UMUR 93 TAHUN

1. Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

2. Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta. Sebaliknya diarah polis hentikan forum. Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.

3. YAB masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun.

4. Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka. Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB.

5. Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

6. Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab.

7. YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun. Tanya fasal kehilangan berbillion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja.

8. Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

9. Kepada Allah swt saya serahkan diri saya.

 

26 thoughts on “UMUR 93 TAHUN”

  1. Dear Tun,

    You already an outstanding person, you did too many things others can’t even dare to think of.

    Thank you for putting yourself into this good fight for our beloved nation. Without you, it’s near impossible to get it to the tak-apa mind. And I am at your disposal for this fight.

    I believed the nation is with you. I look forward to see a better Malaysia come May 10. And you have promises to deliver.

    BTW, I have an old question, if you can share with me. no hurry I can wait after May 10. My question, what did you learn from Tunku Abdul Rahman before Tunku passing as you spend several days beside him?

    I am at your dep

  2. assalamualaikum tun.

    1.saya memang tak mengenali tun secara peribadi pun tapi saya percaya yang perjuangan tun kali ini adalah ikhlas untuk negara.

    2.puak umno bn kata perjuangan tun kali ni adalah untuk menaikkan mukhriz menjadi perdana menteri.adakah ianya betul?

    3.cuba kita bandingkan ds mukhriz dan najib razak.mukhriz sekarang berumur 54 dan najib razak berumur 64.

    4.jawatan tertinggi mukhriz sebelum dipecat umno adalah menteri besar kedah pada usia 52 tahun.apakah jawatan najib semasa berusia 52 tahun?timbalan perdana menteri lah jawatan najib semasa die berusia 52 tahun iaitu pada 2006(sudah 2 tahun jadi tpm pada waktu itu)

    5.mengapakah keadaan ini terjadi?mukhriz kan anak tun sepatutnya jawatan die lebih besar.kita undur lagi kebelakang iaitu semasa tun masih berkuasa pada tahun 2003.

    6.pada 2003,najib adalah menteri pertahanan dan naib presiden umno.bagaimana dengan mukhriz??pada tahun 2003,mukhriz cumalah ahli umno biasa.tiada jawatan apa2 pun pada waktu itu.

    7.macai2 bn mungkin akan masih berkata yang mukhriz muda lagi pada tahun 2003 jadi tun mahathir xdapat nak memberi jalan politik pada mukhriz.

    8.pada tahun 2003,usia mukhriz adalah 39 tahun.bagaimana dengan perjalanan politik najib razak pada usia 39 tahun?pada usia 39 tahun(tahun 1992),najib razak adalah menteri pertahanan dan juga ketua pemuda umno.bagaikan langit dan bumi perjalanan politik najib dan mukhriz.

    9.kalaulah tun ingin membantu perjalanan politik mukhriz,sudah pasti tun melakukannya pada tahun 2003 semasa tun masih berkuasa.kerana saya sedia maklum yang tun dapat berfikir jauh dan dapat berfikir 2-3 lapis. itu adalah kebolehan istimewa tun.

    10. saya sudah sedia maklum yang tun menyedari perkara ini semua.tujuan penulisan saya ini adalah untuk memberitahu kepada golongan atas pagar yang kelabu asap dan tidak pasti pada perjuangan tun pada kali ini samada ikhlas untuk negara atau ada agenda peribadi.

    tolong jaga diri tun

  3. Assalamualaikum Tun.
    Mereka lupa Tun, dalam Quran, Allah bagi pelbagai contoh orang2 yang masih memimpin dan mengajak masyarakatnya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat walaupun orang2 tersebut usianya sudah lanjut. Nabi Ibrahim umur 100 tahun masih melakukan kerja dakwah. Nabi Nuh umur beratus ratus tahun pun masih berdakwah. Nabi Zakaria walau dah mencapai umur lanjut pun masih berdakwah. Tak ada pula Allah mengarah mereka berhenti kerana usia lanjut. Sesungguhnya, kekuatan, kekuasaan dan kekayaan fizikal dan mental itu berada dalam genggaman Allah, dan Dia berhak mengurniakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menariknya dari sesiapa yang Dia mahu.

    Cuna ada sedikit yang saya mahu tegur, bila ada dari kalangan ahli2 parti atau penyokong Tun yang berhasrat/berjanji melakukan sesuatu, jangan lupa ucapkan Insha Allah. Saya bimbang, kadang dalam kegirangan dan semangat yang berkobar2, mereka lupa percaturan Tuhan atau terlupa mengambil kira perancanganNya. Perkara ada ditegur dalam Quran. Saya juga teringat satu hadis, hanya kerana suatu hari salah seorang dari kaum Yakjuj dan Makjuj melafazkan Insha Allah, lubang yang mereka gali beberapa lama akhirnya dapat mereka tembusi.

    Allah lebih mengetahui segalanya. Sekian.

  4. Saya Renung & Berfikir
    Kita Malaysia , Tun Mahathir , PAKATAN dan terutama Anggota UMNO
    Sudah Lari dari Landasan Kerosakan sebenar yg melanda negara kita

    Isu sebenar ya merosakan image , ekonomi juga kewangan kita
    Adalah Najib Tun Razak
    Beliau Ibu segala masalah sekarang. Anggota UMNO sendiri yg harus berjuang memperbaiki kesilapan dan jika ada kesalahan yg disengajakan , harus di ambil tindakan undang undang

    Jangan kerana nyamuk Seekor
    Kita semua sudah bermula , beria ia
    bersungguh sungguh dan berniat nak bakar Kelambu

    Kenapa ? Adakah ini bolih di elakan ?
    Sebab jika Kelambu sudah mula terbakar
    Akibatnya bolih memudaratkan kita 1 Malaysia
    Rumah , Kampung kita juga bolih terbakar jika tidak berwaspada

    Seharusnya Anggota , Kepala UMNO lah yg Betanggung Jawab
    Harus bersama menghuraikan masalah ini secara Terbuka
    Bukan ikut arahan dari Najib sebab Najib disini adalah yg dituduh

    Najib Tidak Berhak sama sekali masuk campur akan adanya siasatan yg nyata
    Tapi Najib berhak sebagai tertuduh membela diri beliau

    Ini Najib lah si Pencuri , dialah yg di tuduh , dialah Peguam Bela , dia juga Hakim , dia juga OSA , Dia juga Pendakwa Raya { AG }
    Dia lah penasihat , dia lah yg membuat Arahan
    Dialah PM , Dialah Menteri Kewangan , Dilah juga Penyagak Besar Malaysia
    INI amat mengelirukan , Inilah yg sangat membuang masa kita bersama
    Ini yg sampai sekarang isu 1MDB , Isu Najib mencuri
    Tidak selesai mengalahkan cerita keling

    Seharusnya di Parlimen sekarang kita dengar Berita
    Macamana nak pertingkatkan Ekonomi , Kewangan ,Taraf kehidupan , Pelajaran , Peruabatan , Pertahanan , Pelbagai lagi , seharusnya Parlimen kita bincangkan macamana nak Berbini Du……..
    Ini lain takdak …..asik cerita Haprak
    Najib , Rosmah , Jolok , 1MDB ,Samun sana Samun sini
    Fed up lah …… I you

    Jadi saya berharap pada Anggota UMNO yg Bertanggung Jawab
    Peka dan pandai menghuraikan masalah ini secara terbuka dengan pembangkang
    Kami Rakyat berhak menonton
    Bentangkan , Jelaskan pada Umum
    Bentangkan di Meja Dewan
    Bukan ikut Kehendak dan Arahan Najib
    Main sembunyi card

    Jangan kerana Nyamuk seekor
    Kita bakar Kelambu
    Kita pakai Spray ke , Electric Battery Net atau kita Tepuk saja
    Sebab Nyamuk ni Lembik , yg Bahayanya jika ianya Aedes
    Aedes Amat Bahaya dan mudah Berjankit Denggi juga penyakit Dengki Khianat
    Kita sudah lihat Berjangkit di kalangan UMNO sendiri

    Harap kiat bersama gunakan Akal
    Jangan ikut Emosi
    Sebab akaibatnya jika tidak rapi
    Akan Buruk Padahnya
    Maka disinilah perlu KeSultanan , Agong masuk campur

  5. Tun
    Jika penghujung tiba PRU
    Ros dek arahan dari Najib tidak meluluskan pemohonan Pakatan bagaimana ?

    Sebaiknya Tun masuk Parti PKR atau bagaimana ?
    Sebab tujuan Najib , tujuan UMNO
    Tidak mahu dan sedaya menghalang Tun Bertanding
    Apa persiapan Pakatan ?

  6. Dear Tun,

    https://youtu.be/GmcZ1FtXKKQ
    This youtube will remain forever to remind all of us.. honour thy father and mother, honour the elderly.. and how quick God sends His calamity to the wicked if He so wills..

    Tun, I pray that God will bless you and Tun Siti Hasmah long lives, wellness and good health, strength, protect you both from harm.

    Tun Dr. Mahathir is one of God’s precious gifts to Malaysians and especially the Malays Muslims. But little do these people know.

    Tun your maturity and your wisdom at 93 years are second to none! Shame on that UUM professor and shame on our PM.. the former has received an instant reminder from God, the latter will too get his due soon.

    Take good care Tun Dr. Mahathir and Tun Dr. Siti Hasmah. I love you both!

  7. 47. Beijing will not back off from the economic silk road, or one belt one road intitiaves.

    48. Why ninja assassin is being used by lim kit siang?

    49. Ayat seperti ini dah outdated, and it is consider irrevant because of time factor.

    50. Remember, it was the dap who who championed anti gambling just to knock off mca in the past.

    51. I dont mean to hurt lim kit siang, but if i happen to see him, i will not shake hand with him.

    52. I am not angry with him at all since he just did what he needs to do as the leader of dap for survival.

    53. I just want him to know using racial cards to stay relevant is as bad as usinh religion cards to stay relevant.

    54. Therefore, a wise state man knows when to leave.

  8. 42. Beijing already said they will not export their model of development to any countries, and they will not import foreign countries model of development into mainland china means they are now transforming themselves to the next level whereby they play by the rule of law, not rule of man to continuosly retain and maintain their root of their culture and rich history of china brought down few thousand years ago.

    43. I am not sure what will happen next.

    44. Will they play by rule of the law?

    45. Will they play by rule of the man?

    46. The choice is in the hands of political parties of the divide.

  9. 27. Pm dsn said myr1.3 billion of the federal budget would be channelled to langkawi, kedah, when bn wins, what is that means?

    28. When cm penang complained why so little budget channel to penang, what is that means?

    29. Malacca cm drums up dont mess with bn, what is that means?

    30. Sarawak and sabah are fixed deposit of bn, what is that means?

    31. The search of mh370 will continue with no cure no fee, what is that means?

    32. These political statements does not point anywhere, but the political statements shows the direction of the one who is doing the prediction.

    33. The bubble, i mean the political campaign of trump to make america great again is going to bust sooner than predicted when he decided to declare trade war against china.

    34. Dont you think he is more a ceo than a president of united states of america?

    35. Why he choose pyongyang in north korea?

    36. Adakah itu tanda keberanian presiden donald trump?

    37. Adakah perbuatan itu bodoh sombong president trump tak erti adat dan tempat?

    38. When the result of general election is called, we will know what happen in the next 5 years.

    39. Yes, i agree age is just only a number.

    40. Age does not limit them to pursue their dreams before they leave.

    41. When will general election be called?

  10. Assalamualaikum wbt Tun

    Dgn penamaan Tun sebagai calun PM Msia ke 7, maka kini seluruh jentera BN dan mereka yg pernah “terluka” pd zaman Tun akan menumpu utk musnahkan Tun. Muhhyidin, Wan Azizah, Mat Sabu, LKS dll sudah kurang diperkatakan. Ini ada kebaikannya buat mereka. Mereka boleh terus mengasak apa yg patut tanpa perlu membuang masa menantang dakyah tentang mereka. Serangan terhadap Azmin, LGE dan Shafie Apdal juga akan terus meningkat atas sebab mereka pemimpin penting peringkat Negeri.

    (2) Pada saya, dlm
    prihal dakyah terhadap Azmin n LGE, pihak lain dlm Exco mereka patut bercakap dan tunjuk kerja lebih. Jgnlah Azmin @ LGE perlu menangani @ jelaskan segala2nya macam tak ada yg lain boleh berbuat kecuali Azmin @ LGE, seolah2 mereka tiada Team dlm berkerja. Azmin n LGE patut tumpu lebih pd kerja n hanya terlibat dlm kempen politik di mana tersangat penting shj. Ahli PKR n DAP lain sudah ada. Jika Azmin n LGE dok sebok layan serangan BN, maka at last mereka akan tampak tidak berbuat kerja. Dgn itu, mereka tidak ubah macam UMNO ie cakap lebih tapi tak buat kerja. Jika itu terjadi, tidak mustahil pengundi lari ke PAS @ lain2nya nanti.

    (3) Serangan terhadap Shafie boleh dikurangkan jika Shafie jelas dpt satukan pembangkang di Sabah. Harus tampak banyak pihak sedang bekerja sehebat Shafie. Kini yg tampak hanya Shafie ie Warisan sedang yg lain tidak jelas. Secara tiori, Warisan sudah kukuh cuma utk menang besar, “tanpa Crocker Range, Mt Kinabalu tidak akan teguh perkasa”. Shafie jgn terlalu berdegil utk memahami itu.

    (4) Berbalik pd serangan dakyah terhadap Tun, “all your wrong doings” pasti akan dibongkar. “Nothing good have you done” pasti jadi asakan utama. Dlm masa yg sama, segala symtom “penuaan” akan dijadikan modal utk perlekeh “your next ability to admin the Country”. Of course your family “bad” profiles akan turut sama dipermainkan. In the words of seorang Prof dari UUM, dia kata “at this stage, kasihan tengok Tun kena belasah”. That was his words in the Forum organised by Sinar where you was present, but reading from
    his body language his “kasihan” tidak jujur. Dia mungkin pernah “terluka” dan mungkin sedang mengatur langkah “balas dendam”, dan dipergunakan. Tun dan keluarga harus ada strategi khusus utk terus cekal “stateman” dlm apapun.

    (5) Anywhere Tun since PH (sebenarnya rakyat Msia) is putting you up In Shaa Allah as the coming PM, with such makes you as BN focal attack, therefore I would think good to have grps of people that used to work with you to refresh the Nation on how you have done better than Najib MO1 INCLUDING in the Islamic fields & interracial socio-economic balancing. People as calibre as the Allahyarham Sanusi Junid needs to be grouped up to rewind and really push forward your good deeds since your “bad charaters” are being drum up.

    (6) PH women force to lure the women votes, saya nampak belum ketara. PH harus jelas bergerak sebagai PH dan tidak lagi secara individual party component.

    (7) Last but not least, jagalah kesihatan dan kecergasan Tun. Kecergasan Tun menambah ketakinan rakyat bhw Tun In Shaa Allah masih boleh.In Shaa Allah dgn inspirasi pd Tun, rakyat akan bangkit menentukan masa depan mereka secara berani.

  11. Usia bukan penghalang sesaorang menjadi Pemimpin
    Malah Usia Emas Intan Berlian seperti Tun Mahathir lah
    Ya seharusnya satu menjadi Assets yg tidak ternilai untuk Malaysia
    Yg BerIlmu Tinggi , Berpegalaman , Berakhlak Mulia
    Masih Mentally & Physically Strong
    Slim & Steady
    Pasangan pula si Cun Kecik Molek Datin Siti Hasmah
    Ia Menjadi Lambang Kebangaan Malaysia
    Satu Dunai pasti Salute Tun di United Nation Kelak

    Yg jadi ukuran ,credibility seorang Pemimpin adalah Niat
    Nak sembahyang,nak kerja , nak kawin pun perlu ada Niat
    Setaip perbuatan pasti ada Niat
    Niat Baik di percepatkan , Niat Jahat di hindarkan
    Jadi Niat nak jadi Pemimpin ni Niat nya apa ?

    Pandai mana pun jika Niat awal tidak benar , busuklah ia kelak
    Lihat saja contoh terdekat Najib bin Razak
    Apa sudah jadi pada Hutang Negara ? Tak payah sebut fasal 1MDB
    Patut Tanah dah banyak tergadai , patut nampak Simpanan
    Ini hutang Kelliling Pinggang
    Menjadi Beban Malaysia

    Apa Niat Tun ingin jadi PM Malaysia Kedua kali ?
    Apa Niat Najib masih terus nak jadi PM sedangkan
    Orang UMNO sendiri sudah tidak yakin pada beliau ?

    Biar Bodoh , Jangan Bodoh berlagak Pandai dan pandai pandai
    Lihat saja Prestasi Tun Mahathir dan Najib
    Yg kita rakyat juga anggota UMNO sendiri telah lihat dan faham

    Kenapa si Dara inginkan si Tua Gayut?
    Jawapan si Dara : si Tua lebih Romantik , lebih Berpegalaman , ada Hasil
    Slow & Steady lepas tu tetap dia Score Goal
    Tak payah lah nak Menipu Penggundi PRU dengan membuat Forum

    Mari kita bayangkan PM kita yang akan datang
    Bayangkan Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah
    Kita akan bangga dengan usia mereka berdua
    Masih berhidmat pada Malaysia di Mata Dunia
    Kedua mempelai ini mengalahkan Laila & Majnu
    Mengalahkan Romea & Juliet
    Segak & Tampan macam Pinang di belah dua
    Kedua masih rincing & fit walau Slow

    Kita Renung pula Najib
    Dengan si Rosmah nak Bangun pun susah
    Najib pula 1 Dunia dah chop kat dahi beliau
    Satu Dunia mengata
    Satu Dunia dah Tahu

    Fikir fikirkan Renung renungkan

  12. Tuan Professor
    Saya Degree takda , tapi saya boilh berfikir lebih matang dan tak perlulah
    Nak ajar Itik Temberang

    Yg jadi Puppet Siapa ?
    Tun Mahathir ke si Najib Razak ?

    Tun tidak menunduk pada Kerajaan Singapura
    Nak Tanah KTM , Najib kasi sewenangnya
    Dahulu Singapura pun minta Tun , Tanah KTM
    Tapi Tun dengan bijak mengeshurkan harga air dan sebagainya sebagai package tukaran yg Bijak . Ini tanah KTM Tanjung Pagar hilang , harga Air yg kita jual mereka serupa kita kasi percuma . Amat begitu murah

    Semasa Election America baru kemarin
    Najib mendermakan bantuan wang untuk Clinton Campaign Berjuta Dollar
    Clinton gagal , mana duit kita ?
    Itu duit kita kasi Kaum Rohingya yg sengsara lagi Abdal
    Sekarang Trump minta Najib duit , pun Najib kasi kononnya Saham menggunakan
    Duit Hasil Titik peluh Rakyat Malaysia
    Juga sedangkan anak sendiri masih tersepit

    JADI
    Yg jadi Puppet atau lagi lembut perkataan jadi Baruah Kerajaan luar siapa ?

    Eh ! Apa punya Professore lah
    Cakap Champion , Sayang tak masuk Final
    Saya ni Pedagang Jalanan tapi Saya yakin saya bolih berfikir
    lebih matang dari awak

    Lagi satu
    Tun ni apa ? Kemarin kata Tun ni Dictator
    Kenapa pula PAKATAN menggundi Dictator jadi PM pilihan mereka
    Kenapa pula PAKATAN begitu Bodoh nak pilih Dictator juga jadi Puppet mereka

    Tanya sikit
    Bila nak undi President UMNO ?
    Najib dah expired . PRU dan nak menjelang tiba , nanti Najib Disqulified
    Jangan salahkan Referee

    Cakap Orang Tua 93 Tahun tak Layak jadi PM
    Baru First round kena sama Tun , sudah K.O

    So bila Najib nak Berdepan sama Tun ?

  13. Syabas Tun
    Tun ni memang Hebat , The Smiling Tiger of Malaysia

    Tun sudah buktikan dan tewaskan budak Higusan Professor yg berumur 53 tahun
    Professor yg kononnya
    Menegakan bahwa orang umur 92 tahun sudah tak layak jadi Pemimpin
    Di itu hari juga Tun muncul macam Malaikat
    Menewaskan Budak Hingusan Najib yg bersijil M.B.B.S ( LEMBU )
    Seronok betul saya lihat video clip itu
    Berulang kali saya tengok , Tuan Professor

    Macamana lah beliau nak menghadap anak murid kelak
    Pergi Flush muka dia kat Jamban pun masih ada malu nya

    Ini lah Budak Suruhan Najib
    Najib bukan saja takut nak bertanding PRU
    Malah nak bertanding untuk kekal jadi Pengerusi UMNO
    pun Najib Takut dan Bacul

    Tun Hebat
    Tun membuktikan seorang Tua berumur 93 tahun masih
    Malah cukup wajar jadi Pemimpin
    Dengan Tun datang secara mengejut…..Surprise ! Jeng ! Jeng ! Jeng !
    Terkucil sekejap si Professor L.E.M.B.U
    Ini menunjukan bertapa Cerdiknya Pemimpin kita Tun Mahathir
    Kalau di biarkan si Professor tu cakap sewenangnya
    Hai…Jadi jadi lah nanti . Tambah Nasi Tambah lagi

    Syabasa Tun
    Yuk ! Besok kita gi Thailand Tun…Happy Happy
    Gurau je Tun . My Point is

    Age is Never a Barrier
    Maut juga tidak kenal Umur

  14. http://www.straitstimes.com/asia/east-asia/chinas-xi-holds-fire-as-us-president-trump-poses-unprecedented

    21. Beijing already started to implement policy of people who do not have good disipline and behavior for causing nuisance, they are banned from using the public transport.

    22. With xi jinpeng taken the first oath under the prc constitution to mark new era of prc moving forward to modern socialist country whereby he is there to serve the people and country, and he will be supervised by people’s republic of china.

    23. The fact is, taiwan needs china more than china needs them due to language barrier.

    24. Similarly, hong kong needs china more than china needs them due to language barrier.

    25. Gadaffi was double crossed by the ex france president with the beautiful model that lead to his down fall, please get this fact right, and it has nothing to do with china.

    26. The rest of story, it is up to the fortune teller, i mean the tukang tuah, in shah alam to cerita apa2 mereka suka, tak da masaalah.

  15. 15. Mhttp://www.straitstimes.com/asia/east-asia/chinas-xi-holds-fire-as-us-president-trump-poses-unprecedented-threat-on-trade

    16. Can trump last for full term?

    17. Desperate man doing desperate thing.

    18. Even when he meet up putin after his visit with kim jung-un, it is just only a piece of hot news that can increase the circulation, and touch in russia, nothing more.

    19. http://www.straitstimes.com/politics/facebook-admits-it-should-have-told-users-earlier-about-breach-of-policy

    20. Is it because they are mat salleh, mereka saja yang betul?

    2

  16. 10. Mhttps://m.malaysiakini.com/news/416868

    11. With this kind of mentality, the ultimate result would be a white elephant project.

    12. After watching national geographic channel of the commercial airline of the disaster of mh370, instead of nothing to hide, what were the politicians of the divides were thinking?

    13. I guess by the end of the day, their political interests are above the people and the country.

    14. I really got nothing to say, may all the vitims rip, and their families and friends have moved on with life.

  17. Kita lihat sendiri bertapa manusia yg berusia 93 tahun
    Yg di sanjung , disayangi olih rakyat Malaysia
    Masih bertungkus lumus berjuang demi memperbaiki, menyelamatkan Malaysia
    Menyelamatkan Malaysia walau Malaysia dalam keadaan Uzur dek perbuatan
    Najib bin Razak

    Sedangkan Najib bin Razak masih beranggan angan
    Hidup masih berlagak Kaya

    Semestinya UMNO sudah mengadakan UNDI President
    Yg di lenggahkan , di tunda olih Najib
    Tak perlu PRU , Hak pemilihan UNDI President untuk UMNO
    Najib buat Bodoh , Memperbodohkan anggota UMNO sekarang
    Kelihatan bertapa Bodohnya anggota UMNO sekarang
    Dah tahu UMNO di gugat olih pembangkang
    Seharusnya secepat mungkin UMNO tukar President
    Jangan pula nanti UMNO tumbang
    Salahkan orang tua ini juga

    Orang Tua ini sudah banyak memberi perluang pada Najib
    Tapi sayang Najib Angkur
    Najib Bodoh Sombong
    Jadi Nak cakap apa , maka UMNO akan jadi mangsa dek Kesombongan Najib

    Terbukti sekarang
    Najib bukan sahaja takut PRU
    Takut orang Tua yg dinamakan Tun Mahathir Mohamed yg menghantui beliau
    Malah Najib sendiri Cabul dan Takut bertanding akan
    Wajibnya Undi President UMNO

    UMNO bukan Bapak Najib punya
    Walau Bapak beliau yg menubuhkan UMNO
    Semua anggota UMNO yg berkebolihan
    Ada Hak bertanding untuk bakal President UMNO

    Najib masih Muda bukan Tua untuk perlantikan President UMNO
    Tapi Najib TIDAK Layak menyandang apa jua Kerusi Kepentingan UMNO
    Kerana Beliau Tidak Berilmu

    Jangan kerana Nyamuk Gemuk berkening Putih Cina Pekji
    Berbibir Merah Delima pakai Rincu
    UMNO satu selimut di Bakar

  18. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun.

    2. Jadi kepada yang sudah melepasi usia 63 tahun (terutamanya lelaki termasuk DSN), eloklah sedar akan hakikat kematian yang boleh menjengah pada bila-bila masa.

    3. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Tun masih lagi berusaha sedaya upaya dan istiqamah untuk menumbangkan Si PM Kleptokrat @ DSN yang ternyata TAKUT untuk berhujah dengan ‘orang tua’ yang menghampiri usia 93 tahun yang beliau asyik kutuk dan hina di khalayak ramai.

    4. Hakikatnya, DSN seorang pengecut.

    5. Kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu. Entahkan Si PM Kleptokrat yang pergi dahulu dari Tun. Lagipun bapa beliau meninggal pada usia yang agak muda.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  19. Asalamualaikum, selamat pagi..
    Kpd Allah, segala puji…

    Esok sabtu, sekarang Jumaat..!
    Semalam berlalu, apa yang dapat.?

    Dpt melihat, mana bertemu..!?
    Senantiasa sihat, doa dariku,

    *
    https://youtu.be/YlIWgsEnmSs
    terimakasih Bonda

  20. Salam Tun..
    Kalaulah rakyat malaysia terutama kaki dedak Najib benar2 inginkan kemajuan utk agama,bangsa dan negara,kita harus teliti kemajuan yg di capai oleh negara di bawah UMNO dan BN sejak merdeka,lebih2 lagi bawah Najib.Negara kita adalah satu2nya negara didunia yg ALLAH telah kurniakan dgn berbagai sumber alam spt minyak,gas,padi,getah,emas,timah,sawit,kelapa dan mcm2 lagi.Dengan begitu banyak khazanah alam dan ditambah dgn duit dari cukai pendapatan,cukai jalan,tol,gst,duit saman,etc,negara kita mempunyai pendapatan antara tertinggi di dunia.Adakah kemajuan yg kita kecapi selari dgn pendapatan negara yg banyak?JAWAPANNYA “TIDAK!!”
    Negara kita adalah antara negara yg paling banyak berhutang di dunia!Internetnya antara paling perlahan didunia!Nilai matawangnya antara paling rendah didunia!Kadar jenayahnya antara tertinggi di dunia!
    Jadi apakah yg dimaksudkan BN dgn berkata kita harus bersyukur dan berterimakasih dgn kemajuan yg di bawa BN?
    Lebih2 lagi,apakah kemajuan yg kita capai bawah Najib?Kemajuan bawah Najib cuma hutang bertambah,subsidi rakyat dilupuskan,nilai matawang ringgit jatuh keparas terendah,duit negara makin hilang,rasuah menjadi2,jenayah menjadi amalan,kapal2terbang hilang begitu saja dgn beratusan nyawa tak berdosa,Gst ,dan mcm 2 lagi..KEMAJUAN MY FOOT!
    Menteri2 bawah Najib bercakap mcm gengster .Semuanya mcm uneducated people.Lihalatlah Menteri Besar Kedah hanya belajar sampai sekolah rendah!Apa kemajuan yg boleh dibawa menteri tak berpelajaran dan gengster??
    Tak hbis2 mengutuk,mencerca,menghina rakyat mcm negara ini bapak diaorg punya!
    Cuba tanya pada pemimpin BN,apakah masalah rakyat dan negara yg ingin mereka perjuangkan dan telah perjuangkan di parlimen sebagai wakil rakyat(selain menjerit2 mcm kena sawan)?Cuba tanya apakah perancangan mereka utk atasi masalah rakyat dan negara jika terpilih?Mereka akan diam dan melarikan diri dr menjawab..
    Adakah pencuri,penyangak,pembohong dan bodoh spt ini harus dijadikan wakil kita di parlimen?
    Tepuk dada tanyalah selera anda…
    Wassalam.

  21. Dua malam lepas, saya terdengar Nightline TV3, Najib mengutuk sekeras-kerasnya serangan agen-saraf (nerve-agent) keatas bekas perisik, Sergei Skripal dan anak beliau, Yulia, di Salisbury, Barat-Daya London pada March 4.
    Yang peliknya, selepas 17 hari, baru Najib buka-mulut.

    Saya bukan apa, cuma risau akan halatuju dasar-luar Negara yang tak tentu hala. Oleh itu saya bimbang Negara kita terpedaya dengan agenda Zionist, Barat & Amerika dalam usaha mereka memburuk-buruk atau mempersetankan Russia, dan China di Laut China Selatan. Maklumlah, dalam perlumbaan menguasai hegemoni dunia, kuasa-besar sanggup buat apa saja, termasuk membunuh beratus orang tidak berdosa. Di syria misalnya, Russia dituduh guna gas-beracun. Dalam trajedi MH17, Russia juga dituduh menjadi dalang.

    Sepatutnya, Najib tutup-mulut mengenai bekas-perisik yang terkena agen-saraf itu, supaya tidak dituduh menyebelahi mana-mana kuasa-besar. Putin baru menang-besar dalam piliharaya. Buatnya dia tempelak Malaysia sebagai Negara Kleptocracy dan menuduh Najib cuba membodek Barat dan Amerika supaya mengugurkan dakwaaan DoJ, malu je nanti.

    Dasar-luar Negara Kerajaan hari ini sangat membahayakan masa-depan kita. Dalam keadaan terdesak akibat hutang keliling-pinggang, Najib sanggup jual tanah-pusaka Rakyat kepada China dan menambah lagi hutang dalam bentuk pelaburan, juga dari China.
    Sudah la kondo-Freehold di Forest City disasarkan penjualannya kepada Warga-Asing dari China, industri milik asing-China berpagar-tembok sepanjang 9km di Kuantan, malah pelabuhan Kuantan dan Melaka juga dibangunkan oleh Syarikat dari China. Lebih buruk lagi, hampir kesemua tanah sepanjang Selat Tebrau dari Link Kedua, sudah dibeli oleh Rakyat/Syarikat dari China.
    Makanya, satu hari nanti, besar kemungkinan kita akan menjadi ‘vessel-state’ China.

    Sila dengar bahaya atau ancaman kepada Negara:-

    1. akibat menjadi ‘vessel-state’ kepada China.

    2. apabila NGO Cina dan KL Chinese Assembly Hall adakan kerjasama politik dengan Party Komunis China.

    3. sama seperti pelaburan besar China di Libya musnah dan Muammar Gaddafi mati dibunuh.

    mulai minit 16:00, di URL berikut…

    https://www.youtube.com/watch?v=JIMU8rzdOFY

    Baca juga bagaimana Amerika & Barat sedang mengeliling China dengan 400 pengkalan tentera di dua URL berikut.

    https://www.antiwar.com/blog/2013/08/22/the-us-is-encircling-china-with-military-bases/

    https://www.thesun.co.uk/news/2331190/us-readies-for-war-with-china-with-400-bases-of-ships-and-nukes-to-create-perfect-noose-around-superpower-rival/

    Sebab itu dua hari lepas, Presiden China, Xi Jinping memberi amaran-keras; Taiwan ROC akan menerima padah yang dahsyat jika istihar Merdeka. Sudah tentu China tidak mahu Taiwan menjadi sekutu dan menempatkan sebuah lagi Pengkalan Tentera Amerika yang paling hampir dengan mereka.

  22. Salam Tun Mahathir

    Tahniah atas cabaran debat Nothing To Hide tersebut.

    Orang Kedah kata Najib ni berani kut luaq saja.

    Malu ler orang Pahang ada kepimpinan macam DS Najib ni, bersembunyi disebalik Menteri menteri half past six.

    Bagi kita orang Kedah, kita merasa bangga dan meletakkan tahap penghormatan yang tinggi kepada Tun.

    Tabek hormat Tun dan juga kepada Patriot.

    Wassalam.

    Take Care.

  23. Assalamualaikum Tun Dr. Mahathir Mohamad,

    Saya percaya usaha Tun untuk mewujudkan forum terbuka antara Tun dan Najib tidak akan dicapai, pihak sana akan mewujudkan bermacam2 alasan utk menjadikan forum ini tidak berjaya.

    Kebanyakan rakyat tahu kekotoran yang dibawa najib. Semua rakyat tahu Tun akan membaiki negara yang telah dikotorkan oleh najib, anak muda Malaysia dibelakang Tun, jangan bimbang pasal usia Tun, itu kerja Allah untuk menentukan ajal maut seseorang, tetapi saya berharap sangat, dalam tempoh pentadbiran Tun apabila menang pilihanraya nanti.. selama 2 tahun yang Tun setuju untuk menjadi PM.. saya mohon Tun bebaskan lah Kementerian Pendidikan dari tangan orang bernama politik.. sekiranya perlu ada orang politik.. boleh letak dalam kementerian tetapi tidak ada kuasa menggangu perjalanan Kementerian Pendidikan ini.. Serahkan lah kementerian ini kepada Profesional Pendidikan dan bukannya politician… ini amat penting untuk 100 tahun malaysia nanti.. pendidikan amat penting.. biarlah dasar, sistem digubal oleh profesional…

    SEbab pendidikan lah semua yang berlaku sekarang ni terjadi.. saya ada dengan Policy Talk – Pendidikan yang Tun buat, Tun mengaku bahawa pendidikan modal insan perlu dibentuk dari awal hingga Universiti.. biarlah profesional yang buat.

    Itu sahaja..

    Kalau lihat isu lain, memang banyak.. tapi dengan tempoh yang singkat Tun sebagai PM nanti.. tekanlah Pendidikan, Agama dipisahkan dari bidang politik.

    Tun.. saya terpanggil dari dasar president CHina.. beza ketara mereka sehingga boleh menjadi kuasa besar dunia sekarang adalah disebabkan konsep yang mereka pegang, iaitu:

    ” China mementingkan People Orinted bukan Voter Orinted, sebab tu china lebih baik dan maju berbanding USA “…

    Tolong Tun..

    Demi anak2 saya.

    Amin

  24. Assalamualaikum,

    Kehadapan Tun Mahathir yang telah menjadi idola saya sejak saya kecil lagi.Tidak ada apa-apa yang boleh saya berikan melainkan hanya menulis kata-kata semangat kepada Tun Mahathir.Saya percaya dengan perjuangan Tun Mahathir untuk rakyat dan saya percaya pada kebenaran.Jika tahun ini kerajaan bertukar,ini adalah takdir dan jika tidak suara Tun adalah suara besar rakyat.Kepada Allah juga saya serahkan diri saya.

  25. Najib Tidak Mengenang Budi.

    1. Najib anggap dirinya cukup dihormati oleh rakyat Malaysia.

    2. Setiap hari beliau disumbat puji-pujian oleh para menteri yang mengelilingi beliau.

    3. Alangkah malangnya Najib tidak sedar pandangan jijik sebilangan besar rakyat kepadanya dan isteri.

    4. Maka hari ini kita di Malaysia mempunyai seorang raja bogel yg langsung tidak sedar akan kebogelannya.

    5. Anggapan beliau rakyat suka akan cara beliau menghina Tun, orang yg meletakkan beliau di kerusi PM yang disalah guna oleh beliau akhirnya.

    6. Najib memang PM yang malang. Satu dunia sedar akan kebodohannya yang bukan sedikit.

    7. Namun, apa lagi yang tinggal padanya. Beliau tidak boleh berpatah balik.

    8. Mahu atau tidak, terpaksalah Najib terus hidup dalam khayalan.

    9. Cerita Najib belum habis lagi tetapi pengakhiran ceritanya amat jelas dalam gambaran.

    10. Semoga Najib sempat lari sebelum keputusan PRU14 diumumkan.

    11. Selamat tinggal Najib dan UMNO

Comments are closed.