api namun tidak ramai yang melontar batu kesedaran untuk tun fikir-fikirkan.
    walau bagaimanapun saya ucap terima kasih di atas komen saudari.Moga Allah mengampuni kita semua.

  30. DrM juga menyemai propaganda anti-Najib secara agresif.

    Malahan, sy lihat propaganda yg pasukan DrM lancarkan agak ekstrim dan tidak menggambarkan nilai murni seorang mantan pemimpin dan bergelar “negarawan”.

    Walaupun sy tidak lagi menyokong DrM, tapi sy tak sanggup melihat beliau merangkak dan mencemar maruah beliau serta meninggalkan legasi yg hina. Bertaubatlah DrM.

  31. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Nah begitulah adanya apabila setiap kali Tun bersuara dalam blog sendiri keluarlah sang2 kaldai mungkin orang yang sama kali ini menjelma sebagai Faizul pula Sep 29,2016 12:20 PM memutarkan lagu2 propaganda yang sama berulang2 kali kesian.

    Lenggok bahasa masih sama tapi lebih mendukacitakan konten masih sama maka perlu banyak berusaha lagi tapi dasar kaldai memang degil cari dan terus mencari walaupun dah kebankrapan idea mungkin.

    Cuba cari bahan yang baharu dengan tatabahasa berbeza bagi mencabar minda kami yang biasa2 ni.

    Selamat mencuba wahai sang kaldai.

    Wasalam Tun.

  32. terkadang kita juga perlu muhasabah diri daripada sering memuhasabah kelemahan orang lain. mengkritik kerajaan tidak sudah2 menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada pengkritik itu sendiri. semua perdana menteri telah tun kritik bermula daripada zaman almarhum Tunku sehingga ke hari ini Datuk Seri Najib.
    bilakah tun mahu berhenti daripada berbuat demikian.tidakkan pernah tun terfikir bahawa urusan dunia ini hanya sementara sahaja dan tidak membawa manfaat yang banyak untuk kita bermati-matian memperjuangkannya sehingga mencetus perbalahan dengan banyak pihak. tidakkah tun pernah terfikir mengenai perjalanan di dunia satu lagi yang tiada penghujungnya. apakah sudah banyak bekalan yang disediakan untuk meraih rahmat Allah Taala supaya perjalanan dipermudahkan kelak?

  33. Jika kita jumpa artis atau ahli politik
    Kita akan serentak ingin menjenguk wajah rahub tersebut

    Jika terjumpa Najib di mana mana
    Hati ini akan berkata
    Apa , inikah pemimpin Malaysia ?
    Yg mencuri dengan niat , setelah memberi alasan kebudakan pada kita semua
    Seharusnya Pemimpin bergini , memang niat saya untuk Kahak kat muka beliau

    Perbuatan Najib bukan andaian atau karangan untuk membenci beliau
    Perbuatan beliau sendiri . Duit yg begitu banyak takkan masuk kat account beliau
    Beliau sendiri tidak menyedari ?
    Kalau ia pun derma yg di lafazkan , buktikan dengan nyata

    INI kah Akhlak Pemimpin Perdana Menteri Malaysia , Najib Tun Razak ?
    Itu sebab beliau tidak seindah Hormat diberi pada Tun Mahathir
    Di mata Malaysia juga mata Dunia

  34. Sy yakin… Ramai di antara kalian tidak pernah membaca terjemahan Al Quran dari surah Al Fatihah sehingga surah an nas…

    Bacalah… Bacalah… Bacalah…

    Jikalau lah saya ini Mahdi… Apakah kalian baru mahu membantu agama Allah???

    Apakah kalian tidak sedar tanggung jawab kamu sbg islam? Apakah sukar utk menyuruh org membaca terjemahan tanpa mengaji???

    Berpesan kpd kebaikan adalah tugas yg lebih mudah daripada syahid…

    Jazakumullahu khairan kathiraa

  35. Assalamualaikum,

    BR1M bukan satu penyelesaian yang efektif untuk rakyat. Apa yang penting sebenarnya ialah kuasa membeli dan menikmati kualiti hidup yang yang lebih tinggi.

    Mungkin parti pemerintah yang baru boleh meneliti semula kadar gst, penstrukturan semula “tax bracket”, insentif kepada kontraktor/pembekal yang mempunyai rekod cemerlang (bukan keupayaan dari segi kewangan), memperbaiki sistem komunikasi (jalur lebar), hak untuk mendapat pendidikan secara percuma di peringkat asas (membaca, mengira dan menulis), memastikan pemaju hartanah menyediakan kemudahan prasarana yang sesuai dengan anggaran kepadatan penduduk kawasan yang hendak dimajukan contohnya melebarkan jalan keluar/masuk.

    Semakin ramai rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain. Mengapa?

  36. Propaganda Senjata dahulu , kini dan sekarang
    Senjata yg Tajam lagi membinasakan
    Maka perlu selidiki sesuatu , hindarkanya hingga tahu kenyataan tersebut
    Bukan sahaja Najib , US Politician & Media ramai yg menggunakan propaganda

    Propaganda Mak Timah bila dah terkehil
    Bila beliau berkempen satu Kampung akan Hebuh
    Fuyuh….. propaganda Mak Timah ….internet pun kalah

    Yg Penting
    Parti Bersatu mesti Bersedia
    Kita tidak perlukan Kehakiman Negara yg telah Kotor
    Tidak perlu lantik AG Negara untuk di Nodai
    Tidak perlu Payung KeSultanan untuk constituency Kerajaan
    Kita Bersatu demi Kebenaran
    Dan kita akan hukum sesiapa pun yg sudah di sabit keasalahan menganiai Malaysia

  37. ASSALAMUALAIKUM YANG MULIA AYAHANDA TUN DAN KERABAT SEMUANYA. Good Day.
    a. Yang pasti najib tak akan berundur, dia sudah tahu nasib buruknya jika berundur.
    b. Dia akan teruskan legasi dan bagasinya hingga titisan terakhir. PRU14 bukan masaalah besar dan bukan penentu nasibnya yang seterusnya. By hook or by crook, dia akan pastikan kemenangan akan tetap di pihaknya. BAGAIMANA…………Terlalu mudah untuk dijangka.
    c. 2 Matlamat Utama ialah: mengekalkan tampuk pemerintahan dan memegang tampuk pemerintahan itu hingga akhir hayat, yang penting zahid dengan hishamudin, kau bela dia baik baik. Tak perlu terlalu banyak matlamat utama. Pendekkan cerita, sekarang pun dah pun bermula Fasa awal era rejim dan kediktatorannya.
    d. Yang agak menjadi kerisauannya ialah, terlalu banyak operasi dan misi yang perlu dilaluinya. Nak bina empayar bukan senang.
    e. Pertama, bagaimana untuk memastikan ketaatsetiaan jeneral2 dan panglima2 agar terus menyokong dan mempertahankannya…… Facilitate & Accommodate all their needs. Make sure they are top class obedient.
    f. Kedua, sumber kewangan mestilah kukuh dan sentiasa terjaga. (e.g Felda dan Perbendaharaan Negara ada di tangannya).
    g. Ketiga, Perundangan Negara wajiblah sentiasa dipantau, dipinda dan dikemaskini mengikut kesesuaian semasa menurut kehendaknya, bukan mengikut kehendak orang lain termasuklah Raja raja Melayu.
    h. Keempat, kedaulatan Raja raja Melayu hendaklah sentiasa terpelihara. Privasi Raja tidak akan diganggu, minta apa sahaja, we’ll facilitate & accommodate u. U can do your own business, and I will do mine. Any difficulty let me know…. We’re sharing same bloodline (raden kemuncop kecubong keceper kepunden)
    i. Kelima, strengthen and reinforce the ties with all BIG BIG BROTHERS (usa, china, russia, india, japan, koreas, iran, saudi, france, uk, german etc….not to forget small brother, singa..porah) we can seek help from them if anything happen. Don’t forget my “besan” country, anything happen, for sure u can stay there one….
    j. Keenam dan seterusnya korang pikirlah sendiri
    k. Tapi najib, kau jgn lupa, segala maklumat kejahatan kau, para pembantu serta penerima dedak, menunggu masa untuk di reveal oleh orang orang kau jugak. Mereka ini adalah bala tentera penghancur empayar engkau yang tersembunyi….. menunggu nunggu arahan dari pihak atasan untuk meledak dan mencuci najis kotoran yang kau bawak.
    l. Untuk itu najib, yang kau perlukan ialah: propaganda, konspirasi, manipulasi, kroni, proksi, peras ugut, ancaman, dukun dan bomoh, fitnah, pura-pura alim, keldai dan kerbau dicucuk hidung, falsafah kedikdatoran, liberisma, monopolisma, media, tabungan rejim, akta rejim, underground armies, ilmu mafia antarabangsa, menguasai sumber2 kewangan (e.g big corporations), mengukuhkan parti komponen, mencari jalan mengusai ketua-ketua parti lawan, banyakkan event hiburan untuk rakyat, belajar dengan zionis, dedak dan bertih jagung dan banyak lagi…kau boleh tambah sendiri sebab kau lagi banyak pengalaman. Terakhir, jangan lupa bini kau yang sangat jelita dan setia tu, idea dia boleh tahan jugak, 1st class.
    m. Semua dah tertulis, yang bathil pasti muflis tak kan dapat kau tepis. Tak percaya, kau tanya Mukhriz.
    n. Jaga kesihatan kau tu, sakit jantung, darah tinggi, gout, kencing manis, migraine, angin ahmar………………………….Tahajjud jangan lupa.
    o. BERTAUBATLAH SEBELUM KAU TERLAMBAT………….

  38. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Dalam blog ini pun ada spesis Goebbels juga Tun tapi tidak se-signifikan Goebbels kecil di luar sana maka selayaknya mereka ini hanya diumpamakan seperti seorang kaldai pendedak.

    Kerja seorang keldai dadah barangkali ramai sudah tahu betapa ianya salah, berbahaya dan berisiko tinggi namun tawaran wang lumayan dan mungkin desakan hidup menjadikan ianya sukar ditolak.

    Begitu juga kerja seorang kaldai pendedak yang ditugaskan membawa berita pendedak yang terang2an salah yang bertujuan membela tuannya dengan taktik serang balas siber terhadap sesiapa yang dianggap telah berjaya membuka minda rakyat terhadap salahlaku tuannya demi tawaran wang lumayan dan mungkin desakan hidup kerana cita2 menjadi jutawan terkandas banyak kali sebab tiada keberkatan dek menipu orang agaknya kesian 🙁 sama2 lah kita bertaubat.

    Kaldai sebenarnya tidak sebodoh yang disangka tetapi agak cerdik rupanya berdasarkan faktor kedegilan yang tinggi adalah ciri2 utamanya untuk kelangsungan satu kehidupan.

    Maka anggaplah kehadiran kaldai pendedak di sini sebagai punching bag dan badut untuk dimain-mainkan serta dijadikan bahan lawak jenaka atau mungkin kat sekolah dulu dia dah terbiasa kena buli jadi memang saja2 nak mengimbau kembali zaman dulu2 kot.

    Akhir kalam∆amaran∆cerita di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yang tidak terasa.

    Wasalam Tun.

    p/s – Pengumuman program PPBM di Sri Manjung Perak pada 2 Oktober 2016 ini adalah ditangguhkan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Bro Zubir tak dapat lagi kita me-latte ya, lain kali kot.

  39. Salam Tun.

    “Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka.”

    Betul kata Tun.

    RockyBru pun dah tak publish komen-komen dalam blog beliau. Terbaru… saya cadangkan Dato Rocky, switch-off butang ‘Post a comment’ dalam posting beliau dan tiru seperti pengecut-Shuzheng, yang langsung tak benarkan komen.

    LSS pula… terus tak siar komen saya yang bertanya:- Adakah hutang 1MDB diambil-kira dalam jumlah hutang-Negara yang beliau katakan dibawah 55% KDNK itu?

    Kesimpulannya: Najib boleh suap dedak kepada ‘Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej beliau dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan’, tetapi hakikatnya… bukan senang mahu menutup bangkai-gajah.

    Betullah kata Tun; Najib hanya membazir lebih banyak WANG Rakyat untuk ‘membersihkan’ diri beliau… termasuklah WANG yang digunakan untuk ‘taja’ geng Baju-Merah.

    Bak kata Omputih: Its impossible to defend the indefensible.

    Saya tahu… kerana saya juga pernah membela Najib dahulu… secara sukarela… ketika Najib guna orang-tengah kelabu-asap… Razak Baginda. (Bila tiba Deepak Carpet, saya sudah fed-up)… dalam urusan Kerajaan. Bahana Razak Baginda… selepas 14 tahun… masih menghantui UMNO-Najib dan BN. Sekarang Jho Low pula dalam TIA=1MDB. Kali ini lebih parah kerana money-trails melibatkan banyak Negara-Kafir, terutamanya Amerika dan jumlah WANG yang di klepet… adalah terBESAR dunia, setakat ini.

    Jika Pemimpin UMNO terus menyokong Najib, maka emej & maruah Bangsa, Agama dan Negara akan teruk tercemar… kemudiannya dipersenda, diperlekeh dan dihina.

  40. Salam Tun.

    1. Betul Tun.. dalam sejarah tamadun manusia watak – watak seperti si propaganda telah dibentuk oleh tuan punya diri .

    2. Malah ketika Allah s.w.t mencipta makhluk – makhluknya terdapat berbagai watak – watak dari yang sebaik – baik sehinggalah yang sejahat – jahatnya.

    3. Bagaimana pun keyakinan terhadap pendapat sendiri bergantung juga kepada q’dho dan q’dhar yang di tentukan oleh Allah s.w.t.

    4. Usaha yang berlainan menuju satu kejayaan akhirat atau lojik di dunia adalah lanjutan dari keyakinan pendapat oleh diri sendiri.

    5. Contoh lojik iaitu kemenangan dalam menggundi ialah jumlah yang di perolehi .

    6. Untuk mengganti seorang PM yang bersalah serta di bantu oleh watak -watak seperti si propaganda ini adalah dengan memenangkan Parti Perikatan .

    7. Usaha lain adalah memastikan golongan seperti ribuan atau jutaan yang menyertai Bersih 5 atau Parti – Parti Perikatan juga rakyat yang menyokong Parti Perikatan DI BANTU MENDAFTAR DIRI MEREKA ATAU MEMBANTU MENGHADZIR DIRI MEREKA PADA HARI MENGUNDI KETIKA PRU 14 NANTI .

    8. Lojik terbaik kalahkan BN dahulu dengan memastikan lebih ramai pengundi yang menyokong Parti Perikatan dari yang menggundi pihak BN .

    9. Sejarah mengajar kita usaha untuk memusnahkan kuasa jahat memakan masa yang lama sehingga merugikan usia kehidupan manusia. Malah kebanyakan memerlukan pertolongan dari yang maha berkuasa dengan menggunakan kuasa alam dan makhluk ciptaannya.

    10. Darinya kita dijadikan kepadanyalah kita di kembalikan.

    Wallahua’lam .

  41. Tun terlupa memasukkan nama azalina, mas ermiyati, shahrizat, puad jarkasi, jamal ikan dan sepupunya ali tinju, khairi, menteri besar melaka, menteri besar johor dan kedah, hishamuddin, nazri dan lain lain kah? Mereka kan cuma menyelit juga dengan mengejek2 Tun sebagai serangan psikologi seperti jamal yang berkata mahu meludah muka Tun dahulu.

    Harapan kami agar Tun dan anggota bersatu serta pembangkang yang sama hala tuju agar tetapkan pendirian, usah berlawan dengan cacian, makin dan mengeluarkan perkataan2 yang jelek serta seperti samseng oleh pembela2 mereka, gunakanlah hemah, teruskan fikiran positif, diamkan sahaja mana mana tekanan tidak berasas dari mereka kerana rakyat belum lagi buta dan tuli akan kelakuan mereka yang kelihatan seperti samseng, ke anak anakkan serta berhujah seperti tiada bermaruah.

    Rakyat juga sudah ramai kenali riza aziz yang aktif berjudi dan anak anak menteri yang berkelakuan tidak sopan serta khayal dengan kemewahan bapa mereka.

    Asalamualaikum Tun, dan rakan rakan lain di sini yang bersama berjuang juga yang menentang seperti karl, pak pandir dan lain lain.

  42. For big dog
    Do what u have to do
    But remember on the halal and haram.

    For Tun
    Terus kan usaha murni ini.

  43. Salam Tun,

    Satu point amat penting saya nak ‘highlight’ dalam Post Tun di ‘Malaysian Official 1’.

    Point Terakhir. (Dipetik Dari Saman DoJ)

    XXI. Page 76 para 264. ” Bank records associated with the Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore Account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICAL 1 (Najib) were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor on the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib).”

    ………

    Penjelesan oleh DS Najib dan pemimpin UMNO dari Kerajaan kepada seluruh anggota masyarakat bahawa derma USD 681 million (RM 2.6 billion yang mahsyur di media) bahawa datangnya dari ‘Tok Arab’.

    Dari petikan atas ditulis bahawa ‘beneficial owner’ atau pemilik akaun Tanore Finance Corp yang menderma adalah ‘TAN’ iaitu Eric Tan Kim Loong, kenalan Jho Low.

    Soalan ‘PENTING’….

    Bagaimana penderma Eric ‘TAN’ seorang Cina tapi bangsanya ‘Arab’?

    Mungkin Tun boleh tanya pendapat-pendapat orang ramai setiap kali memberi ucapan berkenaan Kes 1MDB. Cuba tanya adakah ‘Rakyat’ Malaysia atau Bangsa Malaysia, Bangsa mudah diperbodohkan?

    *Ps : Tanore = ‘Tan’-ore, TAN = Eric Tan, ore pula bmaksud bijih dlm Bahasa Italy..myb bijih (lubang duit). nama company xdak kena mengena dgn bahasa Arab.

  44. It is sad big dog berpaling tadah.
    Masih ingat lagi big dog guna kan mpv beliau utk tun berucap untuk turnkan pak lah
    Well Tun
    Cash is king
    Dgn keadaan ekonomi sekarang
    We need money to survive
    It is sad but have to do it for survival
    Things may change when pru comes…
    At the meantime.. tiada rotan akar pun berguna

  45. Salam!

    Mungkin Gani Patail, Sirul dll sangat sayang dan mementingkan keselamatan keluarga mereka yang tersayang.

    Masa Pablo Escobar jadi raja dadah, pegawai-pegawai kerajaan termasuk polis dan hakim diberi dua pilihan sahaja oleh Escobar… makan dedak atau mati dibunuh. Hanya yang benar-benar berani sahaja yang menolak dedak.

  46. Apa kata korang pegi carik buku

    “The International Jew” by Henry Ford…

    Anda akan dpt melihat perencanaan Yahudi di New York sbg BaitulMagdis yg baru… Sesiapa yg memenangi pilihanraya di N.Y (Hilary Clinton)… Dialah yg akan menjadi President Amerika Syarikat…

    The 1st women president of united states…

    Salah satu tanda kiamat yg terbesar adalah dimana Wanita yg menjadi Khalifah… Katakan kpd saya… Negara mana yg paling kuat di dunia ini.. yg menggunakan hanya Dollar untuk membeli minyak… Dan mengapa Barack Obama mengatakan bahawa Israel adalah ally yg terkuat… Sedangkan mereka hanya negara kecil…

    Sekiranya benar2 Hilary menjadi President… Dunia harus berwaspada…
    38 billion millitary fund package yg dibayar kpd US oleh Israel…

    Ada perkara yg lebih besar daripada Najib…

    Namun anda semuanya buta… Anda tidak tahu… Bahawa Najib hanyalah salah satu boneka dan rencana sementara… Mengawal dunia adalah objektif utama mereka… Sudah2 lah menteri semuanya…

    Bukalah mata anda… Najib cuma manusia yg dijadikan mangsa…

    Keadaan Negara kita ini… Akan bertambah buruk pd masa yg akan dtg… Tidak kira sebagus mana PM itu…

    Jika pembangkang menang sekalipun…

    Apakah kamua semua yakin bahawa parti yg baru memegang boleh melaksanaakan pengurusan dgn lancar pd musim yg pertama??? Bagaimanakah keadaan ekonomi kita pd masa itu???

    Apalah nak jd dgn Negara Malaysia ini…
    Sedarlah kalian semua… Kita ini bukanlah sesiapa berbanding US dan Israel… Arab hanya dipermainkan oleh U.s dan Rusia… (Good Cop Bad Cop rountine)

    By time,

    Indeed, mankind is in loss,

    Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.

  47. Mengikut tinjauan saya, ramai orang takut utk menjadi ahli PPMB sebab mereka takut tak dapat BRIM.
    Maka adalah lebih baik, PPMB mengumumkan bhw rakyat akan terus diberi BRIM jika PPMB dapat memerintah pd PRU 14 nanti.

  48. Najis is scared for early election. He thinks the people will set aside everything and vote for UMNO again.

    So the new party should not rush to common people with 1MDB scandal right now, they can do this before 2 months for the election and that will keep their mind afresh on the effect country will face if UMNO wins.

Comments are closed.