1. Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ada yang menyatakan mereka menerima ugutan dari parti UMNO dan Kerajaan Najib.
2. Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari UMNO, atau lucut jawatan dalam Kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan.
3. Tetapi mereka masih sanggup didera seperti ini kerana kepercayaan bahawa akhirnya, dengan penyertaan mereka dalam PPBM dan mengundi baginya dalam PRU14, nikmat berkali ganda akan diperolehi oleh negara dan diri mereka juga.
4. Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai PPBM. Dan mereka berusaha mendapat bumiputra lain termasuk ahli UMNO supaya menyertai PPBM.
5. Perjuangan bagi mereka bermakna kesanggupan mengatasi sebarang rintangan. Perjuangan tidak bermakna jika jalan ke arah matlamat terbuka luas dan ditabur dengan bunga mawar sepanjangnya.
6. Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga. Bukan sahaja escort motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar. Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan.
7. Orang-orang Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
8. Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati.
9. Sesungguhnya ramai juga orang Malaysia yang takut didera oleh Kerajaan Najib. Itulah demokrasi Najib.
10. Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan Kerajaan kuku besi Najib. Mereka tidak takut. Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan Kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang P.M. yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat.
11. Saya sedar dan rakyat juga sedar akan tujuan undang-undang baru berkenaan sekuriti. Ia bukan untuk pengganas asing kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi. Ia bertujuan mematah semangat dan memberhentikan sebarang protes terhadap Najib.
12. Undang-undang ini yang tidak direstui oleh YDP Agong dan Raja-Raja Melayu memberi kuasa kepada Najib mengisytihar kawasan sekuriti dan dengan itu sesiapa sahaja boleh di masuk dalam tahanan tanpa dibicara. Ini lebih buruk dari ISA.
13. Jika sesiapa terbunuh atau dibunuh, samada anggota keselamatan atau orang awam, tidak ada inquest (pemeriksaan oleh majistret berkenaan sebab-sebab kematian) yang akan diadakan. Dan keluarga simati tidak boleh bawa kes ke mahkamah untuk mendapat keadilan.
14. Sebenarnya undang-undang seperti ini tidak boleh disahkan tanpa tandatangan SPB Yang diPertuan Agong. Tetapi Najib tidak peduli kepada undang-undang atau aturan-peraturan. Ia PM dan ia percaya sebarang pencabulan undang-undang olehnya tidak boleh didakwa di Mahkamah. Pendakwarayanya jinak akan halang.
15. Semua ini menjadi tanda bahawa demokrasi sudah tidak ada lagi di Malaysia. Yang ada hanyalah pemerintahan kuku besi, pemerintahan diktator.
16. Rakyat akan membantah penghapusan demokrasi di negara tercinta ini melalui proses yang halal. InsyaAllah ketegasan rakyat akan akhirnya menamat salah laku Najib.
Najib ! Apa Hal ? Sampai
Di ini hari Singapore & US World news
US Actor Leonardo Dicaprio says cooperating with US Authorities
with regards with 1MDB Scandal ?
Apa jangan jangan Aswarai Rai ,Amitah Bachan juga celebrity Yahudi pun tahu
akan scandal 1MDB yg di tubuh & di kuasai kau ?
Malunya satu dunia bercerita
Saya suka President Phillippine Rodrigoe sekarang
Lagak macam orang biasa tapi berani memerangi sindiket dadah Negara beliau yg telah bermaha rajalela dari dulu yg merosakan Negara beliau
Beliau amat berani walau nyawa beliau di ancam pihak sindiket dadah Phillippine
Begit juga beliau berani menentang US dengan mengutuk Kezaliman yg di perlakukan US di Timur Tengah .Beliau bukanlan umat Islam tapi Belaiu berpendirian tegas & bijak
Di ini hari beliau melawat China , jarang pernah yg di perlakukan President Phillippine sebelum ini yg menunduk pada US
Inilah benar benar Pemimpin sejati
Bukan macam kau , hanya nak Berlagak tapi Kosong
Dah…besok kau resign sudah .Jangan menyusahkan rakyat
Assalamualaikum.
Setuju dengan Milshah dalam banyak perkara;
Saya harap Tun akan bersabar dengan dugaan yang menimpa Tun sekeluarga. Dunia sudah terbalik. Orang yang berlaku zalim dan mencuri diangkat sebagai ketua dan dipuja. Orang yang memperjuangkan yang hak dan benar dicerca dan dihina.
Wassalam.
Pentakbiran Kuku Besi
Beza makna dengan yg kini Pentakbiran Najib
Pentakbiran Najib mementingkan tembolok Beliau & Ahli Keluarga
Membodohkan ahli UMNO juga Malaysia keseluruhannya
Assalamualaikum,
Kalau mahu menyedarkan orang luar bandar, kita mesti tekankan perkara amanah yang mesti ada pada seorang pemimpin. Sifat benar dan amanah ialah antara sifat Rasulullah.
Apakah kita mahu pemimpin yang visinya tidak meyakinkan? Pemimpin yang tindak tanduknya meragukan? Adakah pemimpin ini sibuk memikirkan kepentingan diri atau rakyat? Kenapa keputusan pelaburan negara melibatkan transaksi yang ada “conflict of interest”? Kita mahu kah kalau rakyat kita berkata ” Pemimpin akupun buat begitu begini, mengapa aku tak boleh” ? Inikah standard kita?
“Cabinet ministers have been told by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to tighten their belts for challenging times ahead”
Meaning: As his wife need to buy diamond rings, branded bags and travel in private Jet for this year, he need to allocate few billions for it.
Anti-bersih thugs of Najis’s gang are cancerous not only to Malaysia but Malay community.
They made Malaysia 80% anarchy and soon will make it 100% under the leadership of Najis.
Dear Tun,
We appreciate your determination to make this country better again. Thank you for your devotion and struggles despite your golden age. We really appreciate it from the bottom of our hearts.
Thank you n God Bless
Pelajaran yg perlu Malaysia juga UMNO pelajari
Adalah memilih pemegang jawatan , tidak bolih sama sekali
Kerana , oh Bapa beliau bekas PM Malaysia jadi anaknya layaklah jadi PM
Ini ternyata kesalahan Besar Tun Mahathir memilih Najib dek kerana
Bapa Najib bekas PM , Najib tinggi segak ,bibir merah maka layak jadi PM
Jadi pemimpin tidak perlu dari darah keturunan
Perlu Siapa gerangan , akhlak ,kebijaksanaan , tegas ,amanah dan sebagainya
Arwah Gusdur President Indonesia malah lebih layak jadi Pemimpin dari Najib
Indra Ghandi yg berkaki ayam , kadang berselipar , dengan hanya pakaian macam Ikhram
lebih segak dari Najib dan lebih dihormati.
Najib hanya tangkap handsome saja
Kocek pun Kosong , ada pun duit Haram
Assalamulaikum Tun,
Saya harap Tun akan bersabar dengan dugaan yang menimpa Tun sekeluarga. Dunia sudah terbalik. Orang yang berlaku zalim dan mencuri diangkat sebagai ketua dan dipuja. Orang yang memperjuangkan yang hak dan benar dicerca dan dihina.
Berdasarkan penstrukturan semula kawasan kerusi parlimen, jelas PRU akan datang adalah perjuangan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO mengharapkan sokongan dari pengundi-pengundi Melayu luar bandar seperti peneroka Felda dan seumpama dengannya untuk terus kekal berkuasa.
Selain dari penstrukturan semula kawasan parlimen, UMNO juga sedang mendapatkan sokongan PAS. UMNO akan menggunakan PAS untuk mengukuhkan strategi mendapatkan sokong Melayu. Kalau betul tekaan saya, Bil hudud akan diluluskan parlimen dengan sokongan UMNO apabila parlimen bersidang bulan ini. Jika ini berlaku, jelas ada kerjasama antara PAS dan UMNO.
PAS harus sedar, UMNO sedang menggunakan PAS untuk terus kekal berkuasa. Kalaupun UMNO sokong Bil hudud, janganlah ingat ianya untuk orang Melayu atau orang Islam. Selama berpuluh tahun UMNO telah memerintah, di mana Najib sebahagian adalah daripadanya, tidak sedikit pun menyokong Hudud. Mengapa sekarang mahu sokong? Tidak lain dan tidak bukan untuk terus kekal berkuasa.
Jika benar ada kerjasama antara PAS dan UMNO, maka strategy yang akan digunakan ialah UMNO akan sokong undang-undang Hudud, dan PAS akan bertanding dalam pertandingan 3 penjuru antara UMNO, Pakatan dan PAS. Penyertaan PAS bukanlah untuk menang pada PRU akan datang, tetapi semata-mata untuk memecahkan undi Pakatan.
Mungkin pertandingan 3 penjuru merugikan Pakatan, tetapi ianya juga merugikan PAS. Hanya UMNO yang akan untuk dalam pertandingan 3 penjuru. PAS harus sedar tentang perkara ini. Dalam erti kata lain, jika PAS meneruskan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO, PAS juga tidak akan memiliki sebarang kerusi Parlimen pada PRU akan datang. PAS harus sedar, PAS hanya digunakan UMNO untuk memecahkan undi, bukan untuk memenangi kerusi.
Dalam kedudukan UMNO terus berkuasa, apakah ini sebahagian dari matlamat PAS untuk mendirikan negara Islam? Bersahabat dengan UMNO yang terlibat dengan pelbagai skandal, dan paling besar skandal 1MDB yang berjumlah RM50 billion.
Saya setuju cadangan DSAI dan Muhyiddin untuk berbincang dengan PAS untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang bersatu. Bahkan saya rasa DSAI dan Muhyiddin adalah orang yang terbaik untuk berbincang dengan PAS. Berbincanglah, tidak salah. Bahkan, saya rasa Bersatu dan PKR juga kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu, jika kehendak PAS untuk melaksanakan hudud dibenarkan.
We are faced with two options, disallow hudud and have a fragmented Pakatan against UMNO, or allow Hudud and topple the Najib’s government via election. Gaining PAS and it’s machinery would be advantageous in winning the rural malay voters.
Saya rasa, semua pilihan perlu dipertimbangkan dengan teliti oleh pemimpin-pemimpin Pakatan. Ingat matlamat utama adalah menjatuhkan kerajaan Najib melalui pilihanraya.
1MDB yg di tubuhkan Najib , juga setelah ketahuan banyak tidak betul dari betul , yg sekarang di sembunyikan pekung 1MDB olih Najib juga para anggota UMNO yg sedia ada
Merupakan satu Penipuan , satu tidak Amanah , satu Penyelewengan Wang Negara ,satu Pengkhianatan & Penipuan kepada
Malaysia pada Rakyat Malaysia kuhusus nya
Tidak Kuasa Raja mencampur akan membetulkan perkara yg tidak betul demi Negara
Mencerminkan & membuka jalan Malaysia tidak perlu lagi Constituency Raja
Ini Zaman abad 21 st Century
Manusia tidak ke Bulan lagi , Sibuk nak pergi Mars
Tidak perlulah lagi nak jaga Adat & Budaya
Jika Adat & Budaya hanya Khiasan Luaran sahaja
Assalamualaikum wbt Tun.
Kepada yg sayangkan Negara ini, rasanya rakyat sudah muak dgn Najib. Golongan berpelajaran yang boleh baca dan faham BI pasti sudah faham betapa Najib tidak tahu dan tidak boleh bekerja. Najib sedang mengheret Negara untuk tidak bekerja membina Negara.
(2) Semua jalan sudah rakyat gunakan untuk
jatuhkan Najib. Semua gagal. Cuma tinggal satu jalan bermaruah yang tinggal ie PRU. Sesiapa dan kelomok yg sedar Najib tidak boleh terus memimpin Negara harus mengakui, kekuatan Najib adalah hasil sokongan Melayu luar bandar. Maka untuk
tumbangkan Najib, rakyat luar bandar harus disedarkan secara meluas akan kelemahan Najib.
(4) Untuk menyedarkan rakyat luar bandar tentang kelemahan Najib, ada dua cabaran palin besar. Pertama-tama, rasa takut Melayu kehilangan kuasa jika UMNO tumbang. Rasa takut bayangan ini mesti dihapuskan. Bagaimanakah BERSATU boleh menyelamatkan Melayu berbanding UMNO?
(5) Kedua, semua pihak
harus boleh mengupas kelemahan Najib dlm
bahasa dan konsep yg orang Kampong mudah faham dan ingat. Cerita 1MDB berjela2 tidak menjadikan rakyat faham tentang salah laku Najib dlm 1MDB. Maka wajar cara utk memahamkan rakyat luar bandar harus kita cari. Contoh bagaimana jika prihal 1MDB ini dikupas sepertinya kisah skandal Pak
Man Telo dulu2. Rasanya rakyat mudah faham
jika kisah Pak Man Telo digunakan sebagai kias 1MDB
(6) Wajar kini kupasan kelemahan Najib harus dibicarakan dari sudut Islami. BERSATU harus sekarang sudah ada golongan Islami yg berani berhujah tentang tidak sihatnya prilaku pengurusan Negara di bawah Najib. Golongan ini pin mantap dlm merobah pandangan rakyat luar bandar ke atas Najib.
Salam Tun,
Cuma nak tambah apa yang brother musato ujarkan….
Internet hackers ni kadang-kadang tu bukan perlukan sebab pun untuk hack blog or website orang… sesaja nak berlawan sesama mereka untuk tengok siapa yang hebat hacking pun boleh jadi jugak….
Tetapi ada juga yang hack site popular semata-mata untuk insert script iklan kedalam root…
Tapi yang betul-betul tak tahan ialah ada hacker upahan yang diupah 100% untuk meruntuhkan sesuatu laman itu….
Diantara 3 perkara diatas, yang mana satu yang serang blog Tun ni, tak tahu la…
Terima Kasih Tun.
Assalamualaikum Tun.
Ya, benar tu Pn Hajar.
Blog chedet ni bukan setakat kena virus je, dulu bila cecah 1,000,000 hit, blogspot kata spam.
Disebabkan server chedet ni disewa maka rasanya lebih dari 3 kali terdapat gangguan besar. Blog chedet terpaksa ‘dicuci’. Direhatkan.
Mula mula blogspot, kedian chedet.com, kedian chedet.cc
Ada masa dulu, ada bagi cadangan sebab software, ada sebab // (tu kata HBT – ingat lagi ke amoi?)
Nama HBT pun dah jadi HBT456 sebab chedet.com tukar ke chedet.cc (ingatkan amoi pandai komputer – sama macam saya je…)
Itu je la yang dapat diingat. Wajaperak pun dah lama tak dengar cite.
Sekarang server chedet dah beli dah kot. Nak kepastian kena tanya admin En Sufi la kan.
Terima kasih Tun.
ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
a. 1mdb adalah isu sangat besar yang menjadi perbincangan hangat oleh seluruh rakyat Malaysia malah sudah berjangkit ke seluruh dunia.
b. Ia kini menjadi barah yang menjangkiti dan melemahkan seluruh tubuh dan pemikiran rakyat Malaysia tak kira apa jenis pangkat sekalipun.
c. Ia melemah dan menampakkan ketidakadilan dalam seluruh sistem; kerajaan pemerintah, kewangan negara, badan2 dan agensi2 penguatkuasa kerajaan dsbgnya. Rakyat keliru dan berpecah belah malah turut berjangkit kepada institusi Raja2. Indeks jenayah kolar putih pun semakin menggunung.
d. Jika ini tidak dibendung dan dirawat dengan segera pasti membantutkan perjalanan cita2 kita semua dalam menuju ke arah mencapai wawasan 2020 dan negara maju.
e. Sesetengah pihak menganggap ia hanyalah persepsi negatif segelintir masyarakat yang ditunjangi oleh parti2 politik pembangkang yang hanya tamak dan dengki dengan kejayaan dan kekayaan yang dikecapi oleh pemimpin2 kerajaan pemerintah.
f. Jika ianya memang benar bukan masalah besar sepertimana yang dilaungkan oleh najib dan rakan sekutunya, mengapa ia mengambil keputusan yang terburu2 nafsu
– membuang dan mengugut beberapa pemimpin dalam kerajaan yang cuba membincangkan isu terbabit, dimasa yang sama ada pemimpin2 yang memang rakan sekutunya mengaku menerima wang sogokan.
– Dikatakan, 2 syarikat audit professional antarabangsa yang sedang melakukan kerja2 mereka ke atas syarikat 1mdb ditamatkan perkhidmatan dengan alasan terlalu banyak permintaan yang terperinci yang mengganggu dan menyusahkan operasi 1mdb.
– Bank Negara Malaysia yang sangat terkenal dengan sistemnya yang terkini dengan kawalan yang sangat ketat dan banyak mendapat pengiktirafan dari badan2 kewangan antarabangsa seolah tersipu2 segan dan berdolak dalih hendak menyatakan kesalahan 1mdb.
– Pdrm yang dulunya sangat terkenal dalam menyelesaikan hampir kesemua kes2 yang begitu rumit dan dapat menghidu dan menangkap si penjenayah dalam masa tak sampai 24 jam, kini bagaikan sudah hilang deria baunya dan detektif mata2 sudah jadi detektif rabun2 ataupun detektif buta2.
– Sistem perundangan dan kehakiman negara menjadi seolah2 menjadi sistem yang bacul. Gara2 AG ingin menyatakan pendirian maka ia ditamatkan perkhidmatannya dan kertas pendakwaan dibakar hangus jadi abu. Mulutnya ditutup dengan jawatan dan gaji yang lebih besar. Digantikan pula dengan orang yang lebih biol dan jahil.
– Pemeriksa Kira2 wang negara juga begitu, ditamatkan perkhidmatan dan diberi jawatan taraf menteri dan digantikan dengan yang sama2 bangang atau mungkin lebih lagi.
– Sprm pun sama 2×5 juga, memberikan jawapan dan alasan yang tak cerdik dan tidak munasabah bahawa mereka tidak ada kuasa untuk mendakwa. Habis tu, dulu dan sekarang ni ramai yang kena jatuh hukum dan sedang dalam perbicaraan tu, apa cerita. Ini menampakkan ada kes yang berpilih2 (pilih kasih). Kes yang baru2 ini yang melibatkan jutaan ringgit macam sonyap yo. (mungkin tengah fikir macamana nak lupuskan agar tak jadi barang bukti kes dan apalagi…kita bedal lah).
– Institusi diraja, memang kita akui agak berhati2 dalam memberi komen dan juga sebarang tindakan yang mereka ambil. Mereka sejak dulu tidak mahu campur dengan hal2 politik rakyat ni. Tapi apa yang kelihatan di mata rakyat ialah mereka agak condong menyokong kepada kerajaan pemerintah yang sedia ada kerana Pembangkang pula kelihatan seperti mencabar kedaulatan dan maruah mereka. Namun begitu dengan perlantikan YDPA serta Timbalan YDPA yang baru akan datang, menampakkan seperti ada harapan yang memberi rahmat kepada Negaraku yang tercinta ini. Dah beribu tahun kitaorang rakyat ni mempertahankan kedaulatan Raja2, mengapalah semudah itu nak menuduh yang bukan terhadap kami.
g. KES 1MDB bukanlah hal politik semata2. Ia MASALAH YANG SANGAT BESAR KEPADA NEGARA, yang perlu diambil perhatian yang sangat serius oleh semua rakyat Malaysia termasuk Raja2.
h. Kita cabar najib agar 1mdb ini biar dan dibincangkan oleh rakyat secara terbuka. Bincangkan di mesyuarat kabinet menteri, dewan rakyat, perhimpunan agung umno, forum2 di rangkaian tv dan media massa lainnya, oleh penuntut2 universiti lebih2 lagi yang sedang belajar dalam bidang ekonomi dan pengurusan dan banyak lagi saluran dan tempat. Janganlah dihalang dan diugut apabila wartawan ingin bertanyakan soalan. Janganlah pula jawapannya asyik ‘no komen’ je. Biar rakyat faham dan jawablah secara tepat segala tuduhan fitnah oleh pihak yang asyik nak membangkang je kerjanya. Jadi PM ini kena steady dan berani macam Tun M tu.
i. Kalau nak lagi berani, kau SAMAN dan CABAR je mereka2 yang memfitnah ni di MAHKAMAH. Pecah belah dan semakin runtuhnya parti keramat orang melayu umno sekarang ni adalah disebabkan engkau dan juga rakan sekutu kau yang asyik merapu tu. Lain ditanya, lain pulak dijawabnya. Bila ditanya dah makan ke belum, dia jawab, engkau ingat aku kebulur sangat ke… Dah sewel ke nyanyok pun aku pun tak tahu. Lagi satu, sebelum kau nak runtuhkan KLCC lebih kau cakap kat najib kita bakar ladang2 Felda. Memanglah bukan najib yang asaskan felda, tapi sebab salah arwah ayah dia dulu yang silap ambil balik Tun M masuk umno, lepas tu lantik pulak jadi pengganti dia jadi PM. Idea korang ni memalukan, macam orang sakit mental pun ada.
j. Diingatkan bahawa di setiap jabatan dan agensi kerajaan yang telah disebutkan di atas bukan semua warganya yang menyokong najib dan sekutunya. Mereka dah banyak mengeluh dalam banyak hal malah ada pergerakan sulit yang mengumpulkan segala maklumat rahsia pergerakan korang. Sampai bila nak bekerjasama dengan penjenayah dan bagi makan wang haram dan syubahat kepada anak bini dan orang tua di kampong. Diorang dah pandai talam dua muka macam boss2 dia, kau bagi dedak aku ambik tapi bantah tetap bantah.
k. Kesimpulannya, sebelum barah 1mdb ni melumpuhkan seluruh badan, lebih baiklah kita sama2 bekerjasama menyelesaikannya. Saya mohon semua guru pondok, alim ulamak, wali2 Allah yang bersembunyi tu, ustaz2, pemimpin2, raja2, orang2 muda, anak2 yatim, hafiz2 Al Quran dan semua rakyat Malaysia, samaada secara terang dan bersendirian, bersolat hajat, memohon dan berdoa kepada Allah SWT semoga dilenyapkan segala kebatilan dan ditegakkan segala kebenaran dan dipermudahkan serta berilah kemenangan kepada pejuang2 kebenaran. Semoga negara kita aman, makmur, sejahtera dan berjaya dalam mengharungi pelbagai cabaran yang mendatang. Aamiiin
APALAH YANG PAYAH SANGAT NAK FAHAM NI……………………………
Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,
1. Setahu saya, blog Tun sejak dari 2008 (semasa Tun keluar sekejap semasa Pak Lah PM, dan kemudian masuk balik UMNO) sehingga sekarang sudah BANYAK KALI diserang (may be ‘virus attacks/infections’ or attacks from Tun’s enemies). Malahan ada antara komen2 terdahulu pembaca2 yang terpadam (deleted/erased).
2. Malahan blog Chedet berpindah-randah ‘platform’.
3. ‘Musuh2’ Tun dahulu mungkin sudah jadi ‘kawan2’ Tun sekarang, dan sebaliknya. Tun sedia maklum hakikat bahawa sebahagian dari kawan2 Tun dahulu sudah jadi musuh ketat Tun. Yang dulu memuji sudah mengutuk, dan yang dulu mengutuk Tun sudah memuji-memuja Tun. Alahai…adat di dunia.
4. Kesilapan terbesar Tun yang saya amati ialah Tun terlepas pandang tentang ‘tabiat buruk’ DSN. Ini amat penting dalam menilai kewibawaan / kredibiliti seseorang sebagai pemimpin.
5. Tun juga terlepas pandang terhadap kesetiaan TS Muhyiddin (TSMY) terhadap Tun, dan nilai2 murni yang ada pada TSMY yang sepatutnya Tun NAMPAK semasa mengusulkan pengganti Tun Abdullah.
6. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri TSMY mengiringi Tun pada satu majlis pada Oct 2003 sebelum Tun meletak jawatan. Dan terdetik di hati saya yang TSMY amat sesuai untuk menjadi pengganti Tun Abdullah (namun siapalah saya untuk buat cadangan ini kepada Tun pada masa itu). Namun, sekarang saya yakin penilaian saya sebenarnya lebih baik dari penilaian Tun (tentang pengganti Tun Lah). Buktinya, lihat saja ‘kelakuan haprak & korup’ DSN. Saya yakin TSMY tidak akan berkelakuan ‘buruk dan korup’ seperti DSN kerana ASAS2 AGAMA yang kuat yang TSMY ada. TSMY juga nampak amat bersederhana dan tabah (tidak meroyan bila dipecat dan dianiaya). Isteri beliau pun nampak bersederhana.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Tun,
Setuju juga denga pandangan housewife tentang ada kemungkinan BERSATU akan “rosak” jika sebahagian besar parti ini dimasuki oleh ahli-ahli UMNO.
Saya harap mereka yang bersama BERSATU dari UMNO atau parti lain faham perjuangan BERSATU sekarang ini.
Pemikiran kita wajar berbeza dan perjuangan rakyat harus diutamakan.
Wassalam.
Assalamualaikum Tun.
Setuju dengan saudra Fariq Islam tentang proton.
Perlu diimbas dalam tahun 2015 dan sebelum Tun meletak jawatan sebagai pengerusi proton, proton akan mengeluarkan beberapa model baru antaranya Saga, Persona, Perdana dan banyak lagi sepanjang tahun 2016.
Maka kenyataannya model baru tersebut telah dikeluarkan secara berperingkat.
Malangnya ada yang cuba mendabik dada mengatakan ianya hasil ideanya.
Wassalam.
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Benar bro Cruze, kita mesti kentalkan semangat teruskan demi kebenaran.
Biar mereka aniaya kita di laman rakyat ini, tidak mengapa kita akan tetap hantar walau sebaris ayat sekalipun.
Wasalam Tun.
Faridina..saya juga terkena selama 2 hari untuk topik ini.
Semuga malaysia di jauhi dari pemimpin dan pengikut yang zalim.
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Memang bersyukur ada otai macam sdr Musato dalam blog ini yang telah lama memberikan buah fikiran dan nasihat berguna kepada ayahanda Tun seadanya.
Nah benar seperti yang dikatakannya DSN mana pandai menulis (hanya pandai tulis cek sahaja) jadi tidak hairanlah jika tukang strategi yang pakar membodek tuannya memberi gambaran yang salah.
Bahagian II :
Namun lebih mencabar minda kita yang telah lama dihina ialah pembohongan demi pembohongan oleh regu DSN dan AG melibat terkini perihal SRC dan RM 42 juta plus plusnya.
Pendedahan SR menunjukkan ada lagi kesan jejak wang dari SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi DSN berjumlah RM 27 juta menjadikan jumlah keseluruhannya bukannya RM 42 juta tapi adalah RM 69 juta setakat ini (manalah tahu ada lagi yang belum terdedah).
Bahagian III :
Difahamkan asalnya RM 27 juta ini dimasukkan ke akaun peribadi DSN AM 1 dan kemudian RM 10 juta masing2 disalurkan ke akaun DSN AM 2 dan DSN AM 3 (berapa banyak akaun peribadi AmBank dia ada dah?) dan sebahagian baki lebih RM 3 juta digunakan untuk membayar hutang kad kredit (Tun dulu jadi PM pakai kad kredit tak?).
Suka sangat bila Tony Pua persoalkan kenyataan AG bahawa DSN tak sedar bilamana duit dari SRC masuk ke dalam akaunnya kerana ingat itu duit derma Tok Arab@Tok Arak@Tok Alab.
Bahagian IV :
Bayangkan duit SRC RM 27 juta pun ada masuk lagi sekitar pertengahan tahun 2014 sedangkan duit derma telah terang2 dipulangkan pada suku ketiga tahun 2013?
Ini bukan kes tak tahu asal duit lebih tetapi tak tahu beri alasan nak menipu lagi sebab duit banyak sangat masyuk dari pelbagai sumber cuci duit (berniaga maju katakanlah) sampai lost track dari sumber mana pulak kali ni.
Bahagian V ;
Apa yang boleh kita buat? Ahli Parlimen yang mewakili rakyat sendiri macam YB Tony Pua pun puas buat sidang akhbar dedahkan perkara ini dalam bangunan Parlimen boleh dipandang sepi selagi AG sedia ada yang pandai menari tarian Ali Baba dan 40 penyamun, masih kekal dengan kerjaya AG@Hakim nya yang dipayungi oleh Cif Penyamun.
Terhina lagilah intelek rakyat buat kali ke berapa entahlah dah lost track gamaknya.
Wasalam Tun.
Assalamualaikum Tun.
Setakat yang saya dengar takde lagi isu perkauman yang dihebohkan hebohkan, melainkan Najib sendiri nampaknya cuba memainkan isu perkauman. Ini tentunya dirancang oleh pasukan strategi Najib sendiri.
Kalau mengikut kata Datuk Kadir Jasin, kemungkinan Najib pergi ke arah darurat seperti zaman Tun Razak iaitu 13 Mei 1969.
Ya, mungkin ramai telah meramalkan perkara tersebut.
Sudah tentu saya pernah rasa strategi ini akan dilakukan sejak awal lagi.
Apa yang boleh saya katakan adalah, silalah. Saya menantikan strategi perkauman tersebut supaya berlaku darurat.
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Nampak gayanya pihak sebelah sana turut memberi tekanan kepada orang-orang kecil dalam blog ini dengan menyukarkan kami menghantar komen dalam blog ini.
Pada 9 Oktober lepas kami ada menerima emel menyatakan seseorang sedang meminta kebenaran untuk menukar kata laluan dan rentetan pada itu ada sedikit kesukaran menghantar komen yang kemudiannya kembali seperti biasa.
Namun semalam apabila ingin membalas kepada sdr Musato perkara sama berulang kembali setelah beberapa kali cuba menghantar komen balas tersebut.
Nasihat kami pada rakan2 yang lain ialah jangan berada lama dalam keadaan log-in maknanya siapkan komen dahulu kemudian hanya ‘copy and paste’, submit dan log-out.
Moga berjaya usaha kita hendaknya.
Wasalam Tun.
So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me.
Al-Baqara 2:152
Tun
Saya tidak berpendapat pentakbiran Najib Pentakbiran Kuku Besi sangat
Saya berpendapat pentakbiran Najib
Pentakbiran Lebih Lagak dari Buat
Lebih Rugi dari Untung
Lebih Boros Belanja dari Jimat Cermat
Lebih Bodoh dari Bijak
Lebih Menuduk pada Kehendak Kerajaan Asing dari Kepentingan Negara
Lebih pada kepentingan dan image Najib dari Kepentingan Negara
Lebih menkayakan pihak asing dari anak bumi
Lebih Buruk dari Baiknya
Lebih peribadi dari kepentingan Negara
Lebih Menunduk pada Kemahuan US , Singapore lebih dari hingga Najib sendiri tidak tahu akan
kemahuan dan kepentingan masa depan Malaysia
Sebenarnya Najib Tidak ad Visi sendiri untuk Malaysia
Beliau lebih pada mengikut arus kepentingan politik luar lebih dari tahu akan tujuan kemana haluan tujuan Malaysia
Tambahan yg lebih buruk adalah campur tangan Rosmah berserta anak dan kawan anak beliau
Yg buat Kuasa Kerajaan Malaysia macam Mak Bapa dia orang punya
Ini yg menhancurkan dan mengugat Malaysia kini
Tun pun Satu
Tun tidak seharunya Bersara meninggalkan Malaysia begitu sahaja
Tun seharusnya mengikut langkah Lee Kuan Yew
Walau LKY sudah letak jawatan sebagai PM , beliau tetap menyandang jawatan sebagai Mentor Minister juga Senior Minister
Kuasa masih beliau perolihi walau anak beliau sendiri menyandang jai PM Singapura
Begitu juga istillah kita yg berniaga
Jangan serahkan niaga kita pada anak kita yg belum matang
Tunggu sampai kita tutup mata barulah perniagaan kita bolih kita serahkan
Sementara biar mereka berkerja mengikut dan belajar dari kita yg lebih dulu makan garam
Ini untuk kebaikan bersama keluarga bukan untuk kepentingan diri
MAKA KAMI, rakyat jelata, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
….hrrmmm…..
negara apa kah ini..??
$£€$£€$£€%&rm&%$£€$£€$£€
SAPUloh, SAMBILan, 8,7,6,5,4,3,2,1..
..kosoonnngggg…….!!
..download.
apakah benar bagai dibilang..??
Raja nya negara, kuasa dh hilang!
Singgah di takhta, hidop nya lenang!
Rakyat Jelata..?, entah lah pandang?
#
https://youtu.be/GmguOH2cbcw
#tawan
menawan, ditawan, tertawan, tawanan
*ketawaan.
….bahan….bahan…..
..ketahuan.
Politik Malaysia Menuju PRU14
Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh parti pembangkang sebelum menghadapi PRU14 ialah bagaimana untuk mewujudkan kesepakatan sesama mereka agar satu lawan satu menentang Barisan Nasional dapat direalisasikan pada PRU14 nanti. Para pemimpin parti pembangkang sedar bahawa hanya dengan pertandingan satu lawan satu di semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan akan dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan maupun di peringkat negeri. Mereka juga sedia maklum bahawa pertandingan tiga penjuru atau lebih hanya akan memecahkan undi calon-calon pembangkang dan seterusnya akan memberi kelebihan yang besar kepada calon Barisan Nasional.
http://kalamputihmenuliss.blogspot.my/2016/10/politik-malaysia-menuju-pru14.html
Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,
1. Nampaknya hampir kesemua ahli keluarga dan kenalan2 Tun telah disenarai-hitam oleh rejim Najib.
2. Ada antara anak2 Tun jelas telah dianiaya oleh pihak Kerajaan Kleptokrasi & Kuku Besi. Yang pasti, seperti kata Tun, sesiapa saja yang ada KAITAN dengan Tun akan dihukum/dianiaya serta dizalimi (tidak hairan jika nama2 atau syarikat2 milik ahli keluarga/ saudara / kenalan Tun M akan diketepikan untuk apa2 jawatan/projek).
3. Jelas kelihatan yang PM Najib @ Ah Jib Gor & gang sudah kelihatan seperti orang HILANG AKAL dan hilang kewarasan.
4. Dan amat ketara juga golongan yang diugut dan dianiaya dengan teruk ialah mereka yang dulunya menyokong UMNO/BN, tapi sekarang tidak lagi (menyokong) kerana enggan bersekongkol dengan rejim Najib yang korup. Lihat saja ‘serangan dan fitnah’ serta penganiayaan mereka terhadap Tun M.
5. Yang hairannya, mereka yang telah lama jadi Pembangkang (sejak zaman-berzaman; 2-3 keturunan) tidak pula sebegitu teruk (adalah sikit2) dianiaya, malahan ada yang dapat perbagai keistimewaan. Situasi ini sama dengan cara DSN ketika mula2 jadi PM (sehingga sekarang). Tidak habis2 MEMBODEK dan beri ‘dedak’ kepada kaum2 tertentu (untuk dapatkan sokongan/undi walaupun telah ditolak oleh mereka pada PRU-13).
6. Lihat saja jawatan2 yang pernah disandang oleh arwah Dr. Haron Din (sebagai contoh). Baru2 ini dianugerah pula dengan anugerah KHAS Maal Hijrah (yang julung/pertama kali anugerah ini diberi; mengapa diberi kepada yang telah tiada?). ‘Hebat betul’ cara rejim Najib berpolitik. Tidak adakah lagi tokoh2 lain yang layak (dan masih ada di dunia ini)?
7. Jika beginilah cara rejim Najib mentadbir negara (korup, bersikap ‘kuku besi’, dan penuh dengan agenda ‘balas dendam dan khianat’), memang tidak lamalah hayat rejim ini.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Assalamualaikum Tun,
Tun, entah kenapa saya masih rasa kegusaran di hati. Begini Tun, seandainya ramai ex-Umno sertai BERSATU tidakkah mereka akan bawa masuk bersama pemikiran ala-Umno, gaya ala-Umno, tindakan ala-Umno, cakap ala-Umno. Tun pasti faham apa maksud saya dengan sifat2 ala-Umno ni. Entahlah Tun, adakah isi2 dan inti2 dan adunan2 ala-Umno ini baik atau buruk untuk BERSATU.
BERSATU mesti mempunyai identitinya sendiri. Namun saya yakin Tun dan rakan2 telah amati dan teliti dan bersiap sedia dengan kerangka2 untuk menghadapi segala kemungkinan.
I want to keep an open mind that most of them join in good faith and they will not be musuh dalam selimut. When they join BERSATU they should throw away all those rubbish far far away for good.
Tun, didalam mana2 organisasi sesiapa yang jadi ketua atau pegang kuasa akan ada sedetik didalam hati dan fikiran, “Yahoo, aku berkuasa, petik jari semua datang padaku!”. Malangnya ada yang salahguna petik jari sehingga kuku jadi besi.
Tun izinkan bangsa lain menyertai BERSATU. Surely Tun doesn’t want them to be only your mata-mata but also the heart and soul to BERSATU. It won’t be so bad unless you have elected members in your committee from other groups. Let them be your check and balance. Love, trust and sincerity are the essences to a beautiful and successful relationship.
Tun, you must not leave the kampong folks alone without even trying to help them see the truth. We may think they’re less-educated or less-informed than us but they are no stupid, only not courageous enough to face out. Tun, they maybe reaching out to you but can’t hear them because they’re crying out in silence.
In silence they’re crying out; “Berikan daku kebebasanku! Berikan daku kebebasanku!”
Tun, harap Tun dan rakan2 ex-Umno tak terguris dengan coretan yang keluar dari otak saya yang bertanya-tanya. Saya hanya tak mahu Tun dikhianati dan disakiti. Manusia tetap manusia.
Semoga Allah berkati segala usaha Tun. Semoga Allah lindungi dimana jua Tun berada. Semoga Allah memberi Tun kesihatan yang baik dan bertambah ilmu berguna didada. Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Tun.
Fasa tiga?
Itu lawak. Pasukan Najib nak spin isu politik macam mana lagi?
PPBM telah rasmi tertubuh. Sebelum ni pun kerajaan Najib menang dengan nyawa nyawa ikan je.
Dengan peralihan sedikit je dalam PRU depan, kerajaan Najib akan kalah.
Siapa nak jadi PM kalau pembangkang menang? Aiman tak kesah. Yang penting kerajaan Najib tumbang.
Boleh?
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Tun.
Saya memang dah lama tak baca blog Najib. Tapi pasal Perpaduan yang dikatakan dimusnahkan oleh fasa satu Anwar dan fasa dua Tun Mahathir seperti yang diminta komen oleh tuan faradina, saya adalah sikit sikit nak komenkan.
Bukan calang calang orang buat karangan tu tuan faradina. Orang tu tukang strategi Najib. Tapi dalam sedar tak sedar dalam karangan tu, nampaknya Najib dah bersedia nak kalah.
Maknanya bila UMNO kalah nanti, Tun dan Anwar akan disalahkan oleh sejarah dan bukannya Najib. Najib akan cuci tangan dengan catatan sejarah sambil miliki sejumlah wang besar untuk persaraan.
Orang strategi Najib tu juga pembaca setia blog chedet dan tulisan saya. Seperti sudah beberapa kali lenggok dan cara isi kandungan spin disampaikan lebih kurang sama seperti yang saya sampaikan di sini.
Masih segar lagi, tulisan saya mengenai gelombang pertama ahlul bait Tok Pulau Manis dan gelombang kedua Tokku Paloh yang saya karang di sini.
Usah tutup hati anda dengan nafsu dunia. Nama nama yang saya tuliskan adalah Wali Allah yang asli, darah Rasulullah saw yang mengalir darinya kaliber sebagai pemerintah dan dibantu oleh Allah swt dengan karamah kurniaanNya.
Saya kira tukang strategi Najib sudah jauh ketinggalan. Biar saya bongkarkan satu rahsia kenapa tak lama dulu Tun buat U turn? Berita ini menjadi tajuk utama. Kenapa Tun buat U turn?
Mungkin Tun sedih apabila Muhyiddin dipecat dari jawatan TPM. Tapi Tun buat U turn apabila saya menghalang Tun dari maju kehadapan berseorangan (walaupun Tun kata ramai orang datang jumpa dan mahu Tun bersuara pasal 1MDB).
Saya katakan Tun supaya mula dari dalam UMNO. Muhyiddin adalah sebahagian dari percaturan. Muhyiddin dikorbankan. Mungkin Tun sedih, tapi saya gembira apabila mendapat tahu Muhyiddin telah dipecat dari jawatan TPM. Maaf Tan Sri.
Sebab apa? Kerana ia adalah untuk catatan sejarah. Muhyiddin boleh dicatat sebagai nama yang disanjung bagi yang menentang 1MDB.
Manakala nama Najib akan tercatat sebagai PM yang mempertahankan 1MDB yang dikatakan menyebabkan hutang negara bertimbun dan banyak harta benda negara tergadai.
Dan sejarah akan mencatatkan bahawa Anwar (jika benar begitu) dan Tun Mahathir menjatuhkan kerajaan memerintah kerana tidak mungkin kerajaan yang kuat tidak dapat menangkis isu perkauman dan perpecahan Melayu dengan PM Najib berkuasa kuat (isu PAC, AG dipecat dll)
Dalam sedar tak sedar, pasukan Najib sudah bersedia untuk kalah.
Dan ingat, panduan orang Islam sepanjang zaman adalah Al Quran dan Sunnah. Manakala alim ulama adalah pewaris Nabi.
Kerana itu wujud perkataan guru. Jika kata kata guru tidak benar, mengapa perlu bersekolah (berguru?).
Terima kasih Tun.
Dear TDM,
In regards to addressing issues with current PM.
Please review if my comments make sense:
1. He is/has seen/has worked with top man for 40 years (yours for 22 years).
2. He would have learnt / seen what need to be done to stay in power.
So he seems to be 1 or 2 steps ahead of what you plan to do. Also, trying to use local parties to stir up / educate rural folks about his abuses would be futile.
Therefore, new plans have to taken to make your actions worthwhile. GE14 seems to be the only logical choice.
All the best.
Najib merugikan dan menjahanamkan Malaysia
Ini sudah berlaku dan sudah nyata
Beliau masih Berdegil sebab Kuasa masih di tanggan beliau
Namun ia akan berakhir tidak lama lagi
Maka BERSATU perlu bersedia
Malaysia akan berkadaan lebih Baik
Jika kita di Bimbing olih yg dituduh kaki Liwat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dari si Bandut , Clown Gemuk sekeluarga Najib , Rosmah & Family Snd Bhd
Kenalah denga bibir Najib Merah Delima dengan pasangan Badan Sehat pendek seperti Clown
Kelihatan juga Kedaulatan Raja Malaysia berbeza dengan Kedaulatan Raja Thailand
Bertapa Harumya Kesedihan rakyat Thailand semperna pemergian Raja mereka baru kini
Ini menandakan dan membuktikan Raja Thialand amat di sayangi Umum
Kerana Raja Thailand Bertanggung Jawab akan Kedaulatan mereka
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Izinkan kami mengulas kenyataan DSN dalam blognya semalam;
Pada hemah kami PERPADUAN hari ini lebih utuh di kalangan berbilang bangsa di negara ini malah boleh dikatakan sungguh luarbiasa sekali dan fenomena luarbiasa ini terjadi disebabkan angkara DSN jua.
Pemikir politik menyatakan harga perpaduan ini begitu mahal sekali mulanya sekitar RM 42 billion diikuti dengan RM 2.6 billion hinggalah sekecil RM 42 juta.
Bayangkanlah perbedaan ideologi politik antara Tun M dan LKS selama 60 tahun diketepikan kerana kecurangan perilaku dan salahlaku terang2an DSN dalam 1MDB.
Persengkataan peribadi selama 18 tahun antara Tun M dan DSAI tidak menghalang kedua mereka dari mendahului hak rakyat dengan bergabung mendapatkan pembelaan dari Akta MKN yang berat sebelah dan hanya memberi kuasa mutlak kepada seorang individu sahaja.
DSN lah yang sebenarnya memecahkan kaum Melayu sehingga terbentuknya sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima kerana beliau bergantung nyawa politik dengan UMNO yang telah ditaburi dengan Wang (tunai) itu Raja demi membela segala salahlakunya.
Namun apa yang penting nadanya lebih menunjukkan kegusarannya akan potensi PPBM itu sendiri ialah kenapa perlu takut dengan parti sebulan jagung ekk?
Lebih meloyakan ialah orang sekotor DSN tanpa segan silu boleh bercakap tentang rasuah kerajaan DAP P.Pinang pula, yang sekurang2nya telah didakwa dan akan diadili di mahkamah kelak kerana kami rakyat memang menentang amalan rasuah tak kira siapa tetapi mengapa DSN pula menyalahgunakan kuasa PM dengan menghalang dirinya dari didakwa dan diadili berpegang pada pepatah berani kerana benar takut kerana salah?
Akhirkata kami bukan jenis menentang semata2 yang betul tetap betul umpama sebaris ayat DSN berikut kami setuju 100 peratus iaitu “Sebelum ini, tidak ada pun pertikaian pada perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni.”
Kenapa ekk? Cuba fikir2kanlah 🙂 .
Wasalam Tun,
p/s – Terlupa pulak satu pesanan buat bro Najib jangan stress sangat sebab baru2 salam2 hang dah kalut nanti depa berpeluk2 takut hang pengsan pulak ~ kebetulan pula depa orhang utara nak habaq mai jangan marah na.. 🙂
KepitToKasi
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,”
1Msia, rakyat didahulu…
Slogan entah, dah jd merapu..!
Skarang mcm nk buat yg BARU..
diLaungkan macai ‘hidooppp 1melayu’
*ini slogan apaa….??
Yg baru kah..?
=>: yg ini la yg baru..AAHHh..!
haAH
baru ah senang yg klepet nk lari..!
itu pun tak reti..!!
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Memandangkan ada kaldai tidak mahu balik kandang tuannya maka eloklah kita bawa kandangnya ke sini dengan izin ayahanda Tun jua untuk sama2 kita memberi komen catatan blog tuan karl_dai hari ini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Perpaduan adalah amat penting bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Namun, tidak boleh dinafikan sejak akhir-akhir ini, perpaduan negara kita sering diancam oleh dua individu.
Kita dapat lihat ancaman pada perpaduan ini terjadi dalam dua fasa. Fasa pertama pada tahun 2008 di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman.
Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai satu isu politik untuk meraih undi.
Sebelum ini, tidak ada pun pertikaian pada perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni.
Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum.
Fasa kedua mula pada tahun 2016 pula apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima.
Perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej “bipartisan” dan “multiracial” memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.
Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.
Lagi menyedihkan lagi, pemimpin lama tersebut sanggup dipergunakan oleh perhimpunan untuk memecahbelahkan rakyat, menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu.
Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan kedua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya untuk fasa ketiga.
Kerana itulah agenda 1Malaysia wajib diteruskan.
Sekian sahaja dari saya.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ketua Pembangkang Fasa Pertama :
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pemimpin Lama Fasa Kedua :
Tun Dr Mahathir Mohamad
Sudilah apa kira tuan2 dan puan2 yang budiman memberikan sedikit komen luahan di atas.
Wasalam Tun.
Assalamualaikum, Tun.
Berkenaan dengan isu Proton, secara telus dan tulus, Proton gagal kerana:
a. Budaya kerja yang kurang berfokus ke atas kualiti produk
b. Strategi yang tak betul, dalam penghasilan engine CamPro dan pengambilalihan Lotus UK
c. Pemilihan pembekal aksesori yang kurang baik, mengakibatkan kualiti produk yang banyak dipertikai.
Apa yang kerajaan buat sekarang demi memperbaiki prestasi harus digalak. Biarlah kerajaan sekarang berusaha, dan kita buat penilaian setahun dua kemudian. Kita mesti mengakui yang pengurusan dulu gagal, sehingga Proton memerlukan bantuan kewangan berbilion-bilion.
Namun, kita masih menaruh harapan yang model-model yang baru dilancarkan berkualiti dan keyakinan pengguna dikembalikan, untuk mencahayakan jenama Proton dan membanggakan Negara dan Rakyat.
Assalamualaikum, Tun.
Ingin saya cadangkan bahawa PPBM melancarkan dan memperaktifkan laman web secepat mungkin, untuk membolehkan Rakyat memahami dengan lebih terperinci akan halatuju dan agenda perjuangan politik PPBM.
Aktikel Tun boleh juga dimasukkan ke dalam laman web tersebut.
Assalamualaikum,
Apa yang saya cuba sarankan ialah rekaan blog palsu mesti dihentikan serta merta kerana tidak ada sesiapa manusia dalam dunia ini menerima kaedah tak bertamadun seperti ini.
Saya juga cadangkan pemimpin UMNO yang banyak berdiam diri ( tidak tahu lah apa yang penuh dalam mulut) membuka laman yang baru bagi rakyat melihat idea yang lebih segar untuk negara. Bukan idea untuk mencari wang sahaja, tidak ada kualiti langsung.
Why IS IT EASIER TO BELIEVE THAT
20 000 000 Malaysians are being lazy
Rather than
200
MALAYSIANS ARE BEING GREEDY?
Karl dan Chedet berpisah tiada..marah Karl cuma marah2 sayang..anak kecil ini cuma mahukan sedikit perhatian Chedet…….
Dear Tun,
Democracy is dead here in Malaysia. This dictator is not only a dictator he has also established kleptocracy as his main agenda to rule, abuse and remain so in power for as long as it takes.
Eight years through his tyranny and we could see the fruits of what the tyrant has in fact done to the country. Hide all he tried including behind the hippo’s rear but his rot just unveils more and more each passing time. The fruits of his decay are mushrooming around us but dictator is not moving because he has a cabinet of cash eating dummies at his disposal. They will do anything to cover and cosmetic their master for cash and position.
Things are bad enough we rakyat feel strangled just to survive. Latest is the news about our students abroad and within the country who have to bear the results of dictator’s ill deeds. Students abroad sengsara bila biasiswa tak masuk. Ini yang dia kata nak sponsor lagi student kita kat Germany? Now matriculation students within the country pun tergantung elaun makan sara hidup! My God what have you done dictator? You have licked the country’s coffers down to its depth till there’s nothing more left? If the brave non govt alternative media have not been so vocal in unveiling this truth we rakyat would continue to be blindly deceived by this Najib UMNO led administration.
Tun, dictatorship rule also makes me worry about your safety. Have you seen the satire comedy by Seth Rogen The Interview? Even a handshake could kill Tun. I worry about what you’ve mentioned about ‘tukang masak pun nak ditukarnya’. Dictator wants to play God. He has proven it before.
Jaga diri baik-baik okay Tun Mahathir. I hope your family is aware and alert of this as well.
Sleep well Tun dear.
Assalamualaikum Tun,
Tun, setiap tajuk Tun kemukakan mempunyai lenggoknya tersendiri. Apabila dibaca ia akan memacu pelbagai rakaman ke minda mengikut interpretasi setiap pembaca. Yang pasti pembaca yang punyai hati beku, kering dan keras tidak akan dapat merasai dan memahami keikhlasan dan roh pada penyampaian Tun.
Sudah dibilang perang psychology untuk melemahkan semangat bermula oleh manusia berhati keras. Mereka mulai serangan dengan sebaran fitnah Tun memecah belah orang Melayu. Tun tidak memecah belah orang Melayu tetapi Tun memecah belah otak (menyedari) orang Melayu-Umno yang dipukau, dibelenggu, disejuk-beku dengan kata2 dan janji2 manis supaya mereka terikat dan tidak lari ke mana2. Tun tidak memecah belah orang Melayu tetapi Tun memecah belah tembok besi yang mengcengkam kebebasan orang Melayu-Umno daripada bersuara, berfikir dan berekspresi. Tun masih letak pengharapan agar Melayu-Umno sedar dari lamunan sebab itu Tun buka pintu Bersatu kepada mereka. Harap mereka masuk dengan bersih dan buang hati sejuk-beku ala-Umno.
Tun, allow me to share some pieces by Muhammad bin Abdillah Ash-Shaayi. I could not say it better, he says:
“Those people will not stop talking about you until you take a tunnel in the ground or a ladder to the sky.They will be angry with you for you surpassed them in goodness or knowledge or conduct or wealth. So you are to them a sinner, never to be forgiven until you loose your endowments and the favours of Allah upon you, and you get disconnected from every praise-worthy attribute and detached from every noble trait. This is what they actually desired!
As such, you should endure the comments of those, their criticism, misrepresentation and their scorn. If you pay attention to the words of those and react to it, you have fulfilled their cherished goal about troubling your life and embittering your existence.
So, overlook their faults with gracious and forgiveness. Don’t be distressed because of what they plot. Their foolish criticism is a life story for you, and the fabricated and wicked criticism is to the extent of your importance. You will not be able to seal their mouths or fetter their tongues but you can bury their criticisms and false accusations by your turning away from them, ignoring them and abandoning their statements. Instead you can stuff their mouths with mustard by your improving upon your virtues and bettering your excellence and rectifying your shortcomings”.
“The courageous and valorous is free from worry, composed, firm in certainty and in high spirits. But the coward kills himself many times everyday with the sword of forecasts and disquieting information, illusions and dreams.
If you want to settle a life, face issues with courage and firmness and let not those who have no certainty of faith discourage you nor should you be distressed by what they plot. Be stronger than the events, firmer than the wind of crisis, than the hurricanes. It’s a pity for people of weak hearts, how many days bring agitations to them:
“And verily, you will find them the greediest of mankind for life”. -(Al-Baqarah 2.96)
But as for the strong, they are aided by Allah, and they trust in the promise: “And He sent down calmness and tranquillity upon them “. – (Al-Fath 48:8)
May Allah grant us patience and certainty of faith. May you and us all be guided by Allah and travel on a path from the paths of goodness and love, and the many ways of success. We may differ in views, races and tastes but we all have a single goal; and that is seeking happiness.
May Allah Bless and Protect wherever you are Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.
Najis the crooked thief and his slaves who always eat hippo’s poo are having high confidence that people will forget the Najis’s and his family’s thievery.
Apa yg saya cuba sarankan ialah agar jadual berat aktiviti politik DrM diambilalih oleh TSMY dan MM.
Mereka jauh lebih muda, tetapi mereka kelihatan tidak bermaya dan hilang punca tentang halatuju PBBM.
Saya tak pernah baca blog TSMY, jika ada, sy nak tinggalkan chedet.cc dan aktif di sana pulak 🙂
Assalamualaikum Tun.
Yep, dah lama betul hafizkenedelete menghilang. HBT pun dah sekejap kejap je menaip.
Saya okey je kat sini Tun. Bila ada masa luang, gi kolam hilangkan stress dengan 2 beat kick – cita citanya nak renang jarak jauh…hahaha lantaklah jadi ke tak, janji ada benda baru nak cuba dalam hidup.
Nak komen lebih lebih pasal politik pun, PPBM dah rasmi ditubuhkan. Bersatu dan berpayunglah di bawah parti baharu ini.
Sampai satu masa Tun Mahathir akan pergi. Tiada lagi chedet.cc Jika ada pun mungkin cara menulis dan penyampaian tidak lagi sama dengan tuan punya diri.
Setakat ini, saya masih lagi tidak berminat untuk berpolitik di dunia luar. Saya tidak menyiapkan diri saya untuk itu.
Saya tak kisah sangat kalu kawan nak menjauhkan diri, sebab saya memang tiada jawatan mahupun kuasa untuk didekati dan digosok gosok.
Saya kira Allah swt mengurniakan saya satu keluarga yang bahagia. Alhamdulillah. Benarlah kata orang, disebalik kejayaan yang dikecapi tulang belakangnya adalah isteri.
Untuk cerita mengenai perjuangan, saya menulis di sini sejak 2008 dan pernah saya menulis ketika hanya bergaji rm13 sehari. Malah ketika kejadian MH17, kerja saya adalah sebagai steward (tukang basuh periuk dan pinggan mangkuk).
Saya dah biasa dengan kehidupan macam tu. Saya sedar tulisan saya dibaca oleh penuntut universiti, orang orang OKU, ahli ahli UMNO dan Datuk Datin Encik Encik dan Puan Puan.
Chedet.cc tidak akan wujud selamanya. Sesiapa sahaja boleh memberi pendapat di sini. Cuma kena ingat jugalah pasal dosa dan pahala. Ada Prof dalam tv kata, takut jadi keyboard sinner.
Sebelum PPBM ditubuhkan, saya telah rekodkan tentang 2 kali mimpi saya dikunjungi oleh Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah di sini.
Pesan saya, bersatu dan berpayunglah di bawah parti baharu ini, kerana kami tidak akan wujud selamanya. Semoga PPBM berjaya menjadi satu alat untuk menjaga rakyat Malaysia selama lamanya. InsyaAllah.
Terima kasih Tun.
https://www.rt.com/news/362572-us-russia-syria-proxy-war/
Jazakumullahu khairan kathira…
Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,
Izinkan saya Tun (just a short one):
Kepada yang berkenaan (anda tahu siapa anda), memang benar ini blog Tun M, dan ianya pengetahuan umum. Tidak perlulah dilanda perasaan konon diri sendiri baik (perasan ‘Islam sejati’), dan tidak pernah menggunakan kata2 kesat dan MENCARUT di blog Chedet; malahan orang ini pernah memaki-hamun Tun M sendiri (pemilik blog). Saya boleh beri bukti komen2 tersebut.
Perasanlah pula konon Tun M guna pakai ‘pendapat’dia…Alahai…memang hampeh! (dari parti hampeh).
Siapalah agaknya yang pernah gelar Tun M “Mahazalim / Mahafiraun / Diktator/ etc..” 🙁
Allah SWT makbulkan ‘doa2’ dia (dan mereka yang sewaktu dengannya) dengan memberi kita PM Najib @ Ah Jib Gor – PM kuku besi @ Diktator (a real dictator).
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Apakah tujuan Najib adakan aplikasi barunya sedangkan ada FB pun komen ditapis dan ramai diblok?
Mengapa tidak ikut cara blog Tun sahaja mudah diakses dan bersedia menerima kritikan, cacian, pujian dan pendapat.
Mungkin dengan adanya aplikasi ini mudahlah pihak SSK@MCMC memantau serta memperolehi maklumat peribadi ala2 mr karlut malut. (tapi kalau tengok cara – blog palsu tak kemana so aplikasi ini lebih praktikal – KPI karlbon jibon kecundang huhuhu)
Wasalam Tun.
Assalamualaikum,
Ada orang menuduh Tun yang dahulunya kuku besi manakala DS Najib adalah pemimpin dikalangan orang yang soleh. Kononya DS Najib difitnah kerana kuasa. Juak pengikut DS Najib rata2 amat taksub dengan pendirian mereka ini. Lihat sahaja kawan kita disini yang bernama Karl. Beliau dengan amat yakin dan telah beberapa kali dengan lagaknya yang tersendiri menjatuhkan hukum kepada Tun kononnya Tun telah mutlak sesat, kafir, bersekongkol dengan kafir DAP untuk menaikkan anaknya Mukhriz jadi PM.
Apabila saya berada dikalangan orang2 taksub UMNO@Najib, ramai dikalangan mereka berhujah dengan hujah agama. Ini dikuatkan lagi dengan kerjasama dari PAS kerana UMNO menyokong pembentangan hudud PAS Kelantan. Maka resmilah mereka ini orang2 yang suci dan tak boleh dibantah.
Tetapi saya tidak dapat merasai sesuatu yang ikhlas dalam perjuangan UMNO hari ini. Malah saya terasa seperti mereka2 ini berasa terlalu angkuh bahawa merekalah orang2 yang terlalu benar sehingga apabila ada yang cuba bertanya terus dianggap kafir, didera dan dibenci. Memang diakui lenggok bahasa yang digunakan amat lembut dan merayu. Terutama DS Najib. Senyumnya meleret mencairkan hati orang yang melihatnya. Dibandingkan pula Tun yang berwatak bengis, memang bencilah orang melihat Tun berbanding DS Najib.
Islam itu pada saya bukanlah sekadar luaran. Bercakap Arab, berjubah, berkopiah, malah menonjol dengan amalan zahir. Akan tetapi Islam itu membawa ajaran yang benar berlandaskan cara hidup yang menyeluruh bukan sekadar tipudaya manis muka dan cakap2. Bagi saya, sunnah terbesar dari Nabi kita S.A.W masih belum kita amalkan sepenuhnya. Amalan dalam kehidupan kita seperti berkata benar, jujur, amanah, ikhlas, takwa kepada Allah, menepati janji, khidmat tulus kepada kedua orang tua dan sebagainya masih lagi belum dinobatkan sebagai satu amalan sunnah yang terbesar.
Walaupun Tun kelihatan seperti orang jahat berbanding DS Najib dan Ust Abd Hadi Awang, dalam pengamatan saya sebenarnya yakin Tun adalah orang yang amanah, jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Apa2 pun terserah malah Allah lebih mengetahui. Barangsiapa yang yakin akan adanya akhirat haruslah masing2 bertakwa kepada Allah kerana disana nati hanya Allah sahaja yang layak menjatuhkan hukumannya.
Saya berdoa keadaan negara kita akan lebih bertambah baik hendaknya.
Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,
1. Saya yakin Tun baca kesemua komen2 di sini.
2. Tajuk artikel Tun kali ini memang jelas dan terang benderang. Jadi tidak ada alasan bagi golongan yang dung*, haprak, korup pemikiran, serta rendah tahap pemahaman untuk tidak faham yang kita sekarang diperintah oleh rejim Najib yang bersikap kuku besi @ DIKTATOR.
3. Tun jangan hiraukan propaganda para Goebbels kecil dan penyembah ‘berhala wang dan Raja Wang’ di sini yang kerjanya cuma mahu (seperti yang Tun sebut di sini) melemahkan semangat Tun dengan tuduhan2 dan tohmahan2 melulu yang berunsur fitnah.
4. Tun dikenali sebagai seorang yang cekal dan tidak mudah menyerah kalah terutamanya jika berhadapan dengan pihak2 mungkar yang dengan rakus merosakkan ‘negara, agama dan bangsa’ dengan pentadbiran kuku besi dan penuh dengan korupsi. Ditambah pula rejim ini diketuai oleh individu yang terlibat degan KLEPTOKRASI (pentadbiran/kerajaan yang mencuri duit rakyat…).
5. Memang sahih rejim Najib sudah melampaui batas sehinggakan pegawai dan TUKANG MASAK Tun pun mahu di ganggu-gugat dan ditukar.
6. Tun mesti lebih BERHATI-HATI. Mungkin DSN & gang ‘cemburu’ sebab Tun masih sihat walafiat pada usia melebihi 91 tahun, dan masih tegak berdiri teguh walaupun mereka telah MENGANIYAI Tun dan kenalan2 Tun dengan pelbagai cara. Allah Maha Besar!
7. Tun mesti kuatkan semangat Tun dalam ‘PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI’ ini.
8. Mereka yang bersekongkol dengan rejim Najib tidak akan terlepas dari balasan dan azab siksa (tidak di dunia, pasti di akhirat).
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Assalamualaikum kepada Tun yang saya hormati lagi saya sanjungi….izinkan saya untuk memberi nasehat kepada Karl Iskandar…..
Daripada anda menasehati Tun untuk berehat,saya nesehatkan anda tenangkan jiwa dan fikiran dan bersangka baik juga kepada Tun, saya takut lama kelamaan saudara Karl ni akan masuk hospital sakit otak kerana tidak dapat menerima catitan catian yang Tun keluarkan.
Saudara lebih baik duduk kat blog Najib dan bagi nasehat bagaimana nak menutup penipuan dan klentong yang tak habis habis.
Semoga Allah memberikan balasan kepada mereka mereka yang terlibat didalam kes 1MDB.
Assalamualaikum Tun
Izinkan saya
1- saya minta izin Tun sbb ini chedet Tun dan bukan kepunyaan penulis blog yg menulis spt hilang akal dan memaki org lain tanpa sebab.
2- kpd faridiana,siti hajar dan semua yg x suka penulisan sy tlg jgn baca,sbb sy x perlukan konen atau pendapat anda ttg pendapat sy.x perlulah suruh sy utk bhenti menulis sbb WHO ARE YOU TO TELL ME WHAT TO DO IN MY LIFE.EVENTHOUGH MY RESPONSE TO YOUR COMMENT IS I DONT CARE WHAT YOU THINK BECAUSE YOUR WRITING IS USELESS,POINTLESS AND BASELESS WITH NO POSITIVE VIEW WHICH CAN HELP TUN TO IMPROVE HIMSELF AS A MUSLIM OR THE BAD CONDITION OF OUR COUNTRY IN GENERAL.tak perlulah mengulas apa yg ada dlm suratkhabar n memaki hamun org utk menatik perhatian.tindakan ini lebih ala tindakan najib,bukannya tindakan yg Tun akan ambil.sy pun tahu maki hamun,tp sy x maki hamun mcm sy guna otak dan bukan nya maki kosong macam anda.
3- kpd Karl x perlulah anda maki hamun Tun berterusan sbb every human being will do mistake in life and deserve 2nd chance to repent.knapa awak menghentam tun berterusan tanpa henti?itu bukannya nasihat tp lebih kpd mengumpat.if you have any good idea to give.then you write.if not keep your mouth shut.walaupun sapa Tun dia satu-satunya org yang berani menentang Najib yg jahat.berhentila tulisan utk mengutuk dia berterusan
4-kpd Tun,sy lihat byk pendapat saya kpd Tun ada dguna pakai skrg.cuma apa yg Tun terlepas pandang kita xkan dpt menjatuhkan najib dlm piliharaya akan datang kerana beliau byk mengimport bangsa2 asing utk mengundi di pilihanraya ini secara x sah.mereka diberi kerakyatan x sah,dan mereka diberi hak utk mengundi dlm pilihanraya akan datang.mungkin Tun boleh gunakan kebijaksanaan Tun utk mengatasi ancaman ini.cegah sebelum parah.
Buat masa ini itu sahaja.
Terima kasih dan wassalam.
Minta maaf kalau tulisan sy ni ada mengguris mana2 pihak sekalipun.
Assalamualaikum,
Karl mungkin kamu blh cuba download app Najib Razak[0]. Boleh juga ikut perkembangan terkini individu kesayangan kamu tu. Jangan lupa komen baik2 dan bagi 5 bintang ye.
[0] Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.orbsolution.nr&hl=en
Iphone – https://itunes.apple.com/my/app/najib-razak/id1102277306?mt=8
Saya syorkan DrM pergi cuti dan berehat. Tenangkan jiwa dan fikiran. Bersangka baik dengan Allah dan insaf dengan apa yang sudah berlaku.
Saya perhatikan entri DrM kali ini bercelaru dan jelas menunjukkan stress-mark dan stretchmark yang makin kronik terhadap minda beliau. Saya khawatir ia bakal menjejaskan kesihatan jantung DrM. Your heart may not be able to take another blow this time round.
Ketahuilah, bahawa kegagalan menundukkan musuh politik tak bermakna DrM gagal dalam hidup. Mungkin kegagalan itu juga adalah kifarah terhadap kesalahan lampau DrM terhadap mangsa-mangsa politik beliau.
Masa sudah tiba bagi DrM untuk redha dgn ketentuan Ilahi.
Wallahu’alam.
Bila hampir tiba masa PRU
BERSATU mesti aggressive mengumpulkan anggota Baru dari semua sudut termasuk
ahi UMNO yg di gugat Najib
Masa inilah Najib akan Lintang Pukang
Masa inilah Kebenaran perlu Bangun
ASSALAMUALAIKUM, YANG DI MULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
a. Daripada Huzaifah RA katanya, telah bersabda Nabi SAW, “Berlindunglah kamu semua daripada raja-raja yang bersifat kuku besi. Kenapa mereka membunuh dan membuatkan orang-orang yang beriman merasa takut sedangkan mereka telah mentaatinya? Dan para mukmin ini telah disakiti dengan lidah dan ditanggung sahaja oleh hati mereka. Apabila Allah berkehendak mengembalikan semula Islam, Dia akan memusnahkan setiap pemerintah yang zalim. Dia amat berkuasa melakukan apa sahaja dan mampu pula mengubah sesuatu bangsa selepas kejatuhannya. Wahai Huzaifah, kalaulah tidak tinggal umur dunia melainkan sehari sahaja, Allah pasti akan memanjangkan hari itu sehingga seorang lelaki dari ahli keluargaku naik memerintah dan Malhamatul Uzma berlaku semasa pemerintahannya, dan agama Islam akan tersebar luas. Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya dan hisab-Nya amat cepat.”
b. Dari A’us, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibban).
c. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ka’ab bin Ajzah: “Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR. Ahmad).
d. Dari Ubadah bin Samit berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kalian dengan hukum yang tidak kalian ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kalian engkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kalian untuk mentaatinya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah).
e. Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (berjanji) kepada kalian, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).
f. Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenangnya, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalian jangan menjadi pengumpul cukai, pemimpin dan menjadi polis.” (HR. Thabrani).
g. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar).
h. Dari Abu Layla al-Asy’ari bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kalian dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kalian. Sehingga mereka tidak membebani kalian dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kalian dengan cara paksa, baik kalian suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kalian, adalah kalian tidak mengambil pemberian mereka, dan kalian tidak menghadiri pertemuan (perhimpunan) mereka.” (HR. Thabrani).
i. Dari Ma’qil bin Yasar bahwa Rasulullah Saw bersabda: “2 golongan umatku yang keduanya tidak akan pernah mendapatkan syafa’atku: pemimpin yang bertindak zalim dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (HR. Thabrani).
j. “Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh pembohongan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang bodoh yang berbicara /mengurusi urusan umum/rakyat.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/rakyat” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/rakyat”) (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).
k. Rasulullah SAW bersabda melalui sebuah hadis riwayat Muslim: “Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga (amanah) rakyat di mana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.”
l. ”Akan ada nanti para pemimpin yang fasiq lagi jahat. Barangsiapa yang membenarkan kedustaan mereka dan menolong kezalimannya (atas rakyatnya), maka ia bukan termasuk golonganku dan aku bukan termasuk golongannya. Ia tidak akan sampai pada Al-Haudl (telaga)”. Sahih. Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (no. 2259)
m. “Barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat atau melindungi pelaku kejahatan, maka baginya laknat dari Allah, para malaikat, dan seluruh manusia. Tidak diterima darinya amal wajib maupun amal sunnah (yang ia kerjakan)”. Sahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhary (no. 1870 & 3179)
n. ”Ya Allah, siapa saja yang mengurus urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia. Dan siapa saja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah ia”. Sahih. Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1828)
o. Syeikh Abd al-Rahman al-Kawakibi mendefinasikan kuku besi bermaksud, “sifat ghairah mencengkam manusia supaya menuruti segala kemahuannya. Amat benci mendengar nasihat dan pandangan. Sifat ini lebih sinonim dikaitkan dengan pemerintah kerana mereka yang paling berkuasa menaja segala kejahatan”.
p. Antara kandungan dalam protocol zionis, …tidak mengapa pilih orang yang jahat sedikit asalkan dia pandai mengurus.
q. Seorang orientalis barat berkata: Apabila umat Islam diberi kebebasan dalam dunia Islam dan sistem demokrasi maka Islam pasti menang. Hanya dengan sistem diktator atau pemerintahan kuku besi sahajalah maka kita dapat membuat kacau dan menjauhkan umat Islam daripada Islam.
SILA PERBETULKAN ANDAI ADA KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.
Assalamualaikum wbt Tun
Tun pernah dituduh mahafiraun. Tun dituduh memerintah secara diktator.
Tun, sesungguhnya, SAW dituduh lebih dari itu. Tuduhan sebegitu sebenarnya adalah perakuan sebenar kekuatan Tun. Mereka sebenarnya memperakui Tun hebat. Cuma, Tun harus terima itu dgn rasa rendah diri. Tidak perlu Tun mendabik dada. Jangan sesekali riak, kerana riak adalah sifat iblis.
Firaun adalah kelompok manusia yg Allah sengaja jadikan utk bangkitkan bangsa Mesir yg mundur. Cuba fikir dan ingat, tanpa firaun apakah banjir dan kemarau Sg Nil akan berguna. Firaunlah yg telah menyatu dan membina Mesir menjadi suatu temadun ajaib yg sehingga kini masih belum dapat dibongkar habis. Bayangkan tanpa Firaun, akan tercatitkah dalam sejarah bhw Perpustakaan Pertama di dunia telah dibangunkan di Iskandariah? Firaun menjadikan Mesir temadun hebat, cuma silapnya Firaun riak. Riak menjadikan Allah menghapuskan Firaun.
Tun, mahafiraun Msia. Syukurlah. Tanpa Tun, di mana Msia? Tun, kekallah bersyukur dan jgn sekali-kali riak. Jangan sekali-kali riak. Hamparkanlah teladan Tun yg mahafiraun yg tidak riak. Tun harus berjuang ikhlas utk Islam, Melayu dan Negara.
TQ
Assalamualaikum wbt YBH Tun
Tun buat jambatan Penang. Tun buat KLIA. Tun buat KLCC. Tun buat banyak dan semua bermula dari DayaBumi. Sesungguhnya semua itu bukan legacy sebenar Tun. Itu Tun buat semua itu dgn duit Negara. Bukan dgn dayausaha pribadi Tun.
Sesungguhnya legacy Tun yg sebenar adalah perjuangan Tun sekarang. Legacy Tun sebenar adalah mengembalikan pengurusan Negara di jalan betul. Legacy sebenar Tun adalah utk mendidik rakyat bangkit memperjuangkan yg benar. Kita mesti kembali membetulkan yg silap tak kira perbuatan Najib MO1 atau Tun sendiri. Hanya pejuang sejati mahu memperbetulkan kesilapan siapa juga termasuk dirinya sendiri.
Pejuang kebenaran In Shaa Allah tidak pernah sendiri. Tun tidak sendiri. Tun kekal tunduklah pada Syahadah. Allah itu maha besar dan Dia redha pd yg benar. Itulah teras kekuatan perjuangan. Kami yg celek tentang keonaran yg kian berleluasa pasti bersama Tun secara terang juga diam. In Shaa Allah.
Sekarang yg penting adalah utk menjelaskan masa depan Negara bersama BERSATU. Berilah harapan yg terang dan jitu buat rakyat. We are in the state of hopeless. Rakyat is looking for hope. Kita jgn terlalu terbawa-bawa dgn laungan kesalahan Najib MO1. Jika kita leka balun Najib MO1, rakyat akan muak. Kita kena lebih menjelaskan masa depan Negara dan Rakyat bersama BERSATU. Rakyat is looking forward to move forward with BERSATU, maka BERSATU kena jelaskan apa yg rakyat boleh dapat dari bersama BERSATU.
Rakyat sudah jelak dgn Najib MO1. Itu pasti. Rakyat want to hear and see what and how BERSATU can take them to a bettter journey ahead. Itu kemahuan rakyat.
Mari kita bergerak ke arah itu. Jika kita jujur kpd Allah, Dia sentiasa ada di mana-mana.
In Shaa Allah.
Salam Tun .
1. Mengikut sejarah bangsa dan negara perjuangan melawan kejahilan pada pemulaannya penuh dengan pengorbanan yang amat berat sehingga ke titisan darah dan nyawa.
2. Kalaulah itu yang kita jadikan satu rujukan akan kebersanan akhirnya maka amat beratlah kita di zaman ini untuk memikulnya.
3. Malah Rasullulah s.a.w pernah di maklumkan oleh rasul-rasul sebelumnya menjadi satu KETAKUTAN akan keimanan umat-umat akan datang dalam bertakwa.
4. Malah satu contoh dalam beribadat di minta kurangkan kerana umat kemudian hari sehingga zaman kita kini menjadi satu perbuatan yang amat berat untuk di ikuti.
5. Perbuatan kejahatan timbul bila rapohnya daya tahan dek kerana lemahnya mengawal nafsu. Jikalau ramai golongan jahil ini daripada yang mendapat kesadaran maka perjuangan harta dan nyawa terpaksa di lalui.
6. Pada fikiran kita kalau berbagai cara perjuangan AMAN tidak berjaya dan perlu kepada yang lebih LIGAT lagi yang melibatkan harta serta nyawa ?…BERHENTI kembali kehendak solat serta sabar wahai tuan-tuan dan puan-puan .
7. Lihatlah kembali kejayaan Rasullulah s.a.w ketika kemenangan maka berbondong-bondong manusia kembali memasuki atau menyertai Islam dan dalam tempoh itu ramai yang menyembah Allah s.w.t dengan bimbingan rasulnya secara langsung (asli).
8. Masa ramai yang beriman dalam KEBENARAN yang sebenar serta dengan kepimpinan oleh manusia yang bersama-sama Rasullulah s.a.w maka senang kejahilan dan nahi mungkar di buang dengan berpandukan perintah Allah s.w.t sepertimana di dalam Al-Quran .
9. Jika pengundi ramai manusia yang berilmu kuat keadilannya bila di ingat-ingatkan hukuman jika jahil kepada kebenaran serta mendapat hikmah Allah s.w.t mungkin pemerintahan yang ada sekarang akan dapat di tukar.
10 Kembalilah kita ke pangkal jalan agar bumi Malaysia di rahmati oleh yang menciptanya.
Wallahua’lam .
Salam Tun.
Salam warga chedet.
Salam BERSATU.
Ahamdulillah dan syukur xterhingga atas kejayaan Tun dan PENGASAS yg lain dalam membentuk PARTI KERAMAT yang baru..
Dah lama saya tak menulis kat sini.Rindu dengan semua blogger2 hebat kat dalam ni..paling rindu sama Ahso HBT12345678 dan MUSATWotreefour..
Terima Kasih Tun sebab parti baru ni saya Dah bersemangat semula utk berjuang..Di kawasan KAMI Dah mencapai ratusan malahan ribuan keahlian.Semua atas izin Allah yang BENAR akan diberkati dan usaha usaha ahli yang memerah keringat dan Wang ringgit bagi memastikan penubuhan cawangan dan bahgian di kawasan masing2..
KAMI berjanji pada Tun akan memastikan legasi Tun tak akan disia siakan.. Dan yang paling penting , TUMBANGKAN UMNO DAN CABUT AKAR UMBINYA dari Tanah Tanah keramat seluruh MALAYA..
Harapan saya supaya yang masih teragak2 dan keliru,daftarlah sebagai ahli dan daftarlah utk mengundi..
Kita usir penyangak2 dan kaumnya keluar dari MALAYA macam thaksin dihalau dari Thailand..
Sekian..
Tulis cincai cincai..
T.kasih Tun..
ASSALAMUALAIKUM, YANG DI MULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
Mohon maaf kerana terlambat untuk postkan pendapat dan komen saya mengenai isu tajuk sebelum ini. 2,3 hari terbaring kerana badan tidak berapa sihat. Insya Allah, jika ada ada ilham dan kesempatan, pendapat saya mengenai tajuk semasa akan menyusul kemudian………….
Wang (tunai) itu raja dan 1mdb – 1 malaysia dalam bahaya
a. Pengakuan wang (tunai) itu raja dari ketua kerajaan yang mengaku Melayu yang memerintah sebuah negara Islam, adalah kata2 dari orang yang angkuh, sombong, biadab, takabbur, tamak dan jahil lagi bodoh. BODOH TAK DAPAT DIAJAR, CERDIK TAK DAPAT DIIKUT.
b. Rompakan dan pemindahan wang perbendaharaan negara ke dalam 1 syarikat yang kononnya syarikat pelaburan kerajaan, beribu2 kali ganda (ribuan juta ringgit) dari yang dibenarkan peraturan dan undang2, sudah cukup menjadi bukti untuk dipersoalkan oleh sesiapa sahaja. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH ……
c. Pembentangan kertas cadangan yang bagaimanakah yang boleh melayakkan syarikat 1mdb mendapat keistimewaan tersebut. Lhdn, bnm, pac malah kabinet menteri sepatutnya bertanggungjawab untuk mengawal dan menyiasat hal yang sebegini besar. BERNIAGA BULUH KASAP, HUJUNG HILANG PANGKAL LESAP [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian] ………. masuk angin keluar asap daaa
d. Aduan telah dibuat, jadi di manakah tanggungjawab sprm dan pihak polis dalam hal ini. Taraf pendidikan rakyat yang tinggi dan juga maklumat tanpa sempadan tidak memungkinkan kesalahan sebesar ini dapat disorok dan didiamkan sebegitu sahaja. Takkanlah pendakwaan ke atas kes yang melibatkan keselamatan negara, yang nyata ada bukti kesalahannya pun nak kena tunggu kelulusan AG. Atau pun tidak ada ke jalan lain atau tak de sesiapa ke yang lebih berkuasa yang prihatin dengan keadaan yang semakin meruncing ini. Pemimpin, walau dalam organisasi apapun hendaklah mempunyai pandangan yang jauuuh ke depan. Jangan hanya fikir untung je. Kalau dah punah…………rakyat yang prihatin dan yang susah ni jugak yang nak kena bersabar, bersatu, membantu dan berkorban apa saja untuk Negara dan untuk kesenangan korang. MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI…………………….
e. Kebanyakan syarikat2 di negara kita mewajibkan pekerja2 mereka dengan pengemaskinian ilmu mengenal apa itu pengubahan wang haram sebagaimana yang disarankan oleh pihak kerajaan dan juga bnm. Sudah tentu ini melibatkan kos yang tinggi dan adakah ini hanyalah wayang projek untuk mendapat komisen bagi pihak yang mencadangkan projek ataupun kesalahan hanya tertakluk dibawah RM1 juta atau pun hanya tertakluk kepada kepada orang bukan politik sahaja.
f. Mereka2 yang terlibat mengatakan bahawa wang (tunai) itu raja tidak salah, kerana ia hanyalah kata2 khas (buzzword) dalam dunia perniagaan dan pelaburan tetapi bagi orang Melayu yang ada jatidiri, yang tinggi budi bahasanya pasti mengenal akan hakikat maksudnya yang sebenar lantas ia memang langsung tidak sesuai apatah lagi diucapkan oleh seorang perdana menteri Malaysia malah amat bersalahan di sisi agama Islam.
g. Dalam Al Quran dan Hadis ada banyak menyebutkan akan keburukan dan balasan akan ditimpa oleh mereka2 yang buruk akhlak ini. Orang yang sombong akan mendapat kehinaan di dunia berupa kejahilan (kebodohan), sebagai balasan dari perbuatannya. Dan Di Akhirat pula mereka akan dihinakan oleh Allah s.w.t., diletakkan dalam neraka jahannam dan diberi minuman dari kotoran penghuni neraka. Mereka ini mewarisi perangai iblis, syaitan dan dajjal dan menjadi agen dan proksi langsung mereka.
h. Akhlak yang buruk dan tercela, hanya layak untuk memimpin kumpulan pengganas ataupun penjenayah, bukanlah layaknya bagi seseorang yang ingin memimpin Tanahairku Malaysia yang keramat, berdaulat dan tercinta ini. Setuju atau tidak, bagi mereka…POLITIK ADALAH KUASA, KUASA ADALAH WANG…
i. Majoriti rakyat setuju apabila najib dilantik menjadi pm…….HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. Tiada siapa pun yang menduga akan perubahan sikap dan perangai najib yang sangat ketara sehingga terbongkarnya kes 1mdb. BAGAIMANA TIDAK MENGGIGIT TELUNJUK, MELIHAT AIR HUJAN TURUN KERUH [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]. Selepas itu banyak spekulasi yang mengaitkan kes tersebut dengan kes2 jenayah yang seakan2 terancang. Contohnya; pembunuhan Altantuya, pembunuhan pengasas Ambank, kematian jamaludin jarjis dsbgnya. Namun samada ia fitnah ataupun kebenaran masih belum dapat dikenalpasti hingga kini. ALL MEN CAN TAKE ADVERSITY, BUT TRY GIVE THEM POWER, YOU WILL SEE MOST OF THEM FUMBLE…………..
j. Ketua penyamun menasihatkan anak2 buahnya jangan menyamun. Ketua dan anak2 buahnya sebenarnya tidak pernah saling mempercayai satu sama lain. Ketua penyamun selalu berhati2 kerana satu hari nanti ketika cuai pasti anak2 buahnya akan menyamun sedikit dari hartanya. Begitu juga anak2 buahnya hanya menunggu peluang untuk menyamun sedikit harta ketuanya. This is teamwork, how come some people always get more and I got less. Penjenayah tidak boleh lari dari sentiasa memikir dan bertindak cara jenayah.
k. Bagi mengelak dari dikesan maka seseorang yang terlibat dengan jenayah pasti akan mencari jalan agar samada dapat melarikan diri, menghapuskan bukti, mengupah peguam yang handal dan terkenal, menyogok hakim dan pihak penyiasat dan macam2 lagi. Apatah lagi ia melibatkan jenayah yang besar sudah pasti ia memerlukan perancangan yang lebih rapi dan teliti yang akan melibatkan kos yang tinggi. Namun walau apa pun yang dirancang si penjenayah, ia masih tetap duduk di dalam perangkap yang dipasangnya sendiri. BERLINDUNG DI SEBALIK TELUNJUK [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]. SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA.
l. Jika ditolak semua spekulasi jenayah tersebut, hanya kes 1mdb pun sudah cukup besar kesalahannya bukan sahaja kepada ekonomi negara malah akan melibatkan kucar kacir dan hura hara yang tidak berkesudahan. Najib pernah mengaku kejatuhan nilai petroleum dunia mengakibatkan kerugian sebanyak RM30 billion kepada pendapatan negara, lepas tu kau tambah lagi siksa negara dengan menyonglap berpuluh2 billion. Najib juga pernah kata, pada zaman Tun pertumbuhan ekonomi pernah sampai tahap negatif, pada zaman dia tak pernah pun. Pada zaman Tun, pertumbuhan ekonomi negatif kerana sebab2 yang logic dan diterima akal maka rakyat termasuk kau sekali, bersatu menghadapinya. Pada zaman kau ni…kita cerita apa pasal kau songlap dan apa pasal hutang negara dah dekat 1 trillion. Kau dan kawan2 setiaduit kau tu, janganlah nak menipu dan merapu tak tentu hala. Janganlah masih lagi nak MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG, AWAK YANG LEBIH dan MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH, terimalah kenyataan.
m. Keadaan ekonomi menjadi sangat lemah, nama negara menjadi busuk dan tercemar, pelabur2 tidak yakin untuk melabur… kalau ada pun masih terlalu kecil dan terlalu jauh untuk mencapai kestabilan ekonomi yang disasarkan, hutang negara bertambah, sesetengah asset dan tanah dalam negara dijual kepada orang asing, asset negara dibekukan, pasaran saham merudum, nilai matawang tersungkur jatuh, kuasa pembeli mengecil, kos pengeluaran meningkat, kualiti produk tidak terjamin dan rendah, peniaga2 samada kecil, sederhana ataupun besar gulung tikar, infrastruktur dan prasarana tidak dapat ditingkatkan… terbengkalai… tidak dapat dibaiki dan terjejas, banyak syarikat membuang pekerja… pengangguran bertambah2 berlipatkali ganda, piket dan demontrasi jalanan… semua orang dengan lantang menuntut hak masing2, kegoyahan parti politik, masing2 menyalahkan orang lain malah ada yang bercakaran sesama sendiri, jenayah gangsterisme, ah long, perjudian, pelacuran, dadah dan rompakan, pembunuhan berleluasa, siapa kuat dia kudrat, perbelanjaan kerajaan meningkat dan pendapatan menurun, tuntutan kakitangan kerajaan dan swasta yang sentiasa meminta yang bukan2 meningkat, kpi dan berbagai instrumen penunjuk aras mutu perkhidmatan menjadi bebanan kepada golongan pekerja kerana sentiasa boleh diputar belitkan… yang penipu dan pemalas pun boleh dapat markah tinggi, boss2 dan golongan atasan sendiri selalu melanggar arahan yang telah ditetapkan, perkhidmatan menjadi tidak efektif dan efisien, ustaz2 menjual agama kerana hendak hidup senang bukan lagi kerana mencari redha Allah..tafsiran agama adalah mengikut kehendak pasaran, para mufti dan pihak yang bertanggungjawab hanya memberi fatwa terhadap hal2 yang tidak akan menjejaskan periuk nasi mereka… penguatkuasa agama hanya menumpukan kes2 yang dipilih sahaja… mereka terikat dengan etika kerja… Tiada lagi Allah di hati mereka, hipokrasi dan korupsi menjadi jalan mencari rezeki, tender projek adalah mengikut nilai komisen dan bukan lagi ikhlas kerana pembangunan, keretakan rumahtangga, pendidikan terabai, pesakit mental semakin bertambah dan macam2 lagi bala yang akan menimpa.
n. Maka impian dan harapan untuk melihat kembalinya Melayu yang dulunya pernah menjadi perintis tamadun yang tinggi yang mendahului dan mengalahkan segala tamadun yang lain di dunia, semakin pudar setelah bersusah payah mendapatkan kemerdekaan dan sudah pun membina dan menyediakan tapaknya ke arah itu. Bak kata pepatah Melayu, UNTUNG SEPANJANG JALAN, MALANG SEKEJAP MATA. [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah], HASRAT HATI NAK PELUK GUNUNG, APAKAN DAYA TANGAN TAK SAMPAI
o. Maka wajiblah kita sebagai rakyat Malaysia bangkit memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran ini. Jika tidak, negara kita pasti hancur, rakyat merempat dan raja menjadi raja kapoor. MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA LAGI.
Bukan tidak saya katakan,
Merbuk biasa makan di papan;
Bukan tidak saya katakan,
Buah mabuk jangan dimakan.
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Kullu man alai ha fan, wayabqo wajhu rabbika zul jala liwal ikram.
Tabarakallahu rabbul ‘alamin.
Salam Tun
Apa khabar semua? Baru baca tulisan Tun.
Hmmm tak sporting langsung Najib ini. Suka hati la orang nak pilih mana, ini kan negara demokrasi, nak tahan tahan, ugut ugut pulak, apa la.
Kepada saudara Daniel Noor, cubala bank lain, insyaallah akan dapat.
Salaam semuanya…
Saya minta maaf seandainya saya kasar bahasa sejak saya menulis di blog ini…
Saya mintak maaf kpd Tun Mahathir Mohamad… Saya benar2 ingin bertemu dgn Tun Mahathir dan berbicara sbg manusia tanpa mengira pangkat dan usia… Tapi apa kan daya.. tiada jodoh pertemuan di antara kita… Kerana… Siapalah saya… Hanyalah boneka permainan Tuhan… Diciptakan… Alhamdulillah…
Saya benar2 menyayangi kalian semuanya… Janganlah kerana uang… Kita semua menjadi hina… Jangan lah kerana wanita… Kita menjadi lemah dan pendusta… Saya benar2 menyayangi kalian… jadilah diri anda…
Assalamuaalaikum…
Salam!
Tunggu masa je ni untuk Najib guna NSC. Mati katak la siapa yang jadi mangsa NSC.
Najib dah bersedia untuk bermati-matian mempertahankan pemerintahan ala-komunisnya sehingga sanggup mengorbankan nyawa para penentangnya.
Silap-silap Najib mungkin memerintah Malaysia lebih lama daripada Tun untuk memastikan dia selamat dari didakwa.
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Melihat raut wajah ayahanda rakyat berusia 91 tahun dari dekat sesungguhnya meningkatkan kekuatan mental (menjadi booster) dan membakar semangat orang-orang kecil seperti kami rakyat marhaen dan anda dalam menghadapi pentadbiran kuku besi rejim Najib.
Platform parti baharu adalah terbaik dalam menghadapi kemelut pentadbiran kuku besi ini di mana kejatuhannya boleh ditentukan melalui peti undi.
Masyarakat bandar sudah terdedah dengan berita terkini juga berita alternatif dari dunia siber untuk memberi kesedaran makanya tumpuannya ialah masyarakat luarbandar.
Oleh yang demikian PPBM terpaksa meminjam ayahanda Tun sekali lagi untuk mendekati rakyat luarbandar yang bakal merubahkan persepsi terhadap rejim Najib kerana sebenarnya majoriti rakyat luarbandar masih kental kagum dengan ketokohan kepimpinan Tun.
Maknanya mereka dambarkan sentuhan peribadi Tun dan perlu dengar sendiri dari mulut Tun untuk mempercayainya (they wanted to listen straight from the horse’s mouth so to speak).
Seperkara lagi perkara2 peribadi yang memberi tekanan dan menidakkan hak bekas Perdana Menteri tersohor negara oleh rejim Najib harus dibukukan dan dihebahkan kepada masyarakat luarbandar bagi membuktikan ketakutan Najib agar salahlakunya dapat disembunyikan dari pengetahuan orang2 kampung.
Nah alhamdulillah ayahanda Tun sudah mula berterus terang bahawa Najib begitu terdesak sehingga segala nikmat bekas PM akan diganggu gugat untuk memperlahankan momentum Tun dengan terkini pegawai2 sekelilingnya hingga ke tukang masak diusik lantaran seharusnya rakyat mengetahui lebih dari itu dari mulut orang-orang kecil di belakang Tun M sendiri.
Setiap seorang dari kita mesti mencari jalan dalam menyumbang kepada kelangsungan PPBM dalam menguatkan semangat dan ketahanan mental dalam menghadapi pentadbiran kuku besi rejim Najib.
Wasalam Tun.
p/s – Geram, sedih dan simpati mendengar luahan rasa warga emas kami uncle Daniel yang dalam usia sebegini dalam era pemerintahan kuku besi rejim Najib perlu terus berusaha mencari pendapatan sehingga sanggup membawa Uber atau Grabcar tapi apa yang hendak dihairankan orang lebih muda dan berpayslip mencukupi telah diblok oleh rejim Najib kecuali sanggup jadi kaldai dia. Apapun kami pun ada perancangan untuk uncle Daniel dan lain2 di sini dalam suku pertama tahun hadapan insyaAllah :).
Kepada Idris Harun don’t mess with us the rakyat ok – Lahabau dak Deris ni tak gitu uncle Daniel – malu nak ngaku se Mozac nya 🙁 kalau tahu ragging dia cukup2 dulu dak junior ni.
Assalamualaikum Tun.
Pemerintahan Najis Razak ini bukan “kuku besi” tetapi Pemerintahan Dajal.
Wassalam.
Najib memang lari dan sedaya upaya beliau guna salah kuasa untuk
selamatkan diri & keluarga beliau walau Dunia tahu
Yang jadi masaalah sekarang
Di mana Kuasa yg Di Pertuan Agong yg juga Berkuasa akan Contituency Malaysia ?
Jika Agong rasa tidak tanggung jawab akan tidak menentu Keadilan Kerajaan yg di pimpin olih Najib maka apa guna Malaysia ada kuasa Constituency untuk yg di Pertuan Agong ?
Kita tidak mengambil Kesimpulan cuma kita juga perlukan Di Pertuan semak akan kebenaran yg di belengu Malaysia kini
Di negara luar , di Singapura baru kini sudah lagi dua pegawai yg menguruskan 1MDB sudah di Tangkap & di hadap ke Mahkamah
Mengapa 1MDB yg ber Ibu Berpangkalan di Malaysia hingga kini Tidak ada satu pun salah laku yg terdedah sedangkan sudah 6 AG Negara yg membongkar banyak kesalahan banyak penipuan ke atas 1MDB ?
Apa Bapak pun makan suap ? Seperti yg di lakonkan dalam Legenda Madu Tiga
Salam Tun,
Perisian NSC itu sendiri begitu ketara sekali mendorong kepada ‘dictatorship’, tetapi ini tidak dapat dilihat dengan jelas oleh ahli-ahli Parlimen parti pemerintah.
Mohon laluan Tun…
Saudara Daniel Noor,
Satu pendedahan yang baik.
Terima Kasih Tun.
Salam Tun
Saya yg skrg berusia 67 tahun, tidak ada pekerjaan dan pendapatan yg sempurna dan tetap pun tidak di beri BRIM. Mereka bilang permohonan saya tidak di luluskan. Saya yakin mereka tolak saya kerana saya sering kritik Najis di blog Tun..blok Datuk Kadir Jasin dan di FB.
Baru2 ini saya cuba meminjam dgn bank sbyk RM50ribu dgn bertujuan utk membeli Proton dan di jadikan sebagai perkhidmatan Uber / Grabcar. Saya gunakan geran rmh saya yg bernilai RM600ribu sebagai cagaran. Bank tolak permohonan saya dgn alasan saya tidak ada bukti ‘ pay slip ‘ dgn minima pendptn RM2000 sebulan. Tidak masuk akal.Bank lebih suka risiko tinggi dgn pay slip RM2000 dari rmh saya yg bernilai RM600 ribu. Kalau bank jual setengah dari nilai rmh itu utk recover pinjaman RM50ribu saya yakin berduyun dan berpuluh pembeli yg minat.
Tidak apa saya tidak dapat BRIM. Yg penting saya tidak menerima rasuah dan tidak jualkn maruah saya hanya utk RM500. Dan saya tidak jual dan khianati Bangsa dan Negara ini.
Bagi saya Najis is the Most Sinful PM that this country ever had.