KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO

1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.

4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.

6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.

7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.

8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat “keuntungan” daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.

12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.

13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

429 thoughts on “KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO”

  1. assalamualaikum.pertama sekali saya berdoa pada Allah agar Tun dan isteri sihat sejahtera.Saya cuma nak nyatakan di sini, saya sbg salah seorang rakyat malaysia amat merindui kepimpinan Tun.
    Saya rasa sebagai rakyat,saya berhak menyuarakan rasa hati.walaupun Tun telah pun bersara,tapi saya rasa lebih senang bercakap dengan seorang pemimpin yang berpengalaman dan yang saya percayai,yang saya sayang sangat-sangat.
    MASA BELAJAR
    Saya nak kongsi perasaan saya ketika Tun menyatakan hasrat nak bersara dan setelah bersara.Saya tak pandai dalam politik,tp saya suka mengikuti perkembangan politik dlm negara(sikit-sikitla).Mula-mula Tun habaq nak bersara,)masa tu saya masih lagi belajar di kolej,saya tgk kat tv Tun menangis,saya pun menangis.Saya pikir macam mana kami(rakyat) nak bawak diri kalau Tun bersara.Orang lain saya tak taulh,apa yg saya tau perasaan saya sebab saya rasa saya masih lagi perlukan Tun utk memimpin kami terutamanya generasi muda.
    Tun habaq Pak Lah akan ganti Tun,saya tgk Pak Lah saya tak yakin pada beliau.Saya pikir sorang-sorang,blhka?Maklumlah dah lama di bawah kepimpinan Tun,dah selesa.Hati saya memang tak blh nak terima yg Tun nak bersara,kami masih perlukan Tun!Kami belum bersedia nak lepaskan Tun bersara.Kami masih muda,masih dahagakan kebijaksanaan dan idea-idea geliga Tun,masih nak dengar dan nak tgk semangat Tun sebab Tun inspirasi kami.Allah angkat Tun untuk tunjukkan jln dan sedarkan kami generasi muda supaya maju,belajar,buka minda.Tun cipta peluang pekerjaan sekaligus menambah subjek baru di pusat-pusat pengajian tinggi utk kami belajar dan terokai perkara-perkara yg baru.Tun tak kedekut ilmu,idea,nasihat.Tamak Tun bkn untuk diri Tun,tapi untuk rakyat supaya rakyat hidup aman dan makmur.Tapi siapalah kami nak menghalang,dgn berat hati,kami terpaksa lepaskan juga pemimpin yang amat kami sayangi.
    TAK SUKA
    Saya ingat lagi hr yg Tun umumkan akan bersara saya p bgtau kat seorang abg tu(peniaga kat shopping kompleks)yg Tun nak bersara,tau apa dia ckp?”baguihla,bg la org lain pulak”.Ee meluat betui.Tak dak perasaan langsung(taktaulah mungkin orang kuat parti lain kot).Sekarang ni kalau lah orang tu ada tersesat dah insaf ka,terbaca komen saya ni,saya nak ucapkan tahniah laa kat dia kan, atas perubahan yg dia nak.Perubahan jd hancur,jd haru biru.Senang la hidup dia kot noh barang semua naik,beras pun naik,yang naik bkn dari petani tp dr peraih,yg petani ni dok byk tu jgk.Sejak Pak Lah amik alih semua jd tertekan,kos sara hidup naik mendadak.Beliau takpala kaya raya,ada elaun ada itu ada ini,isi minyak kerajaan tanggung,itu kerajaan tanggung ini kerajaan tanggung,kami rakyat ni terdesak,tertekan,takdak sapa nak tanggung nak amik peduli,yg dia sibuk pasal politik dia, kedudukan dia, parti dia.Cakap ja pandai itu ini,bkn lagi elok lagi teruk adala.mmg di akui masa Paklah amik alih secara kebetulan ekonomi merosot teruk,tapi jgnla sampai semuanya nak naik,terukla kami.minyak naik byk,beras naik byk,gula naik,ayam naik,sayur naik sampai tak terkawal apa cerita?silapnya tang naik harga minyak,dah awal-awal memerintah naik terus minyak 10sen,lepas tu naik lagi 10sen,sampai 5 kali naik dah 50sen naik masa awal memerintah,bila ekonomi tiba-tiba merosot teruk,naik lagi berganda-ganda?kalaupun nak ajar rakyat jgn bergantung sangat pd subsidi jgn lah mendadak mcm tu,agak-agakla,kaji la dulu rakyat ni mcm mana hidup.kerana paklah naikkan harga minyak tu lah semua barang makanan lain naik jd alasan pembekal apalagi,minyak naik,nak hantar barang guna minyak bukan guna air,peruncit pun terpaksa naik harga,alasan minyak jugak,peniaga makanan pun terpaksa naik harga makan,kerana kami pun p market bukan jalan kaki p naik moto,p naik kereta,naik lori,gerek pun pakai minyak tau,minyak rantai.beli bhn mentah kat market borong pon mahal.sepatutnya market borong kena murah sebab borong,tapi sekarang jgn harap nak dpt bhn mentah beli borong dgn harga murah,alasannya 1 ja,harga minyak naik,nak buat macam mana..Masa tu saya betul-betul benci dengan kerajaan,tak bertimbangrasa.
    PUNCA
    Punca Umno kalah teruk dan kalah berkali-kali dlm pilihanraya kecil adalah kerana kami dah benci dengan pemimpin,kami sanggup mengundi parti lain atau tak mengundi langsung walaupun kami tahu nasib kami kelak kalau kerajaan bertukar.pada kami biarlah kerajaan bertukar kalau sekarang pun kerajaanmmg dah tak hiraukan kami.Sebenarnya bkn kami tak suka Umno,kami sayang Umno sebab Tun yang kami sayangi ada dlm Umno,tapi kerana benci pemerintah masa tu(mintak maaflah ya,saya tak blh nak sembunyikan perasaan saya)takmau nak bela nasib rakyat,asyik dok tekan rakyat ja lebih baik kami cari pemimpin lain yang mmg kami dah tau dah nak rosakkan kami.kami tau risiko kalau kerajaan bertukar,tapi apa nak buat bila dah yg satu ni pun yang kami harapkan dah nak bagi rakyat sakit jgk.
    RUSUHAN
    Masa Tun dulu kenapa takdak rusuhan mcm hindraf tu,kalau ada pun pasal anwar,tapi tak teruk pun.ni bila Pak Lah pegang ja kaum-kaum lain pakat bersuara mintak tu mintak ni,kenapa?.Kenapa bila org ckp tu ikut,org ckp ni ikut,yg mana satu nak ikut pun taktau.
    BERCUCUK TANAM
    Saranan Paklah blh diterima pakai,bercucuk tanam.Tapi masalahnya,kalau dari dulu-dulu lagi buat macam tu lagi bagus,sekarang kita dah boleh makan hasilnya.Nak meniaga pun boleh,nak makan sendiri pun boleh.Lagi satu kalau semua pakat ada cabai ada sawi sendiri,sapa pulak yang nak belinya?duit dalam negara tak pusingla,ekonomi kita tak berkembangla.Nak beli apa?nak beli cabai,cabai ada dah,tanam sendiri,nak beli beras,beras ada dah,tanam sendiri,nak beli sawi,sawi pun ada dah,tanam sendiri.tu lagu mana?nak tanam pun sekarang ni saya tgk,hutan-hutan pun tebang habih dah,buat pembangunan.Sampaikan kat tgh-tgh jalan kat alor setar pun takdak pokok,hangat.Terlampau membangun.kat perlis,kat perak masih lagi kekalkan flora dan faunanya.
    MENIAGA
    Bila org melayu sendiri mintak takmau nak bg.orang melayu buat keja,nak meniaga,bkn nak sokong,bkn nak bantu,bkn nak bg naik harga.kalau mcm tu sampai bila-bila pun melayu takkan maju.
    Nak meniaga pun susah,ada modal tapi tak bg tempat nak meniaga.kalau adapun tempat yg standard-standard yg memang org melayu kebanyakkannya tak mampu nak sewa.kalau meniaga roda pun apa salahnya,bkn kami nak mintak duit,kalau mintak duit pun bkn nak sedekah mesti kena bayar jgk.kami nak mintak tempat nak meniaga,kami nak buat sendiri,kami nak cari duit sendiri dgn cara yg kami mampu,(nak ikut saranan pemimipin la ni,meniaga).Tp kerajaan buat bg keja kami jd susah.Tun tau kan kemampuan org melayu,taksemua kaya,tak semua miskin,tak semua mampu,tak semua tak mampu.orang melayu kebanyakkannya bersederhana.Bila ada yg nak meniaga tu walaupun kecil setakat jual kuih tepi jln apalah salahnya biarkan,asalkan melayu tak meminta-minta.Saya sedih bila tgk org melayu merayu-rayu nak mintak lesen meniaga,nak mintak tapak meniaga kat org melayu jgk yg ada ada kuasa tapi tak di layan,tak diberi peluang malah di kenakan mcm-mcm syarat,sewa yg mahal-mahal.Cthnya,yg terdekat mak saya,nak meniaga kat pekan rabu pasar Ramadhan masa bln puasa,nak jual makanan.mak saya tiap-tiap hari p ulang alik kat pejabat pekan rabu tu nak mintak tapak meniaga masa bln puasa.mula-mula depa suruh mak saya isi borang,dah isi suruh balik dulu tunggu depa panggil.tunggu punya tunggu tak panggil-panggil pun,posa nak dekat dah,p pulak tanya,depa kata tunggu lagi,tunggu la lagi,tak panggil jgk,p pulak,depa kata plak org luar bkn ahli pekan rabu tak boleh mintak tapak kat situ kalau nak jgk kena mintak tolong orang yg dah jd ahli pekan rabu mintak borang bg.Ada la sorang hamba Allah tu,dia ahli pekan rabu jd dia tolong,bila dah isi semua hamba Allah tu jgk tolong hantar kat pejabat pekan rabu,tp akhirnya sampai kesudah depa tak panggil dan tak bagi tapak.walaupun sebelum tu mak saya dah isi borang jd ahli dan bayar yuran ahli sebanyak RM200(kalau tak salah saya).saya tak faham kenapa orang-orang kita jadi mcm ni?perbuatan depa seolah-olah mcm dengki,nak amik kesempatan ke atas orang lain.Sebab tu saya ckp kalau melayu yg mintak mmg tersangatlah susah nak bg tp kalau kaum lain mintak bg kedai tepi jln pun takpa,org melayu tak bleh kedai tepi jln,mengganggu lalu lintas,bg tapak kat kami hat yg belakang yg orang taktau pun ada kedai melayu kat situ.sapa nak masuk bg tapak belakang?bkn org nampak.sign board tepi jln pun takdak,kalau ada pun besar buku tulis budak sekolah ja buat apa?nak pasang sendiri,besar-besar pun tak boleh jgk satg kena saman.payah!
    Memang betul kata Tun,melayu mmg mudah lupa,tambah-tambah lg kalau yg ada pangkat dan yang ada kuasa.yang takada pangkat dan tak ada kuasa pula lupa jasa pemimpin yg berjuang untuk memajukan bangsa sendiri mcm abg yg saya ceritakan td(yg meniaga kat shopping complex).
    BUKAN FAKTOR KAUM
    Saya bukan nak ckp pasal perkauman,tapi sikap orang-orang yg berjawatan,berkuasa,berpangkat.Ingatlah pemimpin di pilih oleh Allah untuk membantu orang yg susah,yg memerlukan.Allah angkat darjat untuk jd pemimpin bkn untuk menganiaya orang tapi untuk bantu orang lain.Allah pilih kamu untuk cari pahala bg dirikamu sendiri,melalui kamu.apa yang pemimpin ada sekarang adalah dari Allah,kalau pun kamu berusaha sekuat mana pun kamu tak layak cakap itu adalah hasil titik peluh kamu sendiri,sebab kalau Allah tak izinkin takkan berlaku.Jadi bersyukulah,bantulah sesiapun tak kira kaum tapi biarlah adil,bkn kerana duit atau nama semata.Berkerjalah,bantulah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa,kerana kami(rakyat)tak mampu nak beri duit dan kekayaan hanya doa dan Allah Yang Maha Memberi.Kalau hati ikhlas bekerja,bantu kerana Allah,insyaAllah,menteri-menteri semua tak perlu merayu-rayu dan berbuat baik sgt pada kami(bg beras,p rumah kenduri,gotong royong) setiap kali nak pilihanraya.kenapa nak pilihanraya saja baru nak buat tu semua?kami boleh nilai kebenaran atau lakonan.Percaya dan yakinlah,kalau apa yg kita buat niat baik,Allah sendiri akan buka pintu hati kami untuk mengundi dan memilih yg layak untuk memimpin.yang memilih bkn kami tp Allah.

  2. Salam sayang yang tak terhingga buat Tun yang amat saya hormati, kasihi dan amat dirindui selalu. Salam sayang juga buat seluruh ahli keluarga Tun yang amat diingati.
    Saya baru saja mengikuti blog Tun dan saya sangat suka bila berpeluang memberi komen untuk dikongsi bersama.
    Tun,saya gembira dan sangat terharu bila membaca respons daripada rakyat yang masih sayangkan Tun dan mengingati jasa Tun. Malangnya saya jadi geram dan marah serta sakit hati bila membaca komen yang negatif,ala-ala mengutuk serta memfitnah daripada bloggers. Percayalah Tun, hampir 98% rakyat Malaysia yang AMAT SAYANGKAN TUN. Cuma 2% jer yang tak suka.Diorang tu memang tak perlu dilayan! Dasar busuk hati, dengki,dan tak pernah puas hati dengan orang.
    Tun, saya dilahirkan dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa saya selama 32 tahun di Malaysia. Cuma 27 tahun saya menikmati kegembiraan melihat Malaysia di bawah pimpinan yang hebat dan unggul tetapi selebihnya saya tak dapat rasakan kegembiraan dan keceriaannya lagi (+-5 tahun dibawah pemerintahan Pak Lah). Oleh itu, selama dibesarkan oleh ibu bapa saya, saya diasuh untuk menjadi anak yang baik, mengenang budi dan tahu mengingati jasa ibu bapa. Walau seburuk manapun dan sejahat manapun ibu bapa itu,mereka masih ibu bapa kita!Hargailah mereka dan jangan melawan cakap orang tua. Hormatilah ibu bapa kita kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu dan ayah juga pemangkin untuk membawa kita ke syurga.Itulah nilai yang diterapkan oleh ibu bapa saya.
    Tun, sebagaimana besarnya dan hebatnya jasa ibu bapa terhadap saya,maka ingin saya katakan bahawa LEBIH BESAR dan LEBIH HEBAT lagi JASA TUN kepada seluruh rakyat MALAYSIA. Akuilah wahai seluruh rakyat Malaysia,bloggers(yang memuji dan yang mengutuk)serta termasuk semua kaum yang menetap di tanah Malaysia yang tercinta ini.Saya katakan demikian kerana, jasa ibu bapa adalah kepada anak-anaknya. Tak kiralah seorang ke, dua orang ke atau lebih. Tapi jasa Tun bukannya kepada sorang, dua atau dua tiga ribu rakyat. Tapi,hakikatnya,kesan jasa Tun adalah kepada SELURUH RAKYAT yang ada dan hidup di tahun pemerintahan TUN,baik yang hidup mahupun yang dah mati.
    Sebab itulah disini saya ingin kategorikan manusia@bloggers yang mengutuk,mengumpat,memfitnah dan mencerca Tun seperti JEBAT,khalifamalaya,TEN,Patrickz2018 dan sekutu-sekutu mereka, adalah bakal manusia yang akan hantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua ataupun langsung tak balik jenguk mak bapak depa.Dan mereka ni juga saya yakin, adalah jenis anak yang suka melawan cakap ibu bapa mereka (bakal ahli neraka).Sebab itulah mereka langsung tak hentang kat TUN(walaupun jasa Tun cukup maha besar kat rakyat malaysia),maklumlah kat mak bapak diorang sendiri pun diorang tak hentang (tunjuk samseng).Bagi diorang, itu tak kena, ini tak kena.memang dasar tak sedar diri,jenis manusia tak tahu diuntung!
    Ni saya nak bantai depa dalam bahasa Utara (sebab saya memang orang Utara): Hampa bloggers pengutuk yang tak guna sedit pun.Tak sedaq dighi,tak kenai langit dengan bumi,dan konco-konco manusia tak ada akai!Rasa diri baguih sangat!
    Yang setengah tu perasan alim sampai punya ngong sebab quote hadis! Ya Rabbi, apa nak jadi lah rakyat malaysia berugama Islam la ni.Boleh mengutuk dan mencerca dengan disertai dengan hadis ataupun tafsiran Al-Quran??! Isy, saya harap orang-orang camni bertaubatlah.Ikut jalan Allah yang sebenar-benarnya.Dan bukan sekadar quote itu ini untuk tunjuk kata hampa tu pandai bab-bab agama supaya orang kata hampa terer sebab pandai tafsir itu ini.Tapi hakikatnya,dalam hati hampa tu terselindung rasa busuk hati, dengki dan sakit hati pada orang lain.Ingatlah, orang macam ini (yang mempergunakan hadis dan tafsir Al-Quran)akan menerima balasan Allah lebih awal lagi.Takkan hampa tak tahu yang Allah MAHA MENGETAHUI dan MAHA MENDENGAR? Apa saja yang hampa belum buat, hendak buat dan akan buat serta dah buat, Allah tahu.Tapi rasanya perasaan riak dan takbur membuatkan hampa tergamak tulis komen yang mencerca Tun dengan disertai hadis dan tafsiran daripada Al-Quran.Isy,isy,isy!Memalukan!
    Tun,saya dah buat kaji selidik secara rambang selama beberapa minggu di kompleks beli belah dengan memberikan borang untuk diisi kepada pengunjung berbilang bangsa dan pelbagai umur,tentang siapakah idola mereka?siapakah tokoh yang paling dihormati, disanjungi?Siapakah yang mereka sayangi sebagai PM Malaysia@Tanah Melayu? Tau tak,hampir 98% sebut/tulis nama Tun dalam borang tu.Saya terharu masa tu!Untuk pengetahuan bloggers, yang lagi 2% tu bukan depa sebut nama Pak Lah ka, TAR ka,KJ ka…tapi nama depa bubuh nama Tok Wan depa, bapak atau bos depa.So, jangan salah sangka.
    So, kesimpulannya, rakyat Malaysia hampir keseluruhan masih sayangkan Tun,rindukan Tun dan mengenang segala jasa yang Tun curahkan pada masa lalu,dan kini.Manusia yang tak mengenang tu sikit je,tak jejaskan ekonomi negara dek manusia-manusia macam ni.Betul tak,Tun?
    Kadang-kadang saya geli hati dengan sikap rakyat Malaysia yang teruk ibarat dah terantuk baru nak tergadah.Percayalah,bila Tun dah tak ada nanti barulah mereka nak sanjung,tulis yang baik-baik, cakap yang mereka kenang jasa Tun,Tun itu, Tun ini…semua yang baik-baik,positif dan bagus-bagus belaka. Tapi masa tu apa guna lagi dah!
    Sebab itulah dari sekarang lagi kita kena reti kenang jasa orang.Tau nak balas budi dengan mengucapkan perkataan yang indah seperti ‘Terima kasih'(bagi orang Melayu),Thank You(bagi yang berbahasa Inggeris, Toche (bagi orang Cina) dan Nandre (bagi orang India).Ni tak, ada ka patut caci cerca orang yang dah berjasa kat negara? Lagu tu ka mak bapak hampa ajaq cara nak kenang dan balas jasa baik orang kat kita? sebab itulah bila saya kata hampa semua kurang ajar dan tak reti bahasa sebab mak bapak hampa tak ajar,tau pulak nak marah no? Tapi memang hampa tak reti bahasa serta tak reti berbahasa.
    Isy,ikut hangat ati saya ni, Tun, memang banyak lagi yang nak ditulis. Tapi cukuplah setakat ini kerana saya yakin yang membaca serta faham maksud saya adalah bloggers yang cerdik.Kalau yang reti dan tak faham tu…sah-sah bebal!
    Okay, sampai di sini tinta saya berhenti dulu.
    I love you Tun and your whole family.
    Forever and Ever!
    Salute

  3. Assalamu’alaikum Tun
    Saya salut dan kagum dengan sikap Anda yang konsisten terhadap janji yang Anda ucapkan. Anda benar-benar memegang dan memenuhi janji Anda. Walaupun begitu, Anda tetap bersikap netral
    Anda tetap mengajukan kritik terhadap tindakan mereka dan tetap pro rakyat. Terimakasih Tun, semoga saya bisa belajar dari sikap anda.

  4. Assalammualaikum & salam sejahtera kepada Tun dan keluarga..
    Tahniah dan syabas kepada Tun kerana telah kembali ke pangkuan UMNO..iaitu sebuah parti yang sejak dari azalinya memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan kemerdekaan negara Malaysia..(mungkin pembangkang tidak belajar sejarah,sebab itu mereka tidak cintakan UMNO)
    Amat terharu sekali saya dan ahli-ahli UMNO di PWTC tempoh hari apabila melihat Tun menaiki pentas di Dewan Merdeka bersama pemimpim pemimpin yang menyambut tangan Tun sebagai tanda hormat dan kasih mereka yang tidak berbelah bahagi pada Tun…!!Seperti bak kata pepatah’JANGAN DISEBABKAN KESALAHAN PENGHULU,HABIS SATU KAMPUNG KITA BAKAR’…itulah kata kata arwah Ayahanda saya kepada saya ketika arwah ayah saya menjadi Ketua Cawangan Umno Lembah Keramat di bawah pimpinan Dato’Fuad Hassan yang ketika itu ADUN Hulu Klang..
    Jelas nyata di sini saya berasa amat lega apabila Pak Lah meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepimpinan negara pada Najib Tun Razak.Berakhirlah sudah episod kepentingan orang orang Pak Lah & menantunya yang terlalu membelot,mengecam,dan tamak akan kontrak kontrak kerajaan!!Akibatnya UMNO telah rosak,hancur & punah sejak berada di bawah kepimpinan Pak Lah…!!Orang Melayu tidak lagi bersatu,,ahli UMNO dipandang serong,,rakyat sibuk menyokong pembangkang yang sanggup bersekongkol dengan kaum cina & india untuk meraih undi walaupun kepentingan Agama Islam kita diketepikan oleh DAP(Laknat)…..
    Tun,
    Saya dan rakyat Malaysia berharap agar Tun dapat membantu kepimpinan sekarang ini untuk memulihkan kembali Parti UMNO dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO yang telah hancur di tangan Pak Lah!!!Kepimpinan Pak Lah sejak tahun 2003 ibarat mimpi ngeri bagi saya dan rakyat Malaysia…!! KJ tidak terpilih dalam kabinet Najib Tun Razak adalah salah satu cara mengembalikan kepercayaan rakyat pada UMNO,,kerana KJ ibarat bayangan Pak Lah Badawi!!Tahniah diucapkan pada Najib Tun Razak yang begitu teliti membuat pemilihan terbaru kabinet!!
    Terima kasih diucapkan pada Tun,,yang banyak berjasa pada rakyat Malaysia,banyak membantu Melayu,,melahirkan orang Melayu yang kaya raya dan berpengetahuan tinggi!!!Tun adalah Bapa kepada permodenan Malaysia!!
    Tuanku Abdul Rahman = Bapa kemerdekaan
    Tun Razak = Bapa Pembangunan
    Tun Abdul Razak = Bapa Perpaduan
    Tun Mahathir = Bapa Permodenan
    Pak Lah = Bapa mertua khairy

  5. Alhamdulillah Tun masih sudi memyumbang
    terang lagi nyata keupayaan tun dan usia tidak ada tolok bandingnya,
    saya harap Tun dapat membimbing mereka x yg masih cetek pengalaman didalam UMNO.
    Rakyat telah mula goyang dgn krisis politik,kelihatan dewan selalu riuh, dijadikan bahan ketawa, maruah bangsa perkauman kesultanan seolah x dipersendakan kelilangan tun hanya seketika,,,,,,,,,mereka x dah mula huru hara seperti anak ayam kehilangan anak.
    saya masih percaya kebolehan tun anak tun….tiada tandingan
    tun sememang nya ahli politik berkebolehan,pujian nin ikhlas. hidup tun Allah berikanlah kesejahteraan pada tun semoga sihat ,inshallah.

  6. salam hormat Yg Bhg Tun, mudah-mudahan sentiasa dalam sihat walafiat, insyaallah.
    Saya ingin nak buat ulasan kabinet baru yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri baru yang ke 6. Anggota kabinet yang dipilih nampaknya dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar berwibawa (tiada dari pengamal rasuh politik dan bersih dari imej negatif). Tahniah kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib dengan MEWUJUDKAN satu misi “SATU MALAYSIA” untuk rakyat Malaysia dan negara. Parti pembangkang menyamakan misi ini (satu Malaysia) sama seperti yang diunjurkan oleh parti DAP satu ketika dahulu ia itu Malaysian Malaysia. Pada fahaman saya “SATU MALAYSIA” tidak sama dengan Malaysian Malaysia. YAB Dato’ Seri Mohd Najib telah pun memberikan penjelasan kepada barisan kabinet apakah yang dimaksudkan oleh beliau mengenai “SATU MALAYSIA” dan ianya jauh berbeza dengan semangat Malaysian Malaysia. Kementerian Penerangan, Budaya dan Kesenian yang diterajui oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim seharusnya memainkan peranan utama membuat penjelasan yang sejelasnya kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai gagasan “SATU MALAYSIA”. Jika tidak akan diputarbelitkan oleh parti pembangkang untuk kepentingan politik mereka.
    Saya menyokong penuh saranan Yg Bhg Tun untuk pihak Kementerian Pelajaran mengutamakan mata pelajaran sejarah dalam kurikulum pendidikan. Golongan remaja dari kalangan pelajar dilihat tidak begitu berminat mengambil tahu tentang sejarah negara termasuk sejarah politik negara. Ini amat merugikan negara pada jangkamasa panjang. Sejarah dikenali sebagai satu elimen penting yang boleh membentuk peradaban negara dan bangsa. Begitu juga kepentingan golongan remaja mempelajari dengan serius mengenai sejarah perlembagaan negara, memahami apa itu kontrak sosial dan mengikuti perkembangan politik semasa negara dengan pendekatan yang realistik dan berpandangan positif. Remaja (golongan muda) adalah asset yang amat berharga bagi sesebuah negara.
    Saya juga mengambil kesempatan ini menyentuh sedikit perihal perundangan negeri Perak, dimana mahkamah telah memutuskan bahawa YAB Datuk Dr. Zambri Abdul Kadir Menteri Besar Perak dan enam Exco kerajaan Negeri Barisan Nasional dibenarkan menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri Perak setelah disekat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Syukur Alhamdulillah keadilan telah dapat ditegakkan. Pakatan Rakyat khususnya DAP dilaporkan oleh media tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah kerana tidak memihak kepada kepentingan politik mereka. Jika benar ini adalah pendirian yang sangat tidak betul. Rakyat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri yang tulin mestilah menghormati undang-undang yang berpaksikan kepada keadilan. Golongan remaja/muda rakyat Malaysia mesti benar-benar faham dan menghayati tentang keperluan menghormati perlembagaan dan undang-undang yang diamalkan di negara Malaysia ini. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah yang berpaksikan kepada kepentingan politik semata-mata, kita harus mengambil kira kepentingan negara dan rakyat pada keseluruhannya. Apa yang berlaku di negara jiran seperti Thailand tidaklah boleh disamakan dengan budaya politik di negara Malaysia.
    Penubuhan Majlis Ekonomi oleh YAB Perdana Menteri amatlah dialukan dan seluruh rakyat Malaysia seharusnya menyambut baik usaha ini yang berpaksikan/bermatlamat kepada membaik pulih ekonomi negara kesan dari masalah ekonomi global. Saya berpendapat Yg Bhg Tun haruslah diberi peluang menyertai/menganggotai Majlis Ekonomi ini ia itu dengan menerajui organisasi ini berserta dengan pakar-pakar ekonomi yang bakal dilantik oleh YAB Perdana Menteri. Kepakaran dan segala kelebihan yang ada pada Yg Bhg Tun menerajui negara selama 22 tahun masih lagi utuh dan relevan untuk membantu negara keluar dari masalah ekonomi dengan jayanya, insyaallah.
    Sekain, terima kasih. Berjumpa lagi dilain ketika. Selamat berjuang Tun demi kepentingan negara. Wassalam.

  7. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin mengulas kiriman pengunjung Tun…
    Pandangan pada tulisan honey on April 11, 2009 12:14 AM
    ……………….SIAPA BANGKIT ISU
    Umno dan ahli politik yg bangkit isu bukan kaum lain. Orang lain watak dalam kemelut. Isu azan adalah fitnah disebar akhbar Umno. Tarik sesiapa ke mahkamah kalau tuduhan benar.
    Isu murtad memang bahan selidikan perundangan dan dapat perhatian krn kerumitannya. Ia bukan bertujuan menentang Islam. Memang tugas peguam mendapat pembelaan untuk anak guamnya. Umno yg lebarkan isu persendiriran menjadi isu agama dan mengecap orang merayu dgn baik di mahkamah menggugat kedudukkan Islam demi politik mrk.
    Ramai orang Islam yg menagih dadah, berkelakuan sumbang memalukan agama tak diperjuang. Dia sibuk dgn hal seorang murtad. Ummah lebih sempurna dgn seorang murtad atau memulih beratus penagih, Mat rempit, peragut.
    ………………..BANGSA ASING
    Dgn perkataan ini maksudnya M

  8. Salam Tun dan sekeluarga..
    Tahniah Tun kerana telah kembali kpd Umno.Semoga Umno terus maju jaya.

  9. Assalamualaikum wbt. Yg Bhg Tun serta ahli keluarga mudah-mudahan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT sehat walafiat serta dalam Iman dan Taqwa sepanjang hayat.
    Saya sesungguhnya amat bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas limpah kurnianya Tun dapat kembali semula kepangkuan UMNO. Saya adalah diantara ahli UMNO veteran dan pernah menyandang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Ketua Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bahagian satu ketika dahulu semasa Tun menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ke 4. UMNO dan Barisan Nasional semasa dibawah kepimpinan Tun telah melakar sejarah kecemerlangan yang sangat dibanggakan oleh majoriti rakyat Malaysia. Amat malang sekali UMNO dan Barisan Nasional menjadi begitu tidak terpelihara dan imejnya merudum seperti yang terbukti pada pilihanraya ke 12. Kepimpinan telah bertukar tangan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak. Disana sini suara rakyat mengharapkan kepimpinan baru akan melakukan perubahan derastik dengan mengikis pandangan negatif sebahagian rakyat Malaysia terhadap keupayaan UMNO dan Barisan Nasional.
    Tugas YAB Dato’ Seri Mohd Najib amat berat bagi memulihkan semula imej UMNO dan Barisan Nasional, dan ini sudah pastinya memerlukan sedikit masa. Kabinet baru sudahpun dibentuk, saya bersyukur ahli kabinet baru yang dilantik tidak termasuk dari mereka yang mengamalkan politik wang. UMNO dan Barisan Nasional perlu melalui proses pembersihan (total clean). Anggotanya dipilih dari pemimpin yang benar-benar berintegriti tinggi. YAB Dato’ Seri Mohd Najib telah dilihat berjaya membuat pilihan yang tepat. Untuk memuaskan semua pihak boleh dikatakan agak mustahil dapat dilakukan oleh mana-mana pemimpin sekalipun dalam memilih barisan kepimpinannya.
    Saya berpendapat dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti seperti melakukan amalan politik wang dan melanggar etika parti perlu muhasabah diri dan jika dengan kehadiran mereka ini boleh dilihat menjejaskan imej parti maka eloklah mereka ini berundur diri secara sukarela atau diberhentikan demi kebaikan parti. Rata-rata rakyat ingin melihat UMNO dan Barisan Nasional benar-benar bersih dan berubah dan dapat meyakinkan mereka untuk kembali menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada seperti yang terdahulu.
    Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional mestilah mempunyai daya kekuatan untuk menyanggah segala tomahan pihak pembangkang yang boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional. Selama lebih kurang lima tahun dibawah pemimpin terdahulu kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional dilihat terlalu lemah khususnya dalam hal membetulkan semula persepsi negatif majoriti rakyat termasuk dikalangan ahli UMNO dan Barisan Nasional setelah berjaya dipengaruhi oleh parti pembangkang.
    Ketua umum Pakatan Rakyat adalah dari kalangan pemimpin yang sudah terlalu kecewa (frustrated)kerana sudah terlepas peluang keemasan menjadi Perdana Menteri satu ketika dahulu. Oleh itu pemimpin ini akan mengambil apa juga ruang dan peluang yang ada walaupun dengan cara yang tidak beretika/berintegriti untuk merampas kuasa dalam merialisasikan angan-angannya menjadi Perdana Menteri. Keharmonian rakyat dan negara bukan lagi menjadi perhitungan pemimpin seperti ini. Jasa dan khidmat murni UMNO dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun yang lalu membangunkan negara dengan jayanya tidak harus dilupakan begitu sahaja oleh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama menyokong kepimpinan baru yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib.
    Dengan Tun menganggotai UMNO semula adalah diharapkan oleh semua golongan masyarakat Tun dapat membantu UMNO dan Barisan Nasional memulih dan meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional. Mengikut perhatian rambang saya dapati rata-rata rakyat Malaysia menyokong Tun kembali kepada UMNO dan mengharapkan Tun dapat diberi satu kedudukan dalam parti/kerajaan supaya segala sumbangan Tun akan lebih berarti dan efektif. Negara sekarang menghadapi masalah ekonomi global dan perlu ditangani oleh kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi kepada tahap yang membanggakan rakyat dan negara. Saya berpendapat Tun perlu diberi ruang, peluang dan kedudukan yang bersesuaian oleh kerajaan menyumbang bakti bagi memulihkan ekonomi negara. Tun berpengalaman luas dan telah terbukti berjaya dengan cemerlang menangani masalah ekonomi yang melanda negara semasa dibawah kepimpinan Tun yang terdahulu.
    UMNO, MCA, MIC dan lain-lain komponen parti Barisan Nasional termasuk Sabah dan Sarawak bukanlah parti berpaksikan perkauman. Ianya merupakan gabungan dan kesepakatan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang terdiri dari berbagai etnik, budaya dan agama. Gabungan dan kesepakatan ini telah terbukti berjaya sehingga kita rakyat Malaysia sehingga hari ini dapat hidup dalam aman damai dan kesejahteraan. Kita perlu sedar bahawa pakatan parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat telah menggembar gemburkan isu-isu perkauman dan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam memenangi hati rakyat untuk menyokong parti mereka. Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mungkin sudah lupa jika tidak kerana UMNO dan Barisan Nasional pemimpin ini tidak akan menjadi terkenal sehingga kini. Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit. Saya juga ingin menyeru semua lapisan masyarakat khususnya orang melayu supaya kita sama-sama muhasabah diri,fikirkan masa depan generasi kita dimasa akan datang, fikirkan kekuatan pegangan agama kita yang menuntut kita bersatu padu demi kekuatan ummah dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Hari ini kita sudah berpecah belah kepada beberapa kepercayaan dan pegangan politik, ini amat merugikan kita. Bekas Menteri Besar Perak (ahli Pas) dari Pakatan Rakyat membuat kenyataan balas terhadap pertanyaan wakil pembangkang ADUN Barisan Nasional dalam satu mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak yang terdahulu menafikan bahawa Pas memperjuangkan untuk menegak Negara Islam dan mendapat tepukan gemuruh dari ADUN DAP rakan kongsi politik mereka. Pas sudah lari dari landasan perjuangan mereka untuk menegak pemerintahan Islam di negara ini untuk menjaga hati rakan politik mereka. Rakan-rakan dari anggota dan penyokong Pas banyak-banyakanlah bermuhasabah diri, jangan menggadai maruah bangsa dan agama kerana kepentingan politik.
    Selamat berjuang Tun, sesungguhnya perjuangan memartabatkan bangsa dan negara masih belum selesai. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib dan barisan kepimpinannya berusaha terus dan berjaya membuat segala perubahan dan memajukan negara kepada tahap cemerlang, gemilang dan terbilang.
    Salam hormat saya untuk Tun dan rakan-rakan peminat bloger Tun sekelian. Sehingga bertemu dilain ketika.

  10. YABhg Tun M dan Tun CT Hasmah,
    Yang dikasihi dan disayangi.
    Tun, izinkan saya mengulangi petikan ini –
    UNTUK RAKYATENGAH – Yang tak tau manusia apa ni!!
    “Kamu manusia jenis apa/langsung tak kenang budilah kamu. Rasanya kalau bukan adanya pemimpin seperti Tun M maka mungkin kamu pun takde lah nak rasa berinternet ini tau… Tun sampai kehari ini masih menabur budi tapi kamu hanya tau mencerca. Kalau you tak puas dan terlalu TAMAK lagi balik ke tanah asal nenek moyang kamu.. entah dimana … jawa, palembang…aceh kah.. saya bukan orang umno atau melayu tapi saya sayang akan tun M kerana beliau telah membawa kita ke satu taraf yang sangat memberangsangkan. so keep you negative comments and look at urself first..”
    Tambah sikit ya – siapa lah U ni – Sama seperti golongan yang TAMAK DAN RAKUS – tak pandai bersyukur, sama dengan golongan yang sanggup DIPERALATKAN DAN DIPERKUDAKAN OLEH GOLONGAN TAMAK DAN RAKUS – tak melihat ke masa hadapan anak dan cucu cicit bangsa, Sama dengan golongan yang berkepia putih dan berjanggut ketot sanggup berbaring di jalanan menghalang sultan sendiri, sanggup berhimpun dan berdiri tegak mendengar SIVA dari podium berucap persendahkan keputusan sultan sendiri dan sekali lagi mudah2an golongan seperti U tak ada di Sabah dan Sarawak.
    Terima kasih kerana laluan yang diberi.
    We love you and will always stand by you

  11. Hello Tun,
    Tahniah di atas kemasukan Tun ke UMNO semula.
    Tun, jangan kecewa anak Tun Kalah. Ini membuktikan anak Tun memang bersih dari Rasuah dan orang tak suka dengan orang yang tidak memberi rasuah.(do u smell sarcasm in this?)
    Biarlah ‘dia’ nak jd presiden pemuda UMNO walau macam manapun. Masalah Mat Rempit makin menjadi-jadi dengan adanya geng REMPIT UMNO dan mat-mat rempit menggunakan ‘kuasanya’ dengan UMNO. Ini da menunjukkan salah guna kuasa tapi nak buat macam mana.. abang besar kasi jalan!
    Allah akan berpihak pada yang benar Tun, so Tun jangan kecewa sangat. Kalau ade rezeki anak Tun dpt jadi PM mcm Najib, alhamdulilah.
    Terima Kasih kerana menunaikan janji Tun untuk menyertai UMNO semula.

  12. Assalamualaikum TUN,
    1. Tahniah saya ucapkan kerana akhirnya Tun kembali ke lapangan dimana Tun sendiri tidak mampu untuk menafikannya bahawa politik adalah X-Factor Tun sendiri. Tahniah.
    2. Saya juga kini berasa senang apabila Tun menjadi tulang belakang UMNO dekad ini. Saya rasa Tun sendiri tidak menafikan bahawa sejak kebelakangan ini UMNO dilihat sangat lemah dibawah pimpinan Tun Abdullah.
    3. Apa perancangan Tun setelah melihat anak didik Tun menjadi Perdana Menteri ke-6? Saya rasa campurtangan Tun adalah perlu dan bukan sahaja di dalam parti UMNO itu sendiri tetapi secara tidak langsung menjadi Penasihat Utama kepada kerajaan sekarang ini.
    4. Yang hebatnya penangan TUN setelah memasuki UMNO, saya melihat dan menyedari bahawa segelintir pemimpin pembangkang dan seteru ketat Tun yakni Anwar nampaknya sudah hilang taring dan tak banyak cakap.
    5. Tun nasihatilah para Pemuda UMNO. Beri mereka satu nasihat pedas agar kepimpinan seterusnya tidak lemah dan menjadi satu barisan yang boleh mempengaruhi anak-anak muda. Bukan untuk membenci kerajaan tetapi untuk mereka menyedari bahawa mereka perlu menilai sejarah itu dari sudut yang lebih telus.
    Sekian dari saya, syabas buat Tun
    Kini saya bersemangat untuk kembali menghayati perkembangan politik Malaysia

  13. Salam alaik,
    Ramai dah orang bijakpandai beri komen di Blog Tun. Saya lihat ramai jugak peminat Tun. Saya yang tak berapa suka politik ni pun terjebak nak baca Blog Tun.
    Saya bukan atas pagar, saya berada di luar pagar. Sebabnya apabila saya terdengar orang politik berceloteh, perkataan mereka ni kosong belaka. Takde isi, takde thrill dan bunyi macam tak ikhlas. Ketawapun bunyi macam berlakon. Berbincangpun macam buat-buat aje. Macam dah ada common skrip untuk mengelak dan untuk mengelat.
    Bak kata pepatah Jepun, ” If the character of the person is not clear, take a look at his friends. “. Oleh kerana saya dah campur ribuan manusia dari puluhan negara sejak 3 dekad, saya rasa pepatah Jepun ni hampir tepat.
    Oleh itu, saya menjauhkan diri dari politik dan orangnya serta akan kekal di luar pagar, iaitu di dalam kawasan saya sendiri sehingga mati. Lebih selamat gitu.
    Namun demikian, Tun adalah exceptional case. Keikhlasan Tun dapat dirasai di dalam perkataan. Manfaat dayausaha Tun dapat dirasai ramai dalam perbuatan.
    Semoga Allah memberi Tun tempat yang mulia di akhirat nanti.

  14. salam yab tun dr mahathir mohamad…
    pertamanya saya lafazkan rasa syukur kehadrat allah kerana ini merupakan kali pertama allah membuka pintu hati saya untuk memberi sedikit sebanyak pandangan atau komen dalam blog ini. keduanya saya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan rasa bangganya tun kembali kepada umno. sesungguhnya tun masih lagi diperlukan dalam soal soal politik dan pentadbiran negara pada hari ini. bukan sebagai pemimpin tetapi pengalaman tun yang telah memimpin negara dan parti sebegitu lama adalah merupakan satu mutiara yang amat berharga kepada rakyat dan negara.
    bagi saya yang berumur 37 tahun merupakan salah seorang pengundi muda di negara ini masih terasa lagi tun sebagai perdana menteri malaysia. maklumlah tun menjadi perdana menteri semasa saya berumur 10 tahun hinggalah saya berumur 32 tahun. itulah perdana menteri yang saya kenal hingga ke hari ini. pembangunan yang begitu banyak dan dengan perancangan yang begitu rapi untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. perancangan ini telah menyebabkan minda saya telah terarah bahawa saya akan menjadi rakyat malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. jelas terbayang di kepala saya rupa bentuk negara ini nanti apabila kita diiktiraf sebagai sebuah negara maju. tetapi hari apabila berubahnya pentadbiran tun kepada pak lah semuanya tiba tiba terhenti dan tiada lagi kedengaran pasal negara maju. negara seolah olah tiada arah tujuan. ini menyebabkan bagi pandangan saya ramai golongan muda banyak yang lari kerana tiada lagi panduan. seolah olah mereka ini diberi kebebasan menentukan haluan mereka sendiri. mereka menjadi tidak kisah langsung soal soal pembangunan dan juga kearah negara maju. pemikiran kita hari ini bukan lagi memikirkan soal masa depan atau generasi kita yang akan datang.
    lebih menyedihkan lagi apabila kritikan yang telah dibuat oleh tun kepada pemimpin yang lalu telah disalah ertikan malah ditambah pula dengan serangan pemimpin yang telah dididik dan telah diberi peluang menjadi menteri oleh tun. ini banyak melukakan hati golongan muda. akhir golongan muda telah menunjukkan cara mana dan saluran mana untuk mengajar atau memberi petunjuk apa yang mereka inginkan. keputusan pilihanraya umum yang 12 ada lah yang paling buruk. hanya sementara sahaja rasa kecewa para pemimpin kita. mereka kembali kepada perangai lama.
    bagi saya bukan logo barisan nasional yang perlu diubah, bukan warna yang menjadi soal utama. corak kepimpinan yang sebenarnya perlu diubah. kembali kepada corak kepimpinan asal atau cara pemimpin dahulu. dekatkan diri kepada rakyat. mesra dengan rakyat. menteri bukannya mesti bergaul dengan menteri sahaja. menteri besar hanya berkawan dengan sejawatnya. mereka harus turun ke bawah. berjawatan menteri bukan hanya perlu jaga kementerian dan jaga orang kawasan sendiri sahaja. mereka perlu pergi keseluruh negara. berjumpa dengan rakyat bawahan.
    hari ini saya lihat pemimpin bawahan terutamanya ketua ketua umno cawangan tidak lagi menjadi kebanggaan atau menjadi tumpuan. jawatan menjadi satu beban yang harus dipikul. tanpa bantuan dan sokongan pemimpin di peringkat atasan tidak banyak yang boleh mereka lakukan untuk membantu ahli ahli malah rakyat dalam kaawasan mereka. hidup mereka sendiri pun terumbang ambing. cakap cakap mereka tidak diendahkan malah diperlekeh lagi. ada yang hidup segan mati tak mahu. dulu menjadi ketua cawangan satu jawatan yang menjadi rebutan. bukanlah kekayaan atau imbuhan berjuta yang dipinta. cukuplah sekadar membantu mereka menjadi pemimpin yang disegani masyarakat disekililing mereka. kita perlukan mereka untuk menjaga rakyat. pemimpin atasan selalu sebut ahli dan pemimpin bawahan adalah akar umbi kepada parti. akar yang mencari makanan untuk pokok iaitu parti. hasilnya iaitu buahnya akan dinikmati bersama. semuanya retotik semata mata. akar hanya tinggal akar dengan tugasnya tanpa ada baja untuk menyuburkan lagi tugas akar. lihatlah mereka. jika mereka bekerja keras menjalankan tugas dan tanggungjawap mereka dengan baik, saya cukup yakin dan percaya bahawa merekalah merupakan barisan hadapan kita yang cukup kuat untuk mengharungi cabaran masa hadapan.
    saya berdoa dan amat berharap dibawah kepimpinan dato seri najib tun abd razak akan diberi sokongan penuh dari dalam dan luar parti. yang melemahkan kita bukan lah musuh kita tetapi orang kita sendiri yang tidak memberi sokongan padu kepada pemimpin kita. dato seri najib tidak mampu untuk memimpin negara seorang diri tanpa sokongan rakan rakan yang lain.
    kepada tun, teruskan lah memberi pandangan yang membina dan dapat membantu dato seri najib sebagai perdana menteri malaysia dan presiden umno.
    dalam zaman teknologi ini kurangkanlah kerenah birokasi. permudahkan segala urusan rakyat.
    salam.

  15. Selamat petang Tun,
    bagi saya kembali tun tiada membawa apa2 perubahan.tun masih sama d dalam atau d luar umno.parti bukanlah tempat berjuang kerna masih boleh berjuang tanpa parti.bezanya apa yg d perjuangkan.kini umno d pandang sebagai parti yg ada unsur2 korup.dulu d pandang sebagai pejuang melayu tetapi sekarang tak nampak apa yg d perjuangkan.mereka melihat setiap perjuangan/kemajuan dari dua/tiga sudut.mereka telah melihat kesan perjalanan dari sejarah yg terpendam dan kesan masa akan datang.kesan yg ter besar sekarang adalah korup.harian hidup mereka d bayangi korup pada cerita dan pengalaman.inilah yg cuba d kambus dgn cerita segala kejayaan.yg d kambus dan mengambus adalah cerita benar.cerita rakyat dan pengalaman rakyat.menjalar kepada setiap rakyat.maka jika tun kembali ke umno tidak membuang isu2 ini bukan membersihkan isu2 ini tiada beza dan perubahan pada umno.
    cari ciri2 rasuah dan jelaskan supaya tiada ragu2.rasuah telah beranak pinak sehingga banyak namanya.

  16. Tun,
    what goes around comes around!
    it’s ok to err because we’re only human. Please make it ‘RIGHT’ what you’d ‘WRONGED’ during your tenure as a PM and be the righteous one.
    CLEAR YOUR CONSCIENCE, tatkala malaikat maut datang menjemput agar Tun sudah bersedia dengan hati yang tenang, insyaAllah.
    yes, you guys are right i’m not here to behave like those of you who’d been ‘UMNONISED’:ampu mengampu, i’m telling the truth to Tun because we love him so much agar jgn kerana nila setitik habis susu sebelanga!
    agar hidup saudara diberkati Allah swt, insyaAllah!
    wassalam.

  17. salam,
    terima kasih Tun kerana kembali kepada UMNO. kehadiran Tun sangat-sangat diperlukan untuk menjadi mentor kepada PM Najib agar beliau akan dapat menghidupkan kembali UMNO yang kini layu.
    seperti yang Tun sendiri lihat, selepas Tun keluar, taring UMNO semakin tumpul taringnya dan menjadi bahan lelucon komponen BN.
    bukan itu sahaja, banyak isu-isu yang sensitif telah dikeluarkan oleh kaum lain baik dari parti komponen, pembangkang atau masyarakat umum. contohnya, isu azan – Lisa Kwok dan isu murtad – lina joy.
    selain daripada isu kelembapan ekonomi dan kelemahan pentadbiran UMNO yang menyebabkan komponen pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum -12.
    oh ya, selain daripada isu-isu besar, tolongingatkan PM Najib jangan lupakan kami orang-orang ‘grass root’ ni.
    jangan hanya beliau nak jaga hati bangsa asing, oramg melayu menjadi pelarian di bumi sendiri.
    cukuplah sekarang, orang melayu sukar hendak dapat kerja kerana kurang mahir dalam bahasa inggeris dan tidak tahu bahasa mandarin ataupun kerana majikan lebih suka mengambil warga asing
    jangan satu masa nanti orang melayu pulak jadi tukang kutip sampah dibumi sendiri.
    salam ikhlas,
    honeymah dylyani
    [email protected]

  18. kepada rakyattengah,
    kamu manusia jenis apa/ langsung tak kenang budilah kamu.Rasanya kalau bukan adanya pemimpin seperti TunM maka mungkin kamu pun takde lah nak rasa berinternet ini tau… Tun sampai kehari ini masih menabur budi tapi kamu hanya tau mencerca. Kalau you tak puas lagi balik ke tanah asal nenek moyang kamu.. entah dimana … jawa,palembang…aceh kah.. saya bukan orang umno atau melayu tapi saya sayang akan tunM kerana beliau telah membawa kita ke satu taraf yang sangat memberangsangkan. so keep you negetife comments and look at urself first..
    Dear TunM,
    We love you and will always stand by you

  19. Assalamualaikom Tun, we are happy to see you back in UMNO, syukran, alhamdulillah. God Willing, may DSN deal our country issues brilliantly with the good support of the people for our beautiful one and only tanah air-ku Malaysia. To all muslims, each time when praying, doa for our religion, race and country may people of all races living here respect each other and live in harmony. Don’t let ‘the not good-ones’ porak-perandakan’ and ‘cucuk2’ us to fight with one another. Last but not least, happy to see Tun and family back. Love. :):):)

  20. YABhg Tun Dr M & Tun CT Hasmah,
    Yang Dikasihi dan disayangi.
    Kami sekeluarga amat mengalu-alukan kemasukan Tun berdua ke dalam UMNO, kami juga mengucapkan Selamat Kembali Tun berdua dan ramai lagi ahli2 UMNO yang lain juga mengikuti jejak Tun kembali pada UMNO – Syabas dan Terima Kasih yang tidak terhingga – bagai SIRIH pulang ke GAGANG.. InsyAllah dengan perjuangan yang ikhlas dan tulus ini kita akan mendapat kejayaan kelak – dengan izinNYa.
    Tun, mudah2an dengan usaha ikhlas Tun dan lain2 ahli UMNO seperti TSSJ, TSRA dan lain2 lagi UMNO akan kembali menjadi pilihan MESTI pada orang Melayu dan Bumiputra.
    Kami juga gembira dan bersyukur walaupun kita kalah di 2Bukit tetapi nampak ada peningkatan yang positif di kawasan2 Melayu – Alhamdulillah……. terutama di BG. – petanda yang baik.
    Kami juga amat gembira dan terharu atas perlantikan Datuk Mukhriz ke Kabinet Baru DSNTR – kerana rasionalnya memang Mukhriz adalah pilihan rakyat – lihat saja dalam minggu pertama pencalonan Ketua Pemuda – kalau lah tak ada usaha rasuah dari KJ dan Khir – momentum pencalonan yang Mukhriz terima berterusan – kemungkinan Datuk Mukhriz akan menang tanpa bertanding. Doa dan restu untuk mu Datuk Mukhriz – BERKHIDMATLAH DENGAN PENUH IKHLAS DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA – SATU MALAYSIA.
    Saudara saudari golongan muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara malaysia yang tercinta ini sekelian harus berfikiran positif, matang dan dapat menilai harapan yg dibawa oleh kerajaan BN dan oleh pihak pembangkang, Track record BN cemerlang janganlah kita menidakkan pencapaian cemerlang BN ini. Biarlah penilaian dan perlakuan kita berteraskan kepentingan seluruh rakyat Malaysia terutama kesejahteraan anak2 dan cucu2 generasi kita nanti. Kalau para saudara dan saudari seorang yang mengenang budi, bersifat merendah diri, baik hati dan sentiasa bermuhasabah diri, insyAllah kita tidak akan terpengaruh dengan dakyah yang bukan2 dan teori yang tidak masuk akal yang waras ni. Dan tentunya u all tidak akan menghina dan persendahkan Tun M yang dengan ikhlas telah mencurahkan khidmat demi bangsa, agama dan negara terutama bangsa Melayu dan Bumiputra kerana demi menseimbangkan jurang sosio-ekonomi yg memang ada dalam masyarakat majmuk kita -(DEB). Bolehkah kita bayangkan apakah berlaku bila kaum/golongan yang kaya jadi bertambah kaya dan menikmati segala hasil kekayaan dan kemewahan yang ada di negara tercinta ini dan kaum/golongan miskin terus miskin dan miskin. …. BAYANGKAN ……???????????????????????
    SO marilah sama2 menyokong kerajaan BN dengan dasar2nya sememangnya baik kalau kurang baik pun dari perlaksanaannya aje yang kita pun sama2 boleh perbaiki untuk mencapai matlamatnya demi kesejahteraan SATU MALAYSIA.
    Thank u Tun and always take cara

  21. Tun,
    Malaysia is going thru a difficult period.It’s not going to be easy for Najib & his team.Maybe it will help him more if you let him handle the administration himself with his bright sparks.Of course TUN –no one can deny that you have a wealth of experience behind you & good credentials & all the good networking with heads of States.These are Plus factors.
    So you must be delighted that Mukhriz is in the Cabinet now.Which father will not rejoice over his son’s political appt?.Good wishes to him!I see both your son & KJ as winners too.Each should be happy with their respective appt. One cannot ask for too much lest one gets disappointed. Both have done exceedingly well I would say.
    Did you read the report in the French tabloid??.It’s interesting though sensational–Shocked that such a thing could have happened lah–God help!!
    RT

  22. Perception and fact are two different things.
    The fact is Khairy the Youth Leader but not elected as minister
    whilst the perception is Mukhriz such a goody-goody guy (are you sure???), also nobody in UMNO, elected as minister.
    Phoooh…. what a world we live in today…
    Please perceive us more…. Prof. Perceptor…

  23. Assalamualaikum Tun.
    Terima kasih kerana Tun kembali kepada UMNO.
    Tahniah kepada Dato’ Seri Najib kerana telah menduduki tahta PM baru Malaysia. Saya agak berpuas hati dengan barisan kabinet beliau. Lebih meyakinkan kerana HANTU RASUAH iaitu KJ tidak tersenarai dalam kabinet beliau. Rata-rata masyarakat sekeliling saya termasuk saya gembira akan perkara tersebut. Saya yakin yg tidak gembira adalah manusia yg mahukan UMNO lingkup.
    Tahniah juga kepada Dato’ Mukhris kerana lantikan tersebut. Bg saya beliau adalah aset yg berharga pada wawasan UMNO untuk masa depan. Pemuda UMNO semestinya diberi angin baru agar pelapis masa depan ini terhindar dari rasuah. Ada pun yg kaki rasuah ialah pemuda UMNO yg duduk dan mengampu KJ.
    Kepada Dollah Ahmad Badawi tak lupa juga diucapkan terima kasih kerana akhirnya beliau rela melepaskan jawatan PM. Selagi beliau memerintah selagi itulah UMNO semakin teruk diganyang oleh musuh-musuh UMNO. Hanya musuh UMNO saja yg suka melihat UMNO terus dipimpin oleh pemimpin yang cukup lemah.
    Kepada KJ … maaflah nak cakap anda bukanlah berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk poket sendiri. Saya berani berkata … semua sekeliling saya tak ada seorang pun yg suka kamu dan yakin kamu adalah barah dalam UMNO.
    Tun, pilihanraya pada baru-baru ini 2 dari 3 memihak pada pembangkang ??? Ia bukanlah satu petanda yg buruk jika diambil dalam beberapa hari peralihan kuasa Dollah kepada Dato’ Najib.
    Pada saya keputusan tersebut adalah sisa barah yg dibawa dari Dollah kepada Dato’ Najib. PM baru samada suka atau tidak terpaksa merawatnya sendiri. Saya harap sesuatu yg baik akan berlaku insyaallah.
    Berbanding keputusan pilihanraya ke 11 iaitu peralihan kuasa dari Tun kepada Dollah adalah pada masa itu tiada barah di hati rakyat, jika pun ada ianya hanyalah satu kudis kecil saja. Justeru itu Dolah syok sendiri dan merasakan rakyat suka akan beliau. Pada hakikat yg nyata adalah PRU ke 12 lalu … itu adalah tanggungjawab yg terpaksa beliau terima 100% kerana beliau adalah ketua negara.
    Saya doakan semuga di bawah Dato’ Najib ini beliau mampu membawa kembali rakyat kepada masyarakat yg mampu melihat BN adalah kerajaan yg bersih, cekap dan amanah seperti era Tun dahulu. INSYAALLAH.
    Perlu diberi ingatan … MIC SAYA RASA TIDAK RELEVEN LAGI PADA MASYARAKAT INDIA SELAGI SAMY VELU PRESIDEN MIC. DARI TINJAUAN SAYA DI KALANGAN KAWAN INDIA, MIC BOLEH KEMBALI DITERIMA MASYARAKAT INDIA JIKA PEMIMPIN BARU YANG ANTI SAMY VELU SAJA DAN PUNYA IMEJ BERSIH SAJA AKAN DITERIMA.
    Pada pilihanraya akan datang jika Samy Velu dan kuncu-kuncunya bertanding dan diletak di kawasan msykt India yg ramai … IA HANYA SIA-SIA SAJA KERANA SAYA CUKUP YAKIN … BN CUMA MENGHADIAHKAN KEMENANGAN PADA PARTI PEMBANGKANG.
    Saya harap Dato’ Najib mampu buat sesuatu.
    Sekian Tun.

  24. Salam Tun,
    Apa yang diperkatakan oleh formuler1 April 9, 2009 3 : 03PM itu ada lah satu langkah yang baik.
    Kalau kita boleh adakan Petronas, Proton dan sebagainya, kenapa orang pandai Melayu/Islam yang berduit tidak mengusahakan untuk dirikan supermart, hypermart dll untuk menambah-majukan ekonomi
    Melayu/Islam. Dengan ini, selain kita dapat mengadakan kemudahan untuk rakyat Malaysia, kita juga dapat memberi peluang pekerjaan
    kepada rakyat.
    Juga dengan adanya usaha-usaha sebegini, kita dapat mengurangkan
    sandaran kita untuk bekerja dengan kerajaan saja!
    Saya berpendapat, ini boleh dilakukan oleh bijak-pandai Melayu/Islam apabila mereka ini bersikap lebih terbuka untuk berusaha bersama untuk merubah nasib Melayu/Islam yang “BEKU” seperti yang di-abadikan di-muzium!
    Saya berharap, bijak-pandai Melayu/Islam dapat memberi perhatian dan memikirkan perkara untuk membangun ekonomi menerusi usaha-usaha ini.

  25. Assalamualaikum Tun..
    “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”
    Fenomena yg berlaku di negara kita..
    Harap kemasukan semula Tun kedalam UMNO dapat mengubah atau membetulkan korupsi-korupsi yg berlaku..
    sekian..
    Wasalam…

  26. Salam Tun
    Kepada semua bloggers yang pro PKR, PAS dan DAP serta semua pembangkang.
    Menyokong parti pembangkang tak menjadi kesalahan kepada setiap individu kerana setiap individu mempunyai teori, visi dan pelbagai kehendak yang berbeza.
    Tetapi merendah-rendahkan dan menghina orang lain especially orang yang lebih tua dari kita yang telah berjasa kepada kita adalah salah. Saya ambil contoh, kalau saudara-saudari pernah menetap atau melanjutkan pengajian di luar negara pengalaman bekerja dengan professor yang telah tua dan berumur adalah lebih dihormati dari mereka yang muda belia, walaupun mereka ini telah lanjut usianya dan keupayaan fizikal pun kurang tapi minda mereka masih A+++. Mereka jauh lebih berpengalaman, mempunyai idea2 yang bernas dan IQ mereka tetap ditahap yang memuaskan. Mereka tetap memmberi sumbangan dalam bidang kepakaran masing-masing. Mereka lebih ikhlas menjalankan tugas mereka. Kerana menjalankan tugas tersebut juga adalah satu ibadah. Membantu orang lain juga satu ibadah. Tidakkah saudara-saudari sedar bahawa amalan jariah yang kita tinggalkan akan kekal bila kita telah meninggal dunia nanti. Beribadah dalam erti kata sebenar bukan hanya menunaikan rukun Islam itu sendiri, pergi masjid tiap masa atau pi Mekah untuk beribadat, tetapi mambantu anak bangsa menuju masa depan yang cemerlang juga adalah satu ibadah yang tidak ternilai.
    Saudara saudari sekelian harus berfikiran matang dan dapat membezakan perkara baik dan buruk, siapa yang lebih ikhlas atau hipokrit. Siapa yang lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Kalau para bloggers semua seorang yang tahu mengenang budi, bersifat merendah diri, dan sentiasa bermuhasabah diri, insha-Allah kita tidak akan terikut2 dengan dakyah yang bukan2 yang tidak masuk di akal yang waras ni.
    Sekian, wassallam.

  27. Salam Tun….
    Kami sebagai anak jati Sarawak amat berbangga kerana kami bijak memilih pihak mana yg layak mentadbir negeri kami iaitu PARTI BARISAN NASIONAL! Kami memberi amaran kpd parti pembangkang, JANGAN CUBA NAK JEJAKKAN KAKI KE BUMI KENYALANG ATAU NAK TINGGALKAN BAYANG-BAYANG SEKALIPUN DI SARAWAK….Kami hidup dengan selesa di bawah pemerintahan BN, dan jangan cuba mengugat keselesaan kami!
    Hanya BN saja yg bertakhta di hati kami selagi BN membawa kemajuan di negeri Sarawak…
    HIDUP BN!

  28. SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN
    By Nik SuffianAuthor Profile Page on April 9, 2009 9:15 AM
    ….
    Pas pertahan Nga baca ayat al-Quran…

    SDR. NIK SUFFIAN,
    SEMEMANG NYA PANDANGAN DAN PERSOALAN2 SDR. DITERIMA AKAL.
    MASA BELAJAR UGAMA DARJAH SATU AWAL 60an DULU, PERKARA YANG MULA2 KAMI DIAJAR IALAH ‘UGAMA ISLAM ITU SUCI’ DAN NAK JADI ORANG ISLAM KENA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT. LEPAS ITU DAH HAFAL SYAHADAT, MURID2 DIAJARKAN RUKUN ISLAM ITU 5 PERKARA DAN RUKUN IMAN ITU 6 PERKARA. LEPEH TU DILATIH AMBIL WUDUK (BERSUCI) BARU BOLEH BELAJAR MUKADDAM. BEGITU JUGA SEBELUM BELAJAR BACA AYAT ALQURAN. KATA TOK GURU NGAJI (UZTAZ) ALQURAN KITAB SUCI, BERDOSA PEGANG QURAN KALAU TAK AMBIL WUDUK..
    PENING JUGA YE UZTAZ NAK JAWAB MURID MELAYU/ISLAM ALAF BARU YANG LEBIH CERDIK DAN PINTAR, BILA MEREKA TANYA BALIK ‘ORANG KAFIR BOLEH PEGANG DAN BACA QURAN TANPA PERLU AMBIL WUDUK?
    MURID TANYA LAGI, KATA UGAMA ISLAM ITU SUCI DAN ALQURAN KITAB SUCI.
    MANA SUCI NYA KALAU ORANG BELA ANJING, MAKAN BABI DAN MINUM ARAK TOK GURU TOK GURU KATA ‘PASS’ BACA AYAT SUCI ALQURAN?
    KALAU BEGITU LAH ‘FATWA’ TOK GURU DAN ULAMA PAS, ‘ISIN’ ANAK MURID NANTI..
    NAUZUBILLAH, KELUH ANAK MURID.
    ASTAFFIRULLAH, ASTAFFIRULLAH, ASTAFFIRULLAH.
    ALFATIHAH, AMIN.

  29. SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN
    By Nik SuffianAuthor Profile Page on April 9, 2009 9:15 AM
    ….
    Pas pertahan Nga baca ayat al-Quran…

    SDR. NIK SUFFIAN,
    SEMEMANG NYA PANDANGAN DAN PERSOALAN2 SDR. DITERIMA AKAL.
    MASA BELAJAR UGAMA DARJAH SATU AWAL 60an DULU, PERKARA YANG MULA2 KAMI DIAJAR IALAH ‘UGAMA ISLAM ITU SUCI’ DAN NAK JADI ORANG ISLAM KENA MENCUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT. LEPAS ITU DAH HAFAL SYAHADAT, MURID2 DIAJARKAN RUKUN ISLAM ITU 5 PERKARA DAN RUKUN IMAN ITU 6 PERKARA. LEPEH TU DILATIH AMBIL WUDUK (BERSUCI) BARU BOLEH BELAJAR MUKADDAM. BEGITU JUGA SEBELUM BELAJAR BACA AYAT ALQURAN. KATA TOK GURU NGAJI (UZTAZ) ALQURAN KITAB SUCI, BERDOSA PEGANG QURAN KALAU TAK AMBIL WUDUK..
    PENING JUGA YE UZTAZ KAT NAK JAWAB MURID MELAYU/ISLAM ALAF BARU YANG LEBIH CERDIK DAN PINTAR, BILA MEREKA TANYA BALIK ‘ORANG KAFIR BOLEH PEGANG DAN BACA QURAN TANPA PERLU AMBIL WUDUK?
    MURID TANYA LAGI, KATA UGAMA ISLAM ITU SUCI DAN ALQURAN KITAB SUCI.
    MANA SUCI NYA KALAU ORANG BELA ANJING, MAKAN BABI DAN MINUM ARAK TOK GURU TOK GURU KATA ‘PASS’ BACA AYAT SUCI ALQURAN?
    KALAU BEGITU LAH ‘FATWA’ TOK GURU DAN ULAMA PAS, ‘ISIN’ ANAK MURID NANTI..
    NAUZUBILLAH, KELUH ANAK MURID.
    ASTAFFIRULLAH, ASTAFFIRULLAH, ASTAFFIRULLAH.
    ALFATIHAH, AMIN.

  30. Asalamualaikum Tun,
    Alhamdulilah, KJ not in the new cabinet line up, congrats to Mukhriz!!!
    Stay healthy and salam to all.

  31. Che Det…
    You quoted :Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan
    Saya hendak hendak menitiskan air mata pada ayat Che Det kata tu, saya ingat kan saya sorang ja yang “tutuh” Khairy dan mereka yang corrupted semua tu kaw kaw secara terbuka, ada geng rupa nya saya.
    Che Det… cakap pada Dato Seri Najib Tun Razak tu, (metaphor) sihatkan rakyat dahulu, rakyat tak sihat, bagaimana negara dan ekonomi hendak sihat ??? Rakyat ramai yang sakit, kena “cancer” dari menantu Perdana Menteri yang terdahulu. Luka telah menjadi kudis dah…
    Rakyat sihat, negara sihat. Negara sihat, ekonomi makmur. Rakyat sakit, negara “kaput” ??? You faham kan perumpamaan (metaphor) ini ?
    Take care…
    Sekian,
    Luqmanul Hakim bin Abd Rahim bin Abdul Wahab
    URL : http://LuQiee.Livejournal.com
    Email : [email protected]

  32. Assalamualaikum Yang Bebahagia TUN SERTA Bloggers..,
    1. Semuga ayahanda serta keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Jutaan Terima kasih yang tak terhingga kerana Tun masih sudi menjadi sebahagian dari kami yang sayangkan UMNO.. PARTI KERAMAT UNTUK BANGSA KITA.. Walau sudah lama Tun mencurahkan bakti serta usia di dalam UMNO namun hingga ke hari ini Tun masih lagi prihatin terhadap nasib anak bangsa.. jutaan lagi kami yang masih sayangkan parti dan melayu, bersyukur tak terhingga terhadap atas kesudian Tun bersama kami kembali..
    1. Ayahanda.. Saya sedar siapa saya yang masih muda.. berbanding usia parti dan kemerdekaan negara kita..untuk bercakap soal perjuangan.. Tapi saya begitu amat memahami erti perjuangan demi bangsa, agama dan negara.. Saya amat terhutang budi kepada almarhum pejuang-pejuang negara yang berjuang tanpa memikirkan kepentingan diri.. Saya dapat merasakan keperitan mereka.. berjuang yang mana pada ketika itu serba serbi kekurangan.. Bukan sekadar untuk kesenangan mereka malah untuk kesejahteraan kita pada hari ini.. ..
    3. Saya tak tahu ke mana lagi saya nak luahkan betapa kecewanya saya.. dengan keadaan politik negara sekarang.. Masing2 mempunyai hasrat yang tersirat apabila menyertai politik.. hampir tujuh tahun saya menjauhi dari aktif dalam politik.. Bila saya kembali lagi.. politik masih tak berubah.. Yang kecewa menentang.. Yang berhasil terus menghasilkan penghasilan.. Di mana-mana pun, inilah yang saya lihat. DULU, KINI TAPI.. saya BERHARAP BUKAN UNTUK SELAMANYA..
    4. Semoga, mereka yang “TER”pilih menduduki kepimpinan tertinggi parti dalam PAU 2209 yang lepas.. dapat memikirkan arah tuju bangsa kita.. dalam menghadapi PRU 13 nanti.. Jangan biarkan apa yang saya rasakan pada 3 pilihanraya kecil semalam menjadi kenyataan. Kerana saya turut terlibat sepenuhnya dalam 3PK.. memang menjangkakan 2-1.. Dengan kembalinya Tun.. saya berharap.. akan berlaku satu KEAJAIBAN anugerah ALLAH.. INSYA ALLAH.
    5. AYAHANDA.. Kami menyerahkan sepenuh kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Najib selaku PRESIDEN PARTI merangkap PERDANA MENTERI serta kabinet yang baru dibentuk hari ini.. dapat melakukan sesuatu.. Kami juga berharap AYAHANDA dapat memberi tunjuk ajar terbaik demi BANGSA AGAMA DAN NEGARA.
    Tahniah atas perlantikan kekanda Mukhriz.. [ BERANI BERUBAH ]

  33. Assalamualaikum Tun.
    As usual, I love reading your thoughts. I’ve posted a comment on this entry earlier, but I just want to follow-up regarding the updated news recently.
    1. Tun, seperti yang Tun sedia maklum, KJ tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru. Apa pandangan Tun?
    2. Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Apa pandangan Tun berkenaan isu ini? Bagaimana pula tentang sistem kehakiman negara yang diperlekeh oleh rakyat sendiri (terutaman pembangkang) yang mempertikai wajah2 Azilah dan Sirul yang sentiasa ditutup dan merupakan kes istimewa kerana rakyat Malaysia sendiri tidak pernah tahu akan wajah sebenar mereka? Ada juga benarnya pertikaian mereka kerana adakah kita tahu apakah benar mereka2 ini yang akan digantung nanti atau orang lain? Maka mungkin akan munculnya roh2 mereka ini di oversea mungkin. Apa motif pembunuhan mereka tanpa diberi arahan sesiapa? Apa pandangan Tun? Kerana membaca blog2 terutamanya pembangkang menampakkan mereka emosional dan tidak rasional amat yang mana ini mungkin menggambarkan pemikiran sebenar kebanyakan rakyat yang semakin kurang yakin dengan kerajaan dan semakin menolak kerajaan. Saya amat risau dengan perkembangan ini Tun.
    Sekian. Wassalam.

  34. Dear Tun,
    Harapan saya kepada DSN ialah agar beliau dapat membangunkan semula dan mengembangkan penyertaan kaum bumiputera terutama sekali di dalam sektor “pemborongan & peruncitan” untuk semua kategori produk dan perkhidmatan. Bidang2 ini kemudiannya di”rangkaian”kan di peringkat tempatan dan antarabangsa agar lebih berkembang.
    Ini adalah kerana bidang pemborangan dan peruncitan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat dan ini merupakan manifestasi kejayaan kita serta menentukan kebolehan kita untuk terus bersaing di masa akan datang.

  35. Assalamualaikum Tun,
    Mohon laluan Tun …………
    Kapada miaw April 8, 2009. 12:05AM
    Setuju sungguh dengan tuan. “Orang Tengah” adalah manusia yang tak tahu bersyukur. Sungguh bijak mencerca orang ……. tapi tak kaji siapakah diri beliau sendiri. What had he achived in his lifetime ……… entah2 kalau sudah berpelajaran tinggi pun dah tentu guna duit kerajaan masa belajar dulu. Mana muka melayu yang berpelajaran dan bolih gunakan komputer yang belajar dengan duit mak bapak sendiri. Memang jenis yang tak mengenang jasa. (Jenis digunakan disini sebab dia bukanya dianggap manusia tapi ………) Anjing pun pandai mengenang jasa. Ini jenis keparat yang lupa asal usulnya.
    Sebelum nak cerca orang lain beliau patut fikir dulu siapa beliau. Apa sumbangan beliau kapada bangsa dan negara. Bukan nak menyatukan bangsa Melayu tapi nak melingkupkan. Kalau betul bijak buat cadangan, usulkan buah fikiran. Kalau setakat pandai mencerca sahaja belum dianggap bijak …….. masih bodoh dan bangang lagi. Ingat betapa kaya atau berkuasanya pun beliau sekarang ini satu hari semua ini akan ditarik balik olih Allah jika beliau tak tahu bersyukur. Kalau beliau ini berugama Islam bertaubatlah. Kadang2 yang bukan Islam mempunyai akhlak yang lebih baik dan murni.
    Maaf Tun, sungguh geram lihat keadaan yang berpelajaran tinggi tapi kurang sopan dan tak dapat didikkan sepatutnya dari mak bapak sendiri. Takde budi bahasa dan kurang ajar.
    Semoga kita semua dijauhkan Allah dari tabiat takbur dan tak tahu nak bersyukur.
    Juno.

  36. Salam Tun Dr Mahathir,
    Saya setuju YB KJ tidak tersenarai menteri dalam kabinet. YB KJ seorang yang dinamik dan ber’karisma juga nampaknya, namun kes siasatan rasuah tempohari, tidak boleh dimaafkan kami para pemerhati di luar.
    Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai kepada YB KJ untuk membuktikan bakat beliau yang sebenar dalam kepimpinan dengan membawa aspirasi golongan muda diluar sana samada mereka boleh menerima cara UMNO untuk terus survive membela bangsa Melayu, tanpa memainkan strategi kotor seperti rasuah atau seumpama dengannya. Jadi, kita tunggu dan lihat bagaimana prestasi YB KJ seterusnya…
    Kepada YB KJ, terus berusaha… sekiranya anda Ikhlas berjuang untuk bangsa, agama dan negara… keikhlasan anda akan terserlah jangan khuatir… anda ada bakat memimpin, anda harus tahu itu… tapi bukan dengan cara atau strategi kotor… Yah, itu pendapat saya sahaja, mungkin benar atau salah…. Wallahualam..

  37. Tun,
    horeiiiiii….. yeye! Lega melihat nama KJ tidak tersenarai di dalam barisan cabinet baru Najib. satu keputusan bijak pertama yang telah di buat oleh Najib.Mendengar nama KJ cukup memualkan tekak ini. KJ bagaikan pemusnah generasi muda yang baru ingin berjinak2 dengan politik. Kami tidak pasti mengapa dia begitu kebal dari tindakkan undang- undang di negara ini… adakah kerana dia benar2 tidak bersalah? atau telah ada barter trade?
    Tahniah juga kerana anakanda Tun, Mukriz telah terpilih untuk mengangotai kabinet yang baru ini. Kami harapkan Mukriz akan dapat menjalankan amanah dengan baik. Jangan bila dah ada nama lupa kepada apa yang di perjuangkan sebelum ini…
    Saya berharap dan berdoa agar Najib dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya juga berdoa agar menteri2 yang baru di lantik ini bersih dari amalan rasuah dan dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

  38. Salam hormatTun Mahathir
    Kami rasa lega apabila Tun kembali masuk UMNO demi bangsa dan tanah air tercinta.Bangsa ini hampir hancur gara2 bangsa sendiri jadi penghianat bangsa dan mendurhaka dengan Raja.Penulis2 Malaysiakini sebahagian besar selalu menghina Tun dan pemimpin kita dan berat sebelah ke parti pembankang.Apa kah Malaysiakini segaja paparkan pendapat nagatif tiada satu pun penulis2 nya menyentuh soal pembangunan/kemajuan Malaysia selama 50 tahun.Mereka ini semua ternyata tidak mengenang budi(ungrateful)dengan apa yang mereka menikmati selama ini.Kalau mereka tidak puas hati silakan tinggalkan negara ini cari negara ynang boleh memuaskan hati mereka.Kami tidak akan melarang dan Malaysiankini harus lebih membina daripada menghina kerajaan dan peminpinnya.Semoga Tun dapat menyatukan bangsa ini.

  39. Pertama sekali kesyukuran saya panjat kan ke hadrat illahi kerana BN kalah di kedua kedua kerusi di Semenanjung… Walaupun saya nie penyokong BN tapi saya bersyukur kerana kalaulah BN menang Tun mesti akan merasakan yg BN menang kerana Tun telah kembali ke BN. Dan Tun juga akan memain kan isu yang BN kalah sebelum ini semua nya kerana Tun Abdullah…
    Kami merasa kan yang kabinet konon nya dipilih oleh Najib adalah sebenar nya di warnai oleh Tun… Kami merasa sungguh takut dan berasa teramat kecewa dengan kerana Najib adalah boneka kepada Tun.. Tun, sudah lah Tun… Sudah lah dgn politik.. berbuat baiklah pulak.. kerana usia Tun sepatut nya mengajak rakyat menuju kebaiakan dan bukan memporak peranda kan rakyat… Kalau lah benar Khairy rasuah.. Silalah Tun mengadu kepada SPRM… Sila Tun…

  40. Asssalamualaikum Tun yg dikasihi,
    1.I just realised why I dislike KJ to involve in Umno and government
    2.He can be a good actor with a good speech, similar to Anwar, but not honest.
    3.He just similar to those in reality tv singing contest.Want to sing Mat Salleh’s song, act like Mat Salleh.
    4.He used too much knowledge from Mat Salleh for PR to get famous and gain vote and he is successful, but I Know he is not honest.Just similar to Anwar.
    5.He just like american leader, just like hollywood actor.Never know, understand, and feel about ikhlas.
    6.I didn’t see ikhlas in his eyes, but I see ikhlas in Tun’s eye.It shows me in every drops of your tears when you cry.
    Hope so much you read this.

  41. Assalamualaikum Ayahenda Tun,
    Cuma nak sampaikan ucapan tahniah buat Datuk Mukhriz atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri. Tahniah buat Tun juga. Saya bersyukur dan sekurangnya mengembirakan hati kami yang sentiasa menyokongnya walau pun beliau kalah sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tahniah dan jangan hampakan harapan kami yang mengharapkan satu kejujuran untuk kepimpinan.
    Salam hormat.

  42. Tun
    your son is the Deputy Minister now.
    Fantastic – I hope he shows his potential to run and help with the management of the ministry.
    It will be interesting to see how he meets the KPIs and if there will be visibility of his performance.
    I think you would agree that we have not had lots of visibility of how Ministers, Deputy Ministers and Parliament Secretaries perform in their respective portfolios.
    Any proposal from your end to the new Government to make such periodic performance reports available to Joe-Public, or were all your rantings and ravings about Tun Abdullah’s administration, just what it was – pure Pie-in-the-sky accussations that his Government didn’t govern well.
    Let’s see how vocal and free with advise you are with PM Najib. Will you just be passing compliments OR were you serious when you started this whole crusade 5 years ago that you were being a check-and-balance?
    (Ravi)

  43. Salam hormat Tun yang saya hormati.
    1. Nampaknya ‘katak bawah tempurung yang ada internet’ telah menyatakan pendirian untuk menyokong PR bukan BN. (PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang)
    2. Batang Ai menunjukkan ‘katak bawah tempurung yang ada internet’ tidak ramai di Borneo. (Sian kat depa kan… ada mata tak nampak, ada telinga tak dengar ada mulut asyik kena suap sampai ada tangan depa lupa nak guna)
    3. ‘Perang media arus perdana’ menyebabkan ‘katak bawah tempurung’ mencari media alternatif dan mereka berjaya dikuasai.
    4. Maka, jadi ‘katak bawah tempurung yang ada internet’ lebih baik dan mulia daripada jadi ‘katak’ yang melompat-lompat keluar masuk parti. (Ref: DUN Perak and Tun)
    5. Daripada pemilihan UMNO dan kabinet ‘line up’ hari ni pun dah nampak ada ‘the monarchy minds’ wujud di kalangan pemimpin UMNO. (Apa?! Orang lain tak layak memimpin ka????)
    6. Tahniah Tun… proses pemulihan UMNO dicantas sebelum berpucuk.
    7. PRU 13 bakal menimbus keranda BN, nampak gayanya.

  44. Assalamualaikum, salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Molek doh ambo kato 🙂 Molek doh.

  45. ASSSALAMULAIKUM TUN YG DIHORMATI,
    Harap raya puasa tahun ni dapat kunjungi rumah terbuka TUN insyaALLAH, dapat salam dan cium tangan Tun.Janganlah Tun lupa umumkan tarikhnya dan tempatnya di blog ini.
    1.Kenapa Tun tidak berapa suka kepada KJ?apakah sebabnya?
    2.Saya pun tidak berapa suka kepadanya, walaupun dia tak pernah pun ganggu saya secara langsung.Tetapi hati saya boleh merasakan yg org ini memandai dalam kerajaan dan seterusnya akan mempengaruhi negara ini seterusnya.
    3.Pada pendapat TUN Kenapa KJ bahaya kepada UMNO dan kepada negara secara umumnya.

  46. Salam Buat Tun & Bloggers sekelian…
    Welcome back to UMNO & to the mainstream politics.Just now DSN had announced the cabinets of his choice,i think….welcome back Mr Koh Tsu Koon,even though gerakan had been severely defeated at Penang.Welcome to your son,Dato Mukhriz as the deputy minister..Congratulations to all the new line of ministers..I dont want to make any conclusions or judgement yet but 1 thing for sure…Dato Husni Hanadzlah in the finance ministry is the right step because he’s being the assistant of Rafidah Aziz for years,no body can have that dedications & strong background to have work for the iron lady herself for a long time.So to be fair to others,just let the cabinet work 1st.
    PM with DSMY as his DPM would work well with others..
    Dont jump to conclusions yet guys..Let the cabinet work 1st.
    To those who are not being selected,dont be despair same goes to their supporters..
    This is all just a position in the world..
    May Allah Bless them..
    May God bless us all..
    Welcome back tun..
    Congratulations to DSMY as the new DPM..

  47. Salam Tun,
    Mungkin juga kekalahan BN di Bkt Gantang dan Bkt Selambau bada lah satu peralihan yang mendalam (structural shift).
    Satu peralihan dari pengundi2 bukan melayu yang sudah medapat keberanian (confidence) bahawa Parti Pembangkang “selamat” untok di undi menjadi pemerintah Negeri (DUN).
    Makanya undi tidak puas hati semangkin meleluasa di buat olih bukan Melayu.
    Keberanian ini mungkin juga susah untok di atasi jika BN tidak dapat mengenali (identify) isu2 yang menyebabkan mereka berani mecuba mengundi Parti Pembangkang.
    Satu lagi adalah Undi Protes dari Orang Melayu dan bukan Melayu. Di sini isu nya ada lah lebih jelas. Mungkin juga isu ‘overlap” dengan issue pengundi tak puas hati.
    Terutama kebongkakan, ketamakan dan jarak mereka dari isu2 yang dekat di hati pengundi2 olih para pemimpin parti UMNO, MIC & MCA.
    BN sudah hilang arah. Mereka jauh melesit dari tujuan asal tubuh nya Parti2 komponen BN ini.
    Najib to solve a problem – any problem – we need to accurately identify what the actual problem is first.

  48. ASSALAMUALAIKUM TUN YG DIHORMATI
    1.Apa pendapat Tun tentang jemaah menteri baru PM Najib?
    2.Apa yang Tun bayangkan akan berlaku di Malaysia dimasa 5 Tahun akan datang?
    Terima kasih
    Raisuri

  49. Salam bahagia Tun,
    Alhamdulillah…berbaloi Tun sertai UMNO semula,orang tu tiada dalam barisan kabinet Datuk Seri Najib.Tambah berbangga,Datuk Mukhriz antara yang mengisi skuad DSN.Mudah2an ini adalah langkah permulaan yang baik buat UMNO dan Malaysia tercinta.
    Terima kasih Tun.
    Terima kasih Datuk Seri Najib.
    Tahniah Tan Sri Muhyidin.
    Gandingan yang nyata memberi sinar baru untuk rakyat..
    Wasalam.
    Moga sejahtera selalu.

  50. taniah diucapkan kepada anak Tun Mukhriz kerana dilantik menjadi timbalan menteri …
    setelah sekian lama pergolakan politik di negara ini, dimana Tun menberi desakan bertalu-talu kepada abdullah agar beliau berundur … dan juga memberi penjelasan “kenapa saya masuk balik parti”, secara kebetulan pada waktu sebelum senarai kabinet diumumkan …
    ohhhh … barulah sekalian ramai menyedar dan mamahami jawapannya … atas pelbagai persoalan sekian lama ini … hehe

  51. salam Tun..
    saya menganggap Tun adalah sebagai seorang yg amat dihormati dan jasa Tun x ternilai pada negara..
    saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan satu maklumat kepada Tun dan juga sekelian pembaca..ada satu blogger yg dikenali sebagai http://maharajablogger.blogspot.com/ adalah merupakan seorang penulis yang berasal daripada seorang mantan menteri penerangan sewaktu zaman Pak Lah iaitu Dato Seri Zainudin Maidin.
    Beliau adalah di ibaratkan seperti seorang yang pengecut kerana tidak berani mendedahkan diri dalam blog tersebut. Yang dia tahu hanya pandai komen orang dan mengutuk orang serta pemimpin.
    Di harap sangat Tun aware dgn blog ni dan tahu siapa sebenar di sebalik dalang blog tersebut. Salam Tun.

  52. Salam Tun,
    Selamat kembali kepangkuan UMNO… Saya salah seorang pekerja InventQjaya yang menjadi mangsa keadaan. Saya dapat lihat visi Tun yang jauh di InventQjaya dan saya rasa amat rugi ianya ditutup begitu shaja. Semoga Tun dapat hidupkan kembali InventQjaya.
    Terima kasih.

  53. Salam Tun,
    actually your comeback is what we waiting for….Thank god mukhriz is in the cabinet…yayyy…and thank god the 4th floor guy is just there..not going anywhere… 🙂 whatever it is we still need you..need your idea still to polish back the lame BN and UMNO

  54. Assalamualaikum Tun. Sedikit info yang mungkin boleh Tun pertimbangkan. KJ dah tak main polo,kerana geng polo dia dah kena tendang sebab rasuah wang politik…tak banyak pun, tak sampai 4 ribu. Buat malu saja. So la ni dia berubah alih..main tennis plak. Main dengan anak Datuk Sri Najib baru baru ni. Hmmm…apakah muslihat dan akalnya? Kita tengok sahaja.

  55. salam tun.
    harap tun dapat memberi komen mengenai kabinet baru yang telah diumumkan.. sepertimana yang kita tahu, khairy tidak dilantik menjawat sebarang jawatan menteri manakala datuk muhkriz pula dilantik jawatan timbalan menteri MITI. adakah ini kabinet yang Tun rasa dapat membawa UMNO kembali mendapat kepercayaan rakyat??

  56. Assalamualaikum TUN
    TAHNIAH YBHG DATO’ SRI NAJIB & KABINET BARU
    harap2 PM & kabinet baru kita membawa perubahan, saya yakin PM kita boleh bawa satu GELOMBANG BARU,DIERA BARU DAN UNTUK NAFAS BARU..!! yang penting perlu ada pada pemimpin kita KETULUSAN, KEIKLASAN, KEJUJURAN dan BUAT KERJA.

  57. Salam Ayahnda..
    Saya baru sahaja menonton pengumuman kabinet baru oleh DS Najib. Saya harap dengan ‘team’ baru ini dapat memperbaiki luka yang sudah lama berdarah. Semoga Malaysia akan lebih tenteram..
    SALAM JIHAD…

  58. salam YBHG Tun.
    berjumpa kita lagi,
    saya masih mengharapkan keajaiban dengan kemasukan semula Tun ke dalam UMNO.

  59. Salam Tun and member bloggers,
    I only have this to say on the recent losses. To win the hearts of the people the ruling party MUST show true sincerity :
    * NO MORE full manipulation of the media – be fair in using the
    media for campaigning as the media must be perceived as an
    independent body (look at Indonesia and how they allow freedom
    of the press during their election campaign – at least the
    people perceived them to be)
    * NO MORE bad mouthing the Oppositions as the act will only
    backfire and portray the kind of people dominating UMNO currently
    * GIVE WAY to new blood – in its true meaning ie lots of UMNO
    leaders talk about changing and making ways for new faces but in
    actual fact the one saying it is still around eg Tan Sri
    Rafidah (no offence here, just citing an example)…and many
    others (what do you actually mean by changing if the lead is
    still hold by the same old group of people?)
    If the 3 things above is not met (which I think is hard to be met with the current UMNO standing), I do not foresee any light for UMNO to make a comeback in the next general election. (The same goes for MIC etc)
    And I would suggest pro UMNO people to stop blaming each other…UMNO’s defeat is not due to any single person’s fault (let’s face it, it is not Pak Lah, not KJ alone though they are the current strongest factor blamed by many now).
    It is contributed by many people and leaders in UMNO accumulated FOR YEARS! (thus each UMNO leader, previous or current, need to accept the blame collectively). When Pak Lah and team win big in 2004…it is because the rakyat thought he could bring a better, rasuah free and a clean government sincerely working for the people. This is due to his clean image amongst the existing leaders. However, when there is not much change during his first tenure, the people had given up hope and felt that there is NO HOPE for the country to change if UMNO still keep the same old group of people to rule the country the way they are, thus the tremendous tsunami in UMNO and BN’s defeat in the 2008 general election.
    The Opposition did not do any miracle to win the 5 states…that is why they are taken by surprise for the win and had to cope with quick thinking in gathering their governing team to run those country they ‘capture’.
    It is THE PUSH FACTOR of UMNO and BN that contributed to the Opposition’s win in 2008!
    Why? Because the current ruling party had become complacent and comfortable all these years thus forgetting that they are elected to WORK FOR THE RAKYAT, and not the way it is – TO GAIN WEALTH AND RESPECT. (The table had been turned so badly that the whole concept is changed 180 degrees!).
    Gone are the days when the leaders have the rakyat’s interest at heart (honestly….please admit…), and most leaders are so comfortable that they forget to groom new leaders and forget when to plan their time to step down!!!
    In conclusion, to save UMNO, the current leaders must be BRAVE ENOUGH to let go their positions to the new blood (and probably create advisory posts for themselves to guide the new leaders, just in case). Thus no NAJIB, MUHYIDDIN, or any current ‘veteran’ leaders in UMNO (sorry..)can make a difference as far as the rakyat is concern.
    NOTE: This is my 2 cents opinion and I am a mere citizen, not involved with any political party.

  60. Salam Tun,
    1. Terima kasih banyak atas kembali ke UMNO, semoga tindakan Tun dapat mengembalikan keyakinan orang melayu untuk terus memilih UMNO.
    2. Saya amat berharap Tun dapat menggunakan pengaruh Tun untuk menasihati orang Tun yang mempunyai kemampuan dan kekuatan ekonomi,berbangsa melayu & beragama Islam tentunya untuk menubuhkan hypermarket seperti Tesco,Carrefour,giant demi berjihad di jalan ALLAH SWT.
    3.Peperangan dan penjajahan di era sekarang sebenarnya banyak berlaku dalam bentuk ekonomi.Bukan seperti di zaman era kemerdekaan seperti dahulu.
    4.Jika Tun berjaya merintis proton,petronas,formula 1, dan bermacam bentuk lagi projek mega, tidak sukar bagi Tun menjayakan projek yang ni.
    5.Orang Melayu Islam tidak mempunyai pusat kegiatan barang keperluan seperti hypermarket. Di pasaraya besar,mall2 besar orang2 melayu ,Islam sebenarnya sukar mendapat tempat,tapak perniagaan.ada juga yang tertindas dengan aturan2 yang berat sebelah serta merompak peniaga2 melayu Islam secara tidak langsung.
    6.Rakyat orang Melayu Islam sentiasa tercari2 tempat barang keperluan,produk Melayu Islam khususnya, tapi hampir tidak ada jika di lembah Klang.
    7.Kami tidak ada tanah yang luas,strategik .modal juga tak seberapa. Tidak seperti orang2 di atas yang duitnya berbilion.Tabung haji juga tentu banyak duit tapi tidak ada mastermind.Saya percaya Tan Sri Syed Mokhtar orang dekat Tun boleh membantu hal ini.
    8.Hati saya sangat sebak,sedih bila melihat orang melayu Islam berpusu2 membeli belah di hypermarket milik yahudi Zionist.
    9.Tuhan tidak akan merubah nasib seseuatu kaum jika kaum tersebut tidak berusaha.
    10.Jika Tun tidak larat, Dato Mukhriz masih ada,gunakanlah pengaruh dengan sebaiknya kerana semua itu datang dari ALLAH SWT.

  61. salam Tun n family yg dikasihi,
    terlebihn dahulu saya ingin mengucapkan rasa kesyukuran krn akhirnya Tun telah kembali kpd UMNO. Syukur alhamdulillah! Harapan saya agar Tun dpt memberikan nasihat dan tunjuk ajar kpd pucuk pimpinan baru kita demi memartabatkan sebahagian Melayu kita yg semakin goyang dgn ajaran rasuah KJ tu. WE love n respect your ideas n your brilliant opinion, Tun. we’re always by your side…doa kami Tun n Tun Ct n Family beroleh kesejahteraan dan dilindungin Allah….

  62. Salam Tun,
    First of all I would like to say that I am really happy that you came back to UMNO and I also believe that a change is goin to happen. When you left the Cabinet, your left a legacy which no one till to date can ever achieve but sadly your views were not taken into consideration. you should have been appointed as the advisor to the country..sumtimes ppl regard you as being a dictator but to me your not coz what ever you do has a reason behind it as such not all we do ppl would like. If you have not taken such action as being strict and not allowing certain things, the country would not turn what it is today minus the 5 years under Pak Lah leadership..
    I’m not a anti-government or anti-Pak Lah. Pak Lah is a nice man always smiling however he might not be a good leader. He doesnt have the same drive as you did and I do hope that our new PM would have the at lease the same drive and vision that you have and also having the qualities as what Allahyarham Tun Razak has..I was born just few years before you took over as PM and to me I always see you as my mentor eventhough you would never know in person but I was part of your citizen governed by you and the spirit of ‘patriotism’ comes into me due to what you have set upon.
    As a citizen or rakyat biasa, i tend to wonder what is Malaysia goin to be. Why are ppl having riots? why are there lots of anti-government? is it because of one person who wants what he wants and he is bringing all others to be part of it..to me he has the drive to be a leader only he does it in a wrong way..he got what it takes to me one but he has gone the wrong path. I am afraid what is goin to happen if PKR does rule the country..i do not see any benefit that they can give what they do is kutuking and like you said they have no objectives and to me by not having any objectives how are you suppose to manage 28 million citizen..
    Now I await for the injection of stimulation from the new Cabinet..Its goin to be announce within a hour or so and i do hope that it would be some benefits to the people and also to the country..When Dato Seri Najib took over, the only thing on mind was whether can he do it? I think he would be able to do it subject that HIS WIFE doesn’t interfere..maybe some see maybe some dun but me as normal rakyat not even in the government just a private working citizen also can se thru body language what the wife has done to Dato Seri Najib. Ppl tend to keep quiet but then would these effect. it does bring some effect because you not only have to be a good leader i.e a good PM but also likeable by all your citizen. I must say ppl do like Najib but ppl dun like HIS WIFE as she seem to be in all parts and events. She has to lay low. if not Najib would be ruined.
    Im giving this view as a private citizen and i do believe that Tun would be able to provide some good advice to Najib. In order for us to win the heart of the citizen and to get the country back where it was before..look between the lines among others:
    (a) having not only a GOOD CABINET with no corruption (i believe this would carry on as its part of Malaysian system hope it doesnt get to be like Indonesia with no offence)
    (b) Datin Seri Rosmah Mansor have to lay low and not interfere..you might say your not interfering but if it is true why the body language says the other wise and also why words spreads around (masakan pokok boleh bergoyang dgn sendiri)..be a likeable First Lady as this would not only benefit you but also to our new PM
    (c) hoping that Tun be elected as an advisor as such what ever Tun has done has been good..there is some flaws..nobody is perfect but what Tun has like i said before is the vision
    (d) please do not elect and allow the young man to be in the Cabinet..if he is there, i would say there goes UMNO, there goes BN and there goes NAJIB..hail to PKR..they are sailing in like a breeze..he also has the qualities only that he doesnt be too desirous and go back to right path..citizen no longer like him..if he only want to judge from his supporters i must say thats not a gud jusgement..i so agree in what TUN mentioned before about this man and i must say his time has yet to come.. he is not like NAJIB when NAJIB won the Parlimentary Pekan seat as such NAJIB knows and waited for his time to come..he did his work diligently for the people and now his time did come..so i think mr young man eventhough our age is not that far, you have to also lay low..ur time would come and please go back to right track if you wish to become a PM one day..if you bad intention and you are so desirous of entering the cabinet little too early then i must say you would fall easily..sesungguhnya ALLAH mengetahui segala niat kita..
    well to my great Tun Mahathir..my mentor beside my dearest father..i hope you would continue to give advice and views to the people as we do hear you and to me you would always be the legacy..no one i mean no one can ever be compared to you..a true leader and a true person to the country..
    words from:
    a malaysian citizen who is a mommy awaiting for the cabinet line up..i sure hope Dato Seri Najib listens to the voice of his people and the advice of the great before him and make a wise decision as the would be the benchmark of his administration for the starting of his legacy..i sure hope so 🙂

  63. Dear Tun,
    It looks like again you are giving ultimatum to Najib and UMNO. Is it necessary?

  64. Salam Tun..
    Terima kasih kerana menyertai UMNO semula..
    Saya percaya, dengan penyertaan semula Tun ke dalam UMNO, akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan kerajaan..
    Diharap, dengan penyertaan semula Tun ke dalam UMNO, Tun akan dapat memberikan nasihat dan pengalaman Tun kepada pimpinan tertinggi UMNO.. Dan juga tidak lokek memberikan kritikan kepada pemimpin yang memberikan kepimpinan yang kurang berkesan..
    Terima Kasih TUN..
    http://www.fafayum.webs.com

  65. Asalamualaikum Tun..
    Dengan segala hormatnya izinkan saya bagi pandangan berdasarkan kepada kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bkt Selambau.
    1. Saya melihat kekalahan ini bukanlah kekalahan UMNO, dari segi kemenangan.. UMNO menang sebenarnya.
    2. Kekalahan sebenar adalah terletak kepada MCA dan MIC.
    3. MCA dalam waktu pilihanraya dengan bongkaknya dan sombong berkehendakan jadi juara.
    4. MCA memohon untuk menjadi TPM II, mencadangkan TPM II kononnya untuk meraih undi kaum cina, tapi gagal juga.
    5. Cubaan memberi tanah KTMB untuk kaum cina di Kuala Sepetang, dengan hasrat dapat menarik balik undi kaum cina, tapi gagal juga.
    6. MCA udah tak relevan, perlu mencari pendekatan baru untuk menarik balik sokongan cina.
    7. MCA ada masalah dalaman yang gagal menarik undi kaum cina.
    8. MIC gagal menjalankan tanggungjawab untuk membantu kaum India.
    9. Same Veloo kononnya kaum india terima beliau hanyalah pemimpim2 india dari kalangan MIC sahaja, bukannya dari rakyat berketurunan India.
    Konklusi
    1. MCA perlu memperbetulkan diri sendiri dan melihat cermia apakah kelemahan MIC tanpa menundingjari pada UMNO.
    2. Jangan minta yang bukan – bukan cuba cari apakah kekurangan yang dihadapi oleh Masyarakat Cina.
    3. Umno jangan melayan kerenah MCA yang melampau sangat sampai nak bagi TPM II dan sekarang berkehendakan Jawatan Menteri yang sama banyak seperti sebelum ini, tapi sokongan MCA dari masyarakat Cina telah tiada.
    4. Tun tolonglah nasihat Samy Veloo tu… lepaskan jawatan bagi org lain, masyarakat India yang saya dekati semuanya menolak Samy Veloo.
    5. Samy Veloo ni tak faham bahasa ke? tak reti bahasa ke?
    6. Demi rakyat malaysia MCA dan MIC kena fahan kehendak rakyat dari golongan yang diterajui mereka.
    Ybhg Tun… saya percaya tun mampu memperbetulkan keadaan ini, tolong nasihatkan mereka, Ybhg Tun Ling Leong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek perlu memainkan peranan penting dan memperbetulkan keadaan. Saya percaya mantan pemimpin MCA ini kalau kembali bersatu, dengan niat untuk memperbetulkan keadaan maka, sokongan dapat dikembalikan.
    Pada pemimpin yang baru mengambil alih dari pemimpin lama, tolonglah jangan pinggirkan mereka, mereka – meraka ini mempunyai pengalaman yang banyak, tariklah mereka bersama, jalinkan hubungan yang baik, dengan pandangan mereka, maka dengan hubungan yang baik, semua berjalan dengan lancar. DS Sam Veloo tolonglah… berhenti dengan secara terhormat, berilah peluang kepada generasi baru untuk menerajui MIC, bukan mendesak tapi meihat secara keseluruhan demi kebaikan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
    Parti Rakyat hanya mampu berpidato, hanya mampu bercakap, tapi tidak mampu mentadbir negara. sedarlah wahai insan dari atas smpi kebawah.. dari Pemimpin tertinggi smpi rakyat biasa, Pastikan Bumi Bertuah ini Malaysia Tanah Akhir Tercinta terpelihara dan dijamin aman sentosa.
    Sekian. wasalam
    Senyum

  66. Salam
    Kepada Tun sekeluarga dan semua bloger,
    Saya merasa sedih dengan sesetengah bloger yang masih membenci dan sanggup mencemuh Tun menggunakan blog Tun sendiri. Memang diakui kita tidak dapat meminta simpati orang lain menyokong usaha kita tetapi mencemuh walaupun tidak menggunakan kata-kata kesat menunjukkan seseorang itu kurang akalnya dan tidak dapat melihat sesuatu dengan lebih objektif.
    Saya menyokong Tun selepas saya melihat banyak perkara-perkara yang Tun lakukan terhadap negara dan bangsa adalah untuk kebaikan. Walaupun kebaikan adalah subjektif tetapi berdasarkan ppemerhatian, pengamatan, pergaulan dan pengalaman sedikit sebanyak mempengaruhi penilaian saya. Belum dapat saya lihat orang lain yang berupaya memacu negara ketahap yang maju sepertimana yang Tun berupaya lakukan. Saya percaya modal Tun adalah hati yang bersih dan Tun sangat maklum tentang apa yang Tun lakukan. Dengan itu, pertolongan Tuhan tetap sampai walaupun Tun sudah sekian lama berkecimpung dalam dunia politik. Teruskan usaha Tun sampai keakhir hayat.
    Tentunya bukan senang untuk mengurus sebuah negara apa lagi sebuah negara yang berbilang kaum yang mempunyai adat tradisinya masing-masing. Bagi saya, jangankan negara, hendak mengurus enterprise yang mempunyai 2 orang staff pun pening kepala dibuatnya. Jangankan enterprise, nak menguruskan diri sendiri lebih payah. Kalau tak percaya, cuba tanya diri sendiri berapa banyak suruhan agama yang kita buat dan berapa banyak pula laranganNya yang kita ingkar. Yang senang ialah mengata dan mencemuh orang lain seolah-olah diri sendiri yang betul.
    Kita boleh menegur jika ada sesuatu tidak kena pada tempatnya. Bagi saya teguran tidak perlu terlalu sinis sehingga sampai tahap mencemuh kerana ternampak kita tidak ikhlas dengan teguran kita.
    Untuk apa kita menunjukan kebodohan kita sedangkan yang perlu kita tonjolkan adalah kelebihan supaya kita tidak ternampak bodoh oleh orang lain yang menilai kita. Bagi sesetengan bloger yang menggunakan kesempatan berinteraksi dalam blog Tun yang mencemuh, saya harap hati mereka yang busuk ini puas sepuasnya. Mereka ini ternampak terkeluar dari nilai-nilai pergaulan budaya timur atau tidak tahu (lantaran kebodohan) menggunakan nilai-nilai ini untuk menyuarakan hasrat hati mendapat apa yang diinginkan. Mungkin di rumah, pendekatan mencemuh seperti ini digunakan untuk berinteraksi sesama ahli keluarga dan saudara mara yang lain. Orang seperti mereka ini seolah-olah tiada pendirian umpama lalang yang ditiup angin dan tidak pula memberi hasil sehingga lembu lebih suka meragut rumput daripada makan lalang.
    Tun, Selamat kembali kepangkuan UMNO dan jaga diri selalu.

  67. tun…
    adakah najib mempunyai kredbliti seperti mana yg perlu ada pada setiap pemimpin?
    tun,apakah pendirian tun berkaitan tentang sekolah wawasan?

  68. *QUOTE*
    By jong52yuaraAuthor Profile Page on April 7, 2009 4:16 PM
    Assalamualaikum Tun..
    bilakah party BN(umno/mca/mic) yg bersifat perkauman akan dibubarkan?
    _____________________________________________________________________
    Asalamualaikum Tun,
    Perhaps I should be asking the same question too;
    Agaknya bila parti pembangkang PR (DAP-Chinese, PAS-Malay) akan dibubarkan juga?

  69. Tun yang dikasihi,
    Sampailah masanya’Makhluk perosak’ dalam UMNO mesti ‘dihapus’ habis-habisan.Ini termasuklah bekas-bekas pemimpin dan yang masih memimpin, terkenal dengan sifat ‘Talam Dua Muka’.
    Jika DSN masih bersimpati dengan orang ini,maka tiada ragu-ragu PRU ke-13 BN dan UMNO akan berkubur buat selamanya.Percayalah!
    Demi Negara yang tercinta,Kerajaan baru yang ada sekarang harus korbankan segala-galanya.Harap DSN tidak utamakan populariti dikalangan minoriti,wajib utamakan kepentingan rakyat jelata yang sekaligus menjadikan Negara ini aman dan makmur dan dihormati.

  70. Assalamualaikum Tun,
    i’m confused why most of the comments insisted you to get involved in politic at your age now.
    they encourage you to continue with this endless fight! are they ‘nuts’ or something? don’t they realise you are over 80+ yrs just imagine if their parents at that age do they want them to mess with this ‘filthy’ occupation known as ‘politician’ absurd, isn’t it?
    still inculcate hatred, i just don’t understand what are they thinking? Tun is like a grand-father to us all but why ask him to get involved in this despicable business.
    Tun, sekiranya kita mengaibkan saudara islam itu adalah tidak patut, regardless whether is true or untrue!
    Tun, sudah mengaibkan Anwar Ibrahim saudara islam lanjutan daripada itu ramai penyokong2 Tun mengaibkan saudara islam kita itu sehinggalah sekarang dan years to come!
    imagine this, sesudah Tun meninggal kutukan ke atas saudara islam itu diteruskan, mungkin berabab? lamanya, bagaimana Tun di alam Barzakh untuk menanggungnya.
    buruklah akibatnya sekiranya mengaibkan saudara sesama islam seperti yang dilakukan ke atas Anwar itu, ketahuilah! ini adalah HAQ! sekiranya apa yang diperkatakan untuk mengaibkan saudara islam itu tidak benar, alangkah malapetaka nanti kerana ia berpunca daripada Tun!
    Tun, sudah-sudahlah dengan politik yang karut marut ini..tumpukan beramal untuk dibekalkan ke alam yang kekal..alam BAQA’.
    sebelum kita pulang ke Rahmatullah ke alam BAQA’… RIGHT WHAT HAD BEEN WRONGED! CLEAR YOUR CONSCIENCE! dapatlah menghembuskan nafas terakhir nanti dengan aman dan damai, insyaAllah.
    hidup di dunia ini hanyalah sementara dan mimpi sahaja, alam akhiratlah tempat kita kembali..JANJI ALLAH swt itu BENAR!
    Wassalam.

  71. Salam Tun,
    I’m really glad you have rejoined UMNO. I hope DSNTR can do a total transformation fast. I wonder…
    How we can educate our children to appreciate and continue the effort made by previous leaders/people to maintain M’sia’s stability.
    We have proven to the world that we are good at making riot, street demo – make us almost equal to those countries that’ve been doing these for decades. Those street demonstrators and oppositions were mostly BN government’s children so what has gone terribly wrong Tun ???
    Touching a bit on speaking/learning in English, I find Malay graduates now are pathetic in this. How can I hire them to work with design teams worldwide to design latest tech if they can’t speak English?

  72. Dengan Izin Tun…Terima kasih
    man_perut
    //Saya mengcadangkan agar Tun mengambil langkah keluar semula daripada UMNO berikutan kekalahan di dua Bukit.//
    You feels that Tun have to quit UMNO because of the losses of the two hills? Quitting is not in Tun dictionary..What he have done previously is ‘strategic withdrawal’ something you would not be able to comprehend..
    In Vietnam War,the G.I’s were ordered to take the ‘Hamburger Hill’. In the daylight they took it by sheer firepower and had to retreat in nightime because of the casualties inflicted by the Vietcong.This happened on and on untill the weary G.I’s asked the General..Why sir? Why the Hamburger Hill’s?? The General answers might be relevant or not but our attentions must be tuned to the tenacity of the Vietcong…”You take it by daytime,we take it by night time.” It is call the war of attrition.
    Tun Dolla ( emmm ) has caused untold misery, pain and suffering to UMNO body.This disease have becomes chronic in nature.No body in the whole wide world will be able to cure UMNO as a body within such short of period.Tun as good doctor he is, knows what he is doing.We have faith in him.If you don’t just let it be..Time will heal all wound..Tun will be able to heal UMNO wound..
    Just where you will be when that time happens?…
    //Ternyata peralihan kuasa yang selama ini didalangi oleh Tun dan kroni2 yang kononnya dapat memulihkan UMNO dan BN adalah mengarut//
    Speak for yourself if you don’t have faith.
    //Tun juga perlu rasa bertanggung jawab kerana disebabkan krtikan-kritikan terhadap kepimpinan Pak Lah dan UMNO serta tindakan Tun selama ini telah mengakibatkan genarasi muda dan kaum bukan melayu menjauhi UMNO dan BN //
    On the contrary as I have mentioned earlier,it is too early to gauge the significant of the treatment that Tun is administering now to UMNO body.People can be vary in their view and opinion.You are in the opinion that the young and non malay are avoiding UMNO and BN so to speak.What you does not realizes is Tun is a warrior of the war.In the war of the attrition,he have yet to lose.Maybe his time is up but we must never discount our enemy.
    The Cardinal Rule of Engagement is never,never underestimate our enemy.
    Tun knows pretty well his scheme and stratagem.I, for sure knew that all of this is beyond of your comprehension..My advice for you just sit back and enjoy this yet another war..
    All fair in love and war..It is not true buddy..If your persist in your steadfastness integrity, Allah will helps you through..This is what Tun have been doing…Miracously for Malaysia..
    That’s why in the war of attrition..We must not lose..Never!!
    //Maaf Tun, saya rasa UMNO lebih baik tanpa TUN…
    Tun lebih baik buat parti baru//
    Let see in 5 year’s time wether you will be singing the same old tune..
    Wassallam.

  73. hi tun, don worry about bn losing in by election,after all pakatan will have lots of problem and will also create lots lots of by election, all you need is just a break through in one single than it will go on , it is not easy to change rakyat mind set after 6 years in just 6 days.with seefu back and talented najib i think is no problem at all, i am full of hope and bn will be a very good govt. after this round of lesson. you must also remember bn was only interested in only corridoors here and there and not the life of rakyat, increase tolls and 2.70 on petrol, you know how sad were the rakyat at that time. i can see the light on the tunnel,so good work on the govt is the most important.that day when i was in klia on the way to oversea, all of a sudden i felt there will be no klia if there is no tun. i hope i am wrong. ha ha

  74. Salam Tun,
    OKlah TUN masuk umno balik…tapi yg mengecewakan still kalah di 2 bukit…aura Tun masih ada…mungkin PR rasuah rakyat di 2 bukit tu POWER lebih sikit kot…
    wasalam

  75. Dengan mata kepala saya sendiri saya melihat bagaimana serius dan komitednya KELAB PENYOKONG PAS di pekan Trong, Bukit Gantang bekerja dan mengumpul pekerja2 estet, penduduk kampung melayu dan kampung baru untuk mendengar ceramah YB Dr.Siti Mariah dan YB Dr.Halimah dari PAS Selangor dan YB Teresa Kok dan YB Kesavan dari DAP dimalam akhir berkempen. Pakatan Rakyat telah jauh kedepan dalam mendapat sokongan rakyat tetapi pondok2 UMNO kosong tiada berpenghuni..mungkin mereka sibuk membahagikan wang dikalangan mereka kerana tiada berkeyakinan untuk menang..mari fikirkan bersama..

  76. Sudah2 la tu….
    Disebabkan nak hapuskan rasuah dlm UMNO la sampai Tun Abdullah tersingkir (atau minta disingkirkan)… Benda sebegini akan berlarutan, tak kira pada zaman siapa…zaman Tun sendiri, zaman Tun Abdullah dan tiada yg mustahil zaman DS Najib. Begitulah seterusnya, bergilir-gilir dari dulu kini dan selamanya. Minta maaf sgt2.
    Pada generasi muda yg berumur bawah 35 tahun, pada mereka, UMNO ni sebuah parti yg kuno, parti perkauman, parti kenyang perut sesama mereka, bila ada pilihanraya keluar TV, suratkhabar beri bantuan…Hakikatnya, sombong dan bongkak. Nak berjaya, hentikanlah taktik lama seperti yg Tun sendiri canangkan dgn agenda pembangunan, ekonomi, buat bangunan tinggi2, buat shopping kompleks, buat itu dan ini…buat F1, dan sebagainya. Percayalah, tak akan berkesan lagi. Begitu juga dgn penganalisis politik tempatan (kelulusan tinggi melangit, tapi buat analisis sebelum dan selepas pilihanraya, seperti sampah). Inginkan perubahan wahai UMNO? Tanya khabar rakyat, jgn terlalu menekan pihak pembangkang (terutama yg dimainkan media arus perdana) sebab rakyat makin meluat. Berubahlah…Sekadar pandangan……

  77. Salam Tun,
    1) Petang ni Najib akan umumkan senarai Kabinet. MCA dan MIC minta kekalkan kuota masing masing.
    2) Hari hari ASYIK minta hapuskan sistem kuota terutama hak Bumiputra tapi bila sampai bab ANGGOTA KABINET, ADA KUOTA PULAK!
    3) Tiada apa yang berubah, sebab tu Tun masuk UMNO pun BN kalah.
    4) Seminggu sebelum Pak Lah pencen dia lancarkan berbagai projek, apaaa ni?
    5) Projek ransangan semua dah dah habis, yang tak ada ‘connection’,
    makan angin je.
    5) Nizar dan PAS pun dah tahu nak ambil hati orang China. Bagi saja apa depa mahu. Umpama pelacur, maruah, harga diri semua boleh tolak tepi… janji berhasil. Dapat undi ke, dapat duit ke, sama saja.
    6) Apa apa berkaitan orang Melayu tak dipertahankan , itu semangat Kebangsaan, HARAM. Menang sorak kampung tergadai.
    7) Apa kata kita tutup semua Sekolah Kebangsaan, haramkan baju Kebangsaan, tak ada lagu Kebangsaan, tukar KTM kepada KM dan lain lain.
    8) Haram tetap haram mana boleh dolak daleh, kata Tok Hadi Awang.
    Bersedialah, kita tunggu taufan yang kian hampir……..Yeah, I feeeel good nana na nana nana.
    Wassalam

  78. Salam Tun,
    Bagaimana DS Najib boleh membersihkan rasuah dalam UMNO kalau dia sendiri dikatakan terpalit arang dan tidak dapat menjawab persoalan berkenaan dengan jelas. Persepsi orang ramai tetap sama, kalau kepalanya ikan itu busuk seluruh badannya medak. Apa Tun nak kata dalam persoalan ini. Tun asyik tidak menyentuh isu DS Najib yang diketahui seluruh dunia. Jangan jadi hipokrit atau talam dua muka. Atau Tun dihidapi penyakit ‘AMNESIA’ berpura-pura dalam UMNO. Buat teguran mengikut isu kepentingan peribadi. Maaf Tun, komen saya ini agak pedas sikit.
    Apa pun dalam perjuangan, nawaitu mahu betul. Teguran juga mesti iklas. Kalau berat sebelah orang ramai akan menghakimkan sendiri isu tersebut.
    Saya sedih dengan perangai Tun yang menghentam (termasuk sesetengah pemimpin UMNO)Pak Lah tak habis-habis. Macamlah Pak Lah tidak sekelumit pun kebaikkan yang beliau buat. Apakah Tun begitu yakin Najib boleh melakukan lebih baik dari Tun Abdullah dalam bermacam hal? Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Apakah dalam tempoh lebih kurang tiga tahun setengah kedepan sesuatu yang ‘ajaib’ boleh dilakukan oleh Najib dalam UMNO dan menarik hati rakyat. Marilah kita berpijak dibumi yang nyata, jangan kita masih bermimpi kesah-kesah 50 tahun dahulu. Saya percaya semua RAKAN-RAKAN BLOGGERS sekurang-kurangnya setuju dengan saya sikap KETERBUKAAN Tun Abdullah dan Demokrasi yang diamalkannya adalah lebih baik dari zaman TUN dahulu dimana kebebasan bersuara tersekat macam menahan kentut! Sekarang kentut sudah terlepas, tentulah buat seketika bahunya busuk. Macam UMNO sekarang.
    Apa pun sekali lagi saya katakan, kita (termasuk TUN) jangan dihingapi penyakit ‘AMNESIA’ atau pura-pura amnesia. Wallah…

  79. Assalamualaikum, AyahandaTun,
    Selamat kembali.
    1) Forever No No Pakatan for me kerana Pakatan singa yang selama ini menyimpan kuku sekarang lantang mengaumkan hak dan mempersoalkan ketuanan. Sedih dan aibnya orang Melayu sendiri jadi tukang sorak dan tukang canang. Pas menang di Bukit Gantang kerana Cina dan India dah mula main kasar dan tunjuk taring. Calun PAS hanya boneka DAP.
    2) Musykil teramat sangat kenapa KJ dipilih perwakilan. Hanya kerana beliau menantu Pak Lah semuanya hadir seperti pucuk dicita ulam mendatang. Benda yang retak dan nak pecah harap jangan dibiar terus hancur berkecai. Jangan sampai next election UMNO hanya tinggal sejarah sepertimana pupusnya Bank Bumiputera.
    3) UMNO/BN belajarlah dari kesilapan. Hormatilah kuasa pengundi yang duduk dibawah yang memerhati dan menilai. Jadilah pemimpin yang takutkan hari pengadilan
    Semoga ada sinar disebalik semua kekalutan ini. Teruskan perjuangan mu.

  80. Salam Tun,
    harap petang nih KJ tidak dilantik satu pun jawatan menteri… kalau tak… kita keluar balik dari UMNO!!

  81. Gembira dengan tindakan Tun yg bersama UMNO kembali dan turut berganding bahu memastikan Barisan terus diberi mandat memerintah negara. Biarpun terpaksa menerima kekalahan di ke dua2 bukit tapi gelombangnya bukanlah mudah untuk barisan pembangkang memenanginya seperti di PRU12 yg lalu.
    Sebagai ibu(surirumah) saya mahu pastikan anak saya mendapat kerajaan yg terbaik seperti mana yang saya kecapi kini….hasil dari air tangan TUN n TEAM.
    ruang ni bukan yg terbaik utk postmortem – bias rasanya… tapi, saya harap butir idea sikit ni diambil kira.
    1-brain storming perlu dilakukan di peringkat univ, ketua unit kerajaan dan swasta, dan masyarakat kampung bagi mendengar harapan jenis kerajaan idaman peringkat umur yg berbeza kerana, jurang umur mempunyai keutamaan tersendiri.
    2-Kepimpinan Barisan terutama UMNO menghadapi banyak rungutan dan perlu diTAWARkan – Najib n isterinya, Pak Lah n Menantunya, Mahathir n Mahafiraunnya… berbanding Pakatan Pembangkang -Anuar je, tu pun bagi org cina n india boleh diterima, NO HAL walaupun dia berperibadi seperti itu – malah advantage kalau pemimpin islam/melayu camtu. Pengundi Islam cuma akan percaya hanya apabila dapat melihatnya dengan nyata…
    3-Apabila kita dapat sesuatu dengan mudah kita tak menghargainya. Generasi saya tidak menghargai kerana semua dapat dengan mudah tanpa perlu berusaha keras… saya, bernasib baik kerana selalu diceritan oleh datuk masa kecik2 dulu akan susahnya perjuangan melayu utk mendapat seperti apa yg dikecapi kini.
    Perlu diterapkan didalam minda budak sekolah pentingnya menghargai – semua pelajar perlu diingatkan selalu
    4-Perbanyakkan ikon pemimpin yg membawa imej islam didalam pemimpin UMNO – melayu suka ni…people always judge the looks by its cover -ni REALITY. Begitu juga untuk MCA n MIC yg perlu dilihat aggressive n vocal
    5-Kenaikan harga barang yg tinggi selepas kenaikan harga minyak yg mendadak perlu di ambil serius. Biarpun kini harga minyak sudah turun tapi, tidak ada penurunan pada barangan yg lain terutama barang makanan. Pastikan pemimpin yg memegang portfolio ini bertindak tegas menurunkan harga barangan MAKANAN terutamanya. Mungkin memberi insentif terhadap penjual, pekedai yg menurunkan harga barang dengan meletakkan logo dikedai mereka seperti label HALAL @ SIRIM tu… jadi pembeli tau hak mereka sendiri.
    tu jelaa yg dapat saya fikirkan.
    Apapun tindakan PM akan lebih terkesan jika harga minyak dapat diturunkan seperti asal, barangan keperluan dapur dapat diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak, tidak flip flopp, tidak tidor, tidak mengambil perasuah dalam kabinet, selalu turun n berjabat tangan dengan seluruh rakyat(touching technique) tanpa perlu carpet merah atau makan besar(mengabihkan duit rakyat) tidak cuma masa nak kempen je serta isterinya yg berada disisi suami sentiasa manismuka, humble tanpa membawa imej mewah – macam Tun CT Hasmah….cool je.

  82. aswb Tun & rakan2
    pingat emas utk ZABA kerna memberikan teguran & nasihat yg membina kpd UMNO & BN spt berikut ;
    By zabaAuthor Profile Page on April 8, 2009 11:11 AM
    UMNO MISTI UBAH SIKAP :-
    [a] dekat diri dengan orang miskin miskin
    [b] datang lah selalu berjemaah kat surau atau misjit kampong
    [c] jangan tunjuk ranggi sangat dengan rayat
    [d] apabila dalam masyarakat ramai bagi salam dan bersalam dengan rayat, yang tua pangil bapak atau emak atau apa2 lah sepatut di sebut panggil.
    [e] sekali sekala saorang diri naik lah kenderaan awam, rasa sendiri lihat sendiri apa berlaku dalam masyarakat kini
    [f] kerabat dan keluarga jangan mintak di puji tunjuk segala kekayaan saolah2 akulah lebeh berkenamaan kayaaaa….
    [g] sering2 lah jemput rayat miskin miskin datang rumah atau datang rumah orang miskin tanya khabar dan tak payah bersama pemberita akhbar
    [h] ingat tu buang perangai buruk jangan temberang kalau mau jadi pemimpim baik… lagi pun mati orang tolong tanam bukan sendiri tanam.
    SELAMA INI PAS YG MENGUNAKAN PENDEKATAN INI & SEBAB TU MEREKA BERJAYA DI KELANTAN, KEDAH & BARU2 INI DI BKT SELAMBAU & BKT GANTANG. SAYA INGIN NAK TAMBAH LAGI
    I. Kalau nak kempen jgn tunggu masa pilihanraya kecik & besaq.kempen
    lah sepanjang musim….lawat rakyat selalu…turun padang, jln atas selut…..biaq kena gigt dgn lintaq & cacat sikit….
    j. jgn tidok kat hotel saja..belajaq tidoq kat kg….biar kena gigit nyamuk sikit…
    k. jgn dok bawak Merc, BMW, Volvo saja….bawa PROTON WAJA/PERDANA PUN CUKUP LA….LAGI BAGUIH BAWA KERETA BURUK LA….
    L. kalau dapat peluang biz jgn jadi macam BOYA…tepi sungai..nampak
    makanan sikit terus terjun dlm sungai nak makan mangsa dia sorang saja…jgn makan nak kenyang sorang & geng2 saja….belajaq kongsi dgn orang lain…JANGAN TAMAK HALOBA.
    M. kalau jumpa Melayu professional & melayu perkasa, jemputlah depa masuk parti….jgn cemburu atas keupayaan mereka tu…
    N.Jgn lah berlakon dgn slogan hidup melayu2…..melayu memang boleh hidup….hang Tuah dak cakap TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA….MUNGKIN
    UMNO YG AKAN HILANG DI DUNIA.JGN CUBA BERLAKON NAK JADI HERO HINDUSTAN LA…
    O.Buatlah sumbangan amal jariah kpd masyarakat………
    P. jgn lah cuba bolot peluang perniagaan dikalangan member 2 saja….
    q. jgn lan dok sub con ‘tender; pada ogh lain….
    r. baguih jugak sekali sekali belajaq tunggu bas….tgk betapa susahnya rakyat kena tunggu bas , pergi keje & balik keje,,,,
    s. belajaq naik RapidKL & Rapid Pg…..belajaq berdiri atas bas….
    t. Ahli yg dah berjaya tu tolonglah sponsor anak bangsa yg tak berkemampuan beljaq kat kolej ke kat universiti..jadikan mereka anak angkat….jgn bagi depa jadi mat & minah rempit la…
    ok la….stop sampai t saja..mintak rakan lain tambah lagi teguran drp u sampau z.

  83. Salam Tun,
    Kekalahan BN di dua bukit bukanlah satu referendum nyata tentang kepimpinan Najib dan Muhyiddin. Tetapi ini hanya menunjukkan ‘residual effect’ kebencian rakyat terhadap kepimpinan sebelumnya.
    Kebebasan bertindak yang diperolehi oleh Najib sekarang sebagai PM membolehkan beliau untuk membuat ‘spring-cleaning’ dalam UMNO. Beliau harus memastikan personaliti personaliti yang mempunyai kredibiliti yang menjadi liabiliti kepada parti diketepikan dalam pemilihan kabinet beliau.
    Kebencian rakyat terhadap UMNO hanya akan bercambah lagi jikalau dilihat seorang perasuah yang sah terbukti boleh menjadi menteri.
    Najib perlu tegas dalam melaksanakan pembasmian rasuah dan perasuah dalam UMNO. Jikalau beliau berjaya dalam usaha ini, sudah pasti BN akan menang dalam PRU yang akan datang.
    Perhatian perlu juga diberi dalam menangani kegawatan ekonomi sekarang dan kes kes sosial seperti Kugan yang mendapat perhatian ramai terutama di kalangan kaum India.
    Jawatankuasa bebas Kementerian Kesihatan yang ditubuhkan merupakan satu ‘half past six committee’ yang hanya berjaya mengeruhkan lagi isu Kugan, terutamanya apabila kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan kepada dua laporan post-mortem yang bercanggah .
    Diharap kepimpinan Najib/Muhyiddin dan Tun boleh membawa Malaysia ‘to a new level’ selepas Malaysia terkandas di bawah Pak Lah dan familinya.

  84. Salam Tun
    Pada pendapat saya Tun masih relevan , Tun banyak berjasa sunggupun Tun orang yang controversial.Masa Tun Kebanyakan orang tumpukan perhatiaan kepada pekerjaan , kerana keadaan stabil ,tak
    banyak kacau kacau, ramai pekerjaaan , projek laksana dengan cepat

  85. Impermanence is the word. Tun , what is Tun trying to DO. Everything is Impermanence so why are you thinking that things can be permanent or maintained permanent. Remember Tun all events are not independent instead there are interdependent. Due to the cause and effect from our past we create new destiny in the present. The majority of UMNO is corrupted, how to change? Sack the majority!!! Make no senses!!! Too much attachment to the Party is making you do many unwise decisions. Detachment will help you see the truth. I am just a supporter of Tun.. Any way this is my opinions

  86. TUN,
    I THINK DS NAJIB SHOULD ONLY GIVE 1-2 MINISTER POST TO MCA, 3 OR LESS FOR THE DEPUTY MINISTER. THE REASON IS NOWADAYS CHINESE AND INDIAN WANT THEIR REPRESENTATIVES FROM THE OPPOSITION PARTY. SO LET THEM VOICE OUT THEIR NEEDS FROM THESE OPPOSITIONS.
    GIVE MORE TO SABAHAN, SARAWAKIAN AND UMNO WHO WORK SO HARD FOR BN IN RETAINING THEIR SEATS..
    THAT’S WHAT I THINK !!

  87. Assalamualaikum Tun yang dikasihi,
    Pertama sekali ingin saya ucapkan tahniah kepada Tun kerana telah kembali kepada UMNO, untuk pengetahuan Tun, saya menitiskan airmata apabila melihat Tun bersama isteri hadir ke Persidangan UMNO sewaktu Tan Sri Muhyiddin memberikan ucapan, dan saya yang telah menjauhkan diri daripada UMNO sejak Tun tidak lagi memimpin negara merasa terpanggil untuk kembali kepada UMNO (walaupun secara rasmi belum keluar dari parti UMNO). Tun yang dikasihi, walaupun saya ni hanyalah rakyat biasa dan ahli biasa kepada UMNO, tapi mempunyai semangat yang besar dalam memastikan UMNO terus maju dalam membela rakyat terutamanya orang Melayu. Melihat kepada perkembangan terkini di dalam barisan kepimpinan UMNO sekarang timbul harapan bahawa kan terjadi perubahan di dalam UMNO apatahlagi dengan kemasukan semula Tun ke dalam UMNO. serta meminjam kata-kata Anwar Ibrahim semasa beliau masih lagi dalam UMNO, “kita jadikan UMNO sebagai wadah perjuangan” timbul keinsafan bahawa perjuangan harus lah diteruskan akan tetapi perlu banyak perubahan yang perlu dilakukan iaitu perubahan di dalam ahli UMNO itu sendiri. Persoalannya bagaimanakah perubahan tersebut dapat dilakukan, barisan kepimpinan yang ada sekarang sering melaungkan perlu ada perubahan…akan tetapi bagaimana perubahan yang dimaksud dapat dilakukan. Ketika Tun memegang jawatan Presiden dan Perdana Menteri suasana kekalutan di dalam tubuh UMNO tidak lah seperti sekarang ini, oleh yang demikian perlulah kita memikirkan bagaimana perubahan yang dimaksud hendak dilakukan. Sebagai pendapat dari insan kerdil ini, saya ingin mencadangkan supaya Program Bina Negara yang pada zaman Tun dijadikan platform yang terbaik dalam menyuntik semangat patriotisme di kalangan ahli UMNO perlulah dihidupkan semua, para penggubal dan pelaksana program yang dipinggirkan oleh kepimpinan yang lalu perlulah dipanggil semula untuk menghidupkan semula program tersebut yang bertemakan Wawasan 2020, saya yakin para penggubal dn pelaksana program Bina Negara pada zaman Tun mempunyai semangat yang kental dalam membela nasib bangsa agama dan negara, sekiranya penglibatan mereka diperlukan. Sekian, Wallahualam
    Wassalam.

  88. Salam Tun Dr Mahathir,
    Kemasukan Tun dalam UMNO sudah saya jangka… Tun masih sayang pada UMNO walaupun berbagai kritikan telah Tun bicarakan… Melalui pandangan dan buah fikiran Tun juga telah membuka minda saya, bahawa untuk maju kehadapan dan dapat berfikiran seperti Tun, kita memang perlu banyak membaca.. dan pada yang ada banyak rezeki lagi, digalakkan bermusafir untuk melihat juga keadaan negara-negara luar untuk menimba pengalaman…
    Kepada saya yang kurang mampu untuk kenegara luar, Alhamdulillah internet memudahkan saya melihat dan meninjau perkembangan semasa negara luar dan lain-lain informasi melalui internet…
    Walaubagaimanapun… maklumat yang kita dapat melalui media juga tidak begitu tepat, contohnya keputusan pilihanraya di dua bukit tidak mencerminkan keadaan sebenar media arus perdana sewaktu kempen dijalankan… kenapa berlaku seperti itu ya Tun?…tidak kah kita boleh buat sesuatu?.. mungkin pandangan YB syed Hamid Albar terhadap sekatan akhbar tidak harus dipandang remeh….Walaupun saya juga membaca akhbar dan laman web pihak pembangkang… namun, masih juga tidak dapat mencerminkan dan agakan keadaan sebenar terhadap pengundi-pengundi di dua buah bukit tersebut…. mungkin BN memang belum dapat menambat hati pengundi…. dan saya juga masih menunggu-nunggu apa yang BN akan aturkan selepas ini…. untuk, juga mempengaruhi undi dan pilihan saya….untuk pilhanraya akan datang…hehehee…BN harus bekerja keras nampaknya….
    Secara peribadi, kalau tidak keterlaluan, mungkin Tun boleh untuk tidak mengkritik secara peribadi TUn Abdullah (bekas PM yang lalu) secara terbuka… saya faham maksud Tun untuk membetulkan apa yang tidak betul dll (terutamanya UMNO… dan Isu Rasuah dll)….. tapi mengkritik peribadi Tun Abdullah seolah-olah ada konflik peribadi antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah… dan ini saya rasa juga tidak sihat untuk UMNO dan bangsa Melayu khususnya…..(Tun tiada masalah peribadi dengan Tun Abdullah kan?…)
    Hemm…. Tun, apa kata TUn cadangkan pada Dato’ Najib untuk meneruskan projek Jambatan Bengkok JOhor- Singapura?… heheee.. mungkin Malaysia boleh ambil kesempatan atas ketidak stabilan keadaan ekonomi Singapura sekarang ini untuk membuka rundingan?… hehehe… saya main cakap je Tun, saya tahu… cakap memang senang…
    Saya bersetuju, Jambatan untuk mengantikan Tambak Johor sekarang akan memberi banyak berfaedah untuk memanfaatkan Selat Johor yang saban hari semakin mengecil dengan kualiti air yang teruk akibat tambakan tambak Johor (sebagaimana yang ada sejak dahulu hingga sekarang)… mungkin Kapal-kapal juga boleh melalui selat tebrau, dan industri pelancongan boleh diaktifkan melalui jalan air pula… dan kita mungkin boleh menghalakan kepentingan pelabuhan baru di Johor atau diPasir Gudang… untuk memberi satu alternatif baru kepada pelabuhan Kelang yang semakin sesak dan tidak begitu popular sekarang ini (ini andaian saya saja la)…
    Wallahualam

  89. Tun yang dihormati,
    Nampaknya BN masih lagi ditolak oleh sebilangan besar rakyat malaysia.Apapun ianya tetap akan menyukarkan Kerajaaan BN sekarang untuk menghadapi hari-hari mendatang.Sekali ‘rosak’sukar untuk di pulihkan. Oh!Inilah yang dikatakan MALAY DILEMMA.

  90. kekalahan di semenanjun berada di luar bandar…dimana kemenangan waktu pru di tempat tersebut juga tidak seteruk di bandar…tak sabar nak tgk prk di bukit lanjan…dibandar…rakyat tau baca internet…tau kepincangan pas, keburukan pkr, kegelojohan dap….di puchong….selepas pru 20 tempat ibadat baru sudah dibina…1 pun bukan masjid…di bukit lanjan mayrakat india persoalkan balai raya apartment jadi surau…lalu gow sworn burn ditampar……di bukit jalil, pusat kristian terbesar asia sedang dalam pembinaan..di sepang…pusat pemuliharaan babi oleh pas dap dan pkr yg terbesar di asia….jauh lebih besar dari di china sedang disiapkan…..semua nie rakyat bandar tahu…kalau pr betul2 berani…meh la lawan kat kl/selangor….tgk siapa menang…lawan kat kg..sentimen dia senang jer nak petik…..
    apa2 pun….TUN…..SAYA SUKA KATAKAN…MASALAH PENOLAKAN RAKYAT KEPADA UMNO BUKAN SBB PEMIMPIN PUSAT…TETAPI SBB PEMIMPIN CAWANGAN, BAHAGIAN, KAYA LEBIH DARI SULTAN(DATUK Z) DAN MENUNJUK2 PULA DENGAN RUMAH DAN KERETA BESAR…GANGSTER DAN SUKA TEROKA TANAH SESUKA HATI MEREKA ATAS NAMA UMNO….MEREKA BINA PUSAT PERDAGANGAN, PREMIS KEDAI….DENGAN SEWA YG MAHAL KAMI TIDAK PERNAH MELIHAT PENYATA BULANAN MEREKA…..PEMIMPIN CAWANGAN DAN BHGIAN INILAH PEMIMPIN TEMPATAN YG KAMI TERPAKSA BERDEPAN DENGAN SIKAP KEPALA BESAR MEREKA SETIAP HARI……
    OLEH ITU….WAJARLAH UMNO UNTUK MENUBUHKAN SPESEL TASK FORCE UNTUK MENYELINAP DI SETIAP CAWANGAN DAN BHGIAN TERUTAMA YG TIAP2 TAHUN TUKAR KERETA…DAN SELIDIKILAH…JIKA TIDAK UMNO AKAN TERUS DICAP PARTI KORPORAT DAN RASUAH WALAUPUN PUSAT SUDAH BERUBAH…
    kekelahan bukit selambau pula hanya ada satu sbb…..SAMY VELLU….TOLONG GUNAKAN KEMAHIRAN TUN TENDANG ORANG INI KELUAR…..NAK HARAPKAN ORG INDIA PENAKUT TAK BERANI NAK TOLAK SAMY VELLU…ORG INDIA NIE KALAU CITER MARAH2..SAMY VELLU TERUK…TAPI TIME PEMILIHAN SIAP MENANG TANPA BERTANDING LAGI…….PASTU BILA PRU MARAH KERAJAAN NASIB TAK DIBELA……CONTOH HINDRAF…ASYIK MARAH MELAYU…MARAH LA SAMY VELLU….
    BN adalah perikatan yang dibentuk oleh 3 pkaum utama ddll….semua india cina melayu dll mnejaga kaum masing…ada masalah atau perselisihan..meja rundingan adalah tempat BN…itulah keunikan BN…kalau bukit selambau letak melayu dah menang dah…ini MIC nak jugak kerusi tapi ketua samy vellu…penyokong hindraf dgr samy vellu meludah…tapi jalan dpan samy vellu….vanakem2….hipokrit hindraf nie…TUN LEBIH PAHAM…teringat kata datuk m.g pandithan…bila tun dr mahthir letak jawatan…beliau berkata india boleh balik india…..sbb apa…sbb hanya tdm boleh mengawal samy vellu….tdm dah takder…abis la nasib india……dah samy vellu takmo perjuangkan nasib india…org macam tun(org kata ayah tun nama india muslim-betul ke tun)yg perjuangkan nasib india…..
    apa2 pun TUN…PLEASE UNOFFICIALLY ADVICE NAJIB TO FORM STF TO GO TO EVERY CAWANGAN AND BAHGIAN UMNO…KAYA BEBENAR MEREKA INI..KETUA CAWANGAN SAYA RUMAH ADA 20…KETA ADA 5…BINI ADA 4…TANAH ADA 10…KEDAI ADA 10……KEDAI ATAAS NAMA UMNO ADA 10…..apa lagi hart dia saya tak periksa ini yg mata nyata…rasuah ke keje keras…rakyat berdepan dengan org ini setiap hari….gangster aka pekida kalau kita salah ngn diorang nak pukul sahaja…alihnya…waktu praya….mcmna nak undi UMNO walaupun UMNO sahaja pilihan yg ada untuk mmperjuangkan melayu

  91. Good morning Tun,
    Apparently your so called “free” media blog is filtered like when you controlled all the mainstream media. Didn’t see my remarks being posted. Too strong to take it?
    You are really Kluk Klek (flip flop) when you campaign for BN in Perak, didn’t you oppose the unconstitutional takeover by Zambry & BN???
    You are nothing but an evil two headed snake Aneh!

  92. Salam Tun,
    Congratulations!!! Im so happy with the news that u’re back to UMNO.
    salam sayang
    -lina hj zainal-

  93. Assalamualaikum, salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Saya sering membaca dimedia pembangkang, yang PAS membahasakan diri mereka sebagai Tuan Guru Datuk Seri – itu dan ini. Sememangnya

  94. Assalamualaikum, salam kasih dan salam hormat Ayahanda tun.
    Sudahkah BN kehilangan sokongan kaum Cina dan India? Entahlah. Tapi saya rasa tidak. 51 tahun hidup se-negara berkeluarga dalam BN, kasih sayang tetap kekal. Tapi apa yang saya jelas tahu, masa perut saya lapar dahulu ketika mencari ilmu di perantaun, kerja tak ada (nak kerja kena cekup dengan immigration pulak), akhirnya saya dan saudara saya bangun pagi dan kami berdoa pada Tuhan. Bagilah rezeki halal pada kami. Tak pernah saya tak makan selepas itu. Rezeki lebih pun ada untuk dikongsi. Alhamdullilah saya ucapkan. Syukur alhamdullilah tuhan tidak tanya dulu saya bangsa apa sebelum turunkan bantuan Nya. Kalau tidak memang tak makan saya. Saya pelajari bahawa, kemiskinan tidak mengenal atau memilih diantara kita melalui agama atau bangsa, saya pelajari juga yang kasih Allah tidak pernah memilih. Ya Allah, bukakan jiwa kami semua untuk menerima kasih Mu. Saya yakin, kasih sayang diantara kita tetap ada. Usah dipertikaikan.

  95. ASSALAMU’ALAIKUM AYAHANDA DAN BONDA TUN BERDUA….
    TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI UMNO SEMULA…..
    HARAPAN YANG TINGGI AGAR TUN DAPAT MEMULIHKAN UMNO….
    APA YANG NAK DI HAIRANKAN SANGAT DENGAN BUKIT GANTANG….
    KAN DEPA DAH DAPAT TANAH UNTUK 999 YEARS????????……..
    MAY BE THEY EXPECT 9999 YEARS THIS TIME AROUND??????
    WHO ARE THE IDIOTS HERE??????….NIZAR N THE GENG…..
    ABOUT THIS KJ…THE BEROK MAKYE!!!!!!
    JAGOH PEMUDA YANG TAK TURUN BERKEMPEN….
    TAK BERANI TURUN KE….
    ATAU DI LARANG TURUN???????
    AKU RASA KALAU KAU TURUN HARI TU….
    LAGI JAHANAM LA……
    KAU TAK RASA MALU KE?????
    TITLE JAGOH…..TAPI TAK TURUN…
    TAPI KAN… AKU RASA KAU..MANA ADA RASA MALU…..
    AKU NAK TENGOK SEJAUH MANA KAU BOLEH PERGI…
    FIL KAU PUN DAH HANYUT….
    ELOK KAU IKUT SEKALI…
    SORRY TUN….
    JUST CANT HELP IT!!!!…
    TAKE A GOOD CARE OF YR SELF..
    SALAM KASIH…BUAT AYAHANDA DAN BONDA….

  96. Assalamualaikum
    Yang AMAT dikasihi Ayahndaku Tun Mahathir
    dan para pembaca
    Alhamdulilah….. moga airmata kegembiraan kami…. menyambut kembali kepulangan Ayahnda Tun Mahathir ke pangkuan wadah perjuangan Melayu akan menjadi hujan rahmat yang amat lebat berserta kekuatan ribut dan taufan kecintaan kepada perjuangan agama, bangsa dan negara….
    1. Ayahnda Tun Mahathir… kali ini saya kena sebut nama Ayahnda kerana kalau saya sebut Ayahnda Tun sahaja .. ada insan lain yang ‘perasan’ kerana beliau pun baru dapat gelaran … Tun.. insan yang mengejar POPULARITI dan merebahkan MARUAH bangsa kita… maaf Ayahnda Tun Mahathir… kami benar-benar masih belum puashati kerana masih ada suara sumbang yang pasti jadi sel kanser yang saya rasa jenis ‘malignan’ dalam UMNO … KJ
    2. Ayahnda TELAH BERJAYA mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia secara TOTAL…. dari ceruk kampung hingga ke ibukota dan serata pelusuk dunia…. TERSENYUM…. ‘MELAYU TA’KAN HILANG DI DUNIA’
    3. Ayahnda Tun Mahathir… kami tahu Ayahnda Tun Mahathir akan rasa SAKIT kalau TIDAK BERJUANG…. Itulah yang kami kagumkan selama ini.. Ayahnda Tun Mahathir… KAMI PUN sama… MARILAH kita teruskan PERJUANGAN yang ‘BELUM SELESAI’ … kami akan sentiasa menyokong dan sanggup berkorban apa saja demi maruah, kehidupan dan masa depan anak bangsa… Agama, Bangsa dan Negara.
    ‘Belalang…… kita dapat NYAWA belalang……. AYUH…. teruskan perjuangan….’
    Apa sekalipun KAMI AMAT SAYANG Ayahnda Tun Mahathir dan keluarga… moga Allah kurniakan segala yang terbaik buat Ayahnda Tun Mahathir dan keluarga
    Wassalam

  97. Salam TUn
    Syabas diucapkan dan saya akan tetap menyokong Tun dalam
    ape jua sekali pun.
    SYABAS TUN.

  98. Assalamualaikum TUN,
    Saya di sini ingin berkongsi pendapat dengan TUN. Pada perkiraan saya tempoh hari, saya jangkakan yang BN akan menang di Bkt Gantang dan peluan Bkt Selambau 50-50. Tetapi jangkaan saya meleset. Jumlah majoriti adalah lebih besar dari yang sebelumnya. Dari apa yang telah dihuraikan oleh penganalisis politik berkenaan Bkt. Gantang, mereka mendapati pengundi melayu yang menyokong BN meningkat. Yg menjadi isu, pengundi bukan melayu meningkat yang menyokong pembangkang. Adakah ini satu petanda bahawa pengundi bukan melayu sekarang memang menolak BN?
    Apa yg menyedihkan saya, apabila YB Nga Kor Ming telah berkempen menggunakan ayat al-quran. Memang tidak salah jika bukan Islam ingin mendalami al-quran. Tapi niat hati YB tersebut hanyalah sekadar berkempen, bukan mendalami. Cuma ingin mendapat populariti. Tambahan pula apa yang dibaca tidak tepat…
    Pada pendapat saya, kesempatan yang ada jangan disiakan. YB Datuk Dr. Zambri perlu bekerja lebih keras bagi mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi bukan melayu. Exco-exco kerajaan negeri juga perlu menunjukkan kesungguhan mereka dalam membantu kesulitan yang dihadapi oleh penduduk negeri Perak. Cuma jangan jadi seperti pembangkang. Kerap berkempen, kerja tak jalan…
    Terima kasih TUN…

  99. Tun,
    Tq tun masuk umno.
    Tun boleh buat kritik membina utk umno bukan utk kondem.
    Dimasa yg sama tun mesti banyak buat kritik utk pakatan rakyat terutama anwar ibrahim.
    Remark:BN mesti siasat-setiap pilihanraya pakatan rakyat akan cakap ada pengundi hantu dari bn.Munkinkah ini hanya taktik lempar batu sembunyi tangan . munkin pakatan rakyat yg ada pengundi hantu-dilihat banyak sangat org luar dari pas/dap/pkr

  100. TUN.
    Petang ini akan ketahui siapa yang akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
    Saya yakin DSN telah pun membuat penilaian dan teliti akan calun2 cabinet nya.
    Saya juga yakin DSN telah banyak belajar dari kesilapan2 kepimpinan yang lalu. Dan dah tiba masa nya semua itu diperbetulkan.
    Dari pandangan dan pendapat peribadi saya, barisan menteri2 yang dilantik sebagaimana lazim nya adalah adunan dari semua komponen BN.
    Justeru itu saya berpendapat jika dulu ada kuota untuk setiap party, tapi kali ini perlu dilihat bukan dari segi saiz party itu tapi ia nya dari pencapaian sesabuah parti itu dalam PRU yang lalu.
    Kerajaan tidak boleh terus otomatik menganugerahkan jawatan kepada parti yang tak performed.
    Semalam MCA mohon dikekal 4 jawatan menteri dan 6 timbalan. MCA patut malu untuk menyatakan penderian mereka secara terbuka di TV. Sepatut nya mereka merelakan sahaja apa juga keputusan PM untuk menentukan nya. Apa pencapaian mereka pada PRU yang lalu? Mereka telah gagal berperanan sebagai parti untuk mewakili kaum Cina. Mereka gagal mendapat sokongan dan kepercayaan kaum ini. Kegagalan mereka telah menyebabkan BN hampir tewas.
    Bergitu juga Gerakan dan MIC. Prestasi mereka amat buruk. Mereka terlebih dahulu mesti membuktikan parti mereka telah pulih dan diterima rakyat dan mencapai kecermelangan PRU akan datang.
    MCA suadah tidak punyai pemipin yang berkaliber seperti Ling Leong Sik atau pemimpin2 sebelum itu. MIC telah sengaja mahu menhancurkan parti itu dengan terus mengekalkan Samy sebagai pemimpin nya.
    UMNO juga mesti dipulihkan segera. Mana2 pemimpin yang melakukan rasuah wang semasa PAU yang lalu tapi terlepas pandang oleh LDU, namun telah terhidu bau busuk nya mesti terus disiasat dan diambil tindakan.
    Kemenangan KP yang mencurigakan perlu disiasat semula. Kes nya yang jelas bersalah mengunakan wang itu lah kunci kemenanagan nya. Ini perlu di rujuk semula keputusan Lembaga Desiplin. Keputusan baru mesti dilakukan.
    Rakyat akar umbi sebenar nya telah membuat keputusan menolak KJ, aneh dia maseh boleh menang.
    Kehadiran nya di kempen N025 telah menghilangkan mood pengundi2.Dan BN telah kalah. Alam semula jadi pun tidak dapat menerima kehadiran nya,maka kedatangan nya disambut dengan ribut taufan mlanda kawasan itu.
    Setuju kata TUN bila menjawap soalan PRESS bahawa KJ tidak perlu di tauliahkan jawatan cabinet kerana akan mencalar crediblity kerajaan.
    ‘KJ, hang ikut lah mantan PM pak mentua hang tu buat kebun sayug dan teman kan dia memandu kereta pusing2 kota.’

  101. Salam Tun,
    1. Saya ucapkan selamat kembali kepada Tun kerana menyertai UMNO semula. Walaupun ramai berpendapat bahawa Tun seperti membuang dan mengambil semula, tetapi daripada kata-kata, Tun telah pn memnunaikan janji2 yang telah dibuat.
    2. Saya berharap, dengan kehadiran Tun, dapatlah membantu UMNO dalam perjuangan untuk negara, seterusnya membanteras gejala rasuah yang selalu Tun perkatakan.
    3. Saya berharap juga, kehadiran Tun, menjadikan negara Malaysia semakin maju, makmur dan mencapai wawasan 2020 seperti yang Tun rancangkan. Wassalam

  102. Assalamualaikum
    Tun Dan Keluarha,
    Saya Sangat Bersetuju Dengan Tun Tentang Pemilihan Barisan Kabinet.
    Peningkatan Undi UMNO Datang Dari Melayu Yang ‘Meninggalkan’ UMNO Pada PRU12 Lalu. Malangnya Kaum Cina Dan India Merosot. MCA Penuh Dengan Kontroversi Seks Dan Rasuah (Sama Dengan UMNO), Manakala MIC Kontroversi Presidennya, MAIKA Holdings Dan Hindraf.
    Apabila Kedua – Dua Parti Ini Tidak Memainkan Peranan Memperbetulkan Parti Mereka Sebagaimana UMNO Sedang Lakukan (DS Najib Perlu Buat Betul-Betul), Barisan Nasional Akan Kalah Dalam PRU13.
    Saya Percaya UMNO Akan Tumbang Dalam Pilihanraya Sekiranya:
    i. Khairy Dipilih Menjadi Ketua Pemuda UMNO
    ii. Mukhriz Disisih Dari Pemuda UMNO
    iii.MCA Dan MIC Tidak Berani Berubah
    iv. Wakil Rakyat Masih Tidur Di Katil Empuk Dan Di Samping Perempuan
    Third Party.
    v. Rasuah Masih Menjadi Budaya UMNO
    vi. Majlis Dan Istilah Diutamakan Dari Kerja Dan Penghasilan (Askay)
    Moga Tun Dapat Menyampaikan Buah Fikiran Kami Di Akar Umbi Rakyat Untuk Melihat Kebangkitan UMNO Dan Barisan Nasional.
    Salam Perjuangan
    FELDA Bukit Sagu 01, Kuantan

  103. Selamat pagi Ayahanda Tun,
    The football riot happenend in Kelantan indeed “memalukan” Tok Nik Aziz and rakyat Kelantan, and a shock to the rakyat of Malaysia. Believe it or not, these youngters are behaving like Americans. I am wondering will Anwar and KJ say something on this matter, I doubt so because they have endorsed such behaviour in our country silently after the release of “Anwar Ibrahim”.
    I have my point here because an American whose wife is a Malaysian has told my child that if rakyat is not happy with the government, we can follow their way that is by street demonstration. However my child explained to him that Malaysians do not like street demonstration because we prefer to stay at home “tidur” rather than showing our anger through this chanel.
    Well, every country has their own style and ways of doing things. I do hope that Mr S..Tan will accept the fact that “by showing our displeasure to Americans do not mean that we are anti-Americans with hatred”! Whether Americans will change or able to change in future is up to them, however if they don’t change their arrogant and ignorant now, they will be ended up as a huge country with no foreign supporters. If BN does not change, they will be ended up like our big brother-USA lo!
    Good day Ayahanda Tun.
    P/S: Abg Samuraimelayu, every person has their own way of showing their displeasure, and I like your way because you are indeed excellent in creating slogans from these crooked politicians’ names which indeed made me laugh…..

  104. Ayahanda TUN,
    Saya amat kesal dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang lalu. Satu keputusan yang tidak menguntungkan UMNO!
    Satu peluang kemasan untuk memulihkan UMNO telah berlalu. Maka perlu saya luahkan sepeti berikut

  105. Salam buat Tun Dr Mahathir yang dikasihi,
    Tahniah atas usaha Tun yang tak kenal erti penat hingga tumbangnya pemerintahan Pak Lah!Tun masih menunjukkan sikap bertanggungjawab ke atas negara dan tidak ramai yang menyedari usaha Tun itu.Rakyat Malaysia sebenarnya terhutang budi sekali lagi kepada Tun walaupun Tun tidak mempunyai apa2 jawatan dalam pemerintahan negara tapi masih berkhidmat dalam memantau perjalanan politik dan pentadbiran negara Malaysia yang tercinta ini.
    Harap Tun maafkan segelintir spesis yang tak henti2 dengan tak tahu malu dan DIRI sendiri pun tiada keinsafan tapi menyelar beberapa tindakan Tun terutama kemasukan Tun kembali kepada UMNO.Mereka berlagak seolah2 mereka lebih arif tentang pentadbiran/politik malah menjadikan diri sendiri sebagai ulama.Saya amat berharap spesis2 tersebut banyakkan membaca sebelum anda mengkritik Tun Dr Mahathir dalam blog ini.Jangan hanya melihat pada satu tindakan saja yang dibuat oleh Tun Dr M anda melabelkan diri Tun yang mengikut nafsu dan ilmu anda yang masih cetek.
    Banyak pengajaran yang boleh dibuat dan sebagai seorang yang mempunyai akal saya juga dapat merumuskan banyak kebaikan tindakan2 Tun Dr M berbanding pemerintahan Tun Abdullah.Hanya Tun Dr M banyak disalahertikan kerana mempunyai disiplin hidup yang tinggi.Mereka yang tidak dapat mengikut disiplin Tun pasti akan mencari mencari dalih dengan mencari keburukan usaha Tun itu.
    Keputusan pilihanraya baru2 ini menunjukkan hasil kerosakan yang dibuat oleh Tun Abdullah dan Anwar Ibrahim.Rakyat Malaysia pada masa ini sebenarnya menunjukkan proses kematangan dalam isu pemerintahan negara.Jika UMNO benar2 berubah keputusan pilihanraya juga boleh berubah.Kepada kerajaan sekarang gunakanlah 3 sumber yang ada sebaik2nya iaitu Tun Dr M,barisan kabinet yang diterima rakyat dan telekomunikasi.
    Terima kasih sekali lagi buat Tun Dr Mahathir!!!
    ps.-buat rakyattengah (7April,8:17),buat2lah perbandingan taraf hidup kita dengan negara2 asia tenggara lain sekeliling Malaysia.Betapa umat Islam di Malaysia juga dapat beramal ibadah dengan selesa dan meninggikan syiar Islam semasa pemerintahan Tun Dr M.Apatah lagi Malaysia adalah negara majmuk baik agama mahupun bangsa.Malah kerajaan PAS spt negeri Kelantan juga makmur hasil menjadi parasit pada UMNO dan agama Islam!Tiada legasi yang ditinggalkan pemimpin mereka.Jika anda mempunyai keluarga anda pun tahu betapa sukarnya mengawal mereka inikan pula berjuta rakyat Malaysia.Jaga bahasa anda kepada Negarawan Malaysia!!!Jika anda bersyukur, InsyaAllah dapat bermuhasabah dengan tenang dan berasa nikmat yang tinggi…

  106. Salam Tun,
    Selamat kembali ke umno. Tepat pada masanya. Saya percaya Datuk Sri Najib amat perlukan sokongan. Pelan ‘Pemulihan’ senang disebut namun hakikatnya. Untuk betulkan keadaan perlu sokongan padu dan halatuju yang betul. Menangi hati rakyat, gejala rasuah sana sini, politik wang dan tak kurang juga menghadapi musuh dalam selimut. Datuk Sri Najib pun memang banyak pengalaman namun untuk kedudukan dirinya sekarang saya percaya ilmunya belum cukup. Jadi semoga dengan adanya kembali Tun dapatlah serba sedikit memberi kekuatan pada Datuk Sri Najib dan zaman kegemilangan UMNO kembali semula.

  107. salam ayahanda tercinta!!!
    selamat kembali kepada UMNO..semoga dapat memberi pandangan yg bernas kepada SAYAP UMNO yang telah tercemar dek angkara KJ bersaudara..
    Ayahanda..kebanyakan bukan ahli UMNO tidak percaya kepada UMNO adalah dengan kemenangan KJ… Kami tau dia menang atas sebab politik wang….
    Sepatutnya Datuk Mukhriz yg menang..tetapi beliau lebih fair play utk tidak menggunakan wang ..Salute to Datuk Mukhriz…

  108. Salam Buat Tun,
    Apa jua kawan orang tentang kemasukkan semula Tun dalam Umno tak kan saya peduli. Yang saya tahu kini Tun dah kembali kepada Umno, Sesuatu yang harus Tun lakukan pada ketika ini. Syukur kepada Allah atas kembalinya Tun kepada Umno. Bagi saya lengkaplah sudah Jasad Umno kerana sebelum ini Jasad Umno cuma ada tangan yang boleh bergerak melakukan kerja,tetapi cacat pada kakinya. Sebab itu umno tidak bergerak ke mana. Harap Idea dan pendapat dari Tun,hasil dari pengalaman Tun mampu menjadi kaki yang menggerakkan Umno. Terima Kasih pada Tun.
    Semoga Tun mempunyai umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus berjuang di dalam Umno.

  109. Assalamualaikum Tun,
    Saya sedih BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Slambau. Pada pendapat saya stateji kempen BN perlu berubah. Dato Najib PM baru sepatut nya mencemar duli turun di kedua dua bukit itu. Bukan untuk kempen tapi ubah cara di panggil majlis dailog dengan semua rakyat di kedua dua bukit tu. Rakyat di jemput hadir bukan nak dengar ceramah politik BN tapi berdailog dari hati ke hati antara PM Baru dengan rakyat di sana. Dato Najib bagi peluang rakyat di sana meluahkan masalah mereka. Apa yang mereka mahu ceritakan kapada Dato Najib sebagai PM Baru. Minta tolong selesaikan masalah mereka. Rakyat dah jemu dengar ceramah politik UMNO/BN semenjak 1957 hingga sekarang. Cuba lah ubah cara pulak supaya rakyat terasa ada pembaharuan dari PM Baru. Bukan kah PM Baru yang war war kan akan banyak perubahan nak di lakukan. ( Transformasi). Jika Dato Najib lakukan apa yang saya cadangkan ini, pasti semua rakyat di sana sokong BN dan pasti menang di kedua dua bukit tu tempohari. Nasi dah jadi bubur. Tun dan Dato Najib tolong jangan ceramah politik lagi. Ubah cara sekarang secara berdailog dan beri peluang seluas luas nya rakyat menceritakan masalah atau pun memberi apa apa cadangan. Tak semesti nya semua permintaan mereka kerajaan berjaya tunaikan. Tetapi rakyat ini akan berasa tenang hati jika pemimpin atasan mendengar rintihan mereka. Pemimpin pulak jangan berjanji akan tunaikan. Berilah satu jawapan yang mereka faham bahawa sesuatu permintaan itu perlu kajian mendalam, kaji keperluan dan kegunaan nya , samada praktikal ker di buat, dari segi kewangan mampu ker kerajaan buat. Rakyat lebih suka mendapat penjelasan secara berterus terang daripada membuat janji yang berbelit belit yang akhir nya memang niat kerajaan nak sedapkan cerita sahaja untuk dapat sokongan.
    YABhg.Tun, saya ingin cadangkan juga, supaya Dato Najib menyediakan satu website yang mempelawa semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini memberi pendapat nya cara cara mengambil hati rakyat semula setelah sebahagian besar rakyat berpaling tadah. Setiap bulan umumkan pendapat yang paling bernas sekali dan berikan hadiah kapada mereka yang memberi cadangan/pendapat yang paling bernas dan sesuai di praktikan olih kerajaan. Lakukan ini setiap bulan, sehinggalah PRUke 13 nanti. Selain itu sediakan juga website dan minta rakyat memberi cadangan/pendapat cara cara kerajaan memenangi pRU13. Rakyat yang tiada kemudahan internet , minta mereka menghantar cadangan secara bersurat ke pejabat PM atau seketeriat khas. Cadangan yang bernas setiap bulan di berikan hadiah. Lakukan ini sehinggalah ke PRU13 nanti.
    Semoga cadangan ini di terima olih Tun dan DSN .
    Rosbidar bolih di hubungi: 012-3093471

  110. tahniah tun di atas kembalinya tun ke dalam umno semula. sy amat menantikan saat2 ini bagi melihat perjuangan umno itu disuburkan kembali.
    saya adalah ahli pemuda di peringkat akar umbi yang sentiasa ingin melihat anak bangsa melayu sentiasa di pelihara nasibnya di masa akan datang. sejak pemilihan pemuda umno di peringkat cawangan, bahagian dan peringkat nasional saya rasa nilai perjuangan tiada lagi di dalam jiwa ahli2 umno kerna telah di rosak kan oleh unsur2 rasuah yang di terajui oleh ketua pemuda malaysia skang (kj.
    sy berharap tun dapat memberi nasihat kpd DSN agar tidak diberi ruang kepada insan yg bernama kj kerna dia amat berbahaya dan virus dalam perjuangan bangsa melayu dan sy juga berhrp tun/DSN dapat mengenalpasti dan melihat siapa lagi yg bersekongkol dgn kj dan tidak diberi ruang terutamanya saudara mara kj yg terdekat iaitu cousin kj yg kini menerajui kementerian yg berair,bertenaga dan berkomunikasi.
    semoga ALLAH merestui perjuangan kita.

  111. Sungguh menghampakan apabila menyaksikan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menolak calon BN dalam pilihanraya kecil pada 07042009. Kemenangan di Batang Ai tetap diraikan tetapi kekalahan parti BN di Semenanjung semakin menjadi-jadi selepas PRU 12. Banyak usaha dan langkah diperkatakan seperti menyediakan badan berkecuali menyiasat mengapa rakyat di Semenanjung nampaknya semakin condong ke arah pembangkang. Walaupun tidak arif berkenaan politik, saya ada beberapa teori dan cadangan berkenaan BN dan UMNO sekarang untuk dipraktikkan secepat yang mungkin.
    1. Kekalahan demi kekalahan BN di setiap piliharaya kecil menyebabkan banyak rakyat merasakan BN dan UMNO sebagai tunjangnya lemah. Faktor utama ialah kreadibiliti pemimpin BN terlalu banyak diperkatakan di media dan kebanyakannya tanpa tindakan memeranginya balik. Peribadi pemimpin BN dijatuhkan oleh pembangkang sejak dahulu di internet dan media massa menyentuh skandal seks (contohnya Dr Chua dan Dato Azalina), rasuah (seperti Dato Sri Muhyiddin dan Dato Sri Rafidah) dan lain-lain. Semuanya dipertontonkan kepada rakyat dan bagaikan sarkas ia dijaja di segenap pelusuk Malaysia. Kepimpinan Pak Lah gagal menyelesaikan ia secara berkhemah (seperti yang dilakukan parti PAS terhadap pemimpinnya) dan mengakibatkan rakyat hilang percaya kepada kerajaan Pusat. Sifat untuk menunjukkan ketelusan kepada rakyat akhirnya memakan diri seperti tindakan Lembaga Disiplin UMNO yang nampaknya mencari populariti tersendiri membuka pekung satu demi satu di depan media. Bagi saya Lembaga Disiplin UMNO sepatutnya dibubarkan dan kuasa diberikan semula kepada Majlis Tertinggi di kuasai Presiden dan bukannya ahli yang dilantik yang nampaknya kurang bijak menangani hal rasuah dan disiplin UMNO secara bijaksana. Strategi jentera pilihanraya yang terlalu “skema” harus dihentikan segera kerana politik bukanlah politik tanpa menonjolkan kepada pengundi bahawa dengan mengudi pembangkang lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Serlahkan keburukan pembangkang kerana rakyat memerlukan sebab mengapa mereka harus mamangkah dacing.
    2. Faktor pemimpin terdahulu dan sekarang. Pemimpin tidak ada yang seratus peratus sempurna. Mereka tetap manusia biasa yang pasti membuat kesilapan juga. Namun mereka tetap pemimpin yang dipilih oleh majoriti ahli BN/UMNO dan pendapat mereka seharusnya dihormati. Contoh terbaik ialah Tun Mahathir yang semua orang tahu kelantangan dan sifat egoisnya adalah antara yang terkenal di seluruh dunia. Tun pernah dipanggil “Recalcitrant Man” – manusia kepala batu kerana sifatnya oleh seorang pemimpin dunia dulu. Dengan menidakkan haknya untuk bercakap bagaikan menguncinya dalam penjara batu. Tun pada satu ketika bagaikan disisihkan Pak Lah dan kerajaan BN yang akhirnya menyebabkan beliau berpatah arang dengan UMNO. Penghinaan dan cacian diberi secara langsung serta retorik oleh pemimpin kerajaan terhadap bekas PM ini mengakibatkan rakyat menyampah dan hilang rasa hormat pada kerajaan BN pimpinan Pak Lah. Sekarang pula kita melihat banyak peribadi pemimpin UMNO dan BN diperkatakan secara meluas terutamanya calon yang menang seperti Khairy Jamaludin, Dato Shahrizat, Dato Muhyiddin dan calon yang kalah seperti Dato Ali Rustam. Setiap hari peribadi pemimpin UMNO, MIC dan MCA diperkatakan oleh media massa mengakibatkan rakyat keliru yang mana fakta dan yang mana rekaan pihak yang cemburu. Dalam konteks ini, Lembaga Disiplin UMNO macam lepas tangan. Sepatutnya merekalah yang menjadi dinding kepada pemimpin dan ahli UMNO. Ini tidak, apabila berita menjahanamkan UMNO, buat “press media” tetapi bila mahu memberikan bukti serta fakta menyokong kerajaan, mereka mendiamkan diri. Contoh terbaik ialah apabila UMNO diperlekehkan oleh parti pembangkang dalam isu kerajaan negeri Perak. Yang nampak teruja dan menyakinkan ialah cuma Dato Sri Rais Yatim yang membentangkan fakta dan hujah tersendiri. Saya ingin agar Majlis Tertinggi UMNO/BN menyediakan “press release” menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan pembangkang dan manusia opportunis yang niatnya cuma satu untuk meruntuhkan kestabilan politik Malaysia setiap bulan. Saya juga ingin pemimpin pembangkang dibawa ke muka pengadilan dan gunakan sebanyak mungkin kemudahan untuk melemahkan pembangkang dan bukannya menghukum ahli parti serta diri sendiri. Sediakan ruang untuk ahli UMNO/BN merperbetulkan UMNO/BN secara teratur dan biarkan ia cuma di dalam parti dan bukannya dihebohkan seluruh Malaysia. Tetap juga, beri kata putus oleh Presiden dan Majlis tertingginya atau kabinetnya seperti yang berlaku dalam era Tun Mahathir.
    3. Sifat mementingkan rakyat yang tidak mengenang budi harus dikurangkan oleh pihak kerajaan. Bantuan cuma diberi yang wajib sahaja dan bukannya seperti sekarang dimana kawasan kelolaan pihak pembangkang sama maju dengan pihak kerajaan bahkan ada yang lebih maju. Ini menunjukkan kepada pengundi bahawa mereka boleh mengundi sesiapa sahaja dan kawasan mereka tetap akan selamat sejahtera. Contohnya kerajaan Pak Lah nampaknya terlalu baik di Kelantan mengakibatkan kawasan PAS dibangunkan melebihi kawasan dimenangi pihak UMNO. Contohnya di parlimen Tumpat, DUN Pengkalan Kubor kurang diberikan perhatian dengan pelbagai infrastruktur masih tidak mencukupi manakala DUN Wakaf Bharu dan Kelaboran dibangunkan secara skala besar. Ini amat menghairankan kerana dalam parlimen Tumpat cuma DUN Pengkalan Kubor dimenangi UMNO dan yang lain pihak pembangkang menang. Sebab itu apabila pilihanraya, ahli PAS akan cakap undi UMNO dapat dunia (pembangunan) tetapi undi PAS bukan saja dapat dunia tetapi akhirat juga. Pulau Pinang yang jatuh ke tangan DAP merupakan tamparan hebat pada Gerakan/MCA/UMNO (BN) walaupun UMNO banyak memenangi kerusi di sana. Dato Lim Guan Eng saban hari didapati secara terang-terangan menghulurkan api kepada kerajaan, namun Pak Lah masih tiada memberikan tindakan konkrit kepada rakyat di sana. Bagi saya tingkah-laku pemimpin yang dipilih mencerminkan orang yang dipimpinnya. Saya mencadangkan agar kerajaan Dato Najib memberi apa yang wajib sahaja kepada kawasan dikuasai pembangkang dan mula menyalurkan wang untuk rakyat yang benar-benar menyokong beliau. Buat apa kita berbuat baik kepada ular kerana ia tetap akan mematuk bila ada kesempatan.
    4. Kakitangan kerajaan merupakan aset penting kerajaan. Apabila mereka tidak berpuas hati, ini pasti menyebabkan mereka menterjemahkan ia dalam kertas undi. Sanggup ke kita lihat kakitangan ini memangkah selain dacing dalam pilihanraya. Ia berlaku pada PRU 12 apabila kerajaan Pak Lah kurang bijak dengan tidak memberikan bonus tahunan seperti tahun sebelumnya kononnya skim gaji baru dinaikkan. Namun apalah sangat dengan memberikan sedikit bonus sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan kakitangan kerajaan dibandingkan dengan kerugian berjuta-juta ringgit selepas PRU 12 apabila jatuhnya 5 negeri di semenanjung. Ahli politik harus licik menggunakan sumber yang ada dan walaupun sukar diakui namun ketika ini saya cuma nampak Dato Sri Anwar Ibrahim saja yang bijak menggunakan segala sumber yang dia ada. Sumber manusia, kewangan, elektronik, media massa, emosi serta mental dan sokongan dalam mahupun luar kerajaan digunakan dengan baik mengakibatkan PKR menjadi parti berpengaruh dalam masa yang singkat. Contohnya ialah dengan mencalonkan pihak atasan kerajaan yang mempunyai pengaruh dalam hierarki pentadbiran dalam PRU 12 mengakibatkan undi kakitangan kerajaan banyak masuk ke kotak pembangkang. Beliau juga bijak menggunakan isu remeh seperti harga petrol, ayam dan beras dengan menjanjikan sesuatu yang menarik undi pekerja kerajaan. Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, isu pasaran saham jatuh atau isu kontrak kereta tidaklah nampak penting sangat jika dibandingkan isu minyak dan barangan runcit.
    Banyak lagi sebab kejatuhan sedikit demi sedikit pihak kerajaan tetapi saya tetap mengharapkan kerajaan Dato Najib akan lebih cemerlang dan berjaya daripada kerajaan terdahulu. Kesimpulannya mudah, jangan kerana menyusukankan si kera di hutan, anak di rumah mati tak makan.- JIZURIMIN TUMPAT

  112. dear Tun,
    happy tat u r back to UMNO.. not only UMNO, MALAYSIA needs u.
    U R my and Malaysian’s Idol !
    May u healthy..

  113. Salam Tun;
    UMNO dgn kepimpinan baru perlu Tranformasi yang betul2 drastik. Cadangan saya ;
    1. Memilih semula kepimpinan UMNO pada tahun ini juga dan Pemilihan harus dilakukan diperingkat cawangan.
    2. Menurunkan lagi harga minyak petrol & diesel memandangkan harga barangan tersebut telah turun dgn begitu rendah sekali sekaligus mengawal harga barang-barang dengan lebik berkesan.
    3. KJ harus disisihkan dari UMNO & kerajaan.
    4. Anwar harus dipenjarakan semula.
    5. Pegawai kerajaan kelas A harus diberi tempat dalam UMNO.

  114. Assalamualaikum Tun,
    Bagaimanakah lagi rakyat hendak membuktikan bahawa tentangan terhadap TAB hanyalah tentangan dikalangan orang umno (terutama Tun sendiri)? Sebenarnya bagi kami semunya seakan sama sahaja. Ya kami mahukan perubahan tapi bukannya mempercepatkan proses peralihan yang memang menjadi tradisi dan sudah dijangka. Sedikit coretan dan pandangan dari seorang rakyat malaysia mengenai perubahan dlm BN.
    1) Adakah Najib memiliki kepimpinan kehendak rakyat. Contoh, dengan reputasi beliau sekarang, Muhyidin memiliki aset kepimpinan yang lebih baik sebagai PM di mata rakyat. Ramaikan muka2 baru dan BERSIH. Politik wang a.k.a. rasuah dan lompat parti harus dibendung sepenuhnya. Had umur, penukaran pemimpin ikot semasa sangat dihargai kerana rakyat tidak suka ke arah diktatorship.
    2) MACC, Kehakiman negara, ISA dan polis jelas berat sebelah. Dengan meneruskan mencari kesalahan pihak lain tanpa membetulkan diri hanya memenangkan yang tertindas. Percayalah walaupon separuh ahli PR didapati rasuah, rakyat tetap memilih PR sebab tindakan mereka diperhati dan dikawal (apa yang kami mahukan). Jadikan pihak2 keadilan ini independent dan berani mengaku dan menghukum golongan sendiri.
    3) DEB perlu dirivasi. Sudah tidak releven dan jelas tidak berkesan untuk membantu majority pihak kecuali kroni2. Utamakan pada rakyat pendapatan rendah dilihat lebih releven dan menguntungkan Melayu sendiri disamping mendapat sokongan bukan Melayu juga.
    4) Hubungan sesama parti dalam BN perlu dirivasi kerana parti di dalam PR dilihat lebih bersatu dan bertoleransi walaupon berbeza persefahaman, AMAZING! Menyebabkan ramai sudah nampak parti perkauman tidak relevan kerana tidak bersatu. Kurangkan laungan Melayu!UMNO! MCA! MIC!. Lebihkan BN!. Jadilah satu dari majmuk. Mungkin tiba masa TPM2 untuk MCA dikaji. Pengorbanan harus dilakukan dan utamakan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
    5) Isu kawalan harga, tol, warga asing, jenayah, harga minyak dan pengangkutan awam. BN harus lebih peka terhadap kehidupan rakyat. Tindakan paling direct dan berkesan tetapi seakan paling sukar untuk BN laksanakan (mungkin terlalu utamakn kroni2 & poket sendiri??).
    6) Lebih telus, terbuka, dan tidak berselindung. Contoh jika subsidi minyak sudah tidak diberi nyatakan dan terangkan sepenuhnya pada rakyat daripada kami mengetahuiya dari sumber2 yang lain. Insyaallah kami memahami. Gunakan media yang dikuasai untuk lebih telus supaya pihak lain tidak ambil kesempatan.
    Diharap suara kecil saya ini dapat didengar, insyaallah BN masih ada harapan. Tetapi majority 2/3 mungkin sukar dikembalikan kerana kemampuan PR dapat dilihat dan kuasa rakyat hendak dikekalkan. Sekian.
    Pengundi muda.

  115. Salam Tun,
    To be honest Tun none of my generation (born in the 80’s) has any sort of respect for UMNO. I think our newly appointed PM has to do a lot to restore people’s faith in UMNO. It’s not easy now to win back the hearts of the rakyat.
    We don’t want KJ, get rid also of the 304 dirty souls which voted for him. I repeat… KJ must go!
    The best thing UMNO can do is to be transparent to the rakyat. Get rid of the rasuah, cronies, individualism.. and most importantly work for the rakyat and don’t ever brag about it…
    Saya risau kalau PR memerintah… kat masjid nanti orang kafir imam org islam makmum… tak sah semayang…

  116. Selamat kembali kepada perjuangan UMNO!!
    w/p apapun pembangkang kutuk Tun, biarlah Tun. saya tahu niat Tun yg murni hanya untuk penyatuan ahli2 parti semula dan menanam balik keprcayaan rakyat!
    pembangkang sudah bermegah dgn mengekalkan kemenangan di dua bukit itu. namun undi untuk BN katanya meningkat w/p tak menang! malah ada yg memeprlekeh kunjungan Tun ke tempat berkempen…biarkan mrk ! mmg resmi pembangkang,keje pun asyik bangkang je usul k’jaan w/p akan membawa kesejahteraan!
    sy harap pengundi2 yg mengundi PKR tak bising jika ada sekolah kemas yg dirantai,kanak2 dihalang masuk kelas(tak berhati perut langsung!) atau kebajikkan rakyat yg terabai..! mrk telah membuat keputusan dan bersuara untuk memilih calon yg tak pandai buat kerja dan parti yg tak matang dalam hal ehwal menyelenggara kawasan2 yg dimenangi.
    jgnlah pulak lepas ni penduduk di dua bukit tu keluar tv/akhbar komplen pasal,ini tak buat,itu tak buat,tadika di tutup dan tak segan2 minta kerajaan BN tolong pula…tengoklah kat selangor ni, dah pilih PKR, lepas tu penduduk/pengundi2 pembangkang keluar tv komplen itu,ini tak buat dan byk benda terabai…sepatutnya pergilah cari wakil yg depa pangkat kat kertas undi dulu….sori yer
    jaga kesihatan Tun,salam pd Tun hasmah!

  117. Assalamualaikum Tun,
    Alhamdulillah Tun telah kembali semula kpd UMNO. Saya menantikan UMNO yang kuat, berani dan tegas dalam memperjuangkan HAK orang MELAYU dan ISLAM. Jika dua perkara tersebut tidak dipertahankan maka tak perlulah lagi ahli2 politik UMNO menjadi pemimpin kepada saya dan rakyat Malaysia yang lainnya. Apa yang perlu pemimpin UMNO sedar ialah;
    1) Jangan tunduk kepada desakan dari parti komponen BN yang lain, terutama MCA dan MIC, kerana rakan komponen yang tulen tidak akan mendesak UMNO. UMNO adalah tunjang BN, mahu atau tidak, ia perlu kekal begitu.
    2) Seorang pemimpin tugasnya ialah memastikan negaranya AMAN dan rakyat dilimpahkan dengan REZEKI. Buatlah apa sahaja dengan cara yang betul dan kuasa yang ada untuk menuju kearah itu.
    3) Jangan takut menggunakan KUASA demi untuk KEBAIKAN. Kalau perlu guna ISA, guna ajela, apa nak takut. Tapi janganla salah guna.
    4) Hak asasi majoriti perlu dipertahankan berbanding hak asasi individu. Golongan yang suka buat kecoh tu ingat diorang aje ke yang pandai buat kecoh, orang lain pun pandai jugak, silap2 lagi hebat daripada diorang, cuma tak nak buat aje sebab masih waras. Jadi elokla diberentikan saja perangai tak senonoh tu, dikhuatiri orang2 yang waras ni akan hilang pulak kewarasannya.. buruk padahnya nanti..
    5) UMNO perlu berani dan bebas bersuara seperti bebasnya PAS, PKR dan DAP bersuara (tapi janganla ikut buat fitnah dan cerita bohong mcm diorang).
    6) Peruntukan pembangunan perlu dicurahkan kepada kawasan yang dimenangi oleh BN lebih dari kawasan yang menentang BN. Ini sebagai PENGHARGAAN kepada penyokong BN. Sebab golongan pembangkang ni sebenarnya orang yang tidak bersyukur, diorang sebenarnya tidak pernah pon menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh BN. Saya tak marah jika pembangkang membangkang benda2 tak betul dalam BN, tapi benda baik pon nak bangkang memangla menghabiskan bogheh jo bagi bantuan kat diorang.
    7) Rakyat perlu disedarkan bahawa PAS, PKR dan DAP adalah satu pakatan yang RAPUH. Malaysia akan menjadi kucar kacir jika budaya politik mereka diterima umum dan menjadi majoriti. Mereka membawa budaya memberontak, merapu, fitnah, berbohong dan cakap tak serupa bikin. Kalau inilah yang disukai oleh rakyat Malaysia, tidak hairanla Malaysia akan hancur. Kerana, jika diorang berjaya membentuk kerajaan dengan cara demikian, tidak mustahil diorang juga berdepan dengan masalah yang telah mereka perkenalkan.. jadi macam Thailand.. hampeh! Masa tu UMNO pulak yang mengamuk.. bestnyer sekali sekala dapat mengamuk.. he, he, he.. (Jangan marah, sebab kalau UMNO mengamuk masa tu pon sebab ikut perangai buruk pembangkang masa sekarang.. Masa tu lagi best sebab UMNO boleh buat apa sahaja atas dasar kebebasan yang dilaungkan PAS,PKR dan DAP. UMNO tak perlu takut kena tangkap sebab masa tu ISA diorang dah hapuskan..ye ke?.. Fikir2kan la implikasinya dari perbuatan kamu wahai PAS, PKR dan DAP. Buanglah budaya yang boleh menghancurkan Malaysia)
    Kesemua 7 perkara di atas perlu dilaksanakan oleh pemimpin politik UMNO. Bagi saya hanya pemimpin yang TIDAK KORUP MINDA dan POKETnya sahaja yang mampu untuk melaksanakannya. UMNO yang bersih dan berani akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia.

  118. YABhg.Tun dan isteri. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
    Shukur alhamdulillah Tun telah kembali ke pangkuan UMNO. Inshallah UMNO bolih di terima semula oleh orang Melayu jika saranan atau nasehat Tun kapada UMNO mereka terima dan melaksanakan nya secara jujur dan ikhlas. Jika orang Melayu maseh berdegil dan tak mahu terima nasehat maka terima lah padahnya pada pilihan raya akan datang (PRU 13). Saya agak pelik dengan perangai orang Melayu ni. Hendak bersatu kapada perkara yang baik terlalu sukar. TETAPI kalau bersatu kapada perkara tak baik, huuhh cepat betul. Tengok saja kalau nak buat demontrasi jalanan. Cepat saja orang berkumpul. YABhg.Tun,disini saya ingin memberi beberapa cadangan kapada Tun. Semoga Tun sudi menimbangkan nya.
    1.Saya cadangkan Tun masuk ke kabinet semula untuk membantu negara kita pulih dari kemelut ekonomi dan kemelut politik. ( setidak tidak nya 2-3 tahun. Lepas ekonomi dan politik okey , Tun bolih bersara semula . Ini bukan permintaan saya seorang tetapi atas permintaan sebahagian besar rakyat Malaysia. Pada pendapat saya,jika Tun memberi cadangan dari luar kabinet nampak janggal dan agak sukar mereka nak laksana. Lagi pun nanti orang mengata DR.M maseh berkuasa serta memberi arahan kapada PM ( DSN) dari luar. Jika Tun berada dalam kabinet maka segala cadangan,saranan Tun terpaksa di bincang secara formal dan tidak nampak apa apa kejanggalan dan segalanya berjalan secara profesional.
    2.Walau bagaimana pun, selepas kemelut ekonomi dan kemelut politik pulih, Tun fikir masak masak dulu sebelum bersara sekali lagi. Saya khuatir,bila Tun bersara semula maka mula lah timbul macam macam kemelut. Saya kasehan dengan Tun dalam keadaan umur dah lanjut terpaksa di minta berkhidmat lagi untuk negara. Habis tu pemimpin lain kami tak nampak ada kebolihan nak selesai masaalah. Pandai create masalah ramai lah. Jika bolih biarlah Tun berada dalam kabinet sampai bila bila. Walau pun nanti ramai orang mengata, tamak jawatan, tamak kuasa , tak beri peluang orang lain. Persoalan nya, Tun telah cuba beri orang lain peluang TETAPI baru sekejap hancur negara kita di buatnya. Ini lah masalah nya sekarang. Tiada pemimpin yang betul betul bolih handle negara kita ini sepertimana Tun handle.
    3. Kami berharap sangat YABhg Tun pertimbangkan. Saya yakin Tun akan timbangkan setelah Tun fikir niat Tun kembali ke dalam kabinet kerana nak bantu negara kita kearah kebaikan KERANA ALLAH. Bila niat kerana Allah, saya yakin Tun akan kembali ke kabinet.
    Terima kaseh Tun
    Rosbidar bolih di hubungi: 012-3093471

  119. Assalamualaikum Tun,
    Alhamdulillah kerana Tun masih sihat. with rgd to issue ‘come back’ i’m in the opinion that if Tun wish to ‘RIGHT’ what had been ‘WRONGED’ then it’s worth your while as you know you are over 80+ years old. Obviously, the time is not on your side, if you catch what i mean! so ‘BERTAUBATLAH!’
    Still not to late to ask for a forgiveness from whoever you should have!
    sebelum nyawa sampai ke talkun..sebelum dikapan dengan kain putih..sebelum lidah sudah tidak boleh digerakkan!..BERTAUBATLAH!ingat MATI itu pasti.
    Wassalam.

  120. Dear Tun,
    Looks like the Prime Minister who engineered the shift of state government in Perak is being slapped on his own face. Barisan is losing out to a non-local, “ex-Menteri Besar” who is having meeting di bawah pokok.
    The Perakians are so far all right with mesyuarat di bawah pokok.
    I can foresee Barisan is losing out the federal government one by one if:
    1) Melaka – Ali Rustam stay as Melaka MB
    2) Selangor – Khir “Disneyland” Toyo is still there. Tak perlu bangkang lagi lah, pergi disneyland relaks sajalah. Apa lagi penjelasan yang dia bagi tu, sudahlah, katanya Balkis tu NGO. Dia ingat rakyat tu tak boleh fikir ke.
    3) Azalina and Khairy are still there.

  121. Assalamualaikum Tu
    pertikaian demi pertikaian diantara pemimpin, tanpa segan masing-masing cuba untuk mempertabatkan diri sendiri di mata rakyat dengan menjaja hal-hal peribadi musuh, tak kira la dari mana parti pun. Bila kita lihat adakah orang sebegini kita perlukan untuk memimpin negara? Saya amat sedih pertelingkahan antara pemimpin dan rakyat yang berada di tengah menjadi mangsa……
    Apakah yang dilakukan oleh pemimin yang bijak dan diberikan Allah bakat untuk memimpin tapi masih tidak mampu untuk :
    1) menyelesaikan masalah dadah, sosial, seks luar nikah, murtad yang berlaku pada generasi muda, yang kita harapkan untuk berbakti pada negara di masa akan datang? Selalunya keluarga akan disalahkan jika berlaku sebegini tapi bagaimana dengan pihak kerajaan yang sentiasa meluluskan program2 di tv yang menjerumus kepadaa perkara2 yang tidak baik.
    2) Kita tidak perlu diserang dengan senjata untuk lemah tapi kita telah diserang dengan akidah dan kita sebenarnya telahpun lemah dan jatuh…
    Apa agaknya yang dibuat oleh pemimpin bila berlaku perkara-perkara ini? Adakah masih mengharapkan yang tua-tua untuk cuba memperbetulkan keadaan? dimana pemimpin2 muda?….sibuk untuk memuaskan hati isteri masing2…. atau sibuk bagaimana cara untuk mengumpulkan harta rakyatuntuk 7 keturunan yang akan datang?
    Susah sangat kah kesenangan yang ada di bagi sama rata kepada semua rakyat?
    rakyat di suruh untuk mengutamakan pendidikan dalaman dari luaran tapi mengapa masih ada anak2 pemimpin yang dhantar belajar ke luar negara dalam usia yang masih muda…adakah mereka ini dari golongan yang tidak percaya pada sistem pendidikan yang mereka cipta sendiri?
    Kesihan negara jika kita masih mengharapkan pemimpin2 sebegini memimpin negara ini…..
    Adakah PM baru mampu meyakinkan rakyat untuk menolak segala tuduhan yang dilemparkan kepada nya? sejauh manakah rakyat bulat hati untuk mempercayainya……

  122. Salam Tun,
    Saya rasa UMNO (masa dia) dah kena penyakit terok, jadi dah pulihkan balik kena makan banyak ubat dan mengambil masa nak semboh.
    Walau bagaimana saya yakin dengan Tun bersama, (it’s a slow but sure process)
    Terima kasih Tun

  123. Assalamualaikum Tun..
    Saya sentiasa menyokong apa pun keputusan Tun.
    Salam Sayang…

  124. Salam Tun…
    Diharap agar Tun jadilah penasihat PM ke6 sekarang….Laungkan kembali suara lantang demi kembalikan maruah bangsa Melayu…

  125. Salam Tun….
    Saya telah 20 thn didlm UMNO,hidup saya benar2 terasa membesar bersama Tun sbg PM hinggalah Tun resign pada tahun 2005. Kebetulan pula Pak Lah dinobatkan menjadi PM yg ke5 sama dgn tarikh kelahiran anak saya yg ke3.
    Byk yang dirasakan semasa saya tamat persekolahan 1987 zaman kegawatan berlaku, kemudian pula thn 1997, saya dibuang kerja seterusnya ditahun ini 2009 berlaku lagi azab sengsara kegawatan yg lebih teruk.
    Sbnarnya umur saya yg telah 39 thn ini telah menjalani 3 kali kegawatan dan tiap kali berlaku, menjadi satu kesukaran kpd sesiapa sahaja yg seumur dgn saya atau pun yg kurang dari umur 50 thn.
    Pada umur 50 thn keatas telah melepasi kegawatan tersebut dan telah pencen dari alam pekerjaan, anak2 telah boleh membantu wlpun mereka juga seperti saya yg gawat dlm menjana ekonomi masing2, tetapi sbg anak tetap akan menghulur bantuan kpd tiap2 org tua mereka.
    Maka sumber pendapatan org2 tua tersebut masih boleh dikira stabil.
    Jika dilihat org2 muda skrang tidak menyokong BN pd PRU12 yg lalu disebabkan ekonomi mereka sbnarnya gawat. Maka sbg pengundi yg mempunyai kuasa, mereka ini tidak menyokong BN.
    Haparan agar UMNO yg ingin diubah ada baiknya juga ttp harus diingatkan kerajaan juga harus mengubah hidup dan ekonomi rakyat. Gaji RM5000 tidak ada makna skrang, semuanya habis kerana sara hidup telah meningkat 100% dr thn 1987 hingga 2009. Tidak mampu membuat simpanan dan tidak hairan ramai yg muflis.
    Cthnya gaji kerani pekerja baru 1987 cuma RM800, ttp pada masa ini gaji pekerja baru juga cuma beza ke RM1200 (swasta) ini adalah fakta. Mana mungkin lebihan RM400 dlm tempoh 20thn dan 100% kos naik mereka boleh hidup selesa.
    Majoriti kerani dan kebawah ini lah jumlah pengundi akan menolak BN jika BN tidak membuat sesuatu perubahan DRASTIK.Contoh: Jika PLUS diambil alih oleh kerajaan dulu katanya akan kene bayar RM2b kpd konsesi, rasa2nya kerajaan mampu berbuat demikian dgn menaikkan sedikit cukai korporat dan individu yg tidak terasa sgt akan bebannya, hanya beberapa thn sahaja akan dpt cover nilai RM2b tersebut jika dibandingkan jutaan rakyat sbg pengundi membayar tol setiap hari selama berpuluh2 thn dan akan sentiasa disambung kontrak dgn mcm2 alasan. Bayangkan berapa ratusan ringgit rakyat dpt menyimpan setiap bln.
    Kes2 jenayah,rompakan dan rasuah yg terlalu byk adalah bukti yg rakyat terpaksa membuat sesuatu yg diluar dari fikiran manusia tidak kenal dosa dan pahala atas sebab hidup tidak selesa.
    Kempen mee segera spt membuat jln kampung, longkang, lampu jln tidak sedikit pun menarik pengundi kerana bg mereka ekonomi harian lebih utama.
    Sekian, wassallam…
    Ikhlas…

  126. Assalamualaikum Ayahnda Tun n Bonda,
    please allow me,
    It’s very disheartened to see some young people in other blogs n sites to call names to Tun. These young people r most likely corrupted in terms of moral n Malay ‘adab’ as the language they used is very abusive n vugar till it saddens me to be a Malay, a mother and a teacher n i couldn’t believe that they r youngsters of our nation. If they’ve studied overseas n came back as people claimed to be educated yet they have no manners since they do not uphold the teachings of Islam that is to hold thyelf to be mean n bad-mouth others. What good that they have learnt when they were in school, in fact before that in pre-school, then secondary and tertiary level??? Have the teachings from the history teachers brought no meaning to them?? Have the teachings from their religious teachers, ustaz n ustazah not given them any revelation in their faith that they can simply curse others as they like?? Have they got no ‘iman’ because only people without ‘iman’ will embrace satanic verses, curses n follow demons alike…
    Ayahnda,
    Though at times i feel like backlashing these youngsters, i guess there’s no point in trying to change their behaviour as they themselves do not wish to be good at heart n mind…we teach them all the good conducts during teaching n learning but after they willingly haven’t learnt anything, they prefer to follow monstrous politicians way n babaric styles when expressing themselves. What say their parents, that if their parents know their current behaviour. I bet they will act goody-goody like in front of their parents but act menacingly behing them….it happens every day now especially when they r influenced by what they see n read in opposition blogs and sites. They have become rotten inside out. Even ustaz n ustazah cannot advise them. Try correcting them, they will sulk n leave the class back door though in the end, they r the ones who fail or become drop-outs….
    This is one of the challenges we have in schools today. How to teach them to behave when they can get all the wrong teachings and examples from notorious opposition politicians???? What good can we expect from the twisted-minded youngsters today?? Only curses…then they can expect the Wrath from Allah SWT one day…
    May Allah bless both of u, Tuns…take care. Love you dearly…
    Wassalam.
    just my brain wave…

  127. Salam buat ayahanda Tun Dr. Mahathir sekeluarga. Semoga ayahanda sekeluarga diberkati Allah SWT dan Rasulullah SAW.
    Ayahanda Tun,
    Untuk renungan kita bersama, pada tahun 2011 nanti, genaplah 500 tahun Melaka jatuh ketangan Portugis. Tahun 2011 ini,kita pernah dijajah oleh Jepun 70 tahun yang lalu… Ironinya kita dijajah apabila bangsa kita sendiri yang membuka ruang untuk penjajah seperti kisah Si Kitol. Begitu jugalah pada tahun 1941,ada orang Melayu berdoa pada tuhan agar Jepun datang ke Tanah Melayu hanya kerana mahu mendapatkan barang-barang murah.Akhirnya seekor kerbau yang dijual hanya mampu membeli beberapa kilo beras dan jenazah hanya berbalut daun pisang atau tikar mengkuang.
    Sebenarnya sejarah tidak pernah melupai kita tetapi malangnya kita melupai sejarah. Bukan Melayu dan orang Melayu yang sokong PAS dan PKR kononnya atas prinsip kesamarataan dan keadilan telah membelakangkan sejarah lalu demi bencinya mereka pada bangsa Melayu yang tersangat pemurah dan baik hati pada bangsa lain. Kalau boleh, mereka ingin merejam Melayu dan UMNO ini didalam neraka yang akhirnya neraka itu jugalah akan menjilat hangus sekali dengan mereka.
    Percayalah, tahun 2011 sudah tidak berapa jauh lagi. Kalau kita tidak melakukan sesuatu untuk menyekat dan menghapuskan YAKJUD dan MAKJUD ANWAR IBRAHIM yang sebelum ini dikurung oleh Tun Dr. Mahathir, maka kejahatan, fitnah, kedurjanaan dan segala macam kerosakan lagi akan berlaku. Pemimpin-pemimpin UMNO, sedarlah bahawa racun yang diberi minum oleh ANWAR IBRAHIM pada rakyat Malaysia terlalu bisa dan sukar untuk dirawat. Mahu tidak mahu, kita kena cari jalan untuk menghapuskan racun berbisa ini… Caranya kembalilah kepangkuan rakyat, dampingilah mereka, buktikan pada mereka semangat juang dan kesungguhan kita sebagai pemimpin dan pejuang agama, bangsa dan tanahair… Hentikan keangkuhan, terlebih selesa dan letakkan asas agama sebagai landasan perjalanan kita. InsyaAllah, cepat atau lambat pasti kemenangan akan kembali berpihak kepada kita…
    TQ. “SELAMATKANLAH MELAYU DEMI ISLAM”

  128. Dear YABhg Tun,
    Syukur you are back in UMNO. Perhaps time to let bygones be bygones and move forward to strengthen UMNO.

  129. Najib has hit the round running and I have come to have positive perceptions about him now. He has gone down to the rakyat and will be people-oriented and will want their views on major policy changes. He released some Hindraf members held under ISA and he has given indications that the cabinet will reflect the diverse reality of the country.
    He is working to trim the ministeries and cut down on duplication and money wastage; all signs so far have been positive in his 1 week of office. With Tun’s guiding hand, I think Najib’s government will be a very effective and fruitful one for all people!

  130. Assalamualaikum. TUN
    Selepas membaca keterangan daripada Tun, saya terpanggil untuk menyatakan sepatah dua kata..sebelum itu ingin saya nyatakan perasaan saya…apabila melihat kemunculan Tun tak kira dimana-mana saya akan terasa teruja dan rasa bangga kerana pemimpin yang ingin saya mimpinkan untuk bertemu dan bersalam ialah Yang berbahagia Tun begitu juga dgn Isteri saya.
    Kerana bagi saya aura atau istilah dengan izin “heng” Tun masih kuat dalam negara. dan saya amat berbangga dgn Tun.
    -satu perinsip yg saya pegang. berkerja untuk kejayaan bukan untuk kekayaan.
    kalau ada salah tulisan mohon maaf.
    sekian ,terima kasih.

  131. Salam Ayahanda Tun,
    Eventhough BN has lost 2 Bukit in Semenanjung Malaysia, I see the lost positively. The lost means rakyat are not miskin and still can play on their emotion in their votes. Rakyat Bukit Selambau voted PKR because kaum india telah menunjukkan perasaan mereka bahawa mereka tidak suka BN kerana MIC, I am wondering how Anwar is going to lead PKR with majority of them are Indians.
    However, Bukit Gantang’s Nizar won with minor majority of 10% plus only and it is the “Kawasan PAS”, quite suprised with this result and according to PAS, majority chinese voted PAS, how do they know chinese voted them, weird?????
    DS Ong Tee Kiat has made a press statement that he sincerely hope that DS Najib will retain all the seats given to MCA. I do hope that DS Najib will not kowtow to MCA. If UMNO members are sincere in power sharing with chinese, please stop “criticising” DAP’s CM Lim Guan Eng, leave him alone, assist and let him lead Penang until the next election fairly and equally. Please do not use power of “UMNO & BN monopoly” to win the malay, chinese nor the indian votes.
    Lastly I do hope that DS Najib will choose a cabinet which is consists of sincere, loyal (wise type, not YES man), competent and hard working regardless of their races.
    Good night Ayahanda Tun.
    P/S:
    Mr Liew, please read all the comments in chedet and you will find the anwers for the cases of Tajuddin and Daim if you really want to know the truth. Being truthful does not mean that you do not have to be hard working.
    S..Tan, I am not like you, I am moderate, I forgive people thus I don’t hate them, however, I will never forget what they have done to me so that I will learn and not to be bullied by them in future. Whatever you have mentioned earlier, I have already done my best that was by voting the Opposition party to teach Pak Lah (Pak Lah kata dia tak nak orang panggil dia sebagai Tun) and his greedy koncu2 including MCA and Gerakan in last PRU. Kalau nak berjaya, jangan lah bersikap “KSM” – Kerja Separuh Menang, Kerja Separuh Masak, Kerja Separuh Mati….. takde pendirian. To me, you are just a Pek Lah (Pek is atuk in hokkien) yang mempunyai terlalu banyak emosi separuh….. what to do, that’s your life. I still remember that you said that I will be “panggang” for saying some not nice comments on chinese!!!

  132. Assalamu `alaikum YABhg Tun dan bloggers Malaysia,
    (01) Pertama-tamanya sepertimana saya katakan di dalam artikel YABhg Tun berjodol `OBAMA AND THE FINANCIAL CRISIS’, saya ulangi kembali ucapan tahniah kepada YABhg Tun di atas kepulangan YABhg Tun dan keluarga ke pangkuan UMNO amnya dan Barisan Nasional khasnya.
    (02) Relatifnya barangkali Barisan Nasional mungkin dilihat semakin luntur cengkamannya di Semenanjung Malaysia tetapi cukup gah dan kuat cengkamannya di Bumi Kenyalang, satu petanda bahawa masih sangat ramai orang-orang di Bumi Kenyalang sayangkan Barisan Nasional kerana budi dan jasanya. Kemenangan calon Barisan Nasional di Batang Ai umpanya adalah hadiah yang amat bernilai kepada YAB Datuk Patinggi Najib Bin Tun Abdul Razak. Ia sekaligus membuktikan bahawa orang-orang Bumi Kenyalang berdiri teguh di belakang Datuk Patinggi Najib.
    (03) Orang-orang Bumi Kenyalang khususnya yang tinggal di luar bandar, tanah pedalaman yang mana lebih mundur berbanding di Semenanjung masih lagi melihat bahawa Barisan Nasional akan memberikan mereka nikmat pembangunan. Maka sudah semestinya lah Barisan Nasional patut memberikan tumpuan untuk membela nasib mereka, bukannya sibuk mencari peluang merampas kembali kawasan yang “derhaka” dengan Barisan Nasional. Tinggalkan saja mereka itu. Biarkan. Yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional yang yang tinggal di pedalaman, yang tidak ada fasiliti lebuhraya, yang belum merasa nikmat air bersih dan cerahnya lampu elektrik adalah mereka yang “terperap” jauh di pedalaman. Itulah kesetiaan orang-orang Bumi Kenyalang meskipun tidak pernah orang-orang Bumi Kenyalang diberi kedudukan istimewa dalam Barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan atau diberi jawatan JUSA yang berstatus tinggi dalam Barisan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Namun kerana pentingkan budi dan jasa Barisan Nasional, orang-rang Bumi Kenyalang terus teguh menjunjung “Dacing”.
    (04) YABhg Tun, walaupun pada dasarnya saya bersetuju bahawa rasuah adalah punca utama masalah masyarakat politik di Malaysia, tetapi saya sangat tidak bersetuju dengan pandangan YABhg Tun yang mengkritik perlantikan YB Khairy Jamaludin. Ini kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri tidak melihat “kekhilafan” YB Khairy itu serius. Malah YB Khairy telah dipilih sendiri oleh majoriti ahli-ahli berdaftar UMNO secara demokrasi, bukannya secara autokrasi. Takkan kita hendak menuduh semua ahli-ahli berdaftar UMNO yang mengundi YB Khairy sebagai menghalalkan rasuah. Kritikan secara langsung YABhg Tun terhadap YB Khairy akan dilihat oleh orang ramai sebagai “dendam peribadi” dan juga akan dilihat sebagai “cubaan mencampuri urusan YAB Datuk Patinggi Najib”. Takkan lah YABhg Tun mahu terus-menerus dilihat oleh masyarakat di sini sebagai “tokoh pejuang bangsa yang sering mengacau-ganggu bangsanya sendiri”, kan?
    (05) Tidak salah YABhg Tun mengeluarkan pendapat tentang orang ini dan orang itu, namun kita melihat kritikan berterusan ke atas orang-orang tertentu dalam kalangan ahli UMNO amnya dan Barisan Nasional khasnya dilihat sebagai mencacatkan jentera Barisan Nasional itu secara keseluruhannya walhal orang yang dikritik oleh YABhg Tun telah berjaya naik melalui proses atau sistem demokrasi.
    (06) Saya kira episod kritikan berterusan ke atas jentera kerajaan dan Barisan Nasional yang sedia ada khasnya harus ditamatkan dan perlu disuburkan pula dengan idea-idea membina sepertimana episod pembinaan Zaman Kegemilangan Malaysia pada awal tahun 80an dahulu. Lupakan lah saja mereka yang didendami oleh YABhg Tun, mulalah bantu saf baru pimpinan YAB Datuk Patinggi Najib membina semula Zaman Kelangsungan One Malaysia.
    (07) Saya mohon banyak kemaafan YABhg Tun andainya tulisan saya kali ini menyinggung minda dan hati YABhg Tun. Moga mendapat perhatian dari YABhg Tun.
    Ikhlas,
    Bujang Redzuan Bin Mohammed
    Kuching, Sarawak
    http://bujangrm.ning.com

  133. Dear Tun hope you joining Umno does not have any personal agenda or personal grudge against any individual or organisation. When you voice out your views or opinions pls do not run on racial lines cos all Malaysians love the harmony enjoyed by the Malaysian people. We rule by democracy so win or lose we all have to follow the law of the nation. There is no point talking about races when the country is facing the economic crisis so we need to be united to face the difficult challenges ahead.Positive views are welcome from all Malaysians and negative views rejected outright. Play your part as elder statesman and do not be biased and treat all Malaysians fairly and equally (All religions preaches this) and earn the respect due to you accordingly. All Malaysian will appreciate that. Warmest regards.

  134. Salam Tun,
    Beberapa hari lepas saya ingat ruang blog ini akan ditutup,maklumlah Tun sibuk sekarang berkempen lah ,masuk TV lah.
    Tapi sebenarnya tidak.Mengenai BN kalah 2 Bukit itu biasa saja kerana kubu mereka.BN naik Bukit tapi bukit tu licin(dulu dah kebas pokok nya).
    Ada juga mulut busuk yg kata Tun yg menjadi punca kekalahan.Begitulah politik ,dengki tak habis habis.
    Kes kalau orang biasa BPR akan selongkar semua dan cepat pula tu tapi Bila Tun (bekas PM ) tulis dalam blog secara terangan kenapa mereka tidak periksa.Kesangsian pada saya apakah ada kekebalan.
    Kalau macam ini bagaimana orang hendak sokong BN pada pilihanraya akan datang.DiBkt.Gantang ramai penyokong BN lompat ke PKR.
    Salam.

  135. selamat petang saya ucapkan kepada Tun…to be honest, Tun merupakan satu-satunya role model saya dalam hidup.saya mula mengikuti perkembangan Tun sejak saya darjah 6.Saya sentiasa membaca buku-buku yang berkenaan dengan Tun kerana saya berminat dengan cara tun menyelesaikan masalah .Kalau dalam televisyen, Tun sentiasa berwajah tenang dalam apa pun keadaan. So, boleh di katakan saya ingin mencontohi untuk menjadi macam Tun iaitu tenang dan berkebolehan mengawal keadaan.karakter Tun boleh saya samakan ibarat karakter Albus Dumbledore,seorang karakter dalam cerita harry potter.

  136. Salam Tun,
    Ini dah kali ketiga Tun lompat keluar masuk. Sam ada kerana terpaksa atau kerana prinsip terpulang lah. Macam mana pun UMNO ni mula jadi parti perasuah semasa Tun sendiri terajui UMNO. Sehingga sekarang dah memang jadi lumrah perbuatan rasuah dalam UMNO dan kerajaan. Tak payah lah nak kemukan bukti. Cukup saja kita tengok bagaimana semua nya hidup serba mewah melebihi kemampuan yang sepatutnya.
    Adakah Tun akan keluar UMNO sekali lagi kalau KJ dilantik ke kabinet? Rasanya saperti Dato Sri Najib tidak mempunyai banyak pilihan dan mungkin terpaksa menamakan KJ sebagai Menteri atau setidaknya Timbalan Menteri.

  137. Tun tidak perlu memberi sumbangan secara terbuka kepada Najib samada untuk menegur atau membantu beliau. Jika ada yang ingin disampaikan, berilaha secara terus kepada Najib, tak perlu tulis diblog atau di syarahan2.
    Tun perlulah hindarkan diri daripada membayangi Najib. Biarkan dia bermain dengan skillnya sendiri. Tun boleh bantu tetapi bukan dengan terbuka.
    Saya faham kenapa Tun dilihat terlalu ambil berat mengenai Najib. Pada saya ada 3 sebab:
    1. Ayahanda Najib pernah menyelamatkan karier politik Tun dengan menerima balik Tun ke dalam Umno setelah Tun dipecat.
    2. Najib sendiri pernah menyelamatkan karier politik Tun semasa pertandingan Tun dengan Ku Li.
    3. Tun rasa bersalah kepada Najib kerana tidak melatiknya sebagai TPM walhal Najib adalah naib presiden terkanan ketika itu.
    Atas sebab itu, bila ada ruang yang melihatkan kelemahan Paklah, Tun terus menggunakannya untuk menaikkan Najib sebagai balasan budi yang telah ditaburkan oleh keluarga Tun Razak kepada Tun.
    Saya amat menghargai nilai-nilai mengenang budi yang diamalkan oleh Tun.

  138. YAB Tun,
    Saya mengcadangkan agar Tun mengambil langkah keluar semula daripada UMNO berikutan kekalahan di dua Bukit. Ternyata peralihan kuasa yang selama ini didalangi oleh Tun dan kroni2 yang kononnya dapat memulihkan UMNO dan BN adalah mengarut. Tun juga perlu rasa bertanggung jawab kerana disebabkan krtikan-kritikan terhadap kepimpinan Pak Lah dan UMNO serta tindakan Tun selama ini telah mengakibatkan genarasi muda dan kaum bukan melayu menjauhi UMNO dan BN.
    Maaf Tun, saya rasa UMNO lebih baik tanpa TUN…
    Tun lebih baik buat parti baru

  139. Aslmkm Tun,
    PAS adalah parti durjana. Sesiapa sahaja yang mahu, boleh
    renung ke belakang sedikit dan akan mendapati perjuangan
    parti ini penuh dengan tipu helah dan muslihat keji.
    Mustahil perjuangan parti ini adalah untuk menegakan
    syiar Islam. Ayat Quran dan Hadis diterjamah ikut selera sendiri. Serban di kepala dan pakaian jubah hanya untuk
    mengabui mata. Banyak kemungkaran telah
    dilakukan oleh parti ini tetapi orang Melayu tak sedar juga.
    Anwar ibrahim pula merupakan musibah besar kepada negara. Dia
    sanggup mengadai segalanya asalkan cita2 peribadinya tercapai.
    Ini benar, tapi ramai orang melayu tidak sedar dan terus terusan
    dijualnya.
    Inilah bahayanya amalan demokrasi. Sesiapa sahaja yang lebih pandai
    atau sanggup mengapikan sentimen dan emosi tidak mustahil boleh
    mendapat sokongan pengundi. Saya khuatir negara kita akan bergolak
    seperti yang pernah terjadi di Filipina, Indonesia dan sekarang
    di Thailand.
    Malaysia mungkin sudah tidak ada pilihan melainkan untuk meniru
    Demokrasi seperti yang diamalkan Singapura. Kaum minoriti mesti
    diberi hak yang sewajarnya sebagai kaum minoritii. Dan parti2
    politik yang memecah belahkan perpaduan rakyat dan memporak
    perandakan negara ditekan habis habisan hingga bankrap dan
    musnah sema sekali.
    Mungkin ini yang terbaik untuk Malaysia atau sekurang kurangnya
    untuk Malaya.

  140. Salam Tun,
    Saya amat berharap agar siasatan keatas Khairy diteruskan… Lembaga Disiplin telah mengesahkan Kahiry Perasuah… Memang sah dia perasuah yang patut disingkirkan dari UMNO… saya berdoa agar Khairy meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda secepat mungkin untuk menjaga imej UMNO serta Kerajaan Malaysia.

  141. Assalamualaikum Tun.
    Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah di atas penyertaan semula Tun di dalam UMNO.
    Kedua, harapan saya agar kehadiran Tun dalam UMNO akan menjadikan UMNO lebih mantap dan teguh.
    Wassalam.
    ” Berpeganglah kamu SEMUA dengan ajaran Allah (agama Islam) dan JANGANLAH kamu berpecah belah!”

  142. UMNO Kecundang Lagi
    UMNO Kecundang Lagi
    UMNO Kecundang Lagi
    Setelah melihat Tun turun padang dan berempas pulas kempen di kedua-dua Bukit, akhirnya UMNO bersama MIC telah kecundang lagi. Sudah masuk pilihanraya kecil yang kelima selepas PRU KE 12, UMNO telah kecundang 3 kali dan MIC kecundang kali pertamanya.
    Walaupun ramai orang menganggap Tun Dolah sebagai pemimpin yang bodoh, saya berpendapat beliau telah membuat keputusan yang terbaik melepaskan presiden UMNO dan Perdana Menteri negara ini. Tun Dolah sangat-sangat mengetahui bahawa UMNO telah mencapai tahap ‘irreparable stage’.
    Saya mengenali Tun sejak Tun mengendalikan MAHA KLINIK di Alor Star dahulu, dan saya ingin melihat Tun bersara sebagai seorang Negarawan yang disegani. Walaupun Tun telah terlibat dengan penubuhan UMNO Baru, kini Tun tidak lagi mempunyai stamina dan kuasa untuk ‘fix up’ UMNO yang telah terjebak dengan barah rasuah, hanya menunggu hari kehancurannya,sepertimana Tun berkali-kali menulis didalam blog Tun.
    Akurlah dengan pandangan Ku Li yang membuat kesimpulan bahawa UMNO telah mencapai peringkat dimana ia tidak dapat memenaggi lagi pilihanraya-pilihanraya dinegara ini.
    Pada hemah saya, penglibatan Tun semula didalam UMNO yang telah tenat akan memberi peluang yang dinanti-nanti oleh opurtunis-opurtunis UMNO untuk menyalahkan Tun sebagai orang yang ‘INSTRUMENTAL’ bertanggong jawab menggali kubur UMNO.

  143. Assalamualaikum Tun…
    Semoga Tun dalam keadaan yang sihat. Doa saya agar Tun masuk semula UMNO telah dimakbulkan. Syukur alhamdullillah. Perjuangan bangsa kita kini makin tercabar dan terus dicabar oleh anasir-anasir dalam negeri dan luar negeri. Diharap kemasukan Tun yang selalu berterus terang dalam setiap aspek akan mencelikkan ramai bangsa Melayu yang buta dan yang semakin hanyut akibat fahaman politik sempit dan jumud. Slogan-slogan pembaharuan ini hanya dibawa oleh agen-agen Yahudi bagi memecahbelah bangsa Melayu. Sekali lagi saya harap Tun boleh menulis mengenai sang kelembai yang nak sangat menjadi Perdana Menteri tu. Terlalu ramai yang mempercayai kata-kata manisnya.
    Semoga kemasukan Tun ini membawa sinar baru bagi kita semua.

  144. YAB Tun,
    Yang kutuk Tun bukan mengutuk Tun tapi lebih kepada kecewa kerana Khairy Jamaluddin yang memang di dapati merasuah tetap di pilih oleh Pemuda UMNO.
    Mereka yang kecewa ini berharap Tun terus berkeras and kritik UMNO sehingga orang sebegini tiada lagi dalam UMNO.
    Itu saja Tun. Saya sendiri kecewa tapi saya tak salahkan Tun. Namun, saya memang tidak faham bagaimana Pemuda UMNO begitu mudah di beli. Mereka barisan pemimpin pelapis tetapi jelas visi dan perjuangan mereka adalah tidak boleh di harap sama sekali.
    Sekarang saya berharap PM baru tidak akan mengecewakan saya pula dengan barisan Kabinet nya yang baru.
    Syarat saya juga tidak akan tertunai jika orang seperti Khairy Jamaluddin di beri tempat untuk memimpin negara.
    Sekian.

  145. Good evening Tun,
    Hope you are health as ever….
    First of all, it was a good decision to come back to UMNO, which I believe, they still need your experience & peseverance to run the party & the country. When you were the Prime Minister, I always look up to you & even follow your speeches, it always been a straight forward statement & there is no hidden agenda. That is one of your beauty in being a Prime Minister.
    I was really shocked when they allowed KJ to contest even tough they found him guilty (tak masuk akal). I hate that man & he could be one of the topic that opposition will use for next General Election. I feel that UMNO disipline comm should revoke his entry for the election. Anyway, that never happen, I hope you can do something about it thru your blog.
    I was watching the news 2 days ago & I like the stmt that you have mentioned “”Apa salah Mahathirism, when the country developed for 22years”… That statement hits the BULL EYES!!!!!
    I don’t see any issue for past 22 years & everyone is happy.
    Anyway, all the best to you & may God bless you & Tun Siti with abundance of love.
    Take Care…..

  146. Tun,
    Dulu masa Pak Lah mula-mula take over, there we so much feel good factor; terjah Jabatan Imigresen, dakwa Kasitah Gadam etc. Lepas tu election pula keputusan sangat baik.
    Jadi Najib tak boleh buat trick yang sama. Rakyat bukan mudah ditipu…

  147. salam Tun,
    harapan saya agar dpt TUN terus berjuang membina kembali keutuhan UMNO seperti suatu ketika dulu. suara akar umbi belum tentu dpt membentuk barisan kepimpinan parti yg mantap tapi kami akan cuba untuk terus menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan RASUAH. suara TUN mgkn dpt memadamkan terus ego2 pemimpin atasan yg berkepentingan dan rasuah seperti KJ.

  148. Salam.
    saya bersetuju dgn Tun. apabila kita menyokong seseorang itu tidak semestinya kita akan mengikut sahaja segala perbuatan beliau.
    Penyokong bukannya bermakna “kaki ampu”. Kaki ampu akan menurut segala perbuatan bos kerana kepentingan sendiri. Budaya inilah yg telah menyebabkan jabatan kerajaan yg ada sekarang menjadi lemah.
    Ketua jabatan hanya tahu mengampu menteri tanpa menjalankan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan.
    Semoga Perdana Menteri kita tidak tertipu dengan kaki ampu yang masih wujud dalam kabinet…
    wasalam

  149. Y.A.Bhg Tun,
    Saya meyokong penoh saranan Tun supaya UMNO dibebaskan dari kumpulan pemimpin yang terbukti mengamalkan politik rasuah dan menguruskan Kerajaan dengan amalan rasuah. Transformasi yang akan dilakukan oleh Dato’ Seri Najib sudah tentu akan membawa kesan yang besar kepada orang Melayu serta kaum lain. Masyarakat Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional sekiranya mereka nampak business environment akan pulih dan rasuah dihapuskan. Sebenarynya peniaga-peniaga Cina sudah benci dengan pemimpin UMNO yang rasuah dan ini diceritakan kepada orang lain apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa. Mereka juga ada etika hidup yang inginkan negara kita ini bebas dari rasuah. Masyarakat Cina sememangnya sedar parti alternatif lain tidak mungkin dapat mewujudkan kesetabilan politik untuk negara ini dan UMNO sahaja sebagai tulang belakang yang membentuk Barisan Nasional yang boleh mengekalkan keamanan dan keharmonian antara kaum.
    Perkongsian PAS, DAP dan PKR hanya formula sementara yang akan membawa kepada huru hara suatu hari nanti apabila soal-soal ketuanan Melayu dipersoalkan. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan sosial dan mereka hanya boleh menikmati perubahan dan pertumbuhan apabila negara mencapai pembangunan ekonomi yang stabil. Orang Cina sukakan kepada kestabilan politik bagi membolehkan mereka berniaga dan membangunkan negara yang pengurusanya dikuasai oleh orang Melayu. Mereka tidak bagitu kisah siapa yang menguasai Kerajaan asalkan pengurusan kerajaan ditadbir dengan baik dan adil.
    Transformasi UMNO hendaklah melihat kepada kekuatan yang ada pada UMNO iaitu sikap tolerasi,cekap dalam pentadbiran negara serta adil.Pemimpin yang rasuah harus diketepikan supaya UMNO bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih saperti kain putih.
    rahim.

  150. BN sudah tidak dapat sokongan dari orang Cina dan India. Paham-pahamlah. Jadi kita mesti teruskan agenda Melayu tanpa mereka “without fear”. Mereka tidak mahu bersama kita.Bukan salah kita. Teringat President Bush berkata ” Either you are with us or you don’t”. So the struggle must go on with or without them. We just cannot continue with this kind of game play of hypocrisy by the Chinese and Indian communities. How much more sacrifice the Malays have to offer. Surely, there is a limit to everything. It looks like nothing is being appreciated.

  151. salam, harap Tun dan sekeluarga sihat sejahtera.
    saya terharu dan gembira kerana Tun kini kembali menyertai umno. saya harap Tun dapat bersama dengan PM Najib untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap umno serta kerajaan. perjuangan tetap perjuangan.

  152. Askum Tun,
    Saya harap kemasukan Tun dalam umno memberi sinar baru kepada umno. Maklumlah sebelum nie kacau bilau di buatnya,Saya rasa belum ada pemimpin yang sebijak Tun lagi.Tun tolonglah ajar anak murid yang baru tu supaya malaysia gemilang seperti pemerintahan Tun dahulu..
    saya sebenarnya dah letih dengan politk haprak sekarang nie……Tolong ye Tun………

  153. Dear Tun,
    I thought you have said the power grab in Perak by BN is wrong? Why suddenly you condone this act (toppling of legitimate state giovernment led by Nizar) by champainging for BN? I thought you also reject UMNO for being corrupt? Why out of sudden, after Pak Lah stepping down, everything seems to be “legitimate” again under Najib?
    You always criticize Pak Lah for being flip-flop, isn’t now you are also flip-flop, within few weeks you come out with contradicting statements?

  154. Assalammualaikum Tun dan blogger
    Bagi saya, tak kisahlah Tun didalam UMNO atau diluar UMNO. Perbezaan UMNO dibawah pimpinan Tun dan UMNO selepas Tun tetapi sebelum DS Najib adalah
    Tun kurang bercakap dengan dan pasal pemimpin serta perjuangan pembangkang. Tun mencari dan mengguna kaedah untuk memenangkan parti. Hakikatnya UMNO lebih teruk di hentam oleh lawan dari ditewaskan lawan.
    UMNO selepas Tun, berpakat sana, berpakat sini, cuba mengelak dari dihentam oleh lawan. Hasilnya, ada ahli UMNO yang termakan dengan dakwaan pihak lawan dan berpecah belahlah ahli-ahli dan pemimpin UMNO.Sebab itulah sekarang ini UMNO kurang dicerca tetapi pemimpin UMNO yang dicerca. Dan UMNO tewas lebih banyak dari dicerca oleh pihak lawan.

  155. Salam untuk Tun sekeluarga,
    Syabas kerana kembali menaggotai Parti Keramat ini. Sememangnya Tun telah menunaikan janji. Kekalahan BN di Bt Gantang dan Bt Selambau bukanlah realiti kemusnahan UMNO/BN. Bagi saya panasnya UMNO (regenerate) belum dapat menghangatkan kelembapan dulu. Masih ada kulapok yg masih memudaratkan. Dengan kembalinya Tun, moga-moga penyakit dan punca dpt di ‘diagnose’sebaik mungkin. Tahniah.

  156. Assalamualaikum Tun,
    1.Macam mana kita nak rebrand balik UMNO kepada parti politik yang lebih friendly dan terbuka kepada semua org Melayu?
    2.Dalam perhimpunan Umno, ramai yang bercakap tentang dasar yang indah untuk Melayu.Adakah Umno mempunyai strategy yang jelas untuk kebaikan org Melayu?Berapa peratuskah dasar ini telah direalisasikan?
    3.Pada pendapat Tun secara ikhlas, berapa peratuskah org dalam Umno yang berjuang demi Agama dan Bangsa?
    4.Sampaibila kita kena bayar toll?, sebab sampai sekarang saya belum tahu berapa lama.Adakah rakyat berhak mengetahuinya?
    5.Sebagai rakyat biasa, apakah nasihat Tun kepada saya dan rakyat secara umumnya arah tuju yang terbaik utk hidup dalam suasana negara kita sekarang.?
    Harap Tun ada masa utk membacanya.

  157. Assalamualaikum.
    1. Kebanyakan pemimpin dan ahli UMNO bukanlah pejuang AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
    2. Mereka suka menjadi kaya dan mendapat habuan dengan cara mudah. Kuat hasad dengki, tamak, suka bermegah dan sombong. Mereka ini gila kuasa dan tamak kekayaan. Tidak amanah dan kuat rasuah.
    3. Rakan UMNO dalam BN adalah puak-puak opurtunis yang menunggu peluang dan kesempatan. Tiada kesetiaan.
    4. Ramai rakyat bawahan merasa sakit hati kerana sikap mereka ini. Ramai orang tidak dapat berkongsi kek kekayaan negara ini. Mereka berdendam dan hilanglah pertimbangan wajar sehingga sanggup berkawan dengan syaitan.
    5. Bukanlah Tun Mahathir yang mampu mengubati penyakit ini.
    6. Tiada jalan lain bagi semua kecuali kembali kepada ISLAM dengan sepenuhnya dan menerima tarbiah serta bimbingan ulama-ulama yang takut dan taat kepada ALLAH. Yang arif pada babnya dan jelas sanad ilmunya. Bukan yang mempunyai ijazah atau phd berjela tetapi angkuh dan sombong dengan ilmunya.
    7. Jika UMNO berani berubah dan sanggup berkorban demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA maka sesungguhnya belum terlambat untuk memulakan langkah. INSYAALLAH menang dunia akhirat.

  158. Assalamualaikum Ayahenda Tun dan rakan blogger,
    Selamat kembali ke pangkuan UMNO. Gembira dan sayu saya mengetahui Tun menyertai UMNO. Teruskan perjuangan, kami yang sepemikiran Tun akan tetap bersama TUN.
    Melihat kekalahan BN di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, adakah memberi maksud rakyat semakin menolak BN?. Mungkinkah ada perkaitan imej KJ menyebabkan ramai rakyat masih meluat? tempiasnya kepada BN?
    Dikalangan ahli UMNO ramai yang meluat apa tah lagi yang bukan ahli UMNO atas kemenangan KJ. Saya rasa rakyat mengambil masa lama untuk mempercayai kembali kewibawaan BN. Kewibawaan BN bukan lagi terletak kpd kejayaan pembangunan yang telah dilakukan tetapi lebih kepada sahsiah diri pemimpin itu. Yang membawa lumpur seorang yang tercalitnya ramai.Bayangkan kalau ramai pembawa lumpur tak seluruh negara yang tercalit lumpurnya. Yang sukarela dan ikhlas untuk membersihkan lumpur itu berapa ramai pula, yang menambah lumpur itu pula berapa ramai? Yang seronok bermain lumpur juga memang ramai.. Terima kasih.

  159. Assalamualikum Tun,
    Hahaahahah, apa salahnya tun masuk balik UMNO…. Sememangnya Tun masuk kedalam UMNO bagai “Peluntur melunturkan lumpur”-buat sendiri,hahaha….Maksudnya hanya tun saja boleh menghapuskan politik rasuah….
    Nampaknya tun memang bermusuh dengan Paklah ke? Maaf kalau tersilap…
    Saya memang tak suka cara dia memerintah….sangat lemah,sampai PKR sanggup boleh buat apa saja iaitu (MENGHINA INSTITUSI RAJA2 MELAYU)…
    nampaknya dia tak tegas macam tun…
    Saya harp PM baru dapat mengubah daripada buruk kepada yang baik…
    Sekian ,wasallam…

  160. YAB Tun
    Saya sangat berbangga dan gembira Tun kembali kepangkuan UMNO. Semoga ini membawa sinar kepada kebangkitan UMNO. Saya yakin UMNO ‘will be the wounded tiger ready to roar again’. Cuma masa dan keikhlasan pemimpin UMNO untuk sama-sama berjuang untuk negara dapat memperkasakan UMNO kembali. Pandangan dan sokongan Tun amat penting untuk memberi kekuatan ini.
    Read my blog http://masmanja.blogspot.com/

  161. Sir,
    Thank you for the explanation with regards to your return to UMNO. As long as you are around to keep things in check, then everything will be alright. Good luck to your new role as unofficial adviser to the ruling party.
    On the recently concluded by-elections, it seems your presence on the ground did nothing to sway the voters to BN. I think it has backfired because people were upset that you returned to UMNO and also campaigned for them. I also think there is going to be one more by-election in Bukit Lanjan, Selangor. This is because I hear that PKR wanted to wait for the results of the 3 by-elections to see the level of support for them. Now that they have won the 2 Bukits in Perak and Kedah, they will want to test their strength in Selangor. This place will be even harder for BN to win. I hear that the current assemblywoman Elizabeth Wong is adamant about resigning her seat. So, let’s wait and see.

  162. Dear Tun,
    Judging from the latest by election results, the new PM is still not being accepted by the majority of rakyat.I am so surprised that even with your last minutes campaign, it had also couldn’t score a victory results.
    UMNO and its alliances should study what have resulted the consequences. Frankly speaking, it is just simply that the rakyat do not accept the arrogant of UMNO leaders, and also its subserviant alliances such as MIC & MCA particularly the present cabinets. To resuscitate this situation, the BN really have to put in their immediate genuine efforts, tell and practise the truth for the rakyat…and not try to threaten the rakyat by ISA etc when they have a different ideas…..
    I wish have a nice day.

  163. Tun
    you are again
    1/ misleading your subscribers
    2/ passing blame that lies with you on Tun Abdullah
    3/ setting the perception that you are a person of integrity, and everyone else is “corruptible” (or supports corruption)
    Under your administration – corruption was rife. You had Ministers in your cabinet who did not exemplify integrity, yet you retained them.
    Under your administration – you talked a lot about development and progress. Yet, you (yourself) and your colleagues did not adhere to one principle which is critical to development which is succession planning. UMNO, MCA, MIC, Gerakan under your leadership had the same theme – Control and Rule!
    3/ Under your administration – you did not like open communication and feedback. Yes, I agree feedback needs to be responsible, however when people wrote or commented about anomalies of how your government governed, you swept it under the carpet OR “shut” people up.
    But when you were no longer running the show, you were only happy to be one of the loudest and most unproductive critique of the Government. Your hypocrisy was apparent (except to your blind followers).
    And now, you’re supporting DS Najib but also with some choice political disclaimers. The minute DS Najib does not agree with your views or if he opposes your suggestions, we can and will hear your open objections of his leadership.
    I hope DS Najib will run his council and givernment independant to your advise because Tun, I want for the country to see you for who you are, not who you portray…
    If DS Najib continues to get praise from you and your support, I am not illussioned (like your followers), that you have a lot of influence and control over this new Government.
    I hope to also receive some choice scolding from you for my comments (and I can bet your followers will do that for you) – that is your style – you scold all those who opposes your views. PERIOD!
    (Ravi)

  164. Dearest Tun,
    Firstly I’d like to express my gratitude on your return in UMNO recently.
    Your return will surely cause beneficial changes to the party as well as to the society.
    Although I’m not fond towards politics, but I do admire your leadership from the beginning till now.
    I do believe that the corruption happening within the government can be changed with leaders such as you are.
    I will always pray for your happiness and success in life.
    May God bless you with great blesses for eternity…insya Allah.

  165. Salam Tun
    Terima Kasih kerana masuk semula UMNO
    harapan saya agar Tun dapat memimpin DSN sebagai PM yg cemerlang dan membantu dalam kemajuan negara…
    buat apa nak malu jika niat kita nak membantu perjuangan bangsa… semoga pentadbiran PM baru lebih nahi mungkar rasuah dan amal makruf
    Malaysia dah terkenal sebagai negara Islam…saya berharap, tunjukkan la apa itu Islam kepada rakyat kita dan seterusnya negara lain…
    UMNO tu perjuangan bangsa kita, jangan lalai sampai kita dipijak.. bangkitlah bangsaku
    “Hati yang lalai dengan Tuhan penuh dengan mazmumah
    Hati yang tidak rasa bertuhan, rasa kehambaannya punah
    Bila rasa bertuhan tiada, jiwapun mati atau buta
    Hati yang mati dan buta laksana batu yang keras
    Batu yang keras, air pun tidak boleh ditampungnya
    Sebarang apa pun ditanam di atasnya tidak akan mahu tumbuh
    Begitulah hati apabila sudah keras macam batu,
    Sebarang pengajaran tidak akan boleh diterimanya
    Jika dinasihat, sakit hatinva
    Sebut nama Tuhan tidak terasa apa-apa
    Diingatkan dosa dan pahala, acuh tak acuh saja mendengarnya
    Sebut sahaja Syurga Neraka, malu mendengarnya,
    Ada kalanya mencemik mulutnya”

    sekian
    🙂

  166. Dear TDM,
    Semua MKT UMNO yang menang merasuah. Mungkin Muhyiddin sedikit sahaja atau tiada langsuang amal politik wang.Tapi lawannya Muhamad Muhd Taib dah tentu perwakilan pilih Muhyiddin. Kalau lwannya Ali Rustam belum tahu lagi kemenangan bagi Muhyiddin. Yang lain-lain termasuk Tok Pa juga beri rasuah. Sebab itu mereka menang. Contoh yang tidak rasuah tapi tak memang ialah Rais Yatim. Rais bagi buku antologi cerpen isterinya pada perwakilan. Dia kalah sebab tak beri wang.
    Hishamuddin beri wang RM1,000.00 setiap seorang perwakilan. Siapa sponser wang itu? Pernah Tun dengar tak Apex Communication Sdn. Bhd kontrektor pembinaan sekolah-sekolah. Tanyalah Apex ada sponser Hishamuddin tak. Hantarlah SPRM check account atau syarikat ini. Yang saya ingat dia jumpa sekurang-kurangnya 2 kali setiap perwakilan. Shafie Afdal juga beri wang. Perjumpaan sebanyak 3 kali setiap perwakilan. Lagi teruk Zahid Hamidi. Hamid Alba kalah sebab tak beri wang. Dia jemput makan sahaja dirumahnya.
    MKT lain yang menang semua beri wang pada perwakilan. Yang kalah seperti Azalina, Mashitah dan beberapa lagi tak beri wang pada perwakilan. Ada juga yang tak menang tapi mereka juga beri wang pada perwakilan.
    Azeez Putra contohnya, tanya dia berapa seorang perwakilan dia beri. Jangan Tun tuduh sebarangan. Mantapkan fakta dulu sebelum menuduh sesiapa rasuah. Khir Toyo tak beri wang pada pemuda ke?. Adakah Tun berpendapat suruh orang datang jumpa calon pakai duit sendiri. Kalau perwakilan jumpa calon guna RM100.00 duit sendiri setiap kali jumpa berapa jumlahnya 10 kali jumpa. Itu baru 1 calon. Kiralah berapa ramai calon.
    Dan mereka yang menang ini seperti Tun usulkan jangan pilih sertai kabinet. Jadinya semua yang menang jangan dipilh jadi menteri sebab mereka amal politik wang untuk menang. Pilihlah mereka yang tidak menang dan mereka yang tidak amal politik wang. Inilah yang dikatakan kabinet “bersih”.
    Kawan kawan bolggers fikirkanlah.
    Wassallam.
    ACPMYW

  167. Assalamualaikum Tun…
    Diharap Tun dapat meyakinkan semula rakyat kepada UMNO dan BN.
    Disamping memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada PM yang baru.
    Semoga UMNO dan BN dapat diterima semula.
    Salam dari kami sekeluarga dari JB.
    Assalamualaikum.

  168. Dear Dr M,
    After the sad exit of Tun Abdullah Badawi, BN was still dealt a bruising blow by PR SO IT SHOWS CLEARLY THAT you cannot hold one MAN entirely responsible for all the ills.It’s due to a slew of collective reasons.The lack-lustre administration,its unfair handling of various racial issues that cause more insecurities for the minority races & etc rather than reinforcing the Rukunegara for ALL.Can’t name them all ‘cos there are so many obvious reasons.It also does not help having a weakening economy with more & more job losses for Malaysians & unemployment of new graduates.
    The ordinary Ahmad,Ah Chong & Muthusamy are more concerned with all the bread & butter issues concerning their family well -being than canvassing if they can help it.
    I see the Govt ever so busy-sibok urus pilihan raya kecil satu persatu, sekarang ini pulak tiga sekali macam tak ada lain kerja nak urus.Apa akan jadi dgn ekonomi yg semakin lama semakin merosot??
    Are we going to say Sayonara to the BN boat in time to come???
    RT

  169. Assalamu Alaikum Tun,
    Saya juga berharap Najib berani lakukan perubahan. Beliau tidak perlu takut kehilangan populariti dalam Umno jika berbuat demikian. Kalau peraswah dalam umno digugurkan, Mungkin Najib mendapat musuh dalam partinya. Tapi jangan lupa, Najib juga akan mendapat rakan bersih dan setia lebih ramai apabila rakyat kembali kepada Umno atau kembali menyokong semula kerajaan apabila yakin benar Umno sudah bersih walaupun mungkin tidak sepenuhnya daripada gejala rasuah. Go Najib. Lakukan perubahan besar-besaran. Jangan alang-alang. Fikirkan sentimen rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang yang jelas masih belum mahu memaafkan BN. Good luck.

  170. Assalamualaikom
    Saya amat setuju dengan pandangan Tun supaya kabinet yang bakal dilantik oleh PM DS Najib hendaklah bebas dari perasuah dan sebagainya.
    Mohon pandangan Tun tentang tuduhan yang dikaitkan dengan DS Najib
    terhadap pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam dan jet pejuang yang hangat diperkatakan dalam dan luar negara.

  171. Assalamualaikum tun,
    dah lama saya tak hantar komen untuk tun..
    rindu pulak,
    saya sokong denga pendirian tun untuk masuk balik ke umno sebab umno sememangnya perlukan ayahandanya dan perlu bimbingan dan kasih sayang dari tun terima kasih tun kerana menjadi bapa malaysia.
    saya harap tun dapat menjadi ayahanda umno yang berwibawa dan dihormati sehingga bila-bila.
    MUHAMAD AIDIL BIN OMAR

  172. Terima kasih Tun kerana kembali menyertai UMNO.
    Adalah diharapkan Tun dapat memberikan buah fikiran dan pengalaman Tun sebagai PM kepada Datuk Seri Najib dalam mengembalikan kekuatan UMNO dan BN bagi menghadapi pakatan pembangkang yang ketika ini bertambah kuat selepas beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan dan yang terbaru ialah di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

  173. Salam Tun..
    Saya sbg seorang pengundi di Bkt Selambau, amat sedih dengan kekalahan BN di sini.. Walaupun saya tdk suka, tp saya tetap menyokong bila Tun dah kembali ke UMNO…
    Skrg saya 26 tahun, saya hidup di era pemerintahan Tun… Saya amat bersyukur membesar dlm keadaan aman dan damai dibawah pemerintahan Tun tp sekarang keadaan orang melayu dan masyarakat Malaysia jadi huru hara selepas perletakan jawatan Tun sebagai Perdana Menteri..
    Dimanakah kami rakyat Malaysia ingin mencari pemimpin yang setaraf Tun Mahathir….Ya Allah kau berikanlah keberkatan kesihatan kpd Pemimpin Terulung kami…Amin

  174. Salam Tun…ini kali kedua dalam topic dialog kali ini…Harapan ianya relevan….
    …seperti mana biasa, saya selalu tegaskan kepada pembaca & Tun sendiri yang saya tak pandai politik dan tak berapa pandai memprosakan tulisan dan nyataan nukilan..namun kali ini saya nak berungkapan politik sedikit.., bukan sebagai seorang politician tetapi sebagai seorang rakyat & penyokong sebuah parti politik….!
    Untuk renungan rakan bloggers sekelian & semua pembaca….
    “kadangkala, baik jugak kita ikut contoh2 terbaik sesebuah negara lain dalam membangunkan mertabat negara mereka, dari segi pentadbiran, politik & ekonimi…,walaupun sesebuah negara itu adalah sebuah negara yang kita tak suka! contoh Amerika Syarikat!
    =>yang baik dicontohi, yang tidak baik jangan diikuti – falsafah lama

  175. haapan saya agar rasuah politik dapat diatasi dengan segera utk mengembalikan kepercayaan rakyat

  176. Salam Tun,
    Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas tindakan yang Tun lakukan. Moga ianya dapat memperbetulkan UMNO dan Datuk Najib dapat menerima pandangan dan kritikan Tun dengan sebaiknya.
    Masa depan UMNO terletak di tangan Datuk Najib. Moga beliau mengambil teladan dari beberapa insiden yang berlaku sebelum ini dan menurut jejak langkah arwah ayahnya dahulu.
    Harap Tun dipanjangkan umur dan dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk membangunkan negera ini ke arah yang lebih baik.

  177. Salam TUN,
    Saya dibesarkan dalam zaman Tun sebagai Perdana Menteri.
    Saya amat mehormati Tun,walaupun ada orang tiada suka TUN.Pada Allah bagi PANAS orang marah dan Allah bagi HUJAN pun orang marah.Cuma yang penting bagi saya adalah peratusannya.
    Saya amat gembira TUN kembali ke dalam UMNO.
    SAYA HARAP TUN DAPAT MEMBERI PANDANGAN DAN PETOLONGAN
    KEPADA PARA PEMIMPIN UMNO,RASUAH YANG MENJADI ISU DI DALAM UMNO?
    DI DALAM PARTI POLITIK LAIN PUN ADA RASUAH JUGA.OLEH ITU UMNO KENA
    TANGANI ISU RASUAH DI DALAM UMNO SENDIRI BUKAN DI BUKA KEPADA UMUM.
    CERITA LAKI BINI DIDALAM KELABU..JANGAN SEKALI-KALI DI CERITAKAN KEPADA ORANG LAIN.BURUK PADAHNYA..APA YANG TERJADI SEKARANGLAH.
    BARISAN KALAH LAGI DI DUA KAWASAN..PADA PANDANGAN SAYA..CARA BARISAN BERKEMPAN DAH KETINGGALAN ZAMAN.BARISAN KENA MENGGUNAKAN SIBER..KERANA BUDAK-BUKAK MUDA LEBIH PERCAYA SIBER DARIPADA TV..DAN SURAT KHABAR..SEBAB MEREKA BERPENDAPAT SURAT KHABAR DAN TV DI CONTROL OLEH KERAJAAN.
    NIZAR MENJADI IMAM..ZAMBRY PUN MEMBANTAH..SECARA TIADA LANGSUNG.BN TOLONG BERKEMPEN UNTUK PAS.ORANG MELAYU HENDAK PEMIMPIN MEREKA BOLEH MEMIMPIN DIDALAM SEMUA KEADAAN..DUNIA ATAU AKHIRAT
    BERUBAH LAH WAHAI ORANG-ORANG UMNO
    SAYA SAYANG AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

  178. Salam Tun,
    Hati saya amat tersentuh bila dapat tahu yg Tun sekeluarga masuk balik UMNO. Semoga dengan kamasukan kembali Tun kedalam UMNO akan memperkasakan kembali UMNO seperti zaman TUN dulu.
    Kerajaan masa Pak Lah, pada saya terlalu berlembut, semua org boleh bilas balik cakap Pak Lah. Dari apa yg saya dengar masa zaman Tun dulu, para menteri nak pandang mata Tun pun takut. Bukan nya takut pasal pengecut, but must be coz of ur aura.
    Bagi saya mula bersekolah rendah, menengah & universiti dan start bekerja pada zaman Tun, saya rasa Tun berjaya membuat policies yg baik untuk negara, walaupun pahit untuk ditelan.
    Bercakap pasal 3 PRK yg baru lepas, yg mana 2 darinya dimenangi oleh Mata Lebam & PIS, bagi saya ianya bukan ukuran sokongan rakyat untuk pemerintahan DSNTR ataupun kemasukan TUN kembali ke UMNO.
    But first thing TUN, I am sure that DSNTR would ask for ur advise on the new cabinet line up. Pls, pls, pls do not give any ministrial position to KJ. Pada hemat saya, pasal KJ inilah yg buat BN hilang 2/3 majoriti pada PRU 12 lepas. Mungkin pasal dia juga BN kalah dalam 2 PRK baru2 ni. Kalau dia naik juga, saya rasa parti yg saya sanjung & sokong dari zaman saya kecik2 dulu akan kalah dalam PRU 13 nnt.
    Pasal DSAI, tutupkan mulut dia tu, Mulut yg celupar. Macam2 yg dia kata salah. Ini tak betul, itu tak betul. Macam lah dia yg betul sangat. Malas la nak cakap apa yg dia dah buat kat belakang. Masa menjaja undi, dia tak penah cakap lak apa yg dia nak buat untuk rakyat, cuma dok sibut salahkan BN jer.
    Yg org melayu ni pun satu. Rasa kesian masih menebal kat org2 melayu kita ni. Dari AF sampai la ke peti undi, tak abis2. Tengok org tu dari keluarga susah, jual satey, SMS la macam nak rak. Sama gak, tengok org tu mata lebam, pangkah untuk dia bebanyak. Tapi org tak tahu, masa kat dlm court dulu, dia selamber jer jalan & peluk2 yg family members dia. Padahal kat luar punya la duduk jer kat kerusi roda. Org yg bermuka2 cam ni ker yg kita nak lantik sbg PM kita. NO WAY
    Apa2 pun, tahniah pada TUN sbb masuk balik UMNO. Bagi saya lak, lepas tun masuk balik UNMO, saya terus mohon untuk jadi ahli secara online.
    Kalau tak de UMNO ni, dah lama la melayu kat Tanah Melayu ni merempat. Kekal kan ia, cuma keluarkan kaki-kaki yg bawa masalah dalam UNMO ni, i.e. perasuah, pembodek etc. Insayallah UNMO akan kembali diterima rakyat.

  179. Benarkah BN mengamalkan polotik wang seperti yang di gembar gemburkan oleh MARFEL ini? Berikut adalah laporan MARFEL berkenaan By Election N26 Batang Ai.
    MAFREL (Malaysia for Fair & Free Election) statement
    Report Compiled by a member of MAFREL
    I am now backed in Kuching after spending 8 days in Batang Ai observing the by-election conducts. And as far as our term of references (which is very limited) is concerned we are more or less done, 3 days before polling.
    Why I said we are done, because there is nothing to observe anymore. What happen in the next few days will be of no different. Riggings in this by-election are rampant and sad to say that the words

  180. Assalammualaikum Tun:
    1. Saya dapat terima alasan Tun untuk kembali pada UMNO kerana kalau kerbau dipegang pada talinya, manusia pula pada janji. Sekarang Tun sudah berada dalam UMNO and hopefully you will contribute sound advices and be listen to. As for me and my friends, we will NOT come back to UMNO unless we have seen the changes we hope for. I think I mention about this in your last entry and I think you do take note that “enicom” is a regular visitor to your blog.
    2. Saya mengucapkan “selamat datang” pada Tun yang sudi datang ke kawasan saya baru-baru ini (Taiping & Bukit Gantang). Memang ramai orang2 yang telah menyambut kehadiran Tun dan mendengar ucapan. Saya amat terharu penuh rasa sedih mendengar bila Tun meminta semua penyokong2 Tun and bekas2 ahli UMNO pulanglah ke dalam parti itu. Yes, di dalam himpunan orang yang sebegitu ramai waktu Tun sampai dan Tun berucap, biarlah Tun tahu bahawa ramai sekali juga bekas2 ahli UMNO dan penyokong Tun yang hadir. Sewaktu Tun di temuramah oleh media di Pusat Media Pilihanraya, sebenarnya Tun bukannya jauh sangat dari rumah saya (dan yang cuma 10 minit sahaja kalau kita berjalan kaki hendak ke Kem Tahanan Kamunting tu) dan kalaulah tidak kerana security yang amat ketat, pasti saya akan jemput dan bawa sendiri Tun makan di rumah. Kita makan aje apa yang ada, boleh kan?
    3. Sudah saya katakan, Tun, berulang2 kali dulu UMNO mesti berubah dulu dan perubahan itu biarlah amat meyakinkan. Dan perubahan itu mesti SEGERA. Seluruh jentera BN digunakan untuk memastikan UMNO menang di Bukit Gantang tetapi walaupun dengan kehadiran Tun, UMNO tewas juga. Bukit Gantang, Taiping ialah kawasan Melayu dan message kekalahan ini takkan-lah payah nak di baca. Message nya UMNO mesti di semaikan kembali dengan “Semangat UMNO Lama” dan politik wang membeli pengundi doesn’t work. Kalahnya UMNO di kubu kuat orang-orang Melayu seperti Bukit Gantang, Taiping juga membawa message UMNO masih belum di terima lagi oleh semua orang-orang Melayu dan UMNO jangan mudah mahu mengaku UMNO itu benar-benar parti yang mewakili orang-orang Melayu. Kalau benar semua Melayu sokong, takkan-lah kalah di Bukit Gantang.
    4. Kalau Tun nak marah, marahlah but many of us was very happy to humble-down UMNO. Saya sedih melihat penyokong-penyokong UMNO yang di import masuk dengan sebegitu ramai, menompang berkampung di kawasan saya dan berkerja keras….terpaksa pulang dengan rasa penuh keciwa. Mana dia si-KJ tu, mana dia Keris Pemuda? Kalau tak cukup ilmu di dada dan kalau hati tak benar-benar jujur berjuang untuk bangsa serta negara, jangan cuba mahu tunjuk hebat di kawasan kami.
    5. Saya dan kawan2 akan memerhati siapakah barisan kabinet Najib nanti. Speaking about Najib, saya tersenyum kerana terkenang kembali sejarah lampau. Kalau Najib itu “Tun Razak”, “Muhyuddin” pula is “Tun Dr Ismail” (hahahaha!…dua2nya sama, serious dan tak pandai senyum!). Najib ada 4 tahun untuk make a few significant difference in UMNO and BN. 4 tahun memang tak cukup masanya tapi tak ada pilihan. Convince us or BN/UMNO might be seeting dalam barisan pembangkang lepas PRU 13.
    6. Kalau iya pun mahu gunakan “bijak pandai Melayu” dalam tv memberi komens atau cuba utilizing political tactical strategies untuk memancing undi atau memburukkan pihak lawan, biarlah logik sikit. Ada satu slot tu dalam TV di mana ada orang kampung tu berkata sudah berpuluh tahun kawasan itu tak ada bekalan air dan mereka cuma gunakan air telaga. Mana logiknya Tun strategy ini? PR baru sahaja pegang kawasan Bukit Gantang dan kalau orang tu kata “dah berpuluh tahun”, ertinya BN/UMNO-lah yang tak buat kerja dulu serta ambil berat soal air.
    7. Saya kagum dengan semangat ahli2 PR. Buat kerja berkempen bukannya macam orang UMNO. Nak suruh buat kerja berkempen sikit, mahu minta upah terlebih dulu. And Tun, perhati tidak angin perubahan? Siapa sangka penyokong DAP akan ke hulu ke hilir berkempen untuk PAS? Siap dengan kereta-kereta mereka membawa bendera PAS. Masa zaman Tun dulu, sorry-lah kita nak nampak suasana sebegini.
    Akhir kata, the next time Tun datang ke sini, jemputlah ke rumah walaupun cuma di bekas kawasan setinggan ini. Kami semua akan berasa amat berbesar hati (dan saya pula pasti akan ambil kesempatan meminta Tun autograf kan buku2 Tun yang saya beli..hahaha!). Harap Tun tak akan rasa malu atau kekoh menjamah makanan yang ada. Saya jemput cuma Tun sekeluarga aje tahu. JANGAN bawa si-KJ tu, belum tentu kami pelawa masuk.

  181. Tun, izikan sya memberikan pendapat:
    Guru sebagai wakil sokongan akar umbi
    1. Umum tahu BN telah berjaya mengekalkan Batang Ai. Begitu juga Pakatan Rakyat di bukit selambau dan bukit gantang. Di sebalik ‘good mood’ peralihan kuasa UMNO, keputusan ini sudah tentu agak mengecewakan tetapi ada juga kebaikannya ia berlaku sekarang.
    2. Dengan jangkaan kemenangan BN yang meleset, Najib dan teamnya terpaksa melakukan lebih lagi. UMNO perlu melakukan lebih banyak pembaharuan untuk mendapatkan undi belia dan bukan melayu yang nampaknya begitu beralih arah.
    3. Tak perlu pegi jauh.
    4. Kawan-kawan universiti Malaymind majoritinya adalah mereka yang pro-PR termasuklah kawan – kawan peringkat sekolah rendah dan menengah. Ini cuma segelintir contoh belia yang ada.
    5. Yang Pro-BN di peringkat pemimpin akar umbi pula adalah mereka yang mahu cari makan dari projek – projek kerajaan. Penyokong tidak aktif UMNO tidak punya banyak pilihan selain dari mereka ini kerana mereka sanggup mengabdikan diri sepenuhnya demi UMNO kerana disitulah mata pencarian mereka.
    6. Dek kerana tidak punya waktu untuk kerjaya lain, mereka terpaksa bergerak munggunakan dana dari pihak atasan untuk terus mencari sokongan. Mereka juga kerap bergantung kepada sumbangan awal sebagai cara untuk mula mendekati akar umbi.
    7. Oleh itu, semakin banyak masa diperuntukkan untuk membeli sokongan, semakin berakar umbilah budaya rasuah di dalam UMNO. Duit yang habis perlu diganti dan pemimpin atasan akhirnya tidak punya pilihan selain dari terus menyalurkan dana kepada wakil peringkat cawangan ini.
    8. Oleh itu, apa yang patut UMNO lakukan ?
    9. Melalui pengamatan Malaymind, guru merupakan calon yang paling efektif untuk menghapuskan budaya ini. Guru adalah orangnya dimana sokongan adalah berdasarkan rasa hormat dan keilmuan.
    10. Meskipun tanpa terlibat di dalam politik wang, guru mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan sokongan dari kalangan anak-anak murid mereka, dari kalangan ibu bapa murid dan juga kalangan guru sendiri.
    11. Guru juga punya lebih waktu untuk bergaul dengan masyarakat setempat dalam aktiviti sekolah dan semua ini tidak memerlukan dana yang besar selain dari karisma yang ada dalam diri mereka.
    12. Secara prinsipnya, UMNO tidak boleh terus bergantung kepada mereka yang membeli untuk mendapatkan sokongan. Guru perlu diberikan ruang sebagai focal point sokongan akar umbi kerana mereka punya potensi menjana sokongan yang tulen.

  182. TUN..
    KJ TIDAK AKAN KEKAL LAMA DALAM UMNO…
    HE IS PERASUAH NO 1 MALAYSIA..
    DIA AKAN DI SINGKIRKAN DARI JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO TIDAK LAMA LAGI… SIASATAN MASIH BEJALAN.
    DAN SAYA PERCAYA SAYAP PEMUDA UMNO AKAN DIBUBARKAN… PERCAYALAH..

  183. Dearest Tun Mahathir,
    Sesungguhnya,
    1) Abdullah telah berjaya menghancurkan kerajaan orang Melayu yang diterajui UMNO. Untuk musnah amat mudah untuk pulih AMAT SUKAR dan PERLU MASA YANG TERLALU LAMA. “All in the expense of” hak orang Melayu. Dasar “openess”, tranparency etc. semua itu merapu, kata orang Melayu lama “bull shit”. Indah didengar tetapi tidak difahami secara mendalam dan kesannya di dalam struktur masyarakat Malaysia oleh Abdullah.
    2) Orang PKR ni pula pula terlalu KEMARUK nak jadi PM, hingga perkataan ALLAH pun boleh dibenarkan untuk org. lain. Sudahlah tu….Umur semakin tua…InsyaALLAH harapan untuk jadi PM tidak ada langsung.
    3) Mentaliti kebanyakkan orang Melayu terutama yang muda memang “anti-establishment”, manakala yang lain pula suka aktiviti menang sorak kampung tergadai. Berpiket sana sini memang mereka suka, tak payah berfikir, seronok buang masa lagipun mereka ni bukan ada kerja nak buat pun. Malas berfikir. Belajar bahasa Inggeris pun malas. Jika kita tidak mula sekarang belajar dalam bahasa Inggeris bila lagi?? Nak tunggu semua bersedia; guru-guru etc. percayalah sampai bila-bila kita tak akan mula. Tugas kita sekarang cari penyelesaian untuk masaalah yang kita hadapi dalam pembelajaran math dan sains dlm. bahasa inggeris, BUKAN hentikan.
    4) Hanya cara kepimpinan Yang Berbahagia Tun Mahathir yang kononya “zalim” dan “diktator” sahaja setakat ini yang dapat membela nasib orang Melayu yang semakin rapuh dan terlalu lemah di negara sendiri ini.
    5) Di negara ini kita amat memerlukan SATU parti Melayu yang BENAR-BENAR KUAT untuk membela kita. Buangkan ego kalian bersatulah. BUKA mata, lihat betul-betul apa yang “MEREKA” dah dapat dan akan dapat dari perpecahan kita…FIKIR…JANGAN MALAS BERFIKIR…
    Selamat kembali ke pangkuan UMNO.
    Pesanan utk. PM baru :
    Dato’ Seri Najib, tolong jangan beri muka langsung kepada penderhaka-penderhaka orang Melayu ini (i.e. perasuah politik dan sekutunya yang suka kumpul harta untuk diri dan saudara mara lantas pamerkan kekayaan kepada rakyat seperti saya, tersenyum hanya bila pilihanraya tiba, masaalah rakyat hanya didengar, penyelesaian tiada).
    Dengar, dengar dan dengar “signal” AKAR UMBI i.e. rakyat seperti saya ini…. Tolong pantau majlis tempatan, mereka paling dekat dengar AKAR UMBI dan paling banyak menyusahkan AKAR UMBI. “This reflect very bad to the government”. Terima kasih Dato’ Seri.
    Semoga ALLAH pelihara kesihatan Yang Berbahagia Tun sekeluarga. AMIN.
    Terima Kasih Yang Berbahagia Tun Mahathir dan salam keluarga untuk Yang Berbahagia Tun.

  184. Asalamualaikum tun,
    Saya harap tun dan keluarga sentiasa sihat,
    semoga tun sentiasa menegur jikalau terdapat kepincangan didalam pentadbiran DSNR,
    hari ini banyak melebelkan umno adalah rasuah dan rasuah adalah umno,sedangkan parti lain bagi mereka adalah malaikat,sebab tu lah dua bukit boleh kat pembangkang,
    Kami di utara alahamdulillah, cuma dua kerusi DUN saja dapat kat pembangkang,parlimen pula ke tiga-tiga disapu bersih oleh BN,
    Kalau umno/BN nak dapat kepercayaan rakyat contohilah negeri kami di utara ni.
    Satu-satunya negeri diutara yang masih dikuasai BN,tapi kalau pihak pucuk pimpinan tidak dapat memenuhi kehendak penggundi,mungkin PRU 13 disini pun boleh merudum.
    Semoga PRU 13 akan berpihak kepada BN
    salam dari utara,
    terimakasih

  185. Assalamualaikum Tun,
    Alhamdulillah Tun rejoin UMNO.
    The result of the three by-elections is that BN lost at Bukit Gantang and Bukit Selambau. In my opinion of the three by-elections result, malaysian are still angered with some of the people who are in BN and especially in UMNO.
    UMNO had just end their General Assembly. The result of the UMNO general election is still fresh in my memory and everyone else. We all know that whom the delegates vote does not represent their grass root.
    In the case of Khairy as we all know,he was being investigate of money politics and was let off with just a warning. Datuk Sri Ali Rustam did not receive the same fate as Khairy was. Khairy was allowed to contest which he won (I was sad Mukhriz loss) but Datuk Sri Ali Rustam was barred from competing .Where is the justice?
    In these cases, I believe malaysian are still angered with the result of the UMNO general election (especially the Ahli Majlis Tertinggi and Ketua Pemuda) and as a result the voters vote for the opposition at Bukit Gantang and Bukit Selambau. The people has spoken.
    To our Prime Minister Datuk Sri Najib who will pick his cabinet members, I would like to give my opinion that do we need a Minister that malaysian dislike? I think if they dislike that person, malaysian may as well dislike BN. When they dislike BN will they vote for BN in the next General Election? I don

  186. Assalamualaikum YB Tun Yang Amat Dihormati,
    1.Tahniah dan selamat kembali Tun ke Umno.
    2.Walaupun pada pandangan saya,masih ada perosak-perosak yang masih berlegar di dalam Umno,tetapi sekiranya PM baru menggunakan pendekatan yang bijak dengan mendapat pandangan Tun dan beberapa pemimpin veteran yang ikhlas dalam memperbaiki parti,insyaallah peluang adalah cerah.Yang penting pemimpin rasuah JANGAN diberi tempat dalam kerajaan.
    3.Ya,sememangnya ia bukan semudah berkata-kata.Tetapi tindakan yang teliti dan segera harus dilakukan.Hanya lima tahum dan lima bulan parti Umno dirosakkan oleh Pak Lah.Sekarang kita perlu ke hadapan memikirkan tentang kestabilan politik dan ekonomi negara,kerana kedua-dua ini saling berkaitan antara satu sama lain.
    4.Kekalahan PRK di dua tempat ini,tidaklah mengejutkan saya,kerana sentimen yang dimainkan oleh pihak pembangkang masih kuat.Pihak pembangkang semakin naik tocang dan angkuh(fitnah dan persepsi sudah menjadi mainan mereka),oleh itu sekiranya adanya khabar angin atau fitnah tehadap pemimpin kerajaan,haruslah diselesai dan dijawap dengan segera dengan bukti dan fakta.Andaian menyatakan pengundi dan rakyat sudah bijak berfikir kurang tepat,kerana masih ada golongan yang masih kuat dengan hasutan,sentimen,niat negatif dan pesepsi.
    5.Semua yang ingin menjadi pemimpin,hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan yang bersih dan sederhana.
    6.Didalam kita berusaha membersihkan Umno,kita tidak boleh memandang ringan penyelewengan,janji-janji kosong dan tindakan dari pihak pembangkang.Mereka ini mula menanam sifat kebencian dan sentimen negatif terhadap kerajaan dikalangan golongan muda.
    7.Saya amat gembira Tun masih sihat,dan sama-sama turun padang membantu kempen di PRK.Walaupun BN kalah,ini tidak bermakna perjuangan kita tamat.Usaha telah dilakukan,yang penting semangat perjuangan tidak luntur untuk diwarisi kepada pemimpin yang akan datang.Saya kagum,walaupun Tun sudah berumur,tetapi pengalaman,kebijaksanaan dan semagat jitu Tun masih diperlukan.
    Pemimpin seperti Tun amat sukar ditemui sekarang.Yang ramai pandai bercakap,pandai mengutuk dan tunjuk lagak.Mereka ni,yang pandai komen Tun ni,elok dipaksa hantar sebagai sukarelawan di negara bergolak dan miskin seperti Palastine,Afganistan ,dan beberapa negara di Afrika,barula tahu bertapa bersyukurnya duduk di Malaysia
    di bawah kerajaan Bn.
    Semoga Tun dan Tun Siti Hasmah sentiasa dirahmati Allah,kerana hanya Allah yang mengetahui segalanya.Saya dan keluarga sentiasa menyokong Tun.Semoga negara kita akan lebih bersatupadu dan hidup harmoni.One Malaysia!
    BERSATU RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA,MALAYSIA.

  187. YAB Tun,
    1. Salam sejahtera buat Tun dan Tun Dr Siti Hasmah, semoga Tun kedua-dua memperoleh kesihatan yang baik.
    2. Tun, saya agak terkejut melihat penglibatan semula Tun dalam keahlian parti UMNO. Sejak kebelakangan ini Tun bergerak sendiri dari luar dan sekarang Tun buat pilihan untuk mengikat semula dengan UMNO.
    3. Dewasa ini Tun menyuarakan pendapat dan pandangan Tun dari luar sebagai seorang yang bebas dan terbuka dalam semua aspek, membantu menunjukkan semula satu hala tuju yang betul bagi kepimpinan Negara. Secara mendadak dan seolah-olah Tun dapat mengubahkan kepimpinan Negara dalam sekelip mata dan Berjaya membuat demikian in your life time, Sir. Saya amat kagum. Walaupun hanya berada di luar, Tun seolah-olah mempunyai magical powers dan you inspired every individual out here who is every day waiting to hear what you have to say about this and that. Tindakan Tun yang teliti dan bijak ini mampu menggerakkan dan membangunkan jentera kerajaan yang hampir jatuh merudum.
    4. Mungkin Tun tidak rasa apa-apa kebimbangan tetapi saya amat bimbang sekarang ini, kerana penglibatan Tun yang terlalu aktif dalam kempen politik akan memberi kesan buruk kepada kredibiliti Tun.
    5. Setakat ini, sejak Tun keluar dari UMNO dan bercakap lantang tentang apa yang seharusnya dilakukan dari semua aspek tidak kira sama ada tentang orang Melayu atau agama atau negara tanpa mengira parti atau siapa saja kerana Tun bebas dan tidak terikat kepada mana-mana parti dan disiplin parti.
    6. Tun dikagumi sekarang lebih daripada era Tun menjadi Pemimpin Negara. Tun disanjung dan disegani bukan saja setakat di Malaysia tetapi di setiap pelusuk muka bumi ini. Walaupun ada yang tidak berkenan dengan tindakan Tun pada satu ketika dulu, tetapi dengan kemunculan kelantangan idea-idea Tun yang bernas bukan saja la ni Tun disanjung oleh kelompok-kelompok mereka dalam BN tetapi malahan Tun dihormati oleh mereka dalam kumpulan pembangkang. Mereka yang tidak menerima Tun dulu, menerima Tun sekarang.
    7. Apabila Tun memasuki UMNO semula, sudah tentu dan pasti Tun akan terikat dengan disiplin dan peraturan ahli-ahli UMNO. Saya pasti Tun sudah tidak bebas seperti dulu untuk bercakap lantang atas apa yang Tun rasa benar dan salah.
    8. Saya takut satu hari nanti Tun juga secara tidak langsung akan bersekongkol dengan tindakan-tindakan BN yang mungkin tidak betul dan tidak digemari rakyat di mana Tun sendiri mungkin tidak bersetuju tetapi malangnya nanti pada ketika itu, Tun tidak ada pilihan kerana Tun terikat dengan disiplin dan peraturan Parti UMNO yang tidak membenarkan ahlinya memberi komen secara terbuka dalam ucapan dan akhbar. Your good actions might just be misconstrued by the public.
    9. Mungkin Tun boleh berikan nasihat dan teguran kepada PM secara peribadi tetapi bagaimana pula dengan barisan Kabinet yang lain kerana Tun bukan barisan ahli Kabinet untuk berbincang dalam mesyuarat.
    10. Saya khuatir suatu hari apabila mulut Tun telah terkunci gara-gara terikat dengan disiplin UMNO, Tun juga akan terpaksa menjadi Pak Turut. (tetapi saya percaya Tun bukan jenis seorang Pak Turut).
    11. Justeru, jika Tun terus juga bercakap di luar dan memberi komen terhadap UMNO saya pasti Tun akan dipecat daripada UMNO sekali lagi seperti mana yang berlaku semasa zaman Tuanku Abdul Rahman. Pada masa ini kewibawaan Tun akan jatuh merudum.
    12. Maaf Tun atas bahasa yang kurang menarik ini. Tun, kalau kita nak cuci bekas (tong) yang berisi najis, janganlah sekali-kali kita masuk dalam bekas itu, dah pasti kita akan terpalit dan berlumuran dengan najis tersebut

  188. TUN,
    Kemenangan selesa pemangkang, PAS dan PKR di P059 dan N025 ada yang mengatakan rakyat telah menterjemahkan nya sebagai refrendum rakyat kepada kerajaan BN. Namun saya melihat disebalik nya.
    Sebelum saya meneruskan hujah, saya ingin menyentuh sedikit tentang kehadiran TUN di kawasan ini untuk membantu jentera kempen BN.
    Ternyata sentuhan TUN agak memerangsangkan kerana telah mendapat sambutan masyarakat tempatan. Usaha TUN dilihat tidak gagal. Malah TUN telah berjaya menarik semula sedikit sebanyak pengundi2 atas pagar dan penyokong2 UMNO kembali menyokong BN.
    Mungkin kehadiran TUN agak lewat. Maka tidak banyak perkara yang dapat TUN sampaikan kepada pengundi2 di kawasan tersebut. Mereka telah pun ada keputusan sendiri ketika itu. Dan tentulah agak sukar juga diwaktu yang sengkat itu dapat memngembalikan atau mempegaruhi mereka untuk menyokong BN. Lupakan itu.
    Tapi ada faktor lain yang lebih penting untuk dilihat dan dinilai semula oleh BN terutama UMNO.
    Kekalahan BN memang telah diramalkan seawal hari pencalunan. Calun pembangkang lebih berkayikinan untuk menang diatas beberapa faktor.
    Antara nya sokongan 100% dari kaum Cina dan India dari jumlah 40% pengundi akan mereka perolehi.
    Mereka hanya perlu mencari 20% dari pengundi Melayu terdiri dari penyokong PAS atau pun PKR.
    Trend kaum Cina dan India memberi sokongan kepada PR sememang nya jelas sejak pada PRU12.
    Kaum2 dari kumpulan ini telah pun menolak parti2 yang mewakili kaum ini didalam BN. Sana ada mereka sudah tidak percaya akan kepimpinan parti ini atau mereka mahu akan suara lain yang dilihat mampu menyempurnakan segala tuntutan mereka.
    Pemimpin2 MCA, Gerakan dan MIC telah gagal menyatukan atau menyakini kaum yang diwakili mereka untuk menyokong mereka.
    Maka Mr. Samy Velloo usahlah mendabik dada mengatakan dia adalah pemimpin unggul masyarakat India. Dia suadah tidak lagi relevan dan pengaruh nya juga sudah luntur dalam masyarakat India. Ini diterjemahkan dengan jelas di DUN 025 Bukit Sealambau.
    MIC juga MCA dan Gerakan. Pemimpin mereka seolah2 sudah tidak bernyawa. Terlalu banyak berpoltiking dan dilihat gagal dalam penyampaian yang jelas akan segala dasar2 kerajaan kepada ahli2 dan kaum nya. Mereka seakan2 terikut2 rentak DAP atau PKR didalam menyaurakan pandangan dan tuntutan.
    Apa yang dirasakan sekarang UMNO bersendirian menghadapi segala cabaran dalam BN. Setiakawan dari parti komponen lain di semenanjong sudah tidak dapat diharapkan.
    Maianan poltik dari parti PAS dan segelintir pemimpin2 Melayu dalam PKR juga dilihat satu cabaran pada UMNO. Pehak2 ini lebih bersedia memecah belahkan orang2 Melayu semata2 memperjuangkan idealisma sempit mereka untuk mengejar kedudukan dan pangkat, sanggup mengorbankan bangsa dan agama. Mereka lebih selesa begabung dengan parti yang terang2an menyimpang jauh daripada perjuangan asal UMNO dan BN untuk membina sebuah negara yang makmor dan maju untuk rakyat Malaysia.
    Di perengan ini saya ingin melihat dan menyentuh untuk PAU yang akan datang di mana BN terutama UMNO akan lebih waspada dan bijak membuat percaturan dalam agihan kerusi2. Contuh nya, DUN 025 Bukit Selambau sudah tidak relevan lagi untuk meletakan calun dari MIC. Kerusi ini mesti di pertandingkan oleh calun UMNO. Sudah 2 kali cubaan MIC gagal. BN tidak mampu menyerah kalah sebegitu mudah untuk PRU akan datang.
    Bergitu juga jika calun UMNO ada kelebihan untuk menang di satu2 kawasan itu maka kerusi itu hak UMNO.
    Tidak lagi wajar UMNO/BN sengaja meletakan calun2 yang ada cuma 20% sahaja kaum nya dan selebih nya mengharapkan undi2 ahli2 UMNO dan orang melayu untuk memberi kemenanagan nya. Ini lah antara faktor kekalahan banyak kerusi BN yang diwakili salah calun di kawasan2 sejuk seperti ini pada PRU 12. Ini jelas terjadi di Parlimen Sungai Siput. Kawasan majority orang Melayu, di tandingi oleh Samy Veloo. Pengundi2 telah menolak nya mentah2. Setelah sekian lama pengundi2 ini setia memberi sokongan pada nya tapi tidak lagi pada PRU 12.
    Tipu helah musuh2 BN juga harus di hidu dan dikesan segera dan diteliti dengan bijak sebelum memulakan tindak balas. BN tidak selalu mesti dalam keadaan defensif, sekali2 sekala mesti lah mampu juga membuat gerakan menyerang.
    Di harap dengan kembali nya TUN maka boleh lah TUN memberi sedikit sebanayk bagaimana nak mulakan semula permainan poltik ini.

  189. Dear Tun, Assalamu Alaikum.
    I have just heard one sensational yet grave story that Khairy’s win as Umno Youth Chief was orchestrated by his FIL – TAAB by blackmailing DSN. It is alleged that TAAB told DSN that he would handover PM post only after getting KJ as the Ketua Pemuda Umno. The helpless DSN might consented unwillingly and that’s how KJ become Umno Youth Chief.
    The above allegation is well supported by below facts:
    (1) KJ was allowed to contest the Umno polls even after being involved in money politics.
    (2) The counting of Umno Youth votes took SIX HOURS.
    (3) Unofficial sources say that the counting was done for 3 times. Datuk Mukhriz had won in the first two rounds of counting. However, KJ protested both times and the counting was done for 3rd time and suddenly Khairy won at third attempt, which clearly shows the conspiracy & manipulation, and also the abuse of power (i.e. AAB was still the PM during Umno polls last month).
    My Dear Tun, Please raise this issue immediately and arrange thorough investigation into it and get KJ out of the helm of the Umno Youth. Thank You. Salaam.

  190. Salam Tun berdua….
    Mintak izin nak ngomel sikit Tun…saya taklah pandai menulis, cuma nak nyatakan isi hati…dan harap bersesuaian dgn isu didailog ini…
    (Buat mereka yang serasa..)
    Bak kata pepatah…”Sireh Pulang Ke Ganggang”….dah elok le tu! Doa ramei orang termakbul….! Selagi ada daya Tun bimbinglah kami anak bangsa..
    Dah terbukti jasa dan kemampuan…mertabat sifu/mentor., even the powerful Taksin Sinawatra of Thailand dikatakan 2nd Mahathir! (he is the ‘yardstick’).
    Jadi tiada persoalan – mengapa Tun perlu campur tangan..lah, kacau lah…, bagi peluang orang lain buat kerje …lah!
    Ianya sememangnya dah didalam diri Tun tu sendiri, darah pejuang – seorang pemimpin yang tetap akan memimpin.
    Orang dari luar negeri cemburu yang kita, rakyat Malaysia ada Tun Mahathir….nie…, orang sendiri yang nak pinggirkan ketua nya!
    Politik tu , berpolitik lah jugak…! Orang tua jangan kita sanggah begitu aje…bukan budaya kita!Cuba kita menghormati ketua dengan iklas! kalau dia tegur sikit tak apa, bukan nak menjatuhkan, tapi nak membina!
    Sebelum ni deme dah buat silap, dan melupakan Tun…harapan kami, anak murid Tun yang baru ni akan memimpin dan jika perlukan mentorship, jangan cari dari Universiti ke, ke tingkat mana ke….dapatkan Tun dan ahli2 kabinet yang lain…ada masa nye, ambil juga point2 para pembangkang, tapi senyap2 lah….sebab berpolitik lah katakan! (yang nyata, pembangkang pun rakyat kita jugak..ada yang berwibawa, bersih dan berkualiti); => I bukan politician & tak pandai … pun, tlg jangan salah anggap ye!

  191. As’kum Ayahnda Tun,
    Walaupun hati ini meruntun dan kecewa di atas kekalahan UMNO di Bukit Gantang, namun ia terpaksa ditelan jua kerana sepertimana yang telah diramalkan dan cakap cakap yang telah kedengaran sebelum ini, kemenangan KJ dalam PAU tempohhari pasti akan memberikan impak yang besar dalam pilihanraya di 2 bukit tersebut. Kemarahan yang meluap luap dan kebencian terhadap kaduk naik junjung seperti KJ ini, akan terus menjadi sentimen dan persepsi yang sentiasa bermain disanubari rakyat dan ahli ahli UMNO diperingkat akar umbi. Kalaulah, lembaga disiplin UMNO telah bertindak dengan sewajarnya tempohhari, pasti keputusan PRK ini adalah sebaliknya.Saya percaya dalam PRU13 akan datang keputusannya tidak akan memihak kepada UMNO dan BN. Jika itu berlaku, UMNO dan BN akan menjadi sebahagian dari lipatan sejarah. Terpulanglah kepada kebijaksanaan DSN dan TSMY untuk bersama sama mengambil penyapu seterusnya membersihkan segala elemen yangmenjadi liabiliti kepada parti UMNO.
    Seronok sangat bila Ayahnda dan masuk UMNO semula, seperti kata pepatah Melayu lama ‘Bak sirih pulang ke ganggang’

  192. tak hairanlah kalau seseorang ahli politik melaung-laungkan slogan “berjuang demi kebaikan rakyat” semasa memberi ucapan … tetapi niat sebenar hanyalah diketahui oleh diri sendiri
    contohnya … semasa pemimpin memberi ceramah dalam kempen membeli barangan buatan tempatan, mereka menyuruh orang ramai membeli kereta proton dengan ulasan yg amat menarik sekali (tetapi driver peribadinya tunggu diluar dengan kereta mercedez) … ada juga yg menggunakan proton perdana secara umum (ohh … rupa-rupanya terpaksa kerana itu polisi kerajaan) … tetapi dirumah peribadi berlambak dengan kereta mercedez, porche & lain-lain .. kereta proton satu biji pun tak nampak …
    di kampungku dahulunya terdapat seorang ketua kampung yg memimpin lebih dari 20 tahun … sepanjang kepimpinanya suasana kampung dalam keadaan yg baik … sepanjang waktu itu beliau pernah mengalami saingan yg sengit dalam proses pemilihan ketua kampung, namun beliau dapat mengatasinya … beberapa tahun yg lepas, beliau membuat keputusan untuk mengundur diri dan memilih waris ketua kampung … semasa upacara pencennya, beliau memuji warisnya dengan pelbagai perkataan yg amat bagus, sambil menangis-nagis lagi …
    tak sampai 4 tahun, beliau menghentam ketua kampung baru dengan pelbagai kenyataan terutamannya menantu ketua kampung baru itu yg membuat sial … dan tidak kurang juga membantah ketua kampung baru yg tidak melanjutkan polisi kampung yg disarankan dahulu … keadaan ini menyebabkan penduduk kampung berpecah-belah …
    desakan bertalu-talu untuk memaksa ketua kampung baru berundur … akhirnya berjaya juga desakn tersebut …
    dikatakan niat beliau adalah untuk memulihkan semula keadaan baik kampung … tetapi ada kata orang juga mungkin beliau merindui kedudukan kuasa mutlak yg dinikmati dahulu … ada yg katakan kerana beliau mahu warisnya hanya mengikuti kehendaknya agar jasa beliau di kampung tidak dapat diatasi oleh orang lain …
    entalah mengapa keadaan demikina berlaku … tetapi suasana ini menonjolkan beliau seorang yg hanya mementingkan diri-sendiri … dimana beliau menganggap seluruh kampung itu dimiliki oleh beliau seorang … apa-apa benda yg berlaku di kampung itu mesti mengikut citarasa dan kehendak beliau …
    paling malang sekali, beliau tidak fahami bahawa kebaikan kampung beliau itu, hanya dapat dilanjutkan secara berkurun-kurun, sekiranya penghapusan sikap mementing diri sendirinya itu …

  193. Salam Tun,
    Semalam kita telah melihat keputusan 2 pilihanraya di Semenanjung yang dimenangi Pas dan PKR, banyak pengkritik yang masih melihat daripada pandangan politikus atau pemerhati politik bertaraf Profesor di IPTA. Justeru pada pandangan saya selepas tewasnya BN di Permatang Pauh, K.Terengganu [pandangan rakyat biasa] BN [kerajaan] masih gagal memenuhi permintaan dan kemahuan rakyat. Perkara remeh tidak disegerakan oleh BN seperti pekerja asing sebaliknya kerajaan lebih memihak kepada majikan kononnya untuk kebaikan dan pertumbuhan ekonomi. Tetapi hakikatnya alasan ini ditolak rakyat. Kalau 1.6 billion boleh mengalir keluar kenapa tidak diberi kepada rakyat tempatan untuk meningkatkan pendapatan per kapita? tetapi majikan sibuk meminta pekerja asing untuk memaksimumkan keuntungan tetapi jiran tetangga hidup merempat dengan gaji RM650 sebagai pengawal keselamatan dan menyara 4 orang anak. Perkara ini patut telah lama disedari kerajaan, tapi tindakan yg dicanang ialah 1.8 juta pekerja asing pada 2010. Kenapa slow sangat? Jadi fikir2 lah pandangan rakyat yang tertekan kalau BN nak menang pilihanraya akan datang.. Rakyat bukan meminta hak orang lain tetapi hak rakyat untuk menikmati imbuhan yang disalur kepada pekerja asing..

  194. Salam tun,
    Yey..Tun dah masuk UMNO balik.
    lega!
    kuat betul sokongan Tun pada PM Najib kita!
    Saya hargai usaha Tun nak bantu pulihkan negara..
    harap2 bila saya balik Msia nanti,dapat rasa aura PM baru ni!
    Tun taknak komen pasal kajian semula ISA ke tun?

  195. Assalamu’alaikum,
    1. Tahniah kepada Tun untuk “second historic re-entry”. Tun berpegang pada janji untuk menyertai semula UMNO.
    2. Bagaimanapun, pada diri saya yang datang dari ulu ini, merasakan satu kehilangan apabila Tun kembali ke UMNO.
    3. Apabila Tun “establish”kan blog ini, rakyat Malaysia yang ‘D’uduk ‘A’tas ‘P’agar (DAP) seperti saya ni dapat merasakan satu kuasa baru yang muncul di arena politik negara ini. Itulah Kuasa Ketiga, iaitu golongan yang tidak berparti, atau berparti tetapi tidak berkroni.
    4. Kuasa Ketiga ini berjaya digembleng di bawah banner CHE DET.
    5. Kuasa Ketiga ini boleh menyentuh (tegur, kutuk atau sokong) mana-mana pendapat dari mana-mana parti. Idea yang dicetus di lembah CHE DET ini boleh pula di kutuk atau di sokong oleh mana-mana pihak, sama ada BN atau PR.
    6. Harapan saya, semoga Tun dapat mengekalkan momentum dan aura “the third power” ini, dan tidak terlalu semprono, pro-Najib. Semoga “the third power” ini tidak kehilangan dan diselubungi dek glamournya “our re-new first lady” (Dulu pernah sekejap memangku first lady dan menyanyi dan buat klip video, masa Pak Lah menduda sebelum kahwin dengan Jeanne).
    7. Pada masa yang sama, saya juga berharap Tun tidak dijadikan “perisai” oleh mana-mana “opportunis” dalam UMNO, sebagaimana mereka menggunakan perisai Sultan Azlan Shah, dalam menghalalkan “rampasan” kuasa di Perak.
    8. Kalau dah masuk UMNO tu, saya mohon jasa baik Tun, nasihatlah Zahid Hamidi dengan baik. Jangan “twist”kan antara yang halal dan haram. Rasuah politik tu jelas haram hukumnya dalam Islam. Penggunaan nama Allah oleh bukan Islam pula harus hukumnya (dibolehkan ; rujuk blog bekas mufti Perlis dahulu).
    9. Jadi, bila UMNO PERAK sanggup menerima 2 pelompat parti yang perasuah, bermaksud UMNO memang parti yang bersekongkol dengan perasuah. Bahkan, UMNO bertindak sebagai “detergen” atau serbuk pencuci perasuah, untuk disucikan dan di”baptistkan”.
    10. Untuk isu nama Allah pula, kita tidak akan mati syahid, jika kematian kita kerana berjuang mempertahankan halangan penggunaan nama Allah oleh non-Muslim.
    Salam

  196. Salam TUN,
    Honestly TUN, i’m really scared now. Pembangkang menang lagi. Skrg ni saya rasakan, yg Anwar jahanam tu benar2 berada di dalam comfort zone. Dia sekarang merasakan bahawa dia pasti akan menang di dalam mana2 pilihanraya pun tanpa perlu membuktikan apa2 walaupun begitu jelas sekali dia adalah pengkhianat bangsa no 1. Saya sedih melihat orang melayu yang begitu buta sekali. Saya tidak pernah percaya kepada orang Cina. Malays are too gullible and the chinese know this. Bagi saya mereka amat memerlukan pengkhianat seperti Anwar untuk menghapuskan hak2 dan ketuanan melayu. TUN, please do something… now that we have a new prime minister,pls work with Dato Najib and mend our nation. Malays need to be educated. Most of my malay colleagues here, they supported pembangkang…kata mereka Anwar betul, takpelah hak melayu dilucutkan, sedangkan mereka berkerja dgn cina dan mereka sebenarnya tidak pernah berpuas hati dengan layanan majikan cina, kata mereka, cina pilih kulit. Mereka menyokong tindakan DAP walaupun diskrimasi dilakukan di depan mata. Saya tak faham dan sgt keliru. Apakah begitu bodoh dan jahil bangsa melayu??? Dipukaukah mereka ni?? Terlalu banyak email yang diforwardkan yang mengandungi gossip2 yang mengarut. Kebanyakannya dari cina2 DAP. Dan apa yang dibaca, mereka percaya bulat2. Saya benar2 takut skrg. Kadang2 saya terfikir, jika tiada jalan lagi untuk memulihkannya semula, lebih baik tragedi seperti 13 Mei berlaku lagi. Mungkin itulah saja cara menyedarkan orang melayu yang tidak faham erti sejarah dan tak tau menghargai bangsa dan tanah air. TUN, once again, pleaseeeee… do something..!

  197. Assalamua’laikum..
    Yg berbahagia Tun Dr.Mahathir Mohammad.
    1)Saya mengaharapkan penjelasan jelas dan ringkas daripada Tun, sebab sebab Tun amat memusuhi Tun Abdullah supaya rakyat jelas dan terang apa kesilapan Pak lah yang telah dan boleh merosakkan Malaysia.
    2)Sekali lagi penjelasan perlu tentang bekas TPM tun dahulu, DSAI, untuk kami rakyat biasa ini lebih faham kenapa Tun menolak DSAI ini. Apakah perkara yang menjadi perkiraan Tun ketika itu sehingga berlaku pemecatan TPM ketika itu?.
    Saya berpendapat, penjelasan Tun atas perkara di atas dapat melegakan rasa tidak puas hati rakyat kepada ramai pihak, kerana masih ramai rakyat biasa seperti saya yang masih kurang faham perkara ini dan berlanjutan sehingga kini kerana maklumat tepat tidak diperolehi.
    Saya mengkagumi dan amat menghormati Tun lama dah,kerana kredibiliti Tun yang tinggi, menjadi persoalan kepada rakyat atas segala tindakan Tun. Di sini keinginin rakyat amat tinggi untuk mengetahui segala sebab yang mungkin atas tinadakan Tun biarpun kadangkala berlanjutan 100 tahun lagi.
    Rakyat sentiasa berharap, sokongan tetap di beri…
    Salam sayang buat Bonda Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

  198. Salam Tun
    Akhirnya blog Tun yang saya tunggukan. Memang pendapat Tun itu betul dan saya tidak boleh kecal Tun kerana nak memasuki kembali ke dalam UMNO. Juga tidak adil untuk mnghentam atau menuduh Najib sebellum dia diberi peluang untuk menunjukkan capabilities beliau. Saya akan bagi dia peluang. Tetapi tidak senang untuk menukarkan apa yang telah kian lama dipraktikkan oleh UMNO yang menyebabkan parti ini dipanggil parti perasuah atau parti tidak adil. Maksud saya seperti :- (1) Setiap ahli UMNO sepatutnya diberi 1 undi untuk menentukan calon untuk jawatankuasa UMNO, dan bukan pilihan dibuat oleh wakil (2) Masih belum ada langkah yang efektif dan berkesan untuk membasmikan rasuah dalam UMNO (3) Saya rasa masih banyak lagi dari pemimpin UMNO masih lagi mementingkan wang dan materialisma dari memajukan negara dan kawasan mereka (4) tidak ada tanda menunjukkan Najib akan membubarkan ISA yang sangat tidak disenangi rakyat.
    Saya terbaca satu artikel dalam The Star (Sabtu atau Ahad) tidak lama lepas Najib menjadi PM ditulis oleh seorang penulis India yang menyenaraikan 10 langkah yang Najib perlu tangani untuk betul-betul meyakinkan rakyat. Selepas membaca keseluruhan artikel itu, saya setuju betul tentang 10 langkah itu. Saya harap Najib telah membaca artikel itu.
    Seperti saya kata – let’s look and see. Saya juga tidak boleh salahkan Tun kerana memasuki balik UMNO sebab memang benar kata-kata Tun dalam blog Tun dan saya nampak Tun seorang yang adil yang juga akan mengkritik Najib jikalau dia tidak perform.
    Sekian.
    ezanih.

  199. Salam Tun,
    Sebelum PRU 12 ramai orang tidak menduga dan menyangka bahawa BN boleh kalah teruk dalam sejarahnya setakat ini.Tanda-tanda ini boleh dilihat dengan prestasi BN yang memenangi hampir semua PRK sebelumnya.
    Pada masa ini BN telah banyak menerima kekalahan dalam PRK yang memungkinkan ramai orang berpendapat BN akan kalah dalam PRU 13 akan datang.Berusaha dan tawakal kepada Tuhan kerana Dialah yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ini sejak azali lagi.
    Kemakmuran,kebaikan dan kehancuran juga dalam urusan dan perancangan Tuhan yang telah lama menentukannya.Sekarang ini fitnah telah berleluasa dalam negara Malaysia.Rakyat mudah dihasut,dipengaruhi dan dikelirukan dalam urusan agama,akhlak,politik,undang-undang dan persepsi yang tidak berasas.
    Penyampaian yang benar dan lurus sangat penting sekarang bagi membetulkan fahaman,tafsiran,pegangan dan persepsi rakyat dalam tiap-tiap isu yang telah berbangkit hingga menimbulkan kebencian sesama rakyat Malaysia.
    Gunakanlah apa-apa medium yang boleh menyemai benih kasih-sayang yang meluas antara rakyat dan pemimpin dengan bijaksana dan berkesan.Berjuanglah dengan ikhlas tidak kira pemimpin atau pegikut dan tolong-menolonglah dalam membuat kebaikan,janganlah tolong-menolong dalam membuat kejahatan.
    sekian,terima kasih.

  200. Salam ayahanda Tun yang disayangi..,
    Tun, saya dah lama ternanti-nanti penyertaan semula Tun dalam UMNO. Saya faham betapa cinta dan sayang Tun pada UMNO. Meleleh airmata saya tengok Tun pegi Perhimpunan UMNO hari tu…Pada yang pertikai kemasukan semula Tun dalam UMNO, sebenarnya mereka tak paham dan tak kenal siapa itu Tun Mahathir! Saya juga mengharap sangat si KJ tak pegang jawatan dalam barisan kabinet baru DS Najib. Wajah KJ dah cukup riak ye Tun…
    Saya macam orang gila sorang-sorang kat ofis ni bila tengok Tun disambut ramai orang masa pegi berkempen hari tu…asyik la dok kata..YES!YES!Suami saya suruh siap kerja…saya jawab…jangan kacau,,,saya tengah baca suratkabar online…pasal ayahanda saya…!! Dia kata kita pun nak idup juga…dan saya akur…siap kerja saya sambung balik tengok gambar TUN!!!
    Saya lebih yakin dengan kemasukan Tun dalam UMNO…Dah lama saya tunggu…T/kasih Tun…Tun boleh baca komen saya dekat blog DS Khir Toyo menggunakan City Cyber…luahan hati saya….bye Tun and Take care…menanti kabinet najib!

  201. Salam buat Tun sekeluarga…
    Semoga Tun dapat membantu memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Pada hemat saya, keputusan pilihanraya kecil semalam sedikit sebanyak ada kena-mengena dengan kekecewaan rakyat terhadap kemenangan menantu Dol Aah sebagai Ketua Pemuda dan beberapa ahli MT tertentu yang mempunyai rekod ‘penconteng arang. Sesetengah perwakilan UMNO dilihat masih cuba melonjakkan kepimpinan ‘penconteng arang’ walaupun rata-rata rakyat sudah jelak dan mual terhadap mereka.

  202. Salam Tun,
    Saya masih berpegang kepada pendirian saya sebelum ini yang menyatakan kejatuhan UMNO berpunca dari Pak Lah dan Khairy…Disebabkan mereka DSNTR perlu bekerla dengan lebih keras yang teramat memulihkan keyakinan kepada UMNO. Saya masih lagi tidak mempercayai UMNO kerana dengan adanya KJ di dalam UMNO sebagai pemimpin dalam UMNO, ini menujukkan UMNO masih mengamalkan rasuah!. Kemasukan Tun dan nasihat Tun supaya sesiapa yang keluar dari UMNO kembalilah ke UMNO, saya akur tetapi sokongan terhadapa UMNO pada masa ini longgar dan mudah dirapuhkan. Selagi KJ sebagai pesalah masih berkuasa saya yakin UMNO masih arrogant dan sombong enggan mendengar hasrat rakyat. Biarlah apa UMNO akan kata kepada saya sbb saya tak peduli kerana UMNO tidak peduli apa hasrat saya.
    Senario sekarang tidak ubah seperti sejarah ketuhan Melaka di saat akhir atau cerita mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz. Di saat2 pemimpin yang ingin memperbetulkan kembali kerajaan dan empayar tetapi semua sudah lambat.Apakah DSNTR mempunyai masa? Saya masih ingat lagi komen seorang pembaca Blog Tun di mana beliau menyatakan DSNTR adalah pemimpin terakhir UMNO yang menjadi PM. Saya ingin buktikan beliau salah. Tetapi selagi UMNO menerima KJ sebagai pemimpin tampak benar sangat kenyataan tersebut. Sekian.

  203. Hello Tun,
    It is a good thing that you have chosen return to UMNO and assist to put things back in order. I have always admired your service for the nation as a prime minister for all the past year. There is no dispute that you are the one that has brought Malaysia out of the backwaters and start the country onto a path of becoming a developed country. You have shown extraordinary strength during exteordinary times like the currency crisis and you have shown to the world that ‘Malaysia can’ instead of running to the IMF.
    though many may not agree with your actions but I do believe that it is a lonely position at the top and one is expected top do what is good for the country.
    Now that you have retired;your role as a elder statesman is welcome and respected. I am very confused by your statement quoted below and perhap you would care to explain it!
    “You CANNOT topple a menteri besar or a prime minister WITHOUT a no-confidence vote in the Assembly.
    There is NO other provision.” made on 13th March
    “It (the BN Perak state government) is now a matter of fact, so it must be supported unless they can prove that it is legally wrong.
    made on 6th April
    You are no longer a politician but an elder respected by all the Malaysians from all races and walks of life.
    I do trust that you have a proper explanation as I do hope that it is not just about politics but justice and upholding of the constitution of Malaysia
    Regards

  204. Salam kepada Yang Amat Berbahagia Tun dan semua sekali,
    Alhamdulillahirabbi’aalamin Tun telah kembali ke pangkuan UMNO, sirih pulang ke gagang, dan nampaknya peralihan kuasa berjalan dengan baik cuma ada satu masalah iaitu bagaimana seorang yang didapati bersalah kerana politik wang dilarang bertanding sebagai contoh Dato’ Seri Ali Rustam dan dalam masa yang sama seorang itu juga didapati bersalah kerana politik wang tetapi hanya diberi amaran sahaja.
    Bukankah ini dinamakan “double-standard”, adalah lebih baik hukuman keatas yang bersalah adalah sama keatas pelakunya , tidak kira dia adalah menantu kepada perdana menteri ataupun bukan.
    Kalau dulu boleh buat Suruhanjaya Diraja untuk korek balik kes2 lama seperti kes Linggam video. Apa salahnya kes seperti ini, dirujuk balik untuk penilaian semula.

  205. Assalamualaikum, salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Tahun 1511, Melayu hancur musnah akibat senjata ciptaan bangsa kafir asing

  206. salam Tun,
    Selamat kembali ke dalam UMNO.
    keputusan pilihanraya telah pun diketahui dan nampaknya pengundi di semenanjung telah menolak BN.
    Nampaknya Dato’ Seri Najib perlu membaiki keseluruhan organisasi UMNO dan antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menggantikan beberapa pengerusi perhubungan UMNO Negeri yang tidak bermaya.
    Mungkin pengerusi perhubungan UMNO Kedah boleh dipertimbangkan.

  207. Assalammualaikum TUN SEKELUARGA…
    Saya amat berbangga apabila Tun kembali kepada UMNO ia sesuatu memberikan semangat yang hampir padam. Saya dan keluarga amat gembira kembalinya Tun kepada UMNO. Terus terang saya kata jika Pak Lah masih mentadbir negara ini, saya akan keluar dari UMNO. Tak ingin saya melihat negara, UMNO & BN hampir musnah diatas kepimpinan PAK LAH. Saya berharap agar kemasukkan TUN ini dapat memberi semangat, harap dan perubahan kepada kami semua. Kami semua sayangkan TUN.
    SEMOGA MASIH ADA SINAR UNTUK HARI ESOK..
    Terima kasih TUN…
    ps : Tun boleh tak saya minta alamat surat-menyurat Tun

  208. Salam Tun dan keluarga.
    Saya baca macam-macam komen yang diberikan tentang orang UMNO.
    yang kena kutuk pun orang UMNO, yang mengutuk pun orang UMNO.
    Yang suruh PM letak jawatan pun orang-orang UMNO.
    Apa komen Tun? Yang lantik KJ pun pemuda UMNO. Takkan Tun nak marah pada semua perwakilan pemuda yang pilih KJ. Macam mana demokrasi yang diperkatakan?
    Terima kasih Tun.

  209. Salam Tun,
    Kita pun dah tahu keputusan PRK semalam dan saya amat berharap that the new PM will read between the lines during their post-mortem on these failures. Please don’t penalise the people for their decision. Personally and from the comments received by Tun, I think the crap that happened during pemilihan Pemuda UMNO has much to do with it. Really hope that our new PM is viewing Tun’s blog.
    Thank you Tun for listening.

  210. Salam Tun….
    pertama sekali, tahniah di ucapkan kepada Tun kerana kembali menyertai semula UMNO… Sememangnya inilah saat yang di tunggu-tunggukan oleh seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia.. Di harap dengan kembalinya Tun dalam UMNO akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.. Tun, UMNO adalah satu parti yang kuat teteapi disebabkan oleh ahlinya yang terlalu taksub terhadap kuasa menyebabkan rakyat benci kepada UMNO.. Setiap kali pilihan raya, terlalu banyak sangat kutukan terhadap pembangkang dan pembangunan yang tak masuk akal di buat.. sebenarnya sekarang ni, rakyat sudah matang dalam berpolitik.. apa yang disebarkan melalui media rakyat tidak akan terima bulat2… so untuk kebaikan bersama, pemimpin UMNO itu sendiri perlu menjalani proses transformasi bukan UMNO yang perlu ditransformasikan..harap ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya….

  211. Salam Tun,
    SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN UMNO. MOGA KEMASUKAN SEMULA TUN SEDIK SEBANYAK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA BN. SEMOGA BERJAYA

  212. Dearest Tun,
    Our PM so far so good, except losing both elections yesterday, which all of us understand the real reason behind them. At least he don’t have children, in laws, etc whom have evil interest in the government and party. Many of us opine that Najib will be a good PM, notwithstanding he was Tun’s first choice previously but unfortunate age didn’t allow him to be PM earlier. As long as Badawi left, and now focus on KJ….I think BN will pull through next general election.

  213. Selamat kembali ke dalam UMNO. Impian kami untuk melihat Tun kembali telah menjadi kenyataan. Malaysia sangat-sangat memerlukan Tun.

  214. YABhg Tun
    Syabas serta Tahniah Tun kerana kembali kepada UMNO. Tun sendiri saksikan bahawa berapa ramainya penyokong2 Tun tempoh hari samada didalam Dewan PWTC dan juga di Bukit Gantang dan Selambau. Mereka didalam hati mereka sebenarnya menrindui kehadiran Tun serta menghormati Tun sebagai Negarawan yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara. Kehadiran Tun dalam UMNO tentunya dapat menyatupadukan orang2 Melayu khasnya dan rayat berbilang kaun di Malaysia amnya.
    Memang tepat apa yang dikatakan olih Tun bahawa PM DS Najib perlu mengambil kira untuk semua rayaat dan bukan hanya tumpukan pada orang2 UMNO saja. Rayaat yang memilih kerajaan BN maka rayaat perlu dibela dan dimakmurkan. Seperti Tun saya juga mempunyai keyakinan bahawa DS Najib sebagai PM baru Malaysia dapat membawa UMNO dan Malaysia kearah yang betul dan berjaya, insya Allah.

  215. Assalamualikum Tun yang saya angat kagumi dan banggakan,
    Syabas kepada Tun dan kami sangat bersyukur kerana Tun sudi masuk semula UMNO. Saya pasti orang Melayu seperti saya akan bersemangat semula untuk terus berjuang mempertahankan UMNO dan kedaulatan Bangsa Melayu dengan kemasukan semula Tun ke dalam UMNO.
    Saya juga nak ucapkan Syabas kepada usaha Tun yang ikhlas dan bersungguh-sungguh berkempen di Bukit Gantang dan Selambau, walaupun BN kalah, tetapi perbezaan undi tidaklah besar dan untuk diambil oleh BN pada pilihanraya akan datang amatlah besar kemungkinannya.
    Saya rasa pada masa ini Perdana Menteri baru kita memerlukan semua jenis sokongan yang dapat kita berikan, moral, kesetiaan dan semangat. Marilah kita sama-sama berjuang bersama beliau demi bangsa dan agama.
    UMNO perlu menunjukkan keupayaan membuat perubahan yang amat diperlukan rakyat terutamanya dalam kes Khairy, rakyat benci akan Khairy dari anak kecil sampailah orang tua, semuanya meluat akan Khairy. Jika ini tidak diubah oleh pucuk pimpinan UMNO, keyakinan rakyat akan hilang. Bagi mereka UMNO cakap saja tapi orang jahatpun dia nak ambil masuk.Malulah Melayu.
    Sekali lagi SYABAS Tun.
    Salam Wati

  216. Saya mudahkah usaha Muhyiddin dalam nak engage Third Party Post mortem.
    Kenapa BN kalah di bukit gantang;
    1. Najib dan isterinya sangat kotor di mata kami.
    2. Kami sangat membenci rasuah.
    3. Org muda lebih merujuk kepada internet.
    4. Usaha menabur duit di kawasan pengundi menjadi penguat kepada kami untuk menentang parti keparat.
    5. Calon BN kaki perempuan(ini secara majoriti punya pandangan, dari mana berita tak pasti)
    6. Kami benci rampasan kuasa di perak.
    7. Kami suka ketika nizar memerintah perak. Duit tak masok poket mereka yang tangan kotor. Mereka tak pergi disneyland, tak singgah dubai.
    8. BN menguasai RTM dengan ,menghalang berita dari pembangkang, memburukkan pembangkang, tv3 tu boleh dimaafkan sebab bukan tv kerajaan, ini menambah kebencian kami kepada BN. TV tak tally ngan internet.
    9. Kami benci polis, terutama ketua polis negara. Ketika pilihan raya bagai mengila polis di bukit gantang. Tapi kadar jenayah makin teruk.
    10. Sebab ada pengundi hantu, yang mana hantu-hantu tu belum tentu undi BN – ini saya baru dapat dari seorang kawan yang jadi pengundi hantu. Kelakar jugak. Hantu tak boleh pakai la kiranya.
    11. Bagi kami tiada istilah derhaka kepada sultan yang lebih kejam melainkan UMNO sendiri. Bagi yang muda kami baca internet, bagi yang tua mereka mengesahkan dari pamplet yang diperolehi dan crosscheck dengan ingatan mereka. Dan didapati memang benar.

  217. Assalammualaikum Tun,semoga Tun berada dalam keadaan sihat hendaknya.
    Saya sangat gembira Tun telah kembali kepda UMNO.Ini akan mmengukuhkan kekuatan UMNO.
    Pada malam tadi saya sedih kerana BN telah kalah kepada PKR. Saya hairan macam mana BN boleh kalah. Saya mengudi di sebuah sekolah di sungai petani. Saya kena di saluran 7. Saluran ini tidak ramai orang yang mengundi berbanding dengan saluran lain. Saluran 8 lagilah tak ada orang. Mungkin depa malas nak mai mengundi kot.
    kita telah berusaha sebaik .ini haruslah dijadikan iktibar di atas kekalahan ini. Sekian terima Kasih.

  218. dear TUN,
    selamat kembali kpd UMNO.diharap dgn kehadiran TUN dpt menguatkan UMNO dan menarik lebih ramai lagi pengundi muda utk menyokong kerajaan BN.
    berkaitan dgn keputusan PRK di bkt gantang & bkt selambau,nampaknya masyarakat melayu mula memberikan undi mereka kpd BN manakala bkn melayu semakin kuat menyokong pembangkang.di sebalik itu pula,parti komponen BN pula kelihatan pasif ketika berkempen.

  219. Asalamualaikum Tun
    Alhamdulillah… syukur Tun kembali kepada UMNO… apa yang penting kekuatan UMNO perlu dipulihkan sepenuhnya… keburukan yang ada perlu diselesaikan secara dalam bukan secara terbuka.. Saya sayangkan UMNO, saya dibesarkan dalam UMNO… Saya hanya maukan UMNO saja memerintah.
    Kita harus menyedari bahawa kelemahan yang sebenarnya ialah kempen, teguran yg terlampau keterbukaan, zaman Tun ini tak pernah berlaku, ada kawalan, tapi kini keterbukaan telah menghancurkan sokongan rakyat kepada UMNO.
    Rasuah… rasuah bukannya perkara baru, masa Tun jadi PM rasuah telah pun berlaku, masa Anwar Ibrahim jadi TPM, rasuah telah berlaku, kroni kroni terus kaya raya, cuma zaman Pak Lah paling ketara ialah KJ.. bezanya zaman TUN tiada keterbukaan… zaman Pak Lah melampau keterbukaan… inilah jadinya… Keterbukaan perlu ada limited… bukan sembrono akhirnya kita UMNO yang jadi masalah… sbb rakyat makin hari makin bijak… cuma kelemahan rakyat hari ini cepat terpengaruh dengan Anwar Ibrahim yang bijak berpidato tanpa menganalisis apa yang diperkatakan oleh Anwar itu betul atau tidak.
    Umno perlu kembali kepada asal, sejarah mengajar kita, bagaimana rakyat menyokong UMNO… hari ini Cawangan UMNO tidak berperanan, Pemuda UMNO Cawangan tidak berperanan, hanya bermesyuarat dan mencari peluang2 yang berunsurkan perniagaan… kononnya dengan menyertai UMNO maka peluang itu ada…
    Dulu… tiada sebegini… aktiviti diperingkat Cawangan dan Pemuda Cawangan banyak… aktiviti sukan, riadah, kem, khemah kerja, gerak gempur dan banyak lagi… ketika ini dilaksankan banyak generasi pemuda berminat dan seronok untuk menyertai… tapi kini sudah hilang tiada haluan… masing – masing mencari duit…
    Belia 4B cabang yang paling baik… perhatikan belia 4B sekarang… apa dah jadi… belia memainkan peranan utama.. gerakan kembali semua aktiviti.. jangan hanya buat sesuatu kononnya pembangunan… pembangunan apa yang dibuat… mana pembangunan insan.. pembangunan insan tercicir… pembangunan belia tercicir… UMNO hanya tertumpu kepada projek sahaja…
    Harapan saya agar UMNO tetep relevan.. UMNO dulu kini dan selamanya..
    Saya berdoa agar TUN sentiasa sihat dan sejahtera.. terus memberi sokongan pada PM baru… saya berharap pada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menerima pandangan TUN… jangan lupa pada TUN… Berusaha bersama TUN… Belajar dengan TUN… mungkin dengan Idea TUN dan Idea DS Najib akan menjadi lebih baik…. akan menjadi kan UMNO terus kuat dan diterima rakyat sepenuhnya.. Insya Allah
    Salam

  220. Buat Tun,
    sebelum ini tun katakan kekalahan BN bukanlah kemenangan pakatan tetapi lebih kepada undi protes rakyat kepada kepimpinan barisan nasional dibawah Tun Abdullah. Tun katakan AAB lemah sebagai pemimpin UMNO dan tun juga turut memuatkan Khairy sebgai punca kekalahan tersebut.
    walaubagaimana pun keputusan PRK masih tidak memihak kepada BN setelah Tun AAB meletak jawatan dan Najib mengambil alih jawatan PM tersebut.kekalahan BN dengan pertambahan majoriti kepada pakatan jelas menunjukkan bahawa rakyat masih menolak BN. Batang Ai tidak perlu disentuh disini kerana perjalanan pengundian itu tersebut telah diragui menurut laporan MAFREL
    sesetengah orang melihat kemasukkan semula tun dalam umno sebagai pencetus semangat baru kepada umno, malah tun terus berkempen untuk umno bagi memenangi PRK tersebut. akhbar juga melaporkan akan ada berlaku perubahan besar atau ‘mood swing’ pengundi atas populariti tun berkempen untuk calon barisan nasional.namun semua ini tidak terjadi seperti yang diharapkan.
    kekalahan BN dalam PRK di dua bukit ini juga turut dikaitkan dengan kemenangan Khairy sebagai ketua Pemuda.
    seharusnya dengan kebijaksannan tun, tun pasti dapat mengetahui bahawa tiada kena mengenanya kepimpinan Tun AAB, tiada kena mengenanya kemasukan tun dan tiada kena mengenanya kemenangan khairy untuk jawatan ketua pemuda umno ini dalam keputusan PRK tersebut. walaupun umno telah cuba melakukan reform secara besar besaran , rakyat hanya melihat nya sebagai reform orang tertentu dalam kepimpinan parti sahaja dan tidak ada yang baru dalam reform tersebut.
    kemasukkan semula tun juga dilihat sebagai tiada sesuatu yang baru. apa yang pasti rakyat sebenarnya telah menolak kepimpinan kerajaan barisan nasional kerana dilihat angkuh, kerana korup sehingga ke akar, kerana dasar kerajaan yang tidak mementingkan survival kehidupan rakyat, kerana dasar yang hanya mementingkan keuntungan kelompok kecil tertentu tanpa mengendahkan kesan kepada rakyat marhaen.
    rakyat melihat kerajaan barisan nasional tidak fokus dalam menangani masalah masalah yang membelenggu negara. kerajaan hanya dilihat lebih berpolitik dan menumpukan kepada menjatuhkan pembangkang tanpa usaha yang jelas menangani masalah masalah besar yang sedang berlaku dalam negara kita. masalah ekonomi, masalah pengangguran, masalah dasar pendidikan, masalah jenayah, masalah pendatang asing, masalah integriti kehakiman dan pengutkuasaan, masalah kemiskinan, masalah sosial dan akhlak remaja yang kian merosak, masalah pengangkutan awam, masalah peningkatan kos sara hidup yang terlalu mendadak yang menekan dan menghimpit kehidupan rakyat kebanyakan.
    rakyat menolak kerajaan barisan nasional kerana, dikala rakyat sedang sibuk berjuang menghadapi survival kehidupan untuk menyara keluarga, kerajaan dilihat tidak membantu langsung dengan sekurang kurangnya melaksanakan apa apa dasar yang boleh melegakan rakyat, sehinggakan hampir semua orang dapat menghafal skrip yang akan ditayangkan dan dimain berulangkali apabila berlaku kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan harga tol dan sebagainya. ini kelihatan lebih jijik lagi apabila dilihat, menteri menteri mengugut rakyat dengan ugutan yang tidak boleh diterima akal sekiranya rakyat meminta untuk sesuatu keputusan yang menghimpit dikaji semula, contohnya kenyataan menteri kerja berhubung kenaikan tol.
    rakyat juga melihat kerajaan barisan nasional sebagai kotor dan tidak bermaruah apabila menggunakan media arus perdana semahu mahunya mengampu, memuji pemimpin BN tetapi dimasa yang sama mengeluarkan berita berita dangkal dan tohmahan pada pakatan pembangkang tanpa bukti yang konkrit ataupun sekadar bukti yang dibuat buat. kekalahan PRK ini juga merupakan referendum bahawa rakyat menolak cara kempen BN yang terlalu meloyakan melalui media arus perdana.
    akhir sekali, kekalahan kerajaan barisan nasional kali ini bukan lah kerana protes terhadap pemilihan umno, tapi lebih merupakan penolakan terhadap kepimpinan dan cara pentadbiran pemimpin barisan nasional. DS najib tidak dapat memenangi hati rakyat atau melegakan penolakan ini dengan hanya slogan One Malaysia nya, dan juga DS najib tidak dilihat telah berubah dengan kesudiannya untuk berjalan jalan di tengah bandar dengan dikelilingi penuh pengawal peribadinya. apatah lagi DS najib tidak dilihat sebagai berubah dengan tindakan populisnya, membebaskan tahanan ISA serta menarik balik sekatan terhadap akhbar pakatan pembangkang.
    saya tahu tun pasti lebih bijak mengenai politik dan pasti tun bersetuju bahawa politik adalah mengenai persepsi, selagi mana UMNO/BN duduk kekal dengan persepsi ini, selagi itulah kerajan sedia ada ini akan ditolak oleh rakyat. selagi mana persepsi mengenai DS najib masih menyelubungi dirinya dan segala pertuduhan keatasnya tidak dibersihkan dimahkamah, selagi itulah kerajaan barisan nasional akan ditolak oleh rakyat.

  221. Walau apa pe pun jawapan Tun diatas penyertaan Tun ke UMNO semula, rakyat malaysia tetap tidak yakin dengan barisan UMNO & BN sekarang. pemimpin2 haruslah membersihkan diri dulu dari tuduhan2 yg dilemparkan. Kenapa nak takut jika kebenaran berada di pihak mereka? PM-6 ini haruslah melupakan slogan 1malaysia kerana….slogan tu tidak akan membawa sebarang maksud atau kebaikan kepada raykat bukan islam. 1malaysia ini hanya untuk orang melayu sahaja.Pastinya org melayu akan ketinggalan zaman sekiranya sistem kuota, sistem keistemewaan dihapuskan.orang melayu tak akan dapat menyaingi orang2 cina dalam dunia perniagaan.Cubalah ikut cara pemerintahan singapura, sape pandai….dia masuk ke universiti, sape bijak…dia jadi wakil rakyat..Dimalaysia, sape pandai ‘kipas’ dia la wakil rakyat….sape saudara pemimpin dia la kontraktor projek kerajaaan.Hapuskan la kronism…Pemimpin MIC pun sama……ingin menerajui sampai mati….org2 india ni haruslah sedar bahawa pemimpin MIC sekarang ni mengalahkan cara Hitler. Hormatilah pemimpin MCA , terutamanya Ong Ka Ting….dia la gentleman. Sekiranya BN & UMNO tidak mengambil langkah drastik dalam masa terdekat ini, saya pasti PRU-13 akan terjadi lagi satu tsunami,tapi kali ini mungkin bacaan tsunami akan mencapai 13 dibawah skala richter.

  222. Salam buat Tun berdua moga kita diberkati Allah s.w.t.Saya tidak berhak menghalang Tun kembali ke dalam Umno.Sebagai seorang yang berakal serta lebih dewasa tambah pula bekas Presiden Umno tentu Tun telah berfikir masak tindakan Tun ini.Dalam Islam pun untuk mencegah kejahatan dilakukan manusia wajib sedaya yang mampu seseorang perlu laksanakan.Tun ibarat masih ada kuasa menegakkan kebenaran di dalam kawasan kejahatan itu.Walhal bagi pihak saya hanya dapat meluahkan untuk ruangan Tun ni sahaja amat jauh…jauh panggang dari bara.
    Pengasas Umno sendiri akhirnya tidak didalam Umno itu semua takdir Allah s.w.t.Manusia pergi meninggalkan nama serta sebutan.Namun Allah s.w.t tetap menilai keimanan dan kekuatan kita melaksanakan kewajipan di dunia ini tampa melanggar hukum-hukum yang ditetapkanya di dalam Al-Quran.Umno,Pas adalah satu simbol yang digunakan manusia amnya dan khasnya kaum melayu Malaysia untuk berpuak-puak.Begitu juga PKR,DAP,MIC,PPP,Simbol Bebas semuanya merupakan ciptaan manusia sebagai alat untuk berkuasa memerintah rakyat Malaysia.Islam ialah agama yang bertuhan Allah s.w.t dan rasulya(pengantar)Muhammad s.a.w yang terakhir berpedoman Al-Quran.
    Segala bangsa Malaysia Melayu,Cina,India dan kaum lain bebas untuk menganutnya.Dekatilah Islam melalui al-Quran yang diterjemah asli dari Rasullullah s.a.w bukan lagi melalui pihak ketiga kerana ditakuti berlakunya penyelewengan seperti taurat oleh Paulus.
    Kembalilah kita kepada pemimpin yang sebenar.Wallahua’lam.

  223. aslammualaikum YBgia TUN DR. M semuga sihat selalu hendak nya.
    alhamdulilah pemerentah haji abdullah bin haji ahmad al-badawi al-yaman [arab+melayu] sudah tammat,maka kesempatan ini umno segera bersatu dan membena kekuatan melayu yang hampir ranap kini.
    UMNO MISTI UBAH SIKAP :-
    [a] dekat diri dengan orang miskin miskin
    [b] datang lah selalu berjemaah kat surau atau misjit kampong
    [c] jangan tunjuk ranggi sangat dengan rayat
    [d] apabila dalam masyarakat ramai bagi salam dan bersalam dengan rayat, yang tua pangil bapak atau emak atau apa2 lah sepatut di sebut panggil.
    [e] sekali sekala saorang diri naik lah kenderaan awam, rasa sendiri lihat sendiri apa berlaku dalam masyarakat kini
    [f] kerabat dan keluarga jangan mintak di puji tunjuk segala kekayaan saolah2 akulah lebeh berkenamaan kayaaaa….
    [g] sering2 lah jemput rayat miskin miskin datang rumah atau datang rumah orang miskin tanya khabar dan tak payah bersama pemberita akhbar
    [h] ingat tu buang perangai buruk jangan temberang kalau mau jadi pemimpim baik… lagi pun mati orang tolong tanam bukan sendiri tanam.

  224. Dearest Tun,
    Salam, its nice to have you back in UMNO, I am not an UMNO member but I have always been a supporter of BN – but that does not meant I support those corrupted guys up there. I follow you TUN, last week I registered myself online to join UMNO !
    May Allah s.w blessed you and wife good health & ceria always.
    Hamid Masdar

  225. Tun,
    Dollah is not a barrier all these while. You should know better than that. He is too gentle and nice to be a hindrance. I would suggest that you leave him peace in order to show your maturity and respect as a statesman. Afterall, you choosed him! The culprit behind is none other than the corrupt youth chief! He’s is part of the reason that the rakyat’s are so pissed with the ruling party. The votes, regardless in the GE and the BE already showed. Get rid of him once and for all to be relevant and maybe the revival of UMNO! Stay healthy!

  226. Salam YAB Tun,
    saya ucapkan tahniah keatas kemasukan semula Tun keUMNO. Saya harap Tun dpt memberikan nasihat yg sewajarnya kepada kerajaan sekarng utk mengukuhkan lg perpaduan terutamanya dikalangan kaum Melayu. Pada pendapat saya, UMNO blom lgi memahami kehendak dan kesusahan rakyat. UMNO perlu beringat dan bertindak pantas kerana pihak pembangkang dalam senyap mempengaruhi dan menawan hati rakyat dan trus melebarkan sayap mereka utk persediaan pilihanraya akan datang. UMNO perlu benar benar prihatin dan betul betul memahami kehendak rakyat. Pemimpin perlu dgn sendiri pergi bertemu rakyat dan jgn menggunakan org tengah kerana kadangkala org tgh tidak bercakap benar.
    Disamping itu kerajaan buat masa sekarng perlu menawarkan kemudahan yg tept untuk mengambil hati rakyat. Contohnya, perlu prihatin dan memperkenalkan sesuatu cara utk memudahkan penuntut2 dikalangan warga miskin dan yg tidak berkemampuan, membantu mereka agr mereka dpt meneruskan pelajaran dan tidak tersekat oleh kerana sebab kewangan. Satu lagi cara adalah utk memperkenalkan sesuatu kemudahan dgn wang EPF. Duit adalah duit caruman rakyat dan rakyat sepatutnya dibenarkan mengeluarkan sesuatu jumlah sekiranya diperlukan utk mengelakan rakyt melarat. Tidak semestinya cuma bole keluar sehingga umur 50 atau utk perumahan dari acount 2 sahaja. Mungkin rakyat dibenarkan mengeluarkan caruman mereka utk menunaikan haji atau umrah dari account 1. Walau apa pun, kerajaan harus memikirkan cara utk mempopularkan UMNO / Barisan Nasional dari sekarang kerana pengaruh UMNO / Barisan Nasional makin terhakis dari sehari ke sehari.
    Kerajaan Barisan Nasional mesti bekerja keras khasnya UMNO utk memperkuatkan lagi perpaduan dikalangan kaum Melayu. Saya amat berasa sedih kerana Melayu kini berpecah belah dan risau kaum lain sedang dan akan mengambil kesempatan bilamana kaum Melayu berpecah belah. Lihat saja sekarang ini, kaum bukan Melayu bermharajalela dan bersifat kurang ajar terhadap Melayu dan Islam. Sekiranya dibiarkan, kaum bukan Melayu akan ‘naik tocang’ dan bersifat seperti kaum dinegara jiran disebelah selatan, menindas dan kurang ajar terhadap Melayu dan Islam. Diharap YAB Tun dapat memberikan nasihat kepada kerajaan agar nasib Melayu & Islam tetap terbela dan terjamin selamanya … Wassalam

  227. Assalamualaikum Tun,
    Tun setuju tak kalau saya kata yang BN buat la macam mana sekalipun, mentaliti rakyat sekarang agak sukar diubah untuk kembali menyokong UMNO dan BN? Mungkin ramai pemimpin BN atau UMNO tidak suka akan kenyataan ini, tapi inilah hakikat! Senario yang terjadi di Malaysia terutama sekali apabila orang Melayu dan Islam kini berpecah tiga (3).
    Namun begitu, satu perkara bijak yang BN telah buat semasa PRU untuk tiga kawasan tempoh hari adalah dengan tidak ‘menyogok’ rakyat dengan bantuan kewangan dan harta benda yang hanya dihadiahkan dek kerana ingin meraih undi semata-mata. Ini bukanlah cara yang bijak untuk memancing undi. Dan alhamdulillah, saya fikir, BN dan UMNO sedar akan hakikat ini.
    Terima kasih kerana Tun masih mahu bersama UMNO dan BN selepas perginya Tun Abdullah. Satu rahmat buat UMNO dan BN, tetapi tidak pula saya tahu jika ini memberikan impak besar kepada rakyat jelata khususnya bagi negeri-negeri yang ditakluk oleh parti lawan. Waima pengunduran Tun Abdullah dari tampok kerajaan juga saya tidak fikir akan memberikan kesan positif kepada UMNO dan BN. Tidak mungkin semudah itu rakyat bisa memangkah ‘Dacing’ walaupun ditukar kepada pemimpin hebat seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak. Jika Anwar Ibrahim menggunakan rasuah dan KJ sebagai bahan menghentam UMNO dan BN semasa di bawah kepimpinan Tun Abdullah, kali ini Anwar pastinya menggunakan skandal fitnah Dato’ Seri Najib dan Altantuya, juga cerita-cerita domba lain bagi tujuan provokasi rakyat terhadap kepimpinan beliau. Tidak mungkin Anwar Ibrahim akan duduk diam selagi beliau tidak naik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Boleh juga saya katakan, orang Melayu berpecah belah bukan kerana Tun Abdullah tidak cekap dalam kepimpinan, tetapi agenda ceritera Anwar yang berjaya. Orang seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng bertepuk tangan mendabik dada melihat rakyat Melayu dan Islam ditipu bulat-bulat oleh Anwar. Bukan sahaja Melayu kini dipijak terang-terangan (dan Anwar sekeluarga menghalalkan), tetapi Islam juga dipermainkan sewenang-wenang.
    Tun, perlu ada ramuan khas yang patut dicipta BN dan UMNO untuk mengembalikan undi rakyat kepada kita. BN dan UMNO tidak disokong sepenuhnya oleh orang muda mudi. Pemuda dan Puteri UMNO tidak berjaya mendekati mereka sepenuhnya. Dan minda orang-orang tua lebih memilih kepada pemimpin-pemimpin PAS yang berserban bertudung litup, dan bukan orang-orang BN dan UMNO yang tidak pernah kalah gaya bak orang-orang kaya. Pada saya:
    1) Kepimpinan tertinggi UMNO dan mereka yang menggerakkan jentera, patut tediri dari mereka yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan dan duduk sebaris menteri-menteri. Mereka yang bergelar menteri senantiasa sibuk dengan tugas-tugas di jabatan masing-masing, dan juga jadual main golf, dan tiada masa untuk melawat kawasan. Sedangkan yang bukan menteri pun tidak pernah jenguk kawasan masing-masing, inikan pula yang bergelar menteri, dan sebagainya.
    2) YB perlu kenal semua penduduk di kawasan masing-masing. Kedengaran tidak masuk akal? Tapi tidak mustahil jika YB tersebut benar-benar menjalankan tugasnya. Ini tidak, bila nak PRU baru la nak terhegeh-hegeh pergi rumah ke rumah, buat baik, sama-sama memasak la, tanam pokok la, bersalam-salam la, melawat orang sakit la. Apa ni? Rakyat sekarang bukan macam rakyat zaman 70-an, 80-an dulu. Tidak kah pemimpin BN dan UMNO tahu bahawa rakyat rasa sangat gembira dan dihargai apabila pemimpin tersohor mereka melawat mereka di rumah, tetapi bukanlah hanya sewaktu kempen PRU, tetapi masa-masa biasa. Rakyat akan bercakap “YB tu bagus. Ada datang rumah aku. Tiap minggu ada ja rumah dia jenguk. Nampak la jugak muka, tanya-tanya khabar. Takda la tunggu bila nak pilihanraya ja” Dan manfaatnya, rakyat akan lebih dekat dengan pemimpin tersebut, bila rakyat suka, undi akan memihak kepada kita. (kawasan rumah saya di bawah PKR sekarang, haram kejadah, tak pernah nampak muka. Dulu masa bawah UMNO pun sama saja!)
    3) Ikhlas menolong dengan tangan kanan, tak perlu sampai tangan kiri mengetahuinya. Pemimpin BN dan UMNO harus ‘read between the lines’ kata-kata ini.
    4) Kerajaan yang adil dan bebas korupsi. Kekayaan yang diagihkan harus sama rata, saksama, dan meletakkan sesuatu kepada yang hak. Masih ramail lagi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam yang daif dan miskin wang dan harta, sedangkan pemimpin di atas memandu kereta besar, duduk di rumah mewah, pakai pakaian berjenama, makan minum sedap-sedap belaka. Saya percaya jika kita memberi bantuan dan makanan kepada orang yang memerlukan, Allah akan balas rezeki berkali ganda kepada kita. Dan dalam konteks ini, pastinya Allah akan membalas yang baik kepada kerajaan di bawah BN dan UMNO bila pemipinnya bersikap pemurah dan adil. Di sinilah, perlunya point nombor 3 di atas tadi memainkan peranan. Tetapi bantuan haruslah munasabah, kerana setelah dibantu, rakyat itu sendiri haruslah pula membantu diri mereka pula. Dan jangan ada korupsi dalam diri pemimpin BN dan UMNO. Kerana bila korupsi, yang kaya akan menjadi semakin kaya, dan yang miskin akan bertambah miskin. Bila yang kaya semakin berharta, yang miskin tidak dapat memajukan diri kerana peluang yang baik semuanya di rebut oleh anak-anak saudara mara si berada, dan yang miskin, dapat yang sisa-sisa sahaja. Korupsi akan menjatuhkan sesebuah parti dan kerajaan dan hanya akan menjadi bahan kempen pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka. Jika BN dan UMNO ingin memegang majoriti sokongan rakyat semula, setiap wakil-wakil BN dan UMNO perlu sanggup untuk ‘berkorban’. Korbankan harta, wang, kebendaan, demi untuk negara, bangsa dan AGAMA ISLAM khususnya. Saiditina Khadijah adalah dari golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi demi agama Islam dan menyokong perjuangan Rasulullah S.A.W., Khadijah sanggup korbankan semua harta kekayaannya. Sanggupkah kita?
    Banyak lagi yang boleh dibuat untuk memenangi hati rakyat jelata. Pemimpin BN dan UMNO, fikir-fikirkanlah. Wallahualam..

  228. Salam Tun,
    Parlimen Bukit Gantang – Kalah
    Dun Bukit Selambau – Kalah
    Dun Batang Ai – Menang
    conclusion 2-1
    UMNO ni untuk org tua-tua ja ka?
    UMNO ni peduli ka profesional muda kat sektor swasta?
    cuba la amik org muda/profesional join umno.
    tolak la sampah-sampah yang ntah apa2 kelulusan jadi menteri
    takdak pon org muda nak ikot UMNO
    sebab UMNO sombong nak dekat ngan Profesional Muda Islam merangkap Melayu.
    Zaman dah berubah Tun, rakyat dah celik.
    UMNO kena berubah, bukan rakyat.

  229. Salam Tun,
    Ada yang menyuruh Tun bersara, konon nya rakyat tak sukakan Tun lagi! Dan ada juga tidak punya kepercayaan penuh terhadap BN dan mengatakan, “Malaysia will disintegrate and will fail as a nation!”.
    Our choice is – we have to go back to where we once belonged. As an UMNO member, one is obliged to serve the nation as stipulated in its constitution. If a member allows himself to serve his personal interest and deliberately neglecting his responsibility, then he might as well be expelled from the party.
    With Dato Seri Najib being the PM, now, and Tun has returned to embrace UMNO, I see this as a precursor towards the return of the Malay Unity as demonstrated by the malays, supported by other races, during the run up to achieve independence from the British in 1957.
    In order to dispell fear among the malays from losing their “one and beloved” Malaysia, the malays have to be rational and give this opportunity their best shot by coming together and be united.
    How many more parts of Malaysia are the malays willing to lose???

  230. Assalamualaikum,
    1) 2 bukit dah kalah
    2) Tun begitu sayangkan DS Najib, seolah dia seorang yang suci dari dosa dan noda.
    3) Pengaruh Tingkat 4 dan kerajaan tiga beranak sudah tiada,tapi nampaknya akan ujud ‘first lady’ yang berperanan.
    4) Kita nampak KJ seorang yang perasuah, apakah yang lain-lain itu bersih…masalah ini dari pemimpin tertinggi Umno hinggalah ahli di akar umbi sudah terpalit dengan amalan rasuah. Masalah yang begitu komplek.
    5)Menghadapi PRU 13 amat menakutkan kalau kerajaan BN sekarang tidak membuat trasformasi menyeluroh termasuk mengubah dasar parti dan sangup berkorbankan kepentingan diri sendiri dan mesti tegas dan jelas dalam sesuatu tindakan….yang hitam kitakan hitam yang putih kita katakan putih, walaupon dia menglibatkan keluarga sendiri atau pemimpin yang disayangi.

  231. My Hero! Very happy to hear u r back UMNO.
    That is the hope of Malaysia
    I cannot imagine Malaysia without u!

  232. Assallammuallaikum YBhg Tun,
    Alhamdulillah we are able to see your good self in the mainstream media again. Well the unseen hands have removed the cloak. Just one request, please get rid of KJ from the UMNO Youth Head positon and do not ever let him be a cabinet member. UMNO does not need a scumbag like him. Wassalam

  233. Salam TUN,
    Honestly TUN, i’m really scared now. Pembangkang menang lagi. Skrg ni saya rasakan, yg Anwar jahanam tu benar2 berada di dalam comfort zone. Dia sekarang merasakan bahawa dia pasti akan menang di dalam mana2 pilihanraya pun tanpa perlu membuktikan apa2 walaupun begitu jelas sekali dia adalah pengkhianat bangsa no 1. Saya sedih melihat orang melayu yang begitu buta sekali. Saya tidak pernah percaya kepada orang Cina. Malays are too gullible and the chinese know this. Bagi saya mereka amat memerlukan pengkhianat seperti Anwar untuk menghapuskan hak2 dan ketuanan melayu. TUN, please do something… now that we have a new prime minister,pls work with Dato Najib and mend our nation. Malays need to be educated. Most of my malay colleagues here, they supported pembangkang…kata mereka Anwar betul, takpelah hak melayu dilucutkan, sedangkan mereka berkerja dgn cina dan mereka sebenarnya tidak pernah berpuas hati dengan layanan majikan cina, kata mereka, cina pilih kulit. Mereka menyokong tindakan DAP walaupun diskrimasi dilakukan di depan mata. Saya tak faham dan sgt keliru. Apakah begitu bodoh dan jahil bangsa melayu??? Dipukaukah mereka ni?? Terlalu banyak email yang diforwardkan yang mengandungi gossip2 yang mengarut. Kebanyakannya dari cina2 DAP. Dan apa yang dibaca, mereka percaya bulat2. Saya benar2 takut skrg. Kadang2 saya terfikir, jika tiada jalan lagi untuk memulihkannya semula, lebih baik tragedi seperti 13 Mei berlaku lagi. Mungkin itulah saja cara menyedarkan orang melayu yang tidak faham erti sejarah dan tak tau menghargai bangsa dan tanah air. TUN, once again, pleaseeeee… do something..!

  234. Assalamualaikum, Tun sekeluarga..
    semoga sihat walafiat hendaknya…
    Tun,
    bertapa gembiranya saya mendengar Tun kembali kepada Umno… rasa bersemangat kembali utk saya memangkah Umno utk PRU13.. tidak seperti sebelum ini yg mana Khairy menang pemuda umno..
    Tun, saya berharap agar Tun dapat membersihkan umno daripada rasuah.. lembaga disiplin umno harus lebih tegas agar pihak pembangkang tidak menjadikan modal utk berkempen… risau hati saya kerana hanya tinggal beberapa tahun saja lagi sebelum PRU13… apalah yg akan terjadi jika umno kalah… tidak dapat dibayangkan..
    semoga Umno kuat dan kukuh seperti dulu dan bersih dari gejala rasuah…
    tina.
    kuala lumpur

  235. Tun,
    Welcome back to UMNO. We know Tun love UMNO more, thus the critics for the wrong doing must be highlighted for the good of UMNO.Tun, I have indicate the response previously that UMNO & BN will lose the both Bukit election. True enough, KJ must be topple now for the good of UMNO.Please this is the request of majority in UMNO, KJ need to be remove out immediatly.As for the previous results during UMNO GE, I am happy because most old timer has been dropped out, especially those from Johore.
    UMNO need to have a new Disiplin Advisor, and ONE ( 1 )for every states to curb with corruption.Unlike previously everything is submitted to UMNO HQ and the results often is delayed or no action,Grass root are not happy, changes must be made fast in Administration for UMNO to succeed, and getting in new members especially from the youth.All this need to be accomplished soonest and KJ need to be remove. My hope is DSN will move to get everything in order for the good of UMNO & BN. From UMNO Johore.

  236. Salam Tun,
    Welcome back to UMNO. UMNO is in dire need of leadership and experience, and who can inject that better than you.
    Sometimes we can affect change better from inside than outside, especially when they ignore all your comments in this blog.
    To jong52yuara, the answer to your question is after DAP, Gerakan and PAS are disolved. These parties are as race oriented as UMNO, MIC and MCA. I think there is nothing wrong with that.
    In the US, the cradle of democracy as claimed by some, there is AIPAC, a very powerful political organisation exists for sole interests of Israel. Not a single negetive comments were made eventhough AIPAC is racist to the core, not even the President dares to publically criticise AIPAC.Some of his staff and previous staff were part of this lobby organisation. So why should we want to be whiter than white in Malaysia if these political parties bring progress to the nation? Do you want to know why there are only two political parties in the US? It is because all the imigrants to the US have assimilated to the requirement of being an American, first of all swearing to uphold the Constitution and must accept English as the official language.They all look at themselves as an American first and proud to declare themselves as that.
    In Malaysia,this is not the case, we have quite a large population who cannot even speak Bahasa Malaysia properly especially in official dealings with the government departments, they prefer to talk in their native tongue or use English instead, sent their kids to their own schools etc. In other words they dont want to assimilate being a Malaysian but yet want to enjoy all the privelleges of being a Malaysian.They are very racial, they want to have the cake and eat it too!
    Lets not kid ourselves, all of us are very racial due to our different background and upbringing. We wake up every morning and look in the mirror and see a Malay, Chinese, Indian, Iban, Melanau or Kadazan in ourselves first, dont we? Then we realise we live in KL, Perak or Kelantan or Sabah, and then realise we are a part of a nation. There is nothing wrong being racial and try to bring progress to your own racial group, if you dont who will? As long as we dont go around taunting other racial group feeling we are more superior, wealthy, smarter, which is racist by definition.
    So, until we stop being racial first, then you should not hold your breath hoping for the race oriented political parties to dissappear.
    UMNO is still relevant for the Malays and Malaysia. A strong and clean UMNO can provide a strong leadership to the BN, and Tun’s return to UMNO will bring more positive feelings than negetive. So why criticise? It is time to close ranks, get rid of the few bad apples, and regain respect from all walks of life.It is time to focus on the interests of the other 26 million citizens, instead of the one million UMNO’s members. Do you think they can? All it takes is the will.
    Good luck Tun.
    Wassallam

  237. Salam buat Tun dan Keluarga
    Tahniah & terima kasih kerana telah kembali ke pangkuan UMNO
    …..bukan yang salah UMNO
    ……bukan yang rasuah UMNO
    …….bukan yang kroni UMNO
    ……..bukan yang tak betul UMNO
    tetapi…..
    …..yang salah……orang yang lupa UMNO
    ……yang rasuah…..orang yang khianati UMNO
    …….yang kroni……orang yang tak sayang UMNO
    ……..yang tak betul….orang yang memacu UMNO
    Sebab kenapa UMNO makin dilihat sepi
    ……sebab ada pemimpin yang telah terlalu “usang” dalam UMNO
    ……sebab pemimpin “Usang” tak mahu berundur dari Jawatan
    ……sebab pemimpin “Usang” yang tak bagi peluang pada pemimpin Baru
    ……sebab orang muda meluat tengok gelagat pemimpin “Usang”
    ……sebab orang muda benci dengan politiking dalam UMNO
    ……sebab orang muda nampak ada pemimpin ‘Usang” yang masih tak sedar diri
    ……sebab orang muda masih nampak ada kalangan pemimpin UMNO yang patut dan expired tapi masih lagi nakkan jawatan dalam UMNO
    ……sebab orang muda selalu terasa jauh dari UMNO
    ……sebab orang muda nampak “tiada kebebasan” dalam UMNO
    ……sebab orang muda nampak hanya “orang tertentu” sahaja yang layak pegang jawatan dalam UMNO..
    dulu saya orang UMNO…tetapi kini….entahlah?
    ada pemimpin cawangan yang masih nak tongkat langit……nak bawa jawatan sampai ke dalam kubur…..nak bawa jawatan sampai mati……nak wariskan jawatan pada waris-waris(anak isteri)entahlah….esok atau lusa tak tau lagi…..kalau masih ada lagi pemimpin UMNO yang tak menyedari hakikat ini, takut-takut makin lama orang muda-muda akan menjauhi UMNO. Buat satu perubahan yang
    Menyeluruh……Berkesan……..Menarik……….
    terima kasih

  238. ASLKUM TUN,
    SELAMAT KEMBALI KEPADA UMNO. WALAUPUN KEADAAN DIMANA BN TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT. JIKA DILIHAT AURA DSAI DAPAT MEYAKINKAN RAKYAT DARIPADA KATA2 BN. PADA PANDANGAN SAYA GOLONGAN BUKAN BUMIPUTRA SUDAH MENDAPAT RAHSIA UNTUK MENJATUHKAN MELAYU IAITU MELALUI UNDIAN KEPADA PR. INI SAJALAH SENJATA YANG MEREKA TELAH TEMUI SEJAK SEKIAN LAMA. BAGI ORANG MELAYU PULA, BN DAN PR MEREKA MELIHAT SEPERTI SEBUAH DRAMA YANG PENUH SUKA DAN DUKA KEHIDUPAN YANG MANA BN SEOLAH-OLAH ORANG KAYA YANG SOMBONG DAN BONGKAK MANAKALA PR PULA SEPERTI PENGEMIS JALANAN TAPI BERIMAN DAN BAIK BUDI PEKERTI. DALAM GAMBARAN INI SUDAH TENTU PENONTON MENYEBELAHI PENGEMIS KERANA ITU LEBIH MENYENTUH HATI DAN NURANI MEREKA. HARAP TUN DAPAT MENCIPTA SATU JALAN UNTUK MENGHAKIS SEMUA PERKARA INI. SEKIAN

  239. Salam Tun,
    Tahniah semoga hari hari yg mendatang akan menjadi hari hari yang lebih bererti buat rakyat Malaysia ‘Amin’

  240. Respected Tun,
    You are one person I hold in high respect and regard. One person who in this mordern era stands up for his conviction and ideals, no matter its wrong or right in the other persons eye. You are the one who will pull the strings buy never toe the tag.
    When you resigned from your dearest to heart UMNO due to your difference in opinion we admired your guts. Yes UMNO was corrupt, and corynism and affiliation to promoting family instead of the benefits of people were on the priority agenda. The leader could not control his fellow cabinet and nor curb crime or corruption. And the major set back in the March 8th Tsunami was the last nail on his coffin.
    Now you have rejoined UMNO on what grounds?
    1)The above mentioned corruption is lot more vivid after the so called fair UMNO gendral election. People playing money politics have won and the ones that were really for the people benefits had lost.
    2)At one stage you said Najib is not a capable person and then you switched back that he is suitable…what did he do in this short span to win your confidence? To the rakyat he has not proved anything.
    3)If Najib was so much of a Knight in shining armour why did you not choose him in the first place over Pak lah. Atleast we would not have lost 5 years under a in capable leader. And Najib could have done his “David Copperfield ” like tricks a lot earlier for our benefit
    4)Touch your heart and say that Najib is a good hearted person, especially with his track record….and Aminah Abdullah may for all we know be turning in her grave. Why is it as a senior politician you never called for him to prove his Innocence?
    5)Please think what is a greater Crime Sodomy with the other person’s consent or Cold Blooded Murder to an hapless female
    Its sort of dissapointment to most of us who admired your each action and steps taken when you were in power. Why did you deteriorate dear sir? You were the great person who put Malaysia on the world map for all super powers to take not off. But you are now becoming the party for Malasyia becoming Noteworthy in the world’s eyes for all the wrong reasons!!!

  241. ASWB TUN & RAKAN 2,
    memang benar apa yg dikatakan oleh Tun. Kalau UMNO di bawah pimpinan YB Najib tidak berubah dimana segala keuntungan di bolot oleh UMNORITES maka pengundi melayu akan menolak UMNO & BN pada PE ke 13 kelak.
    Saya ingin menyatakan banyak Melayu professional & Towering Malays’ yg rata2 nya bukan ahli Umno dan mereka ini telah mendekatkan diri kepada PAS & PKR & ramai anak2 muda sekarang menyokong Parti PKR & PAS. Dalam masa lebih kurang 4 tahun drp sekarang peratusan pengundi muda akan bertambah lebih banyak terutamanya belian yg berumur 21- 45 tahun keatas ini akan lebih cenderung kepada pihak pembangkang.Dan pada masa itu kelak jumlah pengundi yg senior 50 – 75 tahun keatas akan berkurangan & mereka ini lah yg selama ini menyokong UMNO & BN TIDAK BOLEH MENYELAMATKAN UMNO & BN LAGI.
    Adakah YB Najib akan lebih mementingkan 3 juta ahli UMNO ataupun tidak menghiraukan pengundi Melayu yg berjumlah 8 -10 juta ini ????

  242. Salam Tun,
    Mengalir airmata saya melihat Tun kembali ke persada politik…. diberi coverage dalam ucapan dan melihat sambutan orangramai terhadap Tun…terbayang sambutan sewaktu Tun menjadi PM dulu.. dan saya puji keputusan Tun untuk tidak memegang sebarang jawatan di dalam Kerajaan…. sebalik nya menjadi penasihat tidak rasmi apabila diperlukan.
    Syabas..

  243. Salam YBhg Tun.
    Semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga.
    Mengenai kekalahan BN di dua bukit baru-baru ini dan andaian dan pemerhatian serta cadangan:
    1. Belia Melayu tidak ramai yang mendaftar serta tidak berminat dengan parti pemerintah.
    2. Pengundi Belia Melayu merajuk dan hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Kes: banyak kawasan perusahaan dan industri di utara ditutup.
    3. Hampir bertahun pemimpin/wakil rakyat tidak turun padang melihat mendekati penduduk.Tiada usaha memujuk belia muda kepada BN serta menjelas isu kepada penduduk.
    4. HIndraf – pembebasan saat akhir dilihat sebagai usaha terakhir kerajaan pancing undi.
    5. Isu KJ menang KP UMNO. Rakyat melihat UMNO belum betul mahukan perubahan. Bagaimana mentaliti dan perlakuan sesetengah perwakilan PEMUDA, tidak jauh bezanya dengan pemuda di luar.
    6. Isu peribadi YAB PM iaitu sikap isteri beliau yang kurang disenangi rakyat.
    7. Peranan agensi kerajaan JASA – gagal kenalpasti isu. Terbukti sejak PRU 12.
    8. Kurang pemimpin berwibawa dari kawasan utara.(Bukan YABhg TUN ABDULLAH)
    Cadangan :
    1. Perkenalkan BTN kepada golongan belia dan terap jati diri.
    2. WAkil rakyat perlu kerap turun padang terutama YAB PM. Siarkan ucapan beliau secara langsung di TV seperti dulu agar setiap isu terjawab.
    3. Tarik golongan Profesional Muda Melayu ke dalam politik cawangan dan bahagian agar dapat bantu pulihkan UMNO dengan kepakaran masing2.
    4. Teruskan semula projek mega yang penting. Elak pembangkang main isu kecil-kecilan.
    5. Tutup isu ANWAR IBRAHIM yang banyak berbohong.
    6. Gunakan pengalaman TUN tahun 1998 dalam menangkis serangan ANWAR dan pembangkang sehingga menang PRU19.
    Terima kasih!

  244. Dr M:
    Good Morning 🙂
    Wish U good health.
    U’re still respectable Dr M.
    U ever did good to Malaysia….U’ll be remember.
    But, do not let or make those who ever respected disappointed or try to forget U.
    Just leave the new PM alone to run & rule the country ‘MALAYSIA’ & the UMNO.
    Cos, your recent 2 years acts did damaged ‘MALAYSIA’ & saddened all.
    Spend some quiet times & think thru….. U’ll understand if U are really once a great man.
    It’s my sincere encouragement for U to stay healthy & leave the new PM alone.
    If not, U may further damage MALAYSIA.
    GOD bless U.
    mhc

  245. Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir…Selamat Kembali kepangkuan UMNO… Saya pula tak pernah menyertai UMNO hanya pengundi saja…. Tengoklah nanti jika ada penambahbaikan zaman Datuk Seri Najib mungkinlah saya sertai UMNO! Kami rakyat Malaysia menharapkan masa depan yang cerah dan dapat bersatu dangan 1Malaysianya itu….Mudah2ah Datuk Seri Najib tidak tunduk dan bersikap “nak jaga hati” beberapa pihak seperti tindakan Badan Disiplin UMNO terhadap KJ@ Khairy Jamaluddin… Kempen Pilihanraya di 3 tempat baru2 ni dia pun tak turun. Jika turun kempen parti lawan “senang tuding jari kat dia” habislah….t.s.t Kemenangan di Bkt.Gantang dan Bkt Selambau dengan “majority yang kecil”. Kepimpinan Datuk Seri Najib baru bermula…harapan kami dalam pilihanraya akan datang rakyat dapat memilih UMNO dan BN yang sedang dalam “pemulihan”…kehadiran Ayahanda Tun menguatkan lagi keyakinan rakyat! Syabas Teruskan Perjuangan Yang Belum Selesai!

  246. Tun,
    Mungkin kehadiran Tun lah yg menyebabkan kekalahan di kedua2 bukit tersebut..Itu adalah ramalan penganalisis yg saya ikuti semalam.(astro awani) mungkin ade benarnye..
    Mmg tun kene hadapilah semua kritikan ni,..Seaakan2 rakyat masih boleh memaafkan lagi Umno dan BN setelah setahun berlalu pru12..isu2 yg terus dimainkan BN tentang penderhakaan YB Nizar terus tidak dipedulikan rakyat sebaliknya menunjukkan rakyat bersetuju dgn YB Nizar, dan memakan diri kembali kepada BN..Dgn sekatan kepada pembangkang dengan larangan pengeluaran Harakah dan Suara Keadilan, serta larangan supaya tidak menyentuh isu2 krisis politik di Perak , terus tidak menjadikan ianya berhasil buat BN..Seperti yg diperkatakan oleh Dr Abu Hasan dlm astro awani semlam, pengundi skrang mmg sudah berada di tahap yg bijak utk menilai dan AJAIB.
    SAMA2LA KITA FIKIRKAN,,
    Perubahan kepimpinan yg seakan2 transforasi yg igin dicana oleh BN masih diragui oleh rakyat sebenarnya…

  247. tun kena terus mengkritik perasuah dalam UMNO.ramai kecewa Pemuda UMNO masih pilih Khairy. Di Bukit Gantang dan bukit Selambau saya percaya ramai yang pangkah PKR dan PAS adalah dari kalangan ahli UMNO sendiri.Orang UMNO sendiri kalahkan BN untuk ajar Pemuda UMNO yang tak dapat baca apa yang rakyat mahu atau mereka ‘memusuhi’ kemahuan rakyat.

  248. Dr M
    Good Morning 🙂
    Wish U good Health always.
    I like to see your blog & messages.
    I strog encourage U to remain as U’re.
    Hope U do not interfer with the new PM’s intends.
    It will do no ones good.
    U have had days & it’s over, just sit back & do your own chores.
    Just a sincere & wish that U understand.
    Cheers 🙂
    mhc

  249. Tun,
    tak perlu saya berselindung atas apa yang saya katakan berkenaan tuan. saya suatu masa mungkin menyangjung tuan sebagai negarawan TETAPI kini tidak seperti waktu dahulu.
    Tuan sepatutnya bersara terus dari bercakap-cakap mengenai pentadbiran yang sedia ada. Oleh sebab tuan lah negara kini jadi purak peranda pentadbirannya. Tuan terlalu angkuh dan sombong. Tuan merasakan malaysia ini tidak boleh berjalan tanpa tuan. Tuan terlalu banyak mencampuri urusan negara. Tuan yang selalu mengidamkan jawatan Perdana Menteri yang tuan telah lepaskan. Tuan mahukan jawatan TETAPI tak mahu memikul beban. Biar orang lain yang memikul beban. Tuan hanya tau mencari salah orang lain.
    KONONnya tuan lebih disenangi oleh rakyat. Tuan lah seorang manusia yang terlalu angkuh. Alhamdulillah tuan telah menerima habuan yang pertama. Tuan yang sepatutnya dahulu berkempen membantu Perdana Menteri yang sedia ada pada PRU 2008 TETAPI oleh kerana angkuh, tuan tidak membantu. Saya tidak terkilan langsung kerana saya bukan orang Abdullah malah tuan juga. Di Bukit Gantang tuan cuba “test market”. Nyata rakyat tahu bahawa tuan sebanrnya ialah seorang HIPOKRIT. Baguslah rakyat Bukit Gantang menolak menolak semua kempen tuan. Tuang angkuh. Inilah akibat seorang yang angkuh.
    Kini tuan hendak salahkan siapa. BN kalah dalam PRU sebab Abdullah..kata tuan. Kini di 2 bukit… semenagnya salah UMNO dan tuan. Apakah tuan ada maruah. TIDAK… tuan adalah seorang yang tidak bermaruah. Tuan boleh membuat apa juga kenyataan yang tuan merasakan tuan betul. Sebenarnya tuan masih berasa kebal sebagai bekas Perdana Menteri. tuan tak pernah merasa gusar sebab tuan tak akan ditangkap atau di tahan di bawah ISA selagi BN memerintah. Itulah keangkuhan tuan.
    Kini Abdullah akan lebih tersenyum kerana 2 bukit kalah semasa anak didik tuan memerintah negara. Tuan sememangnya tau bahawa anak didik tuan boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah tetapi tuan angkuh atas kenytaan tuan mahu beliau jadi ketua negara.
    Kepada para pemimpin PR saya menegaskan sekiranya dengan izin ALLAH PR memerintah, Tun Mahathir ini semestinya ditahan di bawah ISA khusus untuk beliau. Janganlah disiksa beliau sebagai aman yang dilakukan kepada tahanan ISI yang ada tetapi memadailah diasingkan dirinya dan anggota keluarganya termasuk isteri hingga beliau kembali kerahmatullah. Rakyat akan kekal tahu beliau sebagai negarawan dan seorang yang angkuh. Buakn membalas dendam tetapi hukuman ini adalah setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Abdullah mungkin tidak bersetuju tetapi manusia yang angkuh ini wajar diajar atas keangkuhan yang dilakukan.
    Tahniah kepada PR yang menang di 2 bukit. Insyaallah… jika niat kamu semua benar dan jujur ALLAH akan bantu. Jauhkan sifat angkuh seperti yang diamalkan oleh Tun Mahathir dan partinya. Tolak UMNO.. jadikan ianya hanya secebis sejarah bagi masa akan datang.
    Amin….

  250. Assalamualaikum Tun,
    Saya berpendapat sudah sampai masa Tun memberi nasihat kepada Najib supaya menjaga sedikit kelakuan perbelanjaan ROSMAH. Orang ramai, termasuk warga mas, terutama sekali kaum wanita telah bercerita fasal perbelanjaan ROSMAH berjuta juta ringgit bila shopping terutama sekali diluar negara.
    Ini semua penyakit hangat dihadapi UMNO. Lapas rasuah kepada membazir wang rakyat pula.
    Sejarah telah membuktikan kejatuhan sesaorang lelaki disebabkan wanita.
    TQ

  251. Selamat Pagi Tun
    Saya setuju dengan pendapat Tun supaya tidak memberi ruang kepada mana-mana orang yang mengamalkan rasuah. Saya berharap YAB Datuk Seri Najib akan membentuk kabinet baru tanpa memberi ruang kepada mereka yang pernah atau mempunyai potensi untuk mengamalkan rasuah. Peribahasa Buang yang keruh ambil yang jernih perlu diamalkan. Ambil pemimpin yang jernih sahaja.
    Satu lagi beliau perlu memberi amaran keras kepada semua ahli kabinet supaya tidak mengamalkan rasuah samada di dalam Umno atau pun kerajaan. Tindakan tegas harus diambil ke atas mereka yang terlibat dalam amalan tidak bermoral ini. Tidak tegas bermaksud rujuk kes kepada SPRM. Jika ini tidak dipatuhi maka PRU akan datanmg lebih banyak kekalahan akan diterima oleh BN. Selamat kembali TUN.

  252. TUN.
    Debaran bi election di 2 kawasan DUN dan 1 Parlimen telah pun diketahui keputusan nya. Keputusan yang kurang memeransang namun sememang nya telah diramalkan oleh setengah2 penganalisis setempat yang arif dengan persekitaran kawasan tersebut.Berbeza dengan segala macam hujah ,ulasan, kupasan atau terjemahan pendapat oleh Prof2 mahu pun penganalisis profesional yang kerap kali keluar di laman2 media seperti di TV atau media2 cetak. Ramalan mereka kurang tepat. Saya ingin berkongsi pendapat dari penganalisis bebas dari kalangan orang2 kampong setempat yang bersidang hanya di kedai atau warong2 kopi dari kawasan ini.
    Apa yang sebenar nya berlaku di P059 dan N025 bukan kerana calun BN dari UMNO dan MIC itu tidak bagus. Tetapi percaturan dan permaianan politik di pehak lawan itu membantu kemenangan mereka. Walaupun usaha mereka tidak sehebat BN tapi kemenanagan maseh dipehak mereka.
    Ada beberapa faktor nak di kongsi bersama disini.
    Walaupun dilihat calun Pas yang telah menang namun PR, lebeh tepat DAP telah menang dari aspek moral dan pengaruh di kawasan ini dan keseluruhan nya di negeri Perak. Mereka telah dapat membuktikan pengaruh dan cengkaman mereka didalam PR itu semakin kuat. Bukan AI penasihat PKR. Bukan Hadi atau Tok Guru yang menjadi faktor nya.
    Mereka2 ini PKR dan PAS hanya element atau alat tunggangan DAP sahaja untuk meneruskan penguasaan mereka di Perak. Pemimpin2 PAS dan PKR serta ahli2 nya di provokasi untuk menentang kerajaan BN.
    O.k lah mari kita lihat angka2 yang telah memberi kemenangan kepada calun PAS .Jika di lihat komposisi pengundi yang terdiri 60% melayu dan 20%+20% pengundi kaum Cina dan India sudah cukup jelas memang membolehkan sesiapa sahaja calun mewakili pembangkang menang di kawasan ini.
    Faktor nya adalah, kaum cina dan india tidak memberi sokongan sepenuh nya kepada calun BN. Mereka lebih cenderong pada pembangkang setelah di pengaruhi oleh PR/DAP.
    Pengaruh DAP dari P060 yang berjiran dengan mereka memberi pengaruh yang kuat pada mereka dikawasan ini. Hanya di bantu dengan 20% penyokong PAS sudah memadai untuk PAS memenangi kerusi ini.
    UMNO keseluruhan nya tidak lemah jika dilihat dari segi angka nya telah dapat menguasai pengaruh nya lebeh 60% pengundi Melayu.
    MCA,Gerakan dan MIC telah gagal mendapat sokongan dari kaum2 yang mereka wakili. Pemimpin2 dari 3 cabang parti BN ini mesti mencari punca nya yang sebenar mengapa mereka kini tidak lagi diterima oleh kaum2 mereka.
    Keadaan ini akan memjejaskan kekuatan BN terutama UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan hari ini.
    Apa kah agenda besar dan tersembunyi yang sedang di rancangkan dan ditawarkan PR bila mereka berkuasa kelak sehingga mereka dapat mempengaruhi kaum2 ini dan juga pemimpin2 PAS dan ahli2 nya.
    Apa kah gambaran yang sebenar nya poltik negara dimasa kini.
    Menjengah pula ke ke N025 bukit Selembau. Calun PKR pada asal nya tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan juga telah menang. Walaupu kerajaan telah menjanjikan pelbagai bantuan dikawasan ini. Keputusan tidak juga memehak kepada BN. Apa punca sebenar nya mereka maseh menolak BN untuk kali 2 dalam setahun. Saya berpendapat Samy Vellu perlu memberi jawapan nya.
    Apakah masyarakat setempat tidak mahu lagi calun MIC mewakili mereka. Sekali lagi mereka telah tunjukan jalan keluar untuk calun MIC ini. Apa kah MIC sebenar memang telah gagal sekarang ini dalam memcari pengaruh dan kepercayaan kaum India atau pun kerana kaum2 ini cuba membentuk satu pasukan baru yang bolih mereka mendesak dan menekan kerajaan untuk mendapatkan apa sahaja hajat mereka.
    Pada hemat sesetengah penganalisis ada juga faktor yang kurang keterbukaan nya MIC, MCA dan Gerakan juga telah menjadi gunting dalam lipatan BN. Di mulut mereka nampak manis namun tidak perbuatan mereka yang akan menikam dari belakang. Hanya selogan setia kawan di mulut sahaja tidak dihati. Di hati terukir sesuatu agenda yang tidak seiring dengan dasar2 bersama yang dipersetujui BN.
    Namun apa yang tersilap nya orang2 Melayu? Tepuk dada tanya selera.
    Maseh ada kelompok orang2 Melayu yang sanggup menjadi kuda tunggangan DAP hanya kerana sikap sombong dan sikap bermusuhan dengan suadara seagama dan sebangsa.
    Renung2kan lah.

  253. Salam Tun,
    1. I want to repeat my call to UMNO new leadership to change UMNO constitution so university professors, teachers, academicians and group A government servants can hold position in UMNO divisional level such as Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian , Ketua Pemuda Bahagian.
    2. The main reason is these people (i.e academicians) will not use money to bribe their way up because they are idealist to UMNO struggle. They are willing to support UMNO core struggle.
    3. When the A LOT of academicians returned to hold a lot of position in UMNO, they manage to eliminate “money politics” perception preceived by a lot malaysian to UMNO.
    4. Finally UMNO once lead by academicians/teachers resulted a lot success to malays and nation. They should be allowed to run the UMNO. Think about it.
    Regards

  254. Dearest Tun,
    Tahniah for rejoining UMNO, hope your present will help to clean up UMNO from its money politics and vote buying by its members…..also Tahniah to Dato’ Seri Najib on his appointment as the 6th Malaysian PM…..
    DSN need to be closed to the Rakyat to clean his image soonest due to the various issues seem connected to him…….Rakyat mudah lupa …so getting close to Rakyat will undoubtedly help boost his image…….
    Tun, I hope you are right this time that DSN will bring Malaysia to a greater height….jangan jadi “pisang berbuah dua kali”
    Salaam-Yay.

  255. Sedih juga bila lalu kat Bkt Gantang,lihat petugas BN macam tak bermaya berbanding dgn penyokong PAS,begitu aktif dan bersemangat.Mana-mana pergi boleh lihat kereta dgn bendera PAS.
    Paling sedih dan tak menyeronokkan,bila singgah mkn kat satu gerai makan area tol Changkat Jering.Satu meja tu ,4 org,dua dari mereka memakai T-shirt belambangkan BN.Rasanya org yg berpengaruh jugalah pasal ada yg memanggil salah seorang dr mereka tu Datuk.Yang sedihnya,mereka cakap langsung tak sopan,kuat macam nak berkempen.Tapi isi kandungan yg mereka bualkan berkisarkan rasa tak puashati akan pemilihan MT UMNO yg baru je habis.Siap keluarkan fail.Sempat pula dengar salah seorg berckp,”duit minyak yang Datuk tu bagi dah habiske?”.Aiyooo,terang-terangan mengaku ada sogokan wang,tak tahulah sewaktu PRK Bkt Gantang yg sdg berlangsung atau masa MT yang lepas.
    Rasa rasa pemilihan MT dah lepas,ngape nak dipersoalkan lagi.Keduanya rasa tak malu pula menyebut duit minyak secara terang-terangan.Yang ketiganya mana semangat mereka nak melihat calon mereka nak menang dlm dlm PRK tu.Tak tahukah mereka berapa ramai yg mkn kat gerai tu memerhati gelagat mereka yg lebih mementingkan kedudukan dlm pimpinan dan bukannya perjuangan.
    UMNO …………akan terus lesu atau lenyap jika terus buat post mortem kekalahan.

  256. Salam untuk Tun,
    Hari ini ditubuhkan suruhanjaya bebas mengkaji punca kekalahan
    di kedua-dua bukit. Satu batang sahaja yang menang. Bagi saya itu tidak dikira kemenangan kerana telah pun dimiliki, cuma tidak berjaya dirampas sahaja.
    Sebenarnya, suruhan jaya bebas telah pun ditubuhkan pada tahun lepas dan keputusan suruhanjaya tersebut telah pun diketahui umum. – Kalah dilima negeri – itulah keputusannya. Yang menjadi ahli suruhanjaya tersebut adalah berpuluh juta rakyat yang turun mengundi, termasuk saya. Sebagai ahli suruhanjaya tersebut, apa yang saya mahu?
    1. Turunkan harga minyak – Sebahagiannya telah terlaksana – tapi kami nak ianya diturunkan lagi. Apa jua alasan, keperitan berpunca dari kenaikan minyak masih belum terubat dengan penurunan yang sedikit tersebut.
    2. Jangan mencari pasal dengan Tun !! Dengar nasihatnya, kerana kebanyakkan nasihatnya telah terbukti menguntungkan rakyat, tidak mungkin nasihat seterusnya akan merugikan rakyat. Jadi dengar! Dengar! Dengar! Jangan cari gaduh dengan dia. Kerana terdapat berpuluh berjuta menyokong TUN yang setia akan buat apa sahaja untuk mengikuti nasihat dia. Pemimpin yang baru ! Masa akan membuktikan bahawa perbuatan dan nasihat anda membawa kebaikan kepada rakyat, dan dari situlah terbinanya kepercayaan. Maka anda perlukan masa dan tindakan yang iklas, kerana ia akan terbukti dgn sendirinya. Jangan mengharap beberapa hari menjadi PM kita akan melihat keputusan kejayaannya esok, emotional bank account memerlukan tindakkan.
    3. Setiap tindakkan memerlukan penerangan kepada kami, ahli suruhanjaya bebas ini. Terangkan kepada kami rasional sesuatu tindakkan, berbagai alat IT ada sekarang ini, gunakan, jangan dakyah dan anggapan buruk melanda rakyak lebih dahulu dari rasional tindakkan. Kerana jika dibiarkan lama2 anggapan buruk menjadi pegangan, dan apabila ianya dipegang sangat sukar untuk dilepaskan.
    4. Dengar keluhan rakyat dan bertindak balas atas keluhan tersebut. Bertindak kepada setiap keluhan dan sebarkan maklumat setiap tindak balas.
    Terima Kasih
    Mazelan Abas
    http://tutorialgdi.ws

  257. Assalamualaikum
    Tun yang dihormati,
    Kemasukan Tun ke dalam UMNO semula adalah satu kesilapan pada masa ini. Sepatutnya Tun perlu bertegas bahawa Tun akan masuk apabila Pak Lah sudah berhenti jadi Presiden UMNO. Atau maksud yang lain Pak Lah sudah tiada kepentingan lain dalam UMNO. Tetapi Pak Lah telah berjaya meninggalkan legasinya yang paling berbahaya kepada UMNO, ….KJ.
    Penangguhan kemasukan Tun ke dalam UMNO juga boleh memaksa Najib untuk berhati2 memilih barisan kabinetnya untuk membuktikan bahawa beliau serius dalam membersihkan barisan kerajaan daripada rasuah. Beliau memerlukan Tun dalam UMNO bagi merapatkan saf UMNO. Namun jika Tun sudah kembali ke UMNO seolah2 beliau telah berjaya menyatukan kembali UMNO sedangkan beiau belumpun buat apa2 lagi kepada UMNO.
    Harapnya Tun akan terus menegur UMNO bagi membetulkan jalannya.

  258. Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah menyuarakan dengasn kuat, BN sudah hilang kepercayaan. Kerajaan BN Perak juga dipertikaikan…

  259. Salam Ayahanda Tun
    Pertamanya, izinkan saya untuk mengucapkan selamat kembali ke pangkuan UMNO. UMNO needs you very very much especially after the results of by election tonight.
    Saya merasakan bukan sahaja UMNO perlu merubah, bahkan BN juga perlu merubah. Ini termasuklah parti parti BN yang lain. MCA telah diganti oleh ketua baru tetapi tidak dapat dilihat ada apa apa perubahan. Kita semua tahu bahawa presiden dan timbalan presiden MCA tidak sehaluan. MIC lagilah dasyat. DS Samy Vellu masih lagi menjadi presiden setelah sekian lama dipimpinnya. Saya diberitahu ramai kaum india tidak mahu menjadi dan menyokong MIC adalah disebabkan oleh cara kepimpinan DS Samy Vellu yang selalu menggunakan sistem vito. Tidak ada apa apa suara yang boleh diketengahkan kepada MIC jadi mereka pun tidaklah mahu menjadi ahli dan menyokong parti ini. (professional such as Dr and Lawyers). Jadi bila tak sokong MIC mereka pun sokonglah parti lain.
    Bekenaan parti2 yang lain saya rasa tidaklah perlu komen. Tentang isu org melayu yang kian berpecah belah tidaklah perlu saya komen kerana saya pasti Tun lebih arif dan ramai di sini telah memberi komen yang lebih arif.
    BN bukan sahaja perlu satu reformasi yang baru, tetapi satu jenama yang baru. Saya harap cadangan saya tidak ada sesiapa yang marah pada saya tetapi ingin saya memberitahu bahawa logo BN juga perlu di rebrand semula. ramai pengundi yang naik menyampah tengok logo BN and I think this can be one of the factor(especially when people got angry with BN earlier on). When you change, you need to change everything. I hope no one got offence with my two cents worth of thoughts.
    As for now, let’s see who will be appointed under DS Najib’s administration. it will be another interesting day. Hope he does not choose the wrong candidates such as you know who..

  260. Kpd saudara TEN..
    What the heck wrong with you man?
    Aku jawab “jawapan” saudara berdasarkan no. yang aku pilih dari artikel ko:
    1) Jilat ludah balik lah… bukan Ludah jilat balik… belajar balik BM, jangan hanya tau cakap loghat tempat sendiri sahaja. Dan kenapa pulak kamu tuduh Tun jilat ludah balik? Ada Tun cakap dia takkan masuk UMNO balik sampai bila2? Bukankah dia letak syarat untuk kembali kepada UMNO? Apa kamu ingat Tun join UMNO pasal nak join politik wang kah? Kenapa bebal sangat kamu ni?
    2)Buat apa nak respek orang yang dah banyak mencalarkan imej UMNO/BN setelah peninggalan Tun meletak jawatan PM dulu? Respek pun berpada2 la wei. Apa yang kamu susah?
    Kamu ingat Tun boleh ramal semua sahsiah orang kah? Mana Tun dapat tau kalu manusia tu tiba2 boleh berubah bila pegang kuasa tertinggi? Kamu boleh ramalkah?
    Teori RAHMAN? Siapa suruh kamu percaya such a crap like that? Ada Tun cakap pasal teori RAHMAN ni? Main teka saja kamu ni.
    4) Najib case? Biar mahkamah yang tentukan, biar rakyat yang menilai, kamu tidak perlu susah2 nak pening2 kan lagi kepala dengan hal yang tidak pasti, kalu tak, kamu hanya sebarkan fitnah dan kerisauan saja.
    5) Lawan tetap lawan? Aik… macam kenal jer ayat ni… kamu penyokong Anwar/PKR ke? Aisey… patut la komen kurang ajar saja dari mula… jenis tak respek Tun Mahathir rupanya kamu ni, pastu ada hati nak tanya Tun untuk kenapa tak respek Pak Lah. Kamu dulu yang kena belajar nak respek orang bila masuk ke “rumah” orang itu.
    6) Tak perlu Pak Lah majukan kroni2 nya… apa kamu ingat kroni2 nya itu tiada otak untuk bergerak sendiri? Ada yang berkelulusan Oxford wei… bukan mereka tu bodoh macam penyokong2 Anwar tu, ikut Anwar je memanjang.
    7) Haa.. itu sudah menghasut dan memfitnah dah bro… better lagi kita beware pada orang yang benarkan perkataan Allah boleh digunakan pakai untuk fahaman selain Islam di negara ni. Better lagi kena beware pada pemimpin yang sanggup sembah US untuk dapat sokongan politik peribadi. C4 tu pun hanya bunuh seorang saja, tapi pengkhianat bangsa mampu bunuh even masa depan majoriti Melayu-Islam pun di negara ni.
    12) Alah… kenapa tak tanya Anwar kenapa dia tak cuba mansuhkan ISA ketika jadi timbalan PM dulu? Kenapa kutuk PAS dan DAP dulu dan kini berbaik? Kenapa semua tak berlaku dulu?
    Dan yang kamu sibuk bangkitkan sentimen negeri apa hal? Masih tak bersyukur duduk dalam Malaysia kah? Macam org negeri kamu sahaja yang buat jasa pada kerajaan? Macam menderita sangat org2 di negeri kamu? Lempar masuk Indon baru tau… bagi kat Filipina ke. Bersyukur la wei… orang Semenanjung tak boleh beli pun tanah di tempat kamu tu, tapi kamu boleh dengan sewenang2 nya beli tanah di semenanjung… itu pun kira adilkah?
    13) Tak perlu nak ngada2 nak jawatan lebih dalam kabinet, orang lain pun banyak jasa pada kerajaan takda pun nak mintak balasan, perjuangan apa kamu ni? Perjuangan agar dapat jawatan kabinet? Minta pada Anwar lah untuk dia makbulkan permintaan kamu itu, semoga jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan suatu hari nanti, kamu semua tiada masalah dengan orang2 PAS dari Semenanjung untuk rembat jawatan2 kabinet tu.
    Dasar racist sesama Pribumi/Malaysian pun…. ptuih!

  261. SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    BN TIDAK BERUPAYA MENAWAN DUA BUKIT HARI INI.
    PERALIHAN KUASA DAN KEMASUKAN AYAHANDA TUN KE DALAM UMNO YANG DIHARAP DAPAT MEYUNTING SEMANGAT DAN KEKUATAN BARU KEPADA UMNO/BN TIDAK DIHARGAI OLEH PARA PENGUNDI TERUTAMANYA PENGUNDI MELAYU DI KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG, TAIPING PERAK DAN BUKIT SELAMBAU, SG PETANI KEDAH.
    LAZIMNYA, PENGUNDI CINA DAN INDIA MAJORITINYA AKAN BERSATU MENGUNDI PARTI LAWAN.LAIN PULA KAUM MELAYU, BERPECAHAN.IBARAT ‘AYAM HILANG INDUKNYA, SERAI PECAH RUMPUN NYA’
    ADAKAH RAKYAT PERAK DAN KEDAH TELAH MEMBERI ISYARAT MENOLAK KEPIMPINAN NAJIB/MUHYIDDIN ATAU KEHADIRAN ‘KORAP JANTAN’ MENJADI ANTARA SEBAB PENOLAKAN MEREKA?
    WALAUPUN HARAPAN KAMI INGINKAN KEMENANGAN KEPADA BN TETAPI HARAPAN ITU HANYA TINGGAL HARAPAN SAHAJA.
    KAMI BERASA LUKA LAMA MASIH BELUM SEMBUH TERUTAMANYA ‘LUKA’ KENAIKAN HARGA MINYAK YANG MENDADAK YANG TELAH MENGAKIBATKAN KESANGSARAAN HIDUP RAKYAT DISEBABKAN OLEH KENAIKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN YANG TIDAK MENURUN WALAUPUN HARGA MINYAK TELAH TURUN MENDADAK.
    GAYA HIDUP DAN KEMEWAHAN YANG DITONJOL2KAN OLEH KAUM ELITIS UMNO JUGA TELAH MEMBUAT PARA PENGUNDI MENYAMPAH UNTUK MENGUNDI CALON2 UMNO/BN.
    HUKUMAN ‘DOUBLE STANDARD’ KEATAS PESALAH POLITIK WANG DIPERHIMPUNAN AGUNG MUNGKIN JUGA TELA MELEMAHKAN SEMANGAT JENTERA UMNO DIAKAR UMBI UNTUK BERKHIDMAT SEPENUH HATI DAN JUGA KEBENCIAN KAUM INDIA TERHADAP MR. SAMY VELLU YANG TELAH ‘OVERSTAY’ SEBAGAI PRESIDEN MIC.
    IN SHORT, THE BIG ‘RASCAL’ IN MIC AND THE LITTLE ‘RASCAL’ IN UMNO MUST BE ‘OUSTED’ IF BN STILL WANTS TO BE THE GOVERNMENT OF THE DAY COMES PRU 13 AND STILL ASPIRES TO REALISE THE WAWASAN DREAM OF MALAYSIA, A DEVELOPED NATION BY 2020.
    UMNO AND THE BN MUST CHANGED FOR THE SAKE OF THE RAKYAT AND THE RAKYAT MUST SEE THE BIGGER PICTURE OF WAWASAN 2020 FOR THE SAKE OF THE FUTURE GENERATION’S DREAM OF ONE MALAYSIA FOR ALL MALAYSIANS AND ALL MALAYSIANS FOR ONE MALAYSIA.
    WAWASAN 2020 BUKAN TITIK PENYUDAH BAGI GENERASI MENDATANG IA BERMULA
    KAMI TIDAK AKAN SERIK MENGULANGI UNCAPAN DIATAS DEMI MEMBERI KESEDARAN BETAPA PERLUNYA SEGALA RENCANA WAWASAN 2020 MENJADI KENYATAAN DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.
    KEPADA ALLAH SWT, KAMI MOHON KEJAYAAN NYA.
    ALFATIHAH, AMIN.
    Ps. Pastinya landasan Wawasan 2020 akan ditanggalkan jika Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah negara selepas PRU 13. Maka ketika itu sudah terlambat untuk meyelamatkan negara daripada ORANG MINYAK! yang akan dijemput khas oleh Ketua Pertualang Negara..nauzubillah.

  262. Assalamualaikum Tun…,
    Tahniah… meninggalkan dan kembali kepada UMNO… keputusan pilihanraya Bukit Selambau dan Bukit Gantang membuktikan UMNO belum lagi RELEVAN. Bukan referandom terhadap Tun tpi lebih kepada transformasi UMNO sebenarnya. UMNO dilihat oleh rakyat khususnya orang melayu sudah tercalar dengan isu rasuah dan keluar dari perjuangan parti sebenarnya. UMNO harus kembali kepada perjuangan asalnya semasa memerdekakan negara lebih setengah abad yang lalu. Sememangnya UMNO ditubuh untuk memperjuangkan nasib bangsa sepertimana dilakukan oleh pemimpin-pemimpin awal termasuk Tun sendiri. Tetapi akhir-akhir ini UMNO telah dirosakkan oleh pencacai melayu yang hanya mahu kedudukan bukan menyertai dan memimpin UMNO diatas dasar dan perjuangan parti yang sebenar. Ini menjelaskan bukan parti UMNO yang tidak RELEVAN tetapi pencacai-pencacai ini lah yang sebenarnya tidak RELEVAN. UMNO ditubuhkan mengunakan perkataan melayu sebagai wadah perjuangan dan mengambil tanggungjawab untuk membela bangsa melayu. Bangsa melayu tidak akan wujud didunia ini kalau Allah SWT tidak mewujudkannya dan jika UMNO gagal dan lalai memikul tanggungjawab ini samalah seperti gagal menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh yg Maha Esa. Tun, hanya Allah yang mengetahui mengapa Tun dilanjutkan usia dan dikurniakan kebijaksanaan yang tidak dimiliki oleh sebahagian besar umat Allah SWT didunia ini. Tun telah diredhai untuk memimpin dan slogan “PERJUANGAN BELUM SELESAI” memang bertepatan dengan penglibatan Tun kembali dalam UMNO. Tun, ucapan Tun semasa berkempen di Bukit Selambau, mengenai ramai rakyat yang belum menyertai mana-mana parti(khasnya UMNO)tetapi menyokong Barisan Nasional adalah kenyataan dan persoalan ini harus diselsaikan untuk menunaiakn amanah penubuhan UMNO demi bangsa melayu dan bumiputra se Malaysia dan INSYAALLAH UMNO akan kembali pada ASALNYA .TUN,saya senentiasa mendoakan Tun dilidungi ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa dan pengorbanan TUN dari penerbitan “MALAY DILEMA” hingga terbinanya KLCC tapi sayang melayu tidak memahaminya..HANYA PEMIMPIN MENGENALI PEMIMPIN..SALAM PERJUANGAN.

  263. Salam Tun Sekeluarga & para pembaca…
    Setelah PRK di Semenanjung yg menyaksikan PR membolot kemenangan..
    Nampak akan kekuatan PR dan penolakan rakyat di tempat tersebut terhadap BN…
    Apakah ini masih tidak lagi memberi pengajaran kpd BN…
    BN sudah tidak lagi diterima rakyat di tempat tersebut….
    UMNO & BN harus lebih agresif bertindak untuk memenangi hati rakyat…
    pemimpin dan ahli UMNO harus selalu turun berjumpa rakyat…
    Begitu juga dgn parti-parti komponen BN……….
    Kepada calon BN yg kalah,
    anda juga harus sentiasa berdampingan dgn rakyat setempat biarpun tidak memenangi PRK tersebut…..

  264. salam,
    apakah jaminan Tun, Najib tidak akan mengulangi ‘kesalahan-kesalahan’ Abdullah?
    Ditakdirkan Najib=Abdullah (atau lebih teruk?), apakah Tun nak keluar UMNO lagi? masa akan menentukan..
    Alasan-alasan Tun menyertai semula UMNO nampak terlalu dangkal (perenggan 6,7,12) dan hypothetical
    PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya memberi isyarat rakyat tidak ‘membeli’ langkah terbaru Tun itu.

  265. Assalamualaikum Tun,
    Slamat Kembali…aura Tun masih kuat, hingga saya yg smakin mluat dgn pe’el YB2 Umno yg korup n hipokrit, yg x suka Dolah n co. trpanggil tuk mgikuti prkmbangan Tun sejak2 Tun muncul ktika Muhydin Yasin berucap tmpoh hari.
    Telah ditakdirkan BN kalah d 2 kwsn pntng. Mesej skali lg d sampai kan oleh rakyat..pkr2 kn lah..
    Tun,
    Saya mengkagumi Tun.Saya mmbesar pd era Tun.Mmbesar dgn Proton Saga..Jambatan Pulau Pinang..
    hinggakan pd masa itu di sekolah, apa sja tugasan kerja rumah dr cikgu (sbjek lukisan) mgenai kenderaan..pasti saya akn melukis kereta Proton Saga (walaupun pd masa itu ayah saya hanya mampu memiliki kereta Datsun)..bgitulah significant nya sumbangan Tun Mahathir pd Malaysia. Begitu bangga nya kami ank2 kampung di sebuah kampung di dlm kwsan Gurun,Kedah. Trima ksh sbb memodenkan Malaysia.TQ Tun!
    Tapi, tiada siapa yg sempurna..Tun juga terpalit dgn bbrapa insiden politik yg tidak kurang hebat kesannya terhadap sosio ekonomi dan kehidupan masyarakat Melayu kita khususnya. Walaupn masyarakat Melayu agak trpecah belah, namun rakyat bawahan msh ktiks itu msh hidup dlm kemakmuran..ekonomi yg makmur, hidup yang makmur..hidup smakin sng walaupn x kaya.
    Tapi..apa yg trjadi d era pmrintahan Dolah Bdawi amat memeritkn rakyat!
    Semua naik!
    last2 menantu dia pn naik! Apa nie?????
    Nk blah pn tinggai ‘taik’ lg kat Najib???…jenuh la Najib nk cuci ‘taik’ tu…nk kna pakai ayaq tanah ka pa x tau…
    Tun, saya harap sgt2 Tun tolong lah pulihkan balik keadaan dalam UMNO la nie…BN pn sama…teruk dah!
    Tun tolong la bg opinion kt Najib mcmna nk jaga ekonomi kita jgn bg down sngt..kami yg dok keja kilang di Penang nie dh 2 -3 bln dh dok rasa kegawatan ekonomi nie Tun..OT d freeze, keja 4 ari seminggu…nk makan apa?
    Tolong buat something b4 getting worst!
    klu prlu tubuh la balik org. yg mcm MTEN dulu utk bntu pulih n ransang balik ekonomi Malaysia..
    klu prlu, ajak la Tun Daim sama2 join utk bntu tangani mslah ekonomi yg akn jd makin buruk 2009 nie..pls do something.
    Politic is politic, but economy is economy!
    Jgn lupa, dunia akn lalui bbrapa lg krisis global dlm masa 5-10 thn akn dtg nie…antrnya krisis tenaga yg d jangka akn trjadi dlm 2015!
    Apakah Malaysia sudh bersedia utk semua nie?? tlg jgn asyik bverpolitik, smp trlupa bab ekonomi n krisis dunia yg lain!!
    Klu menang, tp hidup rakyat melingkup, apa crita??
    Saya frust, dlm prhmpunan agung UMNO, lagsung xdak sapa2 pn bangktkan secara serius ttg isu ekonomi & krisis2 global.
    Bla nk brsedia YB2 oiii..?
    Tun, tlg keep Najib n his gov aware and take action on this BIG matters!
    Saya amat berharap KJ akan dknakan tindakan sewajarnya ats kesalahan politik wang dia tu. Main duit pn boleh jd ketua no…
    Kalu mash biaq kt dia,
    abis lah Umno..lingkup Pemuda, lingkuplah Umno..pk2 kn la…
    Tun, tolong guna pengaruh Tun dlm prkara nie..
    Saya harap Mukhriz akan ada pranan dlm kabnet baru Najib hari ini.
    Pemikiran n idealogi Tun ada pd Mukhriz, sinambungan..
    Tun, maaf kalu brckp pnjang..cuma nk guna ksempatan yg ada dsini…
    Trima ksih..Wasalamm..

  266. Salam Ayahanda Tun Dr. Mahathir,
    Tahniah diucapkan kepada Ayahanda Tun yang sudi memasuki UMNO semula. Ramai pemuda yang sebaya dengan saya amat bergembira apabila Ayahanda Tun memasuki semula UMNO. Ada yang sudah terkeluar dari landasan telah berpatah kembali ke pangkuan UMNO, setelah melihat jejak langkah Ayahanda Tun kembali ke UMNO. Terus terang ingin saya katakan Ayahanda Tun masih mempunyai pengaruh yang ramai dikalangan pemuda.
    Ayahanda Tun,
    Salah Satu Faktor kekalahan BN di Bukit Gantang & Bukit Selambau adalah kerana KJ,KJ adalah punca segala-galanya. Kami dari golongan pemuda inginkan seorang wakil pemuda yang bersih dari rasuah seperti Dato Mukhriz sebagai ketua pemuda bukannya KJ (sayang nya saya tidak dapat menjadi perwakilan semasa pemilihan barisan pemuda UMNO tempoh hari)….Selagi KJ masih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia…. Pasti BN akan kalah dan terus kalah pada pilihan raya kecil yang akan datang(sekiranya ada lagi pilihan raya kecil). Pada pilihan raya kecil ini, kami tidak akan beri sedikit tenaga mahupun mengorbankan tulang 4 kerat kami untuk membantu KJ berkempen. (Sebagai tanda tidak puas hati kami kepada KJ).Kami dari golongan pemuda telah sebulat suara tidak akan membantu KJ dimana-mana program pemuda mahupun pilihan raya umum @ pilihan raya kecil selagi KJ menjadi ketuanya.

  267. Dear Tun,
    I am disappointed that you chose to comeback into Umno. Your decision to leave Umno was correct. Umno is rife with corruption. Why you want to be associated with Umno baffles me.
    You criticise KJ and Pemuda yet you conveniently forgot (again) that Najib has more baggage in tow. Perception of the rakyat is key in this new political scenario.
    Nevertheless, you should just leave Najib alone to do his job. Let him pick his own cabinet without any pressure on your part.
    The new generation of voters thank you for all the development you brought to Malaysia but they won’t forget you also destroyed the vital institution such as the judiciary. You are no longer needed.
    You claim that people rejected Pak Lah in the last election, yet today we saw BN losing in the Bukits. This is not a rejection of Pak Lah, this is a rejection of BN, especially Umno.
    Umno will never change. It is not able to change. It is dying a slow death. Today was another 2 nails in its coffin.

  268. Apa sudah jadi , BN cuma menang kawasan yg tak maju , apa pun usaha itu tangga kejayaan . Saya cuma ingin memberi pandangan saya aje Tok det , mengapa rakyat menolak BN . terpulang kepada kerajaan .
    Pertama , Selama BN memerintah , atau setiap kali BN menang pilihanraya , dasar kerajaan suka menaikkan harga petrol . sebab itu rakyat tak percaya pada BN lagi .( melainkan harga petrol diturunkan balik )mungkin boleh dapat sokongan dari pengundi atas pagar . supaya golongan – golongan susah dari semua kaum boleh berbelanja seperti biasa serta org – org yang meniaga dapat terus meniaga . kalau nak suruh rakyat berbelanja secara berkhemat , pastikan kerajaan juga belanjakan duit rakyat secara berkhemat .
    Kedua , Pemilihan agong Umno baru- baru ini , kebanyakan pemilihan , golongan yang tidak disukai olah rakyat , tetapi terpulanglah kepada Umno , Umno kan bijak . Tapi apa yang pasti , kekalahan BN di selembau dan gantang bukan disebabkan Khairy , rakyat sememangnya menolak BN . malah pilihanraya ke 12 BN hilang 5 negeri disebabkan harga petrol sebenarnya . sebelum kerajaan menaikkan lagi harga petrol sebanyak 78 sen . walhal sebelum itu Pak lah sudah pun menaik kan 30 sen . alasan kerajaan harga minyak mahal , serta , alasan kerajaan minyak nak habis ianya utk disimpan generasi akan datang , hari ini kerajaan terpaksa menanggung akibat kerana menaikan harga bahan mentah itu .
    Ketiga , pihak – pihak media terlalu melebihkan kerajaan , sehingga rakyat tidak mahu lagi mempercayai pihak media , atau apa yg kerajaan katakan , malah rakyat terpaksa mencari alternatif dari pihak pembangkang utk mengetahui perkara sebenar .
    Ini hanya pandangan saya sahaja , betul ke tidak hanya tuhan sahaja yg tahu . kebanyakan memang disebabkan dasar kerajaan selama ini yang rakyat menolak BN . Terpulanglah pada najib , kalau tidak , najib adalah Perdana Menteri yang memerintah tak sampai sepenggal pun , pada pilihanraya ke 13 nanti , malah dalam sejarah Perdana Menteri paling cepat turun takta .
    Sebenarnya banyak lagi , yg rakyat tak puas hati , topik utama yang saya dengar keluhan selama ini adalah minyak , dari pelbagai lapisan rakyat . Terpulang lah pada kerajaan ,walaupun ianya tak boleh memuaskan hati semua pihak .

  269. Assalammualaikum Tun,
    BN KALAH LAGI DI KEDUA-DUA TEMPAT OLEH PKR DAN PAS, AMAT MELUCUKAN BUKAN???
    TERUS TERANG BIARLAH SAYA KATAKAN KEKALAHAN BN SEBENARNYA ADALAH SEMATA-MATA KERANA MENANTUNYA MASIH ADA LAGI DI DALAM UMNO (ITU SAHAJA) DAN BUKANNYA KERANA SALAH PIHAK LAIN.
    BAGI SAYA PM5 ADALAH SEORANG YANG BAIK CUMA KESILAPAN BELIAU ADALAH TERLALU MEMPERCAYAI KAUM KERABAT TERUTAMA ANAK DAN MENANTUNYA.
    JATUHNYA BELIAU JUGA KERANA MENANTUNYA, CERITA2 INI TELAH BERJALAN PADA MULA2 LAGI APABILA BELIAU MEMEGANG JAWATAN PM.
    PETUA UNTUK BN MEMENANGI PILIHANRAYA AKAN DATANG ADALAH SEPERTI BERIKUT IAITU:
    1. KELUARKAN BELIAU DARIPADA MENJADI AHLI UMNO ATAU MELUCUTKAN SEMUA JAWATANNYA.
    2. TUN DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KHAS BAGI KERAJAAN.
    3. MELANCARKAN AGENDA2 & PROGRAM KHAS BAGI RAKYAT & JUGA MEMBINA SEMULA ATAU MENJANA PROJEK2 DI DALAM NEGERI BUKAN HANYA BAGI KELAS F TETAPI MERANGKUMI BAGI SEMUA KAUM & BANGSA.
    4. PROJEK2 DIAGIHKAN SECARA ADIL & TIADA KOMPROMI ATAU KRONI.
    5. BUKA SATU LAMAN WEB AGAR SETIAP WARGANEGARA DAPAT MELUAHKAN PERSOALAN SEMUA ISI HATI MEREKA & JANGAN DITAPIS DAN SETIAP PERSOALAN PERLU DIJAWAB SEMULA AGAR SETIAP ORANG DAPAT MENILAI KETELUSANNYA.
    WASSALAM.

  270. salam ayahanda TUN& keluarga…
    alhamdulillah….syukur sgt krn doa ankanda&ank2 M’sia dimakblkan..syukur sgt krn pntu hati ayahanda tlh trbka tuk sma2 mngmblikan kgmilangan anak melayu&M’sia di mata dunia..insyaallah.
    Smga ayahanda dpt mnaikkan kmbli smgt&kyakinan anak melayu terutma glgn muda spt ankanda ke kancah yg gemilang&terblang. smga PM dpt singkirkan KJ&mmbntuk sbuah kbinet dilandasan yg betul…
    Berita kekalahan bkt gntang&selambau amat ngejtkan. Ini mnunjukkan rkyt msih dlndsn yg slah & mmilih pemimpin yg dusta. Kelakuan anggta DAP yg agak biadab mnunjukkan kejahilan org PAS&PKR sndri.Sdih sgt melihat negara hari ini slps era DSAAB. Terlalu berat kerja yg dipikul DSNTR tuk mngembalikan kyakinan rkyt..smga ayahanda TUN&kami anak barisan pmda yg dpt mnyokong perjuangan parti tuk kpntgn anak melayu sndri…insyaallah.
    Smga kchtan ayahanda&bnda bertmbah baik dan dpnjgkan umur….salam

  271. Dear Tun, salam mesra moga sihat sejahtera. Minta izin..
    ………..LEAD BY EXAMPLE
    Tun is a role model and sterling example. You will not be the last Umno member to ‘temporarily’ leave to force your wishes. Many more such ‘conditional resignations’ will occur in future. We now have a shining precedent. Good luck to Umno how it deals with this future trend!
    Sulk resignation now part of your Umno legacy in addition to Team A/B, bonus votes, quota system, sacking ALL deputies(now includes Pak Lah).
    ………..PISAU BERGULUNG PETA
    Memuji Najib bagi semangat atau bagi amanat? Atau lebih tepat bagi syarat! Seluruh 13 perenggan menyentuh satu perkara saja. Jgn lantik seorang perasuah tertuduh di mahkamah agung chedet.cc dan beberapa menteri senarai hitam krn sokong Pak Lah.
    Najib kena jaga hati Pak Lah (yg serah kuasa padanya dgn mudah) dan duri PM dahulu (yg mahu kehendaknya diturut) Kalau engkar susahlah dia nanti.
    Najib sepatutnya dibiar buat pilihannya bebas dari sebarang ‘teguran’ atau ‘amaran’. Nak sokong dgn penuh kepercayaan bukan dgn berisikan syarat. Ini menyampuk.

  272. Assalamua’laikum Tun yang dikasihi.
    UMNO is in your blood,you left due to the flip flop and now you have returned.Everything moves very swiftly these days. I just pray and hope you can render whatever thoughts and visions to Dato’Sri Najib in
    his challenging task.
    wassalam

  273. Salam Tun,
    Takziah kerana Tun bersama semula dengan parti yang Tun iktiraf Parti Rasuah kerana pemimpinnya yang rasuah…..apatah lagi ketua Pemuda parti baru Tun itu menang dengan rasuah..Tun ridhalah untuk mengiktirafnya sama kerana Tun bersama partinya…
    Takziah kerana atas usaha Tun BN tewaS DIKEDUA – DUA BUKIT…Kalau Pak Lah yang baik budi tu alangkan ditolak oleh rakyat kerana benci dengan lagak dan rasuah pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin…terutamanya Najib..inikann Tun yang terkenal dengan dasar – dasar kukubesinya sehingga menghakis kuasa Raja-raja Melayu semasa memerintah manalah boleh memujuk pengundi yang sedang marah hanya dengan temberang Tun kepada rakyat Bkt Gantang kononnya Nizar penderhaka…apalah Tun tak sangka sesingkat itu pemikiran Tun terhadap rakyat Perak …sedangkan Kubang Pasu tolak Tun hanya untuk jadi G7 bukannya Ketua Bahagianpun macamana Tun rasa Tun ada pengaruh lagi dikalangan pengundi Melayu …you are dreaming and denial the factslah Tun…
    Ikhlas saya katakan UMNO hanya akan pulih jika Najib berundur dan Tun tidak kelihatan bersama dan mempengaruhi UMNO sebaliknya Tun mengkritik dari luar sahaja….sebaliknya Pak Lah perlu kedepan sebagai penasihat kepada UMNO…Pak Lah lebih ikhlas dan sehidup semati dgn UMNO walau dalam apa keadaanpun samada kuat atau lemah…..itu akan memujuk orang Melayu untuk bersama kembali dengan UMNO…atau kalau degil tunggu 2012/2013 Pilihanraya Umum ke 13!!!!!!
    TERIMALAH BAHAWA TUN DAN NAJIB ADALAH SEBENARNYA LIABLITI KEPADA UMNO DISAMPING KJ…TOLONGLAH TERIMA HAKIKAT INI TUN

  274. Tun abdullah dan DS najib kena fahamkan KOMEN Tun yanng ke13. Kita
    tunggu keputusan Mentri kabinet yang baru esok!

  275. salam tun,
    saya ucapkan tahniah coz tun masuk semula ke dlm UMNO…cuma harapan sy dgn kehadiran tun maka umno kembali menyinar. syabas tun dan sy rindukan tenaga dan idea tun yang bernas.

  276. Dear Tun & His Fan,
    The return of Tun to UMNO does not have any effect at all to by-election. Still BN can’t conquer The Two Hills. Someone may think that your “aura” has gone by the wind. Only your fanatic fan still chanting your name in this blog but please accept the fact that not because of Dr. Mahathir return to UMNO, people will be back and support BN and not because of Dr. Mahathir return people back off BN.
    1. People want change and thats mean people want alternative. Change mean NEW UMNO. NOT OLD comeback. People messege are very clear but as you said early in your blog, our goverment still in state of DENIAL. UMNO just don’t follow what the voters want. Example: People don’t want KJ, but UMNO give them KJ.
    2. People of Sarawak give BN win because no UMNO in Sarawak. This is definite maybe. The WOW factor was NO UMNO. BN Sarawak is totally different from BN Peninsular under UMNO. Sarawak has their own LAW which has been respected since ages. If let say UMNO fall in next General Election, Sarawak Goverment will never fall because they had NO UMNO. They even can stop anyone to enter Sarawak under their LAW – Long Live Pehin Sri..!!!
    3. Thanks to TV1 who telecast the by-election live and invited the TWO commentator/monkeys from Higher Learning Institution to show how stupid they are in term of UNDERSTANDING what peoples want. People in Malaysia HATE those who condemed others nowadays. Those TWO are pro-government. If you watch TV3 during the election campaign, you may believe that they are coming from other planet and try to educate people from planet earth that the grass is greener on their side. They keep punching ANWAR & Co every night. Then after the lost, they just keep quite and flew away like nothing ever happen. WHY this TV3 never LEARN from PERMATANG PAUH AND KUALA TERENGGANU. They still use same method – BALING BATU, SEMBUNYI TANGAN….!!! Mr. Ahmad Farid, It will never work. Malaysian are TOO EDUCATED TO BE FOOLs by those condeming anymore. My suggestion is, JUST BE NEUTRAL in your report, simple right? and don’t insult MALAYSIAN interligent by doing what you are doing right now.
    4. Your BN candidate…please don’t over confident in what you said. Every by-election they said…very confident..very confident. It a lie to the people. Now, after the defeat, what would you say???? Hide your face behind Najib and Muhiddin?? Please…just show your humble statement.
    I hope this messege can be read and something to think of by the head of our country or their advisor….
    Rud Rat………

  277. Salam, tahniah kepada semua. Tahniah atas kesedaran rakyat peri pentingnya acuan tersendiri berteraskan ISLAM sejati. Ya Allah kau berilah kejayaan demi kejayaan kepada orang yang betul ikhlas keranaMu ingin memartabatkan agamaMu ya Allah. Kau halanglah kemaraan mereka pendukung tegar acuan barat sana sini liberalisasi demokrasi dan segala macam lagi sehingga hampir menenggelamkan anak bangsa sendiri dalam lautan kebaratan itu sendiri… Sesungguhnya kami umatMu yang sungguh teraniaya sekian lama. Kembalikanlah kegemilangan Jawi yang mempunyai nilai-nilai Islam itu sendiri. Kembalikanlah bahasa Melayu yang amat mengakrabi nilai-nilai Islam itu sendiri. Kau bongkarkanlah segala kebenaran ya Allah. Tunjukkanlah kami kebenaran. Kau bukakanlah pintu hati kami seluruhnya untuk menghayati sajak PakLah penuh bermanfaat itu sepenuh hati……………….Ya Allah kami amat teraniaya sehingga sekarang ini…..Ramai antara kami cukup teraniaya terpedaya….

  278. Salam sejahtera Tun,
    Bagi saya, penjelasan Tun berbunyi macam tak 100% masuk akal, jadi saya harap agar Tun mengizinkan saya untuk memberikan sedikit komen.
    “2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.
    3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.”
    — Pada pemahaman saya, kenyataan itu diberikan oleh Tun sebagai suatu syarat, bukannya janji atau mandat, bagi Tun untuk kembali ke UMNO. Hanya kerana AAB tidak lagi menjadi PM tidak bermakna Tun berkewajipan untuk kembali ke UMNO. Tapi OK, saya faham Tun sayang akan UMNO dan ingin kembali dengan serta-merta. Maka penjelasan ini sanggup saya terima.
    “8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat “keuntungan” daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.”
    — Saya pun dah jemu dengan retorik politik tersebut, takkan Tun masih tertarik? Saya juga berasa DSN meniru agenda Pakatan Rakyat. Sudah sekian lama Pakatan Rakyat nak menjatuhkan dinasti UMNO/BN beragendakan perkara ini. Tapi takpe, saya nak lihat juga setakat mana keikhlasan DSN, hanya saya tidak menaruh harapan yang besar.
    “9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.”
    — Pengundi-pengundi Bukit Selambau dan Bukit Gantang ternyata sudah menunjukkan pendirian mereka. Saya tertunggu-tunggu giliran saya.
    “10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.”
    — Correct! Correct! Kemungkinan itu hanya boleh dikurangkan dengan penggunaan wang yang banyak serta haram sepertimana amalan UMNO yang menjadi topik hangat akhir-akhir ini.
    “12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.”
    — Tak perlulah Tun kagum dengan adegan-adegan sebegitu yang tidak membawa erti. Kalau saya menjadi PM buat kali pertama pun saya tahu saya perlu shake hand dengan orang ramai di sana sini, malah kehadiran para wartawan perlu diwajibkan. Semua PM ada berbuat demikian, termasuk AAB. Ini bukan rocket science.
    “13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.”
    — Saya bukan penyokong DSN, tapi saya rasa kita sudah tiada pilihan lain buat masa ini. Maka saya sanggup memberikan peluang kepada DSN bagi membuktikan kebolehan, keikhlasan serta integriti beliau. Bagilah masa 3-4 tahun sebelum sampai masanya rakyat menunjukkan pendirian mereka sekali lagi.

  279. Tun,
    KOMEN KE 4,
    Memang benar, tepat sekali ramalan saya di KOMEN KE 3 (jam 4.56)
    petang tadi. Nyata BN kalah di B selambau & B gantang. Naluri
    memberontak oleh rakyat adalah isyarat yang ditujukan kepada KJ.
    MARI KITA TUMPUKAN KEPADA PERKARA INI :
    1. Rata-rata orang bercakap tentang isu KJ ini di mana-mana , tak
    kira di tempat awam, pejabat atau dikedai kopi.
    2. Juga dipertikaikan, kredibaliti Rithaudeen dan LDU.
    3. TS muhyidin memberikan alasan tak cukup bajet untuk
    memperkasakan LDU (DI Bulletin utama TV3). Kena tambah pegawai
    katanya. Kenapa perlu tunggu bajet? Tetapi kenapa tak diserah
    pada SPRM sahaja?
    4. Tolong pesan pada D najib. Benar, Najib kena bertindak segera.
    Saya hanya rakyat biasa. kalau saya boleh nampak akibatnya PR
    di dua Bukit ini, adakah menteri-menteri ini tidak nampak?
    5. Cari jalan untuk Pinggirkan KJ, itu sahaja jalan yang ada bagi
    mendapatkan kepercayaan rakyat.
    6. KJ tidak berani tunjuk muka di B selambau dan B gantang.Dia hanya
    pandai main belakang, macam DSAI jugak.
    Tun, you jangan berlengah lagi. Tun kena terus bagitau Najib
    perkara-perkara ini. TERUSKAN dengan kritikan yang membina. Kami
    nak lihat hasilnya. Tengok sahaja siapa menteri kabinet Najib esok.

  280. Salam Tun and fellow bloggers,
    1. Sad to see oppositions won the 2 hills. On one hand I ‘loved’ to see BN lost becos Dollah refused to listen…but on the other hand when Tun stepped in I wished BN had won…but realistically the people had made up their minds and Tun who stood by his principles could only came in after Dollah split.
    2. Tun is consistent…he left UMNO becos the party was more of Dollah’s personal party, not the UMNO that is supposed to be. When Tun commented Dollah, he (dollah) put it in such a way that Tun was against UMNO. This was like equating UMNO with Dollah and vice–versa. If Dollah left earlier, Tun will have more time to contribute his efforts.
    3. I have to accept the facts that the people who voted at the 2 hills were the ones who supported oppositions, who are angry and frustrated with UMNO and BN. Remember the culprits Dollah? Khairy? and not to dismiss, the PM (Najib) himself! Najib failed to clear his name for the sake of UMNO.
    4. So Tun, tell us exactly what to do? In order to make this govt stronger and moves faster forward…we are left behind due to Dollah for 5 plus years…’

  281. Tahniah Tun kerana berkempen di Bkt Gantang dan Bkt Selambau. Kalau Tun tak turun mungkin BN menang.

  282. A’kum Tun,
    BN masih kalah di semenanjung walaupun TUN masuk dan berkempen untuk UMNO.. TUN punya pengaruh dah berkurang????
    Rasanya kemarahan Rakyat kepada Perasuah UMNO tak dapat dibendungkan lagi….
    Saya ingin lihat POSTMORTEM lepas nie…. UMNO seharusnya menerima dan berubah.

  283. Y.A.Bhg Tun,
    1. Saya rasa ramai bloggers disini tidak membaca syarat-syarat yang Tun sebutkan pada tahun lalu semasa Tun keluar dari UMNO. Saya masih ingat lagi. Jadi maafkanlah mereka.
    2. Saya nak komen berkenaan keputusan pilihanraya 2 bukit 1 batang hari ini. Sememangnya keputusan di Batang Ai sudah dijangka akan dimenangi oleh BN. Dan sememangnya keputusan PR menang di 2 bukit di Kedah dan Perak juga telah dijangkakan.
    3. Tetapi terdengar suara yang mengatakan walaupun sehebat mana Tun kembali ke pangkuan UMNO serta kehadiran Tun ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau, namun ianya tidak memberi sebarang kesan kepada keputusan undi di kedua-dua kawasan kerana keputusan pemilihan UMNO dua minggu lepas menunjukkan rakyat bosan dengan rasuah didalam UMNO yang sudah ditahap kronik.
    4. Persepsi rakyat sekarang adalah : Politik Wang = Rasuah, dan Rasuah = UMNO.
    5. Satu lagi faktor yang sering diabaikan ialah peranan media massa perdana yang kebanyakannya gagal.
    6. Berita TV1, Buletin Utama TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times gagal didalam propaganda pro-BN mereka. Berita yang disajikan adalah terlalu berat sebelah, malah tidak layak dipanggil berita, tetapi sepatutnya dipanggil bahan propoganda murahan sahaja. “Spinning doctors” di kedua-dua stesen TV dan semua media cetak diatas sepatutnya dibuang kerja.
    7. Rakyat sekarang sudah berubah. Kami rakyat dan pengundi mahukan laporan berita, bukan propaganda “monolog ahli politik BN” seperti yang disebut oleh Dato Seri Najib. Antara faktor utama kejatuhan BN pada PRU 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah oleh kerana peranan media massa arus perdana yang sering “memperbodohkan” rakyat.
    8. Laporan yang disajikan didalam ruang politik semasa sering menunjukkan BN sahaja yang benar dan parti politik lawan sentiasa salah. Sesetengah laporan yang diberikan hanya berdasarkan “dengar cakap @ hearsay” oleh sebelah pihak tetapi tiada fakta atau ulasan asal “first hand views” dari parti lawan.
    9. Maka media massa arus perdana telah memperkecilkan daya intelektual rakyat secara amnya. Bagi mereka yang sememangnya penyokong dan pengundi “die hard” BN, sememangnya tiada masalah tetapi kebanyakan masa, pengundi “atas pagar”lah yang menentukan kemenangan seseorang calon itu.
    10. Sejak setahun yang lalu, saya hanya menonton Berita Bernama TV dan saluran Awani sahaja serta The Star kerana lebih telus dan terbuka. Mereka menyampaikan berita, bukan propaganda. Biarkanlah penonton berfikir sendiri, bukannya memberi kesimpulan tersendiri yang berat sebelah.
    11. Nasihat untuk semua media massa arus perdana, berubahlah sebelum anda semua diubah selepas PRU 13. Sekiranya tahap laporan berita masih diperingkat dunia ketiga, maka bersedialah untuk menjadi bahan tatapan dimuzium sahaja.

  284. Salam Tun,
    Tahniah Tun. Saya berasa sedikit kecewa kerana Tun dan keluarga masuk semula UMNO tanpa menunggu sedikit masa untuk menguji Najib menjalankan tugas-tugasnya. Dengan tindakan Tun itu, timbul persoalan adakah Tun keluar UMNO semata-mata kerana Pak Lah memungkiri janji, tamak dan lupa diri? Ataupun kerana UMNO itu sudah benar-benar rosak? Pada mulanya saya yakin Tun keluar kerana UMNO itu telah rosak tetapi nampaknya Tun mungkin hanya kecewa kerana Pak Lah.
    Pada pendapat saya, Tun sepatutnya memberi masa untuk menguji kepimpinan Najib sebelum masuk semula ke dalam UMNO. Tindakan terburu-buru Tun itu menyebabkan timbulnya pelbagai andaian buruk terhadap diri Tun dari pelbagai pihak. Ada juga tafsiran Tun akan mempengaruhi dan mencatur kepimpinan Najib dan sebagainya. Ini satu berita yang tidak baik.
    Hari ini kita lihat, rakyat masih lagi menolak UMNO & BN kerana rakyat tidak ada lagi keyakinan kepada parti ini. Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuktikan rakyat memang tidak yakin lagi kepada BN kerana imej-imej pemimpin yang ada telah dipalit dan dicop sebagai RASUAH&TAMAK,politik keluarga(monarki-lagi-lagi anak beranak sedara mara depa je) dan pelbagai skandal.
    Pemimpin-pemimpin,jentera dan penyokong BN yang datang berkempen pula tidak turun atas semangat parti dan keikhlasan berjuang, tetapi diupah oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN untuk menyokong dan merayu undi untuk BN. Bak kata orang sekarang “outsource”.
    Sebaliknya berlaku pada parti PAS atau PKR, rakyat susah payah datang menyokong dengan ikhlas, tidak mengharapkan upah wang ringgit. Dulu UMNO dan BN mempunyai semangat yang sedemikian, tetapi sekarang tidak lagi. Contoh, di kampung saya di Bagan Datok, pada 2008, pemimpin UMNO mengupah pekerja Indonesia untuk menggantung poster.
    Cuba kita bayangkan, setiap pilihanraya kecil, seluruh pemimpin dan penyokong kuat setiap bahagian UMNO atau BN datang yang kononnya untuk tolong berkempen. Mereka sebenarnya datang sebab dikerah atau diupah, mereka tidak berkempen pun cuma untuk meramaikan dan memeriahkan sahaja. Ingatlah, Rakyat Malaysia sekarang sudah bijak memilih yang mana baik dan buruk.
    Sebagai rakyat jelata, kami mahu pemimpin yang bersih tanpa ada keraguan dan tohmahan. Di dalam kepimpinan tinggi UMNO sekarang, hampir 70% daripadanya mempunyai keraguan oleh rakyat. Presiden-meragukan, 3 Naib presiden-semua meragukan, MT-separuh meragukan. Ketua Pemuda dan Wanita – amat-amatlah meragukan.
    Kami tiada pilihan, PKR bukan pilihan tepat(pembohong dan serpihan UMNO) tetapi buat masa ini hanya PAS(parti dominan) sahaja yang ada potensi untuk menerajui negara tetapi mereka perlu keluar dari Pakatan Rakyat dan perlu bergerak dengan sendiri demi memelihara agama, bangsa dan negara.
    Parti UMNO akan menjadi sebahagian sejarah Malaysia tidak lama lagi. Selamat tinggal UMNO dan BN!
    Sekian

  285. Assalamualaikum Tun…
    Saya adalah salah seorang yg sangat2 menghormati dan mengagumi Tun. Jadi pertama sekali saya ingin ucapkan selamat kembali kepada UMNO. Pemimpin seperti Tun amat diperlukan oleh UMNO kerana Tun sentiasa mempunyai idea2 bernas untuk membantu meleraikan apa jua kekusutan yang melanda. Sesungguhnya, pada pendapat saya selama 22 tahun pemerintahan Tun adalah masa yang paling hebat dan paling selamat yang saya rasakan. Tidak salah jika era Tun dikatakan sebagai “era emas”.
    Saya amat berharap agar UMNO dan BN dapat dipulihkan semula. Ini terutama sekali setelah Tun kembali kepada UMNO. Sebabnya Tun mempunyai aura tersendiri sebagai seorang pemimpin yang hebat. Dari itu, saya percaya Tun mempunyai idea untuk pemulihan UMNO dan BN. Semoga orang-orang Melayu sedar yang UMNO adalah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu. Imbaslah kembali sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 dan sayangilah bangsa kita.

  286. Tun,
    Hakikatnya ramai orang-orang Islam seperti saya ini yang tiada apa-apa kekuatan untuk melawan umno/bn, hanya mampu berdoa kepada Allah swt setiap masa agar umno/bn ini musnah kerana kami memang tidak tahan dengan kezaliman umno. Kami sematkan di dalam hati ini bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkuasa, bukan umno, bukan BN!
    Walaupun ditakdirkan umno/bn menang pun, kami percaya kuasa Allah itu Maha Besar.
    Allah itu Satu, hanya Allah swt, tuhan sekalian alam.

  287. SALAM KERAMAT AYAHANDA TUN,
    salam kembali perjuangan asal tun.kalah BUKIT bkn makna kita REBAH .KITA RAPATKAN BARISAN DAN SAF KEPIMPINAN YANG UTUH ,PADU DAN ANTI RETROIK DAN ANTI CAKAP KOSONG SI PEMBANGKANG.INSYALLAH DENGAN IZIN ALLAH SWT DENGAN SENTUHAN TUN MALAYSIA MAJU 2020.AMIN

  288. kepada rakyatengah,
    kamu memang seorang rakyat yg langsung tak tahu bersyukur..Tun Dr. M telah memajukan Malaysia dengan cemerlang sekali dibawah pemerintahan beliau selama 22 tahun. Kalau kamu memikul tanggungjawab yg serupa, adakah kamu mampu melakukannya? Entah2 1 Malaysia ni kamu jual kpd bangsa asing!! Lain kali, CERMINKAN DIRI SENDIRI DAHULU sebelum mengata orang lain!! Dan, kalau mau kutuk seseorang tu, DIRI SENDIRI DAHULU ADAKAH KAMU tu CUKUP LAYAK @ BAGUS SGT nak kutuk org lain? Org macam kamu inilah yg menghalang kemajuan negara!! Mentaliti kelas ketiga!!

  289. Yang Berbahagia Tun
    Adakah keputusan di dua bukit pada malam ini sememangnya telah diramalkan?
    Adakah pembabitan Tun di saat saat akhir “terpaksa” untuk menyelamatkan UMNO?
    Adakah Tun juga telah “di rasuah” dan bagaimana?
    Hampir setiap malam di hadapan padang rumah saya di jadikan pusat penyebaran maklumat oleh PAS dan ADIL. Begitu juga di dewan UMNO.
    Sebenarnya kehadiran Tun yang begitu mendadak telah dijadikan issue oleh pembangkang.
    Tun secara tidak langsung mendedahkan kelemahan UMNO yang seolah olah begitu terdesak.
    Saya sendiri yang “teramat” meminati Tun telah hampir hampir membelot.
    Dengar tadi Tan Sri ada announce di TV hendak buat “post mortem” oleh badan bebas tentang kekalahan ini.
    Saya sebagai peminat Tun, tapi tidak terikat dengan mana mana parti
    boleh buat “post mortem” ini FOC.
    Besok barisan jemaah menteri akan di senaraikan.
    Tidak terkejut sedikit pun kalau nampak Khairi pun tersenarai juga.

  290. Tun,
    Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana kembali menjadi ahli UMNO. Ianya boleh dikatakan sebagai “sign of acceptance” terhadap PM yang baru. Saya sebagai rakyat biasa dan juga ahli UMNO biasa berasa sungguh gembira dengan kemasukan kembali Tun dalam UMNO, sudah tentu ianya akan menjadi tonik kepada UMNO yang berada dalam keadaan parah ini. Sesungguhnya ianya belum tentu menjamin kemenangan BN pada PRU13 nanti, pasti kepimpinan Dato’ Seri Najib dan keputusan – keputusan kerajaan kelak yang akan banyak menentukan masa depan UMNO dan BN pada PRU13 nanti. Najib tiada masa nak “honeymoon” beliau harus berkerja kuat dan perlu mendapat sokongan kuat dari menteri – menteri kabinet yang akan dilantiknya kelak. Kesilapan – kesilapan yang telah dibuat oleh kepimpinan terdahulu haruslah diperbetulkan kembali untuk mendapat kembali sokongan rakyat.
    Tindakan – tindakan beliau baru – baru ini sedikit sebanyak menunjukkan tanda – tanda positif, ianya haruslah diteruskan dan dipertambahkan. Polisi – polisi beliau kelak haruslah mendapat sokongan yang kuat dari menteri – menteri kabinet beliau dan rakyat yang sudah semestinya.
    Saya percaya buah fikiran Tun pasti akan dipertimbangkan kelak dalam urusan – urusan politik, pentadbiran dan ekonomi negara, Insyaallah.
    BUSTANUL BISTARI BEY

  291. assalamualaikum tun n keluarga…
    Saya dan rakan2 pemuda UMNO di akar umbi berharap pada tun agar dapat sama2 memperkasakan umno.untuk pengetahuan tun saya mengenali umno ketika usia terlalu muda kerana ayah saya adalah ketua umno cawangan di kampung saya.pada mulanya saya juga x brminat utk mngikut langkah ayah saya utk brpolitik tp bile saya pkirkan saya adalah generasi pelapis dan saya kene bertindak segera untuk myambung perjuangan umno yang byk mebantu bangse melayu.mkin ade blogger yg mengatekan saye memasuki umno kerana saye dilahirkan dlm keluarga umno,tp tanngapan tu sama sekali tidak benar kerana pada masa yang sama pengaruh PAS agak kuat disini dan saya byk brcampur dgn org2 PAS tp saya x boleh nk mengikut parti pas kerana kebanyakan mereka adalah HIPOKRIT!!!byk perkara yang haram pon diorg langgar jek mencaci dan mengata dah menjadi makanan harian mereka.ada ke islam menyeru umatnya ke arah yang sedemikian?klo ada tolong nyatakan mazhab ape dan tarekat ape yang diorg pki?saya tahu ada org2 pas yg mmbaca blog ni,klo bley saya nk diorg jelaskn tentang hal ini.lagi satu untuk pengetahuan semua YB SALAHUDIN BIN AYOB,KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT adalah anak jati kampung saya nih n saya kenal dengan die dan ibubapa beliau.lagi satu saya nk Tun pesan kat DSN n mentri2 tolong la dengar ape yang kami diakar umbi ni mahukan jgnla nk suap TEMBOLOK sendri jek!!!mereka tu bekerja utk rakya n igt 1 perkara tiada rakyat maka tiadalah kerajaan dan kerajaaan tu rakyat yg menentukan jgn bongkak..sekian …wasalam…

  292. Well, let see if CIMB will get to finance all the government projects. If so, we leave this up to Tun to figure if our new PM is the same with the previous one.

  293. Salam TUN.
    Saya terpanggil untuk membuat komen selepas terbaca tulisan Tun dan komen saudara “By Askay on April 7, 2009 6:17 PM”.
    Mungkin Tun sudah pun terfikirkan apa yang dibicarakan oleh saudara Askay (saya tak kenal pun siapa dia ni). Saya berharap Tun dapat mengambil kira apa yg dibicarakan.
    Islam bukan dari PAS, bukan hak PAS. Saya juga tidak bermusuh dengan parti politik PAS. Yang pasti mereka mengelirukan, boleh jadi juga kekeliruan.
    Yang penting, orang Melayu perlu bersatu. Kita sudah kesuntukan masa, fikirkan.
    Pihak musuh sudah mengatur langkah dan hampir sedia bertindak.
    Sebagaimana Nabi Sulaiman yang boleh bertutur dengan ‘binatang-binatang’ dalam bahasa ‘binatang’ itu sendiri. Sebegitu juga lah KITA patut mengambil pelajaran. Sesungguhnya Al-Quran itu bagi orang-orang yang berakal…fikir-fikir kan!
    ps: Tidak dapat bersalaman dengan Tun ketika di Malaysian Hall London, dapat lihat kelibat pun jadi lah. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Malaysia ada pemimpin ulung seperti Tun dan yang penting masih mahu berjuang atas landasan agama, bangsa & negara tercinta. Dalam usia Tun kini, tak sangka masih penuh tenaga dan berjiwa RIJAL.

  294. Assalamualaikum, salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Ini adalah keputusan yang sebenarnya saya katakan bagi situasi dan jangkamasa sekarang, ianya dah cukup baik buat kepimpinan PM ke 6 kita. Baru 3 hari Najib jadi PM, mana boleh nak rungkaikan kerosakkan Abdullah Badawi selama 5 tahun lebih beliau tidur dalam pejabat di Putra Jaya sementara Malaysia telah ditadbir oleh menantu beliau yang berumur 34 tahun dan para sekutu menantu beliau (boleh nafi Pak Lah? Bagi tau saya kalau boleh nafi, kita boleh pi KL bersembang sama-sama). Kenapa BN, terutamanya UMNO kalah teruk pada PRU12 lalu? Sebab calon-calon yang bertanding semua menantu dia buat percaturan buta tuli dan dia

  295. Assalamualaikum Tun,
    Syukur Alhamdulillah Tun telah kembali semula bersama UMNO. Memang telah dijangka ini akan berlaku kerana menerusi penulisan Tun kadang-kala terbayang kasih sayang Tun terhadap UMNO (orang Melayu) masih ujud lagi.
    DSNR’s decision on the cabinet line-up tomorrow more or less will determine the future of UMNO and BN. Rakyat sentiasa mendoakan supaya beliau akan mendapat banyak pertunjuk dari Allah, dan akan membuat pemilihan yang teliti dan adil. KJ, keju, …….. dan mereka yang keji2 tu janganlah dipilih kembali untuk berhidmat. Do not repeat the same mistake by appointing those yang dah ada rekod tercemar. Dalam perkara ini janganlah DSNR ada perasaan belas kesihan, nak “ambil hati” member dan perasaan setiakawan dan sebagainya.
    Insyaallah, sama2lah kita doakan supaya UMNO kembali menjadi parti politik yang terunggul saperti dahulu.
    Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
    Juno.

  296. Dearest Tun,
    Your returning to UMNO is timely and should help YAB the new PM to strengthen the party and to move on cleaning out all the unwanted and corrupt elements. After that he should focus on BARISAN as a whole and implement the necessary reform, to make it the best choice for the rakyat come the 13th general election. We all pray that our new PM will walk the talk and demolish all that rubbish collectively being refered to as PAKATAN RAKYAT.
    Your help and support of the new PM is critical! But his best test is whether the infamous son in law becomes a Minister or not. We will soon know if the PM is walking the talk and the future of UMNO and BN will be dependent on how much he dares to be different!
    Winning the 3 by elections now or not is secondary to the overall state of affairs come the 13th general election! We have lost a whole year after the last general election because of the father and son in law and all the cronies!! UMNO and BN don’t have much more time to waste!!
    Let us all pray that with our new PM, common sense will now prevail!

  297. KPD AYAHNDA TUN,
    SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN UMNO.
    HARAPAN SAYA SUPAYA AYAHNDA DAPAT MENYATUKAN BALIK SEMUA ORANG2 MELAYU KE UMNO.
    LUPAKAN PERKARA2 YANG LEPAS, JGN IKUT AGENDA DSAI. MASIH BANYAK AGENDA BELIAU YG BELUM SELESAI. KEINGINAN BELIAU NAK DOK KAT RUMAH PM DI PUTRAJAYA TAK KESAMPAIAN. TU SEBAB DIA JADI MACAM MUSANG YG SELALU MENYALAHKAN ANGGUR SENTIASA MASAM.
    KEKALAHAN KITA ADALAH DISEBABKAN ORANG RAMAI YG SEKARANG INI PANDAI BERMUKA2. APA SAJA PEMBERIAN UMNO MEREKA AMBIL TETAPI TIDAK PANDAI NAK BERTERIMA KASIH.
    OLIH SEBAB ITU KITA KENA BRAIN-WASH DARI AKAR UMBI AGAR SAYANG DAN SETIA KEPADA PARTI.
    HAI ORANG2 MELAYU BANGUN DAN BERSATULAH DEMI TANAH MELAYU. JGN MENANG SORAK TANAH TERGADAI.
    SEDIH DAN TAKUT ANAK CUCU NANTI TIADA TEMPAT DITANAH SENDIRI.

  298. Assalamualaikum,
    Maaf Tun saya masih baru dan rasa gembira akan kepulangan Tun ke pangkuan UMNO cuma saya risau akan keadaan UMNO sekarang.
    Saya berumur 36 tahun dan saya merasai apabila bila saya berumur 25 tahun dahulu rakyat tidak kisah siapa pemimpin jika ianya direstui intitusi UMNO tetapi sekarang berlainan orang macam saya lebih lihat siapa kita kenal dan contohnya pemimpin atas juga selalu mendendangkan jaga kawasan sendiri bukan macam dulu Allahyarham Tun Razak untuk Malaysia . Oleh itu diharap sedarlah jika mahu jaga kawasan UMNO juga perlu melantik orang tempatan yang ada tokoh dan budiman. Contohnya pemimpin UMNO ditempat saya walaupun menang dipilihanraya kali ini kerana inginkan Dato Seri Najib naik. tetapi jika wakil ini tidak menjaga kawasannya dan sibuk dengan Putrajaya di mana difahamkan ianya adalah orang Tun dahulu . Saya tidak hairan jika di kalah.
    Saya tertarik dengan luahan bicara astro 501 dimana membincangkan strategi UMNO yang lemah dan lapok, orang ini menegur cara yang profesional tetapi adakah UMNO buta atau memang suka perlekehkan pendapat org yang masih sayang pada UMNO.
    Tolong la Tun , maaf saya masih cetek ilmu tetapi tersenyum pahit jika saya ditiu lagi oleh UMNO

  299. Dear Tun,
    Malangnya Barisan sudah kalah di kawasan kritikal. Namun it is actually a blessing in disguise. It is because we had lost in these 2 areas whereby we would have a higher chance of winning in the next general election. This defeat is a must, a blessing in disguise. Next election, NOT only must we wrest back these 2 areas, we must retake the entire Kedah, Selangor, Penang, while strengthening our grip on Johor.
    These defeat is a must… though bitter, but…. the only way…. Hope that now with Tun back in UMNO in particular and BN in general, let us strenghten BN, and let us cleanse Malaysia of those treacherous heretics, those traitors…. Artificial Intelligence (AI)

  300. YAB Tun,
    Saya alu2kan langkah dan tindakan Tun untuk menyertai semula UMNO. Sesungguhnya UMNO dan Najib masih memerlukan Tun untuk terus membimbing BN ke arah yang lebih berjaya terutama untuk memenangi PUK13.
    Terimakasih Tun diatas tindakan bijak ini.

  301. Akum TUN,
    Tiada apa yang lebih mengembirakan kami sekeluarga dari kemasukan tun semula ke UMNO. Semoga Tun dapat meneruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara. Semasa kempen Tun di DUN Bukit selambau , itulah kali pertama saya menghadiri majlis BN dan Umno sejak tahun 2006 dan Kemasukan semula Tun ke UMNO. Saya jugalah salah seorang ahli Umno yang tidak turun mengundi sewaktu PRU 12
    Dato sri najib perlu membersihkan UMNO yang telah sangat2 tercalar yang masih belum terubat di 2 pilihanraya kecil baru2 ini dan kesannya masih lagi ada baik dalam UMNO dan juga perti2 komponen utama
    Sewaktu PRK DUN bukit selambau , saya berada di pondok BN di Sekolah Men Taman Ria Jaya, saya berasa sangat sedih
    Tun tahu apakah modal yang digunakan oleh penyokong PAS yang membuat Perayu2 undi BN terdiam dan terkedu sementara?
    “….SAMA DENGAN TERIAKAN YANG KEDENGARAN DI LUAR DEWAN DI PWTC SEWAKTU PENGUMUMAN KEMENGAN KETUA PEMUDA UMNO”
    hanya kerana perwakilan pemuda telah memilih Ketua yang rasuah dan semua orang tahu mengakibat perayu rasa malu dan terdiam dan tak terjawap.
    Jadi saya rasa perkara ini perlu Dato Sri najib tahu dimana rosaknya UMNO dan juga pembawa kepada kerosakan dan kebencian rakyat pada pemimpin melayu dan UMNO yang rasuah.
    Dato najib juga perlu menyedarkan bahawa ada setengah2 Ketua bahagian yang dipilih pada pemilihan kali ini ada yang sombong dan hanya bersama dengan golongan yang dia boleh memperkudakan. Dia memilih milih ahli yang patut didampingi dan tidak didampingi. Walaupun dia menang tapi sikapnya tidak disenangi oleh ahli
    Dato Sri Najib perlu lihat yang bukan setakat menteri yang bersih, Ketua2 Bahagian juga perlu bersih dari rasuah. Kita dapat lihat bagaimana tiba2 jadi kaya raya yang membuat rakyat juga buka mata
    Say berdoa Tun sekeluarga berada dalam keadaan Sihat sentasa dan terus berjuang

  302. YABhg Tun,
    Kembali semula Tun ke dalam UMNO adalah langkah yang tepat.Mengenali sikap dan pendirian Tun, maka saya yakini Tun akan terus memberikan pandangan dan membuat kritikan terhadap kepimpinan UMNO. Esok DS Naib akan membentuk kabinet. Jika Najib benar-benar mahu mengukuhkan semula UMNO dan mendapat sokongan rakyat, maka keanggotaan kabinet perlu terdiri daripada kalangan mereka yang diketahui dekat dengan hati rakyat. Najib mesti berani membuat keputusan yang drastik mengenepikan mereka yang dianggap liabiliti kepada UMNO. Kita sama-sama tunggu pengumumanm DS Najib esok.

  303. “WALAUPUN NAJIB DH JADI PM..TAPI RAKYAT MASIH BENCI UMNO/BN SPT YG DITUNJUKKAN DLM PILIHANRAYA KECIL..TIADA KEMENANGAN SELESA UTK BN”
    LANGKAH PEMULIHAN UMNO :
    -bersihkan UMNO dari virus rasuah, pentingkan perut sendiri, pembodek, gila kuasa, meninggi diri, tak berani tegur pemimpin. contoh: pemimpin seperti kj dan nazri aziz perlu disingkirkan
    LANGKAH MEWUJUDKAN TARIKAN UMNO :
    -sistem pemilihan UMNO mesti lebih terbuka secara menyeluruh bermula dari bawah (ahli biasa) hingga ke atas (pemimpin)
    contoh: sitem PILIHANRAYA UMNO
    -wujudkan satu mekanisma utk menarik dan seterusnya mencungkil lapisan pemimpin muda yg berkarisma perwatakannya dan mulia akhlaknya
    contoh: mukhriz
    -sentiasa anjurkan dgn aktif program keislaman/keagamaan/kerohanian/muhasabah/tazkirah supaya ahli/pemimpin sentiasa tinggi kerohaniannya. ini juga dpt menarik minat ahli parti PAS dan PKR utk sertai UMNO
    contoh: program keagamaan dan kemasyarakatan
    LANGKAH PENCEGAHAN :
    -tingkatkan kredibiliti Lembaga Disiplin dgn pemimpin yg berani/tegas/lantang
    contoh: tun dr mahathir dan rais yatim
    -perlu naiktaraf sistem penguatkuasan/aduan/siasatan
    contoh: tambahkan anggota Lembaga Disiplin dan wujudkan kerjasama dgn SPRM
    -jgn jadikan UMNO lubuk duit samada dlm bentuk tender/projek/agen undi perwakilan. UMNO itu nyawa Melayu bukan utk dijual beli. UMNO bukan sebagai sumber pendapatan
    “HANYA DGN BERTAMBAHNYA SOKONGAN MELAYU KPD UMNO YG DPT MENYATUPADUKAN BANGSA MELAYU SERTA DIHURMATI BANGSA LAIN..DAN SETERUSNYA MEMANTAPKAN KERAJAAN BN”

  304. Salam,
    Alangkah baiknya jika UMNO dapat kembalikan semangat perjuangan parti seperti di waktu zaman pemerintahan Tun Abdul Razak. Kekayaan dan kemewahan tidak dapat menewaskan semangat perjuangan. Rindu dan sanjunganku terhadap perjuangan Allyarham Tun Abdul Razak tak pernah pudar selamanya.

  305. akum TUN dan semua
    kemasukan TUN ke UMNO memang baik dan mampu menguatkan UMNO/BN semula tetapi masih lagi banyak hal hal lain yang perlukan dibuat dengan segera oleh DS Najib. Hasil tinjaun rambang semasa pilihanraya bkt gantang dan beberapa tempat di Terengganu. Diantara yang diperkatakan rakyat adalah:
    1. Harga barangan utama spt beras, gas memasak dsbnya masih tinggi dan begitu membebankan. Banyak yang mengatakan ini bukan soal sayang pada anwar atau pakatan rakyat tetapi soal makan dan minum untuk benda asas yang masih tinggi.
    2. Ramai juga yang berpendapat sikap PBT yang terlalu keras dalam mengambil tindakan terhadap kesalahan kecil yang dilakukan oleh rakyat kebanyakan
    3. Sikap polis yang dikatakan terlampu berkeras dalam hal remeh temeh sperti kesalahan jalanraya yang kecil yang agak membebankan bagi kebanyakan rakyat dikampung.
    Kebanyakan berharap kesenagan spt dizaman TDM dapat diulangi dimana harga barang adalah munasabah dan senang cari makan. Soal jalanraya dan projek dilihat hanya menguntungkan golongan tertentu dalam UMNO/BN.
    secara ringkas rakyat hanya mahu perkara asas diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan yang ada.
    seperti yang lain2 saya juga akan menyokong umno dan akan memberi undi pada BN diPRU 13, yang mana sebelum ini undi telah diberikan pada PAS.
    wassalam

  306. Tun,
    – saya memang mengagumi peranan TUN dalam memajukan Malaysia yang saya cintai ini semasa menjadi PM Malaysia.
    – saya agak “frust” kerana orang yang saya anggap boleh menghapuskan rasuah dan politik wang dalam UMNO, iaitu Mukhriz kalah di tangan KJ yang sah-sah dan terang-terangan bersalah “politik wang” sebelum pemilihan UMNO tempoh hari.
    – this is my opinion n reply to your statement.
    1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.
    – ludah jilat balik.
    2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.
    – macam x respect ngan Tun Abdullah.
    – kenapa pilih dia dulu kalau xsuka Tun Abdullah?
    – adakah hanya untuk melengkapkan teori RAHMAN?
    3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.
    – sikap Tun memang berpegang pada janji n i respect that.
    4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.
    – hopefully Najib will do as you wish.
    – think again about Najib cases, how he can gain Malaysian trust?
    5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.
    – bagus…LAWAN TETAP LAWAN
    6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.
    – Tun Abdullah hebat!!!
    – dalam tido pun boleh memajukan KJ and kroni-kroni.
    7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.
    – better beware of this man…
    – C4 man.
    8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat “keuntungan” daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.
    – satu ucapan yang berapi oleh beliau ketika itu.
    9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.
    – tak sabar tunggu next election. nak tengok apa keputusan that time.
    10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.
    – satu fakta yang tepat.
    – jika ini berlaku, maka rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia akan f#@& Najib.
    11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.
    – yes…correct…correct…correct…
    12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.
    – kenapa sebelum ni dia x buat camtu pun???
    – rakyat di SARAWAK n SABAH kurang mendapat perhatian dari pimpinan tertinggi.
    – kalau nak tengok Sarawak n Sabah kami disini hanya tunggu election, baru la boleh nampak dalam tv.
    13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.
    – sokong Najib sebagai PM.
    – harap-harap lebih banyak pemimpin dari SARAWAK n SABAH memegang jawatan dalam kabinet Malaysia.( barulah ADIL, SAKSAMA dan TELUS, SARAWAK n SABAH penyumbang terbesar kepada pembentukan kerajaan BARISAN NASIONAL)
    salam…

  307. So how is BN going to address the trend of voters going against the government. Things do not look bright for BN. I think even if BN were to overhaul its policies I think it will be an uphill battle. Best of luck to all Malaysians. We are going to see our society disintegrate sooner or later.
    Everything is in a mess. I don’t see any hope for a united Malaysia. We will fail as a nation. Make no mistake about it. May God Bless Us All !!

  308. salam ayahanda tun,
    di harap dengan kembalinya ayahanda tun di persada politik umno akan menyerikan suasana yang penuh warna-warni. di harap juga, dengan kehadiran tun dapat memberikan impak yang besar terhadap majlis tertinggi untuk bekerja dengan lebih keras lagi untuk memenangi kembali hati rakyat dan juga hati ahli-ahli umno sendiri. di harap dengan kehadiran ayahanda tun juga, dapat mengembalikan kegemilangan umno seperti dahulu..

  309. Terbukti dua bukit dimenangi oleh Pakatan Rakyat! Ternyata Tun silap pilih parti UMNO dengan Pemimpin yang PERASUAH…tidak demokratik,dan banyak lagi imej yang buruk. Sudahlah Tun, tak payah lagi aktif politik, kemasukan TUN ke dalam UMNO akan menjatuhkan lagi martabat TUN.

  310. Dear Tun Dr M,
    Saya memang sedar betapa kecewanya Tun terhadap Tun Pak Lah. Beliau tidak langsung mengubahkan diri beliau supaya dapat bertahan dan maju dalam arena politik tanah air walaupun.diberi banyak tunjuk ajar oleh Tun. Tun memang faham akan sifat peribadi Tun Pak Lah sebelum lantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tun pilih Tun Pak Lah dulu kerana beliaulah dianggap calon paling layak untuk meredakan dan mententeramkan ombak perasaan marah dikalangan ahli-ahli BN (Khususnya UMNO) kerana pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada waktu itu pilihan TPM Tun memang menampilkan kematangan politik tun.
    Akan tetapi Tun Pak Lah, turut harus dipersalahkan. Beliau tidak menonjolkan kematangan politik, bukan kerana kurang arif tentang politik, tetapi kerana sifat kesihan dan bertimbang yang lebih daripada biasa. Disebabkan sifat-sifat inilah beliau menjadi lemah dalam tanggungjawab sebagai Perdana Menteri serta sebagai ahli politik.
    Akhir sekali, adalah sangat diharap bahawa, Dato

  311. Yang berbahagia Tun
    Bangga rasanya dapat melihat Tun berucap di dewan IKM Sungai Petani.
    Saya terpaksa kotakan janji saya untuk tarik lebih ramai ahli untuk menyertai UMNO
    Semoga zaman kegemilangan Malaysia akan kembali menyinar

  312. Salam YAB Tun.
    Rakyat Malaysia mulai sekarang pasti akan menyaksikan dan mengalami suatu fenomena luar biasa yang bakal berlaku dengan bersatunya ahli-ahli UMNO yang lama dan baru selepas kembalinya tokoh dan pejuang bangsa dan negarawan sebenar yang amat dihormati Tun kepangkuan UMNO.
    Musuh-musuh politik BN pula pasti telah mula merasa gerun dan hilang semangat serta silau pemandangan dan pening kepala memikirkan strategi untuk melawan BN yang bersemangat baru.
    Kemenangan di tiga-tiga kawasan yang akan dipertandingkan nanti sebagai bukti rakyat telah sedar dan bangkit menyokong kerajaan. Majoriti daripada seramai 98,708 pengundi akan menyuarakan sokongan padu kepada kerajaan baru dibawah pimpinan DSN.
    ‘M factor’ bukan sahaja akan menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu malah setiap bangsa dinegara ini yang berfikiran waras dan rasional. Beberapa pemimpin pembangkang orang Melayu sendiri akan pasti jatuh tersungkur dan akhirnya dihina oleh semua.
    Jika keputusan 3 – 0 berpihak kepada BN, maka ini seolah-olah rakyat membaling 3 biji telur busuk kepada muka pengkhianat-pengkhianat bangsa dan negara agar mereka cepat sedar dan segera bertaubat sebelum terlambat.
    Wassalam.

  313. Salam hormat Tun,
    Sekarang kita andaikan Tingkat 4 sudah di kurangkan pengaruhnya.
    SOALAN saya ialah apa pula peranan Datin Rosmah> Beliau tidur sekatil dengan Perdana Menteri.
    Tun tentu tahu siapa yang dapat banyak kontrek untuk projek khidmat negara. Kini ada program baru untuk Tadika pula. Peruntukan ikut TV tadi 150 juta. Untuk apa dan siapa yang dapat Tun.
    Cuba risik risik sikit.
    SAYA BIMBANG KITA BUANG TINGKAT 4, KITA GANTI DENGAN DI ATAS KATIL.

  314. If we were to analyse the personal background of those UMNO delegates who were given the responsibility to elect UMNO leaders during the last UMNO General Assembly, I can safely say that most of them I believe are Class F contractors or small time businessmen or self employed who are struggling to make ends meet.
    So during this occasion they felt that it was timely for them to squeeze the balls of those aspiring candidates to get “duit rasuah” to at least cover some their outstanding “hutang” back home.
    How many of them are professionals,teachers, social workers or government servants?
    So I feel that the delegates were actually opportunists of the first order taking full advantage what was being presented to them on the table.

  315. Tun,
    Saya memang bukan peminat KJ tetapi jika KJ tidak diberi jawatan dalam kabinet, adakah PEMUDA UMNO boleh terima keputusan ini? Sedangkan dia adalah Ketua PEMUDA.
    Dulu KJ ada kuasa sebab ada Pak Lah, semua dia boleh buat tetapi sekarang lain, KJ kena melalui TS Muhyiddin dan DS Najib.
    Kita tengoklah KJ yang baru ni.

  316. Salam Tun,
    Harapan Rakyat sangat besar pada bahu DS Najib. Pembentukan kabinet akan memperlihatkan jika pengaruh Pak Lah akan diguna pakai oleh DS Najib.
    Betul cakap Tun jika PM kita ni nak dengar nasihat Tun dan Pak Lah secara bersama maka DS Najib akan pening kepala. Namun DS Najib tentulah bijak orangnya dan dapat mengenal dan bedakan antara intan dan kaca.
    Kita juga sedang menunggu samaada MCA akan dapat kerusi TPM kedua untuk kaum Cina. Bagi pandangan saya tindakan MCA meminta TPM adalah sangat chauvinistic dan keterlaluan. Sudahlah UMNO telah banyak berkorban dan mengalah dalam pemberian kerusi MP dan DUN dikawasan majoriti pengundi Melayu, kini nak minta lagi TPM.
    Menurut artikel Tun beberapa ketika dahulu bahawa 1 juta kewarganegaraan telah diberi kepada kaum Cina semasa mencapai kemerdekaan. Hari ini, 1 juta yang diberi sudah berlipat kali ganda jumlahnya. Saya risau masa depan kedudukan orang Melayu / Bumiputera jika permintaan demi permintaan mereka kerap dilayan. Pemimpin Melayu terlalu accommodative. Lihatlah apa jadi sekarang mereka dah kuasai ekonomi dan sebahagian politik lalu tindakan mereka yang bagai kacang lupakan kulit telah berani pula mempersoalkan konon kaum Melayu / Bumiputera pun terdiri dari kaum PENDATANG seperti mereka. Sungguh biadab dan tidak mengenang budi.
    Bayangkan lah jika kaum Cina menjadi majoriti dan kita jadi minoriti, adakah mereka akan melayan dan memandang kaum Melayu. Tentu alasan mereka menolak atas dasar meritokrasi sepertimana berlaku di Singapura.
    Saya sangat menaruh harapan agar PM DS Najib tidak melayan karenah kaum ini melebih-lebih. Suka juga saya menyarankan agar kita jangan terlalu berkompromi dengan kaum-kaum pendatang ini kerena kita banyak belajar dan dah masak sangat dengan tindak tanduk mereka. Jangan sampai nasi jadi bubur.
    Kita ambiklah balik semua kawasan majoriti Melayu / Bumiputera untuk diwakili oleh UMNO atau parti Bumiputera yang lain semasa pilihanraya 13 nanti. Konon kita dalam BN mesti bertolak ansur janganlah dijadikan alasan. Sebaliknya beri mereka kawasan yang memang majoriti kaum mereka.
    Cukuplah kita telah banyak berkorban untuk mereka selama ini namun madu telah dibalas dengan tuba.

  317. Assalamualaikum Tun dan pembaca-pembaca coretan saya
    …Suatu yang pelik apabila melihat Tun yang bersara dari PM, tiba-tiba muncul di kalayak ramai untuk berkempin untuk memenangi BN. Apakah Umno sekarang sudah berbankrapan modal untuk berkempin dan tiada muka-muka baru sebagai pemimpin yang setaraf Tun…apa akan jadi generasi akan datang ketiadaan pelapis yang berwibahawa seperti Tun..Cara-cara gimik yang dilakukan di Bkt Gantang dan Bkt Selambau adalah tradisi lama, yang hadir semasa perhimpunan itu adalah orang-orang BN sahaja dan kebanyakan datang dari luar, rakyat yang mengundi tiada di situ…..dimana trasformasi yang dilaungkan…nampaknya trasformasi ini sama seperti trasformasi Akademik Fastasia…
    DARI AHLI UMNO KAMPONG YANG TERPENCIL

  318. Salam Tun,
    Apabila kita berkuasa kadang-kadang kita lupa akan mana kesilapan kita.. Apabila kita menjadi rakyat jelata semua keburukan ketua boleh kita lihat dan komen. Jadi kempimpinan yg bagus haruslah mendengar suara rakyat yg membina dengan membuka ruang yg boleh mereka didengar seperti melibatkan diri dengan wawancara bersama rakyat jelata di telivision seminggu sekali dan update segala pembaharuan kerja yg kerajaan telah ambil untuk mengatasi keluhan mereka semasa waktu wawancara bersama rakyat…. Title dokumentari itu boleh diberi nama seperti “Wawancara Bersama Rakyat” atau “PM Bersama Rakyat”. Tindakan seperti ini akan mempopularkan UMMNO insyallah rakyat akan vote for you in future….

  319. Salam Tun,
    Nampaknya tun masuk semula umno , parti rasuah dan akan maut dalam PRU 13 nanti.
    nampak sangat tun sayang pada najib yang ramai orang tun banyak skandal dan kesnya.Mungkin tidak dia tetapi isterinya sudang naik tocang.
    Sekain.

  320. Tahniah Tun….anda memang pejuang bangsa dan negara…xda 2nya…semasa anda kluar dr party ari 2..saya sedih sgt. kepulangan anda ke dlm umno memang d tggu2 oleh smua pihak yg menyanjung anda…anda adalah wira…bagaimana pun sedar x sedar….ada sebahagian rakyat yg mencemuh anda demi kepentingang mereka…lantaklah!!!..sorry Tun, saya berbahasa pasar…sebagai rakyat malaysia yg membesar dan bersekolah dalam era Tun…saya amat bangga memiliki anda….ketika saya keluar negara…rata2 mereka tidak mengenali malaysia…tetapi lebih mengenali MAHATHIR MOHAMMAD…bukankah itu satu tamparan hebat pada rakyat MALAYSIA yg mencemuh anda…selagai anda diberikan nikmat kehidupan dari YANG MAHA ESA…saya fikir…anda berhak memberikan komen dan kritikan pada sesiapa pun yang menjadi pemimpin termasuk NAJIB yang menjadi anak didik anda….SAYANG SEKALI anak didik anda yang satu lagi tidak bersama dalam party kerajaan dek tersilap langkah…alangkah indahny dan moleknya jika dia bersama kita juga tanpa melihat keburukan moralnya….Semoga NAJIB dapat memberikan kita satu rahmat yang diharap2kn oleh smua pihak….sebgai penyokong anda dan kerajaan, saya amat bangga NAJIB menjadi PM kerana dia adalah etnik yng sama dgn saya..ehheehe..jgn marah..! |Tapi sya lebih bangga dgn anda yg memang pemimpin ulung d Asia ni….hidup Tun n famly smua..smoga TUHAN memberkati khdupan anda skluarga….tkasih….

  321. Assalamualaikum Ayahnda Tun N Bonda,
    Izinkan anakanda,
    Ada orang mempertikaikan Tun kritik terikatnya DSN di bawah AAB dengan menyamakan dengan bekas TPM masa Tun dulu yakni BroABI, kunun tak bebas bercakap, kunun kena kongkong dengan Tun, kunun tak boleh bergerak sendiri…saya kata MEMANG bekas TPM Tun dulu tu, Tun TERPAKSA kawal selepas dia cuba meporakporandakan negara dengan karenahnya yang gila kuasa, gila nama, gila kedudukan dan terlalu cuba menonjolkan dirinya seperti seorang pembela bangsa dan negara. Walhal, tolonglah tengok kembali semua ucapan, kelakuan dan tindakan yang dia buat semasa dalam kerajaan SEBELUM dan SELEPAS dia disingkirkan, dia melakukan onar demi onar. Sikap baling batu, sembunyi tangan jelas bila dia gunakan Zahid untuk menyentuh isu kronisme dan nepotisme yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Kegopohannya mengundang Camdasus mencampuri urusan ekonomi negara juga hampir mengundang taufan yang bolah menjahanamkan negara. Keceluparan dan kelancangannya menghentam dan memburukkan pemimpin dan negara tiap kali mendapat peluang berucap di luar negara selepas di buang dari kabinet merupakan sikap seperti bara api di dalam sekam. Tetapi ramai anak muda yang tidak mengenali siapa ABI ini terikut-ikut dengan gelagatnya yang suka memutarbelitkan keadaan. Tidak pernah sekalipun dia benar-benar bertaubat atas segala perbuatan buruknya sebaliknya suka melemparkan tuduhan kepada orang lain yang tidak berasas. Tanyalah barisan utama yang mula2 menubuhkan Keadilan dulu dimana ramai antara mereka yang telah keluar kerana telah sedar hakikat sebenar. Kalau anak-anak muda mengagumi ABI ini dengan terlalu taksub hingga menganggap dia tidak pernah bersalah, tanyalah dengan Mat Sabu, kenapa suatu masa dulu Mat Sabu menggelar dia AL****RI, tanyalah dengan Ust. Taib Azimuddin siapa dua orang pembantu ABI yang bersumpah dengan nama ALLAH mereka telah mengaku di***** oleh ABI semasa mereka bekerja dengannya dulu. Bahkan pengakuan terbuka ini dapat ditonton oleh semua tetapi kenapa hal ini didiamkan saja oleh orang2 berkenaan??? Jawablah di depan hari kelak…
    Sudah banyak peristiwa buruk yang Allah Ta’ala tunjukkan kepada kita siapa ABI ini sejak dia muncul dulu dan kini kembali ke arena politik tanah air tetapi peristiwa2 buruk ini tidak mendapat penilain sewajarnya dari penyokong2 fanatiknya…bagi mereka ABI ni tidak pernah bersalah. Tolonglah semak semula apa kata orang2 yang pernah rapat dengan ABI ni dulu…
    Bagi Ketua Pemuda yang suka sangat berbaik dengan ABI hingga sanggup menghantar passportnya untuk keluar negara, tengoklah apa yang ABI ni selalu utarakan semasa berucap di luar negara…Ketua Pemuda dan bekas pak mentua dia sangka selepas berbuat baik dengan ABI, mereka akan mendapat laba tetapi setiap kebaikannya itu dibalas dengan racun yang berbisa kerana ABI semakin kuat menyebar virus gilanya…fikir2kanlah.
    Ayahnda Tun,
    Orang kita ni pelik, kalau benda yang benar dinafikan. Orang bersumpah dengan nama Allah dianggap berbohong sedangkan orang yang membuat akuan bersumpah bayar RM5 ke mahkamah lebih dipercayai…entahlah apa nak jadi dengan orang kita yang mengaku diri mereka Islam, percaya kepada Allah, tetapi menolak muhabalah.
    Semuga Allah mengurniakan umat Islam Malysia dengan keutuhan jiwa dan iman. Tolaklah politik mencari populariti diri, tolaklah orang yang semata-mata berjuang untuk jadi PM dengan menggunakan orang2 muda yang dangkal akal mereka…sebab dah ramai yang gila2 berdemonstrasi dulu sedar mereka dipergunakan kerana mereka berdarah muda masa tu…sekarang setelah matang, dah ada anak isteri, dah bekerja dan ada tanggungjawab lain, demonstrasi bukanlah pilihan lagi…hidup nak aman…
    Apapun Ayahnda, anaknda suami-isteri amat2 bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala dengan kembalinya ayahnda ke dalam UMNO. Biarpun UMNO dalam keadaan tidak begitu sempurna, marilah sama2 kita bina kembali nama baik parti keramat Melayu ini. Kami berdua juga turut mendaftar sebagai ahli secara on-line sekali lagi sebaik saja Ayahnda Tun, Bonda dan Anaknda Mokhzani kembali ke UMNO.
    Semuga Allah Ta’ala memberkati Ayanhnda Tun, Bonda dan keluarga di dunia dan akhirat…
    Wassalam.
    Just my brain wave…

  322. salam buat Tun,
    saya sangat yakin kepada setiap keputusan Tun. Sayang Tun kepada negara, UMNO dan bangsa Melayu khusunya sememang tidak dapat dipertikaikan. UMNO tak pernah bersalah pada bangsa Melayu tetapi melayu dalam UMNO itu sendiri yang merosakkannya. Masih ramai pengkianat bangsa Melayu dalam UMNO yang mana sekutu mereka sebenarnya berada dalam PR atau Keadilan secara tepat. Mereka inilah perosak bangsa. Kemasukan Tun ke dalam UMNO sangat disokong.

  323. assalamualaikum Tun,
    sekarang UMNO mungkin ada peluang untuk ‘recover’.saya suka statement Tun yang awal2 mengenal pasti perasuah seperti si kitol jantan.ini adalah statesmanship yang kami cari.berani cakap,berani buat,berani tanggung.
    DSNajip kira tumpang glamour Tun.he has to proof himself.setakat jalan2 jumpa rakyat ambil markah peramah,paklah pun awal2 dulu buat.siap surprise visit ke jabatan immigresen lagi.tapi last2 pancit menyusahkan rakyat.
    kali ini pasti Tun tak ditipu mereka.kemenangan yang Rakyat bagi pasal Tun sahaja.pesan kat depa elok2.ada si kitol,tunggu pilihanraya akan datang.
    Tun,dalam saat kegentingan ini,pengalaman dan tunjukajar Tun boleh membantu.masa yang sama ajar pemimpin Malaysia agar jangan anak tirikan Rakyat sendiri.Tun anak beranak terlepas dah…KAMI?
    with all due respect Tun.Rakyat memerlukan suara didalam kerajaan.Tolong jadi wakil dan suara kami.Semoga dirahmati ALLAH SWT sentiasa.wassalm

  324. Aku ingin Percaya atau tidak?
    Assalamualaikum, salam sejahtera,
    Najib seorang yang masih belum dibersihkan. Itu masih belum dilakukan atau dibincangkan oleh Tun. Adakah Tun penyokong kepada kemungkaran?
    Adakah pendapat Tun berkenaan najib akan cuba membersihkan parti bersifat telus dan ikhlas atau sekadar untuk mendapat sokongan kepada BN?
    Jika Tun tidak menyokong perasuah atau rasuah, adakah cara membersihkan rasuah yang mungkin akan di anjurkan oleh UMNO/BN adalah datang dari Tun?
    Saya suka kepada Tun ketika Tun telah keluar dari UMNO/BN, kata-kata ikhlas yang keluar tidak ubah seperti dari seorang pembangkang yang menghentam kerajaan, suka bukan kerana kebangkangannya tapi kerana keihklasan.
    Siapa sebenarnya Najib dimata Tun? Pada pendapat saya Tun seorang yang sangat menitikberatkan personaliti dan sahsiah individu dalam memilih sebagai pemimpin. Atau disebabkan untuk kembali berkuasa Tun tutup sebelah mata?
    Bagi saya, dengan umur Tun yang cukup pendek hanya sedikit perkara yang boleh dilakukan. Tetapi pilihan yang diambil untuk menyokong perjuangan yang jelas kekotorannya amat mengecewakan. Bukan niat saya untuk mencemuh, tetapi saya telah menyaksikan sendiri, penaburan duit dan barang barang di cangkat jering tidak mengambarkan akan ada usaha untuk membersihkan UMNO/BN. Kerana mereka sendiri menghalalkan pemberian rasuah, secara “massive”.
    Adalah lebih baik Tun bertindak dengan bercakap benar, memberi pandangan yang telus dan ikhlas, jika mereka kotor kata kotor, jika rasuah sukar dibendung katakan rasuah sukar dibendung.
    Sehebat mana langkah yang mampu Tun ambil untuk menentang kemungkaran.
    Hasil pemerintahan Tun, sahsiah dan peribadi rakyat malaysia telah lma menjunam dan mendatar di tangga akhlak paling hina. Yang menjadi pembina sahsiah semula diambil tanggungjawabnya oleh PAS, NGO, dan badan-badan agama, yang kadangkala mereka ini ditentang oleh rakyat.
    Tuhan tidak pernah menjanjikan perjuangan menegakkan agamaNya itu memlalui jalan yang senang. Sama juga untuk laluan menentang rasuah.
    Pada pandagan saya, Tun tidak ubah seperti seorang Tua yang begitu hina dan kutuk, di mulut katanya menetang rasuah, tapi dalam kelakuan menghalalkannya. Mungkin hanya untuk kepentngan diri yang tidak tinggal beberapa hari sahaja lagi.
    Hanya memandang.
    “…janganlah kamu condong atau cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka ia menyebabkan kamu disentuh api neraka…’ Surah Hud ayat 113.

  325. Tun,
    Alhamdulillah Tun telah kembali ke UMNO.
    Tahniah dan terima kasih kerana berkorban demi orang Melayu.
    Saya berdoa kehadiran semula Tun akan memberi kesan positif kepada kerajaan dan keputusan pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai… Insyaallah.
    Saya juga berharap orang Melayu TIDAK MUDAH LUPA lagi selepas ini.
    Kalau tidak, nanti kita hidup merempat di tanahair sendiri.
    Semuga Allah sejahterakan kehidupan Tun sekeluarga.
    wassallam.

  326. Salam…saya sangat kagum dengan tun..saya rasa lebih baik tun yang mentadbir negara daripada yang lain..banyak perubahan lagi..

  327. Salam Tun,
    Tahniah kerana memasuki UMNO semula.Seperti Tun sebelum ini, saya bukan ahli UMNO tetapi menyokong parti ini dari luar kerana berpendapat hanya sebuah parti yang berfahaman sederhana boleh memperjuangkan bangsa Melayu, agama dan negara.Tun, saya juga berharap Datuk Seri Najib akan berani membuat perubahan kepada barisan (saf) Kabinet beliau nanti.Diharapkan hanya mereka yang bersih dilantik sebagai anggota Kabinet nanti. Seperti kata Tun, seseorang pemimpin itu bukan sahaja mesti bersih malah kelihatan bersih.Biarlah gandingan muka baru dan lama itu nanti benar-benar mencerminkan petua yang Tun sebutkan sebelum ini.Ini termasuk lah menggugurkan menteri-menteri yang tidak ada berpendirian mengkritik Tun semasa Tun mengkritik kepimpinan UMNO sebelum ini.Kalau tidak silap saya ada menteri yang sudah berada di penghujung karier politiknya dan hendak bersara daripada arena politik antara mereka yang lantang mengkritik Tun.Kalau tidak disebabkan Tun yang melantik ahli politik ini jadi menteri, saya percaya karier politik menteri ini sudah lama berakhir.Tahniah Tun sekali lagi kerana berjaya mendapat standing ovation daripada orang ramai semasa berkempen di Bukit Gantang baru-baru ini.

  328. syukur
    tun sudah kembali bersama….
    moga tun…
    dapat…….memberi tunjuk ajar kepada
    pemimpin malaysia kini….
    tidak kira di parti mahu pun
    di dalam kerajaan…..
    CINTAKU PADA ALLAH
    CINTAKU PADA MUHAMMAD
    CINTAKU PADA MALAYSIA

  329. Salam Ayahanda Tun,
    It’s good that Ayahanda Tun brought up this matter if not rakyat will be confused especially the chinese. I do hope that the chinese newspapers will publish this article tommorrow!!!
    This morning Ai FM radio (chinese radio chanel)informed that MCA bombarded Hishamuddin on his suggestion to add in UMNO’s struggles. And Hishamuddin was not firm and strong enough to tackle such critics and was rediculed by the so-called educationalists from MCA. Don’t be afraid, DS Hishamuddin, these MCA are NATO and they love themselves more than the country and rakyat!
    The MCA chinese educationist said that the word “kongsi gelap” for kaum cina should be ommitted. Yes, this word should be ommitted and it should be replaced by “ketuanan kaum2 cina” before our Merdeka Day to tell our future generations that chinese are “Pendatang Izin” ke Tanah Melayu and they did try to “rampas kuasa orang melayu”, and one of them succeeded, that was Mr Lee Kuan Yew, a “DURI DALAM DAGING” that lead to Mei 15, 1969!!!!! Nobody can deny such truth eventhough I am a chinese.
    In order to make 1Malaysia successful, I sincerely hope that DS Najib and DS Hishamuddin will get someone who is sincere and understand our education system and history to replace Wee Ka Siong. We do not need politician nor MCA member to be in this position. Furthermore, he is indeed a racist and knows nothing about EDUCATION. To create 1 Malaysia, DS Najib also need to clean up MCA, if not BN will lost in next PRU!!!
    I agreed with Ayahanda Tun, if we are not happy, we can show our feeling in ballot box, not through demonstration UNDER THE HOT SUN!!! Good luck BN!

  330. Assalamualaikum Tun Mahathir,
    Entah kenapa saya tergenang air mata semasa melihat kehadiran Tun di PWTC tempohari. Mungkin kerana melihat sambutan gemuruh perwakilan UMNO terhadap Tun. Atau mungkin terasa ianya satu permulaan baru bagi UMNO khususnya dan bagi Melayu amnya.
    Harapan saya ialah Tun dapat berusaha memperbaiki UMNO ke arah yang lebih baik. Lebih kurang setahun Tun berada di luar UMNO tapi masih lagi memberikan kritikan dan teguran kepada UMNO sehingga terdapat sedikit perubahan. Maka dengan penyertaan semula Tun ke dalam UMNO, diharapkan Tun dapat teruskan usaha ini dari dalam pula. Semoga usaha dari dalam akan lebih memberikan impak yang lebih kepada pembaikan UMNO. Bak kata seorang rakan saya (melihat beberapa rakan kami sedih dan marah) bila KJ diisytiharkan menang ketua pemuda UMNO Malaysia: “Walaupun kita hampa dengan keputusan itu, apa kita boleh buat? Kita bukan ahli UMNO pun. Benda ni kena betulkan dari dalam”
    InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan berada bersama-sama Tun dalam usaha ini (walau pun mungkin di pentas yang berlainan), selagi Tun setia kepada perjuangan ke arah kebaikan ini.
    Terima Kasih Tun Mahathir

  331. Salam Tun,
    Diharap TUN dapat memperkasakan semula MTEN yang mana diwujudkan untuk memperkasakan semula ekonomi negara ke tahap yang lebih baik didalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini. Dididk la seseorang yang dapat memenuhi semua impian rakyat malaysia dalam menuju wawasan 2020 melalui semua perancangan yang telah ditetapkan.

  332. SALAM TUN….SAYA PUN NAK MASUK UMNO BALIK….KAT MANA TUN KAT SITULA SAYA…UMNO DAH HIDUP KEMBALI…NASIB BAIK TAK SEMPAT DIKUBURKAN OLEH PAKLAH…TAPI NGAPE PULAK MENANTU DIA ADA…SAYA TENGOK SI KJ TU SEBIJIK MCM.DSAI…HATI BUSUK….SAYA GEMBIRA SGT.TUN DAH KEMBALI…ALHAMDULILLAH…

  333. Saya setuju sangat dengan saranan Asky supaya orang Melayu bersatu. Soalnya nak bersatu di atas platform yang mana atau di bawah bendera yang mana. Lihat sahaja Tun Mahathir, apabila tak suka sesaorang, Tun keluar meninggalkan persatuannya dan keseorangan. Itulah yang menjadi masalah orang Melayu kerana tidak semua pandangan kita disetujui oleh orang lain. Orang lain pun mempunyai pendapat sendiri. Jadi asas terpenting untuk bersatu ialah kesediaan bertolak ansur dan mendengar.Satu lagi kalau nak bersatu berasaskan perjuangan Islam maka PAS adalah platform. Kalau nak diasaskan kepada sekular, maka UMNO.

  334. SALAM TUN….
    APA KHABAR TUN & ISTERI…. UNTUK PENGETAHUAN TUN SAYA DILAHIRKAN MASA NEGARA BAWAH PIMPINAN TUN… DAN SELAMA MEMBESAR HINGGA KINI SAYA TELAH BERUSIA 28 TAHUN PADA PENDAPAT SAYA TIADA PEMIMPIN YANG SETANDING TUN…. TUN PUNYA MATLAMAT DALAM MEMIMPIN SEDANGKAN PEMIMPIN SEKARANG YG SAYA NAMPAK HANYA PUNYA SATU MATLAMAT… “PENUHKAN POKET DULU”…. MASALAH RAKYAT DIKEMUDIANKAN… TUN TERUS TERANG MASA SAYA MEMBACA BUKU ‘CHE DET’ DAN DI DALAMNYA ADA TUN NYATAKAN BAHAWA TUN AKAN SERTAI UMNO SETELAH PAKLAH LETAK JAWATAN SAAT ITULAH YANG AMAT SAYA NANTIKAN….. BIARLAH TUN HADIR SEBAGAI PENASIHAT KEPADA KERAJAAN PIMPINAN DATO NAJIB…. PEMIKIRAN TUN TIADA TOLOK GANDINGNYA… APA YANG TUN KATA KITA TUNGGU DAN LIHAT PASTI AKAN ADA HASILNYA…. PEMIMPIN YANG SAYA LIHAT SEKARANG HANYA MANIS BERKATA2 APABILA DAH DAPAT HASIL KATA2 TADI DI BIAR DITIUP ANGIN… SUNGGUH PUN SAYA BELUM MENYERTAI MANA2 PERSATUAN BAWAH UMNO TETAPI SEMANGAT YANG ADA PADA PEJUANG PARTI ITU MEMBAKAR SEMANGAT SAYA…. INSYAALLAH SATU HARI NANTI SAYA AKAN MENYERTAI UMNO JUGA… KEPADA TUN SAYA PANJATKAN DOA AGAR TUN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH DAN DIBERIKAN KESIHATAN DARI-NYA YANG ESA…

  335. Dear Tun,
    THANK YOU! THANK YOU! THANK YOU! THANK YOU! For getting rid of the slimeball Abdullah.
    I say good riddance to bad rubbish.
    I love all people no matter they are black, white, yellow or brown or whether they are Muslims, Christians, Hindus, Buddhists , free thinkers, agnostics, atheists or animists.
    But truth be told, I simply detest Abdullah and his SIL. My perception of the former is that he is a religous fraud and the other a crook.
    I certainly hope Umno will give the SIL the boot.
    I did not vote BN in the 2008 GE because of these two people, whom I consider evil, and am willing to give the BN back my vote but on the condition the moronic ass___le Khairy is put to pasture.
    Najib had better take note of this. I am sure many Malaysians share my feelings.
    Thank you once again Tun for saving Malaysia.
    Ataturk
    P/s . Pls extend my best wishes to Tun Hasmah, Mukhriz (do not worry your time will come) and Marina ( I salute your courage).
    Tun’s is the only blog I respond to.

  336. Dr M,
    Selamat Kembali, ia betul2 bagai SIRIH pulang ke GAGANG.. hanya 1 permintaan saya & saya rasa ramai rakyat juga bersetuju dgn permintaan ini:
    1) Hapuskan PLKN & serap kan semua pemuda pemudi kita ke Tentera, Polis, bagi yg perempuan ke Hospital2, saya rasa program selama 3bulan di PLKN memang tidak mencukupi.Mungkin kita boleh tiru cara NATIONAL SERVICE di Sinagapura
    2) Menteri Buruh/Tenanga Kerja di tukarkan kepada org yg lebih competent, sepanajang kidmat saya sebagai pekerja menteri yg betul2 sesuai ada lah Lim Ah Lek. Yang sedia ada sekarang ni entah apa2 yg dia laku kan saya pun tak tahu???bayang kan negara mengalami kemerosotan ekonomi tetapi masih ramai pekerja asing yg dia bawa masuk. Saya yakin tidak semua belia kita yg mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan SPM mereka, apa kata yg tidak cemerlang ni kita amalkan 1 dasar di mana pihak kilang kena mengambil mereka bekerja dgn gaji pokok minima RM600 & di sediakan tempat tinggal & makanan sebanyak 3kali sehari di kenakan.
    3) Menteri Belia – lebih kan program2 belia ke mesjid, ceramah & program berunsur untuk mengelak mereka esp belia Melayu kita terjebak dgn DADAH, REMPIT, CD/DVD HARAM, kerana belia ini lah yg akan menjadi esset Malaysia
    4) Dr M, di lantik sebagai MENTERI PENASIHAT (MINISTER MENTOR) bagi Perdana Menteri yang ada sekarang
    5) Jambatan yg menghubungan kan Singapura & Johor di buat semula.
    6) Air Asia tidak lah di perbesarkan lebih dari MAS
    7) Melihat juga pada pekerja professional yg sekarang ni ramai di buang kerja

  337. Assalamualaikum………..
    Saya adalah seorang yang dibesarkan dalam keluarga UMNO
    daripada moyang saya dan seterusnya kepada saya
    saya amat menyokong UMNO dalam apa jua keadaan
    terutamanya semasa pentadbiran TUN………
    tapi sekarang saya amat sedih atas apa yang terjadi kepada UMNO
    saya adalah seorang PEMUDA……
    tetapi jika ketua PEMUDA yang baru ini….
    tidak diganti maka selagi itulah saya berpendapat akan terjadinya perpecahan dalam UMNO..terutamanya pada golongan saya
    Saya sebenarnya amat tidak percaya kepada keputusan pemilihan tersebut……..
    Pada pandangan saya calon dari Parlimen Jerlun yang layak mentadbir kerusi tersebut
    tetapi seperti terdapat penyelewengan pada orang atasan
    saya berharap agar pada masa akan datang setiap calon yang terlibat dengan rasuah terus digantung daripada sebarang pemilihan
    Semoga ketelusan itu akan lebih baik pada Presiden UMNO yang baru nanti……..
    saya berharap agar Ketua Pemuda sekarang dikenakan tindakan atau dipaksa meletak jawatan……….
    TOLONG SELAMATKAN PEMUDA UMNO
    semoga TUN berbahagia selalu
    wassalam

  338. walaupun Tun Mahathir dah masuk balik dan Tun Abdullah bukan lagi PM..saya masih tak berapa nak yakin dengan UMNO oleh kerana KJ…
    hopefully KJ tak jadi menteri..
    Dan hopefully Najib teruskan turun padang lebih kerap lagi..bukan setakat sekali tu je ye…

  339. Sinar baru bagi rakyat Malaysia dengan perlantikan PM baharu…sy berharap ada peningkatan integriti bagi ketelusan dalam pentadbiran negara..
    Harapan saya adalah perubahan dalam perkara berikut
    (a)Pemilihan pekerja untuk jawatan kosong dalam jabatan-jabatan kerajaan mestilah dilakukan secara berpusat dan sistem internet sepenuhnya.
    Kerajaan mestilah menubuhkan satu suruhanjaya bagi memlih pekerja-pekerja yang paling berkebolehan dan komited untuk jawatan yang ditawarkan.
    Sistem pemilihan pekerja mestilah dilakukan oleh sistem komputer sepenuhnya..
    Suruhanjaya yang dilantik mestilah membangunkan kod-kod bagi setiap sijil dan kelayakan bukan akademik pemohon seperti sukan,persatuan,kebolehan,pengalaman dan sebangainya bagi dianalisis oleh sistem pengkomputeran ini.
    Kemudian apabila dianalisis,nama-nama bagi senarai pendek ini seterusnya akan dipanggil untuk temuduga oleh suruhanjaya pemilihan disetiap negeri secara telus.
    Saya berharap pemilihan pekerja di sektor awam tidak bersifat pilih kasih dan hanya mementingkan keluarga dan sesiapa yang ada hubungan kuat dengan kakitangan sahaja diambil bekerja..saya berharap pandangan in diambil kira

  340. ASKUM, TUN.
    SELAMAT PULANG KE UMNO. SEMOGA ALLAH BERKATI PERJUANGAN TUN SEHINGGA AKAHIR HAYAT. PADA SAYA, YOU ARE THE BEST THERE IS AT THIS MOMENT KERANA TIADA SEORANG YG STILL ALIVE AT YOUR AGE, ARE WILLING TO ‘BERJUANG’ FOR THE SAKE OF AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. FOR THEM, THEY ARE ALL IN THE COMFORT ZONE OF THEIR MANSIONS, THEIR CUCUS, THEIR LIVESTYLE, THEIR XPENSIVE CARS, UNWILLING TO STICK THEIR NECK OUT FOR THE SAKE OF THEIR CTRY.
    SAYA ADALAH SEORANG AHLI UMNO, 61 THN DAN MASIH MENJADI KETUA CWG DAN AJK BHG DI JOHOR. SAYA ADA BEBERAPA PANDANGAN DAN CDGN UTK PERHATIAN TUN DAN MUDAHAN DAPAT DI AMBIL PERTIMBANGAN OLEH DS NAJIB DAN MT SBG USAHA MEMULIH KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP UMNO.
    PERTAMA: SBG SEORANG ISLAM, SAYA YAKIN APA YG BERLAKU KPD UMNO ADALAH SBG PERINGATAN DAN UJIAN ALLAH SWT KPD KITA SEMUA. BAYANGKAN, HOW IS IT POSSIBLE DARI KEMENANGAN CEMERLANG PRU 2004 BOLEH DALAM MASA 4 THN SHJ, BERUBAH KPD SATU DISASTER YG AMAT BESAR PADA 8 MAC O8. KINI, ORANG MELAYU BERPECAH BELAH ON ALL COUNTS THAT AFFECT MALAY INSTITUTIONS. THEY ARE DIVIDED ON THE ISSUES OF POLITICS, THEIR RELIGION ISLAM, THEIR LANGUAGE, THEIR RULERS, EVEN THEIR RIGHTS AND POSITIONS IN THEIR OWN CTRY. PADA HEMAH SAYA, RAMAI ORANG MELAYU YG SANGAT BENCI KPD UMNO SEHINGGA MEREKA SANGGUP ‘MENYERAH’ NEGARA MEREKA KPD ORANG LAIN SEMATA-MATA HENDAK MENUMBANG KAN UMNO. HOW IS THIS POSSIBLE WITHIN A SHORT SPACE OF 4 YRS ONLY. HOW IS IT POSSIBLE THAT THE OPPOSITION PARTIES THAT WERE ROUTED IN 04 MADE A STUNNING COMEBACK IN 08 SEHINGGA DIA ORANG PUN TAK SANGKA AKAN MENANG BAGITU MENAKJUBKAN. THEY WERE NOT PREPARED FOR VICTORY.
    JWPN SAYA ADALAH BAGINI: ALLAH LAH YG MENGUBAH-UBAH HATI MANUSIA. DIA MAHA BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA. DIALAH YG MEMBERI KUASA DAN DIALAH YG MENARIK KUASA.NAMUN DGN SIFATNYA YG MAHA PENYAYANG DAN MAHA BIJAKSANA, DIA TIDAK MENARIK KUASA SEPENUHNYA. HANYA 5 NEGERI KECUNDANG.
    APAKAH YG BERLAKU ATAU DI LAKUKAN BERMULA TAHUN 2004 YG MEMULAKAN PROSES ‘DOWNSLIDE’ INI. IA BERLAKU KERANA KITA (MEANING KERAJAAN PADA MASA ITU) MEMPERKENALKAN SATU KONSEP YG TIDAK PERNAH DI BINCANG SECARA MENYELURUH AKAN IMPLIKASINYA IAITU ” ISLAM HADHARI “.
    ‘ISLAM HADHARI’ LAH YG DGN SERTA MENGUBAH PERSEPSI DAN SOKONGAN RAKYAT JELATA KHUSUSNYA ORANG ISLAM TERHADAP UMNO DAN KERAJAAN. SEKIRANYA PAK LAH PUT HIS EARS TO THE GROUND, SEKIRA PARA ULAMA KERAJAAN PERGI KE SURAU, KE MASJID, KE MADRASAH, KE KEDAI KOPI, MEREKA AKAN RASA PENENTANGAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ‘IH’ INI.
    MEREKA TIDAK BOLEH TERIMA IH KERANA TELAH DIAJAR DARI KECIL BAHAWA ISLAM ITU SEMPURNA DAN TAK PERLU TMBAHAN. SUDAH TERCATIT DLM AL-QURAN. NAMUN, PAK DOLLAH DGN KEYAKINAN YG DIPEROLEHI DARI KEMENANGAN PRU 11, APA2 TEGURAN TIDAK DI INDAHNYA. DI SINI SAYA PERSALAH PARA TOKOH2 UGAMA DLM KERAJAAN ATAU LUAR KERANA MEMBISU DLM PERKARA INI SECARA ZAHIRIAH. ISU INI POKOK.
    ‘IH’ INILAH YG MENJADI PELURU YG MENEMBAK TUANNYA. IA MENJADI BAHAN SINDIRAN, EJEKAN DLM MANA2 CERAMAH AGAMA DI SELURUH NEGARA. PAS YG HAMPIR LUMPUH HIDUP SEMULA. THANKS TO PAK DOLLAH.
    DGN INI, SAYA MENYARANKAN SUPAYA UMNO DAN KERAJAAN MENGISYTIHARKAN BAHAWA ISTILAH ‘ISLAM HADHARI’ DI MANSUHKAN. MUDAHAN ALLAH BERKATI HAJAT DAN PERJUANGAN UMNO SELAMA INI DI NEGARA TERCINTA, MALAYSIA.
    JANGAN SESEKALI ORANG UMNO INGAT BAHAWA KEJAYAAN SELAMA INI ADALAH KERANA KEHEBATAN PEMIMPIN DAN PARTINYA. TIDAK. KEJAYAAN TIMBUL KERANA PERJUANGAN DAN AMALAN PEMIMPIN DAN AHLI UMNO SEBELUM ADALAH SELARAS DGN KEHENDAK UGAMA ISLAM. INI ADALAH SATU KEBERKATAN, SATU RAHMAT DAN SATU ANUGERAH ALLAH SWT KPD KITA SEMUA. APABILA ADA PERTOLONGAN NYA, MAKA DATANGLAH KEJAYAAN. DAN JADILAH KITA ORANG YG BERSYUKUR. MAKA DITAMBAH NIKMAT NYA.
    SAYA SAMAKAN KEADAAN KITA DGN PERISTIWA PERANG UHUD DIMANA PASUKAN PEMANAH INGKAR DGN ARAHAN RASULLULLAH SAW SUPAYA TIDAK BERGANJAK DARI POSITION MEREKA. NAMUN KERANA TARIKAN HARTA RAMPASAN (GHANIMAH), MEREKA INGKAR DAN BERLAKULAH PERISTIWA YG MENYEBAB TENTERA ISLAM ‘HAMPIR’ KALAH. BAGITU JUGA KINI, PEMIMPIN DAN AHLI UMNO SUDAH TERPESONA DGN RAMPASAN HARTA PERJUANGAN MEREKA DAN SIBUK MENGAUT KEKAYAAN SEHINGGA MEREKA MENINGGALKAN PERJAUNGAN ASAL DATO NENEK MEREKA. SAYA GUNA PERKATAAN ‘HAMPIR KALAH’ DLM PERANG UHUD. SYUKUR ALHAMDULLILLAH, TENTERA ISLAM DAPAT BANGUN SEMULA.
    INI LAH YG DIHARAP KPD UMNO DAN PERINGATAN KPD SEMUA ORANG MELAYU, SAMADA AHLI UMNO ATAU TIDAK, BERSATU ITU TEGUH, BERCERAI ITU ROBOH. WASSALAM

  341. Assalamualaikum W.B.T YABhg Tun Dr Mahathir,
    Pertama sekali, Selamat Kembali & Selamat Berjuang kepada Tun dalam UMNO, parti yang lebih dominan dan dikenali sebagai perisai kemajuan orang melayu serta rakyat malaysia seluruhnya.
    Saya pun mengharapkan juga supaya Khairy tidak tersenarai sebagai Menteri Kabinet esok oleh YAB Perdana Menteri. Namun begitu, saya juga meragui kekuatan Pemuda UMNO dan sokongan daripada parti-parti komponen dalam BN serta akar umbi akan tetap utuh sekiranya dalam senario seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda BN bukanlah kalangan Menteri Kabinet. Dari segi mentalitinya, ahli – ahli UMNO terutamanya kalangan penyokong khairy yng ingin membodek BOSSnya pasti akan membuat desakan agarnya Khairy dilantik sebagai Menteri Kabinet sebagaimana amalan sebelum ini.
    Apa pula yang akan berlaku sekiranya Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula yang dilantik sebagai menteri Kabinet. Pastikah akan berlaku Team A & Team B dalam organisasi Pemuda UMNO/BN. Sebab Naib Ketua Pemuda mungkin akan secara lupa dirinya akan merasa beliau mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding Ketuanya yang hanya Ahli Parlimen biasa.
    Desakan sebegitu telahpun dibuat oleh Wanita UMNO yang mahu Sharizat (nak juga dibodek) dilantik sebagai Menteri hanya kerana beliau telah menang sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dan perlu pula dilantik sebagai Senator kerana beliau bukanlah seorang Ahli Parlimen.
    Bercakap soal Wanita UMNO, kenapa perlu membuat desakan sebegitu. Apa perlunya dan apa kepentingannya.
    Bagi saya Wanita UMNO sendiri telah melakukan kesalahan besar atau dalam erti kata sebenar mengabaikan peluang yang ada dengan tidak menyokong (mengundi) Wanita – Wanita yang bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi. Secara logiknya pasti kesemuanya Wanita-Wanita yang bertanding boleh menang sekiranya Wanita UMNO sendiri mengundi mereka secara solid dan dicampur dengan undi dari perwakilan Puteri UMNO.
    Kenapa perlu dibazirkan peluang yang ada. Kenapa Wanita UMNO nampak seperti menganaktirikan Pemimpin dari Puteri UMNO. Apa salah Azalina & Noraini sehingga tidak diberi Undi yang sepatutnya.
    Sedangkan dalam Pergerakan Wanita sediri mereka tidak diberi tempat sebagai Exco Wanita inikan pula ingin mengundi mereka sebagai MT. Mungkin begitu dimentalitikan. Sebab mereka bukan kalangan Wanita UMNO atau bukan orang Sharizat.
    Kesimpulannya Wanita UMNO perlulah didenda dan dihukum atas kedangkalan mentaliti mereka dengan tidak memberi tempat untuk “gender” mereka sendiri kerana tidak bersatu kearah yang sepatutnya. Di tahun mendatang saya berharap Wanita UMNO boleh bergabung dengan Puteri UMNO untuk mengundi mana-mana calon Perempuan yang bertanding tidak kira dari Wanita ataupun Puteri asalkan calon-calon tersebut mempunyai integriti seorang pemimpin yang diperlukan.
    Selain itu saya juga berharap agar di Perhimpunan Agung akan datang Wanita UMNO dinasihatkan tidak memperalatkan kitab Al-Quran sebagai hiasan dihadapan pentas. Takut dikutuk perbuatan tersebut. Saya bukan kalangan cerdik pandai agama tetapi perbuatan tersebut amatlah tidak wajar memandangkan kalangan Exco Wanita serta ahli – ahlinya bukanlah semuanya bertudung litup yakni dalam keadaan yang tidak menutup aurat perempuan malahan berhias – hiasan dan tentunya ada yang dalam keadaan mencukur kening. Jadi lupakanlah niat baik yang sebenarnya tidak baik. Tingkah laku tersebutpun pastinya akan menjadi senjata pembangkang melihat tingkah laku Wanita UMNO sebegitu ditambah pula terkinja – kinja dan menjerit – jerit hanya kerana pepmpin yang disokong telah menang.
    Sekian buat masa ini sebahagian perkara yang terbuku di kotak fikiran saya untuk dikongsi bersama.
    Salam Perjuangan dari saya,
    Hidup Islam, Hidup Melayu, Hidup UMNO!

  342. Najib seems to have deep conception of democracy, if the people rather than UMNO are his ultimate test. Also, at the Malaysian Press Institute awards he said people taking various positions on issues should be viewed as normal and welcome as part of democratic discourse. These, and his manner are more mature than what the ‘Opposition’ has produced or is capable of.
    But his vision and polices have to be seen through – my wife and I were waiting to watch the live telecast of your speech at 5.00pm Mon April 6, which was announced over Bernama/ NTV7 over two days but it didn’t happen, and there was no explanation.

  343. Salam Tun,
    May you have a good restful day today (after the rally yesterday).
    Tahniah Tun kerana kembali kepada UMNO. It may be a good sign for some but not to others as they may think that you are the caused of UMNO why they left UMNO in 1998.
    To me, how can we judge a person. Perasuah may not be forever a perasuah. Someone who being identified as Zalim may not be forever zalim anymore. But Im not sure with peliwat…
    As the saying old habits die hard, no one is perfect in this world except Rasulullah.
    Hoping that UMNO with a new breath today will make a serious ‘make over’. Some consideration must be taken into consideration:
    1. open membership to anyone associate with Islam (mualaf/India muslim, etc) or Malay kacukan.
    2. exploit the good ties with all component parties in every press statement and public appearance.
    3. open dialogue to the opposition party like PAS. The more they were being publisized the more rakyat can judge their weaknesses.
    4. Like the Labour party which lost huge seats during Tony Blair’s premiership and trying to regain power under Gordon Brown, UMNO must always be a pro business environment to all racess and all level of background.
    May the force regained!
    M19 3GH manch

  344. Salam Tun,
    Saya benci UMNO tetapi kemasukkan semula Tun kedalam UMNO hanya menunjukkan bahawasanya Tun mengotakan kata.
    Kritikal pedas Tun selama ini sedikit sebanyak memberi pandangan yang baik kepada rakyat tentang kemasukkan semula Tun kedalam UMNO. PRK di 3 kawasan memang sengit.
    Tindakkan Najib melepaskan tawanan ISA, penerbitan akhbar alternatif dan mahukaji semula akta ISA sedikit sebanyak telah memberi milage politik kepadanya dan mengurangkan pengaruh Altantuya pada dirinya.
    Dalam masa yang terdekat, rakyat memang tak ada harapan untuk tukar kerajaan PR, oleh sebab itu harapnya gandingan Tun, Najib dan Muhyidin dapat sedikit sebanyak memperbaiki penindasan pemerintahan Dolah kepada rakyat.
    Turunkanlah harga barang-barang keperluan agar rakyat dapat kehidupan yang lebih baik. Baikilah ekonomi negara dan terimalah Islam sebagai amalan pemerintahan.
    Islam bukan milik PAS, ia milik semua, ia milik seluruh alam. Mukjizat ke akhir zaman. Jika UMNO berjaya membudayakan Islam dalam partinya, insya allah UMNO lebih releven dari pada PAS.
    Semoga segala usaha diberkati Allah.

  345. Assalamualaikum Tun.
    As usual, I love reading your thoughts. Saya juga amat mengalu-alukan penyertaan semula Tun ke dalam UMNO. Saya suka dengan ketelusan Tun. Saya yakin dengan keputusan diambil Tun. Saya juga yakin dengan perjuangan PM baru kita. Semoga masa depan UMNO, BN, dan negara dapat diselamat dan diperkuat.
    Satu soalan ingin saya usulkan kepada Tun. Soalan ini ditimbulkan oleh kawan saya dalam perbincangan kami secara terbuka, yang mana saya tidak mampu untuk menjawabnya. Tun, mengapa semasa Paklah adalah TPM, dan semasa sebelum peralihan Paklah sebagai PM, Tun tidak nampak akan kelemahan beliau? Dan risiko2 serta potensi2 beliau untuk “menjahanamkan” UMNO dan BN seperti yang diperkatakan oleh Tun?
    Pendapat saya, jika benar Dato Seri Najib Tun Razak adalah lebih bijak, lebih berusaha, lebih telus, lebih prihatin, lebih baik daripada segala segi berbanding Paklah, makanya ada jugalah sedikit pintarnya Paklah, dan sedikit jasa oleh Paklah, apabila beralihnya kuasa, diperturunkan kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang mungkin tidak akan terus “menjahanamkan” UMNO dan BN, tidak akan terus mengamalkan amalan2 salah dalam UMNO dan BN, dan tidak akan terus bermusuh dengan Tun seperti yang dikehendaki oleh Paklah bagi semua Menterinya.
    Yang pasti setiap jasa2 Tun, Paklah, PM2 sebelumnya, dan PM yang terkini harapnya, akan tetap saya hargai. Saya tetap mengagumi Tun sebagai pemimpin agung. Sekian. Wassalam.

  346. Tun,
    Sebagai rakyat Malaysia saya ingin tanya kepada YBhg Tun kenapa tiba-tiba pendapat Tun terhadap rampasan kuasa di negeri Perak telah bertukar?
    Bolehkah Tun hujahkan pendapat Tun?
    Sekian, terima kasih.

  347. Assalamualaikum YBhg Tun,
    Sebenarnya saya amat merindui suara Tun ketika menyampaikan amanat kepada rakyat secara terbuka sepertimana di Taiping dan Bukit Selambau semalam. Andai saya tiada halangan sudah pasti saya akan bersama2 ribuan rakyat di sana menyambut kedatangan Tun.
    Sesungguhnya sudah 5 tahun rakyat tidak dihidangkan dengan amanat seorang PM yang lantang, bersemangat, berisi, indah susunan kata dan boleh di bawa pulang untuk diberitahu kepada anak2 dan isteri. Semua ini tidak berlaku di bawah Pak Lah Badawi.
    Sebab itulah saya harap Tun terus menyampaikan amanat Tun selaku ahli (baru) UMNO dan bekas PM untuk menyedarkan rakyat betapa pentingnya sokongan mereka kepada UMNO & BN berbanding pakatan pembangkang terutamanya racun yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.
    Rakyat tentu akan gembira andai Tun & DS Najib dapat bersama2 di atas satu pentas untuk turun padang menyampaikan amanat2 & pesanan tersebut dari masa ke semasa tanpa perlu menunggu pilihan raya. Sebabnya inilah cara Anwar & puak2 Pas menanam kebencian rakyat kepada UMNO/BN iaitu dengan mengadakan ceramah dari masa ke semasa.
    Akhir kata saya dan keluarga saya mengucapkan selamat kembali ke pangkuan UMNO dan harapan kami semoga Tun & barisan kepimpinan baru UMNO di bawah DS Najib terus berjuang untuk agama, bangsa dan negara!
    Selamat kembali Tun!

  348. Tahniah utk Tun kerana menyertai semula UMNO.
    Tapi, apa yg saya tidak faham adalah mengapa Tun beria2 betol menyokong DS Najib sebagai PM? Adakah kerana Najib sajakah yg boleh
    memajukan UMNO?
    Bagi saya, Najib adalah pemimpin UMNO yg tahap rasuahnya begitu tinggi sekali. Oleh itu, saya tidak nampak yg UMNO akan berubah walau satu *hoon* pun. Malah, tahap rasuah dlm UMNO akan menjadi semakin parah dan tahap penolakan rakyat kepada UMNO juga akan semakin bertambah.
    Cuma air yg bersih saja akan dapat menyuci kekotoran. Menggunakan air yg kotor untuk menyuci kekotoran adalah sama dgn tidak menyuci langsung. Malahan air yg kotor itu mungkin lebih mengotorkan lagi.
    Selamat Maju Jaya kepada PM baru. Saya tidak akan kembali menyokong kerajaan selagi apa yg saya nampak sebagai penyelewengan duit & harta rakyat berleluasa.
    Tidak ada gunanya *ketuanan melayu* jika apa yg UMNO buat boleh menambahkan *kemalasan* orang Melayu. Org Melayu perlu berani menghadapi cabaran dunia global. Setakat nak jadi tuan tanah kedawong saja tidak cukup. Kalau Melayu nak maju, mesti berusaha dan bukannya harap bantuan kerajaan semata2.
    “What is perceived to be clean is NOT necessarily clean. There is a vast differences between perception and reality.”
    Bak kata pepatah Melayu, “Berpijak dibumi nyata”.
    – Bekas penyokong Umno & TDM.

  349. saya tak faham……
    Pak Lah di hina sebegitu rupa oleh TDM, kenapa?
    Just because he didn’t carry out MAHATHIRISM???

  350. “Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan. ”
    Dear Tun,
    Hope DSN will adhere to the above.

  351. Salam Tun, terima kasih kerana kembali semula secara rasmi ke UMNO. Saya amat berharap Tun dpt menjadi penasihat kepada PM baru kita DS Najib Tun Abdul Razak agar dpt berkongsi idea & b’tukar2 pendapat bagi mengukuhkan lagi kedudukan dari segi aspek apa sekalipun bagi negara & rakyat M’sia.

  352. Salam Tun, just out of curiousity,
    I quote back :
    “6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.”
    What do you think the relevancies in the case when Dato Seri Anwar was your DPM? He also ‘not bebas’ at that time because you still number one… Don’t you think ‘they’ will retaliate back with this statement?
    Hazim

  353. Salam kepada Tun dan semua bloggers
    Pertama sekali, SYABAS! kerana melunaskan janji Tun untuk kembali kepangkuan UMNO.
    Kedua, di harap Tun masih dapat memberikan perspektif perspektif “out of the box” biar pun Tun kini berada di dalam UMNO. Dan semuga pandangan pandangan Tun yang bernas dapat di perTINDAKkan dan bukan di TIDAKkan oleh semua pihak.
    Ketiga, diharapkan BARAH PERASUAHAN yang semakin menular dari hujung rambut ke ujung kaki dapat di tangani dengan segera.
    Keempat, semoga pengenalan dan implementasi dolar dinar / perbankan Islam dalam segera di percepatkan dan perluaskan ke seluruh dunia. Sudah masa nya janji Nya diperkotakan.
    Terima kasih atas perhatian luahan harapan dari selatan.

  354. KJ sememangnya samseng taik kucing. Too ambitious and he is a kind off person will take no prisoners in order to fulfill his sick agenda.
    KJ, if any chance you reading this little notes. Pls save ur pityself from embarassment. Go home, hug ur wife and kids. They need ur attention more than ur sick politic ambitions.
    KJ, bertaubatlah. Jika ada sememangnya pengamal rasuah anda sememangnya tidak ubah seperti anjing kurap yang menyalak di tepi bukit. Ingat, by marrying to somebody daughter tak menjadikan anda itu berkuasa.
    jangan jadi jantan jelek dan jijik. Memalukan bangsa, jika anda seorang pengamal rasuah (jika anda kata tidak – terpulanglah, sesungguhnya Allah maha berkuasa dan maha mengetahui) henti-hentikanlah. Baik letak jawatan, join ur father in-law tu…go fishing or go fly kite.
    Politik sempit yg diamalkan olah saudara, tidak akan membawa kemana-mana. So sad to see a brainiac oxford grad like you seems like no brain at all. Poor thing.
    Pengamal rasuah seharusnya ditolak dan tidak layak menerajui kepimpinan. UMNO will go down eventually. If you wanna jump…go ahead u jump alone, don’t drag us along with you.
    Yeah u have money and power but you can’t never buy trust. believe what i said, those people you paid they never trust u, they only interested in your money.
    No money no talk. “smile and the world will with you but when you fart, you stand alone”.
    My last word for u KJ, get a life, stop screwing other peoples life.
    Sesungguhnya doa orang yang teraniaya, insyallah akan dimakbulkan Allah. Itu pun kalau saudara sebagai seorang yang mengaku dirinya islam dan percaya halal/ haram dan pahala/ dosa.
    Semoga Allah membuka pintu hati saudara untuk menjadi insan yang berguna dan tidak menjadi perosak bangsa sendiri.
    ikhlas
    ~k~

  355. Selamat Petang TUN,
    Hari yang dinantikan oleh majoriti rakyat dan segilintir ahli UMNO telah datang dan pergi.Pemergian Pak Lah sebagai PM telah termeterai.Dan dengan ini saya mengucapkan syabas kepada TUN kerana mengotakan janji yang telah dijanjikan oleh TUN sungguhpun UMNO kini telah dijinakkan oleh perasuah seperti KJ.
    Jikalau nak dikatakan pasal amalan rasuah ini,saya rasa zaman pemerintahan TUN sebgai Presiden UMNO dulu pun terdapat ramai ahli UMNO yang mengambil rasuah.Namun apa yang berlaku pada zaman pemerintahan Pak Lah sebagai Presiden UMNO telah menyebabkan ramai lagi ahli UMNO yang mengambil rasuah.Cakap Pak Lah untuk mengurangkan amalan rasuah dalam UMNO hanyalah omong kosong sahaja.Ini disebabkan oleh niat seseorang daripada ahli keluarga Pak Lah yang bercita-cita untuk menjadi PM paling termuda Malysia yang menyebabkan ramai ahli UMNO lupa daratan dan mengambil rasuah.
    Saya rasa ramai rakyat Malaysia yang tidak suka melihat Ketua Pemuda UMNO dijawati oleh seseorang yang mempunyai profil yang kotor seperti KJ.Dah lah tu menang cara kotor,lepas tu kurang ajar pulak tu.Macam mana rakyat hendak menghormati UMNO jikalau senario yang begitu menjijikkan sebegini masih berlaku secara terang terang dalam UMNO.Only time will tell.
    Now Playing : Pantera – Domination

  356. Salamualaikum Tun Mahathir,
    Harap Tun sentiasa sehat bersama keluarga.
    Semoga kemasukkan Tun kedalam UMNO baru-baru ini
    dapat memperkuatkan parti keramat orang Melayu serta
    mengembalikan kestabilan politik tanah air.
    ‘1Malaysia’ terus ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’
    menuju ‘Wawasan 2020.
    http://www.sufianblog.com

  357. SALAM TUN,
    TAHNIAH KERANA KEMBALI KE UMNO..
    KELIHATAN KELIBAT KJ MASIH KUAT DALAM UMNO DAN TIDAK MUSTAHIL AKAN ADA YANG CUBA BUAT HAL DALAM KEPIMPINAN PERDANA MENTERI BARU..HARAPAN KAMI AGAR PM BARU LEBIH TEGAS DALAM ERTIKATA MEMIMPIN DENGAN BIJAKSANA.. TEGURAN TUN ADAKALANYA MEMBUAT KITA CELIK MATA…TAPI BELUM TENTU PADA MEREKA DI SAF HARAPAN PERDANA MENTERI…MUDAH2AN PM BARU DAPAT TERJEMAHKAN APA YANG TERSURAT & TERSIRAT DALAM SETIAP MGS TUN… DOA KAMI SBG RAKYAT BIASA, PASTINYA MAHUKAN PEMBAHARUAN DALAM PIMPINAN UMNO..BAIK DARI SEGI EKONOMI MAHUPUN PERIBADI…KEHADIRAN TUN DLM KANCAH POLITIK UMNO MASIH HANGAT DI PERKATAKAN..LIHAT SAJA APA YANG AKAN BERLAKU JIKA TEGURAN2 TUN MELANGKAUI APA YG MEREKA HARAPKAN…YANG PASTI AKAN ADA KRITIKAN2 PEDAS KEMBALI SEMULA KE TUN…MAAF INI KATA2 YG DI KELUARKAN OLEH SEBILANGAN BESAR MENTERI2 KABINET SAAT TUN KRITIK PAK LAH DULU..KATANYA TUN DAH TUA…NANYUK DAN MCM2 LAGI.. MUDAH2AN AKAN BERLAKU TRANSFORMASI DALAM SETIAP TINDAKKAN PERDANA MENTERI BARU… DAN MENGAJAR MEREKA2 INI AGAR LEBIH MENGHORMATI INSAN YANG BERGELAR BAPA PEMODENAN MALAYSIA.. MASIH TERINGAT KATA2 TUN MELAYU MUDAH LUPA…& MEREKA AKAN TERUS LUPA…

  358. dear Tun,
    very thankful for your concern on malaysian political in a day.
    i am happy.
    now i am happy.
    very happy.
    “semoga Allah merahmati Tun”
    Azlan bin samat@samad
    kinabatangan, Sabah.

  359. tun,
    adatlah..
    merajuk pada yang kasih, marah pada yang sayang…
    harap Melayu akn bersatu di bawah UMNO…

  360. Salam Tun,
    Terima kasih yang tak terhingga pada Tun dengan segala perjuangan Tun sampai saat ini.
    Saya dan keluarga saya ingin sangat lihat Najib lantik Mukhriz di dalam kabinetnya. Oleh itu, Tun relax sikit dengan komen Tun. Nanti Najib susah nak buat keputusan.
    Ini pendapat saya aje. Sorry Tun.

  361. saya menyokong pandangan tun,
    masalah utama yang perlu dibuat oleh DSNTR ialah menghabuskan saki baki perasuah dalam UMNO dan perbuatan rasuah.
    saya juga menyeru agar lembaga disiplin menyiasat KJ macam mana boleh menang?
    Dan langkah DSNTR untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan semua ahli parti secara serentak adalah bertepatan.
    saya percaya UMNO dapat dipulihkan dan dapat menambat semula hati orang-orang melayu yang kecewa dengan pemimpin yang lepas serta keluarganya yang memanopoli UMNO.

  362. Salam Tun,
    Saya amat berharap kehadiran Tun dapat memberi harapan dan jalan untuk membersihkan segala kesilapan yang telah dibuat kerajaan. Selepas pilihanraya ke 12 dan juga beberapa pilihanraya kecil,BN sepatutnya insaf dan betul-betul bekerja utk rakyat dan jangan terlalu sombong dan bongkak.Frankly speaking PRU 12 was the only time I voted for opposition(tho I don’t trust they are capable esp Anwar) just to teach BN a lesson.Most of us did.
    Thanks for coming back.I really respect you though you’re twice my age your mind and visions are really a gift from God.

  363. Tun,
    Satu tindakan yang paling bijak dari Tun.
    Tun ada tanggungjawab sebab itu Tun masuk. Betul kata Tun, Tun akan balik ke UMNO lepas AAB berhenti. We respect Tun decision.
    Another things Tun, Tun have to work out to GET IT OUT KJ OTHERWISE all the afford put by BN & UMNO will gone.
    Please believe this as RAKYAT, if they undi KJ, he only can get minority OR only his KRONI votes.
    Without KJ Malaysia will back as previous TUN time.
    I believe Tun more experience in this deal.
    For Najib, one advise YOU WILL BE THERE FOR NEXT # OR $ PENGGAL IF YOU THROUGH OUT THIS MAN KJ. If you allow him, you only be THERE FOR 2 YEARS.
    2 Example
    When Tun go for Ceramah for election – The Rakyat FEELING like in 2004.
    When KJ visit there – WHAT HAPPEN???
    Think yourself New PM. Whatelse you wait. DO NOT MAKE MISTAKE IF YOU WANT TO SAVE BN & UMNO.
    We will support you without KJ. Rakyat sudah benci dengan KJ. Please remmeber this.
    Good Luck New PM.
    Thanks for Tun again for built the rakyat confident.
    Thanks TUN – DONE A GOOD JOB.

  364. Dear Tun,
    Good to hear you are back!
    I hope that with you around ..the future for all Malaysians are brighter now with less issues clouding our govt.
    Take care
    Jawahir

  365. Selamat kembali Tun..
    diharap Tun sihat selalu..
    & teruskan perjuangan..
    jgn berat sebelah jika terdapat
    kesilapan dlm pentadbiran PM Najib..
    esok
    kita lihat siapa barisan kabinet beliau,,
    hari ini kita lihat penentu sapa yang rakyat
    tentukan dalam 3 pilihan raya kali ini..
    all the best Tun!

  366. Salam,
    bravo Tun..alasan yang jelas.
    tapi pada pendapat saya, gelaran ‘Tun’ telah diberikan kepada orang yang tak sewajarnya. flip-flop pun dapat. maaf kerana bercakap benar.hehe
    btw, terima kasih Tun Lah kerana meletak jawatan..
    semoga Malaysia lebih aman makmur dan maju serta selamat.amin

  367. Selamat kembali Tun Dr Mahathir..
    Semoga Malaysia akn kembali aman dibawah kepimpinan Najib.
    Nasihat dan pandangan Che Det amat kami perlukan.
    Anwar Ibrahim akan pupus xlama lagi..

  368. Salam sejahtera Tun,
    Tahniah kepada UMNO atas kemasukan Tun semula ke parti tersebut.Semoga Tun dapat membimbing Dato Seri Najib dalam pentadbiran negara.Lebih baik jika Tun mempunyai jawatan rasmi dalam kerajaan seperti penasihat negara sebagaimana yang telah dilakukan oleh Encik Lee Kuan Yew di Singapura agar Tun dapat membantu Dato Seri Najib dengan lebih efektif.Rakyat jelata sememangnya sangat berharap kerajaan dapat meneruskan usaha Tun memperkenalkan lebih ‘Nombor Satu’ negara seperti KLCC,KLIA dan lain-lain lagi supaya zaman kegemilangan Malaysia dapat dikembalikan setelah diranapkan oleh Tun Abdullah dan KJnya.
    Moga Tuhan memberkati Tun dan sekeluarga dan semakin hensem.

  369. Salam sejahtera Tun,
    Tahniah kepada UMNO atas kemasukan Tun semula ke parti tersebut.Semoga Tun dapat membimbing Dato Seri Najib dalam pentadbiran negara.Lebih baik jika Tun mempunyai jawatan rasmi dalam kerajaan seperti penasihat negara sebagaimana yang telah dilakukan oleh Encik Lee Kuan Yew di Singapura agar Tun dapat membantu Dato Seri Najib dengan lebih efektif.Rakyat jelata sememangnya sangat berharap kerajaan dapat meneruskan usaha Tun memperkenalkan lebih ‘Nombor Satu’ negara seperti KLCC,KLIA dan lain-lain lagi supaya zaman kegemilangan Malaysia dapat dikembalikan setelah diranapkan oleh Tun Abdullah dan KJnya.
    Moga Tuhan memberkati Tun dan sekeluarga dan semakin hensem.

  370. Salam Tun,
    1. Dengan kemasukan Tun kedalam UMNO akan memberikan semangat, terutama kepada kaum Melayu tentang perlunya mereka percaya dan faham matlamat sebenar perjuangan parti Melayu ini untuk mempertabatkan, dan memperjuangkan bangsa ini ketahap yang tinggi.
    2. Agenda perjuangan parti dan perjuangan ahli parti adalah dua perkara yang berbeza. Parti tetap dengan agendanya seperti yang ditubuhkan, tetapi perjuangan ahli parti berdasarkan pada pemikiran mereka; samaada untuk kepentingan peribadi atau kepentingan rakyat dan negara.
    3. Dengan kemasukan kembali Tun ke UMNO akan menyedarkan bangsa Melayu bahawa hanya UMNO yang mampu untuk menaikkan martabat bangsa ini.
    4. Sekiranya PM baru kita DS Najib menyenaraikan barisan kabinet yang baru, yang bukan ahli perasuah, yang boleh bekerja untuk negara dan bangsa, yang boleh menaikkan taraf rakyat di peringkat dunia, rakyat akan sanggup untuk bersama beliau, samaada semasa susah ataupun senang.
    5. Seperti kata Tun, Melayu harus menguasai setiap bidang didunia, Melayu juga harus berani untuk mengejar kejayaan bukan hanya di Malaysia, tetapi di setiap negara di dunia. DS Najib harus melahirkan Melayu yang berani untuk meneroka peluang yang ada di dunia ini. Boleh kata di setiap negara di Dunia mempunyai “China Town” dan “Indian Town”, termasuk di Malaysia sendiri, tetapi bolehkah kita mengadakan “Melayu Town” di Negara yang lain?
    6. Lebih 10 tahun yang lepas saya ada berbual dengan rakan saya mengenai PM yang lepas, sekarang dan akan datang. Pada masa tersebut Tun masih menjadi PM. Adakah berkemungkinan sesuatu akan terjadi pada Malaysia selepas DS Najib menjadi PM berdasarkan pada turutan seperti berikut,
    R = Rahman (TAR)
    A = Abdul Razak
    H = Hussein Onn
    M = Mahathir
    A = Abdullah (atau Anwar pada masa itu)
    N = Najib
    Hanya Allah yang mengetahui.

  371. miss that all your speach in perhimpunan UMNO ..glad to hear that you come back. I hope after this UMNO will reunite 😀 ..semangat nasionalisma saya telah kembali..chai yuk chai yuk..

  372. YAB Tun,
    Selain dari perasuah terkenal seperti yang disebut olih Tun, ada jugak yang kurang terkenal tetapi dibisik-bisik sebagai pengamal rasuah. Diantara mereka memegang jawatan Menteri Kanan dalam kabinet Pak Lah.
    Ada juga perasuah tidak berada dalam kabinet terakhir Pak Lah tetapi dikhabarkan akan dipilih semula untuk menganggotai kabinet Najib.
    Saya bukan ahli UMNO dan saya tidak membenci UMNO.
    Akan tetapi saya amat “membenci” sesetengah pemimpin UMNO yang bongkak dan mementingkan diri sendiri serta keluarga tanpa mengira kehendak rakyat. Mereka ingat adalah menjadi hak mutlak mereka untuk berbuat apa sekalipun tanpa batasan berdasarkan kepada keahlian UMNO mereka.
    Saya rakyat Malaysia dan pembayar cukai. Saya berhak meminta sesiapa terpilih untuk memimpin negara untuk bekerja kuat demi negara.
    Whoever offers him or herself as a candidate in an election is offering him/herself to serve the people. The offer to work for the rakyat is made by an election candidate, never the other way around (i.e. an offer by the rakyat to a candidate). If elected, a candidate MUST serve the rakyat, not the other way around!
    Saya amat berharap agar Najib tidak dibayangi olih Pak Lah dalam memilih anggota kabinetnya.
    Jika ada dikalangan Menteri-menteri yang kurang menyerlah dan disyaki mengamal rasuah, gugurkan. Ini termasuklah sesiapa yang terdahulunya pernah menjadi Penasihat. Mereka mungkin lebih baik kekal sebagai Penasihat!
    No hard feelings…!!!
    Sekian.

  373. Salam hormat YABhg Tun,
    Perjuangan kita belum selesai. Saya berdoa agar saya diberi kekuatan seperti Tun yang tidak serik dalam memberi khidmat dan menabur jasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Jasa Tun amat saya hargai dan saya berdoa agar Tun seisi keluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik.
    Begitu juga kepada anaknda Tun, Mukhriz. Teruskan perjuangan anda. kami diperingkat akar umbi akan terus mendukung semangat YB Dato’.
    “BERANI BERUBAH”

  374. Salam Tun,
    1. Dengan kemasukan Tun kedalam UMNO akan memberikan semangat, terutama kepada kaum Melayu tentang perlunya mereka percaya dan faham matlamat sebenar perjuangan parti Melayu ini untuk mempertabatkan, dan memperjuangkan bangsa ini ketahap yang tinggi.
    2. Agenda perjuangan parti dan perjuangan ahli parti adalah dua perkara yang berbeza. Parti tetap dengan agendanya seperti yang ditubuhkan, tetapi perjuangan ahli parti berdasarkan pada pemikiran mereka; samaada untuk kepentingan peribadi atau kepentingan rakyat dan negara.
    3. Dengan kemasukan kembali Tun ke UMNO akan menyedarkan bangsa Melayu bahawa hanya UMNO yang mampu untuk menaikkan martabat bangsa ini.
    4. Sekiranya PM baru kita DS Najib menyenaraikan barisan kabinet yang baru, yang bukan ahli perasuah, yang boleh bekerja untuk negara dan bangsa, yang boleh menaikkan taraf rakyat di peringkat dunia, rakyat akan sanggup untuk bersama beliau, samaada semasa susah ataupun senang.
    5. Seperti kata Tun, Melayu harus menguasai setiap bidang didunia, Melayu juga harus berani untuk mengejar kejayaan bukan hanya di Malaysia, tetapi di setiap negara di dunia. DS Najib harus melahirkan Melayu yang berani untuk meneroka peluang yang ada di dunia ini. Boleh kata di setiap negara di Dunia mempunyai “China Town” dan “Indian Town”, termasuk di Malaysia sendiri, tetapi bolehkah kita mengadakan “Melayu Town” di Negara yang lain?
    6. Lebih 10 tahun yang lepas saya ada berbual dengan rakan saya mengenai PM yang lepas, sekarang dan akan datang. Pada masa tersebut Tun masih menjadi PM. Adakah berkemungkinan sesuatu akan terjadi pada Malaysia selepas DS Najib menjadi PM berdasarkan pada turutan seperti berikut,
    R = Rahman (TAR)
    A = Abdul Razak
    H = Hussein Onn
    M = Mahathir
    A = Abdullah (atau Anwar pada masa itu)
    N = Najib
    Hanya Allah yang mengetahui.

  375. Dear Tun,
    Kalau D.SNajib beri apa apa jawatan kabinet kepada KJ, saya yg masih ahli umno ini akan keluar parti. Memanglah saya tidak dapat memangkah undi sewaktu pemilihan Ketua Pemuda dan exconya, tetapi saya tunggu pilihanraya 13 nanti untuk suarakan protes saya. Rasuah RM1000 dengan rasuah 10 sen tetap rasuah namanya. Siapa yg buat bagi pihak kita tidak menjadi ukuran (tetapi Lembaga Disiplin jadikan ini ukuran utk jatuhkan degree of punishment- pelik )

  376. Dear Tun
    Semoga ‘kembalinya’ Tun ke UMNO akan memberikan kesan positif terhadap kepimpinan baru kerajaan.
    Kami mengharapkan kerajaan baru yang lebih baik, prihatin terhadap keperluan rakyat dan fokus dalam pembangunan negara, tanpa mementingkan diri sendiri & keluarga / kroni sahaja.
    Amin…

  377. Dear Tun,
    If Datuk Najib also act like Tun Abdullah, how will you do?
    But i think you have react so “obviously” that only return to UMNO after Tun Abdullah has stepped down. Maybe because you want your son UNELECTED UMNO YOUTH – Datuk Mukhriz to be a minister or what so you need to act so “OBVIOUSLY” to Datuk Seri Najib.
    Before that i quite respect you due to your far sighted view but the action of a leader like you who are respectful in Malaysia and in global arena, while Tun Abdullah also as Malaysia PM, you are able to act like that way.
    Anyhow, just want to see the show in near future. To see whether Khairy or Mukhriz will be appointed as Minister in Datuk Seri Najib’s cabinet.
    HAHA…..See the show again….

  378. Dear Tun,
    Kalau D.SNajib beri apa apa jawatan kabinet kepada KJ, saya yg masih ahli umno ini akan keluar parti. Memanglah saya tidak dapat memangkah undi sewaktu pemilihan Ketua Pemuda dan exconya, tetapi saya tunggu pilihanraya 13 nanti untuk suarakan protes saya. Rasuah RM1000 dengan rasuah 10 sen tetap rasuah namanya. Siapa yg buat bagi pihak kita tidak menjadi ukuran (tetapi Lembaga Disiplin jadikan ini ukuran utk jatuhkan degree of punishment- pelik )

  379. salam tun,
    1. terima kasih kerana kembali..
    2. kalau boleh bantulah najib pulihkan balik parti..
    3. kalau boleh lakukan sesuatu bagi memperbetulkan balik PEMUDA!
    **skg sy malu utk mengaku menjadi ahli PEMUDA!

  380. Tun dan Tun Sri,
    Selamat kembali. Kami memang menanti kepulangan Tun dan Tun Sri. We love u Tun.

  381. Tun,
    KOMEN KE 3,
    Saya mengikuti perkembangan you berkempen untuk 3 pilihanraya kecil agar rakyat memilih BN.
    Mari kita renungkan perkara-perkara ini:-
    1.Saya anggap sekiranya BN menguasai ketiga-tiga kawasan ini,
    mereka telah yakin dengan kerajaan BN.
    2.Sekiranya BN memenangi 2 kawasan iaitu di bukit selambau dan
    bukit gantang, mereka mengundi kerana you menyertai UMNO kembali.
    3.Sekiranya BN kalah di kawasan ini, bermakna rakyat telah memberi isyarat bahawa mereka benci dengan pemilihan KJ sebagai ketua.
    Sekiranya perkara 3 ini terjadi, Najib kena bertindak segera. Fikir-fikirkanlah.

  382. Tuan,
    Seperti Tun sendiri, saya yakin Dato Seri Najib mempunyai kredibiliti dan mampu untuk menjadi Perdana Menteri untuk Malaysia. Saya juga yakin, walaupun pengaruh Tun Abdullah masih ada di dalam UMNO dan Kerajaan yang nampak jelas apabila dia mengumumkan perletakkan jawatan Perdana Menteri hanya selepas Khairy, Sharizat dan beberapa orang-orangnya memenangi pemilihan UMNO, bahawa Najib mampu mengatasi cabaran ini bagi memilih orang-orang yang mempunyai ketulenan untuk bekerja untuk rakyat menjadi jadi menteri-menteri kabinet.
    Tetapi, saya minta Tun supaya tidak melepaskan UMNO dan BN begitu sahaja malah menjadi penasihat kerajaan.
    Seperti yang Dato Seri Najib ucapkan dalam perhimpunan UMNO, ramai rakyat Malaysia sekarang terdiri daripada mereka yang lahir selepas merdeka (termasuk saya sendiri). Ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami perjuangan menuntut kemerdekaan. Mereka lebih suka bercakap mengenai satu bangsa, satu negara dan satu parti untuk semua kaum. Ini pandangan mereka yang tinggal di bandar-bandar. Saya kurang pasti apakah orang-orang di kampung mempunyai pendapat yang sama.
    Oleh itu, saya berpendapat bahawa Tun mesti menjadi penasihat Kerajaan BN secara rasmi supaya dapatlah Tun melihat perkembangan pentadbiran negara tanpa ada apa-apa halangan. Ini adalah untuk mempastikan bahawa UMNO tidak lari dari perlembagaannya dan lebih mesra rakyat.
    Terima kasih.

  383. Dear Tun,
    It is good to see Tun back on the election trail. I am sure a lot of Barisan Nasional loyalists who had maintained a “protest” position previously would return to the fold. I believe that would happen in Bkt. Gantang and Bkt. Selambau
    Tun, you are God’s gift to Malaysia and the world. Tun, you do not have a choice as it is a divine destiny for you to serve the nation through UMNO and Barisan Nasional. You may be sacked or choose to resign, ultimately the party and the coalition still need you. That is your greatness.
    Wishing your wife and you good health.

  384. Dear Tun,
    Saya benar2 berharap DS Najib akan melakukan perubahan demi untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Kena pastikan supaya Ahli Majlis Tertinggi yang menang kerana politik wang tidak terpilih dalam Kabinet baru DS Najib walaupun mereka tidak di dakwa oleh SPRM ataupun Lembaga Disiplin.
    Bukan saja di kalangan PEMUDA wujudnya politik wang namun didalam pemilihan PUTERI juga wujud politik wang namun perasuah2 ini sekarang dengan bangganya menang kerana politik wang dan tiada tindakan dikenakan terhadap mereka ini.
    Saya bimbang jika ini berlaku, maka perasuah2 ini akan terus bermaharajalela kerana mereka tau tiada siapa akan berbuat apa2 malahan mereka yang menang didalam pemilihan UMNO baru2 ini tidak kira MT, PEMUDA, PUTERI dan apa2 jawatan saja akan mendapat jawatan dan seterusnya terus mengaut kekayaan dengan menggunakan jawatan mereka dan seterusnya akan menggunakan kekayaan mereka pada pemilihan yang akan datang.
    Saya merasakan satu mekanisma atau pun kriteria sepatutnya diwujudkan bagi melahirkan pemimpin yang bermutu, berkaliber dan berkeupayaan bagi memastikan supaya pemimpin2 yang berwibawa ini tidak akan tenggelam dengan wujudnya pemimpin yang naik kerana politik wang.
    wasalam dan salam hormat

  385. Salam untuk Tun sekeluarga.
    Tiada yang lebih menggembirakan saya selain dari kembalinya Tun ke dalam UMNO.
    Orang Melayu dan semua rakyat Malaysia amnya sangat-sangat memerlukan buah fikiran dan tunjuk ajar dari Tun dalam mengharungi kegawatan ekonomi dan kegawatan politik terkini.
    Hanya UMNO yang berseh dan kuat dapat mentadbir Malaysia.
    Teruskan perjuangan mu Tun….
    Propnas2000 @yahoo.com

  386. hi tun, good lah tun has come back to the main stream in politic. well i felt tun is really a very good politician, i really hope tun will really help bn to get strong again and also strong govt, a govt,a true rakyat’s govt. i also felt malaysia need to have a strong opposition party, but they are not good enough yet to form a good govt. they are really not ready, i also felt takut what will really happen to us if they form the govt.i still love bn govt very much but for goodness don let us feel kecewa lagi sekali.

  387. Assalamualaikum, salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Sebenarnya, Tun tak perlu pun buat apa-apa penjelasan kepada kami. Sebab kami semua tetap ikut saja mana perjuangan Tun. Das Dos Ravi nak kecoh biarlah, sebab kalau semua ikut sapa nak jual kacang putih depan Collisuem? Tapi terima kasih kami ucapkan sebab Tun ambil kisah juga nak terang pada kami semua. Masa Tun ke PWTC hari tu, saya tak ingat siapa yang kata pada saya dalam gemuruh tepukan semasa Tun diatas pentas bersama PM kita YAB Datuk Seri Najib dan Pak Lah – orang tu kata tu dia! Dua tokoh Negarawan Malaysia! Saya cepat-cepat jawab balik, satu saja Negarawan, iaitu Tun. Yang lagi sorang tu Angkasawan tanpa roket. Minda beliau ligat berputar mengelilingi paksi bumi dan sering berselisih dengan stesen ISS sebenarnya. Beliau adalah Pak Lah. Saya dengar kata dia dah jadi supir di Putrajaya sekarang ni? Baguslah macam tu, cuma jangan tidur masa kerja pulak sudahlah. Kita doakan beliau kejayaan dan kelancaran dalam pemanduan beliau seterusnya. Pakai minyak Petronas Pak Lah. Tak ada ke mana-mana koporat nak hantar sponsor Pak Lah drive pusing dunia ka? Saudara saya mamak mee goreng Tanjung Kamal Ahmad memang nak sangat sponsor tu. Tapi saya kata sabar dulu aneh, kita tengok dia nak drive ka nak kayuh basikal. Sebab Proton pun ada basikal juga.

  388. Tun,
    Dgn Izin 😉
    Welcome back to UMNO Tun… But my perception towards UMNO remains the same. It might have changed, I hope for the good. Maybe you won’t see this. But from the grass root who are not with UMNO. Have they tell you before how arrogant UMNO members are compare to non-UMNO members? They should be proud, never should they be arrogant. Sorry to shoot the whole boat with one arrow.
    As for Najib, I have to liken him with Pak Lah when he first became PM. Remember he has surprise visit to Immigration office and thus changed the waiting time, etc…? And that’s it!!! Hopefully Najib will not stop there..
    Wong.

  389. salam tun..
    Selagi boleh dok tegur ‘depa yang buat salah’… tak kisahlah tun dalam atau luar UMNO

  390. Salam Tun,
    Betul tu… perasuah sekarang banyak… banyak lagi duit mereka tu… apa kata sedekah ja dekat orang susah atau tubuh ja apa-apa yayasan atau tabung kebajikan???
    apa yang aku cakap ni heee.. 🙂 sorry Tun.. tengah fokus kat PRK hari ni heeee..

  391. Salam Tun,
    kehadiran tun dalam UMNO semula adalah sangat diharapkan. Tetapi saya berharap tun terus memberi pendapat dan memberi kritikan membina jika terdapat kesalahan dalam UMNO.Bila dah masuk UMNO tidak bererti tak boleh komen lagi. Komentar2 Tun sangat diperlukan untuk meluruskan semula UMNO
    Salam takzim,
    Zharif

  392. SALAM TUN…
    SAYA SUNGGUH TERHARU DENGAN KEMBALI NYA SEMULA TUN KE DALAM UMNO.
    SAYA, AYAH DAN KAUM KELUARGA SAYA JUGA AKAN MENYERTAI UMNO SEMULA.
    TUN SEMEMANGNYA PENTING BAGI UMNO DAN KHUSUSNYA BANGSA MELAYU.
    SAYA MELIHAT TUN DAN DATO IBRAHIM ALI SEMEMANGNYA PEJUANG MELAYU YANG LANTANG DALAM MEMPERKASAKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM INI.
    TERUSKAN TUN…
    KAMI SENTIASA DI BARISAN HADAPAN TUN DALAM APA JUA KEADAAN…
    http://www.gomo-no1.blogspot.com
    NIK AZIZ DAN HADIS NABI S.A.W.

  393. Salam hormat Tun,
    Keahlian semula Tun saya percaya merupakan satu stimulan dalam memberi nafas baru kepada UMNO yang mempunyai kepimpinan dan juga visi dan misi baru.Salah satu misi baru, iaitu amalan mendampingi rakyat dan kerap turun ke padang, akan membawa UMNO balik ke asas (`going back to basic’). Sebagai pemimpin, Dato’ Seri Najib `must walk the talk’.

  394. Tun yang dihormati,
    Pada pendapat saya, bukan sekadar barisan kabinetnya, malah beliau juga perlu menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang, Liberation, Times UK,Time India, akhbar Korea, dan akhbar Indonesia.
    Semoga peribahasa “terlepas daripada mulut buaya masuk pula mulut harimau” menjadi iktibar.
    -www.duniacacamarba.blogspot.com

  395. Selamat Petang Tun,
    Indeed. “…rakyat juga punyai saham dalam kerajaan..”
    “..Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada,…”
    “String” is still attached.

  396. Assalamu ‘alaikum..
    Pertamanya, saya sebagai rakyat yang membesar dan mendapat pendidikan formal ketika era tun ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jasa tun sebagai PM.
    Keduanya, amat terharu atas kembalinya tun ke UMNO. PM amat memerlukan sokongan dari semua pihak untuk membetulkan kembali apa yg telah berlaku di negara kita dalam tempoh lima tahun ini, pelbagai masalah baik politiknya, mahupun ekonominya.
    wassalam

  397. Salam Tun,
    Kami turut serta menyokong kembali perjuangan UMNO dengan syarat DS Najib sensitif dengan kehendak dan aspirasi rakyat.
    Aspirasi utama ialah dengan membersih dan mendemokrasikan UMNO terlebih dahulu.
    DS Najib mesti prihatin dengan sensitiviti rakyat dengan menggugurkan sebahagian besar menteri2 lama dan tidak melantik Khairi Jamaluddin dalam kabinet baru.
    Khairi Jamaluddin adalah toxic dan liabiliti kepada UMNO.

  398. YAB Tun,
    Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Petang.
    Syabas dan Syukur Alhamdullilah keraa saat yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia telah pun berlaku, iaitu kemasukan semula YAB Tun ke pangkuan UMNO.
    Saya amat bersetuju dengan para 8, yang mengatakan bahawa ‘Rakyat Juga Mempunyai Saham Dalam Kerajaan’. Rakyat sebenarnya adalah pemegang saham terbesar dalam kerajaan! Rakyat boleh menentukan tegak dan tumbangnya sesebuah kerajaan yang memerintah.
    Sebelum ini saya juga telah berjanji untuk menyertai UMNO (sebab saya bukan ahli mana mana parti politik) sebaik saja YAB Tun menyertai semula UMNO. Saya akan tunaikan janji saya itu dan saya sedang memikirkan Cawangan UMNO mana saya akan mendaftar…InshAllah dalam masa yang terdekat saya akan kotakan janji saya itu.
    Walaupun PM Najib baru 5 hari usianya, namun aura dan suasana politik tahanair (terutamanya UMNO dan BN) seolah-olah mendapat nafas baru. Nafas baru tersebut seolah-olah bertukar kepada kekuatan baru pula dengan kemasukan YAB Tun di dalam UMNO.
    Pada pendapat saya secara peribadi, sekiranya PM Najib bijak memilih barisan anggota kabinetnya esok, our beloved country is destined to have a better future.
    Akan tetapi jika sebaliknya, dan masih memilih orang orang berkenaan yang seperti di nyatakan oleh YAB Tun di atas, maka our beloved country is going to have a bleak future…UMNO dan BN akan berkubur di PRU 13 (13-lucky for some but unlucky for most – macam pernah nampak plet no kereta seseorang….)

  399. Assalammualaikum..Tun,semoga sihat selalu.
    Tun,masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap PM yang baru..
    Sebolehnya lihat dahulu pencapaian kerja yang akan di lakukan oleh PM yang baru,
    Doa dan harapan kepada PM yang baru,Semoga Maju Jaya..

  400. Salam Tun,
    Semoga Tun dan isteri berada dlm keadaan sihat walafiat..
    Ya.. benar.. diharap DSN dapat memilih anggota kabinet yang benar2 telus dan ikhlas dlm memacu negara dan bangsa ke arah yang lebih dihormati dan disayangi rakyat…
    Semoga DSN tabah dan tidak salah memilih. Saya dan isteri amat berbangga apabila Tun masuk semula UMNO. Semoga dgn kehadiran Tun dapat memulihkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

  401. salam ayahanda tun dan rakan blogger
    terharu kembali menyaksikan kemunculan semula ayahanda di persada politik negara.kehadiran ayahanda amat diperlukan disaat UMNO ditekan hebat dari segenap sudut.
    diharapkan ayahanda akan dapat memberi panduan dan sokongan kepada DSNTR dalam pentadbiran beliau
    DSNTR diharapkan agar tidak sombong dan sentiasa berbincang dengan ayahanda.
    namun DSNTR hendaklah dilihat tidak dibayangi oleh ayahanda.
    kalau tidak akan jadi modal kepada pihak lain.
    sama-sama kita saksikan keputusan pilihanraya di 3 DUN.

  402. Assalamualaikum Tun..
    bilakah party BN(umno/mca/mic) yg bersifat perkauman akan dibubarkan?

  403. Salam YABerbahagia Tun,
    Saya merasa amat gembira dengan kemasukan Tun semula ke dalam UMNO. Saya juga teruja mendengar Tun berkempen setelah sekian lama TV dan media tidak menyiarkan ucapan Tun seperti itu. Sekurang-kurangnya dengan kemasukan Tun, akan dapat menyekat pengaruh politik wang Ketua Pemuda UMNO. Selama ini ramai orang berkata, kalau nak projek kena jumpa KJ. Begitula besarnya pengaruh KJ. Setiap projek kerajaan juga, disebutkan oleh ramai bahawa sekian-sekian percen di bayar kepada KJ. Sedih mendengarnya. Macam yang Tun katakan dalam ucapan, berapa pinggan mee, KJ mahu makan?

  404. salam ayahanda tun.
    alhamdulillah apa yang diharapkan pleh rakyat telah ayahanda tun laksanakan … kami sekuluarga amat gembira akan kehadiran tun semula ke dalam umno.. semuga umno terus releven dan melayu tidak lagi diperlekehka dipersada tanahair ku sendiri …
    semuga ayahanda tu sehat walafiat
    wasalam
    http://lebuy.blogstarz.my

  405. assalamualaikum tun…
    tiada ucapan yang lebih baik selain saya memanjatkan kesyukuran atas kembali nya tun kepada UMNO…
    saya sayang kan tun…
    saya juga sayang kan UMNO…
    semoga tun akan dapat bekerjasama dengan dato’ seri najib untuk menghapuskan perasuah2 dalam UMNO…
    terima kasih tun kerana memimpin kami semua…
    semoga Allah menempatkan tun bersama orang2 yang beriman…

  406. selamat berjaya Tun,apa yang Tun buat kami akan senantiasa menyokong Tun dan berdiri megah di belakang Tun,diharap segala kuasa dan tarikan yang Tun ada akan dapat memulihkan parti dan juga kerajaan yang ada dab setidak-tadak pun dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.Selamat melayu selamat bangsa agama dan negara.

  407. Dear Tun,
    Saya ucapkan syabas kepada Tun kerana kembali semula ke UMNO….
    Satu tindakan yg cukup bijak…..
    Semoga Tun dapat menolong PM yg baru dan melakukan pembaharuan dalam UNMO dan hapuskan perasuah2 dalam parti, terutamanya si KJ tu…
    Hidup TUN

  408. Assalamualaikum Tun.. apa khabar Tun sekeluarga….
    harap kemasukan Tun semula di dalam UMNO dapat menyakinkan rakyat semula betapa perlunya kerajaan dan kepimpinan yang bersih kerana bagi saya, rakyat sekarang ini sudah muak dengan isu dan kesan yang timbul akibat gejala politik wang di kalangan pemimpin negara.
    Kelantangan tun diharapkan mampu menarik minat rakyat kembali kepada apa yang sepatutnya..
    wassalam dan salam hormat..
    haizi@mtm///20090407

Comments are closed.