1. Seperti yang disangka, PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia; parti Melayu Islam dan Pribumi. Samada PAS akan adakan kerjasama dengan UMNO atau tidak, penyertaan PAS dalam PRU 14 tetap akan menghakis sokongan kepada Pakatan Harapan dan kepada PAS sendiri.
2. Pakatan Harapan dan PAS akan kalah dan Barisan Nasional akan menang. Inilah sebenarnya perjuangan PAS. Ia bukan untuk bangsa dan agama. Ia bertujuan melemahkan orang Melayu.
3. Sejak penubuhannya lagi hasilnya ialah untuk melemahkan politik Melayu. Diwaktu UMNO ditubuh semua orang Melayu selain dari ahli Malay Nasional Party (MNP) menyertai parti itu. Orang yang berpelajaran agama semuanya menyertai UMNO. Mereka dikenali sebagai ulama UMNO.
4. Sehingga penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama Inggerisnya United Malays National Organisation atau UMNO, tidak ada pertubuhan yang diiktiraf sebagai parti politik orang Melayu.
5. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu bukanlah parti politik tetapi hanyalah kumpulan-kumpulan kecil intelek Melayu yang memberi perhatian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka bukan gerakan massa yang memiliki ideologi tertentu dan berusaha untuk mempengaruhi sistem pemerintahan Tanah Melayu. Mereka juga tidak memberontak melawan penjajah.
6. Sebaliknya UMNO ditubuh khusus untuk menentang cadangan British merampas Semenanjung Tanah Melayu untuk menjadikannya tanah takhluk yang diperintah secara langsung oleh mereka.
7. Demikianlah kuatnya tentangan orang Melayu melalui UMNO sehingga British terpaksa akur kepada kehendak UMNO dan membatalkan Malayan Union.
8. Demikianlah kehormatan British kepada UMNO sehingga Tunku Abdul Rahman, sebagai Yang diPertua UMNO diberi hak untuk melantik beberapa ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan juga dalam state council negeri-negeri.
9. Tunku memilih individu yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Kebanyakannya berpelajaran Inggeris. Hanya beberapa orang sahaja dari ulama-ulama UMNO dipilih oleh Tunku.
10. Di waktu ini ramai dari ulama UMNO pilih untuk keluar UMNO dan menubuh PMIP (Pan Malayan Islamic Party).
11. Dengan kononnya PMIP akan perjuang Islam ramailah ahli dan penyokong UMNO terpikat. Dalam PRU untuk 52 dari 98 kerusi pada 1955, PMIP menang hanya 1 kerusi. 51 kerusi dimenangi oleh Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).
12. Dalam PRU 1959, yang pertama selepas merdeka, PMIP memperalatkan agama Islam sepenuhnya. Orang UMNO dikafirkan kononnya kerana bekerjasama dengan orang kafir MCA dan MIC.
13. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan dakwaan ini sehingga ada yang mengkafir ibubapa mereka, dan ada yang berkahwin semula kerana perkahwinan mereka sebelum menjadi ahli PAS tidak sah dan anak mereka menjadi anak haram.
14. Tetapi PAS hanya menang 13 kerusi Parlimen tahun 1959 dari 104 yang dipertandingkan. Walaubagaimanapun PAS tawan Kelantan dan Terengganu.
15. Sejurus selepas pilihanraya perpecahan berlaku dalam Kerajaan PAS di Terengganu dan ianya jatuh, diganti dengan Kerajaan Perikatan.
16. Pada 1964 dan 1969 prestasi PAS merosot dengan memperoleh hanya 9 kerusi pada 1964 dan 12 kerusi pada 1969.
17. Selepas rusuhan kaum 1969, PAS menyertai Barisan Nasional dan memenangi 14 kerusi.
18. Perpecahan berlaku dalam PAS dan parti itu keluar dari BN. Pada 1978, 1982 dan 1986 prestasi PAS turun semula. Ia mendapat 5 kerusi pada 1978, 5 kerusi pada 1982 dan hanya 1 kerusi pada 1986.
19. Apabila Tengku Razaleigh tubuh parti Semangat 46, PAS mengadakan Pakatan dengannya. Dengan itu pada PRU 1990 dan 1995 PAS memenangi 7 kerusi tiap PRU.
20. Pada tahun 1999 PAS menyertai Barisan Alternatif bersama dengan Parti Keadilan Rakyat dan Parti DAP.
21. Ulama PAS bekerja keras untuk menghalalkan kerjasama dengan parti kafir DAP. Mereka mengeluarkan sebuah kertas bertajuk Tahaluf Siyasi.
22. Penggunaan bahasa Arab jelas bertujuan untuk menunjuk kerjasama PAS dengan parti kafir DAP diterima oleh agama Islam. Ayat-ayat diceduk dari Al-Quran yang kononnya mengizinkan kerjasama PAS dengan kafir walaupun berlawanan dengan dakwaan PAS dahulu bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir MCA dan MIC.
23. Tahaluf Siyasi hanya bermakna bekerjasama (pakatan) politik dalam bahasa Melayu atau political cooperation dalam bahasa Inggeris. Ayat-ayat Al-Quran yang disebut dalam kertas Tahaluf Siyasi itu tidak menentukan kerjasama politik seperti itu halal atau tidak.
24. Semasa PAS berada dalam Barisan Nasional dalam PRU 1974 ia juga bekerjasama dengan orang UMNO yang telah dikafirkan dan ramai parti-parti anggota BN yang dimiliki dan disertai oleh orang kafir.
25. Yang menjadi kenyataan ialah di masa PAS bekerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif (PKR, PAS, DAP) kemenangan PAS bertambah kepada 27 pada 1999.
26. Pada tahun 2004 apabila DAP tidak menyertai Barisan Alternatif, PAS memperoleh hanya 7 kerusi.
27. Kemudian pada 2008 dan 2013, apabila Pakatan Alternatif dijadikan Pakatan Rakyat dan DAP kembali menyertainya prestasi PAS meningkat semula. Pada tahun 2008 PAS memenangi 23 kerusi dan pada 2013, 21 kerusi.
28. Yang jelas dari rekod ini ialah pencapaian PAS merosot teruk apabila bersendirian, tetapi sebaliknya apabila berpakat dengan DAP, pada 1999, 2008 dan 2013 PAS mendapat kemenangan tertinggi iaitu 27 pada 1999, 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.
29. Semua ini adalah kenyataan yang benar dari rekod rasmi.
30. Al-Quran melarang mengkafir orang Islam. Sesiapa yang membuat dakwaan ini tanpa soal selidik keatas beribu-ribu orang Islam, orang yang mengucap dua kalimah syahadah, maka kafir itu akan kembali kepadanya. Benarlah apa yang disebut dalam Al-Quran apabila PAS bekerjasama dengan kafir DAP dan lain-lain orang kafir. Mengikut fahaman ajaran Islam oleh PAS, ahli parti itu sudah jadi kafir.
31. Membaca sejarah benar ini tidak akan mengubah pendirian orang PAS. Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka.
32. Mereka dipercayai membaiah kepada parti dan pemimpin mereka. Bai’ah ini mengikat mereka sehingga mereka sanggup membelakangkan Islam dan Al-Quran.
33. Bahawa Al-Quran melarang berpakat untuk membuat jahat, dan sebaliknya berpakat hanya untuk amal ma’aruf tidak sedikit pun dipedulikan oleh PAS dan pemimpinnya.
34. Sekarang PAS akan bertanding kononnya untuk melawan UMNO, tetapi sebenarnya untuk memberi kemenangan kepada UMNO. Samada dedak terlibat atau tidak Wallahu A’lam. Allah Subhanahu Wata’ala Maha Mengetahui.
35. Kita manusia cuma boleh teka. Yang jelas ialah apa yang baik datangnya dari Allah Subhanahu Wataala. Keburukan datang daripada kita sendiri.
36. Terpulanglah kepada ahli PAS samada mengikut ajaran Islam atau terus membai’ah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu didunia.
Dear Tun
Bismillah
Islam itu bukan untuk diperdangangkan sebaliknya islam itu untuk diamal agar kehidupan kamu sentiasa dalam perlindungan ALLAH selagi kamu menurut aturan darinya iaitu ALLAH yang menciptakan manusia dan apa yang ada diantaranya.Kerana islam itu adalah satu cara hidup yang berpaksikan Tuhan Yang SATU. Natijah pada pengguna Islam sebagai kepentingan tertentu ada mengundang perpecahan sekali pun pada zahirnya bercirikan islam. Pada saya AKHLAK itu lebih utama seperti halnya ALLAH mengutus Nabi Kita Muhammamad Rasulullah SAW adalah untuk menyempurnakan AKHLAK.
Assalamualaikum Tun,
Satu fakta penting yang semua orang tahu ialah tidak mungkin PAS secara berseorangan mampu menubuhkan kerajaan. Ini hakikat.Kerajaan PAS di Kelantan juga goyang dan mungkin akan tumbang akibat pertandingan tiga penjuru. Berdasarkan sejarah, PAS tidak pernah mememenangi banyak kerusi apabila bertanding berseorangan. Dalam banyak-banyak survey pun, PAS dijangka kalah teruk pada PRU 14. Jadi PRU 14, sebenarnya adalah antara Pakatan dan BN. Jadi buat apa kehadirang PAS dalam PRU 14 kalau bukan sekadar menjadi “spoiler” yang jelas menguntungkan BN?
ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
a. Mungkin Ayahanda Tun Mahathir adalah satu2nya orang yang masih hidup yang benar2 tahu tentang sejarah awal penubuhan parti Pas. Mungkin ada juga seorang dua yang tahu tetapi tidaklah sepertimana Ayahanda Tun yang pernah melaluinya, pengalaman merasakannya, mempunyai daya ingatan & boleh menceritakannya kepada anak cucu yang nak tahu.
b. Jelas, tiada yang menyangkal akan kebenarannya walau dari pihak Pas sendiri.
c. Jika dipandang sejarah Pas yang sudah begitu lama dalam arena politik Negara, sejak dari zaman sebelum merdeka hingga sekarang sepatutnya ia sudah begitu matang & dihormati tetapi sebaliknya ia menjadi bahan ketawa & sering berperangai kebudak2an berlari ke sana ke mari mahu dimanja & dipujuk. Itulah pandangan umum ahli parti lain di luar Pas sejak dulu lagi.
d. Kononnya niat mereka baik kerana agama Islam tetapi mereka pergi lebih jauh dari itu & mendakwa mereka lebih Islam dari orang lain & Islam mereka adalah yang asli kerana dipimpin oleh para ulamak pewaris nabi. Malangnya mereka tidak ‘Fatanah’, tidak bijak, sentiasa mundur & tiada pendirian yang tetap & tidak boleh dipercayai.
e. Dek kerana terdesak ingin menang, tidak mahu kehilangan ahli yang sedia ada, takut tiada tarikan untuk menarik ahli baru bercampur pula dengan perasaan takabbur (lebih pandai ilmu agama), mereka sanggup melabelkan sesat, sekular, kafir terhadap orang Islam lain yang tidak bersetuju dengan mereka & mengenakan bai’ah sesat kepada para ahlinya.
f. Hukum & syariat hanyalah untuk orang Islam selain Pas, tidak kepada mereka. Mereka bebas untuk membuat apa sahaja kerana ulamak mereka sentiasa mempunyai dalil untuk menghalalkan apa saja tindakan mereka.
g. Dari rekod pembabitan mereka dalam PRU, dengan jelas mereka tidak pernah menang kerusi yang banyak, jauh sekali untuk mengalahkan parti pemerintah apabila bersendirian. Peningkatan kerusi yang mereka menangi hanyalah apabila mereka bergabung dengan gabungan parti pembangkang.
h. Apakah tujuan sebenar mereka? Samaada sedar atau pun tidak sedar atau pun buat2 tidak sedar tujuan mereka memang bukan untuk bangsa dan agama. Ia bertujuan melemahkan orang Melayu & mereka memang Berjaya.
i. Tun Mahathir adalah satu2nya pemimpin ulung Islam sejak era moden yang sangat berjaya membangunkan bangsa & negaranya, dihormati & diiktiraf oleh setiap peringkat antarabangsa baik Negara2 miskin, Negara2 membangun dan negara2 kaya tidak kira Negara Islam ataupun bukan Islam. Satu2nya pemimpin yang paling ditakuti oleh rejim Amerika Syarikat & rejim Israel.
j. Adakah orang2 Melayu yang ada dalam Umno & Pas, jahil, buta, pekak & tuli? Adakah kamu masih terhijab untuk melihat benda yang terang lagi bersuluh.
k. AYUH BANGKITLAH BANGSAKU!!! Marilah kita bersama2 Ayahanda Tun Mahathir, BERSATU menunduk rejim najib & konspirasi para pemimpin Pas. Jangan biarkan rejim jenayah najib menghancurkan Agama, Bangsa & Tanahair kita.
l. AYUH KITA NAIKKAN AYAHANDA TUN MAHATHIR KEMBALI, hanya dia satu2nya pemimpin yang paling dipercayai oleh semua kaum untuk meneraju kembali perjuangan kita untuk menjulang kembali maruah Negara kita. Kita hancurkan selumat2nya rejim najib.
m. Sudah terlalu banyak wang, tenaga & masa yang kita gunakan. Kita tidak punya banyak masa lagi. Peluang ini tak mungkin akan datang lagi.
Assalamualaikum.
Kawan tiada di mana mana. Kata sayang pada Allah swt tapi mati pun aku takut. Mungkin takut kerana gerun pada kuasa Allah swt. Alhamdulillah.
Lihatlah Ku Li, Pandikar Amin, Najib Razak, Haji Hadi.
Ini semua bukan berkenaan politik. Tapi berkenaan nafsu dan hati manusia. Pastinya tiada kawan dekat (kawan politik) yang mahu menolong ketika kita dalam kesusahan, walaupun ia adalah berkenaan perkara benar.
Mereka ini akan bertanya apa yang aku dapat? Bukan parti yang dapat. Tapi apa yang aku dapat?
Suatu yang jelek bilamana dengan berjawatan PM dan TPM sendiri akan berkata “mereka bagi kerana saya yang mintak”
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum wbt Tun.
PAS, ala nak bincang pasai PAS buat apa? Apa depa dah buat? Depa dah tadbir Kelantan, nothing. Depa dah tadbir Trengganu, hancai. Depa dah tadbir Kedah, terperok. Depa dah tadbir Perak, peraklah. Allah dah bagi depa peluang, tetapi depa tak menang apapun. Sembang bolehlah. So time is up for them.
(2) Now time utk Amanah gantikan PAS. Bersatu gantikan UMNO. DAP ganti MCA, Gerakan n MIC. PKR tunjang Selangoq n Penang. PH gantikan BN. Gerak gempur semua kubu2 parti2 Penyamun ni. Jgn bagi peluang. Siap gempur terus. Jgn lupa orang Kampong, Felda, Penjawat Awam, Polis n tentera. Cari depa. Ketuk pintu hati depa satu-satu.
(3) GST batal. PTPN batal. Rasuah hapus. Jenayah hapus. Penjawat awam n keselamatan balik ada kuasa n bersih. Politik kita politik bersih dan beramanah. Rakyat hidup saksama.
Assalamualaikum Tun.
Memang benar kita mahu paku habis PRU 14 nanti.
Tapi rasa saya, lebih elok kita simpan satu peluru untuk kegunaan masa hadapan.
Jadi, misi kita sekarang adalah simpan satu peluru.
Menang satu undi pun kira menang kata pahlawan bugis.
Terima kasih Tun.
PAS ke , POS ke , UMNO ke , UMNA ke , PRIBUMI ke ,PRIKEMANUSIAAN ke
PKR ke , PEK ke
Apakah harus kita Berpecah belah kerana Parti atau kerana Pemimpin ?
Begitu juga yg menghancurkan Timur Tengah
Pemipinnya ke atau Sempadan Negara yg memecahbelahkan Ummah
ATAU
Memang Hasutan Amerika yg di Kemenyan setiap malam jumaat olih Yahudi yg membarakan lagi Perebelahan ini . Mana Salahnya ?
Bagaimana pula kita sebagai Ummah memperbaiki nya sekarang
Adalah Tanggung Jawab setiap Ummah menyatupadukan saudara mereka
Yang berpecah Belah , Yg Membunuh sesama sendiri
Ini Jihad saya
Umat Islam sudah menjadi Santapan si Kafir
Apakah Malaysia , Indonesia , Brunei juga sedang menunggu Ketibaan Dajal
Maka Penting dan amat penting
“And hold fast to the Rope of Allah, and be not divided among yourselves” Quran 3:103
Be it Sunni, Shia, Hanafi, Hambali, Maliki, Wahaabi, Salafi, Tabliqi, Zaidi, Ja’afri, or any other name you divide yourself by. Our nabbi(SAW) used no such name and made no such division.
As for those who divide their religion and break up into sects, thou hast no part in them in the least: their affair is with Allah: He will in the end tell them the truth of all that they did. Quran 6:159
O you who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result. Quran 4:59
Abraham was neither a Jew nor a Christian, but he was one inclining toward truth, a Muslim [submitting to Allah ]. And he was not of the polytheists. Quran 3:67
And who is better in speech than one who invites to Allah and does righteousness and says, “Indeed, I am of the Muslims.” Quran 41:33
Say: “O People of the Book! come to common terms as between us and you: That we worship none but Allah; that we associate no partners with him; that we erect not, from among ourselves, Lords and patrons other than Allah.” If then they turn back, say ye: “Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah’s Will). Quran 3:64
Let us all be Muslims. Simply Muslims. This is the best!
Salam Tun.
1. Islam sudah pun berjaya di tegakkan Nabi Muhammad s. a. w. Islam sendiri pun telah tertegak di beberapa negara termasuklah negara kita yang agama rasminya jelas tertulis dalam perlembagaan sebagai negara Islam.
2. Bila sudah di Islamkan bermakna wajiblah kita menurut segala perintah tuhan umat Islam iaitu Allah s. w. t.
3. Itulah yang di tuntut terhadap umat Islam supaya melakukan amalan yang di perintahkan oleh Allah s.w.t.
4. Oleh kerana kita terdiri daripada berbagai bangsa, agama dan budaya bermakna untuk menegak keseluruhan Islam dapat di jalankan mungkin mustahil dapat di lakukan.
5. Rasullullah s. a. w sendiri mengakuinya bila sirah yang berbentuk amanat di tinggalkan kepada umat kemudian hari cukup berliku dengan tanda-tanda peristiwa yang akan berlaku sehinggalah ke akhir zaman.
6. Ujian demi ujian akan di lalui semua umat manusia sebagai iktibar atau khabar dalam menguji keimanan seseorang kepada Allah s. w. t. dan menerima seruan rasulnya.
7. Selepas wafat baginda Rasullullah s. a. w Islam telah tertegak dengan jayanya dan umat yang lahir dalam Islam perlu melaksana perintah Allah s. w. t.
8. Manakala yang lahir di luar Islam akan dapat hidayah jika sama-sama dengan umat Islam patuh kepada perintah Allah s. w. t yang kata-katanya tertulis di dalam Al-Quran.
9. Ingat kita manusia berparti atau tidak berparti samada bergelar Islam atau tidak akan di azab jika tidak patuh akan perintahnya.
10. Allah s. w. t berkata kepunyaannyalah akhirat dan dunia. Tuhan menjelaskan ini supaya manusia jangan lupa dirinya yang tiada kuasa berbuat sesuka hati dalam dunia fana ini.
11. Allah s. w. t. ancam manusia dengan api yang menyala-nyala kepada manusia paling celaka.
12. Manusia yang paling celaka itu dusta tidak mahu menerima ajakan kepada KEBENARAN. Di pandangnya itu fitnah atau tipu belaka.
13. Orang celaka ini juga membelakang punggungnya kerana sombong. Di pandang hina rasul beri petunjuk tuhan. Merasa diri tinggi dan rasul itu hina belaka serta sabda-sabda tuhan itu bohong sahaja. Nauzubillah…
14. Bertaubat dengan mencegah kuasa jahat ini dari memimpin kita supaya dosa-dosa ini kepada pahala sebagai amalan baik di bawa ke akhirat nanti.
Wallahua’lam.
Ikatan sarban dikepala mereka membataskan aliran darah ke otak mereka. Bila darah tidak mengalir ke otak maka mereka tidak dapat berfikir dengan kebenaran. Sebab tu fatwa2 dari mereka semua lucu2. Ketua kata Allah mencarut pengikut2 pon sokong dan ikut kata Allah mencarut. Tak pulok kata emak bapak depa pon suka mencarut. Tak ke besar punya harammmm
Assalamualaikum, Tun.
Ikhlas dari sanubari, baik penyokong PH mahupun BN, Allahyarham Tok Guru sememangnya seorang pemimpin mulia dan bersih, di mana Rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat menghormati dan menyokong kuat beliau.
Peninggalan Allahyarham memberi kesan yang begitu ketara ke atas arena politik tanahair. Parti beliau nampaknya telah ditukar wajar!
Assalamualaikum, Tun.
Istilah “kafir” disalahguna, ke tahap yang tak boleh diterima Rakyat. Seolah-olahnya sesiapa yang bukan ahli/ penyokong PAS boleh dilabel seorang “kafir”. Apakah tindak-tanduk sebegini betul?
Alangkah silapnya kerajaan dulu meluluskan penubuhan parti yang beragenda perjuangan keagamaan! Tokoh-tokoh politik menyalahguna ajaran demi kepentingan politik. Ini satu dosa besar!
Assalamualaikum wbt Tun
Saya dengaq ucapan Tun kat Sabak Bernam. Saya mula rasa dah mula ada ummm PH ni. Tahniah Tun n gasak lagi hebat. Terus serang Kampong2 esp di Selangoq, Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Trengganu.
(2) Di hujung ucapan tu Tun kalau tak silap ada sebut “PH boleh, kita boleh….”. He he he Tun, “Tun Boleh, Rakyat Boleh, Msia Boleh ….. Najib MO1 Boleh Pi”. Jom Tun hidupkan kembali slogan “Kita Boleh, Rakyat Boleh” sebagai nyanyian anak2 muda dlm perjuangan “boleh pikan Najib MO1” … In Shaa Allah kita boleh!
As Salam Tun Dr Mahathir,
Ternyata, PAS bertanding untuk memenangkan UMNO. Ada kerjasama yg telah di atur diantara kepimpinan PAS dan UMNO yg masih menjadi rahsia diantara mereka tetapi telah dapat ditelah melalui tindakan dan perbuatan pemimpin pemimpin UMNO dan PAS itu.
Kerjasama rahsia itu mungkin berbentuk begini.
1. Tidak akan ada pengumuman secara rasmi bahawa UMNO dan PAS berkerjasama.
2. PAS akan memulakan lakunan politik seolah olah ingin memerintah Malaysia
dengan bertanding 100 kerusi Parliment.
3. Lagi banyak kerusi yang ditandingi PAS akan memberikan lagi banyak peluang
kepada UMNO / BN untuk menang.
4. Ini adalah kerana PAS akan mengekang sejumlah besar daripada penyokongnya
untuk memberikan undi kepada BERSATU, PKR, DAP DAN AMANAH semua dari Pakatan
Harapan yg akan juga meletakkan calun menentang UMNO / BN
5. Perpecahan undi kepada Pakatan Harapan oleh PAS ini akan memenangkan UMNO /
BN.
Mengikut pemerhati politik, sebab PAS berkelakuan sebegitu amatlah memeranjatkan kerana mereka adalah ‘sworn enemies’ kepada UMNO. Setelah tercari cari sebab kenapa PAS bertindak secara luar biasa ini, maka pemerhati poitik dapat menyimpulkan bahawa PAS menjadi sedemikian atas sebab sebab berikut:-
1. Tidak ada keseimbangan kuasa di peringkat Majlis Syura PAS setelah Nik Aziz
dan Ustaz Harun Din meninggal dunia. Kepimpinan Hadi Awang kini bebas
berleluasa dan tidak ada kuasa besar secara personal yg dapat mengikatnya.
2. Pemimpin muda PAS yg terikut – ikut dengan lagak Pemuda UMNO yg lebih kaya
berwang, berkuasa, ketrampilan yg segak dan diminati oleh gadis gadis.
Maksudnya mereka juga mahu wang dan kuasa dan mungkin ingin berpoya poya.
3. Setelah Hadi Awang berjaya menyingkir kumpulan Mad Sabu di dalam kepimpinan
PAS, kumpulan muda ini telah mengambil alih dan menasihati Hadi Awang untuk
bersepakat dengan UMNO demi wang dan kuasa.
PAS kini lebih ternyata menggunakan Agama untuk kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS kini berada di dalam keadaan huru hara apabila satu persatu kerjasama mereka dengan UMNO di dedahkan dan sedang mengira ngira untuk menghalalkan kerjasama kerana takutkan ‘backfire’
Lebih lebih lagi YB Rafizi Ramli telah menuduh secara terang – terangan bahawa segelintir kepimpinan PAS telah menerima imbuhan wang dari SRC International.
Sekiranya ahli PAS dapat disedarkan bahawa mereka dipergunakan dan bahawa pilihanraya kali ini adalah sebenarnya Parti PAS mereka telah bersetuju dipergunakan untuk memenangkan UMNO, saya rasa semangat Melayu seperti yg Tun sebut di atas akan bangkit semula untuk melawan Kerajaan Kleptokrasi ini.
BERSATU perlu bekerja lebih keras untuk memenangi persepsi ini.
Wallahualam.
Terima kasih Tun.
Wassalam.