1. Selama puluhan tahun Barat bersyarah dan mengkritik negara-negara membangun berkenaan korupsi di negara mereka.
2. Banyaklah laporan dibuat berkenaan betapa buruknya amalan rasuah oleh Kerajaan-Kerajaan dan pemimpin negara membangun. Kegagalan pembangunan negara-negara ini, kata Barat, disebabkan rasuah dalam seluruh jentera pentadbiran. Sudah tentu pemimpin tertinggi negara membangun semuanya perasuah.
3. Rupa-rupanya hidung tinggi mereka terhadap negara membangun menyembunyi sikap sebenar mereka terhadap rasuah. Penolakan rasuah oleh mereka terhad kepada nilai rasuah. Jika nilai cukup tinggi, prinsip penolakan rasuah terbang keluar tingkap.
4. Inilah yang sedang kita lihat sekarang.
5. Rasuah Najib diketahui di seluruh dunia. Demikian juga kecurian yang dilakukan olehnya. Walaupun di Malaysia akhbar dan TV tidak lapor apa-apa berkenaan jenayah yang dilakukan oleh Najib tetapi media sosial melapor dengan panjang lebar berkenaan Najib, Kerajaannya dan segala insiden rasuah dan salahguna kuasa olehnya.
6. Tetapi media Barat lebih lantang melapor berkenaan salah laku dan jenayah oleh Najib. Tidak ada yang disembunyi.
7. Dengan ini dunia tahu segala-galanya akan amalan rasuah oleh Najib.
8. Rakyat Malaysia percaya Kerajaan Barat yang begitu menentang perasuah-perasuah di dunia akan pulau Najib sekurang-kurangnya.
9. Amatlah mengecewa dan mengejutkan apabila dilihat jaguh-jaguh anti rasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.
10. Sebabnya ialah kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial dan senjata mereka. Yang mengabur mata mereka ialah duit berbillion yang dikipas depan mata mereka.
11. Bahawa ini adalah sejenis rasuah tidak dipedulikan. Segala rasuah dan jenayah Najib diketepikan kerana wang tunai atau cash lebih utama dari kemuliaan maruah dan prinsip. Maka dilakukan apa sahaja yang disyaratkan oleh Najib asalkan duit didapati. Demikian jikalau Najib tidak suka press, maka press diketepikan. Di mana perginya kebebasan akhbar? Ke dalam tong sampah. Ke mana pergi kebebasan bersuara? Photo-opportunity untuk Najib tipu rakyat Malaysia dipersetujui kerana bayaran USD 20 billion duit orang miskin di Malaysia.
12. Jika orang Malaysia berharap Barat dengan hidung tingginya akan bertindak ke atas jenayah yang sebenarnya dilakukan di negara mereka, di bawah undang-undang mereka, harapan ini harapan kosong. Kata Mat Salleh “if the price is right, corruption is okay. It’s not okay only if it is done by someone else”.
13. Kita tak tahu apakah yang ditawar oleh Najib untuk dibeli dari Britain. Boleh jadi pesawat – pesawat pejuang Typhoon – mungkin satu atau dua squadron. Itu boleh jadi harga untuk photo opportunity di depan No. 10 Downing Street, London.
14. Jika Malaysia boleh, Britain juga boleh, iaitu boleh pejam mata. Bukankah Malaysia negara membangun bekas tanah jajahan Britain. Bukankah kepercayaan Britain ialah apabila Malaysia merdeka ia akan merosot dan hancur. Lihat, ramalan Britain tepat. Pemimpin-pemimpin Malaysia jelas perasuah dan pencuri. Jika tidak pada mulanya, itu satu keganjilan. Sekarang ia pemimpin Malaysia, setelah merdeka sudah tunjuk warna mereka sebenarnya (true colours).
15. Kata Trump dan May. Kami hanya melakukan perniagaan. Kalau Malaysia menjadi bankrap kerana membeli barangan yang tidak diperlukan, itu masalah Malaysia. Kami perlu utamakan kekayaan kami.
Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,
1. Tajuk ‘Talam Dua Muka’ ini amat menarik.
2. Tambah menarik ialah perenggan yang Tun tulis seperti di bawah:
“Kata Mat Salleh “if the price is right, corruption is okay. It’s not okay only if it is done by someone else”.”
Kata-kata di atas sebenarnya turut berlaku di Malaysia. Sibuk mengata orang lain korup tetapi diri sendiri pun sama (korup). Bezanya ialah adakah amaun yang mereka dapat mencukupi (dapat memuaskan hati) bagi menghalalkan perbuatan korup tersebut. Lagi satu siapakah pihak yang memberi ‘cash – wang tunai’ (rasuah) tersebut?
3. Baru-baru ini ada seorang penyokong tegar PKR (penyokong Kerajaan Negeri Selangor) dan Anwar yang bermati-matian mempertahankan kesucian Anwar (konon Anwar tidak bersalah langsung; fitnah jahat kononnya; kata beliau bukti mesti ikut cara Islam; tapi bila saya soal mengapa Anwar enggan bersumpah laknat cara Islam, tergamam si Polan dibuatnya, dan mulalah bercakap merapu-meraban… sekejap mahu cara Islam, sekejap tak mahu cara Islam) dan kehebatan Kerajaan Selangor yang menurut beliau bersih dari rasuah.
Menurut beliau dua anak beliau dapat RM1,000 tunai (suapan/rasuah?) dari Kerajaan Selangor bila masuk Universiti. Kata beliau di bawah BN dulu satu ringgit (lebih kurang) pun tidak dapat. Pada tahap ini saya sudah ketawa sebab rasa geli hati kerana beliau Melayu Islam, dan tidak mengaku mendapat apa-apa faedah dari Kerajaan Persekutuan selama ini.
Jadi wang ‘tunai-cash’ amat penting bagi si Polan ini, walaupun beliau dengan lantangnya menolak rasuah. Beliau juga dengan gahnya memuji pemberian air percuma (semua dapat percuma 20 meter padu -> rasuah/suapan?) yang Kerajaan Selangor beri. Kononnya untuk meringankan beban golongan miskin, tapi orang kaya pun dapat juga. Bukankah ini satu bentuk suapan/sogokan kepada rakyat Selangor. Apa perlunya orang kaya-raya diberi air percuma?
Bila saya tanya soalan ‘bukankah itu rasuah’ beliau mula cuba berdolak-dalik mengatakan yang dia sendiri dapat air percuma tesebut secara automatik (tidak berupaya menolak), tapi sebelum itu dia yang menyebut tentang air percuma tersebut, bukan saya. Alahai…pening kepala dibuatnya bila berhadapan dengan golongan yang bersikap hipokrit @ ‘talam dua muka’.
Yang lagi pelik mereka yang lantang menyokong pendekatan Kerajaan Selangor ini turut lantang mengatakan bahawa BR1M ialah satu bentuk suapan/rasuah, tetapi ada yang ambil juga (saya memang tidak setuju dengan pemberian BR1M kerana orang yang sihat walafiat, muda belia dan ada ijazah pun dapat – tidak layak). Tetapi mereka lupa bahawa tidak semua orang dapat BR1M. Jadi kes BR1M ini tidaklah seteruk kes air percuma di Selangor. Ada si Polan dalam blog Tun ini yang ‘perasan dia saja yang cerdik berfikir’ juga percaya bahawa air percuma itu bukan satu bentuk suapan, tetapi hujah beliau amat dangkal. Agaknya kalau BN yang beri, barulah ia dinamakan rasuah.
4. Jadi, golongan yang cuma tahu menuduh orang lain korup/rasuah tetapi diri sendiri lebih kurang sama saja perangainya tidak berbeza dengan Trump (US) dan May (Britain) dari segi pendekatan.
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Dear Tun
Kalau akal yang diberikan tuhan tidak digunakan sebaik-baiknya .. Layaklah manusia itu digelarkan binatang malah lebih teruk lagi dari haiwan ternakan .. kerana ia hanya menggunakan nafsunya untuk berfikir bukan menggunakan akal.
Seperti apa dapat disimpulkan dari kes pembelian kapal selam bagi kegunaan tentera Laut. Apakah berguna kapal itu sekarang ini . Atau sekadar perhiasaan semata. Cuba perhatikan petikan dibawah
” Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk 6 buah cuma bernilai RM770 juta ??? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan harga RM6.4billion..???
Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7 billion??. Sebelum admin jelaskan, korang tgok dulu rupa kapal selam ni.”
Adakah ini dikatakan pakar dalam ekonomi. Dimana penasihat-penasihat hanya sebagai pak turut yang membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh penyangak celaka laknatullah , mereka hanya berdiam diri .. penakut dan bacul laksana tikus mondok yang hanya tahu menerima makanan dari siapa yang menghulurkan padanya. Apakah ini yang dikatakan pemimpin yang sebenarnya memimpin kepada kesejahteraan .. Aku tidak melihat itu apa padanya Apa yahng aku lihat hanyalah kebinasaan laksana tiang yang dimakan anai-anai menanti rebah kebumi.
Semoga ALLAH kurniakan pemimpin yang soleh untuk mentadbir malaysia berlandaskan apa yang tuhan kehendakan buat apa yang manusia kehendakan.
Kun Fayakun.
Yang benar
meon
Salam Tun,
1.Malang sungguh Malaysia ini diperintah najib dan kunco kunco,
Kunco yang sanggup pertahankan penyamun alam jagat ini.
2.Membara sungguh hati menunggu pru14 ni.
3.Siap sedia umnobnpas, sejarah akan tercipta iaitu kekalahan besar besaran umnobnpas, nasib umnobnpas di hujung pena rakyat yang bakal mengundi.
4.Hidup PAKATAN, hancur lebur ditelan bumi umnobnpas.
Assalamualaikum tun.
Gdp Amerika syarikat pada 2016 memcatatkan hampir 78 trilion(78 ribu bilion) dan ekonominya ingin dibantu oleh malaysia yang mencatatkan nilai 1.2 trilion(1200 bilion).najib memang seorang manusia yang tidak ada maruah dan tiada perasaan malu walaupun digelar croocks oleh media us.
Entah mengapa apabila melihat keadaan najib ini, saya teringat kawan saya pernah berkata ada ilmu halus yang dapat menghilangkan perasaan ketakutan kita.hebat sekali ilmu kak mah rambut kembang ini.
Assalamualaikum Tun.
Semoga Tun berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Beza antara orang Islam dan bukan Islam adalah iman dan takwa. Seburuk buruk orang Islam jika dibandingkan dengan orang bukan Islam adalah ucapan dua khalimah syahadah.
Tentang perkara ini, telah saya jelaskan dalam komen terdahulu secara tidak langsung.
Sudah tentu saya tidak menyokong parti PAS. Tetapi dikalangan anak muda, masih ramai yang dahagakan pengetahuan tentang agama mereka sendiri iaitu Islam.
Kerana itu saya tidak begitu menggalakkan Tun terlalu membidas PAS secara terlampau. Kerosakan ini seperti dikatakan pengomen lain, bahawa ia adalah kerosakan sistem politik negara yang membenarkan penubuhan parti berasaskan perkataan agama.
Orang muda bercakap dengan saya berkenaan 4 mazhab. Kenapa kita perlu tetap pada satu mazhab sahaja iaitu imam shafie. Sedangkan Islam itu mudah dan tidak membebankan.
Tentulah saya tidak begitu arif untuk membantah perdebatan tersebut. Maka fikir saya biarlah hal hal agama ini dijawab oleh orang berpengetahuan dalam bidang mereka sendiri. Dan semoga yang mencari ilmu itu beroleh petunjuk dari Allah swt sendiri.
Seperti saya katakan saya tetapkan diri saya sendiri untuk mengatakan bahawa saya adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan mengikut mazhab imam shafie seperti mana yang telah dibawa berkurun lamanya oleh nenek moyang kita ke Tanah Melayu ini.
Dan tentulah kita juga mengikut dan mengiktiraf pendapat imam imam yang lain. Yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt. Cuma untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran negara, maka saya tetapkan seperti di atas.
Atas sebab sebab kerosakan dari sistem politik yang membenarkan perkataan agama digunakan, maka semakin mudah kita orang Melayu sendiri mengata bangsa sendiri. Malah mengata pada agama Islam itu sendiri.
Kita kata Islam itu kotor, busuk, mundur. Kalau tak percaya tengoklah PAS.
Maka kerana itulah saya tidak berulangkali menceritakan mengenai ilham MH17 yang diperolehi ketika sedang menonton tv sambil makan di atas sofa semasa bulan ramadhan – (tidak berpuasa).
Dan kerana itulah juga saya tidak berulangkali menceritakan perihal bahawa saya pernah merekodkan wajah Rasulullah saw dalam salah satu artikel di chedet.cc ini seperti yang saya lihat dalam mimpi. Mimpi yang benar ketika di waktu tengahari dan tiada keluar perkataan lain melainkan “itulkah kamu wahai Rasulullah?” Berulang ulang kali sehinggakan saya meninggikan sedikit suara dan saya dipeluk erat dari belakang sambil dapat dilihat baginda membaca sesuatu (mengubati) dari belakang badan saya sambil memeluk.
Sehinggalah selesai, baginda memperlihatkan wajahnya. “Subhanallah!!!” Sememangnya wajah Rasulullah saw bercahaya.
Maka kerana itulah saya telah rekodkan sebelum saya terlupa bagaimana keadaan situasinya.
Kaedah membaca sesuatu itu adalah mudah. Namun ia tidak mudah seperti yang disangka.
Ia berlaku kerana saya pernah terfikir untuk berhenti menulis di sini dan kenapa ia berlaku kepada saya. Saya sudah tidak tahan lagi. Kerana menulis di sini amat membebankan jiwa raga dan tubuh badan saya.
Beberapa ketika sebelumnya saya berkata “apa yang kamu,Ya Allah perlakukan kepadaku?”, sambil saya mengalirkan air mata.
Dan ingatlah. Beza antara orang Islam dan bukan Islam itu adalah iman dan takwa.
Mempunyai iman dan takwa itu adalah yang terpenting dari segala gala yang lain.
Terima kasih Tun.
Assalamuaalaikum dunia…
Arak yg haram… Apabila dicukaikan menjadi halal… Pendapat saya… Ganja yg dikenakan cukai… Mungkin boleh menjadi halal… Mungkin peniaga seperti pablo juga boleh bankrup kerana chemical tidak lagi laku… Saya yakin… Amsterdam mungkin negara pengganas… Mungkin….
Dunia… Dunia…
What matter is not what u said… But what you do… Towards other in the community… Kubur itu kan masing2… Kita juga mengadap Tuhan yang Maha Esa berseorangan…
Persoalan sekarang ini adalah… Benar2 yakin kah umat islam ini akan kewujudan NYA? Apa buktinya? Cuma Al Quran sahaja bukti yg kukuh… Wassalamm
Salam Tun.
1. Buat masa sekarang kita rakyat terpaksa menghadapi seorang PM yang ramai penyokongnya. Walau pun ada bukti kesalahan yang telah di lakukannya.
2. Selagi seorang PM itu tiada tentangan dari orang dalam , selama itulah dia akan selesa dengan jawatannya kerana tiada yang berani bertindak atau mendakwanya.
3. Contoh-contoh di cerita dalam al-quran bahawa ada tentangan kepada pemimpin – pemimpin yang zalim ada yang mengambil masa yang cukup lama.
4. Semua bergantung kepada lahirnya pejuang-pejuang yang berani berlawan serta mendapat sokongan dari rakyat ramai.
5. Walau pun patah tumbuh hilang berganti tetapi tidak semua berjaya melakukannya.
6. Perjuangan Rasullullah s. a. w sendiri mengambil masa yang lama sehingga adanya jihat kematian berlawan golongan jahat barulah dapat menaklukinya.
7. Telah di usaha berbagai cara tetapi tidak berhasil.
8. Kini tinggal cara mengundi yang pastinya daya usaha rakyat ramai untuk menukar pemimpin yang ada sekarang.
9. Cara dunia membanteras rasuah menjadi tidak berkesan bila pihak berkuasa itu sendiri ada ikatan dengan pemimpin yang menjadi kuasa pemilih tenaga kerjanya.
10. Satu kerugian kepada umat tersebut bilamana terpaksa menghadapi penguasa yang tidak amanah kepada manusia.
11. Tiada daya atau kuasa untuk menukar kerajaan yang korup akan merugikan masa ketika hidup di dunia ini.
12. Hilang pejuang yang berani kerana Allah akan menyebabkan rakyat terpaksa menunggu hingga ke akhir hayat untuk mendapat kebenaran.
13. Hukuman dari tuhan tidak akan mengecewakan lagi kita rakyat yang sanggup bertahan dari melakukan perkara mungkar ketika di dunia.
14. Kita di beri syurga dan neraka. Pahala dan dosa. Maka patuhlah kita rakyat akan perintah Tuhan yang di sembah. Itulah jalan menuju kejayaan.
Wallahua’lam.
Mat Tyson dijangka membawa masuk ramai ahli PH ke dalam UMNO.. Benarkah ini..
‘Pivot to Asia’ kata si Obama. Inilah kut hasilnya.
Rasuah ditutup dengan rasuah .
Assalamualaikum,
Tunku Abdul Rahmam Putra Al Haj
–BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
TUN ABDUL RAZAK
–BAPA PEMBANGUNAN
TUN HUSSEIN ONN
–BAPA PERPADUAN
TUN MAHATHIR MOHAMMAD
–BAPA PERMODENAN MALAYSIA
TUN NAJIB
–BAPA BANTUAN TUNAI MALAYSIA