ORANG ULU

1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.

2. Ada yang terdiri daripada adik-beradik Mak saya. Ada Tok Karin (loghat Kedah – Kaghin), Lebak, Din, Mak Chah, Mak Bedah, Mak Doh. Orang pekan anggap orang ulu ini agak kolot dan lekeh. Mereka jalan kaki, naik perahu untuk ke pekan Alor Setar (Aloq Staq). Tak pakai kasut pun.

3. Bahasa mereka juga lain daripada bahasa kami orang pekan. Sesungguhnya mereka tak tahu apa. Bawak buah sikit, padi huma, beras pulut, sebagai buah tangan. Kadang-kadang mereka tidur di rumah tak perlu katil, hampar tikar sudah cukup.

4. Di sekolah Inggeris ramai juga anak orang ulu belajar bersama saya. Mula kekok sikit tetapi cepat faham dan guna bahasa Inggeris. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini. Kadang-kadang lulusan lebih baik daripada anak orang pekan.

5. Saya ke universiti. Budak Melayu tak ramai. Tapi di antara mereka ada juga anak orang ulu, terutama di Fakulti Sastera. Lulus Bachelor of Arts (B.A. – Sarjana Muda Sastera) mereka sertai Kerajaan, ramai di Kementerian Luar. Jadi second secretary (setiausaha kedua), first secretary (setiausaha pertama) dan kemudian jadi duta.

6. Boleh juga cakap orang putih dengan orang putih, anak orang ulu ni. Boleh berhujah dan bergaya sebagai Pak Duta.

7. Sebenarnya ramai anak orang ulu yang belajar sehingga dapat Phd. (Doktor Falsafah) di universiti luar negara kembali jadi pegawai tinggi Kerajaan.

8. Sekarang anak orang pekan pun susah nak kerja di luar negeri. Tak suka cocktail party kerana segan nak bercakap. Orang asing nak cakap bahasa lain, kerap kali guna bahasa Inggeris. Tetapi ini bukan masalah. Yang jadi masalah di cocktail party orang minum arak. Sebab itu pegawai tak suka pergi cocktail party.

9. Yang suka pergi cocktail party pegawai bukan Melayu. Mereka boleh bergaul dengan orang asing, bercakap dengan mereka bukan main fasih lagi, dan sudah tentu minum arak. Tetapi berguna juga mereka kerana mereka dapat dengar dan faham pendapat duta-duta asing.

10. Nampak sekarang sama saja – anak orang ulu atau anak orang pekan. Dulu kedua-dua boleh, sekarang kedua-dua pun tak boleh.

11. Pada pengalaman saya sejak 70-tahun dahulu, anak orang ulu ada kebolehan, tak kolot, tak lah lekeh sangat. Bila diberi peluang boleh buat. Anak kawan saya, Hassan Nawin (orang ulu dalam kelas saya) jadi pilot Boeing 747. Ada yang jadi doktor, pakar bedah, peguam, duta dan macam-macam lagi.

12. Rupa-rupanya mereka tak begitu lekeh. Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar. Mereka boleh, kalau diberi peluang. Kalau tak percaya, buat kajian. Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa? Ramai juga orang ulu.

13. Saya sendiri tak mimpi jadi doktor. Zaman saya di sekolah, doktor Melayu yang saya tahu hanya Doktor Arif, Pulau Pinang.

14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.

15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.

16. Hai lah nasib!

736 thoughts on “ORANG ULU”

  1. Salam sejahtera Tun…
    Disini saya ingin berkongsi sedikit sejarah mengenai negeri Kedah. Harap semua anak Kedah akan membaca dan cuba memahaminya dan menerima hakikat yang sebenar mengenai sejarah ini. Terima Kasih kerana sudi membaca.
    ***Kedah bermaksud Surat Watikah
    Dalam bahasa siam (bukan bahasa thai) yang digunakan oleh orang-orang Melayu di Kedah, “kedat” bermaksud kertas, sementara KEDAH pula bermaksud “surat watikah” yang diberikan oleh Maharaja China Sai Tee Sung kepada cucunya Putera Waren Wong Ser (Merong Mahawangsa) untuk menyebarkan Syiar Islam di Nusantara Kepulauan Melayu.Terdahulu Maharaja China ini telah memeluk Islam dalam tahun 650 masihi melalui utusan Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqas yang datang ke Negeri China.
    Sedarlah bahawa dalam bahasa Siam yang masih dipertuturkan di Kedah (bukan bahasa Thai) “Merong” itu bermaksud Naga Laut Maha itu pembesar dan “wangsa” itu, bangsa harimau (puak tentera). Ini jelas merujuk kepada simbol Maharaja China Dinasti Tang ketika itu iaitu Sai Tee Sung.
    Maka Islam lah kita hari ini dari tarikh itu, lebih bertamadunlah kita orang-orang Yunan yang di gelar ‘fei’ oleh Maharaja China di nusantara ini.
    Hari ini kita bukan lagi ‘fei’, tetapi dikenali sebagai Melayu.
    Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kebenaran sejarah Kedah ini, orang ramai bolehlah melayari laman web ini: http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2008/01/raja-iskandar-zulkarnain-dalam-sejarah.html
    terima kasih Tun.

  2. Salam Tun~
    Semoga sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya~
    Benar sangat pa yang Tun cakapkan.
    Orang ulu tak pat0t diperlekehkan.
    Mereka ada potensi dan kebolehan cuma hanya perlu diberi peluang supaya dapat direalisasikan.
    Tapi Tun, org Melayu dulu dan sekarang dah ja0h bezanya.
    Peluang sekarang untuk belajar terbuka luas termasuklah untuk orang ulu.
    Tinggal pilihan nak tak nak ja untuk belajar.
    Saya tengok kat tempat saya [Sungai Layar, Sg Petani], kawasan yang agak ulu, orang ulu nie sangat ramai yang kurang kesedaran akan pentingnya ilmu.
    Tak macam org ulu dulu-dulu.
    Skg, mak bapak antar pergi skolah. Pergi. Tapi melencong g lepak Central Square ngan awek or balak.
    Dalam beg bawa baju tukar bukan buku lagi dah.
    Petang-petang berduyun-duyun ke hulu ke hilir si laki ngusung si p0mpuan atas mot0r.
    Budak skula rendah pandai dah buat wheely guna beskal.
    Budak form 1, form 2 cekang naek mot0 free head. [tade topi keledar]
    Yang si abang-abang n kakak-kakak plak ag maha dasat.
    Semuanya org melayu.
    Sedih Tun tengok depa yang sebaya saya buang masa d0k tepi-tepi jalan macam tu.
    Peluang ada, tp awat masih mcm nie?
    Pendapat saya pendidikan dari rumah paling penting.
    Walaupun saya lahir bukan zaman Tun,tapi saya pasti mak bapak org ulu dulu, cara depa didik anak laen.
    Walaupun ulu, tapi semangat nk timba ilmu tinggi. Rotan lah, tibailah, janji anak tip top periksa.
    Walaupun depa ulu, depa yakin kalo ada usaha, mesti boleh punya.
    Tapi skg, mungkinla..saya rasa..ada sesetengah [y mana bleh rosak remaja ulu melayu]mak bapak org ulu neh, depa mcm cepat putus asa.
    Tak lepas cket periksa, tak pa lah. Nk buat mcm mana. Anak aku tak pandai. Susah, kita tinggal kat kampung. Jdk, depa pn tak susah2 kan diri paksa anak pergi skulah. Kononnya anak tak minat, tak boleh bawak.
    Kenapa boleh jdk xminat plak??
    Coz ada sstengahnya dr kecik depa lebih suka enc0urage anak-anak untuk ke arah berseronok eg. karaoke, dress up mcm model etc.
    Bnda2 lagha mcm nie y buat anak melayu leka dan cepat hanyut.
    Pat0tnya, dari kecik, terapkan dulu sikap sukakan ilmu, tanamkan minat membaca dan sbgainya.
    Jdk mak bapak y lebih tegas dlm hal y bakal tentukn masa dpn anak2.
    Kalo sayangkan anak, tangan2kan.
    Dr kecik kena guide n bentuk anak2 nk buat apa,ble besar baru pandai depa nk pk. Bukan anak2 y tentukan cara mak bapak nk bentuk depa.
    Tak kira org ulu ke x, kalo dr kecik tekankan bab2 nk jdk artis, besar2 jdk artis lah bdk tu.
    Kalo kecik2 terapkan minat akan ilmu, maka jdk org y berilmu lah budak tu nt.
    Kalo ye pon nk tgk anak jdk artis y berjaya,kc dia blaja dulu,c0z bila da ad ilmu, dia bleh pikir snirik, kehidupan y macam mana y dia rasa bagus untuk dia.
    Kalo nk jdk artis p0n, tak kisah dah, coz dia berilmu.Dia bleh gunakan ilmu dia untuk jdk artis profesional dan lebih berjaya. Bukan untuk cukup2 mkn n id0p je.Contoh mudah, Fazli.
    Yg pasti, buat org ulu tlg sedar akan peluang dan kemudahan y telah sedia terhidang depan mata.
    Jangan perlecehkan diri sendirik kalo tanak org pelecehkan kita.
    Jgn jdk bodoh s0mbong c0z ia xkan bwk kita ke mana.
    Grab d opportunities.
    Tun adalah satu bukti y org ulu mmg boleh berjaya.
    So, jgn cpt give up n give ur all to excel.
    Hidup Melayu!!

  3. assalamualaikum tun..apa khabar hari ni?
    sambung kali kedua balik cerita pada minggu lepas…bab orang ulu ni dah jadi satu isu yang menarik..sebab banyak komen pro & kontra dalam bab ni..bagus juga sebab mereka semua ni rajin membaca blog tun…jadi tak semena semua orang jadi rajin membaca…baguih…idea pun berkembang..akal jadi luas sikit..Tun…bila sebut ulu..saya dok teringat kat ulu pauh..perlis..dulu tempat tu memang ulu…depa semua kat sana dulu pun hidup serba kekurangan. tapi keadaan tu tak pernah berubah sangat sampai la nii..dok takat tu jugak..sebabnya…orang lama yang pernah pegang amanah dulu tak buat kerja…sibuk ngan hal lain…jadinya ulu pauh tetap ulu pauh…takda benda yang boleh di bangga sama sekali oleh org-org perlis kat kawasan tu dan rakyat Malaysia…negeri lain ada juga perkembangannya dan potensinya..tapi kat perlis ni kurang sikit…mungkin perlis ni ulu sekali di semenanjung jadi pusat tak ambil tahu sangat…potensi tu tetap ada…sumber pun ada cuma peluang tak ada dan tak digunakan sepenuhnya..Bila sesuatu amanah itu tak dijalankan dengan seamanahnya..maka balasannya tentulah buruk @ teruk. Saya sebenarnya sedih bila bab Melayu ni disentuh…baik dalam hal ekonomi, politik, sejarah, adat&adab, sosial dan sebagainya…semuanya ada saja isu baik panas @ sejuk…masalahnya ialah diri kita sendiri…kan Allah dah beritahu dalam Al-quran, hadis, sunnah..kita sesama manusia mestilah berbuat baik dan kita juga harus percaya kepada pahala dan dosa…jika kedua perkara ini kita tak tahu..tak buat..tolak mentah2 maka balasanNya adalah setimpal dgn perbuatan kita…setiap isu yang timbul adalah ciptaan manusia…maka yang merasakan bahananya ialah manusia juga…oleh itu akal dan niat kita semua hendaklah bersih dan waras…Moga saya, Tun dan semua akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dan mendapat petunjuk dan hidayah dariNya. Moga Kita ketemu lain masa lagi…Wassalam.

  4. assalamualaikum…
    saya pun stuju dgn PPSMI tp kna cara la perlaksanaan dia bru matlamat dia samapai.Guru kna ubah dulu.Adik2 sya pun dh jd xpham apa yg d ajar ni cm mana creta.
    Apa pun saya harap Tun dpt ubah pesepsi org la ni.dah pening tgok depa

  5. Assalamualaikum Tun,
    Maaf Tun,terlambat sikit buat komen pasal orang ulu ni, baru terbaca..
    Memang betul cakap Tun, aruah ayah saya memang susah dahulu tapi dia tekun dan kuat belajar. Kawan-kawan beliau sering cerita tentang beliau, mereka kata dengan lampu pelita pun dia sanggup belajar inggeris dan rajin ke sekolah walaupun tampa kasut dan alhamdullillah dia dapat best student di peringkat primary daerah orang ulu pada masa itu. Sehingga beliau dapat mengaji bersama Tun di peringat menengah, katanya.
    Dia sering cerita pasal Tun; katanya, dapat banyak bimbingan dari Tun…Terima kasih Tun diatas budi baik Tun.
    Maaf Tun, got to go for flight. Wil komen again soon.
    Wassalam.

  6. Assalamualaikum Tun,
    Ini adalah hari pertama saya sign in dan memberi komen dalam ruangan ni…untuk pengetahuan tun saya dah membeli dan sudah habis membaca buku terbaru tun Chedet.com merentasi halangan. berulang-ulang kali saya baca…sikit pun tak jemu..puas dan sampai sekarang tak sabar tunggu buku lain…Saya juga pernah baca buku bertajuk 5 raja terakhir…milik ayah saya…Buku tu dibeli pada perhimpunan agong tahun 1988 di PWTC. Mungkin tun pun pernah baca dan ada dalam simpanan tun..pun sama juga rasanya selepas baca…tak jemu…banyak perkara yang kurang diberi perhatian orang lain dapat diperolehi..iaitu dengan cara membaca. Membaca itu jambatan ilmu..pesan tun masih terngiang-ngiang masa tun beri ucapan di ITM satu ketika dulu..saya bekas pelajar ITM(sekarang UiTM) tahun 95-99. Semoga dgn apa yang tun katakan didalam blog ini dan juga di dalam buku itu akan membuka minda dan hati orang – orang diatas tampuk sana. Banyak contoh, isu, bahasa,jiwa,nafsu,sifat dan perbuatan buruk ditonjolkan oleh mereka – mereka yang memegang amanah untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas samada di dalam kerajaan pusat @ negeri dan perangai buruk ini dikongsi sama dua kali lima dengan para anggota pembangkang. Inilah petanda yang dikatakan kelakuan dan perangai akibat daripada sikap tidak suka membaca dan kurang membaca. Tidak kiralah apa jua benda yang dibaca…kerana budaya membaca boleh mencorakkan gaya pemikiran dan seterusnya membentuk kelakuan dan peribadi seseorang. Buku tak kira apa bahasa wajar dibaca..kempen dah jalan bertimbun-timbun dan disambut setiap tahun…tapi budaya membaca masih di tahap begitu juga. Isu semakin banyak, masalah tak juga selesai…sebabnya orang-orang dipertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah sesuatu isu itu tidak berusaha menyelesaikannya. Sebabnya mudah… malas membaca. Bila dah malas jawabnya tak selesailah isu itu. Kan dah menyusahkan namanya tu…yang susah rakyat dan negara juga….Oklah tun..sampai sini dulu…lain masa sambung lagi..Wassalam.

  7. Tun, salam to you
    This is the first time for me to respond to your writing. It’s like a dream to me you know because you were a very famous person indeed. I am not feeling embarrast to say that I am a villager and still a villager. I cannot erase my childhood just to change myself as an uptown person?
    Well., I think I get what you mean by the orang ulu…
    I dare to say here that I am an orang ulu also. It is just that my kampung starts with kampung not ulu hehe, kampung kuala talang… better than ulu isn’t it? Haha just joking. To comment on what you’re trying to say, I can feel that you’re a little bit sad on what’s happening to our people now,of course Melayu.
    Tun, I was born here in this kampung last 39 years. Lived here, had my school time here and yet still teaching here in my area. My parents were not well educated, orang kampung of course talking in negerian dialect.. But I managed to be an English teacher, and doing my master in TESL now. I am still budak Melayu, cakap Melayu with orang tua in my kampung, wearing kurungs and tudung. I dont even look like I am ‘infected’ to be like orang putih?
    The moral of the story is I am also angry with these people saying that the right of orang Melayu but at the same time they are actually the one who send their children to private school, international school and so forth…with the English as the medium…
    Pitty orang ulu, diorang pun nak gak cakap orang putih gak….tak layak ke?
    As a teacher, i dont see there’s a problem in this ppsmi. Kenapa tak nak dengar pandangan kami?
    Hai Tun, like you said…. Nasib!Nasib!

  8. Salam Tun…
    Saya dengan sepenuh hati menyokong PPSMI. Walau apa pun kelemahannya PPSMI perlukan penambahbaikan BUKANnya dimansuhkan.
    Kelak nanti apabila bangsa kita sudah maju dan menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu, insyaAllah dengan sendirinya bahasa kita juga akan terdaulat. Pada waktu itu bangsa-bangsa luar pun akan belajar bahasa kita untuk menuntut ilmu dalam bahagian-bahagian yang kita kuasai.
    Suatu masa dahulu bangsa Arab mendahului dalam bidang sains dan teknologi, dengan tokoh-tokoh ilmuwan Islam agung yang mana umat Islam hari ini hanya mampu mengenang tanpa mewarisi. Pada waktu itu Eropah masih dalam zaman gelap. Penuntut-penuntut Eropah zaman itu mempelajari bahasa Arab supaya senang mereka mempelajari ilmu-ilmu sains dan matematik dalam bahasa Arab. Tiadalah pula orang-orang Eropah kecoh mendebatkan apa akan jadi dengan bahasa Inggeris atau Perancis atau Jerman mahupun Sepanyol, hanya kerana terpaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa Arab. Lihat hari ini, pupuskah bahasa mereka? Tidak! Bahkan menjadi lingua franca utama dunia. Ini kerana bangsa Eropah telah muncul sebagai peneraju dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Terbalik pula jadinya dengan bahasa Arab yang makin terhad penggunaannya kepada negara-negara Arab dan umat Islam sahaja. Ini berlaku semenjak bangsa Arab dilanda anasir-anasir kejumudan dan puritanisme yang menghakis kegemilangan budaya ilmu mereka.
    Jepun juga sama sejarahnya. Bangsa Jepun menuntut dalam bahasa Inggeris ketika zaman pemodenan Meiji dalam pertengahan abad ke-19. Lihat saja betapa bangsa Jepun bergantung penuh terhadap bahasa Inggeris selama lebih 100 tahun sehingga mereka sendiri muncul sebagai peneraju ilmu yang menyaingi Barat sekaligus mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai lingua franca. Itu pun, Jepun tetap tidak pernah sesekali mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris untuk mereka terus bersaing di peringkat antarabangsa. Bayangkanlah jika pada abad ke-19 dahulu orang Jepun menentang pembelajaran dalam bahasa Inggeris seumpama orang Malaysia hari ini membuta tuli menentang PPSMI…? Mana mungkin dunia akan mengenal Jepun seperti yang dikenali sekarang?

  9. Izinkan sy Ayahanda,
    Sy sempat membaca sekali pandang, komen2 yg ditujukan kepada sy. Saya ada banyak kerja perlu dibuat hari tetapi saya ingin membalas komen2 tersebut secara ringkas.
    Sdri Hajar, saya bukan ahli Fizik utk buat terjemahan tersebut. Telahpun saya nyatakan sebelum ini. Sila semak semula komen saya, jika punya masa. Sy buat terjemahan itu pun hanya dlm masa yg singkat. Terjemahan rasmi tentunya kena pakar dlm bidang berkaitan yg membuatnya. Kalau suruh saya terjemah yg berkaitan Kejuruteraan Awam, InsyaAllah.
    Terjemahan itu hanya sambutan cabaran WajaPerak. Rasanya, kami hanya saling hujah-menghujah. Tiada masalah. Merangsang minda tu..
    Kita patut kembali kepada perkara pokok.
    Berjayakah murid2 mendapat ilmu S&M dlm PPSMI? Berjayakah murid2 fasih berbI dgn PPSMI?
    Lihat kajian2 yg dijalankan oleh pakar2. Baca Berita Harian semalam, ada kajian antarabangsa. Bukan utk Malaysia shj tapi utk keseluruhannya. Byk kajian2 yg telah dijalankan. Saya juga mengambil masa yg lama utk menentang PPSMI. Secara peribadi, sy tak rugi sedikit pun dgn PPSMI. Kita bukan pakar Akademik. Jgn kita bersandarkan logik kita semata2.
    Sepatutnya di Malaysia ini, biar pakar dlm bidang masing2 yg menentukan halatuju apa2 pun. Ahli politik patut merujuk pakar dan buat kajian mendalam sebelum melaksanakan apa2 dasar pun. Malangnya, ahli politik kini suka mencampuri setiap bidang. Contohnya, lihatlah, bidang sukan, kucar-kacir kerana setiap benda hendak dipolitikkan. Serupalah dgn bidang pendidikan ini. Bukan kata Tun, tak berwawasan. Tapi jika selepas 6 tahun kajian menunjukkan ramai yg kecundang.. apa gunanya. Cuba baca semula komen2 saya sebelum ini.
    Ok lah. Saya ada kerja.
    Terima kasih, ayahanda.

  10. Salam YAB Tun,
    Minta laluan Tun..
    Kepada BajuKurungUngu, Maaf terlebih dahulu. Saya komen kerana agak muak dengan mereka yang amat yakin betul, tetapi, sebenarnya salah.
    Contohnya, terjemahan anda banyak yang TIDAK TEPAT / menyimpang

  11. Salam Tun,
    Saya setuju dengan pandangan BajuKurungUngu. Kajian2 semuanya mendapati kelemahan PPSMI. Tokoh akademik Prof DiRaja Ungku Aziz berpendapat cara untuk mengajar BI ialah dengan memperbetulkan kaedah pengajaran BI sendiri, bukan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam BI.
    Kalau PPSMI memang berjaya sudah tentu sekolah sekolah agama yang menghadapi masaalah pelajar lemah dalam Bahasa Arab akan mengajar Sains dan Matematik dalam BA (PPSMA?). Sebenarnya mereka yang menyokong PPSMI rata rata tidak terlibat secara langsung dengan PPSMI, sekurang-kurangnya menjadi ibubapa kepada anak2 yang jadi mangsa PPSMI. Jadi mereka membuat andaian kebaikan PPSMI berdasarkan andaian saja bukan realiti.
    Saya juga percaya yang majoriti orang2 yang membuat keputusan dalam kerajaan berkenaan PPSMI tidak bersetuju dengan PPSMI tetapi setiap kali isu ini ditimbulkan Tun akan bersuara, maka diamlah semuanya. Mereka masih lagi ‘malu alah’ dengan Tun.
    Tidak dinafikan besar jasa Tun kepada negara, tetapi sebagai manusia biasa sudah tentu ada kesilapan yang dibuat. Nampaknya mereka tak berdaya nak lakukan sesuatu yang tidak selari dengan pendapat Tun, apatah lagi untuk menjaga periuk nasi mereka. Lihat saja apa dah jadi dengan PM kita yang tak ikut cakap Tun, terpadam terus masa depan. Biarpun tidak lagi jadi PM, Tun masih lagi berkuasa keatas kerajaan secara tidak langsung .
    Maaf Tun, bukan saya nak mengutuk, saya tetap hargai segala jasa jasa Tun hingga kehidupan kita berada pada tahap yang kita nikmati hari ini. Tetapi soal PPSMI saya memang tidak bersetuju dengan Tun walaupun dari dulu saya cuba teliti segala penjelasan Tun, tapi banyak yang meragukan, tidak kukuh dan senang dipertikaikan. Terus terang saya katakan PPSMI adalah satu KEROSAKAN yang tun tinggalkan.
    Saya tahu tak siapa mampu ubah pendirian dan ketegasan Tun dalam setiap keputusan yang Tun buat, tetapi saya percaya dan yakin selagi PPSMI tidak dihapuskan sistem pendidikan kita akan terus jadi kelam kabut, bercelaru dan kualiti pendidikan anak anak kita semakin menurun dengan teruk (lihat kajian2 PPSMI)dan akhirnya akan melemahkan negara.
    Ketika kita beralih kepada pendidikan dalam BM sepenuhnya dalam tahun 1970, segalanya berjalan dengan lancar dan baik berbanding dengan perlaksanaan PPSMI segalanya jadi KELAM KABUT dan HARU BIRU. Pencapaian murid2 dalam kedua dua subjek tersebut meningkat. Bandingkan pencapaian Sains dan Matematik zaman Tun atau peperiksaan MCE, HSC dengan SPM, STPM. Tahap pencapaian mereka jauh lebih baik daripada mereka yang belajar dalam bahasa asing kerana tahap pemahaman yang tinggi. Sekarang kita sedang berpusing kebelakang dan lihat saja pencapaian anak anak kita sama seperti zaman Tun.
    Saya berharap agar Menteri Pelajaran tidak lagi teragak agak untuk menghapuskan PPSMI kerana malu atau segan kepada individu tertentu. Semakin lambat keputusan dibuat selagi parah masalah ini. Buatlah keputusan berdasarkan kewarasan fikiran, fahami realiti sebenar, fikirkan masa depan anak anak bangsa. Penghapusan PPSMI akan kembali meningkatkan kecemerlangan ILMU.
    Hapuskan PPSMI.

  12. Izinkan saya Ayahanda,
    WajaPerak,
    Anda samakan kami seperti Lee Kuan Yew? Lee Kuan Yew seorg. Kami ramai. Dlm kes PPSMI ini, lebih tepat kalau kita samakan Lee Kuan Yew dgn Tun M.
    Dlm kes PPSMI ni, rasanya penyokong dan penentang, sama banyak. Entahlah, mungkin. Tiada statistik. Nanti kalau jumpa akan saya ajukan di sini.
    Kajian demi kajian telah dibuat. Pertanyaan kpd murid2 pun dah dibuat. Kalau anda rajin mencari dlm blog2 di alam maya ni pun banyak. Itupun, kalau berminat. Dah hati anda tertutup untuk menerima nak buat macamana? Takkan anda nak cari, kan? Saya pun terjumpa secara kebetulan. Dulu saya pun macam anda, saya juga penyokong PPSMI. Dulu, saya pun tak nampak keburukannya. Tapi dari byk bacaan, saya dapati keburukkannya lebih teruk utk masa depan. Keburukannya telahpun terjadi sekarang.
    Penentangan PPSMI pun bukannya baru. Sejak ura2 perlaksanaan PPSMI lagi. Pelbagai cara lembut, sopan dan ilmiah telah digunakan, tapi tidak mendapat layanan sewajarnya dari kerajaan. Mmg semua org hormat dan takut pada Tun.
    Hormat, ya hormat. Jasa Tun terlalu banyak hingga menutup kesemua kesilapan yang ada. Dan mungkin para pejuang ini, masih boleh memberi masa untuk melihat perkembangan kemajuan PPSMI. Kalau bagus untuk semua, apalah salahnya…Tapi masa menunjukkan sebaliknya. Seorang murid kecundang cukup utk merugikan negara. Inikan pula sebahagian besarnya.
    Takut, ya mmg takut. Siapa yg berani menentang Tun. Harga barang pun tak berani, syarikat monopoli, naikkan. Tahun 2007, bila harga besi naik melambung, dan saya kata pada pembekal, saya nak komplen pada kerajaan, apa mereka jawab? “Komplen la, lu ingat kami takut dgn PakLah. Apa dia boleh bikin? Mahathir lain la.”
    Skrg, Tun pun dah ada blog, ruang utk sampaikan masalah kita. Tujuan saya menulis di sini bukan utk bertekak dgn anda tapi utk menyedarkan Tun. Hanya Tun yang boleh menamatkan apa yg Tun mulakan. Nasihat Tun, masih lagi pemimpin2 UMNO ikut walaupun nampak mcm tak. Pada pendapat saya, mereka malu utk menghentikan PPSMI. Hishamuddin pun mungkin tak dpt gambaran sebenar dari awal. Kalau tak, masakan beliau tanya, kenapa tentang sekarang? Kenapa tidak 2003 dulu?
    Dia mungkin sejujurnya tak tahu, atau tak mahu tau, atau pura2 tak tau yang penentangan PPSMI ini dari ura2 perlaksanaannya lagi (Tak silap saya, PPSMI diuar2kan pada Julai 2002, kabinet putuskan pada September 2002, perlaksanaan Januari 2003). Tiga bulan untuk guru2 Sains utk fasih berBI. Dah enam tahun, masalah kepetahan guru untuk berbicara dlm BI tak banyak berubah. Malam tadi, saya tanya anak, gurunya masih guna penjelasan dlm BM, istilah sahaja BI. Dan saya bukan duduk di kampung.
    Oooo, tidak mengapa, WajaPerak. Saya boleh korbankan anak saya utk negara saya. Andaikan saya tak mampu utk hantar dia ke pusat tuisyen, saya tak pandai BI, saya tak punya saudara mara yg pandai BI, saya sibuk kais pagi makan pagi. Nanti, mereka pun kais pagi makan pagi. Ulat dlm batu pun boleh hidup…
    Mungkin WajaPerak juga patut korbankan anak, anak2 saudara, anak2 jiran, anak2 lain yang tidak boleh berBI supaya SEGELINTIR anak2 maju hingga ke persada antarabangsa. Nafikan hak KEBANYAKAN anak2 ini untuk belajar S&M dlm bahasa yg mereka faham.
    Mungkin anda boleh hidup dengan tanpa rasa bersalah bila anak2 ini kecundang kerana masalah bahasa asing. Belajarlah dari sejarah.
    Nak agungkan BI mcmlah BI itu sempurna. Tgklah sekrg, negara yg guna BI, ekonomi tak meleset ke? Moral mereka tinggi ke? Budaya mereka tidak bertentangan dgn Islam ke?
    Sebenarnya, kita ini pun, hanya mentimun, mereka durian. Kita menggolek kita luka, mereka menggolek kita luka. Tapi sekurang2nya kerajaan dan Tun tahu ramai yg membantah. Dan kemuncaknya bila GAPENA menyaman kerajaan (akan ku tunggu). Sbb dah mmg sah dan secara terang2an (pada yg mengerti) PPSMI menyalahi Perlembagaan. Ramai yg muda2 tidak berani menonjol kerana menjaga periuk nasi sendiri (kena fikir keluarga), dan saya lihat yg berani menonjol kerana usia dah tinggal sedikit, anak2 dah dewasa, tiada masalah jika digodam oleh kerajaan pun. Kesian mereka bila ramai yg mengutuk mereka sbg tua bangka yg tak berguna. Pada saya merekalah sebenar2nya WIRA yg tak takut dipancung oleh pedang kerajaan.
    HAPUSKAN PPSMI. (errr harap2 saya tak kena godam sampai saya kena tutup syarikat saya pulak. Tapi rezeki kan di tangan Allah, InsyaAllah saya selamat. Amin)

  13. if given a money, i will take that good enough for me
    if given a chance i must prove that i willing to do
    and if given “bangsa Malaysia” i must say loud ~~~~~
    we all here because of this country, if not we maybe born at Palastine or Somalia… so as a native @ ulu folk
    ~~~~Malaysia Boleh ~~~~ (jangan haprak membangkang tanpa guna minda)

  14. Opps..Last..buka kes balik, boleh tak dengan izin Tun yang di hormati..
    Apa yang saya nampak penyokong penghapus PPSMI adalah bersikap dan bertindak sebagai Lim Kuan Yew ( kamceng nampak? )
    Qoute..” The masses (? peasant ) don’t know how to thinks.I do the thinking for them ” Unqoute…And doing the action too?
    Murid murid adalah tujuan utama PPSMI.Guru adalah ‘prime mover’.Jadi bagi penyokong penghapus PPSMI tanyakanlah murid murid dari seluruh negara ini kehendak dan pendapat mereka sendiri tentang PPSMI…
    Jangan ambil ‘sampling’ beberapa kes terpencil dari ahli akademik,
    orang politik,pertubuhan seperti GAPENA. NGOK dan lain-lain yang berkepentingan, bermotif dan beragenda sendiri.
    Tanya murid-murid itu sendiri..Jangan mendakwa mewakili mereka dengan mengemukakan data serta perangkaan yang tidak menyeluruh keseluruh negara..
    Jangan mengambil ‘sample’ tertentu dari kawasan Ulu sperti Ulu Tembeling,Ulu Kinta,Ulu Bernam dan bermacam-macam Ulu lagi..
    Jangan mengikut stail Lim Kuan Yew yang memaksa rakyat mengikut kehendaknya..
    Biarkan murud-murid di seluruh negara yang membuat pilihan.Penyokong-penyokong penghapus PPSMI boleh buat pungutan suara,referendum atau apa sahaja yang perlu dan bersesuaian..
    KALAU TAK MAMPU..YOU TAKE THIS POLICY IT AND LIKE IT…
    Mereka yang jujur dan ikhlas untuk bangsa dan negara ini mampu mengerakkan orang-orang,rakyat dan ‘masses’ secara in toto dan en block.UMNO telah membuktikannya dahulu bila mereka menentang MALAYAN UNION..
    Gerakkan murid-murid itu sendiri di seluruh malaysia jika anda mampu..
    Jika tidak mampu jangan lagi bersuara dengan suara suara sumbang hapuskan..hapuskan..
    Pada pendapat saya penyokong-penyokong penghapus PPSMI kekurangan Vitamin C..
    COMPASSION…Muhasabah diri anda dan lihat formula bom atom ini.
    E=M X C X C ( C darab 2 ) Jika C ini bukan constant tetapi Compassion anda akan dapati besar bezanya hasil fusion bom atom ini.
    Kepada pejuang-pejuang, teruskan usaha murni anda dengan C X 2
    Tapi bukan C4!!!
    CONSTANTLY COMPASSIONATE…
    I truly rest my case..

  15. Opps..Last..buka kes balik, boleh tak dengan izin Tun yang di hormati..
    Apa yang saya nampak penyokong penghapus PPSMI adalah bersikap dan bertindak sebagai Lim Kuan Yew ( kamceng nampak? )
    Qoute..” The masses (? peasant ) don’t know how to thinks.I do the thinking for them ” Unqoute…And doing the action too?
    Murid murid adalah tujuan utama PPSMI.Guru adalah ‘prime mover’.Jadi bagi penyokong pengapus PPSMI tanyakanlah murid murid dari seluruh negara ini kehendak dan pendapat mereka sendiri tentang PPSMI…
    Jangan ambil ‘sampling’ beberapa kes terpencil dari ahli akademik,
    orang politik,pertubuhan seperti GAPENA. NGO dan lain-lain yang berkepentingan, bermotif dan beragenda sendiri.
    Tanya murid-murid itu sendiri..Jangan mendakwa mewakili mereka dengan mengemukakan data serta perangkaan yang tidak menyeluruh keseluruh negara..
    Jangan mengambil ‘sample’ tertentu dari kawasan Ulu sperti Ulu Tembeling,Ulu Kinta,Ulu Bernam dan bermacam-macam Ulu lagi..
    Jangan mengikut stail Lim Kuan Yew yang memaksa rakyat mengikut kehendaknya..
    Biarkan murud-murid di seluruh negara yang membuat pilihan.Penyokong-penyokong penghapus PPSMI boleh buat pungutan suara,referendum atau apa sahaja yang perlu dan bersesuaian..
    KALAU TAK MAMPU..YOU TAKE THIS POLICY IT AND LIKE IT…
    Mereka yang jujur dan ikhlas untuk bangsa dan negara ini mampu mengerakkan orang-orang,rakyat dan ‘masses’ secara in toto dan en block.UMNO telah membuktikannya dahulu bila mereka menentang MALAYAN UNION..
    Gerakkan murid-murid itu sendiri di seluruh malaysia jika anda mampu..
    Jika tidak mampu jangan lagi bersuara dengan suara suara sumbang hapuskan..hapuskan..
    Pada pendapat saya penyokong-penyokong penghapus PPSMI kekurangan Vitamin C..
    COMPASSION…Muhasabah diri anda dan lihat formula bom atom ini.
    E=M X C X C ( C darab 2 ) Jika C ini bukan constant tetapi Compassion anda akan dapati besar bezanya hasil fusion bom atom ini.
    Kepada pejuang-pejuang, teruskan usaha murni anda dengan C X 2
    CONSTANTLY COMPASSIONATE…
    I truly rest my case..

  16. its a funny ones bila tun sebut ‘org melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh’
    but it’s the truth.
    so, janganlah pandang rendah pada sesiape.

  17. Assalamualikam Tun’
    When you cried at the assembly many thought you were play-acting but I know you were lamenting that after 22 year you cried because you cannot change the Malay mentality. You tried every trick in the book but to no avil. They are fated to play second fiddle to everyone. Trying to Champion the Malay language will only lead them to be left behind. What is wrong with learning another language. Of course you can learn anything in anything. But just because you learn in English does not make you any less malay, just as learning everything in Malay does not make you a Malay martyr. In lay man’s terms, just because you love your wife does not mean that you do not love your mother. And the idiotic PAS president has condemned those proponents of English as “infidels”. Let us meet in heaven, (if he gets in) to know who is right and who is stupid.

  18. Salam Tun,
    S..Tan,
    Saya setuju, kalau dah keras hati, bukti terbentang depan mata pun tak nak akui bahawa tanpa PPSMI negara lebih pantas maju.
    Sejarah pasti berulang, apa yang berlaku dibelakang jadikan panduan untuk menempuh perjalanan di hadapan. Kesilapan jangan diulang, kejayaan jadikan panduan.
    Semua tamadun ada naik turun. Tunku tak berhak simpan Singapura kerana Singapura bukan sebahagian daripada Malaysia. Ketika Malaysia merdeka tahun 1957 Singapura bukan sebahagian daripada Malaysia. Singapura sukarela masuk Malaysia tahun 1963 tapi keluar 1965. Mereka memang telah lama maju sejak zaman British lagi kerana kedudukan geografi paling strategik. Satu kelebihan semulajadi.
    Hakikatnya negara2 tersebut tak pernah beri penekanan pada BI kerana tiada keperluan. Penekanan yang keterlaluan akan melambatkan kemajuan. Memang kita asyik menoleh kebelakang dengan memperkenalkan semula BI yang hanya akan melambatkan kemajuan.
    Adakah Jepun, Perachis, Jerman dll ada masalah berdagang dengan negara luar? Lemah sangat kah kita kalau tak ada BI tak boleh berdagang dengan negara luar. Hebat sangatkah barang Korea 30 tahun dulu, tapi barang mereka laku dipasaran dunia tanpa BI.
    Cara yang tepat ialah paksa guna BM disemua tempat. Jangan tutup mata dan telinga bila diberi contoh negara2 besar yang telah maju dengan bahasa sendiri. Buka mata telinga dan hati seluas luas nya. Kerana fikiran terkongkong dengan persekitaran Malaysia, maka tak dapat terima yang kita akan lebih berjaya tanpa BI. Contoh negara negara lain adalah bukti yang amat kuat dan tak boleh dinafikan kebenarannya.
    Graduan menganggur kerana tak tahu BI salah siapa? Kalau bukan di Malaysia graduan takkan mengaggur kerana tak tau BI tapi menganggur kerana tak tau bahasa kebangsaan. Salah siapa? Kerajaan kena betulkan ini. Pelabur lari keThai dan Vietnam walaupun BI hampir tiada disana.
    Generasi pertama yang belajar dalam BM sepenuhnya kini berumur 46 tahun, bererti mereka sudah pun membanjiri pasaran kerja sejak 28 tahun dulu dan mereka lah yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara sejak 30 tahun lalu. Sekiranya diambil umur bersara 55 tahun(swasta), maka golongan yang belajar dalam BI akan lenyap 9 tahun lagi. Sekiranya sektor pekerjaan guna BM sepenuhnya kemajuan kita akan sepantas negara negara yang guna bahasa kebangsaan sepenuhnya.
    Sebenarnya graduan yang belajar dalam BM lah yang telah menyumbang kepada kemajuan sejak 30 tahun dulu. Bukalah mata dan lihatlah kenyataan dinegara negara lain seluruh dunia, jadikan pengajaran untuk kita. Jangan sempitkan pemikiran kita dengan persekitaran kita yang salah.
    PPSMI hanya satu tindakan menoleh kebelakang. Harap kerajaan tidak berlengah lagi untuk berpusing balik kehadapan dan terus maju setanding dengan negara maju yang lain(semuanya guna bahasa sendiri).
    Hapuskan PPSMI

  19. salam bwat tun n pembace2 laen adenye..
    seb baik saye nih bangse minangkabau.. so tak la sentap sgt ngn artikel neh.. heee~
    pd pendapatan saye yg agak kurang menjelang kegawatan eco yg mungkin bakal serupe dgn yg berlaku pd awal 1997 neh, ramai org mlayu yg menjatuhkan melayu sendiri.. yg dok laung2kan melayu mudah lupe sume tuh sape?? melayu gak.. camne org melayu nk ade smangat perjuangan harmoni… kan… lagipun kate2 tu kan ke doa.. bile dh dok ulang2 melayu bodoh, melayu malas, melayu lupa, make tol2 jadik la mende2 tuh sume.. kan…
    huh!! seb bek saye neh bangse minangkabau.. ngeee~
    btw, artikel neh izit really regarding to dat *tooot* PPSMI??
    ppsmi tu memang tak best langsung!! seriously!!! my former students yg very well verse in maths semase skola rendahnye, dgn sendirinye jd corot bile masuk form 1.. itu yg first batch mmg terus diasak dgn PPSMI tu.. bukan yg bile masuk form 2 form 3 baru kene asak ngn PPSMI.. bile explain balik soalan2 english maths tu dlm malay, dgn tangkasnye mereke bley jawab.. with no further explanantion needed!! kesian kat deme.. even ade PELUANG nk maju tp sbb 1 kekurangan (x well verse in english), makanye terhalang la peluang tu..
    ramai jek org yg skola dlu sc & mth in bahasa melayu tp kat U ok je nk adapt ngn ref book yg mmg x dpt dinafikan byk dlm english… lame2 deme neh cume tau istilah2 english je sbb parents dok sebok ajar english kat anak2 sejak kecik sbb takut kalo start pre-school baru nk pandai english jd kelam kabut lak nnt bile masok skola.. cam my 2-year-old nephew.. bile sebut ‘ikan’ xtau ape bendenye tuh.. bile sebut ‘fish’ baru bley tunjuk gambo kat picture card tu…
    mmm… just an opinion dr pinggiran je..
    papepun, huh!! seb bek mak saye lahirkan saye tahun 82.. lau x, merane la badan ngn PPSMI tu..

  20. Dear Tun,
    1.I hope I am wrong, but I think you, directly or indirectly, were one of those Malay opportunist politicians who championed the use of Malay language as the medium of instruction in all schools, citing children in the rural areas would not be able to compete with the non-Malays if they had to learn in English as one of the reasons. Remember?
    2. You and the UMNO politicians started the mess and damage in education, as far as instructional language is concerned. You all were the reason why teachers of all races today have poor command in English language.
    3. English language as the medium of instruction in schools had benefited you, the three prime ministers before you, ministers and politicians, past and present. All of you sent your children, perhaps grandchildren or great grandchildren, to English Schools. But the ordinary people like us have been fooled and forced, by all of you, into being educated in schools and institutes of higher learning in Malay language.
    4. After the extensive damage you all had done to the education in our beloved Malaysia, you had the cheek to implement the PPSMI before you retired. You were such a powerful prime minister then that nobody dared defy you on the implemenatation of the policy of teaching science and mathematics in English. Look now, what an educational legacy you have left us?
    5. Now you are no more prime minister. The Malay NGOs and UMNO politicians have become more vocal in rejecting PPSMI. Pak Lah and Hishamuddin are in dilemma. Some cowards even resorted to lodging police reports against the MoE over this matter. Hey, they should have lodged the police reports against you! But, fear not, they would not dare touch you! Somehow, you are still very influential that nobody can do anything to you.
    6. Do you really think teachers who rarely speak English can impart knowledge to pupils in English? I wish you could make a come back as a prime minister for the second time, just like you had successfully undergone the second heart by-pass surgery. Then, try conduct the cabinet meeting in English and you will be able to experience the agony of many teachers who have to switch language to teach. Better still, have debates in Parliament conducted in English.
    7. Perhaps the successor of Pak Lah will, he, he, he… .

  21. Izinkan sy Ayahanda,
    Sy sokong cadangan Mukhriz supaya diadakan hanya satu jenis sekolah sahaja. Bahasa utama adalah Bahasa Kebangsaan, dan dah tentunya BM. Selain BI sebagai bahasa kedua, Bahasa Arab, Mandarin, Hokkein, Tamil, Iban, Kadazan, Urdu, Perancis, Jepun dll juga dijadikan bahasa pilihan untuk bahasa plihan ketiga, keempat dan seterusnya (Tengok kemampuan murid dan guru yg ada).
    Jangan asyik hanya kata budak Melayu yg lemah dan mahu bersenang2 sahaja. Disini sy ceritakan satu kejadian sebenar:-
    Di Kedai Wahab ketika membeli pakaian kokurikulum, Januari lepas, di Butterworth. Seorg ibu berbangsa Cina bersama anaknya, meminta topi seperti jururawat. Si ibu bertanya cara memakainya dlm bahasa pasar. Jawab jurujual India Muslim kepada anaknya yg berusia 10 atau 11 tahun, “Nanti adik tanya cikgu cara utk memakainya, ya., Saya pun tak berapa tahu cara memakainya.”
    Saya terkejut bila dia menjawab “Wa… malayu..ta..tau”, sambil memutar2kan kedua2 tapak tangannya. Saya menyampuk dlm BI, “Ask your teacher to show you how to put it on”. Dan dia jwb, “Inglish, ta..tau.” juga sambil memutar2kan tangan.. Wah, terkejut saya, lalu sy berkata pd si Ibu, “Duduk dan belajar di Malaysia, takkan tak tau ckp Melayu kot. Pelik betul.” Si ibu menjawab “Dia sekolah China..”
    Mmmm, bagaimana ya, kita nak menyatupadukan semua kaum kalau beginilah keadaannya… Tiada SATU bahasa yang benar2 ditekankan utk menjadi bahasa kebangsaan. Hanya setakat cantik dlm perlembagaan tetapi tidak ada usaha bersungguh oleh kerajaan sekarang (tidak seperti pada zaman Tun Razak dahulu. Harap2 anaknya akan teruskan legasinya..).
    Peribahasa “DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG” tidak memberi apa2 makna kepada KEBANYAKAN kaum lain.. dan paling teruk skrg, bahasa penjajah pula diagung2kan hingga dijadikan bahasa teras dlm pendidikan matapelajaran penting di SEKOLAH KEBANGSAAN SAHAJA… Hailah nasib….
    Tanpa bahasa hilanglah budaya. Sebagaimana org Melayu yg suka menggunakan “ana, anta” cenderung berbudaya Arab, begitulah juga mereka yg suka guna “yo brother” cenderung berbudaya Barat… hai lah nasib..
    Esok, bahasa Melayu, pakaian Melayu, peradaban Melayu hanya ada di Muzium dan dipentaskan utk tatapan pelancong shj. Hai lah nasib..
    Esok, Bumiputera tiada lagi Ketuanannya (Tuan Rumah dan Sultan sbg Tuan). Hai lah nasib…
    Esok, kisah raja2 Melayu hanya di Muzium sbgmn di negara jiran… Hai lah nasib…
    Esok, di Malaysia, Islam hanya setaraf agama ciptaan manusia… Hai lah nasib…
    TIDAK, TIDAK. Kita tak boleh hanya mengeluh, hai lah nasib… KITA MESTI BERTINDAK… dan langkah pertama adalah…
    HAPUSKAN PPSMI.
    Dan yang lain pasti menyusul… MELAYU KENA KUAT UTK KESINAMBUNGAN MELAYU KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA.. dan salah satunya dgn ROH BM dan dah terbukti sebelum ini..
    P.S : Kepada S..Tan, anda tidak rugi jika PPSMI diteruskan.. Sebahagian besar kami yg rugi. Harap anda mengerti apa yg tersirat..
    Kepada semua dan juga Ayahanda, sila rujuk
    http://profabdullah1.wordpress.com/2009/02/08/11a-kesan-ppsmi-di-sekolah-rendah/
    untuk kajian PPSMI.
    Keputusan UPSR 2008 tidak boleh dijadikan ukuran kerana ianya masih dwibahasa dan kebanyakan pelajar masih membaca soalan dlm BM dan menjwb dlm BI dan menjawab dlm ruang BI utk Ilmu Hisab (Matematik). Saya dah tanya 20 org kawan2 anak sy…dan sy rasa itu sudah memadai utk kesimpulannya…
    HAPUSKAN PPSMI.

  22. Dengan Izin Tun.Terima kasih.
    BajuKurungUngu
    Nah…contoh pembahasan yang akademik.Maaf tuan punya artikel.Terlupa nak qoute.Maaf ya.Tak nampak pun point bagi PPSMI bagi semua hujah penyokong di atas?
    Sejauh mana PPSMI merugikan anak bangsa melayu ? Bohongkan..eh sori..kelentongkan…eh sori..bincangkan..( emmmm )
    Is there lurking around the PPSMI,( bloodhound?)paid agent
    saboteurs??
    I rest my case.
    Sejauhmana Penyata Razak 1956 telah berjaya mewujudkan perpaduan kaum di Malaya. Bincangkan.
    Pengenalan:
    Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat seperti yang dinyatakan dalam:-

  23. Salam Buat Tun,
    Saya amat terperanjat bila membaca berita “GAPENA” membuat lapuran polis tentang pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ingeris. Itulah sikap melayu kebanyakannya pandai nak komplen aje tapi jalan penyelesaian tak pernah nak difikirkan. Saya cuma nak tanya dah berapa banyak buku-buku rujukan dalam bidang sains dan matematik antarabangsa yang dah GAPENA usahakan untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu,supaya senang anak-anak melayu nak buat rujukan bila masuk university nanti?
    Saya orang kampung, jadi saya tahu betapa susahnya nak pratikkan bahasa ingeris dengan saudara mara dan rakan-rakan sekeliling. Kalau tak ada kelas bahasa ingeris tak ada la peluang nak bercakap. Tenguk tv pun ada sarikata.
    But I am so grateful to my late father who always manage to find time to teach me english everyday after work. He was just a “PEON” at school, an equivalent to an officeboy nowadays. To him we might not have the money to travel abroad to see foriegn countries but the library (masa tu kat kampung saya dipanggil khutub khanah) is just around the corner if we care to read and to understand more about those countries; and the resources were mostly in English at that time (in the 70’s).
    Sekarang ni bila tenguk anak-anak saudara bercakap sesama sendiri dalam bahasa ingeris (walaupun adakalanya bahasa rojak) saya rasa lega kerana saya tahu mereka sudah mula memahami dan mempelajari. Sebahagian dari mereka masih lagi tinggal di kampung.
    Today I read in the paper that several teachers up north complaining that they are having difficulties in teaching sciences and maths in English as they, themselves, are weak in English. Shouldn’t they ask themselves what is their next course of action? Remain to be weak and blame it on everybody else or take up the challenge and do something about it?
    sekian
    P.S.
    Terimakasih juga pada Cikgu Hasbah Muhammad (cikgu darjah 3 saya), yang sentiasa mementingkan pengunaan bahasa ingerris waktu di sekolah dulu.

  24. Assalamualaikum Tun,
    Saya merupakan seorang pelajar di sebuah IPTA dan saya dari luar bandar.Saya berasa gembira
    apabila pengajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.Rasa macam ingin pergi
    sekolah semual.Tapi saya amat kecewa apabila
    terbaca tentang pengajaran Matematik dan Sains mungkin diajar semula dalam Bahasa Melayu. Untuk
    pengetahuan Tun, tidak ramai pelajar IPTA yang dapat keputusan yang baik dlm MUET. Rata-rata hanya
    berjaya dapat band 2 sahaja.Alhamudillah saya dapat keputusan yang agak baik.
    Ini amat menyedihkan kerana orang Melayu amat lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.Bagaimana
    ingin bersaing dengan pelajar bukan Melayu?Kepada para pemimpin, lihatlah masa hadapan. Jangan lakukan sesuatu demi kepentingan sendiri.
    Well,
    Take care Tun.
    Assalamualaikum

  25. Assalamualaikum Tun,
    As far as I can remember I’d never attended kindergarten and in my family our everyday language at home is Malay. I’m blessed to be borned in the era of the English medium school and able to understand and converse in English even though not as fluent and proficient as some of your intelligent and knowledgeable readers here.
    During my primary and secondary schooldays in the 60s and 70s most of my biology, physics, chemistry, maths and add maths, geography, history, literature, music and English teachers were either Chinese or Indians. Only my BM and home science teachers were Malays. They were very good teachers and their way of teaching their subjects in English was very effective indeed and I was abled to follow and understand. I only managed to get credits in maths and science but nevertheless still proud of myself. Then took up LCCE and all the courses, accountancy, economics and English Law were in English. But most importantly I gain knowledge and able to grasp the English language.
    And with that knowledge I conquered my low self-esteem and gain confidence and ready to face the real world after schooldays. When I’m out into the real world, being bilingual does help indeed in my career. I don’t feel out of place and neither became more westernised or forget my Malay roots. In fact Malay is our main spoken language at home, maybe conversing in English a little here and there.
    What I’m trying to say is that if my Chinese and Indian teachers can teached their pupils of all races and were able to make them understand the subjects in English very well so why can’t the Malay teachers nowadays, as I see it most of the teachers who teach BI, maths and science in English are Malays .
    I believe if these Malay teachers have confidence in themselves and want to strive for better achievements and to improve themselves, they can master the English language in their fingertips. This “traitor thinking”, just because to learn and master the two most important subjects in English, must be done away with. There is nothing to loose but much to gain.
    Well Tun this is just my opinion. Take care Tun and May Allah Look Upon You Always.

  26. Salam Tun,
    Sokong Alsagoff, Nasha bt Edwin & Dinium,
    1. Dulu saya belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu dari di sekolah hinggalah ke universiti dan sekarang saya berpeluang bekerja dalam bidang sains..dan berpeluang membantu pelajar yang datang untuk latihan industri di makmal saya pada masa yang sama.
    2. Mereka adalah pelajar yang berpeluang belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris di unversiti dan mungkin juga di sekolah. Mereka juga adalah pelajar yang sempat mengambil MUET dan dapat band yang bagus.
    3. Tapi apa yang menyedihkan dan merisaukan saya, ya mereka pandai berbahasa inggeris sewaktu membuat laporan analisa dan sebagainya tapi tiada satu laporan tersebut memberi makna kepada ujikaji yang mereka lakukan. Saya tidak tahu apa yang mereka fahami di universiti, sehinggakan contohnya mengapa pembezaan kali kedua (second derivatives measures)perlu dilakukan dalam mencari titik maksimum dan minimum pun mereka tidak tahu cara dan penyelesaiannya!belum lagi ditanya aplikasinya.
    4. Masya Allah saya sudah tinggalkan matematik tambahan dalam jangka masa yang agak lama tapi syukur saya masih faham teori dan aplikasinya sehingga kini kerana saya belajar dalam bahasa ibunda saya, Bahasa Melayu. Saya tidak tau apa janjang geometri dan arimetik dalam Bahasa Inggeris jika anak saya bertanya kepada saya satu hari nanti tapi yang saya tahu saya masih berupaya menyelesaikan masalah matematik dan sains tersebut.
    5. Bagi saya belajar sains dan matematik dan mempelajari bahasa inggeris adalah 2 perkara yang berbeza.
    6. Jurutera kita juga dulu belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu tapi kita mampu keluarkan kereta nasional kita sendiri!dan mungkin juga salah seorang doktor yang pakar dalam pembedahan ‘by-pass’ adalah seorang graduan dari Universiti Kebangsaan malaysia.
    7. Kita perlukan perkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penterjemah yang berkualiti yang mampu menterjemahkan ilmu-ilmu dari luar dan bukannya membunuh bahasa kita sendiri.
    8. Peruntukkan bajet untuk DBP dan jangan sampai DBP layu kerana bahasa sendiri. Masyarakat hari ini tidak nampak apa peranan DBP dan apa istimewanya bahasa Melayu sehingga bangsanya sendiri yang tergamak memijaknya.

  27. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin…
    Pandangan saya pada hujah penentang PPSMI ‘2009’
    …………BUKA MATA, BUKA HATI, BELAJAR BAHASA (BAHASA ITU ILMU, MCM SAINS DLL)
    Kalau dah hati keras, matanya lihat tapi tak nampak. Saya mengharap ada orang tak payah lihat boleh nampak.
    …………MEGAH KEADAAN SKRG
    Jangan jadi ayam telur sebiji, berkokok tak henti. Silap, bermegah memandang keadaan skrg tanpa periksa punca kejayaan dahulu dan dimana kita skrg berbanding negara lain. Jangan pandang 20-30 thn dulu, pandang 100thn dan sedar apa yg menjayakan M’sia berbanding jiran Asia Tenggara. Sebaliknya lihat 20-30 thn ke depan, bukan 100thn ke depan nak tahu bahaya sebuah dasar.
    ………..NEGARA PUNAH DAN MUFLIS
    Jepun muflis krn kalah perang dunia 2, Korea ranap dilanda Jepun dan juga kesan bencana perang saudara. S’pura kalau betul kaya dari M’sia tak kan dilepaskan Tunku (Tunku akan simpan S’pura bagi mrk M’sia!)
    Kalau ini semua ditafsir lebih makmur dari M’sia dulu, saya tak larat menjelas.
    ………..PANDANG KE DEPAN ATAU ASYIK MENOLEH
    Hakikatnya Thai dan Vietnam skrg mula memberi penekanan lebih pada BI berbanding 30thn dulu. Begitu juga Korea, Jepun Cina memberi lebih galakan BI berbanding dulu. Mrk memandang ke depan. Kita asyik menoleh ke belakang mengikut jejak lama orang. Bahaya kita menghakis kelebihan kita dgn 200 thn sejarah BI bertapak.
    ………….BERNIAGA PASARAN ANTARABANGSA
    Bolehkah graduan universiti tempatan kita berniaga dipasaran dunia dgn BM dan sains matematiknya saja. Saya dengar mrk bersungut majikan(tempatan dan asing) memandang rendah mrk krn lemah BI. Nak mengatasi ini nak minta krjn paksa semua majikan guna BM sepenuh.
    Dipersada dunia boleh paksa orang guna BM? Hebat sangat ke barang kita, orang lain sanggup belajar BM nak membelinya?
    Perjanjian bahasa apa?
    Keadaan graduan mengganggur skrg krn dasar tiada PPSMI, mrk berbekal satu bahasa. Sikap lemah (bukan cekal) mengajar mrk menyungut saja minta krjn paksa majikan. Sektor awam dan rakyat M’sia boleh kamu paksa, pelabur asing lari ke Thai, Vietnam. Itu sebab M’sia skrg hampir boleh ditolak ketepi oleh mrk.
    ………….LEMBU PUNYA SUSU SAPI PUNYA NAMA
    Kepesatan pembangunan M’sia 30thn dibelakang ini berteras rakyat yg belajar Sek Inggeris (sebelum BM sepenuh). Yg belajar tanpa BI sejak 30 thn dulu baru menyerap masuk alam kerjaya atau banyak masih menuntut (15thn dari darjah satu) Jumlah jenerasi ini masih minoriti dipasaran banding jenerasi pra-BM.
    Jenerasi tanpa BI akan membanjiri pasaran(menjadi majoriti) 20thn akan datang. Lihat apa jadi pada negara 20 thn kemudian. Lihat gelagat graduan skrg dah tahu. Mrk minta krjn memberi mrk kerja (swasta tak menerima mrk), minta krjn paksa majikan swasta menukar ke BM, menuntut kerja lumayan dgn bekal ilmu satu bahasa saja itu.
    Skrg masih ada jenerasi BI masih mampu bertahan dan bersaing. Tapi kebanyakan mrk akan bersara dlm 20thn. Sektor swasta perlu bersaing antarabangsa mana cukup dgn graduan satu bahasa!
    Jgn mencuri susu kata pembangunan perniagaan kita krn graduan tanpa PPSMI. Mrk belum di uji! Graduan BI zaman dulu tak berperangai minta gunung turun ke tapak kaki?
    Harimau mati tinggal bangkai, manusia mati tinggal nama. Nahas bangsa tinggal bahasa!
    Hai lah nasib!
    Untuk pengetahuan sdr, BM saya ini hanya boleh berhujah di blog saja. Tak guna dgn krjn (mungkin kulit kot)

  28. Assalamu `alaikum YBhg Tun dan Bloggers,
    (01) Saya sebagai penduduk jati Sarawak, berketurunan Melayu Campur Iban Sarawak merasa tersinggung dengan polemik isu PPSMI. Bukan kerana saya menolak penggunaan Bahasa Melayu Riau a.k.a. Bahasa Malaysia tetapi saya sakit hati apabila isu yang digunakan di sini ialah membantah penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik seolah-olah menidakkan keinginan bangsa saya Melayu Iban Sarawak, keinginan bangsa Jawa, keinginan bangsa Bidayuh, keinginan bangsa Kadazan dan sebagainya untuk diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
    (02) Tidakkah “pejuang-pejuang bahasa” ini pernah terfikir barang sesaat bahawa kalau bangsa Melayu Sarawak, bangsa Iban, bangsa Jawa, bangsa Bisaya, bangsa Kadazan dan sebagainya sanggup mengenepikan bahasa masing-masing semata-mata untuk memberi laluan kepada anak-anak kami belajar dan mahir lebih daripada satu bahasa selain bahasa ibunda masing-masing. Tidak pula kami merungut apabila masuk sekolah di kami kena belajar bahasa Melayu Riau a.k.a bahasa Melayu Semenanjung a.k.a bahasa Malaysia sedang bahasa itu jauh sekali bezanya dengan bahasa ibunda kami. Tetapi demi memastikan anak-anak kami berdiri sama taraf dengan bangsa lain, kami sanggup. Tidak pula kami melancarkan kempen menuntut pengajaran mana-mana subjek utama dalam bahasa ibunda kami.
    (03) Seharusnya “pejuang-pejuang bahasa” itu perlu mengambil kira kehendak bangsa-bangsa lain dalam hal ehwal pendidikan anak-anak mereka. Akan tetapi apabila ego politik sudah menular dalam kepala minda, ini lah kesannya.
    Ikhlas,
    Bujang Redzuan Mohammed
    Kuching, Sarawak.
    http://bujangrm.ning.com

  29. Ayahanda, izinkan sy..
    Saudara WajaPerak dan/atau WajaPerak1,
    Tak ada apa yg menyakiti hati sy. Saudara boleh baca komen2 sy, Kijang, 2009, dll yg sebelum2 ini dan mengetahui sebab-musabab mengapa PPSMI patut dihapuskan. Anda juga boleh baca blog2 pejuang2 bahasa, dll.
    Seperti ungkapan anda, “But dear me you goes round and around beyond the pointed points…” pada 2009. Anda yg sebenarnya menanya berulang2 dan berputar2 pada titik yg sama.
    Saya ada mesyuarat tapak esok, lapuran belum disiapkan lagi, jadi tak dpt sy memberi komen panjang.
    Jumpa lagi, InsyaAllah.
    HAPUSKAN PPSMI!

  30. Met Siang Lou Ma,
    Yang saya tau sebagai bukan Melayu, tak ada bukan Melayu yang anggap Melayu itu bodoh, masalah yang sebenarnya, Melayu yang sering pikir sendiri yang BARUA CINA anggap orang Melayu bodoh, itu saja, sensitif sekali Melayu. Maka sukar maju karena pikir macam2 dari org lain.

  31. Semoga ALLAH memberkati umur Tun Dr Mahathir dengan kesihatan,
    Nota no. 15 dalam rencana Tun berkaitan Orang ULU/Pekan dulu lagi dah jadi kenyataan tahun 60an-70an waktu zaman remaja saya, membesar di KOTA Singa tapi hidup bak orang ULU kerana susahnya kami.
    Sedangkan peluang tak diberi waktu itu di Singapura pulak oleh kerajaan CINA (PAP-Spore), lagi dipinggir oleh bangsa dan kaum sendiri, susah mendapat peluang walau mencuba di Malaysia… ni bawa merantau mencari rezeki bersama anak-isteri di benua Asia kemudian Australia, sekarang Canada.
    Tu yg saya komen pada sahabat saya di KL dibawah selang tutur-email antara kami.
    ” Time to time we’d sent out updates right! However, anytime would be good to hear from u matey. From the outset I see Malaysia is heading the wrong way to what Dr Mahathir had build and envision it for! Wawasan 2020, so close yet so far ahead…. The sad thing is the ‘others’ had started questioning a possible ‘other’ than MELAYU as DPM or even PM! Dasar Ekonomi Baru questioned, Raja ‘diperlekeh’ or Trivialised and, u know what, There are these remarks from students here (MALAY STUDENTS) started to say they wouldn’t mind ‘other’ as PM! When that kind of thought crept into their thinking u have got to be worried. Dude, I was born in Spore but grew up many years in Johor and my dear Mom (passed 1984) were born in Muar, thus I have always identified myself as Malay Malaysia (even the time I was born Spore was still under Malaysia) so, the sad thing is…. Would YOU ever, ever, ever thought a MALAY as Head of State in INDIA or CHINA vis-a-vis??? So the probability of this scary thought of socalled new ‘MELAYU-INTELLECT’ now still struggling completing their studies to stamp OK for ‘other’ as PM, DPM in TANAH MELAYU, that is sure a SERIOUS issues Malays would have to address mate. I put it this way, When there are crisis, Indian can always be accepted or goes back to their MOTHERLAND INDIA, Chinese to MAINLAND CHINA, Melayu mana nak pergi???? Already you’re seeing some HINDRAF(or whatever it is) guys operating from INDIA and worst trying to lobby economic boycott from the INDIAN Govt toward Malaysia, so much calling oneself MALAYSIAN eh? Wilayah Iskandaria, u know the Economic Triangle down south in JOHOR, what would that be??? Dude Malays would be economic slave forever mate! Only the select fews with money would be among the so-called ELITE MALAYS??? Even with their MONEY and STATUS they don’t realised that they are being manipulated by the BIGGER ELITE other than themselves! You can MARK my WORD on that mate. More than 20 years ago in my early years in Melbourne, still ringing hard in my ears a CHINESE (called himself MALAYSIAN) said into my face “…Celaka tu Mahathir…” while Dr Mahathir had started some serious and bold steps transforming Malaysia then. Now when the economy of Malaysia started to prosper this individual would be back in Malaysia. Dude, I know there are hypocrite among ourselves but to get screwed-up even by others, could it mean it going to get even worst. Start with your own family-kids and then cousins and relative and so on to wake our MALAYS up! Sorry dude, lately I’ve been worried to what I’ve read about Malaysia ie Dunia Melayu. OK nice to hear from you, anytime if you’re in town (Toronto) bunk at my house alright even with your family, insyaallah! Always treasured our friendship. Take care.
    Ashari “.
    Kalau boleh Tun beri buah fikiran atau peluang titik tolak mula buat kami.
    Wassallam.

  32. Salam Tun,
    S..Tan,
    25% rakyat Thailand fasih BI??? suatu andaian yang langsung tidak masuk akal. Saya kerap ke Thailand dan punya ramai kenalan di sana. Kalau saya diberi peluang untuk buat andaian, saya akan buat begini :-
    Sekiranya kita secara rambang memilih 1,000 rakyat thailand dari berbagai peringkat dari kota besar hingga keluar bandar, anda bertuah jika berjumpa 1(satu) orang yang fasih BI, anda juga bertuah sekiranya jumpa 10 orang yang bercakap ‘basic’ BI. Mereka yang bercakap basic BI ini boleh didapati bekerja dihotel2 dan tempat2 pelancongan.
    Sekiranya anda terjumpa seorang budak sekolah darjah 6 yang sedang pulang dari sekolah, cuba anda tanyakan dia “what is your name”, saya yakin besar kemungkinan budak itu akan tercengang kerana tidak faham soalan anda dan mungkin tidak tahu bahasa apa yang anda cakap.
    Thailand bukan saja maju sektor pertanian, sektor perindustrian mereka juga maju, kita biasa lihat produk2 yang dijual di pasaraya kotaknya bertulisan thai.
    Saya tak pernah ke Vietnam, tapi saya percaya kedudukan BI disana lebih teruk dari Thailand berdasarkan mereka baru saja keluar dari peperangan dan mereka adalah bekas jajahan Peranchis bukan British. Budaya mereka ialah diantara budaya Thai dan Cina.
    Bilangan penduduk yang besar bukan penentu kemajuan sesebuah negara kerana dalam era globalisasi sekarang, dengan pasaran yang terbuka membolehkan negara kecil memasarkan barangan mereka keseluruh dunia.
    Seperti contoh yang saya berikan, Dubai sebuah negara yang amat kecil dengan penduduk 1.4 juta sangat maju.
    Bahasa bukan penentu kemajuan tetapi belajar dalam bahasa sendiri (mother tounge) mempercepatkan dan menajamkan pemahaman seterusnya mempercepatkan kemajuan.
    SJK Cina dan Tamil diarahkan guna BI dalam sains dan matematik, tetapi seluruh komuniti Cina dari parti parti politik hingga ke pertubuhan2 Cina menentang hingga akhirnya kerajaan akur dengan kehendak mereka. Penentangan dari pertubuhan2 Melayu juga kuat, tetapi mereka gagal menyekat kehendak Tun.
    Kita berhijrah cari kerja diVietnam tanpa PPSMI? Dah 30 tahun tanpa PPSMI negara kita pesat membangun, ramai orang luar berhijrah keMalaysia. Ini menunjukkan kita kena cari kerja di Vietnam jika teruskan PPSMI.
    Kecuali Singapura dan Filipina, tidak ada satu pun negara Asia Tenggara yang beri penekanan BI dalam sektor perniagaan mereka. Syarikat2 multinasional yang beroperasi di sana menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Perniagaan mereka sangat maju.
    Singapura dan Jepun tak pernah berada dibelakang kita. Singapura dah pun maju sejak dari zaman British lagi, Jepun dah maju lebih 100 tahun dulu. Korea maju lepas merdeka, tapi guna bahasa kebangsaan sepenuhnya, sebab tu mereka maju dengan pantas.
    Memang lebih banyak bahasa lebih bagus terutama kalau nak jadi ahli bahasa. Rakyat Negara China, Jepun, Korea,………(sangat banyak) berbekal satu bahasa saja tapi mampu bersaing dengan kuasa besar ekonomi dunia. Kalau mereka guna BI saya percaya mereka tak akan maju seperti sekarang.
    Sesungguhnya memang jelas terbukti dari contoh contoh yang kita lihat bahawa menggunakan bahasa sendiri akan lebih mempercepatkan kemajuan negara. Perkara seperti ini tak pernah diperdebatkan di Korea, Jepun dll dan mereka tak pernah terfikir untuk memperkukuhkan penguasaan BI dikalangan rakyat mereka untuk maju.
    Cuma kita di Malaysia saja yang masih berdebat dalam perkara yang tak perlu di debatkan seperti PPSMI.
    Hapuskan PPSMI.

  33. Salam Tun & chedet.cc members,
    Tun,saya setuju apa yg Tun huraikan di atas.Org2 Melayu samada di bandar atau kampung sebenarnya mampu berjaya.Artikel Tun boleh dikaitkan dgn rasional Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains & Matematik.Idea Tun sgt bagus menggalakkan rakyat terutama org2 Melayu fasih bercakap bahasa Inggeris terutama dlm memohon pekerjaan yg kebykan firma swasta dimilikki bangsa asing.
    Teringat saya semasa menuntut di ITM (sesi 1993-1996).Masa tu mula perkenalkan pembelajaran & sistem menjawab soalan peperiksaan dlm bahasa Inggeris..kelakar pun ada maklumlah kena jawab soalan Sains Politik,Hubungan Antarangsa & Management dlm bahasa Inggeris..kelam-kabut jugak heheeh…
    Apa yg saya amat kesalkan org Melayu ni suka menentang PERUBAHAN YG POSITIF…menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat kononnya mahir bahasa Inggeris akan menghilangkan jati diri etc..tetapi bangsa Cina & India tiada pun yg terpekik terlolong buat demonstrasi, hantar memorandum supaya mansuhkan idea Tun ni???Pelik..pelik kerana disebalik membantah idea ni tetapi mereka berpusu2 menghantar anak2 mereka ke kelas tuisyen bahasa Inggeris???
    Semoga Tun dapat membuka mata org Melayu yg dah buta matanya…wassalam. Semoga Tun & Tun Siti Hasmah sentiasa sihat & ceria.

  34. Assalamualaikum Tun,
    Kerana perang mulut antara penyokong dan pembangkang PPSMI ni takkan habis sampai bila-bila, saya cadangkan apa kata kalau kita buat sistem dwi-pembelajaran di sekolah-sekolah. Satu aliran guna Bahasa Melayu dalam sains & matematik dan satu lagi guna Bahasa Inggeris dalam sains & matematik.
    Anak melayu yang ingin memajukan diri, bersedia bersaing di pentas global bolehlah mencabar diri dengan mengambil Bahasa Inggeris dalam sains & matematik manakala mereka yang tidak mampu atau belum bersedia bolehlah mengambil Bahasa Melayu dalam sains & matematik. Cikgu-cikgu juga sama. Tiada paksaan.
    Yang penting PPSMI jangan dihapuskan.

  35. Dengan Izin Tun..Terima Kasih..
    2009..Kan dah kena?…Mengantuk kan..
    Itulah kaedah yang di ‘ajar’ dan di ‘terapkan’ oleh pendidik ‘unconventional’ kita kepada murid-murid.Tidak mengajar PPSMI secara berhikmah dan berhemah..
    ‘Kemengantukkan’ murid-murid itu kini di rasai oleh 2009..
    I turn it around for you..
    Tak nampak lagi?
    “Kebenaran itu jelas dan nyata.Sesiapa yang nampak, kebaikan kembali kepdanya.Sesiapa yang buta maka aku ( Rasullulah s.a.w. )bukanlah pemelihara”…
    JELAS DAN NYATA.
    POTONG KAPARA??

  36. Salam Tun,
    Sokong sepenuhnya subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris.Tidak lupa juga bahasa melayu dalam kedua-dua subjek itu,teruskan pengajaran dalam dwibahasa jangan hapuskan salah satu daripadanya.Hilang satu bahasa mundurlah kebelakang.
    Kalau boleh tambah 2-3 bahasa lagi seperti bahasa Arab,Mandarin atau mana-mana bahasa yang bangsanya maju di dunia ini.Jadikan bangsa Melayu ini kaya dengan bahasa dan ilmu.Boleh berfikir dan faham budaya bangsa lain dengan menguasai bahasa dan ilmu mereka.
    Jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rujukan setaraf bahasa Inggeris dalam apa-apa bidang ilmu terutamanya dalam perundangan.Di Malaysia bahasa Inggeris menjadi rujukan utama dalam perjanjian,perundangan dan perniagaan,apa-apa pertikaian,percanggahan dan kesamaran bahasa walaupun tertulis dalam bahasa Melayu undang-undangnya,tafsiran bahasa Inggeris adalah muktamad.Bahkan seluruh dunia begitu dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa.
    Selagi bangsa lain yang membuat penemuan pelbagai cabang ilmu,mula-mula menerokai ilmu sains,mendahului,lama dan berpengalaman terpaksalah kita mempelajari bahasa mereka untuk mengejar dan menyamai mereka.Tiada cara lain kecuali kita yang menemukan,menerokai,mencipta dan mempelopori menggunakan bahasa sendiri dengan mereka istilah -istilah sendiri dalam ilmu,mereka pula terpaksa belajar bahasa kita dan mengejar pula.Mereka tidak dapat mengatasi kita dan begitu juga sebaliknya.
    Sebagai contoh dalam pembuatan enjin dan transmision,bangsa lain yang paling handal dan terbaik dalam penghasilannya.Begitu juga dengan perisian sistem operasi komputer seperti windows atau mc os.Hampir mustahil dapat mengatasi mereka sekarang ini.Apa yang kita boleh ialah cuba fikir di luar kotak,cari penemuan tanpa enjin,transmision,os,microchips intel dan yang lain-lain lagi boleh menggerakan kenderaan dan komputer.Buat perkara yang sama dalam perubatan dan pembedahan ciptalah istilah juga namakan cara dan peralatan dalam bahasa Melayu.Janganlah guna bahasa Inggeris dalam ciptaan dan penemuan kita sendiri.
    Siapa yang mempelopori dan memajukan ilmu,dialah yang menguasai dan mempengaruhi dunia.Seterusnya menjadi bangsa yang dominan dalam bahasa,budaya,ilmu,ekonomi dan ketenteraan.

  37. Kalau program ini berjaya . Apa yg mereka dpt , cuma boleh faham bahasa english jelah utk sains , matematik dan apa – apa jelah . yg menentukan nasib mereka , diri sendiri lah….he he he (gelak Tok Det)

  38. Salam Tun,
    Waja perak,
    Apa lagi yang saya tak jawab “point to point”, semuanya dah saya jawab. Kalau nak jugak jawapan saya, mintak buat soalan sekali lagi secara ringkas dan tunggu jawapan saya. Maaf saya katakan hujah waja perak yang panjang lebar diatas melalut dan menyimpang dan tidak langsung menyokong pendapat wajaperak mengenai PPSMI
    Hujah saudara sepatutnya ringkas, kemas, padat dan kuat untuk menyokong pendapat saudara seperti yang Tun buat. Tak perlu buat novel, saya jadi menguap!
    Saudara tanya kenapa PPSMI patut di hapuskan? Tidak kah saudara baca sebab sebab yang diberikan diatas oleh saya dan penulis penulis lain. Senang senang boleh dapat lebih daripada 30 sebab kalau saudara baca betul2.
    Hapuskan PPSMI

  39. Dengan Izin Tun…
    Aduhai Cikgu Kijang..Saya mengkagumi tuan tetapi masih lagi tuan ‘conventional’..
    Nak pegi mana tu waja..? Aku nak mengail..
    Hahahahaha…( kena ejek )
    Oi..tempat itu mana ada ikan dah..dah lama dah…
    Kalau mengail ikan saya setuju idea lama..Tetapi ‘fishing’ for human potential tak pernah lama..
    Maaf cikgu…3 golongan yang mendapat sumbangan pahala tu cikgu dah dapat satu..Abis..orang macam saya tak merasa la..kenapa..
    Cikgu berpendapat hanya golongan pendidik sahaja yang layak terlibat di dalam bidang pendidikan..Menafikan peluang kepada orang semacam saya yang ingin memberi sumbangan..
    Sedih saya cikgu!!!

  40. Dengan izin Tun..
    Sri Langkat..Traitor?
    Fulamak..keras tu..Saya seorang tentera dan masih lagi seorang tentera..tapi saya tak pakai uniform..
    “Uniform does not makes one a soldier..and neither the soldiers tailored to the uniform”
    Kami pejuang bukan mengikut ‘stail’ anda..Kami pejuang kerana keperluan dan kepentingan..
    Apa itu bangsa melayu yang nak dibanggakan?
    Banggakan lah Bangsa Islam…
    “Kebenaran itu jelas dan nyata.Sesiapa yang nampak kebaikan adalah untuk dirinya sendiri dan sesiapa yangt buta maka aku ( Rasullulah s.a.w ) bukanlah pemelihara.
    Surah Al An Am…JELAS DAN NYATA..

  41. Dengan izin Tun..
    Sri Langkat..Traitor?
    Fulamak..keras tu..Saya seorang tentera dan masih lagi seorang tentera..tapi saya tak pakai uniform..
    “Uniform does not makes one a soldier..and neither the soldiers tailored to the uniform”
    Kami pejuang bukan mengikut ‘stail’ anda..Kami pejuang kerana keperluan dan kepentingan..
    Apa itu bangsa melayu yang nak dibanggakan?
    Banggakan lah Bangsa Islam…
    “Kebenaran itu jelas dan nyata.Sesiapa yang nampak kebaikan adalah untuk dirinya sendiri dan sesiapa yangt buta maka aku ( Rasullulah s.a.w ) bukanlah pemelihara.
    Surah Al An Am…JELAS DAN NYATA..

  42. Dengan Izin Tun..
    BajuKurungUngu hebat sebenarnya.PPSMI telah meneyakiti puan..mengapa? itu sahaja yang saya nak tau dan berharap uncoventional approach dapat memberi idea untuk mengatasinya..
    Cuba kita lihat nilai ini..Seorang Spartan nilainya lebih dari Greecian atau yang lain-lainnya..begitu juga dengan kemelut PPSMI ini maka boleh lah kita laungkan..
    QOU VADIS SPARTAN?
    Masa kami berlatih tentera dahulu, kami di dera sungguh-sungguh mental dan fizikal…make them stretch beyond the normal limit.
    Mengikut Hukum Hooke, spring yang telah melebihi daya kekenyalan tidak akan dapat kembali kepada asalnya iaitu kekenyalan asal.
    Di sini mengikut akal ‘conventional’ seseorang manusia biasa tidak mampu melebihi sesuatu kekuatan tertentu dari segi tekanan fizikal dan mental.Serupa dengan Hukum Hooke mereka terus di dera dengan harapan tentera melepasi keupayaan orang biasa dan mampu kembali kepada ‘kekenyalan asal’.
    Contoh : Pumping 100 kali memang tak mampu di buat oleh orang biasa tetapi dengan deraan seperti ‘terajang’ dan ‘sepakan’ yang ‘lembut’
    maka apa yang tidak mampu di capai oleh orang biasa mampu di capai oleh tentera.
    Mengapa penderaan ini perlu? Negara memerlukan ahli tentera yang gagah perkasa melebihi keupayaan manusia biasa.
    Jadi apa keputusannya penderaan melebihi tahap keupayaan manusia biasa..
    Di antara 100 orang kami yang berlatih..2 menemui ajal mereka di dalam keadaan ini..
    PPSMI memakan korban.Tetapi ia perlu..satu lagi contoh..
    Omputeh : Dollah..Panjatkan saya buah kelapa itu..
    Dollah : Tak boleh tuan..Tengahari ini..Ada kerongga pokok tu..Tinggi pokoknya ( sebab dan alasan )
    Omputeh : Ok Dollah..
    Orang Jepun : Dollah..Panjat itu pokok kelapa..Kasi turun itu buah.
    Dollah : Tak boleh tuan kerana ( panggg…Penampo Jepun sebiji )
    Orang Jepun : Panjat!! Kalau tidak potong kapara!!
    Mampu pun Dollah panjat..Tak heran tengahari,kerongga dan tinggi..
    Sekian, moga-moga kita memahami bahawa perjuangan seperti PPSMI memakan korban..
    * Orang putih adalah ‘rude awakening’ untuk kita.
    * Orang Jepun adalah ‘brutal awakening ‘ untuk kita.
    Desperate times..require desperates measure..
    ADA SESIAPA NAK KENA POTONG KAPARA ???

  43. Salam TDM and all;
    Terharu saya baca bab orang ulu nie TDM. Terima kasih yang tak terhingga kepada TDM and pemimpin sebelum TDM jugak yang prihatin kepada orang ulu / bumiputra dng memberi peluang belajar setinggi yg boleh. Kalau tidak dgn bantuan kerajaan, entah apa lah nasib orang ulu. Mungkin saya pun masih dok “buat bendang” atau “motong getah” kat kampung, jika tidak ada program dan bantuan kerajaan dlm pelajaran. Sesungguhnya, pelita minyak gas/tanah tu menjadi saksi proses pembelajaran diwaktu malam tanpa bekalan letrik pada masa dulu di kampung.
    Terima kasih all…

  44. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin menjawab dua pengulas…
    Ini sambungan komen menegak pendirian saya dari ulasan ‘2009’ dan ‘kijang’ 19 Feb
    Terima kasih sdr berdua sudi membaca dan beri pandangan.
    ……………DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER

  45. Assalamualaikum wbt,
    Ayahanda, izinkan sy..
    CikguDariUlu,
    Sy dpt rasakan yg cikgu bukan memuji sy.. tapi penghujung Disember 1991, baru sy pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian dlm Ijazah Muda dlm Kejuruteraan Awam. Terjemahan rencana Fizik itu sy buat dlm masa 15 minit dan mengikut kefahaman sy shj. Ilmu dan kudrat yg dianugerahkan bukan sy simpan utk diri sy shj. Sy dah cuba sebaiknya utk berkongsi dgn org2 sekeliling sy. Mungkin ianya tidak mencukupi. Tapi apakan daya, sy juga punya tanggungjawab lain, sbg isteri, ibu kpd 5 anak, majikan kepada lebih 30 orang pekerja dlm sektor pembinaan (bidang yg mencabar utk seorg wanita), kdg2 sbg guru tuisyen percuma, dll … hinggakan 24 jam tidak mencukupi utk sehari. Rasanya kudrat sy dah diperah sebegitu rupa, namun sy syukur kpd Allah, masih diberi kekuatan dan kewarasan. Tidak hanya mengikut telunjuk seseorg walaupun kita tau arah yg ditunjukkan salah. Walaupun beliau kita kagumi, tapi manusia tak lari dari membuat silap. Salahkah kita menegur bila kesilapannya kita sedari walaupun sedikit terlambat?
    Tapi hairan sy, cikgu… cikgu tak jumpa buku Fizik dlm BM ke? Mungkin cikgu tak cuba pun utk mencari… kerana terlalu taksub kepada BI.
    Maafkan sy, CikguDariUlu, WajaPerak dan penyokong PPSMI semua, jika terkasar bahasa, atau terguris perasaan dlm komen2 sy. Anggaplah ianya sbg perbahasan semata2.
    Jika ada jarum yang patah,
    Jangan simpan di dalam peti,
    Jika ada silap dan salah,
    Jangan simpan di dalam hati.
    HAPUSKAN PPSMI!
    Wassalam.

  46. A’kum….semoga Tun dan semua komentator sihat selalu.
    Kepada Aqilfithri dan Kijang…
    Saya hanya berniat untuk menyatakan pendapat saya sebagai orang biasa. Bukan sebagai berpihak kepada mana2 pihak. Dengan kata mudahnya ini adalah pandangan peribadi saya yang berdasarkan pengalaman saya dan membandingkan apa yang sedang berlaku pada masa ini dan apa akan yang pelajar sekarang akan dapat sekiranya program ini berjaya. Saya tidak menyokong atau membantah sesuatu topik itu berdasarkan parti politik.
    Terus terang, saya tidak mempunyai kelulusan yang tinggi untuk membuat kajian yang hebat2 seperti tuan/puan telah laku untuk bangsa Melayu. Saya harap pihak tuan/puan dapat pula membuat kajian kepada mereka yang menyokong program ini. Mungkin tuan/puan akan mendapat sesuatu yang boleh membantu kerajaan membuat keputusan terhadap program ini.
    Salam Ukhuwah kepada semua Melayu tak kiralah ulu ke pekan ke separa pekan separa ulu ke….

  47. Dengan izin Tun..
    Saudara/i? 2009…Bila pulak aku penjunjung bahasa Inggeris ni..Dah lah BajuKurungUngu kata grammar aku teruk ni…malu weh…
    You are not taking my point…I hate conventional thing’s and the ways they are being implemented..In the first place why do you wants to abolish PPSMI..it hurts isn’t..?
    Why does it hurts you…tell me point by point..
    I would like to counter it by acknowledging it…
    Err..BajuKurungUngu tolong check grammar,pronounciation,composition etc..etc..
    Terima kasih Cikgu…

  48. Dengan Izin Tun..
    BajuKurungUngu
    Nak tergelak saya baca komen anda. Kesilapan nahu berada di setiap ayat. Bahkan, pada sesetengah ayat, kesilapannya pada setiap perkataan! Dan anda mengaku anda seorang guru yang pandai berbahasa Inggeris dan mengajar Fizik! Ini mesti kes tulis dlm BM dan goggle translate! Hahahahaha.
    Got U…Or Gotcha..Or…Nail you??
    Saya bukan cikgu la…Saya ini opis boi je..bila pulak aku jadi guru ni..?
    I am an agent provocateur…doing provocateur impression…err..cikgu…salah ke ayat saya ni…( tak faham lagi?? )
    Why I am an office boy and not an office man …?
    Jawab jangan tak jawab…he…he…

  49. Assalam’kum Tun.
    Masa kecil2 dulu selalu juga tengok taukeh Cina tembak tupai di kg, musim buah pula malam tengok mereka tembak keluang. Bila jalan kg di naik taraf ramai budak2 (juga orang tua) berkumpul berjam2 melihat jentera2 buat kerja. Letrik & air paip belum ada, 1960an. Kg kami ulu.
    Saya dapat masuk sekolah asrama semua berbahasa Inggeris, pelajar lebih 99% Melayu. Masa tu nak buat satu ayat Inggeris pun tak boleh. Kami semua kena 1 tahun ‘Remove Class’ sebelum naik Form 1. Belum pun habis Form 1 kami semua dah merabuk (terror) baca, tulis & cakap Inggeris. Kurang dari 2 tahun aje saya dah tak macam orang ulu. Tapi banyak professional Melayu sekarang takut/tak reti nak tulis surat dalam bahasa Inggeris.
    Lepas peristiwa 13 Mei 69, satu2nya perkara yang kami tak lupa ialah ‘surat Dr Mahathir’, dan saya percaya ianya telah mengubah pemikiran/kesedaran sebilangan kami terhadap beberapa kenyataan. Ianya buat saya sentiasa tak lupa diri asal orang ulu, dan punyai tanggungjawab khas pada bangsa Melayu.
    Dulu saya PM (projek manager, bukan PM yang Pak Dol ‘no quality’ ketua negara tu) dan telah banyak latih jurutera muda Melayu. Banyak yang jadi PM, projek besar2. Bila saya buat bisnes dan nak jumpa, mereka sentiasa kata sibuk – macam2 meeting, seminar, appointment, overseas, etc. Sebenarnya banyak dah ada ‘croni cum side bisnes’. Tengok apa dah jadi pada Peremba Construction, PERCON, Lankhorst, Abrar, …… senarai terlalu panjang dan semua jadi history.
    Saya cadangkan kena buat ‘boot camp’ lebih kerap dan semua pegawai (terutama Melayu) wajib hadzir termasuk anak & menantu Pak Dol ‘no quality’ ketua negara tu. Pastikan jangan jemput ian chin & family. Dah terlalu ramai orang kita yang lupa mereka tu orang ulu atau asal orang ulu,

  50. Those Malays who support the use of English as the medium of instruction for the teaching of Science and Mathematics are TRAITORS to their very own race. PPSMI has not nothing to elevate students’ performance in the rural areas; in fact, the use of English has hampered their learning ability. Statistics from the UPSR 2008’s confirms this assertion.
    The percentage of students who obtained 5As in 2008 UPSR nationwise was 9.2%. In the Petaling District where most of the schools are in the urban areas, the percentage of 5A students was nearly 20%. Since this ratio is a zero-sum game, a gain in the Petaling District would correspond to a decline in some other areas. I invite the supporters of PPSMI to obtain statistics from rural schools which consist mostly of Malay students, and compare the result to the national average. Then, you would realize that this policy has not moved our race forward, but instead took us back nearly a few decades. We may have a lost generation in some rural areas because of this policy.
    The Ministry of Education did not release the statistics on the performance of urban vs rural schools because the differences were impossible to explain and would point to the failure of this policy. If the intention of PPSMI is to get our students to master the English language, then put more emphasis on the language itself by allocating more resources and manpower to the Subject. It’s akin to cutting off the nose to spite the face!
    If PPSMI is such a wonderful policy, my last query to the TRAITORS is that why wasn’t the policy implemented in the national-type schools? It smacks of political expediency that forcing this policy down the throats of the Chinese and Indians would cause the government of the day to lose its supports from these people. Hence, our beloved CheDet kow-towed to these races by giving them the options. For the sake of fairness, we should give the same options to Sekolah Kebangsaan students. After all, it’s their future!
    I am not surprised that Chedet felt it was necessary to implement a policy to the detriment of the Malays without any sense of remorse or shame because he is half-Indian. He does not have the best interest of the Malays at heart; he was out there just to score a political point.
    My children are not affected by PPSMI. In fact, they excel in this environment. But that is only because my wife and I have good command of English to assist and guide them during their years of schooling. How many folks in the rural areas could give such guidance and assistance to their kids?
    Wake up, you TRAITORS!
    Hapuskan PPSMI.

  51. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin mengulas komen balas pengunjung …..
    Terima kasih sdr ‘2009’ krn sudi membaca dan membalas tulisan saya.
    Saya nampak dan faham pegangan sdr tapi saya masih nak menegakkan pendirian saya. Ini pandangan saya pada komen balas sdr pada beberapa perkara (yg baki lain hari)…..
    ……………CEMPEDAK DAN NANGKA – DUBAI DAN M’SIA
    M’sia 70% bangsa lama 30% bangsa baru. Dubai 75% bangsa baru (India,Pakistan,Bangladesh,Barat) 25% bangsa lama. Jadi penggunaan BI di Dubai hakikatnya (lingua franca) lebih meluas dari bahasa rasmi Arab.
    Bangsa baru ini bertapak di Dubai tak sampai 40thn. Banding bangsa baru di M’sia bertapak beratus thn. Lihat pencapaian bangsa baru 40 thn di Dubai, dgn pencapaian bangsa lain 40thn kebelakangan ini di M’sia (dgn adanya DEB)
    Sekolah swasta lebih banyak dari sek krjn hampir dua kali ganda. Sel krjn guna bahasa Arab dgn BI bahasa kedua. Sek swasta kebanyakan BI sahaja ala British atau Amerika untuk bangsa baru. Sek krjn untuk bangsa lama saja.
    Di M’sia sek BI dilenyapkan.
    Minyak Dubai kadar perseorangan dekat 20kali ganda M’sia. Mrk boleh mandi dengan minyak 3 kali sehari, hasil minyaknya jauh lebih dari kita per kapita. Tetapi mrk tetap giat menerokai sektor pelancungan, perdagangan, kewangan yg semua pakai BI yg berleluasa di kalangan bangsa baru.
    Pembangunan Dubai krn minyak, bangsa baru, kebebasan penggunaaan BI (antara 3 ciri ciri)bukan bergantung bahasa dan bangsa Arab saja. Tapi yg dapat nama tuan Arab yg minoriti (betul dan tak silap krn mrk adil) Tak hilang Arab dari Dubai?
    M’sia dgn 60% dan meningkat, dia sorak kampung tergadai!
    M’sia ada ciri ciri di atas juga, tapi yg pertama tak cukup, yg kedua dikongkong, yg ketiga disekat.
    …………..EKONOMI DAGANGAN LUAR
    Tentang Korea, negara yg diperintah asing waktu perang dunia hanya beberapa thn (tak sampai 10 thn) saya tak kira jajahan. 10 thn ini tak cukup nak nilai PPSMI pun! Belum sempat masuk universiti! M’sia dijajah turun temurun 500 thn.
    Jiran Dubai yg saya nampak ialah banyak negara besar teluk yg kaya minyak. Yg mundur segelintir negara semut.
    Jiran Jepun kira Cina satu dah cukup kaya. Campur penduduk semua negara Asia (kecuali India)pun tak sampai jumlah di Cina.
    Kekayaan negara Cina ikut per kapita memang rendah dari Jepun, tapi dari segi jumlah kasar ia jauh lebih besar. Kekayaan Cina jika dikira ikut jumlah penduduk Jepun, Cina jauh lebih kaya.
    Negara kecil (jumlah rakyat) bersandar pada kuasa bahasa antarabangsa untuk membangun menerusi pelancungan, perdagangan, industri kewangan (mcm Dubai)
    Hanya negara yg besar dgn kuasa jumlah rakyat yg besar boleh bergantung pada dagangan dalaman (mcm Cina, Jepun, tapi tambah dagangan luar pembangunan lebih pesat, hebat) Ingat impian 70juta rakyat oleh Tun?
    Bagaimana M’sia nak bergantung pada pasaran luar (yg saudara setuju) kalau tak fasih bahasa antarabangsa? M’sia negara kerdil tapi dikenitkan lagi dgn dasar memilih bangsa dan mengasing bahasa.
    PPSMI cara manis meluaskan BI. Kalau lancar usaha nak perkukuhkan BI (dgn cara lain) nanti ada kumpulan taksub kata mengagungkan bahasa orang, membelakangkan bahasa sendiri, lupa nenek moyang.
    Jauh kuah dari nasi ambil contoh pembangunan Dubai yg menyambut semua bahasa dan bangsa dgn terbuka.
    ………….KEDUDUKAN UNIVERSITI
    Saya ambil bandingan kedudukan 30 thn dulu (waktu ada Sek Inggeris – bahasa pengantar) dgn selepas itu (hanya ada sek kebangsaan dgn BM sepenuhnya hingga universiti) setelah BM bertapak begitu kukuh. Saudara banding prestasi waktu peralihan beberapa penggal.
    PPSMI bukan hanya tentang sains dan matematik. Ia tentang kekuatan bahasa kedua oleh seluruh rakyat. Tidak semua orang perlu bijak sains dan matematik. Tapi tak seorang pun patut buta bahasa.
    Tak tahu sains dan matematik tak kan bawa maut. Fasih lebih bahasa boleh menyelamatkan hidup kita. Saya tanya, belajar sains dan matematik (semata mata) lebih berguna atau belajar BI?
    Tak semua orang bijak dlm sains dan matematik, tapi BI itu akan berguna semur hidup. Kalau tersungkur dari bintang, jatuh pun ke bulan.
    Yg tak mahir sains dan matematik apa nasib mrk dgn penguasaan satu bahasa saja tanpa PPSMI? PPSMI jaringan keselamatan mrk!

  52. Dear Tun,
    Kalau kita terus bincangkan tentang pro dan con berkaitan dengan pengunaan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sampai kiamat pun tak berkesudahan. Sekarang telah sampai masanya pihak kerajaan ambil keputusan muktamat sama ada untuk kekalkan pengunaan bahasa Inggeris atau berpatah balik. Lagi cepat kerajaan buat keputusan lagi baik untuk semua pihak terutama sekali kapada anak-anak kita.
    Pada pandangan peribadi saya adalah merugikan jika kita berpatah balik.Saya rasa pengunaan bahasa Inggeris dalam pelajaran sains dan matematik adalah tepat. Cuma yang perlu diperbaiki ialah kaedah pengajarannya mesti dikemas kinikan. Malaysia Boleh !!Tidak usahlah kita ragui tentang kebolehan anak-anak kita di peringkat rendah. Mereka boleh menyesuaikan pengunaan bahasa Inggeris dengan cepat.Bahasa Inggeris ialah bahasa yang senang dipelajari. Tidak susah berbanding dengan bahasa-bahasa lain.

  53. Hai Waja Perak,
    Apa yang Waja Perak cadangkan tu dah lama cikgu sekolah praktikkan. Saya ingat kaedah tersebut diperkenalkan semasa KBSM iaitu sekitar tahun 1982 dulu. Masa itu Anwar Ibrahim jadi Menteri Pelajaran. Sekarang dah zaman Bestari, bukan KBSM lagi. Itu bukan idea baru!Maaf tuan Waja Perak.

  54. Assalamualaikum Tun,
    Bagi saya menjadi orang kampung yang ulu lebih bangga daripada menjadi orang bandar walaupun tak pandai bercakap bahasa inggeris pun jika dibandingkan dengan orang bandar. Yang penting tokoh-tokoh ilmuan, guru-guru pondok yang meneruskan kesinambungan ilmu agama, menyampaikan ilmu yang tidak ternilai harganya itu tak hilang di bumi malaysia ini kebanyakan yang kita lihat bertempat di kampung….

  55. Salam Tun…
    Kalau lah tuan atau puan BajuKurungUngu ada buat translate buku atau rujukan fizik masa tahun 1995 atau sebelumnya kan best. Lagi best kalau ramai yang macam tuan/puan…tentu aku beli buku hang….Sebab boleh paham apa yang letcurer aku ajar masa tu….dah tentunya juga subjek yang aku belajar tu diajar dalam bahasa Melayu…Sebab tapi apa kan daya nasib ehhhh nasi dah jadi bubur…… ok lah berenti ler asyik nak discuss benda ni….lbh baik pergi tengok anak2 tu belajar…. bantu dia….aku pun nak gi bukak buku belajar english ni…biar kemahiran bahasa aku baik sikit dan boleh bantu anak bangsa aku mahir sikit dan tinggi sikit kedudukan dia masa akan datang……..hai lah nasib….disorong bantal ditolaknya, dihamparkan tilam dibakarnya, diberikan ilmu disimpannya, diberi kudrat tapi ditongkatnya….hai lah nasib sekali lagi…..

  56. Salam Tun,
    This is the most open minded and least bias comment ever wrote By S..Tan on February 19, 2009 1:03 AM.
    Keep it up S..Tan. Your BM and BI are good, I do hope that you don’t waste your expertise.
    Good night Tun.

  57. CikguDariUlu,
    Buat apa nak terjemah artikel dari Australia. Kalau cikgudariulu nak lihat tulisan saya lihat buku teks Fizik Tingkatan 5 sama ada edisi Melayu atau edisi baru bahasa Inggeris. Itulah yang mampu saya lakukan untuk anak bangsa saya. Lihat juga sisipan bahan sains dalam Utusan Malaysia. Ada juga bahan yang saya tulis dalam bahasa Melayu. Bukan nak berbangga tapi sekadar menjawab pertanyaan cikgudariulu. Kita kawan cikgu. Tiada niat hendak berlawan hanya sekadar berkongsi pengalaman. salam ukhwah.

  58. S..Tan,
    Fakta S..Tan silap. Saya telah beberapa kali ke Thailand, dari segi sains dan matematik mereka jauh maju daripada kita. Setiap daerah ada pusat R&D. Bidang sains pertanian mereka mat maju. Pelajar-pelajar sekolah mereka ramai yang memenangi Olympiad sains dan matematik. Bilangannya jauh melebihi pelajar kita. Sekolah tersohor mereka iaitu Mahidol Witayanusorn School di Bangkok amat tersohor di seluruh dnnia dan menjadi pengasas International Student Science Fair( ISSF ). Hanya satu sekolah Malaysia yang menyertai ISSF ini.Setahu saya sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Alam Shah ( bukan Sekolah Alam Shah – mengikut maklumat yang ada dalam laman web ISSF -maaf kalau saya silap ). Dan mereka bangga menggunakan bahasa Thailand sebagai bahasa dalam pengajaran sains dan matematik !

  59. ini sangkalan terhadap Dr. Mahathir yang dicuplik dari: http://shaharirbmz.blogspot.com/. tapi sampai kini Mahathir maseh membisu untuk menjawab-balas.
    …………………..
    Ini jawaban Dr. Mahathir pada 5 Januari 2009 terhadap ulasan ramai pihak, katanya, terhadap pandangan pertamanya (dalam blognya pada pertengahan tahun 2008 dahulu) tentang isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (yang kini dikenali sebagai PPSMI). Namun, beliau nampaknya tidak menjawab balik satu pun akan sangkalan balas saya terhadap pandangan pertama beliau dahulu itu yang saya pos kepada blog beliau dan saya siarkan juga dalam laman saya, komshaha, dan ternyata banyak juga disiarkan di dalam laman atau blog yang lain lagi seperti kesturi atau asasi, perihatin dan pkpim. Ini bermakna Dr. Mahathir sengaja tidak mahu menjawab balik jawaban saya dahulu. Kini, ternyata beliau lari daripada beberapa tujuan asalnya beliau memperkenalkan PPSMI dahulu, di samping banyak yang beliau mengulangi perkara yang sama yang agak memualkan, lebih-lebih lagi isu itu sudah saya jawab untuk dijawab balik oleh beliau. Apa pun

  60. S..Tan,
    …..Sandaran Negara Lain Maju Tanpa Inggeris
    – Dubai penduduk 1.4 juta termaju di Timur Tengah dan lebih maju dari Malaysia
    – Korea pernah dijajah merdeka tahun 1945
    – 100 tahun dulu Jepun maju walaupun jiran jiran nya ketika itu ialah China, Korea, Mongolia, Siberia yang ketika itu mundur, miskin dan rakyat kebuluran. Dubai maju dikelilingi jiran yang mundur.
    Zaman sekarang semua negara bergantung pasaran luar samada bilangan penduduk kecil atau besar. China dengan penduduk 1.5 billion turut terjejas apabila ekonomi dunia terjejas.
    …..Bandingan negara setahun jagung…..
    Korea baru merdeka 1945.
    …..Tiada peluang untukmu…..
    Sains dan teknologi Thailand lebih maju dari kita. Contohnya teknologi pertanian, perikanan, perternakan dll berada 20 tahun dihadapan kita yang guna BI (mereka guna bahasa Siam).
    Pertumbuhan ekonomi Vietnam sangat pesat mengekori China. Tak mustahil 20 tahun lagi mereka jadi ekonomi terbesar di ASEAN dan tak mustahil ketika itu kita kena berhijrah cari kerja di sana. Sebab ketika anak2 mereka dah belajar sains dengan banyak, kita masih belajar English, belum mula belajar sains lagi.
    …..bahasa pelemah keupayaan…..
    Sek China dan Tamil guna bahasa ibunda utk belajar sains dan matematik, cuma sek kebangsaan guna BI.
    Tulisan saudara hanyalah anggapan saja, tapi relitinya saudara perlu turun padang dan lihat sendiri apa yang berlaku di sekolah2 luar bandar, ianya tak sama dengan retorik English saudara. Ramai pelajar pelajar pintar akan keciciran.
    Contohnya ramai pelajar pintar matematik yang sentiasa dapat A dari Tahun 1 hingga 6 sekolah rendah juga dapat A dalam UPSR. Mereka sekarang berada dalam tingkatan 1 & 2 dipaksa belajar dalam BI sekarang dapat D atau E. Salahkan mereka? Negara yang akan rugi sebab bilangan mereka sangat ramai dan menakutkan. Saudara perlu turun padang dan lihat dulu realiti ini.
    Kalau kita nak orang yang urus Ekonomi kita perlu cari orang yang pandai ekonomi, bukan pandai BI bodoh ekonomi. Perkara ini perlu diperbetulkan dengan mewajibkan penggunaan BM disemua organisasi di Malaysia.
    …..Bahasa khazanah negara….
    Ranking universiti kita ketika menggunakan BM lebih tinggi dari sekarang bila BI diperkenalkan kembali diuniversiti.
    Kita khuatir dengan tanggapan bahawa hanya bahasa inggeris saja yang boleh membawa kemajuan sedangkan semua bahasa berupaya menyampaikan ilmu dan membawa kemajuan.
    Sebelum PPSMI diperkenalkan Bahasa Melayu sudah pun di gunakan sepenuhnya sebagai pengantar ilmu sains dan matematik di universiti universiti hingga ke peringkat tertinggi. Tindakan PPSMI hanya satu tindakan kebelakang yang hanya akan memperlambatkan lagi penyampaian ilmu.
    Hapuskan PPSMI

  61. Ayahanda, izinkan sy mencelah sedikit.
    WajaPerak,
    Ini komen anda pada Feb 18, 2209 2:19PM
    ……………
    Dengan izin Tun..
    2009..I got it..I met many just like you..I wants answers point to
    point just like Tun answers questions..
    But dear me you goes round and around beyond the pointed points…
    Now just why dont you list out all your mitigating pertinent points of why’s and what’s not about liquidating PPSMI…
    Make it 10 reasonable excuse…
    I am waiting..
    Wassallam..
    ……………
    Nak tergelak saya baca komen anda. Kesilapan nahu berada di setiap ayat. Bahkan, pada sesetengah ayat, kesilapannya pada setiap perkataan! Dan anda mengaku anda seorang guru yang pandai berbahasa Inggeris dan mengajar Fizik! Ini mesti kes tulis dlm BM dan goggle translate! Hahahahaha.
    Dan anda tentunya hanya potong dan tampal rencana yg anda mahu kami terjemahkan, tanpa anda sendiri memahami apa yg ditulis dlm rencana tersebut…Hahaha… Kantoi!
    Usahlah dibanggakan bahasa orang. Menguasainya tidak apa, bahkan amat digalakkan tetapi tidaklah sehingga mengorbankan KEBANYAKAN ATAU SEBAHAGIAN anak2 kecil yang potensi mereka kita sekat dek keagungan kita kepada bahasa orang. Bahasa ibunda kita sedikitpun tidak kurang hebatnya.
    HAPUSKAN PPSMI.

  62. CikguDariUlu,
    Cuba cikgu buat kajian lagu dalam bahasa apa yang “budak-budak lenggeng” biasa dengar. Lagu dalam bahasa apa yang mereka menjadi pujaan mereka. Majalah dalam bahasa apa yang biasa “budak-budak lenggeng” itu biasa baca. Kalau cikgu buat kajian, tentu cikgu akan sokong hujah saya. Orang yang macm mana biasanya bercakap “ana” “anta”? Pastinya bukan orang sperti “budak-budak lenggeng”. Tentu orang itu ada sedikit “keAraban” gaya lakunya.
    Walaupun mereka masih berbahasa Melayu, tapi bagaimana bentuk bahasanya? Tentu celaru macam yang cikgu gunakan dalam tulisan cikgu sebelum ini. Kalau dah celaru tentu mereka akan celaru juga identitinya. Contoh identiti celaru ialah betutur dalam bahasa Melayu tapi rupa wajah macam orang “california”. Inilah akibat pemikiran mereka bercelaru. Punca pemikiran mereka bercelaru kerana bahasa yang mereka gunakan untuk berfikir juga celaru. Asas dalam berfikir ialah menggunakan bahasa. Cikgu tidak tahu ke ?

  63. Kepada Waja Perak dan Penjunjung Bahasa Inggeris,
    Cuba terjemah ayat dibawah kedalam bahasa inggeris :-
    “Jangan panggil dia orang tua, panggil dia orang lama”

  64. Hajar,
    Hujah Hajar tentang bahasa mana yang lebih cepat tidak relevan buat masa ini. Kalau nak kira cepat, mari kita belajar sains & matematik dalam bahasa Cina. Lagi cepat. Maaflah Hajar, hujah tersebut agak longgar. Mungkin sesuai dalam blog yang lain. Maaf sekali lagi.

  65. Jutaan terimakasih utk Tun dan moderator kerana sudi membenarkan saya berinteraksi di dalam blog Tun…many many thank’s.
    Dengan Izin Tun.
    Terimakasih Puan Hajar atas sokongan keberkesanan.Tq.
    BajuKurungUngu dan Cikgu Kijang.
    Saya amat menghargai tuan dan puan sebagai pendidik.Tetapi malangnya tuan dan puan terlepas ( missing the point ) apa yang saya maksudkan.You miss the forest for the three.
    Saya ini Agent Provocateur.Membuka gambit kepada ‘Provocateur Impression’
    Sebenarnya kebanyakkan orang melayu manja…(? malas? ops sori )?
    Setiap sesuatu di peristiwa di dunia ini mesti kita lihat dari pandangan Islam.Oleh itu penghapusan PPSMI cadangan dari tuan dan puan mesti di lampirkan bukti secara cause and effect.( Cikgu tentu lebih arif )
    1)Keberkesanan ilmu melalui cerita.
    Allah berfirman di dalam Al Quran : “Cerita-cerita itu membawa kesan kepada mereka yang mempunyai akal fikiran ”
    “Cerita-cerita itu membawa kesan kepada mereka yang mempunyai penglihatan mata hati ”
    Satu hari Ramadhan, kami hendak berbuka puasa di Masjid Idrisiah Ipoh.Seorang Inggeris di dalam masjid( org putih lah..) menyindir dan menghina Islam secara halus..( subtly ).Bangkitlah kami berhujah dengan beliau.Malang bagi seorang Abdullah yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam di tolak mentah-mentah hujah beliau oleh orang putih tadi..”Sorry..I cannot understand your lingo and slang”…Fullstop.
    Tinggal lah saya keseorangan berhujah dengan omputeh tadi.Saya sedih kerana Abdullah tadi sebenarnya CUAI di dalam penghayatan awal pembelajaran awal Bahasa Inggeris beliau.Jika Abdullah sanggup mati kerana ‘nampak’ ( Nur Allah ) masalah ini di kemudian hari di mana Islam di persendakan dan beliau tak mampu membela tentu beliau amat malu sekali ( Pendapat saya ).
    Cikgu Kijang perhatikanlah maksud Ayat Al Quran ini
    ” Mereka yang bersungguh-sungguh, akan kami tunjukkan kepada mereka jalan kami “…
    Methodologi…Adakah kita telah mencuba kaedah ini..? Murid-murid…Satu hari nanti janganlah berlaku ketika Pakcik WajaPerak bertempur dengan musuh ( matching wits ) murid-murid gagal membantu dia..Tolonglah dia dan sepertinya dengan tabah dan tekun mempelajari PPSMI…Cikgu Kijang ada cuba dari sudut ini?
    2.Kemahiran Ilmu pelbagai dan kepelbagaian ilmu.
    Saidina Ali telah di tanya tentang kepentingan ilmu dan harta.Walau 100 orang bertanya pun beliau mampu menjawab secara berbeza dan tidak mendatangkan jemu.Mengapa budak-budak jemu dan benci dengan PPSMI?..Adakah pepatah ini benar bagi Cikgu Kijang…?
    There’s no lousy student.Only lousy teacher’s…Oppss maaf.
    3.Kinayah.Allah mengajar kita pelbagai kaedah di dalam Al Quran.Salah satunya menegur secara halus…
    “Apakah yang berada di tangan mu wahai Musa?” Ya Allah.Kata Musa.Kau Tuhan semesta Allam..mestilah Dikau tahu apa yang di tangan aku!!….Jawapan yang biadap..
    Jawapan sebenar..
    Ini adalah tongkatku.Dengan ia aku mengaitkan daun untuk kambingku dan bertelekan padanya serta ada kegunaan lain bagi ku…
    Campakkan ia wahai Musa…
    Cuba lihat indahnya Allah mengajar Nabi Musa a.s…adakah kita telah mencuba dari kaedah sebegini pula?
    Allah berfirman di dalam Al Quran..” Alangkah sabarnya mereka masuk neraka “…MasyaAllah…siapa sanggup sabar masuk neraka Ya Allah..
    Serta banyak lagi contoh…Cikgu Kijang telah mencuba…cause and effect ini…?
    4.Kemahiran substance of subtle.
    Seorang wartawan masuk ke kem tentera untuk merisik kekuatan kem tersebut.Strength of the camp.Saya akan ceritakan kepada dia..
    ” Luas kawasan ini ialah sekian km persegi.Di dalamnya ada surau.RSAT.Ada bas yang menghubungkan dan etc etc.Everything but nothing!!..Dapat tak Cikgu Kijang?…Seni.Oratory skill.
    5.Banyak lagi tapi cukup lah di waktu ini.Cikgu cuba lihat satu senario seorang pejuang yang bermatian-matian menentang lanun atau musuh bertahun-tahun lamanya..Tentu letih..Tugas guru dan pendidik adalah membekalkan pejuang-pejuang baru di dalam pelbagai bidang ilmu.Mana mungkin daya minda mereka berkembang dan tercabar dengan menidakkan PPSMI???
    Saya minta tolong BajuKurungUngu tolong terjemahkan artikel ini.Saya seorang yang dahaga ilmu.Ilmu Perang saya, Ilmu Perubatan dan Ilmu Teknologi saya memadai tetapi tidak cemerlang.Artikel sebegini menolong kemahiran hidup saya..
    On May 25th, 1972, Gary Krier took off from Edwards Air-Force Base, California in an F-8 that bore the tail number

  66. Jutaan terimakasih utk Tun dan moderator kerana sudi membenarkan saya berinteraksi di dalam blog Tun…many many thank’s.
    Dengan Izin Tun.
    Terimakasih Puan Hajar atas sokongan keberkesanan.Tq.
    BajuKurungUngu dan Cikgu Kijang.
    Saya amat menghargai tuan dan puan sebagai pendidik.Tetapi malangnya tuan dan puan terlepas ( missing the point ) apa yang saya maksudkan.You miss the forest for the three.
    Saya ini Agent Provocateur.Membuka gambit kepada ‘Provocateur Impression’
    Sebenarnya kebanyakkan orang melayu manja…(? malas? ops sori )?
    Setiap sesuatu di peristiwa di dunia ini mesti kita lihat dari pandangan Islam.Oleh itu penghapusan PPSMI cadangan dari tuan dan puan mesti di lampirkan bukti secara cause and effect.( Cikgu tentu lebih arif )
    1)Keberkesanan ilmu melalui cerita.
    Allah berfirman di dalam Al Quran : “Cerita-cerita itu membawa kesan kepada mereka yang mempunyai akal fikiran ”
    “Cerita-cerita itu membawa kesan kepada mereka yang mempunyai penglihatan mata hati ”
    Satu hari Ramadhan, kami hendak berbuka puasa di Masjid Idrisiah Ipoh.Seorang Inggeris di dalam masjid( org putih lah..) menyindir dan menghina Islam secara halus..( subtly ).Bangkitlah kami berhujah dengan beliau.Malang bagi seorang Abdullah yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam di tolak mentah-mentah hujah beliau oleh orang putih tadi..”Sorry..I cannot understand your lingo and slang”…Fullstop.
    Tinggal lah saya keseorangan berhujah dengan omputeh tadi.Saya sedih kerana Abdullah tadi sebenarnya CUAI di dalam penghayatan awal pembelajaran awal Bahasa Inggeris beliau.Jika Abdullah sanggup mati kerana ‘nampak’ ( Nur Allah ) masalah ini di kemudian hari di mana Islam di persendakan dan beliau tak mampu membela tentu beliau amat malu sekali ( Pendapat saya ).
    Cikgu Kijang perhatikanlah maksud Ayat Al Quran ini
    ” Mereka yang bersungguh-sungguh, akan kami tunjukkan kepada mereka jalan kami “…
    Methodologi…Adakah kita telah mencuba kaedah ini..? Murid-murid…Satu hari nanti janganlah berlaku ketika Pakcik WajaPerak bertempur dengan musuh ( matching wits ) murid-murid gagal membantu dia..Tolonglah dia dan sepertinya dengan tabah dan tekun mempelajari PPSMI…Cikgu Kijang ada cuba dari sudut ini?
    2.Kemahiran Ilmu pelbagai dan kepelbagaian ilmu.
    Saidina Ali telah di tanya tentang kepentingan ilmu dan harta.Walau 100 orang bertanya pun beliau mampu menjawab secara berbeza dan tidak mendatangkan jemu.Mengapa budak-budak jemu dan benci dengan PPSMI?..Adakah pepatah ini benar bagi Cikgu Kijang…?
    There’s no lousy student.Only lousy teacher’s…Oppss maaf.
    3.Kinayah.Allah mengajar kita pelbagai kaedah di dalam Al Quran.Salah satunya menegur secara halus…
    “Apakah yang berada di tangan mu wahai Musa?” Ya Allah.Kata Musa.Kau Tuhan semesta Allam..mestilah Dikau tahu apa yang di tangan aku!!….Jawapan yang biadap..
    Jawapan sebenar..
    Ini adalah tongkatku.Dengan ia aku mengaitkan daun untuk kambingku dan bertelekan padanya serta ada kegunaan lain bagi ku…
    Campakkan ia wahai Musa…
    Cuba lihat indahnya Allah mengajar Nabi Musa a.s…adakah kita telah mencuba dari kaedah sebegini pula?
    Allah berfirman di dalam Al Quran..” Alangkah sabarnya mereka masuk neraka “…MasyaAllah…siapa sanggup sabar masuk neraka Ya Allah..
    Serta banyak lagi contoh…Cikgu Kijang telah mencuba…cause and effect ini…?
    4.Kemahiran substance of subtle.
    Seorang wartawan masuk ke kem tentera untuk merisik kekuatan kem tersebut.Strength of the camp.Saya akan ceritakan kepada dia..
    ” Luas kawasan ini ialah sekian km persegi.Di dalamnya ada surau.RSAT.Ada bas yang menghubungkan dan etc etc.Everything but nothing!!..Dapat tak Cikgu Kijang?…Seni.Oratory skill.
    5.Banyak lagi tapi cukup lah di waktu ini.Cikgu cuba lihat satu senario seorang pejuang yang bermatian-matian menentang lanun atau musuh bertahun-tahun lamanya..Tentu letih..Tugas guru dan pendidik adalah membekalkan pejuang-pejuang baru di dalam pelbagai bidang ilmu.Mana mungkin daya minda mereka berkembang dan tercabar dengan menidakkan PPSMI???
    Saya minta tolong BajuKurungUngu tolong terjemahkan artikel ini.Saya seorang yang dahaga ilmu.Ilmu Perang saya, Ilmu Perubatan dan Ilmu Teknologi saya memadai tetapi tidak cemerlang.Artikel sebegini menolong kemahiran hidup saya..
    On May 25th, 1972, Gary Krier took off from Edwards Air-Force Base, California in an F-8 that bore the tail number

  67. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin memberi pandangan….
    Ini pandangan saya pada tulisan ‘2009’ pada 14 Feb
    ………….SANDARAN NEGARA LAIN MAJU TANPA INGGERIS
    Penentang PPSMI bagi contoh Korea Jepun Rusia Perancis Jerman Italy sebagai negara maju tanpa guna BI. Jauh beza negara ini dgn M’sia dari segi:-
    > Jumlah rakyat mrk besar – Jepun 128juta, Korea 50juta, Perancis 65juta, Jerman 85juta, Italy 60juta, Rusia 145juta
    > Tidak pernah dijajah selama berpuluh, beratus thn
    > Dikelilingi jiran kaya
    > Tiada belenggu dasar keistimewaan kaum yg mengongkong sebilangan rakyat.
    Jumlah rakyat besar dan sejarah bebas beratus thn bolehkan mrk berdikari tanpa mengharap pasaran luar. M’sia jumlah penduduk kecil dan baru bebas belasan thn, perlu dagangan luar mempercepatkan pembangunan.
    Kecuali kita nak tunggu beratus thn bergantung dagangan dalaman.
    …………BANDINGAN NEGARA SETAHUN JAGUNG
    Filipina India Pakistan Bangladesh Sri Lanka diambil sebagai contoh negara pakai BI tapi kurang maju banding dgn negara atas.
    Hujah ini terpesong krn negara jajahan beratus thn dan baru bebas puluhan thn (seperti juga M’sia) mana boleh setanding dgn negara status penjajah, sejarah bebas beratus thn.
    …………TIADA PELUANG UNTUKMU
    Pada pendukung dasar hanya BM yg laku, tak terfikir kah tiada BI antara sebab Indon, Thai mundur dari M’sia walaupun potensi dari jumlah rakyat, sumber asli mrk lebih besar dari kita.
    Nak tahu kesan tak tahu BM tiada tempat bagimu, lihat Indon. Rakyat mrk terpaksa jadi pendatang haram cari kerja. Tapi mrk sedang belajar dan mengejar sementara kita sedang sibuk menggulung sejarah.
    Fikirlah kalau kita Myanmar, Kampuchia, Laos dgn bahasa agung dan suci tapi rakyat lari ke negara lain mencari kerja. Bangsa berdaulat ke namanya!
    …………..BAHASA PELEMAH KEUPAYAAN
    Pada mrk yg runsing belajar dlm bahasa lain melemahkan keupayaan lulus org Melayu lihat kaum lain. Samada BI atau BM keduanya bukan bahasa ibunda. Mrk tak bersungut ini melemahkan mrk, pencapaian mrk pun tak tergugat selepas 30 thn dasar BM sepenuh.
    Hujah begini lebih memalukan bila kita lihat seluruh dunia budak 6 thn boleh fasih bercakap BI (atau apa apa bahasa) bila diajar. Maksud mrk, orang Melayu bodoh sangat kah, sampai dari sek rendah ke menengah tak boleh faham bahasa baru.
    Kalau bahasa pun dia susah nak faham, itu petanda subjek lain pun dia akan lemah. Keupayaan menyerap ilmunya lemah. Bahasa subjek paling senang dipelajari (Sebab itu semua orang boleh berbahasa tapi tak semua boleh pandai sains atau matematik)
    Contoh orang pintar tapi gagal dlm kerjaya krn tak tahu BI, silap dia bukan dasar. Ada banyak saluran disediakan krjn mengutamakan BM kalau dia tak mahu belajar BI.
    Kalau terlalu ramai orang berentap dgn dia untuk jawatan itu nak salahkan siapa? Salahkan org yg ada kelebihan BI? Ini contoh sikap Melayu yg hendak mendaki gunung tapi suruh potong cerun dulu.
    Orang cerdik(hanya tak tahu BI) kalau kerja bawah boss kurang pintar (kononnya boss ada BI), siapa betul betul bodoh! Buaya ditipu kancil salah siapa?
    ………….BAHASA KHAZANAH NEGARA
    M’sia bertuah krn antara peninggalan jajahan ialah khazanah sebuah bahasa antarabangsa terunggul. Ia bahasa negara ekonomi terbesar dunia (USA) dan kebanyakkan negara didunia. Terpulang pada kita nak sia sia kan anugerah Tuhan pada M’sia ini selepas dijajah beratus thn.
    Kita khuatir dgn segelintir yg tak fasih bahasa ketinggalan, atau mahu negara dan bangsa ketinggalan menunggu mrk. Mrk boleh diasuh berasingan.
    Penurunan kedudukkan carta universiti, graduan tiada kerja dan tak mampu bersaing petanda kelemahan BM sepenuh dulu. M’sia negara ekonomi dagang, perlu bahasa lain kecuali semua kerja krjn.
    Agung bahasa atau agung ilmu. Bahasa itu ilmu. Lebih bahasa lebih ilmu.

  68. Salam Tun…Semoga sihat selalu di samping keluarga.
    Kepada tuan/puan kijang…
    Maaflah pasal kecelaruan bahasa tu.Aku cuma terikut bahasa budak-budak yang sekarang ni suka sangat sebut. ye lah variasi bahasa pasar dalam Bahasa Melayu.Orang Melayu kan memang kaya dengan pelbagai laras dan retorik bahasa dan bahasa pasarnya…oh ya…sindiran sinis pun………tapi itu semua semasa diluar konteks formal…tetapi dalam kelas tetap aku guna bahasa BAKU ketika mengajar subjek yang guna Bahasa Melayu. sesekali jer guna bila nak tarik minat mereka dalam pengajaran. tetapi bahasa pasar yang sopan.
    Untuk pengetahuan Tuan/Puan Kijang…english yang saya guna dalam kelas ketika mengajar science adalah english yang simple sahaja dan untuk pengetahuan tuan/puan saya akan menerangkan topik yang saya ajar tu dalam bahasa Melayu juga untuk mengukuhkan pengetahuan murid2 saya. Saya juga selalu tekankan kenapa pentingnya mereka belajar dalam bahasa orang yang pernah jajah kita subjek science ni..Saya pun selalu cakap kat murid aku…yang aku ni ngajar dalam bahasa inggeris tapi aku tetap bangsa Melayu….beragama Islam dan tinggal di Tanah Melayu…ohhh maaf….MALAYSIA…(takut ada bangsa lain takut pulak).
    Saya pun sering cakap kepada mereka…perlu dan boleh kita menukar jenis bangsa bila kita tahu bercakap dalam bahasa lain…. mereka kata kalau dah Melayu tetap akan kekal Melayunya…Yang penting sikap dan budaya KEMELAYUAN itu sendiri perlu wujud serta diamal dan dijaga oleh semua orang Melayu…
    Ada satu cerita yang saya masih ingat semasa membawa murid saya ke pesta bahasa Melayu peringkat negeri dulu..saya terpandang sekumpulan remaja perempuan dan lelaki. Mereka berpakaian seperti macam artis barat gamaknya…. tetiba jer seorang murid saya cakap…alah cikgu dressing dia je mcm dari California…datang dari lenggeng lah cikgu bebudak tu….tak caya dengar lah cakap dia orang….ye memang benar….bahasa dia tetap Melayu…ada loghat lagi tu… Adakah ini angkara bahasa….
    saya pun pernah cakap kat mereka….kalau orang putih tak gi curi ilmu dari cendikiwan Islam dulu dan kita orang Islam yang majukan tentu kita belajar dalam bahasa Arab ilmu tu…Kalau ilmu ni kita yang majukan pula…tentu orang luar akan belajar science ni dalam bahasa Melayu. tak perlu kita pula yang susah-susah nak belajar dalam bahasa inggeris….
    tapi aku naik segan pulak bila terlepas cakap yang ni kat mereka… Kenapa tiada orang Melayu yang bijak pandai dalam bidang ini yang majukannya dalam bahasa Melayu.Dia orang tanya aku balik…apa yang cikgu dah sumbangkan pulak. Mungkin kalau cikgu buat tentu kami tak susah sangat sekarang ni.aduh…..aku faham….tu sindiran…padan muka aku kan…
    sekarang ini…budaya ke rewang majlis kenduri tidak lagi diminati oleh remaja…ramai juga yang dah tak suka ke surau, ramai juga yang dah tak hormat orang tua atau yang lebih tua, khalwat, zina, arak, buang anak jangan cerita lah…statistik nya bangsa apa ya paling banyak…ditanya mereka ini….jawapannya mereka masih berbahasa Melayu. Ini menunjukkan mereka ini masih Melayu..jadi bangsa kita..Adakah ini juga disebab belajar bahasa asing dalam satu atau dua subjek di sekolah…..
    Bukan saya nak mengagungkan bahasa asing…tidak sama sekali….tetapi kejadian ini disebabkan KITA YANG MELAYU INI DAH MULA LUPA KITA INI ORANG MELAYU PENUH DENGAN ADAT DAN BUDAYA DAN BERPEGANG TEGUH PADA ISLAM. KITA JUGA DAH MULA NAK PERTIKAIKAN UNDANG2 AGAMA DAN NEGARA.
    Adakah kewujudan dan kekekalan sesuatu bangsa itu akibat 100% kerana bahasa. Saya rasa semua tahu jawapannya. Bahasa melambangkan bangsa kan..aku pun setuju…sebab bila kita cakap bahasa Melayu je, orang dah tahu kita bangsa Melayu…Aku bangga…..
    tetapi banyak contoh bangsa terdahulu dan sekarang ni yang hancur bukan kerana bahasa. Tetapi kerana mereka mengingkari perintah dan peraturan Allah S.W.T dalam pelbagai sudut serta melupakan adat dan budaya mereka yang baik2.
    kesimpulannya disini…apa yang aku nak cakap ialah…KERUNTUHAN SESUATU BANGSA ITU BUKAN KERANA BAHASA 100% TETAPI KERANA BANGSA KITA SENDIRI YANG DAH LUPA ADAT DAN BUDAYA BANGSA SERTA MELUPAKAN AJARAN AGAMA.
    Oh ya…tahniah kepada tuan/puan kijang kerana berjaya sambung belajar ke Australia sebab dapat menguasai bahasa Inggeris masa di sekolah…Harap tuan/puan tidak tergolong dengan budak “california” tadi atau orang yang dah lupa adat dan budaya Melayu. Hukum Allah saya yakin tuan/puan masih pegang…tu memang saya akui…ramai graduan kita yang kat luar memang berpegang kuat kat Agama. Saya ni dari golongan yang bebal kut..tu yang terpaksa belajar kat Malaysia je. Macam yang saya cakap dalam komen terdahulu…nak tukar nama lepas ni….dari cikgudariulu ke cikgubebal.
    Oh ya…ada tak bahan science dari australia yang tuan/puan kijang dah translate dalam bahasa Melayu. Harap ada subjek yang sama….Sebab yang saya ada semua dalam english… kalau ada yang dalam bahasa Melayu boleh lah bertambah faham…

  69. MPs Give Mixed Views On Use Of English
    KUALA LUMPUR, Feb 18 (Bernama) — Several members of Parliament today gave mixed views on the use of English in teaching Science and Mathematics during the debate on the royal address in the Dewan Rakyat.
    Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) said he and people in his constituency supported the policy as it could help students master the language.
    “Yesterday, I was sad and disappointed and felt elected representatives are no longer safe in this House. I was surrounded, snarled and verbally abused by a person with the status of a religious teacher who wanted me to retract my remarks about the policy.
    “I only say what people in my area have told me. In Kinabatangan, there are no English tuition centres and the policy should be retained because it is one way of children in my place master English,” he said.
    Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) shared Bung Moktar’s views and said that to oppose the policy was a denial syndrome. The policy could help expand knowledge since most reference materials and terminologies used by the subjects were in English, he said.
    “That is why the policy is important not because of English but to seek knowledge,” he said.
    comment:
    Yes! Yes! Yes! Make no mistake about it! No question about it! Either you agree or you don’t. No turning back !!!
    Bahasa Melayu takkan hilang di dunia apabila bangsa Melayu cemerlang gemilang dan terbilang dalam segala jurusan.
    Those who oppose are in a state of denial, indeed. They are hypocrite of the first order.I am sure deep inside their hearts they would prefer their children to be proficient in English in every field including science and mathematics.

  70. Pak Belalang,
    Saya cikgu yang mengajar PPSMI. Untuk pengetahuan pak belalang, selama enam tahun ini, pelajar luar bandar “terseksa” dengan dasar ini, tiada langsung peningkatan dalam penguasaan bahasa Inggeris mereka. Bahkan menjadikan mereka tidak meminati sains dan matematik. Ini yang berlaku di depan mata saya! Bagaimana saya hendak menyokong dasar ini. Puas saya berusaha. Saya cikgu, saya yang berdepan dengan semua ini. Orang yang duduk di kerusi empuk berhawa dingin, senang untuk bercakap dan berhujah. Hujahlah dengan bermacam cara. Realitinya kami yang tahu, yang menghadapi setiap hari! ” Penyu Menangis Siapa Tahu “. Orang hanya mahukan telur. Proses nak menghasilkan telur, aduh…berenang tujuh lautan dan kembali ke pantai …itupun banyak yang komen tentang kualiti telur bahkan yang perit lagi … ada “manusia” yang hendak menunjuk cara bertelur yang betul kepada penyu …aduhhh… kelakar dan sakit hati !

  71. Waja Perak,
    Menjiwai ilmu sains dan matematik sebenarnya bukan terletak pada bahasa, tetapi terletak kepada sejauhmana kita boleh menyakinkan bahawa sains dan matematik itu amat berguna dalam hidup kita. Seperti kita menjiwai kasih sayang ibu kita kerana kita amat memerlukan ibu kita dalam kehidupan. Kalau kita menghidangkan sains dalam bahasa yang tidak “dekat” dengan kehidupan mereka, mana mungkin mereka akan menjiwainya. Yang penting diperingkat awal, kita mesti buktikan bahawa sains dan matematik itu berguna dalam kehidupan mereka dalam apa jua bahasa yang “dekat” dengan mereka, dalam konteks ini bahasa Melayu untuk orang Melayu. Kemudian setelah menjiwai, barulah mereka akan meneroka ilmu sains tersebut dengan mencari ilmu tersebut di mana sahaja ilmu tersebut boleh didapati. Barulah prosesnya betul. Bukannya kita “hidangkan” sesuatu yang jauh dengan budaya mereka dan memaksa mereka menjiwai ilmu sains tersebut dengan cara paksa dan dengan alasan bahasa Inggeris lebih baik daripada bahasa Melayu. Oleh sebab dipaksa inilah yang menyebabkan mereka akan terus meninggalkan bahasa Melayu dengan alasan bahasa Melayu tidak mampu mengungkap ilmu sains. Berbeza dengan orang yang menjiwai ilmu sains dengan bahasa ibundanya dan kemudian meneroka ilmu sains tersebut dalam pelbagai bahasa di dunia ini, maka mereka akan bertanggungjawab untuk menerangkan ilmu yang mereka dapat hasil terokaan mereka dalam bahasa ibunda mereka dan menterjemahkan ilmu itu mengikut budaya yang mereka amalkan. Contohnya, seorang ahli sains Melayu akan belajar segala teori-teori kimia di luar negara, bila balik ke Malaysia dia akan menggunakan ilmu itu untuk mencipta bahan kimia yang mampu mengelakkan kerengge daripada pokok rambutan. Bukan membunuh kerengge tersebut tetapi menjadikan kerengge tidak suka pada pokok rambutan tersebut. Kajian ini tidak ada dalam mana-mana artikel bahasa Inggeris kerana mereka tiada budaya kerengge ini. Yang penting mereka mampu menyakinkan orang kampung untuk menggunakan bahan tersebut dan penerangannya mestilah dibuat dalam bahasa Melayu. Barulah orang kampung itu faham. Agaknya, bagaimana hendak menerangkan kajian kerengge tersebut dalam bahasa Inggeris. Agaknya orang kampung faham ke tidak kalau disebut “red ants”?
    Waja Perak,
    Setiap bahasa di dunia ini ada kekuatan dan kelemahan. Mengikut budaya sesuatu bangsa tersebut. Saya bagi contoh, cuba cari dalam bahasa Inggeris yang boleh menerangkan perbezaan Pak Long, Pak Ngah, Pak Uda, Pak Busu dll. Mereka akan rangkumkan semuanya sebagai “uncle” sahaja. Bahasa Inggeris tidak mampu bahkan tiada dalam kamus mereka perbezaan gelaran antara bapa saudara mereka kerana dalam budaya mereka dibenarkan sebut nama sahaja kepada orang yang lebih tua. Sedangkan dalam budaya Melayu ada perbezaan mengikut hirarki gelaran-gelaran bapa saudara. Melambangkan kesopanan dan budi bahasa kita. Kalau kita pun mengikut cara Inggeris maka akan hilanglah kesopanan dan budi bahasa dalam budaya kita. Di sinilah jiwa Melayu akan hilang walau jasadnya tetap Melayu. Itu yang dikatakan “bahasa jiwa bangsa”.
    Waja Perak,
    Orang yang hafal Al-Quran sememangnya anugerah Allah ( s.w.t) Soalnya mengapa mereka sanggup bekerja keras untuk menghafal Al-Quran. Ini kerana mereka telah ditanamkan betapa penting penghafalan Al-Quran dalam kehidupan mereka. Yang pasti penerangan awal tentang peri pentingnya penghafalan Al-Quran itu disampaikan dalam bahasa ibunda mereka barulah mereka betul-betul faham kepentingan itu. Cuba bayangkan kalau penerangan tentang peri pentingnya penghafalan Al-Quran itu disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab kepada penduduk di kampung yang tidak terdedah dengan bahasa tersebut, agaknya dapatkah mereka menghayati penerangan tersebut? Setelah mereka faham, menghayati dan menjiwai penerangan itu, barulah mereka sanggup berkorban meneroka ilmu Al-Quran dengan berusaha bersungguh untuk menghafal Al-Quran tersebut.
    Saya harap Waja Perak faham penerangan saya. Tujuan saya tiada lain hanya untuk berkongsi hujah bukannya untuk memenangi hujah. Terima kasih.

  72. Saudara Kijang… sy x nafikan ada benarnya ckp anda.
    guru & sekolah lebih mengetahui kerana mereka yg dekat dgn pelajar2. mungkin guru2 & sekolah sdri boleh memberi cadangan yg terbaik kpd kementerian utk pelajar2 kita. Pegawai2 kementerian pun patut turun padang utk selidik/kaji kelemahan PPSMI.Dgn ini PPSMI boleh dperbaiki. Ada yg cadangkan wujud semula sekolah 2 aliran & mcm2 lah lg. Tp kita kena fikirkan apa kesan kpd semua….
    Kwn2 sy yg jd guru pun ada ckp PPSMI ni ada baik & kelemahannya. Bukanlah bermakna cikgu2 ni takut/xpandai BI. Bg sy x semua.
    Kwn2 sy ni kata……………………..
    Kementerian x bule bergantung kpd soal selidik pelajar2 semata-mata:
    (maaf jika sy silap..info ini dr kwn2 sy yg jd guru matematik & sains dr melaka). pelajar mungkin salah faham soalan yg diajukan. cth: dlm kertas UPSR di muka depan kalu x silap/ada soal selidik utk pelajar2 selepas habis menjwb. a)adakah anda menjawab soalan exam dlm BM b)adakah anda menjawab soalan exam dlm BI c)adakah anda menjawab soalan exam dlm BM & BI. Mungkin pelajar2 sebenarnya jwb dlm BM tp dia bulatkan B @ C.
    ada juga kwn sy cikgu johor yg cerita pd sy.. dia mengajar pelajar2nya dwi bahasa kerana kesian dgn pelajarnya. xkan dia sbg cikgu nak biarkan pelajarnya x phm apa yg diajar. bg dia kena tgk juga pd kebolehan pelajar itu sdr. mula2 cikgu ni ckp BI lepas tu dia kena terangkan dlm BM kerana pelajar x paham. dia tgk muka pelajar byk yg keliru dan ramai yg mengadu x paham apa yg diajar. Bila cikgu ni cuba pulak dlm BM, pelajarnya phm terus, x perlu diulang berkali2. secara x langsung menyebabkan (sbg contoh) bab 1 yg boleh dihabiskan dlm 1 hari terpaksa ambil 2 @ 3 hari.
    ada jugak cikgu dr rembau yg kata pd sy…. ko jgn caya sgt apa yg keluar dlm paper(pasai peratus naik, ramai yg lulus…bla…bla…)sebenarnya sekolah/kementerian ada satu sistem (ni sy x berapa phm)penggubalan prestasi peperiksaan bgantung kpd keputusan( naik turun graf). Katanya peringkat sekolah…sekolah lah buat… tp UPSR,PMR,SPM under kementerian. (Sy rasa cikgu2 phm apa yg sy ckpkan ni… sy x brp phm jd mungkin ada kesilapan). cth kalu bdk2 dpt 40m tu dah dikira lulus lah… ada yg 70 di kira A… tp cikgu tu kata keputusan x berkualiti lah wpun dpt A. dulu 80 br A… lebih kurang gtulah penerangannya kpd sy. Mcm kat sekolah sy dulu memang ada sistem ni. ramai sgt yg x lulus jd yg dpt 40 tu kira dpt C lah. Lulus gak tu. Jd kata cikgu tu ko bygkan apa nak jd?, kerana dia lebih suka pelajar2nya dpt 80m-ke atas(A) dr 65-79m(A)…(kira ni A xde kualiti lah)
    Gitulah ceritanya…

  73. slm ceria buat ayahanda Tun….. sy doakan ayahanda & keluarga sihat & gembira.
    Ayahanda,
    Semalam sy baca UM, tajuknya ‘Gapena tidak berganjak hapuskan PPSMI walaupun berhadapan tentangan pelbagai pihak’. Sy ni kurang arif mengenai perkara2 berkaitan PPSMI ini tp tergerak hati juga utk bersuara, jadi mohon maaf kiranya ada yg salah/silap.
    Sy tertanya2 juga, apa usaha Gapena selama ini utk memartabatkan BM. (hanya ingin tahu sebab sy x tahu)
    Sy bukan mempertahankan PPSMI dalam BI tetapi cara membantahnya sy rasa tidak sesuai dan keterlaluan. Elok jika di cari penyelesaian agar semua pihak terutama pelajar & guru beroleh manfaat.
    Pada sy,x salah kembalikan subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu asalkan subjek BI diperhebatkan lagi utk kebaikan generasi kita kerana kita akan guna BI ni nanti dekat Universiti, nak mintak kerja/isi borang/bukak internet/g luar negara, baca buku BI, dan mcm2 lg lah. Kdg2 ada jugak program TV yg xde sarikata…adik sy suka tgk kartun, nasib dia paham BI… huhuhu
    Sy ni dulu bersekolah di Rembau, kira sekolah pekan lah ni….mak abah sy x pandai BI, sy bule skit2 jer…tp abah selalu bg semangat… dia kata “abah x pandai nak ngajar BI jd akak kena belajar kat sekolah, kena tumpu perhatian. biar susah2 dulu nanti bila dah pandai bule ajar abah pulak”. jd nya kdg2 sy bantai je speaking dgn abah sy, kwn2 sy…tapi abah pandai matematik, bila dia ajar sy lg paham dr yg cikgu ajar….(agaknya sebab cikgu matematik sy dulu miang kut). yg herannya abah sy dulu sekolah inggeris… buku sume dlm BI kalau x silap sy.
    Sy cemburu dgn kwn sy yg pandai ckp BI, anak YB. So, sy tekad dlm hati nak pandai BI. Tp sy & kwn2 x semangat nak belajar BI sebab cikgunya asik ckp BI, BM xder skit pun…tak dibenarkan ckp BM,kami ckp x phm pun cikgu ckp BI jugak… ting 4 sy dpt cikgu BI baru, berbangsa Cina. dedikasi sungguh dia ngajar kami, dlm kelas dia ckp BI…bila kami x phm, dia terangkan dlm BM kemudian dia ulang sekali lg dlm BI. Cikgu ni buat kami seronok/minat BI. Dia suruh kami speaking dgn dia dlm BI, kalau salah dia betulkan… mcm2 lg usaha yg dia buat…
    Akhirnya kami dpt score baik dlm BI…
    kat sekolah sy dulu, sy dgn kwn2 cpt rasa ngantuk/boring/cpt hilang fokus bila subjek BM…knaper yer ayahanda…
    (ayahanda… ada makna d sebalik crite sy ni……..)
    lepas tu, sy dpt masuk UIA…BI lg tp sy x risau sebab sy suka dgn BI. Dr perbualan,buku,tugasan, borang, exam sume BI…ramai kwn2 UIA yg melopong bila masuk kelas dan ramai jugaklah yg suke hafal bulat2, bila time exam…lupa satu perkataan…kelam kabut nak buat ayat. senario cut paste pun byk berlaku. sy seronok/bangga gak, xde la lari lg bila nampak mat saleh. wpun belum 100% mahir sy belajar dan terus belajar. kat sini sy belajar arab jugak… xde basic lgsung tp sy dptA+. Sy suka belajar apa yg sy belum tahu/ cari ilmu…Abah dah didik sy dr kecil.
    keluar U, nasib sy baik…dpt kerja bank. BI sepenuhnya…Bos beso mat saleh, bos kecik india, bos kecik kecik cina…kesimpulannya byk kaum cina, india keje sana, melayu ada jugak tp x byk. kami sume ckp BI time keje… Sy rasa bertuah kenal mereka kerana secara x lgsung mereka bantu sy tambah mahir dlm BI. Apa yg salah mereka betulkan. Xperlu rasa malu kalau x pandai, yg penting kena usaha/rajin. sy belajar bahasa manderin and tamil skit2… kalu g kedai tauke tu xleh la tipu sy.
    sy tgk bdk2 sekarang senang, mcm2 kerajaan bantu tp ini buat mereka jd manja, xnak susah skit… sume nak bersuap. Buku sekolah sekarang x tebal mcm dulu kan….
    La ni sy masih belajar… sy beli buku2 basic bahasa thailand, sepanyol, jepun dan korea…g kursus mahal. Adik sekolah lg. abah dah arwah. tanggungjwb sy sbg anak sulung pulak jg jaga keluarga.
    Abah ada ckp, kita kena pandai BI kalu nak cr keje… lainlah kalu dpt keje gomen…abah ni xde kabel. Lebih2 lg dulu abah kita PKR. Kita kena usaha sdr. Tp PTD kena fasih BI.
    abah kita PKR, atuk PAS, mak UMNO.. kita BEBAS. Demokrasikan… Xde gaduh2 pun.
    (

  74. SEBENARNYA RAMAI RAKYAT MALAYSIA MASIH TERIKUT-IKUT DENGAN BUDAYA INGGERIS SETELAH DIJAJAH SEKIAN LAMA OLEH BRITISH. SEHINGGALAH MEREKA BERANGGAPAN BAHAWA BAHASA INGGERIS SAHAJA DAPAT MENINGKATKAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK. BAHASA LAIN TIDAK AKAN DAPAT MENANDINGI BI DALAM MEMAHAMI ILMU SAINS DAN MATEMATIK. RAKYAT MALAYSIA KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT MENCIPTA FESYEN(TREND) SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT FESYEN DARI NEGARA BARAT. RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAMPU UNTUK MENCIPTA TEKNOLOGI BARU SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT TEKNOLOGI BARU. KITA TIDAK SEPERTI JEPUN, CHINA DAN NEGARA ASIA YANG LAIN. MEREKA MAMPU MEMNCIPTA FESYEN DAN MENCIPTA TEKNOLOGI BARU. MEREKA TIDAK BEGITU TERIKUT DENGAN FESYEN DAN TEKNOLOGI YANG SEDIA ADA TETAPI CUBA UNTUK MENGUBAHSUAI ATAU MENCIPTA FESYEN DAN TEKNOLOGI BARU.
    CONTOH YANG PALING DEKAT HAMPIR TIADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN KOMPUTER VERSI MELAYU MESKIPUN IA ADA DI PASARAN KINI. MALAH KITA LEBIH SUKA MENGGUNAKAN KOMPUTER VERSI INGGERIS WALAUPUN KITA TIDAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS. JIKA KITA LIHAT CHINA DAN JEPUN HAMPIR SEMUA PENGGUNA/RAKYATNYA MENGGUNAKAN KOMPUTER VERSI JEPUN DAN CHINA. SEBAB ITULAH MINDA MEREKA TIDAK MENGATAKAN HANYA ORANG YANG PANDAI BI SAHAJA BOLEH MNGGUNAKAN KOMPUTER. JIKA KITA BERADA DI MALAYSIA RAMAI BERANGGAPAN JIKA TAK PANDAI BI SUKAR UNTUK MENGGUNAKAN KOMPUTER. NAMUN HAKIKATNYA RAMAI YANG PANDAI BI TETAPI TIDAK MAHIR DALAM MENGGUNAKAN BANYAK PROGRAM KOMPUTER. JELASLAH BI LANGSUNG TIDAK MAMPU MEMAHIRKAN KITA UNTUK MENGUASAI SEMUA BIDANG DAN TIDAK DAPAT MENJADIKAN KITA PENCIPTA FESYEN DAN TEKNOLOGI.MALAH IA HANYA MELEMBAPKAN MINDA KITA. PENDAPAT MENGATAKAN BI DAPAT MENINGKATKAN PEMAHAMAN TEKNOLOGI SAINS DAN MATEMATIK ADALAH KARUT…

  75. SEBENARNYA RAMAI RAKYAT MALAYSIA MASIH TERIKUT-IKUT DENGAN BUDAYA INGGERIS SETELAH DIJAJAH SEKIAN LAMA OLEH BRITISH. SEHINGGALAH MEREKA BERANGGAPAN BAHAWA BAHASA INGGERIS SAHAJA DAPAT MENINGKATKAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK. BAHASA LAIN TIDAK AKAN DAPAT MENANDINGI BI DALAM MEMAHAMI ILMU SAINS DAN MATEMATIK. RAKYAT MALAYSIA KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT MENCIPTA FESYEN(TREND) SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT FESYEN DARI NEGARA BARAT. RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAMPU UNTUK MENCIPTA TEKNOLOGI BARU SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT TEKNOLOGI BARU. KITA TIDAK SEPERTI JEPUN, CHINA DAN NEGARA ASIA YANG LAIN. MEREKA MAMPU MEMNCIPTA FESYEN DAN MENCIPTA TEKNOLOGI BARU. MEREKA TIDAK BEGITU TERIKUT DENGAN FESYEN DAN TEKNOLOGI YANG SEDIA ADA TETAPI CUBA UNTUK MENGUBAHSUAI ATAU MENCIPTA FESYEN DAN TEKNOLOGI BARU.
    CONTOH YANG PALING DEKAT HAMPIR TIADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN KOMPUTER VERSI MELAYU MESKIPUN IA ADA DI PASARAN KINI. MALAH KITA LEBIH SUKA MENGGUNAKAN KOMPUTER VERSI INGGERIS WALAUPUN KITA TIDAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS. JIKA KITA LIHAT CHINA DAN JEPUN HAMPIR SEMUA PENGGUNA/RAKYATNYA MENGGUNAKAN KOMPUTER VERSI JEPUN DAN CHINA. SEBAB ITULAH MINDA MEREKA TIDAK MENGATAKAN HANYA ORANG YANG PANDAI BI SAHAJA BOLEH MNGGUNAKAN KOMPUTER. JIKA KITA BERADA DI MALAYSIA RAMAI BERANGGAPAN JIKA TAK PANDAI BI SUKAR UNTUK MENGGUNAKAN KOMPUTER. NAMUN HAKIKATNYA RAMAI YANG PANDAI BI TETAPI TIDAK MAHIR DALAM MENGGUNAKAN BANYAK PROGRAM KOMPUTER. JELASLAH BI LANGSUNG TIDAK MAMPU MEMAHIRKAN KITA UNTUK MENGUASAI SEMUA BIDANG DAN TIDAK DAPAT MENJADIKAN KITA PENCIPTA FESYEN DAN TEKNOLOGI.MALAH IA HANYA MELEMBAPKAN MINDA KITA. PENDAPAT MENGATAKAN BI DAPAT MENINGKATKAN PEMAHAMAN TEKNOLOGI SAINS DAN MATEMATIK ADALAH KARUT…

  76. Ayahanda,
    Izinkan saya menyahut cabaran dari WajaPerak Feb 15, 4:32 PM.
    Di bawah ini saya terjemahkan untuk tatapan anda yang tidak percaya kepada kebolehan Bahasa Melayu. Saya seorg yg sibuk dan minggu ini dipenuhi dgn mesyuarat2 penting dan saya baru membuka blog ini selepas mesyuarat tengahari tadi. Jadi saya hanya dapat meluangkan sekelumit masa untuk anda kerana esok sy masih punya mesyuarat yang memerlukan lapuran yang belum sy sediakan.
    Sy harap terjemahan rencana Fizik ini betul kerana sy seorg Jurutera Awam, bukannya ahli fizik. Dan saya harap WajaPerak dan penyokong PPSMI tidak lagi memperlekehkan keupayaan Bahasa Melayu…
    ………………..
    Chadwick’s discovery of the neutron was but part of the important nuclear physics in 1932. That same year the Joliot-Curies first created new radioactive isotopes of nitrogen and phosphorus by bombarding boron and aluminum with alpha particles. The announcement of artificial radioactivity created much excitement in the scientific community. In the case of aluminum, the initial reaction with alpha particles produced a radioactive isotope of phosphorus that then underwent positron emission to produce silicon-30.
    Penemuan nuetron oleh Chadwick dalam tahun 1932 adalah sebahagian daripada penemuan penting dalam Fizik Nukleus. Dalam tahun yang sama, Joliot-Curies yang mula-mula mereka isotop radioaktif nitrogen dan fosforus dengan membedilkan atau melagakan boron dan aluminium dengan zarah alfa. Pengumuman mengenai radioaktif buatan ini mencetuskan keterujaan dalam komuniti sains. Reaksi awal perlagaan aluminium dengan zarah alfa ini menghasilkan isotop radioaktif fosforus dan melalui pancaran positron yang menghasilkan silikon-30.
    27Al13 + 4He22+ —> 30P15 + 1n0
    …..
    The new radioactive isotopes were separated from the target materials by radiochemical methods. Yields of the radioactive isotopes were small because in bombarding the nucleus with positive alpha particles, most of the alpha particles were repelled by the positively charged nuclei before impact.
    Isotop-isotop radioaktif baru ini diasingkan daripada bahan sasaran dengan cara radiokimia. Hasil daripada isotop radioaktif ini adalah kecil kerana dengan membedil nukleus dengan zarah alfa positif, kebanyakan daripada zarah alfa ini ditolak oleh nukleus bercaj positif sebelum perlanggaran.
    …..
    Enrico Fermi (Courtesy of the Los Alamos Archives)
    In 1934, it occurred to Enrico Fermi, an Italian physicist, to use neutrons to produce radioactivity instead of alpha particles, which are repelled by the positive charge of the target nuclei. In Rome, his group obtained a strong radon/beryllium neutron source and began to bombard the elements in order of increasing atomic number, beginning with hydrogen. Bombardment of the first elements in the periodic chart produced no radioactivity, but finally a fluorine (Z = 9) target gave a radioactive product. In the next 3 years, the group identified 40 new radioactive isotopes. This work was important to the advancement of nuclear theory and provided radioactive tracers for practically all of the elements. The use of these tracers would later revolutionize chemical and biological techniques.
    Enrico Fermi (Sumber dari Arkib Los Alamos)
    Dalam tahun 1934, seorang ahli fizik Itali, Enrico Fermi terfikir untuk menggunakan neutron untuk menghasilkan radioaktif menggantikan zarah alfa yang boleh tertolak oleh nukleus sasaran yang bercaj positif. Bermula dengan hidrogen, kumpulannya di Rom menggunakan sumber radon/berillium yang kuat dan membedil unsur-unsur itu untuk menaikkan nombor atomnya. Pembedilan ke atas unsur pertama dalam carta berkala tidak menghasilkan radioaktif, tetapi akhirnya sasaran ke atas florin (Z=9) membuahkan hasil radioaktif. Dalam tiga tahun seterusnya, mereka telah mengenalpasti 40 isotop radioaktif baru. Kajian ini penting untuk kemajuan teori nuklear and menyediakan penyurih radioaktif untuk hampir kesemua unsur. Penyurih-penyurih ini sudahnya direvolusikan dengan teknik kimia dan biologi.
    ………………..
    Jika anda masih tidak berpuashati sy akan terjemahkan selanjutnya bila masa mengizinkan. Untuk memahami rencana ini seseorang itu mestilah mempunyai sedikit sebanyak latarbelakang Fizik. Jika anda mahu, sy boleh terangkan makna istilah-istilah itu, bila masa mengizinkan.
    HAPUSKAN PPSMI.

  77. assalammualaikum dan selamat petang Tun kesayangan,
    Pada saya lebih baik dikekalkan penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik.Tetapi diperbaiki cara penyampaiannya.
    Saya lihat anak saya dari tahun 1 memang tak faham nak belajar sebab buku2 teks tersebut sepenuhya dlm bahasa inggeris.Kemudian saya terpaksa ajar secara bilingual.Sekarang dia di tahun 4,alhamdullillah dah boleh faham kedua-dua bahasa.
    Terutamanya sekarang terdapat banyak buku2 rujukan bilingual yang benar2 membantu.Bukan sahaja pada murid2 tetapi pada para ibu-bapa yg kurang mahir berbahasa inggeris.Mungkin ada di antara kalian yg mahir ,faham dan fasih berbahasa inggeris.Tetapi rata2 para ibu-bapa yg tak mahir sekurang2nya sama2 dapat belajar melalui terjemahan tersebut.
    Teruskan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia benar2 membantu apabila masuk ke peringkat sekolah menengah dan peringkat2 seterusnya.
    Walaubagaimanpun kita perlu bantu murid2 sekolah rendah agar memahami subjek2 tersebut dahulu dan bukan untuk tujuan mahir berbahasa Inggeris.Mula2 bagi tahun 1,2 dan 3 kita ajar secara bilingual.Kemudian tahap 4,5 dan 6 sepenuhnya bahasa Inggeris.Ini adalah sesuatu yang adil bagi mereka2 yg bersekolah di luar/pinggir bandar.
    Tak perlu dibazirkan masa mempertikaikan bahasa apa yg berdayasaing atau sejarah2 lingua franca.Kami sebagai ibu-bapa sangat bosan dengan situasi ini sebagaimana kami bosan sewaktu subjek sains dan sastera dilagakan suatu masa dahulu…!!!!

  78. Salam Ayah Det,
    Arikel Ayah Det menarik perhatian saya mengenai “orang Ulu”. Kita kalau tidak diberi peluang tentunya kita tidak tahu tahap kemampuan diri. Perjalanan mempertingkat ilmu untuk saya boleh dianggap melalui laluan sukar kerana tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi selepas tingkatan 5 kerana kesempitan wang. Lalu bertekat bekerja di sebuah kilang dan mengambil kelas malam dalam LCCI dan seterusnya diploma kemudian melanjutkan keperingkat Sarjana Muda dan Sarjana di universiti. Ini yang Ayah Det katakan peluang dan mengambil peluang. Peluang yang di berikan kepada saya oleh IPT untuk melanjutkan pelajaran dan saya mengambil peluang dan menyahut sebagai perintis tidak menghalang untuk berjaya. Saya juga terimbau bagaimana getir yang perlu saya lalui bila faktor keselamatan hampir-hampir menjejaskan cita-cita saya bila berlakunya rusuhan di Kampong Baru oleh kumpulan yang melaungkan “REFORMASI”. Saya juga teringat bilamana Ayah Det terpaksa berhenti sementara pengajian bila Jepun membuat penempatan. Tetapi kemahuan untuk menghabiskan apa yang saya mulakan menjadi sebab untuk saya harungi juga keadaan kelam kabut pada ketika itu.
    Saya yang berasal dari sekolah hulu berpindah kepekan dengan berlatarbelakangkan bahasa Melayu menjadi begitu sukar untuk bertutur, menulis dan membaca bahasa Inggeris. Apabila dipindahkan kesekolah yang terdiri dari berbagai bangsa yang majoritinya Cina dan Serani kelas menengah atas menjadikan saya begitu kecil dan terpencil. D dan E adalah biasa untuk saya bagi setiap ujian. Lalu saya tekad berjumpa dengan guru bahasa Inggeris dan Matematik yang juga seorang “Brother” yang principle nya adalah seorang “Father” di sebuah missionary school untuk mengajar saya secara peribadi. Tiada sebarang yuran yang dikenakan kecuali memberi keputusan sekurang-kurangnya B untuk Bahasa Inggeris.
    Saya melihat dua pengalaman diantara banyak pengalaman saya yang boleh menjadikan kita maju dan bersaing. Mungkin banyak lagi pengalaman orang lain yang lebih mencabar dan menjadikan mereka berjaya.
    Tetapi masih adakah lagi pemberi peluang seperti Ayah Det maksudkan kerana ada yang tidak memenuhi kreteria tetapi mereka berpeluang berbanding dengan yang memenuhi segala keperluan dengan cemerlang hanya kerana mereka tidak mempunyai pengaruh untuk mengenegah dan melobi.

  79. salam semua
    Tak kira apa bahasa pun , yang paling penting pemahaman budak – budak di sekolah itu lebih penting . Kalau kita belajar bahasa melayu ke , bahasa english ke , bahasa apa – apa ke , kalau budak – budak disekolah tak faham , jadi tak guna juga . maksud nya pemahaman mereka lebih penting . cara cikgu mengajar yang sebenarnya memainkan peranan.
    sebab , disekolah anak – anak kita kadang -kadang menghafal tapi tak faham . selalunya budak -budak sekolah rendah lah seperti darjah satu atau dua dan sebagainya , mereka bukan faham , mereka cuma menghafal
    bila periksa ramai yang gagal sebab tak faham . itu aje .
    walau apa pun , semua bahasa ada kelebihan tersendiri , kita boleh belajar bahasa mereka sebab ianya tak merugikan apa – apa pun .
    ibarat kita baca al quran dalam bahasa arab , atau pun kita baca terjemahan al – quran dalam bahasa melayu . pointnya tetap sama
    PEMAHAMAN atau faham tak apa yang dibaca , itu lah yang menentukan bangsa kita .
    kalau salah fahaman , sesat jadinya…..he he he

  80. Dengan izin Tun..
    2009..I got it..I met many just like you..I wants answers point to point just like Tun answers questions..
    But dear me you goes round and around beyond the pointed points…
    Now just why dont you list out all your mitigating pertinent points of why’s and what’s not about liquidating PPSMI…
    Make it 10 reasonable excuse…
    I am waiting..
    Wassallam..

  81. Cikgudari ulu,
    Apa dah jadi dengan bahasa Melayu kamu. Ambil jadi amik. Celaru langsung. Itu melambangkan kecelaruan pemikiran dan jati diri. Macam mana boleh mengaku tetap jadi Melayu! kesian…
    Pada pendapat saya salahnya bukan belajar sains dan matematik dalam BM tetapi salahnya cikgu tak belajar BI betul-betul dan belajar sains dan matematik betul-betul.
    Saya belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak ada masalah belajar semasa saya sambung belajar di Australia. Mungkin sebab saya belajar BI betul-betul semasa di sekolah. jadinya saya dapat berbahasa Melayu dengan baik dan berbahasa Inggeris dengan baik. Barulah tidak Melayu hilang di dunia. Kalau pandai berbahasa Inggeris sahaja tetapi tidak lancar menulis dalam bahasa Melayu, inilah yang akan menyebabkan Melayu hilang di dunia.
    Realitinya orang-orang yang tidak mampu berbahasa Melayu dengan baik, pemikirannya turut akan jadi keInggerisan. Lihat ramai yang memanggil Pak Long – uncle sahaja. Panggil Mak Ngah – untie sahaja. Memang masih ” Melayu ” tapi jiwanya tiada. Memang masih Islam tapi jiwa Melayu tiada. Begitu juga orang yang berbahasa “ana” dan “anta”. Memang bunyi Arab, tapi itu bukan jiwa Melayu. Memang boleh, tidak salah tapi akhirnya Melayu akan hilang di dunia. Itu belum lagi yang berambut perang. Peribahasa Melayu yang menggambarkan kecantikan wanita Melayu tidak boleh digunakan lagi. Tidak salah tapi Melayunya akan hilang. Tidak mengapa, kalau UMNO yang dikatakan pejuang bangsa Melayu tidak kisah hal ini kerana Melayu Baru tidak lagi berwajah Melayu Lama. Tidak mengapa kerana kita memang setuju akan hal itu, tapi masihkah relevan takrif Melayu dalam Perlembagaan kita?

  82. Salam Tun,
    Waja Perak,
    Bahasa Arab di pilih sebagai bahasa Al-Quran sebab Nabi Muhammad s.a.w. berbangsa Arab, kitab Taurat dan Injil asal di turunkan dalam bahasa Hebrew sebab Nabi Musa dan Isa berbangsa Yahudi. Penterjemahan tidak mampu melahirkan makna yang 100% tepat.
    Tapi bahasa dunia dan sains ada banyak contohnya Jerman, Jepun, Italy, Korea, China, Inggeris, Arab, Melayu, Siam, Peranchis dan banyak lagi. Kitab kitab sains dalam bahasa bahasa tersebut sangat banyak, cuma rakyat Malaysia tertumpu pada BI sebab yang lain ramai rakyat Malaysia tak faham.
    Sudah tentu penterjemahan dari satu bahasa ke bahasa yang lain tidak mampu 100% tepat. Jadi buat apa nak terjemah yang ayat diatas tu, kitab sains BM harus ditulis terus ke dalam BM dari mereka yang belajar sains dalam BM. Sudah tentu penterjemahan dari BM ke bahasa lain juga tidak mampu 100% tepat.
    Hapuskan PPSMI
    Wasalam.

  83. PPSMI Does Not Negate Status Of Malay Language
    KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) — The teaching and learning of Science and Mathematics in English (PPSMI) does not negate the status of the Malay language but will ensure that the young can compete globally.
    Cheras Education Foundation chairman Datuk Syed Ali AlHabshee said PPSMI was needed so that students could grasp the concept of subjects in an international language.
    “It will facilitate learning of science and technology as 90 percent of information on science and mathematics is in English,” he said in a statement here on Tuesday.
    Syed Ali who is also Cheras Umno chief was commenting the move by the Federation of National Writers (Gapena) in lodging a police report against the Education Ministry claiming PPSMI was against the federal constitution and the Education Act 1996
    comment:
    Yes! Yes! Yes! Make no mistake about it! No question about it! Either you agree or you don’t. No turning back !!!
    Bahasa Melayu takkan hilang di dunia apabila bangsa Melayu cemerlang gemilang dan terbilang dalam segala jurusan. That is the reality. Please don’t compare with other countries who do not use English Language in the teaching of science and mathematics. Why so stupid to follow them. When we can get the knowledge direct without having to translate, we save a lot of time and money. Think, think and think rationally.
    We are in the era of globalization.The world is shrinking. We cannot afford to be too rigid in our outlook over language, culture and tradition.Pleaselah, don’t make it a big issue. The world is changing very fast and we have no choice but to adjust our way of thinking to suit the environment that we live in. There are positive and negative things affecting our daily life and we have to face all these challenges if we want to survive as a Malay race.
    Tolonglah jangan kacau-bilaukan pelajaran anak-anak kita. Just stick to what we have decided 6 years ago and move forward.

  84. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pelayar blog dan Tok Det,
    Saya bersetuju dengan pandangan En/Pn/Cik 2009. Tiada masalah untuk belajar bahasa Inggeris. Tetapi janganlah martabatkan bahasa itu menjadi bahasa elit. Kita cakap Inggeris dengan mat saleh saja, dengan orang malaysia cakaplah bahasa malaysia. Nak belajar bahasa lain pun tak kisahlah tapi gunalah pada tempatnya. Tak payahlah sampai nak kena menyanjungi bahasa orang lain pulak tapi bahasa tempatan dicampak ke longkang.
    Isu politik di Perak sememangnya suatu mainan saja 😉 Selesaikanlah secara baik. Tak payahlah ugut-mengugut dan saman-menyaman antara satu sama lain. Itu bukan budaya Malaysia. Ikut rasa binasa, ikut hati mati 😉 Selama ini kita mengamalkan sikap toleransi, hasilnya kita bersatu-padu dan hidup aman-damai sampai ke hari ini. Cuba bayangkan macam mana negara kita sekarang kalau kita tak amalkan toleransi dulu? Kita tau hasilnya bukan baik. Jadi, ikan gaharu, cendana pula. Sudah tau buat apa buat pula.
    Tiada siapa boleh mempertikaikan negara sesiapa pun. Kalau begitu semua negara di dunia ini pun kita boleh pertikaikan. Maka hiduplah dengan baik. Agama Islam, taoisme, hindu, buddha, kristian, semuanya menyeru umatnya ke arah kebaikan. Berterima kasihlah kepada Tuhan kerana memberi rezeki yang melimpah-ruah dan hidup yang aman damai. Jangan tamak. Setakat hari ini pun, banyak cerita yang kita dah dengar tentang tamak ini… semua agama tidak pernah membenarkan tamak kerana telah diketahui sifat tamak ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang bala. Oleh itu buat apa buat?
    Saya menyeru kawan-kawan Melayu, Cina, India, Portugis, Sikh, dan seluruh kawan-kawan di Malaysia, janganlah kita tamak dan dengki antara satu sama lain. Kita semua orang Malaysia. Kita semua sayang Malaysia. Maknanya kita semua sayang KITA. JAngan biarkan orang luar pengaruhi kita untuk memusnahkan negara kita yang makmur ini.

  85. Salam lagi sekali…..Semoga Tun sentiasa sihat bersama family…
    basic science saya dalam BM….Bila masuk college BI. Saya pernah belajar dua kali menghafal term dalam science ni. Satu dlm BM masa kat Sek Menengah….satu lagi walau dalam BM tapi kena juga paham dalam BI masa kat college sebab bahan yang aku jumpa semua term dalam BI. Pensyarah aku pun guna bahan cetakan yang ada term sciece dalam BI….walau penerangan dia dalam BM. Aku rasa belajar science peringkat diploma dulu macam 6 tahun punyer beban…padahal 3 tahun jer. tapi mungkin aku bebal kut….ye lah orang ulu…. Adik aku pun kena perkara yang sama gak masa amik diploma n degree kat upm—science perhutanan….pengantar dia bahasa melayu tp rujukan semua english term…….dah 2 tahun kerja kilang….pergi syarikat cina n india…. jawapan…u cant speak and do all task given perfectly….dia cuba international company….langsung tak der jawapan….kat kerajaan pun tempat bukan banyak sangat…adalah dapat interview untuk pegawai perhutanan….pun tak dapat jugak…Aku alhamdulillah dapat jad cikgu gak….jadi bila dah jadi cikgu dan aku check kandungan PPSMI sekarang…kebanyakan term science dah diajar masa kat S.rendah, S.Menengah dan matrik…Jadi aku rasa ini memudahkan murid2 untuk masa depan dia….. macam nilah amik mudah ler bersusah dulu bersenang kemudian….kalau pakar bahasa melayu takut bahasa melayu hilang…bantulah elakkan ia terjadi…tapi padamlah peribahasa tadi dalam kamus peribahasa kita….aku boleh ckp gak english…tapi aku tetap islam, melayu….tak pernah pun nak tukar bangsa…ALHAMDULILLAH….berilah petunjuk mu YA ALLAH…

  86. Salam Tun,
    Orang Melayu ini kadang-kadang confuse about their existence. Jadi tak perlulah kecoh sangat. Mereka like to copy cat the westerners…Anak muda sekarang bertatoo ditubuh dan mereka gelar itu seni….padahal itu haram dan mengotori tubuh yg cantik semulajadi oleh Allah yg Esa.
    Jadi orang Melayu sudah tak mengerti erti apa itu Melayu. Mungkin Tun harus write a book seperti the Malay dilemma… Dan mungkin Tun boleh meringankan sikit pandangan orng Melayu sendiri…. terimakasih..

  87. Dengan izin Tun..
    Setuju dengan Cikgu Kijang..malangnya Cikgu Kijang tak nampak apa yang saya nak terangkan…read between the line..
    Orang-orang sekular selalu terpedaya dengan akal.Mereka beranggapan bahawa cara untuk menyelesaikan masalah ialah menggunakan akal mereka sendiri sahaja…Soalan mereka…bolehkah budak-budak ni faham…? Mampukah mereka memahami..?
    Imam Ghazali sudah hafal Al Quran sejak umur 5 tahun…mengapa ?
    Baka yang baik dari kurniaan Allah di samping iltizam yang tinggi..
    Ulu Tembeling ? Takde masalah..persekitaran yang conducive bagi ilmu ialah keimanan.Saya yakin budak budak yang hafiz adalah mampu bukan sahaja bahasa Inggeris malah bahasa teknologi yang saya copy paste itu…
    Cikgu Kijang memang bagus…salute to you..tapi sebagaimana mereka
    yang anti PPMSI mereka ‘overlook’ satu aspek iaitu ‘conventional thinking’
    Thinking out of the box ( coffin ?? ) memang bagus tetapi masih conventional..
    Saya bagi satu analogi…Pihak berkuasa Amerika ingin tangkap Al Capone melalui kegiatan-kegiatan gangsternya..Al Capone sangat licik sehingga berjaya mengelakkan diri dari di sabitkan melalui undang-undang…
    Jadi..bagaimana tangkap dia? Melalui accounting..Akhirnya dia berjaya di tangkap dan di hukum penjara bukan melalui gangsterism tetapi financial flout of law…
    Berbalik kepada PPMSI…banyak cara dan kaedah ‘unconventional thinking and contemplation’ yang belum di gunakan untuk memaksimakan pulangan kepada pelaburan polisi ini..Kenapa tak cuba dahulu…Dah cuba dengan conventional..Cikgu Kijang cuba pula ‘unconventional thinking and contemplation’…Saya jamin keberkesanannya…Hal yang sama juga kepada kaedah pencegahan dadah dan lain-lain…Mengapa kurang berjaya ??
    Ilham dari pandangan Nur itu kita tak dapat apatah lagi untuk di amalkan…
    Saya amat gembira jadi cikgu..ilmu yang berterusan menguntungkan kita di akhirat jadi anak murid saya mestilah conducive dahulu…
    mereka yang ada ‘unconventional practice’…mereka yang hafal quran sahaja!!!

  88. Dengan izin Tun..
    Setuju dengan Cikgu Kijang..malangnya Cikgu Kijang tak nampak apa yang saya nak terangkan…read between the line..
    Orang-orang sekular selalu terpedaya dengan akal.Mereka beranggapan bahawa cara untuk menyelesaikan masalah ialah menggunakan akal mereka sendiri sahaja…Soalan mereka…bolehkah budak-budak ni faham…? Mampukah mereka memahami..?
    Imam Ghazali sudah hafal Al Quran sejak umur 5 tahun…mengapa ?
    Baka yang baik dari kurniaan Allah di samping iltizam yang tinggi..
    Ulu Tembeling ? Takde masalah..persekitaran yang conducive bagi ilmu ialah keimanan.Saya yakin budak budak yang hafiz adalah mampu bukan sahaja bahasa Inggeris malah bahasa teknologi yang saya copy paste itu…
    Cikgu Kijang memang bagus…salute to you..tapi sebagaimana mereka
    yang anti PPMSI mereka ‘overlook’ satu aspek iaitu ‘conventional thinking’
    Thinking out of the box ( coffin ?? ) memang bagus tetapi masih conventional..
    Saya bagi satu analogi…Pihak berkuasa Amerika ingin tangkap Al Capone melalui kegiatan-kegiatan gangsternya..Al Capone sangat licik sehingga berjaya mengelakkan diri dari di sabitkan melalui undang-undang…
    Jadi..bagaimana tangkap dia? Melalui accounting..Akhirnya dia berjaya di tangkap dan di hukum penjara bukan melalui gangsterism tetapi financial flout of law…
    Berbalik kepada PPMSI…banyak cara dan kaedah ‘unconventional thinking and contemplation’ yang belum di gunakan untuk memaksimakan pulangan kepada pelaburan polisi ini..Kenapa tak cuba dahulu…Dah cuba dengan conventional..Cikgu Kijang cuba pula ‘unconventional thinking and contemplation’…Saya jamin keberkesanannya…Hal yang sama juga kepada kaedah pencegahan dadah dan lain-lain…Mengapa kurang berjaya ??
    Ilham dari pandangan Nur itu kita tak dapat apatah lagi untuk di amalkan…
    Saya amat gembira jadi cikgu..ilmu yang berterusan menguntungkan kita di akhirat jadi anak murid saya mestilah conducive dahulu…
    mereka yang ada ‘unconventional practice’…mereka yang hafal quran sahaja!!!

  89. ASSALAMUALAIKUM TUN DR..
    SEBAGAI BUDAK KAMPUNG SEJATI DARI JITRA KEDAH, SAYA MERASA PENDEDAHAN KEPADA ILMU ITU PENTING DALAM MEMBUDAYA DAN MEMODENISASIKAN SEBUAH BANGSA ITU TANPA MERUBAH IDENTITI BANGSA ITU.

  90. Terimakasih Tun kerana menyiarkan komen saya dan peluang di dalam ruang ini..
    Salam saudara/i? 2009.
    Memang amat penting berdaya atau tidak.Sebab itu dalam sains kita ada Teori Keabadian Tenaga dan Kuasa Potensi di dalam Fizik.Bahasa selain Arab tidak di pilih Allah sebagai bahasa Al Quran kerana bahasa lain di dunia ini tidak mampu dan tidak berdaya untuk menterjemah definasi dan maksud ini dengan baik..
    Sifat 20.Kekasih Allah dan macam -macam lagi contoh hanya bahasa Arab yang mampu untuk Al Quran..contoh perbezaan makna..
    Bahasa Melayu : Dia sedang makan ( 1 makna )
    : Pokok itu sedang besarnya ( 2 makna )
    Paling tinggi istilah dalam BM hanya mampu 3 makna berbeza sahaja.
    Bahasa Inggeris : Who call me ? ( 1 makna )
    : I use to call her once a while ( 2 makna )
    : Hanan atttitude is uncalled for ( 3 makna )
    Boleh menjadi 3 atau 4 makna yang berbeza…lebih sedikit dari BM.
    Bahasa Arab : 1) Itrib bi aso kal hajar…
    Pukullah kamu batu itu dengan tongkat mu wahai
    Musa.( Firman Allah di dalam beberapa Ayat Al
    Quran )
    Perkataan pukul ini boleh di jelaskan di dalam Bahasa Arab sebanyak 10 cara, kaedah dan makna.
    Sebab itu mereka yang keliru percaya …his / her side of story dan two face of coin…bermaksud dua fenomena sahaja..
    Di dalam Islam kebenaran itu ada 7 muka atau wadah..jadi bandingkan dengan konsep 2 wadah sahaja dalam BI…
    Jadi jika saudara/i? masih kurang jelas…maka hayati dulu kefahaman bahawa bahasa ukhwrawi ialah Bahasa Arab dan Bahasa Dunia adalah Bahasa Inggeris…
    Saya faham tujuan anda tetapi anda dan penyokong-penyokong hapuskan PPSMI masih lagi tidak menolong saya ‘alternatif’ kepada makna yang saya perlukan ini di dalam BM…Buktikan kepada saya BM berdaya maju dengan terjemahan RFC ini…Kenapa RFC di dalam Bahasa Inggeris?
    The Hypertext Transfer Protocol (HTTP) is an application-level
    protocol for distributed, collaborative, hypermedia information
    systems. HTTP has been in use by the World-Wide Web global
    information initiative since 1990. The first version of HTTP,
    referred to as HTTP/0.9, was a simple protocol for raw data transfer
    across the Internet. HTTP/1.0, as defined by RFC 1945 [6], improved
    the protocol by allowing messages to be in the format of MIME-like
    messages, containing metainformation about the data transferred and
    modifiers on the request/response semantics. However, HTTP/1.0 does
    not sufficiently take into consideration the effects of hierarchical
    proxies, caching, the need for persistent connections, or virtual
    hosts. In addition, the proliferation of incompletely-implemented
    applications calling themselves “HTTP/1.0” has necessitated a
    protocol version change in order for two communicating applications
    to determine each other’s true capabilities.
    This specification defines the protocol referred to as “HTTP/1.1”.
    This protocol includes more stringent requirements than HTTP/1.0 in
    order to ensure reliable implementation of its features.
    Practical information systems require more functionality than simple
    retrieval, including search, front-end update, and annotation. HTTP
    allows an open-ended set of methods and headers that indicate the
    purpose of a request [47]. It builds on the discipline of reference
    provided by the Uniform Resource Identifier (URI) [3], as a location
    (URL) [4] or name (URN) [20], for indicating the resource to which a
    Jawab lah dengan BM yang saintifik…Tolong la saya…OK?
    Terima kasih.Wassallam

  91. assalamualaikum…
    Ybhg Tun.. saya amat meminati kepimpinan selama 22 tahun menjadi PM. jika di izin kan oleh-NYA.. saya ingin sangat berjumpa dengan orang yang saya kagumi sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara membangun yang di segani..

  92. Waja Perak,
    Tidak timbul soal bahasa mana yang berdaya atau tak berdaya. Semua bahasa punyai kekuatan dan kelemahan sendiri dalam menerangkan ilmu sains. Penulisan harus datang secara terus dari mereka yang berfikir dalam BM dan diterangkan secara BM.
    Penerangan sains yang diterjemahkan dari satu bahasa ke bahasa yang lain melahirkan makna yang tidak tepat. Begitu juga kalau penulisan original dalam BM diterjemahkan ke bahasa lain termasuk BI akan mendatangkan maksud yang tidak tepat dan lucu.
    Kalau diambil buku sains Bahasa Cina peringkat tertinggi diterjemahkan ke BI tentu akan lucu.
    Sebab tu anak anak kita perlu belajar sains dalam BM untuk melahirkan golongan yang berfikir dalam BM. Itu maksud saya, maaf kalau tak faham.
    Wasallam

  93. Dear Tun,
    Yes indeed..no matter who(org kampung,bndar etc) we’re all same isn’t?that’s why our 1st priority is “Islam” not melayu..i agree melayu must defend it’s dignity for this beloved country..i’m also melayu n i also want to protect it..just want to remind you melayu thing cannot bring you to heaven..\ altogether

  94. Dengan Izin Tun…
    La..Tak paham paham lagi 2009 ni…Maksud saya ialah tidak berdayanya BM untuk menterjemah ‘maksud’ dan kefahaman sesuatu benda di dalam sains dan teknologi…cuba lihat takrif ‘inertia’
    ‘Is a phenomenon or condition when a living matter wants or preserved it’s current state of being.Meaning if matter is in static, they wants or preserve to remain static and if they are in motions they wants to remains in motion…preserving the status qou..”
    Nah cuba terjemahkan ke dalam BM…macam mana ke bunyinya tu..?
    Ok..Cikgu Kijang dan 2009..tolong la saya buat programming Visual Basic, Visual C++ dan Java Server Page dalam BM untuk program saya ni…
    Tolong ya dalam BM untuk source code ini..
    ORANG ULU – Che Det
    Terima kasih…buktikan dan saya akui BM memang hebat…he..he..

  95. salam tun.
    saya nak tanya sikit.simple question but i hope for a clear answer.
    1.kenapa prestasi orang melayu di dalam semua bidang menurun pada zaman moden(millenium) ni menurun?
    2.adakah terlampau byk hiburan berbanding zaman tun pada 70 tahun lalu.?
    3.Ini mungkin juga kerana pada zaman dulu tanah melayu tak merdeka lagi.
    4.Jadi orang melayu hanya fikirkan kemajuan dan perjuangan untuk kebebasan tanah melayu.
    5.Ini membuatkan org melayu jadi serba boleh.tak kira org pekan atau org ulu kerana melayu tiada apa2 kelebihan buat masa itu dan mereka tertekan dgn perkara ini.”refer to a book that i read.Success Come From Pressure”
    5.Berbanding skarang ni pulak kita sudah maju dan merdeka.Adakah perkara ini membuatkan kita selesa.terutamanya dari segi ekonomi.
    6.Padahal kedudukan ekonomi org melayu jauh lebih mundur drpda org cina.
    7.Adakah kita tidak diberi peluang?
    8.Zaman pemerintahan tun ramai org yg mengatakan diri mereka stabil.dari segi ekonomi.(walaupun ada krisis ekonomi pd thn 97-98)
    9.Tetapi sekarang tidak.Apa pula alasannya kali ni?
    10.Jd sekarang ni salah pemimpin ataupun salah diri sendiri?
    11.Tak mencari peluang ataupun tak diberi peluang?
    Harap tun dpt menjawab soalan sy.Terima Kasih.Assalamualaikum.
    p/s : Sy terfikir utk bertanya selepas membaca artikel tun yg bertulis “globalisasi ada baik dan buruknya”

  96. Waja Perak,
    Itulah bezanya seorang guru dengan bukan guru yang kurang memahami dunia persekolahan. Kami tidak menolak bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu sains. Tapi apa yang kami cadangkan supaya diperingkat asas iaitu diperingkat sekolah, untuk pelajar lebih faham tentang konsep sains yang dekat dengan dunianya, mesti diajar dalam bahasa ibundanya. Itulah konsepnya yang diterapkan oleh orang Jepun, Korea, Thailand, Rusia, Poland, German, Perancis bahkan orang Inggeris sekalipun. Selepas itu diiperingkat tinggi belajarlah bahasa lain ( tak semestinya bahasa Inggeris, bahasa Jepunpun boleh, arabpun boleh dll ). Sama seperti waja perak, masa sekolah faham konsep sains dalam BM kemudian diperingkat tinggi barulah guna bahasa dunia yang lain. Artikel yang waja perak tulis tu adalah artikel peringkat sarjana bukan peringkat sekolah. Tak perlu terjemah untuk pelajar sekolah artikel tu. dan untuk pengetahuan waja perak, bahasa Inggeris yang digunakan dalam PPSMI amat ” basic ” kalau pelajar gunapun tidak akan membantu mereka menguasai bahasa Inggeris. Selama inipun semua orang belajar asas dalam bahasa ibunda kemudian diperingkat tinggi tidak ada masalah untuk menguasai BI. Waja perak disyorkan cuba sebulan mengajar di sekolah barulah waja perak akan faham situasi sebenar. Seelok-eloknya mengajar di ulu tembeling. Masa itu waja perak tahu langit tinggi atau rendah. Setuju tak, saya boleh uruskan waja perak jadi cikgu sementara. Ok.

  97. Buat waja perak,
    Kalau setakat nak terjemah buku BI ke BM tu ketinggalan nama nya. Penulisan sains yang original dari BM dah melambak lambak. Biar mereka terjemah ke BI tengok, baru nampak BM lebih canggih dari BI dalam menerangkan ilmu sains.
    Hapuskan PPMSI

  98. Science and mathematics should be thought in English. The question now is to find the best solution to rectify all the weakenesses. It can be done. We have to move on and don’t retract and revert to Bahasa Malaysia. Strengthen the usage of English language in primary schools. The teachers have to be trained. It can be done! It can be done! It can be done! All the govt should do is to continue develop the best option to the teaching of science and mathematics to be more effective.It will succeed if there is no distraction by those who have negative attitude. Come on, man, be brave to face the challenges and DO IT !!!
    Selagi bangsa Melayu tidak terpinggir dari arus pembangunan dan kemajuan, Melayu tak akan hilang di dunia, bahasa Melayu tidak juga akan hilang di dunia. Be practical and move forward and don’t look back. We are in the right course.

  99. Orang Ulu ke orang bandar ke, usaha tangga kejayaan. Tiada usaha tiada kejayaan.
    Davides
    Seventh Stranger

  100. Salam Tun,
    Idea Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains & Math sudah cukup bagus dan hasilnya hari ini amat memberansangkan.
    Ada idea suruh tukar & kembali ke belakang.Ini Idea orang kurang pandai dan sempit fikiran.Mungkin jenis orang ULU sempit akalnya.
    Kita hendak maju kenalah pandai bahasa International.
    Lihat saja barangan import semua dalam bahasa Inggeris & kalau tidak tahu macamana hendak guna . Dan begitu juga sebaliknya bila hendak export barangan kita kalau tidak guna Bahasa Inggeris ,siapa hendak beli.
    Lihat lagi Hong Kong & Singapura negeri kecil maju kerana guna Bahasa Inggeris.
    Bahasa Melayu biar jadi Bahasa Kebangsaan tapi kita kena buat bisnes guna Bahasa Inggeris.

  101. Kah Kah Kijang…
    Lawaknya ko…Sengaja tipu diri ya…
    Kalau tuan baca Al Quran dalam bahasa Inggeris memang pening kerana maknanya tidak dapat di hayati oleh jiwa kita dengan sepenuhnya…
    Malam Lailatul Qadar di terjemah sebagai Night Of Power langsung tidak mematuhi kehendak jiwa kita..Sebab itu Quran di turunkan di dalam bahasa Arab sesuai dengan jiwa manusia..
    Tetapi bahasa ilmu di dalam dunia ialah BAHASA INGGERIS..sebagaimana Bahasa Inggeris tak mampu menerangkan dengan jelas dan terperinci maksud AL Quran..begitu juga
    BAHASA MALAYSIA tak mampu menerangkan dengan tepat bahasa ilmu..
    Tuan cuba bermuslihat kerana tak mampu terjemahkan artikel itu…
    Sekarang cuba terjemahkan pula artikel ini…he..he…
    Open heart surgery
    This is a surgery in which the patient chest is opened and surgery is performed on the heart. The term “open” refers to the chest, not to the heart itself. The heart may or may not be opened depending on the particular type of surgery. Surgeons realized the limitations of hypothermia – complex intracardiac repairs take more time and the patient needs blood flow to the body (and particularly the brain); the patient needs the function of the heart and lungs provided by an artificial method, hence the term cardiopulmonary bypass. Dr. John Heysham Gibbon at Jefferson Medical School in Philadelphia reported in 1953 the first successful use of extracorporeal circulation by means of an oxygenator, but he abandoned the method, disappointed by subsequent failures. In 1954 Dr. Lillehei realized a successful series of operations with the controlled cross-circulation technique in which the patient’s mother or father was used as a ‘heart-lung machine’. Dr. John W. Kirklin at the Mayo Clinic in Rochester, Minnesota started using a Gibbon type pump-oxygenator in a series of successful operations, and was soon followed by surgeons in various parts of the world.
    Kesian la student macam saya…Ha..Ha..

  102. Assalamualaikum Tun,
    Seperti yang saya katakan dulu, saya bukanlah orang politik. Saya hanyalah seorang perniaga kecil yang duduk di bawah, sambil memerhatikan “orang di atas”. Kalau nak ikut taraf akademi pun, taklah berapa bagus sangat.
    Kalau nak banding tahun 1973 dulu, masa tu saya duduk kat quarters Hong fatt (sekarang ni Mines Shopping), jangan cakap surat khabar, benggali jual roti pun takut nak masuk. Mak bapak kami pun ada yang tak reti membaca, apatah lagi nak mengisi borang.Satu lagi nak ambik borang kat mana pun depa tak tau.
    Bagaimana pun bila dah besaq panjang ni dan dah di beri sedikit akai dari tuhan, saya dapat bezakan, zaman sapa yang baguih dan tak( Bukan Bodek Tapi Hakikat).
    Zaman Tun, ada banyak perubahan. Antara yang paling ketara sekali adalah IT. Boleh kata kebanyakkan adik beradik saya terlibat dalam IT termasuk seorang pensyarah multimedia dan saya sendiri sebagai peniaga komputer terpakai..
    Sekarang ni kita tengok, orang asyik nak gaduh aja. Yang kat “atas” pulak sibuk nak kejar kuasa. Sultan pun depa tak hormat. Kalau dulu dah tentu ada yang kena sula. Nasib baiklah Sultan sekarang ni tak cepat melatah.
    Itu pun depa kata tak demokrasi lagi. Agak-agaknya macam mana punya “demokrasi” yang depa mau?
    Terima kasih banyak atas jasa Tun selama ni…Jaga kesihatan Tun, sebab hanya Tun seorang bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA yang kami ada, insyallah bulan 3 nanti kita ada seorang lagi( Itu pun kalau jadi).

  103. Utk TUN dan Menteri Pendidikkan Dk Hishanmudin.
    Kebanyakkan yg menentang math & sain dlm Bi adalah org yg makan gaji dgn gomen.Mkan gaji dgn gomen tk perlu pandai BI.Dunia mereka atau pemikiran mereka hanya dlm gomen saja.
    Bagi pekerja swasta BI sangat penting.Bagaimana seorang pekerja nk bercakap dgn boss nya berbangsajepun ,Ingeris,korea,china,taiwan,eropah.Walau pun jadi kerani,penyambut tetamu atau penghantar surat sedikit sebanyak perlu berbahasa inggeris.Bagi jawatan yg lebih tinggi mesti pandai menulis dan bercakap dlm BI.
    Dlm gomen tk perlu semua itu.Jadi org kerja gomen tk nampak kepentingan BI.
    Cadangan-TUBUHKAN PERSATUAN IBUBAPA YG BERSETUJU BI DIAJAR DLM MATH & SAIN.KITA BUAT PERHIMPUNAN DISTADIUM BKT JALIL.Ini anak kami, kami tahu apa yg baik utk anak kami.
    Bagi pejuang bahasa yg menentang BI saya syorkan anak mereka dan keturunan mereka jgn bercakap DAN BELAJAR BI dlm apa pun mata pelajaran dan bidang mereka.Kita lihat apa jadi dgn anak mereka.Saya kalau boleh ingin anak saya tahu perbagai bahasa selain bahasa melayu.
    wassalam.
    ini anak kami bukan anak kamu.KAMI TAHU APA YG BAIK UTK ANAK KAMI.
    Saya harap mesej ini sampai kepada org yg menentang sain dan math diajar dlm BI.

  104. Tun ,
    Memang betul Tun. Selepas SRP dahulu, saya berpeluang untuk masuk MRSM di akhir 1980 an. Di situ lah membukakan mata saya melihat ramai anak Melayu dari kampung yang pandai-pandai. Dari segi penampilan, memang mereka ni agak kurang tapi otak bergeliga terutama subjek sains dan matematik..Cuma bahasa Inggeris mereka lemah. Bila dihantar keluar negeri, jadi tak pandai sebab kelemahan berkomunikasi dan ‘cultural shock’.Yalah Tun, patut Tun perkenalkan pembelajaran kedua-dua subjek dalam bahasa Inggeris dari mula-mula tun memerintah dulu.Orang Melayu ni pandai tapi ilmu pemasaran belum pandai lagi dan satu lagi semangat berjuang kita kurang. Semangat Melayu entah ke mana, semangat Islam setakat pakai kopiah, cuma sibuk tambah isteri dan kononnya nak meramaikan umat Islam . Tapi kalau anak-anak pun tak kenal, macam mana nak ada Melayu yang ada kualiti. Kalau setakat ramai di pusat serenti, tak payah lah. Sebab tu, mereka yang bukan Melayu(yang dalam negara ini) pandang rendah kepada kita. Saya dalam bidang profesional, sentimen tu amat kuat dan saya masih berusaha mengikis pandangan tersebut.Tapi saya berbangga ada anak Melayu macam TUN yang menunjukkan orang Melayu kita cemerlang dan terbilang. Masalahnya sekarang Pak Lah dah membuktikan pandangan mereka benar iaitu orang Melayu ini malas, lembap, asyik nak bercuti dan sikap tak apa yang tak kena tempat.Saya tak dapat bayangkan macam mana dia jawab semasa di akhirat nanti. Agak-agak tun lah, Pak Lah serta anak menantu dia baca tak blog tun?
    faa

  105. Saya di besarkan di dalam english medium,menduduki LCE.Pelajaran Matematik dan Sain di ajar dalam bahasa Inggeris.Saya tak nampak pun kesusahan nya,sebab kalau telah biasa dengannya ‘alah bisa tegal biasa’Saya boleh bertutur bahasa Inggeris walaupun bapa dan ibu saya cannot speak sepatah haram pun.
    Sebenarnya apa bahasa pun tak menjadi masaalah,
    Yang menjadi masaalah utamanya sekarang ialah:sistemnya selalu bertukar bila pemimpinnya atau lebih jelas lagi bila Menteri Pelajarannya bertukar,mulalah ada perubahan yang mendadak.Kalau kita masih ingat bahasa BAKU,ada masa nya dahulu sehingga siaran berita juga mengunakan bahasa BAKU,sekarang ape dah jadi,jadi bahasa BANGKU lah kot….sekarang guna balik bahasa biasa.
    Jika pelajaran M & S ini di tukar ke bahasa Melayu semula,berapa modal yang telah di keluarkan?adakah pembekal pembekal ini adalah kroni kroni kerajaan,SUDAH PASTI.Tetapi janganlah mengorbankan generasi akan datang kerana tindakan yang salah sekarang.Jangan lah Kerajaan sesuka hati menukar sukatan sukatan pelajaran,yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita.
    So saya berpendapat,bahasa apa sekalipun taklah penting tetapi gunakanlah ia hingga ke akhir zaman,jangan asyik melayan KRONI,anak bangsa yang menjadi KRONIK.

  106. ASSALAMUALAIKUM AYAHANDA TUN…
    SAYA ORANG KAMPUNG YANG BERASAL DARI KAWASAN ULU. BERMULA DENGAN JALAN TANAH KUNING KINI SEMUANYA TELAH BANYAK BERUBAH, SEMUA KEMUDAHAN YANG ADA DI BANDAR-BANDAR BESAR SUDAH ADA DI KAMPUNG SAYA. YANG BELUM ADA SETAKAT INI BANGUNAN TINGGI-TINGGI DAN MEGA SHOPPING KOMPLEK…HE HE HE… SEMUA KEMUDAHAN YANG ADA INI ADALAH HASIL PEMERINTAHAN KERAJAAN BN.
    ALHAMDULILLAH…
    TAK KIRA, ORANG ULU KE ORANG BANDAR KE SEMUA KITA BERHAK DAN LAYAK MENCAPAI KEJAYAAN SEKIRANYA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH. JANGAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP ORANG MALAYSIA KITA.
    FIKIR-FIKIRLAH…
    W A S S A L A M

  107. Kepada Waja Perak,
    Buat apa nak terjemah artikel tersebut, bahkan saya yang merupakan seorang cikgu Fizik boleh tulis artikel tersebut dalam BM mengikut kefahaman kita. Bahkan lebih difahami oleh para pelajar kerana saya akan berikan contoh-contoh yang dekat dengan budaya Malaysia. Itulah yang juga dibuat oleh Jepun, Korea dan Thailand yang ilmu sains mereka lebih tinggi daripada kita yang belajar dalam bahasa Inggeris.
    Pemikiran bahawa kita mesti terjemah satupersatu artikel BI ke BM merupakan pemikiran lama dan orang yang lemah akal. Tiada sifat untik menjadi pemcipta dan pemimpin. Hanya menurut kehendak orang lain.

  108. Askum Dr.Mahathir,
    Semoga sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik. Ingin saya kongsikan pandangan saya mengenai kerajaan memberikan peluang kepada pelajar cemerlang dari segi biasiswa….saya juga adalah antara yg dipilih diberi peluang untuk biasiswa ke Jepun dibawah dasar pandang ke timur yg di ideakan oleh Tun sendiri…. Mungkin, kerajan terlepas pandang akan lulusan jepun ini,ini terjadi kepada akhir2 ini..
    1. Selepas tamat belajar dari jpn, kami tidak banyak pilihan, sama ada terus berkerja di jepun atau kerja di malaysi.
    2. Sekiranya kerja di malaysia bagi yg baru tamat belajar, gaji yang ditawarkan untuk bidang kejuruteraan atau pun kerjaan, amatlah sedikit di bandingkan gaji yg ditawarkan khas untuk berbahasa jepun. Kebanyakkan kawan-kawan saya yg belajar di jepun mengambil kerja sebagai `helpdesk`. menjawab panggilan telefon dlm berbahasa jepun sudah boleh utk mendpt lebih 4k.(fresh grad).
    – RUGIKAH KERAJAAN??
    3. Saya bekerja di syarikat US yg ternama, namun, management adalah 95% adalah dari kaum lain. Maka, seperti kata tun no 14. Jadi, peluang saya adalah terhad. Percaya atau tidak, saya bersaing dengan kaum lain yg lulusan adakalanya langsung tidak membanggakan tetapi mereka di beri lebih peluang dan mereka meng`alasan`kan mereka adalah orang yg rajin bekerja.. double – standard.
    14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.
    4. Saya berpendapat, amatlah pembaziran berlaku dari segi sumber manusia yg intelectual sekiranya kerajaan tidak merancang dengan lebih jelas dan berkesan pada pemegang biasiswa2 kerajaan ini..ada antara mereka kacang lupakan kulit… …RUGIKAN…??
    5. Harapan saya, meskipun Tun tidak lagi berada dalam kerajaan, tetapi amat jelas, idea dan pengaruh Tun tidak pudar. Di harap, Tun dapat fikirkan sesuatu untuk mengatasi pembaziran ini.
    6. Banyak lagi yg REALITY sebagai ORANG BIASA yg ingin saya luahkan di sini…ini boleh dikatakan akar umbi…
    BESAR HARAPAN saya,
    Japan graduate..

  109. A’kum Dearest Tun,
    I agreed 100% with you. As a mother of two childrens, i know what you mean. No matter what, we have to think about the future of the youngsters.
    Take care and keep updating since i am a fan of yours since your era.
    -lina zainal-
    http://www.towwwge.blogspot.com

  110. hai cilimerah
    marah nampak , bila pulak aku kutuk dr , kalau aku kutuk dr , semua rakyat malaysia tak layak jadi dr tau , aku cakap bukan semua dr begitu , kenapa kau terasa pulak , ke hang pun memang mcm tu ….he he he . hang jangan sibuk cari duit lebih je . pastu tak reti nak ubat kan org . nanti tok det punya wawasan 2020 tak menjadi pulak
    he he he
    apa pun bro , itu masalah datang dari dr sendiri , kalau mereka tak jaga status mereka . Kalau penat bekerja pergilah cuti- cuti rehat kan otak …..apa dr ini itupun aku nak ajar ke

  111. ################################################################################
    Assalamualaikum Tun yg dikasihi
    semoga di bawah rahmat Allah selalu
    Semuanya org ulu kecuali Dato’ seri Najib saja or Pekan…….(Pekan Pahang)…hehehehehe
    by the way ulu ke pekan ke same saja
    siapa yg kuat usaha Allah akan bagi ganjaranya………..
    amin…………….
    Wassalaaaaaam
    Luv u Tun
    ##############################################################################

  112. Dengan Izin Tun..
    Tolong..Tolong saya BajuKurungUngu,2009 dan Dinium…
    Tolong terjemahkan artikel ini untuk saya…Tapi jangan pakai Google translator dan sekuncu dengannya..!
    Chadwick’s discovery of the neutron was but part of the important nuclear physics in 1932. That same year the Joliot-Curies first created new radioactive isotopes of nitrogen and phosphorus by bombarding boron and aluminum with alpha particles. The announcement of artificial radioactivity created much excitement in the scientific community. In the case of aluminum, the initial reaction with alpha particles produced a radioactive isotope of phosphorus that then underwent positron emission to produce silicon-30.
    27Al13 + 4He22+ —> 30P15 + 1n0
    The new radioactive isotopes were separated from the target materials by radiochemical methods. Yields of the radioactive isotopes were small because in bombarding the nucleus with positive alpha particles, most of the alpha particles were repelled by the positively charged nuclei before impact.
    Enrico Fermi (Courtesy of the Los Alamos Archives)
    In 1934, it occurred to Enrico Fermi, an Italian physicist, to use neutrons to produce radioactivity instead of alpha particles, which are repelled by the positive charge of the target nuclei. In Rome, his group obtained a strong radon/beryllium neutron source and began to bombard the elements in order of increasing atomic number, beginning with hydrogen. Bombardment of the first elements in the periodic chart produced no radioactivity, but finally a fluorine (Z = 9) target gave a radioactive product. In the next 3 years, the group identified 40 new radioactive isotopes. This work was important to the advancement of nuclear theory and provided radioactive tracers for practically all of the elements. The use of these tracers would later revolutionize chemical and biological techniques.
    The group observed that when the target nuclei absorbed neutrons, they emitted particles (alphas, betas, positrons, or protons) as well as energy, in the form of gamma radiation. Thus, these nuclear reactions produced isotopes of elements in the neighborhood of the target element. When Fermi’s group reached the heaviest known element, uranium, they expected that neutron bombardment would produce transuranic elements (new elements heavier than uranium) with properties similar to rhenium, osmium, iridium, and platinum. Beta radiation from the products and an absence of products that could be assigned to elements of atomic number between lead and uranium validated their hypothesis. Thus, the products were assumed to be transuranium elements.
    In 1935, Otto Hahn, Lise Meitner, and Fritz Strassmann, in Berlin, confirmed the uranium experiments of Fermi’s group and also identified the presence of U-239 as a beta emitter with a half-life of 23 minutes. The Joliot-Curies also confirmed Fermi

  113. Kepada Che Gu Kijang (sorry tak tau nama Sdra sebenar),
    Terima kasih kerana berkesempatan membaca komen saya yang Che Gu anggap tak rasional.Sekurang-kurangnya komen saya dapat perhatian dari Che Gu.
    You have the right and prerogative to comment anything you like.
    It doesn’t matter to me. No harm done.
    I listen and take note of your comment.Quite interesting!! Komen sdra ada lojiknya.

  114. Salam Tun,
    Selepas isu PPMSI selesai, saya mintak kerajaan tengok balik penggunaan BM di syarikat syarikat swasta terutama yang besar besar, mereka patut diwajibkan guna BM dalam SEMUA urusan kecuali urusan dengan negara asing.
    Penyokong PPSMI memberi alasan susah dapat kerja kalau tak pandai BI tapi tak pandai BM tak apa.
    Kalau semua hospital, bank, kilang, syarikat2 gergasi guna BM, dengan sendirinya persepsi mereka akan berubah.
    Tidak boleh? jiran terdekat kita thailand dan indonesia boleh, tak ada masalah. Bahasa ibunda digunakan dalam semua urusan professional termasuk orang asing yang bekerja disana. Yang jadi masalah hanya ‘mental block’ mereka.
    Pohon kerajaan wajibkan penggunaan BM disemua organisasi di Malaysia
    Terima Kasih

  115. To Kijang,
    Dah lah tu. Mari kita bermaaf maafan. Buka buku baru. Tak payahlah nak ungkit-ungkit. Kita mesti terima juga ada orang PAS apabila berceramah suka juga maki hamun orang UMNO. Saya selalu juga dengar ceramah orang-orang PAS. Ada juga yang menjijikan apabila mendengar ceramah dari pemimpin PAS. Bahasa yang dikeluarkan lagi kesat dan kadang kala saya fikir begini kah orang Islam bercakap. Walaubagaimanapun, masing-masing ada kelemahan. Allah jadikan kita tak sama akal fikirannya.

  116. Asslamulaikum TDM & warga chedet
    Mengimbau kenangan waktu dahulu. begitu menyentuh hati. Terasa
    bagai detik telah hampir ke puncaknya. Tapi masa tidak dapat diputar kebelakang..
    Kita tidak dapat menghalang kehendak, dan kefahaman orang ramai tentang sesuatu isu. Kita hanya mampu memberi ingatan dan gambaran tentang apa yang bakal berlaku jika sesuatau tindakan diambil.
    Saya tersentuh hati membaca luahan seorang pendidik ( By Anak walid on February 13, 2009 8:12 PM )…. saya kira inilah realiti yang perlu kita renungkan dengan ikhlas. Bukan sekadar mencari publisiti dan emosi sahaja.
    Saya kira PPSMI adalah proses pembelajaran yang berterusan. Hasilnya anak-anak telah semakin faham dari tahun ke tahun dan secara tidak langsung meningkatkan kebolehan bahasa inggeris mereka secara tidak langsung.
    Kalau ada yang kata mereka(murid) lari apabila ditanya ‘two plus two’, perkara ini adalah sementara sahaja dan boleh diperbaiki lagi…
    Kenapa subjek bahasa melayu sendiri, anak melayu hanya dapat gred 6 sahaja.
    Pendapat saya banyak kebaikan diteruskan dasar ini, dan janganlah dihentikan separoh jalan sahaja dan balik kebelakang.
    Contoh jelas apabila satu masa dahulu MCE dimansuhkan, selepas itu kita dapati ramai lepasan SPM tidak boleh bertutur BI, Nasib baiklah kerja kat sektor awam, kalau swasta bagaimana nasibnya?
    Kalau Nabi SAW dulu pernah bersabda supaya tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China, tak kan depaorang nak ngajor kita dalam bahasa melayu pula ? Bila pergi ke china nanti banyak pula masalahnya, nak tinggal kat mana, nak makan macamana ?
    Oleh itu, saya berharap kerajaan sekarang teruskan sahaja dasar yang baik ini, tak perlu didengar cakap sekumpulan manusia yang tinggi Ilmu Kalam tapi rendah makrifatnya.
    Tapi kalau mereka masih mempertahankan kereta morris minor berbanding mercs… apa nak buat…
    sekian, wassallam…

  117. Dearest Tun,
    Salam sihat to you and your family….Orang ulu bukan saja Melayu. India, cina, Siam pun ramai. Ada yang dapat peluang ada yang peluang disekat macam Tun cakap.
    Anak muda jiran saya kat kampung dapat 10A1 PMR, 11A1 SPM (walaupun bapanya penoreh getah) patut dapat sponsor pi UK/US/Singapore paling tidak pun USM/UM belajar doctor. Tapi langsung tiada harapan dari kerajaan sebab dia keluarga cina ULU Kampung.
    Tapi mujurlah dia diberi peluang akhirnya masuk UTM Skudai jadi Jurutera. Itu pun selepas beberapa kali rayuan dibuat oleh ahli keluarga serta pihak-pihak yang prihatin. Inikah cara anak-anak bukan Melayu Malaysia dilayani?
    Ramai lagi contoh kawan-kawan Cina/india dari ulu kampung sebegini…dan harap-harap Menteri Pendidikan lebih prihatin terhadap golongan rakyat ini.
    Dengan keadilan kerajaan “menberi peluang” yang adil, saya percaya kepakaran dalam pelbagai bidang akan bertambah kukuh sebab ramai tidak perlu berjuang hidup di luar negeri tetapi membalas budi negara.

  118. Tun,
    Baru – baru saya terjumpa buku sejarah perjuangan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato’ Onn b. Jaafar pada tahun 40an menentang penubuhan Malayan Union, buku tersebut dikarang oleh Dato’ Jaafar Onn yang merupakan anak kedua Dato’ Onn (saya percaya Tun juga amat mengenalinya). Ternyata, ia sedikit sebanyak ianya menambah pengetahuan saya mengenai sejarah kemerdekaan negara kita. Apa yang saya dapati, pada ketika itu perjuangan menentang pejajah British amat getir sekali, malah saya percaya ianya lebih getir daripada cabaran oleh orang Melayu pada tahun 50an. Ini kerana kejayaan pejuangan orang Melayu pada tahun 50an adalah kesinambungan orang pada usaha orang Melayu pada tahun 40an. Apa yang saya dapati, orang Melayu pada ketika itu amat bersatu sekali (ini merupakan asas kejayaan mereka, baik lelaki mahupun perempuan dan juga kanak -kanak bersama – sama berganding bahu menjatuhkan Malayan Union sehinggakan wakil dua parti politik British dari parti Konservatif dan Labour terpegun dengan semangat perjuangan orang Melayu ketika itu. Ini merupakan salah satu sebab utama untuk mereka melaporkan keadaan sebenar penentangan orang Melayu pada ketika itu kepada parlimen British.
    Satu lagi yang amat menarik minat saya ketika itu ialah ketokohan dan kemimpinan Dato’ On dalam memimpin orang Melayu ketika itu. Beliau adalah seorang yang mempunyai pedirian yang amat tinggi dan berintegrasi sekali, pernah Dato’ Onn keluar dari mesyuarat untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan wakil kerajaan British dan raja – raja Melayu kerana tidak bersetuju dan bertelingkah mengenai soal – soal pokok dengan pihak British. Beliau juga berani mengkritik dan berdepan dengan pihak British dan juga raja – raja Melayu, contoh yang amat baik sekali (classic example) ketika beliau menghalang raja – raja Melayu dari menyertai majlis perlantikan gabenor Malayan Union yang pertama dan terakhir Sir Edward Gent, bedasarkan dari buku tersebut, beliau telah memberi kata dua kepada raja – raja Melayu tentang kesan yang akan terjadi jika raja – raja Melayu meneruskan tindakan menyertai majlis tersebut, hasilnya raja – raja Melayu tersedar dari lamunanya dan bersama – sama orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union, ternyata orang Melayu ketika ini amat memerlukan seorang pemimpin sepertinya dan juga Tun. Saya percaya Tun juga amat memahami isi dan sejarah perjuangan orang Melayu ketika itu, malah saya amat percaya sekali yang Tun juga mempunyai pengetahuan yang amat mendalam sekali dan sekira Tun dapat coretkan serba sedikit kisah perjuangan mereka didalam blog ini. Saya rasa ianya perlu sekali memandangkan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak benar – benar memahami sejarah kemerdekaan negara kita yang dicintai ini. Kerana itulah polemik politik negara kita baru – baru terjadi kerana kekurangan pengetahuan mengenai sejarah negara kita sendiri.
    Tun………… saya amat yakin dan percaya yang Tun akan mempertimbangkan permohonan saya ini. Ini kerana masa depan negara kita terletak pada anak cucu kita yang menyedari tentang daripada mana asal kita dan datuk nenek kita. Percayalah, jika maruah negara kita tergadai dan jika dijajah lagi, pemimpin – pemimpin kemerdekaan negara kita yang didalam kubur akan mengutuk anak – anak cucunya jika kita tidak menyambung daya usaha mereka ini.
    Saya berasa terpanggil untuk mencoretkan komen ini atas dasar kesedaran saya dan berdasarkan pemerhatian saya terhadap situasi semasa dan juga pergaulan harian saya dengan kebanyakan orang dan juga kawan – kawan saya. Saya tidak memepunyai data untuk menyokong saranan saya, tetapi hanyalah berdasarkan pemerhatian cetek saya ini.
    Akhir sekali saya pohon ampun dan maaf kiranya pandangan saya ini amat berlainan atau bertentangan dengan pandangan Tun.
    Sekian terima kasih.

  119. PM Will Brief The Rulers On The Latest Political Situation In Perak At The Next Conference
    KUALA LUMPUR, Feb 15 (Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said in Kuala Lumpur today that he will brief the rulers conference on the latest political situation in Perak at the next conference of rulers meeting.
    comment:
    Bila? Sempat lagi ke Pak Lah hendak “brief” Raja-raja.

  120. Najib selepas jadi Presiden UMNO mesti pujuk Tun M pulang ke pangkuan UMNO. Ini mesti di beri keutamaan. Najib mesti selalu berbincang dengan Tun M. Dia mesti terima hakikat bahawa pemikiran bernas Tun M masih lagi diperlukan. Tidak rugi bila mendapat buah fikiran dari boss lamanya.
    Serupa juga dengan Tengku Razaleigh perlu juga di beri ruang untuknya bersama-sama untuk mendapatkan khidmat nasihat darinya.
    Jangan jadi sombong bodoh dan dah bodoh stupid.
    Najib mesti rapatkan dan penuhkan “saf” ahli-ahli UMNO supaya tak ada ruang kosong di celah-celah saf, kerana ruang yang kosong inilah yang “setan dan iblis” akan menempil untuk membisik-bisik dan kacau jati diri orang-orang UMNO supaya lupa diri, sombong dan bongkak.
    Tidak keterlaluan juga jika Najib dapat memujuk Nik Aziz supaya PAS masuk BN. Kalau Nik Aziz nakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai syarat untuk masuk BN bagi je lah dia. Najib boleh “create” satu lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 untuk PAS ,Timbalan Perdana Menteri 3 untuk MCA dan Timbalan Perdana Menteri 4 untuk MIC (rotate dengan parti BN lain).
    Just give a chance whether such arrangement could work or not in order to stabilise the current political situation which is now very uncertain. It does not augur well if the current political scenario continues to be in limbo. It affects the stability and the security of our country. No harm to give a try. You create history, Najib !!
    As for Tun Musa, write him off. Just leave him alone with his “elegant silence” mode. Pak Lah can take care of him !!!

  121. Assalamulaikum Tun,
    i want to be specific in responding to this.
    Saya ingin menuju pemahaman saya terhadap saranan TUN kali ini kepada setiap Orang Melayu yang menentang sistem pembelajaran matametik & sains dalam bahasa english. Lebih-lebih lagi kepada setiap “Bijak Pandai” yang beriya-iya menjadi jagoh kebelakangan ini.
    Perkataan yang paling Utama yang disebut Tun adalah “PELUANG” dalam tafsiran saya mengenai catatan Tun kali ini.
    Penerangan:
    Janganlah kita menutup peluang anak-anak melayu untuk maju kehadapan disebabkan “Kelemahan Kita”. Kelemahan kita untuk menyampaikan atau menyempurnakan “Peluang” ini yang ternyata memerlukan satu jihad sapertimana sebuah jihad untuk palestin bertapa pentingnya. Maksud kelemahan secara terperinchi 1. Kelemahan “bijak pandai” untuk membuahkan fikiran untuk memupuk semangat setiap insan bagi menjayakan “Peluang” ini. 2. Kelemahan setiap tenaga pelaksana membuktikan “Peluang” ini mampu mencapai matlamatnya. 3. Kelemahan kesedaran setiap ibubapa betapa anak-anak mereka memerlukan “Peluang” ini.
    Saya harap dan berdoa melalui saranan Tun kali ini dapat membuka hati setiap mereka yang menentang “Peluang” ini diberi hidayah ALLAH sebaliknya.
    Wasallam

  122. Dear Tun,
    Ada 2 calon yang saya rasa ada peluang untuk BN menang selesa.
    1. Di Bukit Gantang – Abdul Wahub
    2. Di Bukit Selembau – Abdul Wahid
    3. Di Kuala Trengganu – Abdul Wahab (dah kalah)
    he, he, he, kah, kah, kah !!
    Tiga Abdul menantu kepada Sidique Segaraga !!

  123. Pak Belalang,
    PAS walaupun dengan segala kedaifan yang ada, tetap dengan pendirian mereka dan dari dahulu hingga sekarang masih kekal dengan prinsipnya. Dalam soal di Perak, mengapa PAS tidak menyokong UMNO kerana sikap UMNO yang lalang sebenarnya. Semasa lemah, PASlah yang dicari kononnya atas nama Islam. Tetapi masa UMNO kuat, PAS dikutuk macam-macam. Terutama zaman YAB Tun. Difitnahnya PAS dengan pelbagai cara. Namun PAS tetap boleh berdiri. DAP dan PKR lebih baik daripada UMNO kerana semasa susah dan senang tetap bersama. Bukan macam UMNO yang sombong, bongkak, tidak mengaku kelemahan sendiri dan lalang. Dah nak jatuh baru cari kawan.
    Pak Belalang tentu masih ingat, siapa yang menggelar DYMM Sultan Mizan sebagai ” natang ” semasa perlantikan Menteri Besar Terengganu. Bukan orang PAS tapi orang UMNO ( united Malay National Organisation – konon pejuang bangsa tapi namapun mengagungkan orang putih… kesian … hipokrit ! )

  124. Pak Belalang,
    Bendahara Tun Perak pernah derhaka titah raja dengan tidak membunuh Hang Tuah demi kepentingan rakyat. Akhirnya orang yang dibenci raja inilah yang membantu raja. Orang yang membodek raja inilah yang sebenarnya memusnahkan raja. saya ” salute ” kepada YAB Tun kerana beliaulah yang berani berkata benar kepada raja. Kemudian YB DS Nizar menjadi orang kedua yang berani berkata benar kepada raja. Biarlah kita menjadi benar-benar penyokong raja bukannya sokong yang membawa rebah. Jangan jadi satu hari nanti rakyat benci kepada raja kerana pembodek-pembodek raja ada kepentingan ini. saya juga terfikir, sekiranya Dato’ Onn Jaafar tidak berani “menderhaka” titah raja-raja Melayu menentang Malayan Union sedangkan pada masa tersebut semua raja-raja Melayu telah termakan janji Inggeris dan telah bersedia untuk menandatangani perjanjian Malayan Union. Itulah pejuang sebenar yang sanggup berkata benar, kerana hanya ALLAH (s.w.t ) sahaja yang tidak boleh disanggah. Saya harap Pak Belalang boleh berfikir rasional!

  125. Yg Amat Berbahagia Tun,
    Saya seorang guru yang terlibat secara langsung dengan PPSMI. Pada pandangan saya sangat tidak adil untuk guru dipaksa mengajar dalam bahasa Inggeris sedangkan kami belajar dahulu dalam bahasa Melayu. Sepatutnya kerajaan menyediakan dahulu guru-guru yang mampu mengajar dalam bahasa Inggeris dengan baik sebelum melaksanakan dasar ini. Tidaklah membazir. barulah dasar ini akan berjaya. Saya lihat apa yang terjadi sekarang bukannya pelajar makin pandai berbahasa Inggeris bahkan makin keliru dengan subjek itu sendiri. Ini kerana gurunya tidak boleh menyampaikannya dengan baik dalam bahasa Inggeris. Para pelajar boleh belajar dalam pelbagai bahasa. Mereka tidak ada masalah. Tapi kita tidak sabar. Ada saja idea, tanpa perancangan yang teliti, kita terus hendak laksanakan. Semuanya ada pertimbangan politik dan RM. Kita lihat siapa yang untung dalam membekalkan CD pengajaran dalam bahasa Inggeris yang tidak bermutu dan harganya mencecah jutaan ringgit? Siapa yang dapat kontrak membekalkan notebook yang “spec”nya terlalu “basic” tapi harganya RM5000.00 sebuah? Hinggakan harga selenggaranya sama dengan harga notebook. Keadaan ini menjadikan guru dan pelajar menjadi mangsa. Orang lain boleh memberi pelbagai alasan. Tapi hakikatnya, pelaksanaan dasar secara terburu-buru membebankan guru dan pelajar. Sepert juga dengan dasar Sekolah Bestari. Apa sudah jadi sekarang? Semuanya telah hancur. Kini kita sibuk pula dengan sekolah kluster. Semuanya nak jadi hero. Berhujahlah dengan bermacam cara. Kami guru-guru sebenarnya lebih arif tentang perkara ini. Kami sebenarnya amat sedih dengan hero-hero yang ada jawatan ini yang berlagak sebagai pandai. Janganlah kita berhujah tanpa akal yang mendalam seperti Pak Belalang. Sokong YAB Tun boleh tapi, fikirlah dengan mendalam. Faham konteks dan jangan berat sebelah.

  126. Hamba tersenyum kambing membaca luahan rasa hati saudara dan saudari. Ada dari kalangan UMNO/BN, ada dari kalangan PR, ada juga yang berkecuali. Masing-masing dengan pendapat yg tersendiri. Alangkah bagusnya jikalau pemimpin Melayu bersikap terbuka dan mahu mendengar dan menganalisa pendapat-pendapat kalian semua. Memang tidak dinafikan ramai yang menulis di sini dari golongan profesional dan bijak belaka. Mungkin lebih pandai dari pemimpin Melayu UMNO yang ada. Kalau cakap Memanda Tun M pun mereka buat tak endah aja malah dikata nyanyuk pula. Inikan pula kita.
    Wahai Pembesar Melayu UMNO sekalian! Bacalah komen kami di sini! Analisalah dan fikirkanlah kerana ada masa lagi.. Kalau masih lagi tak sedar diri.. Lagi nak dok ligan projek sana sini.. Rakyat pun cemuih dengan sikap pemimpin UMNO masa kini.. Maka rakyat jelata akan ajar lagi di PRU nanti.. Depa akan kata “Jangan salahkan kami.”

  127. Salam Tun,
    Tun tuliskan topik ini kerana Tun ingin tahu apakah pemikiran generasi baru kita. Kini, kita terdapat 2 juta pemilih muda yang boleh memberi impak pada PRU 13. Tun hanya boleh komen tentang orang Melayu kerana Tun sopan dan seorang melayu, jadi non-melayu jangan cemburu dan salah faham, okay.
    Orang ulu atau orang pekan sebenarnya adalah sama tak kisah dia kaum apa. Yang membezakan adalah

  128. Assalamualaikum,
    Terus terang saya adalah antara penentang Tun ketika berbangkitnya isu ,melucutkan beberapa hak Sultan Saya masih ingat ketika itu kepimpinan UMNO yang begitu taksub dengan Tun berarak menyokong tindakan Tun.
    Hari ini apabila DAP/PAS mempertikaikan kedudukan Raja di Perak maka Tun Mahathir menjadi rujukan tindakan mereka. Tun Mahathir dan UMNO di anggap perintis dalam penderhakaan ini.
    Bagaimanakah UMNO dapat mempertahankan diri sekarang?
    Dan jangan lupa UMNO dan Tun Mahathir juga merupakan perintis kepada penghapusan bahasa Melayu dengan menggunapakai Bahasa Inggeris dalm Matematik dan Sains , maka secara tidak langsung menjadi perintis dalam menderhakai artikel 152 perlembagaan persekututan.
    Hari ini UMNO terperangkap oleh jerat mereka sendiri dan saya melihat UMNO masih gagal menjawab persoalan ini dengan tepat.
    Saya masih menunggu jawapan nya..
    rujuk..
    http://jedyoong.com/
    Wassalam.

  129. Salam Tun,
    Saya suka cara bahasa Tun yang bersahaja. Sesuai dengan makcik suri seperti saya ni.
    Faham sangat apa yang cuba Tun sampaikan. Harap benar bangsa kita ini akan sedar suatu hari nanti.Terima kasih.

  130. Assalamualaikum Tun Dr,
    saye memang peminat tun dr dari dulu..
    walaupun kadang2 sedikit padangan Tun saye kurang setuju..
    hari ni baru je sign up and dapat komen..
    Terukanlah berbakti..
    mudah-mudahan banyak lagi Pejuang seperti Tun Dr yang akan lahir..

  131. Selangor Offers RM2.06 Billion To Buy Splash
    KUALA LUMPUR, Feb 13 (Bernama) — The Selangor state government has offered RM2.06 billion to acquire the water assets and operations of Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
    The offer price is based on the valuation of Splash’s water assets using the capitalised value as at March 31, 2008, Gamuda Bhd said in a filing to Bursa Malaysia Friday.
    comment:
    I think it is a very stupid move by Pakatan state government. The money can be better utilised for other development projects. MB Selangor is too obsess with his corporate mentality.
    Khalid must remember that he is running a government and not a company. He still feels that he is a clever corporate man. No, he is not. He failed in the corporate world. He did not prove anything exceptional when he was the CEO of Guthrie.

  132. Dear Tun
    Have just been observing the local politics and as a very concerned citizen, I think we are decaying. Whilst the world is at face with a global crisis, we are bickering on small issues internally. I hope we will wake up and start doing something for ourselves – as a nation rich in resources, I think we are wasting away very good potential to be a nation that can drive / lead the region. Unfortunately, a lot of these resources are not fully maximised as a result of personal greed and slow changes of policies and regimes deeply set from the past. There certainly needs to be a change in mentality of the local citizens – your write up of Orang Ulu is very pertitent – but only to a group that is today very hard to find. The young today are extremely spoilt and no longer understands struggles. They do not have the stamina and are reliant on a system that continues to fuel complacencies.
    I am just a local citizen with no connections. I wish for you to actually use the services of our government personally (not as a Tun but as a normal rakyat) to experience what the majority real rakyat sees – not just an academician from a far nor a commentator from a desk. Also, please try to interview and hire a vast majority of our citizens today. They have the qualifications from the local education system which leaves them with a lot of theory. However, it is very evident that they lack the right attitude and stamina to carry the principles & values that will drive a nation towards a change or growth/ success. We should not be trapped into thinking that we will ride and sail in and out of success automatically in life without effort. We need to be a nation that is hungry for growth and improvements as a result of hard work & innovations – not hand outs. Help is only help when the system is there to lend support – however, if the system creates a system of full reliance, it becomes a heavy liability to the nation because we will have created a population of hippopotamus.
    I am well travelled and often compare ourselves to what I experience and see outside. I am saddened with the way we handle our resources. As a citizen, I always feel that we always have had the correct visions and certainly the ability to charge ahead of our neighbours to be far better than them. Unfortunately, a lot of these are destroyed in the process of personal greed and gain leaving a very bitter impression. Today, when we hear that it actually costs a lot more to do business in Malaysia compared to our neighbours, it starts becoming worrying. I am disillutioned on which politcal party will be able to correct this disease that we currently are at face with. However, I do know that if we do not focus on nation building and continue with the visions set, we will start to break.
    I would very much like to meet with you one day to just share with you my thoughts. I admire that you have chosen to be independent and provide views from the sidelines. That is all from me – a well travelled disillutioned citizen who feels that there is only a minority trying to make this change/ challenge work.

  133. Ya Khir Toyo ditangkap semalam.
    Tapi jangan terperanjat bukan ditahan Badan pencegah Rasuah tetapi ditahan polis kerana berdemonstrasi dihadapan rumah Karpal Singh di Penang untuk menyerah memorandum bantahan.
    Ditahan dan dilepaskan pada hari yang sama setelah disoal-siasat oleh polis.
    Peliknya, Karpal berada di KL tetapi kenapa Khir Toyo bersusah payah sampaike Penang untuk berdemonstrasi?
    Khabarnya demo yang nak dibuat pun terbatal. Memo pun tak berjaya untuk dihantar kepada Karpal. Tapi fofular lah sekejap Khir Toyo rasanya.
    Sekarang zaman berbagai orang mahu menjadi hero.
    Beberapa hari yang lepas Khairy Jamaluddin juga berbuat yang serupa berdemo di Perak,mungkin Khir Toyo juga tidak mahu dilihat ketinggalan bas.
    Comment:
    Khir Toyo ni dah lah bodoh, stupid pulak ! Mungkin kononnya nak ambil kesempatan nak raih undi untuk calun Ketua Pemuda. TAK ADA KLAS !!
    Khir Toyo sama lah dengan KJ. Dah terlambat untuk meraih undi. Kita dah tau sapa Khir Toyo dan KJ yang sebenar. Tak payahlah nak berlindung dengan cuba nak jadi jaguh. Jaguh taik kucing, kata orang Johor !!! he,he,he, kah, kah, kah

  134. Reminiscing about the past is a luxury everyone has but working towards the future is what is most important. I too have bittersweet memories about days gone by. Funny thing is that even when we spoke different languages, everyone understood each other and gave that mutual respect. I remember a time when all races were brothers and sisters, no one higher in status than the other. I remember eating in common places and walking in markets where EVERYONE mingled together. There was no justification by anyone of which race was supposed to be more privileged than the other or who should be. Life was simple.
    People simply carried out their lives with mutual respect for one another and were simply decent. The word “decency” is lost in our world today.
    I have never agreed to all of what you have done although I do agree to some extent, with what you had to do to run a country. Knowing everything about someone’s life does not really mean you know everything about the person and I sincerely wish I could have known you in person.
    Hope is the offspring of faith after prayers have not been answered. Reality is what we struggle through everyday to sustain what we believe.
    I sincerely believe that what we need today is a sense that we are all ONE and that to move forward, we need to move together as one.
    From the beginning, everything changes and I know that the only thing constant in life is change.

  135. Salam Tun,
    Pada pandangan saya, Kita hendaklah gigih berusaha. Semua orangpun mendapat PELUANG tak kiralah dari ulu, hilir atau darimana berasal. Persoalannya:-
    >Apa itu peluang?
    >Bila masa ada peluang?
    >Bila datangnya peluang?
    Seseorang itu akan nampak peluang walaupun berada dalam kegelapan malam. Kita semua kena kenal apa itu PELUANG, kerana peluang itu berada dimana-mana tanpa had dan batasanya. Bebaskanlah diri dari berjiwa hamba. Kerana kita masih lagi berasa terpenjara. Janganlah kita, menanti peluang….jika kita sendiri tidak mengenalinya. Kerana Peluang itu tidak seperti pipih yang datang melayang dan yang bulat datang bergolek…atau berkaki diberi tongkat.
    Pandanglah kehadapan dengan keberanian ke padang permainan itu. Kerana ianya sama dan rata telah Tun sediakan untuk kita bermain.
    Kerana permainan ini mengambil masa yang panjang dan tidaklah mudah dan ada berkesudahanya.
    Wasallam YAB Tun.

  136. Dear Tun,
    Assalamualaikum!
    I hope you will still have some time to explain on this comment.
    I am not sure if there is some one or some kind of an analytical body in our country that analysis benefits and losses created by Airasia to our country? I am an ordinary person, ever since Airasia came into existence, I flew nearly 30 times overseas to our neighboring countries with my family, friends, collages so on and so forth. If I think for a while, 25 times was really unnecessary. I hardly see any people on that flight from our neighboring countries, if there were any, either the domestic helpers or the workers returning home or groups of new workers coming to work in our country. Where ever we went we bought package tours of 3-4 days from travel agents that looked very cheap RM400-RM700, all in, we did shopping in those countries, everything looks & feels very cheap, we all feel happy for some time until we come back, start usual activities and realize that we had spent at an average of RM1200 all together for ticket, package and shopping. I felt that after every trip, I spoke to my friends and most of us had felt the same way until we see another Boom of Free seats and the phenomena repeats.
    Lately ever since Airasia has been pushy for so called Labu Airport, I start thinking about this. Airasia has flown now more than 30 Million people. Is there anyone recording? how many of those are Malaysians going overseas? How much shopping do they do out side the country and bring back to this country without paying any tax? How much that costs to Malaysian Economy? How many foreigners fly to Malaysia and how many of those come with their merchandise? Pay no taxes, sell that in Pasar Malam’s then take money home and come back with more merchandise? How many of those foreigners stay back as illegal workers who couldn’t take the traditional under water roots of illegal immigrants? How many foreigners come to Malaysia as real tourists for the first time but look down at Malaysia due to rude & no service minded Airasian staff and swear never to turn back? I hardly see any TV ads from Airasia in other countries ( I may not see because I am not there for longer periods) but I see Airasia does everything to send Malaysian money out of this country, he takes his service fees ( I am not sure if he pays tax for that, he might be getting tax rebates under some kind of privileges), the bulk goes to Airbus or the banks that finance the purchases but I feel someone should calculate the damage that is being done to this country. If it is left unchecked, we will see our country full of low cost goods in our homes, in the markets, in the streets. We will see low cost labor flying in and out of the country taking the jobs of our high cost educated people. Please some one stop this man>>>> please check on him>>>> please save our country.

  137. Salam Tun,
    Kisah orang ulu ni harap dapat difahami dan dihayati oleh mereka yang masih mahu pembelajaran matematik dan sains ditukar kembali ke bahasa melayu.
    Tahniah Tun.

  138. Umno Youth by-elections machinery that starts first without new leader: KJ
    KUALA LUMPUR, Sat:
    KUALA LUMPUR: Deputy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin proposed today that the movement prepare in advance the election campaign machinery for the Bukit Gantang and Bukit Selambau by-elections without waiting for the winner of the youth chief

  139. Salam Tun,
    Di harap sihat selalu..
    Saya menyokong kata-kata Tun bahawa orang ulu jika diberi peluang dan perhatian untuk diberi peluang, kalangan mereka akan berjaya setanding yang lain..
    Pada amnya, orang ulu datang dalam kalangan orang yang tidak berkemampuan, kurang perhatian dan pendedahan..Saya sendiri yang juga berasal dari tempat ulu, Jeneri,Sik Kedah mengalami pengalaman itu sendiri apabila cuba keluar daripada kelompok lama dengan mencari pengalaman luar bermula dari sekolah Tun sendiri, Kolej Sultan Abdul Hamid(2000-2002)…Alhamdulillah, dengan rahmat Tuhan, di samping menjadikan Tun sebagai idola saya, saya kini mampu untuk berdiri ditengah2 masyarakat dengan menganggap, semua orang mampu untuk mendapatkan sesuatu jika diiringi usaha dan doa..
    Salam
    Hidup Tun!!!!
    http://www.nbsbizz.blogspot.com

  140. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin..
    ………………DAH TABIAT
    Memang dah jadi dasar, skrg jadi tabiat perbuatan mengalih tiang gol ini. Nak kekal martabat bangsa konon. Tak mampu belajar sesuatu minta diubah, tak mampu lulus turunkan markah lulus, tak mampu dapat kerja krjn kena tanggung. Hai lah nasib prestasi SK dan taraf universiti.
    Dasar memudahkan yg susah bukan mengasuh mendidik sampai boleh, perosak bangsa dan negara. Nak lulus dgn ujian yg senang, dgn ilmu yg sedia ada bukan ilmu yg baru. Pembelajaran untuk meluaskan pengetahuan (bahasa serta ilmu lain) bukan mengagungkan apa benda. Itu kemudian.
    ……………..UJIAN WARNA
    Kalau sekolah dan ujian bukan nak didik dan pilih yg terbaik, tapi nak angkat satu warna buangkan saja ujian. Luluskan semua ikut warna.
    Pengagungan apa kalau bangsa takut gagal. Bangsa berjaya bahasanya dihormati, lihat Jepun, Korea. Bahasa di Somalia, Zimbabwe, Myanmar, Laos pun gagah juga?
    ……………..DULU ULU SKRG DAHULU
    Martabat bangsa apa kalau hanya bermegah dlm negara (krn majoriti dan keistimewaan) tapi tersungkur diluar negara. Lihat prestasi skrg (dipenuhi satu bangsa) dgn dulu (waktu majmuk) dibidang ini.
    Sektor awam 40 thn dulu dan skrg
    Banding prestasi sektor awam kita dgn S’pura, Hong Kong, Korea, Taiwan, Jepun yg dulu setanding atau dibelakang. Sektor awam kita corot, rasuah tertinggi. Tanya pelabur, warga asing dan kajian.
    Ramai orang berpendapat sektor awam dipenuhi satu bangsa krn mengimbangi sektor swasta. Tak salah, tapi lihat kesan tiada persaingan dan perlindungan disektor awam.
    Sektor awam sarat dgn pekerja kuat curi tulang, makan rasuah, malas kerja berkat ketuanan bangsa?
    (Saya alu alukan pengorbanan pekerja rajin yg menanggung beban dilepaskan golongan bukan sedikit ini)
    Bolasepak dll sukan 40 thn dulu dan skrg
    Ranking jatuh teruk ke hampir 160 ditinggalkan Thai, Vietnam jgn sebut Jepun Korea. SJK tiada kemudahan sukan dan padang.
    Badan kehakiman 40 thn dulu dan skrg
    Tanya pendapat kajian dan pelabur asing
    Polis 40 thn dulu dan skrg
    Tepuk dada tanya selera. Banding negara di atas krn tiada bandingan di dalam negara.
    Universiti 40 thn dulu dan skrg
    Tersenarai dlm ranking berkurang dan menurun, tapi negara lain bertambah dan naik.
    Bank Bumiputera (satu bangsa) dgn Maybank (lebih majmuk)
    Siapa dah lingkup?
    Proton dan Perodua (pengurusan lebih majmuk)
    Orang untung tanpa subsidi dia rugi dgn subsidi.
    Bukan mengagungkan sesiapa tapi menunjuk kesan gejala perlindungan melampau. Tak nampak dari dalam. Lihat ke luar negara baru jelas.
    Masyarakat yg bersaing akan dapat berkat kejayaan, yg lena dalam tempurung keistimewaan,ketuanan dan keagungan bahasa berdepan dgn laknat si perasuah, pemakan rasuah, politik wang, perpecahan.
    ………………PENGUASAAN PERNIAGAAN
    Yg mengeluh sektor perniagaan dikuasai bangsa lain, lihat kemampuan sendiri jgn asyik menuduh orang busuk hati konon nak menggagalkan kamu. Rakyat M’sia lain akan rasa bertuah, tumpang senang, dapat nikmat dan limpah kesejahteraan dari kejayaan bangsa kamu. Apa yg nak iri hati krn kita dapat faedah juga dari kejayaan sesiapa.
    Orang otak kerdil saja nak jiran, kawan dan rakyat lain miskin. M’sia pun tak mahu jiran Indon, Filipina, Vietnam, Thailand miskin terus, hanya krn kita nak kaya. Rakyat M’sia lain tiada niat Melayu sentiasa miskin dibelakang. Hanya racist Umno berfikir begitu.
    Nasi baik sektor perniagaan kita mampu bersaing dgn peniagaan di Jepun, Korea, Taiwan Hong Kong S’pura dll. Kalau ikut ranking sektor awam (dll yg disebut atas), kita terngagah harapkan hasil minyak dan balak. Nasib baik minyak sawit usaha majmuk.
    Kejayaan sektor swasta kita ialah krn persaingan dari iklim majmuk dan bercampur. Sektor awam..hai lah nasib!

  141. Ayahanda,
    Beri sy ruang utk menjwb coretan oleh CikguDariUlu, Feb 13, 9:59PM, yg ditujukan kpd saya. Terima kasih Cikgu. Sy harap anda benar2 seorg guru.
    Sebelum itu cuba baca dulu komen sy pada Feb 13, 12:37 PM sprt dibwh:-
    ……………………..
    Ayahanda,
    Saya dapati ramai yg menyokong PPSMI dgn alasan supaya anak2 kita dpt berBI dgn baik. Kenapa gunakan dua subjek kritikal yg perlu dpt markah yg baik utk melanjutkan pelajaran dlm bidang teknikal nanti, utk menguasai BI? Kenapa tidak matapelajaran lain yg tidak kritikal? PPSMI akan menyebabkan kurangnya pakar teknikal Melayu di masa hadapan. Awal2 lagi kita menyekat peluang anak2 ini. Hanya yg berkemampuan sprt saya yg dpt peluang ini. Sy bukan berjuang utk diri saya tapi utk org lain yg teraniaya. BM atau BI pd saya tiada masalahnya. Tapi utk majoriti anak2 lain, tidak begitu.
    Apa bezanya sblm PPSMI dan selepas PPSMI ttg penguasaan bahasa budak China dan India? Mereka tetap berpeluang utk menggunakan 3 bahasa. Kita tetap juga berpeluang utk dua bahasa. Peluangnya sama sahaja. Nak tahu berBI, guna masa matapelajaran BI. Yg penting, jgn sampai makin ramai anak2 Melayu yg tidak berpeluang mahir dlm Sains dan Ilmu Hisab kerana masalah bahasa!
    Hapuskan PPSMI!
    …………………
    Dan minta juga Cikgu baca komen AnakWalid Feb 13, 8:12PM dan Lizafao Feb 13, 6:29 PM.
    Cikgu,
    Sy dah kata sy tak pernah memperlekehkan org kg, sbb sy org kg dan bangga menjadi org kg. Sy juga selalu balik kg saya di Perak dan bergaul dgn org2 kg saya dan kejiranan saya skrg di Butterworth. Sy juga dulu aktif dlm Kelab UMNO. Skrg sy ahli UMNO, penyokong kuat UMNO dan aktif dlm UMNO di Perak. Tapi sy menolak jawatan tinggi dlm UMNO kerana sy mendgr nasihat Tun M utk kumpul kekayaan dulu sebelum menceburi politik.
    Sy juga selalu memberi tuisyen percuma kepada anak2 kejiranan sy, dan amat sygkan org2 kg saya. Kalau boleh sy mahu semua org boleh merasai kemewahan yg sy kecapi skrg. Sy produk DEB, dan sy produk PPSMBM!
    Sy juga amat menyanjungi Tun M. Tapi bukan semua yg Tun M buat, semuanya baik. Itu hakikat yg kita kena terima. Tun juga tidak maksum, tak lari dr membuat kesilapan, contohnya perlantikan PM sekrg dan PPSMI. Mungkin semasa perlantikannya(PM skrg) dan semasa perlaksanaannya (PPSMI) awalnya, nampak elok tapi masa membuktikan sebaliknya…
    Sy juga dulu belajar S&M dan matapelajaran Teknikal (sy dulu Sek Teknik) dlm BM. Yg penting kita tahu intipati ilmu itu, bukan bahasanya. Ilmu boleh dipelajari dlm bahasa apapun. Yg terbaik adalah dlm bahasa Ibunda. Bila dah faham kita boleh “apply” atau masukkan dlm konteks apapun baik ketika belajar ataupun ketika kerja. Tapi jika bahasanya pun kita tak faham, bagaimana kita nak faham ilmunya.
    Ye ke semua mesin di kilang guna BI? Adik saya kerja di kilang Jepun di Kulim, kerjanya dulu menterjemahkan arahan mesin Jepun (dia dulu belajar di Jepun, tak perlu pun belajar S&M dlm BI) ke dlm BM dan skrg ke BI (kerana terlalu ramai yg mengagungkan BI). Tak ada masalah pun.
    Saya dulu belajar istilah S&M dan kejuruteraan dlm BM, kemudian ke USA, tak ada masalah pun menukar istilah BM ke BI. Dan bila balik ke M’sia, tukar pula istilah kejuruteraan ke BM jika berurusan dgn JKR. Tiada masalah pun. Yg penting kita faham intipati ilmu itu.
    Saya dulu seorg Jurutera Awam dan skrg seorg majikan. Semua kakitgn sy lulusan IPTA, ketika baru kerja tak faham mereka istilah kejuruteraan dlm BI. Sekali dibagitau, dah tahu mereka apa istilah yg dimaksudkan. Masalah ke?
    Contohnya anak sy dah 5 tahun melalui PPSMI, soalan yg senang pun jadi susah kerana tak faham apa yg ditanya. Bukannya istilah yg tak difaham tapi soalannya. Masa dwibahasa ok lah. Tapi, tiada masalah, sy boleh ajar, sy boleh hantar tuisyen. Tapi ibubapa yg tak mampu, bgmn? Ibubapa yg tak faham BI, bgmn? Kalau setakat sekolah rendah dan menengah, berapa byk sgt istilah yg digunakan. Lainlah semasa peringkat universiti.
    Nak belajar sesuatu dlm bahasa yg kita tak fahami, mmg memerlukan pelajar yg cekal, cerdik dan tabah. Ramai ke dari kalangan anak2 Melayu kita yg begitu? Jawablah secara jujurnya… Takut ramai anak2 ini kecundang sebelum sempat berjuang ke penghujung.. Seorang kecundang pun cukup utk merugikan negara. Realitinya begitu skrg ini. Ramai yg ponteng kerana PPSMI. Mmg buruk bunyinya, tapi itulah realitinya yg mungkin ditolaketepikan oleh penyokong PPSMI. Contoh ini sy ambil di kg saya dan kejiranan sy (bukan kg).
    Masa sy balik ke M’sia, saya dapati byk buku2 akademik dlm BM. Baik S&M, baik kejuruteraan. Kalau kita teruskan PPSMI, lama kelamaan tiada lagi istilah2 dlm BM. Lama kelamaan bahasa ilmu hanya dlm BI. BM mati jadi bahasa harian atau bahasa percakapan sahaja. Matilah ketamadunan ilmu Melayu. Selepas dijajah lebih 500 tahun, takkan kita tak mahu mengembalikan kegemilangan Melayu, dlm bahasa kita. Ketahuilah, skrg ini pun di kebykn negara, kursus BM di universiti2 luar negara mendpt sambutan hangat. Ramai yg ingin berbahasa Melayu. Tapi kita? Mmg elok tahu berBI tapi bukan dgn cara PPSMI.
    Buku2 tadi hanya akan jadi pameran dlm Muzium, sebgmn Tulisan Jawi.
    Berkodi2, beribu2 lagi alasan kenapa PPSMI patut dimansuhkan. Ruang yg kecil ini tak mungkin dpt menjastifikasikannya. Sebenarnya dulu sy juga penyokong PPSMI sbb sy hanya memikirkan lingkup ruangan keluarga saya sahaja. Sy tak ada masalah dgn PPSMI. Tapi sy fikirkan org2 yg buntu dgn PPSMI. Tiada yg boleh menolong mereka kecuali PPSMI dimansuhkan. Jgnlah biarkan mereka terus dibelenggu
    begitu. Apa kita hendak ikut cara British… anak nelayan, jadi nelayan, anak petani jadi petani, anak jaga jadi jaga, dll. Sy anak pekerja kg, Alhamdullillah jadi Jurutera Awam dan Ahli Perniagaan. Semua hasil DEB dan menjalani pembelajaran dlm Bahasa Melayu.
    Kita makin dihimpit bangsa asing. PPSMI ini juga agenda yg melemahkan Bangsa Melayu. Makin ramai pemonteng, makin ramai anak Melayu melepak, makin ramai Mat dan Minah Rempit, makin ramai anak luar nikah. Bila anak2 ponteng, mereka pergi mana? Jadi fikir2kanlah…
    Terima kasih cikgu dan ayahanda.
    Hapuskan PPSMI!

  142. “No one is above the law and we leave it to the court to decide,” Pas Youth Chief told reporters after chairing the movement’s monthly meeting here today.
    comment:
    Yes, no one is above the law except the Sultans acting as Heads of State. They have been accorded immunity as Sultans to rule their States according to the Constitution. But as an individual, yes, the Sultan is like the rest of the rakyat not above the law, period. No argument!!

  143. Assalamualaikum Tun,
    Sebenarnya ramai juga Melayu yang pandai tapi kebanyakan Melayu yang pandai ni suka makan sorang atau dengan kawan-kawan dia saja.

  144. Umno To Explain To People On Country’s Political Situation
    TEMERLOH, Feb 14 (Bernama) — Umno will continue to explain to the people on the country’s political situation in the run-up to the by-elections for the Bukit Gantang parliamentary seat and the Bukit Selambau state seat on April 7.
    Its Information chief, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, said the explanation on the political crisis in the country, especially in Perak, was crucial so that the people in both the constituencies could see the attitude and the type of people the opposition leaders really were.
    comment:
    Hey, Mike Tyson. Jangan sibuk lah. Just prepare yourself to retire from politics. We do not want you to go around town Bukit Gantang to do the explanation. You will spoil the party !!

  145. MB And Six Excos To Face Privileges Committee
    IPOH, Feb 14 (Bernama) — Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and six state executive councillors who took their oaths last Tuesday will be referred to the state legislative assembly’s committee of privileges this Wednesday, said Perak Assembly Speaker V. Sivakumar.
    Sivakumar, who chairs the committee, said notices to attend had been sent to Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Zainol Fadzi Paharudin through the assembly secretary, Abdullah Antong.
    Sivakumar said the decision follows a complaint letter sent to him by Canning assemblyman Wong Kah Woh on Thursday that the seven Barisan Nasional assemblymen (BN) be referred to the committee for contempt of the state assembly.
    comment:
    Hey, Sivakumar don’t find loopholes lah. You are fighting a losing battle, period. Don’t make a mockery. The state govt. of Pakatan is already defunct. Accept this reality the sooner the better.

  146. Dear Tun,
    Selangor MB Agrees With Sultan’s Views
    SHAH ALAM, Feb 14 (Bernama) — Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim today said he agreed with the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah’s reminder for the people to think carefully before resorting to actions which challenged the rights, role and position of the rulers as guaranteed under the Federal Constitution.
    “I agree with the Sultan of Selangor’s views in reminding the people that the federal constitutional system and state constitutional system are the constitutional monarchy system.
    “The Sultan has given a clear message to the people on acceptable ways and decorum in communicating and interacting with the rulers or palace,” Khalid told reporters.
    comment:
    Khalid is learning fast. But I just wonder if it happens to him. He might behave the same as Nizar. Cakap tak serupa bikin. Anyway, we give him the benefit of doubt how sincere he is or just being hypocrite to be in the good book of His Highness the Sultan of Selangor..

  147. Perak MB Pulls Out Of Umno Contest
    IPOH, Feb 14 (Bernama) — Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir has pulled out of the contest for the post of Umno Supreme Council member to enable him to concentrate on the state’s development.
    “If I join the race, I will have to travel throughout the country to introduce myself and meet the delegates. I hope members would understand and respect my decision.
    comment:
    No harm done if you want to contest. It is good for you to test whether you have the support of grassroot members.You don’t have to introduce yourself and meet the delegates. After all the members now know you as the Menteri Besar of Perak. You are now a “politcal celebrity” overnight!!

  148. VI Gets Back Its Name
    KUALA LUMPUR, Feb 14 (Bernama) — Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, which now has national heritage status, will revert to its old name of Victoria Institution (VI) beginning today as it is world renowned.
    “The world already knows its name as Victoria Institution so it is my pleasure to announce that its name beginning today will remain as Victoria Institution,” said Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
    comment:
    OK ! No argument to revert to its old name of VI. Please don’t make an issue, period.

  149. RM20 Million For Upgrading Of KTM Train Service
    PASIR PUTEH, Feb 14 (Bernama) — The Transport Ministry has allocated more than RM20 million for upgrading of the Keretapi Tanah Melayu (KTM) train service, especially to replace old coaches with old and more sophisticated ones.
    Its Deputy Minister, Datuk Seri Lajim Ukin, said upgrading of the service was necessary to ensure passengers travel in comfort.
    “The allocation does not include refurbishing of existing coaches, like installing air conditioners, and renovation of existing stations,” he told reporters after opening the Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Parent-Teacher’s Association meting here today.
    He said the train service to Kelantan would also have new coaches, adding that the coaches were scheduled to arrive in 2010.
    “We received many requests from Members of Parliament in Kelantan for the train service to be improved,” he added.
    comment:
    Watch out, who will get to secure the business of upgrading KTM train service especially in the replacement of old coaches to sophisticated ones. I hope this exercise would be transparent and no cronies would ever try to secure the business through backdoor. Enough is enough !!!
    The train service to Kelantan would have new coaches scheduled to arrive in 2010. Who is the lucky bidder who secured the deal? Is there any bid at all or just direct nego?

  150. Agong, Permaisuri Attend State Banquet
    KUALA KANGSAR, Feb 14 (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin and Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah attended a state banquet at Istana Iskandariah here tonight.
    The banquet, which was held to mark the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah’s silver jubilee celebration
    Also present were Perak Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, state executive councillors, state assemblymen including former menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
    comment:
    Former MB and ex-exco members also attended the banquet. Tak malu ke setelah mencaci, menghina dan menderhaka kepada Raja mereka?
    Itulah, kalau nak membuat sesuatu tindakan jangan melulu tak tentu pasal. Think, think and think wisely. Jangan ikutkan hati !!!

  151. RTM’s Best Mechanism For Digital Broadcast
    KUALA TERENGGANU, Feb 14 (Bernama) — The information ministry will review the best mechanism to ensure every household enjoys free broadcasts when Radio Televisyen Malaysia (RTM) shifts towards full digital broadcast by 2012.
    Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said RTM would then have 19 free-to-air television channels as compared to the current two.
    However, he said, the only minor problem was how to equip each household with a decoder to receive the digital signals.
    “We don’t know the cost of the decoder yet, and if it will be included in the overall cost of developing the infrastructure, or if the people would have to buy them.
    “If they cost around RM200 to RM300, we may consider giving the decoders free or a subsidy to those who cannot afford them,” he told reporters
    However, he said this might be solved in three years as television manufacturers were expected to produce televisions equipped with decoders.
    When RTM was fully digital, 110,000 broadcast hours would provide opportunities to 120,000 production houses and 53,000 jobs to produce quality shows, he said.
    comment:
    I am rather ignorant about the latest broadcasting technology. However, if the system needs decoder in order to have access to digital broadcasting I think the govt. should not subsidise or give FOC. It is too expensive to allocate such a huge budget to provide decorders to every household FOC.
    Shabery also said that the digital system when fully operational would provide opportunities to 120,000 production houses and create 53,000 jobs.
    I wonder whether the figures are correct. 120,000 production houses? Fantastic !!!

  152. assallammuallaikum yang berbahgia TUN,
    bukan main gqabong pasai anak orang ulu jadi kaya raya, betoi tu TUN,saya dengar orang kata saorang anak nuu ulu sabelah padang hang ada harta rumah berpuloh tingkat kat luak negeri bukan satu, bederek pula tu,kata nya lagi dinding,lanti,tangga,bumbong daripada cermin 2-3inci tebal nya,lalu saya tanya betui ka ni kalau betoi hang sumpah terus dia angkat tangan dengan melepas ” haram panah lintaq quran tiga puloh ” terkejut saya di buat nya terus saya tanya apa tu hang membebel, dah suruh aku sumpah, ni supah lah,lagi satu orang dripda ulu tunjang kut,tk brapa pasti,tapi ulu juga lah pun ada rumah pangsa mewah kat englad nilai pun juta juga,nak habaq bagi tau hang setahun kerap juga pi,pun sama orang ni pun mai drp nuu ulu sungai mati pun begenuak duit,kaya raya banyak duit,banyak harta,ramai anak bercambah cucu,tapi bini alhamdulillah only one satu saja… saya tanya pasai pa jadi lagu tu, orang ulu bayak kaya, entah lah kata nya depa pulon sakan kerja dapat duit depa simpoi kut tu la kaya, sabenar kami ni anak orang miskin sekolah kami pun nama sekolah melayu miskin masa tu memang terkenal penuntut maktab adul hamid nama nya miskin bin fakir dia memang terkenal,entah apa pasai dia terkenal saya dah lupa, yang masih saya ingat di panggong kechik(ROYAL)malam jumaat wayang tak main maka murid2 drp skolah derga,kancut,seberang perak,alor merrah,telok kecai,simpang kola,hindu kampong baru,cina tu lah sebelah smk tengku abdul halim dll dah lupa tak ingat,sebok ada pentas peraduan bahas bertajok ORANG KAMPONG LEBEH PANDAI DARIPADA ORANG BANDAR dengan keputusan semua sekolah bungkus apa lagi maktab AH no:1 tapi tu la kawan ketika tu macam zakaria hamid,salim hamid,azmi hamid,fauzi,bidin,arbain isteri penyani terkenal tanah air,fatimah hassan,fatimah ahmad,wan harun,syed idrus,wan chik,sheh halim,sheh khalid,ayub hashim,ramli arriffen,syed ali beggali,sarip benggali,alias johari lorong paglema,dan cegu macam pak ya,pak tuan,zubaidah,rohani(empat mata),zaharah,pura,ahmad salleh,noor azam,chat(gongcang loceng),manok botak,sarip(hero main bola),hassan dan cegu ugama ialah che ismail benggali,harun,shuib,abdul rahman,begitu lah hikayat kami zaman kanak2 rasa sedih juga tapi makanan biasa lah pagi2 menyurok pulut dengan tamban kering sama kopi O kau

  153. Assalamualaikum Tun..
    Jika pelajar pelajar gagal dalam Maths & sains dalam bahasa inggeris jangan salahkan dasar sahaja…
    Cuba kaji semula macamana cara cara bagi perlaksanaan dasar yang terbaik supaya setiap dasar yang di rancang dapat dijayakan sebaik mungkin dan berkesan…
    Adakah pihak kementerian merangka cara perlaksanaan dasar dengan cara yang terbaik???
    Adakah pihak pelaksana dasar (seperti kementerian, jabatan dan guru2) telah melaksanakan tugas nya dengan begitu baik sekali??
    Jangan hanya bekerja untuk mendapat gaji sahaja, sebaliknya anggap lah tugas pelaksana dasar itu sebagai satu jihat untuk benar2 ingin memajukan bangsa sendiri (anak2 melayu).
    Pendapat saya, memanglah sesuatu pembaharuan dasar itu akan mengambil sedikit masa untuk berjaya. Dan mungkin beberapa kelemahan akan dapat di lihat.
    Tapi tak bererti dasar itu akan gagal.., sebaliknya perbaiki lah kelemahan itu dari semasa ke semasa.
    Bagi yang membantah, janganlah mudah menolak bulat2 segala pembaharuan yang mengalami sedikit masalah…
    sebaliknya cuba anda sama2 berfikir dan memberikan sedikit cadangan bernas supaya sesuatu perlaksanaan dasa baru ini dapat dijayakan drngan cemerlang..
    Bagi yang membantah dan mengkritik maths & sains diajar dalam BI ini, cuba anda fikir.., adakah andabenar2 layak untuk mengkritik dasar ini???
    Anda siapa?????
    –NAML–

  154. Tun,
    Nak taya sikit. Apasal pelajar2 kat sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil tidak dimestikan belajar math n science dalam English mcm sekolah kebangsaan? Apasal pelajar2 sekolah Cina dan Tamil ini mempunyai options samada nak belajar Math/Science dlm bahasa ibunda mereka atau dalam English. Apasal majoriti pelajar Melayu yg belajar di sekolah kebangsaan tidak pula diberi pilihan samada nak guna BM atau English dalam bempelajaran Math n Science.
    Saya tak faham. Kalau English tu baik untuk Sekolah Kebangsaan, apasal pulak tak baik untuk Sekolah Jenis Kebangsaan. Nampak macam Tun ni cakap tak serupa bikin…

  155. It spells trouble for UMNO if either KJ or Toyol wins the KP post. Both of them have so much extra baggage, it will be a blessing to the Opposition if either one of them gets through…
    Toyol is assosicated with rampant corruption when he governed Selangor in the last 8 yrs while KJ is hated simply because he is smart and the PM’s son-in-law.
    The Umno ‘Wow Factor’
    A farmer named Lakbir Singh was overseeing his herd in a remote pasture in Bolehland when suddenly a brand-new BMW advanced out of a dust cloud towards him.
    The driver, a young Malay man in an Armani suit, Gucci shoes, RayBan sunglasses and YSL tie, leans out the window and asks the farmer, “If I tell you exactly how many cows and calves you have in your herd, will you give me a calf?”
    Lakbir looks at the man, obviously a yuppie, then looks at his peacefully grazing herd and calmly answers, “Sure, why not?”
    The yuppie parks his car, whips out his Dell notebook computer, connects it to his Motorola RAZR V3 cell phone, and surfs to a NASA page on the Internet, where he calls up a GPS satellite to get an exact fix on his location which he then feeds to another NASA satellite that scans the area in an ultra-high-resolution photo.
    The young man then opens the digital photo in Adobe Photoshop and exports it to an image processing facility in Hamburg, Germany. Within mere seconds, he receives an email on his Palm Pilot that the image has been processed and the data is stored. He then accesses a MS-SQL database through an ODBC connected Excel spreadsheet with email on his Blackberry and, after a few more seconds, receives a response. Finally, he prints out a full-colour, 150-page report on his hi-tech, miniaturized HP LaserJet printer, turns to the farmer and says, “You have exactly 1,586 cows and calves.”
    “That’s right. Well, I guess you can take one of my calves,” says Lakbir.
    Lakhbir watches the young man select one of the animals and looks on amused as the young man stuffs it into the trunk of his car.
    As the yuppie is about to leave, Lakbir says, “Hey, if I can tell you exactly what your business is, will you give me back my calf?”
    The young man thinks about it for a second and then says, “Okay, why not?”
    “You’re a graduate from Oxford and a Member of Parliament for Umno,” says Lakbir.
    “Wow! That’s correct,” exclaims the yuppie with the customary Umno’s Wow Factor, “But how did you guess that?”
    “No guessing required,” answered Lakbir. “You showed up here even though nobody called you; you want to get paid for an answer I already knew, and to a question I never asked. You tried to show me how much smarter you are, and you don’t know a thing about cows. This is a herd of sheep. Now give me back my dog.”

  156. Bila sebut beri peluang, saya tertarik untuk melibatkan diri dalam memberikan komen yang tak seberapa ini. Bila umur dah agak berusia barulah saya dapat meningkatkan taraf pelajaran saya. Banyak kali saya memohon untuk ke IPTA tapi gagal. Saya mencuba nasib untuk memdapatkan tempat belajar sambil bekerja atau dikenali sebagai kelas malam. Saya tetap memohon walaupun dah banyak kali jawapannya gagal. Sehinggalah saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran saya di UiTM. Apabila tamat belajar di UiTM. Saya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di UM walaupun orang kata bidang sejarah Malaysia yang saya ambil tu tak berbaloi. Saya meneruskan jua sehingga berjaya. Kini saya sedang berusaha untuk terus meningkatkan taraf pelajaran saya walaupun kedudukan saya tak berubah. Saya masih menunggu jawapan dari UM sama ada kertas cadangan (proposal) Phd saya diterima. Sekiranya diberi peluang saya berazam akan terus berusaha untuk mendapatkan satu lagi segolong kertas walaupun saya merasakan ianya satu perkara yang menyukarkan. “Kalau tak pecahkan ruyong manakan dapat sagunya” pepatah Melayu dah menjelaskan bahawa kita perlu berusaha barulah mendapatkan hasilnya. Dahulu sebelum diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, apabila ada yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, lidah saya menjadi kelu, tak tahu nak cakap apa. Tambah lagi kalau pelancong asing yang nak bertanya. Tapi apabila diberi peluang, tak le sesusah manapun. Now, I can speak in Malay and English, more than one word. I hope they will understand how important your opinion for the benefit of future generation. Today, the Lingua Franca is English. They have to accept that if not they will left behind. Now, we can see how our IPTA Malay graduate cannot compete to get the job when compete with the IPTS graduate.
    Tun, saya harap nanti bila saya buat Phd saya dapat interview Tun. Tajuk saya berkenaan Tun.

  157. Saya nak tambah sikit….berentilah asyik nak dapat kelulusan yang hanya melayakkan anda kerja ngan kerajaan jer. Cubalah usaha mantapkan science and math ni dalam english. Cubalah…..satu hari nanti harap2 ramai orang melayu yang dapat kerja dalam bidang ni di sektor swasta dalam dan LUAR negara bila kerja kat MALAYSIA ni dah tak cukup….
    PIKIRlah kesan jangka panjang.. INgat orang melayu kena force baru bergerak….so force lah mereka….kepada yang kena force ni plk….fahamilah….ni semua untuk masa depan hang…cuba lah hang pikir bila mak bapak sekarang yang kaya dah tak ada masa akan datang…hang pulak tak dapat kerja kat Malaysia….hang nak kemana cari kerja…..kat thailand, china, jepun, jerman,….?????

  158. Salam, pendek cerita, saya rasa saya paham pada apakah yang tun maksudkan.TUn sbnrnya maksudkan pasal UiTM kan?

  159. hehehe….saya dulu pun pikir begitu juga pasal org ulu ni. cara percakapan, perwatakan org ulu ni boleh dibuat gelak ramai org. dulu kws kuala nerang,sungai tiang, sinkiaq, baling, sintok, sik mmg terkenal lah dgn ulunya. tapi sekarang dah berubah, byk yg berjaya yg mai dr kws ulu dulu tu. begitupun, tak kurang juga ramai yg berjaya/terkenal/ternama tuu masih berperangai seperti org ulu lagi. warisan kot.?

  160. I was appointed as a grad teacher almost 39 yrs ago. I scolded my lazy studends…I wated them to be hard working, being patient, aquiring knowlwdges , be intellectual and globle… bla,bla,bla….which were almost the same as what ower pm used to say to rakyat now. I follow Tun’s blogs and read people’s comments- this is my 3rd comment.Tun sangat-sangat-sangat…sangat jauh berpengetahuan, termasuk IT, internet systems, macam-macam current knowledges and very powerful in expressing the minds. Kalau pm pandai cakap lebih sikit pada cik gu, tak pandai nak picik komputer, 2020 ialah tidak tahun M’sia menjadi negara maju.

  161. sallam tun,
    alhamdulilah,kerana tun acknowledge kemampuan orang ulu
    saya tergolong dikalangan orang ulu yang berwawasan. Kalau
    tak berwawasan saya tak akan memberi komen ini dan tidak meluangkan
    masa untuk membaca blog chedet ini setiap hari.
    terima kasih

  162. Salam TUN,
    saya berpendapat salah satu cabaran untuk inplement math & science in english ialah kualiti english cikgu2 itu sendiri. maybe kerana kita masih kekurangan guru2 english terlatih di kebanyakkan sekolah2 di seluruh malaysia, so saya rase kite boleh dapatkan bantuan luar(import) untuk membekalkan cikgu or volunteers dari luar negara contoh-nye NGO PEACE CORPs from US….tapi saya tak surela kena bayar tak NGO neyyy.. tapi saya rase mmang menarik laa… =))
    http://www.peacecorps.gov/index.cfm?shell=learn.whatispc
    Regards…

  163. Assalamualaikum Tun…
    Saya bersetuju dengan pendapat tun… Pada pandangan saya masalah yang kita hadapi sekarang ini adalah kerana akal fikiran telah dikuasai oleh nafsu. kegagalan orang melayu untuk berfikir menyebabkan segala tindakan yang dilakukan tidak diperhalusi dengan betul. Namun, mudah-mudahan dengan kupasan tun yang jelas dan padat akan membuka minda orang-orang yang berkenaan..Insya Allah..

  164. Salam Tun & Blogers,
    i agree with tun – orang ulu melayu malaya is NOT the same as orang ulu sarawak. orang ulu melayu malaya eventually metamorphosised into orang ulu melayu bandar, become bodoh & sombong to the point of menindas their own melayu being. they even come to sarawak and monopolise high-ranking positions in the government and malaya-based multinational corporations. the orang ulu melayu bandar thought that orang ulu sarawak tidak layak do all the things the orang ulu melayu bandar do. so they did not give the orang ulu sarawak the chance, as tun said, to prove themselves capable or not. so majority of the educated and highly-skilled orang ulu sarawak left the malaya-based multinational corporation and migrated to qatar, saudi and peru to work for the multinational corporations over there.
    so tun, in the final analysis, your point #15. “Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.” is not limited to tanah malaya only. the melayu ulu kampung from malaya also do the same to orang ulu sarawak. there you are..!!!
    FYI, i am from the keturunan orang ulu sarawak but have migrated to become orang ulu bandar in search of a better life. in particular the chance to read your blog and participate in contributing my piece of mind for all other orang ulu melayu malaya bandar to know this part of the land called malaysia.
    how is my english, good or same level or better than orang melayu ulu malaya who are educated in the mat salleh’s land over the sea?
    he..he…he….good day tun, see you again.

  165. Salam sejahtera Tun,
    Beza orang Ulu dan orang Bandar yang berjaya dan yang gagal ialah perjuangan hidup mereka. Ketika kecil ada yang ditanyakan “mereka nak jadi apa?” dan ada yang ditanyakan “mereka nak buat apa?”.
    Bila mereka sudah besar, golongan yang “nak jadi apa” ni sudah mencapai tujuan mereka. Ada juga yang gagal. Tetapi bila mereka sudah jadi apa yang mereka hendak, mereka berhenti berjuang dan membiarkan keadaan “menyuapkan” kehidupan dalam diri mereka.
    Yang dah jadi Doktor, mula tersilap beri ubat kepada pesakit. Yang jadi Ulamak mula membuat fatwa yang salah. Yang jadi peniaga mula menipu pelanggan. Yang jadi pemimpin mula menggelapkan wang kerajaan. Yang menerima subsidi mula menyalah-gunakannya dan dijualkan kepada orang yang tak memerlukannya.
    Sementara golongan yang satu lagi akan terus bergelut di dalam kehidupan mereka melatih kemampuan diri sehingga menjadi pakar dalam bidang yang ingin mereka lakukan dalam kehidupan mereka.
    Kejayaan demi kejayaan yang mereka capai disulami dengan pelbagai warna-warna kepakaran dan boleh dikatakan salah seorang dari mereka itu boleh menguasai pelbagai bidang seperti Kedoktoran, Ekonomi, Pertukangan, Senibina, Sains, Keagamaan dan lain-lain.
    Oleh kerana budaya “nak jadi apa” ni lebih ramai dari yang “nak buat apa”, mulalah mereka menyekat orang lain kerana takutkan quota status mereka terjadi lambakan. Tetapi Tuhan itu Maha Adil. Golongan “nak buat apa” ni mempunyai pelbagai kepakaran yang boleh diserapkan ke mana-mana sektor pun.
    Walau bagaimanapun, golongan “nak jadi apa” terus membawa kerosakkan kepada masa depan masyarakat kita.
    Jadi kita mesti berusaha keras melatih generasi masa depan kita untuk menambahkan lagi golongan “nak buat apa” dan memajukan negara ini.
    Semoga Tun dan keluarga sejahtera selalu.

  166. A’kum Tun and dear bloggers.
    Tumpang lalu,
    Hai Arik, kutuk dr nampak…Nak kutuk pun janganlah lebih-lebih. Ramai dr yg kerjanya telah menyelamatkan nyawa orang (dgn izin Allah). Ramai yg berhati mulia. Kalau nak fikir untung, tak yah jadi dr kerajaan lah… kat luar tu berkali-kali ganda gajinya, tp yg dr kerajaan ni kerja lebih masa tanpa bayaran yg setimpal tau… bengang mmg bengang tapi atas anama tanggung jawab, diorang buat jugak, tinggal anak, bini, suami… kau senang-senang je nak mengkondem dr.
    Dr tu ckp atasa pengalaman dia.. ingat senang-senang nak amik air tulang belakang orang?? kena discuss dengan specialist dulu tau…!!
    Mcm nilah… kalau anak hang sakit lagi pd masa akan datang, aku suggest jangan bawak jumpa dr, belilah ubat cacing banyak-banyak… gerenti anak kau tak sakit sampai bila-bila…

  167. kita hanya dipandang hina apabila kita juga memandang hina bangsa kita sendiri
    Sains sepatutnya diajar dalam bahasa inggeris seperti dituntut oleh Tun dahulu, pemimpin kini tidak sepatutnya mempolitikkan isu tersebut termasuk ahli UMNO yang telah menyokong dahulu
    jangan kerana politik kita mengadai masa depan generasi kita

  168. Assalamualaikum Tun,
    Saya melihat di Malaysia terdapat masaalah KEKALUTAN BAHASA, pendirian kita tentang soal bahasa pun menjadi satu masaalah besar, antara bahasa kebangsaan, bahasa inggeris dan pelbagai bahasa etnik. Berbanding dengan negara lain samada di Asia atau Eropah bahasa kebangsaan ialah bahasa utama dalam seluruh kehidupan untuk setiap penduduk mereka samada warganegara atau orang asing yang tinggal dinegara tersebut.
    Di negara negara tersebut samada yang telah maju mahupun sedang bergerak maju dengan pantas bahasa kebangsaan digunakan oleh semua etnik dan peringkat bermula dari percakapan di rumah, disekolah, universiti, ditempat kerja, digunakan oleh saintis dan golongan professional seperti doktor, jurutera dsb. Tanpa bahasa inggeris mereka lebih maju berbanding dengan negara yang mengagungkan bahasa inggeris.
    Lihat saja negara China yang 20 tahun dulu jauh ketinggalan dari kita tetapi sekarang saintis mereka sudah boleh ke angkasa lepas dan jauh lebih maju dari kita. Apabila di interview mereka sepatah pun tak tahu bahasa inggeris kerana sains itu bukan bahasa atau istilah malah sains itu ialah BERFIKIR.
    Lihat juga contoh seperti Korea, Taiwan, Thailand, Jepun dan seluruh Erpoah seperti Russia, Perancis, Jerman, Italy dsb. Para saintis dan bijak pandai tidak gunakan bahasa inggeris, hasilnya mereka lebih maju dari yang taksub dengan bahasa inggeris.
    Lihat pula negara negara yang bahasa ibunda nya bukan bahasa inggeris tetapi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pendidikan dan sains seperti Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dsb. Negara mereka mundur kerana enggan gunakan bahasa ibunda. Pelajar pelajar mereka berfikir untuk matematik dan sains dalam bahasa asing yang sudah tentu akan jadi lembab sedikit.
    Di Malaysia terdapat pelbagai aliran sekolah untuk pelabagai etnik dan berbagai jenis bahasa pengantar digunakan, disekolah kebangsaan sendiri pun lain subjek lain bahasa pengantarnya. Apabila belajar di universiti keadaan makin bercelaru. Bila masuk ke alam pekerjaan perlu guna bahasa inggeris. Oleh itu ramai anak melayu gagal meskipun punyai kepintaran. Kepintaran mereka akan di bazirkan begitu saja apabila mereka yang pintar tidak dapat mencurahkan kepintaran mereka untuk negara kerana dipaksa bekerja dalam bahasa inggeris.
    Saya lihat di banyak negara negara Asia yang sedang pantas membangun bahasa inggeris tidak langsung di gunakan ditempat kerja. Mereka boleh menjawat jawatan setinggi mana sekalipun dan mereka tidak malu bergaul dengan sesiapa pun walaupun tidak fasih bahasa inggeris. Mereka akan malu dan ketinggalan sekiranya tak fasih bahasa kebangsaan. Soalnya mereka ada kebolehan.
    Malangnya di Malaysia ramai rakyat yang pintar hanya menjadi kuli saja biar pun mereka lebih pintar dari boss mereka, kerana boss tahu bahasa inggeris, tidak kah ini satu pembaziran.
    Bahasa inggeris sebenarnya tidak penting, yang menjadikan nya penting ialah yang memerintah. Sekiranya ditempat kerja gunakan Bahasa Malaysia sepenuh nya samada kerajaan atau swasta, tidak ada siapa yang akan persoalkan lagi samada bahasa inggeris penting atau tidak. Kalau tidak mahir Bahasa Melayu tidak ada tempat untuk anda.
    Sekira nya anda bekerja di negara yang saya sebutkan tadi Bahasa Inggeris anda TIDAK LAKU. Malah apabila anda pulang beberapa tahun kemudian anda akan fasih bahasa mereka. Lulusan mereka yang pulang dari negara asing yang mereka belajar dalam bahsa inggeris hanya membawa pulang ILMU sahaja. Apabila mereka bekerja mereka akan gunakan bahasa ibunda kembali dalam urusan pekerjaan mereka.
    Tidak hairanlah kalau orang asing tinggal di Indonesia beberapa bulan sudah fasih Bahasa Melayu. Ramai orang asing tinggal di Malaysia lebih 20 tahun pun masih tidak boleh berbahasa Melayu, malah ramai rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang tak faham bahasa kebangsaan, memalukan.
    Negara Jepun memang telah maju, tetapi mereka keluar dari kemunduran mereka lebih 100 tahun dulu dengan bahasa ibunda mereka bukan bahasa inggeris. Memang sekarang terdapat kesukaran untuk dapat rujukan dalam Bahasa Melayu, tetapi siapa mahu karang dalam Bahasa Melayu kalau tak ada yang baca. Perkara ini akan berubah apabila kian ramai cendiakawan yang berfikir dalam Bahasa Melayu dan ramai yang mahu baca dalam Bahasa Melayu tetapi kita sekarang sedang berpusing kebelakang.
    Adakah soal tidak faham bahasa inggeris jadi masalah dalam menimba ilmu di Thailand? China? Taiwan? Ranking Universiti mereka lebih tinggi dari universiti kita yang makin menurun sejak kita berpatah balik kebelakang dalam soal bahasa pengantar.
    Pendapat yang mengatakan kita tidak boleh maju jika tidak kuasai bahasa inggeris adalah satu pendapat yang kolot. Realiti nya tidak lah begitu, contoh nya di negara lain telah banyak dan jelas.
    Sekiranya Bahasa Melayu di gunakan sepenuh nya di Malaysia hingga keperingkat pekerjaan dan professional, baru lah kita akan lihat yang Bahasa Melayu itu penting. Mereka yang tidak fasih akan ketinggalan. Hakikat seperti ini memang sedang berlaku di negara negara lain yang sedang pesat membangun dan yang telah maju.
    Soalnya sekarang, syarikat syarikat multinasional di Malaysia, bank bank, syarikat korporat perlu dipaksa 100% gunakan bahasa Malaysia. Pelabur asing akan lari? Di Indonesia, Thailand, China pelaburan asing mencurah curah masuk jauh lebih banyak dari kita. Aneh nya pelabur asing tersebut sanggup belajar bahasa kebangsaan negara tersebut.
    Saya menghormati pendapat Tun tentang soal bahasa inggeris. Saya tidak menyalahkan Tun atas pendapat Tun itu kerana latar belakang pendidikan Tun yang sememangnya dalam bahasa inggeris sepenuhnya sejak zaman penjajah lagi. Tapi Tun tidak pernah merasa nikmat belajar dan berfikir masaalah sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Lebih produktif dan kreatif.
    Saya percaya sekiranya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam pendidikan dan pekerjaan, orang orang ulu bukan saja boleh setakat jadi setiausaha, peguam atau doktor, malah mereka akan cipta teknologi angkasa lepas, senjata canggih untuk umat Islam dan ciptaan teknologi yang lebih hebat dari orang orang Eropah (Sudah tentu dalam Bahasa Melayu).
    Saya berharap Kementerian Pendidikan tidak teragak agak lagi untuk memulangkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sains dan matematik kerana pelaksanaan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah satu tindakan kebelakang dan hanya akan melambatkan proses kemajuan negara.
    Semuga Tun akan terus mencurahkan pendapat dan komen dalam blog.
    Terima Kasih

  169. Salam Tun,
    Memang benar apa Tun katakan. Apabila diberi peluang yang secukupnya, orang kita memang boleh berjaya dengan jayanya samada orang Ulu Bumi atau bukan.
    Tetapi masalahnya sekarang, peluang semakin nipis kerana hampirnya semuanya dibolot oleh pihak pihak yang berkepentingan.
    Sedih benar apabila saya melihat negara tercinta ini dieksploitasi oleh kuasa kuasa tersebut dan meletakkan kepentingan rakyat di bangku belakang.
    Apa kan jadi kepada Malaysia 10, 20 atau 100 tahun kelak.
    Ada kemungkinan kita akan menjadi negara seperti di Afrika yang mundur dan berlakunya keganasan dan peperangan kerana pemimpin pemimpin tidak punya prinsip kepimpinan yang mulia lagi.
    Selain daripada Tun, saya sendiri tidak melihat seorang pemimpin pun sekarang muda atau tua yang berjaya ‘capture my imagination’ tentang kegemilangan negara kita kelak.
    Mungkin semua ini berlaku kerana Malaysia dikurniakan dengan sumber asli yang kaya. Mungkin ada baiknya kalau kita tidak punya kekayaan yang mudah diperolehi kerana ini hanya membuat kita malas untuk memajukan diri/negara kita sendiri.

  170. .
    Salam Tun… dengan izin.
    cik hairul faizal adli:
    => Article Tun ni sebenarnya ditujukan pada mereka2 yang MASIH Otak Kampong / ULU yang macam cina2 suqiu yang berfikiran SEMPIT takut nak belajar dalam bahasa inggeris – wAllahu’alam.
    ry quoted: “Salam Tun,
    Itu yang saya tak paham. Kenapa ada lagi yang masih menentang pembelajaran sains dan matematik didalam bahasa ingeris. Takkan hilang bahasa melayu hanya sebab itu.”
    => Betul, ry!
    1. Melayu “pandai” & objective aje dapat faham saranan Tun.
    2. Yang hasad-hasad 24/7 asyik fikir buruk (yakni, buruk sangka) aje tidak akan nampak perkara2 menyeluruh untuk kebaikkan bangsa Melayu itu sendiri pada masa hadapan. WAllahu’alam. Na’udzubillah.
    3. mereka2 yang fikiran sempit negative sebegitu suka cakap besar perasan bagus. Padahal, nampak sangat Otak Dangkal (cetek) mereka! Betul2 Bosan dengan keBongkakkan mereka.
    Terima kasih, Tun yang Bijaksana-sini! 😉 WASSALAM…
    .

  171. Salam…
    Kalau kita tgk B.Ingerris nie hanya satu alat untuk berkomunikasi.
    Tak kisah ler betul ker salah..janji ape message yg kita nak sampaikan diorang faham. Setakat broken grammer, kita cakap b.melayu pun broken jugak. Tgk jepun, sampai kat malaysia baru nak belajar b.Ingerris. Yg penting kita ada interpretor untuk buku2 rujukan bahasa asing. Interpretor untuk buku rujukan asing boleh diuruskan atau wujudkan satu course yg berupaya untuk interprete
    wasalam.

  172. Assalamualaikum semua.
    Mungkin kita anggap kebolehan orang lain rendah. Tak bukak mata sebab jahil. Bukan saja orang kampung, orang bandar yang terpelajarpun ada yang pemikirannya cetek. Ini masalah mentaliti dan akal budi yang tak terdidik. Salah siapa, fikir-fikirkanlah sendiri..

  173. Assalamualaikum Tun Yang Amat Dihormati,
    Maaf Tun,sedikit keluar daripada tajuk di atas.
    1.Terbaru,Lim Guan Eng menyalahkan Tun di atas apa terjadi di Perak.
    Inilah dasar DAP dan sekutunya,menyalahkan orang lain memang pakar.
    Ini adalah untuk melindungi kelemahan pentadbiran PR.Alahai,LGE,dulu
    Tun mengurangkan kuasa kebal Raja-raja melayu hanya terhad kepada kesalahan civil.Inipun untuk menjaga nama baik Institusi Raja.Saja
    diani nak mengajar orang lain supaya biadap terhadap Raja.DAULAT TUANKU.
    2.Anwar Ibrahim ni senyap saja kebelakangan ni,semenjak Karpal Singh
    mengamuk.AI ni memang tidak berani nak melawan lebih-lebih terhadap
    beberapa orang,terutamanya Karpal dan Tun sendiri,kerana banyak rahsia besar yang diketahui oleh Karpal dan Tun.Tetapi saya percaya
    Tun juga seperti kebanyakan orang yang mengenali ‘wajah sebenar’ AI,
    tidak mahu terlebih cakap,hanya cukup memberi’clue’sikit-sikit.
    Ada juga beberapa saudara saya yang mengetahui ‘hal sensitif’AI sejak dari dulu(sejak di MCKK,UM dan dalam UMNO).Tapi yelah,ingatkan semakin berumur akan berubahlah.Hai,nampaknya makin
    teruk perangainya.Ada juga saudara saya yang terlibat mengendalikan
    kesnya(1999).Tetapi saudara saya nipun percaya satu hari nanti AI
    akan menerima balasan daripada Maha Berkuasa.Kali ini AI memang tidak boleh terlepas,kerana buktinya ada(lebiDh kukuh).AI adalah
    manusia yang mahir dari segi lakonannya!
    3.Tun,saya harap Tun dapat memberi komen yang lebih positif,untuk menyuntik semangat bagi rakyat di Perak dalam menghadapi PRK kelak.
    Saya percaya Tun masih ‘berbisa’.Bagi saya dan keluarga, Tun adalah
    PM yang terbaik yang dianugerahkan oleh Allah kepada kami rakyat Malaysia.Berdoa,semoga DSNR akan ‘memperbaiki’kerosakan yang dilakukan oleh Pak Lah &co.Saya tidak berkenan dengan KJ ni,sebab
    dia ni seperti AI ‘in the making'(dari segi egresif dan ego).
    Semoga Tun dan Tun Siti sentiasa dilindungi Allah.
    BERSATU RAKYAT untuk kesejahteraan negara tercinta,MALAYSIA!

  174. Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun. Dengan izin Tun, berikut adalah teks Titah DYMM Sultan Selangor yang saya petik dari laman Utusan Malaysia On-line. Sama-sama lah kita semua orang Melayu (terutama sekali Melayu PKR, PAS dan DAP) baca dan faham serta menjunjung titah seperti yang dalam teks khas berkenaan.

  175. Salam untuk Tun Sekeluarga,
    saya bekerja dengan syarikat yang terlibat dengan industri gas & minyak dan berjawatan sebagai pengarah. Segala urusan dijalankan menggunakan bahasa inggeris.
    Disini saya menjemput semua pembaca terutama ibubapa yang anak mereka masih bersekolah untuk renungkan masa depan anak mereka.
    Adakah anak-anak kita (dan ibubapa) tahu bahawa untuk diambil bekerja mereka perlu malalui temuduga (cth jawatan penyambut tetamu, budak pejabat, kerani, pegawai dan sbg.) dan adakah mereka tahu yang temuduga dijalankan kebanyakkannya didalam bahasa inggeris (semua syarikat multi national yang menawarkan gaji lumayan)? mungkin ya mungkin tidak.
    Saya bagi sinario dibawah:
    Jika saya menjalankan temuduga terhadap dua orang calon. satu yang boleh bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa inggeris (bangsa-bangsa lain sebahagia kecil bangsa melayu)dengan calon yang tidak boleh berbahasa inggeris (kebanyakkan bangsa Melayu). yang mana satu saya perlu pilih?
    Kita ambil contoh jawatan kerani (untuk lepasan SPM) segala urusan surat menyurat semuanya dalam bahasa inggeris, jika menyambut talipon untuk mendapatkan maklumat juga dalam bahasa inggeris. dan jawatan tersebut saya bagi pada bangsa saya (untuk tolong bangsa sendiri). Apa akan jadi pada kerani tersebut? Pastinye mereka akan rasa tertekan kerana tidak dapat menjalankan kerja dengan sempurna. Bagaimana pula dengan prestasi syarikat saya. Pastinye akan terjejas kerana menghadapi masalah komunikasi. layakkah saya mengambil mereka bekerja dengan saya.
    Jadi yang mana satu perlu saya pilih?
    Sekian
    Wassalam

  176. Dear Tun,
    I first talked to you during the first video confrencing at the UTM Johor Baharu. I was picked by my Pegawai Pendidikan Daerah to face you. You may not remember me, because I was just a small dot in a page. Anyway dear Tun, my first opening words was “Tun yang saya kasihi…..” Wah! Friends around me started to comment on that..”Sayangnya engkau dengan Tun..” Anyway that was many years back.
    Apa yang ingin saya nyatakan di sini, saya dahulu pun adalah murid dari sekolah Melayu, taklah pandai sangat, tapi bolehlah. Semasa di darjah 5, saya dimarahi oleh arwah bapa saya kerana tidak memohon ujian SMC.(untuk memasuki ke sekolah aliran Bahasa Inggeris pada masa itu) Terok saya dibelasahnya. Semasa darjah 6 saya menduduki peperiksaan itu kerana takut dibelasah arawah sekali lagi dan dengan doanya saya berjaya memasuki ke aliran Bahasa Inggeris.
    Bayangkanlah 6 tahun di sekolah beraliran Melayu tiba-tiba ditempatkan di remove class selama setahun, dan semua guru-guru berinteraksi dalam Bahasa Inggeris…..so that went on until I was in form five where everything was in English, and I survived. My final post was at the JPN as the “Penyelia Bahasa Inggeris Negeri”. I just want to let you know that I am with you all the way with PPSMI.Now I know why my dad was fuming mad when I did not sit for the SMC examination.
    Saya dan keluarga doakan Tun dan Isteri sentiasa dikurniakan kesihatan dan dapat meneruskan perjuangan

  177. Salam Ayahanda, Bonda & pembaca semua,
    Anak saya balik rumah cerita kat saya.Cikgu English dia cakap macam ni…..
    Ah ah…you read dis ok….ah…apobondo ni gek eh..(.and continued to pronounce merepek like “ditermain” (determine).
    Macam mana anak anak kita nak pandai?
    Saya sebagai majikan dah interview berpuloh graduates Malayu nak saya jadikan Manager.HAMPEH.
    Dah desperate, saya terpaksa ambil juga sorang yang kira boleh tahan juga lah, yang penting attitude dia ok.Tapi saya kena conduct English lessons for half an hour daily.Just so that she won’t embarrass me when she answers the phone!God!

  178. Salam Tun.
    Pepatah kita mengembek di kandang kambing menyatakan kita kena ikut rentak masyarakat yang kita hidup. Memang sedih bila kita lihat student kita di luar negara…seperti UK , Eire, US tak campur kaum lain dan mereka tidak berubah seperti ‘minah kampong’ yang balik tidak maju seperti dijangkakan kerana berfikiran “hidup di bawah tupperware”
    In a matter of fact, many who are the ‘ULU’ people…are successful because they want to explore..they want to know more…and they are the one who gave everything a shot. You don’t go to cocktail party and drink if you don’t want to. You can have coke or Sprite… because the Jews don’t drink. Nor will the Arabs.
    Sadly, Orang Bandar now is the ULU of the community, becoming too engrossed in becoming hip and hype, that they behave worse than the dayak, wearing just the loin cloth hiding away their private parts. Just look at Hard Rock,Planet Hollywood tonight..or every other night…and see what I mean.
    These ULU are more cultured…and civilised and successful because of their sharp mind.
    Thanks tun…for your words of wisdom.
    Dr R Azrin
    http://www.zyraz.com

  179. 1:05pm: Will ex-MB be let in or booted out of Perak royal banquet?
    By : Jaspal Singh
    IPOH, Fri:
    Will state Pakatan Rakyat leaders be on the guest list for the royal banquet at Istana Iskandariah tomorrow to mark the 25th anniversary of Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah

  180. Assalamualaikum warahmatullah para pelayar sekelian dan pada Tok Det dan keluarga.
    Apa habaq? Saya sekeluarga sihat Alhamdulillah
    😉 Saya tersenyum saja bila baca artikel Tok Det yang ni 😉
    1) Pada pendapat saya, semua orang adalah orang ulu dan orang kampung. Walaupun dia tak pernah duduk kampung. Pasainya sebelum jadi pekan tentulah ianya adalah kampung. Dan ibubapa, tokwan, tok, makcik, pakcik kita semua asalnya orang kampung. JAdi tiada siapa boleh memperlekehkan siapa pun.
    2) Semua orang sama saja… Tinggal lagi rajin dengan tak saja. KAlau siapa rajin dan ikhlas, dia dapatlah ilmu lebih sikit. Dan dengan ilmu tu dia akan maju ke depan. KAlau dak tentulah dia masih duduk di takuk lama. ITu saja.
    3) DIa boleh berubah jadi rajin jugak kalau dia mau. Kerana kita bukan seketul batu, yang lagi beratus tahun pun masih lagi batu, yang fizikalnya dan bentuknya takkan berubah sampai bila-bila. Mungkin pecah jadi kecik sebab perubahan cuaca laa… Kita manusia dan khalifah atas muka bumi Allah yang diberi akal fikiran untuk tentukan sama ada kita akan rosakkan muka bumi ni atau nak baik-pulihkan muka bumi.
    4) Kita yang memilih. Kalau salah pilih jadilah Zionis, kalau betul pilihannya jadilah insan 😉
    p/s: sebab itulah saya suka mengkaji salasilah keluarga dan membaca mengenai sejarah negara dan agama, supaya saya tak lupa diri.

  181. BAYANGKAN JIKA MATEMATIK DAN SAINS DI AJAR DALAM BAHASA ARAB
    ORANG YANG PALING MENENTANG SUDAH TENTULAH ORANG YANG MENYOKONG PENGGUNAAN MT DAN SNS DALAM BAHASA INGGERIS. PASTI MEREKA AKAN MEMBERI ALASAN BAHAWA BAHASA ARAB TIDAK BANYAK DIGUNAKAN BUKU2 ILMIAH(SN DAN MT). NAMUN ORANG YANG PANDAI BERBAHASA ARAB AKAN MENYOKONGNYA. PADA MASA ITU PASTI KEJADIANNYA TERBALIK DENGAN APA YANG KITA LIHAT PADA HARI INI. PAKAR2 BAHASA INGGERIS YANG LEMAH BERBAHASA ARAB AKAN BERKUMPUL DI JALANAN UNTUK MENGEMBALIKAN PENGAJARAN MT DAN SN DALAM BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MELAYU. PASTI PERLBAGAI ALASAN LAIN AKAN DIKEMUKAKAN…PADA MASA ITU MEREKA JUGA AKAN DIANGGAP TIDAK MENGIKUT PERKMBANGAN SEMASA. JADI WAJARKAN SN DAN MT DI AJAR DALAM BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MELAYU UNTUK KONTEK PENDUDUK MELAYSIA.
    *JIKA SN DAN MT DIAJAR DALAM BAHASA ARAB PASTI ANAK2 KITA AKAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN ALQURAN SECARA LANGSUNG DAN MUDAH*

  182. Salam Tun,
    Orang ULU ? ,semua dikatakan orang ULU dahulu kala.Tapi sekarang ada masih Ulu lagi.Manusia berada dimana pun sama kalau dipekan dengan Arak,Judi &….. tapi di Ulu juga ada tetapi bentuknya lain eg.yg bercanggah.Tetapi diUlu lebih baik sikit.
    Hari ini kita kena ubah mentality kita umpama dulu beli emas permata hari ini kita kena tukar kepada beli Computer /Note Book untuk jenerasi baru.Ini lebih baik dari pelaburan mati kepada pelaburan revolusi minda.
    Bkt Selambau
    BN belum buat penamaan calon , pada pendapat saya calon MIC tidak sesuai kerana semua orang tahu Hal kepimpinan MIC. Kalau BN masih letak calon dari MIC maka akan gagal.
    Kavies ? calonnya tidak setuju .
    Dia ini hendak jadi Hero(pentingkan diri sendiri) dengan ugut masa kritikal
    Kenapa tidak cuba calon Melayu yg ada ketokohan & PHD.Bkt Selambau mesti ada yg bijak pandai .UMNO Selambau jangan yg veteran (takut hilang popularity) tindas yg muda yg berkelayakan.Tidak rugi calon Melayu .Test only.
    Prof Engku Aziz sudah 87 tahun , Angkasa dapat kumpul 47 B ,mungkin ada sedikit kesilapannya memandang usia beliau ,jangan lah yg muda memandang serong kepada beliau .Engku Aziz adalah seorang jujur & Amanah.Kita patut menghargai sumbangan beliau kepada kemakmuran Malaysia.Berjuta juta orang pergi Haji dengan selesa adakah mereka ini pernah doakan Engku Aziz ? .
    Hargai lah orang yg telah berjasa memberikan keselesaan hidup kepada kita.
    Salam.

  183. BERI PERHATIAN!!!!!!!!
    Tun,
    Dlm utusan hari ini ketua pemuda johor dtk.razali ibrahim brkata tindakan nizar saman zamry sama dgn tindakkan karpal DAP saman sultan perak.Nampaknya sidalang anwar telah berjaya mengalihkan amarah rakyat kpd karpal DAP(lebih 70 saman)tapi yg saman sultan adalah nizar the balaci DAP.Hanya tukar tajuk -saman zamri .Soalannya siapa yg pekenankan zamry jawapannya tentulah sultan perak.Begitu licik sekali permainan sidalang.
    Sekarang ni semua ngo &BN @umno tumpukan atau pikirkan apakah tindakan akan di ambil kpd sidalang dan the balaci.
    wassalam.
    PAS DIPERKUDAKAN DAP @ SIDALANG ANWAR.
    BERTAUBATLAH…kata karpal..JGN MAIN MAIN DGN SAYA!!

  184. Salam,
    Saya akui Tun banyak menyelesaikan perkara rumit yang berkaitan dengan ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya dengan menggunakan pemikiran di luar kotak. Sebagai seorang Melayu, saya amat berbangga dengan kebolehan luar biasa tersebut. Akan tetapi saya amat tidak bersetuju dengan tindakan Tun di dalam melaksanakan PPSMI. Memang benar orang Melayu mempunyai kemampuan yang tersendiri, seperti contoh yang diberikan oleh Tun : Orang Ulu boleh berbahasa Inggeris, boleh menggunakan tatabahasa Oxford. Namun, sedar lah Tun ! bahawa jiwa Melayu itu telah dikikis sedikit demi sedikit. Saya bukan pejuang bahasa Tun, tapi saya pentutur bahasa Melayu yang mahukan jiwa bangsa yang telah dikikis di kembalikan semula!
    Orang Filipina contohnya, kebanyakan mereka berbahasa Tagalog tetapi dek kerana kerajaan Filipina terlalu gilakan kan bahasa Inggeris, mereka meletakkan bahasa Inggeris di tempat pertama. Tetapi persoalannya, adakah mereka mempunyai teknologi yang boleh digunakan oleh segenap lapisan manusia? adakah Filipina mempunyai kereta nasional sendiri? adakah mereka tersenarai di kalangan Nobel Laureates ? Ya, mungkin mereka boleh berbangga bahawa ramai rakyat Filipina bekerja di dalam sektor perhotelan, perkapalan dan sebagainya di UAE, Singapura, Qatar, Bahrain, Oman dan lain-lain. Tetapi, adakah itu mencukupi?
    Mungkin Tun sendiri tahu Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman, Sepanyol berdiri gah dengan teknologi tersendiri. Saya juga percaya, Tun sendiri kagum dengan teknologi mereka, kalau tidak, masak kan Tun menubuhkan GMI, JMI dan MFI di bawah kelolaan MARA?
    Saya mempunyai seorang rakan karib di Perancis, isteri beliau adalah seorang doktor perubatan dan tidak boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris langsung! tetapi beliau masih boleh menolong menyelamatkan nyawa manusia atas ketentuan Allah! Tak perlu ke Perancis, di Malaysia sendiri cukup! lihat dan sedar lah Tun betapa ramainya graduan Perubatan dari UKM yang dilahirkan ! Fakulti Perubatan UKM (Pasca Siswazah) telah melahirkan jumlah pakar yang terbesar di Malaysia! Siapakah UKM ? UKM adalah universiti yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu !!!!!!!
    Persoalan terakhir saya kepada Tun sebagai seorang doktor perubatan, adakah pesakit akan mati jika doktor mereka tidak fasih berbahasa Inggeris?

  185. TUN.
    Kenapa tak ada posting baru di ujung2 minggu ni?
    Sebenar nya ada banyak peristiwa2 yang berlaku dalam beberapa2 hari kebelakangan ini yang telah hangat di perkatakan dan di bincangkan rakyat Malaysia.
    Bolih lah kira nya TUN tuliskan di blog ini untuk di kongsi bersama dengan kekawan kat sini.
    Antara2 yang menarik perhatian umum ialah pilihan raya kecil di dua Bukit. Satu di Kedah dan satu Perak. Kedua2 pilihan raya di adakan setelah ada berlaku kekosongan kerusi di kawsan tersebut.
    Yang menarik nya ini berlaku semasa kemelut politik Perak maseh panas.
    Theory ‘Lompat Katak’ ciptaan AI mengundang Tsunami politik Perak.
    Seakli gus membuat Nga ternganga,Ngeh tersengeh dan Nizar terus gila talak dan menderhaka pada Duli Tuanku Sultan Perak dengan angkuh memfailkan saman keatas MB baru datuk Dr.Zambry.Apa logik
    dan rational nya dia berbuat bergitu. Adakah kerana pendapatan lebih 250K setahun itu ingin dipertahankan.
    Umno pulak sedang membuat persiapan untuk PAU bulan depan. Adakah episod2 yang berlaku di Perak itu membawa apa2 kesan pada PAU.
    Pak Lah akan mengakhirkan tugas nya pada 31/3. Apa pulak impak atau kesan nya nya pada pilihan raya kecil itu yang akan di adakan 7/4 kerana waktu itu Pak Lah dah pun pencen. Dan pelbagai2 lagi insiden yang menarik telah berlaku dalam bulan Feb. ini.
    Harap Tun dapat lah respon akan hal2 ini dan membuat komen2,atau ramalan yang TUN dapat lihat atau rumuskan untuk kita berkongsi bersama disini.
    Pada rakyat Malaysia jangan lupa untuk kita akan mmeberi “Last Salute” pada DSAAB pada 31/3 ini.(Pak Lah ada Green Barret, kira seteraflah hebat nya dengan Rambo Holliwood)

  186. Salam TUN…
    Tidak ada manusia yg tidak pernah melakukan sebarang kesilapan selama hidup mereka. Hatta Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sekalipun pernah melakukan kesilapan, hanya sanya kesilapan mereka itu tidak tergolong ke dalam dosa (kerana mereka itu Maksum), bahkan kesilapan mereka adalah untuk mengajar umat mereka seluruhnya.
    TUN… Tidak dapat tidak, TUN juga pernah melakukan beberapa kesilapan selama hidup TUN ini! Saya pasti TUN tidak menafikannya…
    Mahukah TUN menulis kesilapan-kesilapan masa lalu TUN pada tulisan akan datang untuk saya dan pembaca-pembaca TUN jadikan sempadan?
    Biasanya sesuatu kesilapan yang dilakukan pelakunya adalah tidak disedari, jarang sekali seseorang itu sengaja melakukan kesilapan, kecualilah ada sesuatu yg tak kena dengan orang itu, tetapi selalunya seseorang itu menyedari kesilapan tersebut selepas melakukannya… Saya pasti ada sesuatu yang boleh TUN tulis berhubung kesilapan-kesilapan masa lalu TUN untuk dikongsikan bersama, sudilah kiranya TUN mengambil respon berhubung komen saya ini. Harap MAAF, jika saya juga telah melakukan kesilapan kerana menulis komen seperti ini. Sekian, SALAM BUAT TUN dan keluarga.

  187. Salam Tun!
    Pendapat saya Tun…..
    Bahasa Inggeris, Melayu dan Ulu.
    Melayu Pengecut dan Bodoh menolak pengajaran Bahasa Inggeris kerana sekarang Melayu Pemalas dan hilang semangat juang dan jati diri yang tebal terbina oleh persekitaran murni daerah ulu.
    Masa Melayu baru mula diberi PELUANG mencabar dunia dulu….Malaysia banyak daerah pendalaman dan ulu. Bila Malaysia meningkat maju daerah ulu makin berkurang. Manakala bandar dan pekan meluas sempadan. Bertambah kawasan bandar maka berkurang daerah ulu. Equation berlanjutan dengan berkurang nya daerah bersuasana ideal untuk perkembangan minda yang sihat juga jati diri yang murni dan cekal serta berani.
    Melayu Pengecut memang bodah. Yang cikgu kalau tak reti cakap…belajar lah bodoh! Awak nak mengajar orang. Melayu bodoh bertaraf ibubapa……kalau “TAKUT” anak tak pas periksa galak kan anak anak berusaha. Usaha lah bodoh. Hantar anak tuition ke….kalau kurang duit galak anak belajar sendiri. Usaha la.
    Ahli polotik pulak jangan nak jadi HERO tak pasal pasal.
    Ulu….Malaysia dah tak ada daerah ulu lagi. Saya nak percaya macam tu saja.Jadi cadangan saya….perkataan ulu hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada soal geografi saja. Bukan lebel dalam bahsa.
    Salam Tun

  188. assalamualaikum
    as a malaysian, im ashamed…
    im not asking for more subsidize,
    im not asking for anything…. but
    can all politicians stop all these nonsenses?
    im not pro to any party…
    but these nonsenses as a piece of useless shiats…
    what im referring to is the political issues now…
    as if they(politicians) have nothing to do…
    im proud to be malaysian
    and im always gonna be…
    this is shiats, the political issues nowadays…
    please…
    maybe im not interested being a politicians,
    but, can u (politicians of malaysia) start doing ur work???
    is any politician listening now????
    crap, they wont listen, infact never…
    please don’t assume… dont assume that they youth, the next generations is not listening….
    because, you (politicions) just will make an “Ass of U and Me”..
    *this reply does not get any issue with Tun’s Mahathir’s articles (Orang Ulu)…
    i just feel like writing…

  189. tun yang kami hormati,
    [meskipun sering membaca blog tun yang popular, ini pertamakali saya menulis komentar.]
    negara kita memang sudah lebih setengah abad merdeka. kalau manusia, dah lebih separuh umur. [tetapi umur negara atau bangsa tak boleh diukur serupa dengan manusia.]
    namun begitu, meskipun sudah lama merdeka, dan sudahpun punya lima pm, nampaknya minda melayu masih terlalu lambat untuk merdeka. meskipun sudah ramai melayu yang punya minda merdeka, namun kebanyakan (majoriti) masih belum merdeka lagi.
    dan minda melayu masih terjajah, baik secara sengaja mahu dijajah ataupun tidak sengaja membiarkan mindanya terjajah. pokoknya sama sahaja, iaitu dijajah.
    dan dijajah itupun oleh berbagai-bagai anasir, namun yang paling menjolok sekali ialah oleh kompleks rendah diri. secara umum inilah yang dapat saya tangkap dalam tulisan tun kali ini, yang tersimpul pada #15.
    rendah diri melayu inipun kompleks juga. yang masih lekat ialah kita vs mereka, yang mana mereka itu barangkali terkelompok dalam kategori ras (race, seperti orang barat, arab, dsb.), ataupun kategori ber- yang boleh dikelompokkan pula sebagai bergelar (ada gelaran di depan nama), berilmu (sijil berjela di belakang nama), berpangkat, berharta, dan segala ber-ber seterusnya.
    sampaikan kita seolah-olah sudah jadi bengong dengan kompleks ini – dijajah oleh yang berpangkat (dalam apa jua bentuk organisasi), yang berharta, yang bergelaran (sehingga orang sanggup membeli gelaran dato’), berpelajaran (orang sanggup membiar diri dijajah oleh seseorang semata-mata hanya seseorang itu fasih berbahasa asing spt. inggeris, jepun atau arab), berkuasa, berharta, dan sebagainya, dan sebagainya.
    dan ini telah terterjemah dalam banyak perkara, misalnya melompat parti kerana mahu berharta atau berpangkat, menghina/mencerta/memperlekeh saingan kerana mahu berpangkat atau berkuasa, menipu atau mengamalkan rasuah semata-mata mahu berharta, dan sebagainya, dan sebagainya.
    dalam perniagaan, kita melihat sekian banyak anak melayu gulung tikar akibat anasir mahukan ber-ber. mahu berjimat sesen dua, orang melayu berpusu-pusu ke toko-toko atau syarikat bangsa bukan melayu atau asing, sedangkan kalau toko atau syarikat kepunyaan melayu itu maju, maka bertambahlah pula peluang pekerjaan bagi anak-anak melayu. tak pernahkah terfikir kenapa masalah graduan menganggur itu majoritinya anak melayu?
    mahu bergaya atau berprestij, glc sendiripun tak segan-silu melantik agensi dari luar negeri laksanakan kempennya di dalam negara, misalnya telekom malaysia yang lantik agensi periklanan luar negeri dengan peruntukan lebih rm200 juta, sedangkan agensi itu sudah rancang gulung tikar dan balik negeri! dan ini adalah masa yang sukar untuk semua agensi periklanan tempatan. apa agensi milik melayu tak mampukah untuk melaksanakannya? seolah-oleh kera di hutan disusui sedangkan anak dikendong dibiar mati kehausan!
    ataupun misalnya pegawai di sesebuah agensi kerajaan yang sanggup jadi pak turut menterinya semata-mata mahu berkedudukan terjamin (kekal atau naik pangkat), meskipun jelas ada kes salahguna kuasa oleh menteri. kalau pegawai kerajaan ada g.o. (general order), apa pula yang mengawal tingkahlaku menteri? siapa berani menegur salahlaku menteri yang misalnya membawa satu ‘team’ pakar seramai lebih 20 orang apabila mangambilalih sesebuah kementerian? kalau seorang menteri perlukan pakar tambahan seramai itu, barangkali dia tak layak dilantik menjadi menteri. agaknya, berapa ramai dalam ‘team’ pakar tun semasa menjadi pm?
    dan kemuncaknya sekarang, seluruh negara tampak seolah-olah diperbodoh-bodohkankan oleh ‘establishment’ masakini. dek mahu terus berkuasa, mereka sanggup ulur tali demi tali, konsesi demi konsesi yang memperbodohkan rakyat jelata. ini yang parah sekali. gamaknya otak melayu dah jadi bengkak-bengkil!
    memang malang sekali bangsa melayu di negara ini, di saat ini, kerana pemimpin-pemimpin mereka sanggup memperdagangkan maruah diri, serta bangsanya, semata-mata demi mahu terus berkuasa, sambil menghalalkan segala macam barah yang mahu disuntik supaya bersarang dalam jatidiri setiap orang melayu.
    namun pesan soekarno (maksudnya seakan-akan), “mendapatkan kemerdekaan/kebebasan dari bangsa asing itu lebih mudah daripada mendapatkannya dari penjajahan oleh bangsa sendiri.”
    biarlah jadi orang ulu tetapi berjiwa merdeka, daripada jadi orang bandar berjiwa terjajah.
    wong soga
    [p.s. barangkali tun pernah membaca nama ini dalam akhbar ketika ‘krisis perlembagaan’ 1983 dan 1993.]

  190. Salam untuk Tun sekeluarga…
    Sedih melihat para pencinta bahasa berjuang kerana usaha Tun yang nak menghasilkan PPSMI semakin hilang auranya.. Dulu mengapa mereka ini tidak berjuang bagi memartabatkan bahasa ibunda?Alih-alih PPSMI pula yang dipersalahkan. Cubalah lihat golongan ini, semuanya dah beruban dan dah semakin dimamah usia. Dimana pelapis pencinta bahasa?Adakah mereka bersembunyi dibelakang tadbir para pencinta bahasa yang telah lama ini?
    Kita masih lagi suka meniru..PPSMI hanya kita didunia yang melakarnya tetapi ianya dikutuk, dihina.. Manalah letaknya mentaliti orang kita? Asyik-asik tunjukkan keberkesanan, mulalah orang hulu yang menjadi contoh. Mungkin mereka yang menentang PPSMI ini tidak membaca coretan penulisan Tun yang menyindir mereka secara halus dan bersahaja. Adakah mereka ini hendakkan populariti mereka sebagai pejuang bahasa dibukukan serta digantungkan gambarnya disetiap ceruk ruang bahasa?
    Bersedialah semua, kita menuju ketahap penciptaan. Orang lain sebagai pengguna dan mengikut modul yang kita gunakan kini. Janganlah mengatakan PPSMI merupakan agenda politik sahaja. PPSMI merupakan agenda politik bagi perubahan pemikiran generasi yang mendatang. Syabas Tun atas usaha anda yang hanya akan dikenang dalam lipatan sejarang yang mendatang.

  191. tun,..sekarang umur saya baru nak masuk 21,..belajar kat ipta,..saya dengan housmate saya berharap sgt dapat jumpa tun,ambik gambar and dapat peluk tun,..saya pegi mines resort,x kelip mata saya pandang rumah tun masa naik “wawa splash”,siap ambik gambar lagi,..tapi orang tu cakap,tun tak da sebab rumah tengah renovate,..tapi saya tahu,perkara tu suma remeh bagi tun,tapi bagi saya,orang kecil nie teramatlah teruja saya,walaupun tengok rumah tun,..ape yang saya pendam dalam hati ini sebenarnye pemikiran tun,saya sgt bersetuju dengan pendapat2 tun,..kalau saya jadi PM macam tun 1 hari nant,saya akan perjuangkan ape yang tun perjuang kan,..saya tau macam mana perasaan tun terhadap bangsa sendiri,..memperjuangkan bangsa dalam strategi yang amat baik,..halus,..saya berharap tun yang baca sendiri comment saya,..salam tun,..lagi 1 tun,saya dari sekolah rendah saya tengok ucapan gulung perhimpunan agung umno tun,..
    p/s=harap pembantu tun dapat tunjuk kat tun comment ni,..dan mintak maaf bagi org yang menganggap post ini terlalu remeh tapi bagi saya terlalu bermakna

  192. tun,..sekarang umur saya baru nak masuk 21,..belajar kat ipta,..saya dengan housmate saya berharap sgt dapat jumpa tun,ambik gambar and dapat peluk tun,..saya pegi mines resort,x kelip mata saya pandang rumah tun masa naik “wawa splash”,siap ambik gambar lagi,..tapi orang tu cakap,tun tak da sebab rumah tengah renovate,..tapi saya tahu,perkara tu suma remeh bagi tun,tapi bagi saya,orang kecil nie teramatlah teruja saya,walaupun tengok rumah tun,..ape yang saya pendam dalam hati ini sebenarnye pemikiran tun,saya sgt bersetuju dengan pendapat2 tun,..kalau saya jadi PM macam tun 1 hari nant,saya akan perjuangkan ape yang tun perjuang kan,..saya tau macam mana perasaan tun terhadap bangsa sendiri,..memperjuangkan bangsa dalam strategi yang amat baik,..halus,..saya berharap tun yang baca sendiri comment saya,..salam tun,..lagi 1 tun,saya dari sekolah rendah saya tengok ucapan gulung perhimpunan agung umno tun,..
    p/s=harap pembantu tun dapat tunjuk kat tun comment ni,..dan mintak maaf bagi org yang menganggap post ini terlalu remeh tapi bagi saya terlalu bermakna

  193. salam Tun,
    kadang2 sy pun terfikir mengapa BM skrg tidak lg jd lingua franca spt zmn kegemilangan melaka dulukala? skrg dunia dikuasai english n mandarin. gi mana2 negara mesti kena ckp english. jepun pulak sgt bangga dgn bahasa ibunda mereka n x perlukan english jd 2nd language.
    BM n english ada 1 persamaan = guna huruf roman ABC. boleh kata BM ni sgt2 la senang utk dipelajari. buktinya, lihatla org2 asing yg dtg bekerja di sini. x smpi brapa bulan dh fasih BM. tp malang sekali, kebykan syarikat2 di m’sia lebih mementingkn berkomunikasi dlm english. kalo company cina, dh sah2 nk mandarin. BM pulak? hanya jd optional semata2… kalo cmni jdnye, mcm mane nk memartabatkn BM di negara sendiri?
    lihat ayat sy sendiri pun dh dirojakbelacankn dgn english. kalo sy x belajar english … alamatnye x dpt kerja la sy .. hai lah nasib!

  194. Dear Tun,
    Below is an interesting article written Sdra Halim just to share with others to read it.
    Panduan Utk BN di Bukit Gantang & Bukit Selambau
    Contributed by Halim http://www.mykmujohor.com/
    T
    erpanggil untuk menulis diruangan ini kerana melihat keadaan UMNO atau BN yang seperti belum bangun dari mimpi walaupun dua kali pilihanraya kecil kita telah tewas.
    Apa pun post-mortem yang dilakukan oleh BN atau UMNO khasnya setelah dua kali kekalahan dalam Pilihanraya kecil yang lalu tidak langsung mengubah cara dan gaya pendekatan setiap kali kempen pilihanraya diadakan.
    Diatas kesedaran inilah, saya ingin menyuarakan 10 petua supaya dapatlah kiranya dijadikan sempadan atau garis panduan semasa kempen nanti.
    1] Calon pilihanraya di kedua-dua kawasan tersebut mestilah dari anak-anak tempatan, kita kena terima hakikat masyarakat disana sangat kuat berpegang kepada “localism”.
    2] Calon yang dipilih mestilah bukan calon yang pernah “tewas” dalam pilihanraya yang lalu.
    3] Calon yang dipilih mesti bersih dan nampak bersih dan bukan dari kroni KJ atau Pak Lah.
    4] Calon mestilah boleh mewakili semua kaum dan diterima oleh semua kaum, terutama nya kaum India, kerana mengikut perkiraan saya, kedua-dua pilihanraya ini, peranan kaum India sangat penting untuk menentukan calon yang akan menang.
    5] Kempen dari bahagian wanita UMNO mestilah dihadiri oleh pemimpin yang mesra rakyat, berjiwa rakyat dan berpakaian cara rakyat biasa. Jangan turunkan pemimpin yang hidung tinggi, atau nenek yang seperti cerita “ibu mertua” ku atau pemimpin wanita melayu yang berambut kuning dan pemimpin yang bersalut intan permata.
    6] Jangan serbu dua kawasan ini dengan kereta mewah dan pengawal keselamatan “body guard” keliling pinggang.Ini menjauhkan orang-ramai dari menghampiri pemimpin. Pemimpin mestilah bersama rakyat dipondok-pondok,balairaya atau bersama-sama rakyat dimana rakyat mudah didampingi. Perjumpaan pemimpin dengan rakyat semasa ceramah pilihanraya sahaja sudah tidak memadai.
    7] Hentikan semua retorik pilihanraya seperti lambakan projek dan bantuan kemasyarakatan.Masyarakat melihat perkara ini sebagai cubaan membeli maruah mereka. Semakin banyak retorik semakin kuat penolakan mereka.
    8] Media perdana, khas nya TV3,TV1 kurang kan sikit pro kepada BN. Beri liputan yang seolah-olah nampak adil kepada semua pihak.Semakin kuat propaganda-rakyat semakin membenci BN.
    9] Jangan mainkan isu yang remeh seperti kes babi, kes tadika, kes lompat parti tapi fokus untuk memberi penjelasan mengenai usaha kerajaan Pusat untuk menaik taraf ekonomi rakyat, membantu rakyat ketika iklim ekonomi global yang gawat ini. Beri penjelasan mengenai hasrat kerajaan untuk mengubah dasar meniriskan karenah birokrasi dan menjadikan rakyat dan kerajaan seperti boleh terus berhubung secara terus.
    10] Jelaskan kepada rakyat mengenai perjuangan BN adalah perjuangan yang mementingkan kesejahteraan rakyat bukan untuk memonopoli kuasa untuk kepentingan individu tertentu. Beritahu rakyat bahawa BN menerima kelemahan yang lalu dan berusaha untuk mengatasinya. Orang melayu mudah untuk memaafkan kalau BN benar-benar ikhlas untuk menerima kelemahan yang lalu dan memohon maaf kepada rakyat. Tak jatuh martabat pemimpin kalau sudi meminta maaf dan mengakui kelemahan mereka.Umpama kata pepatah melayu, “tak akan hilang bisa ular menyusuri akar”.

  195. Dear Tun,
    I am just wondering what is Pak Lah’s plan after he steps down.
    I think he might migrate to Perth and stay there for good. Well, that’s good for him. After all he just doesn’t have the capacity to do anything. Maybe he should start propagating his Islam Hadhari concept over there !

  196. Toll scrapping ceremony turns ugly as rival parties try to claim credit
    PETALING JAYA, Fri:
    The ceremony today to scrap toll collection for the New Pantai Expressway (NPE) traffic heading towards Kuala Lumpur at the Petaling Jaya Selatan (PJS) toll near Kampung Medan turned into ugly when rival political groups turned up to claim credit for the abolishment.
    Minutes before Works Minister Datuk Seri Mohd Zin Mohamed arrived to officiate the ceremony, about 100 Umno supporters turned up with banners of thanks and support but were upstaged by a similarly sized group from Pas and PKR carrying placards of their own, leading to a slanging match of screams and whistles.
    Umno PJS youth chief Ridzuan Mahidin insisted that the abolishment was due to the work of Umno PJS but Pas representative Rahman Ahmad argued that it was his party that had been fighting to scrap the toll plaza even before it was erected.
    comment:
    This indicates that whatever UMNO/BN does will never get much appreciation from the public. Something is not right when two parties claiming credit.
    There are certain poor urban areas which are now being tightly controlled by the oppositions. So BN has to look into this and find the best strategy to win their hearts. Or else BN will continue to “MELOPONG”. If BN does not get the right leaders in those sensitive areas don’t ever hope to win. Good and respectable leaders plus mesra rakyat must be the priority in the selection of candidates.

  197. Nizar Asks Court To Declare He Is Still MB
    KUALA LUMPUR, Feb 13 (Bernama) — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today filed an application in the High Court here in Jalan Duta that he is still the rightful Menteri Besar of Perak and also asked for an injunction to bar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir from discharging his duties as Perak Menteri Besar and call for fresh state elections.
    Mohammad Nizar, 52, also appealed to the court to declare that Zambry, who was appointed as Menteri Besar on Feb 6, had no right to hold the post.
    comment:
    Saya nasihatkan Nizar supaya tarik balik tindakan makamah. Cukuplah tu. Jangan jatuhkan maruah Sultan. Bersopanlah ikut adat orang Melayu berzaman-zaman menghormati Raja. Jangan kurang ajar. Jangan ikut sangat perangai pemimpin DAP dan PKR. Kita tahu siapa mereka dulu, sekarang dan selamanya….. sikap mereka tidak akan berubah sampai ke anak cucu mereka. Cakap-cakap mereka dan perbuatan mereka telah jelas ada unsur jahat terhadap Raja Melayu.
    Pendirian PAS pun macam lalang. Dah jadi macam Parti Tongong atau Parti Lemah Cangok!! Memalukan !!

  198. SALAM TUN,
    DAH LAMA AGAKNYA SAYA TAK TULIS DI SINI,
    BERKENAAN ORG MELAYU TU, KALAU TUN NAK CARI KELEMAHAN ORANG MELAYU MEMANG BANYAK, SAYA INGAT KALAU TULIS KAT SINI MEMANG TAK CUKUP….
    TAPI MEMANG TAK DAPAT DISANGKAL,
    ORANG MELAYU MRMANG CEPAT LUUPA DIRIIII!
    MELAYU MUDAH LUPA!!!!!!!!
    MACAM SAJAK YG TUN BACA DULU 2
    TENGOK BILA MELAYU MERUSUH KAT PERAK, TIDUR ATAS JALAN
    TAK NGAKU DAH TUMBANG, LOMPAT PARTI, TAK DAK PENDIRIAN,
    MAIN DUIT DAN RASUAH, DERHAKA KPD SULTAN KRN PANGKAT DAN HARTA
    DEMONTRASI TAK HABIS DI JALANAN SETIAP HARI UNTUK SULTAN,
    BUAT REPORT POLIS LAH
    SEBAB NAK MENEGAKKAN JARUM YANG PATAH!!!
    APA YANG TAK KENA DENGAN MELAYU NI
    SENANG DIPERMAINKAN!
    PANTANG EMOSI, IKUT CAKAP PEMIMPIN, TUHAN LETAK NO.2
    PERCAYA CAKAP PEMIMPIN DULU SEBAB PEMIMPIN LAGI PENTING..
    BAGI DUIT SIKIT, BOLEH BUAT DEMO HARI2 PUN TAK PA JANJI MASYUK!!
    PASAL POLITIK BOLEH TAK PANDANG MUKA, SAMA SEDARA BUAT TAK KENAL,
    TAK MAU CAKAP, AKU BETUL,LAGI HEBAT, YANG SANA SILAP,
    ADA YANG TAK NGAKU SEDARA….
    PASTU LOMPAT PARTI SEBAB PANGKAT DAN HARTA,
    DULU PASAL PEREMPUAN
    3 BENDA YANG DIOFFER KEPADA NABI KITA, IAITU
    PANGKAT, HARTA DAN PEREMPUAN,
    NABI TOLAK TIGA2
    BENDA TU YANG BAGI MELINGKUP ORANG MELAYU
    TAMBAH LAH POLITIK NAK HARTA DAN PANGKAT…….
    MACAM MANA NAK BERSATU NI…
    BUAT MALU MERUSUH SETIAP HARI…
    BUKAN BAWA KEBAIKAN…….
    NAMPAK MELAYU BENGAP JAR..
    BUKAN TAMBAH PRODUKTIVITI PUN….
    ORANG CINA DAN INDIA BOLEH TUMPANG GELAK!
    TAMBAH LAGI SI KARPAL TU! SAJA BUAT HAL NAK PERMAIN MELAYU!!
    MELAYU IKUT EMOSI SAMPAI HABIS KENA MAIN DENGAN ORANG!!
    TULAH ORANG MELAYU……….
    JARUM PATAH!! MANA LAH BOLEH SAMBUNG BALIK,
    NI KAN PULA NAK BAGI TEGAK!!!!!!!!
    TUN boleh tak ulas sikit pasal TEORI UNGKU AZIZ PASAL
    NAK MENJADI BANGSA BERJAYA TAK SEMESTINYA BERGANTUNG bahasa ASING!!

  199. kesian kat mak bapak yang asal dari “ulu” lepas tu tak reti pulak nak mengajar anak dalam BI….hinanya mak bapak macam ni…kesian!!
    wahai anak2, jangan sekali2 tunjuk pandai depan dia orang walaupun anak2 sekarang ni pandai2. nanti merajuk atau kecik hati pulak mak bapak jenis “ulu” ni. Takut2 jadi anak derhaka pulak.

  200. Don’t Be Rude, Says The Sultan Of Selangor
    KLANG, Feb 13 (Bernama) — The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj is deeply saddened and disappointed over the disputes relating to the recent appointment of the new Perak state government to the extent of displaying rudeness to the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah.
    “Political developments, instances of street demonstrations and disputes between various parties, relating to the recent appointment of the new Perak state government, to the extent of displaying rudeness to the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, have saddened and disappointed me.”
    He said this in a special press statement entitled “Affirmation Regarding the Political Turmoil in Perak Darul Ridzuan”, which was released from Istana Alam Shah, here.
    In a three-page statement, the Sultan of Selangor advised the people who challenged the rights, role and position of the Rulers, which were enshrined in the Federal Constitution, to think carefully and evaluate deeply the consequences before taking any action.
    “I hereby wish to advise with the utmost sincerity by taking into consideration the future of the religion, Malaysian nation and our beloved country. Please do not be misled by actions and behaviours that will only disgrace our integrity, invite high risks to our process of progress, and eradicate the foundations of national sovereignty through the display of rudeness, treachery, arrogance, ignorance in knowledge and lust for power,” the Sultan said.
    Sultan Sharafuddin said the fact that the Sultan of Perak was his uncle and that both Royal families of the two states had a long-standing historical relationship added to his sadness and disappointment.
    He said he knew Sultan Azlan as a very knowledgeable person with vast experience in the legal service and judiciary, appropriate with his former position as the Lord President.
    Sultan Azlan and his Royal family also had distinguished educational credentials and qualifications and were always sensitive to the needs of the people to the extent that most of his actions were based on a knowledge of culture, holistic considerations and principle of consensus with experts on the relevant issues, Sultan Sharafuddin said.
    “What we have seen and (are) still seeing for the past week in Perak has prompted concern among those who care so much for their religion, race, country, stability, wellbeing, civilisation, security and our future together,” he said.
    “In light of this occurrence, we now know which is glass, which is diamond. In fact, we could now understand the truth inside those people who ‘burn the net out of anger with the mosquito’,” he said.
    Comment:
    Yes, yes, yes Tuanku !! Syabas! Mereka lupa Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.Mereka lupa sejarah Persekutuan Tanah Melayu. Ada setengah Melayu pun dah tak sedar diri. Sombong dan bongkak kononnya sistem pemerentahan beraja dah tak releven lagi.
    Jangan kurang ajar Karpal Singh dan jangan menderhaka kepada raja kami. Nizar dan Anwar tarik balik tindakan makahmah dengan segera dan pergi mengadap Sultan dan minta maaf.
    Jangan main api. Saya cadangkan jika Nizar dan Anwar tidak tarik balik tindakan makamah Sultan declare sahaja EMERGENCY and let the state be ruled by Majlis Gerakan Negeri indefinitely until the situation is back to normal.

  201. salam tun,
    betoi tu tun, masaalah besar orang melayu memang suka pandang lekeh sesama bangsa. mungkin orang melayu ni….. jiwa nya kecik ! Harap orang melayu mampu berubah tak payah le dengki tapi harap dapat membuka minda untuk lebih berfikiran positif.
    melayu & malaysia boleh.

  202. Tulisan Tun amat mudah difaham dan bersahaja tetapi padat dengan isi maknanya.
    Saya juga berasal dari pendalaman yang Tun kategorikan sebagai orang ulu, tetapi saya agak lain sikit sebab duduk di bukit, jadi ditukar menjadi orang bukit yang bermaksud sama seperti Tun huraikan sebagai orang ulu.
    Menyingkap kembali pada zaman persekolahan saya memanglah menyedihkan. Hutan belantara serta bukit bukau bukan halangan untuk kami mengalah kesekolah. Jarak juga bukan faktor untuk melunturkan semangat menimba ilmu. Namun berbekalkan semangat untuk maju dan serik untuk hidup kesempitan, maka jarak 13 batu bukanlah ukuran yang boleh menlenyapkan impian dan hasrat untuk membela nasib keluarga.
    Berbekalkan basikal tua, kami mengayuh serta membelah kabus pagi untuk segera sampai sebelum locing berbunyi. Sesampai kesekolah kalau tak berhati-hati akan menjadi bahan ketawa oleh rakan mahupun guru. Rupa asal sesorang akan menjadi janggal apabila kabus yang menyinggah di rambut dan kening merubah warna jika tidak dibasuh segera sebelum ke bilik darjah.
    Memandangkan peluang untuk bersekolah Inggeris begitu terhad di pendalaman, maka saya tiada pilihan oleh keluarga untuk bersekolah dialiran melayu. Dari segi penimbaan ilmu, aliran melayu akan mengalami sedikit kesulitan. Dengan kecemerlangan di peringkat SRP (Sijil Rendah Pelajaran) saya terpilih untuk menyertai program Sain Tulin disekolah terpilih dibandar besar. Apabila masuk Tingkatan Empat Sain, saya mengalami masalah kejutan budaya apabila pengajaran Subjek Sain diajar didalam bahasa Inggeris. Lebih menyulitkan apabila guru tempatan amat berkurangan. Kekurangan tersebut ditampung dengan guru dari seberang. Walaupun bahasa yang sama, namun masih ada masalah lain yang timbul.
    Tahap penerimaan dan pemahaman murid dialiran melayu agak terganggu dan tersekat. Untuk menyebut dan memahami makna sesuatu ayat, sudah cukup untuk sesaorang murid ini tercicir beberapa langkah kebelakang berbanding dengan murid dari aliran Inggeris. Maka, apabila Tun mencadangkan BI di praktikan seawal persekolah, itu adalah cadangan yang amat baik untuk meningkat kemahiran murid sewal persekolahan, namun perlaksanaan haruslah di perincikan supaya tidak mengabaikan bahasa melayu secara total.
    Untuk mengakhiri ruangan ini, saya juga ingin menjemput seluruh warga “blog chedet” melayari blog saya yang tercatat di atas nuh. Semuga Tun akan terus memberi sumbangan berterusan melalui blog ini.

  203. Dear Tun,
    Saya nak cadangkan supaya UMNO adakan satu kempen besar-besaran untuk mendaftar secara ONLINE sebagai ahli UMNO baru dikawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang.Topi, T-shirt, pen atau payong yang berlogo UMNO di hadiahkan kepada mereka yang mendaftar sebagai tanda penghargaan menjadi ahli UMNO baru. Gunakan ahli Putra dan Putri untuk uruskan pendaftaran dan adakan station-station pendaftaran dimerata-rata tempat atau pergi “door to door”. Kalau UMNO dapat 10000 ahli baru di Bukit Gantang saya rasa UMNO/BN akan menang dengan selesa. Saya rasa kempen ini akan berjaya menarik perhatian orang ramai kerana cara pendaftaran segera melalui online adalah satu pembaharuan yang mesra rakyat. Pendaftarannya MESTI diluluskan ON THE SPOT melalui computer online dan nombor pendaftaran sebagai ahli UMNO mesti diberitahu kepada mereka disitu juga.
    UMNO mesti adakan program JOM HEBOH untuk bermesra dengan rakyat. Bukan JOM HEBOH macam TV 3 buat. Jauhi JOM HEBOH yang berbentuk hiburan.
    UMNO mesti buat cepat nanti competitor “copycat”.
    daftarlah segera: wwww.daftar.umno.org.my

  204. assalamualaikum
    Tun..,
    Saya pun tak berapa bersetuju tentang bantahan besar besaran para cendiakiawan negara tentang pelajaran matematik dan sains di ajar dalam bahasa inggeris.
    Dalam dunia yang serba mencabar ini, sepatutnya kita menggalakkan rakyat m’sia khasnya anak anak kita menpelajari pelbagai bahasa dan bukan hanya bahasa inggeris sahaja.
    Dan kita juga patut mempelajari & menguasai pelbagai ilmu sebanyak mungkin..
    Saya hairan, mengapa mereka mereka ini(yang membantah)berfikiran terkebelakang???
    Adakah mereka yang membantah ini benar benar seorang “ILMUAN”?
    Atau mungkin mereka ini sebenarnya sama saja seperti saya (orang biasa yang tidak berpelajaran tinggi) tapi menganggap mereka berilmu tinggi…
    Tun…, kenapa orang melayu kita ini suka memandang rendah bangsa sendiri..? Tak percaya pada bangsa sendiri..?
    Sebenarnya yang bodoh bukan orang melayu, orang yang membantah pembaharuan dan cabaran lah orang yang bodoh…!!
    p/s : tak kan lah budak melayu luar bandar selama lamanya akan gagal dalam matapelajaran maths dan sains dalam bahasa inggeris..
    pepatah ada berkata ” BELAKANG PARANG DIASAH, LAMA LAMA AKAN TAJAM JUGA”

  205. Dear Tun,
    Abdullah Meets Johor Umno Leaders
    JOHOR BAHARU, Feb 13(Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is also Umno president, held a closed-door meeting with Johor Umno leaders at a hotel in Senai near here Friday night.
    He spent about 90 minutes with the leaders which included those of Umno Youth, Wanita Umno and Puteri Umno.
    comment:
    Dah lah Pak Lah, tak payahlah nak adakan mesyuarat tertutup.Tak ada gunanya. Ianya akan menimbulkan berbagai spekulasi kepada ahli-ahli UMNO yang dah “sakit jiwa” dan “tenat” kerana kelemahan kepimpinan Pak Lah yang dah rosakkan UMNO dengan teruknya.Orang UMNO dah tak ambil endah apa yang Pak Lah cakap. Pak Lah cakap pun dah lesu. Dah boring. Orang dah tak ambil perhatian lagi. Baik tidok je !!
    Umpamanya sekarang saya boleh anggap bahawa mesyuarat tertutup mungkin ada muslihat untuk Pak Lah melobi calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan exco UMNO nanti.
    Mungkin Pak Lah cuba hendak melobi serta merayu dan menangis supaya menantunya KJ dipilih jadi Ketua Pemuda.
    Mungkin juga Pak Lah cuba hendak melobi supaya Tan Sri Mahyuddin jangan di pilih jadi Tmbalan Presiden. Saya perhatikan Tan Sri Mahyudin tidak ada di mesyuarat tertutup tersebut. Pasal apa?
    Ketika keadaan UMNO yang dah layu dan longlai perkara mesyuarat tertutup tidak harus diadakan lagi. Semuanya mesti terbuka untuk mengelakkan ahli-ahli UMNO tidak berpuak-puak. Ini akan menjahanamkan lagi UMNO.
    Pak Lah jangan kacau fikiran orang UMNO JOHOR. Orang UMNO Johor tidak bodoh. Semuanya bijak-bijak belaka. Orang UMNO Johor ada pendirian mereka sendiri dan tidak boleh di jual beli.
    Pak Lah jangan main api lagi kerana api yang Pak Lah pegang dah malap.

  206. Salam,
    Tun kata:
    14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.
    Pendapat Saya:
    Zaman 70an di Alor Setar, dikalangan pelajar2 sekolah orang ulu kadang2 dipanggil Daoh, yang paling terkenal ialah panggilan “Daoh Kuala Nerang”. Jangan marah ye orang Kuala Nerang. La ni Kuala Nerang tak ulu lagi dah kot!
    Saya amat tertarik dengan konsep “kita Boleh” khususnya kepada orang Melayu. Ya saya setuju “orang Melayu” boleh berjaya jika diberi peluang. Tetapi ada beberapa perkara pada pandangan saya kenapa orang Melayu sukar maju ke hadapan. Tun lebih arif dalam perkara sebegini. Antaranya:
    1. PERANGAI/SIKAP NEGATIF MELAYU
    Terlalu banyak sifat negatif orang Melayu! Sebab itu lah orang Melayu zaman dulu suka berpantun. Bagi nasihat sesama kita. Terlalu banyak tabiat buruk semula jadi(?) orang Melayu, antaranya:
    i. jangan lupa jasa orang
    ***Pisang emas dibawa belayar. Masak sebiji diatas peti. Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi dibawa mati*****
    ii. Jangan bekerja hangat2 tahi ayam
    ****Alang alang seluk perkasam biar sampai pangkal lengan
    iii. Jangan bersengeketa sesama kita
    ***Bersatu kita teguh bercerai kita roboh***
    2. GANGUAN SEKITARAN(PENYAKIT SOSIAL)
    Ada dikalangan ibubapa cuba memebentuk fikiran positif kepada anak2 tapi apa kan daya. TV kita , suratkahbar dan pelbagai bahan media kita menghidangkan pelbagai jenis bentuk hiburan sampai budak2 kita dah mula tak nak dengar cakap ibubapa. Kalau zaman dahulu, anak2 takut kat ibubapa. Jiran2 akan terus lapur kepada ibubapa kita jika depa nampak kita buat jahat. Zaman la ni, susah nak cari jiran prihatin!Bila anak2 keluar rumah dah terpengaruh dengan kawan2. Kalau anak lelaki, kawal terlebih silap2 jadi “lembut” pula dah! Kalau tak dikawal jadi “raksasa” pula. Anak perempuan masalah bimbang ganguan lelaki gatal pula dah.
    1. **Kisah Budak Melayu Yang Tak Berkebolehan Akademik***
    Hanya ibubapa depa saja yang betul2 masih risau masa depan depa.Yang lebih sukar bila anak2 ini kawan dengan budak2 nakal, masalah dadah, Mat Rempit dan lain2 lagi. Pemimpin parti politik tak kiralah UMNO, PAS, PKR , DAP dan lain2 tak berminat hal urusan anak2 muda. Cuma sekali-sekala kalau ada peluang (seprti pilihanraya) pemimpin politik akan muncul sebagai jaguh membantu anak Melayu yang bermasalah.Sekali-sekala!
    Kalau saya Perdana Menteri saya “arah” tangkap budak2 Melayu yang berkeliaran di bandar2, hantar depa tiap2 hujung minggu pi buat kerja kemasyrakatan. PM MESTI PASTIKAN hiburan dikurangkan. Jangan bagi budak2 Melayu seronok terlebih. Depa ni bakal pemimpin masa hadapan. Kadang2 ibubapa tak boleh buat apa2 , keadaan dah susah nak kawal anak2 sekarang. Ini masalah sosial negara. Pemimpin negara kena bertindak.
    ii. **Kisah Anak Berjaya Akademik Tetapi Gagal Bermasyarakat***
    Jadi ramailah ibubapa berusaha hantar anak depa pi sekolah asrama penuh bila anak masuk Tingkatan 1. Pelajar lepasan asrama penuh ini tak didedahkan pula kepada hidup bermasyrakat yang sebenarnya. Pelajar2 ini kebanyakannya berkebolehan tinggi dari segi akdemik. Kebanyakannya melanjut pelajaran peringkat Universiti, asda sampai keluar negari. Jadi bila depa habis belajar sampai ke tamat Ijazah biasanya sekurangnya 9 tahun mulai Tingkatan 1, depa dah tak ada kemesraan bersama ibubapa selama 9 tahun. Kalau tak kena cara depa akan jadi terlalu mementing diri sendiri tanpa hirau masyrakat “individualistic”. Lebih teruk lagi ada kemungkinan depa bila berjaya hantar pulak ibubapa depa masuk Rumah Orang2 Tua seperti depa kena hantar masuk sekolah Asrama masa Tingkatan 1 pada usia 13 tahun. Lepas itu depa hantar anak depa pula pi Sekolah asrama Penuh kerana “depa boleh berdikari maka anak mesti juga boleh berdikari”.
    Depa bila kerja fikir diri sendiri (bukan semua), menggunakan pendekatan “the ends justify the means”. Cuba lihat contoh beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat yang mendapat didikan asrama penuh dari sekolah hingga peringkat Universiti. Juga lihat contoh rakan2 kita di pejabat yang mendapat pendidikan asrama penuh hingga peringkat Universiti. Cuba halusi sikap mereka betul2. Yang berjaya berubah kembali kepada hidup bermasyrakat setlah 9 tahun berdikari, kita ucapkan Alhamdulillah. Yang belum, berusahalah kembali kepada masyrakat yang sebenarnya.
    KESIMPULAN
    Peluang saja tak cukup. Kerajaaan juga harus pastikan segala halangan2 dikurangkan/diperbaiki juga agar anak Melayu dapat memunafaatkan peluang yang diberi.

  207. Salam Dr,
    Ulu dan bandar. Kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Orang Melayu memang terkenal sebagai ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang lembu menguak’.
    Tetapi, bila sudah berada di puncak mercu rasa-rasanya tidak ramai yang mahu menjengah ke bumi. Ulu atau bandar bukan lagi persoalan. Jarang sekali mendengar nama-nama dermawan dari kalangan Melayu.

  208. Dear Tun,
    I am assuming your writing above is targeted at Malay educationist who thinks that the education system should revert back to Bahasa Melayu for the sake of the orang ulu or orang kampung whom they think is at a disadvantage or “bodoh” to understand subject taught in English apart from preserving the National language. If and if that is true than I full heartedly agree with you.
    There are many cases which had proved the myth of ‘orang kampung or ulu are studpid’ are totally wrong. History has proven that given the opportunity these kampung or Ulu kids will excel in whatever undertakings entrusted to them.
    As for those Educationist who harbor such thoughts, my mum has a saying for people like them ” Mereka punya pandai, langit boleh di capainya, Mereka punya bodoh, makan tahi.”
    By the way Tun, I was born in Ulu Bernam, Ulu Selangor do I qualify as an orng Ulu?

  209. Salam TUn…Beri peluang untuk bertanya kepada BajuKurungUngu…Saya rasa Dato/Datin,Tuan/Puan kena baca semula tujuan PPSMI tu….Saya rasa ia bukan untuk bahasa inggeris…Tapi untuk kemudahan orang2 kita untuk mendalami ilmu tu dengan lebih baik lagi bila di UNIVRSITI/KOLEJ tak kiralah kat dalam ke atau kat luar ke… Sebab banyak bahan dalam inggeris.
    Sebab subjek ni kurang sangat diterjemahkan atau dimajukan dalam bahasa IBUNDA. jadi nak mudah orang kita tak ketinggalan dalam bidang ni maka patutlah Science and Math diajar dalam BI. Lagi pun bangsa lain kat MALAYSIA ni pun asyik cakap awak punya kelulusan memang baik…tapi ini kilang semua guna mesin bahasa inggeris lah….lu boleh paham ka…..
    Tapi kalau hang ada cara nak bantu orang kita dapat kuasai bidang ni dalam bahasa ibunda…saya pun akan tolong hang…tapi kalau asyik cakap mansuhkan…mansuhkan….saya rasa hang yang patut dimansuhkan….pikirlah sendiri…
    masa tahun 4 dulu karbon dioksida masa pergi kat universiti carbon dioxide…oksigen jadi oxygen….apalagi yerk….nasib aku belajar kat koleh di MALAYSIA. Masa salah eja dulu tak digelakkan sangat oleh kawan2…maklumlah saya ni dari ulu yang menceburi bidang sains biologi….tapi untung budak sekarang…takyah nak belajar eja balik benda tu bila kat u….ALhamdulillah…
    thanks tun…for ur genious ideas….May Allah bless u and the others….(maap kalau salah eja)

  210. Assalamualaikum Tun and Family…
    Saya amat tertarik dengan post Tun yang ini. Memang betul apa yang Tun cakapkan. Tak semua org ULU tu BODOH….Cuma sesetengah orang ulu yang dah jadi atau perasan dah jadi orang pekan(Bandar)je yang selalu kata orang ULU tu BODOH dan TAK BOLEH MAJU.
    Macam kes PPSMI. Saya tengok yang beri ulasan suruh mansuhkan PPSMI nampak macam berasal dari ULU dan boleh cakap dengan baik bahasa inggeris ni. Nak tanya kenapa….mintak mansuhkan PPSMI dengan guna alasan orang ULU akan ketinggalan. Dulu hang dari ULU jugak dan sekarang dan berjawatan tinggi dan boleh cakap english.
    Kenapa minta PPSMI ni mansuh. Tak nak tengok orang ULU lain maju ker. Kan boleh kalau hang ni semua berenti cakap pasal akibat negative je. yang negative akan berlaku kalau hang selalu pikiaq yang negative. langsung tak nak buat yang positive.
    Boleh tak hang tukar nada….kepada yang ini…kita akan pastikan orang ulu juga berjaya melalui PPSMI…atau… kita akan bantu orang ulu untuk bertambah maju dalam PPSMI….atau… kita sebenarnya kena buat yang ini untuk bantu org ulu berjaya dalam ppsmi….berentilah cakap mcm ni….kita minta ppsmi dimansuhkan sebab orang ulu tak boleh nak ikut program ni……
    lagi satu berentilah ambik attitude orang jepun, germany, france dsb..yang maju dengan bahasa sendiri…..sebab point nyer mudah jerrrr……Adakah ORANG MELAYU MACAM ORANG JEPUN, GERMANY ATAU FRANCE TU… YANG PUNYAI SIKAP MEMBUDAYAKAN ILMU. Kalau hang boleh bentuk budaya tu kat ORANG MELAYU….teruskan mintak mansuhkan PPSMI NI….
    Lagi satu takda lagi saya dengar ORANG MELAYU bertukar jadi Bangsa lain bila dah pandai cakap bahasa orang lain….Tapi tah lah….kalau ada naikkan lah kat paper….nak jugak tenggok bangsa baru tu….
    bak kata nabil….LU PIKIR LAH SENDIRI….
    Assalamualaikum….

  211. Selamat sejahtera serta salam hormat buat Tun serta semua .Tun,rakyat malaysia [terutama bangsa melayu]kini kelihatan ketinggalan kerana sikap sambil lewa, mereka juga lupa diri.Mungkin ini semua tiada dalam kamus hidup mereka.Baru2 ini,apabila diminta oleh kementerian pelajaran agar digunakan bahasa inggris dalam subjek sains dan matematik muncul suara2 sumbang untuk membantahnya.konon menyayangi bahasa kebangsaan kita.Tetapi itu bukanlah caranya sebalik mereka2 ini perosak dan lebih suka bangsa sendiri seperti katak bawah tempurung.Apa yang dapat saya ketahui kebanyakan mereka2 ini berjawatan atau berpendidikan tinggi.Mereka bolehlah kata begitu kerana mereka telah memperolehinya.seperti kejayaan akedemik tetapi anak2 sekarang masih jauh lagi untuk mengapainya.Tak salah kita belajar bahasa lain sekurang2nya kita tak mudah diperbodoh2kan dan tidak dipandang rendah oleh dunia luar.Walaupun anak2 ini tak dapat melanjutkan perlajaran lebih tinggi tetapi mereka masih boleh bertutur ,menulis dan memahaminya.Itu yang kita mahu ketengahan,bukan belajar bahasa inggris kita tolak tepi bahasa melayu.sejauh ini walaupun seseorang bangsa melayu itu telah menetap lebih dari 20 tahun diluarnegara yang pasti mereka masih boleh bertutur dengan baik.kadang2 apa yang saya nampak sekarang mereka yang konon tak setuju dgn cara kerajaan ini yang kebanyakkan bertutur dalam bahasa inggris sesama keluarga atau sahabat dalam kehidupan harian mereka.Malahan bahasanya juga konon ‘slang’ tetapi meluat pun ada.Dalam hal ini biarlah anak2 kita rasa susah dahulu tetapi mereka akan rasa lega/senang dikemudian hari.Berfikirlah sebentar sebelum kita melatah tanpa sebab yang munasabah.

  212. Salam Tun dan Toh Puan.
    Mengenai cocktail….ramai org Islam memandang serong, serong pada budaya barat.
    Sebenarnya mereka tidak kuat iman dan tidak bersedia dengan ilmu islam dan dunia di dada mereka. Golongan yang bergelar “pejuang Islam” yang kononya tidak tahu apa-apa berlagak mengelar dan me ugut golongan pandai sebagai manusia yang jahil tentang Islam.
    Saya ingat lagi, emak saya semasa belajar di Gereja Katolik di Klang, bersebelahan perhentian bas MARA. Emak saya pakai sari lagi, nampak cantik. Tujuan emak saya cuma nak ilmu, semasa itu sekolah British yang wujud, tetapi emak saya tidak pernah kuno dalam hukum hakam agama.
    Saya sedih kementerian Pendidikan tidak kuat seperti dulu, tidak berani membuat perubahan.
    Saya menyokong Bahasa English di ajar di setiap sekolah dalam semua subjek, saya yakin orang melayu boleh berubah dan berjaya.
    Saya meminta kementerian Pendidikan jangan memperjudikan nasib orang melayu yang ingin mengejar ilmu.

  213. Assalamualaikum Tun,
    Saya baca komen2 yang ditulis untuk artikel ini,
    ada yang membuat hati saya sayu,
    ada yang menerbitkan rasa pilu,
    rasa sedih hingga menitiskan air mata,
    rasa insaf,
    rasa bersemangat untuk memperbaiki diri,
    rasa gelihati pun ada,
    tapi yang saya nak komen adalah tulisan yang menyebabkan saya marah iaitu ramai yang mengutuk guru dalam masalah menentang PPSMI ini. Berkaitan isu PPSMI, saya merupakan salah seorang guru yang terlibat menyampaikan pelajaran matematik dalam bahasa inggeris.
    I’ve been teaching in this language since 2006. I’m not against PPSMI, I agree with the policy but I would like people to understand the problem face by the teachers who are not fluent in the language, most of us can understand the language very well. We also can write in the language very well but because of our problem in speaking, the student cannot achieved the learning objectives that we try to deliver. Untuk belajar subjek chemistry, physics, additional mathematics, biology etc memerlukan guru untuk menerangkan dengan baik,penuh keyakinan dan menarik supaya pelajar faham dan tertarik dengan tajuk yg hendak disampaikan.Jika kami gagal menyampaikan dengan cara yang saya nyatakan tadi maka anak2 anda semua akan menjadikan itu alasan untuk tidur. Jadi semasa kami memperbaiki diri kami untuk menjadi lebih baik dalam PPSMI ini adalah agak keterlaluan dan tidak wajar pihak kami dipersalahkan.
    Kami berusaha untuk menyampaikan dengan baik dan berkesan tetapi berilah masa. Kerja kami bukan semata2 mengajar sahaja.Kami juga perlu memastikan disiplin anak2 anda terkawal.
    Banyak program telah dianjurkan oleh pihak kementerian dan juga pihak sekolah namun kebanyakan program ini tidak dijalankan secara bersungguh2 oleh pihak yang menganjur. Hanya sekadar cantik diatas kertas sahaja tapi pengisiannya tiada.
    Sebagai contoh,kami dibekalkan dengan 3 modul tebal Bahasa Inggeris yang setaraf dengan pelajar tingkatan satu dan kami diminta menghantar LAPORAN setakat mana kami telah menyelesaikan modul tersebut.
    Pihak yang menganjurkan program tidak mendalami masalah sebenar kami dengan memaksa kami membuat latihan tersebut.
    Tumpuan sepatutnya diberikan dalam mempertingkatkan kemahiran dalam bercakap bahasa tersebut. saya guna perkataan bercakap bukan menggunakan kerana kami memang tiada masalah menggunakan BI dalam P&P kami iaitu dari segi bahan, buku dan setiap perkataan yang kami tulis juga adalah dalam BI.
    Tuduhan yang paling menyayat perasaan saya adalah apabila kami hanya mahukan elaun PPSMI yang diberikan. Saya ingin tegaskan disini bahawa elaun yang diberi itu bukanlah atas permintaan kami, kalau tak bagi elaun pun kami tetap menjalankan tanggungjawab kami.(seratus lebih sikit je)
    Malahan selama 9 tahun menjadi seorang guru saya selalu mengeluarkan duit sendiri untuk penyediaan bahan P&P dalam bentuk fotostat, dakwat printer, kertas dan macam2 lagi. Saya lihat ramai juga guru2 yang selalunya mendahulukan duit gaji sendiri dalam urusan memmbeli buku rujukan untuk pelajar dan kadang2 terpaksa menghalalkan sahaja dengan ikhlas jika tidak dapat bayaran balik .(bukan mengungkit tetapi mengharap anda faham dengan kerjaya kami).
    Sebenarnya PPSMI ini banyak kelebihannya selain untuk masa depan, diantaranya
    1. Bahan2 diinternet boleh digunakan terus dalam P&P tanpa perlu diterjemahkannya dulu.
    2. Penyediaan soalan dan bahan dapat disediakan dengan lebih mudah kerana microsoft words boleh menyemak grammar dan ejaan yang ditaip.
    3. memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan sendiri pengetahuan tambahan tentang matapelajaran yang diminati di internet.
    Diharap masyarakat tidak memandang hina guru2 dengan menyatakan mereka bekerja hanya untuk duit sahaja, walaupun ada segelintir begitu tetapi jagalah hati dan perasaan mereka yang benar2 ikhlas berbakti.

  214. Assalamualaikum Y.A.Bhg. Tun,
    Tak kesah la… ulu ka, bandaq ka, la ni sama saja… yang penting kita ada ‘effective leadership’ omputih kata.
    mai kita baca intro buku Developing the Leader Within You, tulisan John C. Maxwell :
    This humorous story underscores the importance of effective leadership: During a sales meeting, the manager was berating the sales staff for their dismally low sales figures. “I’ve had just about enough of poor performance and excuses,” he said. “If you can’t do the job, perhaps there are other sales-people out there who would jump at the chance to sell the worthy products that each of you has the privilege to represent.” Then, pointing to a newly recruited, retired pro-football player, he said, “If a football team isn’t winning, what happens? The players are replaced. Right?”
    The question hung heavy for a few seconds; then the ex-football player answered, “Actually, sir, if the whole team was having trouble, we usually got a NEW COACH,”
    Fikir-fikirlah wahai pemimpin2 yang selalu fikir dia saja yang betul.
    Tengkiu.

  215. Assalamualaikum.
    Senario politik yang berlaku di Perak hari ini bukanlah sekadar POLITIK. Ini adalah bakal sejarah yang mana hak orang melayu, Institusi Raja-Raja Melayu dan Kerajaan akan lumpuh atau musnah gara-gara kerakusan golongan mereka yang mengejar kuasa. Perlembagaan Persekutuan dijadikan landasan untuk memusnahkan institusi Raja-Raja kerana mereka menggunakan terma-terma yang berputar belit bagi menghalalkan agenda kekuasaan.
    Dengan slogan membela nasib orang melayu serta bagi membebaskan rakyat dari belenggu kedaifan, mereka ingin menjadi penyelamat bagi keadaan ini kononnya yang mana sebenarnya lebih kepada agenda peribadi. Persoalannya kini, siapakah dikalangan rakyat hari ini yang akan keluar sebagai penyelamat kepada kemelut politik, bangsa melayu dan institusi raja-raja kita? Didalam mendapatkan kuasa rakyat perlukah kita korbankan kuasa raja-raja pula? Apa pula akan terjadi sekiranya selepas dari ini, negara kita tidak mempunyai raja? Rakyat manakah yang paling layak untuk kita jadikan pemimpin yang tidak akan mementingkan diri mereka selain rakyat jelata? Akan adakah pemimpin yang sedemikian? Andaikanlah, Sultan Perak tersilap perhitungan kali ini, adakah ianya perlu pula bagi rakyat memusnahkan institusi raja-raja keseluruhannya di Malaysia ini. Jika Sultan Perak dihadapkan kemahkamah kerana kesilapan ini, implikasinya adalah keseluruhan institusi raja-raja di Malaysia itu sendiri. Malaysia bakal berdepan dengan kuasa asing dari luar sekiranya ini berlaku.
    Terlalu banyaknya berlaku kesilapan didalam pentadbiran Kerajaan hari ini maka Institusi Raja-Raja yang kini bagaikan telur dihujung tanduk pula yang menjadi pertaruhan. Saya masih lagi berpendapat, didalam situasi ini, AKTA ISA adalah penyelamat bagi meredakan ketegangan ini. Banyak pihak telah menggunakan hasutan bagi menaikkan kemarahan rakyat yang mana ramai dikalangannya tidak mendapat gambaran yang tepat tentang isu yang dimainkan. Ketegangan kaum bakal berlaku, begitu juga perbalahan sesama melayu yang kian menjadi-jadi. Pentadbiran Kerajaan yang sedia ada terlalu lemah sehingga banyak perkara yang benar disebelah mereka juga dapat digambarkan sebagai salah dimata rakyat. Sesuatu harus dilakukan. Mereka ini sama ada tidak tahu menggunakan sejata yang mereka ada ataupun tidak mahu menggunakannya. Pada hemat saya, mereka ini tidak tahu menggunakannya, malahan menggunakan benda yang salah sebagai senjata.
    Menyingkap sejarah Tanah Melayu itu sendiri membuktikan orang melayu kehilangan kuasa kerana perbalahan sesama sendiri dan pembelot-pembelot bangsa yang menjadi kuda dan juara bagi kepentingan orang asing. Masih ada ruang dan peluang bagi memperbaiki keadaan ini hanya sekiranya, Pentadbiran Kerajaan sedia ada tahu memanipulasi keadaan dan menggunakan senjata yang betul bagi memberi gambaran keadaan sebenar agenda-agenda mereka yang menentang tadi. Cabaran memang datang tetapi bagaimana menhadapi cabaran itu yang penting. Kajian keatas sikap orang melayu itu sendiri sebenarnya penting bagi menghadapi mereka ini, tetapi siapakah yang pernah memanfaatkan apa yang sebenarnya telah pun ada ketika ini untuk menggunakannya?
    Oleh itu, saranan saya ialah agar Pentadbiran Kerajaan sedia ada yang memiliki cerdik pandai dan para cendikiawan agar bukan sahaja setakat berfikir dan bercakap tetapi menggerakkan apa yang difikirkan dan dicakapkan itu. Agenda tanahair itu lebih penting dari mana-mana agenda yang sedang dirancang dan dilaksanakan waktu ini. Semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir dulu beliau telahpun membangunkan apa yang tidak sepatutnya kita bangunkan tetapi berjaya dicapai, iaitu kemajuan perindustrian dan rakyat. Hanyalah yang tinggal adalah kemajuan rohani yang perlu dilakukan oleh kerajaan ketika ini dengan tidak perlu menambah atau membaikpulih apa yang telah sedia ada ini. Kembalikan perasaan cintakan tanahair dan perasaan menghormati Institusi Raja-Raja yang mana adalah payung dan tonggak bangsa melayu. Janganlah dirosakkan pula apa yang telah dibina dan membina kerosakkan yang lain pula.
    Semoga bangsa melayu akan menjadi bangsa yang disegani bukan kerana kekuatannya tetapi kepintarannya.
    Wasalam.
    RAKYAT YANG CINTAKAN TANAHAIR DAN MENJUJUNG SULTAN
    AZMI MURID
    http://azmimu.blogspot.com

  216. Dear Tun
    Im back!! Saya rasa bukan sekarang je melayu sekarang beranggapan demikian. Pada zaman kesultanan Melayu dulu pun memperbodohkan sesama bangsa sudah pun berlaku. Dan sekarang tampak bangsa lain India dan Cina cuba sikit demi sedikit memperbodohkan orang melayu dan paling ketara sikap orang India no 1 di Malaysia Kapal Sing telah cuba melaga lagakan sesama bangsa melayu. Waspada la wahai bangsaku..
    Nazriee

  217. Asslamu’alaikum,
    1. Saya memang orang ulu, iaitu Ulu Perak. Saya tak malu nak mengaku sebagai orang ulu. Kami di Ulu Perak kebanyakannya bersusur-galurkan kerajaan Patani dulu. Bahasa percakapan pun agak unik. Perbendaharaan kata banyak berkongsi dengan orang Kelantan. Secara geografinya, taburan keturunan Patani ni merangkumi daerah Hulu Perak, Selama, Batu Kurau, Baling, Kulim (sampai ke Sidam), Sik dan Pendang. Banyak MB Perak dulu orang Ulu Perak.
    2. Bagaimanapun, dalam “krisis” di negeri Perak ini banyak menimbulkan kekeliruan kepada orang ulu seperti saya ini. Pertamanya, ada kawan saya di Ulu Selangor, iaitu dari Batang Kali mengucapkan tahniah kepada saya kerana Perak mempunyai “Menteri-Menteri Besar”. Dicadangkan, jika keadaan ini berterusan, eloklah “simulasikan” seperti di bumi Palestin, iaitu adakan garis sempadan mengikut DUN, iaitu dibahagikan kepada kawasan BN dan PR. Di dalam keadaan ini, terpaksalah Dr Zamry memindahkan pusat pentadbiran ke Pangkor, kerana Ipoh Barat dan Ipoh Timur adalah kawasan PR. Untuk Sultan, tak menjadi masalah. Jika ada majlis dengan PR, laksanakan di Istana Kinta. Jika ada majlis dengan BN, adakan pula di Istana Iskandariah. Adilnya Sultan kita (Sultan Azlan pernah memperli TUN dengan ayat “kalau tak tau undang-undang, jangan cuba masuk campur urusan perundangan”).
    3. Saya agak bersetuju dengan cadangan orang Ulu Selangor tersebut. Keunikan Perak akan terserlah, kerana “Raja” nya ramai, MB nya ramai. Ada Raja Muda, Raja Di Hilir, Raja Kecil Besar, Tengah dan Bongsu; dan Raja Parit. Cuma, Perak tiada “Tengku Mahkota”, atas sebab-sebab linguistik.
    4. Di seberang sempadan Ulu Perak, iaitu di negeri Kelantan, pernah terjadi satu peristiwa yang lebih ceria. Akibat perselisihan dengan sultan, maka sekonyong-konyongnya, di ambilnya tauke Petra Finance, dan di tabalnya menjadi Sultan. Adalah dua orang Sultan, iaitu satu Sultan BN, dan satu Sultan PAS-S46. Hingga ke hari ini, sipenabal ini masih kebal dari gelaran penderhaka.
    5. Kekalutan di Perak rupanya bertaraf nasional. Najib angkat bendera kemenangan (relief sikit akibat kehilangan KT). Anwar tersentak dari lamunan 916 (sinonim dengan emas 22 karat). Dan Karpal menggesa Anwar bertaubat. Mengeluh si Anwar kerana banyak sangat gesaan….. bersumpahlah….. bertaubatlah…..
    6. Karpal terus ke hadapan. Mahu membawa kes pemecatan MB Perak ke mahkamah (dengan membabitkan Sultan). Maka, melaung-launglah juak-juak UMNO, dengan melabelkan Karpal penderhaka. Siapakah yang keliru sebenarnya? Pada pandangan orang ulu ini, orang UMNO lah yang keliru.
    7. Karpal sebenarnya adalah pembela UMNO sebenar. Kita sedia maklum, semenjak merdeka, tidak pernah parti selain dari BN (pimpinan UMNO) menggubal undang-undang tubuh, sama ada peringkat negeri, atau persekutuan (kecuali Kelantan). Jadi, apabila Sultan tidak mengikut klausa-klausa dalam undang-undang tubuh negeri Perak, bermakna Sultan tidak menghormati undang-undang yang digariskan oleh UMNO. Bermakna, Sultan tak menghormati UMNO. Cuma Karpal yang berani mempertahankan undang-undang tubuh yang di “establish” kan oleh UMNO. Manakala orang UMNO pula terus mempermain-mainkan undang-undang yang diluluskannya sendiri.
    8. Bahkan, Karpal lah satu-satunya pemimpin pilitik yang memberikan kredit kepada Tun, kerana kebolehan Tun mengawal ke”maharaja-lela”an raja-raja kita. Pemimpin-pemimpin lain, sama ada UMNO, PKR dan PAS masih menaruh kepercayaan untuk mengembalikan “imuniti” raja-raja (bahasa orang ulu = hak bermaharaja-lela).
    9. Datanglah pula Pemuda Gagah dari Rembau, menghamburkan istilah penderhaka di Padang Ipoh. Sebenarnya, untuk orang Negeri Sembilan, mereka patut memulaukan Standard Chartered Bank (SCB), kerana bank ini telah mengheret Raja mereka ke mahkamah khas, dan Raja mereka telah terhukum (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum). Karpal masih lagi di peringkat perancangan untuk mengheret Sultan ke mahkamah, bukannya perlaksanaan, sebagaimana yang dilakukan oleh SCB. Jadi, orang Oxford rupanya tidak dapat lari dari sindrom “mudah lupa”.
    10. Di akhir kalam, orang ulu ini masih percaya, tiada siapa yang sebenarnya menderhaka, di dalam peristiwa di Perak. Istilah “derhaka” ini dimanipulasikan sebaik-baiknya oleh pihak-pihak berkepentingan. Janganlah orang-orang cerdik pandai sekelian terus keliru. Kuasa Raja boleh dimanipulasikan (seperti penjajah dulu), tetapi “Kuasa Rakyat, Kuasa Keramat”. Orang Ulu ini adalah penyokong kuat Tun semasa krisis perlembagaan tahun 80 an dahulu.
    Wassalam

  218. Salam….ramai yg sokong PPSMI ni…bagusla…tapi yg saya masih tk faham kenapa perlu subjek Sains dan Matematik perlu diajar dalam BI.
    Contohnya Matematik apa relevannya ia diajar dalam BI sedangkan subjek tu banyak menggunakan SIMBOL, kepada pelajar yg mmg berminat dgn Matematik menjadi tk keruan kerana diajar dalam BI, kalau yg fasih berBI tu okla..yg kurang mahir BI macam mana? padahal untuk menguasai SAINS dan MATEMATIK adalah belajar dgn menggunakan BAHASA yg paling mudah difahami….BAHASA SENDIRI..BAHASA MALAYSIA… BAHASA MELAYU…aduhai…malas la nak cakap pasal Jepun,Francis, China…Klise sgt…
    Lagipn menurut Prof Ungku Aziz ilmu bukan sahaja boleh didapati dalam BI sahaja, bahasa cina, bahasa Francis dn pelbagai bahasa lain yg ada di dunia ni. Apa yg penting sekarang ni adalah tanya diri sendiri
    …APA sebenarnya MATLAMAT kita
    MAHU pelajar KUASAI/MAHIR subjek2 tersebut atau FASIH berbahasa Inggeris? Kalau nak fasih berBI kelas BI hendaklah di kemaskini modulnya…
    pernah tk terfikir kenapa??
    Di Malaysia pelajar akan belajar subjek BI semenjak mereka dalam darjah 1 hinggalah mereka Tingkatan 5, tp malangnya masih ramai pelajar lemah dan tk boleh nak kuasai subjek tersebut…apa MASALAHNYA? Usia 7 thn ke 17 thn …10 tahun tu…
    Dan sekarang kerana kononnya MATE dan Sains ilmunya lebih luas dalam BI maka ia diajar dalam BI…berbaloikah? sedangkan BI pn kurang mahir lagi…kesian…(maafkan saya tk niat nak perlekeh keupayaan pelajar2)
    Walau dimana anda berada di Ulu atau di Pekan, izinkan saya bertanya
    Tak berjayakah anda-anda yg pernah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?

  219. Assalamualaikum semua,
    Pada tahun 1975 semasa saya berada di darjah satu, guru mengajar bahasa inggeris adalah seorang yang berbangsa cina. Saya bersekolah di sebuah kampung di di selatan negeri Perak. Walaupun hanya beliau seorang sahaja berbangsa cina, tetapi beliau seorang guru yang berdidikasi dan murid-murid kerap didenda seperti lari keliling padang, ketok ketampi dan kadang-kadang di beri penampar. Namun begitu ibu bapa tidak melihat perkara tersebut sebagai satu penginayaan kepada anak-anak mereka. Dari darjah satu hinggalah tingkatan lima rakan-rakan sekelas adalah berbangsa melayu. Semasa di Universiti, kebanyakan buku-buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris (hampir 100%)dan kami budak-budak melayu dari kampung terkial-kial untuk memahami dan menulis dalam bahasa inggeris.
    Untuk berjaya dalam karier sekiranya kita bekerja di sektor swasta adalah perlu menguasai tiga perkara utama :-
    a) Berkomunikasi dalam B.Inggeris dengan baik
    b) Menulis di dalam bahasa Inggeris dengan lancar
    c) Berbahas / berhujah di dalam bahasa inggeris dengan petah
    Semasa sesi soal jawab di dalam apa saja seminar, walaupun jumlah yang hadir ramai melayu, jumlah yang bertanya amat kurang disebabkan kurang keyakinan diri.
    Berdasarkan sebuah hadis, Rasullulah menyeru kita pergi sampai ke negeri China semata-mata kerana ilmu, adakah kita perlu ke sana bercakap bahasa melayu/arab untuk belajar dengan mereka?
    Sudah semestinya kita perlu belajar bahasa Cina itu sendiri.
    begitu juga dengan bahasa Inggeris, kerana kebanyakan ilmu sains ditulis di dalam bahasa tersebut, oleh itu tidak salah kita belajar di dalam bahasa inggeris.
    Orang melayu perlu menempuh cabaran, jangan lah kita sendiri memandang rendah kebolehan bangsa kita. Lihat anak-anak Melayu yang asal dari kampung yang mengambil “English medium” boleh bertutur dengan baik selepas mengambil MCE. Kita tidak mahu melihat anak-anak melayu terpelajar yang hanya petah berkomunikasi dengan bangsa sendiri, tetapi menjadi BISU bila bertemu dengan bangsa-bangsa lain.

  220. Salam HORMAT TUN DMM & TUN DSH,
    I am excited to add a bit more on this interesting simple subject but very fundamental to the people of Malaysia. Subject shared exhibit your sensitivity to the people , in an another word the people of the government of Malaysia. SALUTE!
    ORANG ULU – Fully agree with you that these orang ulu should be continuosly be given a chance and THE CHANCE to success. I am hopeless at school eventhough I worked hard. Only at 17 I have improved due to discipline and consistency. Thank you arwah abah, mak and you TUN. Your spirit is always there to guide me for what I am today. It works. THANK YOU SIR!
    BAHASA INGGERIS – I was selected to study in UK at the age of 18. I speak very little English when I first landed. Forced myself for about a year subsequently I speak and dream in English. Your policy in education works. THANK YOU SIR!
    COCKTAIL PARTY – I was in the UK from 1985 – 1994 and holding a couple of degrees due to your Education Policy. Added to that you advised us to adhere/observe our self integrity. I followed without questioned. It works again. Alhamdulillah not even a drop of the ‘sin’ liquid managed to get into my throat. Infact I gain respect from my international friends. I have attended/socialized many cocktail parties without any problem. Infact during my wedding many of my European friend did come to the wedding of this particular orang ulu yang tak minum pun. THANK YOU SIR!
    BELACAN (additional point) – During your visit to MSD London in late ’80s you said ‘ janganlah bawak Malaysia ke sini kurang-kurangkan makan belacan. Belajarlah cara hidup di sini ambiklah yang baik-baik saja ‘. I adhered and understand that we should be able to adapt and adopt. Be flexible. It works because it has helped me alot in many ways. THANK YOU SIR!
    Finally – A BIG THANK YOU!!!!!!!!!! Only now I don’t see many more peluang for us the batch of 40-45 years old. It seems to stuck somewhere. I cried when you stepped down. Then, I felt the future will be bleak. I was not wrong. The future is BLEAK!!!!!! Help us out! We still need you. I DO!!!!
    Take care !

  221. Minum arak dijadikan alasan masalah nak ke cocktail party ye, padahal segan nak cakap omputih sebenarnya. Tambahan pula, bagaimana nanti masuk waktu sembayang? surau? ada wudhuk, tapi nak kena bersalam bukan muhrim?
    Lalu, di katanya tak kena dengan budaya melayu..
    ———————————————-
    Budak-budak memanglah takde masalah nak belajar, walaupun pengantaranya bahasa inggeris, yang buat masalah guru-guru budak ni. Malu tak reti cakap omputih dikatanya budak luar bandar lemah bermasalah.
    Lalu, di katanya aktivis bahasa menentang..
    ———————————————-
    Di Perak, disebabkan masalah 4 adun. Dipusingkan kemana-mana, meleret hingga melibatkan istana. Sanggup menderhaka dan menghina Sultan, Raja di bodoh-bodohkan tergamak dimahkamahkan, kurang ajar! Menganggap seolah2 kalau tiada sultan pun tak jadi apa. Hanya berpunca tak puashati kerna hilang kuasa.
    Lalu, di ajaknya rakyat menggulingkan Raja..
    ———————————————-
    Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Pendatang (orang cina dan india) saja rimas dengan raja-raja & sultan. Sekarang orang Melayu sendiri merasa rimas dah nak hapuskan raja melayu.
    Hai lah me layu!

  222. 70 tahun dulu cerita, sekarang mereka sudah tua dan ramai sudah mati. Sekarang yang tinggal generasi muda. Memanglah tak sama dulu dan sekarang, dulu lain sekarang lain..
    Orang dulu, tak pakai tudung. Mak, Nenek-Moyang kita mana pakai tudung litup. Orang yang baru-baru ni saja yang dipakaikan tudung. Tak tahu mereka ini faham sebab apa mereka disuruh pakai tudung?
    Dalam sibuk menyeru orang bertudung, ada tak kita terfikir nenek moyang kita berada disyurga mana atau neraka apa? Hanya disebabkan tak pakai tudung?
    Maka sedekahkan alFatihah banyak-banyak, atau tak mengapa sebab mereka tu jahil bab agama berbanding orang sekarang..
    70 tahun akan datang pulak, mungkin lelaki-lelaki pulak berketayap. Dan mereka anggap pulak budak-budak yang ada sekarang kurang islamnya berbanding mereka. Dan macam biasa mereka berkata tak mengapa sebab tok-moyang mereka sekarang jahiliyah. Mana tau kan..
    Atau 70 tahun akan datang perempuan mula membuka jilbab semula seperti tok-nek kepada tok-nek mereka macam dulu-dulu..
    ..” Dulu lain.. ‘Sekarang lain…”

  223. CUBA BAYANGKAN JIKA SAINS DAN MATEMATIK TERUS DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS NAMUN GURU YANG MENGAJAR TIDAK LAGI DIBERI INSENTIF 10% UNTUK MENGAJARNYA KERANA MUNGKIN CIKGU TIADA MASALAH LAGI BERKENAAN BAHASA BERKENAAN. RASA-RASANYA SIAPAKAH YANG AKAN MENENTANG PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS?
    SEMUANYA BERKAITAN DENGAN WANG.WANG,WANG…..JIKA WANG ADA DITANGAN YANG BAIK ATAU BURUK PASTI DITERIMA TANPA FIKIR PANJANG….SEMUANYA KERANA WANG, WANG, WANG…

  224. Dear Tun,
    While a lot has been said about the last 5 years regarding our out-going PM. Nevertheless, his first 2 years in office still could be term as good with the landslide win of the general election to prove it.
    But for the in-coming PM. He is considered “worst” before he steps into the office and expect a lot more will happen come next April right to the next election. This party hopping is just a tip of the iceberg.
    The ultimate devil with a sign of ” $ ” is laughing all the way to the bank.
    Pakatan Rakyat, be afraid, be very afriad.
    People, be sad, be very sad.
    Thank you.
    Be

  225. Dear Tun,
    Sinis sekali pandangan dari Tun, Saya juga begitu sedih sekali apabila mendengar perkataan dari mulut mereka yang mengelar diri mereka pejuang bahasa budak kampung lari bila ditanya two plus two equal to? Janganla kita memperbodohkan orang kampung begitu hina sekali. Malah ada orang kampung yang lebih petah bercakap Inggeris berbanding pensyarah kita berbahasa Inggeris apabila ditemuramah di TV. Sungguh memalukan kita bangga berbahasa Melayu tidak bermakna kita ambil mudah mengenai Bahasa Inggeris. Perkara ini berlaku bukan kerana Tun tetapi kerana mereka yang tidak buat kerja mereka memperkasakan BM sebagai bahasa Ilmu/teknologi.Mereka tahu buku-buku ilmiah atau jurnal boleh dikatakan kesemuanya BI, cuba bayangkan tenaga dan masa diperlukan untuk menterjemahkan buku-buku ini kesemua setiap hari dan cuba bayangkan saintis-saintis di negara kita apabila mereka cuba menerbitkan jurnal di dalam BM dan siapa pula yang perlu terjemahkannya. BI tidak mengajar kita perkataan seperti “normal curve”, “percentage”,dsb kerana perkataan ini hanya muncul bila kita belajar Matematik. Jadi mereka perlu faham Bahasa Ilmu dengan BI adalah dua bahasa yang berbeza. Cuba mereka bayangkan jika 5 atau 10 tahun akan datang jika buku teks diganti dengan laptop
    apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita? Adakah mereka akan bertanggungjawab atau mungkin mereka sudah tiada lagi di muka bumi ini mereka tidak perlu dipersalahkan. Tanyalah diri sendiri naskah BM dari sasterawan mana yang dikenali diseluruh dunia, puisi mana yang tersohor di dunia dan sasterawan kita yang mana yang disanjung didunia dan yang kelakarnya tiada ibubapa pun yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana anak mereka perlu belajar didalam BI. Kita sepatutnya berbincang dan cari cara agar anak-anak kita dapat belajar dengan cara yang terkini yang akan dapat membantu mereka kelak.

  226. Salam Tun.
    Iam one of your admirer. Saya fikir saya faham apa maksud Tun dan saya sangat bersetuju dengannya.
    Pada tahun 1965 saya belajar di sebuah sekolah Mission di kawasan pedalaman Sabah. Waktu itu kesemua mata pelajaran diajar dalam bahasa inggeris.
    Saya mula mengikuti matapelajaran Bahasa Malaysia pada tahun 1974 ketika menduduki tingkatan tiga ( LCE ). Semua pelajar diwajibkan bercakap dalam bahas Inggeris kecuali semasa mata pelajaran BM diajar.
    Begitupun, dalam peperiksaan akhir LCE kesemua pelajar dalam kelas saya lulus mata pelajaran BM dengan baik. Begitulah seterusnya apabila kami menduduki peperiksaan akhir tingkatan lima.
    Saya fasih berbahasa Inggeris, fasih berbahasa Melayu, tetapi bahasa Ibunda saya tak hilang pun. Malah anak-anak saya belajar dalam bahasa Melayu di sekolah, bercakap dengan saya dalam bahasa inggeris di rumah, bercakap dengan emaknya dalam bahasa ibunda. Kadang kadang anak saya menjadi penterjemah di kelas kerana guru bahasa inggeris banyak merujuk kepadanya.
    Saya buken juial temberang, tetapi menyokong supaya pembelajatan Sains dan Math dikekalkan dalam bahasa inggeris. Tak ada siapa yang rugi. Yang penting jati diri kita kuat.
    Wishing you a joyous and healthy life Tun.

  227. Dear Tun,
    This Govt. is weak.
    A weak govt. is always held to ransom.
    So nothing much can be expected of it.

  228. Assalammualaikum Tun,
    Pertama kali saya nak komen dlm blog chedet.
    Tun, saya ni orang Sabah tinggal di Daerah Pitas iaitu daerah yang paling miskin di Malaysia seperti yg dilaporkan. Saya dan keluarga orang kampung dan serba kekurangan/miskin.
    Dulu, sebelum arwah datuk saya kembali ke rahmatullah dia ada pesan minta kami adik beradik belajar sungguh-sungguh. Dia kata, kehidupan kami akan berubah jika mencapai tahap pelajaran yang tinggi.
    Akhirnya, pesanan arwah datuk menjadi ingatan dan pembakar semangat sehingga saya berjaya juga menamatkan pengajian ijazah perakaunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
    Pasti Tun masih ingat nama UMS, Tun yang luluskan penubuhan universiti tu. Terima kasih Tun.
    Saya setuju orang kampung atau org Ulu atau orang pedalaman bukannya teruk sangat asalkan diberi peluang.
    Orang kampung bukan nak dibantu banyak tapi sedikit saja sebab kami biasa hidup susah. Bukan banyak tapi sedikit.
    Tak kisah makan Mee Maggi untuk ‘lunch’ dan ‘Dinner’. Yang penting bantu sedikit kurangkan kesusahan sedikit saja.
    Saya menyeru kepada anak-anak muda yang dipanggil orang kampung, kalau keluarga kita miskin kaya kan hidup kita dengan pelajaran dan beradab sopan.
    Terima kasih Tun,
    Dr Mahathir Bin Mohammad adalah idola saya.

  229. Tun,
    Saya setuju. Melayu tak tolong melayu… macam mana melayu mahu hidup. Akan bertambah layu lah. Memang dah nasib org melayu dari dulu sampai sekarang.

  230. 10. Nampak sekarang sama saja – anak orang ulu atau anak orang pekan. Dulu kedua-dua boleh, sekarang kedua-dua pun tak boleh.
    ———————
    la ni orang2 ulu yang ramai pegang jawatan tinggi kerajaan tu yang dah belajar english dulu dan sekarang fasih bercakap english tu dok suruh sekat anak2 orang lain tak bagi belajar english. kononnya tak jadi melayu kalau belajar guna bahasa inggeris.
    dulu2 dua2 orang kampung dan orang pekan fasih berbahasa inggeris tapi masih mempunyai jatidiri melayu.
    la ni dua2 orang kampung dan orang pekan tak reti berbahasa inggeris tu sebab takut nak pi cocktail party walaupun kat party tu ada orange juice!

  231. TUN SEMEMANGNYA HEBAT…TERNYATA TOPIK INI BERKAIT RAPAT DENGAN ISU PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS…INI LAH HAKIKATNYA TUN, ORG MELAYU TIDAK INGIN MEMEGANG PADA PERPATAH “BERSUSAH SUSAH DAHULU BERSENANG SENANG KEMUDIAN”..SAYA PERCAYA DASAR YANG TUN LAKUKAN INI MEMPUNYAI MAKSUD YANG MENDALAM DAN JANGKA PANJANG TETAPI IANYA TIDAK DAPAT DIFAHAMI OLEH SEMUA GOLONGAN…MEREKA MENGUNAKAN ORG2 KAMPUNG SEBAGAI CONTOH KEGAGALAN DASAR INI, PADAHAL KITA SENDIRI TIDAK MENGETAHUI APAKAN PUNCA SEBENAR KEGAGALAN TERSEBUT..ADAKAH KERANA MEREKA MEMANG BENAR2 TIDAK FAHAM ATAU KAEDAH PEMBELAJARAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA TIDAK BENAR2 SEMPURNA?DASAR INI DILAKSANAKAN BUKAN UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR2 INI FASIH DALAM BERBAHASA INGGERIS TETAPI UNTUK MEMBANTU MEREKA MEMAHAMI DAN MENGUASAI SAINS DAN MATEMATIK YANG MEMGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEPENUHNYA DI TAHAP YANG LEBIH TINGGI NANTI..ADALAH DIINGATKAN BAHAWA FORMULA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ADALAH BERBEZA DENGAN BAHASA INGGERIS PERBUALAN….

  232. Salam Tun ,
    Orang Ulu,Tajuk yang menarik, saya merupakan salah seorang anak separa bandar yang dilahirkan oleh orang Ulu,berumur pertengahan 30an, saya juga tidak malu untuk mengaku yang saya merupakan anak separa bandar yang bodoh dari segi pelajaran,tapi saya tidak mahu kebodohan saya itu membuktikan yang saya tidak boleh berjaya dan kebodohan itu diturunkan ke generasi saya.
    Saya merupakan seorang kakitangan syarikat swasta yang meniti dari bawah hingga kejawatan sekarang kerana saya berpegang kepada prinsip untuk terus berusaha walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan saya boleh dikatakan masih belum berjaya walaupun berkedudukan didalam syarikat. Ini adalah disebabkan kekurangan yang ada pada saya iaitu kurangnya penguasaan dalam Bahasa Inggeris tidak kira dari segi pertuturan atau pun penulisan, saya juga adakalanya merasa agak malu dengan diri sendiri kerana setiap hari akan berurusan dengan orang2 yang menguasai Bahasa Kedua ini tidak kira dari dalam mahupun luar negara,ini adalah kebenarannya.
    Saya dapat menjawat jawatan sekarang adalah disebabkan pengalaman saya dan keinginan saya untuk mengetahui selok belok dalam segala urusan yang berkaitan pekerjaan saya dan saya juga disegani oleh rakan2 sekerja berdasarkan pengalaman saya semata2 dan tidak lebih dari itu. Alangkan baiknya jika saya menguasai Bahasa Ingeris,ini kerana saya yakin yang saya dapat melangkah pergi lebih jauh lagi berbanding sekarang.
    Walau yang demikian saya masih belum mahu perputus asa kerana perjalanan saya masih panjang dan saya yakin yang saya akan dapat mengusai bahasa ini suatu hari nanti…
    Kepada semua Ibubapa, ingatlah apa yang berlaku sekarang adalah untuk masa depan anak-anak kita, walaupun kita orang Melayu dan mengagungkan Bahasa melayu itu sendiri tapi kita harus ingat yang betapa pentingan untuk mengusai Bahasa Inggeris ini,jika tidak kita tidak akan dapat melangkah lebih jauh ini kerana bahasa kita untuk kita dan bahasa kedua adalah untuk semua.
    Saya mengatakan demikian bukan bermakna saya tidak menyukai bahasa sendiri tetapi inilah hakikat yang sebenarnya kerana ianya dialami dan terjadi pada diri saya sendiri dan saya yakin saya bukan keseorangan dalam dilema ini, diluar saya masih ramai rakan-rakan yang senasib dengan saya dan adakah nasib yang sama mahu kita wariskan kepada anak2 kita kelak?
    Ini adalah peluangan kita untuk memperbetulkan keadaan dan saya yakin yang mata pelajaran Matematik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris dapat membantu anak-anak kita kelak untuk menguasai Bahasa kedua ini dan sesungguhnya kita harus percaya yang anak-anak kita tidak semuanya akan berjaya dalam pelajaran tetapi mereka ini masih mampu berjaya dalam hidup atas usaha sendiri dan dibantu oleh penguasaan Bahasa kedua ini….Insyallah

  233. Salam Tun ,
    Orang Ulu,Tajuk yang menarik, saya merupakan salah seorang anak separa bandar yang dilahirkan oleh orang Ulu,berumur pertengahan 30an, saya juga tidak malu untuk mengaku yang saya merupakan anak separa bandar yang bodoh dari segi pelajaran,tapi saya tidak mahu kebodohan saya itu membuktikan yang saya tidak boleh berjaya dan kebodohan itu diturunkan ke generasi saya.
    Saya merupakan seorang kakitangan syarikat swasta yang meniti dari bawah hingga kejawatan sekarang kerana saya berpegang kepada prinsip untuk terus berusaha walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan saya boleh dikatakan masih belum berjaya walaupun berkedudukan didalam syarikat. Ini adalah disebabkan kekurangan yang ada pada saya iaitu kurangnya penguasaan dalam Bahasa Inggeris tidak kira dari segi pertuturan atau pun penulisan, saya juga adakalanya merasa agak malu dengan diri sendiri kerana setiap hari akan berurusan dengan orang2 yang menguasai Bahasa Kedua ini tidak kira dari dalam mahupun luar negara,ini adalah kebenarannya.
    Saya dapat menjawat jawatan sekarang adalah disebabkan pengalaman saya dan keinginan saya untuk mengetahui selok belok dalam segala urusan yang berkaitan pekerjaan saya dan saya juga disegani oleh rakan2 sekerja berdasarkan pengalaman saya semata2 dan tidak lebih dari itu. Alangkan baiknya jika saya menguasai Bahasa Ingeris,ini kerana saya yakin yang saya dapat melangkah pergi lebih jauh lagi berbanding sekarang.
    Walau yang demikian saya masih belum mahu perputus asa kerana perjalanan saya masih panjang dan saya yakin yang saya akan dapat mengusai bahasa ini suatu hari nanti…
    Kepada semua Ibubapa, ingatlah apa yang berlaku sekarang adalah untuk masa depan anak-anak kita, walaupun kita orang Melayu dan mengagungkan Bahasa melayu itu sendiri tapi kita harus ingat yang betapa pentingan untuk mengusai Bahasa Inggeris ini,jika tidak kita tidak akan dapat melangkah lebih jauh ini kerana bahasa kita untuk kita dan bahasa kedua adalah untuk semua.
    Saya mengatakan demikian bukan bermakna saya tidak menyukai bahasa sendiri tetapi inilah hakikat yang sebenarnya kerana ianya dialami dan terjadi pada diri saya sendiri dan saya yakin saya bukan keseorangan dalam dilema ini, diluar saya masih ramai rakan-rakan yang senasib dengan saya dan adakah nasib yang sama mahu kita wariskan kepada anak2 kita kelak?
    Ini adalah peluangan kita untuk memperbetulkan keadaan dan saya yakin yang mata pelajaran Matematik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris dapat membantu anak-anak kita kelak untuk menguasai Bahasa kedua ini dan sesungguhnya kita harus percaya yang anak-anak kita tidak semuanya akan berjaya dalam pelajaran tetapi mereka ini masih mampu berjaya dalam hidup atas usaha sendiri dan dibantu oleh penguasaan Bahasa kedua ini….Insyallah

  234. Salam Tun,dulu ada org bukan main “confident” nak jadikan BM digunakan sampai di universiti. Kononnya,pakai BI tanda x cinta bangsa dan negara,x de identiti Malaysia dll….Sekarang pula kata BI tu penting.Hai la politik….kesian la anak-anak kita jadi tikus belanda…

  235. Dear Tun,
    1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah. Orang pekan anggap orang ulu ini agak kolot dan lekeh. Tak pakai kasut pun. Bahasa mereka juga lain daripada bahasa orang pekan. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini.Sesungguhnya mereka tak tahu apa.Nampak sekarang sama saja – anak orang ulu atau anak orang pekan
    Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.
    a.Inilah hasilnya bila belajar tingi-tinggi dan timba ilmu banyak-banyak semata-mata nak jadi broker.
    Bukan ulu sebarang ulu
    Ulu mari banyak bulu
    Zaman sekarang masih macam dulu
    Cuma sekarang malayu dah jadi ulat bulu.
    Bro

  236. Abdullah Receives Green Baret
    MERSING, Feb 13 (Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was today accorded the honorary green beret by Army chief Gen Tan Sri Ismail Jamaluddin.
    The Defence Ministry, in a statement, said the green beret was a symbol of chivalry, bravery, sacrifice and professional accorded to warriors.
    “The green beret is accorded to only those who deserve it and those honoured with the award are accepted as members of the Special Operation Force,” it added.
    comment:
    he, he, he, he, kah, kah, kah, kah !!! I don’t think he deserves it. Don’t you think so, friends !!! A haprak and HP6 Prime Minister who had caused losing 5 state goverments getting “GREEN BERET”. What a joke !! The Armed Forces is making a mockery out it. Yes, it is just an honorary award but the beret should be exclusively for the army personnel only. No honorary at all.

  237. jangswk,
    Mungkin juga Sarawak masih mempunyai minyak atau balak yang banyak tetapi adakah kini ia diusahakan oleh rakyat Sarawak itu sendiri? cuba kita lihat siapakah tauke2 balak yang ada di Miri? rumah siapakah yang tersergam indah di Miri, Kuching, dan lain2 tempat? rumah bangsa Iban? Bidayu? atau Dayak? satu pun tidak. tetapi adalah milik bangsa Cina yang telah memonopoli sektor2 itu.
    Jadi sekiranya Sarawak bebas dari Malaysia adalah tidak mustahil kamu semua akan menjadi lebih miskin dan papa. Mungkin kamu sendiri akan bekerja memotong balak di negeri kamu sendiri sementara hasilnya akan pergi kepada bangsa lain..
    Berapa ramai penduduk asal Sarawak yang datang ke semenanjung sekiranya kita nak bandingkan penduduk semenanjung yang ke sana? Jadi adakah penduduk semenanjung yang memerlukan Sarawak atau penduduk sarawak yang terhegeh2 perlukan semenanjung?
    Saya sendiri bekerja di dalam sektor minyak dan gas seluruh malaysia dan ketahuilah bahawa minyak di Sarawak tidaklah sebanyak mana.
    Kita lihat sahaja Brunei yang kini telah mula mencatatkan graf turun yang menandakan minyak di sana akan kehabisan di dalam jangkamasa kurang dari 100tahun. mungkin 60tahun. selepas itu? apa akan jadi dengan Brunei? Brunei kita sendiri tahu bahawa dia sana memang tersangat kurang pembangunan dan pihak yang memonopoli perniagaan di sana adalah bukan kaum asal Brunei. mereka hanya bekerja dengan pihak2 luar dan terlalu berbangga dengan subsidi2 yang disediakan oleh kerajaan mereka.. yang kaya bukan rakyat tetapi adalah Sultan mereka. Jadi adakah mereka mampu untuk hidup selapas kehabisan minyak nanti? adakah rakyat sarawak mahu jadi seperti itu?
    Itulah borneo..

  238. Ayahanda,
    Saya dapati ramai yg menyokong PPSMI dgn alasan supaya anak2 kita dpt berBI dgn baik. Kenapa gunakan dua subjek kritikal yg perlu dpt markah yg baik utk melanjutkan pelajaran dlm bidang teknikal nanti, utk menguasai BI? Kenapa tidak matapelajaran lain yg tidak kritikal? PPSMI akan menyebabkan kurangnya pakar teknikal Melayu di masa hadapan. Awal2 lagi kita menyekat peluang anak2 ini. Hanya yg berkemampuan sprt saya yg dpt peluang ini. Sy bukan berjuang utk diri saya tapi utk org lain yg teraniaya. BM atau BI pd saya tiada masalahnya. Tapi utk majoriti anak2 lain, tidak begitu.
    Apa bezanya sblm PPSMI dan selepas PPSMI ttg penguasaan bahasa budak China dan India? Mereka tetap berpeluang utk menggunakan 3 bahasa. Kita tetap juga berpeluang utk dua bahasa. Peluangnya sama sahaja. Nak tahu berBI, guna masa matapelajaran BI. Yg penting, jgn sampai makin ramai anak2 Melayu yg tidak berpeluang mahir dlm Sains dan Ilmu Hisab kerana masalah bahasa!
    Hapuskan PPSMI!

  239. A’kum Tun
    Orang Ulu/Orang Kampong and Orang Bandar before was seperated because of digital devide.
    Now they are all the same, they dance and speak the same lingo, politic and bribery, infact some of them actually a very good actors, too bad no award for their winning ‘watak’
    Malang kan? Me still the same orang kampung, looking, watching and reading from afar, cuz what more can orang ulus and orang kampung do?
    salam.

  240. Salam Tun Pak Det ,
    SEJAK 1980’S ADA 3 FIGURES YANG MERTABATKAN ORANG ULU @ ORANG KAMPUNG KAT MALAYSIA NI…DULU-DULU NAK SEBUT MAI PADA KODIANG , YAN , BESUT, CHENG , TANAH MERAH , TEMERLOH , GERIK , LB JOHNSON KA…. MASA ACARA ORIENTASI MALU SEMBUNYI IDENTITI, ORG GUA MUSANG PI KATA MARI KOTA BHARU , ORG JENIANG KATA MAI DARI SUNGEI PETANI BARU RASA GRAND.
    TERIMA KASIH PADA TUN SENDIRI , 2 ORANG LAGI DATO’ LAT DAN ALLAHYARHAM SUDIRMAN. MEREKA MENGANGKAT IMEJ KAMPUNGAN.
    ANOTHER CYNICAL ENDING , “HAI LA NASIB” . I GUESS YOU ARE REFERRING TO THE FROGS AND THE SCRIPT WRITER…DON’T U TUN

  241. salam tun..
    sy bkn org ulu…dr kecil smpi bsr..sy duduk di bandar..tp..sy suka berkawan dgn org kampung…mereka lbh pndai menghormati org dan lbh bertimbang rs dan bersederhana…org kmpung ramai yg berjaya..sy sndri ada kwn org kampung yg berjaya…sy seronok berkawan dgn org kampung…apa yg dituliskan….sgt2 betul tun..ms berubah..dunia pon berubah..peluang pn harus berubah jd lbh baik..

  242. Tun,
    bila saya dok baca comment- comment ni..
    terharu bila banyak anak melayu “ulu ” dah berjaya..
    Tun,
    bapa saya background sekolah agama, selalu kata kalau dia belajag english, pandai cakap emglish dah lama jadi professor..
    walaupun kami susah, tapi dia tetap beli britannica encyclopedia, nak jugak anak anak pandai english….
    mak bapak kami tak pandai english, tapi kami boleh cakap dan paham english sbb kami suka tgk cartoon , belajag english melalui cartoon, tgk cerita mat saleh.. baca buku english sbb bapa pesan tak dak apa harta dia nak bagi , melainkan ilmu.
    so , kami berusha untuk blajag english … dan alhamdullillah kami bolehlah paham english walaupun tk sampai ke “oxford”.
    sedih sangat bila org Melayu sendiri kata anak oghang kampung tak tau jawab soalan matematik dalam BI, dan kena belajag matematik dalm BM takut bahasa ibunda tenggelam, depa tak tau ka, yang bangsa lain dok pulun ajag anak depa blajag BI, bangsa kita dok pertikai pasai apa nak blajag BI? yang depa dok ghisau takut bahasa ibunda hilang… tapi depa tak tau, esok nak interview adakah oghang nak intervied dalm BM? saya kijer slah sebuah MNC,kadang kadang bila perhatikan, bangsa lain yang english nya pun kelam kabut, tapi berjawatan besar sebab pandai cakap english , padahal education background hanyalah diploma. kenapa jadi macam tuh? Sbb mereka ada keyakinan untuk bercakap english dan mereka merasa melayu tak pandai untuk bercakap….saya sokong snagat belajar dalam BI, at least yang tak tau sikit s ikit tuh, bolehlah belajag pelan pelan… kalau tak buat dari sekarang, lagi la melayu kita ketinggalan… saya memang yakin Melayu mmg pandai… cuma kena bagi peluang dan pendedahan…
    kalau dok takut, sampai bila kita nak maju….kalau tak pandai BI, macam mana nak add comment kan sbb sumer instruction guna BI…
    semoga Tun family di rahmati Allah….
    family saya sume peminat Tun…

  243. Dear Tun,
    Macam saya dulu, dari sekolah ulu gi sek bandar..memang rasa rendah diri. Mula2 kekok gak bila cikgu ajar maths dlm english tapi bila dah biasa macam takde apa2 je…
    Bila dah kerja kat oversea lagi saya rasa lebih confident apabila negara yang kononnya gah itu orangnya sama je …malah pada umur saya dikala itu rasanya pengalaman saya lebih dari mereka yang bergelar senior. Masa tu rasa sangat bangga jadi rakyat Malaysia! Mereka hormati saya walaupun saya dari 3rd world country.
    Siapa pun background kita…tak menjadi halangan utk berjaya. Bahasa Inggeris sebagai pemudah cara belajr dan berkomunikasi sahaja..selebihnya, kita yg menentukan. Tidak lebih melayu kita kalau tak tau cakap bahasa Inggeris atau sebaliknya…
    jatidiri, patrioritik cintakan Malaysialah yg patut ditanam dijiwa pelajar kini kerana jurang kerjasama antara kaum amatlah membimbangkan!

  244. Orang ulu ke bukan ulu … semuanya sama sahaja . Kita semua manusia.
    Yang membezakan kita semua adalah sikap setiap orang.
    Kalau mempunyai sikap yang baik ,…. rajin , telus , pro active.. tak kira bidang apa yang diceburi pun akan berjaya.
    Inilah yang paling penting dan perlu diterapkan kepada anak anak kita.
    Tetapi sekarang , saya mendapati bahawa banyak keluarga hanya berorientasikan keputusan anak anak mereka . ( result orientated ).
    terutama golongan orang cina .
    Ini amat menyedihkan dan inilah sebab ramai ” genius – genius ” kita akhirnya menjadi kurang siul kerana tidak mempunyai sikap baik yang kukuh!.. Sedikit kegagalan … habis tidau tahu menghadapinya.
    Sekarang , saya amat kecewa terhadap sikap pegawai kerajaan kita yang tidak tulul menjalankan tugas mereka. Gejala rasuah bermaharajalela di kalangan mereka.
    Di mana Dato Shahril kita sekarang , janji akan mengumumkan formula kerajaan menetapkan harga minyak sampai berkali kali tetapi sampai sekarang ….habuk pun tak ada.
    Amat jelas sekarang kerajaan sedang mengambil untung daripada rakyat dengan tidak menurunkan harga minyak seperti yang dijanjikan.
    Amat menyedih and mengecewakan….haiiiiiii

  245. Aslkm Tun,
    Lepas merdeka kita ada sekolah aliran inggeris. Sekolah aliran melayu pun ada, kebanyakan sek rendah – aliran melayu dan kebanyakan sek menengah – aliran inggeris.Ramai pelajar drp sek rendah melayu masuk remove class untuk kesekolah men aliran inggeris.Mereka hanya belajar satu tahun dan masuk tingkatan satu bersama2 pelajar2 lain yg dtg drp sek rendah aliran inggeris (mereka telah belajar BI enam tahun) dan mereka terdiri dari pelajar melayu,india dan cina.Cikgu2 mengajar semua dlm BI kecuali subjek BM.Pasa masa itu sek men aliran inggeris lebih 95% cikgu cina dan india. Cikgu melayu dua atau tiga atau empat org aje, untuk subjek BM dan agama.
    Pelajar2 melayu agak susah sedikit peringkat awal. Mereka faham cikgu cakap inggeris,mereka tahu menulis BI (walau pun dlm bahasa yg rendah tahapnya) tetapi mereka susah sedikit, kadang2 susah banyak untuk berinteraksi dkm bahasa inggeris.
    Tun, tahu tak bahawa mereka inilah yg bersama2 berjaya dlm LCE,MCE dan seterusnya . . . mereka inilah yang bersama2 pelajar lain yg dtg dari sek rendah inggeris, fasih bercakap dlm BI. Mereka inilah juga sama yang dimaksudkan oleh Tun.
    Mengapa mereka boleh ? mengapa mereka boleh ?? ” LANCAR KAJI KERANA DIULANG” satu2 bahasa dan apa juga ilmu kalau diulang2 amalanya memang kita boleh…..kalau hangat2 tahi ayam…….bayangkan hari2 cikgu cakap inggeris,pelajar2 bangsa lain sudah tentu cakap inggeris dikalangan mereka . . .
    Selepas dari itu disek men aliran inggeris ada pulak form 4 terdiri dari science(india,cina ramai) dan art(melayu ramai) class. Lama kelamaan didapati pelajar tak seimbang dlm aliran sains dan sastra. Maka satu peraturan dibuat bahawa mata pelajaran bahasa melayu WAJIB lulus untuk lulus LCE, MCE dan HSC. Maka kesanya ramai pelajar melayu dpt masuk ……
    Pada masa itulah menteri pelajaran masa itu berkata kita wajibkan BM kerana negara berbilang bangsa mesti bertutur satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu.Kita mesti melaksanakan dasar ini kerana dlm perlembagaan bahasa Melayu asalah bahasa kebangsaan. Maka,lama kelamaan semua sek rendah dan menengah jadi sek aliran melayu. Kecuali sek rendah jenis(C) dan (I) dikekalkan.
    NAMUN DEMIKIAN MENTERI PELAJARAN MASA ITU BERKATA ” WALAU PUN KITA GUNA BAHASA MELAYU DISEKOLAH2, TETAPI BAHASA INGGERIS MESTI DIJADIKAN BAHASA KEDUA PENTING SELEPAS BAHASA MELAYU…..KERANA IANYA BAHASA ANTARABANGSA. BAHASA2 LAIN JUGA DIGALAKKAN. Arahan ini diulang…. diulang disetiap acara resmi atau tak resmi menteri. Tetapi malangnya….ramai pelajar melayu tidak ambil pusing perkara ini.Disek cakap melayu,dgn kawan2 cakap melayu, apakan pulak dirumah……lama kelamaan tak ramai (org2 melayu) pandai cakap org putih.
    Cuba kita fikir bersama…..

  246. YAB Tun,
    I agree with you. There is nothing wrong or bad about acknowledging (or be ashame of) the fact that some of us come from the kampung. In fact, we should be proud. The world evolve and from migrating to towns and cities, human are longing to be back in a more “natural” surrounding akin to a kampung setting. This has created business opportunities for some!
    But, I am curious as to what you are alluding to with this article. Are you trying to say some thing? Care to enlighten me, Tun?
    Sekian.

  247. salam tun..
    saya amat mengagumi cara pemikiran tun!
    mungkin comment saya ni tak ada kaitan dgn topik ni.
    saya merupakan student uitm,baru berumur 20.
    saya lahir dlm keluarga umno,datuk nenek saya,mak ayah saya,semua org kuat umno,.kami sayangkan umno,sayangkan bangsa melayu.
    tapi apa yg buat saya sedih,kebanyakan rakan2 saya x menyedari perjuangan umno.kebanyakan pelajar ipta@golongan muda sekarang terpengaruh dgn pembangkang.ramai yg menyokong pas dan pkr yg jelas menjadi mainan dap.mungkin mereka x dibesarkan dlm keluarga umno,tapi mereka sepatutnya berfikir dgn bijak.saya amat kesal dengan kelakuan mereka yg menghina umno,dan terlalu mengagungkan parti pembangkang.saya berharap sgt2 supaya mereka sedar suatu hari nanti.
    buat tun,
    teruskan memberi pendapat yg brnas!
    saya amat suka membaca tulisan tun.

  248. Orang Ulu dan Orang Pekan sama aje ya kalau di beri peluang.
    Sama juga dgn orang Cina dan orang Melayu.
    Kalau di beri peluang org Melayu akan lebih kaya dari org Cina.
    Cuma satu hal keburukan org Melayu…
    Arak dia tak minum…tapi korupsi jalan terus.
    Ini berlaku pada pegawai kastam di Johor dan pegawai polis lalu lintas. Macam mana Melayu nak maju.

  249. Salam Tun,
    saya datang dari kampung, sekolah takat SPM..tapi alhamdulillah arwah ayah saya suka membaca, dan saya mengikut jejak langkah dia..suka membaca..sekarang nie saya tengah mengajar anak saya dengan selalu membawa mereka ke kedai buku..masa ambil result SPM, cikgu saya hairan..”pasai apa bahasa sendiri dapat 6..bahasa orang dapat 3″..memang saya akui BI banyak membantu saya dalam kerja sekarang ni.

  250. Assalamualaikum! Tun,
    Saya pun orang ulu juga. Saya mula belajar disekolah rendah pertengahan tahun 70an, sambung diuniversiti habis ijazah awal 90an. Masa tu belajar semua guna bahasa melayu sampai diuniversiti walaupun bidang kejuruteraan, semua lapuran kena tulis dalam bahasa melayu. Habis belajar saya mengajar pula dan malangnya kena mengajar dalam bahasa inggeris. Memang susah nak terjemahkan semula ilmu yang dipelajari dlm bahasa melayu ke bahasa inggeris terutama semasa penyampaian dalam kuliah. Sebab saya dah biasa berfikir dalam bahasa melayu. Tetapi demi memajukan diri saya berusaha dengan cara membuat pembentangan kertas kerja ke luar negara. Saya merasa kekok untuk membuat pembentangan dalam bahasa inggeris di negara sendiri, kerana saya merasakan penonton lebih menumpukan kepada keupayaan saya berbahasa inggeris bukan isu sebenar yang saya bincangkan. Itu lah kelemahan diri saya yang kurang keyakinan diri. Saya banyak belajar dari Tun, dan saya ada baca komik mengenai Tun yang menceritakan peristiwa semasa tun mula hendak memikat Tun Dr Siti. Rupa2nya tun seorang yang sangat pemalu, tetapi semasa Tun menjadi Perdana Menteri Tun mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi dan menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia. InsyaAllah saya akan berusaha untuk memperbaiki diri lagi. Tak sabar saya nak baca buku Tribute to Dr Mahathir Mohamad, dah order tapi belum dapat lagi

  251. Assalamualaikum Tun & Family, semoga berbahagia…
    Saya setuju benor ngan apa yang Tun katakan….”Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar” tu….tapi yang menjadi masalahnya adalah :
    Dah diberi peluang………”Dijual” peluang tu…..
    Dah diberi ruang………..”Dibagi” kat orang ruang tu……
    Dah diberi uang…………”Dibelanjkan” tak tentu arah….
    Dah diberi “power”………”Digadai”… “power” tu…….
    Dah diberi lesen………”DiAliBabakan” lesen tu…..
    Dah diberi tempat……..”Disia-siakan” tempat tu…..
    Nak beri ape lagi…….takkan “TONGKAT” tu akan kekal selama-lamanya…
    tapi bukan semua macam tu…. yang macam tu adalah mereka dari spesis “MELAYU MUDAH LUPA” ataupun spesis yang “LUPA DARATAN” ataupun spesis yang “TAK MENGENANG BUDI”
    Kita cuma tinggal kuasa…
    Yang akan menentukan bangsa…
    Siapa yang menentukannya….?
    Orang Melayu kah?
    Orang Kampung kah?
    Orang Ulu kah?
    Orang Atas kah?
    Orang Bawah kah?
    Orang Politik kah?
    Orang Muda kah?
    Orang Tua kah?
    Jangan asyik kah! kah! kah!
    Semoga untuk renungan bersama…
    Terima kasih Tun…..

  252. Untuk renungan mereka yang bijaksana.
    Saya terbaca artikel di bawah di dalam theSun hari ini 23/2/2009 dan rasa terpanggil untuk berkongsi bersama para cerdikiawan yang melayari blog ini. Saya dapati ramai daripada mereka yang melepak di blog ini terdiri daripada mereka yang mengaku beragama Islam & Melayu, jadi keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini amat wajar diberi perhatian. Apakah pendirian juga tindakan yang terbaik atau yang perlu diambil/diikuti oleh kita berhubung dengan perkara ini ?.
    Religious Groups Want Sincerity In Talking Issues
    THE SUN 13 February 2009
    George Town (PENANG) : Religious groups have called for greater inclusiveness and sincerity in tackling issues in the new Penang Religious Goodwill Council, the first government body of its kind in Malaysia(1). Community leaders interviewed by theSun yesterday welcomed the move to form the council chaired by Chief Minister Lim Guan Eng, saying a common objective should be spelt out to foster much needed unity among the faiths.
    Penang Diocese

  253. Salam Tun,
    Yang mana satu yang lebih penting sebagai seorang Raayat Malaysia?
    1) Perpaduan antara kaum
    2) Bangsa & Bahasa Ibunda masing2
    3) Peningkatan Ilmu pengetahuan
    4) Kemajuan dan pembangunan
    5) Agama
    Kebanyakan Orang Melayu (Muslim) akan pilih;
    1) Agama
    2) Bangsa & Bahasa Ibunda masing2
    3) Peningkatan Ilmu pengetahuan
    4) Kemajuan dan pembangunan
    5) Perpaduan antara kaum
    Kebanyakan Orang Cina;
    1) Kemajuan dan pembangunan
    2) Peningkatan Ilmu pengetahuan
    3) Bangsa & Bahasa Ibunda masing2
    4) Agama
    5) Perpaduan antara kaum
    Kebanyakan Orang India;
    1) Bangsa & Bahasa Ibunda masing2
    2) Agama
    3) Peningkatan Ilmu pengetahuan
    4) Kemajuan dan pembangunan
    5) Perpaduan antara kaum
    Nampaknya perpaduan dan kemajuan/pembanguanan tak begitu penting kepada kebanyakan raayat malaysia.
    Jadi tidak hairan lah – pembelajaran Sain dan matematik dalam bahasa English di bangkang se-keras2 nya oleh mereka ini.
    Hashimmudin sebagai Menteri Pelajaran harus minta izin Dewan Raayat untok mengadakan Referendum – di mana SEMUA raayat berusia 18 thn keatas di benarkan mengundi – sama ada Sain & Matematik akan di ajar dalam bahasa Ingeris atau bahasa ibuanda???

  254. Salam Tun da para pembaca sekelian,
    Saya amat bersetuju dengan Tun dan amat memahami maksud yang tersirat. Semasa Tn menjadi PM banyak cadangan dan aspirasi Tun ditolak kerana kebanyakamorang melayu sekarang ini tidak mempunyai pemikiran “lateral”, “Kreatif” dan “thinking outisde the box”. Walau pun orang melayu telah mendapt pendidikan tinggi, tap mereka tidak mampu melangkah setapak lagi, iaitu berfikir d luar kotak.
    Tun,
    Saya masih ingat satu saranan Tun yang cukup kontravesiol dan mengundang kemarahan para ulama melayu, cendiakawan mau pun di kalangan mereka yang buta agama sendiri, – “AL-QURAN PERLU DITAFSIR SEMULA MENGIKUT PENGEDARAN ZAMAN’..begitulah bunyinya serba sedikit.
    Sebenarnya bagi saya saranan Tun ini amat tepat sekali. Saya bagi satu contoh…SURAH AL-FIL atau GAJAH. Dalam surah ini menceritakan tentang tentera bergajah yang hendak meruntuhkan Ka’abah, tetepi Allah telah menghantar burung-burung dari syurga dengan batu-batu berapi untuk menewaskan tentera-tentera gajah. Tun, pernahkan kita terfikir kenapa Allah merakamkan cerita ini selama-lamanya di dalam Al-Quran? Bafi para Ustaz dan para ulama melayu saya rasa ayat ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka kecuali kebesaran ilahi untuk membantu umat yang lemah.
    Tapi cuba kita renung sejenak….ayat ini walau pun pendek tapi sebenarnya memberi tafsiran yang besar kepada teknologi pada hari ini, iaitu kelebihan sekiranya kita dapat menguasai kekuatan di ruang udara. Inilah yang dilakukan oleh Amerika dan Yahudi..mereka benar2 menghayati ayat ini lebih dari kita. jika kita imbas kembali kekuatan tentera Amarika dan Yahudi, mereka sangat maju dalam ketenteraan udara dan juga angkasa lepas. Mereka boleh menyerang dan mengalahkan siapa saja dari udara. Umat Islam amat lemah dala hal ini. Allah dah bagi petunjuk tapi kita sendiri lemah untuk berfikir.
    Untuk mempertahankan umat ISlam dan umat melayu dari ditindas apa yang perlu kita buat dan yang penting ialah menguasai teknologi, dan Al-Quran dahn banyak menceritakan tentang perkara ini (Tun: kalau ada sponsor yang boleh menulis dan menyingkap tentang pentingnya teknologi dari kaca mata Al-Quran.) Tetapi nak belajar teknologi dalam bahasa ibunda amatlah kurang dan kita perlu sedar mengenainya. Selagi kita tak kuasai ilmu teknolgi, selagi itu umat Islam tak kira dewasa dan kanak-kanak akan dibunuh; kelmarin mungkin berlaku di BOSNIA, Iraq dan Afgah; hari ini berlaku di Palestin..entah esok lusa berlaku di asia Tenggara..kita tak tahu dan mohon perlindungan Allah.
    SEBAGAI MENGAKHIRI PANDANGAN SAYA INI, SAYA MOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENGGUNAKAN BLOG TUN UNTUK BERKATA SESUATU KEPADA ‘PEJUANG-PEJUANG BAHASA IBUNDA KITA’, KERANA SAYA TAK MEMPUNYAI RUANG LAIN UNTUK MENYAMPAIKANNYA …SILA BACA DI BAWAH..
    “WAHAI PEJUANG-PEJUANG BAHASA IBUNDA YANG MENGUTUK PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA..TAK KIRA SIAPA ANDA CENDIAKAWAN, PROFESSOR ATAU AHLI POLITIK..SEBENARNYA ANDA ADALAH PEMBUNUH KANAK-KANAK UMAT ISLAM DI MASA HADAPAN..ANDALAH YANG AKAN MEMBENARKAN MUSUH-MUSUH ISLAM BERMAHARAJALELA DAN MERATAH UMAT ISLAM SEPERTI SERIGALA LAPAR..BIAR KAN PEMBELAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS DITERUSKAN”

  255. assalamualaikum Tun,
    terima kasih kerana mempertahankan “orang ulu”
    Walaupun saya tidak merasakan diri saya ini orang ulu tetapi oleh kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di kampung batu lima sik kedah. ada juga pihak yg menganggap saya ini orang ulu…
    berbalik tentang pendidikan, pada mula2 saya dimasukkan ke sekolah sultan mohamd jiwa (sekoalah berasrama penuh), saya mmg mengalami kesukaran untuk bertutur dalam bahasa inggeris. hingga pada satu masa cikgu bahasa inggeris saya, cikgu zakaria zikri meletakkan saya di sebelah budak perempuan untuk memaksa saya bertutur menggunakan bahasa inggeris.
    tapi kini, saya adalah seorang pegawai kerajaan merupakan salah seorang yang dikecualikan dari mengambil kelas bahasa inggeris yg satu ketika dahulu diwajibkan di jabatan saya…
    sekaligus di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada “pak Ya” dan semua guru yang tidak berputus asa mendidik orang-orang kampung atau “orang ulu”
    sekian terima kasih
    nuradzri ahmad

  256. keci keci lembu jaga
    bila besar masuk askar
    bila pencen DAP juga
    satu senapang peluru dua
    keci keci lembu jaga
    chorus:-
    ada misai tarak janggut itu kucing
    ada janggut tarak misai itu kambing
    ada misai ada janggut itu karpal singh
    lu depan kasi dia suka belakang pusing
    keci keci dia main bola hoki
    sikit besar dia main bola ragbi
    keci keci dia makan tu capati
    sikit besar dia hantam itu todi
    ini lagu nyanyi serupa gurau senda
    saya nyanyi bikin abang hati suka
    ta mau marah ta mau komplain sama saya
    takut takut nanti saya kena court juga

  257. Assalamualaikum Tun,
    Kampung halaman saya, Kampung Kundur Ulu, Rembau, Negeri Sembilan.
    Situasi di Perak pada pendapat saya tak lebih dari amalan politik wang yang masih berleluasa dalam UMNO dan Barisan Nasional….dulu kini dan selamanya.
    Sekian wasallam
    72HAZARD
    Seremban 130209 9:25am

  258. Tun, kenapa orang melayu ni sensitif sangat sehingga senang untuk di pergunakan oleh kaum lain….depa buat demonstrasi jalanan sana sini untuk apa????depa dapat gaji ke???kerajaan pakatan rakyat ada gaji depa ka??? weh….balik rumah je le….kerja lagi bagus.dapat bagi keluarga makan….nanti masuk majalah 3 baru tau….MELAYU…..OH…MELAYU….MEMALUKAN…..lepas solat jumaat buat demonstrasi pulak…mana nak berkat hidup….dah la buat benda tak elok di masjid…..cuba lihat masyarakat di SARAWAK dan SABAH….depa mana ada bising2 rusuh sana rusuh sini….buang karen je le….kerja kerja lagi faedah……TAUBATLAH

  259. Salam kasih dah hormat Ayahanda Tun. Maaf menyimpang dari topic. Gambar di atas sekali blog Tun, gambar budak perempuan berlari bogel dalam perang (poster anti perang di atas)

  260. I think TV3 should send Karam Singh Walia to meet Karpal Singh and read a malay proverb to him that said
    “Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung”.
    Kemudian orang media ambil gambar dan siarkan dlm muka depan suratkhabar dgn caption
    “Pertumbongan Kapal Karam” he..he..he..

  261. Assalamualaikum Tun,
    Saya ni pun orang Ulu, Ulu Melaka ! pergi sekolah dulu pun jalan kaki 4 batu, pakai selipar jepun, nak beli kasut bapak tak ada duit, ikat seluar pendek pun ke sekolah pakai tal rapia, pasal seluar besar saiz, dapat dari abang yg dah tak boleh pakai lagi. Lepas tu ke sekolah di Felda, pasal bapak tak ada cara lain nak dapat penghidupan yg baik.
    Disekolah saya sering diejek, dikata selekeh dan dikeji budak budak sekolah yg kebanyakannya orang pekan.. Pekan Alor Gajah.. Malu saya, hanya yg dapat saya tutup mulut mereka bila saya sentiasa dapat nombor satu dikelas, dari darjah satu sampai darjah enam…
    Kerajaan beri saya BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) dibawah RK (Rancangan Khas), di hantar sekolah berasrama, Melaka High School.. sekali lagi saya diperlekeh anak orang ulu, rambut keriting, hidung kembang, di asrama saya di buli, masa tu ada Ragging lagi… Alhamdullillah saya tahan… sampai saya lulus baik MCE dan berjaya dapat Biasiswa Swasta, dibawah Dasar Pandang Ke Timur Tun.. Orang lain ke University di USA, UK atau Australia, saya di hantar ke Hong Kong !!
    Alhamdulillah lagi, saya berjaya walaupun banyak halangan di University di Hong Kong, saya juga di pandang rendah dan tidak di pedulikan sangat waktu pergi ke Kedutaan Malaysia di sana. Sombong sekali orang orang Embassy ni… walaupun Melayu.. maklumlah saya tak ada duit nak pakai ‘grand style’ macam yg orang lain.
    Alhamdulillah, saya bekerja di luar negara dari mula sampai sekarang dengan Orang Asing, dan ada orang Asing yang dulu angkuh sekarang sebagai bawahan saya. Saya bekerja di luar Malaysia, sudah 30 tahun, sudah dimerata pelusuk dunia. Tapi saya tak angkuh, sentiasa ingat saya ni ANAK MELAYU ULU.
    Saya pun juga pergi Cocktail Party, yg Hostnya adalah pemimpin pemimpin atasan Multi-National Companies, hanya, saya tidak lupa saya Islam. Saya jelaskan kepada “Host-host” saya,saya tak minum arak, “Coke” pun sudah cukup. Mereka respect saya, pendirian saya, dan mereka kagum bila tahu saya Anak Malaysia.
    Jadinya, Anak Melayu pasti boleh, boleh jadi Ketua di Perusahaan atau Pejabat Bangsa Asing. Untuk menjadi anak Melayu professional, mesti bersikap Professional, terbuka & terus terang. Tak ada bangsa Asing sekarang yg melihat rendah pada saya. Mereka sekarang lebih banyak belajar untuk jadi Professional dari saya.
    Kesimpulannya, untuk majukan Bangsa, kita sendiri harus bersikap International, MELAYU BOLEH. Barulah kita boleh jadi seperti Datuk Najib pernah cakap, jadilah INTERNATIONAL MALAY. Janganlah kunokan bangsa sendiri dengan ada sistem kasta orang kampung orang pekan..
    Hidup Melayu… Hang Tuah pun dah international 600 tahun dulu !! dah sampai ke Cina, sempat dia berpolitik untuk Raja Melaka dan boleh bawak balik Puteri Cina !!. Tak kan lak kita sekarang ni di tahun 2000an tak boleh… Jangan beri Melayu malu…
    Salam utk Tun dan keluarga… semoga sentiasa diberkati Allah sentiasa.

  262. salam bapak….
    p/s terlupa…saya penah kenal org melayu yg anggap dia sorang jer
    bagus org lain seme bodoh n banggang….

  263. salam tun,
    sy nk kata org ulu, x la ulu sgt sbb rumah sy just 10 mins drive to ISA detention center hehe. tp sy masih anggap diri sy org kampung. sy org melayu tp sy sgt kecewa melihat keadaan melayu dr dulu hingga skrg. antara perangai org melayu yg paling obvious yg sy slalu nmpk:
    1. hasad dengki n suka menyalahkn org lain drpd diri sendiri. perkara yg paling kerap kali dgr ialah bomoh-membomoh antara satu sama lain. pantang nmpk jualan kedai jiran sebelah memberangsangkn, mula la nk bomoh kedai tu kasi customers x dtg kedai dia. kalau kedai sendiri tiba2 xde customers dtg, mula la tuduh yg ade org bomoh kedai dia. drpd dok membomoh sesama bangsa, baik g bomoh je zionist kt israel tu, kasi drg kena rasuk ke mati katak ke aper!
    2. bodoh sombong. lebih2 lg bila belajar english. saya mempunyai ramai kawan cina n india n walaupun english grammar drg tunggang-langgang, tapi drg tetap nk speaking jugak. sy kagum melihat kesungguhan mereka utk cuba speaking tetapi melayu? susah sgt sy nk jumpa org melayu yg ade sikap nk cuba speaking walaupun tunggang-langgang. drg fikir, “drpd aku speaking tunggang-langgang, baik aku xyah ckp langsung! buat malu je kalo tersilap ckp!” kdg2 sy marah dgn kawan2 sebangsa dgn sy kerana xmau cuba speaking. apa yg mereka buat ialah mintak tolong drpd sy utk translate atau jd wakil utk berckp dgn org. english sy xde la hebat sgt n mmg x salah nk tolong tp sy tetap akan tegur n paksa mereka cuba belajar speaking n lupakan grammatical errors semua! yg paling penting at least they’ve tried their best. kalo drg practice selalu, insya-Allah akan lancar percakapan mereka!
    3. malas. beritahu sy kedai mkn bangsa apa yg selalu tutup awal? berapa % bangsa melayu yg cemerlang dlm pendidikan n kerjaya? berapa jutawan melayu yg ada di m’sia?
    sy rs perkara ni dh berbuih2 org membebel, termasuklah Tun sendiri, tetapi malangnya, melayu dok lagu tu je la (seperti begitu je la). agaknya nk tunggu zionist Israel dtg bom m’sia ni baru nk berubah kot…kalo x berubah jugak, sy pun xtau nk ckp ape dh…

  264. Salam Bahagia YABhg Tun Dr M,
    Pertama sekali saya ingin mengucapkan salam sejahtera kepada Tun Dr.M dan Tun Dr. Siti Hasmah.
    Sejak dari usia tadika(6 tahun),saya telah memanfaatkan pesanan Tun.Sebelum itu,lebih baik saya perkenalkan diri saya.Saya adalah keturunan orang ulu di Kelantan.Arwah nenek saya merupakan seorang ibu tunggal(sejak zaman penjajahan Jepun) yang hanya mengerjakan sawah padi untuk membesarkan arwah ayah saya,pak cik dan mak cik sehinggalah arwah ayah saya lulus dari Universiti Malaya dan bekerja sebagai guru di sekolah menegah.Dari kechil,saya di latih untuk tidak melupakan asal-usul keluarga kerana itu adalah ‘fundamental’ untuk kami.Adapun arwah bapa saya merupakan salah seorang ketua pemuda UMNO bahagian di Kelantan(bahagian KOK LANAS 1980-an pada zaman Dato’ Abdullah Ahmad) namun beliau pernah berpesan kepada saya,bahawasanya Tun Dr M telah banyak merubah negara ini.Dari sebuah negara yang hanya bergantung kepada sumber pertanian kepada sebuah negara yang berdaya saing dari sudut ekonomi,pendidikan dan infrastruktur.Tun Dr M terlalu banyak jasa kepada orang Melayu seperti keturunan saya(keturunan marhain).Arwah bapa telah memberikan pelajaran ugama dan pelajaran hidup yang berguna kepada saya sehingga kini saya bekerja sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat milik orang Melayu.Ketika saya membesar di Kampung,saya selalu membaca surat khabar.Ketika itu Tun memberikan tekanan supaya orang Melayu lulus dalam bidang Professional.Alhamdullilah,saya mengikuti nasihat Tun sehingga saya lulus dari Northumbria University,England dalam bidang kejuruteraan mekanikal.Untuk anak yang dibesarkan di kampung dan sekolah berasrama penuh di Kelantan,saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas kurnianya kepada saya dan sekeluarga.Pada pendapat saya,kadang kala orang Ulu seperti kami mempunyai semangat dan kemahuan yang kuat untuk keluar dari kepompong kemiskinan.Saya masih ingat lagi salah satu pesan Tun sebelum Tun bersara dari arena pentadbiran negara,Kalau kita bodoh dan miskin kita akan di jajah,namun jika kita pandai dan kaya,kita akan dipandang Mulia.Orang Melayu yang asalnya berketurunan marhain seperti saya,sanggup berjaya asalkan diberi peluang.Namun zaman telah berubah.Malaysia kini terlalu dikongkong oleh golongan aristokrat dan birokrat.Pada zaman pemerintahan Tun,golongan seperti kami mendapat tempat dalam masyarakat.Namun zaman telah berubah selepas era Tun.Orang Melayu yang sewaktu dengan saya kini mengalami masalah kerana kami dilatih untuk ‘know how’ tetapi anak Melayu yang menganggap golongan kami bodoh adalah mereka yang dilatih untuk “know who”.Pada pendapat saya,Bangsa Melayu merupakan bangsa yang hebat kerana kita semua merupakan keturunan Nabi Ibrahim A.S dari isterinya yang ketiga,Qatura.Bagaimanakah orang melayu sendiri boleh menganggap bangsanya sendiri bodoh?
    Sekadar Nukilan dan Pendapat,
    Mukhzani Abdul Manaf AMIMechE UK

  265. Najib Outlines Four Factors To Make Muslims Competitive
    KUCHING, Feb 12 (Bernama) — Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today outlined four factors that could make Muslims better able to handle the various challenges the Islamic world was facing now.
    Speaking at the closing of the Sarawak Islamic Congress here, Najib said the first was human capital development through education and the seeking of knowledge.
    “We want to build a generation mentioned by Allah in the Quran as one that is intelligent and wise and be able to build a great civilization,” he said.
    The second factor, Najib said, was regaining a strong fighting spirit especially among the younger generation.
    comment:
    Are the 4 factors incorporated in the Islam Hadhari “ideology”?
    Why Najib did not mention about the virtues of Islam Hadhari in his speech this time?
    Will he continue to promote the Islam Hadhari as propogated by his soon to be predecessor, Pak Lah. Or would he be introducing a new brand of Islam when he becomes the Prime Minister?
    Islam apa lah yang Najib nak namakan nanti? Islam ………??

  266. Dear Tun,
    Sungguh melucukan Karpal Singh suruh Anwar “bertaubat” !
    Karpal tak sebutkan dengan jelas bagaimana caranya untuk Anwar “bertaubat”.
    Adakah Anwar kena pergi temple orang menganut agama Sikh untuk bertaubat dan diampunkan dosanya?

  267. a’kum tun,
    Memang benar apa yang Tun lafazkan.
    Saya juga merupakan rakyat jati sarawak dan adalah seorang bangsa yang beketurunan melayu (sungguhpun tak sama rumpun dengan melayu semenanjung)juga terasa apabila Tun mengatakan demikian rupa.
    Tun, sesungguhnya kami melayu sarawak (dulunya terdiri dalam keturunan dayak bandar terutamanya memang tak boleh dinafikan bahawanya kebanyakan melayu sarawak adalah berasal dari keturunan Iban dan Bidayu atau dayak bandar) memang beanggapan bahawa orang yang tinggal di luar bandar adalah masyarakat yang mundur..terutamanya orang Iban…Tetapi hakikatnya kita orang melayu dan Dayak di sarawak adalah sama serumpun (jika diteliti sejarahnya) cuma yang memisahkan ialah agama iaitu disebabkan Tempat kediaman mereka.
    oleh itu, saya amat bebesar hati agar para rakan yang memabaca Blog Tun ini mengerti bahawa bertapa pentingya perpaduan di sarawak ditingkatkan lagi dengan mengantikan pemimpin yang ada sekarang agar tidak memecah -belahkan perpaduan kaum di sarawak. Bersama-samalah kita orang sarawak berusaha untuk keluar dari malaysia agar masa depan kita tejamin dari terus memberi kesenangan kepada rakyat semenanjung….
    Apa nak takut Sabah dan sarawak kan masih banyak Minyak dan Balak…Tak usah nak gaduh2 seperti rakyat semenanjung… suatu hari nanti pasti rakyat dan pemimpin sarawak akan bangkit juag untuk keluar dari Malayisia…Hidup Rakyat Borneo….

  268. Salam Tun!
    Isu kali ini sangat menarik. “Bahasa Inggeris” dan “Ulu”. Best ni….
    Bahasa……
    Pahlawan Lagenda Melayu….Hang Tuah dikabarkan fasih menguasai 8 bahasa dunia. Bahasa yang penting pada masa hayat dia lah. Kenapa? Dis Laksamana Melaka. Dia baru belajar semua bahasa tu apakala dia terlantik jadi Laksamana kah? Tentu dari masa umur kanak-kanak lagi. Laksamana masa tu tugas dia agaknya lebih kurang macam menteri sekarang lah. Pendekarnya Hang Tuah bukan hanya pencak dan gerak tari silatnya saja. Tapi ketangkasan gerak fikirannya juga. Berurusan dengan anak negeri juga orang luar dengan bijaksana. Ada ilmu baru boleh bijaksana. Tiada ilmu kena pijak dimana-mana.
    Bodoh lah menteri…ahli politik…aktivis masyarakat…ibubapa ….yang berfikir bahawa malaysia mesti mendidik anak negeri dalam satu bahasa kerana bermodalkan cogan “perpaduan rakyat”. Siapa yang jual idea ini?….Ada Ah Seng? Ada Raju?….Ada ? Ada? Hanya Dolah yang bodoh saja!!!!
    Woi Melayu Pengecut! Hang Tuah lima sahabat bertutur banyak bahasa tahu tak? Oh! Mereka tidak hidup hari ini untuk beritahu kau orang tentang pandainya dia orang. Cerita dia orang ni tertulis dalam buku sejarah. Melayu pengecut tak baca buku.
    Sekolah bahasa inggeris takut anak tak pas. Nak belanja lebih takut tak dapat mewah yang lain. TV Plasma harga RM 5,000.00 boleh beli. Desktop komputer harga RM 1,500.00….”mahal-lah….secondhand ada tak?”
    Woi Melayu Pengecut! Biarlah anak kau orang belajar dalam bahasa inggeris. Bertutur bahasa Inggeris tak akan menyebabkan anak kau orang jadi orang inggeris.
    Woi Melayu Pengecut! Biarlah anak kau orang belajar dalam bahasa Inggeris. Bahasa ini bahasa perantaraan seluruh dunia. Dunia makin kecil. 8 jam sampai mekah…dulu 1 bulan. Dari Ulu sampai pekan dulu 8 jam ….sekarang tak sampai satu jam. Orang cari makan jauh-jauh. Orang jauh datang sini cari makan berbekal ilmu. Kesian anak-anak kau orang esok. Tak dapat bersaing. Jadi hamba di tempat sendiri. Kau orang nak senang belanja sekarang….kesian lah kat anak-anak tu…..Woi Melayu…jangan terus jadi bodoh!
    Ulu….
    Ulu sungai….pedalaman….batu…..jeram berarus deras….
    Hilir…
    Muara sungai…..sungai nan lebar….arus nan tenang dan lesu…
    Ulu…..
    Udara nan bersih….kehijauan….air nan bersih….jeram mencabar…mencabar yang sihat….membina kecekalan dan jatidiri…
    Hilir….
    Udara nan cemar….hijau menipis….air berarus lesu berkeladak….menccemar kesihatan tubuh dan akhlak….
    Melayu cetek….Melayu tak sedar diri…..Melayu perasan…Melayu pengecut…cuba fikir tentang baris baris ayat dia atas. Lepas tu fikir! Fikir Melayu!!!!Fikir!! Yang mana Ulu yang mana Hilir….Yang mana “town/city lad” yang mana “budak kampung”. Ah! Buang masa betul saya ni Tun…..Orang bodoh macam dia orang mana boleh berfikir? Nang tahunya minta subsidi….kerajaan kena tolong melayu forever….ada yang dapat biasiswa kerajaan belajar ke England komplen apa tau….”Universiti tu tak tolong melayu langsung”….apahal Mat Saleh tu nak tolong melayu….tu lah mentaliti tolong….tolong dan minta org tolong. Saya rasa rangkap “minta tolong” harus hapus dari minda melayu. “Beri pertolongan” boleh simpan, tapi dengan hadnya.
    Siapa Melayu yang mudah lupa harus ingat. Jangan nak naik sorang diri. Pokok-pokok dihutan kalau ribut susah nak sekah…patah atau tumbang. Dia orang akan serap dan tapis serangan ribut bersama-sama. Sokong menyokong. Taufan datang pun dia orang harus OK.
    Tapi…kalau pokok tinggi nan sebatang di tepi padang….angin semubu jalang pun dia tak dapat hadang. Esok esok hancai jadi kayu api buat kopi tetamu bertandang.
    Ah! Sembang……Salam Tun.

  269. Salam, saya sangat yakin yg TUN maksudkan adalah berkenaan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
    Sebenarnya…bukan tk bagus belajar dalam bahasa inggeris untuk kedua2 subjek ini, tp sesiapa yg pernah mengajar subjek ini kepada pelajar bandar mahupun luar bandar atau ulu bak kata Tun,akan faham akan situasi yg berlaku…bkn semua tp kebanyakannya pelajar (bkn memperlekeh) hakikatnya memang tak berminat dengan kedua dua subjek ni…terutama kaum majoriti..(saja jer tk nak direct) bila diajar guma bahasa omputih yg mereka belum sepenuhnya dkuasai..alangkah sedih..sesiapa yg pernah menghadapi akan tahu situasi…rasa kesian sangat…
    Susahlah…mungkin pada sesetengah org ia OK,tp kepada yg tk OK tu macam mane Tun? Masa terus berjalan…mmg ramai yg berjaya tp banyak jugak yg telah terkorban…
    Saya berdoa semoga ada satu jalan penyelesaian yg adil dan saksama untuk semua demi kebaikan bersama.Selamat Malam.

  270. Brilliant…Being scarcastic and to the point at the same time..We all come from the kampong…But we forget…When will the Malay race ever learn..There is no free lunch..Sooner, not later, we all have to pay for it..

  271. Dear Tun,
    Big battle to win over Chinese votes
    KUALA LUMPUR: A battle is in hand for a battle to woo the hearts and minds of Chinese voters at the Bukit Gantang by-election.
    Both MCA and the DAP are working doubly hard for the all-important Chinese votes as the community comprises more than 14,000 or 27 per cent of the electorate.
    MCA is going to fall back on BN’s track record and experience, while DAP is going to town with BN’s “unconstitutional” takeover of the state government and highlighting its own track record during its 10 months in power.
    comment:
    Enough is enough. The chinese must support BN. What is the point of continuing to vote the opposition. You don’t gain anything at all except instability. The economy is in bad shape. The chinese must give full backing to BN to fix the economy. We can’t afford to have continuous political instability.What do we gain except frustration.
    Please accept the fact that UMNO will come back strong after the UMNO election. The lame duck Pak Lah will be gone and few other deadwood leaders. Be rest assured Najib can deliver with flying colours provided Rosmah must behave well. Don’t be arrogant !! That’s the perception of many people about Rosmah’s behaviour. Very damaging indeed if the negative perception continues to persist.

  272. List Of Local Names To Be Submitted For BN Candidacy
    TAIPING, Feb 12 (Bernama) — Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir said a few local names proposed by Bukit Gantang Umno for selection as Barisan Nasional (BN) candidate for the Bukit Gantang parliamentary by-election would be submitted to the party leadership.
    He said the list would be submitted to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also Perak BN chairman, for a decision by the leadership.
    “We have received a few names which are proposed by the division…the leadership will make the evaluation. The basis is that the candidate must be someone favoured by the people,” he told reporters after a closed-door meeting of the Bukit Gantang Umno division here, Thursday.
    comment:
    Pilih “Abdul Wahub” yang bijaksana dan jangan lah tersalah pilih “Abdul Wahab” atau “Abdul Wahid” pulak. kah, kah, kah. Banyak pengajaran boleh didapati dalam filem Tiga Abdul sebagai rujukan.

  273. Dear Tun,
    I was born in the 60’s and abandoned by my parents when their marriage failed. I remember when I was 5, clutching a plastic bag of my meagre clothes, I walked alone amidst barking dogs and followed my mom’s instruction to look for my grandparents’ house. WHen I was eight, both grandparents passed away. I lived with one relatives after another after that, they were all barely getting by.
    My dear grandmother saw to it that I was enrolled in an English school. Nobody spoke English at home, they never went to school themselves. I remember not knowing how to tell the teacher that I needed to go to the toilet and ended up embarassing myself in the classroom. Driven by need and having no other option, by standard two I was writing short half a page essays. A commendable achievement even for kids today.
    Situation at home was not good but I found joy in learning. I got a place in a good secondary school, given scholarship, free books, sometimes free uniforms througout the years. Eventually I studied in the US with a scholarship, realised that the mat sallehs are not as bright as we were told, on the average, I can safely say they were pretty stupid, and I was in California, not some red neck states!
    I am not intimidated by the mat sallehs and with a good command of English I could engage in a good argument with them anytime. My line of work necessitates a lot of interaction with foreigners. I survive and am enjoying it thanks to my grandmothers’ decision to send me to an English school. Given my deplorable social and economic background, nobody would imagine I could rise through it all.
    I thought you would like to know how certain policies have helped kids like me. Thank you Tun, you may not be perfect (some of your views are debatable 🙂 ) but I am proud when I was overseas and told people I am a Malaysian, they replied, “Oh Mahathir Muhamad, Malaysia!!”… even when you were no longer reigning.

  274. Puteri Umno To Send Advanced Teams To By-election Areas
    KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) — The Puteri Umno movement will be sending advanced teams to Bukit Selambau, Kedah and Bukit Gantang, Perak, to survey the situation in these areas where by-elections will be held soon.
    Puteri Umno Chief Datuk Noraini Ahmad said, the teams consisting of Puteri members from the divisions and branches will look at infrastructure and suitable activities to be carried out starting tomorrow.
    comment:
    Don’t get excited, Noraini. I think it is gross stupidy to send advance teams on your own.This strategy will be backfired. To make the campaign effective, the planning must be coordinated properly. Simply doing things on your own initiative does not mean that you are productive. There must be ONE KAPALA to call the shot ie the campaign manager. You just cannot have separate activities from one sayap of UMNO doing different things. Memang hancur. Finally, you will get all kinds of “shitt” feedback from the ground with different signals. Wanita, Pemuda, Putra and the UMNO leaders all having separate planning and objectives.It is foolish, indeed !!
    What UMNO should do is to have brainstorming sessions NOW. Identify and select suitable Campaign Manager to plan, coordinate, monitor and control all the actvities instead of going different ways. Gunakan akal sikit lah. I thought you are a professional. This is very simple management principle that UMNO must apply to achieve its objevtives.
    Bersatu teguh, bercerai roboh, my dear “green” girl!!

  275. Salam Tun,
    Saya dapati ramai pembaca blog ini tidak mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh Tun.
    Sebenarnya apa yang dimaksudkan pelh Tun ialah tentang protes pembelajaran bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains.
    Ada pihak termasuk beberapa parti politik ingin menganjurkan perarakan 100,000 orang ke istana negara untuk memprotes pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka ingin meminta supaya dikembalikan semula pembelajaran kedua subjek tersebut dalam bahasa Malaysia.
    Alasan mereka mudah saja. Ramai pelajar Melayu diluar bandar gagal dalam kedua matapelajaran ini disebabkan oleh kurang penguasaan bahasa Inggeris.
    Ya, mungkin pendapat mereka ini benar.Orang Melayu tidak boleh kuasai bahasa Inggeris, sebab itu mereka gagal.
    Jadi dengan kembalikan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia, akan menjadikan mereka insan yang cemerlang.
    Hehehehe……cemerlang didalam negeri, tapi mundur diperingkat antarabangsa.
    Hai….jaguh kampunglah namanya…

  276. Hello Che Det, Apo pasal tajuk oghang ulu pulak ni. Nak alih perhatian dari isu semaso ko?Apo pasal tak komen isu Karpal saman sultan Perak.Orang melayu umno memang mudah lupo…Dulu maso institusi rajo kito kobal dulu tak dongar pula ado oghang nak saman rajo.Patotnya Che Det banggo ado juga manusia macam Karpal yang berani nak saman sultan…he..he..he..(tak payah lah lah nak komen DSAI lebih-lebih…jago dalam kain che det sendiri sudah…tambah-tambah che det pun tak lamo laghi kan…yo lah…dah banyak pakai umur subsidi tu…samo2 kito ingat pado tuhan…jangan layan bonar penyokong 2 che det yang totok tu…besok bilo kita masok dalam kubor hanya tiga bondo saja yang jadi talian hayat kito..Che Det pun lebih maklomkan…

  277. Ayahanda,
    Apa yg tersirat dlm coretan ayahanda kali ini ialah mengenai PPSMI. Ketahuilah ayahanda, sy antara yg tidak menyokong PPSMI. Kami tidak pernah memperlekehkan org kampung atau org Ulu. Sy sendiri adalah org kg. Belajar dlm BM (Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia!) hingga berjaya mendpt Ijazah dlm Kejuruteraan Awam dr Universiti di Boston, Massachusetts, USA (sama tempat dgn Mukhriz) atas tajaan JPA (terima kasih teramat sgt). Beribu alasan dan sbb knp PPSMI patut dimansuhkan telah ayahanda dgri dr pejuang bahasa. Sy hairan knp ayahanda masih tidak menyokong pemansuhannya. Sy hanya ingin menceritakan masalah anak keempat saya yg dlm Tahun 5 sbg contoh. Saya dan suami yg berkemahiran tinggi berbahasa Inggeris juga mempunyai anak yg bermasalah dlm PPSMI. Bila diterangkan soalan dlm BM, anak akan menjawab “ooo kacang je”. Bgmn dgn ibubapa yg tidak tahu berbahasa Inggeris? Anak ketiga sy yg baru UPSR tahun lepas mendpt 5A tapi S&M masih dwibahasa dan dia menjwb dlm BI tapi membaca soalan dlm BM. Bgmn agaknya bila tanpa dwibahasa? Sanggupkah kita memperjudikan masa depan anak kita? Anak ke4 sy, katanya, dia paling benci pelajaran S&M sbb dlm BI. Cikgu pun tak berapa reti katanya. Tak sprt yg emak terangkan. Saya seorang jurutera, S&M dlm tgn… bgmn dgn majoriti ibubapa lain? Mungkin ayahanda terlepas pndg dgn masalah kecil sebegini, tapi impaknya besar utk anak2. Berapa ramai anak2 Melayu di kg, waima pekan sekalipun yg ponteng sekolah kerana PPSMI? Ramai ayahanda, teramat ramai. Bila sy balik kg di Perak, masalah PPSMI lagi teruk. Jadi tolonglah dgr rintihan org kg, sekurang2nya jika S&M dlm BM bolehlah ibubapa turut membantu anak2. Tuisyen? Berapa ramai yg mampu… fikir2kanlah ayahanda dan anda semua.
    Jgn sampai BM hanya sbg bahasa harian, ayahanda. Saya bangga berbahasa Melayu walaupun sy boleh berbahasa Inggeris dgn baik sekali. BAHASA ITU LAMBANG BANGSA.
    Hapuskan PPSMI!

  278. Salam Tun,
    Topik ni sgt menarik sebab banyak kaitan dgn saya. Walaupun ramai org Melayu diberi peluang utk belajar dan jadi orang yang berguna, tp ada jugak yang dilepas pandang, tak diberi peluang sewajarnya.
    Masa belajar dulu, saya boleh dikatakan pelajar yang cemerlang dan selalu mendapat markah tertinggi dalam kelas. Malangnya, impian saya utk bersekolah asrama penuh tak pernah tercapai, perkara yang sy sgt tak faham dan menjadi igauan dalam hidup sy. sy rasa perkara ni telah mencorakkan masa depan saya. ada rakan2 yang jauh ketinggalan dari saya tetap dapat peluang mcm tu. hasilnya lepas dua peperiksaan yang besar dan setelah sy berusaha bertahun-tahun, sy tetap tak dpt peluang tersebut. lepas tu sy dah tak boleh tumpukan pada pelajaran lg sbb sy rasakan usaha sy selama ni mcm sia2. Sy tau ada orang yang menggunakan ‘orang dalam’ utk masukkan anaknya ke tempat yang lebih baik. Hasilnya orang yang menggunakan saluran yang betul terabai dan tersekat peluang utk jadi lebih berjaya. Perkara ni sgt penting sbb pergaulan dgn rakan2 yang tak mau belajar akan menyeret kita sekali dan sy tak dpt kemudahan seperti guru yang lebih baik dan rakan2 yang tak jemu berusaha. dalam Islam pun kita digalakkan memilih kawan yang betul dan nampaknya sy tak de pilihan. sy yakin, bukan sy sorg je dianak tirikan mcm ni.
    Akhir sekali, sy dah tak de keinginan yang tgi utk cemerlang (ye, mmg salah sy) walaupun sy tau sebenarnya sy boleh buat klu sy ada keinginan. moral sy betul2 merudum. dgn keputusan yang tak seberapa, sy dilelong ke universiti yang tak berkualiti. salah saya ke sebab tak mau berusaha lg (belum tentu juga dpt sbb orang lain guna ‘orang dalam’) atau salah kerajaan kerana tak bagi peluang yang wajar bg orang yg dah berusaha. Dlm fakulti tu, tak de sorg pun pensyarah yang bergelar profesor. Pensyarah tak berminat dgn apa yang mereka ajar. Mengajar hanyalah kerjaya bagi mereka. course yg sy ambil ialah e-dagang (perniagaan menggunakan internet), tapi tak de kemudahan internet pada masa tu walhal universiti lain yang bukan fokus kepada subjek tersebut sudah ada kemudahan tersebut. oleh kerana sy dilelong, sy dpt subjek yang sy tak minat. semua ni berpunca dari peluang yang tak diberi masa sy betul2 cemerlang dan bersemangat. disebabkan sy tak minat, sy tak tumpukan pelajaran sy tapi sy tumpukan kepada subjek yang sy minat yang sepatutnya hanya terdapat dalam course di universiti lain. sy hanya dptkan keputusan yang cukup2 makan semata2 utk dapatkan ijazah. saya harus ucapkan terima kasih kepada kerajaan sebab ijazah tu yg membolehkan sy dapat kerja. walau bagaimanapun, kerja saya sekarang hasil drp usaha sy belajar apa yang sy minat dulu dan tak berkaitan langsung dgn subjek yang diambil semasa universiti dulu. kerja yang sy dapat sekarang yang tentunya bukan dalam kerjaan adalah kerana usaha saya sendiri. klu bukan sebab kerja sekarang perlukan sijil, tak perlu rasanya saya masuk universiti. Sy tau sume yang jadi ni, ada hikmahnya. Sy bkn tak reti nak berterima kasih, cuma sy tak puas hati sebab sy tak diberi peluang sewajarnya oleh kerajaan kita sendiri dan kerana adanya penggunaan ‘orang dalam’!
    Hai lah nasib…
    Sekian.

  279. salam ayahanda ..
    saya amat teruja dengan isu kali ini.. sememangnya tulisan tun dari dulu hingga kini masih sama… bernas dan tepat…
    baiklah, berkaitan dengan isu bahasa inggeris.. saya rasakan ia tidak patut dilaksanakan dari dulu lagi, dan kalau nak dilaksanakan, biarlah ada sekolah kajian dulu, kiranya biarlah beberapa sekolah buat kajian dulu baru dilaksanakan kepada semua sekolah.
    saya bukan nak menolak bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda, tetapi apa yang saya nampak sekarang, kualiti pengajaran (guru) dan pembelajaran (pelajar) adalah paling rendah, walaupun banyak yang mendapat A kononnya, adakah dia adalah nilaian markah A semasa zaman2 menggunakan bahasa melayu dulu? kita tidak boleh lari, cikgu2 yang mengajar pelajar2 ini semua, kesemuanya adalah dari pendidikan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.. dan bagaimana cikgu2 ini boleh menguasai kesemua elemen2 ini dengan cepat? hebat sangatkah cikgu kita?
    tidak dinafikan, ramai cikgu2 yang khususnya di luar bandar, masih menggunakan bahasa melayu dalam pengajara, cumanya istilah2 sahaja dalam bahasa inggeris. jadi di mana kualiti bahasa inggeris itu sendiri? sampaikah objektif pengajaran tersebut kepada semua pelajar? fikirkanlah …. saya tak kata, semua penduduk di luar bandar itu tak pandai, seperti yang tun hujahkan di atas..
    cumanya, dulu pun sebelum digunakan bahasa melayu, mungkin zaman tun , bahasa inggeris adalah yang paling utama, kerana zaman inggeris masih kuat. betul tak tun? 🙂
    dan sekarang ini, selepas 6 tahun benda ini berjalan, pada hari ini timbul lagi isu ini? adakah ini melibatkan kontrak buku teks, yang memberi pulangan yang lumayan kepada seseorang individu?? adakah sekiranya buku teks baru dalam versi bahasa melayu, akan memberikan pulangan yang sebegitu banyak sepertimana projek PPSMI ini dijalankan dulu?
    adakah selepas ini, ada pertukaran menteri akan mencorakkan lagi perubahan dalam intitusi pendidikan?
    apakah matlamat sebenar pendidikan di malaysia?
    sudah lupakah, kementerian dan guru2 tentang falsafah pendidikan kebangsaan (fpk) ???
    selamilah, fpk tersebut, nescaya perkara sebegini tidak akan berlaku..
    jadi, dengan rendah diri dan rasa hormat kepada kerajaan malaysia, ini adalah pendapat peribadi, dan ia tidak berkaitan dengan mana2 parti politik…
    yang benar,
    pencabar zaman ini

  280. Assalamualaikum Tun,
    1.Oooo Rupanya rupanya lebih ramai ORANG ULU dari ORANG BANDAR yang melawati Blog CHEDET ini kerana rata2 mengaku mereka adalah ORANG ULU.ORANG BANDAR dok sibuk dengan DEMONSTRASI dan REFORMASI aje yang tak habis2.
    2.Terharu berserta bangga rasanya kerana saya pun asalnya ULU juga.
    3.Masa sekolah rendah ditahun 70an saya terpaksa menaiki bot penambang hampir dua jam menghilir sungai baru sampai sekolah.
    4.Yang sedihnya CIKGU BI yang dihantar ke Sekolah ULU pada waktu itu boleh dikatakan yang TAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS.Macamana budak ULU nak pandai BI? Bila masuk Sek Menengah di bandar baru saya dapat menguasai BAHASA INGGERIS.
    5.Terima kasih kepada UMNO kerana memberi saya peluang serta biasiswa untuk saya belajar dan seterusnya sekarang ini menjadi PENJAWAT AWAM.
    6.Sekarang tidak lagi tinggal di ULU.Dah dapat duduk di RUMAH BANGALO dan pakai KERETA BESAR…..kadang2 rasa seperti mimpi pula…..SYUKUR KEHADRAT ILAHI @ TERIMAKASIH UMNO.
    Terimakasih TUN, Jasa TUN juga amat saya hargai.

  281. Asalammualaikum Tun..
    Sesungguhnya artikel Tun kali ini menimbulkan impak yang besar buat saya dan rakan saya. Pagi tadi ditempat kerja rakan saya menghantar pesanan ringkas. Katanya Tun menghargai orang Hulu. Terima kasih Tun, penulisan Tun yang tidak seberapa ini memberi motivasi dan semangat bagi kami warga Hulu Terengganu yang sentiasa dahagakan perubahan. Perubahan yang menyeluruh, dari segi pemikiran dan tingkahlaku yang tidak menjejaskan identiti kami sebagai orang Hulu. Tidak mengapa sekiranya Tun tercari-cari dimana la Hulu Terengganu ni, adakah sesuatu yang mengingatkan Tun kapada Hulu Terengganu? Berbangga dengan Hulu.Memang, berubah identiti jangan sesekali. Itulah bagi kami orang Hulu. Identiti yang dimaksudkan bukanlah tidak memakai capal, tetapi dari segi membudayakan perubahan yang mendatangkan kesejahteraan. Dikala ini, terlalu ramai yang mencari keuntungan dengan mengorbankan warga setempat sendiri. Saya memang tertarik dengan cara Tun, tidak hanya membawa kepada pembangunan di Kg. Tun sahaja, tetapi seluruh negeri Kedah. Entah bagaimana cara pemikiran para pemimpin masa kini, kalau nak ambik keuntungan pun biarlah kita dapat kongsikannya dengan orang-orang Hulu. Ini tidak, hanya menampakkan muka bila masa pilihanraya menjelang, tetapi bila habis PRU mereka duduk semeja dengan rakan-rakan kontraktor, menjamu ikan bakar dan sebagainya daripada projek-projek yang berjaya dipancing. Itulah yang orang Hulu takuti.Biarlah kami kekal dengan bahasa Hulu kami, biarlah muka kami macam Hulu, kami tetap dengan sikap setiakawan kami, sikap suka menolong, sikap hidup bermasyarakat.. Itulah identiti kami sebagai orang Hulu.. Terima kasih Tun kerana penulisan anda terhadap orang Hulu merupakan azimat kepada kami supaya lebih dahagakan perubahan serta satu pnghormatan kapada kami orang Hulu. Setuju dengan kata rakan saya, siapa pun kami disini kami tetap mengenali Tun….seorang pemikir ulung yang sukar bagi kami jangkau pemikirannya.

  282. Proposal To Increase Class F Contractors’ Project Limit
    KUANTAN, Feb 12 (Bernama) — The Public Works Department will table a proposal to the National Treasury for Class F contractors to be allowed to carry out projects worth more than RM200,000.
    Works Minister Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said, a working paper on the matter is being completed and will be submitted to the Treasury soon.
    “I am seeking the National Treasury’s approval to increase the project qualification limit to exceed RM200,000, because only the Treasury can revise the qualification of Class F contractors,” he said.
    comment:
    Mhd Zin, you can propose a lot of things but at the end of the day these Class F contractors must deliver. They can have 1001 complaints but the real essence is whether they have the capacity to do the work efficiently or just fly by night contractors and pass the job to somebody else and get 3% commission upfront.Kerja jual air lior sahaja.

  283. Salam buat Ayahanda,
    1. Seronok juga jadi orang ulu – sebab apa saja dibuang kat ulu akan sampai kat kuala kemudiannya.
    2. Kalau bah, orang kat ulu dulu merasa. Kalau air jernih, orang ulu juga dulu minum air jernih, kat kuala keruh lagi.
    3. Sekarang, sebab orang ulu jugalah kerajaan melayu tak tumbang. Kalau tak, dah kena talqin.
    4. Masalahnya, sekarang penyakit duit dah mudik ke ulu. Ingatkan orang kuala saja.
    5. Kerana sayangkan orang ulu, Raja campurtangan. Kalau tak, dah ngundi semula. Undi semula, alamatnya adalah orang ulu yang dah kat kuala naik roket dan akan jadi MB melalui roket – sebab dulu ralat sikit terlupa letak orang ulu pandu roket, alih-alih nak jadi MB tak boleh – sebab Raja nak orang bangsa ulu.
    6. Harap2 orang ulu tak terus du’ulu’kan oleh orang pekan – orang pekan reti bahasa antarabangsa a.k.a bahasa inggeris. Orang ulu – nak baca apa..? Suratkhabar jawi pun dah sikit lagi nak pupus.
    Nota : pejuang bahasa marah sebab bahasa Melayu kena rojak dengan bahasa inggeris, asyik nak bandingkan dengan bahasa jepun, china, jerman, russia,arab tetapi dia orang ni lupa bahawa:
    i : abjad melayu sebenar adalah jawi (tanah melayu = tanah jawi).
    ii : huruf/abjad china, jepun, arab, russia berbeza bentuk dan simbol dengan bahasa inggeris.
    iii: inggeris menjajah tanah melayu dan dimerdeka secara aman tanpa dendam. Indonesia merdeka melalui darah dan semestinya ‘benci’ bahasa belanda (penjajahnya).
    iv : bahasa melayu rumi dan inggeris sepadan.

  284. Dear Tun,
    By Muhammad Halim on February 12, 2009 1:54 PM
    Tun,
    Kesilapan Tun dimasa lalu adalah mengasingkan religion with admin. Capitalist way. You developed the country dengan kemewahan but Tun tidak mengutamakan spiritual development. Result, people lose their values.
    comment:
    Tidak wajar menyalahkan Tun. Saya rasa adalah keterlaluan mengatakan Tun mengasingkan agama dengan pentadbiran. Lihat sajalah di Dubai. Bagaimana pesatnya pembangunan di sana yang telah di rancang dengan begitu rapi hinggakan mereka boleh buat bangunan yang boleh main salji di dalamnya. Adakah orang Arab di sana kendur dan luntur tentang pembangunan spiritual mereka? Tidak mungkin.
    Masalahnya adalah kelemahan bangsa Melayu sendiri. Jati diri mereka tidak kental.

  285. Dear Tun,
    Saya nak cadangkan budak-budak cerdik (tak kira apa kaum) yang duduk di ulu-ulu atau kampong terpencil dari peringkat darjah 5 dikumpulkan masuk kesekolah asrama di kampong yang berdekatan. Seminggu atau dua minggu sekali hantar mereka pulang kepangkuan ibu bapa mereka untuk melepaskan rindu mereka dengan keluarga mereka. Kita jaga budak-budak yang cerdik ini dari awal lagi dan bagi mereka pendidikan yang terbaik untuk mereka.Saya rasa mereka akan lebih cemerlang lagi dalam pelajaran mereka.

  286. Salam My Dearest Tun,
    Semoga Tun sihat sejahtera hendaknya.
    Kagum baca pasal cite Tun & wife.
    I respect both of you.
    plus this article.
    Hopefully org melayu sedarlah.
    jgn dok syiokk sendiri…
    org lain kuat mlobi utk mjatuhkan kita
    marilah sedar & kuatkn perpaduan + bersatu demi mnentang musuh2 dlm selimut.
    “Enough talking – action time now”
    Semoga Allah memberkati org Islam.
    Jgn taksub dgn yg lain.
    Kembali ke pangkal jalan.
    Dunia hanya pinjaman…
    Wasalam……

  287. Salam,IN THE BEGINNING,there is NO Org Ulu,NOTHING of form or life.IT IS GOD.’The WORD is with GOD’.The vital secret in every religion lies in the RECOGNITION that the SPIRIT OF LIFE is ever PRESENT–where the need is,there also is its answer.WHOLENESS is not something we create, but DISCOVER.Unity is not neccessary means UNIFORMITY.The LAW OF MIND,like any other law in nature says; WHEN WE USE IT DESTRUCTIVELY,WE SHALL AUTOMATICALLY BE PUNISHED. Not that Life punishs us, we punish ourselves through the IGNORANT use of THE LAW OF MIND.Wassalam.

  288. Assalamualaikum Tun,
    Betapa kejam dan berterusan kejamnya zionis terhadap umat Islam Palestin. Tetapi di Malaysia pula, ada yang telah taksubkan diri merosakkan imej Islam…entah Melayu jenis ini hentak perjuangkan matlamat apa sebenarnya?
    Nak kata Islamik, Islam tidak pernah anjur huru hara, malah dalam peperangan pun Islam gariskan panduan ketat tidak boleh memetahkan walaupun sebatang ranting. Puak ini menggunakan perang saraf terhadap kelemahan orang Melayu yang mudah sungguh terpesona, terhasut dengan ta’subnya dengan sebarang imej Islam padahal tidak mengkaji dari sudut ilmu benar atau tidak..
    Tun, mengapa terlalu susah untuk ubah minda Melayu jadi orang yang berpendirian teguh, berilmu, berfikiran jauh sebelum melaksanakan sesuatu tindakan..
    Orang Melayu, tidak kira orang ‘ulu banat'(bahasa loghat kedah) atau pekan, sikap asalnya sama sahaja, mudah buat inferans/ justifikasi hanya berdasarkan persepsi dan sensasi untuk diperguna dan dan diperkuda oleh bangsa lain..
    Malas berfikir secara jauh, malas berusaha susah-susah atau renyah2..nak cepat kaya sambil goyang kaki..
    Mereka usaha kutuk PROTON yang jadi kebanggan umat Islam lain seperti Indonesia dan Iran..padahal itu maruah kita..
    Ketahuilah bahawa kita dikelilingi oleh puak-puak yang sangat taksub sehingga Raja pun dianggap budak2.. bermuhasabahlah..
    wallahua’lam..

  289. Salam Tun yang dikasihi,
    Izinkan saya meluahkan perasaan sedikit dalam post ini. Saya baru menonton Buletin Utama TV3 berkenaan isu pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Saya pelik kenapa isu ini masih dibahaskan oleh mereka yang kononnya cendiakawan. Mereka menentang tindakan kerajaan menjadikan subjek matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris dengan alasan antaranya akan membantutkan pelajar-pelajar luar bandar menguasai subjek-subjek ini dan akhbar Bahasa Malaysia akan luput dalam masa 50 tahun lagi. Apa yang dimerepekkan oleh orang-orang tua ‘nyanyuk’ tu? Mereka tak sedar ke yang selama ini kita masih jauh tertinggal dalam bidang teknologi (sains dan matematik) akibat daripada kegagalan kita menguasai subjek-subjek penting ini. Antara puncanya kegagalan dalam menguasai bahasa inggeris. Saya sendiri merasa kesannya. Saya telah diajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan hasilnya kini sukar bagi saya menulis artikel penyelidikan dalam bahasa inggeris kerana saya tidak menguasai bahasa inggeris sepenuhnya. Untuk membuktikan sesuatu hasil penyelidikan berjaya, ia harus ditulis dalam bahasa inggeris, kerana hampir 99% jurnal-jurnal penyelidikan terkemuka diterbitkan dalam bahasa inggeris. Hasil penyelidikan juga harus dibentangkan secara oral (presentation) dan tentulah tahap penguasaan bahasa inggeris yang tinggi diperlukan jika pembentangan dibuat di peringkat antarabangsa. Bahasa inggeris dalam konteks penyelidikan amat berkait rapat. Dan tentulah bahasa inggeris tidak ada kena mengena dengan sastera Melayu. Tetapi kenapa sasterawan itu hendak mencampuri urusan ini, buat puisi dan sajak sahajalah. Jangan kacau sains dan matematik, itu bidang kami, generasi muda. Itu baru satu aspek.
    Antara aspek-aspek lain, antaranya, pengajaran Bahasa Melayu masih diteruskan, dan semestinya ia diajar dalam bahasa Melayu. Selain itu, subjek sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya masih diajar dalam bahasa Melayu. Apa yang kalut sangat mereka ni. Bagilah peluang generasi muda nak baiki diri. Sampai bila orang Malaysia masih mahu digelar Jaguh Kampung. Bersastera sahaja tak kan ke mana. Zaman sekarang zaman teknologi, perubahannya amat pantas, tanpa penguasaan bahasa inggeris kita akan terus tertinggal.
    Kebanyakkan ilmu-ilmu sains dan matematik terbit daripada bahasa asing. Amat sedikit ilmu baru muncul dari orang Melayu berbanding bangsa asing. Orang Eropah sanggup belajar bahasa Arab kerana mahu menguasai ilmu Aljebra dari bangsa Arab. Kita juga perlu menguasai bahasa asing jika mahu kuasai ilmu mereka. Bahasa Melayu penting tetapi bagi saya tidak sepenting keperluan untuk menguasai ilmu khususnya ilmu teknologi (sains & matematik). Sampai bila kita nak beli senjata canggih daripada bangsa lain? Sampai bila nak tumpang roket orang lain jika nak ke angkasa? Duduk bersila sambil baca cerpen dalam surat khabar Melayu tak kan ke mana rasanya.
    Kepada para sasterawan Melayu yang hendak memperjuangkan bahasa Melayu, rujuklah balik silibus bahasa Melayu yang diajar di sekolah-sekolah. Lalu nilaikan pula cara dan gaya pertuturan bahasa Melayu para pelajar khususnya pelajar Melayu. Jika kalian sedar, mutu perbualan pelajar-pelajar khususnya bangsa Melayu dalam bahasa Melayu itu sendiri masih lagi lemah, bercelaru, tidak tersusun dan tidak menampakkan kemartabatanya. Apabila ditemubual, lintang-pukang pertuturannya. Contohnya, mereka lebih gemar menggunakan perkataan ‘korang’ dan ‘diaorang’ bagi gantinama ‘anda sekalian’ dan ‘mereka’. Jadi sebelum kalian (para sasterawan berkenaan) sibuk untuk memikirkan cara bagi mengkaji semula isu berkenaan (pengajaran sains dan matematik), cuba fikirkan dulu bagaimana hendak memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam perbualan harian orang-orang Melayu itu sendiri, sehingga ke tahap di mana cara perbualan setanding dengan cara penulisan, atau sekurang-kurangnya semutu dengan rakyat Indonesia apabila mereka bertutur dalam bahasa mereka.
    Sekian, harap maaf jika terkasar.

  290. Salam Tun,
    Saya mengenali Tun sebagai seorang yang sentiasa berbangga dan membela bangsa MELAYU. Bukan mudah hendak mencari seorang yang berbangsa Melayu yang sanggup membela nasib bangsa sendiri kebelakangan ini. Semakin ramai Melayu yang sanggup ‘menikam belakang’ atau menjatuhkan bangsa sendiri. Inilah nasib orang-orang Melayu yang semakin taksub dengan ‘kemewahan’ negara (walaupun tidak semewah dulu) tidak merasa susah dan perit jerih individu yang berusaha untuk membangunkan satu bangsa yang sepatutnya dibanggakan!
    Saya baru sahaja menonton berita tadi di mana isu pengajaran Sains & Matematik di dalam Bahasa Inggeris diperdebatkan oleh sasterawan-sasterawan negara yang memperkatakan Bahasa Melayu akan dilupakan satu hari nanti semata-mata kerana sistem pembelajaran masa kini yang mementingkan Bahasa Inggeris. Tanggapan yang salah!! Benar, yang menjadi mangsa adalah Melayu di luar bandar. Bukan kerana mereka bodoh, tetapi sistem pembelajaran yang salah. Mana tidaknya, guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar subjek tersebut juga mempunyai masalah penyampaian menggunakan Bahasa Inggeris. Tetapi, murid itu sendiri juga tidak berusaha untuk memajukan diri dengan mempelajari sesuatu yang baru; terlalu manja dengan kesenangan yang bangsa Melayu perolehi dari dulu lagi. Bila lagi ‘tongkat’ tersebut hendak ditarik?? Mereka tidak sedar kepentingan Bahasa Inggeris di dalam mencapai kemajuan. Ini bukanlah bermakna kita melupakan Bahasa Melayu tetapi apa salahnya kita mempunyai banyak kemahiran untuk tujuan kemajuan diri, bangsa dan agama? Sebabnya, tiada semangat sebegitu.
    Saya sendiri sebenarnya kesal kerana sistem pembelajaran yang saya lalui sejak zaman persekolahan dulu, tidak lagi mempunyai aliran Inggeris (saya adalah ‘batch’ pertama untuk pengenalan sistem KBSM). Saya terasa amat rugi kerana kebanyakkannya hanya menekankan Bahasa Melayu sehinggalah ke peringkat universiti. Sedangkan saya melihat, ‘orang-orang lama’ di dalam aliran Inggeris mempunyai lebih banyak kelebihan di dalam berkomunikasi, menulis dan berbahas isu-isu kritikal di dalam Bahasa Inggeris yang hebat. Amat membanggakan. Tetapi kini, hanya bila nak diperkenalkan dua subjek di dalam Bahasa Inggeris, satu negara membahaskan isu ini. Memang saya tidak faham.
    Saya sedih kerana Melayu masih tidak mahu berubah. Semuanya mahu dimiliki dengan cara yang mudah. Kemudian, menyokong seseorang atau kumpulan yang menjatuhkan maruah bangsa, agama dan negara sendiri sedangkan Tun telahpun meletakkan MALAYSIA di tempat yang hebat di persada dunia. Saya sering menjalankan tugas rasmi di luar negara, dan apa yang diperkatakan oleh kebanyakan orang di luar negara adalah kebanggaan mereka kepada seorang insan yang bernama MAHATHIR MOHAMAD. Impian mereka untuk turut memiliki insan yang sama supaya dapat menikmati negara sehebat Malaysia. Tetapi, kini, semuanya seolah-oleh lenyap dalam masa hanya beberapa tahun. Saya rasa Tun memahami apa yang saya maksudkan. Semuanya berubah dan tidak sehebat dulu.
    Motto ‘Malaysia Boleh’ pun sudah lenyap sedangkan itulah penyuntik semangat. Entahlah…

  291. assalamualaikum tun
    you re still the one
    amat malang bila melayu sendiri beranggapan melayu tidak bijak dan lebih malang bila mereka hanya bercakap tanpa usaha untuk berkongsi kepandaian dan teramatlah malangnya bila ada yang cuba memperbodoh bodohkan melayu lain oleh melayu yang kononya sedikit bijak.
    jika diberi peluang dan pendedahan segala jenis manusia pasti boleh dalam apa jua yang diceburi. jika disekat jangankan ilmu dan peluang, bantuan makanan ke gaza pun tidak boleh sampai
    salams tun
    love you

  292. Tidak menjadi kesalahan untuk belajar bahasa Inggeris untuk memajukan bangsa.
    Siapa lagi yang tolong kita kalau bukan kita sendiri.

  293. Dear Tun,
    Former MB Agrees To Vacate Official Residence
    IPOH, Feb 12 (Bernama) — Former Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today agreed to vacate the Menteri Besar’s official residence and hand over the official Toyota Camry car, bought last month.
    Mohammad Nizar was contacted by state secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim via telephone and politely requested to vacate the Menteri Besar’s official residence.
    “I will vacate the residence with due respect and hand it over within 10 days as I have to follow the procedures. After that I will stay in Ipoh, an area close to my children’s school,” he told reporters at his residence here today.
    comment:
    Bravo! Nizar. That’s the way it should be. We respect you for that. You don’t lose anything at all. What you gain is your dignity as a person. You have to treasure your dignity. The rest you have to leave it to qada’ dan qadar Allah. That’s very basic principle as a true Muslim.
    May I suggest that you consider seriously for PAS to join the new state govt. That is the best thing to do. Nik Aziz should not be narrow minded and must allow the state PAS to partner with Barisan for the benefit of the rakyat. Just forget about Pakatan. The Pakatan leaders under the leadership of Anwar is just hopeless. Anwar is NOT a good leader. He is a trouble maker.Karpal Singh said that. He must “BERTAUBAT” to be a morally upright leader.

  294. Akum TUN
    saya amat bersetuju dengan TUN dlm soal bahasa inggeris ni. Tadi dlm berita ada sekumpulan penyair dan penyajak dengar cerita kumpulan Dato prof firdaus (prof bahasa baku):)
    Buat group ni saya harap biar lah berpijak dibumi nyata, kita bukan nak buang identiti melayu atau tidak sayangkan bahasa kebangsaan, justeru itu soal PPMSI janganlah diperbesarkan besarkan kerana untuk jangkamasa panjang ianya baik untuk orang melayu.
    Yang minat bersyair dan bersajak dan berbahasa baku..teruskan, bahkan kami akan menyokong, tp jgn pulak halang kami untuk pandai berbahasa inggeris melalui PPMSI yang secara tidak langsung menjimatkan duit tusyen anak2 kerana sudah ada di sekolah, kalau tidak nak kena hantar anak2 pi tusyen, kan naya jadinya.
    wassalam

  295. Tun berkias secara sindiran kepada pemimpin2:
    1. Jangan anggap Orang Ulu bodoh kerana anak2 mereka berupaya memberi maklumat.
    2. Kita hilang sokongan di bandar2. Yang tinggal hanya sokongan Orang Ulu.
    3. Berhenti memperbodohkan Orang Ulu. Kita yang kelihatan bodoh sebenarnya di mata Orang Ulu.

  296. Salam sejahtera buat TUN..
    saya teringat tahun lepas, masa ada konvensyen silat di KL..
    saya jumpa seorang jurulatih sialt dari Belgium, katanya,, “sepatutnya saya lahir di TANAH MELAYU, dan saya patut dilahirkan oleh BANGSA MELAYU..
    Kini, org melayu sendiri MALU MENGAKU MELAYU…

  297. Salam Tun,
    Itu yang saya tak paham. Kenapa ada lagi yang masih menentang pembelajaran sains dan matematik didalam bahasa ingeris. Takkan hilang bahasa melayu hanya sebab itu.

  298. Salam semua rakyat Malaysia…
    Orang Ulu… Orang kampung…
    Orang Melayu sendiri menipu orang kampung dan menganggap mereka terdiri oleh mereka yang boleh diperbodohkan.
    Serampang dua mata… itu yang saya dapat rumuskan pada tajuk kali ini…
    Pertama; Teguran kepada mereka yang tergolong dalam golongan yang berfikir mereka adalah PEMERINTAH MUTLAK didalam kerajaan yang dilantik rakyat. Janganlah kamu semua berfikir yang orang hulu atau kampung sekarang boleh lagi diperbodoh dan diperkotak-katikkan dalam situasi politik sekarang. Mungkin tiada diantara mereka yang terpilih untuk menjadi angkasawan tetapi dengan kuasa yang ada dalam genggaman mereka, kerajaan yang berfikir mereka TEGUH dan menjadi pilihan ramai boleh tumbang.
    Kedua; Cabaran kepada semua orang hulu dan kampung untuk terus berlumba-lumba mencari ilmu untuk meningatkan taraf hidup. Akan tetapi mereka ini (yang mungkin berjaya hingga kerap ke angkasa) akan tinggal dipekan. Apa yang diharapkan adalah agar mereka tak melupakan apa yang dibumi.
    Kerajaan yang berfikir mereka kini berada terawang-awang diangkasa kerana jawatan serta kemenangan mereka yang bukan datang dari pilihan rakyat (disebut – Perak dan yang bakal sepertinya) ingatlah rumput dan tanah yang ada dibumi.
    Kerajaan Perak; Anda katakan kerajaan yang baru mengangkat sumpah sebagai pilihan rakyat… ingin saya bertanya dimanakah rakyat ketika anda sedang mengangkat sumpah jawatan? Adakah 4 orang yang tak punya nilai moral (yang membelakangkan rakyat secara total) itu anda anggap pilihan yang datang dari rakyat ketika ini? Pada hari pilihan raya MUNGKIN kami memilih anda… tapi tidak sekarang.
    Kerajaan & pembangkang; Rakyat dari hulu dan kampung seperti kami tidak bodoh seperti dahulu.
    Ingatan kami kepada anda… kerja keras untuk makmur serta kayakan kami rakyat jelata. Jika tidak…
    Ketahui nasib anda di PRK dan PRU akan datang. Jangan salahkan hujan, mendung, bencana alam atau pengundi hantu. Anda yang memilih untuk kami tidak memilih anda.

  299. Tun,
    Fasih dalam Bahasa Inggeris bukanlah bermakna bahawa seseorang itu orang baik ataupun orang jahat! Orang yang berhati lurus, walaupun tak pandai cakap Bahasa Inggeris, boleh menjadi pegawai kerajaan yang bersumbang besar dan berjasa baik kepada segala rakyat juga.
    Tengoklah budak itu yang bernama KJ. Betu-betul orang ulu. Berlahir di Gadong, Kota, Negeri Sembilan. Pandai cakap Bahasa Inggeris dengan “Slang Oxford”. Pernah belajar di negara meritocracy, iaitu Singapura, seperti Tun bila Tun belajar di universiti di Singapura. Namun, apakah gunanya budak itu kepada rakyat Malaysia jelata jikalau kekurangan hati lurus? Budak Melayu yang tidak tahu menghormati Tun memanglah orang yang tidak tahu bersyukur kerana hakikat bahawa Tun yang sudah menyumbang besar kepada orang Melayu dan sudah membantu Pak Mertuanya naik menjadi PM sekarang mestilah selalu dikenangi oleh budak itu. Orang ulu yang tidak faham bahawa “hutang budi mesti diingati” adalah orang ulu yang jahat!
    Onlooker

  300. Salam Dr. M…
    Yep…everybody should be given a chance or two…
    orang ulu atau tidak, peluang yang diberikan jangan di sia-siakan…mesti menjadi seorang ‘opportunist’…bukan ‘opportunist’ dalam ertikata tidak baik, tetapi ‘opportunist’ yang dapat memartabatkan diri dan bangsa seta agama dengan cara yang betul…

    dan saya berterimakasih kepada Dr. M kerana menyediakan peluang-peluang kepada semua orang…

  301. Assalamualaikum to my dearest TDMM,
    at first, i didnt quite get it what its all about..
    after awhile and reached in d mid of the blog, kinda think ‘what’s d hidden message here?’
    and when it comes to number 11, i started to get it..really..
    and its kinda sad tho’..
    number 14 n 15 related indirectly that Malays are ALL pHd (as in Perasaan Hasad Dengki)..which i think, one of factor why we, Malays couldnt go far..
    suka tindas org lain n xsuka tgk org kita lebih sikit..mula nak jatuhkan orang tu, walhal kita sebangsa..
    sangat sedih..
    i’ve once been a victim of this pHd people during early years studying in University..
    however, showed them i can do it and excelled flying colours, and that made them stop what they’re doing (for a moment, and then starts to pHd-ing again)..
    what n how can we do to change this mind perspective which already in the Malays’ blood?
    are we afraid to change to better? i dont know..
    Regards,
    Iffah

  302. Hai lah nasib!
    Siapa sekat peluang siapa?
    Kata Tun:
    Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi
    doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang
    saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.

    Kita ada peluang. Bahasa Melayu memang ada peluang dan
    potensi yang besar. Kalau orang sekat perkembangan bahasa
    Melayu, mana kita tahu bahasa Melayu boleh menguasai dunia
    atau pun tidak.?
    Sejarah sudah membuktikannya, dan ianya pasti akan berulang.
    Kitalah yang perlu bekerja keras untuk merealisasikannya,
    bukan menguburkannya.
    Kata Tun lagi:
    “Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.”
    Siapa yang memperbodohkan siapa sebenarnya?
    Sudah cukup bijakkah orang Melayu dengan hanya berbahasa
    Inggeris? Bodohkah pula orang Jepun yang tidak mahir
    berbahasa Inggeris, tapi telah menguasai dunia?
    Negara maju manakah yang menggunakan bahasa asing untuk
    mendidik dan memandaikan bangsanya?
    Bijakkah kita dengan menggantikan pengajaran Sains dan
    Matematik dalam bahasa Inggeris?

    Belajarlah bahasa Inggeris, bahasa Jepun, malah bahasa
    Yahudi sekalipun. Tetapi, menukarkan pendidikan dalam
    bahasa Inggeris adalah satu bencana dahsyat yang akan
    menghancurkan bangsa.
    Kita boleh berbahasa Inggeris tetapi masih tetap bodoh.
    Bodoh kerana terperangkap dengan pemikiran yang salah.
    Bodoh kerana tidak mahu mengambil iktibar dari kejayaan
    atau pun kegagalan orang lain.
    Negara lain maju kerana menggunakan bahasa Inggeris. Tapi,
    negara mana?
    Itulah negara yang bahasa ibundanya adalah bahasa Inggeris.
    Mereka maju dengan bahasa Inggeris, kerana bahasa Inggeris
    itu memang bahasa mereka.
    Yang kita terhegeh-hegeh mahu menggunakan bahasa Inggeris
    juga kenapa? Kalau kita pun mahu berjaya seperti mereka,
    maka, tirulah mereka. Tirulah mereka yang menggunakan bahasa
    ibunda mereka sendiri.
    Bahasa kita adalah bahasa Melayu.
    Kalau kita pun mahu tukarkan sistem pendidikan kepada
    bahasa Inggeris, itu bukan satu peniruan, tetapi adalah
    satu kebodohan.
    Bahasa kita adalah bahasa Melayu.
    “Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung
    bodoh.”

    Itu kata-kata Tun. Apakah asas kepada ungkapan ini?
    Rasa-rasanya, ungkapan ini yang lebih tepat buat Tun.
    “Sekarang, orang Melayu sendiri tak yakin dengan bahasa
    Melayu.”
    Dan buktinya amatlah jelas. Tun yang memulakan bencana
    dahsyat ini.
    Menukarkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
    Inggeris adalah satu bencana dahsyat yang akan
    menghancurkan bangsa.
    ========================================
    “Berjuang Untuk Memandaikan Bangsa”
    HAIRUL FAIZAL ADLI BIN AB GHANI
    “Realiti Kita Nyata Berbeza.”
    – hairul.net
    ========================================

  303. -Orang Melayu dalam atau luar bandar mesti rebut peluang! Kejayaan boleh dikecapi jika mahu berubah.
    -Terutamanya yang masih berusia muda dan graduan-graduan universiti.
    -Impian hendaklah besay dan yakin pada diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mesti mampu berdiri sendiri.
    -Alhamdulillah dengan semangat dan jalan yang diberi Tuhan, saya merasa membeli kereta Mercedes Benz -CLK 240 diusia 23 tahun.
    -Ini kerana saya mempunyai impian yang besar dan mahu kan kejayaan, supaya orang-orang muda mencontohi saya dan percaya dengan kebolehan diri.
    -Kita mahu lihat bangsa kita dihormati dan disegani. Jadi capailah impian yang besar.

  304. Quote from new_del:
    By new_delAuthor Profile Page on February 11, 2009 3:57 PM
    Adakah blog Tun kali ini berkait dengan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik? Tun sangat pandai memberikan pendapat dalam tersurat dan tersirat. Kagum saya….
    P/s: Can’t agree more huhu

  305. Is not about Ulu or Pekan , it about how confident you are and how independant you can be in terms of capability to excel.We have Malay in the Senior Management team of GMNC.Malay needs to buck up and not over rely or depends on help but stand up to trust their capability and work hard towards excellency.

  306. .
    Assalamu’alaikumWW Tun,
    Saya orang KL. Sama macam Tun Dr. Siti Hasmah. Infact, keluarga saya same neighbourhood dengan keluarga Pak Ali Siti Hasmah tu – govt quarters di Pasar Road. I believe bapa saya ada pergi wedding Tun berdua – wAllahu’alam sebab bapa saya sudah lama tiada (1972) untuk saya tanya. Keluarga saya pernah juga duduk di Kampung Baru.
    Sebagai orang “bandar”, saya ingin mengatakan ungkapan “orang kampong” itu adalah ungkapan dari zaman dulu, esp. semenjak zaman P. Ramlee film black & white lagi – di mana, Malaysia diambang pemodenan.
    1. Kita semua tahu yang zaman sekarang ni, kampung2 (sampai kena naik sampan, etc.) di Semenanjungni, boleh dikatakan SUDAH TIADA.
    Mungkin 100% sudah ada perhubungan terus dengan jalanraya.
    Dan, kampung2 besar banyak sudah menjadi bandar2 besar.
    2. So, kampung yang ulu2 SUDAH TIADA.
    3. Jika ungkapan “Otak Kampong” yang jika ada lagi kedengaran, ia adalah untuk mengatakan “otak pemikiran ulu”/dahulu, ie. Pemikiran Sempit seseorang itu.
    Pada saya, ia Langsung BUKAN untuk merendah2kan orang2 kampung itu sendiri; tetapi, ia biasa digunakan untuk Reference – ie. Seperti mempunyai “otak/pemikiran SEMPIT Zaman Dahulu”.
    4. Jika ada orang yang macam nak terasa apabila seseorang itu sebut “OTAK KAMPONG BETUL!!!…”, tak payahlah kecoh2 kerana itu term yang biasa diguna oleh orang2 lama di bandar2.
    Kita semua tahu yang semua manusia sama – it’s understood.
    Ia cuma nak emphasize otak/cara/style Kolot/Sempit seseorang itu yang tidak mahu menerima kemajuan seperti mereka2 di kampong/ulu Pada Zaman Dahulu itu.
    Cuma orang2 yang faham orang zaman dahulu saja yang tahu yang Pada zaman dahulu, memang tidak ramai orang kampong/orang ulu yang berfikiran luas dan/atau berani untuk tampil kehadapan – ie. SAMA seperti mana2 kampung di dunia ini juga.. zaman dulu ramai takut & kolot, zaman sekarang dah evolved & berani untuk maju.
    5. Semenjak zaman Tun Razak, ramai orang2 kampung mula membuka minda dan menyahut cabaran untuk maju kehadapan.
    .
    Apa2pun, article Tun ni sebenarnya ditujukan pada mereka2 yang MASIH Otak Kampong / ULU yang macam cina2 suqiu yang berfikiran SEMPIT takut nak belajar dalam bahasa inggeris – wAllahu’alam.
    HIDUP TUN DR. MAHATHIR yang BIJAKSANA!!! 😉
    .

  307. Assalamualaikum Tun,
    Saya salah seorang pengikut setia blog Tun dan saya amat berterima kasih kepada Tun kerana sentiasa berkongsi pengamatan Tun secara jujur berkaitan pelbagai isu.
    Saya bersetuju bahawa perbezaan antara orang Melayu di bandar dan luar bandar hanyalah peluang yang diberikan. Saya terkejut dan amat sedih apabila mendengar sendiri tomahan orang yang kononnya memperjuangkan anak luar bandar dengan menyatakan anak luar bandar bodoh semasa membicarakan tentang isu subjek matematik dan sains yang diajar dalam bahasa inggeris (atau lebih dikenali sebagai ppsmi). Saya mengikuti perkembangan isu ppsmi melalui media massa, blog dan saya merasakan bahawa isu ini telah dipolitikkan dan ini amat merugikan. Penentang ppsmi merupakan pejuang bahasa dan bangsa Melayu serta Cina, tetapi yang mengatakan bahawa bangsanya bodoh hanyalah orang Melayu yang terpelajar. Terkini ahli politik pakatan rakyat pula memutarbelitkan isu ini untuk kepentingan peribadi.
    Masyarakat kita berbeza dangan masyarakat Jepun, Korea atau Thai yang hanya menggunakan satu bahasa. Malaysia tidak menterjemah buku dengan cepat kepada bahasa ibunda atau mengalih bahasa siaran tv. Realitinya sebilangan masyarakat kita sudah menguasai Bahasa Inggeris (BI) dan mereka ini akan mendapat kelebihan. Jika anak-anak luar bandar tidak diberikan peluang dan pendedahan yang lebih dalam BI, mereka akan ketinggalan terutamanya dalam penguasaan Sains dan Matematik. Anak-anak di bandar mendapat peluang dan pendedahan yang meluas termasuklah secara tidak langsung melalui media percetakan, internet dan siaran tv seperti Discovery Channel, Animal Planet, History Channel. Sekurang-kurangnya ppsmi memberi ruang dan pendedahan yang lebih kepada BI melalui pendidikan secara formal. Penentang dasar cuba menafikan bahawa BI tidak diperlukan oleh majoriti rakyat, tetapi peluang kerja lebih luas kepada mereka yang menguasai BI dengan baik. Tanpa pendedahan, anak luar bandar tidak dapat mengakses ilmu yang dihidangkan secara percuma dalam BI melalui internet dan tidak pula mendapat peluang untuk menjawat kerjaya professional yang bergaji tinggi yang memerlukan pelaporan dalam BI seperti jurutera dan akauntan. Yang tinggal hanya kerjaya yang tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan walaupun bertaraf profesional.
    Mereka juga berhujah bahawa negara Eropah lebih maju kerana menggunakan bahasa ibunda tanpa menyedari Kesatuan Eropah telah mencapai persetujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahasa. Justeru, Content Language Integrated Learning di mana konten pengajaran diajar dalam bahasa selain bahasa ibunda aktif diimplementasikan oleh Kesatuan Eropah. Kita juga perlu berani untuk menyambut cabaran globalisasi dan menyokong pelaksanaan ppsmi dengan fikiran yang lebih terbuka.
    Penentang ppsmi juga menidakkan keputusan peperiksaan yang tidak merudum akibat ppsmi seperti diumumkan oleh kementerian pelajaran sehingga sanggup menuduh bahawa pegawainya tidak profesional dan tidak berintegriti. Tuduhan sebegitu tidak logik kerana penjawat awam kita majoritinya anak-anak Melayu yang sentiasa memikirkan cara untuk memajukan bangsa dan bukan sebaliknya. Persoalannya, adakah kajian oleh sekelompok kecil penyelidik yang telah menetapkan objektif untuk menghapuskan ppsmi lebih boleh dipercayai berbanding dengan penarafan oleh sebegitu ramai pegawai peperiksaan yang mendapat pengiktirafan profesional dari pakar luar negara? Hakikatnya, hasil kajian penentang ppsmi yang disebar luas kepada umum telah disangkal

  308. Speaking of cocktail party..
    I just wants to invite Karpal Sink,Lim Kit Siang,Anwar Ibrahim and
    all your konco’s, cahoot and collaborator to my party to celebrate..
    What occasion says you? Whatever…
    The best ever cocktail party…THE MOLOTOV one!!!
    ADA BERANI KA???

  309. Assalamualaikum,
    Tun,
    This is the best article I ever read . For sure it would be refreshen
    every successful story line for everybody , not a failure person ! IF somebody claimed at same colourful narrative that Tun been said youre out of this article.
    Im tears,
    eerrrsss, some place called Ulu Yam are very famous of the name ULU
    Do they really ULU? – they have beautiful panorama at waterfall!
    That’s real ULU – ULU YAM.
    Azlan Samat@Samad
    Kinabatangan
    Sandakan
    Sabah.

  310. Assalamualaikum
    Tun dan rakan-rakan.
    Buat Kimmi Tun dah dapat Tun bukan Dato’ Seri lagi. (saja) Saja inform awal nanti dia orang bantaiii…
    Tun,…… saya pun orang ulu jugee. Ulu kelate… tapi kira ok lah sekarang nak kata pandai sangat tu tak lah tapi ok lah.
    Tapi kadang-kadang ada juga yang belajar pandai-pandai sampai atas lagi puncak menara gading , tak pandai-pandai juga. Ni yang susah tu ,macam Pak Belalang cakap dah lah pandai bodoh, sombong pulak tu.Buat keputusan tah ape-ape macam tak pernah pegi sekolah je.Contoh macam kerajaan sekarang, masa minyak naik harga tah ape-ape yang dibuatnya tarik subsidi (Nak berkira sangat dengan rakyat) tak de bangkrapnya Malaysia. Lepas tu bagi duit RM625/RM150. Orang kampung mana ada kereta, motor pun road tax tak de nak claim bendanya. Pengarah tempat saya kerja ada 8 biji kereta (8×625 = berapa ye). dah lah ini cerita lama , malas nak kenang balik.
    Apa-apa pun Tun dan rakan “the best” .Setengah rakan-rakan bagi komen pun ada yang standard dan berkualiti , yang lain kira ok le.
    Terima Kasih.
    p/s saya suka komen Pak Belalang , banyak point dia.

  311. Salaam YAB Tun,
    Saya sokong Dato’ Seri Nizar dengan tindakan nya…..sebab kerajaan BN di Perak adalah kerajaan haram yang tidak sah, satu rampasan kuasa BN dengan pertolongan Sultan……saya bukan nya menderhaka pada Sultan tapi dalam pekara ini baginda Sultan membuat pilihan yang tidak tepat sebab suara rakyat telah di belakangkan, ada lah lebih baik DUN Perak di bubarkan dan pilihanraya diadakan bagi menyelesaikan status quo ini…..BN28, PR28 dan bebas 3, kembalikan kuasa memilih pada rakyat dalam conteks Raja Berpelembagaan…bukan nya Raja Mutlak……kita memerlukan Sultan untuk semua bukan untuk satu2 pehak……saya sangat berharap baginda Sultan akan menimbangkan nya semula untuk bubarkan DUN Perak…..Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah……bukan nak menderhaka…..!!!!

  312. Assalamualaikum YAD Tun,Tun Siti dan Semua Rakan Seperjuangan
    Satu artikel yang sinis penoh tersirat pengajaran disebaliknya. Bagi
    saya Melayu Pekan kah atau Melayu Ulu kah la ni sama saja.Yang membezakan nya ialah sikap/attitued nya.
    Saya ada terbaca sebuah buku mengisahkan perjalanan orang-orang Melayu MALAYA dan SINGAPURA untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah pada tahun 50han dan 60han dahulu.
    Di dalam buku itu ada disertakan banyak gambar mereka yang dimaksudkan. Apa yang saya lihat ramai sekali boleh dikatakan hampir semua kaum perempuan memakai SELENDANG sahaja. Tidak seperti sekarang ini ramai yang memakai TUDUNG LITUP ada yang sampai menutup separuh daripada baju kurungnya.
    Begitu juga yang LELAKI nya. Dahulu payah sekali melihat lelaki memakai songkok apa tah lagi KOPIAH PUTIH. sekarang ni ramai sekali yang memakai KOPIAH PUTIH.
    TIDAK SEKALI-KALI saya mengiakan yang dahulu itu betul dan mengiakkan yang sekarang ini tidak betul. TIDAKKKK
    Tetapi lihat saja AKHLAK, SOPAN SANTUN, BUDI BAHASA,TUTUR KATA dan GERAK GERI orang dahulu dan sekarang.
    ORANG DAHULU berakhlak mulia, berbudi bahasa, manis tutur kata dan lemah lembut gerak geri nya. ORANG SEKARANG adalah disebaliknya.Bak kata pepatah bak BUMI dan LANGIT.
    DENGAR DAN YAKINKAN LAH BAHAWA ALLAH SWT TIDAK MELIHAT RUPA PARAS KAMU. sebaliknya ALLAH SWT MELIHAT HATI NURANI KAMU.
    Dalam lain perkataan ALLAH SWT TIDAK MELIHAT KENYATAAN DIRI KAMU tetapi ALLAH SWT MELIHAT HAKIKI DIRI KAMU.
    Semoga ALLAH SWT memberi petunjuk,taufik dan hidayah kepada kita semua.Amin
    YAD Tun Sekeluarga take good care of yourself.

  313. SALAM TUN SEKELUARGA..
    SELINGAN…
    Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain…APA RASIONALNYA???
    ( SEMUA NI MENGGUNAKAN WANG RAKYAT )…
    setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.
    BERDASAR FAKTA :Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi…
    PUTERI BALING, KEDAH

  314. Dear Tun,
    Saya pun orang ulu. Tapi tak lah ulu sangat. Saya orang parit-parit.
    Orang parit-parit yang seangkatan dengan saya ramai yang “terer-menerer”. Kawan saya nama Datuk Wahab bin Maskan, anak tok imam Parit Seri Menanti, sekarang is the number two man in Sime Darby.
    Previously, CEO of Guthrie ganti si jawa Khalid yang tak sedar diri. Wahab pun jawa juga !!
    Ramai budak-budak Muar dari kampong parit-parit yang berjaya dalam career mereka. Semua sekolah “orang putih” High School, Muar dulu. Tan Sri Mahyuddin, Tan Sri Arshad Ayub, Taib Andak, Kadir Samsudin. Semua orang parit-parit !!

  315. Dulu kat sekolah, Guru Besar [orang inggeris] bagi perhatian istimewa dekat saya.
    Pagi dalam pukul 10 kena pergi opis dia, tunggu dia selesai kerja, baca buku inggeris depan dia.
    [Kayu pembaris sikit punya tebal dan panjang!Dia tak pukul pun, saja buat saya gerun, cuma nak saya tahu yang dia serius nak mengajar!].
    Umur saya 9 tahun saya boleh baca buku inggeris, bunyi semua betul, makna lintang pukang.Tapi saya baca juga…khutubkhanah di sekolah boleh tahan juga banyak buku-buku. Bermula dengan menyelak mukasurat2 yang ada gambar yang menarik, lepas tu tergerak perasan ingin tahu, biarpun ditulis dalam bahasa inggeris.
    Di rumah ibu beli suratkhabar STAR untuk saya[dari dulu lagi suratkhabar ni memang kecil dan senang dibawa dan dibaca dan yang pentingnya bahan bacaan alternatif yang murah] – ini semua gara2 dia tidak tahu buku inggeris apa yang sesuai untuk saya.
    Ayah saya tidak pandai membaca, ibu sampai darjah dua sahaja.Saya dihantar sekolah inggeris sebab adik sepupu ibu sekolah situ, jadi senang. Orang kampung semua cemek ibu. Sekolah Kg Baru dekat, nak hantar sekolah inggeris,huh!. Ibu buat tak tahu.
    Saya boleh baca, saya boleh tulis, saya boleh ber expresi dan sekarang saya boleh ajar anak macam mana guru inggeris tu ajar saya.Saya juga tahu dari pengalaman saya, apa yang anak saya perlu untuk belajar bahasa inggeris.
    Pada usia empat tahun, anak saya dah boleh baca bahasa inggeris.Pada usia tujuh tahun,dia boleh bertutur [tidak 100% fasih, tapi dia tidak segan], menulis, menyanyi, buat kelakar dalam bahasa inggeris.
    Dia akan bertutur bahasa melayu dahulu.Bila orang bertutur dengannya bahasa inggeris , barulah dia bertutur dalam bahasa inggeris. Itu pesanan saya kepadanya buat masa ini, nanti dia dah besar, pandai-pandailah dia.
    Saya kena tunggu lepas sekolah, bila bekerja, baru saya berani bertutur, menulis, membaca, buat kelakar, respond dalam bahasa inggeris dll.
    Beri lah budak2 kita peluang, jangan cepat kata mereka tak boleh,malulah pada bangsa lain!
    Oleh sebab kita yang sebenarbnya tak boleh, langsung kita tutup peluang budak2 kita.
    Buah cempedak diluar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan
    saya budak mahu belajar,
    kalau salah tolong tunjukkan..
    Itulah, sekadar contoh,
    …. bukan, ‘kalau salah tolong hentikan pembelajaran saya’…
    Salam hormat dari saya kepada Tun berdua.Semoga Tun berdua sihat sentiasa.Assalamualaikum.

  316. Salam……
    12. Rupa-rupanya mereka tak begitu lekeh. Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar. Mereka boleh, kalau diberi peluang. Kalau tak percaya, buat kajian. Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa? Ramai juga orang ulu.
    Saya amat bersetuju dengan Tun akan hal ini… Saya pun orang kampung. saya pun tidak faham mengapa terlalu ramai orang memperlekehkan orang kampung / orang luar bandar.
    Isu Tun kali pun mesti berkaitan math and science in english. Alasan utama ramai orang luar bandar ketinggalan sebab belajar di dalam bahasa inggeris, jadi hendak dimansuh.
    Dalam kamus hidup saya, cuma ada perkataan RAJIN ataupun MALAS. Tiada cerdik mahupun bodoh. kalau orang kampung RAJIN maka setandinglah dia dengan orang bukan kampung dan pastinya dia dikatakan CERDIK.
    Percayalah TUN, apabila generasi kampung/ulu/luar bandaryang belajar matematik dan sains di dalam bahasa inggeris ini dewasa dan menjadi pemimpin, mereka pasti menjadi pejuang kepada kaedah pembelajaran ini…… Percayalah. Sama juga dengan Jambatan Bengkok! SAYA YAKIN 100%!!
    http://occku.blogspot.com

  317. Tun yang dihormati,
    Saya orang pekan, dok tengah-tengah pekan ipoh. Bukan orang ulu. Orang tua saya susah…buruh dan pemandu lori balak. saya peniaga berjaya (tanpa DEB). Banyak yang saya pelajari semasa membesar ditengah-tengah kelompok kaum cina di Ipoh. Banyak peluang tetapi banyak juga sekatan. Kawan-kawan saya juga banyak orang ulu, mereka banyak yang berjaya dan ada juga yang padam. Masa kecil saya kagumi Tun Razak..tukar hutan jadi ladang, kasi biasiswa dari darjah satu sampai universiti. Muka dan kacamata fesyen lama tapi otak bagus. Hussin Onn saya tak berapa ingat..dia ni lebihkurang pak lah. Tun Mahathir pulak kasi otak saya sakit sebab selalu fikir dan buat kerja ‘out of box’. Ada yang saya suka ada yang saya benci. Namun yang paling saya pelik, pada umur 80 an Tun masih lagi berakal tajam. Boleh kasi petua? bak mai la….

  318. Hai! Patek Sembah Tun M,
    Rakyat sudah dengar kuat suara kesakitan YB Mohd Nizar alah Hang Jebat bahawa

  319. Salam YAB Tun,
    Setiap insan yang bergelar manusia didunia ini adalah sama sahaja diciptakan. Tiada seorang pun yang harus berbangga hingga merasa dirinya lebih baik.
    Setiap orang mengisi atau meliputi satu ruangan yang kecil di alam maya ini. Setiap orang hidup didalam alam mereka sendiri tetapi berkaitan dan bercantum dengan lain-lain alam membentuk satu alam yang amat luas tanpa sempadan sehingga ketingkatan langit luas yang tanpa batasan, sempadan dan penghujung.
    Janganlah kita sering mengunakan akal kita sahaja untuk mengukur kefahaman kita tentang kehidupan dan kebolehan kita. Kerana akal itu tertambat dan tidak berupaya lepas bebas melangkaui batasan ghaib yang amat luas yang terhijab serta berlapis-lapis.
    Sesekali kita harus pandang dan cuba lihat diri kita dan kesemua kehidupan didunia ini dari perspektif dan sudut dari atas sana dan akan kita sedar bahawa kerdil dan daifnya kita dan dunia ini bak debu sahaja. Kehidupan didunia ini amat singkat tetapi amat bermakna.
    Yang pasti ruang kecil yang merupakan alam kita itu tidak akan hilang dan amat bermakna memainkan peranan sebagai pengimbang dan penstabilan seluruh semesta alam yang luas ini. Jika hijab yang ghaib itu dibuka atau ditiadakan barulah jelas rupanya kita semua telah pun sentiasa bersatu dan tiada ruangan kosong sebenarnya.
    Maka tidak kiralah orang ulu atau sesiapa sahaja adalah sebahagian daripada kita juga. Susah atau senang mereka akan terasa juga pada diri kita sendiri. Maka membantu mereka sama juga seperti membantu diri kita sendiri.
    Jangan kita cuba pisahkan atau asingkan mana-mana kehidupan atau ruangan yang sebenarnya tidak dapat kita binasakan atau kita hilangkan dengan kuasa kita sendiri. Cubalah kita hidup bersama dan akuilah kewujudan setiap sesuatu yang telah diadakan itu.
    Samada kita suka atau tidak, orang ulu juga adalah sama sahaja seperti kita semua. Mereka juga ingin apa yang kita inginkan dan membenci apa yang kita bencikan. Mereka juga mempunyai cita-cita untuk menjadi manusia yang sempurna, berguna dan berjaya.
    Wasallam.

  320. TUN,
    Org melayu bandar baru duduk rumah teres ada yg dah lupa kampung,ada yg bila hari raya tak nak balik kampung.
    Tulisan Tun macam sindiran pada org melayu yg menentang pembelajaran dlm BI bagi sain & math.
    Apa kata kita tubuh PERSATUAN IBUBAPA YG SOKONG AJAR SAIN & MATH DLM BI.Tun jadi penaung.
    Jadilah mcm org india duduk rumah teres kotak tapi anak beranak pandai cakap BI.
    wassalam.

  321. Dearest Tun
    Saya anak Alor Setar dan dibesarkan di Kuala Nerang. Semasa kecil, rumah saya juga saban hari di kunjungi oleh orang orang ulu daripada Padang Terap, Padang Sanai, Tandok Besar, Pedu, Nami dan beberapa daerah terpencil dinegeri Kedah. Bapa saya pegawai kerajaan. Kami tinggal di quarters Kerajaan berdekatan Sekolah Melayu diatas Bukit. Buah buahan kampong dan pucuk kayu, kami makan tak habis. Begitu lah indahnya budaya orang ulu yang tak pernah kunjung dengan tangan kosong. Besarnya hati mereka. Malah beberapa orang daripada mereka telah menjadi seperti tok, tokwan dan pakcik kami. Beberapa orang daripada mereka telah menjadi seperti ahli keluarga saudara mara kami, diantara mereka ialah Tok Bak dan Tok Da, Pak Choh, Tok Jasin, Haji (Ismail) termasuk Awang dan Mak Jah yang sehingga hari ini masih menjaga dusun durian arwah ibubapa saya di Kampong Semeliang.
    Saya mangaji tak sampai mana tapi telah bekerja sampai ke China. Pengembaraan dan pengalaman dalam kerjaya membuka minda diri saya. Saya fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Untung nya, pemikiran saya lebih maju. Saya berjaya dalam kehidupan. Sekarang berniaga sendiri di Penang dengan keuntungan yang tidak pernah di impikan.
    Rahsia kejayaan saya ialah sikap yang betul. Attitude. Hanya usaha serta logik dan “common sense” yang diperkukan. Berfikir lah secara sciencetific.
    Belajarlah ilmu yang sesuai dan berfaedah.
    Berjayalah wahai bangsa ku. Kita boleh berjaya dalam setiap bidang sekiranya kita tukar cara pemikiran kita yang selama ini telah memundurkan kita.
    From the View of Kedah Peak.

  322. A’kum Tun. What more to say? There’s plenty of opportunities,but at the end of the day, its all controlled and monitored by the so called “Melayu Elite”. Its like they advertise for a job for the sake of formality when they already secured their own sedara-mara for the post. And what more the Org Ulus and Org Kampungs can do but sit, watch, listen and comments amongst us? Even our Wakil Rakyat is already within the “Melayu Elite”. As good as their development plan for the Org Ulus and Org Kampung,its only to camouflage the public eyes, the fundings for those developments contributed fairly and some not fairly amongst themselves. What happen to the Internet Desa for example? so called to educate the Org Ulus and Org Kgs? that to name a few. That opportunity was once given to the Org Ulus and Org Kgs but it is now abandon, for simple reason, not enuff resources!
    All in all, I can only agreed with you, us being a normal melayus, alahai! kesian nya!

  323. Kadang2 saya tak faham.’mentaliti’ orang Malaysia (Melayu) yang sentiasa suka membangkang…..kalau bantah yang tak elok tu saya terimalah….ni suruh pakai tali pinggang belakang untuk keselamatan diri pun banyak bunyi….
    Samalah jugak macam Bahasa Inggeris nie….suruh belajar bahasa Inggeris dalam Sains / Matematik tu bukan niat untuk jadi BODOH…..tapi untuk nak pandai….pun orang nak bantah.
    ada kawan2 cakap…apa nak sibuk2 belajar bahasa Inggeris….tengok la macam Jepun yang tak pedulikan BI…pun boleh maju…siap suruh orang luar blajar bahasa Jepun kalau nak berurusan dengan depa….
    Tapi saya fikir gak….Ada berapa banyak bahasa kat dalam dunia ni….kalau semua negara nak suruh orang belajar cakap bahasa ibunda masing2…….sampai umur 80 tahun(kalau panjang umur)kita masih dok belajar bahasa lagi…..hehehe…..
    Jadi tak salah kot kita mengakui bahasa Inggeris tu Bahasa Global…ataupun bahasa nak berniaga….ataupun bahasa nak berunding…ataupun bahasa nak gi melancong….(Bayangkan…kalau kita pergi melancong kat Korea pastu kita nak gaduh ngan orang korea suruh cakap dalam bahasa kita…nanti diorang cakap….trime kashih…buat shushah aku aje……
    Jadi kisimpulannya…jangan la cakap yang kita akan menghancurkan Bahasa Melayu bila kita belajar Bahasa Inggeris…..alaaa…macam makan gak…..walaupun western food kita sebat (yang halal lah)tapi masak lomak cili api totap menjadi pujaan tokak den…..hehehe…
    kalau kata orang kampung akan ketinggalan tu tipu la…..tapi orang kampung yang malas tu memang akan ketinggalan….sama gak orang kat bandar…kalau berabuk cakap omputih pun tapi malas, tak kemana gak….kira pandai cakap je lah nanti….
    tapi kerajaan kena tengok2 kan guru yang mengajar kat kampung2 tu…jangan tangkap muat jer….tak ramai guru yang sanggup mengajar kat pendalaman…….bayar lah depa elaun proffesional untuk masuk kampung…bayar lebih pun takpe…..sebab niat asal kita taknak anak bangsa kita ketinggalan…….

  324. dear Tun
    1. 17 tahun dulu kawan saya ke US melanjutkan pelajaran..saya tumpang bangga
    2. 4 tahun kemudian dia balik cakap kelantan..fasih lak tu..
    3. ape punye turrr..

  325. KUALA LUMPUR: The MIC sees the Bukit Selambau state by-election as the first step towards regaining the confidence of the Indian community.
    MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said victory in the by-election would prove that the party was ready to lead the community again.
    comment:
    MIC candidate just cannot win in Bukit Selambau as long as Samy Vellu is still the President of MIC. Samy is still in a state of denial just like Pak Lah. Get back to basic, Samy. The majority of your community have written you off. You are a lame duck President now. You go and cut your hair at an Indian barber shop and listen exactly what the barber will have to say about you, Samy. They hate you like hell, period !!!

  326. DEAR TUN..,
    HAVE YOU READ HANNAN REPLY UNDER TOPIC PALESTINE. I BECAME INTERESTED CAUSE ALL YOUR FACT HANNAN DID ANSWER IT. AND ALSO THIS TOPIC ALREADY PASS THROUGH MANY WEBSITE AND ALMOST OF IT BELONG TO ISRAEL. ALL ISRAELIS (JEWS) HAS BECOME HANNAN BACKUP. AND SOME OF HIS FAN SUGGEST ISRAEL INVADE US WHEN YOU NOT AROUND ANYMORE. I’M WORRIED CAUSE AFTER YOUR LEADERSHIP THERE NO ONE DARE TO SPEAK/CRITIC ISRAEL LIKE YOU DO.
    P/S : YOUR NAME BECAME ‘TIR’ MOHAMMAD (NOT MAHATHIR MOHAMMAD) IN ISRAEL NATION. PLS BEWARE OF MOSSAD/UZI AGEN

  327. Salam TUN…
    TUN tetap Perdana Menteri Malaysia sy sampai sekarang…bukannya pemimpin yang suka tido…
    Apa2 pun kekejaman zionis israel terhadap rakyat palestin tetap sy tak kan lupa…

  328. Nizar also told Radzi (his brother) that he was willing to move out of the official residence any time and was holding on not because he was “power-crazy” but on the principle that he was the “legitimate menteri besar elected by the people”.
    comment:
    No, Nizar. No hurry. You can stay there if you don’t feel guilty. But the rakyat perception is already set that rightfully you should gracefully vacate the MB residence. It is a matter of maintaining your dignity. Don’t make a mockery over this issue of not wanting to get out of the MB residence. Too trivial to make it an issue.
    Don’t listen to Anwar’s advice. He is a bad boy!! Karpal Singh said not fit even to be a school head prefect.
    After all the Sultan had already “titah”. Give the Sultan due respect and jangan menderhaka. Then you will be alright. You can stand tall.

  329. Bar Council wants to be part of commission
    KUALA LUMPUR: The Bar Council is disappointed that neither a layman nor one of its members had been appointed to the Judicial Appointments Commission (JAC).
    Its president, Datuk Ambiga Sreenevasan, said the council was of the view that JAC composition was too heavily weighted in favour of the judiciary as eight of the nine members were either judges or former judges.
    comment:
    Don’t give a damned to this Bar Council. They don’t deserve to have a representative in the JAC. This bunch of lawyers feel that they are the exclusive and elite lot. They always go against government policies and always incline to support the opposition most of the time. They are not really championing the rule of law but they have hidden agenda to get rid of Barisan government. That is a fact. They are hypocrite bunch of haprak lawyers. Make no mistake about it.

  330. Assalamualaikum Tun Yang Amat Dihormati,
    1.Cuba memahami maksud Tun apabila membaca isi kandungan bagi tajuk ini.
    2.Pada pendapat saya,mungkin Tun ingin mengulas tentang penentangan oleh sesetengah pihak untuk memansuhkan pembelajaran BI bagi sains dan matematik.Maaf sekiranya anggapan saya salah.
    3.Walau bagaimanapun,samada murid itu daripada bandar atau dari kampung pendalaman sekalipun,mereka patut diberi peluang untuk belajar sains dan matematik dalam BI.
    4.Kalau pada zaman dahulu,ada murid-murid yang boleh berjaya dengan
    kekurangan infrastuktur dan kemudahan lain,mengapa pada zaman ini
    dengan segala kemudahan hendak disekat pula peluang ini kepada mereka?
    5.Sesuatu pekara yang berfaedah,kadangkala mengambil masa sedikit.
    Kesungguhan dan kesabaran perlu ada.Lagipun adalah lebih mudah mengajar sesuatu bahasa pada peringkat yang masih muda.
    6.Kementerian Pelajaran harus memastikan latihan berterusan diberikan kepada tenaga pengajar.
    7.Saya sebagai ibu menyokong penuh langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meneruskan pembelajaran ini.
    8.Berpatah balik akan mengakibatkan kerugian kos dan masa.
    Akhir kata,saya sentiasa mendoakan Tun dan Tun Siti sentiasa dirahmati Allah.
    BERSATU RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA,MALAYSIA.

  331. Assalamualaikum Tun dan keluarga,
    Betullah Tun ni suka berfikir di luar pemkiran orang lain. Kita tengah fokus pada ke kelamkabutan politik tanahair, Tun, keluar balik, kepada akar umbi, siapa kita.
    Saya dibesarkan dgn kepimpinan Tun. Dah besar panjang ni, baru le saya faham makna DEB, keistimewaan orang melayu, dan kenapa UMNO beriya2 memperjuangkannya. Semuanya atas satu sebab sahaja. Iaitu peluang dan hak. Tapi dasar ini jugalah yg sekarang ini melemahkan kita umat melayu. Tak apa.. nnt ada subsidi, tak apa.. nnt ada bantuan kerajaan.
    Amat tepat masanya ketika Tun sebut perihal ‘tongkat’ yang perlu dibuang untuk kita berlari, bukan lagi berjalan bertatih. Berlari untuk jd survival, berdikari. Ya, mungkin kita akan jatuh byk kali kerana berlari tetapi, kita sudah faham apa makna sepak terajang jatuh dan bangun. Bukannya terus bertongkat cermat dan tidak pernah jatuh, malah kita takkan pernah akan sampai.
    Wassalam..

  332. Salam,
    TUN..sungguh jelas apa yg Tun ingin sampaikan kpd melayu..supaya kuatkan usaha dan jgn takut melawan arus dunia global…samada org ulu atau org bandar…diri kita jua akan mengubahnya utk masa depan akan datang..kat kelantan kalau org tak pandai menghormati org lain di sebut org ulu…org ulu ni bg org kelantan org yg tinggal dipedalaman yg seakan2 org asli..tapi skrg org ulu org terpelajar dan byk profesional..akhir2 ini org bandar pulak bertukar jadi org ulu..krn sikap mereka macam tidak terpelajar dan mudah bertindak tanpa rasional..

  333. salam tun…
    rasa terharu sebab pertama kali dapat bagi komen kat blog tun…
    saya juga anak orang hulu…duduk di kampung pendalaman yang kebanyakkan orang tua kami masih seorang pekebun…tapi kami sebagai anak orang kampung hulu masih boleh berbangga…sebab ada diantara kami menjawat jawatan tinggi..
    saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tun kerana Tun telah memperkenalkan nama malaysia keseluruh dunia sebagai negara yang maju…saya juga ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan Tun dan anugerah yang Tun terima dari The Brandlaurete sebagai “Father of Brand Malaysia”..

  334. Tun, saya cadangkan agar Tun boleh masukkan ruangan ‘live chat’. Boehlah melepas rindu secara ‘live’ dengan Tun.
    Harap di pertimbangkan.

  335. Assalamualaikum Tun dan isteri Datin Hasmah, semuga sihat walafiat.
    Menarik coretan Tun tentang orang ulu, semuga pembaca lain termasuk saya dapat ilham apa yang tersirat dan apa yang tersirat di sebalik coretan tun itu.
    Lain pula cerita saya kali ini iaitu menyentuh tentang Khairy Jamaludin yang bercita-cita besar nak menjadi PM termuda kononnya…
    Samada cerita dari kawan-kawan yang boleh dipercayai ini benar atau tidak … hanya Tuhan yang maha mengetahuinya.
    Kisah Khairy Jamaludin iaitu menantu Pak Lah sekarang ini yang lebih dikenali sb KJ:
    Pada masa Anuar Ibrahim menjadi TPM si KJ cuba mengorat anak Anwar iaitu Nurul Ezah tapi tak berjaya.
    Kemudian Dolah Badawi pula jadi TPM, maka si KJ cuba ngorat anak Dolah pula dan berjaya. Masa belajar kat UK dulu, si KJ sengaja langgar kereta Nori ( anak Dolah ) … maka bermula la cinta pura-pura mereka hingga kini.
    Moral of the story … licik betul si KJ ni. Untuk mencapai cita-citanya dlm politik dengan cara cepat sanggup buat apa saja.
    DOA DAN HARAPAN JANGAN LA SAMPAI SI PEMUSNAH UMNO INI DAPAT MENJADI KETUA PEMUDA.

  336. tk apa lah Tun…
    masa akan menghukum si mengaku melayu ini.
    generaasi melayu akan datang, akan maki hamun si mengaku melayu yang dengki.
    Pentingkan diri sendiri, lupa kepada bangsa.
    Yang penting, semoga Tun sentiasa sihat sejahtera. Bila nak keluar buku Tun?

  337. Assalammualaikum!
    Sayang kpd bangsa bukan setakat memperjuangkan bahasanya semata-mata, banyak perkara yang mesti dititikbratkan supaya bangsa Melayu unggul dimata dunia. Memang hairan orang Melayu sendiri yang menentang usaha2 utk memajukan bangsanya dengan pelbagai alasan, sedangkan orang China, India dll berjaya & hebat berbahasa Inggeris tapi tak hilang China & Indianya, kenapa orang Melayu begitu khuatir sangat. Dulu walaupun Matematik & Sains dlm BM pun berapa kerat sangat pelajar Melayu yg cemerlang, alasannya tak minat, susah dsbnya. Itu semua alasan untuk menutup kelemahan. Sekarang jelas terbukti PSMI mampu diserap oleh pelajar Melayu secara pelan2 & jangkapanjang. Bagi anak Melayu peluang, biarpun mungkin sedikit yang cemerlang tetapi ia merupakan kejayaan kelas pertama bukannya “juara kampung”, kerana selain mereka pandai matematik & sains tetapi mereka juga mahir BI, insyaAllah. Itulah harapan kita.

  338. salam TUN,
    PPSMI – perlu diteruskan
    kalau orang ulu dan orang kampung pun boleh
    kenapa orang bandar/pekan kata mereka tak boleh
    dulu orang ulu & orang kampung belajar di sekolah oerang putih
    pun masih fasih berbahasa ibunda (melayu)
    buku sains & matematik dalam bahasa melayu pun susah nak dapat
    macammana kita nak buat kajian
    bila PPSMI ditarik balik, tentu ada orang komplen pulak
    katanya buku rujukan tak cuku, anak orang melayu juga yang tercicir
    tunding jari salahkan kerajaan yang tukar program pembelajaran
    kalau PPSMI tak bagus, kita sama-sama kasi bagus..
    TK.

  339. Tun,
    1. Bila berkata dengan orang Ulu ni, saya rasa orang Felda juga ULU..
    2. Saya anak peneroka Felda dikawasan Tenggara Pahang yang mula memasuki FELDA sekitar tahun 1979 dan 1980. Saya ketika itu baru berumur setahun lebih.
    3. Bila menjejak umur 3 atau 4 tahun saya rasa saya masih ingat lagi bagaimana keadaan semasa itu.
    4. Kakak dan abang saya bersekolah di Felda bersebelahan kerana tiada sekolah di felda saya ketika itu. Mereka bangun sawal 4 pagi dan mula berjalan ke simpang jalan untuk menunggu bas sekolah yang agak usang (Pemandu , Pak cik Radhi)
    5. Jauhnya dari sekolah adalah 20 km melalui jalan tanah merah. Bila musin hujan, bas selalu tersangkut didalam becak.
    6 Sebagai ganti traktor Felda pula mengambil pelajar sehinggakan lewat malam baru tiba.(Pemandu traktor felda Pak Cik Mukhtar)
    7. Jalan raya masih bertanah merah. Rumah masih berpelita sehingga tahun 1991. Air sehingga saya berumur 6 tahun masih mandi ditelaga tiub di tepi jalan.
    8. Malam menjelma adakalanya diganggu dengan haiwan buas dari Hutan Simpan Chini. Pernah ada ketika waktu malam gajah liar bermain dibekalang rumah jiran.Babi , musang usah cerita.
    9. Kini semua berubah.
    10. Rumah felda silih bertukar ganti. Nasib berubah baik. Kehidupan lebih bermakna.
    11. Ramai dikalangan anak2 felda yang berjaya sehingga menjadi seseorang yang amat berjaya.
    12. Tapi seperti kata TUN, Melayu mudah lupa….

  340. Salam, Tun is a wise man laa…Tun,u know what u say.I think Tun knows Org Ulu and Org Pekan is on the right tract because the process of getting developed mentally and physically is taking it’s cause NOW.It is natural law.It is the LAW.Let us accept the LAW.This is EVOLUTION. May the LORD always be with you.

  341. Tun,
    Kesilapan Tun dimasa lalu adalah mengasingkan religion with admin. Capitalist way. You developed the country dengan kemewahan but Tun tidak mengutamakan spiritual development. Result, people lose their values. When theres no values, jadilah kita kaum capitalist. Yg kaya kata yang miskin bodoh. Yg kuat tindas yg lemah. To be honest, it is not u who introduced capitalist to Malaysia, it was Daim. To show u examples, tabung haji invest in construction to make money. Yes its true they make money, but their values gone. Bernas, they are given the opportunity to handle how to develope beras malaysia, instead they find opportunity on how to import beras n sell it back. Stockpiling. Any dumb kid can do that. The consequence is that we as human being lose our values. If we dont have values, what are we? we are exactly like chinese, westerners, kafir. Their mission in life is to outsmart the other person to gain more wealth. Gain wealth, value lost. Umno leaders too becoming capitalist.
    Sekian, M.Halim

  342. salam TUN yang dihormati!
    hehehe…saya ni lembab sikit, so i had to read all the feedbacks before it finally hits me. simply brilliant, sir!

  343. Saya anak orang ulu,mai dari kuala nerang tapi dapat mengaji sampai Amerika.Tulisan Tun mengimbau kembali nostalgia lama , rindukan kedamaian waktu silam.Masih ingat waktu nak makan udang galah cuma perlu turun sungai dan angkat batang buluh,gerenti ada udang dalam buluh.Dek kerana Gula Padang Terap,sungai hancoq,bukan takat ikan orang pun boleh mampos.Kos pembangunan lah……….nak buat macam mana.
    Dulu orang ulu adalah penyokong kuat UMNO , seingat saya nak cari orang Pas nak buat ubat pun susah.Orang Pas ni banyak di Padang (kawasan Bendang setaun 2 kali).La ni pemikiran kami pun semakin terbuka.Modal UMNO atas ketuanan melayu dah tak berapa boleh pakai.
    Kerakusan pimpinan UMNO masakini , segala jenis mak nenek penyakit yang ada kat UMNO membuatkan majoriti orang Ulu (walaupun kami bodo sikit)meluat dan meloya tengok puak2 ni.Pada kami kalau bagi lagi puak ni memerintah 20 taun lagi,silap2 kami (orang ulu)pun depa lelong kat siam.

  344. Dear Tun,
    The problem is not the Malays. Be it the Orang ulu or pekan.
    The problem is the Indonesian illegal immigrants who have somehow obtained citizenship and subsequently taken over running Malaysia.They have slowly but surely push out the Malays in favor of their own people and their relatives. Look around you and you will understand what I mean.They will ultimately be the biggest challenge to the Malays.
    Mark my word.
    Raja Chulan.

  345. Dearest Tun,
    I dont know why you need to write this article but
    one thing I clear that, you try to make people
    things about it.
    Anyway I hope that we as the new generation
    must alway thinks MALAYS BOLEH.
    Ajak

  346. rasanya Tun tertinggal satu aspek sifat manusia yg amat penting … sifat manusia ini boleh dikatakan dihadapi oleh semua manusia di dunia ini tidak kira apa bangsa atau agamanya
    sifat manusia ini adalah seperti berikut:
    (a) benda yg mudah dapat biasanya tidak dihargai
    (b) sesuatu yg dinikmati akan dihargai sekiranya process untuk mengecapinya diharungi atas usaha sendiri dalam keadaan yg sukar
    suasana politik di negara ini, melahirkan golongan rakyat yg suka bergantung kepada peluang … ini adalah sebab utama wujudnya keadaan dimana terdapatnya orang yg mudah lupa.
    peluang sepatutnya dicari oleh seseorang untuk mengecapi kejayaan, dan bukannya ditunggu dengan memandang ke arah langit
    sekatan peluang dilaksanakan kepada orang bukan melayu secara TERBUKA terutamanya dalam bidang pendidikan … namun setelah 52 tahun yg lama, orang bukan melayu masih maju di pelbagai sektor. Lebih-lebih lagi, kejayaan itu bukan di negara ini sahaja, tetapi di serata dunia … di benua asia, benua eropah, benua amerika dan benua lain, boleh kelihatan orang cina dan india yg amat berjaya sekali di tempat asing ini … apabila hulurkan tangan kiri dengan 5 jari dan mula menghitung berapa ramaikah orang melayu yg berjaya di tempat asing … jawapannya -> ermm, ermm, ermm
    inilah hakikatnya, seperti contoh bola sepak negara … beria-ria di liga perdana, tetapi macam tahi kucing apabila melangkah keluar dari semenanjung malaysia … apabila disoal kenapa gagal, dijawapnya tidak diberi peluang dan macam-macam alasan, lepas itu mengamuk (very common behaviour)
    namun kadang-kadang ada orang kata berjaya juga, tengoklah contoh proton, boleh bina kereta sendiri …. terbeliak mata terdengarnya … entahlah mengapa tidak tahu kerja proton adalah pasang kereta, dan bukannya bina kereta … bukannya tidak sokong buatan tempatan, tetapi dah sokong, dia bongkak pula … kereta pertama saya adalah proton iswara 1998, pakai 4 tahun tiada apa-apa masalah, hanya sekali batteri kondem saja. Lebih-lebih lagi beli second hand dan kereta terbalik kerana kemalangan. Namun semua nampak OK sahaja, hanya enjin bunyi kuat sedikit, tetapi tak apa, puas hati juga …. kereta kedua tukar proton waja, kerana nampak besar dan menganggap pastinya ada “improvement” kerana kereta yg lebih baru … dah pakai 3 bulan …. alamakpower window rosak (tukar 4 kali dalam 2 tahun) … pembuka pintu belakang patah (tukar 3 kali dalam 1 tahun) … mentol (ori) bakar lebih dari 20 kali dalam 3 tahunyang paling dasyat kereta jam kat tengah jalan masa waktu pagi di KL (3 kali dalam 2 tahun) … habis traffik jam akibatnya … kena traffik polis maki … tapi lepas maki polis trafik tolong tolak kereta juga … hehe
    dengan hati ikhlas untuk dikongsi kenapa orang bukan melayu lebih berjaya … ada kata orang kerana pakai ilmu hitam, kerana jampi, ada kata juga kerana mata sepet nampak lebih jelas … tetapi jawapan sebenarnya ialah sekatan peluang yg menjayakan orang cina (terutamanya) dan orang india … renunglah beberapa contoh ini:
    (1) SRJK(C) kebiasaannya terdapatnya pancaragam sekolah, setiap kali ada upacara pengembumian di sekitar daerah, cikgu akan membawa mereka beraksi dan mendapatkan wang upah … dan wang upahan ini akan disalurkan untuk memperbaiki dinding bilik darjah yg dimakan anai-anai, membayar bil elektrik dan lain-lain
    – sedemikianlah anak-anak sejak kecil dipupuk secara tidak langsung untuk berusaha bersama-sama mempertahankan asset sekolah dari bunga-bunga, lantai, meja kerusi dan papan
    – dengan itulah mereka faham akan kesukaran yg dirasai oleh mereka sendiri agar terus berusaha tanpa menghiraukan betapa sukarnya keadaan …
    (2) murid2 di SRJK(C) setiap tahun akan gembiranya membalut buku teks pinjaman yg direbut-rebut (dengan usaha sendiri untuk berjumpa ketua kampung dan pemimpin lain untuk tandatangan borang permohonan. Process ini sukar untuk budak kecil kerana terpaksa tengok muka dan emosi orang)
    – Process ini mewujudkan kesedaran anak-anak sejak kecil bahawa kesukaran yg dihadapinya, akan dihadapi oleh orng yg lain.
    – Sebab itulah mereka membalut buku teks, agar selepas mereka memakai, buku dalam keadaan yg baik lagi untuk pelajar yg lain pada tahun depan
    – Inilah sifat yg ditanam sejak kecil lagi agar tidak melupakn kesukaran orang lain dan sedia membantu. Sebab itulah orang cina kebiasaan mampu mendiri sekolah sendiri tanpa bantuan kerana mereka melalui process kesukaran itu pada masa kecil dahulu …
    oleh yg demikian, kadang-kala tidak setujui dengan dasar diskriminisasi Tun … namun kadang-kala berterima kasih dengan Tun juga … kerana SECARA TIDAK LANGSUNGNYA … kesukaran akibat sekatan, membantu dalam proses pembangunan terutamanya orang cina di negara ini … keranalah sifat manusia yg terabai oleh Tun

  347. Salam ayahanda tun,
    menarik cite tun ttg org ulu ni.time kacih krn bkongsi cite bpgajaran ini. ada teladan yg tersirat.
    smg tun sentiasa sht walafiat. smg kita semua dpt mcontohi tun, mjadi melayu yg tahu asal usul dan susur galur jati dirinya di tanah melayu bdaulat ini. pertahankanlah!

  348. Dear Tun,
    Saya setuju dengan Tun pasal orang ulu (kampung) memang boleh bersaing dan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan sesiapa – tak kira orang pekan atau orang asing. Saya berasal dari satu tempat terpencil di Langkawi, Kampung Kok to be exact (Telaga Harbour as it’s called now). I am sure (at your 80+ young age) you still have fresh memory how that place was before. Gotta know you sometimes frequent the place. Would love to run into you someday. I still remember how life was back then, how that place was back then. Like we always say, tempat jatuh lagi kan dikenang. Dulu pergi sekolah naik turun perahu dayung – tiada enjin. Too poor to afford one. Alternatively jalan dalam hutan, naik turun bukit. But that was fun and it makes me realize how far I have come to be where I am now. I went to US for first degree, Australia for Masters, and again Australia for PhD. And during my time none school subjects were in English. To learn just about anything does not have to be mandated to any of us. It’s one’s desire to learn and determination to master what we learn.
    I have been all over the world attending conferences and meetings. I have been to reception and cocktail parties at these conferences but at the end of the day, your intent counts, your religious background matters, and people understand why you don’t take alcohols. You go there to exchange ideas, to colloborate research and to establish networking. If you dont talk to and communicate your ideas with people, you wont advance in knowledge seeking and career advancement. Gotta be proud of my humble beginning.

  349. Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun. Saya rasa agenda protes pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ini, sudah akhirnya berjaya dipolitikan oleh mereka yang berkepentingan dan sanggup memperkudakan semua dan sesiapa saja asalkan dapat niat mereka. Saya masih lagi ingat macam mana saya akan duduk dalam kereta dengan emak saya yang menjemput ayah saya yang bermesyuarat di GPMS KL, Rumah Suloh Budiman kalau saya tak silap. Dekat juga dengan pejabat lama Tun. Masa tu GPMS begitu gah dan di hormati oleh cendiakawan Melayu dan juga bukan Melayu. GPMS merupakan “reference point” untuk banyak pihak. Tapi kita pandang ke hari ini, GPMS yang di ketuai oleh Naina Marican, sekutu kuat Khairy Marican anak menantu Dollah Marican, juga sahabat akrab Kali semua maricando. Saya nampak macam ada usaha-usaha dijalankan nak hentam D.S Hishamuddin sempena Persidangan UMNO yang bakal mendatang. Himpit si D.S Hisham sikit-sikit, lempar isu-isu berkaitan sikit-sikit, bagi dia mula melatah sikit-sikit. Macam tu nampaknya Tun. Ini dalam politik biasalah. Tapi awas Tuan tuan dan Puan puan, jika yang nak dikudakan adalah anak-anak sekolah yang tak tahu apa-apa, saya rasa tikaman pulang pastinya 1001 penjuru. Elok dihentikan saja polemik ini. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sangat baik dan wajar diteruskan, mengundurkan polisi ini akan mengakibatkan impak negatif kepada kerajaan. Kepada yang sangat-sangat patriotik pergilah bersajak di tempat lain. Kalau cukup baik, tulis buku. Saya cuba jual di pasaran global untuk anda. Tapi biarlah anak-anak generasi pewaris hadapan fasih dalam bahasa ekonomi dan teknologi dunia. Saya rasa langkah KPM dalam membaik pulih mana-mana kelemahan sistem ini memberangsangkan. Wajar sangat diteruskan konsep pengajaran ini. Nak hal kempen geng Mesyuarat UMNO buat cara lain, cara ni tak payah.

  350. Dear Tun
    I believe your message is not about cocktail parties..
    In the old days,all the Ulus and Hilirs study in English.Some guys need an extra year (the Remove Class?..wonder why they name the class so negatively?) but in nutshell,everyone managed to study in English with no problems.As a result,we had a really good work force with good communication skills and was one of the competitive advantage for FDIs.
    Now,the goons are raising hell cos of the Maths and Science in English program..reason being they assume that the kampung kids just can’t cope.So we have progressed 2 steps and reversed 5 steps in 2 decades.
    By the way my grouse with the programme is the rent seekers have used it as a instant wealth machine by supplying hardware at exorbitant prices.And the software is subcontracted (outsourced vis the more palatable word)many2 levels.
    Tun was genuinely concerned about the students and came up with a good system BUT the rent seekers manipulated it for short term gains.Thats the root of the failure.

  351. Saya pun tak tahu lah apa sangat yang depa tak suka bila anak depa mengaji math dan sains dalam bahasa inggeris. mungkin ada lagi kot orang yang berfikiran seperti orang ulu kat zaman nih.

  352. Assalamualaikum Tun.
    Saya pun asal ulu jugak.Dulu masa remaja, bila nak maju sikit, mintak gi kursus kat mane-mane diaorang nak hantarlah.
    Maka dapatlah gi kursus kat pekan.Lain macam je perangai orang-orang pekan ni.Kat ulu pun lain macam gak.Tapi dah biasalah sebab tempat sendiri.
    Dalam sibuk-sibuk kursus,jumpalah kekawan.
    Kekawan pulak tu, kalau kita nak gi buang air pun nak ikut.Katanya jangan lama-lama.
    Entah apa-apa.Rupa-rupanya nak bersedekah.Sedekah seks.Macam kata YB ex-PKR.Agak-agaknya gitulah nama sedekah boleh wujud dalam kamus.
    Tapi sekarang,ulu ke pekan ke…seme pun sama.Sedekah tetap bersedekah.
    Untung sape yang dapat terima sedekah.Bukan seme orang dapat.
    Hai, hai! Nasiblah.
    Terima kasih Tun.

  353. salam Tun,
    Looks like the two low-life scumbags,kilmer and solcroft are back with their pig excrements.
    FYI,
    “THE HUMANITY OF THE MALAYS ARE UNPARALELLED IN THE HISTORY OF MANKIND!”
    Of course this will not go down well with these two fools as they actually got less neurons in their brains than a jackass!
    to all responsible commentators,just treat these two jokers as garbage and move along.They just cannot accept the fact that there are Malays smarter than them.
    to Alibabamahathir,
    Weii??!…i thought you already migrated?What the hell are you still doing here?WHY WAIT?..
    Jeng3

  354. 1.Betul kata Tun ttg “mindset” kita yang masih merendahkan kebolehan diri dan mengunakan retorik politik untuk berlindung di sebalik tabir.
    2.Melayu/Cina/India/Kadazan/Orang Ulu(swak)/Iban-Dayak/Dusun/Murut/Bisaya, kita tidak dapat bertanding di dalam dunia yang semakin mendatar kalau kita tak faham saranan Tun. Bacalah sendiri “The World is Flat by Thomas Friedman”.
    3. Anak2 pekan di harapkan jangan terjejas nilai-nilai yang memupuk perpaduan dan terhanyut dgn arus perubahan yang lebih bersikap kepentingan diri (biar PKR atau BN)- Lihatlah sendiri gelagak kedua-dua pihak di Perak dan jangan fikir rakyat masih bodoh!- “Saya bermakna anak2 dari pekan berbanding desa dan bukan Pekan,Pahang :)”
    4. Saya seorang bukan Melayu/bukan Islam dan saya sudi ka acara cocktail tetapi saya tegas bahawa saya seorang “vegetarian” dan enggan minum arak! Itu pilihan saya atas prinsip persendirian. Bila saya tegas, pasti hos saya pun akan hormati saya.
    5. Kata akhir, saya anak pembaca meter air, dan saya seorang ajala kaum India-Malaysia yang telah di anugerahkan biasiswa dari syarikat minyak semasa di menara gading. Saya banggakan ijazah muda kejuretaan saya dari UTM kerana saya dapat bekerja setanding dgn mat saleh dan graduan2 luar negara – siapa kata Malaysia tak boleh?
    6. Tun, Please keep emphasising the message and mindset for us to remain strong and united as Malaysians and not get caught up in Malays vs Chinese vs Inidans etc……I personally feel the Malay race, language and culture will prosper and spread as Malays are good people, god fearing and caring…..yes “Malaysia Boleh”….dan Melayu tak kan pupus di dunia dan lebih2 lagi di tanah mereka sendiri

  355. demikian la alkisahnya orang Melayu takut dengan bayang2 sendiri. sebab katanya, bahasa Melayu PERNAH jadi lingua franca. PERNAH famous satu ketika dulu… jadi tak mau orang Melayu lepas ni tak boleh berbahasa Melayu. Itu alasan yg diberi.
    Allo… Makcik2 Pensyarah sumer… kami yg besar bukan dalam lingkungan Melayu pun boleh cakap Melayu, ni kan plak orang Melayu yg dok dalam group orang Melayu sendiri…
    Kalau boleh bg Makcik2 dan Pakcik2 Pensyarah – sejarah akan jadi harta paling bernilai dalam sesuatu bangsa. Sebab tu Rome boleh jadi kaya – sebab orang gi tengok tempat sejarah dia. Pastu Amerika boleh kaya, sebab dia ada sejarah orang Asli kot…
    Kalau semua orang cakap Melayu dan semua apply course Sastera bahasa Melayu, agak2 apa jadi dengan Malaysia.
    Mungkin lepas ni Al-Quran pun akan diterjemah kepada bahasa Melayu, dan sebutan Arab pun mungkin di-Melayukan… Fuhh… Semangat bahasa Melayu sebagai Lingua-franca tetap berkobar2…
    Semoga orang Melayu terus maju dengan bayang-bayang sendiri…

  356. Assalamualaikum Tun Mahathir,
    Saya kena akui, saya tak terkata lepas baca entry Tun kali ini. Bahasanya mudah dan ceritanya nampak lurus. Tapi setelah difikirkan, semakin banyak pengertian dan pengajaran positif yang boleh diambil dari entry di atas.
    Melayu memang boleh Tun. MEMANG BOLEH. Cuma nak dengan tak nak je.
    Izinkan saya kongsi satu isu Tun. Satu perangai org Melayu ialah org Melayu benci dengan SIBUK. Sebab itu orang Melayu suka pada hari cuti. Kedai India (bukan kedai mamak) tutup 2 hari, masa Thaipusam, kedai Melayu tutup 4 hari.
    Kita selalu dengar org Melayu kata “Aku sibuk la”, “Aku terlalu sibuk la” dan sebagainya. Sedangkan sibuk itu bagi saya sebenarnya cuma ada kalau kita tidak menguruskan masa.
    Kita yang menentukan masa kita. Saya selalu terfikir bila pernah terbaca yang Tun dapat rehat 6 jam sehari sedangkan Tun adalah PM semasa itu. Saya terfikir, kalau Tun seorang PM yang tentunya dengan macam2 kerja dan tanggungjawab (dan Tun sempat menjalankannya dengan cemerlang) masih mempunyai masa rehat 6 jam, jadi kenapa orang Melayu lain tidak boleh?
    Fikiran ini saya jadikan pegangan yang saya boleh. Cuma saya kena betulkan pengurusan masa saya, dan cara pemikiran saya. Terima kasih Tun kerana membawa contoh ini kepada Malaysia.
    Jaga Kesihatan, Tun.

  357. Dear Tun..,
    Takleh la Tun. Sy pnah g dinner ngan client Mat saleh. Speaking dh tentu hancur tambah plk sy ni pendek je almaklumlah org ulu mn dpt mkn berzat. Tu yg pertumbuhan terbantut tu. Segan beb. Last2 Mat Salleh tu bleh sound ‘Malay if want to be respect they should learn from the Jews how they sufferd from early century then now become leader for a nation, be strong and confident whatever you done’. Tau2 client sy tu org Yahudi rakyat Poland. Klau sy jointventure dgn dia amcm Tun adakah company sy pun trut kna boikot. Nak tau apa bisnes…supply getah utk dipasang pd Merkiva. (Merkiva = kereta kebal rasmi Israel).

  358. Salam,
    saya tak panggil orang ulu, saya panggil orang darat.sebab depa ni jauh dari laut.
    saya pernah mengajar waktu cuti kampus di sebuah sekolah di kampung di mana saya perlu mengajar matapelajaran sains.
    mula2 saya mengajar, tersangatlah tension dan penat kerana saya perlu mengajar dalam dwibahasa,terpaksa sediakan nota-nota lengkap supaya pelajar ada rujukan.pelajar hanya ada buku teks.kalu nak beli buku lain, ibu bapa bising walaupun dapat banyak duit bantuan.
    semuanya saya sediakan sebab walau apa yang berlaku, guru yang akan disalahkan.
    tapi apa yang saya buat, ada guru senior yang cemburu,dan mengata.
    ada ibu bapa kata saya bagi kerja banyak.
    masalah berlaku sebab guru2 ni ramai org kampung itu juga.susah bila dah jadi tunggul ni Tun.
    sedangkan Tun, saya berjaya dapatkan soalan dari negeri lain untuk bank soalan sekolah, saya buat analisis yang pegawai pelajaran daerah guna untuk analisis daerah.
    banyak saya buat, tapi sedih bila guru bangsa sendiri MALAS. dah tau mengajar dlm english,dapat elaun. tak reti amek peluang tu untuk amek kelas english untuk improve diri sendiri.
    yang tau, beli kereta baru, hutang keliling pinggang.
    tak banyak yang dapat saya bantu cuma saya titipkan pesan
    ” kerana mereka tidak pandailah, kita mengajar mereka supaya pandai.memanusiakan manusia itu memang sukar, tapi ingatlah duit gaji yang di beri pada anak, keluarga tu, halal atau tidak.berbaloi ke tidak gaji dengan kerja kita”( ustazah pun tak cakap mcm ni)
    saya kerja beberapa syarikat malaysia dan multinasional, sekarang keje di syarikat malaysia tapi ada franchiser, paling bangga bila sistem yang anak malaysia develop,buat si mamat jerman nganga mulut hehehe…si jepun toksah cakaplah,dia je betul walaupun dah terang lagi bersuluh salah.bolayan lah..
    bila lah saya berpeluang bekerja di luar negara.dapat belajar perkara baru.agak2 mamat jerman tu nk bawa saya balik jerman tak?

  359. Salam buat Tun….saya nie adalah produk dr wawasan tun…alhamdulillah jika tanpa wawasan tun mungkin saya tidak ada apa2 sekarang nie.berkaitan topic orang ulu tu memang tepat buat masa ini..Ini adalah untuk menyedarkan orang pekan yang sekarang ini amat sibuk berjuang untuk menghapuskan sistem pembelajaran sains dan matematik dlm Bahasa Inggeris…Kenapalah mereka ini amat dangkal pemikiran…bukankah mereka2 itu yang berjawatan besar juga belajar segala ilmu dlm Bahasa Inggeris semasa mereka di universiti luar negara…Pd saya mereka ini hanya ingin kan populariti semasa kempen bantahan ini.Tak tahu kah mereka bahawa anak2 kami org ulu tidak mengeluh pun.Siapa yang sebenarnya mengeluh?Orang Melayu Ulu kah atau Orang Melayu/Cina Pekan?Lagi satu jika tun nak tahu kebelakangan ini dlm blog2 aliran politik, banyak yang memperlekehkan tun secara terang-terangan…Tergamak mereka buat begini atas sebab politik…Tun bole lawat salah satu blog yang amat membenci tun ie Suara Sukj….

  360. its just how human been described but what i do believe its how the humanities represent themselves to fullfil its own respnsibilities to be what it should be..but nowadays…the world changes drastically where everybody achieve for something and get it but in the way of anything…do we care about how we grab the oppurtunity? desperate measure become hardly implement…leader desperate of power, businessman desperate of projects, party desperate of influence…whatever changes that happened whether in U.S or the world…hope is the prayer….do you still have the hope TUN to the changes that happened?

  361. Dear Tun,
    Upon completing my study at a local university, I worked as an Accounts Executive at an electronic firm for 4 years. As an executive, I was also instructed by the boss to entertain clients, suppliers, buyers, partners etc., as the firm normally deals with those firms from Taiwan, Singapore, USA and Japan.
    Of course, social drinking has become a culture in business. However, I always explained that I do not drink as I am on medication or directly said that my religion forbids me. Though every time they tried to encourage me to drink, they never forced me to. All I need to do is inform them clearly and firmly. My boss was a Chinese and understood the situation. He never had problem with my “not drinking” attitude. It does not lessen other people’s respect on me. The colleagues also never complained or tried to force me. The most important thing is, I proved to them that I am as efficient as them despite my “not drinking” attitude. However, I regretted another Malay colleague who ended up “drinking” in any parties or functions, just to get respect from others. That’s actually wrong. Respect is earned… based on our work performance and commitment, not through “social drinking” with others. Eventually, that colleague lost respect from others at work (everyone knows that he is a Muslim, why should he drink as it is prohibited…the element of trust is involved here, you cannot trust and respect a person who is like “lallang”). We still can socialize but be firm, if it’s wrong or right, then stick to it. We must not jeopardize our beliefs just to show others or the boss that we are “sporting” and capable of doing anything they expected. Work wise, yes follow the procedures without fail but social wise, be clear, firm and constant.
    Assalamualaikum

  362. Salam to both TUN,
    Pertama kali dapat saya berhubung dengan TUN secara terus. Article sekali ini seperti TUN described diri saya walaupun saya bukan orang penting pun! tapi pasal orang ulu yang kalau di beri peluang! Saya pun salah seseorang yang TUN dah bagi peluang pada era pemerintahan TUN dulu. I am ALWAYS proud of you. Thank you SIR!!!!.

  363. Salam
    kalau Tun boleh buka lagi satu blog, ajar generasi baru ni how to THINK OUT OF THE BOX dan Bagaimana nak buat sesuatu lain daripada orang lain, dengan kita ni asyik ikut je jadi copy cat..apa org buat kita buat, apa orang kata bagus, semua habis pi ikut..
    untung dan bertuah kalau dapatlah Sifu mcm Tun 🙂

  364. A’kum Tun & semua….
    Hebat cite Tun,tentu tun kaitkan dengan problem PPSMI tu.
    ha ha.. cite pasal PPSMI ni,untuk pengetahuan Tun saya ni bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sekolah. Biasa la klau dah jadi kerani kat sekolah selalu la dengar cikgu2 merungut pasal PPSMI ni.
    Cikgu2 ni kadang2 mereka xpun mengajar murid dalam Bahasa Inggeris, sains& mate ni. mereka sendiri mengatakan yang perkara tu susah untuk dilakukan. mcm2 la mereka selalu merungut. bila ada pegawai datang untu pemantauan baru la terkial2 nak mengajar dl bhs Inggeris. Tapi bila Pasal elaun BISP tu cepat plak dia orang mintak untuk diproses.
    Kekadang bila difikirkan balik bebaloi ke kerajaan bagi elaun tu tapi cikgu2 ni tak mempraktikkan pun PPSMI ni.? kan x adil cam tu!!!! ( tapi bukan semua cikgu la yang slalu merungut tu… jgn marah na cikgu )

  365. Assalamualaikum Tun;
    (excerpt from TheEdge daily:11/02/2008)
    An analyst has commented on this;”On the

  366. selamat sejahtera TUn….
    tertarik sangat dengan topik Tun kali ni sehinggakan saya dua kali try tulis apa yang terbenak di fikiran saya…saya orang sarawak.di lahir dan dibesarkan di Rumah panjang…..jauh di HULU sungai…kalau dulunya kenai naik perahu dari bandar untuk sampai ke rumah panjang saya.tp terima kasih kepada pemimpin kawasan saya kerana akhirnya dapat bina jalan yang bagaikan litar formula one….
    kita kalau sebut masyarakat orang ulu…tak kira dari sarawak mahupun semenanjung, terlintas di fikiran kita bahawasanya mereka mestilah orang yang bukan saja KOLOT,SAKAI tetapi miskin dan seba kekurangan….namun jangan kita lupa,mereka masyarakat Orang Ulu ni mungkin miskin duniawi tetapi KAYA dengan budi bahasa, sopan santun serta lemah lembut….tak macam Orang Hilir (orang bandar) yang serba kaya tapi perangai macam syaitan…tengok saja sekarang, Sultan pun dia nak Derhakakan….
    Tun….
    saya sangat tertarik dengan hujah Tun no. 6…..
    ni pengalaman saya belajar selama 3 tahun di semenanjung malaysia..seramai 10 orang sahabat saya dari bersama saya dari Sarawak yang belajar sekelas waktu itu…dukacita bila berjumpa dengan pelajar dari semenanjung bilamana mereka mengatakan bahawasanya masyarakat Sarawak hidup dan tinggal di atas pokok…alangkah kolot dan ceteknya pengetahuan mereka berkenaan dengan masyarakat di Sarawak sedangkan berpuluh-puluh media massa ada di Semenanjung……
    namun yang paling menyedihkan dan MENGEJUTKAN saya dan kawan2 dari Sarawak dan Sabah adalah apabila 90% pelajar semenanjung (86 org dari 106 org) tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik….rata2 semasa Public Speaking (subjek BI) mereka tak ubah seperti pelajar sekolah rendah…..memalukan….sehinggakan lecturer yang mengajar menggelengkan kepala dan tunduk malu dengan orang Borneo yang dikatakan masih tinggal di atas pokok…..ini kerana, semua pelajar dari Sabah dan Sarawak bertutur bahasa Inggeris dengan baik sekali….hinggakan terngaga pelajar semenanjung bila mendengar pelajar “Orang Ulu Borneo” ni bertutur omputih….
    perumpamaan mengatakan….. ikut resmi padi,jangan ikut resmi lalang…..dont judge the book by the cover….renung2kanlah semua….maaf andai ada yang terguris…

  367. Salam
    Tun, Bila membaca tentang orang ulu ni, Samalah seperti zaman sekarang ini, perbezaan antara orang kaya dan orang miskin..”Hai tu la Nasib”.. ha ha, dan samalah kalau orang miskin tak diberi peluang, mana tahu mereka boleh atau tidak.
    tetapi Realiti nasib orang tak kaya ini, sering disekat peluang. sebab tak mampu nak “Bayar” untuk dapatkan projek. sebab yang ada pada mereka hanya kemampuan kerja, tetapi tidak kemampuan kewangan.
    Entah la kalau projek atau kerja kerja asyik dapat oleh syarikat yang dah besar-besar, Syarikat yang baru nak mula ini nak buat apa..
    one thing ikhlas dari hati.. rindu zaman PM kita yang bernama DR M..kerana memang make “M”ONEY.. ha ha just kidding, tapi memang masa itu semua orang making money. sebab masa itu lah bangunan sini sana naik, Jalan raya dibuat, projek jalan, Rakyat tidak susah hati,dan kurang kes cerai, sebab suami isteri tidak ada masalah kewangan dan pelbagai kebaikan lagi.
    Tapi itu la yang menjadi sejarah dalam hati rakyat..but whatever.. Saya generasi baru ini, memang kagum sangat sangat cara Tun, haraplah dalam Malaysia ini lebihkan lah ramai lagi menteri pemikiran tajam dan out of the box macam Tun, Jgn la seronok diri lupa rakyat.. really really sad tengok Malaysia Today..
    anyway, Semoga Allah panjangkan usia Tun, dan Insya-Allah one day, Perdana menteri baru kita tau macam mana nak hargai Tun dan belajar dari Tun. Jgn lagi ada PM yang ….malas la nak sebut..
    Ok Thx

  368. Sir,
    Salam. Agreed with your writing 999%.
    I am a kampung boy and still consider myself as a kampung boy. I narrated my experiences as a kampung boy to my children to tell them that only education and hard work (apart from ALLAH’s help and government policy) will transform someone from a kampung boy to upper middle class.
    A kampung boy who walked to school, cycled to school, went into a boarding school, went into a local college to obtained a diploma, who later went to top notch UK University to secure a degree. I am able to speak English either a proper English (but not Queen English) or to speak English with an Australian accent or Scottish accent and certainly not English with a Cockney accent.
    Upon graduation, this kampung boy worked for the government for 18 years prior to practicing his own consultant firm. Now this kampung boy is a consultant to various GLC, Public Listed company and Multi National Company.
    Lots of this kampung boy’s client are Mat Salleh who always say “this kampung boy is not bad eh”.
    The same kampung boy is now employing quite a number of kampung boy & girl and pekan boy & girl as his employee, in order to repay back the gratitude to the society and the government.
    Cheerio

  369. dah jadi sifat orang melayu mmg suka menjatuhkan bangsa sendiri dan mengagungkan bangsa lain…
    maybe we can start from ourself to change…

  370. salam sanjungan buat Tun….
    setuju dengan apa yang Tun katakan….nampak sekarang masyarakat Bumiputera terutamanya Melayu bukan tak pandai/boleh pegang jawatan, tetapi kalau kita pergi ke mana2 jabatan kerajaan, ramai yang lebih cakap dari buat kerja….lagi satu Tun, masyarakat Bumiputera sekarang dah macam masyarakat subsidi….sikit2 harapkan subsidi.pakai,makan,minum sehinggalah ke liang lahat semuanya nak free……cubalah berusaha…….

  371. salam sejahtera buat TUn serta keluarga.
    Sebenarnya ianya terletak kepada kemahuan diri,
    jika ingin berubah maka mereka akan berusaha.
    Kejayaan bukan terletak dari mana asal kita.
    apa asal kita.
    Hendak seribu daya.
    hmmm….. saya yakin TUN akan di serang kerana
    dalam artikel kali ini TUN seolah olah menggalakkan
    minum arak.
    But do they THINK… do they know??
    Yep…
    Arak akan di jadikan Alasan tidak mahu bergaul
    dlm majlis org asing..seperti “cocktail party”
    cari alasan, dan buat alasan salahkan org lain
    utk menutup kelemahan diri sendiri.
    Namun sesiapa yang pernah menghadhiri “cocktail party”
    sudah jelas tahu… tuan rumah juga sentiasa menyediakan
    minuman alternatif yang tidak beralkohol.

    Yep..kita tak bercampur kita takkan tahu.
    Take care of your good health.
    You are needed, STILL.

  372. Nobody comments on this? Truth go against your ears huh?
    True, opportunities should be given, and it should be given as fair as possible. Anybody can success given the right opportunity, in the right environment at the right time.
    But what is opportunity? Certainly not something physical that is given to you, or some sort of privilage, or subsidy, or anything else. That is not opportunity, that is a donation.
    Anything given, any facility provided, must ensure maximum utilisation so that it met the objectives.
    It should be:
    – guidelines or education, the mother of all success.
    – encouragement and information, when pickup learning, students got inspired by the field they are interested into.
    – facility, low interest loans, tax exemption, and also make relevent well informed about these facilities.
    You see, when you are given some 20 acres of land for free, and seedlings provided for free, training course for free, and when the trees grow up, they come pick your fruit for free. You are merely given a change to be a security guard. Not a change to escape poverty.
    But some still debating about the validity of teaching science subject in english, in a world where most of the knowledge are published in english language. That is as good as killing their opportunity to venture further.

  373. Tun,
    1. Manusia Tun, macam inilah adat dunia.
    2. Masa peluang tiada, ramai yang bukti diri boleh berjaya.
    3. Masa peluang ada, ramai yang segan bukti diri boleh berjaya
    4. Hairan juga, tapi tidak mengapa.
    5. Mungkin ini adalah kitaran hidup.
    6. Kita tidak selamanya diatas dan tidak juga selamanya dibawah.
    7. Mungkin sebab ini, banyak negara maju yang satu ketika dulu gagah telah mula goyah.
    8. Negara lemah dan kerdil pula bangkit dan berusaha dengan gigih.
    9. Bila senang, manusia mudah lupa Tun. Tapi tak semestinya kita mesti hanyut. Kena sentiasa berwaspada.
    10. Banyak-banyakkan bersabar. Wasalam.

  374. Tun,
    Sebetulnya ramai orang ulu yang dah berjaya dengan sokongan kerajaan dulu-dulu. Terimakasih buat kerajaan dulu-dulu yang perihatin dalam menjaga kebajikan rakyat. Saya merupakan salah seorang dari mereka yang berjaya dengan sokongan kerajaan.
    Namun apa yang menjadi kemuskilan kini adalah, ramai anak bangsawan yang kelulusan tak seberapa namun mereka tetap mendapat tempat dan biasiswa keuniversiti dalam dan luar negara.
    Jika dulu biasiswa diberi kepada semua yang mendapat kelulusan terbaik dan keutamaan kepada mereka dari sosio ekonomi yang rendah, kini ia tidak begitu lagi.
    Ramai dikalangan bumiputra yang berkelulusan baik juga tidak mendapat peluang dan terpaksa mengambil pinjaman. Apatah lagi kaum bukan bumiputa. Apakah sebenarnya yang berlaku didalam kementerian sehingga hal ini berlaku?
    Seperkara lagi, saya lihat ramai dikalangan penerima biasiswa kerajaan terutama wanita tidak bekerja selepas menamatkan pengajian dan jika bekerja hanya sementara dan kemudiannya menjadi surirumah sepenuh masa. Lelaki pula gemar bekerja diluar negara. Kenapa pihak kerajaan tidak melakukan sesuatu kepada penerima biasiswa agar mereka membalas budi kerajaan seperti mengikat mereka dengan bekerja dengan kerajaan untuk sesuatu tempoh atau membayar balik biasiswa tersebut jika melanggar perjanjian? Ini adalah cadangan agar tabung biasiswa tersebut boleh diteruskan untuk generasi akan datang.

  375. assalamulaikum, Tun
    betul kata Tun , orang ulu kalo beri peluang …tengok lah contoh CEO MAS sekarang tak lain tak bukan Idris Jala.
    Bacalah serba sedikit latar belakang beliau:
    Idris Jala was born in 1958 as a member of the Kelabit tribe from the Bario highlands in Sarawak, Malaysia. In 1982, he graduated with a Bachelor Degree in development studies/management in University Sains Malaysia, winning the Bishen Kaur Award as the top student in development studies. He joined Sarawak Shell in the same year and, thanks to a Shell scholarship, earned a Masters degree in industrial relations from the University of Warwick, England, in 1986.
    He was appointed human resources advisor of Shell International in the Netherlands in 1989, before returning to Shell Sarawak four years later as head of human resources planning. In 1998 he became chairman and managing director of Shell Sri Lanka before being transferred to London in 2000 to become the company’s vice-president of business development consultancy and retail marketing.
    In 2003 Jala became the vice-president of Shell Malaysia Gas and Power and managing director of Shell Middle
    now is the CEO of MAS who save the MAS ….
    Orang Swk boleh….

  376. Assalamualaikum Tun…
    betui kata tun …. orang melayu sendiri yang tak mau bagi bangsa depa maju,kira nak hapus ETeMS atau PPSMI.cuba cari jalan macam
    nak bagi elok lagi program ni, program ni memang baguih.jangan dok
    boh.. kata orang ulu tak tau mengaji orang putih….

  377. Salam Tun,
    Orang Melayu sebenarnya boleh berjaya, tak kiralah sama ada dari bandar atau kampung.
    Bila Tun buat Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris beberapa tahun lepas, maka ramailah Melayu bandar dan kampung yang membangkang kerana takut anak-anak keciciran dalam 2 subjek ini. Parti BN dan PR sama sahaja ingin membudayakan Bahasa Melayu untuk semua matapelajaran di sekolah sehinggakan ramai guru-guru yang keliru. Masa saya bersekolah 20 tahun lalu, kedua-dua subjek ini dalam Bahasa Melayu tetapi kadar keciciran sama sahaja. Yang ambik sastera dan sejarah dalam Bahasa Melayu pun ramai yang tercicir. Apabila sistem kuota diubah dan sistem meritokrasi diamalkan di IPTA, ramai yang membangkang.
    Jadi ini salah siapa? Salah Tun Mahathir kah? Apabila kaum bukan Melayu berjaya didalam bidang professional dan perniagaan, mereka juga dikutuk dan dihina sebagai pendatang. Salah Tun Mahathir jugakah? Tepuk dada tanya selera!
    Sekarang panas isu negeri Perak, buat pertama kali ada 2 Menteri Besar yang memegang kuasa – boleh masuk Guinness World Book of Record. Karpal Singh ingin menyaman Sultan Perak, itu adalah hak beliau sekiranya dibenarkan oleh perlembagaan. Ada yang menyalahkan Tun Mahathir sebagai punca asal kerana mengubah perlembagaan.
    Saya mula bersekolah pada tahun 1981, pada ketika itu Tun Mahathir baru menjadi PM dan sehinggalah Tun mengundurkan diri pada tahun 2003, saya nampak TUN lah Bapa Kemakmuran dan Bapa Perpaduan sejati. Tetapi akibat “Melayu mudah lupa”, Tun dihina dan dikecam pada tahun 2006 selepas Tun membuat kritikan terbuka terhadap Pak Lah.
    Tahun lepas berbagai demonstrasi mengecam Kesultanan Melayu dianjurkan oleh BN kerana campur tangan dalam politik Perlis dan Trengganu. Sehinggakan DYMM Agong digelar “binatang” oleh penyokong Melayu UMNO manakala satu artikel Utusan Malaysia yang dipunyai oleh orang Melayu memberi amaran bahawa institusi Raja-Raja Melayu perlu belajar dari negara Nepal atau menjadi bahan sejarah dan pameran di muzium. Kali ini, parti yang sama mengecam Pakatan Rakyat kerana melakukan perkara yang sama.
    Is anyone above the law? Hanya Nabi dan Rasul sahaja yang maksum. Tetapi kita orang Melayu mendaulatkan raja seperti maksum. Manakala para menteri dan ahli politik yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat memporak-perandakan keadaan dan menggunakan isu-isu perkauman untuk kepentingan sendiri.
    Saya adalah bangsa Malaysia beragama Islam. Kawan-kawan saya dari kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi juga adalah rakyat Malaysia. Apalah guna mengagung-agungkan bangsa Melayu sekiranya masih berfikiran kuno dan primitif. Marilah kembali bersatu sebagai rakyat Malaysia. Bukan sebagai entiti berbeza – orang Melayu, India, Cina ……
    Maka tidak hairanlah ramai orang Melayu masih ketinggalan kerana tiada “paradigm shift”.

  378. Salam pada yg telah dikurniakan ALLAH akal pemikiran yg bijaksana.
    1. Sebenarnyalah Tun yg bising-bising bangkang sesangat Math & Sains dlm bahasa inggris to saja-saja aja nak masuk tv & paper, dahlah sendiri tak tahu & paham ini nak suruh semua orang ikut macam dia orang yg bangang tak kira tempat.
    2. tun nya blog cukup ceria kebelakangan ni.itu hari kisah lompat ada he.he. he. kali ni ada sedikit mcm tan sri P.Ramlee lah.
    Muga Tun dan sekian umat Muhammad dilindungi ALLAH

  379. erm..btol Tun..
    skrg smua org pakai kabel utk dpt peluang kerja, tender etc..
    org melayu yg kampung dan x ada kabel, x ada peluanglah jwbnya..
    ntah bila masanya org Melayu akan membantu Melayu..
    Bukanlah Melayu kampung mahu mengemis, tp mereka ini hanya mahukan peluang..

  380. Tun,
    Very nice of you starting to blog like an ordinary person. I felt really close to you now, more than ever in your 23 years in helm.
    That is what my dad always told me, what really separate Mahathir from other leaders is, he knows how to speak to the kampung people, the city slickers, or to the c**t Jew. (Sorry for cursing, but they deserve it… ). Adaptability seems to be your great quality and it certainly carry you good all your life.
    Probably this posting goes to those people who against PPSMI. Like you said, “Hai la nasib…”.
    Really, us Malay are more than capable of anything!

  381. Yabhg Tun
    Apa yang pasti jelas walau setinggi mana Tun telah capai dan pergi, Tun tak melupai daratan dan asal usul, bukan kacang lupakan kulit. Ramai orang kita apabila sudah menjadi hebat, walau tak semua, terdorong untuk melupai daratan dan lubuk mana yg dia berasal apatah lagi hendak menyumbang kembali apa yg dia ada walau sedikit untuk membangunkan/upgrade tempat asalnya atau tempat dia belajar.

  382. Assalamualaikum Tun
    Dengar cerita yang Tun adalah keturunan Datuk Wan Mat Saman dari jurai sebelah ibu Tun. Datuk Wan Mat Saman, iaitu menteri besar Kedah abad ke 19 yg terkenal/tersohor dgn usahanya menaiktaraf sistem perairan di Kedah dulu-dulu antaranya Terusan Wan Mat Saman walaupun dalam zaman serba kekurangan ketika itu.

  383. Tok Det,
    Depa memang la gu tu.. depa dok ingat orang2 luaq bandaq mcm kita ni semua x reti sgt la kunon nak paham bahasa Inggeris..
    Memang la kita ni lambat sikit, tapi kita bukannya tak reti teruih… kalu dok lama2 berlatih, apa yang tak reti pon jadi reti.. ni semua tak mau, nak belajaq Sains dgn Matematik dlm bahasa Inggeris pon depa kata bunoh bahasa Melayu.. ada ka patut..
    Tak pa la depa takmau belajaq Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris pon, tapi yang tak sedap depa tuduh sebab tak mau PPSMI tu sebab takut anak-anak luaq bandaq/ulu tak bleh nak ikut… tudia aihh.. sampai la gu tu sekali noo nak pelekeh org ulu… awat dok tuduh pasai anak org luaq bandaq plak.. anak depa kat pekan nuu baguih sgt ka?
    Ulu ka, pekan ka janji kita mau belajaq. Saya nampak ramai jugak anak org pekan, becakap Inggeris pompang sana pompang sini, tgk-tgk habok pon takdak. Takat dok becakap saja baguih, perangai semua macam beruk mak yeh. Penah sekali, dulu kalu pi belajaq di KL, kalu kita cakap kita ni mai dari Kedah ka.. Mahang ka.. depa mula la dok perli2 loghat kita laa.. pandang kita second class laa.. kunon kita ni tak tau apa sangat. Tapi kita mau usaha, depa tak mau, last skali depa yang dok keciciran, kita dah berjaya.
    Jangan takut nak belajaq.. mana hat baguih kita pakat2 ambik..

  384. Salam Tun,
    Betul cakap Tun, yg cakap Melayu ni bodoh adalah propaganda British untuk memecah belah masyarakat Malaya dulu, supaya mereka ada sebab untuk himpunkan Melayu diceruk bendul, kaum Cina di dalam pekan dan kaum India di dalam estet.
    Manusia di lahirkan kosong dan tak tahu apa macam kita beli komputer, kalau tak diisikan programnya tak berfungsilah ia. NEP diujudkan utk tujuan memberi peluang kepada kaum Melayu agar mereka dapat maju dan berdaya saing setaraf dengan kaum Cina dan dapat menyumbang dan memerintah tanah tercinta ini. Apa gunanya kita cakap tentang ketuanan Melayu sedangkan kaum lain yg menguasai semua bidang?
    Tetapi Tun, sedih betul dengan sekumpulan orang Melayu yang dah lupa diri selepas jadi kaya raya, terikut-ikut dengan dakyah dan propaganda yang mengatakan bahawa kaum Melayu ni bodoh, malas, korup,tak telus dan tak layak memerintah negara. Kaum ini lupa yang nenek moyang mereka dulu semuanya orang ulu sebelum kedatangan orang Inggeris, sebelum itu mana ada pekan? Mereka ini terasa diri mereka sudah vogue, berstatus tinggi dengan menjauhi dan mengutuk kaum sendiri, a classic case of kacang lupakan kulit! Kalau tak kerana NEP, mereka tidak akan berpeluang menjadi Melayu yang berjaya. Jangan lupakan tangan yang menyuap anda semua,sebab perangai macam itu lebih teruk daripada anjing(sorry kerana gunakan analogy ini), sedangkan anjing tak pernah mengigit tangan orang yang memberi makanan kepadanya.
    Tapi malangnya Tun, sesetengah anak-anak Melayu di IPTA tidak tahu menilai dan menghargai peluang dan bantuan yang diberikan dengan terlibat dengan hal-hal yang tak ada kena mengena dengan tujuan mereka pergi ke IPTA. Mereka hilang fokus, berpeleseran, berpolitik, menjadi mat rempit dihujung minggu dan banyak lagi. Saya rasa bantuan kepada mereka ini harus ditarik balik dan diberikan kepada banyak lagi pelajar lain yg memerlukan termasuk orang ulu.
    Akhir kata Tun, Tuhan menjadikan hambanya semua sama, Melayu,Cina, India, Mat Saleh,dan lain-lain. Yang membezakan adalah ketamadunan mereka, macamana mereka mengunakan otak mereka untuk maju dan menjadi kukuh sebagai satu masyarakat. Kaum Cina mempunyai kelebihan kerana tamadun mereka telah wujud sejak 3000 tahun dulu dan sifat-sifat tertentu telah terserap ke dalam DNA mereka. Sebab itu kemana saja mereka pergi mereka boleh survive dan menjadi kompetitif dalam banyak bidang.
    Kaum Melayu, tamadun kita kurang sikit, mungkin sejak 1000-1500 tahun dahulu. Tetapi itu sudah cukup lama untuk belajar menjadi kompetitif dan maju sama dengan kaum lain. Yang memberi masaalahnya adalah attitude sesetengah kaum Melayu! Lihat isu pengajaran Matematik dan sain dalam Bahasa Enggeris, majoriti yang membantah adalah ibubapa Melayu! Kononnya kaum lain boleh maju tanpa belajar Bahasa Enggeris seperti negara Peranchis dan Jepun. Mereka lupa yang negara-negara ini mempunyai kelebihan lain yang kaum Melayu tidak ada, iaitu masa. Mereka telah bermula lebih awal dari kita dalam memajukan negara dengan terlibat dengan berbagai R & D dalam ilmu sain dan teknologi! So, kalau kita tertinggal, kita kenalah berusaha lebih sedikit untuk catch up dengan belajar mengunakan bahasa lain, buat apa habis masa membantah sana sini tentang isu ini, tak rugi pun belajar Bahasa Enggeris! Semua ini menunjukan attitude yang tak betul untuk maju. Contoh Tun,saya ada menonton satu rancangan Melayu di tv Astro yang mana mereka menjemput beberapa orang asing (bukan American atau British)yang hanya tahu bertutur dalam Bahasa Enggeris. Saya berasa malu bila host tidak fasih bercakap dalam bahasa Enggeris dengan mereka, sebutan tak betul, grammar pun tak betul, mak datukkkkkkkkk, malunyaaaaaa! Kalau begini, dalam situasi lain, macamana nak hostkan business partners dari European countries? Macamana nak dapat international contracts? Technology transfer? Kalau berurusan dengan Russia,nak terjemahkan semua bahasa Russia ke dalam bahasa Melayu dulu baru nak faham? Masa itu emas, mereka ini semua tak nak tunggu kita terjemah dulu baru nak sain kontrak lah brother! Ayo yo yo.
    Tun, attitude itu penting, dan belajar bahasa asing tu penting untuk kita semua maju. Saya tabik angkasawan Melayu pertama kita Sheikh Mudzafar, dia gigih belajar bahasa Russia agar dapar berfungsi dengan baik bila ke angkasa lepas dengan teknologi Russian. Can you imagine if cant talk Russian or English? The mission will fail because the space ship cant accommodate another person – the interpreter! Then we will all be known for our stupidity and stubborness for do not want to learn the necessary languages.
    Melayu can do what others have done, but we must change our attitude and be hungry enough to succeed! Lets start with FAM and our national soccer team.
    Bye Tun, you are a great Malay, no doubt about it!

  385. Assalamualaikum Tun,
    1. Gembira dapat bersama.
    2. Rasanya hampir kesemua kita dulu start dari Ulu, bila dah ada pekan pekan jadi bandar , bandar jadi kota dan seterusnya jadi apa tu ..Kota Metropolitan?.
    3. Kira okeyla tu bila anak-anak Melayu berjaya dan menjadi pemimpin-pemimpin besar hari ini, berkat dari usaha dan pengorbanan datuk moyang kita sehingga letakkan kita seperti hari ini. Syukur Alhamdulillah. Al-Fatihah untuk mereka.
    4. Tapi masaalah hari ini, generasi muda kita tidak menghayati sejarah lalu. Mungkin mereka tak diterapkan fakta-fakta sejarah tanah air seperti yang sepatutnya.
    5. Saya difahamkan sistem pendidikan hari ini amat tidak sensitif dan hampir langsung tidak ambil endah tentang sejarah kita. Yang mingkin disebut mungkin sekadarnya tanpa fakta. (Maaf jika saya tersilap).
    6. Hasilnya jadilah macam hari ini. Demonstrasi sana-sini, lawan sesama sendiri, lawan raja dsb.. Langsung tak dak semangat cinta negara dan kalau boleh macam mintak nak jadi seperti suasana negara -negara jiran yang ada.
    7. Tak ada hala tujuan, emosional tah apa-apa dan yang penting akal yang Tuhan bagi tak reti-reti nak guna. Kalau dapat capitalised at least 51.00% dari akal yang ada kat kepala tu pun mungkin dah cukup baik. Mungkin keadaan agak berbeza kut. Tapi tu la cerita dia. Sampai orang lain boleh tunggang belakang kita. Tu pun dok bangga diri.
    8. Nafsu tamak haloba, dan otak benak lebih dari akal. Baik jadi binatang, senang sikit orang tarik hidung.
    9. Jadi mana-mana manusia yang berkaitan, cubalah muhasabah diri.
    10. SAMPAI BILA???
    Maaf. Sekadar nak kongsi pendapat.
    Terima kasih.
    Athoy.
    .

  386. Salam YB Tun,
    Memang kesihan sungguh nasib orang-orang Melayu sekarang. Ada Melayu yang sudah tidak gemar di kategorikan sebagai orang Melayu walaupun mereka amat suka dikategorikan sebagai Melayu apabila memohon pinjaman/biasiswa MARA/PTPTN/JPA, untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, dll yang dirasakan akan memberi keuntungan diri. Tetapi apabila saya melihat, mendengar dan membaca tentang kebanyakan Melayu yang mewakili rakyat, institusi atau agensi berkelakuan tidak bijak dan tidak cerdik serta tidak amanah, tidak jujur dan tidak beradab baik secara professional atau ketika bersosial, maka tidak hairan lah Melayu amat malu menjadi orang Melayu sekarang. Setiap hari kita membaca dan melihat di kaca TV perlakuan Melayu yang menjatuhkan martabat Melayu sendiri. Masih ada segelintir Melayu yang berilmu, bijak, cekap serta berbudi bahasa di Malaysia. Malangnya yang kerap dipilih adalah yang amat cerdik dan pandai menggilap dan menonjolkan diri untuk dipilih. Mereka ini lah yang memberi gambaran kepada bangsa-bangsa bukan Melayu dan dunia bahawa Melayu boleh didefinisikan sebagai satu bangsa yang kurang berilmu, kurang cerdik, tidak berpandangan jauh dan tidak malu untuk menipu dan pecah amanah. Saya rasa amat lah sukar untuk membersihkan nama baik Melayu buat masa ini kerana yang menonjol di dada akhbar dan kaca TV kebanyakannya sekarang adalah Melayu yang buruk perlakuan dan pertuturannya. Saya selalu tertanya-tanya kenapa Melayu yang berpelajaran tinggi pun gagal menjadi agent of change kepada bangsa, ugama dan negara? Kenapa bangsa Melayu ini tidak saperti bangsa Cina yang amat memelihara kepentingan bangsa mereka? Mungkin ramai yang tidak suka kalau saya katakan Yahudi yang berpelajaran dan kaya raya akan menghulurkan pemikiran dan kekayaan mereka untuk mengukuhkan lagi bangsa mereka tetapi tidak Melayu. Patut lah kita selalu dijajah dan diperlekehkan bukan sahaja di luar tetapi di negara sendiri. Dan yang amat malang oleh bangsa Melayu sendiri.

  387. Assalamualikum wbt,
    Mai kita sama-sama renungi dan ambil pengajaran dari tulisan Tun. Teguran positif untuk generasi sekarang dan akan datang. Terima kasih Tun.

  388. assalamualaikum tun..
    saya bersetuju sangat buah fikiran yang tun lontarkan…
    walau pun cerita tun ringkas dan bersahaja tetapi sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembaca terutama kepada pembaca generasi muda yang tidak nampak suasana tahun 1970-an dahulu…
    sebenarnya teringin jugak nak tengok dan merasa suasana kampung di mana orang tua-tua dahulu makan bersama-sama di kedai yang bergelar Kedai Makan Hailam…dalam satu kedai makan kongsi sebelah orang cina meniaga dan sebelah lagi orang melayu…mereka minum dan makan bersama-sama seraya bersembang topik-topik semasa…berbincang dan bertukar-tukar fikiran tanpa prejudis…makanan dan minuman yang disediakan halal dan bersih…takda arak pun kedai makan hailam nie setahu saya…itu kat kampung saya lah…
    tapi lani saya yakin dah takda suasana macam tu…kalau ada pun kurang sangat sebab orang takut masuk kedai yang separuh2 macam tu…macam2 lah cerita2 retorik yang dihamburkan….last skali ramai2 masuk kedai mamak…konon nya Halal & Islam…walau pun pada saya kesahihan nya adakala nya boleh diragui…
    alangkah baiknya kalau orang yang berniaga kongsi seperti kedai makan hailam nie dinaiktarafkan status Halal nya….Sekurang-kurang nya nampak keharmonian masyarakat majmuk…ada melayu dan cina meniaga bersama-sama dalam satu kedai makan…daripada kedai mamak yang langsung tak berkongsi dengan orang Melayu…

  389. Akum Tun,
    Sekian lama saya mengikuti penulisan tun dlm blog, baru kali ini saya terpanggil utk memberi komen.
    Sungguh dalam makna penulisan “Orang Ulu” ini. Saya pun adalah antara gologan ulu yang dimaksudkan itu, saya setuju dgn apa yang telah tun tulis. Adakah golongan mereka yang kononya ‘MELAYU SESANGGATLAH MELAYU’itu paham apa yang cuba tun sampaikan. Tepuk dada tanya selera.

  390. salam Tun yg dihormati,
    Dalam coretan Tun kali ni. La ni org sibuk mencanangkan agar pembelajaran Sains & Matematik diajar semula dlm Bahasa Melayu. Bukan masalah Bahasa Melayu tak bagus. Kalau tak masakan jadi bahasa “lingua franca” di kepulauan Nusantara. Tapi hari ni kita kena berlari sama laju dgn bangsa lain. Bahasa Ilmu hari ni adalah Bahasa Inggeris. Anak Melayu khususnya ketinggalan dlm mengejar ilmu sebab tak fasih dlm bahasa asing ini. Tentu malu nak bercakap ngan org, tengok aje le yg fresh graduate bila masuk interview kerja. Cakap Inggeris macam budak darjah 6 (lagi teruk pun ada).
    Nak belajar kena rujuk buku-buku, rencana, tesis, etc yg ditulis dlm bahasa Inggeris. Nak harap DBP terjemah bahan-bahan ni semua alamat berkurun-kurun lagi tak siap2. Org DBP ni perabih duit rakyat aje. Lagi satu, ilmu hari ni sentiasa berkembang dgn pesat. Tak dan nak terjemah dah ada yg baru.
    Malaysia Boleh, Melayu Boleh,

  391. SALAM TUN….
    Saya pun anak orang ulu di Kedah…orang kampung…kami tak ada apa2 ada pondok buruk saja..dulu saya hanya beli baju setahun sekali saja….time raya!!
    Susah tak payah cakap…makan nasik tu kalau dapat ayam tu memang syurga la. TAPI sekarang saya sudah berjaya…ada kelulusan profesional. Anak2 saya time raya saja beli baju sorang tiga pasang..ALHAMDULILLAH…tapi sangat masih ingat zaman kecik2 saya..itu adalah pengalaman paling berharga dalam hidup
    WASSALAM TUN…SAYA SENTIASA SOKONG TUN

  392. assalamualaikum TUN….saya adalah antara yang terlibat dalam pengajaran bahasa inggeris….saya rasa pembelajaran dalam bahasa inggeris amat perlu untuk org kita…nak harap melay baca paper inggeris, jgn harap a….jadi pada saya mengajar dalam bahasa inggeris adalah langkah yang tepat…
    depa nih pun satu, dulu beria-ia setuju la ni nak tukaq plak…benda dah jalan…macam lalang pun ada depa nih…

  393. terima kasih tun kerana membenarkan lagi fakta depan mata kita sendiri…ramai orang Melayu yang memperlekehkan orang ulu..kata orang ulu macam macam…tapi alhamdulillah, kami pun tak mudah di tipu sedemikian rupa…salam dari orang hulu terengganu…

  394. Assalamualaikum TUN,
    Betul tu TUN……..saya bekerja di Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat MNC..Pada pengalaman saya banyak siswa kita (melayu) nak isi borang kerja pun tak tahu sebab borang tu dalam bahasa Inggeris..tapi nak minta jawatan sebagai Jurutera.
    Macamana diorang nak berkomunikasi dengan jurutera2 dari luar negara kalau isi borang kerja pun tak tahu..
    Sesetengah orang kata kita kena tiru Jepun guna bahasa ibunda dia pun boleh maju tapi diorang kena ingat orang Jepun penuh disiplin yang tinggi dan diorang dah maju lebih lama dari kita…dan ada kapalterbang sendiri semasa Perang Dunia Kedua….
    Orang Melayu nie macam kata TUN…malas, banyak alasan dan sentiasa mengharap bantuan kerajaan untuk apa-apa tujuan pun..kalau tak dapat kerajaan zalim…masa belajar dulu dapat pinjaman atau biasiswa dari kerajaan dan bila dah bekerja..berlagak masuk perti politik pembangkang tentang kerajaan
    Apa-apa pun TUN tetap yang terbaik dalam yang terbaik. semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi TUN sekeluarga dari fitnah, hasad dengki, sangkaan buruk orang terhadap TUN

  395. SALAM TUN SEKELUARGA
    &
    SALAM PARA BLOGGERS
    ORANG KAMPUNG LANI DAH ‘ADVANCE’…ORANG KAMPUNG KA, ORANG ULU KA, ORANG PEKAN KA TAK DAK BEZANYA KERANA SEMUA BERNAMA ‘MANUSIA’….ADA AKAL KURNIAAN ALLAT S.W.T.
    KALAU KATA ‘ORANG KAMPUNG ATAU ORANG ULU’ TU KOLOT, BODOH TU DAH SILAP BANYAK LA..
    SAYA SENDIRI ORANG KAMPUNG JER…DI BALING NI KEBANYAKAN ORANG2 KAMPUNG LA..DOK LUAR BANDAR..
    ORANG KAMPUNG NILA DOK UNDI ‘HAMPA’ SAMPAI ‘HAMPA’ BERJAWATAN TINGGI.BLEH JADI MENTERI, TIM. MENTERI,ADUN,AHLI PARLIMEN,EXCO…
    TAPI ADAKAH ‘DEPA-DEPA’ NI BERTERIMA KASIH KAT ORANG KAMPUNG NI ..BILA MINTA TURAP JALAN PUN BERTAHUN-TAHUN MAKAN MASA…PATUT KER?ADA YANG JALAN X BERTURAP SAMPAI LANI PUN ADA..
    DI ‘KAMPUNG’ SAYA, RAMAI JUGAK YANG JADI GURU, PENSYARAH DAN ADA JUGA JADI PEGAWAI BANK DAN ‘PROGRAMMER’.ASAL DARI TEMPAT BERNAMA ‘KAMPUNG’ NILA…TAMBAHAN KAT BALING, KEDAH NI MEMANG LA RAMAI YANG DOK KATA ‘ORANG ULU’…
    ‘ORANG ULU’ BUKAN SEMBARANGAN ‘ORANG ULU’ LAGI DAH.
    BUKAN TAK PAKAI KASUT LAGI DAH, ADA YANG PAKAI KASUT ‘VINCCI’ DAH..PAKAI TILAM ‘VONO’ PUN BANYAK…
    TAPI MACAM TUN KATALA : BILA ORANG SEKAT PELUANG KITA, MMANA KITA NAK TAHU KITA BOLEH KE X..’DEPA’ PUN TAK TAHU KITA BOLEH KE X ?
    BILA KITA KERJA PLAK SEBAGAI SAMBILAN, KONTRAK ATAU SEMENTARA, LAGI KITA X DAPAT PUN ‘KELEBIHAN’ YANG SEPATUT DENGAN TUGAS DAN KELULUSAN KITA…TU PLAK ‘SEKAT’ PENDAPATAN DAN PELUANG NAMA DIA…KALAU NAK BANTU BOLEH SANGAT.SERAP SAJA ‘MEREKA-MEREKA’ INI KE JAWATAN TETAP SUPAYA TERJAMIN MASA DEPAN…KERAJAAN ADA ‘POWER’ UNTUK SERAP ‘MEREKA-MEREKA’ INI…(KALAU BETUL-BETUL NAK BANTU RAKYAT DAN TIDAK ‘MENYEKAT’ PELUANG&KERJAYA ‘MEREKA’)…
    JANGAN JADI MELAYU ‘SEKAT’ MELAYU…
    JANGAN JADI MELAYU ‘BODOHKAN’ MELAYU…
    JANGAN JADI MELAYU ‘TINDAS’ MELAYU…
    JANGAN JADI MELAYU ‘HINA’ MELAYU…
    JANGAN JADI MELAYU TAKSUB…
    JANGAN JADI MALAYU EGO…
    JANGAN JADI MELAYU LUPA DIRI…
    JANGAN JADI MELAYU LUPA SEJARAH…
    JADILAH MELAYU SUKA BANTU MELAYU
    PUTERI BALING, KEDAH

  396. Salam Tun,
    Pernah saya katakan tak berapa lama dulu perihal perbezaan orang Melayu Malaysia dan orang Melayu Singapura.
    Perbezaan ini amat ketara sekali. Melayu disini asalkan berminat dan rajin belajar, peluang untuk ke universiti itu sangat cerah kerana batuan wang dari kerajaan sedia ada. Tetapi lain pula degan orang Melayu di Singapura, walau pun mau terus tingkatkan belajar ke universiti kebanyakan ibu-bapa mereka terpaksa menjual rumah rakyat (HDB flat) mereka. Ini pun tidak semua yang mampu menjual rumah untuk mengongkoskan penyekolahan anak-anak mereka. Ada juga sanggup menjual rumah hanya untuk tingkatkan ilmu di negara luar dan juga di Malaysia. Oleh kerana duit tidak mencukupi, ada yang terpaksa lepas dari pengajian setelah menjalani satu atau dua semester saja. Ini sangat mengharukan!
    Jika anak-anak muda ini di beri kemudahan seperti orang Melayu Malaysia, berkemungkinan mereka ini boleh menamatkan pengajian mereka! Saya rasa ini bukan salah mereka, ini adalah kesalahan orang-orang dulu yang menyebabkan kesan buruk ini harus dipikul
    oleh mereka. Masalah ini gampang sekali untuk diatasi. Orang-orang cerdik pandai jangan berpaling muka dari masalah ini, tetapi perbaikilah masalah ini dengan memberi tumpuan dan minat yang wajar!
    Tumpukan pandangan di negara-negara ASEAN, terutama di Singapura dan lihat sejarah. Kerja kita belum dan tak boleh SELESAI selagi hayat masih ada!

  397. Assalammualaikum Tun,
    Semoga sihat selalu.
    Saya setuju dgn pendapat Tun.Bila matapelajaran sains dan matematik diajar dlm bahasa inggeris,ramai org dok bangkang.Itu tak kena,ini tak kena.Ada saja alasan yg diberi.Yg lebih teruk,depa kata pelajar/murid di bahagian hulu tak dapat sesuaikan diri.Awat,bodoh sangat ka org kat kampung.Bagi pendapat saya,Allah kurniakan kepada kita semua otak yg sama,cuma kita sendiri yg kena cari ilmu untuk memantapkan lagi daya pemikiran kita.Bagi saya daripada kita berkumpul beramai-ramai untuk membantah matapelajaran sains dan matematik dlm bahasa inggeris,baik kita berkumpul beramai-ramai, buat majlis ilmu,fikirkan mcm mana cara dan kaedah untuk memudahkan pelajar/murid dari kampung belajar supaya tidak ketinggalan berbanding dgn pelajar dari kawasan bukan kampung.Bila dah dapat kaedah yg sesuai,jom kita ramai2,pi jumpa Hishammudin Tun Hussain Onn,suruh depa buat kajian mengenai kaedah yg disarankan.
    Bagi saya,revolusi pembelajaran sains dan matamatik dalam bahasa inggeris merupakan satu perjuangan untuk menaikkan taraf dan martabat bangsa dan negara.Apabila kita berkata atau bercakap pasal perjuangan,pasti ada yg terkorban.Persolannya, berapakah jumlah yg terkorban dan bagaimana kaedah/pendekatan yg kita ambil untuk kurangkan bilangan yg terkorban itu adalah sangat penting.Insyaallah,jika niat kita baik,kaedah pendekatan kita yg sempurna dan selalu berdoa meminta pertolongan daripada Allah,kita dan negara kita pasti berjaya.

  398. Dearest Tun,
    This is the first time I can write to u. It’s really a big meaning to me. Actually, as Tun said orang melayu mudah lupa.
    How long u take to improve the malays thinking? DO u success..u should know the answer. Tak guna cakap dengan orang Melayu ni…Apa pun yg saya lihat…saya sering teringat kan kata-kata Tun…Melayu Mudah Lupa (MML)

  399. assalamualaikum tun…
    Saya sangat dengan pendapat Tun, org melayu anggap org melayu bodoh..!!.. org melayu bantai org melayu….
    itu tak kira org2 len kan dok bantai org melayu….. macam2 kan…
    hasilnya.. ???? xda apa yang menguntungkan….
    cuba tengok org2 lain tu, berbeza fahaman macam mana pun, jika melibatkan org2 depa, pehhh..!! suma bergabung…..
    sejarah islam dlu, bila nak lantik pemimpin, semua takut., sbb apa..?? sbb takut tak dpt nak laksanakan tanggungjawab yang di AMANAHKAN… org skrang pantang nak dilantik, berebutt macam kambing masuk kandang…. itu yang jd masalahya org2 kita ni…

  400. Salam Dr.
    Maafkan saya. Kali ni saya tak dapat tangkap maksud Dr. menceritakan pasai orang ulu Kedah ni. Ada apa-apa isu ka Dr., bila mana Dr. kata sekarang ni orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh? Saya pun Melayu kampong jugak, Melayu bendang lagi. Kerana peluang pendidikan yang saya dapat, la ni saya jadi Melayu ‘bandaq’ la pulak.

  401. Assalaumalaikum YABhg Tun:
    Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, tetapi saya masih menganggap diri saya dahulu sebagai “orang ulu” kerana walaupun hidup di bandaraya tetapi dari banyak segi saya adalah seperti orang ulu sebagaimana yang dimaksudkan oleh YABhg Tun pada awal rencana. Tetapi dalam tahun lewat 70an dan awal 80an saya diberi peluang oleh Kerajaan Malaysia untuk membuktikan bahawa orang ulu seperti saya juga boleh berjaya jika diberi peluang. Saya diberi biasiswa walaupun kelulusan saya tidak sebaik kelulusan orang lain kerana pihak-pihak berkenaan pada ketika itu mungkin dapat melihat potensi saya. Dan mereka juga mungkin menganggap bahawa sekiranya diberi peluang, saya juga boleh menjadi orang ulu yang berjaya. Peluang itu saya gunakan sepenuhnya. Peluang pertama ialah saya diberi belajar di ITM (sekarang UiTM). Tanpa peluang tersebut, saya rasa saya tidak mungkin boleh berada di mana saya sekarang ini. Di ITM saya belajar bersungguh-sungguh. Pensyarahnya amat berdedikasi. Dan saya amat bersyukur adanya ITM kerana ada tempat untuk saya membuktikan bahawa orang ulu seperti saya boleh berjaya. Malahan 5 daripada 7 adik beradik saya yang juga boleh dikategorikan sebagai orang ulu diberi peluang belajar di ITM. Dan mereka semuanya berjaya sekarang ini. Hasil dari didikan di ITM, saya terus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Dan peluang itu saya guna dengan sesungguhnya di mana saya berjaya membuktikan bahawa orang ulu seperti saya juga boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Malahan dalam banyak keadaan saya dapati saya lebih superior daripada mereka. Apa yang ingin saya coretkan di sini sebenarnya ialah orang ulu seperti saya boleh berjaya jika diberi peluang dan peluang itu diambil bersungguh-sungguh. Peluang ini diberi oleh kerajaan yang dipimpin oleh YABhg pada ketika itu hasil daripada dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh YABhg ketika menjadi Menteri Pendidikan dan kemudiannya Perdana Menteri. Maka sehingga kini saya sering memberitahu anak-anak saya bahawa berkat wawasan YABhglah yang memberi banyak kesenangan kepada saya dan keluarga saya dan sampai bilapun saya akan terhutang budi kepada YABhg Tun dan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun. Terima kasih YABhg Tun. Kerana YABhg telah menjadikan saya orang ulu yang berjaya. Jasa YABhg terlalu besar bukan sahaja kepada saya, malahan kepada seluruh rakyat Malaysia. Dan terima kasih juga kepada pensyarah dan pemimpin ITM (dahulu)dan UiTM(sekarang). Merekalah penyelamat orang-orang ulu seperti saya. Tanpa mereka tidak mungkin ramai anak Melayu boleh berjaya.
    Semoga YABhg Tun sentiasa dirahmati Allah SWT.
    [email protected]

  402. Tun,
    Paparan ini amat lah menarik sekali….
    Saya juga berasal dari kampung pedalaman Sarawak. Saya merupakan pelajar aliran inggeris juga tapi Bahasa Malaysia menjadi subjek wajib untuk lulus.
    Pada zaman saya, bahasa inggeris merupakan bahasa yang kerap digunakan di sekolah. Saya masih ingat lagi bagaimana sukarnya ibubapa saya melepaskan saya untuk belajar di Universiti Malaya Kuala Lumpur kerana saya merupakan pelajar pertama dari kampung saya mendapat tawaran untuk belajar di universiti.
    Pada masa itu, persepsi orang kampung saya terhadap pelajaran adalah amat rendah. Bagi mereka, bertani dan nelayan lebih memberi hidup berbanding profesi lain yang kebanyakan nya di tunjangi orang putih.
    Tetapi saya teruskan juga pengajian di bidang kejuruteraan di Universiti Malaya dan kini berkerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak terkemuka. Apa yang saya lakukan telah menjadi contoh kepada orang kampung saya dan kini ramai anak-anak muda dari kampung saya sudah berjaya hingga ke luar negara.
    Namun apa yang menarik perhatian saya adalah baru-baru ini timbul beberapa manusia yang membantah pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris konon nya untuk memartabatkan Bahasa Melayu supaya generasi zaman sekarang tidak lupa dan sentiasa fasih berbahasa itu.
    Zaman saya, semuanya dalam bahasa inggeris. Bahasa Melayu cuma di ajar di dalam satu subjek. Tetapi yang hairannya, sampai sekarang, saya masih fasih berbahasa melayu walaupun dahulu saya begitu susah untuk menggulung lidah bercakap dalam bahasa inggeris.
    Dalam syarikat saya, ramai orang melayu yang yang di ambil bekerja. Masalah yang paling besar adalah komunikasi dengan bangsa asing kerana mereka sukar berbahasa inggeris. Ada di antara mereka terpaksa mengambil kelas tambahan mempelajari bahasa inggeris. Agak terlambat sekiranya usia sudah menjangkau 40 tahun baru mahu berbahasa inggeris. Dalam kejuruteraan, kebanyakkan buku rujukan, manual jurutera adalah dakam bahasa inggeris. Maka terkial-kial lah orang kita apabila membaca atau cuba menerangkan sesuatu dalam bahasa inggeris kepada orang asing.
    Saya bukan mempertahankan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi cara kita membantah seolah-olah kita sudah begitu maju dalam teknologi hingga kita seolah-olah tidak perlu belajar bahasa Inggeris untuk mengetahui ilmu orang asing. Boleh ubah dan kembalikan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, tetapi naikkan kuality pengajaran bahasa Inggeris.
    Saya terasa hairan pula apabila rakan saya memberitahu orang yang menjadi tulang belakang pembantahan tersebut hantar anak nya belajar di luar negara…..luar negara ada ajar Matematik dan Sains dalam bahasa melayu ke…? Atau ada sesetengah pihak mahu orang kita sentiasa terkebelakang di dalam bahasa Inggeris…Jadi fikir-fikirkan lah apabila mahu menyokong sesuatu bantahan….
    Sukar untuk menjawab…..

  403. Tun,
    Paparan ini amat lah menarik sekali….
    Saya juga berasal dari kampung pedalaman Sarawak. Saya merupakan pelajar aliran inggeris juga tapi Bahasa Malaysia menjadi subjek wajib untuk lulus.
    Pada zaman saya, bahasa inggeris merupakan bahasa yang kerap digunakan di sekolah. Saya masih ingat lagi bagaimana sukarnya ibubapa saya melepaskan saya untuk belajar di Universiti Malaya Kuala Lumpur kerana saya merupakan pelajar pertama dari kampung saya mendapat tawaran untuk belajar di universiti.
    Pada masa itu, persepsi orang kampung saya terhadap pelajaran adalah amat rendah. Bagi mereka, bertani dan nelayan lebih memberi hidup berbanding profesi lain yang kebanyakan nya di tunjangi orang putih.
    Tetapi saya teruskan juga pengajian di bidang kejuruteraan di Universiti Malaya dan kini berkerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak terkemuka. Apa yang saya lakukan telah menjadi contoh kepada orang kampung saya dan kini ramai anak-anak muda dari kampung saya sudah berjaya hingga ke luar negara.
    Namun apa yang menarik perhatian saya adalah baru-baru ini timbul beberapa manusia yang membantah pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris konon nya untuk memartabatkan Bahasa Melayu supaya generasi zaman sekarang tidak lupa dan sentiasa fasih berbahasa itu.
    Zaman saya, semuanya dalam bahasa inggeris. Bahasa Melayu cuma di ajar di dalam satu subjek. Tetapi yang hairannya, sampai sekarang, saya masih fasih berbahasa melayu walaupun dahulu saya begitu susah untuk menggulung lidah bercakap dalam bahasa inggeris.
    Dalam syarikat saya, ramai orang melayu yang yang di ambil bekerja. Masalah yang paling besar adalah komunikasi dengan bangsa asing kerana mereka sukar berbahasa inggeris. Ada di antara mereka terpaksa mengambil kelas tambahan mempelajari bahasa inggeris. Agak terlambat sekiranya usia sudah menjangkau 40 tahun baru mahu berbahasa inggeris. Dalam kejuruteraan, kebanyakkan buku rujukan, manual jurutera adalah dakam bahasa inggeris. Maka terkial-kial lah orang kita apabila membaca atau cuba menerangkan sesuatu dalam bahasa inggeris kepada orang asing.
    Saya bukan mempertahankan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi cara kita membantah seolah-olah kita sudah begitu maju dalam teknologi hingga kita seolah-olah tidak perlu belajar bahasa Inggeris untuk mengetahui ilmu orang asing. Boleh ubah dan kembalikan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, tetapi naikkan kuality pengajaran bahasa Inggeris.
    Saya terasa hairan pula apabila rakan saya memberitahu orang yang menjadi tulang belakang pembantahan tersebut hantar anak nya belajar di luar negara…..luar negara ada ajar Matematik dan Sains dalam bahasa melayu ke…? Atau ada sesetengah pihak mahu orang kita sentiasa terkebelakang di dalam bahasa Inggeris…Jadi fikir-fikirkan lah apabila mahu menyokong sesuatu bantahan….
    Sukar untuk menjawab…..

  404. Apa nak buat Tun, ramai Melayu yang terasa diri lebih hebat dari orang lain (org kampung). Kena besarkan sikit skop perbandingan.

  405. Dear Tun,
    I am from Terengganu..and we also have our own orang ulu.
    But now ulu or hilir is not so demarcated because there’s so many good roads and Protons to move us around.Anyway,the rivers are too silted up to “mudik” in.
    What I notice now is the new breed i.e orang UMNO.They are not very smart nor can they speak English well.They prefer dangdut to cocktail parties.And they do not need to work too hard for their Phd.
    But,one noticeable trait that is very prevalent with orang UMNO is that they seem to get rich very fast;sometimes overnight.And they have the courage to show their wealth thus they have big houses,big cars and big kenduris.
    By the way,some of the orang UMNO are also orang Ulu.
    thanks

  406. Asalamualaikum Tun.
    Saya setuju dengan pendapat Tun. Memang orang Melayu ulu lebih pandai dari orang bandar. Tapi itu dulu sewaktu zaman Tun dan sekitar zaman saya pada awal 80an. Malangnya orang Melayu ulu sekarang tidak pandai berbahasa Inggeris kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan lain seperti bermain video games atau menonton filem-filem barat melalui saluran Astro. Mempelajari mata pelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang amat menyusahkan bagi orang Melayu ulu. Sebab itu ada NGO sanggup berpiket untuk membela nasib malang anak-anak orang Melayu Ulu yang tercicir ini.
    Sedih sungguh melihat orang Melayu sekarang ini. Sukar sangat ke untuk berubah kearah kebaikan sendiri? Anak-anak ini sebenarnya dibentuk oleh ibu bapa. Jika ibu-bapa sentiasa menggalakkan anak-anak supaya berusaha, maka berusahalah mereka. Contohnya seperti keluarga saya. Kami menghantar semua anak kami ke sekolah SKJ Cina, bermula dari yang sulung sehingga ke anak kelima. Memang sukar pad mulanya, kerana kami orang Melayu, tinggal di kampung Melayu tetapi menghantar anak belajar ke sekolah cina. Kami tidak pandai bertutur dalam bahasa Cina. Tapi kami sentiasa menggalakkan anak sulung kami supaya berusaha. Akhirnya sekarang dia merupakan pelajar terbaik di sekolah Cina dan boleh menguasai 3 bahasa dengan baik iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.
    Orang Melayu boleh jadi apa sahaja jika orang Melayu berusaha. Malangnya orang Melayu semuanya tak boleh, dimarah tak boleh, dipaksa tak boleh. Yang boleh hanya duduk dirumah menonton tv, bermain video game dan melepak di shopping complex atau merempit di jalan raya. Oh lupa satu lagi, yang paling dibolehkan ialah berbaring di jalan raya, merusuh dan berpiket demi keadilan bersama.
    Wasalam.

  407. Salam Ayahanda Tun, memang betul apa yang ditulis ayahanda ni… Dulu lepasan sekolah Inggeris semuanya serba boleh….Saya aliran Melayu dipandang lekeh oleh English Medium…tapi saya belajak kuat Bahasa Inggeris…. Sekarang ni… masing2=-masing macam Islamik sangat semua tak boleh…cakap Inggeris pun dicemuh macam kebaratan sangat! Memanglah Nasib Labu Labi lagi…. Minda orang Melayu ni sempit n pemikiran tak berubah walaupun kita dah ada “Menara Kembak Petronas” kebanggaan kita membuatkan dunia tahu dimana Malaysia!..Haprak n mudah lupa,hasad dengki dan tak senang tengok orang lain berjaya…musti cari jalan menghancurkan bangsa sendiri! Tak bersatu bercakaran…dulu cakap org Arab tak bersatu laa ni sama sendiri pun Melayu sama…PAS dan UMNO…APA KURANGNYA…fikirkanlah hai Umat Melayu Malaysia!

  408. Ayahanda Tun,
    As always you are a genius…. I memang setuju. I know you always mention about melayu mudah lupa and how you love if the melayu can improve themselves ethically and proffesionally. But what about your comment about unethical malay yang lebih pentingkan diri and look down on others and use other malays to upgrade themselves.
    Semoga Ayahanda Tun dan keluarga sentiasa dilindungi Allah.

  409. Dear YABhg Tun,
    I like your book title ‘Menuju Ke Puncak’. There a lot of things I experience from it. You have eleborate the roles and how efficient DEB is. Now I enjoy reading your blog.

  410. Assallamualaikum Che det and fellow bloggers..
    I truly appreciate your contribution to our beloved nation and very much thankful Allah for that…
    But please Tun please do consider my appeal.Please tell us your childhood hardship and your experience in Japanese Occupation and in Communist Emergency..
    Please do consider…You are the living proof…please highlight your experience…I am so much obliged to hear those from fisrt hand experience..
    Please Tun.. you are the living legend..
    Please do consider…
    Thank you very much..

  411. Saya setuju dengan Tun,memang banyak orang ulu dan orang kampung yang menjawat jawatan yang tinggi di dalam kerajaan maupun swasta,yang mana mereka dahulu kala tak termimpi untuk mendapatkannya.Ini semua kerana orang ulu diberi peluang untuk berusaha dan mencuba nasib mereka.Saya bersyukur kehadrat Allah Taala dengan adanya pemimpin seperti Tun yang mana telah banyak membantu orang ulu dan orang kampung untuk maju kehadapan dan merasai kemewahan hidup di bandar.Satu teori dijalan kan bahawa orang kampung yang duduk dalam hutan (biasanya dikelilingi hutan) akan berhasrat untuk pindah ke bandar dan menetap di sana, sebaliknya orang yang di bandar pula sekarang ini sibuk untuk berpindah ke dalam hutan dan terpaksa membeli rumah-rumah yang berbilion bilion harganya untuk tinggal kerana bosan dengan kehidupan di bandar. pelikkan?

  412. Tun,
    Menarik aih post kali nih… Syok baca…
    Apa² pon, terima kasih menulis artikel nih, walaupon agak mencuit hati tapi ada maksud tersirat yang sangat mendalam…
    Kalau diberi peluang, rakyat Malaysia nih boleh…
    Boleh p jauh…

  413. Assalamu’alaikum buat Tun Berdua…mungkin saya dilahirkan oleh keluarga orang ulu…di Kampong Kubang Pasu..Jitra…walaubagaimanapun saya telah di pelihara oleh keluarga angkat di Jitra..seingat saya rumah pertama kami ialah di Kubang Lembu..sekitar tahun ’50an..bersebelahan dengan toke lori yang saya kenal sebagai Lam Cheng..Tentu Tun kenal arwah keluarga angkat saya..Pak Awang Transport..station master syarikat bas Kubang Pasu dan ibu angkat saya Che’ Nun Binti Lebai Tamby..orang panggil Mami Nun..orang Alog Stag..pernah menjadi pesakit Tun…Oleh kerana saya terlalu kecil waktu tu..jadi saya tak berapa tau sangat tentang keluarga sebelah mak angkat saya ni…abang angkat saya Noordin Bin Che’Rus pernah bersekolah satu kelas dengan Tun masa darjah Nol..satu pupu dengan Ahmad Merican..dan bapak saudara pupu kepada Tan Sri Hassan Merican…untuk pengetahuan Tun beliau masih sehat lagi..kini menetap di Sg Petani..Sewaktu bersekolah di SKJ Jitra..Tun Asmah bertugas di Pusat Kesihatan Jitra..telah memperkenalkan program Kesihatan Ke Sekolah2..dimana seminggu sekali kami terpaksa pergi check gigi…punya la ketag lutut…maklum la…Arwah mak selalu jugak bawak saya ke Alog Stag..kerumah anak2 menakan dia yang ramai tu..jugak ke seberang perak..di Jalan Kilang Ice..walau pun saya tak pernah tau rumah siapa…Bnyak lagi nak tulis..tapi tak tau macamana..maklum la..anak orang ulu kut???? Akhir sekali saya ambil kesempatan disini mendoa’kan agar Tun berdua sentiasa di dalam peliharaan Nya…Amin…Salam sayang buat Tun berdua…

  414. Dearest Tun,
    Terima Kasih atas berkongsi pengalaman dan cerita keluarga/kawan Tun dengan kami. Saya faham mesej yang Tun cuba sampaikan. Sekarang semua orang cakap Malaysia Boleh, tapi nak buat jambatan pun kena tanya jiran. Mungkin buat jamban sahaja tak perlu kebenaran jiran. Cakap pasal biotech lah, pertanian lah, modal insan lah tapi semuanya hampas – yang kaya anak dan anak menantu dia aje.
    Kelemahan ketara Melayu ialah kerana tak boleh menerima teguran dan tak boleh tengok orang lain maju – dengi. Cubalah lupakan pasal politik – UMNO ke PAS ke, berjuanglah demi bangsa dan negara. Ni tidak, semua pakat nak sabotaj orang lain, sampai menderhaka pada Sultan pun sanggup. Kalau kena kat dia tak pe, kalau dapat pada orang lain tak boleh. Sindrom macam ni lah yang melemahkan orang Melayu. Orang jual goreng pisang, dia pun jual goreng pisang sebab dengki orang tu jual laku.
    Belajarlah menerima teguran dengan hati terbuka, kalau rasa teguran itu tidak betul, lupakan saja – jangan pulak dengki pada yang menegur, sebab tujuan teguran nak perelok bukan dan perlingkup.
    Saya harap Tun tulis lah Malay Dilemma Part 2, ulas sikit pasal melayu moden dan politik melayu masa kini.
    Harapan saya dan keluarga, agar Tun dan isteri sihat selalu.

  415. Assalammualaikum, tun
    Saya setuju dengan kata2 tun. orang pekan ka kampung ka ulu ka,semua pandai2. cuma peluang yang diberi dimanfaatkan atau pun tidak ja.orang kampung saya dah ramai pi luar negara, pi belajar. yang dah balik, dapat kerja yang bagus2. orang kampung tak bodoh. kalau bodoh, macam mana depa boleh duduk di bandar, jadi orang besar2. boleh dikatakan orang bandar pun asalnya dari kampung juga la. ya,la orang kampung belajar pandai,pi kerja di bandar terus jadi orang bandar sampai ke anak cucu cicit.bagi yang tak berapa nak setuju dengan apa yang saya kata,maaf lah ye. Orang Melayu ni kerap sangat guna perkataan ‘susah’. Buat itu susah, buat ini susah. habis tu, nak buat apa dan nak jadi apa? dah semuanya susah2. Mak saya selalu kata kat kami adik beradik ‘ PASAI APA KITA TAK BOLEH BUAT SEDANGKAN ORANG LAIN BOLEH BUAT’.asalkan benda yang kita buat tu berfaedah. Jadi di mana yang susah? Mak saya orang kampung,orang susah, buta huruf dan arwah bapak tak buta huruf tapi orang susah, tapi bab pelajaran jangan main2. Arwah bapak, kalau periksa tak boleh elok, melayang buku keluar rumah. Mak pulak,kalau tak pergi sekolah, jangan haraplah kami dapat keluar. buat alasan demam lagi nahas. Duduk dalam rumah, sampai petang.mak malu kalau orang tau anak dia tak pi sekolah.bagi mak bapak yang penting anak2 boleh kenal huruf,boleh buat kerja tak pa dah.esok2 dah ada kerja elok sambung belajar lagi. pendek kata tak semua orang kampung dan ulu ni bodoh.

  416. Tun
    Pada saya ini semua nasib, qada & qadar, takdir. Kenapa Tun yang jadi PM dulu, bukan saya – sebab dilahirkan dalam situasi bilamana dalam perjalanan hidup memunggut kebolehan dan kemahiran serta bertemu peluang-peluang menjurumus kearah itu. Jika dalam perjalanan itu terdapat pengaruh yang mampu mengubah haluan mungkin sasaran halatuju lebeh fokus dari hanya ‘by chance’.
    Kini punca serta cara menuju ke sasaran tertentu bagitu meluas hingga adakala wujud penindasan yang menjejaskan individu lebeh layak. Sekali lagi ini adalah nasib, qada & qadar, takdir.

  417. Tun
    Orang ulu lebih pandai dari orang Oxford. Kambing Oxford itu pandai hujah tapi bodoh concept. sampai bapak mertua pun kena hantam oleh ex-boss. begitu padah orang oxford

  418. Assalamualaikum dan selamat pagi Tun kesayangan,
    Tajuk Tun kali ini lari dari isu panas sekarang.Tapi tak pe sebab boring juga asyik2 isu Palestin-Israel dan kerusi rebutan di Perak.
    Sememangnya di tempat saya orang ulu atau dipanggil orang suluk agak lekeh dan comot.Kalau kita masuk ke perkampungan mereka,diorang tengok kita semacam dari atas ke bawah.Tapi mereka baik,mesra dan ramah.Tapi itu dulu…sekarang rugged macam orang bandar.
    1.ORANG KAMPUNG SAYA
    Dalam kelas (sek.men) saya kebanyakannya terdiri dari anak-anak nelayan,kakitangan rendah kerajaan,anak cikgu dsb.Yang paling glamor pun anak D.O.Anak Cina dan India masa tu pun rajin belajar.Tak macam sekarang.
    Pada masa dulu SRP dan SPM mereka ni tak lah berapa ‘ado’,tapi mereka pandai memajukan diri.Bekerja sambil belajar akhirnya dpt juga diploma,ijazah,master.Rata-rata jawatan mereka sekarang mesti manager.Ada yang masuk politik,jadi usahawan dsb.
    Saya cukup berterimakasih dengan kerajaan kerana terlalu banyak memberikan peluang dan bantuan yang pelbagai kepada anak bangsa saya.Cuma terpulang kepada mereka untuk menggunakan semua itu.
    2.ORANG KAMPUNG KE?
    Bila dah bekerja di bandar saya beli rumah kos sederhana rendah dan sebuah kereta kecil.Cukuplah untuk kami sekeluarga.Tapi ramai juga orang-orang melayu disini tinggal di kampung tapi kampung haram.Rezab sungai ditambak, rumah kayu bercampur batu didirikan.Boleh buat lagi rumah kecik2 kasi orang sewa.Kereta 3,4 bijik parking depan rumah.Kancil tak ada paling buruk pun Wira.Dalam rumah ada kerusi urut,tv leper dsb.Tu belum lagi tengok kat luar pintu masuk kampung ada pintu gerbang ‘Kami Penyokong UMNO-BN’.Kenapa saya ceritakan ini? Hai lah nasib!!!
    3.ORANG ASLI LAUT
    Dalam kelas anak saya (drj.4) sekarang terdapat anak2 orang asli laut.Mereka comot dan masih tak pandai membaca.Pergi sekolah jalan kaki.Tapi mereka pergi juga.Kenapa ya?
    Kampung mereka tinggal pun tinggal separuh,separuh lagi pendatang2 Melayu dan Singapura buat rumah besar2.Pendapatan mereka hasil dari menangkap ikan,ketam,siput dsb di kuala2 sungai dan selat.Mereka ibarat ‘kais pagi makan pagi,petang kena cari lagi’.
    Hai,lah nasib!!!

  419. salam Tun…
    Saya suka dgn apa yg Tun perkatakan kali ini.Memberi Peluang,but pengalaman saya sendiri di Mesia negara ku tercinta nie memang kekadang tu sukar utk mendapat peluang.
    Saya pernah ditemuduga untuk memasuki Maktab Perguruan Islam Bangi pada tahun 1997 yg lalu,masa tu Tun masih lg menjadi PM Mesia.
    Penemuduga saya menanyakan soalan adakah Islam boleh memimpin di Penang seandainya PAS memerintah Penang pada ketika itu?
    Boleh Tun bayangkann apa yg berlaku ketika itu?Saya yg berpelajaran Islam ditanya tentang Agama saya dan diberi pilihan sama ada menyatakan boleh atau tidak tentang Agama yg diturunkan oleh Allah swt memimpin dunia?
    Sudah pasti jawapan saya ‘YA’ dan jawapan mereka jg ‘YA’ dan saya tidak berpeluang utk memasuki Maktab Perguruan Islam Bangi pada tahun tersebut.Inilah keadaan yg saya rasa sama dgn apa yg Tun perkatakan pada kali ini ‘Tidak diberi peluang’.

  420. YAB Tun,
    Saya di lahirkan dalam tahun 50’an, sebelum merdeka, Saya adalah anak orang ulu juga. Saya masih ingat dulu setelah saya menamatkan darjah 6, saya telah memasuki tingkatan satu di sekolah menengah yang alirannya bahasa inggeris. Kami dari sekolah melayu telah di masukkan ke kelas ‘special malay class (SMC)’ untuk kami meneruskan pembelajaran kami . Walaupun bahasa pengantaran kami di sekolah menengah tersebut adalah bahasa melayu, namun pihak sekolah telah memberi penekanan kepada kami terhadap kepentingan bahasa inggeris.
    Setelah ibu saya meninggal dunia dan ayah saya berkahwin lain, saya dan dua orang lagi abang saya telah dijaga oleh datuk kami. Saya beruntung kerana datuk saya yang bekerja sebagai Hospital Assistant atau pada masa itu di panggil ‘Dresar’ oleh orang kampung, juga memberi galakan kapada kami adik beradik bertutur di dalam bahasa inggeris. Surat khabar yang dibeli oleh datuk saya adalah strait times sahaja.
    Datuk saya selalu menasihati dan memberi galakan agar kami adik beradik bergaul dengan pelajar-pelajar berbangsa cina dan india agar kami dapat bertutur dalam bahasa inggeris dengan mereka.
    Disebabkan oleh tindakan tersebut, hari demi hari saya fasih bertutur dan menulis di dalam bahasa inggeris sehinggakan di dalam pertandingan ‘oratory’ di sekolah saya, saya telah menjadi juara mengalahkan pelajar-pelajar dari aliran inggeris. Guru-guru dari SMC cukup bangga dengan pencapaian saya.
    Apa yang saya nak utarakan di sini adalah, untuk anak-anak kita yang bersekolah fasih di dalam bahasa inggeris, memerlukan sokongan dari semua pihak, iaitu, guru, keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan masyarakat. Jika semua memberi galakan dan tidak ada yang menentang, saya percaya anak-anak kita akan dapat menguasai bahasa inggeris denagn jayanya. Anak-anak kita tidak akan takut lagi untuk berbual dengan ‘mat saleh’ di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

  421. Salam Tun,
    Saya amat tertarik dengan tulisan Tun tulis kali ini. Saya merasakan masyarakat yang sekarang ini memegenag jawatan tinggi dan berjaya adalah mereka yang dahulunya adalah masyarakat luar bandar. kebanyakkannya mereka perlu pergi sekolah berjalan kaki berbatu jauh (kalau ada basikal kira senang sikit mereka ni) dan balik dari sekolah kena jaga kerbau atau buat kerja-kerja sawah dahulu. Malam dengan lampu pelita baru boleh belajar. Dengan displin dan keazaman yang tinggi Alhamdulillah mereka berjaya dan sekarang memegang jawatan tinggi dalam kerjaan atau korporat. Selain itu mereka juga berpegang kepada prinsip Islam yang kuat.
    Apa yang berlaku hari ini amatlah sedih. Dengan kesenangan dan kemudahan yang ada nampaknya generasi sekarang lupa. Kesukaran masyarakat luar bandar tidak dirasai oleh masyarakat mewah. Mereka tidak faham mengapa mereka ini selekeh dan kolot. Saya amat teringin melihat program pertukaran pelajar masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar rather dari mendenagr berita pelajar luar negara datang ke negara ini dan ambil masyarakat tempatan sebagai keluarga angkat.

  422. Dear Tun, thank you for a well written article on orang ulu. Even though it was not specifically for the orang ulu or the Dayaks of Sarawak, but I feel we too, should be proud of personalities like Datuk Idris Jala, Dr. Penguang, Dr. Dimbab, Mr. Vernon Kedit, etc.

  423. Salam Tun..
    Memang betul Tun, melayu sendiri yang anggap melayu bodoh,terutamanya orang yang berasal dari kampung di anggap kolot oleh kebanyakan yang berasal dari bandar..sewaktu di Universiti, tahun pertama 2002, seorang kenalan yang juga berasal dari utara malu untuk mengaku secara terbuka yang saya adalah kenalannya kerana saya berasal dari Langkawi dan selalu bercakap dalam dialek utara..Alhamdulilah, tanggapanyya berubah setelah dia datang bercuti di Langkawi..Terima Kasih Tun kerana menjadi Arkitek pembangunan Pulau Langkawi..
    p/s : Di LAngkawi juga ada ‘Ulu’,Kg. Ulu Melaka, tapi tak se’ulu’ yang di fikirkan..

  424. Salam Tun,
    Sepatutnya kita sebagai bangsa melayu patut memberi sokongan dan dorongan yg tak berbelah bagi kepada bangsa kita di dalam mencapai apa sahaja yg selama ini kita tidak dapat capai.
    Ya, mmg benar kata Tun, klu dulu, nak tengok orang Melayu berjawatan tinggi agak kecil bilangannya, tetapi kini kita mampu diri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yg lain. Syukur alhamdulillah kerana kita diberi peluang dan ruang yg secukupnya daripada pemerintah UMNO. Slogan “Malaysia Boleh” umpama satu kekuatan kepada orang Melayu di dalam melaksanakan misi yg dianggap mustahil selama ini.
    Tetapi kini, sy agak terkilan kerana masih ada pihak-pihak tertentu yg mempertikaikan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam sukatan pembelajaran di sekolah, terutamanya untuk subjek Matematik dan Sains. Kenapa ini berlaku?? Kenapa pihak-pihak ini mahu menyekat dan membantutkan generasi sekarang daripada berjaya seperti mereka?? Pihak-pihak ini bukan calang-calang orangnya; ada yg jadi doktor, pensyarah, peguam dan juga ahli perniagaan! Dimana silapnya??

  425. Dear Tun,
    There are still some group of “people” look down at the aborigines especially the Penan, Dayak, Murut, Sakai, Jakun and so forth. Sometime, the aborigines have less opportunity especially in education and government post. But, there are some of them (the aborigines) are now very successful especially Tun Jugah’s clan and other aborigines politicians for example.
    Sadly, we are discriminated not by others but our own clan to get what they want and not for the sake of the community. If we are given opportunity, I think I am a ambassador now and might join the cocktail party.

  426. Saya melayu dan tak anggap melayu tu bodoh , saya rasa hanya sikap melayu dan kurangnya ilmu mereka menyebabkan melayu agak ketinggalan daripada bangsa lain. kebanyakkan melayu kerja tidak bersungguh2 dan seperti yang kita tahu melayu tidak ada sikap mencantikkan sesuatu kerja yang dibuat seperti bangsa jepun.Maksud saya kebanyakan bukan semua.Kalau cocktail party saya rasa duta melayu perlu pergi, bagi saya kalau pergi tidak perlu minum arak ,boleh minta minuman lain sebagai ganti dan saya pasti mereka memahami kalau diterangkan kenapa dan mereka tidak kisah.
    Melayu perlu berfikir secara logik,rasional,bekerja dengan bersungguh-sungguh,yakin pada diri dan berani mencuba.Tiada yang mustahil didunia ni , apa yang bangsa lain buat kita pun boleh buat,semua bangsa ,sama sahaja hanya sikap akan menentukan.

  427. Dear Tun,
    I totally agree with you. Orang Ulu, Orang Tak Ulu, Orang pekan semua sama saja. Tidak ada yang lebih dan kurang. Yang melebihkan orang pekan daripada orang ulu adalah pendedahan kepada maklumat dan peluang. Itu sahaja. Saya amat percaya sekiranya mereka ini diletakkan dalam medium yang sama, kemungkinan tahap kompetensi mereka sama adalah tinggi. Tapi itulah, persepsi bahawa yang kampung itu kampungan dan yang bandar itu advanced sering kita dengar.
    Terima kasih kepada Tun kerana selama pemerintahan Tun, banyak ruang dan peluang diberikan kepada orang ulu untuk membuktikan kebolehan. Sebenarnya, pada pendapat peribadi saya, Orang ulu lebih berpotensi untuk maju sekiranya mendapat peluang dan pendedahan sama seperti orang pekan – tolak masalah rempit, pusat hiburan dan sebagainya.
    Paling utama punca ‘kebodohan’ orang ulu adalah maklumat. Sebagai contoh di Sabah dan Sarawak. Di kampung saya, mana ada orang jual surat khabar? Nak dapat senaskah Berita Harian pun nak kena tunggu setengah hari kalau ke bandar Serian. Perjalan dari Serian ke kampung dalam 30-40 minit sahaja. Syukur sekarang jalan dah berturap, itupun dah kopak di sana-sini. Surat tak payah cerita la, kadang-kadang dapat tawaran dah lepas tarikh tutup pun. Macam mana tak ‘bodoh’ orang ulu? Televisyen pula nak kena pasang aerial tinggi-tinggi barulah dapat siaran.
    Telekomunikasi? Nak sebut pun tak sampai hati. Sejak lahir hinggalah sekarang mana ada fixed line? Kalau ada isi rumah yang bertelefon pun, guna yang advanced – antena. Tapi terima kasih kepada Celcom Malaysia kerana telah melebarkan liputan. Dapatlah orang kampung berhubung dengan dunia luar. Sekarang ni masing-masing macam tokey balak, kesana-kemari dengan Hand Phone.
    Orang kampung pun dah ramai yang masuk universiti, dapat jawatan tinggi dalam kerajaan samada profesional atau semi-profesional.
    Benar kata Tun, yang ‘membodohkan’ orang kita adalah ‘orang kita’ sendiri. Yang tidak menghargai orang kita adalah ‘orang kita’ sendiri. Yang kutuk orang kita adalah ‘orang kita’ sendiri. Yang ‘makan’ orang kita adalah ‘orang kita’ sendiri. Pendek kata, semua yang berlaku adalah kerja tangan ‘orang kita’ sendiri. Maju atau mundur, semuanya di tangan kita. Itulah ‘orang kita’, bila dia dah maju, dah pandai, pijak orang kita jugak. Bila susah, barulah nampak ‘keorang-kitaan’nya dia. Minda kelas apakah kita dan ‘Orang kita’?
    May God bless you and your beloved family with the best of health. Amen.

  428. HAI TUN..
    NAMPAKNYA KITA FAHAM APA YANG TUN FIKIRKAN PADA ANAK BANGSA KITA..NAK BUAT CAMANE TUN,KESILAPAN TUN BERHENTI TERLALU AWL..KADANG-KADANG MANUSIA NI TERLAU SAYANGKAN PERKARA YANG TAK DISAYANGKAN OLEH BANGSA LAIN..RENUNG-RENUNGKAN..
    HIDUP TUN!!!

  429. Tun jgn kecewa bunyinya mcm kecewa ,terus bersemangat utk memajukan org melayu.
    Selepas AAB turun saya yakin org melayu akan bersemangat kembali utk menyokong UMNO-BN.Saya berharap Tun turun padang bersama pemimpim UMNO yg lain .Dgn kemasukkan Tun ke UMNO ini memberi keyakinan kpd kami dan kembali bersemangat.
    wassalam.
    AAB-Lemah
    Anwar -dalang huruhara
    DAP-ambil kesempatan
    PAS-Di perkudakan

  430. salam’alaik ayahanda Tun,
    mendalam sungguh posting kali ini.. tuju kat sapa tuh ayahanda? he he he… semoga sihat sentiasa dlm keredhaan-Nya!
    salam hormat

  431. ASSALAMUALAIKUM YABHG. TUN
    MEREKA YANG MEMPERTIKAIKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN SAIN DAN MATAMATIK MERASAKAN DIRI MEREKA PATUT DISOKONG OLEH SEMUA ORANG MELAYU LAIN SEBAGAI PEJUANG BAHASA. APALAH SIKAP ORANG MELAYU YANG BEGITU NEGATIF SEMACAM INI. MEREKA SAOLAH SEMACAM BUTA MATA , TULI DAN PEKAK. MUNGKIN MEREKA ADA AGENDA TERSENDIRI DAN TERSEMBUNYI.
    CUBA AMBIL PENDAPAT INI, SAYA YANG TIDAK BERPELAJARAN SEPERTI PEJUANG BAHASA MELAYU TADI.
    ORANG MELAYU SEPERTI DAKWAAN PEJUANG BAHASA MELAYU PERLU MEMBELA DAN MENJAGA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU SUPAYA TIDAK MENJADI BAHASA KELAS KEDUA DITANAH AIR SENDIRI. SOALAN YANG TERTANYA OLEH SAYA IALAH , APAKAH ANAK MELAYU YANG LAHIR DIDUNIA INI TIDAK PANDAI BERBAHASA MELAYU YAKNI BAHASA IBUNDA MEREKA. SAYA PERCAYA RATA RATA ORANG MELAYU TERMASUK YANG DI ULU ATAU DILONDON TIDAK ADA MASALAH BERTUTUR BAHASA MELAYU SEKIRANYA MEREKA BELAJAR, ITU SAHAJA. BELUM PERNAH KITA DENGAR ANAK MELAYU YANG LAHIR DIDUNIA INI TERUS BERCAKAP BAHASA GERMAN TANPA MENGETAHUI BAHASA IBUNDANYA SENDIRI BIAR PUN IBUNYA PEREMPUAN MONGOLLIA. TETAPI BAGI BANGSA CINA DAN INDIA DIMALAYSIA , MEREKA DILAHIRKAN DENGAN TIGA BAHASA SEKALI GUS SECARA AUTOMATIK TERMASUK BAHASA IBUNDA MEREKA , BAHASA MELAYU DAN SATU LAGI BAHASA LAIN SEPERTI INGGERIS. JADI DISINI , SIAPA KAH YANG LEBIH LAJU UNTUK MAJU KEHADAPAN DAN SIAPAKAH YANG LEBIH LAJU UNTUK MUNDUR KEBELAKANG. PEJUANG BAHASA MELAYU MUNGKIN ADA JAWAPAN AKADEMIKNYA.

  432. Tun yang saya kagumi,
    A’kum wbt…
    Itulah yang dikatakan Bangsa Melayu sekarang ni (la ni) suka memperlekehkan dan melemahkan Bangsa sendiri. Kebanyakkan orang melayu tidak tahu berbahasa Inggeris dan malu utk bercakap inggeris. Pada awala tahun 70an banyak sekolah masih mengajar dalam bahasa inggeris. Sekarang di kebanyakkan kakitangan Jabatan Kerajaan tidak fasih dan tahu berbahasa inggeris.
    Keadaan dah terbalik menjadikan kita orang dULU kembali.
    Wasalam.
    Teruskan menulis TUN.

  433. Dear Tun Dr.Mahathir,
    Saya dari golongan yg mendapat pendidikan di luar negara dan 7 tahun berulang alik ke dalam dan luar negara. Ape yang saya lihat, orang melayu ini tidak bodoh. Byk juga gelagat orang melayu ni. Tetapi yang paling ketara saya lihat, orang melayu ini ada yang bongkak, berlagak, sombong dan ada juga yang pemalu tak tentu pasal.
    Kalau di kedai burger, dia boleh duduk di tepi longkang, pabila seorang pelanggan order, dia terus masak. Pembeli itu berikan extra RM20 kepada penjual burger utk membeli sarung tangan plastik atas alasan kebersihan. Habis dimakinya pembeli itu. Sombong.
    Lihat pula pada orang Melayu yang ber-ada. Angkuhnya mereka ketika berkata kata. Baru punya duit 1juta tapi lagaknya macam 100 juta. Arak? Kalau dilihat di kelab kelab malam seperti Loft, Cynna dan Mansion, penuh orang Melayu yang minum, samada kaya ataupun miskin, kampung mahupun bandar. Mereka ini tidak malu untuk bersosial, mereka ini hanya mahu orang disekeliling acknowledge mereka sebagai ‘someone’. Puit!! kalau di Australia, tidak kita tahu siapa yg kaya dan siapa yg miskin. Pengutip sampah juga boleh istirehat di lobby hotel mendengar live band bersama orang kaya.
    Orang Melayu kelantan pula berbeza. Kaum perempuan-nya amat rajin dan kaum lelaki amat pemalas. Di rantau panjang itu, semua nya perempuan yang berkerja, lelaki mereka duduk di kedai kopi. Pergilah ke Kuala lumpur, Johor, dan Singapura, yang menjadi tukang urut di ‘health spa’, kaum perempuan kelantan. Kaum lelaki kelantan sibuk minum kopi atau dengar ceramah.
    Mak saya kata, “Boy, you must take good care of your health”. Pulang nya saya ke Malaysia, saya lihat, orang Melayu ni, hanya tahu nak makan. Pagi makan, siang makan, malam makan, tengah malam pun makan. Tengok la di Hartamas Square tu, Pelita, atau mana mana mamak. Kawan kawan saya yg saya teguri, ‘wei, tak bagus la makan lewat malam’ dikatanya pula saya yang berlagak macam mat salleh. Sombong, tak mahu dengar nasihat orang. Tambahan pula, orang melayu saya lihat suka makan nasi lemak pagi pagi. Ini tidak bagus. Masuk office mengantuk lalu tidur di office.
    Lihatlah pula sikap orang tua Melayu. Semuanya berlagak tahu. Kalau nasihat orang muda, walaupun betul, habis ditolak. Contohnya, bila disuruh pergi ke doktor untuk regular check up ataupun improve their health. Ini jawapan nya, ‘Pakcik dah tua, tak lama lagi tuhan nak ambil pakcik, sakit sikit ni tak payah la pergi doktor, bazir duit je’. Sombong? Angkuh? atau sikap tidak peduli? Rakan doktor saya beritahu, pesakit nya mostly kaum cina. Orang cina sahaja yg jaga kesihatan supaya mereka boleh bekerja lebih lama lagi. Orang melayu terlebih kuat, tak perlu berubat. Di Australia, Mat salleh umur 70, 80, masih kuat bekerja. Melayu 70 sudah Kiok! sebab angkuh.
    Lagi satu contoh, gym. Orang melayu tidak ramai yang pergi ke gym. Ada juga yang pergi, makcik tua bertudung ataupun golongan muda yang ingin kan bentuk tubuh yang menarik. Sedikit sahaja. Lainnya, minum kopi. Ditanya mana suami makcik, ‘dia tak reti bende bende ni, dia jalan kat shopping kompleks tu kira jogging la tu’.
    Cara bisnes orang Melayu juga berbeza. Kalau Melobby, wah hebat!. Kerja belum siap, bintang palace tiap malam. Tunjukkan pada client yang mereka ini orang berkemampuan. Kalau kaum lain, kerja siap baru diberi habuan nya. Angkuhnya kaum kita.
    Pernah saya bekerja di Bank Standard Chartered Bhd di department kredit kad dan pinjaman. Boss, saya kata, susah nak approvekan kredit utk orang melayu. Mereka tidak bayar. Ada kredit kad habis dibelanjakan semua. Kalau kredit kad penuh, buat balance transfer. Tambah kredit kad lagi, tambah hutang lagi. Hebat memang hebat. Tambahan pula, bila ditanya samada ingin mohon kad kredit, tidak ramai orang melayu yang endah kan kiraan interest dan lain. Mereka hanya kata, ini gaji, ini hutang, apa macam? Boleh dapat?. Saya terangkan, ramai yang kata, itu nanti cakap.
    Pendapat saya lagi, orang Melayu ini kaum yang very good at adapting. Jika dihantar ke negara eropah, jadi la mereka orang eropah. Berpakaian, bertutur, dan fikir seperti mereka. Jika diberi pengaruh Jepun, jadi la mereka seperti orang jepun. Jika ke Indonesia, lantang bertutur bahasa indonesia. Ada yang kata mereka ini mudah terpengaruh, ada juga yang kata mereka ini kaum yang sentiasa bergerak kehadapan. Seperti yang Tun akhirkan, hai la nasib, yang saya lihat yang di adapt-kan oleh orang melayu hanyalah perkara perkara yang tidak elok yang dipelajari dari kaum-kaum lain iaitu berlagak, sombong dan angkuh dari sikap asalnya yang pemalu tak tentu pasal. Jadinya, salah pengajar atau salah pelajar?
    Ingin saya commment juga tentang perbezaan Malaysia dan Australia yg berkait dengan politik. Di Australia, sistem yang dijalankan tidaklah racist atau tidak langsung memilih kaum. Tetapi orang mat salleh di sana amat, dan sememang nya racist. Jika mohon kerja, lihatnya orang Asian, ditolaknya senyap senyap. Di Malaysia berlainan, saya lihat, orang melayu terus terang, ” we will not share power with other races, it must be under our supervision.” Sistem yang dijalankan ada unsur racist tetapi jika dilihat sekeliling, orang melayu tidaklah racist. Ramai juga yang bergaul, mengambil pekerja dan barcampur dengan kaum lain. TETAPI, jika Tun berjalan dibandar, company company cina meletakkan poster poster peluang pekerjaan yang berunsur pekauman. Contohnya, Job Vacancy – chinese only atau chinese preferred atau able to speak mandarin. Sooner or later, being the best at adapting, orang melayu akan pelajari dari kaum cina akan bagaimana mereka tunjukkan pada melayu. Dan ape resultnya, racism in Malaysia worsen.
    Kesimpulan yang dapat saya buat, orang melayu masih di peringkat learning. Orang melayu tamadunnya belum ditentukan lagi. Tambahan pula era perang yg membawa pendatang, era moden yang diajar western dan era globalisasi yg mengehadkan masa, hanya mencampur adukkan segalanya. Yg tahu sedikit berlagak, yg tahu banyak tak buat apa apa. Orang Malaysia, melayu, india dan cina perlu tahu akan situasi ini dan saling bantu membantu. Tidak perlu jadi macam karpal singh yang menunjuk kan keangkuhannya. Akibatnya, melayu pun akan jadi angkuh. Hahahahah. Dan jgn la jadi macam melayu Anwar Ibrahim, katanya untuk rakyat, resultnya mengakibatkan pepecahan di Malaysia. Jika zaman muda dulu DSAI buat demonstrasi mengutuk org tua supaya lepaskan jawatan, sekarang dia nak terkejut, bila orang muda yg gagal dipengaruhinya buat demonstrasi melawan dia. HAHAHAHAHAHAHA Geli hati.
    Hai nasib. Yg kampung dikata bodoh, yg moden berlagak tahu tetapi tak tahu.
    Semua diatas pendapat saya sahaja. Mungking betul mungkin salah. Maaf jika pembaca terguris dihati.

  434. salam tun,
    saya tak tau apa point citer orang ulu ini, tapi sy dapt agak ini cerita yg penuh dgn isi tersurat lagi tersirat..
    apapun tun,saya doakan tun sihat bersama keluarga…
    salam drp ank kedah:-)

  435. Tun,
    Saya kurang jelas maksud Tun:
    “Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.”
    Adakah isu semasa yang berkaitan dengan kenyataan ini? Saya cuba google namun tiada jawapan. Maaf saya berada di luar negara dan tidak tahu situasi sebenar di Malaysia.

  436. hmmm….salam YBhg Tun,
    Nasib baik saya Jawa, sekurang kurangnya kalau apa terjadi pun terhadap Tanah Melayu, di seberang sana masih ada ‘Pulau Jawa’ untuk saya ingati asal usul. Jikalau Tanah Melayu dah jadi bukan hak orang Melayu, ke mana agaknya orang Melayu akan menumpang berteduh?
    Sebenarnya kenyataan di atas cuma sinikal sahaja. Jawa, Banjar mahupun Bugis di Tanah Melayu adalah orang Melayu juga. Tanah tumpah darah dan leluhur warisan bonda kami adalah di sini. Maka sumpah taat setia kami adalah untuk ibu pertiwi.
    Namun demikian bagaimanakah pula sikap orang Melayu yang kononnya ‘tulin’, terhadap sumpah dan janji setia, yang sejak dahulu, telah diikat dari Sriwijaya ke bumi Melaka. Janji Demang Lebar Daun dan Paduka Sultan yang jadi teras ketamadunan Melayu, menjadi struktur hubungan antara rakyat dan ulil amri.
    …dan kita saksikanlah pula sikap generasi Melayu kini yang hilang harga diri. Melayu kah kita lagi?

  437. Melayu pintar adalah Tun, Melayu Super Pintar yang anggap Melayu Sederhana Pintar adalah bodoh. Melayu asal bodoh sudah tiada. Semua dah pergi sekolah. Begitu juga dengan kaum lain. Ada super pintar, hanya pintar, pintar sederhana tapi yang bodoh tiada lagi. Semua pegang Handphone sekarang, ini bukan nasib….. amalan budaya moden yang bercampur aduk dan tiada nilai Melayu Asli. Ini adalah akibat Demokrasi. Kalau Komunisme, Semua pemimpin Super pintar dan rakyat adalah super bodoh.

  438. Salam Tun
    Hehehe..Ada cerita orang ulu daripada Tun. Mesti baik punya pengalaman Tun zaman kanak kanak dulu. Tetapi orang ulu itu sekarang dah jadi org pekan kot?. Sbb kawasan-kawasan yang dikatakan ulu dulu Tun yang jadikan pekan pada zaman Tun jadi PM.
    Bayangkan kawasan Sintok dulu bukan lagi bergelar ulu pada zaman 70 tahun dulu, malah ia menjadi tempat jin bertendang. Sekarang dah jadi tempat elit mencurah ilmu. Ini kerja Tunlahhh..
    Ada pulak kawasan ulu zaman dulu orang panggil cerok. Saperti Cerok Tok Kun. Tempat macam ni orang orangnya kolotkah atau sama istilah dengan orang ulu itu.
    Apapun Tun, manusia itu tetap manusia. Tun sendiri pernah cakap orang melayu cepat lupa. Tak hairanlah bila orang yang dulunya tinggal di kawasan sama spesis kolot orang ulu dulu, keluar pekan nak menjadi juara dan lupa asal usul dan lupa dari mana dia datang, dan lupa ke mana dia mesti pergi suatu hari…
    waiZ

  439. nampaknya, kita bangsa melayu patut diberi peluang.Peluang yang tidak mengenal di antara orang ulu atau orang pekan. masing-masing punya kelebihan dan kelemahan.

  440. Salam Tun,
    Memang nampak sangat ramai orang melayu sekarang yang bodohkan bangsa sendiri. Sekarang orang ulu ke, pekan ke, sama saja. dua-dua manusia. Kita dilahirkan sama-sama bodoh dan tidak tahu apa-apa.
    Bezanya kita dengan ilmu dan pelajaran yang kita belajar.

  441. salam buat tun,
    saya sering membaca komen dan ulasan tun berkenan situasi malaysia.
    saya amat setuju dengan kenyataan tersebut.
    saban hari ramai yang protes tentang penggunaan inggeris dalam subjek sains. ini termasuk parti politik dari pemerintah. saya merasa teramat sedih di mana anak anak kita dijadi taruhan politik yang rakus.
    sepatutnya kementerian pelajaran memberi kursus kepada warga pendidik kaedah pengajar dalam bahasa inggeris dan bukan menukar balik sukatan tersebut.
    pada zaman tun, takde pun mereka membangkang…sekarang heboh heboh pula nak tunjuk wira

  442. assallamualaikum Tun Yang saya Kasihi!
    1.Semua artikel diatas tu ….Betul… Tun ,saya adalah orang anak melayu yang dilahirkan dalam serba kekurangan..melayu yang setaraf dengan orang ulu seperti yang Tun Maksudkan…tetapi saya lahir dihilir…dalam negeri perak pada tahun enam puluhan…saya dapat melihat sehingga kehari ini bagaimana parti-parti politik di malaysia bergerak…pendekkan kata….orang-orang ulu dan orang-orang pekan yang Tun maksudkan telah (pengecut,penakut,pemalu,pemalas ,pelupa)pun menguasai pentas politik terutamanya UMNO….malah ada yang jadi pemimpin besar dilahirkan tak pernahpun pijak lumpur malahan pijak tanah pun tak pernah…sebab apa…mak bapaknya dah kayaraya..mampu beli kasut sampai rm100.00 sebelah…ada diantara mereka tidak mengenal bau minyak tanah…semuanya hidup dalam suasana moden….petik aje menyala,,,pulas aje keluar air…berbalik semula kepada pokok cerita…kalau melayu diberi peluang semuanya mereka boleh buat…kita balik kepada panggal ….peluang…peluang kalau disekat memang gagal….contoh gagal yang paling besar adalah dalam pemainan bola sepak….mana ada standard pemain yang bertaraf dunia dimalaysia…melainkan stadium yang cantik ,bertaraf dunia aje yang dibina..siapa yang nak lihat kakikayu main bola…kalau dulu pemain-pemain kebangsaan datang dari ulu,hilir..pekan dan lain-lain…sekarang pekan pun lagi tak pandai main bola….sebabnya mudah saja….peluang dah tak ada….mana mereka nak main bola…padang sekolah rendah dah dikunci..padang sekolah menengah dah dikunci…padang bola…tak dibina ditaman-taman..nak main bola kat mana…nak dapat pemain yang bertaraf dunia…pemain dunia hanya akan muncul dimalaysia jika kita balik kepada cara lama…bermain bola dimana-mana…kalau tidak Burma dan Viatman pun tak mungkin dapat dikalahkan….sebab mereka mempunyai pemain dari hulu dari hilir dari utara dari selatan ……dalam arena politik pun sama (terutama UMNO)…saya lihat pun sama seperti bola sepak..dah lemah…tiada pemain bertaraf dunia (seperti Tun)sebab mereka dah lama jadi tunggul….nak main politik dimana…sekolah …universiti….takut nanti masuk(ISA@penjara)….hah ..kalu nak diulas memang panjang..biarkan lah pemikir-pemikir hulu..hilir pekan yang ada sekarang berfikir….kalau mereka lambat…malaysiakan akan mundur ..tak kira siapa yang memerentah..Barisan Nasional KE….pembangkang ke…semua nya dah tak berguna lagi…sama aje…tak ada kualiti….sebab hidup dalam ke alpaan..memimpin dalam kekhayalan…tahu-tahu melayu dah tak bertanah lagi semua pak hitam dah beli…sepet dah sapu…siapa yang redhakan semua itu …melayu dah jadi kayu….maaf Tun kalau saya dah mula mengarut…tetapi apa guna kemajuan …kalau orang ulu tak ada peluang…orang pekan dah hilang kemampuan…tahu.tahu oarang bangla,indonesia,china,india pun tak boleh nak kawal …mereka masuk aje kerumah kita,,,,dia peduli apa….dia tahu kita dah lemah….jadi kalau nak tahu lemah tak lemah nya mereka….kita cuba masuk singapura…..Melau///melayu…melayu////buat lah semua coridor banyak-banyak…nanti melayu bolehlah tidur kat kali lima….

  443. Assalamualaikum Tun …
    semua orang di dunia nie sama sahaja .. tak kira pun sesiapa sahaja .. tak kira orang ulu atau orang bandar .. kalau usaha dan guna peluang dengan betul .. InsyaAllah .. semua leh jadi ..
    saya harap Tun dapat menulis banyak lagi cerita yang baik lagi ..
    saya suka membaca kisah dari penulisan Tun

  444. Assalamualaikum Tun …
    semua orang di dunia nie sama sahaja .. tak kira pun sesiapa sahaja .. tak kira orang ulu atau orang bandar .. kalau usaha dan guna peluang dengan betul .. InsyaAllah .. semua leh jadi ..
    saya harap Tun dapat menulis banyak lagi cerita yang baik lagi ..
    saya suka membaca kisah dari penulisan Tun

  445. a bit your fault.
    selepas memajukan malaysia & dapat kekayaan, kerajaan telah suap bangsa melayu cukup2 hingga boleh di katakan tidur pun makan datang.
    suap hingga mereka tak perlu halusi ilmi bidang perniagaan untuk bersaing. tak perlu usaha. nak usaha pun usaha kat politik kerana politik paling senang cepat kaya, semua pun nak rebut jadi pegawal peribadi ‘pokok duit’ malaysia.
    bila malaysia tak maju dulu, hati melayu dulu lain lagipun kurang minat politik. azam mereka kuat2 belaka. dulu banyak tokoh2 melayu perbagai bidang yang era tu kira ‘terror’ seperti p.ramlee. satu contoh lagi yang banyak orang dah lupa. masa zaman mat sentul, tokoh melayu perfileman malaysia kira setaraf shaw bro di hongkong (yang kini telah bertaraf antarabangsa). tokoh perfileman malaysia pernah join venture bersama shaw bro hongkong menghasil filem di mana (kalu tak silap) heronya melayu watak james bond.
    dah biasa dengan senang & dah tau mana datangnya duit cepat ketulan besar, sekarang semua minat pada ‘pokok duit BN’, minat ‘mega pricing project’. so berpolitik saja la hingga tiada masa halusi bidang lain.

  446. Walid ku,
    Bagi saya cocktail party dan arak itu tu tidak menjadi masalah,kalau kita mempunyai pendirian yang kukuh and ilmu yang betul. Masalahnya keterbukaan mindah dan ilmu yang ada didada. Membaca dapat mengningkatkan ilmu dan berapa keratkan orang kita yang membaca dan apakan yang dibaca. Kalau balik balik nobel cinta saja dan majalah tahyul tidak ada ilmu yang banyak. Mengenai sikap orang melayu yang suka menudung jari menyatakan orang lain bodoh adalah penyakit yang dah lama menular didalam orang melayu. Mulanya di rumah kemudian di sekolah dan penuh di akhbar dan majalah termasuklah di kaca tv dalam bentuk drama dan sebagainya malah di sidang parlimen tidak terkecuali. Menyatakan seseorang itu bodoh telah menjadi lumrah dan budaya sekarang. Untuk membetulkannya kita memerlukan masa yang panjang. Tiada siapa yang dilahirkan kedunia ini ingin menjadi bodoh. Jadi ianya menjadi satu tanggungjawap kepada semua orang di malaysia untuk tidak mengeluarkan perkataan yang demikian tanpa berfikir. Dari kacamata politik sekarang, ianya merupakan satu jalan mudah bagi ahli ahli politik. Mereka tidak perlu bersusahpayah menerangkan apakah tujuan diatas tindak tanduk atau perbuatan mereka itu. Malah tidak pernah ada ketelusan diatas apa jua perbincangan yang diadakan. Walaupun mereka tahu keputusan yang diambil melibatkan seluruh rakyat di malaysia. Tidak pernah kan mereka ini mengingati mati mereka dan balasan yang terlah dijanjikanNya. Marilah sama sama kita berfikir sejenak.
    Wasalam, walid ku.

  447. Salam TUN,
    Betui tu. Saya Setuju. La ni, Malay likes to think their own kind is not capable. I mean we don’t others to put us down. Orang kita dah cukup.
    I think this could be because those less smart are in the driving seats. I mean, coming from our education system, the excellence one will do something like medic, numbers related and the least one will do the malay studies and of sort. Due to the age difference between you and me, more than forty years that is, i can share with you that the good one joined private and the not-so-good one joined the government. So you have the latter in the government. The rest of the story…will go back to your writing.
    Just a thought….wee hours thought that is!

  448. Salam Tun,
    Saya anak kampung Tun. Saya sentiasa bangga yang saya anak kampung.
    Sentiasa bermentaliti cara melayu kampung yang saya tahu.
    Zaman sekolah….saya kena keluar dari kampung lah. Ungkapan seperti:-
    1. Ah! Kampungnya!!!
    2. Kampung betul-lah!!!!
    3. Woi! Mat Kampung!!
    Selalu kedengaran. Pantang saya dengar ayat-ayat begini. Selalunya akan saya susul dengan desakan untuk perdebatan. Persepsi biasa yang saya dapat tahu ialah “kampung” akan dikait dengan nilai-nilai kolot…melayu….tak pandai bergaya…tidak pandai bersosial.
    Tiada pernah saya jumpa mereka yang melebal seseorang itu sebagai kampung mempunyai alasan yang berkaitan intelektual, kemajuan atau apa-apa yang positif. Komen selalu berlandas soal kulit…luaran….tampak. Komen bersifat cetek.
    Tidak lain yang melebel itu sendiri berkualiti singkat, cetek, bebal atau mungkin dungu serta tidak sedar diri….”Melayu Mudah Lupa”.
    Kampung menyimpan khazanah murni budaya sikap melayu. Jati diri melayu ternama terbina dikampung….Atau adakah ia terbina di lorong-lorong di bandaraya?
    Setandan kelapa pasti ada yang komeng. Tapi kalau nak cari kutu…itu cerita lain la.
    Saya anak kampung. Passport saya cepat kena tukar. Habis kena chop. Bukan chop imegresen siam la. Lebih 40 jenis chop yang ada. Urusan wakil syarikat saja. Nak meniaga sendiri macam ni….modal fuh….banyak tu. Tapi saya anak kampung. Saya layak…orang suruh pergi lah. Ramai (boleh kata semua) kawan-kawan saya yang buat kerja macam saya adalah anak kampung. Yang bangga kami orang kampung.
    Pembantu-pembantu kami yang tinggal ditanahair majoriti anak bandar…anak pekan. Kerani….despatcher….Bukan nak mengutuk. Tapi emotional sikit berkenaan isu ini. Mereka inilah yang lazim sangat melebel orang lain dengan perkataan “kampung”.
    Macam mana ni? Hebat sangat kah kalau tak di labelkan “kampung” ni?
    Sekian Tun.

  449. Salam Tun,
    i wonder how come my mother who is an “orang kampong” (rural folks) can speak english fluently with foreigners while looking after her shop in langkawi before. yes folks, an ordinary “orang kampong” doing business with mat saleh.
    yet, she use bahasa malaysia with her kids at home and among her friends. she can even speak thai too.
    is she a less patriotic malay because she learned her english at schools? i believe she’s among those school teacher who pass standard six and start donating her knowledge to surrounding school kids.
    nowdays, can we even think of our 13 years old boy teaching in a school, let alone teaching an english subject? yes, our cream of the cream with aces lining on their upsr certificates.
    yet, my mother who is an “orang kampung”, was a school teacher with standard six certificate. she’s done her deeds. how about us?
    we are still quarelling about EiM&S whether need to continue or abolish. i did mention before, japan and thailand raise to their state today just by using their mother language. japan almost conquer the economic world.
    but thanks to some of those english oriented japan who learned from the u.s. and british to gain knowledge. with the knowledge, they contribute back to their nation by translating it back to japanese.
    japanese is also known for wondering the world with their camera. and they get ideas from other part of the world and innovate it further back home. some of these travellers roam the world without even knowing a proper english.
    however, japanese upbringing is cultured towards innovation. compared to malaysians, very long way to go. our childrens are still spoonfed until s.p.m. never ever cross their mind to venture out from what being thought by their teacher only.
    their aim is to get as many ace as possible. they are afraid to make mistake, cause they are punish for making mistakes. why do we need to punish them? they won’t learn if they didn’t make mistake.
    the root cause is m.e.n.t.a.l.i.t.y. and double standard here Tok Det.
    http://viplife-product.blogspot.com

  450. salam tun..
    semoga tun sihat selalu..
    seronok saya bila ada post dari tun..
    memang benar kata tun..
    tun..
    kepandaian seorang tun tidak lah kira dia bersal dari ulu atau bandar..dulu semangat orang melayu islam berbeza dengan orang melayu islam sekarang…mereka tertedah dengan macam-macam gejala…orang melayu sekarang tak seperti dulu…dulu mereka bersatu…sekarang mereka berpecah belah…sama seperti orang umno..juga berpecah belah…semua pentingkan diri masing2…apa cara pun salah atau kotor sekalipun mereka akan lakukan demi kepentingan peribada…apa yang ds najib lakukan di perak sangat menyakitkan hati…orang perak kini berpecah belah…apa yang tak betul Anwar lakukan Najib ikut…bukan ke yang baik yang perlu kita ikut..islam sendiri dah mengajar kita…kalau bakal pemimpim Bn yang lakukan perkara begini apakah lagi orang bawahan…tun…walaupun tun ada khilafnya saya cukup kagum dan hormat dengan tun…tun bukan seorang yang pandai bermain politik namun tun boleh ulas segenap isu…kata2 tun amat berharga…namun orang umno sendiri mengutuk tun…adakah kalau baik tun menyertai pas…orang2 pas generasi baru kini amat bangga dengan tun..mungkin tun tak faham apa yang saya maksudkan….jupe lagi..assalamualaikum..

  451. Salam alaikom Tun, benar kata2 Tun. Org pekan ingat orang ulu tak pandai. Tapi yg tak pandai tu yg pandai,,dan yg “pandai” tu yg tak pandai. Kalau bab sekat ni. Saya pun alami jugak. Tapi oleh kerana masih mentah masa tu, tak dapat lah nak langkah sekatan tu. Yg rugi bukan saya sorang tapi anak2 bangsa sendiri juga. Bab minum2 kat cocktail party, betoi kaa? Takkan tak ada ais kosong? Alasan saja, laa ni anak bangsa banyak dah lembab dlm bahasa inggeris.. kalau tengok program TV.. nak yg banyak aksi saja.. kalau banyak cakap omputih depa tukark cenel sebab tak “exciting”. Teruja kata orang laa laa ni. Abis nak buat cammanaa?

  452. Salam Tun
    sekarang orang ulu pun dah belajar sains dan matematik
    guna bahasa orang bandar plak tuh
    orang bandar cuma guna bahasa orang bandar aja
    so harap orang ulu akan terus maju selepas nih orang ulu jangan belajar sampai bahasa orang bandar sahaja
    kita orang ulu guna pula bahasa luar negeri..
    Azroy

  453. Salam Buat Tun & pembaca,
    Saya rasa terpanggil untuk komen berkenaan isu ini kerana saya salah seorang yang bertanggungjawab menjalankan tugas bagi melaksanakan program yg mendapat bantahan ramai sejak akhir-akhir ini..
    1. Berapa ramai anak Melayu yang tidak lagi fasih berbahasa Melayu atau menulis dalam bahasa Melayu sejak program ini dilancarkan.Mereka yang tercicir adalah pelajar yang lemah dan sememangnya tercicir jika diajar dlm bahasa Melayu sekalipun.
    2. Perlaksanaannya menjadi kurang sempurna kerana sebilangan besar guru sendiri malas untuk menambah pengetahuan diri bagi mengajar dengan berkesan dan terdapat sebilangan kecil yang berfikiran kolot dan memandang remeh perkara ini.
    3. Segala kemudahan telah diberi cuma kurang kesungguhan guru dalam melaksanakannya..Murid ibarat kain putih yang boleh dicorak mengikut apa yang dihajati..
    4. Siapa yang rugi ? Anak Melayu… kerana inilah peluang untuk mereka mempelajari & memantapkan penguasaan mereka dalam bidang Sains ,Matematik da B Inggeris sekali gus.
    5. Mengapa ramai yang membantah ? Adakah kerana sebab peribadi,politik atau sengaja untuk menonjol diri menjadi hero ?
    Kita renung dan fikirkan…
    * Setuju ttg pendapat Tun…Melayu Boleh !

  454. salam Tun,
    saya warga bumiputera sarawak turut rasa sedih dengan apa yang ditulis oleh tun…sememangnya kita tiada bandingannya jika kita diberi peluang…kenapa dulu kita boleh dan tidak sekarang….??

  455. Tun, orang Kodiang pun satu ketika dulu boleh lah dianggap orang ulu. Tapi sekarang ni jangan pandang sebelah mata, ada antaranya yang dah pegang jawatan-jawatan tinggi dan juga sebahagian yang lain adalah master mind disebalik kejayaan banyak syarikat-syarikat korporat dan konglemerat di Malaysia.

  456. Assalamualaikum Tun,
    Dah lama tak jumpa…last was at my Futurist Forum last August…
    Saya sekeluarga Doakan Tun and Tun Dr Siti sihat and happy selalu..
    I totally agree with your comment that we cant under estimate ‘Orang Kampung’ or Orang Ulu!
    I have the opportunity to conduct motivation talks di Darull Fallah, Jeli Kelantan beberapa tahun yang lalu and the most recent was at SM Sik Kedah last year…
    My fav topic is sharing with them my ‘simple life journey’ (from 10 yrs old to now) in life and also guide them on their personal goal settings…
    When ask what are their ambitions…. all have daring ambitions….surgeons,doctors,engineers, businessman and the famous ambition nowadays is semua orang nak jadi angkasawan!:)
    When i gave them simple latihan … giving them a big piece of mahjong paper and a magic color pen… and i told them to visualize and draw their life when they are 50yrs old… 45yrs old… 40 yrs old… 35 yrs old… 30 yrs old…27 yrs old (backward goal settings)….they need to ‘draw’ Where there will be, what work will they be doing, what do they have, etc…
    Some of this kids (13 – 17 yrs old; some of their parents are very very poor..kerja cari kayu api pun ade) drew at one part of the picture there was a big banglow house with word ‘di KL’ that have a huge parking garage with atleast 4 cars…family members playing and relaxing at the yard…. one part of pic there was KLCC twin tower as a background, orang lidi (themselves) holding a branded mobile phone and a briefcase and a proton perdana car.. parked next to them!
    When i ask them to explain one of them said to me “ini saya bang… ini…rumah saya masa saya dah berumur sedikit..45 tahun… saya seorang usahawan yang berjaya… ade rumah besoq dan kereta pun banyoq…ini keluarga saya..isteri saya…anak anak saya dan juga cucu saya yg tengah main di laman rumah….”. “Yang ini pulak bang saya masa umur 26-27 tahun dan saya akan bekerja sebagai seorang pengurus dan bekerja di KLCC tower…saya akan ada handphone dan juga kereta perdana” and when i asked him will you help others to achieve these dreams he grandly said “memang la mesti punya”…. things like this are best music to my ears and thats why i always accept invitation to speak at all this ‘orang kampung’ areas so that they to have a chance to be brave in dreaming and visualizing things out from their current limitations…
    I live with one principal in life… “Success is when you make some one successfull and rich in his sincerity to make others successfull”… insyAllah life will be calm and meaningfull…
    When i was in Sik, Kedah, a teacher shares his initiative to pursuade ‘orang ulu’ to send their kids to schools… lots of pursuasion done but not many as aspected send their kids as they dont see the importance….
    I believe with proper awareness and sincere visits and more ‘ceative pursuasions’ will encourage more orang ulu to send their kids to schools… u never know…one of these Orang Ulu might lead this country… maybe even better than what we’ve seen…
    i do hope relavant ministries and agencies continue to guide and help them…
    Wasalam,
    Sheikh Faleigh
    http://sharat-s.blogspot.com

  457. Assalamualaikum Tun.
    Saya setuju dengan pandangan Tun. Orang Melayu perlu bijak menggunakan peluang yang telah ada di depan mata, jangan terlalu selesa dengan keadaan semasa. Kita boleh kalau kita mahu. Dalam konteks Bahasa Inggeris dalam PPSMI, mungkin pendapat saya tak sealiran dengan pandangan majoriti. Penguasaan BI saya tidak seberapa, tapi saya setuju dengan pendekatan PPSMI. Ya, benar bahasa memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran, tetapi ia bukan faktor mutlak yang menyebabkan kegagalan. Faktor utama ialah sikap, sebahagian dari masyarakat kita tidak suka menghadapi cabaran, mereka inginkan sesuatu dengan mudah. Itu kelemahan orang melayu. Bagi yang sanggup bekerja keras untuk menghadapi cabaran ini, mereka memang akan berjaya.

  458. Salam ayahnda Tun,
    Saya juga orang ulu, tapi dapat juga bersama-sama dengan Ayahnda Tun makan malam di Istana Bugshan di Yemen Disember lepas.
    Agaknya sebab orang ulu suka makan ikan kot?

  459. ASSALAMUALAIKUM….MY BELOVED LEADER…..
    BTUL TUE…ORG MELAYU DULU DGN ORG MELAYU SKARANG BYK YG DAH BERUBAH MENGIKUT ARUS PEREDARAN ZAMAN………
    MELAYU SKARANG NIE PLAK BYK DAH LUPER ASAL USUL MEREKA…..
    APER BOLEH BUAT…TUN…..”MELAYU MUDAH LUPAA…..”
    “ZAMAN DAH BERUBAH……DUNIA DAH MAJU…..”
    NASIB…NASIB….. 🙁

  460. Assalamualaikum w.b.t
    Apa kbr atok? atok sihat?
    Mintak maaf Tun, saya bergurau je.
    Untuk pengetahuan Tun, ini mrupakan komen saya yang pertama untuk ‘karangan’ terbaru Tun dan yang paling istimewa ni merupakan julung kali saya untuk bagi komen pada blog Tun.saya nak tanya, sekarang Tun tengah buat apa? Apa perasaan Tun bila Tun lihat barisan kepimpinan sekarang yang boleh dikatakan begitu banyak masalah, dengan masalah politiknya,ekunominya malah kuasa sultan pun di persoalkan atau dipermainkan begitu je. Harap Tun dapat tolong rakyat Malaysia supaya dapat bersatu padu. Memang x dapat dinafikan perpaduan amat susah untuk dilaksanakan. seingat saya ada satu hadis nabi yang mana baginda saw berdoa dan meminta 3 hajat. hajat terakhir Allah swt x makbulkan yakni baginda memohon supaya Allah menyatupadukan umat Islam akhir zaman tetapi Allah menolak permohonan ini. Anyway, tentang cerita orang ulu 2, memang betol ape yang Tun kata. There’s a will, There’s a way. Even kita ni orang ulu, kita pun boleh berjaya jika kita ada imaginasi yang cemerlang dan patuh pada hukum agama yakni kejayaan duniawi dan ukhrawi. Wallahua’lam.
    ( tengah asyik bagi komen tiba2 laptop mapuh, bateri habis.. hehehe)
    wassalamualaikum w.b.t

  461. Assalamualaikum w.b.t
    Apa kbr atok? atok sihat?
    Mintak maaf Tun, saya bergurau je.
    Untuk pengetahuan Tun, ini mrupakan komen saya yang pertama untuk ‘karangan’ terbaru Tun dan yang paling istimewa ni merupakan julung kali saya untuk bagi komen pada blog Tun.saya nak tanya, sekarang Tun tengah buat apa? Apa perasaan Tun bila Tun lihat barisan kepimpinan sekarang yang boleh dikatakan begitu banyak masalah, dengan masalah politiknya,ekunominya malah kuasa sultan pun di persoalkan atau dipermainkan begitu je. Harap Tun dapat tolong rakyat Malaysia supaya dapat bersatu padu. Memang x dapat dinafikan perpaduan amat susah untuk dilaksanakan. seingat saya ada satu hadis nabi yang mana baginda saw berdoa dan meminta 3 hajat. hajat terakhir Allah swt x makbulkan yakni baginda memohon supaya Allah menyatupadukan umat Islam akhir zaman tetapi Allah menolak permohonan ini. Anyway, tentang cerita orang ulu 2, memang betol ape yang Tun kata. There’s a will, There’s a way. Even kita ni orang ulu, kita pun boleh berjaya jika kita ada imaginasi yang cemerlang dan patuh pada hukum agama yakni kejayaan duniawi dan ukhrawi. Wallahua’lam.
    ( tengah asyik bagi komen tiba2 laptop mapuh, bateri habis.. hehehe)
    wassalamualaikum w.b.t

  462. Tun,
    Saya pun anak orang ulu, sampai sekarang saya sedap tak pakai kasut kalau berjalan kat kampung. Kulit kaki tebal, terpijak duri tak lut tapak kaiki tapi sudah 35 tahun menjadi juruterbang Komersial. Tkasih

  463. salam bapak…
    he he he….
    setuju 1110% ngan bapak….
    org melayu yg anggap melayu kg bodoh sbb dia melayu perasan…
    tak ada dulu mana mungkin ada sekarang…
    tak ada kg mana mungkin ada pekan….
    masaalah org melayu depa perasan depa je yg bagus…
    org lain hancus…..
    pada saya dari mane pun asal keturunan seseorang tu kalo pemalas
    piang sombong bongkak..nauzubillah..barang di jauhkan Allah saya ada sedara o kawan yg cenggini…..
    melayu pun kalo depa ada kuasa kalo buleh depa taknak melayu lain berjaya mcm depa(kecuali bapak yg selalu beri galakkan bukan saja pd anak melayu tapi anak2 m’sia keseluruhannya…)tu pasai depa tak nak matamatik n sains di ajar dlm english..alasan budak kg takto aper….tapi rame org kg saya yg berjaya…yg belaja kat negeri omputih pun melambak2….papapun bila dah berusaha kita terima papapun ketentuan Allah dgn redha…he he he….
    melayu2 yg pandang rendah pd anak bangsa sebenarnya menghina diri mereka2 sendiri…..beri peluang pada anak2 kg utk belajar bkn menyekat pembelajaran mereka dgn mengatakan anak2 kg tak berkemampuan utk belajar…
    pendapat peribadi saya jek….

  464. Betoi tu tok det…
    Dulu… berapa kerat sangat org melayu pandai komputer?
    skang??? banyak…. tapi….
    banyak lagi yg setakat ada sijill… ada diploma…ada ijazah…
    tapi tatau nak buat keja…
    sbb tu ketinggalan,
    tapi ada juga yg tahu buat macam macam.. tapi tak boleh maju… sbb banyak syarikat beri keutamaan pada bangsa lain.
    nak meniaga??? modal tadak… nak buat macam mana lagi?
    dulu… ada la depa kata .. skim RMK… try la pinjam…
    cari punya cari modai nak bayaq duit pendaftaran…
    sampai la tadak apa…
    duit abih modai pun tadak…
    tadak ka skim apa apa utk tolong bangsa kita ni?
    apa pun.. tima kasih utk tok det,… kalau tadak tokdet…sampai la ni pun… bangsa kita bodo… tatau apa pasai komputer. pasai macam macam.

  465. Salam YABhg Tun,
    Apabila saya baca tulisan Tun, saya pun cuba berfikir apa yang sebenarnya membuatkan Tun menulis mengenai perkara ini. Mesti ada sesuatu yang berlaku. Perkara yang Tun sebut tu memang selalu berlaku, kasihan kepada bangsa Melayu …. kerana terdapat segelintir dari kita yang “cerdik tak boleh diikut dan bodoh tak boleh diajar”. Bertindak seperti akan “hidup selamanya”, lupa di satu hari “hanya nama yang kita tinggalkan”. Selamat malam.

  466. Apalah malang dapat pemimpin pada hari ini takut membawa perubahan.Bahasa Inggeris umum mengetahui betapa penting dalam dunia hari ini sehingga nak buka internet pun bahasa inggeris.Apalah bodohnya pemimpin yg memikirkan nak jadi HERO.

  467. Salam tun and All…
    Sorry tun…apa yang tun cuba sampaikan ni…siapa mereka yg tun maksudkan sanggup melebel orang kampung sebagai kurang bijak?
    Saya dah tak tahu apa nak jadi dgn negara ini….elok-elok guna Bahasa inggeris untuk matematik n sains…tetiba nak tukar…kemudian tak jadi…kemudian…ok…tak paham…
    Saya sendiri dah pernah jadi tikus makmal kepada sistem pendidikan negara…plzz jgn jadikan adik-adik saya sebagai tikus makmal seterusnya…
    Berdosa kalau kita mensia-siakan peluang pendidikan anak-anak muda…

  468. Assalamualaikum.
    Dalam makna cerita Tun. Renung-renungkanlah wahai bangsaku.
    Tun,jaga diri. Saya akan terus sokong Tun.
    Mohon bagi tau tempat yang Tun akan lawati.
    Dah lama tak jumpa Tun.
    [email protected]

  469. Salam TUN,
    Hai, nasiblah,,, he,he,he,, nak cuba gelak macam TUN gelak pada peliwat negara.
    Bahasa Inggeris dikalangan anak melayu ulu ni sebenarnya boleh meningkat sekiranya prasarana dipertingkatkan dengan lebih baik dari prasarana dibandar. Kepada pegawai kementerian pelajaran yang “hampeh” dalam mempelekehkan anak melayu ulu sebenarnya ibarat “kadok naik junjung”…he he he

  470. Salam Tun,
    Pada pandangan saya tidak ada bezanya orang ulu ka orang bandar ke, la ni semua dah dapat benda (mungkin ada yang tertinggal tapi tidak macam dulu).
    Mentaliti kita sahaja yang perlu diubah. Sedangkan pencipta kita pun tidak membeza-bezakan kita apatah lagi kita untuk membeza-bezakan. Kalau tidak sedar tidak cukup ilmu dan pengelaman adalah tanggungjawab diri untuk mengubahnya bukan orang lain yang nak datang menyuap. Dunia dah berubah. Nak kan hasil perlu berusaha. Siapa usaha lebih dia dapatlah hasilnya. Kalau tak ada usaha tak kemana pun diri itu. Kalau ada pun tengok lah sampai mana aja.
    Tun, teruskan perjuangan dan semoga terus di beri kesihatan yang baik. Salam

  471. Salam Tun,
    Tak apa lah tun…pelan pelan kayuh…depa nak kata apa kata lah…
    Yang penting saya bangga menjadi orang melayu..dengan pendidikan tak setinggi mana saya berjaya juga mengejar impian..Bukan saya seorang yang berjaya malah orang malaysia yang berbangsa melayu begitu di hormati di bumi Arab…Nama Tun juga sangat sinonin dengan mereka..
    Bila mereka tanya saya dari negara mana..saya jawab saya dari Malaysia..Mereka juga akan sebut Mahathir Muhamad..Mereka kenal siapa Mahathir Muhamad..tetapi orang lain mereka tidak kenal…Tun..pendapat dan buah fikiran anda masih releven..sekian terima kasih…

  472. Salam sejahtera Tun sekeluarga yang dikasihi,serta semua pejuang Che Det.
    YAHOOOOOOOOOO!BRAVOOOOOO!Ini yang saya tunggu tunggu dan nanti nantikan.Mudah sangat untuk saya memahami tulisan Tun ini.Saya juga berasal dari Kedah dan pengalaman yang Tun coretkan itu membuatkan saya gelak, suka hati dan penuh kegirangan.Semasa di USM saya berpeluang belajar dengan Pak Ali.Beliau ada mengingatkan pelajar-pelajarnya mengenai ‘orang sastera’ dan realiti.Dalam buku Kassim Ahmad MENCARI JALAN PULANG kita dapat melihat bagaimana anak orang ulu yang merupakan ulat buku (bukan Kassim Ahmad yang saya maksudkan)dan ‘tak berdunia’ dengan orang akhirnya berjaya menjadi tokoh sastera negara.Sayang,ketokohan mereka pada pandangan saya hanya dalam bidang ‘gila bahasa’ sahaja.Mereka ini bertuah kerana kerajaan memberi pengiktirafan keatas usaha yang dilakukan(namun sampai saat ini masih ada orang sastera,orang seni,pengkarya dan sebagainya menjerit mengatakan mereka tidak dibela).Apakah ada serangkap pantun,seloka,puisi atau kata-kata hikmat dari tokoh sastera ini yang telah mengubah bangsa Melayu menjadi bangsa yang unggul di dunia?Masa kecik dulu otak kanan dan kiri tak diseimbangkan jadi dia makan sebelah,ini adalah ‘disorder’.
    Mengikut satu hasil kajian,kanak-kanak mampu menguasai lebih daripada satu bahasa,malah lebih daripada dua bahasa pada usia mereka.Tidak kira latar belakang dari mana mereka datang.Tun berada pada makam yang berbeza,jadi ramai ‘cerdik pandai’yang tak kesampaian.Saya teringat guru saya yang berasal dari Sik menceritakan pengalamannya menunggang gajah semasa beliau ‘kecik’.Syabas Tun, saya doakan Tun sekeluarga sihat sentiasa.

  473. Salam YAB Tun.
    1. Entri yang amat santai dan bersahaja dari Tun..saya suka..Tun memang pandai mempelbagai isi kandungan blog

  474. tun…
    – kat Sarawak pun ramai orang ulu yang pegang jawatan tinggi dalam goverment.
    – tapi sorang tu jugak la pegang Sarawak sampai berpuluh-puluh tahun, kalau mcm tun dulu ok gak…ada jugak kemajuan, p dia ni…makin kaya ada lah…dia sorang je la kaya…negeri still miskin jugak.
    – personal opinion tun tentang bro rambut putih yang naik keta roll royce ni…???
    – i ll be so honoured if u reply my question…
    – tq…

  475. Memang keadaan skrg amat menyedihkan. Bangsa sendiri menyekat kemajuan bangsa, dengki tidak bertempat. Malahan bangsa sendiri lebih suka melihat bangsanya sama-sama gagal berbanding sama-sama maju

  476. Saya pun orang Ulu. 2 kali ulu.. Hulu Bernam dalam daerah Hulu Selangor.
    Walaupun saya orang ulu tapi saya tetap menyokong PPSMI. Pernah bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan yang bahasa penghantarnya bahasa Inggeris. Tapi rasanya saya tidak hilang jati diri sebagai orang melayu.
    Masih berbahasa melayu dan mengamal adat melayu malah lebih kuat pegangan terhadap bahasa dan adat daripada mereka yang bersoloah kebangsaan.
    Siapa yang tidak bersetuku dengan PPSMI. Guru, murid atau pejuang bahasa yang masih terkial-kial menjerjemah karya ilmu bahasa asing ke bahasa yang mereka daulatkan secara keterlaluan?
    Berapa banyak hasil terkjemhan yang telah dibuat oleh mereka yang berdemo menentang PPSMI?
    Sampai bila kita hendak jadi seperti katak ditimpa kemarau.

  477. Salam Tun,
    As always, I enjoy reading your blog. Hari ini tiada lainnya.
    May you and your family be blessed with happiness.
    Ridhwana Amalina Rusli.

  478. Assalamualaikum Tun Dr. Mahathir,
    1. Posting ini sungguh menarik,pada pemerhatian saya kita lebih bangga dengan mat saleh dari orang kita sendiri. Entah kenapa, saya pun tak tau.
    2. Kita lebih sokong produk mat saleh dari produk kita, alasan yang biasa kita dengar ialah kualiti lebih baik. Barangan mat saleh dulu pun kualiti tak berapa baik tapi kerana sokongan yang depa dapat, bolehlah buat peruntukan untuk research & development. Lama-kelamaan barang pun makin baik. Jika kita tak sokong produk buatan kita, macam mana kualiti nak meningkat dan peruntukan research and development kurang.
    3. Tenaga professional pon kita lebih memandang pada mat saleh, orang kita pula pergi cari makan kat negara luar. Kalau tenaga professional kita boleh laku diluar, maknanya mereka ini berkebolehan.
    4. Tak apa lah Tun, jika nak cerita lagi panjang sangat 🙂
    5. Sekian dan Salam Sejahtera.

  479. Aslm’kum Tun… org2 dulu baik budi bhasa, hormat org tua, walaupun kurang berpendidikan… tp org skrang nampak ja moden, kononnya maju, tp !!! hadui…

  480. Salam Tun,
    Saya amat bertuah walaupun lahir pada thn 70an, masih sempat merasa semua pengalaman yang Tun cerita kan. Sangat menyentuh hati dan amat bersetuju dengan tulisan Tun.
    Saya orang kampung (bukan ulu) tetapi sehingga kini masih suka tidur atas tikar menkuang atau buloh.
    Salam,
    Orang Kampung Di KL.

  481. Salam Tun,
    Yang pelik dan anehnya ialah bangsa melayu yang telah mendapat pendidikan tinggi ,berjaya dalam karier masing masing,mereka inilah yang tidak percaya kepada kebolehan bangsa mereka sendiri.
    Mereka buat tunjuk perasaan mahu batal pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris,tetapi di rumah mereka bercakap bahasa inggeris.Tak tau nak kategori melayu jenis apa mereka ini.
    Kalau mereka betul betul ikhlas mahu melihat bangsa melayu maju mereka haruslah dengan sukarela pergi kekampung kampung membantu pelajar pelajar di kampung macam mana mubaligh mubaligh kristian lakukan.Ini tidak,meraka mahu lihat melayu terus mundur dan tewas kepada bangsa lain.
    Melayu oh bangsa ku ! kamu cukup aneh!

  482. pandai bodoh seseorang itu bagi saya bukan terletak pada rupa paras dan taraf akademik seseorang. pandai itu terletak pada kemampuan seseorang menguasai keadaannya, cara berfikirnya dan kemampuannya untuk memberi kebaikan kepada dirinya dan orang di sekitarnya.
    kepandaian juruterbang memberi kebaikan kepada penumpang yang naik kapal terbang yang dipandunya. pandai doktor baik untuk pesakitnya.
    orang kita kita suka meletakkan taraf pendidikan sebagai batu aras kepandaian seseorang. tak guna jika pelajaran tinggi tetapi menjadi penyangak siber atau akauntan yang menyeleweng yang buat kebaikan untuk sendiri tetapi menyusahkan orang lain.
    orang pandai tahu menyusun kata-kata berilmu diikuti dengan kelakuannya yang mampu membuatkan orang terkaku dan mengakui..emm pandainya dia ni.
    orang pandai tidak sewenang-wenangnya menganggap dirinya pandai dan membangga diri. dia juga tidak mudah memanggil orang lain bodoh.
    kesimpulan saya…hanya orang bodoh yang memanggil orang lain bodoh. dan orang pandai pula akan memandaikan orang bodoh itu menjadi orang yang pandai…

  483. Salam Tun,
    Dalam sekali sindiran Tun kali ni.
    Apakah agak pemimpin Melayu nampak kemorosotan sebegini? Apakah mereka sedar bangsa Melayu hanya hero kampung? Apakah mereka tak ambil peduli kebolehan yang ada pada anak anak Melayu baik dari ulu atau pun bandar boleh dimenafaatkan untuk masa depan?
    Melayu, jangan lah terlalu bangga dengan kebolehan kampung sehingga tak nak terima pakai yang baik dari tempat lain, bahasa lain, cara pemikiran lain. Apakah akan terhakisnya kebolehan kampung sedia ada sekiranya ia diterima pakai?
    Sekiranya kita bangga setakat apa yang telah dicapai sehingga hari ini, lambat laun akan tertinggal lah Melayu. Sayang, peluang yang dahulu direbut-rebut, sekarang tidak lagi menjadi impian, malah diambil lewa.
    Adakah peluang yang ada sekarang terlalu luas berbanding 70 tahun lalu sehingga yang boleh meningkatkan diri Melayu tak perlu lagi direbut, tak perlu di mimpikan? Pilih jer yang afdhal, pilih jer yang selamat dunia dan akhirat, pilih jer yang terbaik untuk diri sendiri.
    Pemimpim Melayu, jangan lah dibiarkan sehingga orang bandar lari ke ulu.

  484. Assalamualaikum wbt Tun,
    Kelakar la entry kali ni…U r the greatest…
    Saya org ‘semi ulu’ Tun…I do go to cocktails but no alchohol for me…

  485. salam tun,
    melayu sekarang sudah tidak mahu dan tidak suka menjadi melayu lagi, mungkin mereka malu kerana tidak mahu dilihat kuno atau miskin, yang masih mahu menjadi melayu hanyalah orang-orang kebanyakan.

  486. Orang melayu yang perlekeh bangsa melayu pun bukan yang bodoh-bodoh. Yang kuat menyalak perlekeh+underestimate bangsa melayu kampung pun dah level-level pengarah.
    Pakar bahasa pulak tu.
    Kasihan anak-anak melayu, dah masuk universiti pun masih tak pandai bahasa inggeris.
    Yang membantah tu anaknya pandai berbahasa inggeris, cumanya mereka ini membantah kerana berkepentingan.
    Pernah Tun berkata dulu “pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar”. sabar ajelah.

  487. Salam Ayahand Tun,
    Seghonok (seronok) baca artikel ayahnda Tun tentang orang ulu ni. Macam selalu jugak, ayahanda banyak idea. Saya ni sejak kecik dok kat pekan tapi bukan orghang senang. Adik beghadik ramai, bapak the only sole-bread winner. Mak pula buta huruf tapi Allahyarhamah mak saya memastikan kami semua berpelajaran. Itu yang paling saya kagum. Walaupun bapak pass senior cambridge, mak tak tau baca. Nak kata orang kampong, dak jugak tapi pemikiran mak saya sangat jauh. Beliau sedaq betapa pentingnya mempunyai pendidikan. Alhamdulillah, kalu arwah mak ada lagi, tentu seghonok tengok kami semua dah berjaya. Saya sendiri pernah membisikkan ucapan terima kasih kepada ayahanda Tun di Pulau Pinang (Kompleks Masyarakat Penyayang in 2005)betapa bersyukurnya kerana semasa pemerintahan ayahnda Tun, ramai anak Melayu yang pi oversea. Saya salah sorang yang beruntung. dapat pi new Zealand…buat degree in Literature pulak tu. masih segar dalam ingatan masa tun kat Penang tu, saya tulih atas kertas kecik dan Tun baca kertas tu dan masukkan dalam poket Tun. Saya punyalah terharu kerana cita-cita saya nak mengucapkan terima kasih secara peribadi akhirnya tercapai. Tapi saya sedih kerana di masa depan tak ramai anak Melayu (yang maknya buta huruf, bukan orang ulu tapi orang pekan yang susah hidupnya)yang dapat ucap terima kasih kepada pemimpin macam saya buat kat Tun. Anak Melayu lani dok curse pemimpin Melayu kerana perangai depa tak ingat langsung kat bangsa Melayu. Dok jual maruah dan martabat orang Melayu lagi ada. Ni pemimpin yang besaq di Pekan. malu kat orang ulu, walaupun Ulu, ramai depa dah berjaya seperti kata Tun. tapi anak Melayu masa depan terutama kami yang di Pulau Pinang ni dok pindah duduk di ulu sebab pekan kini hanya untuk golongan elitis…untuk bangsa bukan Melayu. kalu Melayu pun bukan Melayu betoi. Semangat langsung tak Melayu lagi dah…jual bahasa, jual bangsa dan entahlah nak jual apa lagi…jangan jual Negeri Tanah Melayu ni sudahlah…samapai tujuh keturunan pun orang Melayu akan terus dikutuk. malu kat orang Ulu…orang Pekan buat perangai tak habih2..bila lah Melayu Pekan ni nak sedaq….
    macam Tun kata…alahai nasib….
    p/s Saat yang paling bahagia dapat bisik terima kasih kat Tun in 2005 tu . Senyuman Tun tak mungkin saya lupa. oh satu lagi, arwah mak saya your number 1 ‘die hard’ fan…suka sungguh dia kat Tun. Tun jaga diri…kami doakan kesihatan Tun baik selalu..kami perlukan Tun, terutama orang Pekan yang semakin berperangai macam ‘ut’ (sinonim dengan ‘ulu’ yang tak mau campoq dgn orang …tapi ulu kini dah maju..orang pekan yang ntah dah jadi orang apa…yang pasti..”Melayu Mudah Lupa”…
    Sayang Ayahanda Tun setulus hati..

  488. Salam Tun,
    Saya antara anak Orang Ulu Kedah yang dapat belajar kerana diberi peluang.
    Semuga orang Melayu berhenti melekehkan orang Melayu. Bukan semua Melayu tu buruk. Banyak kejayaan juga yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang rata-rata orang Melayu…
    Apa yang perlu di lakukan sekarang adalah memudahkan lebih ramai orang Melayu dalam kegiatan komersial dan membuka peluang orang bukan Melayu berkongsi tanggungjawab dalam agensi kerajaan, Polis, Pendidikan dsb. Semua bangsa mesti berkongsi tanggungjawab mengurus dan mentadbir Negara… mungkin anak-anak ulu atau miskin bukan Melayu berminat jika diberi peluang.

  489. Salam…
    perkara ini dah lama berlaku sebenarnya… org melayu tak pecaya melayu, orang melayu tindas melayu… kerajaan melayu “kandang” orang melayu…. saya terkandas dalam pelajaran tapi hanya punya cita2 tinggi dan kudrat yang baik tp selalu diketepikan hanya kerana kelulusan saya, umur saya,kewangan saya, warna kulit saya, bahasa saya, budaya saya, AGAMA saya, jawatan saya, loghat saya, makanan saya, minuman saya, daerah saya, kampung saya, rumah saya, kereta saya, handphone saya, pakaian saya dan …saya, …saya, …saya, …saya, …saya, BAHASA Inggelish saya…, ???!! hahaha…
    Hmmmm….. melayu, lagi2 melayu… sombong tak bertempat, jagoan tak bertempat, kaya tak bertempat, berlagak tak bertempat, lupa tak bertempat…
    saya tak gila… saya cuma luahkan perasaan…. birokrasi? entahlah… kuasa? entahlah… ketuanan? rasanya melayu cuba perjuangkan dah berzaman… semua salah melayu sendiri!! tak tau fikir!!?? atau terlebih fikir!!????
    contoh yang mudah nak tengok melayu nampak bodoh atau ketinggalan dari kaum lain senang je… tgk je prosedur kelulusan bank atau kewangan, kredit kad, kereta, rumah atau perniagaan, kalu melayu yang pohon akan diletakkan dalam kategori “3rd class” !!! sume orang tau ni…. tp tengok je macam takde mata… buta ke? bank negara bank melayu ke? tekun? bank rakyat? bank pertanian? bank… bank… bank… betul ke ni? cuma megah melayu banyak bank.. hehehe… ini sebahagian contoh je… banyak lagi kat luar tu…
    bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh di ikut !!
    JANGAN MARAH SAYA, SAYA BUKAN GILA, SAYA MUNGKIN TAK PANDAI TAPI TAKLAH BODOHH…!!
    Jangan Marah Saya………. ini cuma luahan hati segelintir anak melayu seperti saya yang boleh di anggap kes “TERPENCIL” !!!
    Biarkan aje….. dalam perjuangan kena ada pengorbanan…. kes “TERPENCIL” je….
    Mungkin anak anak atau keturunan kami dari kes “TERPENCIL” ini tak mungkin boleh jadi pemimpin masa depan… tak layak agaknya..
    Aku melayu mengata melayu, aku melayu dikata melayu… hehehe…
    HAKIKATNYA, yang terjadi pasti terjadi….
    Wasalam……….

  490. Dan saya lupa nak tambah, saya anak kampung, sekolah melayu tahun 60 ke 70an, aliran sains bila sampai ke UM tak ada buku sains melayu bahkan tak ada pensyarah melayu kecuali Dr Nawawi dan Dr Mohd Said. Alhamdulillah dengan usaha, anak kampung pun boleh. Saya bangga saya boleh! Percayalah datuk-datuk.

  491. Salam Tun,
    Hai lah nasib orang melayu kita Tun,bukan bangsa lain yang menjatuhkan tetapi bangsa sendiri yang asyik dengki sesama sendiri…dulu zaman 50 an anak melayu yang masuk sekolah inggeris takde lak lupa asal usul…lucunya bila ada yang membangkang pengajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris. Rasanya golongan ini adalah yang selalu ‘fail’ masa belajar sekolah inggeris dulu kot hehehe….

  492. A’salam Tun. Semoga panjang umur dan diredhai Allah hendaknya…
    Apa yang Tun luahkan itu amat benar. Soalannya, kenapa hari ini orang Melayu semakin tidak menyayangi bangsanya sendiri.
    Walaupun ini jadi bahan bahawa inilah Melayu, namun sekilas pandang mengapalah keadaan pada hari ini, semakin menjadi-jadi gamaknya. Perasaan bercampur baur. Bila diamati, siapakah yang akan menjadi pendukung kebenaran kelak.
    Entahlah…

  493. Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar mengharap Nizar meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar seperti biasa walaupun ada halangan oleh mereka yang tidak bertangungjawab.
    Katanya, biarpun pihak BN menggunakan pelbagai halangan termasuklah menghalau Nizar dari rumah kediaman rasminya beliau boleh melaksanakan ‘open office’ bersama-sama barisan Exconya.
    comment:
    Inilah pemimpin PAS yang akalnya macam kebudakkan. Come on lah Mahfuz please grow up and be matured politician. Janganlah jadi politician “katak bawah tempurung” atau “poltician HP6 or haprak”. You have been long as poltician but I still feel you are not polished enough yet to be at par with other seasoned and matured leaders.

  494. Salam Tun,
    I totally agree with you Tun, namapun Belajar mestilah susah. I wonder why our people suddenly became so inferior and insecure to the extend of prefering to stay under the temperung, as long as we are considered jaguh be it just in our kampung. Obviously all the golbal arguments on the importance of english were compromised by kononnya orang melayu luar bandar ulu and kg are too poor (miskin)to master English. I feel like asking all the Orang ULUS to go and slap on the faces of these so called pejuang bangsa!
    AF
    (Malay)

  495. Salam, Tun. Enjoy reading this. Kebenaran sebenarnya. Tapi kebanyakan orang bukan ulu ni, they have superior feeling resides in their heart yang menyebabkan mereka pandang rendah pada orang ulu. Sekarang, pun masih ada. But, not all of them. Mostly, I would say

  496. Salam Tun moga Tun sekeluarga sihat sejahtera.
    Cerita Tun kali ini memang menarik. Sekali tengok nampak sedikit lucu tapi tengok lagi sekali jadi sedih. Kaji balik kita jadi marah. Kerana yang membodohkan anak-anak kampung asalnya pun budak kampung juga. Tapi kerana kerajaan bagi peluang, mereka dapat juga naik jadi macam-macam pegawai, pengarah, pensyarah dan lain-lain. Kerana diberi peluanglah mereka akhirnya jadi ketua pengarah pencen. Sedihnya sekarang apabila kerajaan nak meningkatkan keupayaan anak bangsa supaya mahir berbahasa Inggeris terutama bagi subjek sains dan matematik, mereka pengarah-pengarah pencen, ketua-ketua pengarah pencen membantah, mengugut menteri dan mengancam kerajaan supaya membatalkan progrem berbahasa Inggeris itu.
    Yang peliknya, anak-anak dan cucu-cucu mereka tak lah komplen beriya cuma mereka pening sedikit. Tapi datuk-datuk pula yang beriya-iya tidak setuju. Anih situasi ini kerana keputusan peperiksaan menunjukkan budak-budak kita termasuk budak-budak kampung menunjukkan keputusan yang semakin baik termasuk dalam subjek sains dan matematik.
    Jangan ingat otak anak-anak kita sama macam otak datuk-datuk yang sudah pencen. Datuk-datuknya dulu mana ada tengok tv dan internet. Paling hebat pun datuk-datuk tengok wayang padang. Jauh sangat bezanya dan sudah tentulah perkembangan otak juga jauh berbeza.
    Kenapa tidak kita sokong dan sama-sama tolong supaya azam kerajaan ini menjadi kenyataan? Dan yang akan dapat faedahnya adalah anak-anak dan cucu-cucu kita juga. Kenapa kita emosional sangat dengan bahasa melayu kita? Dulu masa jadi Ketua Pengarah di DBP mengapa tak beriya memajukan bahasa melayu kita? Buktinya buat buku istilah sains tapi tak boleh pakai. Masa tu saya baru masuk tingkatan 4 aliran sains dalam bahasa melayu. Dengan gunakan istilah-istilah DBP lah, sains menjadi susah, bunyinya pelik kerana kebanyakannya inggeris yang di melayukan. Patut faham jadi tak faham. Kalau macam itu, lebih baiklah guna istilah inggeris saja. Apa komen Ketua Pengarah DBP sekarang?
    Memanglah ada kelemahan didalam progrem tersebut kerana kebanyakan guru yang mengajar adalah guru generasi aliran melayu. Maka kenapa tidak perkara ini yang kita tolong perbaiki? Sekurang-kurangnya beri galakan supaya guru-guru ini menambah-baik kecekapan bahasa inggeris mereka? Janganlah kerana emosi kita yang tak kemana, anak-anak dan cucu-cucu bangsa kita yang menjadi mangsa. Kesannya bukan sekarang tetapi dimasa hadapan.

  497. Assalamualaikum Tun,
    Hehehe… saya pun Melayu kampung jugak… tapi Alhamdulilah, ramai yang membantu kat kampung saya dulu, dapat saya belajar kat ‘U’. Kawan uni saya dulu ada jugak anak orang asli… elok je….Yang pasti ramai orang orang kita yang lupa diri dan ramai juga yang ingat asal usul mereka… apa pun ulu pun ulu la… janji orang kan…. hahahah….

  498. a’kum tun,
    ini pertama kali saya komen blog tun. tapi saya tak jemu2 baca blog tun, pendapat dan pandangan tun. saya paham benar mesej tun dan pada siapa tun tujukan mesej ini. saya sedih bila ada orang melayu yang semacam nak orang2 melayu sentiasa di belakang kaum lain. kenapa begini tuhan jadikan orang melayu agaknya ek. tapi bukan salah tuhan, tapi orang melayu sendiri yang pikir selamanya hanya nak berpaut pada kuasa politik yang ada. dalam banyak2 hal yang amat salah terjadi sekarang saya amat marah dengan hal matematik dan sains yang nak dikembalikan kepada bahasa melayu. saya amat risau dengan masa depan anak2 saya yang tak akan dapat bersaing dengan kaum dan bangsa lain.
    semuga Allah bagi kesihatan pada tun supaya tun sentiasa dapat memberi mesej-mesej sebegini supaya pemimpin-pemimpin masa kini tidak khayal dalam mentadbir negara tercinta ini.

  499. Tun,
    Saya budak estet, dapat pendidikan tinggi di UTM, sekarang jadi Pengurus Projek di Damascus, Syria. semua boleh.

  500. Assalamu’alaikum TUN… orang ulu dulu & la ni ada beza dak darihal tumbuk rusuk? maksud saya, orang ulu dulu langsung tak pandai tumbuk belakang, dan orang ulu la depa tu terlebih makan bawah meja!! apa kata TUN?

  501. Salam Tun,
    Saya cucu orang ulu jugak Tun. Tok wan saya dok di Kampung Gandai, Ayaq Hitam Kedah.. Laa nie tok wakil parlimen area tue anak Tun. Bapak saya kali pertama pi pekan aloq setaq masa dia umur 7 tahun. Pi dengan perahu..(mcm cerita tun jugak) Kalau pi memang kena tidoq di pekan pasai tak dan dah nak balik pi ayaq hitam balik pada hari yang sama. Laa nie pi aloq staq cuma 20 minit saja.Bapak saya belajaq sampai darjah 7, dia perabih darjah tujuh di Jitra, pi jitra dengan gerek tok wan saya kayuh, lepas tue tumpang adik beradik di Jitra. Jadilah dia cikgu.. Bila pak saya jadi cikgu dia aktif jugaklah politik tapi dia tak berani jadi calon sebab area kampung saya ayaq hitam tu memang sejak zaman berzaman kawasan 50-50. (Laa nie orang berebut nak jadi calon sebab kalau kalah pun UMNO bagi itu dan ini). Pak saya memang cenge! Sbb dia cenge dan banyak pupuk semangat nak berjaya dalam diri kami, dapatla kami adik beradik keturunan orang ulu nie jadi doktor, cikgu dan pegawai kastam. Memang betui kata Tun sekarang nie orang melayu dah tak dak faith dalam jiwa depa macam orang – orang lama seperti pak saya.. Depa orang lama macam Tun, pejuang Melayu tulen!

  502. Salam Tun,
    Yang kuat menolak PPSMI tu ibubapa yang lemah bahasa Inggeris dan tidak mahu berusaha lebih untuk membantu anak mereka menguasai bahasa Inggeris.
    Pelbagai alasan diberikan untuk menolak PPSMI, antaranya ianya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berat sebelah kepada murid-murid luar bandar kerana infrastruktur dan kemudahan pembelajaran jauh ketinggalan berbanding dengan di bandar.
    Tidakkah mereka sedar dengan menguasai bahasa asing, pelbagai pintu pengetahuan terbuka untuk diterokai.

  503. Hai lah nasib ya Tun, Salam Tun,
    Memang itu la lumrahnya sejarah manusia, kemajuan bangsa sendiri sentiasa nak kita sekat. sebabnya dengki, takut akan hilang kuasa, generasi muda lebih pandai. tapi memanglah generasi muda mesti lebih pandai kalo tidak mana ada kemajuan. Pendidikan lah satu-satunya cara yang paling baik (jangan harap duit boleh beli kemajuan) Orang kita ini asyik ingat orang kampung yang bodoh … Tapi orang yang ingat itu orang pekan… macam dia itu sedang berbudi kat orang kampung.. mungkin cuba untuk kekalkan kemunduran orang kampung supaya dia itu boleh lah cari alasan untuk hujah sendiri. orang kampung masih mundur.. hai kita dah merdeka lama … dah banyak buang duit kat kampung tiap tiap RJP dibuat…
    Hai nasib la orang kampung ini adakah mereka dibela atau dibelah???

  504. salam tun,
    semoga tun sekeluarga sihat sentiasa. Syukur Alhamdulilah sebab saya dapat peluang belajar di luar negara melalui biasiswa kerajaan. Memang diakui tidak semua mendapat “nikmat” biasiswa ini. Namun rezeki Allah yang beri dan dapat tak dapat, sudah tentu ada himahnya.
    Terima kasih tidak terhinnga kepada Tun yang telah banyak berjasa kepada negara.

  505. Tun,
    ternyata orang dahulu bernasib baik kerana disebalik kemunduran ekonomi dan kepayahan hidup, jati diri anak melayu pekan atau ulu sentiasa diuji. Ujian demi ujian mematangkan anak melayu angkatan Tun, dan menyediakan generasi muda zaman TUN menjadi aset agama,bangsa dan tanah air.
    saya mohon Tun dapat menulis kenapa MELAYU MODEN yang kini mudah lembik namun menjadi keras bilamana memenuhi tuntutan nikmat dan nafsu.
    Saya juga ingin tahu bagaimana TUN mengasah minda TUN untuk menjadi seorang strategis yang kritis

  506. Hehehehe… Orang ulu ke orang pekan ke, janji usaha kena lebih, baru boleh dapat apa yang kita usahakan, cepat atau lambat je yang membezakanya

  507. Dear Tun,
    Melayu Mudah lupa
    selalu kata tak pa
    Semua Melayu serupa
    Tanya pasal apa?
    Kerana Melayu tak ada kepala
    kurang baca
    malas kerja
    seronok suka-suka
    dapat kontrak orang lain kerja
    hanya pandai buat cerita
    cerita semua karut belaka
    Melayu bila dapat kuasa
    terus rasuah merata-rata
    sombongnya tak terhingga
    tak takut dosa
    maruah tergadai tak apa
    asal hidup bahagia sentosa !!
    Hai lah nasib Melayu, Tun kata.
    Hai ya itu Melayu, orang lain kata !!

  508. *****************************************************************
    KINI SELEPAS 50 TAHUN KEMERDEKAAN ….ORANG-ORANG KITA SEMUA DAH JADI ANAK-ANAK BANGSA MALAYSIA..YANG TERHORMAT..TERCINTA…TERPELAJAR.. HIDUP AMAN-DAMAI ,BANGGA DAN BAHAGIA…KERANAMU MALAYSIA…KERANAMU BAPA PEMODENAN MALAYSIA..TUN DR MAHATHIR MOHAMAD…!
    THANK YOU VERY MUCH,SIR…!
    AMAT YAKIN DAN BANGGA SEMASA TUN JADI PM MALAYSIA…..!
    SEMOGA TUN SENANTIASA SIHAT-SEJAHTERA DIBERKATI TUHAN SELAMA-LAMANYA.
    *****************************************************************

  509. salam tun,
    saya dapat tangkap apa yang tun cuba tulis (isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ..tulisan tun kali ini amat dekat dengan saya kerana saya juga orang Alor Setar( kembali ke ejaan asal)yang kini mencari rezeki di kota Kuala Lumpur..seperti Tun sedia maklum, orang ulu ini selalunya dirujuk kepada orang melayu yang tinggal dikawasan pedalaman dan luar bandar..Saya sendiri sebenarnya adalah anak kampung(bukan orang ulu) yang dibesarkan oleh kakak saya di pekan Alor Staq..Tun, saya percaya manusia itu diciptakan sempurna dengan akal fikiran oleh Pencipta Yang Satu (tidak kira Orang Ulu atau orang pekan).. Ramai yang mengatakan anak-anak melayu dikawasan pedalaman ini tertindas oleh perlaksanaan PPSMI(ramai juga yang melanjutkan pelaran di SBP, MRSM dan sekolah berasrama),.. keputusan UPSR, PMR dan SPM baru-baru ini boleh dijadikan rujukan. Mungkin ada kebenarannya, tapi saya amat tidak setuju PPSMI dihapuskan dan matematik dan sains kembali diajar dalam bahasa Melayu..bukan saya tidak sayangkan anak-anak bangsa kita, tapi berilah masa untuk dasar PPSMI ini memberikan kesan yang kita semua harapkan..kaji dulu apa masalah-masalah yang menghalang anak-anak Melayu di pedalaman menerima PPSMI ini(terlalu banyak masalah dan kekangan)sebelum kita terus menolak PPSMI..betul tak tun??

  510. salam Tun..
    I totally agree with u.
    Setiap manusia ada potensi masing-masing, orang ulu atau orang pekan, semuanya sama. Cuma perbezaannya cuma peluang.
    Untuk pengetahuan Tun, ayah saya dulu pun orang susah juga, tapi itulah yang amat saya banggakan pada dirinya.
    He struggled, and he found himself a decent place in the society – because he never gave up.
    And now, I’m his 17-year-old girl who lives in comfort – never known what it was like to lead a harsh life like he did. He made sure of that.
    But I know my life has just started.
    I wanna be a doctor, just like you.
    I wanna be a prime minister, just like you.
    I wanna make a change in this world, just like you did.
    All I need is a few chances to prove myself. But like you said, some people just love to be discriminative.
    Tun, I just wanna you to know that this blog gives me inspiration, and undoubtedly to many others as well.
    Keep it up.
    I went to KLFCW’s Forum of Palestine to listen to your speech, coming directly from perak by bus.
    But it’s all worth it, I felt a swelling pride being the next generation of Malaysian, and looking at you upon the stage, I had a picture framed inside my mind of the leader i want to become.
    Thank you Tun, for being an inspiration. May Allah bless you always.

  511. Tok det.
    saya pun orang ulu jugak..
    tp alhamdulillah,berkat kesabaran dan kesungguhan.
    berjaya kami cipta Landskap terindah untuk Tok Det
    di Putrajaya nuh..
    masih teringat betapa perit jerih kami memeras otak
    untuk merealisasikan impian Tok Det.
    la ni kami bangga…Putrajaya dimata Dunia..Hasil orang ulu
    Teringat zaman belajaq kat Aloq Staq,Tongkang Yard dulu,
    rumah Tok Det belakang kilang ais tu…dok balik naik
    bas ekspress tu..mesti lalu depan kilang tu dulu..
    depan rumah Tok det..
    Tok det,
    masih saya simpan tandatangan istimewa Tok det dengan
    Nek Asmah di buku Lanskap saya…..akan saya simpan
    sampai bila-bila…

  512. Assalamualaikum Tun,
    Saya juga anak kelahiran ulu juga walau pun arwah ayah saya berasal dari pekan (Setempat dengan Tun di Seberang Perak). Sebagai guru dia berkhidmat di tempat tempat ulu termasuklah di Hutan Kampung, Tunjang dan lain lain. Saya ada terbaca dalam diari arwah yang menyebut mengenai Tun semasa Tun menjalankan Klinik MAHA di Pekan Melayu suatu ketika dulu dan arwah pernah mendapat rawatan dari Tun juga.
    Namun saya dilahirkan di pendalaman ulu dan sangat berbangga juga dengan tempat kelahiran saya. Saya membesar dalam suasana ulu pendalaman. Sekarang tempat kelahiran saya dah tak berapa ulu lagi sebab perjalanan ke Alor Setar pun dah tak sampai satu jam dengan kenderaan.
    Alhamdulillah anak anak orang ulu juga dapat belajar sempurna sehingga dapat berkerja di bandar bandar besar dan menjawat jawatan yang sesuai juga dengan tahap pengajian kami.
    Saya mendoakan agar Tun terus panjang umur dan dapat menyiapkan buku sejarah kehidupan Tun dari kecil sehingga ke saat terkini. Mudah mudahan Allah melimpahkan rahmat kepada Tun dan keluarga.

  513. Dear Tun,
    It is so nice for me to image you, a young boy sitting chair in a school with orang ulu. I have never actually sat down and imagine … my beloved Tun was once a school boy like me… I guess everyone has to start somewhere.
    I love this particular post because it touches on what I have always believe in. We are all made equal, regardless of our colour, race, religion. Every race in the world has it’s share of good and bad apple. If the saying “a rotten apple spoils the whole barrel” is true then what hope do we all have.
    I believe the one thing that distinguish the good apple from the bad apple is the attitude we have on life. Regardless of whatever obstacles in our way, if we have the right attitude we can make the difference.
    We Malaysian have always had good leaders who ensures peace and prosperity in our country. We are not perfect, we have our pros and cons, we are not the best country in the world; we are less fortunate to some and we are very fortunate to other.
    Regardless of our colour, race and religion, I dare say we are very pampered. I think most of us have forgotten our roots. We have forgotten the price our ancestors paid for the peace we enjoy today.
    Maybe one day the truth will smack us on our face. Then we will realise we are no different from one another, we will stop treating each other differently. We will see each other as one race “Malaysian”.
    Hopefully then we will realise the cost of peace.
    Good night Tun.
    SUNLee

  514. salam tun,
    buat pengetahuan yg berbahgia tun,saya pun org ulu jugak,ulu s’wak..
    mintak ampun tun,saya tak faham langsung pucuk pangkal cerita tun kali ni.. boleh tak terangkan..seterang2nya? maaflah saya ni tak faham kalau cakap berlapis2..maklumla bodo..belajarpun tak tinggi mana..
    oklah tun,saya mohon diri dulu.. nanti gelap sangat tak jumpa pulak jalan balik..maklumlah.. ulu..darat pulak tu..manalah org kerajaan heran kat kami nih..(kecuali bila time undi)
    HAI LA NASIB..

  515. Pedas tu Tun. Ini mesti ada kena mengena dgn protes org2 kita yg menentang penggunaan Bahasa Inggeris dlm matapelajaran Sains dan Matematik.
    Betul la tu. Klu kita sendiri tak bagi peluang utk org kita sendiri maju, siapa lagi yg bela nasib bangsa sendiri?

  516. YAB Tun …
    Bercakap pasal orang ulu teringat kisah tanda tanda nak kiamat; selain wujudnya bangunan mencakar langgit sebagai tanda hampir kiamat , ialah bila orang ulu turun bandar pakai kasut,hehehe…biasa mereka tak pakai kasut..bila mereka sudah pandai pakai kasut bila pergi bandar itu tanda nak kiamat…

  517. Tun,
    Saya setuju dengan pendapat Tun org ulu bolehberjaya jika diberi peluang. Tetapi zaman ini zaman mengejar peluang dan jika terlambat peluang tu dikebas orang lain. Kita tak boleh lagi nak berangan sambil tunggu peluang tapi kena bersaing untuk mengejar peluang kerana kita kena bersaing dengan bangsa lain dan depa sekarang pun asyik pijak kepala kita.
    Orang Bandar tak ada masalah kerana mereka telah didik untuk merebut peluang yang ada,bagaimana pulak dengan orang kampung? Sebenarnya mereka bukan bodoh tetapi mereka takut kerana mereka tidak biasa dengan budaya yang ada sekarang. Sekiranya mereka mendapat pendedahan sama seperti orang Bandar,rasanya orang bandar mungkin ketinggalan.
    regards

  518. Tun, I agreed with what you said, “if people stop us our opportunity”, how can we know whether we can achieve higher performance?
    So, I hope government Malaysia will remove any form quota system and let the people from all ethnics to contest on fair ground and do the best for this beloved country Malaysia.

  519. Assalamualaikum Ayahnda.
    Banyak makna yang tersirat disebalik coretan ayahnda kali ni.
    Teringat pula pepatah melayu lama… “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..”
    Usaha untuk memajukan bangsa telah banyak dilakukan pada zaman ayahnda tetapi kini ada banyak pihak cuba secara langsung atau tak langsung menyekatnya.
    Hasil dari setiap usaha bukan datang sekelip mata, tetapi memerlukan kesinambungan perlaksanaannya. Contoh yang terbaik adalah Pembelajaran bahasa inggeris di dalam Sains dan Matematik.
    Ntahlah ayahnda…, mungkin ramai yang belum buka mata dan minda untuk kemajuan bangsa sendiri.
    Orang tua2 zaman dahulu menanam pokok buah-buahan untuk kesenangan serta kemudahan anak cucu di masa depan. Tetapi orang zaman sekarang lebih senang beli terus di kedai. Tak payah susah2 nak tanam.
    Semoga Ayahnda sekeluarga sentiasa bahagia.
    Salam dari pmtg pauh.
    Che wan
    http://pusakaayahnda.blogspot.com/

  520. Salam Ayahanda Tun,
    1.Saya pun org Kedah juga – lahir di Simpang Kuala.
    2. Punya la lama tak balik, tak sangka Simpang Kola pun dah jadi “bandaraya” …
    3. Orang dulu, orang la,
    orang Ulu, orang Simpang Kola,
    pada saya tak patut ada beza…kita sama saja..
    Salam rindu untuk Bonda Hasmah

  521. Askum. Tun,
    I’m really in favour of your comments. If you have trust and opportunities do grab it and excel in your future. Anything is possible. Rgds n Wassalam.
    Nik S

  522. Dear Tun,
    Below is an interesting article written by Halimah Mohd Said. I think she is a Datin and a daughter of former MB of Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Said. This article appeared in the Sun paper yesterday.
    Tough call for Umno
    IT IS painful to see the party that fought for our country

  523. salam…
    saye setuju dgn pendapat Tun…
    orang Melayu mmg hebat kalau diberi peluang…sejarah pun dh membuktikannya…oleh itu,masyarakat mesti saling mempercayai akan kebolehan org lain…x boleh la nk pandang rendah…

  524. Salam,
    Tun…saya setuju pandangan Tun…. saya pun mai dari Kola nerang… org kata Kola Nerang tu ulu jugak lah..now saya dah Jadi Engineer..kira oklah..Alhamdulillah….Semoga Tun Sihat selalu…

  525. Salam Tun,
    Pada pendapat saya, yg membezakan seseorang itu bukanlah dari mana dia berasal, ulu ke, pekan ke mahupun bandar.
    Cuma sikap dan pendidikan yg diterima sahaja yg membezakan seseorang itu sama ada dia bagus atau tidak. Selebihnya banyak bergantung kepada persepsi masyarakat yang selalunya kurang tepat.
    Take care Tun. I still simpan my family picture with you and Tun Dr Siti Hasmah… 😉

  526. org melayu awal banyak yang berkualiti. orang melayu sekarang yang intermediate ni banyak yang ckp saja ada kualiti tp otak kosong.
    haih nasib.

  527. Salam,
    betul ckp Tun, org Melayu yg pandang lekeh org Melayu sendiri ibarat “Nizar minghina Sultan”
    Kat bandar pun ramai yg buta kayu, buta hati lagi ramai
    kat kampung buta it yg banyak tp hati masih lagi celik

  528. Jika kita nak berada di atas kita perlu berkorban terlebih dahulu. Langgar syarat/hukum tak apa. Bila dah kat atas, dah ada kuasa, boleh kita ubah dan bawa mengikut kehendak dan cara kita.

  529. Salam Tun,
    Semoga Tun sihat selalu,
    Harap Tun dapat kongsi cara Tun dibesarkan oleh orang tua Tun dulu.
    Semoga ia dapat membantu kami semua.
    Terima kasih.

  530. BY-PARTISAN THINK TANK,
    YAB TUN, Can a country gather acadmeicians, technologist, financiers and great brains to act as a by-partisan think tank that can be the reference back bone for the government of the day. Other than a few, most portfolio holders are not trained and tested to helm the critical steering on behalf of more than 25 million Malaysians.
    Politicians have a political agenda and priority – that is their profession.
    Before I expand further, can you drop a reciprocation here?
    MANZIN

  531. nape tun, bernostalgia pulak. Teringat isu apa?
    saya plak, generasi muda (bukan ulu, bukan pekan) mmg bersyukur sgt la, Allah kurniakan pemimpin-pemimpin berkaliber mcm Tun. senang sikit hidup la ni, terima kasih atas segala pengorbanan… 🙂

  532. Salam Tun yg dihormati,orang yg mengatakan orang kampung tak boleh belajar B.I adalahlah manusia2 tamak kpd diri sendiri tetapi hantar anak2 mereka kesekolah atau kolej yg cermelang B.I utk anak2 mereka.Tetapi membantah anak2 kampung belajar B.I dgn alasan bahasa melayu akan hilang didunia kalau belajar sains dan matematik dlm B.I.Takut- takut anak2 kampung jadi pandai2,dengan biarkan anak2 kampung jadi bodoh selamanya………..

  533. Sir, I am a student, 17 this year, currently studying in Sekolah Sri Bestari (Bandar Sri Damansara). BAsically, I am not here to post any comments about what you’ve wriiten but I am here for a humble request. I did not had any medium to communicate with you, sir and that is why I chose this comment box to do so. If I am misusing the occurence of this tool, I am sorry.
    Actually, sir, this is something personal. If you do not mind, really really do not mind, could you send me an email, sir ? I can tell what I wanted to say through that. Please sir, I will wait. By the way, this has got nothing to do with politics, I promise. I will also not affect your privacy by giving your email to anyone. If you do trust me, please help me sir, I am a young teen in need of your guidance (we need it!!!). Thank you for considering sir. My email is [email protected]

  534. Salam Tun,
    Saya menyokong 100% apa yang tun kata kan. Zaman sudah berubah dan begitu juga dgn kemampuan kita orang melayu. Tiada beza antara melayu bandar atau luar bandar, yang penting keazaman dan kesugguhan untuk menjadi lebih baik dan maju seperti orang lain.

  535. Assalamualaikum
    Dalam sunnguh pengertian tulisan Tun kali ini. Buat saya terfikir sejenak. Untuk pengetahuan tun, ramai kenala saya asalnya dari bumi sabah/sarawak (pribumi) dan mereka semua amat cemerlang malah banyak kelebihan dari kami yang bumiputera melayu ni.
    Terima kasih Tun

  536. A’laikum Tun,
    I really love this kind of story. Very humble topic and make me miss my country..MALAYSIA BOLEH!
    Take care Tun…
    W’salam.
    Kiara,UAE.

  537. selalu juga saya dengar ayat… “nak tipu orang kampung bolehlah…”
    macamlah orang kampung ni bodoh-bodoh belaka. seingat saya orang bandarlah yang banyak ketinggalan sebab diorang takde masa lapang keje-keje-keje yang budak-budak muda main game.
    berlainan orang kampung aktivitinya penuh dengan kemasyarakatan. surat khabar hari-hari baca. anak-anak muda dari kecil lagi sudah diajar pagi pergi sekolah, petang pergi balajar agama, malam pergi ngaji.

  538. YABhg Ayahnda Tun,
    You are a man, a Malay and a leader with wisdom. Thank you.
    You have succeed in creating a new breed of Malay. The Malay engineers of automotive, oil gas; the malay top surgeon with IJN, SJMC n etc; the Malay, however few of this forget their history and family root.
    They care less on the kampung people…and see them as uncivilzed breed of Malay. Melayu tends to foget and likes to forget.
    But still the success is yours ayahanda Tun, you, Tun Razak, Tun Hussin, Tengku, Tun Dr Ismail, Ku Li was our (the malay) mastermind. TQ Ayahanda Tun

  539. Tun, Saya bersetuju 100 peratus dengan Tun.Kalau kaum lain boleh menguasai lebih daripada dua bahasa, mengapa kaum Melayu juga tidak boleh berbuat demikian?Takkanlah sedikit istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pun pelajar Melayu tidak faham.Pada pendapat saya istilah sains dan matematik yang diambil daripada bahasa Inggeris, Latin dan Arab, lebih mengelirukan apabila ditukar ke bahasa Melayu.Seperti Tun, saya juga seorang pencinta bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama tidak salah bagi kita menguasai lebih daripada satu bahasa pertuturan. Bayangkan apa akan jadi jika duta kita tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris dan kurang maklumat di peringkat antarabangsa, bagaimanakah negara kita akan dapat berjuang di peringkat antarabangsa?
    Pada masa sama, saya harap Tun jangan lupa menulis autobiografi Tun semasa jadi PM kerana setahu saya tidak ada seorang pun bekas PM kita sebelum Tun yang menulis biografi masing-masing.Jika bekas PM Singapura ada memoirnya, saya harap Tun juga berbuat demikian.Banyak kisah menarik terutama di belakang takbir yang perlu diketahui oleh orang ramai.Sekurang-kurangnya selain Lee Kuan Yew, kita juga ada versi lain daripada kaca mata Tun sendiri tentang hubungan Malaysia-Singapura dan pemimpin-pemimpin lain termasuk di tanah air sendiri.Salam Tun.

  540. Assalamualaikum,
    Sungguh halus Tun menegur, ada makna yg dlm tapi lembut. Ikut andaian saya ini adalah berkenaan pengajaran bahasa Inggeris yg ada sesetengah pihak yg cuba utk hentikan dgn andaian bahawa org kg akan ketinggalan.

  541. salam tun
    apa ni Tun.saya pun melayu tapi tak penah pun saya kata orang kampung bodoh.bukan apa,saya pun orang kampung jugak.hehe.semoga tun dan keluarga sihat selalu.

  542. Saya orang ulu gak Tun. Bapa saya orang Sik, Kedah (saya rasa Tun tahu betapa ulunya Sik dan dialek depa lain drpd yang lain). tapi disebabkan kebijaksaan pemimpin yang berjaya mencipta peluang pekerjaan dan berusaha menaikkan taraf ekonomi penduduk Malaysia, maka kami semua dapat keluar dari kepompong “ulu” and miskin dengan usaha ibu bapa kami juga. mereka tidak hanya berserah kepada takdir, toreh getah/ buat bendang. Dunia ni luas, macam2 ada. Malaysia ni peluang banyak tapi masih ada orang tak puas hati dan tak bersyukur, kata macam-macam dekat kerajaan. Kerajaan tak buat itu lah, tak tolong orang susahlah, abiskan duit rakyatlah (btw, yang dok komplen byk pasal abiskan duit rakyat (cukai) ini saya forecast 30% golongan berpendapatan rendah yang tidak membayar cukai – bising mcm tong kosong jer).
    Sebenarnya semua kena usaha. Peluang tu ada, dan ingat rezeki Allah yang bagi, bukan UMNO, bukan BN, bukan YB. Saya sangat berbangga dengan ibu bapa saya yang berjaya sekolahkan kami adik beradik ke peringkat ijazah. Semua sudah berkerjaya hebat-hebat. Saya bukan nak puji keluarga sendiri, tapi itulah hakikatnya. Usaha Tangga Kejayaan. Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk kami berusaha dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t. ke atas rezeki yang dikurniakan kepada kami. Amin.

  543. Salam Nenda yang dihormati..semoga nenda berdua sentiasa sihat dan dirahmati Allah sentiasa,
    Dalam maksud nukilan nenda kali ni, hmm.. hanya jauhari yang mengenal manikam..

  544. With all the assistance that the government gives you malays if you can even get ATLEASTTTT a degree then you malays are more then ULU.
    And by the way for all of you proud malays out there that think malaysia belongs to you, grow up cause this land called EARTH doesnt belong to anyone.
    You just make up the majority, because you multiple like roaches.
    For all that have a problem with my statement is because it is the truth.
    Ask Mahathir he is disappointed with you all too.

  545. Salam TDM dan TDSH,
    Saya tersenyum sendiri apabila membaca entry TDM yang ini…seronok sebenarnya apabila TDM berkongsi cerita dengan kami semua… memang betul kata TDM… kalau kita tak beri peluang macam mana kita nak tahu kemampuan kita.. tapi bagi saya…pada zaman sekarang peluang terlalu banyak, depan mata pun ada… dan salah satu masalah orang melayu ni, dia takut nak mencuba… takut pada kegagalan…. sedangkan daripada kegagalan itulah kita boleh belajar banyak perkara dan dalam masa yang sama, kita perbaiki kesilapan kita….
    Semoga TDM sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.. Amin…

  546. Salam Tun,
    Saya pun orang kampung yang diberi peluang belajar di luar negeri. Kalau dulu peluang untuk orang ulu atau orang kampung, memang diberi pada mereka. Tapi sekarang ni peluang ini telah diambil oleh anak-anak orang pekan yang ada KENALAN walaupun meraka ini jauh kurang cerdik dari orang ulu atau orang kampung.
    Kalau tak percaya, cuba perhatikan calun-calun untuk kemasukan ke IPTA sekarang ini. Berapa ramai kouta VC, kouta menteri, dan macam-macam kouta lagi. Anak-anak orang kampung yang tak ada kenalan tak akan dapat memasuki IPTA sekiranya tak mendapat keputusan SPM yang benar-benar cemerlang………….

  547. Salam Tun,
    Apa kabar? Ini pertama kali saya beri comment dalam blog Tun. Saya setuju dengan Tun pasal keadaan orang dulu dan sekarang. Dan saya juga mengaku dengan kelemahan orang melayu kita sendiri termasuk diri saya sendiri.
    Sekiranya peluang disekat pada kita semua tidak kiralah bangsa apa sekali pun, semestinya kita susah hendak capai kejayaan. Pada saya, orang2 dahulu jauh lebih bijak dari orang sekarang kerana pada masa itu bahan2 rujukan, facilities terlalu kurang. Walau bagaimana susah pun keadaan dahulu, tetap juga orang lama mampu capai kejayaan yg cemerlang. Zaman sekarang semuanya sudah lengkap dengan Internet dan macam2 lagi. Tetapi, tetap juga orang melayu gagal malah lebih teruk. Mungkin terlalu manja dan disalah guna semua facilities tu.
    Kita malu dengan pencapaian kita yang tak kemana pun. Ambil contoh di India, institution seperti IIT, Hyderabad di India dimana ramai IT experts dari situ, dan bangsa mereka yang bekerja di Microsoft, Google, etc. Dan juga sudah launched its first rocket to the moon tahun lepas.
    Mungkin di Malaysia, kena rujuk balik sistem pelajaran kita dan janganlah asyik focus kepada bangsa sahaja. Saya tidak tahu sangat perkembangan di M’sia sekarang sebab dari awal tahun 2008 saya sudah mula kerja di USA sini dengan H1-B visa saya. Cuma saya terbaca utusan online tahun lepas di mana pelajar2 melayu berarak tidak setuju ITM dibuka pada bangsa lain dan saya berasa sangat malu.
    Untuk sistem pelajaran di M’sia, mungkin kita cuma exam-oriented sahaja yang mana pelajar2 akan bergantung pada kertas ijazah semata2. Dalam masa yang sama, orang sekarang cepat bangga dan berpuas hati dengan apa yang mereka capai. Padahal, sekiranya kita bandingkan dengan negara2 lain, terlalu banyak yang kita tertinggal dan pencapaian kita itu sebenarnya ‘it’s not a big deal at all’. Kita sepatutnya berasa malu.
    Zaman sekarang sudah terlalu competitive, jadi kita kena bersaing kuat dan pada masa yang sama kita share the knowledge. Selama saya berkawan dengan software developer di sini, dari India, dan negara2 lain, inilah konsep yang mereka pakai. Dan masih banyak lagi yang kena explore. It’s never ending. Apa yang saya tahu semasa saya bekerja di M’sia tahun2 dulu, orang kita cuma condemn dan tak puas hati expatriates bekerja di M’sia dengan gaji yang tinggi. Itu saja yg orang kita tau buat tiap2 hari. Diri sendiri kita tak kaji. Sekiranya bangsa2 american sini comdemn saya sebab saya expatriate di USA sini dgn high bill rate per hour, dah lama la saya balik cari kerja balik di M’sia.
    Jadi, untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang tu, kita kenalah berkawan dengan semua bangsa, sama2 bersaing, dan kena ikut perkembangan. Janganlah kita cuma jadi bangsa ‘jaguh kampung’ sahaja seperti bola sepak di M’sia. Cuba lihat pencapaian Nicol David tu.
    Saya bangga dengan pencapaian Tun dan apa yg Tun sudah sumbangkan pada negara. Memang sedih dgn apa yang dah jadi semasa PakLah, Khairy, dan kuncu2 mereka selama ni. Yang senangnya orang2 politik juga, yang susahnya masih rakyat juga. Kebanyakannya cakap tak serupa bikin.
    Harap2 tahun ni dengan prime minister yg baru akan jadi lebih bagus. We’ll see.
    Best of luck,
    Azim
    .Net Consultant
    Wexford, PA USA

  548. Asmkm Tun,
    Memang benar sekali pandangan Tun. Lo ni orang melayulah yang dok perlekehkan melayu. Orang melayulah yang nak jatuhkan melayu dan orang melayulah yang dok bergaduh sama melayu. Hai….nasib, nasib….!!! Teringat pesan Tok Angtuah “Tak kan melayu hilang di dunia”, tapi untuk apa????

  549. salam bahagia buat Tun sekeluarga 🙂
    saya setuju dengan pendapat Tun, jika ramai kaum Melayu diberi peluang sudah pasti ramai yang akan berjaya. Tapi boleh Tun komen sket pasal golongan yang berfikiran “ahhh takpa…kalau aku x berjaya sekarang pun, nnti bapak aku bley tolong. bapak aku ader kabel besar ngan si polan si polan”
    hehehe geli hati saya 😀
    trimas 😀
    -cik na
    *p/s: buat mak som & abah usop, adik rindu sangat kat mak abah…nnti keje adik da siap adik amek cuti panjang n balik kg yer… 😀 semoga sejahtera slalu hendaknya 🙂

  550. Salam Tun, semoga sihat.
    1. Rasanya anakanda faham isi yang tersirat, bak kata pepatah ‘siapa makan cili dia rasa pedasnya’. Pembangunan sesuatu bangsa itu bukanlah terletak sepenuhnya pada bahasa Ibundanya, apa salah jika kita mempunyai ibu angkat ( bahasa Inggeris).
    2. Bagaimana orang Melayu hendak maju jika tidak berani mengubah, ubah bukannya bermaksud anda melupakan sesuatu. Sebagai contoh, pelajar Melayu yang belajar di sekolah Cina sejak tahun satu tidak pernah pun saya lihat lupa akan bahasa Melayu. Malah markah mereka di dalam subjek itu adalah lebih baik.
    3. PPSMI mempunyai objektifnya sendiri didalam membantu bangsa Melayu dan bukannya bermaksud untuk melemahkan mereka. Sebagai seorang mahasiswa di jurusan Kewangan Antarabangsa saya adalah saksi terbaik di dalam bukti kejayaan PPSMI. Pelajar yang lahir pada 1986 belum lagi merasai PPSMI, manakala pelajar yang lahir pada 1988 sudah merasainya. Pelajar 1986 bagi saya tidak dapat menandingi pelajar 1988 di dalam subjek yang di ajar. Bahkan, prestasi pelajar bukan Melayu adalah lebih baik dari pelajar Melayu.
    4. Pelajar Melayu di IPTA hanya tahu ‘copy and paste’ manakala bukan Melayu tahu ‘read and discuss’. Tetapi ingat, itu adalah bagi pelajar Melayu tahun 1986 kerana pelajar Melayu tahun 1988 sudah tahu ‘read and discuss’. Semuanya masih lagi bertutur dialek ‘Kelate, Utara, Nogori, Sabah ba, Sarawakh, Gannu, dan Selatan’.
    5. Kita tidak akan menjadi bijaksana dengan kebijaksanaan orang lain, tapi kita akan berpengetahuan dengan pengetahuan orang lain. – Michel De Montaign.
    Rasanya yang makan cili sudah sedar yang perkataan ‘cili’ itu pun berasal dari bahasa asing. Jadi makanlah ‘lada’ yang manis selepas ini.

  551. salam ayahanda Tun dan semua forumer
    itulah lumrahnya kebanyakan orang melayu especially orang melayu suka menghukum bangsanya sendiri tengok lah sekarang ini apa yang dah jadi kepada bangsa melayu ….///

  552. sekarang melayu suka anggap melayu lain bodoh Tun..tgk je lah gaya anak2 muda tak kira pekan ke ulu ke tgh bandar ke dalam gua ke,semua kalau bercakap mesti,”kau ni bodoh la”,”weh bodoh dengar sini”,”hahaha,bodoh gila kau ni”..kalau Tun x percaya boleh pasang je telinga anak2 muda melayu suka guna perkataan bodoh..dah la guna perkataan bodoh perkataan “gila dan sial” pun mesti ada sertai punya,baru meriah..inilah budaya melayu skang,(dulu pun ada kot) suka melabel orang lain bodoh,padahal diri sendiri bukan saja bodoh,malah bebal dan dungu dan setaraf dengan nya..
    -saya bercakap benar kerana saya sendiri pelajar ipt dan dah naik muak dengar perkataan yang sama ulang kali “bodoh la..”

  553. salam tun, begitulah sifat semulajadi manusia tanpa kira bangsa,agama dan negara.Demi mengejar cita cita dunia, fitnah dan mengata menjadi budaya .Tanpa memeriksa,maruah diperkosa .Tanpa hati yg ikhlas,matilah jiwa.
    wasssalam

  554. Assalamualaikum Tun,
    Saya bersetuju 100% dengan pendapat Tun. Manusia ini Tuhan jadikan sama sahaja di sisiNya. Jika insan diberi peluang insyaallah dengan sikap ketekunan. kesabaran dan ketabahan mereka mampu mencapainya.
    Saya bersyukur kerana melalui dasar yang Tun perkenalkan iaitu Dasar Pandang Ke Timur saya mampu bersaing rapat dengan bangsa Korea dan Jepun. Malah kita lebih hebat dari mereka jika mengamalkan SIKAP yang betul.Terima kasih Tun.

  555. Dear Tun,
    Just exactly what are you trying to tell us?
    Do not look down on others?
    May Tun stay healthy always.

  556. salam,
    semoga kisah hidup Tun akan minggalkan kesan yg bermakna dalam masyarakat Malaysia melayu Amnya.

  557. Assalamualaikum Tun, Apa yang tun cakap tu semuanya boleh terima, melainkan… hai la nasib.
    Dalam laman tajdid dot com, ada disiarkan artikel saya tentang 50 tahun yang tak bererti dan 50 tahun di tipu. Walau pun tulisan ini adalah sebagai suatu outburst akibat PAS kahwin dengan DAP, namun, saya sudah pun mempunyai idea bagaimana Melayu boleh bangkit. Saya telah pun paparkan dan astora telah pun siarkan. Cuma orang besar saja yang tak layan.
    Masalahnya bila saya tanya tak siapa yang jawab. Nik Aziz (MB Kelantan) hanya komen setakat ‘berani’ aje, tapi memo saya langsung tak dipedulikan. Alih-alih disuruhnya saya berjumpa dengan exco dakwah, ust. hassan mahmood dan dia persoal memo saya, tapi bila saya katakan : jangan lah tanya tentang jumlah ahli keluarga saja, tanyalah juga apa masalah dalam keluarga (bila nak kutip zakat). Lantas, dia pun bangun, dan berikan sokongan pada memo saya. Tu aje. Sokongan yang tak bergerak ke mana-mana.
    Dek memo zakat saya tu, nama saya bising di MAIK. Tapi setelah diterangkan kenapa ada kritikan tentang cara memungut zakat, adalah sebahagian dari komponen memo, maka mereka pun senyap. Itu pun perlu melalui kawan di Balai Besar.
    Sekiranya agama Islam anutan orang Melayu tidak bergerak pada paksinya yang sebenar, maka Tun pasti akan terus berkata : hai la nasib!!!
    Kita mesti cuba, dan terus mencuba. Lagi pun, apa sangat lah dengan 50 tahun. Masih muda dan sepatutnya diteruskan lagi dengan lebih gigih. Lebih-lebih lagi la ada cendikiawan Islam dan ulamak. Semua perlu diajak berbincxang, tak kira sama ada kaki bodek, kaki ampu, ulamak terompah, ulamak sempit atau sebagainya. Ummah perlu berbincang!!!

  558. Assalamualaikum Tun
    kita mmemabg boleh kalau diberi peluang yang sewajarnya..
    semoga tun terus berjuang demi nasib anak cucu cicit bangsa…

  559. Salam Tun,
    Yay…Im the first to give comments 🙂
    Tun, lani baru saya tau yg di Kedah pun ada Orang Ulu…
    Pada pendapat sayalah, tak kisahlah orang Ulu ka atau orang Pekan yang penting diri sendiri tu sama ada mereka nak buat atau tak!
    Kalau tak cuba tak tau apa hasilnya nanti tapi kalau tak cuba langsung memang akan jadi bodohlah untuk selama-lamanya…
    Sekian, terima kasih..
    Taka care Tun!

  560. INI MESTI SINDIR PASAL PPSMI NIE.?TAK APALAH TUN…BAIK KITA ORANG MALAYSIA JADI ORANG ULU AJE…TAK PAYAH LAGI JADI ORANG MELAYU ATAU MALAYSIA….GUNA BAHASA INGGERIS PASTI PANDAI SAINS DAN MATEMATIK SECARA AUTOMATIK TAK PAYAH NAK FAHAM ILMU SAINS KALAU PAKAR DALAM BAHASA INGGERIS PASTI DAPAT MENGUASAI SAINS PUNYA…KALAU TAK PERCAYA TENGOK ORANG INGGERIS DIA PANDAI BAHASA INGGERIS SEBAB TU LAH PANDAI MATEMATIK DAN SAINS..HE HE HE

  561. Assalamualaikum Tun,
    Hai la nasib…lucu la Tun ni.
    Ala hai nasib orang Melayu la ni kan Tun. Saya pun dah naik keliru apa sebenarnya yang orang Melayu nak. Saya setuju semua Melayu di bandar ke di kampong ke belajar bahasa orang putih, tapi ada depa ni dok kata tok sah tok sah, sampai saya jadi keliru.
    Kadangkala saya pun dok pikiaq kesian juga budak-budak kampong ni belajaq bahasa orang putih (terpengaruh dengan ala pikiran yang bangkang ni la) dan di samping juga tu saya bangga bila depa ni jadi lebih pandai dari budak-budak pekan.
    Ya Tun betul peluang jangan di sekat dan di beri sama rata. Yang kaya dan mampu tentu boleh hantar anak mereka ke sekolah orang putih atau ke luar negara belajar bahasa orang putih, tetapi orang kampong dan miskin hanya boleh belajar di sekolah di kampong saja.
    Jadi Tun sudah buka peluang pada semua…English for all.
    Awat Tun tak beri penjelasan pada yang bangkang macam ni. Penjelasan macam budak sekolah ala ala kampong baru depa paham kot.
    Saya rasa la Tun tak payah lagi dok debat pasal bahasa orang putih ni, tequih la saja…tok sah gostan lagi. Tapi patut emphasis lagi spoken English selain daripada written English baru la budak-budak kampong syok belajar bahasa orang putih ni.
    Macam dalam drama “Good Morning Teacher”, cikgu bahasa Inggeris ajar anak murid dia bahasa Inggeris melalui lagu orang putih.
    Tun buat sesuatu semuanya bersebab dan tak pernah gostan balik. Tun memang berpendirian teguh.
    Take care Tun and May Allah Look Upon You Always.

  562. Dear Yang Berbahgia Tun, semuga Tun sehat walaafiat dan dikurniakan keimanan keakhir hayat.
    Maaf sekali lagi kerana memberi komen yang mungkin tak sebanding dengan apa yang Tun nukilkan, kerana ilmu tak seberapa dan hikmah pun mungkin belum ada.
    Diwaktu pelbagai pehak memperjuangkan pengunaan bahasa Malaysia dalam pembelajaran Matematik dan Sains, saya telah melahirkan kekecewaan saya terhadap YB Menteri Pelajaran, jika dasar pengunaan bahasa Inggeris tidak diteruskan, malahan saya turut mencoretkan agar pengunaan bahasa Inggeris ini diperluaskan kepada kesemua mata pelajaran.
    Tulisan saya diwaktu itu hanya ingin menyanggah perjuangan orang Cina, melalui persatuan DONG ZIAO untuk mengekalkan pengunaan bahasa ibunda mereka sebagai alat perpecahan perpaduan dan tidak membentuk kerukunan hidup bermasyarakat walaupun mengaku menjadi rakyat Malaysia dibumi Melayu.
    Tapi coretan saya hanya satu suara dari alam maya yang berbahasa dalam seribu bahasa, baru kelmarin saya mengucapkan ucapan selamat tinggal saya kepada Pak Lah supaya cepat-cepat meninggalkan pentas politik tanah air dalam beberapa bahasa – SAYONARA, ADIOS, AU REVOIR, HASTA LA VISTA, GOOD BYE dan SELAMAT JALAN. Tapi itu cerita untuk satu hari lain …
    Hari ini saya meminta izin YBhg Tun untuk memberikan pandangan saya mengapa kita harus meneruskan pembelajaran bahasa Inggeris, bukan lah pulak bermakna saya tidak mencintai bahasa ibunda saya atau tidak berasa saya harus berhenti menyelamatkan bahasa melayu, yang kian pupus dengan kemasukan istilah RAP, HIP HOP dalam penyerangan budaya melalui lagu-lagu bukan dari nusantara melayu atau menyelamatkan bahasa melayu kerana terlalu banyak drama asing dikaca TV, tapi hanya kerana berasa malu dan kecewa pada tahap pengunaan bahasa Inggeris di kalangan pemimpin Melayu dan pegawai-pegawai tinggi dalam kerajaan pada masa ini.
    Aruah ayah saya, juga, Tun tidak boleh berbahasa Inggeris dan menjadi salah satu sebab dia tidak dapat diberikan jawatan menteri dalam kabinet aruah Tun Razak, tapi saya masih menyimpan perasaan bangga kerana aruah ayah saya adalah Melayu pertama yang berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengunakan Bahasa Melayu.
    Kalau dahulu sewaktu kecil, sewaktu ditadika sekolah mubaligh kristian, saya menghadapi kesukaran untuk meminjam kayu pembaris dari kawan sekelas kerana ketika hendak meminjam tidak tahu menyebut “ruler” tapi menyebut kayu rol … habis diketawakan satu kelas.. tapi dengan “broken english” dapat juga saya belajar menyanyi pelbagai lagu kanak-kanak kecil yang dapat saya ajarkan kepada anak sendiri.
    Tapi sekarang dikalangan pegawai kerajaan berjawatan tinggi dan ahli-ahli yang berhormat bukan lagi “broken english”, asah hentam bunyi sama aje okay le, bayangkan Ketua Pengarah yang harus mempengerusikan mesyuarat diperingkat anatarabangsa kalau jadi utusan damai, boleh terbalik jadi utusan perang.
    Kelemahan berbahasa Inggeris ini tidak membolehkan pegawai-pegawai kerajaan ini mencakup pelbagai ilmu yang terkandung dalam pelbagai buku dan tidak membolehkan mereka menyampaikan pendapat mereka untuk menerangkan sesuatu situasi dengan baik, sehingga dapat difahami oleh mereka yang mendengar dan ini tidak membolehkan mereka menyampaikan suara Malaysia di pelbagai platform antarabangsa.
    Contoh paling ketara… maaf kerana mengunakan insiden ini memperkuatkan pendapat, adalah temuramah bekas Menteri Penerangan sewaktu ditemuramah oleh al Jazerra selepas kejadian rusuhan oleh kumpulan BEBAS di kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kata beliau dalam ingat-ingat lupa saya ” Malaysia have erection every five years … we have erection …”, sampai sekarang pun saya terbahak-bahak ketawa mengingatkan “isteri-isteri yang frust menonggeng, kerana terpaksa menunggu lima tahun sekali baru dapat kepuasan”.. dan satu lagi juga melibatkan seorang lagi pemimpin Melayu yang dibicarakan di Australia yang apabila ditanya apakah dia tahu tentang aturan jumlah wang yang boleh dibawa masuk yang memberi jawapan ” nooo speeake the english…”
    Pada saya, mereka ini saya anggap sebagai sebahagian dari “THE LOST GENERATION of MALAYS who dont’t speak any other languange except their mother tounge and yet they are entrusted to be the leaders of a nation, who now have the whole world as their audience” satu generasi orang Melayu yang hanya mendapat pelajaran dalam bahasa kebangsaan dan tidak mampu berbahasa lain dan hanya mampu berbahasa Melayu.
    Bahasa Inggeris ini juga penting buat golongan Melayu yang harus menjadi Internet savvy, kalau tidak mereka akan lebih jauh ketinggalan, buat penat aje Tun membuat MSC tapi orang Melayu tak mampu nak buka dan menelusuri beratus-ratus juta laman web yang ada sekarang ni. macam mana nak mengatasi sesuatu masalah kalau error messages semuanya dalam bahasa Inggeris.
    Hari ini kalau para pembaca blog, membaca surat-surat khabar harian utama dalam bahasa Inggeris, kita akan dapat mengesan kesalahan bahasa dan istilah, dan kalau kita melihat sub title sebahagian filem Inggeris yang bersubtitle Melayu pasti akan ada kesalahan penterjemahan.
    Untuk itu Tun, sebagai jalan keluar kemelut yang bakal menghantui generasai anak Melayu dimasa depan saya masih memperkuatkan semangat saya, untuk meminta pertimbangan Kerajaan untuk mengatasi kelemahan orang Melayu yang akan pasti berlaku, kerana tidak ada pendekatan pengajaran bahasa Inggeris diperingkat umur yang masih rendah …. kepada pejuang-pejuang bahasa lihatlah kembali bahawa amat penting sekali bagi sebuah negara kecil, seperi Malaysia memberikan keutamaan pembelajaran bahasa Inggeris…kalau kita negara besar seperti Indonesia atau India atau Cina, mmemang harus wujud mekanisme membentuk kerukunan bangsa melalui bahasa, tapi untuk kita sebuah negera kecil rakyat kita, harus dipersiapkan “to live in the global world”, and we must find mechanism to retain our identity not only through our language, by influencing the need to be identified as Malays through promoting our culture, the way we dress, through the food that we eat, through the rigour and pratice of our culture “buka kasut sebelum masuk rumah”, looking to prevent the influx of social change element like songs and literature that are not part of our way of life. We are not malay just because of our language, we must make in roads to retain our culture, our Sultan, the way we build our houses, the way we clothe ourselves and the way we interact as Malays.
    Sebagai ujian berat untuk mengetahui kewujudan “THE LOST GENERATION OF MALAYS” saya telah menyarankan supaya setiap proses kenaikkan pangkat bagi jawatan penting, ujian bertulis dan ujian lisan dikendalikan bagi kesemua para calon yang layak, kepada Ketua Setiausaha Negara, setiap bakal calon harus mampu menulis dan mengembangkan ideanya dalam bahasa Inggeris dalam bentuk karangan diantara 4000 hingga 10000 patah perkataan ” How the candidate once appointed can improve the performance of the ministry and what are the major challenges which he would like to resolve during his tenure in the new position” – karangan-karangan in wajib di post di web site kementerian untuk dilihat dan dikomentar oleh semua pehak… tulisan ini tidak boleh dibuat dirumah malah harus disiapkan di ruangan ujian …. cuba dan uji dan lihat lah samada jelas ada melayu yang tidak mampu berbahasa Inggeris.
    Sayang sekali perbahasaan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada satu masa dulu tidak lagi dibolehkan dalam bahasa Inggeris …. tapi kalau tidak ramai juga kita tidak akan dapat mendengar penyampaian perbahasan dengan pantun seloka yang mengoda, menyerang dan memberi pandangan, sekarang bahasa Inggeris para YB hanya “bloody foool” … “you basxxxd” … hai entah ya Tun
    Maaf Ybhg Tun dan para bloggers, harapan saya setingggi gunung tapi hanya mampu dalam bentuk sebuah penulisan, itulah kalau kail panjang sejengkal …. saya kail juga walaupun sejengkal.
    Wassalam

  563. orng melayu ni bila dah pegang pangkat besar sikit mula lah lupa daratan dan tak kenang susah senang masa dia kecik dulu. org lain semua tak pandai dan bodoh . dia saja yg pandai

  564. Assalamualaikum
    Ayahnda Tun dan para pembaca
    Perkataan ‘ULU’ dan ‘PEKAN’ amat menarik minat saya pada topik coretan ayahnda Tun kali ni…
    Ayahnda .. saya ni… kategori orang Ulu.. tapi pikiaq cara orang pekan sebab pendedahan awal dari mak dan ayah serta keluarga… didedahkan kepada kehidupan orang pekan..
    Saya juga teringat pada ramai antara pakcik dan makcik.. saya dari belah mak dan ayah… dan mereka boleh dikatakan semuanya berjaya … terutamanya yang tinggal di Singapura… walau asal saya dari Batu Pahat, Johor… Satu yang saya respect sampai sekarang kepada mereka… Mereka Tidak Lupa…. mereka Melayu.. dan berprinsip… serta lebih berteloq… berbanding …. erm.. boleh dikatakan masyarakat Melayu sekarang ni …. di Malaysia
    Saya rasa MasaElah Melayu sekarang…. kebanyakannya teloq tak berapa ada…
    Contoh:-
    a) Suka tikam belakang dalam apa juga bentuk… depan kawan tepi kanan kawin tepi kiri kenen… belakang… nah…. tikam sampai mati …. atau ‘tikam’ ikut suka antara Melayu sendiri…
    b) Nak kaya cara paling mudah… tu yang jadi ramai MUDAH LUPA….. depa ni tak kira orang Ulu ke Orang Pekan … sama… Cuma saya rasa orang pekan kurang sikit kut… sebab depa dah biasa… terdedah… kepada suasana atau kehidupan kalangan berada… MAKA wujud amanah dianggap sebagai salah satu ‘paradise gate’ .. pantang dapat pegang terus panggang untuk keluarga dan kroni…
    c) Pendidikan sekarang tidak syumul… kerana peranan mendidik telah di KERJAYA kan sepenuhnya. Hilang kemanisan mendidik dan dididik … HASILNYA … memang mungkin bole dapat kelulusan Oxford.. tapi…
    Pendek kata MasaElah rakyat Melayu Malaysia sekarang… sudah berada pada satu tahap ‘zon selesa’ hasil dari perjuangan serta penat lelah serta pengorbanan orang terdahulu…
    Dua patah perkataan yang pasti dapat memberikan satu anjakan keseluruhan pada Melayu sekarang iaitu BERMUAFAKAT dan BERWAWASAN secara total
    Sebenarnya banyak nak kata …. cuma masa tak mengizinkan… Ada sapi baka Brangus… baru lahirkan babynya … saya kena pastikan… semua ok…. Hai belalang … napelah pandai-pandai kata ayah ahli nujum… Belalang … ooo belalang.. alahai…
    Anyway… kami sayang Ayahnda Tun… moga Allah berikan segala yang terbaik buat Tun dan Family

  565. TUN,
    Memanglah anak orang bandar, makanan lebih berkhasiat, ikan dan sayur lebih segar, gizi makanan pun lebih seimbang. Pendedahan pun lebih banyak maka pencapaian akademik di sekolah pun lebih baik berbanding anak orang “ulu”. Mereka mengambil makanan tidak seimbang, protein kurang tambahan pula fikiran mereka kurang terbuka, maka pencapaian akademik pun kurang lah sedikit. Bila di Universiti barulah seimbang. Orang ulu tak orang ulu…peluang dalam pendidikan yang kerajaan bagi sama sahaja.
    Berapa ramai anak orang “ulu” ini telah berjaya di Universiti dan kerjaya tanpa guna “cable” seperti yang dianggap sesetengah golongan. Mereka berjaya kerana polisi2 kerajaan dalam pendidikan, pemberian biasiswa, perjawatan dan lain2. Mereka dilatih dan diberi peluang kedua supaya boleh bersaing sama dengan orang lain dalam bidang2 pengkhususan masing2. Akhirnya ramai antar mereka menjadi orang2 yg boleh menyumbang balik kepada agama, bangsa dan negara. Ada yg menjadi Doktor, Jurutera, Akauntan, Arkitek, Juruukur Bangunan, Pensyarah dan Usahawan berjaya. Sebahagian pula menjadi pemimpin masyarakat a.k.a YB @YAB.
    Sebahagian mereka bersyukur dan insaf dengan peluang yg mereka kecapi sehingga mereka berjaya. Sebahagian yg lain melihat dari sudut yg lain. Mereka beranggapan peluang yg mereka perolehi sepenuhnya atas usaha mereka (nauzubillahiminzalik). Setelah menjadi orang berjaya sebagai Jurutera (boleh jadi Menteri Besar juga) atau Ahli Korporat (kalau kecewa boleh masuk parti pembangkang dan boleh jadi MB juga) mereka lupa atau tidak lansung sedar tentang keistimewaan2 yg mereka nikmati selama ini. Mereka lupa golongan miskin dan orang ulu yg masih strugle utk keluar dari kemiskinan. Mereka mahu generasi baru berkongsi samarata, tanpa megira latar belakang keluarga. Mereka kata “ketuanan Melayu” itu bull shit. mengenaya bangsa lain kononnya. mereka sangka orang lain sudah kaya dan senang macam mereka, jadi boleh bersaing secara terbuka. Mereka mempermain-mainkan agama dengan menjual “ketuanan Islam” kononnya supaya orang Melayu yg rata-rata Islam supaya menyokong mereka supaya boleh jadi wakil rakyat.
    Orang seperti ini pentingkan diri (Mereka harus bertaubat – pinjam Karpal) mereka tidak layak jadi pemimpin. Mereka boleh jadi peniaga dan bersaing dengan peniaga2 bangsa asing secara terbuka. DEngan cara pemikiran itu, mereka pasti boeh berjaya…
    Kecerdikan atau Kebodohan tidak memilih dari mana asal kita tetapi bagai mana kita berfikir (Melayu masih lemah ini). Calon PhD (yg kononnya pandai) tajaan kerajaan ke luar negara pun tidak sedar, peluang yg mereka dapat bukan hak tetapi keistimewaan. Bila pulang ketanah air, hasut orang kampung membenci kerajaan (orang kampung kena percaya sebab yg cakap berkelulusan PhD).
    UMNO pun kena lihat benda2 manacam ini secara serius. Hargai sesiapa sahaja yg ingin bersama berjuang. Beri tempat sewajarnya untuk mereka berbakti (bukan mencari untung) kepada Agama dan Bangsa mereka tanpa ragu. Rugi juga kalau bijak pandai memilih pembangkang sebagai wadah perjuangan…
    Ini pun kena fikir….fikir….(bukan kah berfikir sejenak itu lebih baik dari solat sunat seribu rakaat)
    Besyukur kepada Allah
    Salawat keatas Nabi (S.A.W)
    Berterima kasih kepada Ibu Bapa, Guru2
    Pemimpin2 Negara Kita
    Semoga TUN sekeluarga dilindungi Allah

  566. Y.A.Bhg Tun & Bloggers,
    Ini adalah reality sebenar,
    Saya percaya ramai orang2 melayu yang telah berjaya keperingkat antarabangsa dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi…saya teringat pada tahun 1970’an, kerajaan Malaysia telah mula berbelanja berjuta2 ringgit untuk rakyat, terutamanya anak2 orang melayu termasuk diri saya, untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara…grant dari kerajaan, biasiswa dari MARA & banyak lagi…
    Banyak yang kembali dengan kelulusan yang membanggakan..dan ada juga yang kembali langsung tak sedarkan diri, dengan perangai kononnya berfikiran terbuka seperti orang putih…hinggakan tukar cara hidup seperti orang putih…yang tak lulus pun banyak…dah lupa diri…ini semua terpulang pada diri masing2…mereka ini yang dulunya anak2 orang susah dari kampung2…dulu nama dikampung jaffar bin abu bakar (anak tok mudim) sekarang dah tukar nama
    JEFF ASHLEY BURN… bukan nak kata!… cerita betul Tun…
    Yang dah sampai keperingkat professional pun ada…(Yang dok ada sekarang) dah melawan kerajaan pulak…tubuh party lain…ada juga Melayu yang ingat asal usual mereka…saya nak ucapkan tahniah!…depa tolong orang2 melayu lain yang baru nak merasa hidup…jadilah melayu sejati…
    Yang tak sedar2 diri ini pun banyak…suka buat kecoh jalanan…menghasut melayu lain merusuh, melawan kerajaan, kurang ajar kepada sultan2…melayu yang dulunya tinggi budi pekerti… sekarang sudah hilang pedoman hingga sanggup menjatuhkan maruah bangsa…
    INI LAH ORANG ULU MODERN…TINGGI PELAJARAN TAPI RENDAH AKHLAK…LAGI TINGGI PELAJARAN LAGI TINGGI KEBODOHAN…KALAU ORANG ULU PADA ZAMAN TUN MENJADI MANUSIA…ORANG ULU SEKARANG DAH MENJADI BEROK…
    HAI LAH NASIB!

  567. Alah Tok Det…..
    maksud org melayu kampung bodoh tu , mungkin bukan bermaksud semua org melayu kampung di malaysia ni bodoh. dan tak semua org dipekan itu org yang pandai. Hanya segelintir sahaja , tapi tak semua .
    Pandangan saya yang dimaksudkan org melayu bodoh ni
    contohnya : dia ni seorang doktor , tapi seorang doktor kerja nya sepatut menolong org yang sakit serta mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh memberi manfaat kepada org lain . Yang timbul masalah bodohnya bila seorang doktor lebih mementing kan duit dari pengalaman dia bekerja . dan kadangkala mereka ni menganggap gelaran doktor itu besar sangat darjatnya…hehe . lepas tu suka pandang rendah pada org pulak tu . macam gaji doktor besar sangat….hehe.
    itu lah yang dikatakan bodoh pada pandangan saya , mereka mempunyai ilmu tapi ilmu mereka tak dapat dipertingkat kan lagi , kerana masalah yang ada dalam diri mereka sendiri. keseluruhannya ilmu mereka tak berguna utk org lain pun . sehinggalah mereka mati . yang berjaya hanya rumah besar mereka , kereta besar mereka (dari pandangan mata je lah)……
    sebab dulu mereka penat belajar hehe……, dan cuba tok det pikirkan , kalau semua org bersikap begitu tak kira apa bidang pun mereka kuasai , apa yang akan terjadi pada wawasan 2020 tok det pada satu hari nanti .Bukankah itu dizaman pemerintahan BN . jadi sapa kita nak salah kan . tuhan ke hehe……….tapi tak semua lah doktor bersikap begitu .
    Contoh nya ada seorang doktor dihospital kerajaan . Saya membawa anak saya kehospital kerana dia sering demam dan sakit perut. Saya pun menerangkan kepada doktor , apa masalah anak saya . Lalu doktor itu menjawab secara teorinya , doktor itu megatakan anak saya perlu diambil ujian air kencing , darah dan najis dia utk diperiksa , sebab anak saya dah demam nak dekat lebih dari sebulan sudah ,
    Setelah dibuat pemeriksaan , Doktor mengatakan anak saya kena jangkitan kuman . dan perlu mengambil air tulang belakang utk diperiksa , kerana mereka tak pasti penyakit nya lagi.
    Saya pun tak bagi lah , kenapa pulak sampai nak ambil air tulang belakang . isteri saya kata anak saya selalu kembung perut dan kentut terlalu busuk serta tahi dia selalu berwarna hitam , kemungkinan besar anak saya ada cacing. saya pun beli ubat cacing kasi anak saya makan walaupun anak saya berusia tak sampai dua tahun pun lagi . selepas bagi makan ubat cacing . sampai sekarang anak saya sihat walfihat .
    sejak itu saya tak percaya lagi apa yang doktor cakap . nampak sangat doktor ni takde pegalaman . bercakap mcm org pandai……
    tapi semua tak betul rupanya.
    itu lah yang dimaksud kan org melayu kampung bodoh pada pandangan saya . Cuba Tok det tengok perkembangan bolasepak Malaysia dengan Negara Jepun , kenapa kita tertinggal begitu jauh sekali . bukankah itu zaman pemerintahan BN . Kenapa jadi begitu , nak dibandingkan dengan era moktar dahari memang jauh sekali . Siapa kita nak salah kan , Tuhan ke…………Kenapa anak bangsa melayu kita begitu teruk sekali . siapa yang mendidik mereka …..Bukan BN ke………
    Inilah akibatnya kalau setakat boleh main bola sepak je tapi takde ilmu pengetahuan yang seiring dengan pegalaman. Apa bezanya saiz org jepun dengan org kita .
    Itulah pandangan saya . semoga BN mengambil ikitibar mengapa rakyat malaysia berkata dibawah pemerintahan BN kita jadi makin bodoh .
    Kita boleh bekerja keras untuk maju , kita boleh belajar sampai peringkat paling tinggi untuk maju tapi kita tak boleh mengubah nasib kita kalau kita tak berusaha setiap hari untuk mengubah pemikiran kita dan cara kita berfikir sebenarnya .
    Dan jangan pendidikan negara kita , lahirkan satu bangsa tin kosong sudahlah he he…..
    Ibarat diluar nampak baik , isi didalam langsung tak berguna pun untuk org lain

  568. asalamualaikum tun..
    saya berasa gembira dapat komen di ruangan ini..benar sungguh kenyataan tun di atas.sebenarnya kejayaan adalah milik individu yang berusaha, berpeluang dan bernasib baik.tak kira kaum mana pun..;)

  569. Assalamualaikum dearest Tun,
    Seems that we Malaysians cant be separated from this particular habit called stereotyping..Anyway,ure the best 🙂

  570. Salam Tun,
    Saya tertarik untuk memberi komen isu no.8:
    1. Saya di antara generasi muda yg menyambung PhD di luar negara pada usia yang jauh lebih muda berbanding senior2 lecturer yang lain. Pendapat dan pandangan saya mengenai pelbagai isu adalah selalu bertentangan dgn pendapat generasi sebelum2 saya.
    2. Saya tidak minum arak, tapi saya selalu join kawan-kawan sekerja, kawan-kawan gym, kawan-kawan dari department lain, kawan-kawan dari international society, kawan-kawan persatuan sukan saya dan lain-lain kumpulan kawan, pergi ke cocktail party. Kawan-kawan baik saya di sini, adalah daripada pelbagai bangsa. Saya mampu bercakap, berbincang, melawak, dan sebagainya dengan mereka. Malah English saya semakin mantap dan saya makin confident dan selesa bercakap bahasa Inggeris.
    4. Kawan bangsa asing kagum dgn kemampuan berkomunikasi saya, sangat selesa berkawan dgn saya dan saya ada group of people yang memang kami best friends.
    3. Mereka respect saya tidak minum arak, malah bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia mengenakan cukai yang sangat tinggi terhadap arak. Mereka tahu, arak merosakkan.
    4. Semasa saya masih undergraduate student, saya pelik kenapa lecturer yang baru balik dari oversea, tidak mampu berkomunikasi atau pun menyampaikan informasi dalam bahasa inggeris dgn baik. Lebih ketara lagi, tidak mampu berkomunikasi dgn client dengan baik.
    5. Kini, saya faham kenapa. Di sini, di bumi UK (tak perlu sebut kat mana), lecturer-lecturer melayu duduk sekampung di kawasan yang sama.Rindu Malaysia,rindu org melayu katanya..Buat aktiviti dgn org2 melayu, cakap melayu lah..
    6. Saya join team universiti untuk beberapa acara sukan, jadi saya ajaklah orang melayu kita, encourage mereka untuk turut join sama, tapi masalahnya, inferiority complex. Malu lah nak pegi, tak terer sangat mcm hang lah, tak kenal sesapa lah kat situ dan beribu macam alasan lagi. Ramai yang ada isu dengan confident level, nak kena berpimpin, nak kena push, itu itu pun sekerat jalan. Tapi bila dgn org melayu sesama sendiri, bukan main lagi nak tunjuk hebat.
    7. Tidak ada kurangnya org melayu ni berbanding Mat Saleh ni…malah saya berani kata, kita lebih bagus dari mereka. Yang penting attitude kita org melayu, perlu di’polish’supaya mampu bersaing dgn bangsa asing. Bukan hero di kalangan bangsa melayu saja.
    8. Saya tidak salahkan mereka, mungkin personal trait org melayu begitu agaknya…
    From scotland with love..

  571. Salam Tun,
    Amat sukar nak faham posting Tun ini. Dari Ulu ke Pekan.
    Kalau Tun maksudkan kepentingan Bahasa Inggeris, benar bahawa diantara pemimpin pemimpin kita pun kurang fasih. Broken broken. How to socialize at international cocktail party.
    So, in the international arena, we need to have capable, sociable personnel to represent Malaysia. Person with substance to bring pride to Malaysia.
    The world will only recognize the rep. as Malaysian representative, and not from which ethnic group.

  572. Tun,
    Pada saya rencana yang Tun tulis dan hasilkan ini sungguh menarik dan menyentuh perasaan.
    Apa tidaknya Tun, saya berasal daripada pendalaman Sarawak sebelah sempadan dengan Kalimantan.
    Untuk pergi ke pekan kena pakai longboat bermotor lebih kurang 8 jam baru sampai di pekan. Dalam setahun mungkin sekali saja pergi ke pekan, selalunya sebelum gawai.
    Semasa sekolah rendah aliran dalam Bahasa Inggeris, tapi Cikgu mengajar kami dalam Bahasa Iban sebab kami tak faham sangat apabila Cikgu mengajar dalam Bahasa Inggeris. Daripada darjah 1 sehingga darjah 3 tiada kelas Bahasa Malaysia dan mula diperkenalkan pada tahun 1974 semasa saya darjah 4. Pun sama Tun, bukan main sukar nak faham dan bertutur Bahasa Malaysia pada masa tu.
    Bahasa Inggeris susah, Bahasa Malaysia susah, jadi kami sedarjah semuanya terdiri daripada Iban, jadi apa lagi, hari-hari memang bertutur Bahasa Iban diantara satu sama lain.
    Tapi Tun, nasib saya sangat baik. Saya mendapat keputusan yang agak baik pada peperiksaan darjah 5, oleh itu saya dipilih oleh Yayasan Sarawak melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia iaitu di Sek. Men. Seri Perak, Teluk Anson, sekrang Teluk Intan.
    Nasib saya baik lagi kerana dipilih melanjutkan pelajaran ke luar negeri pada tahun 1982 dengan biasiswa JPA. Tun baru saja jadi PM pada masa itu.
    Jadi kesimpulannya Tun, saya macam tak percaya yang saya seorang jurutera sekarang ini. Juga saya seorang Muslim.
    Terima kasih Tun. Kerana Tun saya dapat menjadi seorang jurutera. Kalau tak, apalah akan jadi pada nasib saya nun di pendalaman sana.

  573. Tun,
    Pada saya rencana yang Tun tulis dan hasilkan ini sungguh menarik dan menyentuh perasaan.
    Apa tidaknya Tun, saya berasal daripada pendalaman Sarawak sebelah sempadan dengan Kalimantan.
    Untuk pergi ke pekan kena pakai longboat bermotor lebih kurang 8 jam baru sampai di pekan. Dalam setahun mungkin sekali saja pergi ke pekan, selalunya sebelum gawai.
    Semasa sekolah rendah aliran dalam Bahasa Inggeris, tapi Cikgu mengajar kami dalam Bahasa Iban sebab kami tak faham sangat apabila Cikgu mengajar dalam Bahasa Inggeris. Daripada darjah 1 sehingga darjah 3 tiada kelas Bahasa Malaysia dan mula diperkenalkan pada tahun 1974 semasa saya darjah 4. Pun sama Tun, bukan main sukar nak faham dan bertutur Bahasa Malaysia pada masa tu.
    Bahasa Inggeris susah, Bahasa Malaysia susah, jadi kami sedarjah semuanya terdiri daripada Iban, jadi apa lagi, hari-hari memang bertutur Bahasa Iban diantara satu sama lain.
    Tapi Tun, nasib saya sangat baik. Saya mendapat keputusan yang agak baik pada peperiksaan darjah 5, oleh itu saya dipilih oleh Yayasan Sarawak melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia iaitu di Sek. Men. Seri Perak, Teluk Anson, sekrang Teluk Intan.
    Nasib saya baik lagi kerana dipilih melanjutkan pelajaran ke luar negeri pada tahun 1982 dengan biasiswa JPA. Tun baru saja jadi PM pada masa itu.
    Jadi kesimpulannya Tun, saya macam tak percaya yang saya seorang jurutera sekarang ini. Juga saya seorang Muslim.
    Terima kasih Tun. Kerana Tun saya dapat menjadi seorang jurutera. Kalau tak, apalah akan jadi pada nasib saya nun di pendalaman sana.

  574. SALAM BUAT TUN DAN KELUARGA,
    SAYA JUGA MERUPAKAN ORANG KAMPUNG DAN BERSEKOLAH DILUAR BANDAR,TETAPI SAYA TELAH DIBERI PELUANG DAN KEMUDAHAN OLEH KERAJAAN SEHINGGA SAYA BERJAYA HARI INI.SAYA TAK AKAN LUPA JASA KERAJAAN SEMASA DIBAWAH TUN,T.KASIH TUN

  575. Ramai yang memberi sebab kegagalan budak kampung menguasai Bahasa Inggeris sebagai alasan untuk memberhentikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mengajar Sains dan Matematik.
    Segolongan lain pula bermati-matian tidak mahu berdasarkan kepentingan kaumnya, walaupun diluar mereka menggunakan alasan lain yang pelbagai.
    Malangnya tidak ramai yang bertanya;
    ‘Bagaimanakah keadaan ini dapat diperbetulkan?’
    ‘Apakah yang perlu dibuat dan dipertingkatkan untuk memastikan anak kampung mampu bersaing?’
    ‘Dimanakah silapnya? Software atau Hardware?’
    Ramai yang lebih suka memadamkankan saja ‘masalah’ ini.
    Ialah, orang kampung memang dah bodoh. Nak buat camane!!!
    Mereka lupa tentang cerita bagaimana seorang salesman yang bijak gembira dapat menjual coli di negara yang mana perempuannya tidak pernah dan tidak suka memakai coli.
    Walaupun semua rakannya enggan dan menganggap itu satu tugasan gila, dia berkata itu adalah ‘a chance of a lifetime’.
    Bukankah indah jika pakar pendidik kita duduk bersama mencari jalan penyelesaian, daripada berapi membunuh idea ini – peluang tunggal seumur hidup untuk berjasa memperkukuhkan tamadun bangsa Malaysia.

  576. salam Tun,
    “15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.”
    Izinkan saya menambah sedikit…
    dulu orang Cina pun pandang rendah orang Melayu.
    ‘LU ORANG,SKRU PUN TAK BOLEH BUAT’
    Sekarang orang Melayu dah pandai buat kereta!
    Terima kasih kepada Tun yang memecah monopoli bangsa lain dan DALAM SATU GENERASI menjadikan begitu ramai orang Melayu begitu mahir dalam pelbagai bidang teknikal sehingga boleh merekabentuk dan membuat kereta sendiri.
    PERJALANAN MASIH JAUH DAN PELBAGAI RINTANGAN PERLU DIATASI.SATU DARIPADANYA ADALAH TINDAKAN BODOH PR YANG AGUNGKAN KERETA TOYOTA LEBIH DARI PRODUK NASIONAL SENDIRI.
    SAYA SUDAH HILANG RESPEK KEPADA PR!
    Orang Melayu tidak bodoh dan seringkali lebih pandai tetapi banyak halangan dari orang Cina terutama dalam private sector.
    Tetapi Insyaallah,sedikit demi sedikit kita akan buktikan kemampuan kita bersaing dan akan tiba masa kita tidak payah lagi bergantung kepada usaha kerajaan.
    Wassallam
    Jeng3

  577. hi Tun ,
    suka saya baca tulisan Tun, Tapi jarang sangat ada , tulih la apa pon orang mesti suka baca, zaman skang ni lebihkan anak & menantu itu yang payah org lain payah nak dapat peluang..

  578. salam…
    mendalam maksud tun… namun saya faham.. harap pemimpin lain pun faham maksud tersirat tun ini… saya selalu berdoa agar anak cucu kita nanti diberi peluang macam kita dulu-dulu (atau lebih banyak peluang lagi)
    wasalam…

  579. this has always been you, m’dear TDM. high-flown style of verbal ornamentation. bahasa yang semua orang senang faham. Tahniah kerana dengan adanya platform chedet.cc, it’s like an online educational classes. Mentornya TDM, dan anak murednya, Rakyat Malaysia! Jutaan Terima Kasih ya!

  580. Salam terhormat Tun yg saya sanjungi (tapi bukan tak tentu pasal),
    Saya bekerja di luar negara jadi tak dapat kalau ada maksud ‘tersirat’ dalam tulisan Tun kali ini.
    Tapi apa yg Tun kata kan tentang cocktail party memang sgt tepat. Macamana Melayu nak maju kalau byk sgt batas itu ini yg kebanyakan nya tak tepat pun. Waktu business dinner, mereka dok balik bilik makan maggie. Contohnya, ramai melayu yg ketinggalan informasi penting yg dibincang masa cocktail party, bertukar2 pendapat tentang business, economy dan sbgnya.
    Memang la arak tu haram, kita jgn la minum. bukan susah ye tak?
    bangsa lain termasuk bangsa nepal, bangla, india, china dan lain2 hidup senang lenang – umpamanya di UK. Tapi tak byk bangsa melayu yg macam tu…memang ada, tapi tak banyak.
    Apa pun, caya la Tun. saya sokong bila Tun betul. saya disagree bila Tun tak betul…
    YangBetul…betul la, yg salah tu…salah la

  581. salam ayahanda..
    1. Saya memang menyokong Sains dan Math dalam B. Inggeris dan rasa cemburu melihat generasi sekarang dapat peluang sebaik ini.
    2. Memang betul Tun, saya salah seorang yang kurang bercampur dalam majlis-majlis seperti Rotary Club, cocktail party sebab kebanyakkan yang didalam tu semuanya lawyer, doctor dan pegawai-pegawai yang high standart. Saya senyap je dalam tu. Takut terkehel berbahasa Inggeris. Hehehe
    3. Yang paling saya marah guru sekolah yang kononnya membela anak-anak kampung yang tertinggal dalam mata pelajaran ini.
    4. Orang cina dan India di Malaysia ini boleh berbahasa bahasa ibunda mereka, bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
    5. Orang Melayu?
    6. Anwar dan Kj matlamat mereka sama.
    7. Nilah pepatah Melayu ada menyebutkan “menang sorak kampung tergadai”
    Luv u Tun!

  582. ’14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.’
    Adakah peluang diberi sama rata kepada semua rakyat Malaysia?
    Orang Ulu, rakyat Malaysia.
    Orang Melayu, rakyat Malaysia.
    Bumiputera, rakyat Malaysia.
    Bukan Bumiputera, rakyat Malaysia.

  583. salam Tun,
    THE WORLD IS GETTING SMALLER.
    Kalau dulu orang bandar aje yang ada access kepada kemudahan2 prasarana dan barangan,sekarang jurang perbezaan sudah tidak terlalu ketara.
    Sudah 20 tahun saya meninggalkan kampung halaman Kuala Lumpur,tempat saya dibesarkan dan bersekolah (V.I.K.L)dan saya sekarang sangat gembira tinggal dibandar tetapi diluar bandar.
    Disini terdapat pelbagai kemudahan2 yang kadangkala orang bandar juga akan rasa irihati.Kadang2 saya rasa macam resort-style living pun ada!
    Traffic Jam?Menatang apa tu?hehehe…
    Tetapi sekali sekala saya jumpa sesetengah orang dari KL yang pandang rendah keupayaan orang luar bandar.Mereka datang dengan satu SUPERIOR MINDSET (jangan terkejut kebanyakan mereka orang politik!)
    Biasanya saya biarkan mereka terus bergembira HAPPILY OBLIVIOUS IN THEIR OWN IGNORANCE.Patutlah UMNO makin terhakis sokongan.Pergi luar bandar berlagak moden dan advanced.Bila suruh cakap orang putih betul2,berterabur tak tentu hala!
    Apa2pun dulu saya sendiri pun pelik kalau orang datang dari Puchong,Sekinchan,Kuchai Lama,Bukit Belacan.Tempat jin bertendang!Tapi sekarang mak oii.. dah jadi bandar.
    Dizaman internet ini,perbezaan antara bandar dan luar bandar sudah agak kabur.
    Wassallam
    Jeng3

  584. ASSLAMUALIKUM TUN,
    TUN, SAYA NAK NGADU SIKIT KAT TUN, SAYA TERBAKAR BETUL DENGAN PENYOKONG KJ NI LA, TAK HABIS2 NAK MENYALAHKAN TUN…TAPI SAYA TETAP AKAN MENYOKONG TUN, DAN SAYA AKAN MELAWAN DENGAN SEMUA MEREKA INI…SAYA NAK DATO MUKHRIZ JADI KETUA PEMUDA…
    SAYA ADA BUAT POSTING UTK KJ, TUN, KALAU ADA MASA, SILALAH BACA DI BLOG SAYA. TQ TUN….I LOVE YOU SO MUCH…
    http://parpukari.blogspot.com/

  585. Dear Tun,
    Is better to look human are the same ,then to perceived the differece between us!

  586. assalamualaikum Tun,
    sedih baca posting Tun kali ni. saya pun org ulu gak. anak Felda. diaorg memang pandang rendah pada kebolehan org ulu ni. Tu lah alasan nak batalkan PPSMI. Masa saya di tahun pertama American Degree Program saya tak dapat nak jawab soalan paper chemistry sebab tak faham makna perkataan increase dan decrease. lokloq betul saya masa tu. Sekarang saya sedan menyambung PhD di luar negara.
    Terima kasih tak terhingga atas jasa2 Tun

  587. Aslmualaikum Tun yg dikasihi,
    Tun,
    1. tk kira org pekan atau org ulu, org bandar atau org kampung, sekiranya ada semangat dan usaha utk berubah, insyaAllah berjaya. kdg2 org bandar pn tk sedar diri, rs diri dh hebat. bila kt atas, kita lupa asal usul kita. dr mn kita mai. kalo tkda ulu, tkda kampung..tkda kampung, tkda pekan..tkda pekan, tkda bandar..
    pi mai pi mai tang tu
    2.bg sy skrg ni, dr segi penguasaan berbahasa mmg lebih memihak kpd org di bandar. mgkin sebb persekitaran dan suasana yg terdedah membuatkan org bandar nampak lebih ke depan.
    tp semangat sbnrnya yg membuatkn org kampung atau org bandar lebih menyerlah.
    ambil cth bolasepak. masa Piala Asia 2007 lepas, Iraq jadi juara. kalau nk ikutkan Tun, Iraq apa pn tadak. perang sana sini..
    tp, semangat juang yg tinggi membuatkan depa mampu jd juara. latar belakang bukan ukuran.
    tp, pemain Malaysia?
    padang lawa..stadium kelas dunia..
    kasut but, jersi, minyak rambut, pencukur janggut semua org taja atas bawah..
    kalah…dan kalah…terus kalah..
    lembik sangat depa ni Tun..
    Tun,
    sy sokong kata Tun. betul, mmg latar belakang bknla pemacu utama kejayaan seseorg tu. sy tk kata tkda langsung tp sekurang2nya bukanla faktor utama kejayaan seseorg.
    mgkin Tun patut berterus terang psl isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dlm bahasa Inggeris (PPSMI) ni..
    bkn apa Tun, org melayu ni suka cakap berlapik, kias2, bunga2..bagusla, jg hati..
    cuma..
    sesekali kena terus terang jugk..
    Tun, kalau tk pahit, bukan ubat namanya..

  588. Salam Tun,
    Tun sindir siapa ni?
    Tak faham saya ni,
    Maklumlah, kita orang kampung je,lambat faham.

  589. Tun Mahatdir yang disayangi,
    Saya merupakan bekas pelajar Mrsm, sangat bersetuju dengan pendapat Tun.orang Melayu sahaja yang menghina Melayu.Kita lihat di mana produk-produk kita seperti kereta proton telah diperlekehkan.Sepatutnya mereka mengkritik yang membina dan memberi sumbangan bagaimana hendak memajukan lagi sesuatu produk buatan negara dan melayu bukan mematikan terus.
    Mengenai pembelajaran bahasa Inggeris untuk sains dan matematik,saya juga merasa sedih kerana orang melayu sendiri yang mematikan semangat melayu itu sendiri.Jika dibandingkan saya dengan atok saya,atok saya englishnya lebih bagus,fluent dan pernah dipuji oleh orang asing.Malu saya di buatnya..jadi kepada siapa saya patut marahkan hal ini?
    Hidup Tun!!

  590. Salam,
    Saya sokong pendapat Tun,tp masalahnya sekarang kebanyakannya orang kita sendiri yang jadi penghalang kepada bangsa dgn idealogi sempit yang menguntungkan diri sendiri dan merugikan banyak pihak lain.Yang pasti semua orang mahu senang,jika diberi peluang sudah tentu mereka akan lakukan yang terbaik.

  591. Assalamualaikom wtw,
    Tun Yang Di Kasihi,
    1. Saya bukan orang Ulu, tapi orang baroh. Kampung saya 12 batu dari bandar Kota Bharu, Kelantan. Jalan ke Kuala Krai. Kami dipanggil orang baroh kerana kami adalah kaum petani. Baroh juga boleh diistilah bendang dalam bahasa Kedah. Dulu orang Kota Bharu anggap orang baroh juga macam orang ulu yang tinggal di Gua Musang, Manek Urai atau Jeli. Rengkasnya kami bukan orang bandar. Kami kurang segala-galanya. Sekolah tak sempurna. Jalan berlumpur. Api dan air jauh sekali. Pakai pelita catak atau pelita ayam. Paling kuat lampu minyak tanah (gaslamp). Air guna air telaga yang sejuk dan bersih jernih.
    2. Itu 70 tahun dulu. Tapi Alhamdulillah sekarang berkat kemerdekaan dan kepimpinan pemimpin yang berwawasan, semuanya bertukar. Kampung saya batas taliair pun bertar, walaupun hanya untuk lembu dan kerbau yang lalu.
    3. Tahun 1971, saya ditakdirkan anak kampung yang pertama boleh masuk universiti (UM). Sekarang anak kampung saya bercambah masuk universiti. Tak cukup universiti dalam negeri mereka menuntut di universiti luar negeri. Banyak yang pegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan swasta. Ada yang jadi duta. Ada jadi wakil rakyat. Yang bergelar ‘Datuk’ pun ramai.
    4. Semuanya berlaku kerana kepimpinan pemimpin sepeti Tun. Perubahan itu kerana kemerdekaan yang kita capai. UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 adalah tunggak kepada perubahan itu. Sudah pasti kita tak akan lupa Almarhum Tungku Abdul Rahman, Almarhum Tun Abdul Razak, Almarhum Tun Hussien Onn, Alamrhum Tun Abdul Ghafar, Almarhum Tun Dr Ismail dan ramai lagi bekas-bekas pemimpin negara ini yang berwawasan dan berjiwa besar. Merekalah yang telah meletakkan negara ini dan bangsa Melayu ditahap yang ada sekarang – berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain didunia hari ini.
    5. Cuma terkilan saya sebagai bangsa Melayu. Semakin cerdik dan pandai orang Melayu, semakin mereka lupa akan asal usul mereka dan jasa-jasa orang yang terdahulu. Mereka akan mengatakan ‘aku pandai dan bijak kerana aku’. Tapi kalau ada yang tak kena maka mereka akan berkata ‘itu salah kerajaan’. Ada anak orang kampung, anak orang baroh, anak orang ulu yang sudah jejek dengan kampung mereka. Ada yang tak kenal pacat dan lintah, ada yang tak pernah makan ikan haruan dan puyu. Malah ada yang tak kenal pokok padi. Apa lagi kalau dimintak mereka turun ke sawah, jauh sekali.
    6. Dibandar, orang kampung, orang baroh dan orang ulu ini hidup dalam masyarakat yang serba morden. Masyarakat majmuk. Mereka hidup nafsi-nafsi. Jiran sebelah rumah pun mereka tak tahu nama. Bersapa sebulan sekali pun jarang berlaku. Mereka jarang ke surau atau ke masjid. Mereka main golf tapi dengan rakan-rakan yang bukan setempat. Ada kenduri kendara mereka buat di dewan atau hotel. Kalau buat di rumah pun mereka jemput rakan-rakan dari luar. Jiran setempat di ketepikan. Semangat gotong royong langsung tak ada dalam istilah hidup mereka. Mereka lupa nilai-nilai murni orang kampung, orang baroh dan orang ulu dimana mereka berasal.
    7. Mereka ini menggelarkan diri mereka ‘Melayu Intelek’ atau ‘Kumpulan Menengah Melayu’. Bolehkah kita pertaruhkan nasib masa depan bangsa kita, anak cucu kita dan negara ini kepada mereka?
    Wallahua’lam. Mungkin kerana itu Tun berkali-kali menangis dalam perhimpunan agung UMNO. Mungkin kerana itulah Tun mencipta sajak ‘Agenda Belum Selesai’. Saya dapat merasakan kekecewaan Tun dan tumpang bersedih bersama Tun bila memikirkan bangsa saya – MELAYU.

  592. Tun,
    Memang menjadi masalah untuk anak-anak melayu jadi cemerlang terutamnya dalam bidang ekonomi. Sepatutnya UMNO iaitu parti yang menjadi payung kepada orang-orang melayu memikirkan kaedah baru untuk menambah baikan lagilangkah-langkah yang sedia ada supaya kita dapat bersaing dan maju di dalam perniagaan…..
    Besar harapan saya jika sekiranya, Tun dapat memberi pandangan di dalam blog tun yang akan datang tentang bagaimanakah caranya kaum melayu (gulungan yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan)supaya gulungan ini dapat maju didalam perniagaan yang di usakan dan setanding dengan bangsa-bangsa lain……

  593. Assalamualaikum Yg Bhg Tun,
    Sebenarnya kita semua berasal dari kampung dan boleh dikatakan berasal dari keluarga susah.
    Walaupun pada masa kini terdapat ramai Melayu bandar yang kelihatan sofistikated namun mentaliti mereka ini tidak banyak berubah berbanding dengan orang ulu suatu masa dahulu. Yang berubah hanya dari segi `hygine` dan kurang pengotor berbanding dengan orang ulu.
    Melayu bandar (mereka lupa asal-usul dari kampung) pun bukanlah semuanya bijak. Kebanyakannya hanya pandai berlagak dengan kereta hutang 7-9 tahun, beli rumah hutang 30 tahun, kalau ada niat dan peluang maka mereka ini akan melakukan korupsi, penipuan dsb, lebih lebih lagi jika fluent english macam org Oxford, lagi boleh menipu ibarat `professional conman`
    Sekarang golongan pertengahan dan rendah di kalangan orong melayu semakin mundur dan semakin gelap masa depan anak cucu mereka kerana tidak tahu dan tidak menitik beratkan penggunaan bahasa Inggeris. Maka 20-30 tahun akan datang wujud pula Melayu bandar golongan atasan yang menganggap Melayu bandar yang lain sebagai bodoh !

  594. Salam Tun,
    Kalau maksud Tun adalah kerana pembelajaran dalam bahasa Inggeris, saya rasa Tun patut mempertimbangkan tentang pendidikan komuniti dan individu. Secara individu memang ada yang boleh cermerlang. Tapi bila secara komuniti lebih banyak yang akan kecundang atau jadi tidak berminat.
    English is important for an invidual to excel in life, but as for a community it is the best if we could can educate the community as it whole.
    Orang ulu dipandang kolot kerana komunitinya kolot. Ia tak merujuk secara individu yang memang ada yang berjaya. Orang pekan pula mempunyai taraf yang lebih tinggi kerana komunitinya lebih terdidik. Individu yang corot tetap wujud dalam komuniti ini tetapi kita hendak memandang secara satu komuniti.
    Begitu juga Malaysia, kita boleh ada pakar-pakar hebat bertaraf dunia, tetapi itu tidak bermakna komuniti atau masyarakat malaysia akan dipandang secara terpelajar.
    Oleh sebab itu Jepun memilih bahasa yang paling rendah untuk dijadikan bahasa ilmu. Ini membolehkan semua peringkat masyarakat memahami ilmu. Masyarakatnya didik secara menyeluruh.
    Pendidikan dalam bahasa Inggeris adakah ianya releven? Mungkin teladan dari negara seperti India, Hawaii dan sebagainya tidak mencukupi sebagai teladan. Kita boleh ikut ulangi sejarah mereka dengan kerajaan BN.

  595. Salam Tun.
    Belakang parang kalau diasah pasti akan tajam jugak. Inikan pulak ‘orang ulu’. Sy nak kaitkan dengan PPSMI yg ramai (ghamai) org dok sibuk membangkang la ni. Kebanyakannya orang pekan. Depa ingat anak depa buleh skor 5A kalu belajar Sains dan Math dlm B.Melayu. Kalu buleh depa nak subjek Bahasa Inggeris pun diajar dlm bahasa melayu.
    Silap2 haghibulan 70 tahun lagi muncul semula ‘orang ulu’ versi moden. Bukan apa Tun, hangat hati. Saya bukan setuju sgt PPSMI ni tapi asyik dok tukar je naya kat budak-budak sekolah pulak.

  596. salam Tun.
    Hai lah nasib! heheh.
    Hai lah badan, hai lah nyawa… Tun makin lama makin kelakar.

  597. thanks tun..
    really inspiring.. your word sometimes hit me..
    eheheheheeee it makes me wonder ” am i truly malaysian?” and what is my contributuion to malaysia… god bless u…

  598. Slm….. utk ayahnda.
    Kita sebagai orang melayu jangan malu dan segan pada bangsa lain kerana kita dijadikan Allah sebaik-baik umat didunia ini kerana dilahirkan sebagai orang islam. Jika diberi peluang kita boleh maju setanding dengan bangsa lain didunia ini, cuma elakkan daripada perasaan rendah diri yang melampau, jangan terlalu berbudi bahasa,(melayu mesti kurang ajar sikit), hard work dan perlu yakin pada diri sendiri. Insyallah dengan sifat keikhlasan dan tidak korup kita juga boleh maju.
    Wak Nal.

  599. Salam Tun,
    Ini adalah kali pertama saya memberi komen. Sebelum ini saya hanya menjadi pembaca tetap saja.
    Semuga Tun berdua sentiasa diberkati Allah sentiasa.
    Orang Islam/Melayu sememangnya berhadapan dengan musuh dari dalam diri sendiri. Kita sentiasa digoda oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Inilah perjanjian syaitan dengan tuhan semasa di syurga dulu.
    Kita mempunyai ramai cerdik pandai dalam bidang agama tapi bagi saya mereka ini hanya mempunyai pengetahuan sahaja tapi pengalaman dan RASA tiada dalam jiwa mereka.
    Saya amat yakin mereka ini akan menikus jika di suruh ke Palastin untuk berjuang tapi amat besar suaranya jika berada jauh.
    Begitulah kita orang melayu yang 100% beragama islam. Kita boleh kata rezeki itu dari tuhan tapi saya amat yakin jika kita nak pecat dari jawatan yang ada, semuanya merayu, menangis dan persalahkan orang lain. Sudah hilang segala kata2 yang keluar dari mulut mengatakan semua rezeki dari tuhan.
    Itulah nilai dan kekuatan diri kita sekarang sebagai seorang muslim.
    Akhir sekali saya amat kagum dengan Tun kerana Tun bekerja, bercakap dan memberi pendapat atas sifat rasa bukan atas sifat tahu semata2.

  600. Assalamualaikum Dr,
    Maaf saya pakai pangge Dr. sebab dari kecik dok pangge Dr sj.
    Betui la tu la ni orang melayu sendiri kata org melayu bodoh, tak kan nak belajar dalam bahasa org putih pun tak boleh. Saya dgn abang saya dulu sek melayu titi gajah saja, sek menengah aliran inggeris…boleh pun…la ni dia jadi flying instructor lepas pencen air force. Dr ada naik sekali dgn dia (caribou) masa depa dok tengah cari replacement for the aging Caribou.
    Kalau dok kata kita tak boleh sampai bila pun tak boleh. Mungkin yg jadi menteri pelajaran tu org pekan kot, jadi depa lupa pekan dulu tu asai nya ulu, kampong juga sebelum jadi pekan.
    sekian.

  601. Salam,
    Orang Ulu?
    Kalau kat kedah kategori ulu ni daerah Baling/Sik.Saya pun orang dari daerah tu le.Tapi sebenarnya ulu orang kat situ bukan ulu kuno.Orang kat situ kuat pegangan agama Islam.
    Biarpun sekarang dah moden tapi pegangan agama orang kat situ masih kuat dan akan kekal selamanya.Tahniah orang Baling/Sik.
    Ulu kat situ disebabkan oleh faktor semulajadi.
    Sekarang ni ramai org besar dan berpangkat tinggi dah lahir dari kawasan ulu tu.Kalau nak tahu pakar utara Datuk Dr Ismail Yaakob ,Pengarah JPJ Pulau pinang Datuk Hassan Yaakob,Datuk Taib Azamuddin,Prof.Dr Hj Omar Yaakob,Prof.Dr. Fauzi Abd Rani (sekadar beberapa nama) adalah anak dari Baling/Sik. Ramai lagi.Jadi kerana dari ululah mereka ni berjaya.Tapi bukan orang ulu sebenarnya tapi daru ulu.Saya pun dari ulu tapi celik IT .Kira ok le tu.Hehehe
    http://zoompanas.blogspot.com

  602. salam sejahtera Tun,
    Dengar kata orang, di ulu adanya bomoh yang mampu merawat penyakit misteri. Alangkah baiknya sekiranya Tun ketahui satu dua orang bomoh, untuk mencari petua rawatan untuk penyakit misteri yg berlaku di Malaysia baru-baru ini …
    penyakit ini tidak begitu mengerikan tetapi amat misteri sekali. Orang yg menghidapinya akan tiba-tiba hilang 5 hari sehingga anak bini tidak ketahui di mana mereka … lepas tu mereka akan muncul dengan badan yg sihat tiba-tiba .. dan tak lama kemudian sakit lagiyg paling misteri ialah orang yg menghidapinya akan sakit serentak dengan pesakit yg lain …… lebih-lebih lagi penyakit ini hanya menyerang seseorang sekiranya mereka wakil rakyat (YB)…… amat misteri kan?
    Harap-harap Tun mengenali bomoh di ulu untuk mencari penyelesaian bagi penyakit ini … sebelum ia merebak dan menjangkiti wakil rakyat lain sehingga mereka tidak dapat berkhidmat untuk rakyat … tahulah … penyakit ini akan menghilangkan pesakit sehingga bini pun tak dapat cari, macam manalah rakyat mampu mencari mereka … lebih-lebih lagi penyakit ini semakin serious kerana 2 orang YB itu sakit dan ambil MC serentak lagi apabila dituduh di Mahkahmah semalam … tak salahnya baru nampak mereka ketawa dengan senyuman yg manis, sambil melambai-lambai tangan tak lama dahulu… sekarang tiba-tiba sakit lagi
    tolonglah Tun … sebelum penyakit ini merebak

  603. Assalamu Alaikum Tun,
    Tun, kalau bukan Melayu sekat peluang Melayu, saya kira kita masih boleh debat untuk “justify” mengapa Melayu perlu diberi peluang. Cuma yang saya khuatir Tun apabila orang Melayu sekat orang Melayu. Mustahilkah ini Tun. Saya fikir ia tidak mustahil. Perkara ini sudah berlaku kerana akibat ramainya Melayu yang sudah lupa asal usul dan agama, hilang jati diri, hilang semangat kebangsaan. Mereka ingat wang, kontrak, kereta besar, rumah besar dan segala-galanya besar. Kita tak marah malah amat gembira jika orang Melayu kita menjadi kaya, maju, berilmu tinggi jika mereka tidak lupa diri kerana jika mereka lupa diri, di situlah kita akan lihat orang Melayu kita jadi individualistik.

  604. Salam alaik Tun…
    Im still young, 22 years old. Im taking electrical engineering
    course in Universiy of Malaya. I think the Malaysia is unique.
    In my tutorial classes, from 30 people there are only 5 Malays.
    25 others are Chinese. We learn together and we are really happy
    be a friends together and “sembang-sembang bual-bual” our future
    business plan while drinking a teh tarik and eating roti
    canai. Why do I call this unique? Because the Malay can work
    with our brothers – Chinese and Indians together to build the
    Malaysia.
    I guaranteed if there is only the Malay here in Malaysia, we
    will end-up like Indonesia, Vietnam, Myanmar and even
    Phillipines. Everybody knows we are much far developed than
    them. We can see our Putrajaya, Cyberjaya, KLCC Twin Tower, KL
    Sentral Project combined with monorail, Putra LRT, STAR LRT,
    commuter, Multimedia Super Corridor and even Biotechnology Valley
    at Dengkil, Sepang.
    With all of this heavy engineering project and hi-tech IT
    technology applied, we are one of the greatest country in Asia
    even there are still Japan, Korea or Singapore in front of us.
    Its fine. We just keep working and develop our nation.
    p/s: My ambition before die is to hack the Jewish military
    system assisted by my own developed software with a complex
    algorithm. HAHAHAHA!!! If I die, I die in pride.
    Salam alaik Tun… Take care. Love you.

  605. semoga ALLAH sentiasa merahmati tun sekeluarga.
    memang betul apa yang tun cakap kan tu.
    ini pengalaman saya..saya ni orang kampung tun.
    pertama kali ke putrajaya..terkejut!!
    cantik betul..
    saya ni sebanarnya pelajar lg tun..saya dapat biasiswa kerajaan
    tp tak dapat teruskan penganjian ke luar negara walaupun saya ada dapat tawaran universiti..itu xpelah saya kira sebagai satu kegagalan yang saya atasi untuk masa hadapan.
    tp bila saya berurusan di putrajaya..pegawai tgk saya ni selekeh ja.
    layan pun x berapa nak layan.
    nak tanye kepastian, dia menjawab sambil tersengih.
    alahai tun..
    menjawab semua sambil lewa.
    saya balik kampung dengan perasaan kecewa tun.
    bila di cerita pada ayah..ayah ckp xpelah.
    kita jual tanah2 tuh kalu nak juga ke luar negara..
    depa orang senang….x faham perasaan orang kampung yang mengharap pada pemerintah ni tun..

  606. Kita sendiri jatuhkan bangsa kita. Persepsi Melayu;
    Jam Melayu = lewat sikit takpa
    Janji Melayu = Tak tepat janji takpa
    Orang Melayu ni tepat pada waktu untuk 2 keadaan ja;
    1. Buka puasa
    2. Solat Jenazah
    Kalau beli barang, kita pergi kedai cina pasai harga depa murah
    Kalau repair keta, pi kedai cina pasai depa buat elok, Melayu buat lebih kurang.
    Jadi yang pelingkup Melayu ni Melayu ni, Melayu la juga.
    Kita kena tukar nama jadi Kaum MeNYEGAR, sebab Layu lawannya Segar.
    Kita kena jadi kaum MeNYEGAR bukan kaum MeLAYU. Dok layu situuuuu sampai bila-bila.

  607. dear Tun
    Yang sekat peluang tu memanglah teruk..tapi yang paling teruk ialah kalau dah dapat peluang pun tak nak ambil..macam macam alasan..kadang kadang kalau dengar dia punya alasan rasa macam nak sepak je muka dia..
    saya agak lama bekerja dengan beberapa syarikat milik kaum cina..saya dapati mereka sangat komited dan berani mencuba sesuatu yang baru jika mendapat peluang..berani melabur wang ringgit dan tenaga kerja demi untuk menerokai peluang-peluang baru yang hasilnya belum diketahui…entah berjaya atau tidak belum tahu..tetapi keberanian mengambil peluang dan semangat bekerjasama mereka sangat sangat saya sanjungi..tidak hairan bagi saya melihat mereka jauh didepan dari segi ekonomi berbanding kaum lain..
    Sungguhpun begitu, berdasarkan pengalaman bersama mereka saya berani merumuskan bahawa sebenarnya dari segi kebijaksanaan kita sebenarnya sama hebat kalaupun tidak lebih hebat..malangnya sikap kita sendiri yang menyebabkan kita masih terkebelakang dari segi ekonomi..
    budaya malas, penakut, hasad dengki dll sangat dekat dengan kita..perasaan hormat dan saling menolong seolah olah sesuatu yang ganjil kalau diamalkan dikalangan kita..kita mudah menunding jari menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sesuatu yang buruk sedangkan sepatutnya kita mengkaji dulu kelemahan kita sendiri dan seterusnya membuat tindakan pembetulan
    ubahlah pemikiran dan cara hidup kita kalau hendak maju..beranilah mengambil peluang, berkerjasama dan saling menghormati..
    tak payahlah pergi buat demonstrasi jalanan sambil menjerit jerit tak tentu hala minta kaum lain hormati kita..selesaikan masalah dalaman kaum melayu kita ni dulu…kalau kita mampu menguruskan masalah dalam kaum melayu ini saya percaya kaum lain akan lebih menghormati kita..

  608. yerp…you are right….give them the chance…then we will know who is more intelligent…i come from ulu as well….my dad is orangg ulu…but he managed to be a prof. because he was given the chance to do it…now i can be an engineer because my dad got the chance and later i have the chance….and i will ensure my children got the chance to be somebody……if during my fathers time, there was no chance given…maybe i couldnt be what i am now….
    this is how we change what we are for a better malaysia….not by blocking someone….

  609. Dearest TUN,
    LOL…
    All this is happening because of our beloved politician and policy makers of malaysia.They try to be smart with everthing and we rakyat end up being a stupid fool!It’s not only orang melayu yang tersekat as per say but the whole of rakyat malaysia including chinese, indians and other races as well!

  610. Assalamualaikum YABhg Tun,
    Terus terang cakap penulisan Tun ini paling menyentuh hati saya yg memang orang ulu (Baling, Kedah). Saya anak kampung yg dulunya asyik berkudis kerana main berkubang dalam bendang, busuk sekerap dan sentiasa pi sekolah dengan baju seluar pemberian orang atau tinggalan abang-abang.
    Orang ulu tak bodoh, tetapi banyak yang tersekat dengan ketidak mampuan orang tua. AlhamduliLlah saya berpeluang kerana biasiswa dan Sekolah Asrama Penuh, di sana pun ramai jugak orang ulu. Harapan saya, mana-mana orang ulu yang dulu membesar dalam rumah dinding buluh, atap rembia.. sekarang dah jadi tuan dan bos-bos atau ahli politik, tok sah lah sombong dan lupa asal usul. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi dengan kembali berbakti seikhlasnya kepada orang-orang ulu..
    Abi Qalam

  611. Assalamualaikum Tun,
    Harapan Tun berdua dalam keadaan sihat sejahtera..
    Tertarik dengan klausa Tun No. 15, – Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh. –
    Kalau orang melayu sendiri anggap orang melayu yang lain tak berkemampuan, macam mana kita nak maju…
    Orang Melayu (maaf berkata kerana saya sendiri berbangsa Melayu) tak sedar bangsa sendiri adalah sebuah bangsa yang hebat dan maju…..
    Melayu hai melayu…Bangsa yang dulunya gah, tapi sekarang, hanya gah ditelan zaman…..

  612. Assalamualaikum…
    Sebenarnya, kita boleh. tetapi apabila kita tak yakin maka jadinya tak boleh. sebagai contoh, dalam perkara pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. saya setuju dengan perkara itu kerana kita memang menggunakan bahasa itu di universiti. kita perlu memulakannya dari awal barulah tak mencanak di universiti kelak. saya sedih kerana ada orang mempolitikkan perkara ini.memang orang luar bandar kurang dalam bahasa ini, tetapi lama lama, musti jadi biasa. para cikgu juga akan menjadi lebih cekap untuk mengajar dalam bahasa ini sekaligus memberi kesan yang lebih kepada pelajar. ibu bapa juga perlu mengambil bahagian contohnya dengan menggalakkan anak anak kita belajar dan cuba menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan. kenapa kita nak ke belakang???

  613. salam Tun,
    saya pun kenal ramai “orang ulu” yang berjaya – semuanya kerana diberi peluang..

  614. Salam Tun,
    Petikan dari artikel Dr Mohd Asri..ada benarnya..
    Nabi s.a.w menceritakan kepada kita tentang kedahsyatan neraka dan kenikmatan syurga dalam sabdanya:

  615. As’kum Dato Seri,
    Harap dato’seri serta isteri sentiasa berada dalam keadaan sihat2 walafiat.
    Saya bersetuju dengan coretan dato’ seri ni. Kita orang melayu masih mempunyai sifat kurang percaya sama bangsa sendiri dan juga mudah lupa akan asal usul.
    Terima kasih.

  616. Salam Tun,
    I guess there are still many illiterate malays but who to blame? The Malays themselves? My peers and I are lucky that scholarships are ‘abundance’ during our time(90s). We were given an opportunity to study overseas and see the world. Now my husband and I are working our ***-off to ensure that we have sufficient education funds for our kids.
    But I see some still take for granted that the ‘help’ would still be there indefinitely. Why don’t they help themselves? I see some leading comfortable lives but are stingy when it comes to kids’ education.
    They’re so little malay professionals and businessmen. I am a qualifed professional and have invested in real estate and I know that the number of malay professionals are so little as compared to other races. The number of malay homeowners in prime locations are very little.
    I have to admit that I do look down at the orang ulu/kampung, because most of these orang ulus just do not care/want to better themselves. During your time it was different. Now there are still opportunities out there. For businesses – there’re cheap bank loans, MFIs, SME funds, TEKUN etc. For education – you can still go to MARA/Petronas/TNB etc.
    I’m sure these orang ulus are well exposed – I think they have astro to watch AF (FYI-I still don’t get it why people especially the Malays can get hooked to this show. I tried watching it, it is plainly boring/irritating and a waste of time). I think a lot of people will hate me for saying this. Some of my friends are crazy about the show but I just don’t get it.
    You see sir, what I don’t understand is this ‘orang ulu’ problem has been going on for a long long time. But why isn’t someone doing something about it? I guess the ‘right people’ are busy with political dramas in Malaysia that they have forgotten about the real problem at hand.

  617. ni anak orang ulu nak cakap…
    ORANG ULU BUKAN TAK PANDAI, CUMA DIPANDANG LEKEH OLEH SESETENGAH ORANG..
    MEMPERLEKEHKAN ORANG-ORANG ULU…
    SAYA AKAN PASTIKAN ORANG ULU BUKANNYA DI BAWAH…

  618. Assalamualaikum Ayahanda Tun
    Mak ayah saya pun dari kampung, & antara “kroni-kroni” depa pun ramai dari kampung. Dapat peluang belajar, masing2 dah pencen dari kerjaya yang boleh dibanggakan. Antara rakan-rakan sekolah saya pun dari kampung la ni “movers & shakers” di KL.
    I think we would not know the capabilities of our people if we keep on molly-coddling them. One of the problems is the perception that rural folks will not be able to cope with education in English.
    I hope we can sort this out so that we may begin to excel on the world stage, and I hope we will revert to a mostly single school system, & relegate vernacular schools to a minor role. Malaysians need to be cohesive & united, not a forced amalgamation of races.
    Wassalam

  619. Dear Tun,
    Oxford Si Khairy yang Tun maksudkan kah?
    We all are smart…….tapi tak gunakan dengan cara yang betul sahaja. Itu sebab ada 4 jenis manusia……….
    1)Yang tak tahu mereka tak tahu.
    2)Yang tak tahu mereka tahu.
    3)Yang tahu mereka tahu.
    4)Yang tahu mereka tak tahu.
    Semoga Tun & Seisi Keluarga Sihat Walafiat!

  620. Oleh kerana tanggapan bahawa kaum sendiri bodoh dan tidak berkebolehan sesetengah orang pendatang yang mendakwa diri sendiri sebagai bumiputera berebut bermati-matian untuk hak-hak istimewa. Kononnya hak-hak sedemikian akan menjadikan mereka sebagai Tuan, walaupun pada hakikatnya mereka hanyalah pengemis dan pacat menghisap hasil titik peluh orang lain.

  621. Askm, Tun.
    Saya rasa sungguh kagum dengan ketegaran Tun untuk mempejuangkan kemajuan bangsa. Walaupun Tun selalunya ditohmah sebelum kebenaran terserlah. Orang kita selalu membantah tanpa mencuba ibarat dah tak tahu kalah sebelum pergi berjuang. Haii..sabar ajelah Tun. Semuga Allah memberkati hari-hari Tun. Aminn..
    Always admiring Tun.
    KITA2

  622. Dear Tun,
    Setakat yang saya tahu, sesiapa pun boleh berjaya dalam hidup asalkan dilahirkan dengan akal yang sihat. Namun, kebanyakan orang tidak dapat atau mustahil untuk berjaya dalam hidup semata-mata hanya kerana pemikiran atau kepercayaan mereka. Kita boleh nampak bahawa mereka yang meletak kepercayaan agama ditempat nombor dua dalam hati mereka maka mereka lebih berkemungkinan berjaya dalam dunia ini.
    Namun begitu, konsep kejayaan adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin saya boleh kata saya amat berjaya jika saya dapat berjalan kaki ayam sejauh 5Km dari rumah ke pekan kerana bukan semua orang boleh buat begitu. Haha
    SkyForce

  623. Selamat petang tun
    Jika merasai dirinya amat sempurna – memperlekehkan orang lain.
    “Ya Allah hindarilah aku dari sifat itu.”

  624. org hulu berjaya sbb depa besa hidup susah,jadi depa ada semangat nak berjaya
    macam org pekan depa berlagak la sbb depa macam dh cukup style
    saya baru 23 tahun hidup..dulu kecik pnah la jmpa nama macam makcik Lebak..
    tapi la ni xtau la ada lagi x org nama macam tu
    macam org Perlis yang dok Kangaq akan rasa hebat dr org Perlis dok kat Sanglang,tapi org Kl tetap anggap depa lagi hebat dr org Kangaq sbb pekan Kl lagi besar..
    xpayahla kita sesama Melayu nak rasa hebat..

  625. YAB Tun,
    Masalah orang Melayu sekarang bukan kerana dianya berasal dari ulu atau pekan. Masalah Melayu sekarang ialah :
    1. Melayu yang nak jadi pemimpin tapi tak boleh memimpin.
    2. Melayu yang nak kaya tetapi hanya dengan menggunakan wang rakyat.
    3. Melayu yang nak berkidmat tetapi tak kisah nasib bangsa dan negara.
    4. Melayu yang nak maju tetapi malu nak maju sebagai Melayu.

  626. Tun,
    Orang melayu anggap melayu kampung bodoh, kerana dia anggap dia pandai…..
    Orang putih anggap orang melayu bodoh, kerana orang putih anggap dia pandai…..
    Jika orang melayu dan orang putih anggap, bermakna keduanya hanya berkhayal sebagai orang pandai…..
    Yang sebenarnya keduanya tak paham…, dan macam mana keduanya boleh paham kerana yang satu Bodoh dan yang satu lagi Bahlul!
    Kerana Tun tak pernah anggap mereka semua bodoh dan Malaysia serba boleh, maka Tun cuba rubah nasib mereka dengan bagi ajar mereka semampu Tun. Insya Allah swt Tun dibalasNya dengan pahala yang melimpah.
    Wassalam.

  627. Salam Tun,
    1. Orang melayu yang duduk bandar pun dulu sebenarnya asal dari kampung. Bila dah duduk bandar malu pulak nak balik kampung and tak mengaku asal dari kampung.
    2. Bila dah makin lama tak balik kampung, mula la kata orang kampung kolot. Bila kawan2 tak nak ikut pergi clubbing diorang akan kata, “Ko ni, kampung betulla”, yelah melayu moden.
    3. Masalah dengan orang melayu moden ni, dia pandang rendah ngan orang melayu yang tak moden. Diorang ni boleh dikatakan berkelulusan tinggi, pandai berbahasa inggeris dan kononnya mampu bersaing ngan bangsa-bangsa lain kat Malaysia ni tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan.
    4. Ada kawan saya, (melayu moden kelulusan luar negeri tajaan JPA) sangat benci ngan hak-hak keistimewaan orang melayu, macam-macam dia kata, orang melayu jadi malasla, tak boleh bersainglah dan nak sangat keistimewaan orang melayu tu dihapuskan. Tapi bila kerajaan tarik subsidi minyak, fuh!, sikit punya melenting. Itu baru tarik subsidi minyak, belum tarik lain-lain hak lagi.
    Apala nak jadi orang-orang yang sebangsa ngan saya ni Tun, ;).
    Tun, you’re the best!, take care.

  628. Sesungguhnya sy termasuk dlm golongan ulu. Tp topik ni tetiba plk muncul. Apa kaitan dgn iklim politik skrg.

  629. Orang Melayu bandar lebih ulu kerana kita masih jauh ketinggalan dengan bangsa2 maju lain di dunia di mana cepat berpuas hati dengan apa yang ada di depan mata

  630. Assalamualaikum Tun
    Saya orang Ulu juga. Umur 12 tahun walid saya bawak pi Pekan Temerloh untuk buat kad pengenalan(Tahun 1983). Itulah kali pertama saya keluar dari kampung pada umur 12 tahun. Pada umur 13 tahun(1984) saya dapat PELUANG belajar di sekolah berasrama penuh sebab saya adalah pelajar paling pandai dikampung saya. Saya kata paling pandai kerana saya adalah pelajar pertama yang mendapat 5A dalam Penilaian Darjah Lima setelah sekolah itu dibuka lebih 11 tahun. Keputusan tertinggi sebelum saya hanyalah 4A 1B sahaja. 1B itu adalah Bahasa Inggeris. Masih terbayang dimata saya kegembiraan umi dan walid serta guru2 diatas kejayaan saya itu.
    Selepas SPM saya diberi PELUANG melanjutkan pelajaran di UiTM dan selepas mendapat Diploma saya diberi PELUANG sekali lagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di USM (Grad 1998 -ni masa masalah ekonomi dunia). Saya kemudian berPELUANG lagi mengambil Diploma Pendidikan di USM dan kemudian diberi lagi PELUANG untuk menjadi penjawat awam.
    Saya sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas segala PELUANG yang diberikan. SYUKUR KEPADA ALLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL dibawah pimpinan Tun.
    GUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA BUKAN MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.

  631. assalamualaikum w.b.t tun…
    yup..saya setuju dengan curahan pena tun kali ini…sememangnya orang ulu boleh buat lebih bagus daripada orang bandar sendiri…
    saya sendiri telah buat kajian…di mana orang ulu ini sememangnya fasih bahasa inggeris dan mampu pergi jauh dari orang bandar…
    ini sebab mereka sedar…mereka orang susah…tidak ada kemudahan yang lengkap seperti orang bandar…oleh kerana kesusahan & kemiskinan mereka..mereka cuba buat yang terbaik & jadi antara yang terbaik…
    mereka tidak pula pernah bising…membuat fitnah atau membuat huru-hara mengenai kerajaan…mereka boleh berfikir secara luas…mereka tahu mereka berada di tempat yang amat sukar untuk kerajaan menolong mereka…tapi itu tidak mematahkan semangat mereka…
    sekarang…saya sendiri pun banyak kenal orang-orang ulu ini…hampir kesemua mereka bekerjaya profesional seperti lawyer, doktor, akauntan dsb nya…banyak di antara mereka juga bergiat aktif dalam politik…dan mempamerkan sifat kepimpinan yang terpuji malah mengalahkan orang melayu & orang islam sendiri…
    dan paling bagus mengenai mereka ini ialah PERPADUAN..mereka tidak ada mengamalkan sifat perkauman…malah jauh sekali daripada menindas & memfitnah bangsa-bangsa lain…
    sifat seperti ini lah masyarakat melayu harus belajar…harus belajar untuk memupuk semangat bersatu sebagai satu bangsa…BANGSA MALAYSIA!!!…
    dan juga mereka pandai menilai baik dan buruknya dalam pentadbiran kerajaan..sebab itu BN terus mendapat majoriti besar dan terus kekal mentadbir negara….
    macam mana saya tahu??…ayah saya sendiri dari kawasan ulu…Belaga, Sarawak…satu area pendalaman yang berdekatan dengan Bakun…jikalau Tun nak melawat kampung di area Belaga…silalah hubungi saya…dapat tun melihat hasil kerja keras tun membantu rakyat sarawak…ini email saya…[email protected]
    sekian terima kasih…tun jangan lupa bagi komen pasal sarawak pula…kita orang sarawak ingin tun memperkatakan sesuatu mengenai sarawak…terima kasih tun…
    salam… (^_^)

  632. salam tun
    saya pun orang ulu gak
    ulu sik
    tapi boleh masuk sekolah asrama penuh gak
    kalau rajin berusaha,sapa2 pun boleh berjaya
    semoga Tun berdua sentiasa sihat sejahtera
    Hidup Tun!

  633. Assalamualaikum…truly enough what happen today is because some people are much richer and more comfortable than other…this make them forgot their roots…We should adopt a more austerely lifestyle, if it is not to be than nothing we could do to revert downfall of our education field here in malaysia…Because truly enough not only malays but ‘malaysia mudah lupa’…

  634. Dear Tun Dr M,
    Saya memang setuju dengan Tun. Ramai beranggapan bahawa orang Bandar lebih berpengetahuan, lebih mampu dan lebih fasih dalam bahasa Inggeris. Mereka juga menganggap yang masuk sekolah Tamil lagi teruk. Anggapan ini adalah 35 tahun dahulu.
    Walaupun, saya dari kalangan murid bandar tetapi bersekolah rendah Tamil. Jiran-jiran saya semua bersekolah bahasa Inggeris. Saya terpaksa merendahkan diri bila bergaul dengan mereka.
    Waktu itu adalah sukar untuk murid-murid India memperolehi biasiswa ataupun pinjaman . Sekarang ada beberapa badan gergasi i.e. MIED, NLFCS dan PTPTN memberi kemudahan kewangan.
    Kalau dikaji dengan menyeluruh, akan kita dapati bahawa ramai murid sekolah Tamil dan estet telah dan sedang menjawat pangkat tinggi dikalangan tenaga kerja sector am dan swasta.
    Ini jelas membukititan asas usul se-seorang itu tidak mencerminkan masa depannya. Bagai mana anak itu diperbesarkan dan dididik.
    Pada masa kini, kedua-dua ibu bapa pergi mencari rezeki. Dirumah mungkin ada pembantu rumah ataupun langsung tiada orang yang mengawasi anak-anak yang bersekolah.
    Keadaan sedemikian adalah merbahaya dan anak-anak tidak diawasi. Terdapat banyak sumber perosak diperolehi daripada internet, TV, SMS dan sebagainya. Kalau boleh biarlah saudara terdekak jaga anak-anak kita ataupun salah seorang daripada suami-isteri jaga rumah.

  635. Assalamualaikum Tun Dr. Mahathir,
    Terima kasih atas penghargaan daripada Tun kepada bangsa Melayu di tanah melayu ini, Malaysia.
    Kepada semua pembaca blog ini,
    Marilah semua, sama-sama kita berdoa untuk kebaikan Tun Dr. Mahathir di dunia dan akhirat.
    Aamiin ya Allah!

  636. Salam Tun.
    Cerita orang ulu menyedarkan kita betapa perlunya kita tidak memandang rendah terhadap orang lain. Takut akhirnya kita yang malu sendiri. Rupanya ada lagi orang yang lebih hebat dari kita. Semoga Tun sentiasa sihat dan sejahtera.

  637. Salam Tun,
    Betul tu Tun, saya setuju. Saya orang ulu juga. Sampai sekarang pun rumah ibu bapa saya masih di tepi hutan belentara, lebih kurang 500meter sahaja. Tetapi dengan peluang dan kepercayaan yang saya dapat saya sudah bekerja di 3 buah syarikat MNC dan berjawatan tinggi. Dapat juga menikmati gaji 5 angka. Siapa yang kata orang kampung kolot?
    – Jinggo Rock –

  638. Salam Tun,
    “Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa?”
    menarik baris ni…. saya cuma kenai sorang je seperti yang digambarkan Tun. Agaknya sapa tu?

  639. Saya setuju.
    Sejak penjajahan Portugis lagi, org Melayu tidak diberi peluang.
    Penjajah yang menjajah Semenanjung Malaysia ini tidak memberi peluang untuk org Melayu maju.
    Penjajah hanya bagi org Melayu yg jadi tali barut penjajah, pengkhianat, atau sekutu dengan mereka saja ade dan dapat peluang utk maju.
    Tepuk dada tanya selera

  640. TUN.
    15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.
    Bergitu lah kerana orang melayu mudah lupa. Lupa akan asal usul datuk monyang mereka asal kampong mana. Mereka malu mengaku asal dari kampong Ulu. Malu asal dari kampong Ceruk Tok Kun. Sementang lah belajar kat luar negara dapat duit biasiswa gomen.
    Apa yang TUN kata itu ada benar nya. Ada agak kurang anak2 melayu sekarang yang mahir berbahasa oghang putih walau pun dah belajar sampai U.
    Dan saya lihat genarasi sekarang ramai yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris walaupun dah tamat Tinkatan 5 dan seterus nya belajar di peringkat Diploma atau ijazah. Berbeza di zaman TUN,sekitar 60han , 70han hingga awal 80han. Kalau dah belajar sampai tinkatan 5 tu dah kira berasap bahasa inggeris nya.
    Saya fikir ada sistem pembelajaran sekarang yang agak kurang memberi impak kepada bahasa itu sendiri. Malah guru yang mengajar BI sendiri tidak mengajar atau bertutur bahasa tersebut dengan baik.
    Di zaman saya, saya sekolah aliran organg putih (English medium)kat bandar Ipoh. Kalau cakap melayu kat kawasan sekolah dan kena cekup oleh prefect atau pengawas kena denda. Tulis essay atau 100 baris ayat. Sekolah saya waktu itu cuma ada 2 orang saja guru Melayu. Seorang Ustaz, seorang guru disiplin.Guru mengajar BM pun seorang keturunan Ceylonese,
    Saya ingat kita kena kembalikan era itu. Ada 2 pilihan pembelajaran. Aliran Inggeris atau Melayu. Terpulang lah pada ibu bapa nak hantar anak nya kesekolah aliran mana. Sekarang ni pun ramai ibu bapa hantar anak mereka kesekolah Agama.Belajar bahasa Arab.

  641. Assalamualaikum Tun,
    Setuju sgt dgn pandangan Tun masalahnya dulu walau pun kita diperintah oleh orang puteh tapi orang melayu amat peka dan amat mencintai budaya mereka.disitulah wujudnya sentimen untuk memajukan bangsa dan ketika itu orang melayu cukup bijak dan taat dalam pengamalan agama mereka.kehidupan seharian cukup berkait rapat dgn budaya,pantang larang, adat resam dan agama islam.Sebenarnya agama dan budaya memainkan peranan yang cukup penting dalam menjalankan kehidupan sesuatu bangsa akan tetapi dizaman sekarang orang melayu dah ikut cara orang puteh.Minum arak adalah lambang pemodenan dan kebanggaan mereka.Parti disambut tidak mengira perayaan asalkan besok cuti bolehlah keluar enjoy sampai pagi itulah malangnya bangsa kita.Ramai jugak yang pergi ke luar negara bagi menuntut ilmu tapi ramai yang balek tersalah tuntut.Bak kata Tun,Melayu Mudah Lupa,Lupa tu adalah merupakan satu penyakit yang biasanya kalu singgah kat tuk nenek kita, digelarkan nyanyuk cakap tak tentu arah anak sendiri pun tak kenal macam tulah ibaratnya bangsa kita ni Tun malahan kalau dilihat keadaan skrg keadaan moral orang melayu menjadi semakin membimbangkan dan lebih dashyat lagi menyeramkan.Pemimpin pemimpin melayu sering bercakaran,kafir mengkafirkan sesama Islam,terlalu sibuk mengejar dunia sehingga anak anak mereka pun tak larat nak pimpin langsung di hantar ke luar negara agar anak anak mereka menjadi cemerlang,gemilang dan terbilang kerana mendapat pendidikan dari universiti tersohor di serata dunia.Abang saya pernah bercerita kepada anak-anaknya tentang bagaimana dia membesar ketika dikampung 50 tahun dahulu tentang bagaimana hidup di sawah padi dan kebun getah tetapi beliau ditertawakan dan dikatakan hanya mengada adakan cerita.anak anak skrg tidak mampu membayangkan yang pada satu ketika kita pernah melalui kehidupan sebegitu rupa jauh sekali untuk mempercayai asal usul mereka.

  642. Tun yang saya hormati,
    1.0 Saya sangat setuju lah dengan pendapat dan pandangan Tun bahawa bukan semuanya orang ulu atau orang kampung tu tak pandai dan tak cekap. Allah swt lah yang menganugerahkan akal,kepintaran dan kepandaian kepada manusia tak kira dimana mereka berada. Tak semestinya orang dibandar semua pandai dan yang dikampong semua tak pandai. Kalau diberi peluang dan kesempatan untuk meraih pengetahuan sudah tentu anak-anak dari kampomg atau dari ulu bolih pandai dan setaraf dengan orang-orang lain dari bandar atau dari negara lain sekali pun.
    2.0 Saya sendiri berasal dari kampong nun di persisiran pantai diNegeri Sembilan. Mula bersekolah Melayu lepas tu entah macam mana saya sendiri nak masuk sekolah Inggeris. Ibu Bapak pun tak tahu apa-apa. Mula-mula masuk sekolah peralihan tu rasa agak kekok dan kurang selesa juga, tapi bila tengok budak china dan india pun sama macam kita jugak cakap inggeris pun sepatah haram tak tahu. Tetapi, nasib kami baik sebab guru bangsa inggeris kami dari India dia cakap Inggeris lebih laju dari orang Inggeris original,jadi, kami pun terikut-ikut cara dia dan selepas satu tahun kami pun rasa selesa dan bolih bercakap dan menulis bahasa Inggeris dengan baik.
    3.0 Sampai tinggkatan tiga kami semua dapat keputusan LCE cemerlang dan ada diantara kami yang ditawarkan masuk sekolah berasrama penuh. Ada yang diterima masuk sekolah SDAR, MCKK, RMC dan paling tidak pun sekolah asrama dibandar-bandar ibu negeri masing-masing. Olih kerana sistem pembelajaran ketika itu mungkin masih lagi megggunakan kaedah pembelajaran British, jadi kami anak-anak kampomg ini yang telah diberi peluang ini secara tak langsung menjadi pandai dalam peguasaan Bahasa Inggeris ini dan fasih becakap dan menulis.
    3.0 Apabila kami ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, kami rasa seronok dan apabila sampai ramai juga diantara kawan-kawan saya yang nak tiru macam orang putih. Cuba berjinak-jinak dengan budaya orang Inggeris dan meniru loghat mereka. Dua tiga tahun berada di England sudah fasih dan berkeyakinan tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris. Jadi interaksi kami dengan pensyarah, tutor dan rakan kuliah dari negara2 lain jadi mesra. Jadi kami tidak bersekongkol sesama sendiri.
    4.0 Kebanyakan kami lulus dengan baik dan mendapat kepujian dari University tempat kami belajar kerana kami pro-active dengan segala program University. Tapi ada jugalah teman-teman orang kampong yang terlebih sosial dan ada yang sampai kahwin orang putih pun ada. Begitulah juaga lumrah anak orang ulu ni, mereka bolih dan mampu menyesuaikan diri dimana saja dalam dunia ni kalau diberi pelunag.
    5.0 Jadi bagi orang Melayu yang kata Melayu lain bodoh tu tak patut lah. Tapi Melayu Elit hasil dari Dasar Ekonomi Baru tu ramailah. Melayu Elit inilah yang kata Melayu Ulu bodoh. Ada juga Melayu Elit ni anak-anak Melayu Ulu. Tapi bila dia dibesarkan dibandar dengan segala kemewahan jadi mereka seperti Kaduk Naik Junjung dan Kacang Lupakan Kulit. Tapi ada gunanya jugak dengan Melayu-Melayu Elit ni. Patutya mereka ni bolih jadi Duta kita yang berkesan sebab mereka ni bolih bergaul dengan semua bangsa dan bolih ber coctail sekali. Jadi tak da lah kita harapkan orang bangsa asing bergaul dengan Diplomat antarabangsa.

  643. Kat Perak pun ada orang Ulu,
    Sultan dah tak iktiraf masih tak tau malu,
    Silalah undurkan diri secara terhormat,
    Jangan hanya gilakan kuasa dan pangkat.
    Mereka ni semua tak paham bahasa
    Mungkin mereka yang patut digelar orang Ulu
    Fikirkanlah kedaulatan bangsa
    Jangan suka bertindak melulu

  644. Karpal says it again: ‘I won’t apologise to Sultan Azlan’
    Bernama
    KUALA LUMPUR, Tues:
    6:44pm: DAP chairman Karpal Singh said today that he would not apologise to Sultan Azlan Shah of Perak and that he would proceed with his plan to take legal action against the Sultan for allowing the Barisan Nasional (BN) to replace the Pakatan Rakyat (PR) government in the state.
    comment:
    Mr Singh, “bertaubat lah”. You can ask Anwar to bertaubat, you also must bertaubat. Nanti tak dapat masuk syurga tau !!!! Menderhaka is the greatest “sin” !!!

  645. Assalamualaikum Tun,
    1)Saya anak orang kampung. Asal dan membesar dikampung, sangat jauh dari bandar.
    2)Alhamdullilah, kerana diberi peluang saya mampu belajar hingga ke universiti.
    3)Semasa mencari kerja bermacam-macam syarikat saya pergi. Dari yang kecil hingga ke multinasional.
    4)Pernah ditemuduga bangsa sendiri. Tapi masa tu bahasa inggeris sangkut-sangkut,mereka pandang lekeh. Saya minta diberi peluang tapi cuma diberi senyuman sinis.
    5)Ditemuduga bangsa asing disyarikat multinasional,bahasa inggeris masih sangkut-sangkut. Tapi dia nampak potensi saya. Saya diberi peluang. Saya kerja tak ingat dunia. Kerja sambil belajar. Masuk tahun kedua saya dinaikkan pangkat…dan bahasa inggeris saya tidak seperti dulu.
    6)Kini saya diluar negara, lanjut pelajaran diperingkat PhD. Alhamdullilah kerana kerajaan memberi peluang kepada saya. Saya sangat berterima kasih.
    7)Coretan saya hanya untuk membenarkan kata-kata Tun. Memang ramai anak kampung ulu yang sudah berjaya. Berilah mereka peluang, pasti mereka tidak mengecewakan.
    8)Kepada bangsa Melayu, kalau bangsa asing dapat iktiraf kebolehan Melayu, kenapa tidak Melayu sendiri.

  646. Assalamualaikum Ayahanda Tok Det,
    Terima kasih di atas peringatan berguna itu. Saya tidak pernah menyesal menjadi orang kampung. Saya tidak pernah menyesal belajar di segala ceruk sekolah ulu kerana mengikut Arwah Bapa yang bekerja sebagai guru. Saya berbangga dengan itu semua. Walaupun bersekolah ulu, saya tetap berjaya seperti orang lain.
    Wassalam.

  647. Assalamualaikum Tun,
    1. Betul apa yang Tun tulis dalam perenggan 15
    2. Contohnya apabila saya pergi ke sekolah untuk jual barang-barang kemahiran hidup, ramai guru besar/pengetua pandang rendah pada barangan yang saya hasilkan terutama dari sekolah di pekan
    3. Tetapi lain pula penerimaan dari luar bandar
    4. Apa yang saya kesalkan disini ialah persepsi guru-guru disekolah, mungkin mereka terlupa segalanya bermula dari sekolah dan rumah
    5. Jika ada guru-guru yang terbaca, ingatlah segala penat lelah yang telah anda dicurahkan adalah untuk kebaikkan kita sendiri, bukan untuk makan gaji pada bangsa lain selamanya

  648. Melayu kampung dulu ada radio dan tv sahaja.. Melayu kampung sekarang ada anak dan cucu yang moden juga.. Bila balik kampung ditunjuknya cucu kat tok dan tokwan media isu semasa.. Menggunakan handphone dan laptop yang terkini belaka.. Ditambah pula anak yang pulang pakat pasang astro semua.. Dari TV1 TV3 pakat dok tengok Bernama TV aja.. Tok dan tokwan pula baru celik mata.. Selama ini depa dok kena gula-gula.. Maka arwah tok saya pun lompat juga.. Hanya tinggal tokwan sorang saja. Masih sayang dengan perjuangan UMNO Tunku Abd Rahman yang lama.. Anak cucu yang lain habis pakat lompat belaka.. Tapi yang peliknya, bendera BN dibuat kain basahan juga. Itulah hakikatnya.. Orang kampung jangan dianggap bodoh semua dan boleh digula-gula.. Kerana Melayu kampung tak mudah lupa..
    Hamba pun Melayu Kampung Juga..
    Belajar di Sekolah Agama Kampung Jawa..

  649. Time to stop playing ‘masak-masak’
    Husairy Othman
    2009/02/11
    THE tactics employed by embattled former menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and his band of exco members very much brings to mind the role-playing game of masak-masak.
    A favourite among children, this game sees each person assuming numerous roles with much fun and laughter resulting from their antics.
    While it might be harmless fun for innocent children to play the game of make-believe, the same cannot be said for these Pakatan Rakyat leaders.
    comment:
    Actually, they are in a reality show like Akademi Fantasia. Everybody now is looking at them through secret vedeo camera and watch their antics. he, he, he ………so funny !!!

  650. Salam Tun,
    Dulu arwah bapa saya seorang jaga, ada 7 adik beradik, duduk kat pekan tapi masa tu.. susah amat sangat, makan kerak nasi, duduk flat 2 bilik 9 orang .kadang2 nak beli sebotol minyak tanah pun tak mampu. Tapi sekarang, Alhamdulilah segalanya sudah berubah berkat usaha dan pertolongan dari Allah, kerajaan dan diri sendiri. Kalau bangsa sendiri tak tolong, siapa yg nak tolong?Terima kasih saya ucapkan kepada pemimpin-pemimpin negara. Betul cakap tun, kalau diberi peluang, tak kira siapa, semua boleh berjaya . Pada orang melayu, insaflah, kita masih lemah dalam semua bidang
    Sekali lagi, terima kasih

  651. Tun yang dihormati,
    Sebagai perbandingan, orang Arab di zaman Jahiliah dulu pun amat teruk. Mereka tawaf di sekeliling Kaabah dalam keadaan berbogel, menimbus anak perempuan hidup-hidup dan tidak menghormati batas kehidupan berumah tangga. Dikatakan keadaan mereka amat teruk sehingga empayar Rom dan Parsi yang berdekatan pun tidak sanggup untuk menjajah tanah Arab.
    Dengan datangnya Islam, orang Arab khususnya dan orang Islam amnya telah membangun dengan begitu hebat sehingga lebih maju dari tamadun-tamadun lain ketika itu. Malangnya, keadaan mereka hari ini tidak boleh lagi menjadi contoh teladan kepada orang Islam yang lain. Jika diambil Mekah, Madinah dan hasil minyak, taraf negara meraka berkemungkinan akan berada pada taraf negara miskin dan papa kedana.
    Kesimpulannya, orang-orang Melayu samada di bandar atau di desa, sama ada Melayu tulen atau Melayu celup, akan hanya dapat dimartabatkan dengan Islam. Semakin jauh dari pegangan Islam, semakin mundurlah kita. Jangan kita menyangka kita boleh maju dengan menghadiri majlis tari menari dan cocktail. Itu mungkin betul di zaman penjajah. Tapi hari ini, kita harus menjadikan orang lain hormat kepada kita dengan tidak menghidangkan arak atau makanan tidak halal di majlis-majlis makan malam.
    Pemimpin-pemimpin yang minum arak, kaki perempuan dan menghabiskan masa di kelab-kelab harus ditolak mentah-mentah kerana merekalah yang mengundang kemurkaan Allah dan menyebabkan memunduran kita semua yang berbangsa Melayu beragama Islam.

  652. Salam Tun,
    ” 15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.”
    Benar kata Tun.
    Orang Melayu sekarang juga berpuak-puak, bukan satu malah banyak puak-puak, macam orang asli dan pribumi. Orang Melayu berpuak di mana saja, dalam parti, dalam politik, pejabat, bilik darjah, universiti, di mana-mana pun kita boleh lihat ada puak-puak. Sudahnya orang Melayu sekarang susah nak bersatu sebab lain puak lain pendapat.
    Betul kata Tun.
    ” 16. Hai lah nasib!”

  653. Assalamualaikum Tun,
    Hampir semua orang melayu kat dalam Malaysia ni asalnya orang ulu. Kalau yang betul2 ada pun golongan bangsawan tu pun zaman Tengku dulu mungkin asalnya orang melayu bandar.
    Di Johor suku Bugis, Jawa dan Minang asalnya pun dari ulu tempat mereka. datang di tanah melayu berdagang ataupun mencari hidup baru.
    Keturunan Raja Melayu Melaka pun dari Palembang ulu kerajaan Majapahit.
    Saya rasalah kalau ada diantara kita orang melayu yang merasakan dia lebih modern. dah tentu orang itu jenis melayu yang mudah lupa…
    Lebih baik kita cuba berilah peluang pada siapa saja yang dinilaikan dan dirasakan boleh diberi kepercayaan.
    Jangan terlalu yakin kepada kejayaan diri sendiri sahaja tanpa memperdulikan orang lain…
    Kalau tiada ulu maka tiadalah hujungnya….
    Keturunan Moyang saya pun orang jawa ulu dari Terengalek, Jawa Timur.
    Today my mum still can teach English to my three cute little kids. One of them is a champion in spelling contest at school.
    Dewadanny.blogspot.com

  654. Orang Ulu ke, atau Orang Hilir, atau apa jenis orang pun, mereka semua haruslah diberi peluang secukupnya. Apabila seseorang itu menunjukkan minat, kebolehan, kecenderungan, kegigihan, maka dia patut disokong sepenuhnya, tanpa pilih kasih. Usaha hendaklah seratus peratus dalam apa jua bidang yang diceburi.

  655. Selamat Petang TUN,
    Saya berpendapat sebagai orang Islam,kita boleh hadiri majlis cocktail party yang diadakan oleh Mat Salleh di luar negara.Tidak semestinya majlis cocktail yang diadakan oleh Mat Salleh ade arak…kita sepatutnya tidak hadir.Kita tidak boleh
    membuat andaian tersindiri mengenai “kita tidak boleh bercakap dengan orang yang minum arak” di sesuatu majlis.Jika kita simpan fahaman tersebut maknaya kita seolah-olah dianggap sebagai “katak dibawah tempurung”.
    Saya rasa orang Melayu mempunyai prospek yang bagus untuk maju disemua bidang dan kerjaya.Jika orang Melayu tidak memegang sifat dendam,iri hati,cemburu dengan bangsa sendiri..maknanya dah lama orang Melayu kita tak memerlukan hak keistimewaan Melayu diberikan kepada kita.Kadanag kadang adalah sifat suka pandang rendah kepada bangsa sendiri yang membuatkan bangsa Melayu ketinggalan kebelakang.
    Kita lihat sahajalah apa yang berlaku di negara Islam sekarang ini.Jika orang Arab bersatu dalam satu pakatan dan persefahaman,saya rasa kaum Yahudi akan takut dengan orang Islam.Hairan yang berlaku sekarang ini adalah terbalik,yang dijajah ialah orang Islam….yang jadi penjajahnya ialah orang Yahudi.
    In adalah satu comment yang bagus TUN.Memaang ada isi disebalik comment ini.
    Now Playing : Soundgarden – Down on the Upside

  656. Five Hindraf leaders to remain under ISA detention
    Bernama
    PUTRAJAYA, Wed.:
    The five Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders will remain under Internal Security Act (ISA) detention for two years after the Federal Court here today dismissed their motion for a review of a previous panel

  657. Ybhg Tun,
    Saya pun hairan, orang yang kata tentang kesukaran untuk belajar kerana bahasa ni kebanyakkannya orang bandar, anak duta. Mula-mula mereka suruh jangan belajar dalam bahasa Inggeris, lepas tu bila budak-budak ni lemah bahasa Inggeris mereka juga yang hentam budak local U sebab tak reti nak cakap bahasa Inggeris dan tidak akan ambil mereka bekerja.
    Budak-budak ni kena paksa belajar, kalau tak paksa mereka semua akan malas dan tak akan pandai. Kalau kita dari awal manjakan mereka sampai sudah mereka tidak akan cuba.

  658. Dear Tun,
    Nizar chides BN for swearing in only six Eco members
    By : David Yeow
    IPOH, Wed:
    Former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin chided the Barisan Nasional for swearing in only six executive councillors, labelling it as proof that the new state government would not be stable.
    comment:
    His comment is a reflection of a frustrated and dejected ex-Menteri Besar. SOUR GRAPE !!
    I suggest he better spend his time to pack up his belongings and move out from the official Menreri Besar’s residence soonest possible. He has no more business in the administration of the state, period.

  659. Salam YABg Tun;
    Tulisan Tun hari ini agak pelik dan lain dari yang lain…
    Saya tidak dapat tangkap apa maksud Tun dan kepada siapa Tun tujukan sindiran Tun kali ini…

  660. Salam Tun,
    Saya pun orang Ulu jugak… Ulu Yam, Ulu Selangor..
    2 Ulu lagi…
    Perenggan 8. saya baca banyak kali… kena faham betul betul… Pergi Cocktail Party mesti minum arak ke? zaman dulu aje melayu macam tu… zaman sekarang kita mesti beritahu tuan rumah yang Muslim tak boleh minum arak… kena terangkan kenapa… kan itu tugas pegawai atasan?… atau tak tau terangkan dalam bahasa Inggeris?…
    Nasib..Nasib…

  661. Salam Tun..
    (Just want to share with you)
    I am Kampung Boy.. And my father was past away since I was a little kid, accurately I just 2 years old on that time.. dan hanye dibesarkan oleh seorng emak yng berasal dari kampung nelayan..
    Tp alhamdulillah, sekarang boleh dikatakan berjaya.. Lepas grad dari local universiti kt sini, saya boleh bekerja sampai luar negara.. USA, dan middle east..
    Disini saya gembira katakan yng saya sbagai budak kampung diperlukan oleh orng luar untuk membantu mereka dalam meningkatkan teknologi mereka.. didikan hanye bermula sbg budak kampung.
    So, Cuma mahu berkongsi, x kisah la siapa anda, apa keturunan anda skalipun,kalo kita berusaha kita tetap akan berjaya..
    Terima kasih Malaysia, terima kasih Tun..

  662. Asslalamualaikum YBHG Tun.
    Betul apa yang Tun katakan tu, sebabnya saya pun orang ulu juga (dulu la)tapi lani dah takda ulu lagi di Kedah tu. Saya pun boleh berjaya juga walaupun orang ulu, walau masa sekolah dulu sering dikutuk dan dijadikan bahan tertawa rakan dek kerana loghat kami yang agak pelik buat mereka. Tapi kini takda sapa pun nak perlekehkan saya lagi kerana dah agak berjaya juga. Jadi pada sesiapa pun janganlah direndahkan martabat mereka kerana kayu pengukur manusia adalah keimanan,ketulusan hati dan pelajaran/ilmunya.
    Buat Tun moga sentiasa dilimpahkan rahmatNya selalu.

  663. Assalam alaikum
    YABhg Tun,
    Asal-usul kita, manusia, berasal daripada satu iaitu Adam. Di mana-mana ceruk dunia pun kita berada, kita tetap manusia dan tiada apa yang boleh merendahkan martabat kita sebagai manusia selagi kita sendiri tidak merendahkan martabat kita.
    Orang ulu, orang pekan, orang kota, mempunyai kelebihan dan kekurangan. Adakalanya kekurangan yang kita miliki menjadi kelebihan dan begitu juga sebaliknya. Asalkan kita tahu dan sedar “asset” yang ada dalam diri di mana ceruk kita pun berada kita boleh jadi pemain global.
    Zaman sekarang pun tidak kurang lebih samanya dengan zaman dulu. Orang yang berpeluang, dilencongkan. Manakala orang yang tidak berpeluang, diberi peluang atas sebab ‘kasta’ dalam masyarakat. Tetapi Allah sentiasa adil kepada seluruh hamba-hamba-Nya termasuklah Tun. Saya bersyukur menjadi manusia di era Tun (sehingga sekarang).
    Seniman Agung P. Ramlee, Allahyarham, pernah menyatakan “…rumpun Melayu sudah jadi rumpun lalang daa…” Maka tidak hairanlah mengapa orang Melayu bandar sering mengatakan orang Melayu kampung bodoh.
    Moga peristiwa berdarah “Hang Nadim” tidak berbuah dua kali. Jika tidak Melayu tak akan hilang di dunia, tapi mana mungkin Melayu hilang di dunianya. Orang Melayu Singapura?
    Saya banyak baca kisah Tun, sewaktu Tun belajar perubatan di Singapura, Tun takut dengan mayat. Tapi tidak apa.
    Mana-mana bangsa di dunia ini sekali pun ada yang bijak dan ada qyang bodoh. Bangsa-bangsa yang maju sering melabel bangsa-bangsa yang mundur sebagai bodoh. Tetapi yang menjadikan bangsa-bangsa mundur bodoh adalah disebabkan oleh bangsa-bangsa maju yang memiliki satu perasaan iaitu ‘Phd’ (Pengkhianat Hasad Dengki). Sekiranya bangsa yang mundur itu ‘golf’ (golongan orang lemah fikiran) semakin dihaprakkan. Saya terkadang ketawa dan sedih melihat nasib-nasib bangsa Melayu (zaman pra kolonial)di alam Melayu menjadi haprak. Bertambah parah lagi apabila Bangsa-bangsa Melayu bermusuhan sesama sendiri. Bertambahlah haprak.

  664. Dear Tun,
    MIC confident of winning Bukit Selambau
    V. Vasudevan
    KUALA LUMPUR, WED:
    MIC is confident that it will be given a chance to redeem itself in Bukit Selambau.
    Its president Datuk Seri S. Samy Vellu said the party will field a local candidate or a veteran former assemblyman who had served the constitutency well but was not fielded in the March polls.
    He added that the party’s months of rebranding effort and engaging the community will result favourably for Barisan Nasional in the by-election.
    comment:
    No way the MIC can win the Bukit Selambau seat. The seat must go to UMNO.
    The Indians will support MIC as long as Sammy Vellu is still the President. Sammy Vellu is already a “deadwood” leader like Pak Lah.He has overstayed his welcome far too long. The Indians just got fed up with his antics.
    What rebranding Sammy is talking about? Rebranding to change strategy to make sure he is still the President of MIC!!!
    Sdalah Sammy. Please follow Pak Lah’s footstep. RESIGN for the good of MIC and Barisan Nasional.

  665. Sindiran ‘pedas’ untuk orang Melayu.. kalau tak faham jugak.. tatau la nak kata. So, orang Melayu boleh cerminkan diri sendiri… para terakhir Tun tulis tuh termasuklah aku…

  666. Dear Tun,
    MIC confident of winning Bukit Selambau
    V. Vasudevan
    Email to friend Print article
    KUALA LUMPUR, WED:
    MIC is confident that it will be given a chance to redeem itself in Bukit Selambau.
    Its president Datuk Seri S. Samy Vellu said the party will field a local candidate or a veteran former assemblyman who had served the constitutency well but was not fielded in the March polls.
    He added that the party’s months of rebranding effort and engaging the community will result favourably for Barisan Nasional in the by-election.
    comment:
    No way the MIC can win the Bukit Selambau seat. The seat must go to UMNO.
    The Indians will support MIC as long as Sammy Vellu is still the President. Sammy Vellu is already a “deadwood” leader like Pak Lah.He has overstayed his welcome far too long. The Indians just got fed up with antics.
    What rebranding Sammy is talking about? Rebranding to change strategy to make sure he is still the President of MIC!!!
    Sdalah Sammy. Please follow Pak Lah’s footstep. RESIGN for the good of MIC and Barisan Nasional.

  667. Assalamualaikum Tun,
    Harapan Tun berdua dalam keadaan sihat sejahtera..
    Tertarik dengan klausa Tun No. 15, – Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh. –
    Kalau orang melayu sendiri anggap orang melayu yang lain tak berkemampuan, macam mana kita nak maju…
    Orang Melayu (maaf berkata kerana saya sendiri berbangsa Melayu) tak sedar bangsa sendiri adalah sebuah bangsa yang hebat dan maju…..
    Melayu hai melayu…Bangsa yang dulunya gah, tapi sekarang, hanya gah ditelan zaman…..

  668. Reading this post, I wonder what have inspired Tun to write it? I must have missed something this last few days. Hmm..
    I can associate with this post, coming from a sekolah kebangsaan in one of the Bukits in Muar, where bahasa Jawa is the primary language of many among us. However, I have been blessed for having received many OPPORTUNITIES in my life to strive for the best. And I have always been grateful for this blessed life. And with all these opportunity given, primarily through my schooling life, I have been able to work shoulder to shoulder with my British peers (often ended up a few inches taller than them) at work and college. Again, when I returned home, this blessed nation of us has again given me opportunity to do almost all that I set my aims on and alhamdulillah, achieved most of them.
    With these comes confidence. In my line of work, I came across people from all races from all over the world – developed countries, economic superpowers and all. Most of them physically taller and larger than me (that’s one thing I hope my children can improve upon in future). They may initially look down on me, but I see them as my peers, treat them of the same level with me. And they soon respect and do so to me as well.
    With all these, I belief my goal in life should be to strive and ensure that my children and their future generation will have the same opportunity that I have had. I will teach them that they still have to work hard so that when the opportunity come, as invariably they will, they should damn well able to make the most of it.
    I must thank Tun and his generation of leaders that has enabled our people to enjoy this. My wish is that the leaders of my generation will build on it – make us stronger, rather than squander the privileges and stature that has been build by our predecessors.

  669. Dear Tun,
    Chinese company wins contract to build Mecca monorail
    AFP
    RIYADH, Wed.:
    A Chinese company has won a contract to build a US$1.8 billion monorail to carry pilgrims around the Islamic holy city of Mecca, Saudi Arabia announced during a visit by Chinese President Hu Jintao.
    comment:
    Scomi tak dapat ke contract? Pak Lah tak lobby ke? Kan baru balik dari melawat negara Timur Tengah. Tak pergi jumpa Raja Saudi lobby untuk syarikat anaknya ke?
    Saya ingat kalau Tun masih jadi PM mungkin contract dapat kat syarikat Malaysia.

  670. Salam tun..
    Tekejut tgk tajuk entry tun kali ni..orang ulu? hehe..saya orang ulu jugak tun..tapi orang ulu tiram..terletak di dalam daerah johor bahru..mungkin kedudukannya yg terletak agak jauh dari bandaraya jb, sbb tu nama dia pun ulu..skrg saya bekerja di putrajaya..teringin nak merasa bekerja di bawah pemerintahan tun..tapi tak sempat pulak..hehe

  671. Orang asing memang tak sudah-sudah nak memperlekehkan kita. Bagi mereka, bangsa mereka adalah yang terbaik. Dan ini sudah beberapa kali terjadi kepada saya. Ada yang berkata, semasa British menjajah kita, mereka mengajar kita byk perkara, termasuk bagaimana nak pakai seluar. Ini sangat menggelikan hati saya. Tersembur makanan dalam mulut saya bla dia menyatakan sedemikian. Their arrogance is unbearable. Tapi takpa, saya kesian melihat orang sebigini kerana mereka tidak ada ilmu. Nak layan pun malas. Biar mereka datang dan lihat sendiri betapa ‘civilised’nya kita.
    Yang lebih menyedihkan lagi apabila org kita sendiri memperlekehkan kita sendiri. Duduk di negeri sendiri, tetapi dianaktirikan. Kebolehan ada, tetapi disekat. Kerana apa saya kurang arif. Mungkin anak-anak ulu dahulu sudah lupa daratan agaknya.

  672. Betul la tu Tun.
    Assalamualaikum Tun,
    Alhamdulillah, kita ada DEB dan kelebihan untuk kaum bumiputra. Kalau DSAI pun entah-entah tak masuk UM pun. Kena tunggu cucu la baru dapat datuk.
    Tapi yang ni ‘special case’ la Tun. Ada IR. ni, dok nak lawan titah Sultan pulak. Dia tak nampak agaknya segala ketentuan datang dari Tuhan. Ni yang payah ni !
    Orang sekarang ni banyak yang pandai, tapi tak bijak. Tu yang sekarang ni, dua-dua ( orang pekan & orang ulu ) tak boleh.
    Mungkin masalah mentaliti dan sikap keterbukaan serta perbuatan la Tun. Selalu tak kena pada tempatnya. Satu lagi, kita selalu tak nampak ‘Big Picture’ sebagai fokus utama dan hala tuju.
    Alhamdulillah selepas merdeka, banyak yang kita telah capai. Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur atas apa yang telah kita kecapi selama ini. Terima kasih Tuhan !
    Selamat berjuang Tun !

  673. Adakah blog Tun kali ini berkait dengan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik? Tun sangat pandai memberikan pendapat dalam tersurat dan tersirat. Kagum saya….

  674. Dear Tun,
    Begitulah Nasib Labu Labi …..he, he, he….
    Tapi dulu lain sekarang lain…. Melayu Mudah Lupa.
    Dah lah lupa, sombong dan bongkak pulak.
    Dah lah sombong, rasuah pulak !!
    Melayu Oh Melayu !!
    Bagi peluang tapi lain pula akhirnya.
    Ada yang jadi PENDERHAKA !!!

  675. My dearest Tun,
    This one required a bit more of reading between the lines. But I think as usual, the message you want delivered is very pertinent to the situation we find ourselves in these days. The more we box ourselves in by placing dos and don’ts on everybody we come into contact with, the more we will produce future generations who will always claim “It can’t be done”. We are so eager to criticize countries such as the US and Australia for being so insular yet we are heading in the same direction. Unfortunately, this is a common scenario among all our races who increasingly want to box everybody within the confines of what they feel best signifies their race instead of adopting a more open attitude. What are your views on how and why we got to this stage? As always, may God Bless You.

  676. Assalammualaikum wbt Ayahanda Tun Mahathir..
    suke pendapat Tun no. 12 & No. 15.. 🙂
    Sememangnya kita sebagai orang melayu perlu merebut peluang yang ada tanpa menyebut “Ishh, boleh ke aku buat tu..” atau mengharap rezeki/tuah datang bergolek..
    Saya tak malu mengaku saya anak orang kampung..asalkan kita tau menjaga adab budi, sopan santun, harga diri walau dimana kita berada. Sesungguhnya tiada perbezaan org kampung,org bandar,org pekan atau org putih..yang penting hati/niat mau bersih..erms..
    Semoga Tun M & keluarga sentiasa dalam lindungan Allah Yang Maha Esa.
    Wassalam..

Comments are closed.