ZAHID HAMIDI

1. Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka.

2. Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya.

3. Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu.

4. Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka.

5. Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.

6. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.

7. Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.

8. Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

9. Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

10. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak.

29 thoughts on “ZAHID HAMIDI”

  1. Assalamualaikum,

    Bila dah kehabisan modal, politikus murahan ini memainkan sentimen bangsa. Apa hinanya Tun M anak mamak. Saya sendiri pun teringin nak bernikah dengan anak mami keturunan India asalkan cantik jasmani dan rohaninya.

    Dimana mulianya pendatang Indonesia ini sehingga menjadi sombong dan bongkak menghina keturunan orang walhal diri sendiri adalah pengkhianat bergelimang tahi.

  2. Aduhhhh ….aduhhh duh duh duh…

    ZAHID DAH MELENTING DLM tv3 CABAR NAK SUMPAH QURAN PULAKKK..
    ORG MCM ZAHID NI TAK PERCAYA QURAN…
    BUAT APA SUMPAH QURAN..
    BAWA KES KE MAHKAMAH SAJA LAH..
    SENANG SIKIT..
    BIAR TERBURAI SEMUA KISAH MACAM MANA DIA MASUK MALAYSIA, MACAMANA DIA TUMBUK BF ANAK DIA, MACAMANA DIA OFFER [ RASUAH] BUDAK TU SUPAYA JANGAN REPORT POLIS…

    AH AH AH AH..

    SATU BOHONG NAK COVER BOHONG TERDAHULU…BOHONG DULU, KINI DAN SELAMA2NYA..

  3. Assalamualaikum, Tun.

    Itulah masalah dengan kaum Melayu di atas bumi ini. Nampaknya ramai yang mahukan diri diklasifikasikan Melayu, untuk menikmati segala-gala keistimewaan yang diberi.

    Identiti kaum sepatutnya berdasarkan kepada kenenekmoyangan, dan bukannya agama. Pengabaian kenenekmoyangan, demi identiti Melayu, merupakan satu penghinaan dan pengkhianatan.

  4. Assalam Yg Bhg Tun,

    Akhbar2 hari ini Berita Harian, NST dan Utusan menyiarkan besar2an penjelasan Zahid yang mengatakan bahawa Tun berbohong tentang pertemuan nya dgn Tun tentang rancangannya untuk menjatuhkan Najib. Dia terlalu marah kpd Tun. Zahid marah kerana statement Tun membahayakan cita2 carriernya, taat setianya kepada Najib dan seterusnya untuk menjadi MO1.

    Selama 500 tahun masyarakat Melayu di jajah oleh penjajah. Pemikiran Melayu UMNO sentiasa kaku, jumud dan PBT. Zahid sepatutnya sedar dari dahulu lagi bahawa dirinya hanyalah sebagai ‘buffer’ atau pengganti sementara sahaja bagi menggantikan kekosongan segera selepas Tan Sri Muhyiddin dipecat oleh MO1. Dia sepatutnya melihat samada dirinya calon yang paling rapat atau layak untuk menjadi MO1 selepas Najib nanti sekiranya UMNOBN berjaya didalam PRU14. Saya berpendapat tidak. Najib akan melepaskan jawatannya sebagai MO1 hanya kepada sepupunya Dato’ Hishamudin. Jawatan MO1 itu hanya akan dilepaskan kepada orang yang paling rapat dan dipercayainya untuk menutup segala rahsia mafia yang ujud.

    Sekiranya UMNOBN berjaya didalam PRU nanti, Datuk Zahid akan dipecat sebagai mana mudahnya mereka memecat Tan Sri Muhyiddin, Datuk Shafie Apdal, AG Ghani Patail etc. Semua Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi akan bersetuju sahaja dengan pemecatan itu. Apabila ditanya kepada mereka adakah patut Datuk Zahid dipecat, mereka akan mejawab “cash is king”. Apabila ditanya lagi mengapa Datuk Zahid dipecat, mereka akan menjawab “cash is king”. Jika ditanya lagi siapa yang akan menggantikan Datuk Zahid, mereka akan menjawab “cash is king”….

    Ataupun Zahid baru tersedar akan scenario yang bakal akan berlaku ini. Seolah baru tersedar dari lena tidor dan terus mengigau mamak kutty. Melompat sana sini menyebut mamak kutty.

    Wassallam Tun.

  5. Assalam Tun…

    Dolu2 itu capa nama …ooyaaa A. Zaheed komidi, atak bilang dia sendili atak yumpa itu laja alab kasik wang sama itu Najib!
    Balakang itu A. Zaheed komidi bilang, “soli lu suma silap dinga, gua bilang yumpa wakil laja alab, bukan laja alab!”
    “lu olang suka bikin mohong!!!”

  6. Assalamualaikum wbt Tun.

    First thing first, semua kena insaf dan sedar, LKS ka, Samy Vellu ka, Zahid Hamidi ka, Tun ka, Najib MO1 ka, kita asalnya mulia2 belaka. Kita asal dari Adam AS dan Hawa.

    (2) Dgn edaran masa dan keadaan, jadilah kita sebagaimananya kita kini. Itulah proses Evolusi. Zahid lupa dan silap. Biarkan dia.

    (3) Menghina Tun, ada hikmahnya. Hikmah sebab Tun sudah berjasa besar pd Melayu, Islam dan Negara. Zahid, apa ada? Jadi menghina Tun, mendatangkan rasa marah Melayu kpd Zahid, sebab biadap pd orang tua yg berjasa besar. Patut ada pakar debat tentang Melayu dan Islam dlm PH yg dapat balun Zahid dgn bab tatatusila dan adap Melayu dan Islam. Melayu tok tok pasti tersentuh jika sikap biadap Zahid dll dapat diketengahkan dgn hebat.

    (4) Zahid mengaku asal Diponegoro. Itu tanah Jawa beradap halus dan luhur. Zahid khianati adat darah dagingnya dgn bersikap biadap dgn orang tua berjasa. Jawa beradap tidak sebegitu. Dia In Shaa Allah akan khuwalat!

    (5) Kempen PH masih sangat menumpu kpd isu2 besar Negara. Itu baik utk 30-40% pengundi. Sekitar 60-70% pengundi mereka hanya peduli bab susah senang hidup mereka. PH patut dapat garap dgn hebat utk menjelaskan cara mudah utk kaitan isu besar dgn susah senang kehidupan masa depan rakyat. Setakat kata Najib MO1 berhutang besar, rakyat kena GST belum menusuk ke kalbu mereka utk bangkit menolak Najib MO1. Carilah dan pasti ada cara utk menembusi hati nurani rakyat agar mereka “marah” kpd Najib MO1.

    (6) Now PAS kata, mereka nak solo. Mereka tak sokong UMNO. Mereka tak sokong PH. Mereka nak solo. Solo utk jadi King Maker. Tak apalah. Itu strategi politik mereka. Tapi saya yakin, mereka betul boleh jadi King Maker. Contoh jika PH menang tipis, maka antara PH dan BN yg akan bentuk Kerajaan, pasti PAS akan jadi King Maker utk tentukan siapa bentuk Kjaan. PAS akan hanya dokong siapa yg “boleh beri jaminan akan menuruti dasar dan tujuan PAS”. Sikap PAS itu logik dan strategik. Hebat. Saya tabik.

    (7) Jika andaian saya betul, maka PAS akan berjaya. Jika PAS berjaya, PH akan sakit. Najib MO1 akan membawa Negara ke jurang lebih parah, melainkan dia berubah. Maka agar PH tidak sakit, PH mesti boleh dilihat lebih baik dari PAS dan UMNO. PH esp Bersatu mesti dilihat dan dirasakan jauh lebih hebat dan berwibawa dari PAS dan UMNO @ BB. Saya berkira let do one, but we take two. Kita pukul PAS, dlm masa sama kita tumbangkan UMNO. PH kena forcefully sounding utk laksanakan pengurusan Universal Good Governance berteraskan Islam yg menjurus kpd Amanah, Adil dan Berwibawa. Good governance adalah kelemahan UMNO. Menjurus kpd Islam adalah asas PAS. Maka betullah, Reformasi Nilai dan Institusi kena ada dan diperjelaskan dgn baik2. Soal2 kaum, mesti dilihat dari sudut utk hidup rukun dan makmur bersama spt Allah kehendaki. Rakyat mesti dibela dan dijaga secara Amanah, Adil dan Berwibawa. Rakyat mesti dilihat dan layani sebagai Mahluk Allah yg mesti diurus dgn sebaik2nya. Semua mesti mendapat peluang utk menyerlahkan bakat dan keupayaan masing2. Semua mesti diberi peluang terbaik. Nilai2 murni hidup kena diperkukuh dan diluas amalkan. Professionalisma kena diamalkan.

    (8) Tun, sudah dekat masanya pengundi dibawa berfikir tentang masa depan mereka. Mereka harus diajak utk berfikir dan bukan terus seronok mendengar hujah2 menibai. Rakyat kena berfikir, baru
    mereka berubah. Bertepuk bersorak tidak mengubah fikiran rakyat. Tepuk sorak hanyalah mainan yg mudah dineutralise oleh siapa yg hebat berpidato.

    Ayuh Tun. Kita kukuhkan strategi perang kita. In Shaa Allah Tun Boleh. Malaysia Boleh. Rakyat Boleh. Kita Boleh!

  7. Tun,
    Assalamualaikum. Semoga Tun berdua sentiasa diLindungi dan diberkati Allah SWT. Kepada Najib dan pengikut-pengikut jahilnya, suatu hari (insya’ Allah tak lama lagi) , rasakan keperitan hidup dengan sebab kejahilan kamu semua. Berubah lah sebelum terlambat. Jika ada kesilapan atau kesalahan Tun semasa Tun menjadi PM dahulu, saya dengan seikhlas hati maafkan Tun. Jasa Tun kepada agama, bangsa dan negara terlalu banyak untuk kami kira. Dan ramai juga diantara kami memahami bahawa dalam politik kita tak boleh lurus sangat. Terima kasih kerana Tun terus berjuang untuk kami dan anak cucu kami. Berjihad tak semestinya atas tikar sejadah sahaja.

  8. Dr Tun Mahathir Mohamed
    Ewah ….ewah
    Tun apa Degree Tun ?

    Yang teramat Mulia
    Dr Najib Razak & Dr Zahid Zamidi
    Alamak macam Sumbang je
    Macam kera kena belacan

  9. Ternyata Zahid Zamidi Malaysia Deputy Prime Minister is also another Clown.Very Childish Act of defaming Tun Mahathir of his race .

    Very Kebudak budakan
    Ternyata serupa Najib mereka berdua tidak layak bukan sahaja sebagai PM atau DPM .Jadi Che Gu sekolah pun tak layak .Adakan budak budak bikin bahan ketawa.
    Zahid…macamana nak jadi PM.Sikit je dugaan dah meragau .

    Dah jangan nak mimpi.Ikut kami aje bawa mendera PRIBUMI bila PRU kelak .Kau sama Najib bolih kedepan bawa bendera Kami ikut belakang .Bawa bendera je tau , jangan nak beranggan

  10. The Indon is very smart, he use the tactic commonly used by the opposition to attack Tun. He dropped a bomb by saying that Tun’s real name is Mahathir a/l Iskandar Kutty. The doubt he cast in everybody’s mind is hard to erase as this is the first impression. All subsequent clarifications and explanations would not be able to command the attention of a front page daily. Thus, the Indon wins round one.

  11. Salam Tun,
    1.Kalau dizaman samurai dulu, saya rasa dalam keadaan yang amat memalukan ini, sudah ambik pedang pendek dan mulakan upacara bunuh diri yang sangat terkenal itu.
    2.Tapi sudah sedia kah zahid hamidi, untuk upacara ini.
    3.Sampai masa nya sudah, zahid hamidi wajib undur diri, kerana diri nya sendiri sudah dipermain main kan orang. Kemas kemas kan meja dan berambuss

  12. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Izinkan saya ketawa dahulu (kah..kah…kah…) kerana berasa amat geli hati sebab ada pihak yang percaya kepada fitnah ‘nama sebenar’ (‘real name’) Tun seperti yang dikhabarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi baru-baru ini (saya sengaja tulis YAB di hadapan nama beliau atas sebab-sebab tertentu) .

    2. Isu ini sebenarnya isu lapuk yang telah sekian lama digembar-gemburkan (untuk memburuk-burukkan Tun) oleh pihak Pembangkang dan golongan yang memusuhi Tun semasa Tun masih lagi di dalam UMNO. Saya sudah periksa/baca beberapa artikel lama berkenaan fitnah/isu ini sebelun isu lapuk ini digunakan pula oleh rejim Najib.

    3. Tetapi amat melucukan dan nampak teramat bodoh sekali sebab YAB TPM sendiri boleh LUPA bahawa nama ayah Tun ialah ‘Mohamad’, dan bukannya ‘Iskandar Kutty’. ‘Iskandar’ ialah nama datuk Tun. Beliau memang India Muslim (berasal dari India) dan telah berkahwin dengan wanita Melayu dan lahirlah ayah Tun yang bernama ‘Mohamad Bin Iskandar’. Sia-sia sajalah YAB TPM kita ini ada gelaran ‘DR.’ (Ph.D), tetapi amat cuai dan pelupa tentang FAKTA ini.

    4. Ayah Tun juga turut berkahwin dengan seorang wanita Melayu jati (ibu Tun) dari Kedah.

    5. Jadi Tun lebih banyak darah Melayu, dan secara automatik Tun memanglah orang Melayu (juga berdasarkan definisi ‘Melayu’ dalam Perlembagaan) yang ada sedikit darah campuran/keturunan India Muslim. Namun ada golongan jahil yang kata Tun ialah seorang India Muslim. Alahai…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  13. Tun never hides his identity. It was UMNO that hide Tun’s identity.

    Tun has revealed his Indian heritage many years ago, even openly stated in his memoir: “A Doctor in the House.”

    Every time Tun admitted into Institut Jantung Negara (IJN), Tun has been consistently used his real name, there is nothing to hide.

    All Prime Ministers of Malaysia are mixed blooded; Thai, Bugis, Turkey, Chinese, Indian, none of them are pure Malays. It doesn’t matter.

    Tun has an official name, and an official birthday, but none of those are his.

    So does it matter what Tun’s real name or birthday or race is? It doesn’t matter.

    What’s matter most is what else is UMNO hiding?

  14. Assalamualakum Tun,

    Zahid membawa isu ic Tun telah dibalas dengan dua isu Zahid berkenaan pertemuan sulit Zahid bertemu dengan Tun untuk mendapakan persetujuan menggantikan Najib sebagai PM, dan kedua duit dalam akaun Zahid sebanyak RM230 juta.

    Meminjam kata-kata Pak Him dari Perkasa, dalam berpolitik kalau nak tembak pastikan peluru bukanlah peluru kapur. Ternyata isu ic Tun adalah peluru kapur dan dipatahkan masa-masak begitu sahaja. Rakyat begitu marahkan Zahid sebab isu ic ini ditimbulkan.

    Manakala, isu Zahid pula, nampaknya bukanlah peluru kapur, bukan satu peluru tapi dua peluru. Bagi mereka yang mempersoalkan mengapa Tun tidak ambil tindakan mendapat tahu RM230 juta dalam akaun, janganlah mudah melatah. Sabar. Saya pasti ada sebab-sebabnya. Kalau dalam catur, ini baru ‘opening move’.

    Nampak selepas ini ada lagi ke menteri-menteri yang akan masuk gelangang? Semua rahsia mereka Tun tahu, insyaAllah. Mungkin kalau mereka diam, Tun yang mereka kata “baling batu kaca takkan pecah ini” takkan serang mereka.

    Wallahualam.

  15. Apa salahnya Tun dari keturunan India. Tun hebat, disanjung, dicontohi, berjasa, otak geligat, tak pernah menganinaya rakyat sehingga sekarang. Sila bacalah asal usul orang kita ini. Buat lawatan Muzium di London, faham asal usul kita. Rantau Asia tenggara pernah diperintah oleh orang India (Empayar Srivijaya, Champa, Funan, Majapahit, Sailendra banyak lagi). Jangan hidup dalam keadaan “Syok Sendiri”. Ramai penerima hadiah nobel dari keturunan India. Penuh dengan gelaran-gelaran yang memalukan. Menyerang peribadi seseorang di khalayak orang mencerminkan kelemahan sendiri. Jawablah tuduhan Tun dengan fakta. Kalau perkara ini berterusan generasi akan datang meludah kat kita.

  16. apabila seorang bayi dilahirkan, bayi itu tidak meminta dilahirkan sebagai melayu, cina, india atau lain-lain, sejak kelahiran sehingga membesar dalam suasana persekitaran yang amat berbeza, sebagai manusia, kita harus ingat beberapa perkara… lahir sebagai melayu bukan satu keistimewaan, lahir sebagai india bukan satu malapetaka, ianya bergantung kepada geo politik, struktur sosial di sesebuah negara, kalau dulu hamba yang dibawa dari afrika ke amerika untuk bekerja, adakah perlu mereka kekal sebagai hamba selama lamanya ? perubahan sedang berlaku. cuma status agama, kaum, bangsa membeza bezakan kita semua. mungkin kita lahir sebagai melayu dan menikmati beberapa kelebihan masa kini…tetapi adakah itu membuat kita ingin menindas kaum lain dengan gelaran pendatang dan sebagainya ? sebagai manusia mempunyai tamadun, agama, kebudayaan kita seharusnya menghormati manusia lain tanpa mengira asal usul mereka… adakah malaysia akan berada dalam keadaan sekarang sekiranya migran cina dan india tidak menyumbang ke arah pembangunan negara. memanglah nenek moyang mereka dibawa british bagi mengerjakan tanah melayu ketika itu, tetapi adakah sumbangan dan jasa mereka terus dilupakan ataupun generasi kini masih dianggap sebagai kaum pendatang ? apa kah bangsa malaysia tidak akan wujud ? adakah ianya kekal sebagai melayu, cina, india dan lain lain ? sebagai negara merdeka sejak 1957, negara ini gagal dalam usaha membina negara bangsa…gagal kerana selepas 60 tahun kaum, agama masih menjadi elemen pertikaian utama berbanding indonesia… cuma saya memohon selepas ini bersikap adil lah, biar kita menjadi sebuah negara yang menjadi contoh dalam membina negara bangsa…amin

  17. “9. Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.”

    RM 230juta !!! Saya percaya ramai terkejut :-O

    Persoalannya kenapa Tun tidak buat enquiry dengan lebih serius menyiasat perolehan harta luarbiasa oleh ahli-ahli politik dan pentadbir pentadbir kerajaan? Apa tindakan Tun masa itu terhadap mereka yang mempunyai harta karun luarbiasa ini? Jelas hari ini mereka telah terlepas (lolos).

    Ini baru harta seorang ahli politik. Bagaimana dengann yang lain-lain? Bagaimana pula dengan ahli korporat, ahli perniagaan yang mengambil keuntungan luarbiasa?

    Sementara rakyat hidup dalam kesusahan, tertindas dalam mengharungi kehidupan seharian terutama orang susah di kampung, dibandar dan bumiputra yang terpingir, terdapat ahli politik dan pentadbir kerajaan hidup dalam kesenangan luarbiasa dengan mengaut harta seberapa banyak yang boleh.

    Tun, hari ini kita baca dalam berita, orang sanggup membunuh diri semata-mata untuk melepaskan diri dari kesempitan hidup dengan meninggalkan keluarga dan anak-anak yang ramai mewarisi kesusahan, kesusahan mereka mendapatkan pekerjaan, kesusahan mendapatkan makan minum, tempat tinggal dan pakaian. Walaupun dalam negara hari ini terdapat projek-projek bernilai berpuluh bilion ringgit yang memerlukan tenaga kerja yang ramai, tetapi rakyat tempatan dipinggir dari meyertai peluang pekerjaan ini. Sebaliknya orang luar pula dibawa masuk untuk mengisi pekerjaan yang tentu nya membawa pulangan kewangan yang lumayan kepada agent-agent pekerjaan. Ini dburukkan pula majikan asing yang memilih sesuatu kaum sahaja untuk mengisi pekerjaan mereka tanpa ada kawalan oleh kementerian yang bertanggungjawab. Kegilaan apakah ini?

    Inilah masalahnya yang berlaku dalam pentadbiran BN. Pengumpulan harta luarbiasa sudah menjadi lumrah dan ia nya menular ke hari ini oleh sesiapa sahaja yang berada dalam lingkaran pimpinan kerajaan, parti sokongan kerajaan dan badan badan korporat dan lain-lain. Bukan sahaja BN, ia nya juga berkemungkinan boleh berlaku kepada mana-mana kepimpinan akan datang selain BN sekiranya matlamat mereka sama.

    Kes rasuah, pengambilan harta awam berjuta-juta berlaku sewenang-wenangnya. Saya percaya, sekiranya pemerintahan dari dulu lagi buat kerja dengan betul dan tepat untuk rakyat, negara, untuk bumiputra, mereka sepatutnya telah melakukan pembersihan besar-besaran dari awal lagi. Saya pasti dengan pembersihan itu, kemelut yang melanda negara hari ini tidak berlaku. Masalah rasuah, “kleptocrazy” dapat dikurangkan.

    Apa yang terjadi pada masa kini hanyalah satu refleksi dari keadaan yang berlaku di masa terdahulu yang jelas ianya teruk. Apa yang berlaku hari ini adalah satu Warisan dari pentadbiran yang terdahulu juga.

    Sesuatu mesti dilakukan oleh rakyat yang sedar dengan apa yang berlaku untuk membersih gejala yang amat merugikan ugama,bangsa dan negara. Kita tidak mengharapkan lagi kepada ahli-ahli politik untuk membuat perubahan total 180 darjah.

    Persoalannya apabila kuasa sudah tidak ada, apa yang dapat dibuat sekarang?

  18. Sekiranya RM 230 juta itu benar, maksudnya dulu Tun cover beliau? Kenapa Tun tidak ambil tindakan apabila jawapan yang diberikan itu kurang jelas pada masa itu?

  19. Sebenarnya & Kenyataan yg nyata Anak Mami , Anak Mama atau ada juga yg dinamakan Anak Mami Chomi , Khutik ke , Kutu ke …..
    Yang sering menjernihkan images Islam di kalangan Ummah kita
    Di Malaysia juga di Singapura adalah Anak Mami

    Zahid cuba mengecilkan asal usul Tun ,Keturunan Tun
    Sebab beliau Panik ,Desperate & Takut
    Akan kehilangan impian yg di impikan beliau
    Untuk jadi PM
    Si Mama mama Tun , Si Kutik kutik Tun
    Tun Mahathir Mohamad telah berjasa kepada Kaum Melayu khususnya
    Juga yg memakmurkan Malaysia
    Najib , Zahid nama saja Melayu TAPI Melayu makan Melayu
    Makan senyap senyap , dah ketahuan nak salahakan orang lain

    Hai ,terlingkup juga Malaysia
    Dah lah si penyagak Najib memiskinkan Malaysia
    Bayangkan pula si Zahid ,yg tak ada Image Langsung jadi PM

    Ini Kenyataan
    Yg dinamakan Anak Mami atau Mama Islam adalah golongan yg banyak punya Restaurant yg Maju, Perniagaan yg Maju di Malaysia juga di Singapura
    Gelongan kecil tapi punyai harta yg lebih dari anak melayu sendiri

    Dahulu , Bangali Singh jadi Jaga , Jaga Bangunan cukup Berdisciplin
    Sekarang kebanyakan Anak Bangali Singh adalah Peguam , Doctor , Hakim yg juga ternama di Singapura juga di Malaysia
    Anak Melayu juga Bapak Melayu sekarang kerja apa ?
    Kerja Security bro , jaga harta Cina & Mamak itu pun banyak mengular

    Begitu juga Bapak bapak Cina dahulu angkat Najis , angkat Tong Lengang dari Kampung Kampung Melayu bagi menyara sara hidup anak anak mereka
    Sekarang Anak Cina berkereta Mewah , Berumah Indah sedangkan Orang Melayu masih banyak tinggal di kawasan Sten Garden ,Merempat di Tanah sendiri

    Jadi Zahid
    Tolong jawab soalan Tun , 230 million yg kau dapat kemarin dari mana ?
    Dalam masa Menteri kau dah main Million

    Nanti jadi PM , berapa Billion pulak ?
    Najib 2.6 bil , itu yg kita tahu ,yang tak tak tahu ?

    ADAKAH INI AKHLAK MANUSIA YG PERLU KITA PILIH SEBAGAI PM ?
    Ternyata Anggota , Kepala UMNO sekaranglah yg menghancurkan Image UMNO
    Pembangkang belum lagi Berkuasa kita sudah lihat kennyataan nya

  20. Assalamualaikum Tun.

    Sesetengah pemimpin “Melayu” yang hidup di Semenanjung khususnya berfahaman UMNO agak rasist. SEWAJARLAH PRU14 AKAN DATANG ORANG MELAYU YANG TIDAK RASIST, CINA, INDIA TIDAK AKAN MEMBERI UNDI KEPADA MELAYU YANG MEDAULATKAN UMNO KERANA ORANG SEPERTI INI MENGUTAMAKAN MELAYU BERFAHAMAN UMNO SAHAJA. SELEBIHNYA HANYA LAKUNAN.

    Orang seperti Salleh Said Keruak tidak berani bermain isu kaum kerana takut tersilap langkah dan merugikan politik peribadinya di sana. Isu kaum di Sabah dan Sarawak lagi sensitif berbanding semenanjung.

    Bagi saya permainan isu bangsa, agama semakin kurang mendapat tempat pada rakyat Malaysia dewasa ini. Orang-orang UMNO dan Melayu bodoh sahaja yang percaya sesebuah parti yang berasaskan bangsa atau kaum akan kekal mendapat tempat di mata rakyat. Bagi saya fahaman sempit tentang kaum semakin sempit dan semakin ditolak oleh rakyat.

    Persoalannya mengapa?

    Sebab presiden UMNO dan timbalannya sendiri yang memainkan isu ini tanpa memikir kesan dan akibatnya.

    INI ADALAH SATU DARI SERIBU KEBODOHAN PRESIDEN DAN TIMBALANNYA YANG KITA SENDIRI DAPAT LIHAT DENGAN JELAS.

    SESUATU YANG BERLAKU JIKA BERPUNCA DARI KEBODOHAN PEMIMPIN SEMASA BERKUASA, TIBA MASA TERIMALAH AKIBATNYA.

    Wassalam.

  21. Salam Tun

    Tun, isu ni trlalu bodoh utk Tun sndri yg terangkan..majoriti rakyat Malaysia kenal siapa Tun, latar blakang Tun..sgalanya kami rakyat tahu ttg Tun..ini cuma langkah trdesak si Zahid ni utk tunjuk hebat..tp tindakan dia makan tuan..nampak sgt Zahid desperate, nampak sgt Zahid racist, nampak sgt Zahid nak bodohkan rakyat dan mcm2 lagi nampak yg timbul..

    Hanya yg bodoh akan trus mnyokong pemimpin gaya ni..majoriti yg saya jumpa semuanya rasa trhina apabila Zahid cuba nak bodohkan mereka sampai ke tahap ni..klu dulu rasa benci, skarang dh rasa hina, jijik, kotor, najis umnobn ni..mmg dh tak bleh diselamatkan lg dah..takde jalan lain, kena tukar kerajaan jugak..lama sgt dduk tadbir negara smpai otak tepu..smpai rasa semua rakyat Malaysia ni bodo sgt boleh bodo2kn ikut suke mereka..

    Mereka seronok brcakap, memfitnah, membodohkan sampai mereka lupa yg kuasa memilih ada pada tangan RAKYAT..

    Terima kasih Tun utk ruang..

  22. Salam Tun.

    1. Apa yang boleh menyebabkan seseorang itu marah ialah kerana PERBUATAN YANG DI LAKUKAN KE ATASNYA.

    2. Lebih-lebih lagi sesuatu perbuatan yang menghinakannya.

    3. Kalau kita ikut al-quran jawabnya perbuatan itu salah dan akan di catat sebagai satu kesalahan oleh malaikat.

    4. Pada persoalannya kalau pesalah itu taubat terserahlah pada ketentuan Allah s. w. t. menerimanya atau tidak. Yang kita tahu Allah s. w. t sentiasa membuka pintu taubat kepada makhluk ciptaannya.

    5. Kalau ikut hadis-hadis riwayat ada berbagai -bagai pendapat dan cara pendekatan yang di lakukan samaada tuan di perlakukan dan tuan yang melakukannya.

    6. Ada riwayat yang sahih mengatakan Rasullullah s. a. w lebih bersifat sabar dalam menerimanya tidak melawan tetapi kita tahu di lindungi malaikat.

    7. Contohnya pernah Rasullullah s. a. w berkata kepada Abu Bakar as-siddiq bahawa baginda di lindungi oleh malaikat walau berhadapan dengan musuh.

    8. Begitu juga keadaan kita insan biasa bagaimana yang di hina jika berlindung dengan sentiasa berdoa dan menyerah semua keburukan oleh diri sendiri dan orang lain kepada Allah s. w. t.

    9. Kita tahu tuduhan itu tidak benar tampa melawan sebaliknya memohon perlindungan Allah s. w. t insyallah akan di tunjuknya jalan samaada dari kita sendiri atau dari pihak lain.

    10. Ya Tun Rimba Emas juga Melayu yang tercatat di i/c insan lemah boleh lupa yang ingat pernah bekerja di sebuah bank yang pernah di pengerusikan Yb DSDR Zahid Hamidi.

    11. Dari pemerhatian saya ketika zamannya wang keuntungan tidak di terjemahkan kepada bentuk harta milikan seperti bangunan ibu pejabat yang mewah. Kemana wang itu pergi ?

    12. Ketika Rimba Emas mula bekerja dan Pengerusi yang mengantikannya telah berjaya mengadakan ibu pejabat besar di Kl serta pembukaan cawangan-cawangan di setiap negeri dalam negara kita Malaysia.

    13. Maaf Tun Rimba Emas hanya dapat pandang kemajuan perbankkan dengan Pengerusi sahaja . Yang pasti mereka yang bekerja di masanya lebih mengetahui.

    14. Begitu juga kalau bicaranya tidak jelas pasti ada yang di sorokkan sebagaimana apa yang pernah di ucapkan pada rakan-rakan saluran jawatannya.

    15. Manusia mudah lupa hanya Allah s. w. t tidak lupa lagi maha mengetahui.

    Wallahua’lam.

  23. rakyat malaysia tidak lupa jasa Tun, perbagai tuduhan boleh dilempar pada Tun, tetapi sumbangan Tun belum ada tandingannya…ALLAH maha mengetahui…pada mereka yang menghina mereka dari kalangan keturunan India, cuba baca dan faham fakta sejarah dan belajarlah berterima kasih.

Comments are closed.