PAS

1. PAS ditubuh oleh ulama UMNO yang kecewa kerana sebab-sebab tertentu. Nama asalnya ialah Pan-Malayan Islamic Party (PMIP).

2. Sejak PMIP sebagai PAS bertanding dalam pilihanraya, parti itu tidak pernah menang besar di peringkat nasional.

3. Apabila bertanding bersendirian pencapaiannya amat rendah. Hanya pada 1959, PRU Pertama, PAS menang 13 kerusi. Pada PRU Kedua 9 kerusi dan Ketiga 12 kerusi.

4. Apabila menjadi komponen dalam BN pada 1974, PAS menang 13 kerusi.

5. Kemudian pada 1978, 1982, 1986, setelah berpisah dari BN dan bertanding bersendirian PAS menang 5, 5, 1 sahaja.

6. Sebaliknya apabila bersama dengan Semangat 46 dan secara tidak langsung dengan DAP, PAS menang 7 kerusi pada 1990, 1995.

7. Hanya apabila bersama PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif pada 1999 barulah PAS dapat kemenangan tertinggi iaitu 27 kerusi.

8. Pencapaian PAS menurun dengan teruk apabila DAP tidak menyertai Barisan Alternatif pada 2004, dengan memenangi hanya 7 kerusi.

9. Kemudian PAS menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR. Prestasi PAS meningkat semula dengan memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.

10. Dari pencapaian PAS selama ia ditubuh, harapan untuk memerintah diperingkat pusat tidak ada sama sekali. Hanya diwaktu menyertai Barisan Nasional sahaja yang PAS menjadi parti kecil dalam kerajaan pusat.

11. Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.

12. Sekarang PAS akan sekali lagi bertanding bersendirian. Mengikut rekod PAS yang tertera di atas, jika PAS bertanding sebanyak 80 kawasan Parlimen, pencapaian mungkin tidak lebih dari 15 kerusi.

13. Kebanyakan dari 80 kawasan ini, PAS tahu PAS akan kalah. Tetapi mengikut adat PAS, di kawasan yang PAS tidak ada harapan langsung pun, PAS akan bertanding.

14. Secara teknikal PAS melawan UMNO BN, selain dari melawan parti-parti lain yang meletak calon.

15. Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (UMNO). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah.

16. Secara langsung PAS berusaha, membelanja wang yang tidak sedikit untuk memberi kemenangan kepada BN dan Dato Sri Najib. Jika dikatakan PAS dibawah pimpinan Hj Hadi menyokong kepimpinan Najib, ia bukanlah keterlaluan. Ia memang benar.

17. Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecahbelah perpaduan Melayu dalam UMNO yang berjaya tumpas Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi.

18. Lebih dari IMP (Independent of Malaya Party) pimpinan Dato Onn, penubuhan PAS sebagai serpihan dari UMNO melemahkan kuasa politik Melayu dan menghalang kemajuan mereka.

19. Oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan PAS bukan sahaja memecahbelah orang Melayu tetapi juga memecahbelah orang Islam. Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama.

20. Keputusan PAS menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang dan meletak calon di dalam kawasan yang PAS tidak mungkin menang bermakna PAS menyokong UMNO dan Najib dengan memecah undi pembangkang. Sejak PAS ditubuhkan, perpecahan dikalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulih lagi.

20 thoughts on “PAS”

  1. Dear Tun,

    PAS is a religious chauvinist lot. Islam never teaches chauvinism. Islam upholds silaturahim but obviously PAS loves not this instead PAS severes ties with non-muslim and muslim alike.

    PAS is a political entity that mask behind religion. That’s why PAS allows itself to be used by UMNO the racial chauvinist. Both chauvinists worship money and power. They will never allow the truth to win over their deceit because that will mean catastrophy for them without money and power.

    Malaysia will live better without UMNO and PAS. The MCA and MIC will have more respect not to be bullied by UMNO under the fake BN.

    Malay community will flounder without end in the abyss if they continue to let these two racist and religious chauvinists to stranglehold them.

    Free yourselves people. Now is the time. You will be glad you make this breakthrough a reality.

    Love you dear Tun and do take good care.

  2. Salam! Tun Dr. Mahathir Mohamad… .. .

    PartiΒ² politik besar Melayu:-

    1. United Malays National Organisation (UMNO) tubuh pada 11 May 1946 (UMNO Lama) 13 February 1988 (UMNO Baru). Pertubuhan bangsa Melayu paling besar di Malaysia. Begitu banyak jasa manakala semasa Mahathir Mohamad sebagai presidennya adalah waktu nikmat & rahmat kepada negara. Malapetaka bila sampai presiden ke-7 reputasi paling buruk rasuah berleluasa.

    2. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tubuh pada 31 May 1955. Agamawan ramai jadi ahli. Ada fatwa/amanat mereka menyimpang dari Islam . Terdapat ahli jadi taksub (keras kepala) langsung benci perkara benar. Terdapat satu negeri diperintah lama oleh parti ini begitu mundur. Walaupun demikian ciri, identiti & pakaian yang nampak lebih Islam tarik jua bangsa Melayu pada mereka.

    3. Parti Keadilan Rakyat (PKR) tubuh pada 4 April 1999. Matlamat menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bukan teras Melayu & Islam ahlinya berbilang kaum. Segelintir pemimpin tertinggi mempunyai skandal serta video seks haram & juga salah laku moral.

    4. Parti Amanah Negara (AMANAH) tubuh pada 16 September 2015. Serpihan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kalah pada Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 mereka ini tewas pada golongan pro-ulama. Berfahaman liberal dan hanya boneka atau pak turut pada pihak yang beri dana taja & cipta mereka.

    5. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tubuh pada 7 September 2016. Alternatif pada UMNO teras serta dasar bagi kepentingan Melayu & Islam. Paling menarik perhatian ialah pengumuman segera bahawa peruntukan menjadi ahli berhak pada bangsa Melayu sahaja untuk bangsa selain Melayu boleh menjadi ahli sekutu namun tidak layak mengundi pada pemilihan anggota parti. Ini menunjukkan amalan, prinsip & wawasan yang amat jelas.

  3. Will DAP be a king maker if PH wins the Parliamentary Elections? Well it depends on the stance taken by PKR and Amanah. Their stance will have to reflect the sentiments of their members and supporters. Wan Azizah/Azmin and Mat Sabu cannot be seen to be too DAP leaning as its will be seen as insensative to their malay/muslim based members, supporters and voters. So will will need to lean towards PPBM. In places where the chinese voters are in the majority, DAP has an almost sure seat. While PKR, Amanah and PPBM will have to fight it out with BN and PAS! Will DAP BE WILLING TO ALLOW PKR OR AMANAH OR PPBM TO STAND IN A CHINESE MAJORITY SEAT…. But on the other hand DAP NEEDS PKR, Amanah and PPBM in order to be part of the new Federal Govt. How the coalition will work together… WILL DETERMINE IF THE VOTING PUBLIC HAS THE CONFIDENCE TO VOTE FOR PH TO BE THE GOVERNMENT after PRU14.

  4. Assalamualaikum wbt Tun,

    Lama tak jengoi. Nampaknya, Alhamdullillah, Allah bagi sedikit “cuitan” kat Nazri bila Polis tak bagi izin debat. Lupakan sajalah debat ni. Pi Kampong2 merata lagi bagus. Rakyatpun lama dah tak jumpa Tun.

    (2) Elok atur strategi betul2 utk sangkal dakyah bhw PH ni mengarut sebab dok berkawan dgn DAP. Pakat fikir cara lain lagu mana nak bagi keyakinan kat rakyat esp Melayu, DAP dlm PH setakat kawan2 biasa utk menang saja. Lepas menang tetap Melayu jadi Boss Besaq.

    (3) For DAP, the failure of PH in next GE will I would say due to your insensitivity to the Malays sentiment. You can work to win the Chinese n Indian, but never should you try to be a hero in the eyes of the Malays. Life is still not perfect here, so let take the correct winning strategy. With Tun around, this is the time to change, thereon I would believe Msians will b tired, dame tired!

  5. Dulu PAS punggung gatal pegi lompat lobang BN

    Pertandingan yang lepas ni bergabung dengan pakatan akhirnya pun cucuk pakatan dari belakang

    Apakah ini kalau bukan pecah belahan?

  6. Pilihan Raya Gavernor Indonesia sekarang menampilkan
    2 image yg berbeda di antara seoarng Kafir yg mempunyai kaliber yg baik
    bertanding dengan seorang Islam yg belum lihat akan pretasinya bagaimana ?

    Apa pula pilihan rakyat ?
    Apa pula landasan mengikut ajaran Agama ?

    AHok ,seorang Kristien bertanding dengan seorang Islam di Negara Islam
    Kelihatan juga tuduhan seolah Agama di perantaraan memilih

    Di tuduh Ahok tidak mendapat sokongan Islam satu Perkauman
    Adakah tuduhan Perkauman Agama ini Benar ?
    Sedangkan Ahok juga sendiri akan dapat sokongan 100 peratus dari umat Cina Kristien sendiri ?
    Tidakah ini juga satu Perkauaman ?

    Sebaiknya ,sewajarnya perlu Gabungan yg Ikhlas
    Begitu juga PAS , UMNO , BERSATU PRIBUMI , PKR harus bersatu demi Ummah
    Jika kesemua ini Bersatu , Malaysia tidak bakal perlu PRU

    DAP yg didukung PAP semenjak LKY selalu menuduh pentakbiran , kerajaan Malaysia sebagai Racist , Perkauman
    Apa kurang mereka yg membawa masuk orang Cina dari China yg menindas kaum minoriti di sana ?
    Hingga kini Pembangkang menyoal persoalan kenapa anak Melayu/Islam tidak dibenarkan masuk Air Force atau Navy hingga kini Kerajaannya tidak mampu menjawab dengan positive ? Selalu tergagap gagap

    Kelihatan Racists di perantaraan Menggundi
    Racists juga alat mulut senjata politician
    Sedangkan mereka semuanya serupa , tuduh menuduh
    Hujungnya Rakyat yg bertanggung jawap akan pemilihan tersebut
    Pemililah yg bukan nyata benar sebab manusia sentiasa tidak benar

    So adakah persoalan Racist satu perkara yg Big Deal ?
    Sedangkan ia nyata , hanya tuduh menuduh yg mengelirukan penggundi
    Hujungnya nak dapat Permata pelihan bukan lah mudah

    Seperti di US , Obama lebih di sukai dari Trump
    Kenapa perlu ikut system Obama terpaksa Bersara sedangkan US sudah mendapat Pemimpin yg Baik . Nak dapat yg baik bukan senang
    Dan setiap penukaran bolih membuahkan atau menjahanamkan sesebuah Negara

    Lihat saja kita di Malaysia
    Tun pun satu , dah bagus bagus memimpin, nak Bersara entah apa sebab
    Di ganti pula si Pelembab Air , di Jahanamkan pula si Penyagak Dedak

    Penukaran seperti ini membazirkan , menjahankan jika ia penukaran yg salah yg bakal merugikan semua

  7. Assalamualaikum Tun.

    Komen saya pasal PAS adalah, jangan ditunggu buah yang tak gugur.

    Kukuhkan PPBM. Buat apa nak merayu rayu pada PAS. Bukan dia sorang saje yang Islam.

    Komen lain saya simpan dulu.

    Terima kasih Tun.

  8. Salam Tun.

    1. Bagi Rimba Emas parti Pas tidak lebih sama seperti Parti-parti yang lain iaitu cuba menjadi Parti untuk mentakbir negara kita Malaysia.

    2. Bila Tun kata parti ini lahir dari bekas ulama UMNO bermakna ia lahir dari perasaan tidak puas hati atau hendak meletak diri sebagai pentadbir.

    3. Berlainan dengan kelahiran Islam yang di pilih oleh Allah s.w.t sendiri akan rasulnya dengan gelaran al-amin di kalangan penduduk Mekah yang mana ketika itu di pimpin oleh golongan bangsawan jahiliah.

    4. Awal lagi wataknya bersifat penyabar lagi pemurah suka membantu tetapi bersifat tegas atas perkara yang di larang Allah s.w.t.

    5. Dalam sifat kebaikan yang di tunjuk dakwah awalnya mengajak penduduk menyembah Allah s.w.t bukannya berhala (satu perkara mendapat tentangan) , membuang perbuatan haram termasuk makan minum (perkara yang memudarat diri manusia yang mana di akui manusia berlainan agama).

    6. Perkara-perkara inilah yang di titik beratkan Rasullullah s.a.w dengan sifat mudah memaafkan atau memberi peluang kedua tampa memberatkan soal hukuman.

    7. Soal hukuman sebagaimana yang hendak di utamakan Pas seperti RUU yg heboh sekarang banyak di serahkan kepada Allah s.w.t penghukum yang maha adil. Dirinya sendiri walau pun maksum masih di anggap tidak sempurna sehingga beliau di katakan bertaubat lebih 70 kali sehari semalam.

    8. Soal halal haram yang boleh mempengaruhi hati nurani manusia begitu di titik beratkan daripada menjadi penghukum iaitu kerja Allah s.w.t pada hari akhirat setelah di nilai setiap amalan dosa atau pala yang di kira kembali.

    9. Perlu di ingat kita semua di rekodkan atas segala perbuatan yang di lakukan di dunia ini sebagai amalan untuk di bawa ketika di adili oleh Allah s.w.t nanti.

    10. Allah s.w.t yang menjadikan kita sehinggakan nyawa di kandung badan menjadi miliknya. Patutkah kita melanggar perintahnya ?

    Wallahua’lam.

  9. PAS sekarang berada di dalam satu fasa politik yg paling menguntungkan mereka.

    Persahabatan dengan UMNO akan menyaksikan mereka mendapat tempat dalam kabinet selepas PRU14 nanti.

    Banyak poin yang mereka boleh guna, contohnya yg paling asas di SINI, SINI dan SINI sebagai modal kenapa mereka tolak DAP dan sekutu Islam/Melayu PH yang lain juga wajib melakukan yang sama.

    Pengundi Melayu/Islam akan menolak DAP dan sekutunya PPBM, PKR dan PAN kerana bersekongkol dengan anasir Liberal.

    Saya agak PAS akan menang besar!

  10. Assalamualaikum, Tun.

    Tak usahlah PAS “mengerjakan” AMANAH dengan begitu kurang beretika. Gejala perpecahan dalaman sehingga terhasilnya parti-parti serpihan bukannya berlaku sekarang sahaja. Dulu, terdapatnya BERJASA dan HAMIM. Kini, terdapatnya AMANAH. Yang lainnya hanya AMANAH nampaknya jauh lebih kuat. Sokongan terhadap AMANAH telah dibukti dengan undi-undi diperolehinya dalam pilihanraya kecil di Selangor tahun lalu.

  11. Assalamualaikum, Tun.

    Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz menumpahkan peluh darah berusaha keras untuk meningkatkan imej PAS, mengembangkan ajaran agama, menaiktarafkan tahap penerimaan Islam di kalangan bukan umat dan menguatkan kerjasama dan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.

    Namun, yang pedihnya, jasa-jasa dan kemurnian PAS dimusnah di tangan pemimpin sekarang. PAS sekarang bukannya PAS era-era dulu yang didukung ramai.

  12. Assalamualaikum, Tun.

    PAS kini nampaknya tak kisah sama ada parti boleh menang dalam pertandingan tiga penjuru. Objektifnya ketara. Pecah-belahkan undi Melayu, untuk memberi laluan kepada parti “Tuan”.

    Hadi menuduh keras DAP. Hadi meluahkan kata-kata yang amat bercanggahan dengan ajaran, bahawa DAP ini serpihan tahi PAP. Namun, apakah dia ini munafik, yang sanggup bekerjasama dengan serpihan tahi demi kepentingan politik sendiri?

    Dosanya bukan sekadar memecahbelahkan Melayu, tetapi memincangkan masyarakat majmuk Malaysia!

  13. Ada si Najib kata 2-3 hari lepas yg Malaysia di iktiraf Islamnya oleh Arab.Itu datangnya dari seorg pemimpin yg tak erti nak jawab soalan seorg budak sekolah tentang apa itu najis mukalazah.Seorg pemimpin yg tak dapat menyuruh isterinya menutup aurat dgn bertudung.
    Ucapan Islam Malaysia diiktiraf dtg dr mulut pemimpin yg di tuduh dgn berbagai jenayah spt zina,bunuh,mencuri,mengumpat dan mcm lagi.
    Ucapan itu dtg dr pemimpin yg benarkan pelacuran,benarkan penjualan arak dan judi.
    Bodoh kah Arab nak mengikraf Maysia yg melanggar hukun2 Islam sebagai negara Islam contoh?πŸ˜€πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜„

    Lu orang pikir sendiri..

  14. As Salam Tun Mahathir,

    1. Kenapa tiba tiba Hj hadi menyatakan PAS PArti Islam apabila dia sendiri yang mengumumkan penguguran perjuangan PAS untuk menubuhkan Negara Islam apabila berkerjasama dengan DAP dahulu didalam Pakatan Rakyat?

    2. Apakah kerana Islam di dalam PAS boleh di ubah suai mengikut keperluan strategi pemimpin pemimpin Pas asalkan mendapat habuan jawatan, kedudukan dan harta benda?

    3. Hadi Awang ini juga lah yang memperjuangkan hukum hudud dan mengkafirkan UMNO dan lain lain orang yang tidak bersetuju dengan nya dan apabila berkerjasama dengan DAP, sanggup menyatakan bahawa hudud itu perkara kecil sahaja iaitu 0.01% dari Islam dan menggugurkan tuntutan hudud mereka.

    4. Ternyata, Islam mereka politikkan untuk memenuhi nafsu besar mereka.

    5.Pembentangan RUU355 telah mereka salahkan DAP. Kenapa tak salahkan UMNO yg membuat U-Turn?

    6. Mereka tidak mensyaki Pencuri Wang No. 1 Negara dan Dunia malahan menampakkan kemesraan di luar tabii.

    7. Benarkah wang RM90juta telah diterima dan dibahagi bahagikan sesama kepimpinan tertinggi PAS atau sekiranya tidak, dari manakah sumber kewangan PAS kerana sekarang PAS sudah tidak kutip derma kilat lagi di ceramah ceramhah anjuran mereka?

    8. Apakah Hadi Awang berjuang benar benar atas kapasiti menegakkan ad-din atau hanya menegakkan tubuh badan dia untuk bergelar Tuan Guru?

    9. Saya amat bersetuju dengan Yg Berbahgia Tun bahawa penubuhan PAS ini telah memecahkan penyatuan orang Melayu yg saya rasa ingin berlagak mcm Arab dan memisahkan penyokong mereka dengan orang Melayu yang berpakaian Melayu tetapi menghayati dan mempraktikkan Islam.

    10. Wasalam Yg Berbahgia Tun Mahathir. Semoga sentiasa berada dalam Rahmat Allah swt.

  15. Salam Tun M dan shbt sekaliannya..

    Pendapat saya, pendaftaran gabungan pakatan dan pengumuman ttg 1 logo pakatan haruslah dipercepatkan..masa sudah suntuk..

    Rakyat harus di beritahu ttg peri pentingnya pertandingan 2 penjuru – BN vs PAKATAN – Andainya Pas tidak mahu berkompromi…ia sesuatu yg amat malang..

    Keadaan 3 penjuru atau lebih pasti akan terjadi…akan ada pihak yg akan bertanding secara sendirian atau dgn tajaan pihak2 berkepentingan utk memecah undi…ini pasti..

    Pada saya, suara akar umbi tidak memihak pada BN tetapi sesuatu pasti akan dilakukan bagi mewujudkan suasana/keadaan seolah2 pengundi dipihak BN….mgkin akan ada pengumuman ttg perkara2 seperti penurunan harga myk, kenaikan jumlah BR1M, etc..etc (gula2 pilihanraya)…..

    Mgkinkah akan ada pertolongan drpd pihak luar….USA contohnya dlm membantu BN…apa akan jadi jika kes saman sivil DoJ menjadi sesuatu yg memihak pada DS Najib….???

    Teruskan berjuang menentang kezaliman…rasuah….pentadbiran yg lemah….etc

    Wassalam..

  16. Assalamualaikum Tun,

    Saya sebenarnya kesian dengan PAS. Dapat bentangkan RUU355, riuh sekampung. Dah tiga kali bentangkan, seronok semacam. Bukan lulus pun, bentangkan aja. Dalam mereka duduk seronok tu, ahli-ahli PAS patut kaji bagaimana dan mengapa RUU355 dapat dibentangkan. Bagaimana, adalah dengan pertolongan UMNO, musuh ketat PAS sejak dahulu lagi. Kata orang putih, “beware Greeks bearing gifts” atau berhati-hati hadiah yang diberi orang Greek. Baca kisah “Troy” and “the Trojan Horse” untuk memahami maksud ini.

    Mengapa UMNO, yang merupakan musuh ketat PAS, tiba-tiba baik hati nak tolong PASM. Ini adalah supaya ahli-ahli PAS teruja dan memberi sokongan padu pada Hadi.

    Apakah UMNO akan luluskan RUU355? Inilah yang sepatutnya ditanya oleh ahli-ahli PAS. Jawapannya tidak, kerana mereka terikat dengan komponen-komponen parti BN yang lain terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Kalau nak bentangkan sahaja, anytime.

    Jadi RUU355 tidak dapat.

    Yang ke-2, pertandingan 3 penjuru. Seperti yang dikatakan Tun, dalam sejarah PAS, tidak pernah PAS menang besar apabila bertanding seorang diri. Tapi ada hati pula nak bertanding 80 kerusi. Mengapa memberitahu ahli-ahli PAS boleh menang sehingga 80 kerusi, sedangkan paling tinggi pun dalam sejarah PRU adalah 27 kerusi. Tujuan bertanding 80 kerusi, bukanlah hendak memenangi kesemuanya, tetapi untuk memecahkan undi pembangkang.

    Seperti kata Tun, sesiapa yang memecahkan undi pembangkang, maka mereka bersubahat dengan UMNO. Mengapa PAS ingin pecahkan undi pembangkang kalau bukan untuk tolong UMNO?

    Jadi salahkah kalau ramai yang buat andaian bahawa PAS adalah UMNO dan UMNO adalah PAS? Bahawa ada satu pakatan sulit?

    Ramai penganilis politik membuat andaian PAS akan kalah teruk dalam PRU akan datang. PAS tidak pernah menang besar apabila bertanding sendirian.

    Bahkan, ada ura-ura, negeri Kelantan pimpinan PAS pun akan tumbang apabila berlaku pertanding tiga penjuru.

    Jadi kesimpulannya, RUU 355 tidak dapat, bakal kalah teruk dalam PRU, bakal jatuh kerajaan Negeri Kelantan.

    Memang kesian. Saya tidak nampak manfaat yang PAS dapat dengan membantu UMNO.

  17. Dedak dah Kehabisan
    Ayam terpaksa kais Cacing

    Di himpunan menyambut PM Najib di Trengganu
    Kelihatan tak ramai yg Hadir
    Inilah kenyataan dan akibat Pemimpin yg tidak dihormati
    Bayang Rosmah langsung takada
    Dulu berlagak First Lady konon , Kebabai First Lady

    Lihat saja Tun Mahathir bila rakyat tahu Tun ada
    Tak payah TV3 , mereka sedia berhimpun
    Apakan lagi Kehadiran Queen terhormat kita, Datin Siti Hasmah
    Macam Pinang di Belah Dua

    Macamni jika saya Bertanding dengan Najib
    Hollow …. hollow . Saya akan Menang tanpa Campaign pun

    Kelihatan di Himpunan tersebut di Trengganu
    Saudara kita Datuk Karl Setinggan , Termenung Jauh nampak
    Eh……Ingat nak Kawin lagi ke , Datuk Karl?

  18. PAS adalah parti yg mahukan pemerintahan Islam.

    Orang yg sokong cara Islam tadbir kerajaan, elok sertai PAS.

    Yang tak sokong, tak semestinya benci atau melarang.

    Boleh tak macam tu?

  19. Salam..
    Tun perlu faham erti PAS.Jika pilih PAS:
    Pasti Anda Selamat
    Pasti Ada Syurga
    Parti Orang Soleh
    Parti Alam Semesta

    Bagi rakyat PAS bererti:
    Pasti Ada Sogokkan
    Pasti Anda Tersungkur
    Pasti Ada Sengketa
    Parti Aqua(pondan)Sial
    Piirah Anda Semua

  20. Salam tun,

    Hairan dengan parti pas ni. Kata perjuangkan islam? Dalam islam kata rasuah haram tapi last2 tengok pemimpin pas seronok berpelukan dengan orang yg terlibat dalam rasuah. Duit ni lebih bernilai dari pendirian manusia boleh buat orang alim sesat. Apa nak buat? Biar sajalah parti pas tu. Elok bagi kat amanah kelantan tu dibawah tangan pas pun bukan nampak kemajuan pun. Pas nak tanding semua kerusi… banyak duit mana dapat? derma ke?

    Memang betul cakap tun parti umno dah jadi parti najib. Parti family najib. Parti dah rosak parah. Parti sakit jiwa. Parti perbodohkan rakyat sendiri. Ahli parti pas dan umno pun senang diperbodohkan. Kena isu agama bodoh terus. Hairan benda depan mata pun tak nampak? Rakyat merana apa wakil rakyat buat? Tengok jer? Nampak apa entah la… Bodohkan? Nama je melayu. Aku melayu. Kalau korang dengar Melayu tolong melayu jangan percaya la ayat tu bulat2. last2 melayu makan melayu ada la.

    P.s karl iskandar noob.

Comments are closed.