1. Ada komen bahawa saya tahu isi kandungan laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General kepada Apandi. Ya. Saya tahu. Saya memang tahu.
2. Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara kerana A.G. Gani Patail telah menunjuk laporan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa dia masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM, dia sering menyebut berkenaan laporan-laporan yang ditunjuk kepadanya oleh A.G. semasa A.G. belum dipecat oleh PM. Dan kepimpinan PPBM, termasuk saya telah bincang laporan-laporan ini. Sebab itu saya tahu. Saya tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu A.G. Apandi bohong, sebab itu ia letak laporan itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.
3. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah.
4. Wang tidak boleh dipindah dari satu tuan punya kepada tuan punya yang lain tanpa surat menyurat. Wang berbillion bahkan bermillion pun tidak boleh disimpan sebagai wang tunai. Ia perlu disimpan dalam bank. Jika melalui bank, bank juga akan masuk dalam buku akaunnya semua butir-butir berkenaan tuan punya, jumlah, matawang, haribulan, cek, bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli. Juga akan disebut nama penerima, haribulan, dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan. Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna. Semua transaksi mengguna cek. Dan segala-galanya ditulis dalam cek berkenaan, dan buku akaun bank.
5. Satu surat dari pemilik asal tidak mencukupi. Siapa sahaja boleh tulis surat seperti ini. Dokumen-dokumen lain perlu ditunjuk sebagai bukti kebenaran kenyataan kedua-dua pihak, pemilik, penerima, bank yang mengeluar dan bank yang menerima. Setakat ini dokumen-dokumen ini tidak ditunjuk sebagai bukti.
6. Sesungguhnya pemidahan wang yang begitu banyak perlu direkod dalam berjela-jela kertas. Paper trail memang ada untuk pihak berkuasa menyelidiki akan kebenaran dakwaan oleh mana-mana pihak. Orang lain juga boleh mendapat maklumat jika mereka membuat kajian.
7. Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib. Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini. Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan A.G. tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca USD 681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar.
8. Sebaliknya Dept. Of Justice Amerika Syarikat memberi keterangan yang cukup berkenaan dengan pengaliran wang dari 1MDB kepada beberapa syarikat dan bank di Cayman Island, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya ke dalam akaun Najib di Ambank yang kemudian melalui beberapa bank dan syarikat kepada Jho Low. Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka.
9. Jikalau Apandi tidak tahu semua ini ia patut berhenti dari jadi Pendakwa Raya (AG). Bahawa dia masih pegang jawatan penting ini ialah kerana dia melindung dan dilindungi oleh Najib.
10. Sesungguhnya satu lagi Royal Commission of Inquiry perlu diadakan untuk selidik kes ini. Jikalau isu tiga puluh tahun dahulu perlu disiasat kenapakah jenayah terkini disembunyi.
11. Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah.
Assalamualaikum Tun,
The level of intelligence of UMNO ministers has really dropped significantly. This is probably due to the prayers, chants and curses of Malaysians towards them like “DUMNO, Bodoh” on a daily basis. Allah Maha Adil, Allah perkenankan doa rakyat yang teraniaya.
The recent regarding your name in your ic which according to Zahid states Mahathir A/L Iskandar Kutty. He says he has seen the ic. In the first place, Tun’s father is not Iskandar. You don’t here people calling Tun even during his time has PM, Dato’ Seri Dr. Mahathir Iskandar. It’s Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Tun’s father is Mohamad. And yet he claims he has seen the ic. Nampak ic terang-terang pun, boleh salah? jadi a/l pada ic tu pun salah juga lah. Semua ini adalah rekaan fitnah untuk memburukan Tun, betul tak?
Zahid, please show the so called ic. I know it will make you look more stupid but since you have created this mess, you need to clean it up.
Thank you Tun.
Pang pung !pang pung !
Nano ! nano !
Soalan pertama
Macamana penyagak seperti Najib bolih jadi PM ?
Dari Menteri Pertahanan sudah terserlah Akhlak Najib sebenar
Pang pung !pang pung !
Nano ! nano !
Macamana si muka macam tak sudah
Si AG Apandi bolih jadi Attorney General
Sekolah mana beliau ?
Tulin tak Sijil nya
Hai macamana Melayu nak Maju
Pilih Penyagak , Isteri pulak Penyamun
Dah…dah kena dah
Si Penyagak jumpa si Penyamun
Yg mewakili undang undang pula si Bahalol
Si pengikut UMNO pun Si 2 X 5 = 11
Assalamualaikum Tun,
Sampai hati si zahid menghina Tun dan keturunan Tun. Kalau dah tak suka sangat dengan Tun janganlah terbawa2 sampai hilang siuman dan kebijaksanaan sebagai tpm yang mewakili semua kaum dan semua keturunan yang ada di bumi bertuah bernama Malaysia. Seorang tpm negara berbilang kaum dan keturunan boleh keluar ayat-ayat penghinaan kepada seorang Negarawan Malaysia?! Orang yang bersifat bongkak, sombong dan megah dengan keturunan sendiri (apa keturunan si zahid ni ye?) nak diangkat sebagai PM Malaysia?!…TIDAAAAAAAK! Mahukah kita dipertanggungjawap apabila semua warganegara Malaysia yang ada darah mengalir dari benua India dihina dan dikutuk olehnya? Rasa marah ada, rasa meluat ada malah rasa sedih pun ada sebab tak sangka ya seorang kononnya dari keturunan mulia dan bijak, dan dipilih antara ramai yang keturunan mulia dan bijak dari parti umno yang mulia dan bijak, boleh menjadi tpm dan rela diri sendiri jatuh tersungkur serendah-rendahnya oleh kebodohan sendiri.
Tun, I’d like to share this bellow with you, the characters are changed to fit the present situation, with your permission please. Thank you Tun.
Si zahid (Z) who now dislikes TUN DR MAHATHIR MOHAMAD intensely. One day, Z was having lunch at a dining room when TUN DR MAHATHIR MOHAMAD came along with his tray and sat next to Z. Z said, “Mr Tun, you do not understand, a pig and a bird do not sit together.” TUN DR MAHATHIR MOHAMAD looked at him as a parent would a rude child and calmly replied, “You do not worry, Z. I’ll fly away.” and TUN DR MAHATHIR MOHAMAD went and set at another table.
Z, reddend with rage, decided to take revenge. The next day, he posed the following question. “Mr Tun, if you were walking down the street and found a package, and within was a bag of wisdom and another bag with money, which one would you take?”. Without hesitation, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD responded, “The one with the money, of course”. Z, smiling sarcastically said, “I, in your place, would have taken the wisdom.” TUN DR MAHATHIR MOHAMAD shrugged and responded, “Each one takes what he doesn’t have.”
Z, by this time was fit to be tied. So great was his anger that he wrote on TUN DR MAHATHIR MOHAMAD’s NRD application paper with the word “IDIOT” and gave to TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD took the paper, trying hard to remain calm while he contemplate the next move.
A few minutes later, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD went to Z and told him in a dignified polite tone, “Mr Z, you signed the paper but you did not give the approval.” The end.
What was the message to the episodes above? Don’t mess with intelligent people.
May Allah always protect Tun and family and May Allah gives you great wealth in wisdom and health. And Thank you again Tun.
Sambungan lagi Tun,
1.zahid hamidi lu org lama dlm politik, semua kenyataan yg kontroversi lu mau announce, dr mana sumber, siapa yg beri maklumat, arahan dr siapa itu lu mau pikir dulu,
2.Knp timbalan umno lain, contoh hishamudin kurang sekali di beri idea yg terang terang bodoh utk rakyat dengar, tapi lu kerap sgt ni dpt skrip makan diri,
3.Tak kan tak tahu atau tak sedar mcm mana hati penyamun dlm Kabinet umno, semua hati gelap,
4.Lu sendiri bagi contoh ketam dlm bakul, nak hidup pijak kawan, mmg itu keadaan sebenar dlm umnobnpas ni,
5.semua org tolak lu pegi depan, depan lu ada lubang taik, tunggu masa lu jatuh lubang, kawan sendiri kasi kambus,
Salam Tun,
1.Zahid hamidi dengan sendirinya telah menunjukkan di mana letak tahap peribadinya dalam membuat kenyataan bila diri sudah tersepit,
2.Bah kan melebihi tahap kritikal virus anjing gila yg menular sekarang ini,
3.Makin Lama makin meluap luap perasaan benci rakyat kpd kau zahid,
4.umnobnpas bukan shj hancur tapi rentung tinggal debu,
Assalamualaikum Tun.
Jika diri manusia itu ada pengetahuan, maka mereka tidak akan sesekali berani melanggar daulat.
Salah satunya jangan dihina negarawan. Menghina keturunan negarawan lagilah bahaya.
Maksud saya tidak semua orang gelarkan negarawan selain dari Tun Mahathir bin Mohamad.
Saya melihat negara India adalah salah satu tempat perkembangan besar tamadun Islam satu ketika dahulu.
Lihatlah Dr Zakir Naik. Pakar perbandingan agama. Pengetahuan beliau adalah anugerah Allah swt bagi umat manusia pada zaman ini bagi mendebatkan hal hal agama secara mudah dan logik.
Setiap zaman hanya beberapa orang diberikan pengetahuan dan kemahiran yang khusus bagi menjaga kesucian Islam.
Tasawuf adalah hal untuk mengenal diri, kata orang.
Allah Maha Besar.
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Tun.
Apandi AG kuat mengampu dan memang jelas kaki kelentong. Salleh Keruak lagi kuat mengampu malah pandai menjilat lagi.
Nak komen sedikit tentang keturunan ni, saya tidak suka jika ada individu berkata kononnya mereka lebih Melayu dari orang lain, lebih Islam dari orang itu dan orang ini. Jawapan Tun dalam hal ini amat saya puji bahawa kita berasal dari satu keturunan asalnya iaitu Adam dan Hawa. Ada juga manusia yang bahalol berbangga kononnya dia orang Melayu, dia orang Bugis, dia anak bekas pemimpin yang dihormati dan berbagai lagi.
Saya mahu tanya dalam diri mereka antara bangsa atau agama, yang mana satu duduk di atas? Jika mereka memilih di atas adalah bangsa maka lahirlah orang bodoh yang meletakkan UMNO melebihi agamanya.
Jika mereka memilih agama di atas maka lahirlah orang bodoh yang PAS melebihi bangsanya.
Bagi saya ke dua-dua pilihan tidak betul dan jika kita terlalu ektrem pada bangsa dan agama, maka lahirlah jenerasi pelampau dan kumpulan ini sehingga tiada kesudahan menggunakan agama atau bangsa sebagai asas perjuangan hidup mereka. Lebih teruk lagi mereka beraggapan hanya bangsa mereka dan hanya agama mereka sahaja yang baik, lebih malang lagi mereka ini sebenarnya sesat dalam fahaman yang cetek tentang asal-usul manusia, kejadian manusia dan fahaman Islam yang sebenar.
Apa gunanya beberapa pemimpin kononnya menggangap dirinya lebih Melayu tetapi perjuangan Melayunya boleh dipertikaikan?
Ada juga dalam UMNO yang kulitnya macam hitam bontot kuali tetapi kita boleh pertikaikan asal keturunannya. Tetapi kita bukanlah berfikiran begitu sehingga mempertikaikan bangsa seseorang itu.
Jawapan berkualiti dari Tun ialah kita dari keturunan yang sama iaitu berasal dari Nabi Adam dan Hawa. Jika ada orang beragama Islam dan Melayu yang tidak faham, saya berani mengatakan bahawa mereka ini sesat dan jahil tentang asas asal-usul manusia.
JADI SAYA MENGAJAK SEMUA YANG MENGAKU MELAYU DAN ISLAM BERFIKIRAN SECARA WARAS BAHAWA PARTI UMNO YANG DIPIMPIN OLEH NAJIS RAZAK SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI.
Kita kena sedar bahawa manusia berbangsa lain, agama lain juga adalah serupa dengan kita iaitu asal-usul dari Nabi Adam dan Hawa. Ini adalah fakta yang kita sebagai umat Islam kena faham dan jika kita rasa was-was maka eloklah mereka mengucap dua kalimah syahadah.
Wassalam.
Dengan Najib beralasan yg tidak bernas
Menyembunyi di belakang AG Apandi PENIPU BESAR
Sudah cukup membuktikan Najib sekerluarga Bersalah
Tambahan yg Merosakan lagi
Adalah anggota UMNO yg tidak berani ke depan
Bukan takut Najib , takut Najib & Zahid ,Mereka sendiri lebih takut
Takut akan kehilangan jawatang masing masing
Inilah kenyataan nya sekarang
Yelah Zahid pun baru nak beranggan jadi PM
Begitu juga Hishamuddin
Beranggan juga mungkin nak menubuhkan 1MDB the 2nd
Najib memanglah terpaksa berhujah demi kepentigan UMNO
Demi Bangsa & Negara , Najib terpaksa menipu anggota UMNO sekali lagi dan mungkin kali terakhir beliau kena tipu UMNO , Tipu Malaysia
Bagi menyelamatkan Kepentingan Peribadi beliau
Sampai Zahid macm budak budak menimbulkan kononnya Mahathir S/O Kuntik dan sebagainya
Khutik ke , khutil ke , Kutu Bambu ke
Tun Mahathir Mohamed telah terbukti luar & dalam
Membela nasib orang Melayu
Najib , Zahid sudah terserlah mengambil kesempatan akan tugas yg di amanahkan demi kepentingan peribadi mereka
Khutik Khutik , Nano nano , Rock Rock Mahathir
Sudah Berjasa pada Malaysia , Nungsa & Bangsa
Assalamualaikum wbt Tun.
First thing first, Tun ada classlah. Benar2 Negarawan. Tak kira siapalah, dari dulu, ramai yg dok kutuk Tun – Shahril ka, Musa Hitam ka, Annuar Musa ka, ramai, berjela sampai ke Nazri Aziz, semua Alhamdullilah Tun tak cakap banyak tapi cukup mantap pedas bila membalas tibaian depa, dan now depa semua pakat senggap dah.
(2) Hak terbaru, Zahid Hamidi. Dia ungkit cukup2 pasai keturunan Tun. Tak dak nak malu apa eah pasai keturunan. Kita semua mai dari Adam dan Hawa. So what? Zahid mai dari evolusi beruk kot tu yg dia lupa asai sebenaqnya dia. Tak apa Tun. Zahid sebenaqnya bukan tibai Tun, dia tengah bagi hint kat ahli2 UMNO supaya tukar bumbung, dinding, lantai dsb yg dewan bocor tiris. Maksudnya bahang menuntut perubahan dlm UMNO dah terasa, In Shaa Allah. Allah dah janji dan Dia ada caraNya yg tersendiri utk jaga Islam, Muslim dan hamba2Nya yg lain. Zahid In Shaa Allah akan jadi faktor utk Najib MO1 tersungkur dua kali – tumbang dlm UMNO dan tumbang dlm Kjaan. In Shaa Allah, jika kita ikhlas dan benar dlm perjuangan kita.
(3) PH tak perlulah masuk ke Sabah. Kalau boleh, PH patut jadi broker saja utk kukuhkan Warisan dan lain2 pembangkang di sana. Jika itu dapat diusahakan, In Shaa Allah, PH akan ada upper hand nanti. PKR, Amanah, n DAP tak perlu jadi herolah di Sabah. Tolong Warisan lagi baik.
(4) Kat Sarawak, firstly Bersatu jgn masuk. Amanah juga tak payah masuklah. Kalau masukpun buang duit dan tenaga. Tak menang punya. PKR n DAP kena bijak jika hendak masuk. But to me, tak perlu lagi bagus. Keep Sarawak as future PH friends.
(5) Di Malaya ni, elok PH tumpu pd hak Melayu dan kedudukan Islam. Apapun yg jadi hak Melayu dan martabat Islam, akan diperkukuh dan diperbaiki cara mencapainya. Jika PH nampak jelas dapat jaga dua ini, In Shaa Allah UMNO dan PAS akan jadi kerdil.
(5) Soal Cina dan India di Malaya, PH kena tunjuk saja jalan bagaimana ekonomi Negara akan diurus dgn adil, bersih dan cekap. Reformasi institusi dan nilai ke arah tadbir urus baik pasti memancing anak2 muda dan professional, dan kaum Cina dan India. Jika kaum Cina dan India boleh nampak mereka boleh berniaga dan hidup elok2, DAP tidak ada masalah utk kerdilkan MCA, MIC malah SUPP.
(6) Tun sudah gempur Felda dan Melayu luar bandar. Teruskan. Jgn letih, terus gasak. Namun usahakanlah utk gempur para rural migrants di bandar2 utk pulang menjadi jurubicara lidah PH ke Kampong2 dan merobah hati nurani toktok UMNO-PAS utk tinggalkan dua parti itu. Sengsara dan payah hidup mereka di kota2 harus ibu bapa nenek datuk dan sanak sdra mereka sedar dan insafi.
(7) In Shaa Allah Tun dapat menjadi tonggak kpd perubahan yg baik utk Negara ini. Yg lepas itu lepaslah, Tun mara ke depan meneraju perubahan, maka kita sokonglah Tun sebaik dan hebat mungkin.
Tun boleh. Malaysia boleh. Rakyat boleh. Kita boleh! Najib MO1 boleh pi dah!!! In Shaa Allah.
Parti komponen BN,
Mic mca gerakan, u org semua bodoh ke, telinga pakak ke, mata buta ka,
Semua nya pondan, pengecut,
Kalau berani hentam lah najib, u all semua part of rakyat,
Tapi semua sembunyi bawah meja, tak guna punya parti,
Apa faedah nya simpan parti mcm ni, paling tak guna dalam dunia,
Salam Tun,
1.Rakyat biasa mcm kami pun boleh sedar najib dan koncu koncu ialah penyamun siang hari,
2.Mcmmana menteri menteri dan rakan komponen mic mca gerakan, lansung tak bersuara,
3.Yg jelas TS Muhyuddin, DS Syafie Afdal, DS Mukhriz dan rakan rakan, berani, dan akibat nya seperti yg kita maklum,
4.Jadi bagaimana Gerakan dan Mca dengan muka tak malu minta pengundi kembali pd mereka,
5.Parti yg pengecut, sanggup lihat negara musnah kerana najib dan tidak berani mengkritik najib,
6.Sudah tentu penyokong cina tidak yakin, kerana parti pengecut, sembunyi bawah meja, apa najib nak buat buat lah, mcm ini ke parti komponen,
7.Benda simple boleh pikir, kelam kabut zahid hamidi minta mca dan gerakan buat program itu ini, berpura pun tak apa, janji tunjuk ada sokong najib,
8.Hei…kerajaan dah nak tumbang, Jgn mcm mcm lagi umno, mca, mic, gerakan dan lunyai, bahan ketawa masyarakat,
9.Paling tak guna mic, lansung tak ada suara, parti tahap longkang, gerakan Jgn ckp lah, lubang jamban punya parti, tunggu najis masuk lepas tu pam, hina sungguh,
Setuju benar dengan apa yang Tun cakap mengenai si muka berok bodoh tu. Cuma satu, Tun jangan cabar si musibat macam tu untuk bersumpah dengan quran sebab kalau Allah pun dia bolih jual untuk tutup perbuatan keji dia, jadi apa la sangat quran pada dia. Jangan kan sebuah, kalau bawa quran satu trelar pun dia berani bersumpah. Pada musibat macam berok ni, bukan Allah yang bagi rezeki tapi si Najis, sebab tu la mereka sanggup jual maruah dan harga diri serta bagi makan anak bini dengan hasil kerja haram
Assalamualaikum Tun,
Tun, semasa DSN@MO1 berucap di persidangan umno, dia berucap sebagai presiden umno ka atau pm Malaysia? Saya tanya sebab pada masa yang sama dia boleh bagi peruntukan dan lulus pelbagai projek berjuta2 ringgit, dari mana dia dapat duit banyak tu, dari tabung umno ka tabung negara ka…taxpayers’ money? Ni macam dah bermula berkempen bagi gula-gula.
Dia ni guna influence sebagai presiden umno ka atau pm? Jangan misused influence nanti kena investigate pula…ini pun unsur korupsi juga kan. You know Tun, PM Japan was investigated for misused influence to help his friend open a vet shop. Did MO1 misused his influence to help this “particular friend”? I just wonder because I read here this particular person was an umno…so in his judgement he could be bias, right Tun.
Each time MO1 makes bullying statements towards Tun his merrymaking men go like gaga heads over heels. I wish he would take the challenge and “bully” Tun on stage Nothing2Hide instead of behind Tun’s back. They only have the guts infront of their own selected gatherings. Why couldn’t he say those words face to face so each of you could defend yourselves and let the rakyat be the judge?
There are times when we need to stop things from going bad and sour that could harm or hurt us, our surroundings, our environment but we didn’t. We do become vocal and loud but that’s about all, we were denied our basic right to take action, immediate action. We have to wait and wait. And what did we do? We rely on an old old frail man to take the big step that nobody could do, a gentleman named TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. A great brave Statesman of the country who is not afraid to fight the system that became corrupted in the hands of the corrupted, ironically the same system that Tun and the PMs before Tun once led. Now here is a man who not only talk but execute them through affirmative actions. Who in the world could imagine that this old wiseman could call upon and unite his once enemies under one house. Only a charismatic person with an enlighting aura could do so. That’s why we need heroes to inspire us. You are of them Tun.
Tun, rasa dah fedup dengar mat-mat propaganda, mat-mat putar belit keluar ayat-ayat tak manis macam budak sekolah bully Tun sorang je, asyik ting tong benda yang sama, macam dah habis topik nak cakap pasal Tun. Mereka berani cakap lepas kerana konon masih pegang kuasa dalam semua jentera kerajaan dan media arus perdana, maka dapatlah nak jerat rakyat agar beralih arah daripada Tun dan lupa kain2 buruk yang mereka sua kepada rakyat?. Tak aci kan Tun, menyalahguna kuasa pengaruhi jentera kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengelak dari ditangkap dibicara, menutup lubang2 korupsi, penyalahguna kuasa dan penyelewengan. Tapi diakui pandai dia pandang kedepan, dia dah tanam ramai orang2 dia dalam semua jentera kerajaan, GLCs dan organisasi2 kecil dan besar dari luar dan dalam negara sehingga rakyat tak sedar. Bolehkah mereka sembunyi, larikan diri?
Tun, memang tak dinafi apa yang Tun lakukan sukar dan berbahaya tapi yakin pada pertolongan Allah, segala2nya dengan IzinNya. Semoga Allah berkati usaha2 Tun. Please take very good care, follow doctor’s order and Thank you Tun.
Sebagai Perdana Menteri beliau perlu kehadapan membersihkan dirinya daripada tuduhan dan dakwaan secara terbuka. Buktikan beliau tidak bersalah. Dalam isu Najib yang mempunyai wang yang amat besar dalam akaunnya yang diragui amat mudah sekali. Mana mungkin dia tidak ambil tahu berapa banyak wang dalam akaunnya tetapi boleh berbelanja besar. Kalau benar dia tidak tahu maka orang macam ini tidak layak menerajui kerajaan. Selagi dia tidak membersihkan dirinya daripada tuduhan yang ditujukan kepadanya, maka dia tidak boleh dipercayai. Perbezaan pendapat terhadap polisi masih dapat diterima tetapi pemimpin menipu dan mencuri tidak layak disokong.
Penyokong najib hanya terdiri daripada golongan yang mengejar kekayaan dan pengaruh seperti golongan yang disebut dalam surah al takathur.
Salam Tun,
Terima kasih Blogers Anti Rasuah, Cik Hajar lama dah sy tunggu bila nak masuk gelanggang, akhir nya tiba juga,
1.Tengok si gagap zahid hamidi kesian sungguh tak habis habis modal dia hari ini pasal DAP, pejam celik bijik mata nak atur ayat yg dihafal sebelum,
2.Mintak pengundi cina kembali kpd umnobnpas haprak tu, dah terlambat, mereka menunggu pru14 shj skrg ni,
3.Recod kekalahan terbesar menunggu, muntah darah semua umnobnpas,
4.Hari ni, saya bersumpah demi Allah, bukan main main, kenalan dari Klang baru kenal, pemuda umno, hard core gila babi punya org umno, baru keluar umno,
5.Saya hint sikit aje, chedet.com ada layan ke, dia cakap setiap hari, apa lagi terus ajak pegi kantin, segala cerita yg ada habis terbongkar,
5.Bayangkan macam org yg baru lepas penjara 40 tahun, semua dia menyesal itu lah ini lah, baru berpikir, baru sedar, macam saya dulu, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya,
6.Tun tak sia sia chedet.com, The best vacin untuk karat yang degil di kepala otak org umnobnpas,
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Even if billions were stolen under the ruling government, with the lies and cover ups, my water tap is running real slow these days under the opposition state government. Unlike it used to be. So if you asked me would I vote out the government for the opposition, then I would really have to think hard about it.
Assalamualaikum Tun.
Saya difahamkan program Semarak sememangnya dimulai dengan selawat ke atas Rasulullah saw, zikir dan doa.
Semalam alhamdulillah sistem bunyi bagus. Selawat, zikir dan doa amat jelas dan lantang.👍🏽👍🏽👍🏽
Saya ni nak kata baik, takdelah belajar rasmi pasal ilmu agama kecuali di sekolah rendah dan menengah sahaja. Sampai universiti pun, bila tiba masa amali sembahyang mayat, saya ponteng.
Nak kata tak baik pun, arwah toki saya kata saya baik sangat. Saya tak bengkeng (garang) – Sebenarnya saya sorokkan je bengkeng saya tu. Sebab takut tak terkawal (atau saya cuma perasan bengkeng je la).
Dan di suatu kesempatan, saya terpaksa berusaha menunjuk nunjuk yang saya ni bengkeng dengan membangkang suruhan mak saya di depan arwah dan anak lelaki sulungnya (pak sedara).
Dan tentulah arwah toki saya ni gelak dan tabik saya.
Akhirnya arwah toki saya mengaku yang saya ni bengkeng. Entah betul entah tidak saya pun tak tahu. Sebab saya tak pernah ada rekod jadi samseng. Malah tumbuk orang pun saya tak pernah. Pegang pisau pun tak betul kata arwah.
Kalau dilihat dalam politik sekarang, ada nampak gambar pemuda UMNO nampak macam samseng. Mata terjegil jegil. Jari tangan tertunjuk tunjuk.
Baju merah pun nampak garang. Tapi akhirnya, berkicap jugak. Apa tu orang panggil? Berkicap kan?
Armada Bersatu pun takdelah sado sangat. Malah yang pakai baju bersatu pun kurus kering, berkulit gelap. Tetapi tetap hadir memakai baju bersatu.
Saya sendiri pun segan segan pakai baju bersatu. Ye lah kita ni bukan orang politik. Tak biasa dengan orang ramai.
Tapi saya suka bermain permainan perang, menonton dan membaca kisah perang Islam.
Malah saya suka mendengar nyanyian, tarian yang terarah kepada mengingatkan kepada Allah swt. Ingat itu pada hati. Ingat itu pada jiwa.
Nyanyian itu bukan sekadar nasyid ye. Ia boleh jadi pop, balada, rap atau rock.
Dalam perang orang panggil ada paluan gendang perang. Saya suka mendengar gendang. Paluan paluan yang membangkitkan semangat jiwa dalaman.
Dan terdapat kisah di mana Sultan Muhammad al Fateh dapat menawan konstan..(yang telah dicuba oleh ramai orang) dengan melepasi gunung. Ia diikuti dengan paluan gendang.
Saya gemar dengan bunyi gendang.
Dan minta maaf jika saya tidak beradab semalam dengan tidak duduk tertib bilamana mendengar ucapan presiden dan naib presiden PPBM.
Bilamana kamu tidak bercakap benar, jujur kerana cinta kamu kepada Allah swt, tolong jangan bercakap dengan saya.
Omputih kata “talk to my hands”.
Terima kasih Tun.
Salam Tun
ada sedikit revise sy buat pada tajuk ini
https://nizombux.blog/2017/07/21/dap-dan-ketakutan-melayu/
Dan pada kawan2 budiman harap dapat tuan2 sebarkan jika boleh bg manfaat.
Terima kasih
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
1. Saya juga beranii berkata bahawasanya Peguam Negara (AG) TS Apandi bercakap bohong.
2. Seingat saya beliau ada (bergambar) menunjukkan “carta transaksi2 wang 1MDB yang akhirnya mengalir masuk ke akaun2 DSN” kepada khalayak ramai semasa PC mengenai keputusan ‘dungu lagi pelik’ beliau untuk tidak akan membuat apa-apa dakwaan terhadap PM Najib @ Ah Jib Gor kerana kononnya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.
3. Sesungguhnya AG akan dipersoalkan di alam kubur dan di akhirat mengenai salah-laku (pecah amanah) beliau yang menutup kesalahan besar DSN.
4. Rakyat yang bukan pakar dalam undang-undang pun tahu bahawa setiap transaksi ada rekod samada bertulis atau dalam bentuk ‘softcopy-online’. Penyata akaun bank juga jelas menunjukkan dari siapa wang diterima (akaun penerima). Takkanlah kesemua transaksi terbatal dan tidak boleh diguna pakai semata-mata kerana kononnya ada ‘Pak Arab’ yang menderma wang RM2.6 BILLION kepada DSN. Jika demikian, sesiapa saja boleh membuat perakuan bodoh ini memandangkan AG pun boleh terima pengakuan sebodoh ini.
5. Lagi satu alasan bodoh yang diterima oleh AG (untuk melepaskan DSN dari pendakwaan) ialah mengenai wang RM42 JUTA dari SRC Interntional yang masuk ke akaun DSN yang kononnya DSN tidak tahu sumbernya ialah dari SRCI. Tapi boleh pula dia menggunakan wang tersebut tanpa rasa bersalah. Dung* sangatkah DSN sehinggakan tidak tahu dari mana wang RM42 juta tersebut datang?
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Aslmmualaikum tun
Sy amat berbangga mempunyai pemimpin Seperti tun
…
Di sini Sy hairan Kenapa semua menuding jari Pada tun.
Apakah tun bersetuju membawa ppbm menumbangkan Umno..
Sy menyokong sepenuhnya perjuangan
Tun.. Untuk mengembalikan maruah negara yg sudah tercalar.
Insyaallah
Assalamualaikum Tun.
Alhamdulillah saya berkesempatan mendengar ucapan Datuk Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saya ingat Tun datang jugak tapi khabarnya Tun batuk batuk dan perlu berehat seminggu.
Akhir sekali saya mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin adalah di JB iaitu tidak lama selepas Tan Sri dilucutkan jawatan dan lama sebelum PPBM ditubuhkan.
Namun begitu, gaya ucapan Tan Sri semakin bagus dan menusuk ke jiwa pendengar. Kalau kata komen juri, “sampai dan tidak kelaut”, jika dibandingkan di JB tahun lepas.
Sebenarnya saya hanya berharap mendengar gaya ucapan yg biasa biasa sahaja dari Tan Sri, lagipun saya baru dapat khabar dari Datuk Mukhriz yang berucap bahawa Tun tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Maka saya cuma menunduk membelek telefon saya.
Tetapi dengan ayat bahawa PPBM belum sampai setahun, dah mengancam dan menakutkan – begitulah lebhih kurang maksud mukadimah ucapan Tan Sri, maka saya kembali mengangkat muka.
Namun saya kembali menunduk membelek telefon saya kerana sangkakan ia hanyalah setakat itu sahaja. Tetapi Tan Sri kembali menyambung, umur PPBM akan genap setahun pada September.
Nampak gayanya Tan Sri mengajuk tulisan saya.
Seperti saya katakan saya hanya menulis di sini.
Ucapan Tan Sri semalam mencapai tahap yang saya boleh katakan amat bagus 👍🏽👍🏽👍🏽 sekali.
Tun menjalankan urusniaga saya. Jika Tan Sri juga berminat menjalankan urusniaga saya, saya boleh tambahkan nilai lagi ke tahap yang lebih 👍🏽👍🏽👍🏽 memandangkan ucapan Tan Sri yang amat bersemangat itu menusuk ke jiwa pendengar.
Saya boleh katakan, tulisan saya jika dipraktikkan akan mempunyai pemberatnya. Ia perlu dilaksanakan dan lihatlah hadilnya. InsyaAllah.
Saya akan menulis lagi.
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Tun,
Saya bersetuju dengan kenyataan Mat Tandang:
Kalau bini tu puaka maka puaka lah suami itu,
Kalau isteri itu mulia maka mulia lah suami itu,
Saya ingin mencabar NAJIS RAZAK iaitu calunkan isteri dia ROSMAH PUAKA dalam PRU14 akan datang di satu parlimen di KL (gelanggang dianggap adil pada kedua-dua tokoh ini) berlawan dengan Tun Hasmah. Kita lihat siapa yang popular?
Saya cadangkan Putrajaya.
Saya yakin ROSMAH PUAKA akan hilang wang pertaruhan. Ada berani NAJIB DAYUS???
Jika Rosmah Puaka dapat mengalahkan Tun Hasmah saya sanggup berpuasa sebulan berturut-turut.
Wassalam.
Tun,
Bagaimana record perdana menteri Malaysia jadi sebegini hina Tun,
Saya mengambil contoh diri sendiri,
Tidak pernah seumur hidup saya hina perdana menteri secara penulisan sebegini,
Tapi utk kes najib dan haji hadi, persetan kan itu semua,
Tidak ada sentimental lagi pada pembuka kata,
Najib sudah melampaui batas,
Kenapa ckp rosmah kau dengar sgt, tgok apa sudah jadi, sudah terjebak dan tidak boleh undur balik,
Kalau bini tu puaka maka puaka lah suami itu,
Kalau isteri itu mulia maka mulia lah suami itu,
Pakistan prime minister Nawaj Sheriff ousted because of his involvement in Panama scandal…but Najis, whose scandal has been proved in black & white still roaming freely and as prime minister of malaysia.
Pakistan is better than Malaysia in this case.
Assalamualaikum Tun.
Jika benar kajian Rafizi yang dinyatakan oleh milshah maka di Semenanjung Malaysia pasti berlaku tsunami yang mana BN akan tumbang pada PRU14 kelak, insya Allah.
Faktor kekalahan BN di Sarawak dan Sabah???
Pengamatan saya jika rakyat di Sabah mahupun di Sarawak memahami apapun parti selain BN yang memerintah, mereka mesti faham Pakatan Harapan akan tetap terus membantu mereka dengan kemajuan pada masa hadapan. Ini pasti kerana mereka akan tetap mahu memenangi hati penggundi di sana agar masa depan mereka akan terus terjamin.
Atas faktor lain, tidak mustahil ramai ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak akan melompat ke Pakatan Harapan kerana cengkaman NAJIS SUDAH BERAKHIR.
Wassalam Tun
Tun,
PRU13, najib menang hasil kerana budi bicara dan belas ihsan Tun shj,
Tapi PRU14 ni pandai pandai lah kau najib bawak diri,
Tun sudah all out skrg,
Kemenangan pd HARAPAN skrg,
Betul kata rakan blogers, kita kena pagar setiap sempadan, setiap air port, bank transaction, hartanah dan sebagainya, mungkin di bawa lari oleh najib dan kroni,
Kedutaan kedutaan di minta kunci pagar masing masing takut ada yg cuba mencari suaka politik utk diri masing masing,
Bermula pukul 6ptg, selepas tamat hari mengundi ketika itu,
Jika didapati ada jet peribadi cuba keluar dr negara ini pihak tentera udara kami minta tolong pantau dgn jet pejuang,
Malam kiraan undi ada lah penentu segala gala nya,
Sukarelawan HARAPAN akan turut serta dlm truck ketika prosess kutipan peti undi,
Ini yg paling penting sekali,
Jangan jadi kes mcm di Sarawak, peti undi tenggelam dlm sungai krn bot karam,
Apa ke jadah nya jenis bot itu, bwk peti undi pun boleh tenggelam,
Minta tolong pd Tentera Laut, mrk ada bot terbaik,
Undi pos lagi kena pantau, nanti tiba tiba beranak pulak kertas undi tu,
Beranak keluar ikut mana, dari buntut najib dan ahli kabinet umnobnpas lah,
Tun boleh baiki semua,
Jangan ada perasaan ragu ragu geng blogers semua.
Tun dan team HARAPAN semua bersemangat untuk memulih semula negara kita ini.
Perancangan pemulihan semula ekonomi dari pakar pakar ekonomi sudah dibicara dan rakyat boleh faham.
Pakar ekonomi memang ramai di kalangan HARAPAN, memang layak mentadbir, bukan macam ahli kabinet menteri cap tahi ayam candu umnobnpas,
Pas lagi tak guna parti lalang penjilat najib dan koncu koncu,
Mohon penyokong Pas undi lah HARAPAN, Jgn celaru atau kacau undi,
Jika undi berpecah, makna nya penyokong Pas masih ketagih air kopi bercampur tahi ayam candu buatan najib,
Dedak yg hina itu bukan mainan penyokong Pas,
Itu utk kroni kroni kelas atasan shj,
Penyokong low class najib tidak layak utk dedak, hanya layak sy ulangi hanya layak minum air kopi campur tahi ayam candu shj,
Begitu lah hina nya penyokong najib pd mata rakyat Malaysia,
Jangan terjebak dgn haji hadi yg mulut semakin pink tu, bijik butir kata kata pun sudah susah nak faham jangan sampai tahap tak boleh bercakap mcm ustat ashari alarqam tu sudah, kena panggil translator pulak untuk wakil bercakap.
Salam Tun,
Blogers semua,
1.Bila regu dah serasi sangat, sorang tukang curik sorang tukang cover, elok sangat, boleh jadi World champion, dan sudah jadi pun, pencurik terhebat didunia.
2.Curik depan mata pun, boleh buat silap mata. Abracadabra… Dari mana dtg hasil dari negara no name… Seluruh 40 penyamun setuju… Bangang betul
3.Kalau ikut cerita ketua penyamun mati mata celik… Mati dlm Imam kata nya… Disetuju pulak oleh pak lebai hijau… Ketika talkin…
4.Nasib …nasib begini sudah nya Carita… Malang betul…
Assalamualaikum wbt Tun.
Tibai Tun tibai, kata Oghang Kedah. Gasak Tun gasak, kata Orang Saghawak. Hantam Tun hantam, kata Urang Sempurna. Gomo Tun gomo kata Ore Klate.
(2) Great Tun. Terus tibai. Gasak terus. Terus hantam. Gomo sungguh2. Tun boleh meneraju utk mengubah!
(3) Felda ada isu di hati peserta yg boleh ditibai – Najib MO1 penyamun penyebab pendapatan peserta terjejas. Dlm Felda dia terus kekalkan para penyamun utk terus samun. Masa depan peneroka Felda terkoteng-koteng jika Najib MO1 terus bermaharajalela.
(4) Polis dan tentera ada isu yg boleh digomo. Depa mengadai nyawa, berdarah, bernanah berkeringat mempertahankan setiap
inci tanah Negara – Najib MO1 penderhaka jual utk kepentingan sendiri. Sg Besi, TRX dsb dia jual. Polis dan tentera terus hidup bermandi keringat, Najib MO1 n the geng yg sedap2.
(5) Penjawat awam ada isu utk depa harus rasa malu – adakah patut cukaiGST dikenakan pd rakyat ie ibu bapa sanak sdra sendiri utk bayar gaji depa sedang Najib MO1 jahat seronok amal rasuah bangkrapkan Negara. Paling memalukan, profesionalisma penjawat awam Najib MO1 sudah ketepikan dan diganti dgn kucu2 perosak.
(6) Rakyat secara umum sudah dikhianati dgn tadbir urus semberono. Berbohong, menipu, mencuri, menyamun dan menyangak kian jadi ciri2 urus tadbir Negara. Akibatnya sara hidup terus meningkat. Peluang kerjaya tidak berkembang. Ekonomi Negara kian malap. Rakyat kian susah. Kita kian dimalukan dan semakin kerdil di peringkat antarabangsa biarpun oleh Indinesia, Thai dan Filipina.
(7) But most important Tun, apakah HARAPAN dan DI MANA HARAPAN utk rakyat semua? Mengumban Najib MO1 ke dalam Penjara bukanlah HARAPAN rakyat. Itu hanya “apa yg rakyat hendak lihat”. Merampas harta tipu dan samun Najib MO1 bukanlah HARAPAN rakyat. Itu sekadar “balasan padan muka”. Benar, “reformasi institusi dan nilai” adalah harapan yg dicari2 oleh golongan muda dan professional. Itu kena diperincikan. Bagi rakyat jelata – tunduk pd “nilai2 dan pengurusan Islam” adalah yg sedang ditunggu2. Kita mesti kental dan benar dlm “menerap dan mengamal nilai2 Islam” pd PH dan Negara. PH esp Bersatu kena tunjukkan dan amalkan nilai2 itu.
(8) Ayuh Tun, dlm menibai, jelaskanlah HARAPAN. Jgn dok asyik gasak, hantam dan gomo, tetapi rakyat pulang dgn penuh tanda tanya, apa PH akan buat dan kita rakyat dapat?
Tun Boleh. Msia Boleh. Rakyat Boleh. Kita Boleh! Najib MO1 boleh pi dah!!!
AG surely lied.
If the donation of USD $681million is genuinely a political contribution for UMNO, why does it has to be transferred into MO1 personal bank account instead of UMNO’s account?
Simple, because Tan Sri Muhyiddin, and many other second liners are Tun’s man.
MO1 doesn’t want the money to be exposed in UMNO, MO1 doesn’t want Tun’s men to access to the “hard-earned” cash to win seats. MO1 wants full control; he wants his and only his men win all seats in UMNO.
When MO1 is stable, she can buy more pink diamonds.
Salam Tun.
1. Allah s. w. t tuhan agama Islam bersifat tunggal telah menjadikan manusia awal berdua atau berpasangan iaitu Adam dan Hawa.
2. Bersifat tunggal supaya kuasanya tidak terbahagi. Manakala berdua berpasangan lelaki dan wanita akan beranak pinak.
3. Sifat manusia begini yang di pasangkan turut di terjemahkan kepada sifat berlawanan. Contohnya baik lawannya buruk dan sebagainya.
4. Semuanya boleh menjadi pilihan kepada makhluk ciptaannya. Dalam memilih yang benar atau salah kita perlulah selidiki perkara tersebut.
5. Untuk memilih seorang berkecuali mestilah kita siasat latar belakangnya. Malah seorang berkecuali tidak boleh bercampor gaul atau pernah bersama dengan orang yang hendak di adili.
6. Bila ada yang tidak kena dengan seorang pendakwaraya yang kata putusnya berlawanan dengan pendakwaraya asing atau pemahaman undang-undang negara maka rasa sangsi terjelma.
7. Bila dapat tahu AG ini pernah menjadi Bendahari UMNO Kelantan dan Peguam UMNO Kelantan pada 21 Mei 2010 , fahamlah Rimba Emas makna kepada BERKECUALI.
8. Agaknya telah terlepas pandang pihak DYMM Agong untuk sangsi latar belakangnya dengan PM sebagai penasihat.
9. Malah seorang Pendakwaraya telah di wartakan dalam undang-undang tidak boleh atau ada hubungan dalam majlis mesra supaya tidak timbul syak wasangka kepada rakyat bila menjadi Hakim dalam perbicaraan.
10. Bila kita sudah tahu bermakna kita kena ubah kepada KEBENARAN supaya memilih dengan betul satu amalan kebaikan kita di dunia untuk di bawa ke akhirat nanti.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum Tun.
Sejak akhir akhir ini, kelihatan pembesar politik UMNO terasa terancam dengan Tun Mahathir dan keupayaan gagasan PPBM dan Pakatan Harapan.
Apandi AG mungkin bukan seorang yang pandai menilai suasana politik semasa. Maka berkatalah dia, dia tidak takut pada Tun Mahathir, tapi cuma takut pada Allah swt.
Seperti saya katakan, kejadian yang memberangsangkan ini akan berlaku dalam tempoh setahun PPBM ditubuhkan (PPBM semakin menghampiri umur setahun). InsyaAllah dan Alhamdulillah.
Tun sedang menjalankan urusniaga saya.
Berhati hatilah Apandi AG, Zahid Hamidi dan sekalian pembesar UMNO. Telah menjadi sejarah Pak Lah melepaskan secara rela hati berkat arwah alim susun galur Abdullah Fahim.
Seperti Tun katakan. Walau orang tak suruh, saya (Tun Mahathir) akan buat.
Apandi AG, Apandi AG.
Terima kasih Tun.
Perbelahan Melayu akan berlaku jika tidak berhati hati
Najib punca angkara
Punca Celaka yg bakal mengugat Malaysia
Tun Mahathir mendirikan BERSATU bukan untuk tumpaskan UMNO
Tetapi demi Kebenaran , demi Kepentigan Malaysia
Kerana Najiblah dalang yg UMNO sekarang begitu Bodoh membodek Najib membabi buta
Jangan kerana Nila setitik rosak Susu sebelangga
Salam tun
Saya ada satu pendapat ber kenaan pas
https://nizombux.blog/2017/07/23/pas-bukan-parti-piihan-jika-bersendirian/
Harap tun dapat nilai
Terima kasih
Assalamualaikum Tun,
Bercakap dengan perkara lain, Rafizi telah membuat satu kajian survey berkenaan sokongan orang Melayu. Yang menariknya sokongan Melayu terhadap Harapan dan UMNO adalah lebih kurang sama iaitu Harapan 36% dan UMNO 35%. PAS pula mendapat 15% sokongan Melayu. Manakala kelompok atas pagar adalah 15%.
Kajian Rafizi ini sebenarnya menguatkan jangkaan kita selama ini. PAS sedikit sebanyak telah memecahkan undi Harapan sebanyak 15%. Walaupun PAS berjaya memecahkan undi Harapan, dengan sokongan 15%, mustahil PAS akan memenangi sebarang kerusi. Dengan undi Melayu pun 15%, apatah lagi undi orang bukan Melayu dengan RUU 355 yang tengelam timbul di Parlimen (Saya jangkakan RUU 355 akan dibentangkan tetapi tidak didebatkan di hari akhir Parlimen bersidang).
PAS nampaknya akan kalah teruk dalam PRU 14. Saya dapat bayangkan kenyataan sesetengah pemimpin PAS, “Ini ketentuan Ilahi, kita terima dengan redha”.
Dengan Harapan 36% dan UMNO 35%, nampaknya antara Harapan dan UMNO, sokongan Melayu adalah 50-50. Ini bermakna sokongan Melayu telah terbahagi 2. Walaupun begitu, kelebihan adalah kepada Harapan, sebab selain sokongan Melayu, Harapan juga ada sokongan orang bukan Melayu.
Saya teringat PRU 13, di mana strategi Pakatan Rakyat ketika itu adalah memecahkan undi Melayu, dan orang bukan Melayu menjadi “king maker”.
Walaubagaimanapun strategi ini gagal kerana orang Melayu tetap sokong UMNO disebabkan Tun dan tiada skandal 1MDB ketika itu. Kali ini UMNO tiada lagi Tun untuk membantu mendapatkan sokongan orang Melayu, bahkan Tun lah yang menerajui Harapan untuk menumbangkan UMNO.
Melihat keadaan ini, dalam worst case scenario pun, kalau tiada “Malay tsunami”, asalkan Harapan dapat paling minima separuh sokongan Melayu dan 100% sokongan bukan Melayu, Harapan akan tetap menang.
Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya Harapan usahakan juga untuk dapatkan “Malay tsunami” dan pengundi atas pagar.
Nampaknya perjalanan Harapan ke Putrajaya berjalan lancar. Teruskan mara ke hadapan! Alhamdulillah.
As Salam Tun,
Didoakan semoga sihat hendaknya.
AG dilantik oleh DYMM Agung dengan nasihat Perdana Menteri.
Kesetiaan AG seharusnya kepada Negara kerana lantikan oleh DYMM Agung dan bukan sokong secara peribadi ke atas Najib.
BN dan Najib lebih banyak melalut diluar daripada di dalam.
Sekiranya isu 1MDB/SRC ini tidak dibahaskan di Parlimen, di mana lagi dan ada cadangan supaya AG datang ke parlimen untuk menerangkan kenapa beliau mendapati tiada kes ke atas Najib.
Kesemua penjelasan Kerajaan kini adalah alasan murahan dan tidak disokong dengan bukti bukti untuk menjawab pihak Pakatan Harapan dan memberi keyakinan kepada Rakyat Malaysia.
Keputusan membelanjakan RM1.59b mungkin membenarkan cadangan Tun bahawa Cash Is King itu benar dan mari kita lihat bagaimana warga Felda yg menerima imbuhan ini respon di dalam pilihanraya nanti.
Adakah nilai Rakyat Malaysia semurah itu atau Bangsa Melayu akan bangun untuk mendefinasikan semula erti kemerdekaan dengan menolak Kerajan Kleptokrasi.
Wallahualam.
Assalamualaikum, Tun.
Apa yang berlaku sekarang ialah Pendakwa (AG) dipandang bertindak secara pilih-kasih, di bawah “arahan” pemimpin. Gejala kurang sihat ini diwaris sejak era kepemimpinan dulu.
Malaysia perlu beralih ke ciri gemilang kepemimpinan Tunku atau Tun Hussein Oon, di mana nilai-nilai akhlak yang tinggi diamalkan dan kepentingan ibu pertiwi sentiasa diberi keutamaan.