RCI

1. Sekarang ini musim RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan bermacamlah siasatan yang telah disyorkan.

2. Saya mengalukan RCI untuk peristiwa Memali. Saya punyai banyak bukti, laporan dan cerita berkenaannya. Ini termasuk individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

3. RCI boleh buat keputusan sebelum RCI bersidang dan Kerajaan boleh mendapat untung kerananya. Ini tentulah menjadi Terms of Reference (TOR) dizaman ini.

4. Kerajaan jangan adakan RCI berkenaan 1MDB, duit sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun Dato Seri Najib, duit KWAP yang lesap, hutang berbillion Ringgit yang tidak dapat dibayar, pembelian stesen jana elektrik dengan harga yang lebih mahal dari nilai pasaran dan dijual dengan harga murah sehingga rugi berpuluh juta, pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street, pembelian harta di United Kingdom (U.K) dan Amerika dengan duit 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ). Ini semua bukan jenayah. Pembelian berlian merah jambu untuk isteri dengan harga 120 million Ringgit hanyalah kerana sayang isteri. Salahkah sayang isteri. Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi untuk menunjuk kesayangan yang tidak terhingga ini.

5. Ya. RCI tidak perlu untuk semua ini. Bukankah A.G telah sahkan ia semua halal.

6. Tetapi banyak lagi perkara yang telah diselesai 30 tahun dahulu perlu disiasat oleh RCI. Pembinaan Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya PLUS, KLIA, Westport, dan lain-lain. Semua ini perlu disiasat dengan diketuai oleh tokoh keadilan terkenal berslogan “Just do it”. Buat sahaja apa yang disuruh. Jangan soal.

7. Untuk memulakan siasatan RCI Memali saya siar di sini “ Amanat Haji Hadi”. Dianya ada kaitan rapat dengan peristiwa Memali. Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan Kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid.

 

8. Dengan itu, pada 19hb November 1985, jam 11 pagi, pasukan polis diserang hendap (oleh orang dekat rumah Ibrahim Libya) dan seorang Inspektor dan seorang Sarjan polis dibunuh, seorang lagi Konstabel cedera parah. (Dari ucapan Pemangku Perdana Menteri di Parlimen pada 20 November 1985).

9. Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya.

24 thoughts on “RCI”

  1. Assalamua’laikum wbt.

    Sebenarnya saya sendiri sebagai belia tidak terlalu faham akan permainan politik kerana apa yang diperjuangkan oleh pihak-pihak berkenaan bukanlah perjuangan kami. Mereka hanya memperjuangkan usul-usul daripada mereka yang mempunyai kuasa dan wang ringgit namun suara belia seperti kami tidak pernah didengarkan kerana kekurangan pengalaman, tiada kepimpinan, atau mungkin pemikiran kami cetek sehingga kata-kata yang diberikan tidak mendatangkan kesan apa-apa terhadap mereka dan tidak diambil perhatian.

    Secara jujur, saya sendiri sebagai belia tidak 100% menyokong kepimpinan yang ada sekarang ini disebabkan faktor perjuangan yang hanya sekadar memenuhi masa temujanji yang telah diaturkan oleh orang-orang tertentu kepada mereka demi meraih sokongan.

    Selain itu, kami tidak begitu berminat untuk berada dibawah kepimpinan seseorang yang berkata-kata, namun kata-kata tersebut tidak mendatangkan faedah untuk kami malah hanya menjadikan kami semakin tamak.

    Kami hanya menunggu pemimpin yang sanggup menahan caci maki, fitnah dan sebagainya hanya demi untuk memperjuangkan apa yang mereka percaya.

    Mereka PERCAYA ISLAM mendatangkan kedamaian.Namun mereka tidak YAKIN ianya mendatangkan kedamaian. Apa gunanya ada duit, tapi masalah yang mampu menyebabkan perpecahan, ketamakan, jenayah masih lagi berleluasa. Ini bukanlah keamanan yang dijanjikan.

    “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.” tapi sekarang mereka lebi pilih untuk mengubat daripada mencegah.

  2. Assalamualaikum Tun.

    Hari ini 31 Ogos 2017, hakikatnya kemerdekaan semakin disambut suram.

    Isu pakatan senyap antara HADI WANG dan NAJIS NAZAK, pada pandangan saya Azmin dan kuncu PKR usah bermusuh dan usah merayu kepada PAS agar join PH kerana mereka tahu apa yang mereka mahu. Lambat laun apabila PRU penyokong PAS akan beralih memberi undi kepada PH.

    Di kawasan ada Cina dan India, jika pertandingan 3 penjuru PAS, BN(UMNO) dan PH, saya yakin peluang PH cerah.

    Jika kawasan seperti Kelantan/Terengganu yang kurang Cina/India, saya yakin jika ada pertandingan 3 penjuru UMNO, PAS dan PH kebarangkalian UMNO/najis akan ditolak dan kemungkinan PAS/PH akan tentukan juara. Tetapi pengundi yang berfahaman sederhana dalam PAS dulunya, pasti menganggap PAS tidak boleh dipercayai perjuangan mereka.

    YANG JELAS KITA WAJAR TANYA PENDIRIAN PAS SEKARANG, MAHU BERSAMA PH ATAU UMNO?

    PASTI HADI JAWAB MAHU BERSENDIRIAN.

    JIKA ITU JAWAPANNYA, PAS AKAN TERUS LUMPUH DAN MENGIKUT KEBODOHAN HADI WANG SEPERTIMANA UMNO LUMPUH MENGIKUT NAJIS NAZAK.

    Analisis saya di Terengganu, orang Melayu semakin meluat UMNO/Najis angkara si Najis mahu mencagarkan telaga minyak di sana.

    Wassalam Tun.

  3. Asalamualaikum Tun.

    Semuga Tun Mahathir dan Tun Hasmah sihat selalu.

    Beberapa hari lalu saya bertemu dengan rakan-rakan lama semasa belajar. Ramai juga kawan-kawan saya yang memegang pangkat 52 dan ke atas di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. Tidak kurang di sektor swasta ada yang berpendapatan hingga RM 25k hingga RM 45k sebulan. Walaupun mereka tidak bercerita secara direct tetapi saya dapat menjangkakan menerusi perbualan panjang kami. Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka semua. Keseluruhan rakan-rakan saya beranggapan NAJIS RAZAK PM SEKARANG INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN WAJAR DISINGKIRKAN.

    Menerusi cerita rakan-rakan saya yang bertugas dengan kerajaan ada yang mengatakan Najis yakin sebahagian besar rakyat menyokongnya, ada juga analisis yang dibuat sekarang sebahagian besar rakyat menyokong PH.

    Dari sembang-sembang politik tersebut, saya yakin NAJIS RAZAK SEDANG KEPANASAN. Dia akan mengadakan PRU jika dia yakin sebahagian besar rakyat memihak kepada BN. Tetapi hingga kini tiada petunjuk yang jelas sebahagian besar rakyat akan memberi undi kepada BN. Saya rasa semakin lewat dia mengadakan PRU, POPULARITI NAJIS SEMAKIN MENURUN. Siapa yang dia harapkan jika tinjauan di bahagi ikut kaum? Antaranya:

    1. kaum Melayu ada 5 :
    i. Melayu sokong UMNO ( BN )
    ii. Melayu sokong PAS ( TALAM 2 MUKA )
    iii. Melayu sokong PKR ( PH )
    iv. Melayu sokong AMANAH ( PH )
    v. Melayu sokong PPBM ( PH )

    2. kaum CINA dijangka 85% dan lebih akan memberi undi kepada PH dtambah keyataan bodoh PM dan TPM tentang orang bukan Melayu.

    3. kaum INDIA dijangka 70% dan lebih akan memberi undi kepada PH dtambah keyataan bodoh PM dan TPM tentang orang bukan Melayu.

    4. kaum MAMAK dijangkan 85% memihak kepada PH kerana berkecil hati pada keyataan TPM dan PM tentang “kutty”.

    5. sokongan kaum CINA dan INDIA kepada PAS akan menghampiri sifar kerana PAS tidak berada dalam PH lagi. Di mana PAS bertanding dan ada Cina dan India seramai 30% daripada pengudi, yang pasti saya yakin kemenangan memihak kepada PH.

    Selamat menyambut Hari Merdeka ke 60 dan Hari Raya Haji Tun dan semua penyokong chedet.

    Wassalam Tun.

  4. Saya terpanggil untuk sama memberi pandangan apabila TDM menyebut tokoh keadilan “just do it”. Dialah insan yang paling dibenci didalam perkhidmatan awam. Terkenal dengan hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil hirau kebajikan pegawai awam. Selalu cakap tidak serupa bikin. Tidak hairan jika dia dilantik menerajui apa-apa RCI yang telah ditetapkan penemuan dan syor orang yang mencadangkan pelantikannnya. Bayar saja kepadanya maka dia sanggup melakukan apa saja walau pun salah macam pelacur. Itulah nilai yang ada pada insan tersebut. Memang Najib pandai memilih anjing-anjingnya.

  5. MARI-MARI BELAJAR SEJARAH

    1. Parameswara adalah raja kerajaan cina dinasti qin!

    2. Tun Abdul Razak adalah Bapa Kemerdekaan!

    3. Tun Kadir Jasin adalah Perdana Menteri ke Empat.

    4. Datuk Nejib adalah anak kepada Tun hussin onn.

    5. Negara merdeka pada 16 Mei 1969.

    6. Mahathir Mohamad adalah err… siapa Mahathir

    SHAME ON YOUUU KEMENTERIAN PENDIDIKAN!!

    MENGUBAH SEJARAH ADALAH SESUATU PERBUATAN YANG MENJIJIKKAN, JELIK DAN KELUCAHAN MELAMPAU TERHADAP WARISAN ANAK BANGSA!!

    K.P.M HANYA LAPOR POLIS??? (K.P.M TIDAK MENYATAKAN SAMADA AKAN MENARIK BALIK BUKU TERSEBUT)

    KAMI DENGAN TEGAS DAN KERAS MENUNTUT!!!!!

    “PENARIKKAN SEMULA BUKU TERSEBUT DARI DIGUNAPAKAI DAN DIMUSNAHKAN”

    KERANA IA JELAS BERTENTANGAN DENGAN SEJARAH NEGARA!

    JIJIKNYAAAA!!!!

  6. Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. Segala bentuk RCI yang ditubuhkan untuk mengungkit peristiwa2 yang sudah lebih 20-30 tahun berlalu (termasuk Memali) yang berlaku pada masa Tun PM cuma membuang masa, tenaga, dan wang (pembaziran). Wang siapa yang dibazirkan untuk tujuan tidak berfaedah ini? Wang PM Najib @ Ah Jib Gor kah? Atau wang konco2 beliau?

    2. Apa FAEDAH yang rakyat dapat hasil dari siasatan kerugian BNM dalam urusniaga FOREX dari 1991-1994? Bukankah BNM lagi rugi banyak (FOREX) dalam era rejim Najib ini? Mata wang kita merudum teruk. Memang diketahui BNM memang tugasnya cuba sebaik mungkin untuk menstabilkan ringgit, dan memang menjual-beli mata wang dilakukan dari semasa ke semasa oleh BNM.

    3. Mengapa rejim Najib tidak tubuhkan RCI untuk siasat kejatuhan nilai ringgit yang teruk dan tidak pulih2 yang amat berkait rapat dengan skandal2 1MDB (termasuk skandal wang 2.6 Bilion dalam akaun2 peribadi DSN) melibatkan wang haram yang mencalar imej negara dengan teruk?

    4. Saya terkejut bila melihat nilai ringgit (tambah merudum) berbanding Euro bila membuat beberapa pembayaran dalam Euro untuk beberapa transaksi luar negara. Sekarang 1Euro sudah melebihi paras 5 ringgit (1 Euro = sekitar 5.04 – 5.09 Ringgit). Jika mahu membantu rakyat, selesaikan dulu masaalah nilai ringgit yang amat lemah.

    5, Hasil siasatan RCI mengenai kerugian BNM dalam urusniaga FOREX (1991-1994) tidak dapat memulihkan keyakinan sesiapa terhadap Malaysia kerana ia kes lapuk.

    6. Saya meluat melihat rejim Najib yang enggan menerima kenyataan yang ekonomi kita bermasaalah. Harga barang naik melambung tanpa kawalan. Saya belas melihat golongan yang kurang berkemampuan.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  7. Assalammualaikum.

    Tun,lagi satu saya nampak,zaman pemerintahan Tun seimbang kerana zaman Tun masih lagi mempunyai pemimpin di pihak pebangkang yang boleh bersuara dan suaranya didengari oleh Tun.Berbeza zaman pemerintahan Dato Sri Najib kerana pemimpin dipihak pebangkang sudah kembali kepada yang esa,jadi saya masih rasa rakyat Malaysia didalam keadaan selamat disebabkan pilihan Tun keluar dari parti Umno kerana suara Tun masih didengari oleh Dato Sri Najib dan kerajaannya sekarang.Saya yakin dia sedar kesilapan yang dilakukan akibat kelemahan dia sendiri dan saya berharap Tun teruskan berjuang kerana Keris yang Dianugerahkan kepada Tun memang untuk rakyat.Jika perjuangan ini untuk kemenangan itu adalah takdir rakyat malaysia,jika perjuangan ini hanya untuk bersuara untuk kebaikan maka Tun adalah kebaikan untuk rakyat.

  8. Assalammualaikum.

    Tun,apa kata kita buat satu kelainan dan tunjuk pada dunia yang Malaysia ini sebuah negara yang tinggi kasih dan sayang.Kita semua tahu Dato sri Najib dan kerajaan,tapi kita boleh cuba konsep orang tabur racun kita bagi lagi buah letak dekat rumah dia bagi dia makan😎

  9. Assalamualaikum Tun.

    Hari ini saya jadikan diri saya lebih nutral berkaitan politik sekarang. Saya cuba letakkan saya sebelah Tun mahupun sebelah Najib. Saya merenung dalam beberapa sudut:

    1. Adakah Tun Mahathir adalah ancaman pada kemajuan, kemakmuran, kestabilan dan kedaulatan negara berparlimen? Saya yakin ramai rakyat negara ini tidak berfikiran begitu.

    2. Adakah Tun Mahathir diktator semasa pemerintahannya? Saya mengamati majoriti rakyat yang hidup dan dewasa semasa pemerintahannya tidak berfikir begitu.

    3. Adakah Tun Mahathir seorang yang mementingkan diri atau keluarga berbanding kepentingan negara pada masa era beliau sebagai PM? Saya yakin majoriti rakyat menolak tanggapan begitu.

    4. Adakah Tun Mahathir seorang yang takut dicabar jawatan Presiden UMNO semasa beliau presiden umno ketika itu? Saya yakin majoriti ahli UMNO ketika itu menolak tanggapan begitu kerana dalam masa 22 tahun beliau sebagai presiden umno, beliau tidak menolak dicabar sebagai presiden UMNO dan membenarkan jawatan tersebut dipertandingkan secara amalan demokrasi.

    5. Adakah Tun Mahathir semasa era beliau memerintah ekonomi negara semakin teruk, kestabilan ekonomi negara tidak kukuh, Malaysia dianggap negara Islam yang tiada suara diperingkat antarabangsa dan hidup rakyat susah dibelenggu inflasi yang teruk? Pengamatan saya rakyat berpuashati dengan reputasinya sebagai PM malah selalu dipuji diperingkat antarabangsa khususnya oleh pemimpin negara Islam kerana berani bersuara tentang ketidakadilan negara maju atau barat khususnya terhadap negara Islam dan miskin.

    6. Adakah Tun Mahathir semasa eranya kita dengar wang RM1 dimasukkan dalam akaun peribadinya dari sumber yang tidak diketahui? Setahu saya 100% rakyat akan mengata tidak pernah.

    7. Adakah Tun Mahathir semasa eranya membuat keputusan penting melibatkan kepentingan negara tanpa keputusan majoriti menteri-menteri kabinet? Saya yakin tidak.

    8. Adakah Tun Mahathir semasa eranya banyak menghabiskan wang rakyat beratus-ratus juta ringgit setahun membayar gaji penasihat dari negara barat ? Saya yakin rakyat tidak pernah mendengarnya.

    9. Adakah semasa era Tun, rakyat dibebani dengan cukai GST?

    10. Adakah semasa era Tun, rakyat dibebani dengan kenaikan tol lebuhraya yang tinggi?

    11. Adakah semasa era Tun, rakyat merasa beban membeli sebuah rumah mampu milik?

    12. Adakah semasa era Tun, pengangguran semakin meningkat?

    13. Adakah semasa era Tun, nilai matawang negara semakin teruk berbanding dengan Indonesia, Thailand dan banyak negara dunia?

    14. Adakah semasa era Tun, hutang negara teruk berbanding rizab simpanan negara?

    15. Adakah semasa era Tun, simpanan rizab negara teruk berbanding hutang negara di luar negara?

    16. Adakah semasa era Tun, Tun mengamalkan pelabur asing memiliki tanah secara tetap di negara kita?

    Fikir-fikirkan.

    Wassalam.

  10. Salam Tun,
    1.Semangat anak muda yg dah capai umur 21 tahun utk mengundi sgt luar biasa, ini terbukti dari anak saudara sendiri yg dah berjanji utk mengundi.
    2.Tidak macam saya dahulu yg kisah tak kisah bila ada pru 12, 11,10,
    3.Hadiah kejutan terbesar utk umnopas, tumbang tersungkur menyembah bumi, baru ada akal hampa semua.
    Selamat tinggal umnobnpas, selamat berkubur.

  11. Saya baru baca President Turkey Erdogan
    mengalukan Malaysia , Indonesia hidup rukun sebagai saudara serumpun dek peristiwa kesalahan Malaysia salah tibar bendera Indonesia di Sukan SEA
    Nasihat beliau agar di huraikan secara kekeluargaan

    Erdogan dikenali sebagai amat active dalam menyatu padukan Dunia Islam
    Beliau khuatir Pangkalan Militia Amerika sudah pun mengepung Indonesia ,Malaysia juga Brunei. Ini kenyataan

    Inilah Pemimpin Islam yg saya sanjung yg saya mengalu alukan
    Pemimpin yg dapat melihat akan musibah dan bahaya kedepan

    Saya berharap Tun dapat bersama Erdogan
    Juga mengundang Yusuf Estees , Zakir Naik , Abdurraheem Green, Joshua Evans juga yg lain Pensyarah Islam yg terkemuka menyatupadukan bersama Ummah
    Inilah Kunci Utama Kejayaan kita bersama dan punca Kenhancuran Dunia Islam sekarang kerana tidak Bersatu
    Dalam usaha Tun ini dapat juga Tun mempekuatkan lagi Teraju PriBumi

    Harap Bersama lah Kita
    Memegang Tali Allah
    Tidak Berbelah antara Ummah

  12. Kita cadangkan senarai RCI yang lebih utama yang menjadi kerisauan rakyat umum berbanding kerisauan najib dan konco²nya.. Saya yakin perkara ini boleh dilaksanakan jika desakan secara sistematik atas kehendak sebenar rakyat dapat dilakukan melalui kutipan suara rakyat.

  13. Tun , you my friend
    You still the Best
    Stress stress naik Kuda Tun
    Don’t be Khuatir, Be Happy

  14. Najis trying to institute RCI for Memali incident…but when he going to institute RCI for his own robbery…?
    The biggest ever in Malaysian history of stealing people money by Najis and his wife.

  15. Najis…the top thief…saying…

    “PM: Strong economic growth lifting nation’s mood”

    LOL…poor malaysians…

  16. Alamak dah tak bolih lawan ” Nothing to Hide ”
    Sekarang panggil Geng pula
    Suruhan Siasatan di Raja ?

    Malu amat Memalukan

    Malaysia Negara yg cukup di Kurniakan Hasil Bumi olih Allah S.W.T
    Gagal menyempurnakan pemberian Allah seolah tidak mengshukuri nikmat yg di beri
    Nak bangunkan Negara
    Kerajaan juga Sultan perlu dana dari luar
    Apa selama ni takda simpanan ke ?
    Asik nak joli je , inilah akibatnya

    Tak bolih bangun , jangan dipaksa
    Aturkan Kuda kuda ,Generasi Muda bersiap untuk membangunkan Negara
    Jangan tengok orang nak berbini dua , kita pula nak berbini tiga

    Lihat Singapore
    Tidak punya Hasil Bumi
    Air , Minyak , Emas satu keletik pun Taddak
    Kerajaan Singapura mampu membangunkkan Singapura tanpa Hutang Puitang
    Dengan Bermoral dan Bermaruah Tinggi, hingga Kerajaan ,Perdana Menteri juga Sultan Malaysia tunduk pada Singa

    Sekarang juga kita bolih lihat anak Melayu kian menjala Liar
    Kurang Beradab ,sudah kelihatan di sukan ASEAN sekarang
    Ramai sudah tidak menghiraukan undang undang
    Di mana punca kesalahannya

    Apakah kerana Bapak Burik Anak Lintik ?
    Mari kita tanya Najib
    Adakah rakyat mengikut Akhlak Pemimpin seperti Najib
    Yg tidak menghormati Undang undang
    Yang Tidak punya Adat , Hormat

    PRU kan datang
    Malaysia akan bertempuh dengan Dugaan yg Hebat
    Malaysia bakal Naik atau Malaysia akan Terhumban
    Jika undang undang tidak di patuhi sekarang
    Di takuti Rakyat akan semakin Liar
    Sudah nampak ciri ciri nya sekarang
    Mereka mengambil undan undang di tanggan sendiri
    Rakyat sudah membantah malah melawan Polis
    Jenayah meningkat , Hutang Negara Bertambah Beban

    Apa masa depan Malaysia kelak
    Dengan Kemasukan ramai pendatang membanjiri Malaysia
    Kemanakah arah Anak Cucu kita Kelak ?
    Seperti Syria ? Rohingya ?
    Mak perlu pentingnya kita mempunyai Kerajaan yang juga di perhatikan olih KeSultanan yg Bijak lagi Cekap

  17. Tidak mengapa mereka buat RCI… banyak mana RCI pun tetapi tidak boleh mengubah sejarah… mereka lupa… Semalam adalah kenangan,, Hari ini adalah kenyataan …. namun esok adalah HARAPAN…. moga Tun M sihat selalu…

  18. Assalamualaikum wbt Tun

    Selama ini kita banyak digegarkan oleh gerombolan PH dari kaum Adam dlm usaha mengubah sikap rakyat. Namun begitu, kekurangan masih ada.Kalau diperbaiki lagi di sana sini sinun, In Shaa Allah ketumbukan kaum Adam PH akan jadi
    lebih ada ummmmmnya.

    (2) Saya cadangkan, PH segera tubuh ketumbukan gerakkan kaum Hawa utk memperkukuhkan gerakan menyedarkan rakyat utk bangkit bagi menyelamatkan masa depan anak cucu
    mereka dari malapetaka akibat sistem pengurusan Negara yg tidak amanah, bersih dan cekap kini.

    (3) Saya yakin jika Wan Azizah, Nurul Izzah, Diana Sofea (?), bahkan Dr Siti Hasmah, Siti Nurhaliza, Chef Wan (pengaruh wanita dia mantap) dll jika digabung dan digerakan secara bersepadu, pasti lebih hebat PH akan dapat menembusi hati nurani rakyat utk berubah. Cubalah bawa veteran2 wanita UMNO, MCA, DAP, PAS, MIC dll yg sudah meluat dgn sistem yg ada utk sama2 membantu. Saya yakin keterlibatan
    mereka jika disusun dgn baik, besar kesannya. Ini juga akan jadi asas bagi keutuhan perpaduan di dalam PH.

    Ayuh Tun. In Shaa Allah kita boleh!

  19. Dear Tun,

    I hope you’re doing well and taking care of your health and safety. I hope likewise for Tun Siti Hasmah, and hope that those close to you your children will make doubly sure your safety is given first priority.

    Tun,

    Let Najib and his dictatorship government do whatever they please – they will not go far because their bad intent their malice will definitely eat them back. Even now as they think they are winning the battle they are preparing for their own burial for that boomerang they throw at you will definitely return to hit their own faces. That is for sure.

    We rakyat just can’t wait to cast our votes. No vote for BN. All our votes for PAKATAN HARAPAN. The more Najib’s UMNO BN go berserk the more PAKATAN HARAPAN will gain strength, the more it is obvious to us how UMNO in particular is going cuckoo.

    You stay strong Tun. Just remember to take real good care of your health and safety. Mukhriz, Marina, and anak-anak Tun semua serta orang-orang yang dekat dengan Tun, tolonglah pastikan please make sure that Tun’s safety is first on your list.

    Take care Tun Mahathir, love you Tun.

  20. Assalamualaikum, Tun.

    Gejala kerajaan memperguna agensi-agensi untuk bertindak terhadap pihak pembangkang adalah kurang sihat dan menyedihkan, seolah-olah kuasa disalah-guna untuk menganiaya.

    Rakyat tidak bersetuju dan tidak dapat menerima kes-kes seperti Suruhanjaya memanggil DAP mengadakan pemilihan parti semula, memenjarakan Rafizi, LHDM mengorek fail-fail syarikat-syarikat milikan anak-anak Tun dan sebagainya.

    BN masih berkuasa. Buatlah polisi-polisi untuk kebajikan Rakyat. Jangan pula berfokus ke atas macam mana menganiaya pihak pembangkang melalui pelbagai saluran!

  21. Assalamualaikum Tun.

    Perlu diingatkan bahawa serangan bodoh Najis a/l Razak dan kuncu-kuncunya dalam cabinet Najis sekarang ini sememangnya umpama “peluru memakan diri”.

    Kes Memali yang telah ada siasatan, ianya kes lama dan pengelibatan banyak pihak adalah sesuatu yang tidak praktikal untuk disiasat. Macamlah Tun seorang yang buat kerja dan kesilapan diletak dibahu Tun seorang? Akan buang masa kerajaan dan lebih baik focus pada urustadbir ekonomi Negara.

    Kerugian forex pada masa pemerintahan Tun juga mahu disiasat semula, juga kes lama, melibatkan banyak pihak dan sudah lapuk. Macamlah Tun seorang yang buat kerja dan kesilapan diletak dibahu Tun seorang? Akan buang masa kerajaan dan lebih baik focus pada urustadbir ekonomi Negara.

    Sebenarnya usaha penjilat-penjilat Najis Razak kini seboleh-bolehnya mahu menyumbat Tun dalam penjara sebelum PRU ini kerana kelihatan AURA Tun masih hebat dan digeruni oleh Najis dan penjilatnya walaupun tiada memegang sebarang kuasa. Bagi mereka Tun adalah individu paling bahaya di dunia dan Malaysia kerana PERIUK NASI yang berterusan memerah hasil lender rakyat akan pecah kerana Tun. Tetapi mereka lupa, semuanya adalah dating dari yang maha berkuasa.

    Untuk orang seperti kami untuk mereka pengaruhi tidaklah mudah kecuali ada orang seperti kamu yang sanggup menjual maruah demi rasuah.

    Yang kita perlu focus adalah bagaimana PH perlu menawan hati golongan sederhana dan pendapatan rendah dan tegar menyokong kerajaan, agar PRU akan datang mereka beralih menyokong PH.

    Perkara yang perlu ditekankan iaitu mengeluarkan manifesto yang menggugat BN antaranya:

    1. BR1M, wajarkah ianya dikekalkan tetapi agak mustahil kerana mereka akan mendabik dada kononnya kita menyokong apa yang mereka lakukan selama ini. Ditukar pada kaedah “membatu golongan berpendapatan rendah” seperti memberi insuran berkelompok kepada yang terlibat dan sebagainya.

    2. Lebuhraya Pan-Borneo dikekalkan malah diperluaskan perancangan yang menyeluruh untuk merancakkan kemajuan wilayah Sabah dan Sarawak.

    3. Lebuhraya KL – Kelantan diteliti selain alternative yang lebih realistic untuk kebaikan menyeluruh rakyat khususnya mereka di Kelantan.

    4. Berjanji semua rakyat adalah sama mengikut undang-undang khususnya pemimpin no 1 dan menteri-menteri lain serupa dengan rakyat akan dihadapkan ke mahkamah jika ada bukti menyalah guna kuasa dan rasuah. Ternyata kuasa AG adalah manusia paling “sial” dalam hal ini.

    5. Memerangi rasuah tanpa memilih bulu.

    Dan banyak lagi.

    Wassalam Tun.

  22. Salam sejahtera untuk Tun dan sekeluarga,

    Ini adalah sedikit pandangan peribadi saya.
    Masa kian menghampiri PRU 14. Kebelangkangan ini sokongan rakyat
    untuk BN sudah menjadi kalangkelibut dengan serangan masaalah 1MDB.
    Sekiranya BN membiar asakan ini berterusan, BN berkemungkinan besar
    akan kalah.

    Jadi bagi pihak BN, bagaimanakah hendak meredakan kemaraan ini?
    Mudah, kumpulkan segala kekuatan yang ada termasuk media, dan
    buatlah serangan bertubi-tubi bagi mengalih perhatian rakyat dan memesongkan mereka dari mengingati kesalahan penyelewengan yang telah belaku. Ungkitlah cerita2 lama kerana kebenaran tak mustahak, tetapi dengan memecahkan tumpuan pemikiran rakyat dan dengan sedikit sogokan Dedak, Melayu akan mudah lupa. Dan pada masa itu lah yang terbaik untuk mengadakan PRU 14.

    Sekarang, kita dapati rancangan mereka sudah hampir berjaya. Rakyat dah mula sibok dengan RCI atau sukan SEA. Keresahan kenaikan harga barang dapat di tutup sementara dengan pemberian Dedak. Tun terpaksa melayan kerenah panggilan RCI, Rafizi dengan kes mahkamah nya, Azmin dan President masih mengharap belas kesian PAS yang berkemungkinan
    akan menjadi duri dalam daging, DAP tidak mempunyai kekuatan untuk mempenggaruhi orang melayu – PH sudah mula hilang fokus.

    Sekiranya pendapat ini benar, saya pasti TUN dan PH lebih tahu apa yang patut dilakukan.
    Terima kasih

  23. Assalamualaikum Tun,

    Menjelang PRU 14, maka sekarang musim RCI telah tiba. Mula-mula RCI forex 1997 dan sekarang hendak RCI isu memali pula. Mengapakah baru sekarang nak timbulkan isu-isu lama ini? Bukankah mereka-mereka dulu sebahagian daripada kerajaan Tun atau dari parti Tun ketika perkara ini berlaku? Masa Tun menjadi PM bukan main lagi taat setia, menangis merayu supaya Tun tidak letak jawatan. Sekarang semua Tun buat salah? Ikhlaskah RCI ini atau ada agenda lain?

    Kalau benar nak buat RCI, RCI jugalah mengapa Hang Tuah bunuh Hang Jebat. RCI jugalah sebab-sebab Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511. Saya rasa selepas RCI-RCI ini selesai, semua akan menjadi pakar sejarah.

    Tujuan RCI-RCI ni hanyalah satu. Sebagai “diversion strategy” untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal 1MDB kepada isu-isu lama dan bersejarah. Bukan simpati atau kesian atau apa-apa. Mereka hendak rakyat berhenti berbicara pasal 1MDB dan cerita pula pasal RCI-RCI. Tu je.

    Kita lihat kepandaian rakyat, adakah termakan umpan untuk cerita berkenaan RCI-RCI kisah lama ataupun skandal 1MDB yang sedang melanda negara, menyebabkan negara berhutang berbillion-billion, kecurian berbilion oleh perompak, penyamun dan penyangak, meningkatkan kos sara hidup dan membuatkan rakyat sengsara.

  24. Salam Tun.

    1. Adakah bila dapat menyalahkan Tun melalui RCI maka dosa PM dapat di hapuskan ?

    2. Adakah usaha ini satu jalan dapat menjamin kemenangan pihak pemerintah pada Pru 14 nanti ?

    3. Jawapan kepada dosa atau pahala adalah pada tuhan yang di sembah.

    4. Sementara kemenangan untuk Pru 14 bukanlah bergantung kepada Tun seorang sahaja. Sebaliknya semua rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi.

    5. Bukan Tun yang akan menentukan kemenangan pada kebenaran tetapi bicara yang di sampaikan Tun kepada rakyat.

    6. Semua yang di ceritakan Tun bukannya rekaannya tetapi dari pihak lain contoh salah satunya dari pihak DOJ berkenaan salah laku pentadbir 1MDB.

    7. Kebenaran tetap akan menang kalau pun tidak di dunia ia akan berlaku di akhirat.

    8. Cuma di dunia kemenangan kepada kebenaran memerlukan sokongan rakyat. Rakyat kena ingat dengan tuhan kita ada hubung kait antara dosa dan pahala.

    9. Kalau kita undi untuk kebenaran maka pasti mendapat pahala. Jadi kalau kita niat untuk keluar juga mengundi untuk memenangkan kebenaran pasti kita di beri pahala walau pun tidak menerima habuan wang ringgit.

    10. Justeru RCI yang tidak bebas dari mainan Politik bukanlah jalan untuk mendapatkan kebenaran.

    11. Manusia di minta menegakkan kebenaran dengan melaksanakannya sebagai amalan yang akan di nilai kembali oleh yang maha berkuasa.

    Wallahua’lam.

Comments are closed.