PETUNJUK EKONOMI DAN KEKAYAAN NEGARA

(Ini adalah rencana pertama di dalam siri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada April 23, 2009)

1. Kita semua percaya bahawa negara-negara masyhur yang maju ekonominya memperoleh kekayaan menerusi pengurusan ekonomi yang pintar dan kemahiran dalam perniagaan. Mereka juga ternampak berjaya mentadbir negara mereka dengan baik.

2. Mereka telah mengadakan pelbagai petunjuk untuk menunjuk tahap kekayaan yang telah mereka capai. Dengan riaknya mereka membandingkan petunjuk-petunjuk ini, terutamanya pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dengan negara-negara miskin, untuk menunjuk bagaimana cekapnya mereka dalam menguruskan ekonomi mereka. Yang miskin tetap miskin kerana tidak belajar bagaimana untuk uruskan ekonomi negara mereka. Mereka ini boleh dianggap negara mundur.

3. Dakwaan negara kaya bahawa mereka begitu cekap dalam mentadbir dan mengurus hanyalah separuh benar. Benarlah mereka pengeluar barangan, pembekal perkhidmatan dan berdagang di dalam dan di luar negara. Tetapi kekayaan mereka daripada aktiviti-aktiviti ini tidaklah sebesar sebagaimana yang mereka gembar-gemburkan. Jika per kapita dan KDNK mereka berdasarkan hanya kepada perniagaan yang sebenar ini, mereka tidaklah sekaya seperti yang didakwa. Sudah tentu Amerika Syarikat dan Britain akan hampir bankrap.

4. Apa yang membolehkan mereka berjaya pertahankan petunjuk yang tinggi ialah kecerdikan mereka dalam berjudi dan memanipulasikan kewangan. Inilah yang memberi keuntungan besar kepada mereka dan membolehkan rakyat mereka menikmati tahap kekayaan yang amat tinggi.

5. Sebagai contoh, pasaran saham. Keuntungan kewangan yang diperolehi dalam pasaran saham tidak ada kena-mengena dengan perniagaan sebenar. Selalunya dividen yang dibayar amat kecil, berdasarkan kepada nilai asal saham. Oleh itu jika saham tersebut pada mulanya dinilai satu dolar, dividen sebanyak lima peratus hanyalah lima sen.

6. Tetapi jika terdapat permintaan yang banyak, saham satu dolar akan dinilai lebih tinggi daripada harga asal saham tersebut. Jika “harga pasar” saham ialah lima dolar, dividen lima peratus akan berikan pemegang saham hanya 0.5 % atau setengah sen dividen untuk setiap saham yang dibeli pada harga lima dolar. Ianya tidak akan membuatkan pemegang saham itu kaya.

7. Adalah lebih baik jika wang tersebut diletakkan dalam simpanan tetap dengan kadar faedah empat peratus, dengan itu lima dolar akan memperoleh kadar faedah sebanyak 20 sen.

8. Tetapi jika nilai saham naik, katakan daripada lima dolar ke enam dolar, pulangan ke atas pelaburan lima dolar adalah satu dolar atau 20 peratus. Tetapi nilai sebenar perniagaan tersebut dari segi aset tidak akan digambarkan pada nilai saham (dalam pasar) mahupun modal.

9. Jika perniagaan gagal ianya akan dinilai sebahagian sahaja daripada harga pasaran jika ianya hendak dicairkan (dijual).

10. Walaubagaimanapun aset (modal dan harta) tersebut mungkin bernilai lebih daripada harga pasar yang menjunam. Dalam pada itu pelabur (yang melabur semasa harga saham tinggi) akan kehilangan banyak wang yang dilaburkan (kerana kejatuhan nilai saham dalam pasar).

11. Jika pembeli membeli kesemua saham yang nilainya sudah merosot, ada kemungkinan dianya akan membuat untung dengan menjual asset (harta) perniagaan tersebut. Ini bukanlah satu jenis perniagaan, tetapi memang ada yang beli syarikat untuk meleraikan aset. Selepas itu tidak akan ada lagi perniagaan yang akan menyumbang kepada KDNK.

12. Yang jelas harga saham tiada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Walaupun perniagaan maju, harga saham yang terlalu tinggi tidak membayangkan nilai sebenar atau keuntungan perniagaan. Harga saham sebenarnya palsu. Saham, yang pada dasarnya kepingan kertas telah menjadi komoditi yang tersendiri (untuk dijual beli).

13. Tetapi pelabur tetap boleh jadi kaya dengan membeli dan menjual saham. Sudah tentu mereka juga boleh kehilangan semua duit yang dilaburkan apabila saham merudum.

14. Harga saham juga boleh dimanipulasi. Menerusi jualan singkat harga boleh dinaikkan atau ditekan turun. Sekali lagi pergerakan harga saham tidak ada kena mengena dengan perniagaan sebenar yang dijalankan.

15. Pasaran saham bertukar menjadi kasino di mana pertaruhan berlaku walaupun ianya tiada kena mengena dengan perniagaan sebenar. Perjudian di negara-negara kaya ini adalah jauh lebih besar daripada nilai syarikat yang disenaraikan di pasaran saham. Tetapi keuntungan luar perniagaan ini tetap dihitung di dalam pendapatan per kapita serta KDNK.

16. Tetapi bukan ini sahaja kekayaan palsu yang menaikkan per kapita dan KDNK negara-negara kaya.

17. Hakikatnya ialah angka petunjuk per kapita dan KDNK tidak mencerminkan kekayaan negara-negara maju daripada perniagaan dan dagangan mereka. Jika ditolak pendapatan daripada jual-beli saham, daripada pinjaman sub-prime (yang lemah) bank-bank, gadaian dan insuran keatas hutang yang tak dapat dibayar, jualan matawang dan kegiatan dana lindung nilai, pendapatan per capita dan KDNK negara-negara maju akan berkurangan sebanyak 40 peratus (angka ini disebut oleh Obama). Ini bermakna per kapita Amerika Syarikat bukan US36,000 Dolar tetapi US21,600 Dolar.

18. Pendapatan per kapita Malaysia lebih tepat kerana kita tidak terlibat (setahu saya) dengan pinjaman sub-prima, dana lindung nilai dan lain-lain. Hari ini per kapita kita ialah US6,000 Dolar oleh kerana nilai tukaran Ringgit ialah 3.80 bagi satu dolar Amerika. Jika tidak kerana penyangak matawang Amerika menurunkan nilai Ringgit dari 2.50 kepada 3.80 bagi satu US dolar pendapatan per kapita kita sepatutnya 9 ribu hingga 10 ribu dolar Amerika.

19. Dari angka per kapita ini, kita tidaklah jauh ketinggalan dari kemajuan dan kekayaan negara-negara maju yang sebenar.

63 thoughts on “PETUNJUK EKONOMI DAN KEKAYAAN NEGARA”

  1. assalamualaikum Tun,
    Ulasan Tun di nombor 5 dan 12.amat tepat.
    No.5 Tun menyatakan “Keuntungan kewangan yg di perolihi dalam pasaran saham tiada kena mengena dengan perniagaan sebenar”
    No.12.Tun menyatakan “Harga saham sebenar nya palsu ”
    Justeru itu tidak secara langsung BURSA MALAYSIA terlibat dengan perkara perkara palsu seperti di atas. Olih itu saya cadangkan BURSA MALAYSIA di tutup. Perniagaan hendaklah berdasarkan kenyataan sebenar seperti di jalankan di zaman Nabi Muhamad SAW dimana perniagaan berdasarkan jualbeli sebenar. Bermaana ada barang sebenar di jual beli. Bukan buat untung atas angin TANPA ada barang di jualbeli. Jika tidak silap hukum agama bagi perkara yang tak pasti adalah haram. Ramai juga umat Islam di Malaysia bermain saham.
    Hasil keuntungan saham di beri makan anak isteri. Memakan benda yang haram membuatkan anak anak malas belajar,nakal,degil,menderhaka kapada ibubapa,dan membuat seribu satu macam perkara negatif.
    e-mail rosbidar :[email protected]

  2. Assalamualaikum Ayahnda n Bonda,
    Izinkan Anaknda tumpang lalu,
    craveforchanges@Aminuddin,
    Hanya bila anda berada di luar negara dan merasai sendiri budaya asing dan mula membandingkan dengan budaya kita, barulah anda sedar apa yang baik tentang kita, apa yang baik tentang mereka, apa yang buruk tentang kita dan apa yang buruk tentang mereka. Apa lagi tentang yang terburuk ada pada mereka dan yang terburuk ada pada kita…
    Kita tengok mereka di perhentian dan atas bas, bagaimana mereka beratur, memberi laluan kepada orang tua, perempuan mengandung, kanak-kanak, OKU, kita tengok bagaimana pekerja mereka melayan kita di pejabat pos, bank, kedai makan, perpustakaan, di mana sahaja, kita jumpa pensyarah tempat belajar, berbincang, berbual tanpa protokol macam di tempat kita yang terpaksa berDoktornya, berProfnya, berDatuknya, dan macam-macam lagi…
    Bukan tak ada yang berperangai buruk, macam tempat kita juga, di luar tempat belajar, di kawasan pedalamannya, ada yang masih ketinggalan dan tidak begitu baik cara mereka. Tetapi, jarang kita jumpa, apa lagi kalau kita tak cari pasal, tak jumpa lah. Ada juga yang masih berprasangka dan bersifat perkauman, memandang rupa dan kulit.
    Sukar untuk kita mengajak orang kita sendiri berubah bila mereka tidak pernah merasai pengalaman berada di tempat orang. Dari segi cara belajar, cara bekerja, cara bergaul dan berniaga, cara menggunakan masa dan tenaga serta fikiran dan yang paling biasa, cara makan…sukar mengajak manusia terutamanya Melayu meningkatkan budaya kerja…
    Seperti dlm rancangan Di Luar Lingkaran RTM1 smlm membincangkan tentang perubahan budaya kerja, bercakap tentang liberalisasi – 3D ‘dirty, difficult n dangerous jobs’ tidak ada dalam kebanyakan minda pelajar atau remaja melayu kerana liberalisasi di anggap sebagai senjata merbahaya yang mengancam keselesaan masyarakat kita yang rata-rata tidak suka susah-susahkan diri…semuanya nak senang, taknak PPSMI tapi nak peluang belajar di universiti, apa lagi di luar negara, nak subsidi, biasiswa, pinjaman (tak payah bayar!), anugerah itu ini…
    Konsep liberalisasi atau keterbukaan perlu diperjelaskan dengan lebih meluas lagi kepada semua rakyat terutama golongan remaja, belia dan lepasan menara gading melayu yang masih mengintai peluang pekerjaan untuk merubah minda belajar mencuba bidang-bidang yang lebih berdaya saing…
    Semoga anda dan rakan-rakan berjaya dan pulang membantu rakan-rakan di tempat anda berubah…bekerja kerana minat dan tanggungjawab dan yang penting demi agama dan bangsa…Malaysia.
    Semoga Allah merahmati Ayahnda Tun, Bonda dan semua pengunjung…
    Wassalam.
    just my brain wave…

  3. Dr. M,
    Apa pendapat tun pasal ekonomi sekarang ni samada masih gawat. Saya baru terbaca artikel mengenai professor di USA mengatakan kegawatan ekonomi mulai hilang.
    Saya sekarang tinggal di Australia. Apa yang tun katakan mengenai budaya yang perlu diubah dalam Malay Dilemma memang agak tepat. Apa yang saya lihat ‘budaya’ disini memang berbeza dari berbagai segi. Ada yang baik dan ada yang buruk.
    Bolehkah orang Melayu / Malaysia mengubah budaya yang buruk yang dah jadi darah daging sejak dahulu. Korupsi, pak angguk, kaki bodek, dan sebagainya yang saya nampak antara perkara yang menyebabkan kita susah nak mencapai taraf negara maju.
    Minta Tun tulis mengenai ‘budaya’ dalam ruangan ini untuk tatapan pembaca memandangkan Tun antara orang yang berpengaruh (bukan nak bodek tetapi kenyataan).
    Ikhlas,
    Aminuddin

  4. Tun ,
    Saya dah komen dlm Bahasa Inggeris dulu jadi tak payah komen lagi.Selamat hujung minggu sekeluarga Tun & semua bloggers.
    RT

  5. Ayahanda Tun,
    Izinkan…..
    By S..Tan on May 15, 2009 12:29 AM
    Sdr Tan,
    Wow, “you are getting hot”…. atau Wow, hang ini makin hangat/panas je…, macam ahli politik Pakatan Rakyat “who cannot accept” nasib atau kekalahan”. Takpa, rakyat bukan buta-tuli macam hang. Hang nak bikin apa pun boleh, hang nak “claim” keadilan di blog ex-4th PM kita pun takde masalah. Tetapi kalau boleh, hujah dengan cara yang adil dan baik, bukan dengan cara “tembak jawapan sambil lelap mata, kerana cara ini pasti akan mengundang kegagalan dalam kehidupan seharian hang, very bad for you as a Cina Malaysia or 1Malaysia Cina.
    Whatever you have commented, the BN government is now working very hard to rectify these problems. Don’t worry, if these ministers cannot solve the “masalah hutang” from students or rakyat, they will be replaced. These failed miniters will be obtaining pension from the government, just like you, before next PRU 13. However, do give them time to learn and solve these problems.
    It’s no more “Don’t work for me, work with me”, now our BN government is working very hard to realize “People first Performance Now for 1Malaysia. Sabar LAH Tan, now KJ pun dah tukar perangai supaya dia boleh kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO.
    Malaysia is unique and has her way in dealing with domestic problems with Brain and Heart, just wait, see and evaluate the result as we move on. We are not blind and deaf, Tan.
    Good day Ayahanda.

  6. We have about 27 million population, rich resources and big land. Yet i have friends who earned RM 1200 a month!

  7. Assalamualikum Ayahnda Tun n Bonda,
    Maaf Ayahnda, tekeluaq tajuk kali ni.
    Kemaghin bunyi kata seghonok sangat kumpulan sokongan yg telah berkhidmat lebih 15 tahun akan dapat kenaikan pangkat. Tersengih2 la semua yg berkenaan termasuklah teman seumoq idup saya…tapi ada syarat2nya…bak kata Tuan Sadiq Segaraga, antara syaratnya, berkhidmat lebih dari 15 tahun dlm jawatan, kenala dapat lebih80% prestasi 3 tahun berturut2 dan antara yg paling PERIT ialah LULUS PTK…tang ni partner saya angkat bendera putih!!! Dah banyak kali dia ambik pegheksa jabatan, lepaih tu PTK n banyak kali hantaq sughat ghayuan, tapi kesian, tak lulus, sampai tua la luuu… Kalau daghi segi kheja, oghang kata, boleh angkat ibu jari, kheja sampai pukoi 6.30ptg n keghap pi buat kheja malam2 nak qadha’ mana2 tak selesai n cuba bayaq balik yg terlalai masa muda, tak pernah pun claim ‘overtime’, bukan saya nak lebih2 tapi itu yg sebenaqnya dia buat sejak 4,5 tahun kebelakangan ni…
    Tapi maklumlah, kalu dah tua bangka, nak masuk 50 tahun dah, pi la pegheksa PTK ni 40 kali pun, kalu otak dah bekaghat, baloq-liat oghang kata, baca buku PTK 44 hari 44 malam pun, tak masuk sikit habukpun dalam kepala hotak. Bila tengok soalan, nampak semua jawapan bolah pakai!!! Maka dapatla PTK corot…umoq makin betambah, pencen pun dah dekat sgt…mata makin kelabu, tak pakai spek tak nampak, pakai spek pening kepala…MAKA SELAMAT TINGGAL LA KENAIKAN PANGKAT YG DI HEBOH2 TUU….dia kata mungkin kena pencen awai n makanlah pencen yg tak seberapa tu…saya tak tau macam mana nak pujuk kesedihan dia…
    Saya sendiripun baik tak baik sangkut jgk PTK ni, almaklum la, nak masuk 50 jugak…Kita tunggu plak pengumuman PM Hari Guru esok. Kalu depa kesian ka pemegang Sarjana, ada chan la saya meghasa, kalu dak, dok di takuk lama la…untung cikgu yg tak sambung belajaq dari yg susah payah sambung blajaq…dah la dapat 10% elaun subjek kritikal, yg blajaq 5% saja!!
    PELIK!! MAKIN BELAJAQ, MAKIN KECIK ELAUN???? NAK ADIL PUN BIAQLA LOJIK. WALHAL, MASA, TENAGA, WANG RINGGIT BUKAN SIKIT HABIH MASA BELAJAQ. PERASAAN PUN BANYAK TERKORBAN. PELIK!! YG TAK BUAT APA2 PULAK DAPAT LEBIH. Bila tengok jumlah gaji time based DG32, lebih banyak dari time based DG41. Dahla nak naik DG44 mcm2 halangan dok ada, tarikh kenaikan sama tarikh masuk DG pun nak kena tarik balik hadiah pergerakan gaji, mintak Guru Cemerlang, borang2 oghang bekenaan tak panjangkan…rezeki mcm orang sekat2…apapun rezeki Allah masih ada…
    Ntahla, kena cuba ambik PTK lagi..kalu otak ni kuat ingat mcm otak Ayahnda kan bagus? Saya percaya, kejujuran mengatasi segalanya. Memang ada yg 100% berbincang, meniru masa ujian PTK. Tapi saya sentiasa mengingatkan diri. Anak2 masih belajaq n tak mau kerana saya menipu, peluang anak2 terjejas…InsyaAllah, anak2 akan lebih berjaya hendaknya walaupun ibubapa tak ceghedik mana, asalkan kita berlaku jujur…. Pelik lagi, kalu pelajaq2 meniru masa pegheksa, cikgu bukan main melenting…
    Maaf sekali lagi Ayahnda sebab ambik peluang ni melepaih ghasa…
    Semoga Allah Taala berkati Ayahnda n Bonda…
    Wassalam.
    just my brain wave…

  8. Many great industrial corporations especially car manufacturers lose money in their actual business division that provide goods and services. However, these companies still report an annual profit because of the gains they make in Forex. In case of our TNB, they make profit in their actual business division but their annual profit/loss is -ve because of Forex. I doubt Malaysia will make a fuss about the present financial system had our Bank Negara and GLC’s been making profits from Forex. Those financial brains in New York and London know about the system but they tolerate it for their countries have helped maintain the GDP per capita from this virtual business that doesn’t involve providing goods and services.

  9. Salam TUN dan isteri TUN… semoga panjang umo….
    Perghhh… satu apa pun sy tak paham…
    tp dr segi logiknya TUN bkn la calang2 org…
    Anyway… sy tetap di belakang TUN…

  10. YABhg Tun,
    ..making money…out of nothing at all..
    ..nothing at all…( ..tune from Air Supply )

  11. Salam sajehtera Tun,
    Tulisan Tun kali ini sungguh menarik sekali apa tah lagi ianya ditulis dalam bahasa melayu, dengan jalan bahasa dan cerita yang begitu indah sekali sehingga saya merasakan kalau saya mengulas dan berkongsi sedikit pendapat mengenainya maka dapatlah jua saya mengurangkan sedikit stress yang sedang saya alami ketika ini.
    Begitulah lumrah dunia Tun, sudah menjadi sifat semulajadi(Tabii) manusia untuk memiliki gelagat yang sedemikian rupa. Bagaimanapun kita bersyukur kerana minda warga Malaysia telah diacuankan(disemaikan) agar memiliki nilai-nilai moral dan etika yang tinggi mengikut standard piawaian prinsip dan konsep masyarakat berbilang kaum dan budaya Malaysia. Saya percaya konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh PM ke 6 merupakan suatu kesinambungan berterusan yang akan mengukuhkan lagi integrasi dan integriti warga Malaysia sepertimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Sesuatu konsep itu walaupun amat baik pada dasarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan dan diamalkan dalam suasana politik yang kurang mempunyai perpaduan.
    Contohnya pernah suatu ketika mantan PM ke 5 Malaysia mencadangkan agar konsep politik multilateral pelbagai negara diamalkan oleh USA tetapi cadangan itu telah ditolak secara halus oleh mereka. Pada saya bukannya apa, kalaulah konsep yang dicadangkan oleh Malaysia diterima bulat-bulat bererti suasana politik dalaman USA akan sentiasa panas bergolak dan tidak setenteram seperti sekarang (sebaik sahaja sesuatu pilihan raya selesai dijalankan dan keputusannya telah diketahui semua maka keadaan negara itu akan berkeadaan seperti biasa).Ini adalah kerana para politikal yang merasakan mereka juga hebat tidak berupaya menunjukkan bakat mereka sudah tidak mempunyai saluran lagi(di negara lain -jika polisi USA tidak membenarkan campurtangan dengan politik negara lain) untuk berpolitik di negara lain.Terpaksa tunggu untuk beberapa tempoh dan baharulah peluang muncul kembali seperti biasa.
    Kalau difikirkan jika para politikal tempatan merasa terhimpit di Malaysia kenapa mereka tidak dibenarkan keluar dengan izin ke negara-negara luar untuk memainkan peranan (memajukan) di negara-negara lain contohnya ASEANlah katakan.(Kebanyakan politikal Malaysia masih lagi berperanan sebagai glocal politikal dan bukannya global walaupun ada juga lakonan beberapa politikal Malaysia yang mendapat perhatian global kerana memang diakui ianya bertaraf global) Bukankah ini boleh menambahkan lagi ruang pasaran untuk negara Malaysia. Kalau dilihat sekarang ini para politikal lebih cenderung untuk berpakat, maaf sebenarnya sudahpun berpakat untuk menjadi pesaing utama kepada BN.Usaha mereka ini bukan main-main lagi malah yang memungkinkan pada akhirnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Rakyat pula terpingga-pingga tidak dapat berbuat apa-apa lagi tetapi orang-orang luar khususnya dari negara-negara barat berpusu-pusu ikhlas datang ke sini untuk membantu kerana mereka tahu apa kegunaan arang dan abu tadi kerana mereka mempunyai teknologi untuk menjadikan arang dan abu tadi sebagai baja menyuburkan tanaman mereka di sini untuk membawa hasilnya yang lebih lumayan ke negara asal mereka. Sekali lagi secara berterusan yang tinggal hanyalah kemiskinan untuk rakyat Malaysia, itupun kita ketahui setelah kita terpaksa membaca media keluaran mereka dalam bahasa Inggeris(Sebab media syarikat tempatan dah jatuh).Pada masa itu juga kita telah begitu pakar dengan bahasa Inggeris sepertimana pakarnya rakyat negara-negara Afrika menguasainya(Black Money) tetapi kepakaran kita itu sudahpun terlambat kerana kita terlalu mendaulatkan bahasa melayu sehingga jauh meminggirkan dan menafikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.(Ingat dulu kita tak boleh baca buku fahaman komunis dalam bahasa melayu, kalau baca tangkap sekarang rasanya boleh kot).(Suatu ketika dahulu salah satu dari Kelebihan bahasa Inggeris adalah boleh membahagi dua sesebuah negara contohnya negara Jerman dan korea tetapi bagi negara yang benar-benar menguasai bahasa tersebut seperti England dan Amerika tidak pula berlaku demikian malah ianyanya menyatukan pula, ini adalah kerana bahasa itu telah benar-benar mereka kuasai). Di Malaysia pula kita lihat ada segelintir pihak menggunakan bahasa melayu untuk memecah belahkan masyarakat Malaysia. Mereka nak uji benarkah aura bahasa melayu ni juga setanding dengan aura bahasa Inggeris yang boleh memecahbelahkan dunia suatu ketika dahulu dan hinggalah ke hari ini. Sepatutnya bahasa melayu itu digunakan pada sudut positifnya iaitu menyatupadukan rakyat negara Malaysia sebagaimana bahasa Inggeris berfungsi sebagai bahasa yang menyatupadukan masyarakat dunia pada ketika ini. Adakah kita perlu melalui detik-detik negatif atau bencana bahasa melayu itu sepertimana yang dilalui oleh bahasa Inggeris pada zaman dahulu seperti yang diceritakan di atas.Bukankah lebih baik sejarah yang dipengalamani oleh bahasa Inggeris dijadikan rujukan agar bahasa Melayu dapat kita gunakan pada sudut positif yang berupaya menyatupadu dan memajukan masyarakat negara Malaysia.
    Pada sudut perniagaan, jika dilihat pada soal pasaran saham, ya sememangnya negara-negara barat berupaya dan bolehlah dikatakan menang dalam soal ini. Negara-negara ini begitu lantang bercakap bahawa dasar pasaran terbuka ini perlu diamalkan oleh semua negara. Mereka mungkin menanglah pada mulanya dari sudut saham-saham ni tetapi bila kita menyorong negara China sebagai sandaran kita untuk menerima konsep mereka. Pelbagai syarat pula dikenakan kepada china yang pada akhirnya berbalik juga kepada kuasa undang-undang rimba yang disandarkan oleh mereka sebagai jalan keselamatan terakhir Kerana kita tahu negara China memang berupaya melambakkan pelbagai barangan yang jauh lebih murah dari negara-negara barat di dalam pasaran. Seterusnya kalaulah mereka betul-betul berani membuka pasaran sebebas yang mungkin, seperti yang Tun katakan saham tu digunakan oleh negera-negara barat sebagai alat judi mereka untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Saya kira negara China juga akan dan berupaya menguasai pasaran saham di dunia sekiranya pasaran bebas sempurna wujud di dunia nyata ini kerana selain dari mempunyai pelbagai keluaran bahan mentah dan siap serta mempunyai bilangan buruh berkemahiran yang banyak dengan kadar upah yang rendah, negara China juga merupakan negara terawal atau tertua sekali dan boleh dikatakan raja segala judi dunia. Mata wang dalam bentuk kertas juga dimulaikan oleh negara China.
    Berbalik kepada negara Malaysia, selain dari acuan yang telah ada di Malaysia, pada pendapat saya bakat-bakat semula jadi yang mempunyai pemikiran seperti konsep yang ada di negara-negara lain tetapi setia dengan konsep yang telah diacuan oleh negara Malaysia perlulah juga diberi peluang untuk digilap(bukannya ambil macam ujibakat rancangan pilih kasih arahan Rosyam Nor yang menghadkan umur setakat 35 tahun je) bagi menyeimbangkan kehendak persekitaran global. Perkara ini ada juga baiknya kerana selain dari mempastikan suasana aman dan damai di dalam negara, negara Malaysia juga mempunyai kesesuaian dengan konsep negara-negara lain.Lama kelamaan jika mereka melihat konsep Malaysia adalah telus dan berjaya tidak mustahil konsep multilateral yang cuba diterapkan oleh Malaysia akan diterima secara evolusi oleh Amerika dan bukannya secara revolusi sebagaimana sesuatu teori itu dipraktikkan sebagai percubaan awal kerana kesannya pada negara lain tidak semestinya sama dengan negara kita.Disamping itu konsep negara kita berkemungkinan dapat diperluaskan sekiranya ada perpaduan di dalam negara Malaysia terutama sekali pada sudut politik. Dengan adanya perpaduan di dalam politik baharulah negara lain akan mula lebih memandang negara ini sebagai mana kita memandang negara timur suatu ketika dahulu malah hinggalah ke hari ini(evergreen). Kalaulah mungkin BN dan Pakatan boleh duduk berbincang berhubung dengan perkara ini yang saya rasa kebarangkaliannya terlalu kecil tetapi tak tahulah berapa peratus kebarangkaliannya pada pihak BN dan pakatan.Rasanya Tun pun mempunyai pemikiran yang sama malah lebih terkehadapan berhubung dengan perkara ini seiring dengan hala tuju wawasan 2020(jalan pemikiran saya belum sampai ke tahap ini)
    Adakah kepentingan peribadi lebih diutamakan ataupun kita menyahut saja seruan perdana menteri ke 6 dengan konsep satu Malaysia. Saya amat yakin kalaulah kepentingan diri dapat dipinggirkan dan nama Malaysia yang baik dapat diutamakan di persada dunia bukan seperti apa yang berlaku di negeri Perak sekarang ini. Masing-masing dilihat menunjukkan kehebatan sebagai jaguh tidak terkalah yang unik dan tersendiri hingga pemimpin-pemimpin dunia pun tersenyum sesama sendiri kerana melihat betapa pelik tetapi benar senario gelagat politik negara Malaysia ni. Yang rugi adalah negeri Perak khasnya dan Malaysia pada keseluruhannya. Negara Malaysia merdeka melalui perundingan dengan negara barat(England) tetapi adakah orang Malaysia tidak boleh berunding dengan bangsa sendiri.Mengapa perdana menteri Malaysia yang pertama sanggup merendahkan diri bagi mewakilkan diri demi rakyat Malaysia diketika itu untuk menuntut kemerdekaan walaupun perdana menteri berketurunan diraja. Terlalu sukarkah sesuatu perundingan itu dilakukan walaupun demi kepentingan negara sedangkan negara-negara serantau menjadikan negara kita sebagai Pakar rujuk, Pakar runding dan pakar segalanya untuk menyelesaikan masalah dalam negara mereka masing-masing. Ingatlah jangan pula sampai menang jadi arang kalah jadi abu kerana bukan ada sesiapa yang untung sebaliknya kedua-duanya sekali dijadikan baja untuk kepentingan negara-negara asing atau kita lihat saja contoh masalah jiran yang terdekat dengan negara kita. Oleh itu biarlah para politikal semua berkorban sedikit atau korbankan kepentingan peribadi yang keterlaluan demi negara Malaysia tercinta ini rakyat didahulukan pencapaian diutamakan demi konsep satu Malaysia bagi mencapai kejayaan yang cemerlang gemilang dan terbilang berlandaskan arah V2020.

  12. Federal Govt Will Continue To Develop Langkawi
    LANGKAWI, May 14 (Bernama) — The federal government will continue to develop Langkawi as a world class tourist destination, said Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcob.
    comment:
    Dear Tun,
    I think in order to make Langkawi more vibrant, the govt. should make the island as an international educational centre for East Asia. The govt. should attract few renowned universities from the United Kingdom or the US to establish branch campuses in the island. I think Langkawi is an ideal place for higher learning centre. Imagine the spin off economic activities that can be derived from having thousands of foreign students studying in the island.

  13. Negeri Perak should revert to absolute monarchy system if the power given to the rakyat to practise democratic system is being abused.
    The Sultan should take back the power and rule by himself, period. After all Perak is his hak mutlak jajahan Tuanku Sultan sebelum Merdeka.
    Daulat Tuanku!

  14. Dear Tun, salam mesra harap sihat sejahtera. Kiriman saya untuk tajuk ini dgn izin..
    ………………..PEMINJAM RAPUH
    Betul kah M

  15. Dear Tun, salam sejahtera harap sihat gembira. Kiriman saya untuk tajuk ini dgn izin…
    ………………..M’SIA DAH MAJU!
    Kalau betul kita tak jauh mundur dari US, tak perlulah lagi DEB untuk melindung kaum majoriti! Yg hari ini masih melaung laung bumiputera mengemis di bumi sendiri pakar ekonomi barat kot? Pandai belit angka!
    Kalau betul bumiputera masih miskin lepas 40thn DEB, maknanya wang beratus bil ( dari 8 Rancangan M’sia) telah pergi ke kaum sub prime! Maksud saya pemesongan.
    ………………..CONSTITUTIONALISED BAIL-OUT
    Kalau teliti betul betul DEB mirip ciri

  16. Per capita was came from Latin word mean per person or for each head. If income percapita was count from the everage income thats mean its not correct at all. We should compare the gap between the rich and the poor in the country. If 100 people, 5 of them earn 10millions dollars per month and another 95 people earn 100 dollars per month, the everage income per capita will be arround 500thousand per month. Mean these 100 people all is super rich.

  17. I read with some consternation and irritaion your fatuous statement that fresh polls should not be held in Perak as Pakatan will certainly win. Do you realise that democracy is all about people’s power and choice? During your rule, you have been dictatorial, autocratic and adopted a care-the-less attitude towards people’s desires, opinions and needs. Hence your statement to the media does not come as a shock or surprise. You had made a mockery of democracy. The present government too does not believe in a democratic approach to resolving the Perak political imbroglio/crisis. Surely the situation in Perak and the drama enacted by the BN recently at the Perak State Assembly has made Malaysia a laughing stock!
    God Almighty, save this nation from the slide!
    Abi

  18. Asalamualaikum wbt
    YANG AMAT BERBAHAGIA TUN
    Saya mendoakan y.a.bhg TUN sentisa berada berkeadaan sihat wal-fiat
    izin saya terlebih dahulu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.A.Bhg TUN yang telah memberi peluang serta kebenaran bagi mengemukakan cadagan
    saya dengan merendah diri seterusnya ingin memohon perhatian Y.A.BHG TUN bagi cadagan belia-belia zaman moden mudah lupa jasa orang dahulu apakah nasihat kepada pemimpin sekarang tidak pedulikan ?? mengapah ini terjadi?? siapakah bertangungjawab hal ini semakin pudar kalangan hati pemuda-pemuda sekarang

  19. Keringat rakyat di danakan
    yang mengurus dan di urus
    di kumpul, di labur, di pasar saham.
    Di agih dividen selama sepuluh tahun
    dengan hanya sepuluh ringgit
    di beri nafas baru dan di Islam akan ia
    menjadi seratus ringgit dalam akaun buku.
    Dalam neraca kekuasaan dunia,
    kapitalisme adalah idola!
    Dalam neraca hidup,
    pengemis tidak boleh mengundi!
    hanya rayu ketagih janji
    Adakah nyawa membawa erti?
    Kami tidak sudi
    tidak pula sudi kufur,
    itulah rahmat
    Itulah nikmat
    namun,
    mengemis kami masih,
    akan sayang, cinta dan kasih…
    Tok Sir

  20. Salam Tun,
    Orang kampung seperti saya kurang faham tentang saham ni, cuma kita orang melayu ni suka tunding jari bila ada orang lain lebih maju. Ini seperti ketam dalam bakul, mana2 yg cuba naik akan ditarik turun supaya berada setaraf dengannya.
    Semalam, MB perak ada buat ulasan media, katanya ekonomi perak tak terjejas dgn keadaan politik diPerak. Saya juga pelik, sanggup kah pelabur ( kalau kita jadi pelabur)nak datang ke Perak dan melabur jutaan ringgit bila senario politik spt yg berlaku sekarang??.
    Salam Tun dan didoakan sihat walafiat.

  21. Hello Tun,
    1. Dah lama saya tak beri komen in your blog.
    2. Im happy Tun still contributing to your blog.
    3. Tun can write all the technicality of the world economy etc etc. But ive learn one thing and it is actually basic, all comes from the heart.
    4. In Islam, ive read 1 hadis that says everything starts with intention which in Malay means “Semua bermula dengan niat”.
    5. What you have written abt these financial stuff and false economy, it all endup encompassing with the western corporation and theirs leaders intention.
    6. Today they camouflaged all those stuff with free will, democracy, fairness in business, human rights, justice etc. and so many stuff that feeds our ears which sounds good.
    7. But look what actually happened at the end? especially to their own people. I got an US friend, he said to me, he will lose his job in 6 months (told me 2 months ago). And he told me alot of his friends and people especially middle class and lower class now is living in a tent. Marriage collapsed, people lose their homes, some even suicide and kill their own family etc. This was not shown in CNN or western publications or even Anwar Ibrahim Blog.
    8. Hes a good programmer but so sad what going to happen to him. But i respected him cause of his high hopes. Those CEOS, western politicians and self proclaimed freedom fighters benefits billions out of their false economy and now benefitting from bail-out money. Its the same people who is preaching law & justice, freedom for all, it is the same people who owns the media and newspaper that wrote bad stuff about our country and our current PM. It is the same people…
    9. The same people that most malaysians look up to, learned from western universities, and most malaysians wants to be. Its the same people, the reason that most of our young malaysians are so influenced which makes them loath our own governments and leaders. Our youngster believed their justice systems, business systems and the way of life these people promote.
    10. All of these Western/US politicians, bankers, speculators, law makers got away of their wrong doings, their mistakes to their own brethren and citizens. Look at Bush, did he went to jail for what have happened? No!! his father got an aircraft carrier named after him and Bush junior got a museum of his own. What Soros and his friends get? jail or punishments? No!!! a few more billions from bail out money. How about the CEOS and Directors of these International Banks Company? do they got punished? No!!! they got some bonuses and fat paycheck from bail out money!! How about their bitchy CEO wives? Do they start behaving like a good wife? NO!! they got a new necklace and a new car with handsome latin cheaffeur and a vacation in St.Tropez!!! And the best part OBAMA cant do anything about it. And it shows that these are the type of justice that many young malaysian believed in.
    11. THATS WHY, THE ONLY CHANGE THAT OBAMA CAN DO IS CHANGING HIS MIND.
    12. This is what happened to their own people, how about us, the Asians, the Muslim country? Their own leaders and corporations who preaches no bribery, democracy, law and justice will care???
    13. So why it happened? Is it something to do with the technicality, per capita and other mumbo jumbo that economists keep jabbering about on business news? Is it something wrong with democracy, freedom for all or free trade?
    14. Are what they preaching good things? Yes it is a good thing but the difference is their hidden agendas and intentions. This crisis wouldnt be so bad if their intentions were good at the first place.
    15. So it revolve back at the muslim hadis “Everything starts with an intention”. Good intent always endup good even there are drawback in the middle of the journey. But if the intentions were bad, catastrophy will happen at the end. Which shows today. And it is simple as that.
    16. It proves what happen today reflects their true intentions and agendas. It is all about money, individualists, selfishness and control, thats all. Its not about free will, its not about democracy, its not about law and justice and its not about prosperity, its not about taking care environment and its not about fair trade.
    17. This is the western nation that we want to follow and take it as an example to run our country. But bare in mind, these are the nation that every 3 marriages, 1 will endup in divorce. Whereby every husbands and wives having an affair is a common thing. The point is, if the husband and wife cant even hold to their words on their vows with a small marriage organisation commitment, what u expect if they are going to honor their long term commitments when they represent themselves as a nation we could trust?
    18. And sadly many of us trusted them, even trust their friends in our country….and even willing to allow their local friends to run some of our states. So do their local friends have good intentions? Do their friends are serious about justice “Keadilan”, do their leaders are willing to give up for the people or it is just a front/lip service to get position, power and grab more money and business opportunity? Well ive encounter many strange things happening in Selangor State, i can say worse than UMNO-MIC-MCA business setup. Some in the open, like those 2 ex-PKR guys from Perak, some more shady like using “for the rakyat” and then forced JV and some token for “Perjuangan” to get the project or land to be developed, and some of ideas got hijacked. Im not the only businessman who encountered that, many more and we have been talking about it. Kinda sad about it, but what to do, that always be the fate of normal people like me.
    19. Comeback to economic system, we have seen the failures and its flaws, its time for us to choose either we continue to believe and follow it, or change our path. Ive made my mind, I really hope the dinar system can be implemented whereby the main reason and objective is every trade and business is based on its actual value and hardwork, in short real business. And that is fair, that is justice, and that is REAL KEADILAN!!!
    20. But what can we do? some of us in UMNO which most graduated from western universities and holding high post are not willing to implement it ASAP. How about Parti Keadilan Rakyat? Well they are not planning to hurt American especially George Soros feelings. Well thats one of PKR intention, not hurting US + Western feelings at the expense of our own countrymen feelings.

  22. Looking forward to see “paklah Badawi blog pula”..
    See how he can contribute his idea for Malaysia..Anyone knows?

  23. Assalamualaikum Tun
    Sekiranya DUN Perak dibubarkan atas desakkan pembangkang, saya mahu kosnya pilihanraya di tanggung oleh kerajaan negeri atau rakyat Perak sendiri. Saya tidak mahu duit cukai pendapatan yang saya bayag tu digunakan untuk ini. Saya mahu ianya digunakan untuk kepentingan rakyat seperti penyediaan peralatan kesihatan, kemudahan awam,untuk mereka yang memerlukan. Saya mahu wang yang saya bayag ini juga memberi pulangan kepada saya di akhirat nanti. InsyaAllah.

  24. Tun yg berbahagia dan masih berbisa,
    Isu besar negara kita sekarang ialah Perak dan Rampasan Kuasa.Tajuk Ekonomi yang Tun kemukan tidak urgent. Isu Perak boleh melumpuh dan mengkuburkan UMNO kecuali ianya ditangani dengan jujur dan Islamik. Ramai orang persoalkan tentang Najib ….Apa kata Tun? Ataukah 2 x 5 dengan Najib je? Saya respect T R yang menjelaskan pendiriannya …Org macam T R layak menjadi PM…cepat menyatakan pendirian walaupun not very infavour of UMNO…Rakyat didahulukan. Cakap Najib…”rakyat didahulukan”…tapi yang Najib dilakukan ialah “wakil rakyat (UMNO) didahulukan”. Surat khabar kata…”Kumar gila babi”, TV1 kata “Nizar gila Talaq”…tapi rakyat TIDAK GILA nak makan surat khabar dan TV1…ini semua menjahanamkam ekonomi negara kita…Harap Tun nyatakan pendirian dan berikan nasihat melalui Che Det ni

  25. Salam Tun & Keluarga,
    Terima kasih atas satu lagi tulisan yang penuh ilmiah dan petunjuk kepada warga blog. Ya, samada kita suka atau tidak, ekonomi hari ini dikuasai oleh “negara2 maju” dan jika mereka membuat untung banyak, kita mungkin dapat untung sikit walaupun pada hakikatnya kita akan rugi banyak. Mereka membuat undang-undang, kaedah perniagaan yang menguntungkan mereka dan menekan kita pada masa yang sama. Bila mereka rugi akibat sistem yang direka oleh mereka sendiri, kita juga yang dapat bukan setakat tempias, malah, air bah yang besar.
    Mari kita ambil ikhtibar dengan tulisan Tun ini dan fikirkan cara untuk menukar fenomena ini. Orang Islam sudah ada sistem perniagaan, muamalah yang telah di ajar oleh Rasulullah, maka, inilah yang perlu kita buat iaitu kembali kepada syariat Islam.
    Saya agak terkilan dengan sikap segelintir orang yang memandang serong terhadap tulisan-tulisan Tun berkenaan ekonomi semasa dan perniagaan matawang. Kepada mereka ini, Tun tidak mengada-adakan cerita. Adakalanya kita kena belajar daripada pengalaman orang lain. Saya lahir selepas Merdeka, maka saya banyak mendengar cerita pengalaman datuk nenek serta ibu bapa saya yg melalui pahit maung hidup zaman penjajahan British, Perang Dunia ke-2, Bintang Tiga, pra merdeka, dll. Jangan kerana anda ada ijazah bergulung-gulung maka pandangan dan nasihat orang lain tak berguna.
    Tun, teruskan perjuangan yang belum tamat ini.

  26. You are not 100% correct at calling it a fake economy. Yes, in essence money is conjured from thin air through mathematical formulas and reasonings but….because everyone believes in it, it makes it real. Just like Charting strategies in trading. No one can predict the market. But with some charts and some lines drawn here and there and also because millions believe in ‘reading’ charts, it becomes real.
    It is like religion who can really say they have seen god, allah, buddha, jesus, etc? But the masses make it a reality.
    So a real economy is providing services and products, you say? But who makes a potato worth $0.50? who makes a car worth $135K?
    The people. In essense a potato is free. and a car is just scrap metal made to appeal.

  27. Yes..saya rasa senang faham tentang ekonomi dgn penerangan TunM ini. Terimakasih kepada TunM. Satu soalan saya kepada TunM…adakah DS Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Menteri Kewangan – sewaktu kegawatan ekonomi 1997) boleh dianggap seolah2 main judi dgn Soros dgn cara membeli US$ dan mengharapkan RM menjadi kukuh. DS Anwar telah kalah dgn Soros dan wang pertaruhan adalah wang rakyat Malaysia. Saya benar2 kagum dgn TunM dgn cara memulihkan ekonomi Malaysia dgn cara tetapkan pertukaran RM dgn US$ dan sekaligus pedagang2 luar matawang tak boleh menipulasikan RM. Adalah salah dan tak beretika bank-bank/pedagang2 mata wang di Singapore menerima RM sebagai simpanan dan memberi pulangan faedah yg tak munasabah.
    Terimakasih kepada TunM dan saya doakan supaya TunM sentiasa sihat dan diperpanjangkan umur….Saya pasti majoriti Rakyat Malaysia dari berbagai kaum masih memerlukan buah fikiran TunM utk terus maju kehadapan.
    Wahid Abdul – ALEPS

  28. Mencari kekayaan datang dengan usaha yang gigih,strategi yang betul di samping kepakaran ilmu di dalam sesuatu bidang.Rezeki allah maha luas yang ditaburkan seluruh alam pelusuk dunia ini.Orang yang berilmu sahaja ler yang boleh mengaut banyak rezeki itu.Orang yang tak berilmu terus di himpit kesusahan contohnya mengunakan ilmu mengaut emas dengan mengunakan cara traditional melombong mas sudah tentu lain hasilnya.Jadi berusha mencari ilmu secara bersungguh2.
    http://www.hotmember2u.com

  29. Kisah Apek jual sayor dengan Pakcik makan gaji.
    Pakcik : Apa macam apek .. niari berniaga ada untong ?
    Apek : Berniaga hali hali untong .. kdg2 untong sikit kdg2 untong banyak. Melayu berniaga tak ada pandai .. susah untong.
    Pakcik : Hehehehe .. tidak apa lah kita makan gaji sama kerajaan .. sikit2 pun tiap2 bulan ada untong sikit.
    Apek : Itu macam sampai bila2 pun talak boleh jadi kaya.
    Pakcik : Hehehe .. tak apalah kasi itu bayam 20 sen.. cili 10 sen.
    Besok jual murah sikit lah apek. Bye-bye.
    Bertahun-tahun kemudian ……
    Pakcik tidak lagi tinggal dirumah sewa lagi tapi tinggal dirumah teres hasil dari wang simpanan EPF. Harga rumah melambong .. dapat lah Pakcik naik taraf dgn membeli rumah yg lebih besar dan selesa.
    Nsib kalau lebih baik .. dapat juga rumah banglo.
    Terima Kasih pada kerajaan kerana mengadakan skim EPF.
    Apek pula maseh tetap seperti dahulu dan mengakui selagi menjual sayor selagi itulah kehidupan tetap sama.
    Lebih baik bekerja makan gaji dari menjadi peniaga yg tidak pandai berniaga walaupun ada keuntongan setiap hari.
    Alangkah baik nye kerajaan adakan kawalan pembinaan rumah berlebihan agar menguntongkan majoriti yg bekerja makan gaji.
    Harga rumah naik rakyat berEPF pun jadi senang.
    Taraf kemiskinan dapat dikurangkan.
    Betul tak Dr.M
    Salam dari saya.

  30. Assalamualaikum pembaca-pembaca Che Det,
    Tajuk Ekonomi ini memang Syok, kalau cerita, payah nak habis, saya cuba ringkaskan….. Kita perlu faham, sebab sekarang nak kena batang hidung kita.
    Takrifan Kadar Keluaran Negeri Kasar bermaksud keseluruhan perbelanjaan, ini merangkumi
    KDNK = Perbelanjaan Domestik + Perbelanjaan Pentadbiran + Eskport – Import.
    Kesemua perkara di atas diukur dengan penggunaan wang kertas di pasaran. Sekiranya kita bawa Nyiok pergi pasar, katalah sepuluh biji, kebetulan jumpa tauke ayam di pasar yang ada jual santan, bila Nyior ditukar dengan ayam, walaupun boleh dinilai transaksi tersebut berharga RM10, ia tidak di kira dalam KDNK.
    Saya tidak pasti pula perkiraan KDNK Kementerian Perindustrian apabila buat pertukaran barter dengan negara India ; Minyak kelapa sawit ditukar dengan kepakaran IT mereka, adakah dikira dalam KDNK. Bila depa kata KDNK naik atau turun dia kira rangkum semua setahun seluruh perbelanjaan di atas. Kerajaan pun nak bagi adjust KDNK ikut formula di atas, dia bagi orang kerajaan naik gaji, perbelanjaan pentadbiran akan bertambah. KDNK pun dapat diadjust.
    Sementara KDNK per Kapita bermaksud, keseluruhan KDNK bahagi dengan seluruh penduduk Malaysia. Bila Che Det kata KDNK perkapita kita 2009 ialah US$ 6000 setahun ini bermakna RM 20,400 ( 1US$ = RM3.4), juga bermakna pendapatan rakyat Malaysia purata sekali dengan anak-anak kita ialah RM 1680 seorang/bulan. Dengan KDNK perkapita RM1680 seorang/bulan. Katalah sebuah keluarga dengan 5 orang ahli keluarga, jika pendapatan RM8400/bulan, keluarga ini bukan golongan kaya, keluarga ini juga dikira golongan pertengahan. Pembaca Che Det boleh kira ka, kita ni golongan mana??
    Saham-saham dah sah menipu macam Che Det kata, urusniaga saham ini menilai asas perniagaan mereka dengan Harta, Tunai dan tanggungan mereka. Selain itu dikira potensi (GoodWill) perniagaan mereka, tang ini yang susah nak nilai. Jangan kata Saham syarikat besar. Kalau kita jual goreng pisang, kira berkongsi dua kepala, buatlah akaun baik sekali pun, bukan senang nak puaskan hati dua-dua kepala, nak bagi tepat lagilah susah, kira tak habih….., orang meniaga enterprise atau Sdn Bhd diajak dalam dunia Keparat, Akaun ada 3 jenis, 1) Akaun nak tunjuk bank bagi untung, 2) Akaun nak tunjuk Cukai bagi untung sikit 3) Akaun Sebenar untuk kita perbaiki operasi. Kita semua tahu, apabila kita tipu akaun atas akaun tipu, kita tidak akan dapat kira Akaun sebenar.
    Saham ni, lebih teruk dari Judi, Judi dah sah Haram, kira nasib dengan kebarangkalian Dadu, Kad dan sebagainya. Saham ini, saja-saja nak bagi orang tipu kita dengan akaun entah mana hala, Skandal di Amerika Enron Okt 2001 dan WorldCom Jun 2002 yang melibatkan penipuan Akaun syarikat telah mengheret sejumlah wang besar iaitu masing-masing pada US$600 billion dan US$64billion. Bank-bank yang penuh dengan bijak pandai pun kena tipu.
    Perbandingan Per Kapita yang Tun buat dengan menyalahkan penyangak matawang kita dari 1US$ dari RM2.50 ke RM3.8, tidak mempunyai makna. Nak bagi tinggi KDNK per Kapita sekali pun, barang keperluan sentiasa meningkat. Makanan, minuman, elektrik, air dan rumah sentiasa meningkat. Kebergantungan kita terhadap import makanan masih lagi disekitar RM6 billion defisit(Kurang).
    Mengejar petunjuk ekonomi seperti yang ditetapkan oleh Yahudi, akan memastikan kita menjadi binatang Ternak Yahudi. Kita menjadi buta nikmat apabila kita membelakangkan keperluan asas, sedangkan pada tahun Millinium ini, Teknologi yang kita bayar mahal pada tahun-tahun 70,80 dan 90an, sekarang menjadi murah, kereta, video, Handphone, Hifi dan pelbagai produk teknologi benda mati yang juga berupa barangan tidak perlu untuk kehidupan manusia.
    Tulisan ini bukan mengatakan pembangunan material tidak perlu, Che Det akan cerita dalam catatan Ekonomi-4 tentang matawang. Bahananya ialah kita bangunkan teknologi material dari matawang yang tidak bernilai. Setiap pembangunan perlu dibangunkan dengan matawang sebenar. Untuk mudah faham, matawang selepas tahun 1971, upah kerja dikira sebagai ” Makan dulu baru Kerja”. Jika matawang berasaskan bahan yang bernilai, dalam bahasa mudah ” Kerja dulu baru makan”.
    Insyaallah, Saya akan lampirkan beberapa catatan ekonomi yang saya catat terdahulu untuk blog Che Det.
    Hazrin

  31. Salam Tun & Bloggers,
    Apakah pandangan Tun terhadap kemelut politik di Perak. Bagaimanakah keadaan ini akan membantu pembangunan negeri Perak dan negara Malaysia.

  32. cuma terpikirkan tentang krisis minyak dan makanan yang berlaku sebelum ini…
    adakah pasaran dalam bentuk gelembung spekulasi mempengaruhi harga sebenar dalam pasaran pengguna?
    **sejauh mana spekulasi bidang politik terkait dengan spekulasi bidang ekonomi?
    **bagaimana untuk memastikan spekulasi bidang politik (contoh seperti di iraq) tidak membabitkan spekulasi ekonomi?
    cuma terfikirkan harga sebenar minyak tanpa spekulasi…

  33. Salam Tun dan Toh Puan,
    Memang benar apa yang di katakan oleh Tun,
    Sebenarnya Tun, dunia USA ekonomi penipu ni bukan aje pada subjek ekonomi tetapi pada subjek politik, sains dan pentadbiran barat…yang penuh dengan penipuan.
    Saya ada melihat ASTRO tentang cara siasatan di lakukan …semunya menunjukkan kan bahawa meraka cukup hebat, cukup tarel bolah dapat penjenayah dengan sainstifek dan macam mana orang putih boleh kesan jenayah dan macam mana orang putih ada ubat penawar virus yang mengacam dunia dan meraka ada teknologi cangiih! Semuanya penipu!
    Last-last tak dapat cari jawapan terus tuduh orang Islam yang lakukan jenayah! Lain tiada, semuanya orang Islam! Orang Islam Penjenayah dunia! Paksi kejahatan! dan negara pengedar dadah di dunia!
    Inilah propagadan barat dan orang putih!
    Mereka tak boleh terima, mereka sebenarya bodoh dan kurang bertamadun dan sudah tiada adap dalam hidup. Sex bebas sana sini, sex yang membawa penyakit berjangkit, sex luat tabie, sex luar rumah tangga dan oleh itu bergaduh rumah tangga dan berlaku pembunuhan manusia yang tidak berdosa. Inilah cara hidup orang putih!
    Mereka cuba mempermainkan otak dan pemikiran manusia. Mereka cuba memperbodohkan umat Islam jangan guna DINAR EMAS dalam urusan perniagaan, jangan guna EURO dan mata yang asing bersaing dengan Doller Amerika. Nilai mata wang mereka sudah jatuh dan tiada value.
    Bantuan kerajaan Amerika kepada syarikat-syarikat besar menunjukkan bahawa mereka orang putih tidak pandai tadbir kewangan, banyak boros, banyak menipu dalam buat buku kira-kira akaun syarikat. Semua nampak cantik di luar tetapi isinya kosong dan hodoh!
    Baru nak siasat! Mana badan dan jabatan kerajaan dia yang hebat-hebat tu? Mana kakitangan mereka yang pandai-pandai? Senang aje mereka ni semua dah tahu tapi dah kena rasuah! Tutup mulut!
    Mereka sahaja meletak tanda aras pada negara-negara yang bagi mereka mundur dan musuh tetapi reality mereka dengki, mereka cemburu dengan negara tersebut, kerana tidak tunduk terhadap arahan mereka. USA tak suka tengok negara itu makmur, maju dan iri hati negara tersebut ada sumber asli yang kaya.
    Tun tq kerana ubah mood saya kepada dunia luar….saya dah bosan dengan politik tanah air yang tak abis-abis bercakap sana sini. Langsung tak buat kerja!
    HIDUP TUN! HIDUP TUN! HIDUP TUN!

  34. Tun
    what about crooked Politicians making money for themselves out of thin air.
    Naturally they have to be high ranking and be able to create policy, else there is no mechanism to generate that financial stimulus for self.
    They should be able to call for “nation building” infrastructure projects, organise monopoly for state sponsored enterprises plus ensure a premium is paid for quality lacking products and services produced by the state sponsored enterprises.
    They should be able to bail out flailing state sponsored enterprises after having initially placed irresponsible and self-serving individuals as heads of those enterprises.
    They should be able to bail out family members and close friends from bad business decisions using state reserves especially as they too may be stakeholders in those very business.
    I’d like to hear your thoughts on how these kind of “self serving” habits have also contributed to the present economic climate
    Thanks in advance for your next article on this topic Tun – you are quite qualified to write on this given your vast experience in your 22 years as PM of our great nation.
    (Ravi)

  35. Salam alaik Tun… Its me again…
    How about if Malaysia uses the elements of a national economy where
    products are offered at a natural price generated by the use of competition,
    supply and demand, and the division of labour… But dont use capitalism
    as a system… No division of labor between worker and capitalist, in which
    means no separation between product from the direct producers and no
    ownership by a parasitical capitalist class… No capitalism… We can see
    too much dependency to capitalism has led the declining living conditions
    of the working class and would drive workers to collectively fight back as
    part of a class struggle… The fight of this class is going to create a
    dissatisfaction, higher crime rate, employee strike as a protest, lost of
    confidence to the government, lower productivity in business environment
    and a lot of bad things will happen in a few years after this. Trust me… Its
    not compulsory for us to establish non-monetary economic system… It
    just we have to get back into the rules of ancient economy which was
    mainly based on subsistence farming, and industrial revolution period
    economy where more extensive and monocultural forms of agriculture in
    the last three centuries… The economic growth took place mostly in
    mining, construction and manufacturing industries… These two periods
    (ancient age and industrial revolution age) are going to generate pure
    money and legitimate economy… No dishonest, no deceiving, no deception,
    no fake and surely only genuine economic activities would be conducted…
    In this genuine condition, a real entrepreneur will be born who assumes
    significant accountability for the inherent risks and the outcome… The real
    entrepreneur can act like a true man in combining the land, labour, and
    capital to create and market new goods or services – a true business where
    leadership, management ability, and team-building going to take place…
    As a result,the nation will be blessed with the high respect, honor and pride
    when entrepreneurs emerge from the population on demand, from the
    combination of opportunities and people to take advantage of them… To
    make it much more knowldegeable, just specify as a compulsory for
    thousands of all our graduates to learn the central of a finance – behavioral
    finance. They will learn things like empirical studies that demonstrate
    significant deviations from classical theories, models of how psychology
    affects trading and price, and forecasting based on these methods… Then
    we will see, how our nation is going to be a giant…
    p/s: Salam from the supporters of Tun.
    -University of Malaya, Electrical Engineering Department-
    Mail me if anybody wants to be my friend – [email protected].
    .

  36. Salam buat Tun berdua moga dirahmati Allah s.w.t.
    Saya telah memberi pendapat kepada Tun ketika Tun menulisnya dalam Bahasa Inggeris.Kini Tun menjelaskan lagi lebih ‘detail’ dalam Bahasa Malaysia.Saya tengok ada sedikit pertambahan untuk tujuan penjelasan dalam bahasa ibunda kita.Jelas ke ‘Malayuan’TUN tidak terjejas oleh bahasa penjajah kita dulu.. malah satu aset kepada Tun tidak boleh dikotak-katikkan oleh barat.
    Begitulah juga dalam ilmu perakaunan..dulu ketika krisis ekonomi.. Tun berjaya mengatasikan dengan kerjasama anggota Majlis Tindakan Ekonomi dengan idea Tan Sri Nor Yaakop iaitu penerapan nilai ringgit.Tan Sri Nor Yaakop seorang kelulusan akauntansi barat naungan (Khatolik)kalau silap maafkan saya..sudah tentu faham selok belok perekonomian barat ini.
    Allah s.w.t telah mengingatkan kita kaum-kaum Yahudi,Nasrani telah menolak menyembahnya.Sebab itu mereka menolak seruan Nabi Muhammad s.a.w menyembah kembali Allah s.w.t.Mereka menolak Al-Quran sebaliknya menggunakan Injil yang telah dirobah oleh salah seorang pengikut Nabi Isa a.s bernama Paulus.
    Disini jelas golongan ini memang suka merobah sesuatu yang asal mengikut kehendak mereka.Jadi pastilah asalnya ilmuan Islam seperti al- Biruni dan lain-lain lagi telah diciplak oleh mereka dan membuangkan ilmu-ilmu kerohanian (milik Allah s.w.t)dan berlakulah percampuran teori-teori serta amalan-amalan kejadian manusia dan alam semulajadi.
    Islam mempunyai tiga golongan musuh iaitu syaitan,golongan kafir dan golongan munafik.Semua ini terahsia didalam hati yang hanya dapat dihakimi oleh Allah s.w.t.Jadi fahamilah sendiri dari siapakah kita dapatkan ilmu itu yang melayakkan kita dalam kerjaya kita..adalah malang kata-kata imam mahzab dan pemimpin-pemimpin kita utamakan dari kata-kata Allah s.w.t yang terunkap dalam Al-Quran.
    Allah s.w.t yang menjadikan kita…setiap permasaalahan adalah ujian untuk menilai keteguhan kepercayaan serta kepatuhan kita..yang mana satu perlu di dahulukan kehendak Allah s.w.t atau sahabat..pemimpinmu..hartamu…
    wallahua’lam

  37. Dear tun,
    Memang tidak dinafikan barat lah yg telah mencipta ekonomi jenis ini bukan dengan tujuan amal tetapi ternyata ianya hanyalah untuk kepentingan dan keuntungan mereka sahaja dan sekarang seluruh dunia menggunakan sistem ini. Even if its sounds dirty seperti tun katakan dgn menggunakan perkataan seperti judi dan manipulasi kewangan, semua nya dibuat untuk menjaga kepentingan sendiri. Semua orang nak jaga periuk nasi masing dan setengah orang mempunyai selera yang besar. Jadi dalam kes ini saya rasa nak salahkan mereka pun kita masih juga menggunakan sistem seperti ini.
    Jadi fikiran saya daripada kita membuang masa berbincang perkara yang sudah terlambat lebih baik kita tumpukan perhatian bagaimana hendak menggunakan sistem ini dengan lebih baik. How to use this to our advantage.
    Bagi saya mereka (barat) menggunakan sistem ini kerana mereka tidak mempunyai natural resources yang banyak seperti negara lain. Terbukti bila mereka menggunakan ‘paper money’ untuk memanipulasi kewangan ekonomi. We can use this to our advantage.
    Tun i think we should sit down and talk about this. There are some things that we can discussed. I hope you are aware of another potential partner to Malaysia which is Aceh. I know there are some differences and past history with their leader. I’ve already met him. I have some projects ongoing there which might interest Malaysia.
    Hope tun will consider this. Thank you
    kzh
    jerrios[at]gmail.com

  38. SALAM TUN,
    SAYA NAK TAHU APA DAH JADI DENGAN AGIHAN SAHAM HAK BUMIPUTRA? SUDAH TERLALU LAMA TIDAK DENGAR CERITA. SIAPA YANG SAPU AGIHAN TERSEBUT? TAK GUNA KITA CERITA SAHAM TURUN NAIK, SEDANGKAN HAK BUMIPUTRA LENYAP BEGITU SAHAJA.
    NASH

  39. SALAM AYAHANDA TUN,
    ANAKANDA NAK MINTAK IZIN SIKIT UNTUK MENCERITAKAN PASAL NEGERI PERAK!
    KEPADA SESIAPA YANG NAK TAU APA YANG BERLAKU DI PERAK SILA KLIK DISINI
    http://parpukari.blogspot.com
    SAYA MEMBONGKARKAN SEMUA KEMUNGKARAN YANG DI BUAT OLEH PAKATAN PEMBANGKANG!
    SEGALANYA BERFAKTA!

  40. Assalamulaikum Tun,
    Sedap juga baca article Tun mengenai perniagaan pasaran saham nie.Tapi saya tetap tak faham macamana pasaran saham di niagakan hingga boleh orang jadi kaya raya dan jatuh miskin . apabila saham naik pelabur bukan main gembira nya , tetapi bila jatuh.. macam orang gila jadinya. Kemana wang berjuta juta dolar itu di belanjakan…
    Saya harap Tun terus membuat kajian dan memaparkan di blog Tun nie kepada rakyat Malaysia mengenai buruk baik main saham, agar mereka tahu bahawa mereka nie di permainkan oleh simanipulasi. Saya percaya masih banyak perkara yang kita belum sedar . Wal hal negara kita nie kaya dengan sumber asli . Cuma kita tak tahu macam mana nak usahakan.
    Pada saya Tun saorang insan yang luar biasa . Tun sahaja yang dapat mengupas semua penipuan yang berlaku sekarang nie dan mempunyai pengikut yang ramai.
    Semoga Tuhan panjangkan umur Tun dan sehat selalu.

  41. Dear Tun Dr M,
    Yes, of course , the west invented various things and discovered various scientific medicines and equipments.I still remember that these products and services from the west were very expenses. We, east, have no choice since the west were monopolizing the market.
    That is why the ordinary westerner is able to have luxurious life (according to eastern standard). Even if he is a postman, he is able to go overseas for holiday every year.
    So much so that the government and the corporations in the west set high standard for the remuneration of their workers when clear know that his counterpart in the east earns only as low as 10%.
    Now that we have China, Japan and India who can produce the same goods at a very cheap cost.The west have no choice but to open up regional plants and branches.A lot of branded products are now coming from China.
    Now only those products specifically come from the west are costly. It is very obvious that the bulk of the cost for them is the cost of labor.
    It is a know fact that a bottle of beer is cheaper than a cup of tea in England (due to high labour cost).

  42. Dear Tun Dr M,
    Yes, of course , the west invented various things and discovered various scientific medicines and equipments.I still remember that these products and services from the west were very expenses. We, east, have no choice since the west were monopolizing the market.
    That is why the ordinary westerner is able to have luxurious life (according to eastern standard). Even if he is a postman, he is able to go overseas for holiday every year.
    So much so that the government and the corporations in the west set high standard for the remuneration of their workers when clear know that his counterpart in the east earns only as low as 10%.
    Now that we have China, Japan and India who can produce the same goods at a very cheap cost.The west have no choice but to open up regional plants and branches.A lot of branded products are now coming from China.
    Now only those products specifically come from the west are costly. It is very obvious that the bulk of the cost for them is the cost of labor.
    It is a know fact that a bottle of beer is cheaper than a cup of tea in England (due to high labour cost).

  43. KUALA LUMPUR, May 12 (Bernama) — Datuk Seri Jean Todt, the former executive director of Formula 1 Ferrari, has been chosen as Tourism Malaysia’s ambassador for a year.
    comment:
    Hopefully, he will promote Malaysia by bringing in more “quality” tourists to Malaysia who can spend thousands of ringgit by enjoying their stay here.
    Tapi kalau public toilet tak berseh pun tak guna juga. Pemandu teksi perangai macam penyangak. Peragut berleluasa. Mat Rempit bermaharalela di jalan raya tiap malam Sabtu.Ini semua akan menggagalkan segala usaha untuk menarik pelancong ke Malaysia.
    Safety, courtesy, honesty and cleanliness are very important aspects in order to make tourism industry a big businees for the country.

  44. Salam,
    Nantikan akan bermulanya era kebangkitan Islam. Takbir Allahuakbar! Islam forever!!!

  45. Asmlkm,
    Tun, bgmana caranya kita nak pulihkan semula kadar RM lebih tinggi dari sekarang nie?

  46. salam tun.
    kita semua berterima kasih kepada tun dengan apa yang telah tun lakukan kepada ekonomi negara. sesungguhnya budi tun tidak dapat kami balas. tun, jika tun free, boleh kah tolong cerita pengalaman tun sewaktu hendak membeli syarikat plantation milik british seperti sime darby dan guthrie? saya ingin tahu cerita itu dengan lebih detail sendiri dari tun sendiri. terima kasih tun. salam pada maizura dan bonda tun siti hasmah.
    dengan izin tun,
    http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/05/12/penjelasan-bahawa-nizar-bukan-mb-yang-sah/
    http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/05/11/mahkhamah-mungkin-silap-nizar-bukan-mb-lagi/
    http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/03/23/60-billion-stimulus-package-thumbs-down/

  47. Salam, Tun dan famili,
    Melihat kepada perkembangan dunia sekarang, dilihat dunia semakin hari semakin penuh pergolakan. Abad ke 20 menjadi bukti kebongkakan manusia sehingga tercatat peristiwa hitam dalam sejarah manusia iaitu Perang Dunia 1 dan 2. Belum lagi dikira peristiwa pahit bagi seluruh umat Islam di mana jatuhnya Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. Idea yang membawa kepada pengukuhan dan penyatuan Umat Islam baik dari segi ekonomi, politik dan sosial merupakan sesuatu usaha yang saya yakini amat diredhai oleh Allah S.W.T. Idea memperkenalkan dinar emas adalah suatu yang amat menarik. Jika seluruh umat Islam bersatu dan bekerjasama saya yakin bukan akan menyebabkan kaum bukan Islam membenci umat Islam, malahan mereka akan kagum dan tertarik untuk mendalami Islam. Saya yakin abad ke 21 akan menjadi milik Islam. Allah sendiri berfirman di dalam Al Quran bahawa pertolongan Allah adalah amat dekat, oleh itu inilah masanya kita semua membentuk satu bentuk pasukan yang benar-benar ampuh dan padu. Wassalam

  48. Y.Bhg. Tun,
    Maaf, saya terlupa tadi untuk meminta izin Tun supaya memberi izin lalu pada komen saya di atas walaupun ianya lari dari topik yang sedang diperbincangkan di laman Tun ini.
    Saya cuma ingin mengambil kesempatan terhadap ramainya pengunjung di blog Tun ini.
    Salam Sejahtera, dan setinggi terimakasih kepada Tun.
    “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”
    NJ

  49. Yang Berbahagia Tun,
    Sekali lagi saya memohon izin ruang di laman Tun untuk saya selitkan permohonan saya kepada semua warga negara untk menyertai kempen Satu Sekolah Untuk Semua dan menyatakan sokongan masing-masing di sini.
    Tun pernah menulis “Common language is the key to Unity” (lebihkurang begitu) dalam The Malay Dilenma (Chapter 6 – Bases of Unity) dan Y.B. Mukhriz Mahathir juga pernah menyatakan pendiriannya terhadap Sekolah Vernikular.
    Sdr. KijangMas dan Komuniti Demi Negara telah memulakan kempen Satu Sekolah Untuk Semua dengan memajukan satu Memorandum kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran. Ini adalah kerana Bahasa itu Jiwa Bangsa dan ianya perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi demi mencapai Satu Bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu.
    Sokongan Y.Bhg. Tun amatlah besar maknanya dan impaknya terhadap usaha dan kempen yang sedang dilakukan oleh Sdr KijangMas dan Komuniti Demi Negara.
    Sekian, saya amat berharap Y.B. Tun dapat mengizinkan laluan di sini – Demi Negara –
    Salam Sejahtera,
    “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”
    NJ

  50. Assalamualaikum Tun;
    Thanks sbb selalu kongsi ilmu bersama.
    Memang ‘permainan’ kewangan ini akan berterusan sampai bila-bila jika kita terus bergantung kepada US Dollar.
    Satu ketika dulu, seingat PakAjiLeha, Tun ada cadangkan nilai tukaran matawang RM ke atas Dinar Emas. Tapi, sampai sekarang, setahu PakAjiLeha, tiada khabar berita mengenai idea bernas tersebut.
    Harap-harap idea Dinar Emas itu akan ditimbulkan semula selepas ini.
    Mungkin ada PRO dan KONTRA. Tapi lebih elok apply jika banyak kebaikan dari bergantung ke atas US Dollar.
    Harapan kami (rakyat di peringkat sederhana dan bawahan)agar ekonomi Malaysia akan menunjukkan tahap positif dibawah tunjuk ajar Tun ke atas kerajaan sekarang. InsyaAllah…

  51. seorang budak sekolah yg mempunyai pencapaian akedemik yg sederhana mengeluh dengan ibu-bapanya … dibawah ini adalah perbualannya:
    (1) sebenarnya, budak jiran sebelah rumah kita yg mencapai keputusan cemerlang itu tidaklah sebijak mana yg disangkakan
    (2) bapa budak itu kaya, sebab itulah dia dapat keputusan yg baik. Kita ini miskin, boleh difahamkan itu satu faktor menyebabkan saya tidak boleh skor dalam peperiksaan
    (3) kata orang, budak sebelah itu curi tengok semasa peperiksaan, sebab itulah dia dapat keputusan yg baik berbanding dengan saya
    (4) sarapan pagi budak itu lebih istimewa, ada susu, ada telur dan ada cheese juga. Sarapan saya roti kosong saja, sebab itulah dia dapat fikir dengan baik dan mempunyai keputusan baik
    (5) bermacam-macam lagi alasan yg dilemparkan untuk memberi alasan mengapa dirinya mundur berbanding engan orang lain …
    entahlah hingga bila baru dapat kita mengikis perasaan dengki yg asyik suka mengecam orang lain agar sendiri berasa selesa dengan keadaan kita sendiri yg kurang upaya …
    nak maju dan berjaya? usahalah tekun sedikit dan bukannya asyik menuduh jari kepada orang lain, seolah-olah hanya kitalah manusia yg paling mulia di dunia ini …

  52. penyangak matawang dan pelabor2 yang bijak memanipulasi pasaran saham itu sebenarnya adalah pembunuh utama ekonomi bagi negara2 kecel dan sederhana
    mereka dengan rakus membolot dan mempermainkan hasil usaha negara yang sedang bangun.
    namun di malaysia,orang x kesah sangat dengan hal2 antarabangsa yang akan menentukan nasib ekonomi,orang lebih suka kumpul ramai2 dijalanan kemudia terpekik-pekik menegakkan idealogi masing yang sesat
    macam mana negara nak maju?

  53. Salam sejahtera Daddy Tun,
    Kebarangkalian blok2 negara gergasi ekonominya seperti Amerika dan Britain sering kali memanupulsaikan pasaran mata wang dunia kerana mereka bebas mencetak mata mereka hanya dengan kepingan kertas tanpa kita ketahui apakah sumber aslinya yg sebagai galang ganti keatas cetakan kertas tesebut.
    Dengan lambakan cetakan kertas tersebut juga mereka mencipta sesuatu perniagaan tanpa dilihat secara fisikal barangan apa yang diniagakan tersebut. Makanya mereka begitu mudah melakukan kerja-kerja memanupulasikan sesuatu perdagangan melalui eletronik secara pasaran saham sehingga timbulnya kegiatan perjudian melalui cetakan-cetakan kertas tersebut.
    Malanganya kita sendiri terutama negara-negara islam pengeluar minyak telah terpengaruh dan terperangkap dengan tipu helah mereka yang mana kita semua sering jadikan USD sebagai mata wang rujukan setiap perdagangan yang dijalankan dan perdagangan tersebut ternyata adalah satu penipuan melalui permainan mereka secara eletronik dalam aktiviti jual beli saham.
    Justeru sudah sampai masanya idea Tun terdahulu iaitu menggunakan DINAR EMAS bagi menggantikan sistem matawang ciptaan Yahudi diguna pakai pada setiap transaksi perdagangan yang dijalankan. Mungkin juga DINAR EMAS boleh dimulakan didalam subjek matapelajaran di peringkat persekolahan lagu agar ianya lebih mudah difahami utk digunapaki generasi akan datang.
    Terima kasih kerana Tun mengupas persoalan ini dengan details dan gaya bahasa yang sangat mudah difahami. Saya mendoakan kehaderat Allah swt agar Daddy Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan daya minda yang lebih tajam. Masyarakat Islam di dunia masih memerlukan idea-idea Daddy tun. Sekian daripada saya.

  54. Saya rasa harga saham di New York Stock Exchange dan negara kaya lebih kepada menunjukkan keuntungan sebenar syarikat berbanding harga saham di negara kecil dan tidak maju. Contohnya harga saham di bursa Malaysia — syarikat yang sedang rugi dan tiada earning pun harga saham naik. Saham di negara seperti Malaysia yang banyak terdedah kepada manipulasi harga kerana saiz jumlah saham kita kecil dan mudah di “korner” oleh individu2 kaya. Oleh kerana saiz mereka yang besar, NYSE dan juga global Forex market tidak boleh di”corner” oleh individu termasuk George Soros.

  55. Assalamualikkum Dr.Mahathir and Dr.Siti Hasmah,
    I’m Jeffry Suresh bin Abdullah.
    Wish you both are cheers as always!
    1.For me America,Great Britain and so called thier smart partnership alliens are total crabs. The retired ‘Blair The Liar’ and ‘Hiding In The Bush’ should register with you as students and learn how to manage the finance and the country well.
    2.You, an Alor Star boy have stood alone among all other countries in the world, fighting as a great warrior,won the battle and saved our kingdom from disasters.
    3.Since Bush name BUSH, I think naturally he like to hide many things in the bush. As he did hide honorouble so called MAD madoff.He likes to hide many other things in the bush too.Like the Guatanamo Bay.His alliens are the blooming bushses that watered by them.These are thier smart partnership and allies…so called.
    4.They should be ashamed and hang themselves in the Saddam’s gallow as they lost to your humble, patience and intelligence that lead you become THE REAL GREAT LEADER.
    5.OTHER POINTS about Bukit Selambau and Bukit Gantang election result:
    My sick father(serious lungs problem)in Taman Bandar Baru Sungei Lalang said he went out for voting simply because you attended the campaign.
    2.So, truth is majority still love you.Its just that the RUST that left by previous goverment in people’s heart are hard to brush away.Keep trying in Penenanti. You always a successful factor.Never ever a failing factor.You had proved it by being 22 years rakyat selected leader. That statistic won’t lie.
    Humble Note:Your great fan has given me PA Mr.Sufi Mobile number.Let’s see if Im blessed to meet you at any occation.Just for a loving hug.
    Cheers always!
    Jeffry Suresh bin Abdullah and wife, Hafizah Binti Yaani

  56. Taraf hidup kita yang mencerminkan keadaan sebenar kita Tun dan memang sebenarnya taraf hidup kita hampir sama dengan negara-negara maju.
    Hazman Abu Bakar

  57. Salam,
    Pertumbuhan dan perkembangan sektor ekonomi bergantung kepada tahap kestabilan sesebuah negara.Oleh itu para pemimpin adalah tonggak kepada kekukuhan ekonomi negara.Krisis politik yang tidak berkesudahan juga akan menyebabkan perkembangan ekonomi negara akan merosot.
    Setiap kemelut politik perlu diselesaikan dengan kadar segera agar kadar kestabilan ekonomi negara tidak akan jatuh dengan teruk.
    Siapa yang boleh lakukan?
    Pemimpin kita.
    http://www.zoompanas2.com

Comments are closed.