2. Argentina sembilan kali lebih besar daripada Malaysia. Pada satu masa dahulu Argentina menjadi Negara yang ke-enam terkaya di dunia. Kawasan tanah rata “pampas” beratus ribu kilometer persegi. Rumput tumbuh dengan sendirinya di kawasan ini.
3. Orang Argentina hanya perlu lepas lembu di kawasan ini dan lembu akan membiak dan membesar tanpa perlu diberi makanan selain daripada rumput yang sedia ada. Apabila tiba masanya penternak hanya dikehendaki tangkap lembu dan jual. Inilah punca kekayaan orang Argentina dahulu.
5. Saya difahamkan bahawa petani Argentina dikenakan cukai yang amat tinggi, 35 peratus daripada keluaran ladang diambil oleh Kerajaan. Selepas itu cukai 30 peratus dikenakan ke atas keuntungan.
6. Jika cukai seperti ini dikenakan kepada peladang Malaysia, apakah reaksi yang akan kita lihat?
7. Tetapi tak mengapa. Jika Kerajaan kita umumkan cukai setinggi ini, besok ia boleh dikaji semula. Alhamdulillah. Inilah kelebihan kita.
Salam Tun..pasal isu ppsmi tu.saye lebih kepade cons..sbab bagy saye banyak lagy nation yg maju2 yg ta guna bahase inggeris..contoh jepun france german n banyak lagy..isu na majukan sains dan teknologi kat malaysia bukan terletak kat bahase..tapi dekat DUIT yg perlu diberi kepade SISTEM PENDIDIKAN dan RESEARCH..saye bekas pelajar malaysia di perancis dan saya dapat melihat bagaimana mereka boleh menjadi antara negara yg paling banyak kluarkan ilmu2 bagus..mmg bahasa inggeris penting tun..tapi kuatkan pengajaran bahase inggeris tu sendiri.banyakkan lagy masa pengajaran utk bahase inggeris kat skolah.
lagy satu semase saye di perancis,saye tahu pngalaman blaja dalam bahasa org.macam na rase menghafal bute sbab na skor pekse padahal saye kurg paham ape yg diajar.
slalu saye berfikir..kalo la bahase malaysia bahase pengantar..alangkah baiknyer..bile idea dah dipaham,barulah boleh diolah dan ditokok tambah.sbab tu saye rase pngajaran sains dan matematik perlu diadakan dalam bahase malaysia.sekian terima kasih tun..
muga sihat selalu
=p
Assalamualaikum Tun,
saya rasa2, cukai yang paling utama untuk dikaji semula adalah cukai import kereta luar.. tinggi sangat ler Tun kan?
saya pasti, ramai sebenarnya rakyat kat Malaysia tercinta ni yang dah bosan nak guna kereta yang tiada jaminan kualiti..
jadi, kalau boleh dikurangkan cukai terhadap kereta import, boleh ler kami ramai2 merasa pakai kereta yang lebih baik..
Kadang-kadang, orang yang sebelumnya banyak melakukan onar berbanding orang sekarang. Hasilnya, orang sekarang terpaksa menanggung “taik” yang ditinggalkan orang dulu.
Nak basuh “taik” bukan senang, Tun. Kalau “taik” besar, dari jauh orang boleh hidu.
Cakap soal pemimpin, janganlah kita mengutuk pemimpin yang serupa ini, seelok-eloknya, kita doakan agar dia diberi hidayah.
Kita orang Melayu, hidup mati beradat, agama datang dijunjung, raja dipatuhi, Tuhan disembah. Kalau betul-betul Melayu….
Orang Malaysia, bergeraklah bersama orang Melayu.
SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,
By ROSHANAuthor Profile Page on March 12, 2009 7:34 PM
Hi Tun,
First time writting in you blog. You have done “MANY” good things and also created “SOME” not so good things. I will say thanks to the MANY things and no thanks for creating SOME not so good things. You were a “DICTATOR” in a way to achive your dreams.
YES, AYAHANDA TUN WAS A ‘DICTATOR’ BUT NOT A WAY TO ACHIEVE HIS DREAMS BUT THE RAKYAT’S DREAM OF VISON 2020.
‘ONE PROGRESSIVE, DEVELOPED AND TRULY MALAYSIAN MALAYSIA’
WE WERE ALREADY ON THE RIGHT TRACK TOWARDS THAT DREAM UNTIL 2003 WHEN AN ‘AAB'(AIMLESS, ARROGANT BONEHEAD) HAS LED THE ‘COMMUTER RAKYAT’ INTO THE DARK WATERS OF THE PUTRAJAYA LAKES..WE REGRETTED.
AND WE DO HOPE THAT NAJIB TUN RAZAK IS THE DICTATOR’S MAN AND WILL BE A ‘DICTATOR’ HIMSELF, REALIGN TO MAKE SURE THAT ‘ELUSIVE’ DREAM BECOMES A REALITY BY THE YEAR 2020? 2030? 2040?
LET IT BE, AS LONG AS THE FUTURE GENERATIONS WILL HAVE THE HOPES TO SUCCEED AS PROUD RAKYAT OF A TRULY DEVELOPED MALAYSIAN MALAYSIA.
MAY ALLAH SWT BLESS US WITH PEACE AND POSPERITY.
ALFATIHAH, AMIN.
Salam Tun & rakan bloggers,
Januari lepas saya ada terbaca artikel dlm Harian Metro pasal krisis kemarau yg melanda Argentina yg menyebabkan penternak mengalami kerugian krn beratus2 ekor lembu mati dan bg penanam soya & jagung mengalami nasib sama apabila tanaman mereka musnah akibat kemarau.Ditambah pula cukai yg dikenakan kerajaan oleh Presiden Christina Fernandez yg tinggi sehingga ada rakyat memprotes.
Tapi Tun,saya tak tahu la pulak macam mana PM kita yg flip flop nak mengatasi masalah ni sedangkan masalah tong ikan pun x dapat nak diselesaikan..ini kan pulak jika melibatkan bencana disebabkan alam semulajadi…
P/S: Rasanya seluruh dunia masih anggap Tun ni PM Malaysia kot..sejak Tun letak jawatan ni asyik gi overseas je hehehe…Maaf Tun saya gurau je…Wassalam…
SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,
By pakbelalangAuthor Profile Page on March 10, 2009 2:26 AM
The Star interviewed Nazri. I quote his statement.
“There are two other candidates (Tan Sri Muhammad Muhammad Taib aka Mat Taib and Datuk Seri Mohd Ali Rustam) standing for the deputy post and you did not even mention them?
First of all, I cannot support them, not for personal reasons but for real, practical reasons. The deputy Prime Minister will succeed the Prime Minister. We can’t discount the fact that anything can happen and if anything happens to the PM, the deputy PM will take over. For Ali (Rustam) and Mat Taib to take over, it is not possible and is unconstitutional because they are not even MPs.
Comment:
I am with you Nazri without the slightest shadow of doubt. Ali Rustam dan Mike Tyson patut cermin diri mereka masing-masing..
SDR. KAMI PAK BELALANG,
FOR THE FIRST TIME, THIS NAZRI FELLOW DUMPED HIS ‘AAB’ BRAINS.
HOW ON EARTH THOSE TWO ‘LINGAMPOOPS’ HAVE THE CHEEK TO ASPIRE FOR THE DEPUTY PRESIDENT POST?
ONE FELLOW IS A ‘MMT’ .. MEMANGNYA MAT TIPU TAK FAHAM BAHASA ENGGERIS DAN BARU2 INI TEMBERANG ‘ARKITEK PEMBANGUNAN DESA’ KONON?
ONE FELLOW IS A ‘AR’..AHLIL RASUAH. DENGARNYA GUNA ENAM RODA BELI PENCALONAN??..WALLAHU
WE DARE NAJIB RAZAK TO ENDORSE MUHYIDDIN YASSIN AS HIS CHOICE OF DEPUTY AND WE DARE SAY UMNO WILL BE TAKING THE FIRST STEPS TOWARD ITS GLORIOUS YEARS YET AGAIN!
ALFATIHAH, AMIN.
Salam Tun,
Tu lah dia kalo org yang bodoh sombong jadi pemimpin….
Hi Tun,
First time writting in you blog. You have done “MANY” good things and also created “SOME” not so good things. I will say thanks to the MANY things and no thanks for creating SOME not so good things. You were a “DICTATOR” in a way to achive your dreams.
Coming to PM in waiting, Najib, I our history, Najib will be the only PM who have so many scandals. Surprisingly nobody in power, royal palace, politicians like you, police, AG, ACA, etc, etc bother to call for an indipendant enquiry.
Something tells me he is in your good book, and he will dance to your wishes when he becomes PM.
GOD save Malaysia
Your comment TUN !!!!!!
Dear Tun,
After all that has been said and done, my only advise to Pak Lah is
IF YOU CAN’T LEAD, FOLLOW.
IF YOU CAN’T FOLLOW, JUST GET OUT OF THE WAY.
Salam Tun,
Saya ada satu pertanyaan apabila membaca article ini, adakah Tun mengharapkan seorang pemimpin yang tegas ataupun yang lembut? Bagi pendapat saya, kalau seorang pemimpin yang tegas pemberontakan akan berlaku disebabkan ketidak puas hati. Apabila seseorang pemimpin yang berlembut hati pulak akan dipergunakan oleh pihak tertentu dan akhirnya pemberontakan juga berlaku. Bagi saya, tidak kira samaada seeorang pemimpin itu lembut atau tegas, perlaksanaan kerja yang adil dan saksama harus diutamakan. Dalam artikel ini,saya berpendapat kalau dicukaikan 35%, saya pun boleh terima dengan syarat hasil cukai mesti digunakan dengan bijaksanaan.
Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun. Dulu Tun masa saya duk di belah West Coast depa kata perangai Chicano macam Melayu jugak. Tikam belakang, dengki, perut busuk. Tapi bila saya rapat dengan puak Chicano belah tu, tak la pulak macam tu depa jadi. Suka buang masa dan suka tunggu subsidi boleh dikatakan sama saja perangai tu. Tapi kadang-kadang Tun, pikir kan hal politik ni jadi tua cepat. Rambut hak ada serba sikit lagi boleh lesap lincin terus. Di sini saya tabik Tun. Tun memang seorang statesman. Saya suka baca posting Tun pasal Argentina ni. Tun, apa pandangan Tun tentang Jewish Gold Shekel yang dalam guna pakai Israel sekarang ni? Saya duk rasa, macam almost 95% sure depa akan mula guna Gold Shekel ni dalam masa terdekat Tun. Masa tu barulah semua Negara dunia akan jadi hamba depa! Saya harap Tun dapat tulis pasal ni dalam posting Tun. Orang kata gut feeling duk pi kut tu. Apa pun, for the longest time saya nak ucapkan terima kasih kepada Tun sebab membina KLCC. Pada saya KLCC sangat istimewa Tun. Saya salah seorang pioneer tenant sana 1998 (kedai makan kecil di Concourse). Sebelum tu, saya dan kawan saya (walaupun kami foreign graduates) ambil upah pi buh tanah di KLCC 1996 belah malam (dari Kennison Kuari Ulu Langat). Satu trip dapat RM50.00. Just to recover from our wrong business line then – Siang kami pakai tie 9 to 5. After that, dapat pula peluang berniaga dalam KLCC! Tak ada cable, tak kenal sapa pun, cuma berkat doa dan pusing ikhtiar. That was our first solid step at recovery. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Tun sebab berkat langkah inilah saya dapat membawa diri saya keluar dari economic uncertainties tahun-tahun sebelumnya (prior to 1998). Dari situ jugalah saya mula menapak semula setelah jatuh sebelumnya. From there I have moved on and on Tun. Saya hanyalah among the many dalam rantaian ekonomi Malaysia dan dunia hari ini, yang sangat terhutang budi dengan segala jasa Tun. Dan saya amat berterima kasih kepada Tun sebab adanya KLCC ini Tun. Dan gratitude saya kepada Tun, melonjak melepasi mereka semua ini. Di taman KLCC juga ada jogging track Tun buat, saya duk jogging situ tiap-tiap malam dulu (kadang kalau saya di KL saya mesti pi jogging juga la ni). Masjid Asy
Harap-harap janganlah rakyat Malaysia dibebani cukai sebegitu lagi Tun. Sepertimana diketahui di Malaysia terlalu banyak cukai dikenakan pada rakyat samada secara lansung atau tidak lansung.
Penguatkuasaan cukai yang nampak nyata di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sahaja adalah seperti dibawah:
Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Akta Setem 1949
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
Ini tidak termasuk cukai dibawah kerajaan tempatan dan lain-lain lagi. Ini semua ditanggung oleh rakyat. Sedangkan wakil-wakil rakyat Malaysia beli kereta baru pun dengar khabar dapat pelepasan cukai.
Kadang-kadang jeles juga Tun.
Dengan Izin Tun…Terima kasih.
representheunrepresented
Sinister? Tepat sekali…Your comments..that’s is.If you cannot see through the eyes in your chest please take leave..
Enough is enough.
representheunrepresented who? Anwar Ibrahim ? Lim Kit Siang ?
Sendiri taruk ?
Enough is enough..
A’kum Tun,
Again today we see the workings of your Paragraph 7.
As recent as 10/3/2009 we read in the media about the 70k Bangladeshi coming in. Even the Human Resources Ministry quoted ‘we will be working closely with the Bangladeshi Government to monitor these workers’. Today’s news – visas revoked immediately. Ayooooooooo…….
Salam Tun,
Apa yang Tun sudah alami dalam perjalan ke Argentina itu amat berharga
dari segi pengalaman.
Kita sebagai Kaum Melayu Islam harus menimba ilmu dari Tun dan membuat satu kajian tentang pengalaman itu.
Jangan mempersalahkan parti komponen mana malahan kita harus membuka satu pembicaraan untuk menguatkan ekonomi negara Malaysia…
Fikirkan rakyat yang ada belum kemampuan untuk menikmati kesenangan bersama,
harharhar..semasa saya membaca blog tun ini,pada saya yang lebih lucu bukan pasal cukai kepada peladang(lembu) di negara ini sekiranya di kenakan cukai,tapi apa akan jadi pada ahli politik yang mcm (lembu) yang suka buat keputusan dulu dan analisis kemudian.(lembu je yang buat mcm tu,lembu kan malas berfikir,tp nasib baik lah dia tu haiwan..kehkehkeh)
Salam Tun..it’s the same what the Dutch did to the Javanese and tax all the way. In fact even till now..it happens.. thus “GO DUTCH”.
Jadinya orang Jawa MALAY ker Malaka dan jadilah orang MELAYU…kerana kita lari cari rezeki.
azrin @ http://www.zyraz.com
Love your statement on para 7.
Hope pak lah is reading your articles here.
Keep on writing Tun. Malaysia need you.
Take care.
Assalamualaikum….
Maaf TDM saya tumpang lalu ya….,
Ada pelawat blog TDM yang mengatakan-ngata bahawa kalangan GMP dan sasterawan dalam kalangan GMP kononnya tidak pentingkan bahasa Inggeris. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kalangan GMP dan sasterawan amat mengakui bahasa Inggeris amat penting dan perlu diperhebatkan kepada generasi hari ini agar mereka lebih berdaya saing dalam arus dunia globalisasi. Tapi yang GMP dan sasterawan tekankan ialah usaha memajukan bahasa Inggeris itu hendaklah menerusi subjek bahasa Inggeris dan bukannya menerusi subjek Sains dan Matematik. Ini jelas dan jangan didungukan otak yang bergeliga.
Menerusi subjek bahasa Inggeris itu, semua terminologi Sains dan Matematik boleh dipelajari kerana mana-mana subjek bahasa pun adalah merentas kurikulum.
Jadi usaha pemansuhan PPSMI itu bukan memansuhkan pembelajaran bahasa Inggeris tetapi hanya mahukan Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana apabila disebut Sains dan Matematik, gugusannya terlalu luas. Oleh itu, terlalu banyak pembelajaran berlangsung dalam bahasa Inggeris dan terpinggirlah bahasa Melayu di bumi warisan Melayu.
Tuntasnya, GMP dan Sasterwan Negara menghayati prinsip “Bahasa Melayu Dikendung, Bahasa Inggeris Dikejar” dan bukannya “Bahasa Inggeris Dikejar, Bahasa Melayu Dikelar.”
Ramai rakan dan mungkin kita sendiri pandai berbahasa Inggeris, buat PHD dalam bahasa Inggeris dengan rujukan dalam bahasa Inggeris, berdagang berperantaraan bahasa Inggeris, kerja di negara orang Inggeris, bentang kertas kerja di negara orang Inggreis dan dalam bahasa Inggreis, kahwinpun orang Inggeris tanpa susah-susah belajar bahasa Inggeris menerusi Sains dan Matematik. Mengapakah hari ini mesti belajar bahasa Inggeris dalam Sains dan Metematik.? Janganlah kita lain sakit, lain pula dibebat.
Kemaafan dipohon andai penjelasan ini melukakan hati saudara dan saudari.
Sekian.
Salam Maulidul Rasul, ayahanda Tun,
Saya sentiasa rasa seronok membaca tulisan Tun, terutama bila ia membuka minda tentang hal-hal dunia seperti artikel ini ( walaupun ada yang tersirat). Tak larat dah nak baca suratkhabar kat Malaysia ni ayahanda, macam baca kisah-kisah ‘Soap Opera’. Bikin malu orang Malaysia aje.
Baru dengar ceramah Maulidul Rasul semalam. Tapi isinya lain sikitlah. Ustaz tu lebih pada mengekspresi rasa sedihnya, sebab bila peristiwa Nabi Muhammad dihina melalui kartun Denmark dulu, tak lah pulak orang Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan Rasul kita, tapi pasal isu-isu “remeh” ni, sanggup berkorban segalanya termasuklah harga diri. Pasal memboikot barangan Israel pun, taklah tersebar di media sangat, tapi pasal sandiwara politik berminggu terpampang di muka surat depan. Macam ada yang tak kena aje…..
Alhamdulilah ada website ni, dapat juga melepas yang terbuku dihati. Rasa-rasanya ada ke orang “gomen” baca???
Macammana pun, anakanda doakan semoga ayahanda sekeluarga sihat selalu dan sentiasa di dalam perlindungan Yang Maha Esa. Amin.
Asalamualaikum bapak….
weee…weee..weee….suka lah para yg last tu…..
suka…suka….sebijik kena kat muka depa….
adoiiiiiiii…..pedih2..pediiiiiiiiih…..
rasanya kalo tak disekat dari la ni….cerah masa depan m’sia jadik mcm argentina……dah naik loya dah nengok kelaku depa….
ni pasai org bangla yg nak masuk ni…katanyer 75 ribu org ni…
aiii…eko duk lembab2 nih duk nak bawak masuk org luar lagik ke….
bedol duk lena lagik ker….menti2 berkenaan duk buat ape…keje2..keje lah weh……makan gaji buter ker…..
oooooopps sori bapak…hangin satu badan lak….
To all Malaysian,
For the future generation if such teaching (Math and Science) in English will bring us more good than harm us. Bahasa Malaysia is and always our national language. Demonstration will bring more destruction compared to the teaching of two subjects in English!!!!
“Prof Dr Abu Hassan Hasbullah’s Zentrum Future Studies Malaysia of the university.”
Tu saya petik daripada NST online, orang yang buat survey poll UMNO – kunun-kununnya, apa ayat atas tu? Malaysia of the University? University apa? Saya rasa Prof Dr Abu Hassan Hasbullah ni pi buat survey berapa banyak kondom bocor dalam universiti tempatan lagi baik lah. Sertakan sekali jenama kondom, jual result dekat pembuat kondom. Lagi ada faedah, lagi tepat! KAH KAH KAH! Bodoh bangang punya skrip dha Nisfu!
Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun. Saya tahu bahawa, kalau kita nak buat kerja kotor, jangan berpakat dengan orang bodoh 🙂 Sebab dengan pembawa orang bodoh ini, kita yang cerdik melompat macam tupai, akhirnya akan tersungkur bersama si bodoh tadi. Sekarang ni kita tengok Syed Hamid Albar pulak kena hentam dengan isu 70,000 Bangla. Saya tak kenal Syed Hamid ni. Tapi saya juga tahu beliau tidak semalap ini. Dia Lawyer UK trained Tun. Jadi saya rasa Syed Hamid dah kena hentaman invincible PAU sikit. Felda pun dia orang nak korek jugak, ada rasuah konon, tapi itu angauan bodoh budak-budak hingusan sahaja, akhirnya diam 1000 kebodohan. Dan bagi mengungkapkan simbolik komen saya pada kali ini, Pak Lah bila tengok kuda-kuda liar GMP buat kacau macam beruk dan monyet tengah jalan (maaf berkata Datuk Hassan) HEHEHE!, terus Pak Lah kata: Rakyat dah mula buat huru-hara hal PIMP(?) ni (Pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk Matematik Sains), oleh itu saya berharap Kementerian Pelajaran akan buat keputusan yang segera”. Itu bodoh dan bangang punya statement dari seorang bergelar PM. Sebab bodoh: kerana keputusan semua al-maklum, Kerajaan akan putuskan dalam mesyuarat Kabinet. Cuma Kementerian Pelajaran boleh buat pemantauan, kajian, cadangan sahaja. Menteri Pelajaran pun jawab selamba saja: Keputusan Kerajaan yang buat. BODOH nombor 1. Sebab Bangang: Kenapa bagi pada si bodoh skrip tak lengkap Tuan Producer dan Tuan Direktor? Ini saya kata drama “I’m with stupid”. Ni bodoh nombor 2. Saya ketawa besar bila tengok buku skrip member kita tak lengkap, ni mesti ada perut busuk dah blanko skrip dia kan? KAH KAH KAH! Nakal 🙂 HEHEHE! Saya juga ketawa besar bila Ahmad Nisfu salah bagi cue pada Tompel kali ini 🙂 Akibatnya, Tompel masuk awal dengan arahan suruh Kementerian Pelajaran buat keputusan. Salah cue! CUT! Itu dah kantoi sikit drama “I’m with stupid” ini. Apa lagi nak tak kena dengan drama ini Tun? Yang best lagi satu, terus saja masuk dalam NSTP hasil survey taik kucing siapa menang siapa kalah PAU kali ini 🙂 Itu bodoh tolol dan bangang punya jalan cerita 🙂 Nampak sangat, drama ini low budget. Tapi Naina Marican, kita tahu apa GPMS dalam semua ini. Saya rasa lepas PAU ni awak akan balik jual thoosai di Lebuh Mac Allister Penang. Sebelah Banggunan UMNO. Orang tua-tua pesan, kalau nak curi kambing, jangan bawa keldai. Tun, rebus kacang kuda Tun, taruh sikit garam, daun kariplai dengan cili kering, kita duk tengok drama ni : “I’m with stupid”. Arahan Ahmad Nisfu dan dibintangi oleh Tompel. 😀 (Cinema scope)
Dear Tun,
There is no bigger monyet or beruk than Datuk Ahmad Hassan, the ex-D.G of Dewaan Bahasa dan Pustaka.
hi Dr.M
i agree with you that we malaysian should be more thankful with what we are given.we shouldn,t blame others for imposing taxes etc because we definately paying so much less than our western friends.
over there the hard working are practically working for the lazy ones.
best wishes Tun.
Enam tahun dulu diorang setuju, kitorang ibu bapa pun faham
rasionalnya. Susah macam mana pun kita usaha juga lah, untuk pastikan anak kita dapat ikuti,tidak ketinggalan atau dimasukkan kelas khas disekolah nanti.
Melihat:
Tidak mampu beli CD yang mahal2, jadi kitorang rakam rancangan kartun orang putih. Almaklumlah budak, tunjuk ulang kali pun dia tidak jemu. Isteri duduk sama depan tV, cuba edit bahagian iklan, jadi bila budak tonton ada kesinambungan.Beli lah pita-pita kosong. Usahanya kitorang rakam tiap-tiap hari.
Mendengar:
Sambil itu, ajar budak a b c dan ajar juga bunyi.Buat muka monyet,
buat kelakar bodoh, menyanyi walaupun suara sumbang, asal budak
gembira, jadi senang nak didik, tidak jadi masalah untuk kami capai
matlamat untuk anak kami membaca.
Membaca:
Alhamdulillah bila budak sudah biasa [familiar], sebab tengok kartun yang dipasang ulangkali, dialog bahasa inggeris dah mula jadi kebiasaan di telinga. Bila budak dah faham hubungan abjad dan
bunyi.Kami cuba dengan buku cerita.Kami selalu berpatah balik kepada cerita-cerita kartun dan ayat-ayat yang budak biasa dengar bila menonton.Jadi, bila masa mengajar, senang, sebab budak dapat mengecam bunyi dan padankan dengan cerita kartun yang mereka tonton.
Bergaul
Kami mahu budak bergaul dengan budak-budak seusia, supaya budak dapat meluahkan ‘idea’/kreativiti sendiri. Kami mahu budak tahu perihal nahu pula.Untuk ini, walaupun kami tahu, kami mahu cikgu yang mengalas tanggungjawab ini.Pengalaman Cikgu lebih teratur, peranan kami adalah lebih kepada ‘complimentary’.
Alhamdulillah, budak dah sampai tahap 9,walaupun cuma pendedahan
‘tutorial’ sahaja.Dulu tadika penuh dengan ABIM, tutorial dengan SRK masih berlangsung. Gitu gini cuma belanja kurang $200 untuk kedua-dua kelas sebulan.Yang pentingnya anak kami tahu guna dua bahasa.
Sekarang ada orang mahu hapuskan langsung. Tanpa fikir tentang kami
yang berkorban wang dan masa untuk memastikan anak kami dapat
mengikuti hala tuju Kementerian Pelajaran dan jua usaha kami untuk
tidak membebankan cikgu bila anak kami mula bersekolah.
Di sekolah cikgu tidak akan ajar membaca .Cikgu akan terus dengan
‘syllabus’, budak -budak yang tidak dapat ikut cikgu letak pada satu
kelas khas.
KAMI RASA PELIK BETUL..HANYA KERANA ANAK MEREKA TIDAK DAPAT IKUT,
SEBAB MEREKA TIDAK MAMPU MENGAJAR ANAK MEREKA JUSTERU USAHA KAMI PULA DIKETEPIKAN???
KENAPA MAHU HAPUSKAN???KENAPA TIDAK DENGAN OPSYEN??KENAPA MELAUNGKAN PERKATAAN ‘HAPUSKAN’???BERAPA BANYAK IBUBAPA YANG SEPERTI AKU YANG BERKORBAN WANG DAN MASA UNTUK ANAK KAMI TERPAKSA AKUR DENGAN AKSI JALANAN MEREKA.BUKAN SEMUANYA GANTIRUGI BOLEH DIBAYAR DENGAN WANG.CUBA KIRA MASA DAN PENGORBANAN KAMI, TAFSIRKANNYA DALAM BENTUK WANG,BERAPA BANYAK AGAKNYA CUKUP ??? SEKARANG INI MEREKA HUTANG MASA DENGAN AKU DAN IBUBAPA LAIN YANG MELUANGKAN/MENGORBANKAN MASA UNTUK MENDIDIK ANAK ANAK KAMI. MACAM MANA MEREKA NAK NILAI MASA ITU??KALAU CIKGU – KEMENTERIAN BOLEH BAYAR GAJI, IBUBAPA MEREKA MAHU BAYAR DENGAN APA?APA KATA KALAU KAMI KATA WANG MEREKA TIDAK ADA MAKNANYA. MAKA SETIAP MEREKA ADALAH BERHUTANG DENGAN KAMI DAN ANAK2 KAMI DIAKHIRAT NANTI, BILA MEREKA CUBA MENGUNAKAN TEKANAN UNTUK MENIDAKKAN USAHA/MASA KAMI. INIKAH HALA TUJU MEREKA.TIDAK DAPAT BUAT AJE – SURUH KERAJAAN HAPUSKAN??? KENAPA TIADA OPSYEN?? KENAPA TERUS-TERUS NAK HAPUSKAN!!!APA??MACAM NI KE PERANGAI , SEBAB MEREKA RASA KUAT DAN BOLEH MAKA TIDAK AMBIL KIRA TENTANG SEBAHAGIAN KAMI????INGAT,BUKAN SEMUA BERFIKIRAN MACAM MEREKA,BUKAN SEMUA MAHU DISARKISKAN.
GMP, memanglah mereka manusia seperti kita.Maka itu, bertanggungjawablah, jika anjurkan sesuatu kalau rasa tidak boleh kawal maka jangan buat.Jangan baling batu, bersuara sastera dan sorok tangan.Kita semua kalau dah jadi ibubapa maknanya dah berakal lah tu, tak payah jadi datuk atau berjanggut panjang, beruban putih untuk punya akal.
Maaflah Tun. Bukan apa, sebahagian besar kami diam bukan kerana kami lemah, kami tidak mahu dikaitkan/menambahkan ketegangan.Yang lemahnya adalah kerajaan sekarang yang sentiasa akur kepada tekanan.Sentiasa berpatah balik, dan biarkan rakyat haru biru.Itulah sebabnya sebahagian besar kami yang bersama mereka dahulu cuma mahu memerhatikan mereka saja.Lihat gelagat dahulu.Kami masih tercari-cari kewibawaan yang pada anggapan kian lenyap.
Assalamualaikum kepada Tun berdua.Kami faham apa yang tersirat. Semuga Tun berdua sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik.
Salam Tun,
Selagi hayat dikandung badan
UMNO tetap dipertahankan
Tak sabar nantikan Najib pula…. Sangat kecewa dengan Pak Lah… Tapi, Najib pun nampak macam kurang taringnya…
Saya orang Melaka… Mulanya sinis dengan Datuk Ali… Tapi perubahan pada negeri Melaka sangat banyak sejak beliau jadi KM. Makmur & ceria…. Namun, sayangnya, banyak syarikat Cina yang jadi operator bot, operator eye on M’sia, entah apa-apa lagi… Ada juga orang Melayu buat proposal, tapi telah diambil / ditiru dan diberikan pada rakan taulan, sahabat-andai, keluarga, rakan niaga………
Harap takkan Melayu hilang di dunia….
As’kum Ayahnda Tun,
Nak tergelak juga bila menonton TV dan dengar komen dari chairman GMP menyatakan “saya ada akal, saya bukan monyet, saya bukan beruk” begitukah selayaknya ungkapan seorang yang bertaraf sasterawan negara, anak sayapun tahu bahasa sebegitu hanya layak dituturkan dipasar pasar malam sahaja. Walaubagaimanapun seluruh dunia telah melihat bagaimana tidak berakalnya perangai sebilangan rakyat negara ini yang mempunyai sifat sifat seperti “monyet dan beruk” dengan mengadakan demontrasi ganas semata mata untuk mengajak umat Melayu undur kebelakang kononnya 2 matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan ‘bahasa Melayu akan hancur’ Masyaallah….. apa sudah jadi dengan golongan yang mengaku intelek sedangkan tiada langsung rasionalnya. Nampaknya negara kita telah didominasi oleh golongan extremist dan tak henti henti berseronok mencabar kesabaran pihak Polis, kononnya atas tiket kebebasan. Aduhai…. golongan “silent majority” marilah sama sama kita berdoa agar negara ini dapat diselamatkan dari kelompok hipokrit dari menerajui negara yang kita cintai ini.
Salam Sejahtera YAB Tun,
Saya merasakan kita tidak mampu untuk beralih kepada negara yang lebih bercorak realistik seperti di Argentina mahupun negara jiran Singapura. Mengenakan cukai yang tinggi bukanlah satu maksud untuk membawa kekayaan bagi orang atasan sebenarnya, tetapi kalau diselidik lebih mendalam ia bagi memastikan semua orang / rakyat bekerja untuk mendapatkan sumber makanan selain dapat mengelakkan rakyat lebih cenderung kepada kejahatan sekiranya tidak diasaskan daripada peringkat permulaan.
Jika dilihat Thailand yang pada tahun lepas sahaja mempunyai lebih daripada 1 Perdana Menteri bahkan lantikan PM baru tidak pula menggunakan Sistem Demokrasi hanya melalui bantahan.
Setiap rakyat ada kepentingannya tersendiri. Kerana setiap orang ada masalah. Jika UMNO dan BN dilihat cenderung kepada rasuah begitu juga PKR, DAP dan PAS itu sendiri. Semuanya 2 x 5 tidak berubah ideologi untuk dapatkan kerusi yang paling tinggi untuk dapatkan nama dan kuasa. Ini sudah pasti kerana semua manusia itu pernah merasakan sakit dan tidak tahu apa yang akan datang pada esok hari.
Apabila melihat isu PPSMI dan PERAK, ia cukup sedih kerana rakyat tidak kira bangsa cuba bersatu hati menentang apa yang cuba dilakukan baik oleh sesetengah pihak dan mungkin sekiranya telahan atau pandangan ini salah maka sebaliknyalah.
Ibu yang mendidik saya mengatakan bahawa mereka yang menentang ini bodoh kerana tidak tahu menilai mana yang buruk atau yang baik.
Mungkin benar, mereka tidak tahu nilai-nilai mengenai pembelajaran sepanjang masa yang diterapkan pada zaman kanak-kanaklah yang boleh membawa kepada kejayaan di masa akan datang. Sekiranya pada masa akan datang Malaysia berlaku perang sudah tentu masa itu kita akan mula belajar Bahasa Inggeris dan minta kembali Kemerdekaan sepertimana Negara Berdaulat Palestin..
Jika terlalu susah sangat, kita rancang untuk buat 2 sekolah versi PPSMI dan biasa sahaja. Saya pasti ramai akan menghantar anak mereka ke sekolah PPSMI termasuk juga saya. Ia tidak menjejaskan Bahasa Malaysia kerana cikgu yang mengajar adalah orang Melayu. Anak kita yang belajar, jadi masa depan anak kita biarlah dicorakkan oleh mereka sendiri dengan kita sebagai ibu bapa sebagai panduan.
Saya tak mahu anak saya digelar “STUPID” oleh kawan-kawannya disekolah kelak.Terima kasih YAB Tun.
Salam,Tun
Saya senang untuk jadikan pandangan Tun sebagai perbandingan di dalam isu-isu terkini. Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris contohnya adalah satu isu yang kecil bagi saya kerana yang menyokong untuk diteruskan program ini lagi ramai daripada yang berdemontrasi tempoh hari.
Saya harap Tun tidak akan menjadi ahli UMNO semula dan terus berjuang untuk bangsa dan negara dari luar UMNO.
Salam daripada ahli UMNO.
semoga org melayu menjadi maju dan kaya di bumi ini.
semoga org melayu menjadi lebih pandai dan cerdik
semoga org melayu menjadi seorang yg jujur
semoga org melayu menjadi bersih cekap dan amanah
semoga org melayu menjadi pemimpin kpd semua bangsa
semoga org melayu menjadi yg terbaik dari kalangan yg baik
semoga org melayu menjadi seorang muslim yg dipandang tinggi.
semoga org melayu menjadi bangsa yg dermawan
semoga org melayu menjadi ahli perniagaan yg berjaya.
semoga org melayu menjadi bangsa yg tiada hasad dengki.
Dearest Tun yang saya hormati,
Another issue has been politicize by BN nowaday was Religion which is majority Malaysian is Muslim and Christian … I am touch by the remark make by Dr Mohd. Asri Zainul Abidin in Harakah Daily today. As Malaysian, I really don’t understand what Hamid Albar and Zahid Hamidi trying to creat among Malaysian.
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) – “Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.”
Demikian dinyatakan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini pernah menulis setahun lalu dalam blognya yang bertajuk:”Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah.” berhubung isu berkaitan.
“Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik,” katanya dalam laman blognya itu baru-baru ini
Katanya Majlis Fatwa Perlis ketika beliau menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah.
“Jangan kita nak ‘divert’ isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
“Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya.
Katanya jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan katakan bahawa agama Islam yang melarang tetapi beritahu orang bukan Islam bahawa peraturan Kerajaan Malaysia yang melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
“Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam.” katanya…………
Never in my life against Christian in our country…This statement shared among majority of Malaysian Muslims as well. Whatever they want to name their GODs is up to them, and why in heaven that we want to read their articel? Those pamplet circulate in schools and public about Christian has to be investigate wheter it comes from Christian or others who imitate Christianity. They are like us Muslim…out there they have “ajaran sesat” problem as well…so, jangan lah politician like Hamid and Zahid melatah dengan cepat…
TV3 has been manipulate this issue until it create HAVOC among Christian Comunity in Malaysia. In Sarawak for example, majority Christian watch TV3 really want to comes up againt this TV3 for create hash religion issue. They don’t believe their highest Religion Commisioner does not react again this so provocative TV station. They don’t believe goverment allowed this TV3 keep provoking others like that and still happily operated in Malaysia. If this TV station belong to opposition, for sure 1000’s of police reports and 1000’s of SPRM report had been lodged and the owner has been drag under ISA quite instantly. If there is, still it not being publicise by any pro-goverment media.
The big question is…”WHAT IS THIS TV, HAMID AND ZAHID TRYING TO PROOF????”……Do they know what will be the impact of their statement…..thats definitely will cause them 2013 general election…of course they will still there to see the falls…
For me, better to ask higher religion back ground people before making FLIP and FLOP statement like that. Don’t disgrace Malay leadership if your knowledge about Islam same size as your brain only.
Thanks Dr. Mahathir.
Assalamualaikum
Tun,saya amat berharap Tun akan mengulas tentang isu PPSMI..
saya sebenarnya tidak mengerti kenapa sesetengah orang menolak PPSMI
sedangkan ia memberi banyak manfaat..
saya agak kecewa dengan perarakan yang menentang PPSMI pada bebrapa hari lalu..
saya dapat lihat yang pergi membantah PPSMI nie bukannya orang muda,semuanya dah tua..
jadi saya pelik sebab PPSMI ni dibuat untuk pelajar..
tidak wajar langsung di0rang tentang..
di0rang dah tanya ke budak2 sek0lah ok ke x PPSMI nie..?
padahal peratus pelajar yang dah dpt tangkap sains and m3 dalam bi meningkat..
apa masalahnya..?x paham la..
saya baru berumur 18 dan baru abes spm..
jadi saya tau bile saya cakap PPSMI tu bagus..
sebabnya saya yang belajar..
kenapa persatuan2 yang orang tua2 tue sume yang bantah PPSMI lak..
maybe anak d0wang x dapat tangkap bi k0wt..
x tau la..alasan d0wg memartabatkan bm padahal sejarah,kemahiran hidup,sivik,geografi,agama,m0ral..sumenye dalam bm..
s0,pe masalahnye..?hmm..
pape p0n,arap Tun sentiasa sehat seadanya..
sekian,assalamualaikum..
Dear Che Det..
1.Saya amat berbangga,masih bangga & akan sentiasa bangga,sanjung akan jasa & pengorbanan Tun pada anak bangsa melayu seperti saya.
2.Tanpa reformasi pendidikan,pentadbiran & kepimpinan Tun maka wujudnya generasi saya yang lahir dari sumbangan Tun ketika PM dulu.
3.Ibu saya,bekas ketua wanita cawangan dahulu yang mengamalkan kepimpinan yang tak mengenal lelah demi anak bangsa,tak pernah ditentang kerana ikhlasnya perjuangannya..sehingga dihari ibu saya meletak jawatan sebagai ketua wanita Umno,beliau cuma mempunyai sebuah Mazda 1000cc yang buruk,sebuah rumah warisan keluarga.Disaat beliau memimpin,PRU menjadi mudah dimana para wanita bergerak reach out semua pengundi walaupun berbasikal sekeliling kampung demi sebuah undi.Ibu saya pernah memarahi saya dikala saya berkata”kenapa ibu tak pernah meminta apa-apa dari pemimpin demi kesenangan ibu?”..jawab beliau,jika politik menjadi medan orang melayu mencari kesenangan bukan perjuangan maka jgn harap perjuanganmu akan menang..Ibu saya tak pernah mengira latar belakang politik org kampung yang datang meminta pertolongan sokongan bg mendapatkan bantuan PPRT.Malah mereka yang pernah mendapat bantuan PPRT,lembu & lainn itu sekarang hidup mewah dari ibu saya sendiri..alhamdulillah.Ini semua hasil dari contoh kepimpinan Tun.
4.Kini,di PRU yang lalu yang diterajui oleh ketua wanita yang baru(berebut mereka ketika ibu umum letak jawatan),rumah panas,balai BN seakan menjadi tempat org menagih wang,anak ketua wanita seperti gangster pula..apa nak jadi?dimana perginya perjuangan??…dari situ saya lihat bibit2 kekalahan BN di Perak,kerana tiada keikhlasan dalam memperjuangkan survival orang melayu,demi anak bangsa.betul kata Tun,melayu mudah lupa…
5.Saya tidak akan mengalah,beralah.Saya anggap Tun adalah mentor saya.Perjuangan anak bangsa bukan berkisar politik basi berdemonstrasi menjerit maki hamun orang tapi Dimanakah Arah hala tuju orang melayu akan datang,bukan sekarang tapi 50 tahun akan datang…
6.satu lagi isu,PPSMI bukanlah wadah untuk di demonstrasi,ia menjadi momokan bangsa lain.Lihatlah betapa teruknya orang melayu dalam BI,sehingga UKM satu ketika saya belajar dahulu pernah dipanggil Universiti Kampung Malaysia kerana lemahnya penguasaan BI.Lihat dulu hasilnya,jangan dirosakkan anak-anak bangsa kita..
7.Pada Tun,jangan tinggalkan kami anak bangsa melayu yang masih dahagakan kepimpinan Tun..hanya Tun pemimpin yang tahu mengenai erti sebenar kepimpinan Tulen,menerajui BN yang berbagai bangsa.
Dengan Izin Tun..
Siapa Hairul Faizal Adli ni?
Ooooo budak lagi…patut la hingus dia meleleh..
Jangan heran dengan budak-budak Tun…
Dia amat berterima kasih kerana polisi Anwar Ibrahim dan pembankang lah dia dapat pergi Jepun…
Moga dia cepat membesar…
Salam Sueda,
Saya terkejut dengan paparan daripada laman sesawang yang saudari/saudara berikan. Walaubagaimanapun, lama-lama saya terfikir semula, tidaklah mustahil kalau orang/bangsa/negara lain mengutuk kita, kita juga sesama bangsa saling kutuk mengutuk. Agaknya mereka juga tidak segan silu mengutuk kita kerana mereka berandaian kita sangat ‘selesa’ dengan budaya kutuk mengutuk ni kan?…
Aduuhhhh, sedih bila bangsa dan negaraku dikutuk dan dihina. Takut2 agama yang dipegang oleh bangsaku juga akan terpalit juga difitnah dan akan dikutuk juga… Nauzubillah hi min zalik…. kalaulah bangsaku sudah sering tidak kisah dikutuk… Aku berdoa ya Allah, Engkau peliharalah agama Islam ini tidak dihina akibat lemahnya sifat mulia bangsa Melayu…..
You’ve become such a sinister Tun. From a minister to a sinister. how sad. everything in your blog thats not related to the government, you’ll somehow manuever it.
to think that you’re even interested in “argentina”. if its not an object to indirectly bash the government is no concern to you apparently.
enough is enough.
TUN.
3.Orang Argentina hanya perlu lepas lembu di kawasan ini dan lembu akan membiak dan membesar tanpa perlu diberi makanan selain daripada rumput yang sedia ada. Apabila tiba masanya penternak hanya dikehendaki tangkap lembu dan jual. Inilah punca kekayaan orang Argentina dahulu.
Moral of the story.
1.Kita kat Malaysia adalah makhlok yang makan nasi dari beras yang ditanam.Ikan yang di tangkap, sayuran dan buah2an yang ditanam.Lembu Argentina hanya makan rumput yang tumbuh subur semula jadi dikawasan2 lapang.
2.Rakyat Makaysia perlukan rumah untuk membiak. Lembu tak payah kerana tak akta sex melampau.
3.Anak2 kita perlu sekolah nak jadi pandai.Anak2 lembu tak pergi sekolah. Itu sebab bodoh macam lembu.
4.Rakyat kena ada kerja untuk kehidupan. Lembu hidup kerana nak kena jual.
5.Malaysia juga boleh tidak lagi jadi peng export yang ke 17 dunia jika kita gagal dalam perancangan dan lemah dalam urustadbir,asyik tutup buka. Kadang2 jadi,kadang2 tidak. kadang2 sorong,kadang2 tarik. kejap terang, kejap gelap. Flip Flop.
Kerajaan sekarang tidak menghiraukan rintihan rakyat.
Dear Tun,
The snippets posted carries a deep meaning where some relevent parties will just pretend not to understand.
The last comment is “beautiful” i.e ‘Boleh dikaji semula’. If everything BDKS(Boleh DiKaji Semula) where is the stand point and the direction(hala tuju). Due to the mindset of BDKS, everything will be flip-flop. This just shows that our present government lack a proper feasibility study before any implementation.
PPSMI is good in the long run BUT the way it is implemented is haywire and it is destined to be a failure before take-off.
My opinion is that:
1) The teachers should be equipped and educate in English. This may take 3~4 years.
2) After 3~4 yrs(maybe more), then we start with primary 1 ONLY.
3) Follow the student primary 1 to primary 2 and continue yearly until complete to university level. Finally we can achieve our objectives.
At present situation, the student are the victim since the abrupt change causes a lot of confusion. Sorry to say that our present Education minister is only interested to be popular so make popular decisionlah. What a pity. Like father like son, no strong stand point and commitment.
Good command of BI and less usage of BM does not make us less patriotic or forget our “belacan taste”.
There is a saying “Rome was not built in a day”.
Apologise for any difference of opinion.
Assalamualaikum TUN.
Salam Ayahanda Tun.
Semoga Ayahanda Tun di dalm keadaan sihat walafiat.
Anakanda berasa “pening” sangat-sangat dengan fenomena cuaca, ekonomi dan senario politik semasa di tanahair sekarang. Golongan profesional Melayu tidak terkecuali dari terkena tempias pimpinan parti Kerajaan yang memerintah. Anakanda telah mencuba berbagai kaedah untuk memajukan diri di dalam bidang perniagaan tetapi masih tertinggal di belakang bangsa yang lain. Anakanda terasa terpinggir kerana kurangnya sokongan ikhlas dari pihak yang berkenaan. Mereka hanya gah di bibir sahaja serta berperangai kelakuan seperti “tong kosong” sahaja. Anakanda bersedia menyahut cabaran demi memperjuangkan maruah bangsa, agama dan tanahair yang dicintai ini.
Apakah nasihat dan saranan Ayahanda Tun kepada golongan profesional Melayu yang kini kehausan dengan idea-idea yang bernas yakni idea yang boleh membawa hala tuju kejayaan di dalam bidang perniagaan dan membawa kehidupan yang lebih bermakna.
Kita masih bercakaran dengan bangsa sendiri di dalam arena politik, ekonomi serta berdengki di dalam urusan perniagaan. Kita tidak seperti bangsa lain yang berlakon bercakaran sesama sendiri di dalam perjuangan politik tetapi secara realitinya bersatu teguh di dalam membangunkan bangsa mereka dan menguasai sektor ekonomi negara. Di mana silapnya dasar polisi negara di dalam membawa hala tuju peningkatan kualiti kaum Bumiputra ini khasnya golongan profesional Melayu?
Ikhlas,
Panglima Berangkai
Saya suka baca blog Tun,bermaklumat.Saya suka idea Tun nombor tujuh tu nampak lawak tetapi penuh makna.
Salam Tun,
1. Saya amat kagum sebenarnya dengan PPSMI. Untuk pengetahuan Tun, saya merupakan bekas pelajar sekolah inggeris yang pertama di malaysia yang terletak di Taiping perak. Walaupun bersekolah di sekolah inggeris tetapi dasar pendidikan ketika itu amat menekankan pembelajaran dalam Bahasa Melayu kecuali subjek Bahasa Inggeris. Tapi saya amat bersyukur kerana sekolah saya masih mengamalkan tradisi asal sekolah inggeris iaitu Perhimpunan Mingguan (assembly) dalam bahasa inggeris, Ikrar sekolah dalam bahasa inggeris,Lagu sekolah dalam bahasa inggerisdan Hari rabu merupakan hari Bahasa Inggeris dimana semua warga sekolah harus bercakap dalam Bahasa inggeris pada hari tersebut.
2. Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tersebut saya berasa kekok,benci malah merasa rendah diri dengan tradisi yang pada ketika itu saya rasakan amat bodoh sekali. Masakan tidak, rakan-rakan saya di sekolah lain tidak lansung memikirkan mahupun menghadapi kesukaran seperti saya pada hari pertama persekolahan. Bayangkan pada hari pertama Assembly,saya lansung tak faham apa yang dituturkan oleh pengetua dalam ucapan beliau. Malah lebih teruk lagi sepanjang perhimpunan tersebut saya lansung tak faham apa yang guru-guru dan senior-senior tuturkan.
3. Selepas assembly, kami murid-murid baru (Form 1) di ajar lagu sekolah & ikrar beserta maksudnya sekali. Dari situ saya mula memahami dan mula mengenali bait-bait perkataan inggeris yang saya langsung tak pernah dengar sebelum ini. Jujur saya katakan tahun pertama persekolahan adalah tahun yang amat sukar pada saya. Seorang pelajar dari sekolah rendah kampung bertukar aliran ke sekolah menengah inggeris ketika di sekolah menengah. Namun begitu saya tak keseorangan, senior-senior dan guru-guru banyak membantu bukan sahaja saya malah kami semua murid tahun pertama (Form 1) diberi galakkan dan formula untuk menguasai Bahasa yang saya anggap amat asing dan sukar ketika itu. Kerana takutkan denda (Kelas tahanan untuk belajar bahasa inggeris setelah sesi persekolahan selesai) saya gagahkan juga untuk belajar dan menguasai bahasa tersebut.
4. Tahun kedua (Form 2)saya tidak kekok lagi. Walaupun tidak begitu fasih dan adakalanya “Grammar” mahupun “Vocabulary” saya tunggang langgang namun saya merasa confident untuk bertutur dan tidak berasa malu walaupun ada kalanya apa yang saya tuturkan itu kurang tepat dan ayat tunggang-langgang tapi rakan-rakan dan guru akan tegur dan betulkan kesalahan saya.
5. Apa yang saya kagumi,walaupun sekolah saya ini melahirkan ramai tokoh-tokoh besar baik menteri,tokoh korporat mahupun pegawai kanan kerajaan ada juga pegawai-pegawai rendah dan pekerja am lahir dari sekolah yang sama. Tetapi jangan terkejut kalau anda mendengar perbualan mereka dalam bahasa inggeris lebih fasih dari mahasiswa universiti dewasa ini. Hari sukan contohnya,semua murid-murid tua ( Old Boys) dijemput hadir bagi memeriahkan acara sukan tersebut. Pada perjumpaan sebegitu saya sebagai murid merasa teruja melihat old boys-old boys berbual sesama mereka,walaupun pekerjaan dan taraf kehidupan mereka berbeza tetapi kefasihan mereka berbual dalam bahasa inggeris membuatkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi antara satu sama lain. Tidak seperti mahasiswa kita sekarang ini yang memiliki Diploma dan ijazah tetapi tahap penguasaan bahasa inggeris masih diparas sekolah menengah.
6. Saya amat bersyukur kerana dapat menguasai bahasa inggeris sebelum melangkah ke universiti jika tidak tentu saya buntu dan tak mungkin dapat lulus dengan cemerlang. Ketika di universiti saya mengambil jurusan multimedia, bayangkan semua istilah multimedia ketika itu masih dalam bahasa inggeris malah sekarang ini pun hanya sebilangan sahaja yang berjaya ditafsir ke Bahasa Melayu dengan istilah yang tepat.
7. Tun, pendapat Tun dan penulisan Tun tentang Melayu yang Mudah Lupa memang ada asasnya. Melayu kampung seperti saya jika tidak dibentuk mungkin akan hanyut dan tak mampu bersaing bukan saja dengan bangsa asing malah dengan melayu sendiri pun saya pasti takkan mampu. Saya sedih dengan bangsa saya sendiri yang lupa dan hanyut dengan omongan kosong ahli politik longkang yang sanggup hancurkan bangsanya sendiri demi kepentingan diri dan ketamakan kuasa.
8. Saya tak nampak PPSMI mampu ranapkan Bahasa Melayu tetapi apa yang saya nampak isu PPSMI ini mampu hancurkan bukan sahaja bahasa malah Bangsa melayu itu sendiri dek kerana propaganda ahli politik longkang yang bermesyuarah dibawah pokok.
9. Melalui pengalaman saya,murid-murid sekolah yang mengikuti PPSMI ini (termasuk adik bongsu saya)memang akan menghadapi kesukaran pada peringkat awal tetapi kita kena ingat lama-kelamaan apabila mereka sudah biasa segala masalah pasti akan selesai walaupun bukan 100%. Inilah yang dinamakan revolusi,malah revolusi ni adalah hukum alam (bak kata Tuan guru) berubah dari tak baik kepada baik dan kita semua kena ingat ini semua takdir (bak kata Tuan guru) yang kita semua kena redha. Kita ni sebagai manusia dulu pun mana reti pakai baju, tetapi revololusi ketamadunan yang merubah kita daripada manusia yang tak reti pakai baju hinggalah menjadi maju macam sekarang ni.
10. Suka saya nasihatkan pada mereka-mereka yang dah maju dan moden ni,belajarlah terima takdir. Dunia hari ini menuntut kita menguasai Bahasa asing ini bukan untuk orang lain tetapi untuk kemajuan kita juga. Berhentilah jadi boneka dan balaci ahli politik longkang yang merpekudakan (pakar kuda belakang) bangsanya sendiri untuk memenuhi kepentingan dirinya sendiri. Sedarlah wahai Bangsaku bahawa ahli politik ini (kaki kuda belakang) yang patut kita hapuskan dulu dari kita dok sebok nak hapuskan PPSMI.
Dear Tun Dr M,
Argentina merupakan negara ke-3 terbesar di dunia dalam pengeluar bahan pertanian dan perladangan. Semasa saya bersekolah dahulu Argentina merupakan negara pengekspot terbesar daging lembu dan biri-biri . Seperti kata Tun sekarang ia telah menurun kerana kekurangan permintaan.
Argentina merupakan negara perindustrian , perlombongan dan pembekal gas asli. Ia turut terlibat dalam sector perkhidmatan secara besar-besaran.
Taburan penglibatan ekonomi Argentina nampaknya adalah amat terancang untuk kekukuhan dan kestabilan apa jua musim ekonomi i.e. 1/3 pengeluaran sumber asli, 1/3 perindustrian serta 1/3 sektor perkhidmatan. Corak ekonomi inilah saya syorkan untuk negara Malaysia.
Adakah benar negara kita kurang berurusniaga dengan negara-negara Amerika Selatan? Kalau memang betul, eloklah kita terokai pasaran tersebut yang luas.
Salam Tun n Readers
Yes we need strong leaders but off course not a corrupt one that we have since your time Tun n Now.
Pak Lah have open our mind and exposed what is really happening in our country due to his open policy. Which is a good thing, however his open policy is misused by his half past six ministers and goverment officials inherited for your time. As for now rakyat Malaysia are very much aware of BN racial and religious political game.
PKR have exposed how we rakyat are screwd by the privatisation of our highways and public utilities by the BN led goverment. I observed as for now the rakyat is fed up with BN (This is clearly shown by the Trengganu by election – The rakyat is Fed up with PAS but they have to remind BN) and some even have said ” A monkey would have done better to govern our beloved Malaysia, it would destroy the bunga and eat belacan off course. However it would not invoked the name of Allah and raise many racial issue but are very very corrupt in the same instance.
I personally believe PKR Would and Could do better in future General Election without Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, and the like of Threasa – The Road Sign Consultant Designer.
Tun, yang angkara siapa yang meluluskannya ?
70,000 lagi Bangladeshi akan datang ..
Kita di maklumkan 70,000 warga Bangladesh telah diberikan Visa dan menunggu kedatangan mereka. Sedia ada ratusan ribu. Yang tiada pekerjaan puluhan riubu. Silap siapa. Saya bukan terlibat dalam perniagaan lumayan ini. Kemasukkan pekerja ini adalah melalui agensi pekerja asing (AP) . AP berpandu di atas permintaan perniaga, Bila ada permintaan AP akan memohon dari kerajaan., Jabatan berkaitan tidak perlu menuding jari kepada jabatan yang lain. Dua kali lima , lima kali dia serupa. SPRM tengoklah sikit jangan menunggu ada aduan atau tidak.Kita juga difahamkan warga negara Bangladeh membelanjakan lengkongan RM9,000 untuk kesini. Berapa kos paspot / tambang ? Lebihnya untuk siapa. Sebab itu kemudahan kelulusan kepada AP sangat mudah dikeluarkan jika kena caranya ?
Kemana pergi / hilang jabatan berkenaan pekerja ASING INI. Bila perkara timbul dalam media akan menjawab kami sentiasa memantau. Terlebih memantau pekerja asing ini tidur bawah jambatan. Semoga tuhan memberi petunjuk hasil titik peluh mereka menyara keluarga mereka.
Kronikel pekerja asing tidak salah saya seperti berikut. AP mendapat kelulusan di atas permohonan peniaga. Kelulusan ini atas syarat tertentu. Kalau peniaga tiada mematuhi syarat kelulusan, mana pergi kumpulan pemantau ini ?. Tugas pemantau perlu puas hati kebajikan pekerja ini. Berapa gaji di terima, kemudahan kediaman yang berpatutan. Kalau tidak tepat, batalkan kelulusan dan pekerja ini di hantar kepada peniaga yang memerlukannya Tak perlulah lulus yang baharu. Kejadian baru-baru ini dilapurkan oleh 360, penangkapan pekerja asing tidur di bawah jambatan. Pihak bertanggungjawab ambil mudah tangkap mereka permit mati. Tiadakah mereka berperikemanusiaan akan penyebabnya. Dari situ kita tahu dari peniaga mana mereka lari. Tanya peniaga ini apa sebab. Ambil tindakan kepada peniaga ini. Rampas deposit jika ada dan tidak lagi dibenarkan menggunakan pekerja asing. Apa tindakan hasil tangkapan bawh jambatan ?
Kelulusan 70,000 Bangladesh yang telah diberi visa, batalkan sahaja. Tuan-tuan akan mendengar ketidakan puas hati dari pihak yang tertentu. Jangan jadikan rakyat tempatan sebagai kambing hitam.. Kalau terdapat bau-bau rasuah SPRM terus ambil tindakan. Selalunya gagal mendapat bukti, biasa la. Sekurang-kurangnya untuk mencegah Kenapa kita menghisap darah menusia yang cuba mencari makan yang halal!. Punca segalanya ialah pihak yang meluluskan visa atas sebab tertentu. Banyak lagi kesedihan pekerja asing ini yang sedih kalau kita tanya mereka. Lain- kali kita sambung
TUN!!!!!!!!!!!
ASSALAMUALAIKUM TUN…..SEMOGA TUN DAN KELUARGA SENTIASA DI LINDUNGI ALLAH …..AMMEEEENNNN….
MY TITLE: AMERICA IS HISTORY
Tun, I am not surprise to read about the economic history of Argentina eventhough when we look at the state of the country today it is indeed difficult to accept the fact that it was once among the richest country in the world.
Thinking of this it is not surprise if America will follow Argentina steps and become poor where India and China will then take America’s place as the richest countries in the world, in the future. And America is just history!!!just like Argentina.
I hope Malaysia will stay stable like it is today or hopefully will grow better with the help of good leaders , with the implimentation of Islamic Banking System and with the help of not dealing with Jews.
Assalamualaikum TUN!!!
Dearest Tun,
Where can parents like us go to support Science and Math in English? They are asking the wrong people. Should we sign a petition or something. I cant stand this silence any longer. I’m afraid our Education Minister might buckle under this pressure and revert to Science and Math in BM. We are paying a lot of money to get our children proficient in English and here are people refusing to let only two subjects to be taught in English for free.
TUN.
Andaikata Argentina tu di terokai oleh pengebara atau pelayar2 Melayu di zaman dulu,maka dah tentulah ada dunia melayu yang berjiran dengan Brazil. Maka dah tentu juga lah akan menjadi Melayu Perak yang telah menjadi kuasa bola sepak yang disegani di dunia. Maradona tu Man Dodol atau Lionel Messi tu Ali misai ker.He!..he!
System FLIP & FLOP yang menjadi Trade Mark kerajaan sekarang adalah disebabkan kerajaan “Malas” nak buat kajian atau kira2. Umumkan sahaja apa2 keputusan dan cadangan. Biarkan rakyat buat kajian atau kira2 sama ada boleh pakai atau tidak keputusan tersebut. Dan pelbagai macam fikiran, kiraan dan cadangan lain rakyat akan
hebahkan. Lepas tu kerajaan akan teliti dan pertimbangkan semula. Dan akan menarik balik atau pun menukar kembali keputusan. Itu lah yang sedang berlaku sekarang.
Issu TOL bukti yang jelas. Umumkan kenaikan. Tunggu respond rakyat. Rakyat protes. Buat kenyataan tarik balik dan ditangguhkan.
Nak bina Labu Airport. Macam dah nak jadi. Rakyat protes dengan pelbagai sebab yang tidak mewajarkan Labu Aiiport di bina. Kemudian umumkan batal. Macam nak “Test market”. Acah2 dulu. Kalau rakyat tak protes maka boleh lah diteruskan. Bergitu lah dasar ciptaan kerajaan PL.
* Kalau lah Perak ada dua, tak lah jadi kalut. Satu bagi kat Nizar. Satu lagi bagi kat Zambry. Baru lah aman kot……He…he….he…
Salam,
Tak pernah habis, dan tak tau bila nak habis.
Ini lah masalah org melayu, org cina dah lama buat keputusan dah muktamad.Mereka ajar anak mereka guna bahasa cina dan petang belasah bahasa inggeris.
Persoalannya kenapa org melayu susah sangat nak letak tanda noktah?
Masalah kita ialah bahasa inggeris.
Kalau masalahnya bahasa inggeris, kenapa mesti guru matematik dan sains terpaksa memikul bebannya?
Kalau masalahnya bahasa inggeris,tentulah puncanya dan sepatutnya jalan penyelesainya juga pada guru bahasa inggeris.
Betulke kaedah kita mengajar anak-anak berbahasa inggeris?
Kalau betul,kenapa masih bebal menguasainya?
Kalau salah,mengapa salah,di mana silapnya?
Kalau kaedah ajar bahasa inggeris dah tak betul,kenapa matematik dan sains dikambinghitamkan.
Kalau betul matematik dan sains boleh tambah pandainya bahasa inggeris,kita mansuh saja matapelajaran bahasa inggeris.Kita guna masa pengajarannya untuk matematik dan sains.
Bukankah menjadikan pandainya anak-anak dalam bahasa inggeris sebagai tanggungjawab guru bahasa inggeris?Kalau dah tak pandai berbahasa inggeris maknanya, ada tak kena dengan cikgu bahasa inggeris dan kaedah ajarnya pada pelajar.
Kalau memang nak sangat guna bahasa inggeris, kenapa tidak diambil jalan tengah.Buat semula sekolah pelbagai aliran.Sapa nak guna bahasa inggeris pergi sekolah aliran inggeris.Sapa nak guna bahasa melayu pergi sekolah airan melayu,sapa nak guna bahasa cine pergi sjkc (dah lama dah berlaku)….habis cerita.
Salam, fikir dan buat keputusan terbaik.Kerana setiap langkah kita ambil akan dipersoal kemudian.
Salam Tun,
Biasa le Tun….takan kita semua tak faham…….kat Argentina sana depa bela lembu……tapi di Malaysia…pemimpin no 1 yg berotakkan lembu…..
saya bukan beruk,monyet,tk ada dalang..pie ….rah
anak hang semuanya pandai pandai berlaka..belajar di oversea
apa.. anak hang saja nk pandai anak kami pun nk pandai juga..kami tahulah apa yg baik utk anak kami.
apa.. anak hang saja nk jadi pengarah,menteri..anak kami jadi bodoh ..pak turut..apa hang takut ka anak kami pandai BI nanti boleh arah anak hang jadi kuli.pieee….rah..
kesian tgk a samad said jadi pk turut..mcm sungai mengalir lesu..tk lama lagi keluar novel terbaru beliau mengenai ppsmi.
kpd hisyamudin teruskan perjuangan utk pandaikan org melayu.hantar borang kaji selidik kpd makbapak melalui sekolah.saya yakin majoriti makbapak setuju ppsmi diteruskan
Salam Tun,
Masih berada di luar negara.
Seperti komentar-komentar yang lain saya pun nak minta jasa baik Tun untuk mengulas tentang PSSMI.Mungkin informasi yang Tun bakal utarakan akan menjadi rujukan dan mengandungi isi bagi pencernaan minda kepada semua pembaca.Dengan ini satu persepsi baru bagi kefahaman mereka tentang perkara PSSMI ini akan terbit sebagai satu titik persetujuan bagi kumpulan yang menolak lebih lebih lagi bagi yang menyokong.
Sekian,terima kasih.
Deen
AssalamuAlaikum Tun,
Saya doakan kesejahteraan dan kesihatan tubuh dan minda Tun.
Tun, I applaud your constant effort to stimulate the use of the brain in analysing matters before us. ALLAH created man with the thinking faculty provided, with the ability to learn and to understand. Sadly, most people do not fully utilize the gift of the thinking brain. We have to realize that thinking requires an effort, for ALLAH arranged our anatomy in such a way that the brain is at the top, with the heart in the middle and nafsu in the gut. When devoid of ilmu/knowledge, the heart will be controlled by nafsu. Shaitan’s access is through nafsu. Come to think about it, heart left alone, will deviate towards nafsu on the count of gravity! We have to make a deliberate attempt to be able to think, and we need sufficient knowledge to be able to undertake sensible thinking. And as Muslims, we seek ALLAH’s blessing for knowledge and guidance.
In my small attempt to “think” of your writing on Argent (Perak) tina and cows …. perhaps you are relating to the sad affairs in our own Silver State. Cow sheds are normally under trees…our State Assembly has now been degraded to a cow-shed status. And cows can be pulled along by tying a rope to its nose. So what makes our state of affairs? We are being made a fool by the design of leaders who does not seem to be guided by their brain. For the cow-shed assembly, looks like the worst amongst the people have now become the leaders.
Seek knowledge and guidance from ALLAH. Ameen.
assalamualaikum Tun,
sedih saya melihatkan akan apa yang sedang terjadi di malaysia kini, dalam masa manusia sedunia sedang berlumba2x memajukan diri ada juga pejuang2x (bahasa?) yang tidak mahu melihat bangsa mereka maju.
Sebab utama saya katakan ini ialah cubalah kita(mereka) lihat apakah kemajuan yang telah kita(mereka) tinggalkan demi untuk memajukan bangsa kita(mereka)?
Apakah dengan memperjuangkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu akan menjamin kemajuan bangsa?
Apakah mereka (yang dikatakan puluhan ribu yang menunjuk perasaan itu) pakar2x dalam ilmu sains dan matematik?
Apakah dengan mempelajari science dan mathematic dalam bahasa ingeris akan memusnahkan bahasa melayu?
Kalau ada di-antara pelajar2x yang lemah dalam apa pelajaran pun itu adalah yang pertama sekali tanggung jawab ibu bapa untuk memastikan anak2x mereka mengulang kaji mata pelajaran mereka dan sekolah2x harus mengadakan kelas2x tambahan untuk membantu pelajar2x yang lemah dalam apa mata pelajaran yang mereka lemah bukan setakat pelajaran sains dan matematik sahaja, barulah anak2x kita dapat menfaatkan masa dengan baik.
Apakah kerana kita malas untuk bersaing dipentas dunia ini kita menyalahkan orang lain dari kegagalan kita?
Ingatlah bahawa kalau kita berilmu dan berpengetahuan, itu adalah kekayaan yang abadi yang akan kita bawa mati kerana ia adalah amal jariah kita juga.
Sound Bites
Salam to Tun and all readers. Since this coulomb is a sound bites coulomb, I would like to highlight topic on PPSMI, which has recently been an issue, brought up by certain people and being used by the certain politician as their issues/base to confuse the nation.
The entire nation who has joint the riot last Saturday, I really felt sorry for the action taken. To me all of you are being used by certain people/politician just to satisfy themselves as it doesn
Rakyat biasa yang tak tau berpolitik macam kami pun rasa pelik+kelakar dengan tarik menarik ni..Alahai Pak Lah…
Salam hurmat Tun,
Saya rasa kalau di Malaysia dikenakan cukai setinggi itu ,esok kerajaan akan tumbang.
Maalumlah kebanyakan raayat kita tidak melihat negara yang lebeh susah dibuat perbandingan.
Agaknya negara kita ini hancur berkecai dulu baru sedar. Nak cari pengalaman bolihlah cuba. Nanti anak cucu kita akan senanggggggg.
Hanya pelajaran memitik dan sain dalam bInggris yang Tun cadangkan telah menjadi isu besar, saya tak tahulah bila agaknya orang melayu nak pandai buat senjata canggih untuk diberikan kepada pejuang palstin kalau macam ini kadaannya nampaknya sampai 5000 tahun pun kita takmaju apa tidak nya orang yang berpendidikan nampaknya ( setengahnya) telah menjadi bodoh macam saya.
Terimakasiih.
Dearest Tun,
You are right, everything can be “kaji semula” and this is the trend nowadays in Malaysia. The policy and implementation which Tun had outlined for us especially for our next generation, which is so obvious and certainly giving benefits to us……being “kaji semula”. We are certainly saddened and disgrunted by all these unnecessary protest. How a lot of us wish we would have the opportunity to learn M&S in English during our school time…..what has happen to our Msia politic nowadays?
Assalamu’alaikum Yang Dikasihi Tun,
Lembu-lembu di Perak kita amat luar biasa, lain dari lembu biasa. Jika lembu biasa, nampak saja kereta terus lari lintang pukang. Ini tidak, siap baring tengah jalan raya!
Semoga Tuan bahagia dan sihat sentiasa.
tun..
ini lah penyakit eh eh..dah jadi..ehh x jadilah.
tak sangka sampai hal berkaitan kepentingan negara pn leh eh eh ye tun..
Biasala Tun. Flip flop pnya pemerintahan. Terhibur dengar Tun punya posting.
Hazman Abu Bakar
Salam Tun,
Besar harapan rakyat agar negara dapat diterajui oleh pemimpin yang berdedikasi dan berjiwa rakyat. Juga tegas dalam pentadbiran, tidak berperangai seperti lalang..kalau padi okey lagi..
Wasalam.
” 7. Tetapi tak mengapa. Jika Kerajaan kita umumkan cukai setinggi ini, besok ia boleh dikaji semula. Alhamdulillah. Inilah kelebihan kita.”
Nice one!
Masalah masyarakat hari ini berpunca dari masalah iman. Jika iman betul, maka mudah untuk taat perintah Allah dan menjalankan urusan dunia (dan akhirat) mereka dengan cara sebaik2 nya seperti yang ditunjukkan oleh Rasullah. Kakitangan awam atau swasta yang betul imannya akan mengelakkan diri dari penyalahgunaan kuasa @ rasuah serta amanah dalam kerja mereka. Peniaga yang betul imannya akan amanah dalam perniagaan mereka dan tidak menindas pengguna/pelanggan. begitu juga dengan doktor, guru, petani, nelayan dan lain2 kumpulan dalam masyarakat. Malah penganggur juga perlu diusahakan iman mereka atau mereka mungkin boleh terjerumus ke dalam aktiviti jenayah atau dadah atau lain2 kegiatan tidak bermoral.
Malangnya kerja untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan iman ini hanya di serahkan kepada para ustaz, ulamak atau AJK2 masjid sahaja. Mereka sebenarnya hanyalah pemandu kepada kita semua dalam menyedarkan orang Islam hari ini akan perlunya mereka kembali kepada agama secara keseluruhannya. Lebih malang lagi apabila mereka yang mahu mengambil bahagian dalam kerja ini dan mula memberikan masa dan dukungan lain yang berkaitan, mereka dikecam dengan pelbagai tomahan dan sangkaan jahat.
Samada mereka yang pentingkan urusan dunia atau mereka yang pentingkan urusan akhirat mereka, stiap dari mereka perlu sedar dan memainkan peranan menggerakkan orang Islam supaya kembali kepada Islam dan mengamalkannya dengan cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bermula dengan menggerakkan umat kepada masjid dan mencintai agama, pada pendapat saya tun, kita akan dapat keluar dari pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya rakyat Malaysia hari ini, samada masalah ekonomi, sosial, politik mahupun pencemaran alam sekitar.
salam takzim dari saya,
Chaliph Eddy
Melaka
YAB Tun,
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Pagi.
Sindiran Tun memang sangat tajam. Tapi apa yang hendak dihairankan kerana ini telah menjadi lumrah pemimpin kita masakini yang seolah- olah tidak mempunyai daya fikiran yang mendalam untuk membuat sesuatu keputusan.
Keputusan yang dibuat selalunya ‘tidak tepat’ dan ‘tidak mantap’ sehinggakan ianya terpaksa ditarik balik setelah dikritik olih rakyat. Inilah yang menjadikan keputusan keputusan yang diambil olih kerajaan sekarang dikenali sebagai ‘Flip-Flop’.
Yang saya ingin lihat dan tunggu ialah keputusan yang akan diambil olih kerajaan mengenai PPSMI dan juga isu memberi visa untuk 70 ribu pekerja Bangladesh.
I hope the government Flip-Flopping culture of decision making must stop.
Dearest Ybhg Tun, must be nice to be able to travel and see the world, I wish I could join one of the peace corp movement just to see some other parts of the world.
All the same, the game of winning new market, protecting existing market and losing market are the daily bread and butter of any business oriented organisation even one that is called a government.
We use to be part of our colonial masters markets, East India Company was one such entity which was trading with the protection of the Crown, to name one, which we had to study in our HISTORY subject in the past.
The current wind of change is saying that the world is not producing enough food to feed the world population, and in the not too distant past, organisation the likes of World Food Organisation had centre stage in the UNITED NATION trying to address the basic needs of the hungry third world countries, now-a-days not much of this oragnisation activities is being reported, as pepole have got tired of reporting about the hunger and deprivation of the Afircan and Asian nations. The world is now given a menu of the diffrent war being fought in the different part of the world, as it brings more money for the arms manufacturer and war mongers of the world.
It looks like the world is coming full circle once again where it need to talk about food production to feed the world, maybe countries like the Argentine will once again be the 6 riches countries in the world as once again it becomes the beef basket of the world. And maybe Malaysia needs to take up space in the new PERAK state in Argentina, and becomes part of the biggest beef supplier chain in the world. But maybe without the tax regime which I am sure was left behind by the former colonial masters of the Argentine Republic, which has crippled the competitive capability of the nation to become the cheapest supplier of beef in the world, if by what you reported it doesn’t take much to breed cattle in the Pampas, let loose the cattle that will just graze of the grass that grows without the need of planting.
Maybe TABUNG HAJI can take up the challenge and take up space in Argentina and becomes the biggest supplier of HALAL beef in the world, feeding at least the MUSLIM world with that which is HALAL, not only in the basic meat products, but all other value added product. As such TABUNG HAJI controls the basic production capacity and further on the whole value chain of other value added products, with the assistance and collaboration of the OIC … That would be an interesting development for me
Wassalm
YBhg Tun,
Ada sesuatu yang besar tersirat didalam sound bites tersebut. Adakah akan terjadi suatu U turn yg besar yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Harap jangan la.
Akum Tun, well you are right in 1 point. Our government now too lenient with the opposition and common people not like you before. The weak government make the people more vocals especially after the Political Tsunami in Mac 2008. Pak Lah certainly too tame upon handling matters regarding Pakatan Rakyat thus this make him look weak. But his act was different when handling matters related to people who love and does matter to him. Thats why we see, a lot of unnecessary action taken to members of UMNO/BN which I found absurd. His other action so peculiar is showing government is poor by ruling out the bridge in Tambak Johor (this look very bad and most of my colleagues ridicule me saying Malaysia had raised the white flag due to too afraid) and the most current, the new airport in Tioman. His not an adventurous and ready to risk like you Tun. I am working in government service and the first thing my boss said was careful on spending. Like last year we didnt spend as we ask to, the budget was reduced. This of course made my Boss look good but without spending, we see a lot of service affected. We spend money allocated so as to increase service to the people. I do hope Dato Najib will be more like you. Hope you are always with UMNO/BN Tu, TQ-Jizurimin
cukai2 yg dikenakan oleh kerajaan malaysia tak lah dipertikaikan sangat….tapi….projek2 yg dilaksanakan oleh kerajaan akan mencapai RM million2…kadang2 RM billion…kenapa? tak pernah kita dengar atau tengok projek2 mega diwartakan.Dah 5 PM mentadbir…..semuanya sama.
Agaknya sindrom kaji semula setelah keputusan di buat akan berakhir March ini. Itupun kalau Tok Najib ada guts
Assalamualaikum Tun,
Saya ingin pendapat pandangan Tun dlm hal berkaitan ‘Perak’. Maksud saya negeri Perak, Malaysia.
Jika mengikut cara Tun, kita mesti mengkaji hingga ke akar sesuatu masalah yg berlaku. Mengapa masalah ini berlaku?
Umum mengetahui, selepas tiga ADUN KELUAR dari parti PR, BN menghadap Sultan Perak dan Sultan selepas berpuas hati dan berbincang dgn ketiga-tiga ADUN tersebut, baginda memutuskan BN mempunyai majoriti sokongan ADUN di Perak. Tindakan yang adil.
Sebelum itu, Nizar menghadap Sultan Perak dan memohon DUN dibubarkan. Nizar juga berkata beliau menerima apa2 keputusan Sultan Perak! Saya ingin ulang di sini, Nizar juga berkata beliau menerima apa2 keputusan Sultan Perak!
Tetapi, selepas baginda Sultan Perak tidak membubarkan DUN dan meminta parti yang mempunyai majoriti di DUN Perak iaitu BN mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri, PR tidak dapat menerima kenyataan. Mereka tidak dapat menerima kekalahan.
DUIT RAKYAT BERPULUH JUTA akan terhabis jika diadakan ‘election’ kembali di Perak. Apakah kita perlukan ‘election’ dlm masa kegawatan ekonomi dunia pada masa ini.
Seperti Tun, saya bukanlah ahli mana2 parti politik. Jika dlm sesuatu perlawanan, jika parti lawan tidak dpt menerima kekalahan, mrk bukanlah Gentlemen, ini pendapat saya.
Umum juga mengetahui, bagaimana parti PR memutar belitkan undang2 tubuh Negeri Perak. Karpal mcm biasa, menaikkan kemarahan orang2 Melayu! Semasa ‘interview’ oleh pemberita, Karpal secara terang2 mengatakan akan memfailkan saman ke atas Sultan Perak. Selepas org2 Melayu marah, sekarang Karpal berkata, beliau hanya berkata Sultan atau Raja2 boleh dibawa ke Mahkamah Khas. Itu semua org tahu, termasuk pelajar2 sekolah. Itulah Karpal, bukan ahli politik yang boleh dicontohi!
PR hanya kehilangan satu negeri, mrk sudah mengamuk begini rupa. Speaker Perak sekarang tak bersikap Gentleman langsung! Beliau sepatutnya meletak jawatan secara hormat bila PR hilang majoriti. Tetapi, beliau kini ingin berlagak pandai! Saya mcm nak termuntah dgn tindakan Speaker Perak sekarang ini!!!
Ayuh, bersatulah Melayu (UMNO dan PAS mesti bersatu)!!! Jgn biarkan Malaysia menjadi seperti Palestin. Org2 Melayu kehilangan tanah di bumi Melayu. Ada maksud tersirat dan tersurat dgn kata2 saya (semasa pemerintahan PR di Perak dulu).
Sir,
Argentina is an example of Western colonization. Other South American countries, including Argentina, like Brazil, Bolivia, Peru, Columbia and others have huge land masses. This means they possess massive quantities of natural resources. This means they should be very wealthy nations at the forefront of the world stage. This is not the case today as they have been ‘colonized’ by Western countries. All of Europe could easily fit into the land mass of Brazil and Argentina. These countries also became a haven for Nazis escaping the Allied Forces of WW2. Today it is the white Caucasian people that dominate the politics of these countries. The indigenous people are second class citizens still struggling to make ends meet. European powers have ravaged and pilfered these countries of their natural resources. America and Europe should be punished for the past crimes against these countries.
Salam Tun
Hehehe…right…byk keputusan yg tak konsisten
Salam Tun. Kat Perak pun banyak lembu tun. Tapi lembu ni dibiarkan merayau di bandar-bandar.. Lembu-lembu ni suka tidur di tengah jalan tun. Lembu-lembu ni tak perduli kereta raja ke, kereta polis ke nak lalu. Lembu ni tahu bergolek tengah jalan je… Baru-baru bi keluar gambar lembu-lembu ni bergolek di tengah jalan lepas jumaat. Nak halang raja balik ke istana. he he he
AWW Yth Tun
Item #7 is very cynically worded depicting the present PM and his cronies of total “flip-flop” government. Yang paling dibencikan lagi mereka semua berkata tentang Islam tetapi tingkah-laku tak menampakkan ke Islaman cuma semata-mata berpura-pura. Keep the good work Yth Tun and hope Malaysia can become what we are before during your reign, insyaallah.
Aslkm Tun,
Selalunya pengeluaran pertanian kerajaan tidak kenakan cukai kalau ada pun rendah. Namun cukai naik turun itu biasa. Cukai naik hari ni, esok rakyat bising, lusa cukai turun, itu tak biasa. Macam bayar RM600 kereta dan RM150 motor itu lagi tak betul. Apasalah kerajaan istiharkan kereta 2000 cc kebawa cukai jalan percuma untuk 3 tahun. Kerajaan tak paya sediakan cash, org tak paya nak fikir bayar cukai selama 3 tahun dan memang la ………
ASSALAMUALAIKUM AYAHANDA TUN……EMMMM..MAKAN DALAM AYAT PERENGGAN KE-7 TU TUN.DI TUJU KHAS UNTUK “MR.FLIP FLOP” KE? KALAU AYAHANDA TUN ADA BANYAK TANAH,WAKAFKANLAH SIKIT PADA “MR FLIP FLOP” TU,SURUH JADI PENGEMBALA LEMBU JE,MANAKAN TAHU MALAYSIA BOLEH JADI PENGELUAR LEMBU BAKA “FLIP FLOP” SUATU HARI NANTI……SEBAB LEPAS BULAN MAC NI PUN DAH PENCEN N LEMBU2 PUN TAK MARAH KALAU BUAT KEPUTUSAN YG “FLIP FLOP”……….(hari ni lepas kandang,esok tarik balik masuk kandang.hari ni suruh makan dedak,esok tarik balik suruh makan rumput sbb dedak mahal….hehehe)
Assalamu Alaikum Tun,
Sebab itu Tun, Perwakilan Umno perlu memilih pemimpin Melayu yang betul-betul amanah, berpengetahuan luas, berfikiran tajam dan berkebolehan. Jangan pemimpin berdasarkan jumlah wang mereka tawarkan. Kalau tak, selamanya keputusan dasar negara kita jadi “tulis padam, tulis padam”.