1. Negara Malaysia sudah merdeka selama 60 tahun, tetapi nama baik Malaysia tidak pernah dicemar dengan begitu teruk seperti sejak Dato Sri Najib menjadi Perdana Menteri.
2. Ya, memang pun negara pernah dikecam kerana ISA. Memang pun ada rasuah yang berlaku dalam Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan juga saya.
3. Tetapi perbuatan-perbuatan ini tidaklah sampai Malaysia digelar negara rasuah bersama dengan sepuluh buah negara di dunia yang amalan rasuah amat tinggi – tidaklah sampai digelar negara kleptokrasi pimpinan penjenayah, pencuri.
4. Tidak juga pernah ada tuduhan, bahkan dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia sendiri adalah perasuah yang terlibat dengan penyelewengan berbillion duit Kerajaan, dengan namanya disebut dalam kes-kes pembersihan wang berbillion yang dicuri dari syarikat 1MDB.
5. Laporan-laporan dalam akhbar dan T.V. seluruh dunia jelas dan terbuka mendedah akan pembelian rumah mewah di London, New York dan Hollywood, pembelian pesawat jet, kapal layar gergasi, intan berlian berjuta ringgit untuk isteri Perdana Menteri, berjudi di Las Vegas, hadiah bermillion kepada gadis cantik, sebagai cara untuk bersihkan wang yang dicuri dari dana 1MDB.
6. Dalam negeri pula berbillion wang Ringgit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), wang dari gadaian ladang Felda dan Tabung Haji hilang begitu sahaja. Wang 42 billion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB hilang entah ke mana dan laporan audit 1MDB dari 2013 hingga 2017 tidak dibuat seperti dikehendaki oleh undang-undang.
7. Akhbar dan T.V. dalam negara tidak dibenar lapor berkenaan wang 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun peribadi Najib. Demikian juga ahli BN, UMNO dilarang bercakap berkenaan masalah-masalah ini.
8. Penyokong-penyokong Najib, terutama Menteri dilarang bertemu dengan pemimpin parti lawan, walaupun mereka adalah kawan lama dan biasa bekerja dalam Kerajaan dan parti yang sama.
9. Perlembagaan dan undang-undang tidak dihormati sehingga laporan kepada polis akan salahguna kuasa oleh Perdana Menteri tidak disusuli dengan siasatan oleh polis. Sebaliknya orang yang membuat laporan ditahan, disoal, dimasuk penjara dan dituduh sebagai pengganas.
10. Proses perlantikan dan penamatan khidmat pegawai tinggi Kerajaan tidak dituruti, bahkan Yang Di-Pertuan Agong dibohongi kononnya pegawai berkenaan sakit dan perlu dihentikan. Pegawai ganti juga dilantik tanpa proses perlembagaan. Aturan serta peraturan untuk melanjutkan khidmat hakim tidak dipedulikan.
11. Polis, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri diguna untuk ugut dan menekan rakyat. Cukai tambahan dikenakan, dikira sehingga 10 tahun ke belakang walaupun tidak ada bukti cukai ini diperuntukkan dalam undang-undang.
12. SPRM menuduh peniaga telah lakukan pembersihan wang yang dicuri atau hasil dari rasuah. Mereka ditahan dan di penjara. Ramai pemimpin parti lawan dituduh terlibat dengan rasuah dan lain-lain tanpa bukti dan didera dan diganggu.
13. Sebaliknya berbillion Ringgit yang ada dalam akaun Perdana Menteri yang tidak dapat disahkan puncanya selain dari pengakuan PM yang ianya tidak bersalah ditutup kes oleh Pendakwa Raya dan laporan diletak dibawah undang-undang rahsia Kerajaan. Dakwaan bahawa PM tidak melakukan apa-apa kesalahan tidak disertai dengan dokumen-dokumen walaupun segala urusan wang yang berbillion perlu dicatit dalam dokuman dan buku-buku akaun bank.
14. Sesungguhnya Dato Sri Najib telah rosakkan Kerajaan dan pentadbiran negara serta institusi-institusinya. Pemerintahan Najib tidak diasaskan kepada Perlembagaan dan undang-undang. Pengagihan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana pemerintahan dan kehakiman sudah dihapuskan dan seluruh kuasa dibolot oleh Perdana Menteri.
15. Kewangan Negara disalahguna untuk projek-projek yang amat merugikan. Di masa yang sama Najib meminjam berbillion Ringgit untuk projek yang tidak mampu memberi pulangan yang cukup untuk bayar balik hutang.
16. Rakyat dan anak cucu mereka akan tanggung beban hutang ini berpuluh tahun.
17. Inilah warisan peninggalan Najib. Jika ia dipilih oleh rakyat untuk terus menjadi Perdana Menteri, maka percayalah demokrasi tidak akan kembali kepada negara ini. Sebaliknya pemerintahan kleptokrasi akan berterusan dan negara akan hancur kerana tidak ada pemerintahan mengikut undang-undang. Dengan itu keselamatan rakyat akan menjadi lebih teruk.
18. Ada yang berpendapat Pakatan Harapan tidak dapat membuat apa-apa untuk pulih keadaan. Tetapi kehancuran negara tetap menjadi lebih teruk jika Najib dapat mengekalkan kleptokrasinya. Beban hutang akan bertambah dan wilayah-wilayah negara akan dijual.
19. Tidak mudah untuk PH pulih negara tetapi apabila kami memerintah Najib tidak akan dapat rosakkan negara lagi. Dan kami berkemahiran dalam menyelamat dan memulih ekonomi, kewangan dan sosio-politik negara. Ini kami yakin. Tolaklah kleptokrasi Najib.
Niat in son mata kaji semah in singh
♪♫♬♪♫♬
*
Maka terbukalah pintu gua penyamun..
#SinghRaid
Salam Tun,
Allah mengisahkan dalam Quran perihal perbuatan Najib dan mereka yang sekongkol sepertinya,
Jangan kamu mengambil wang diantara kamu dengan jalan yang keji, jangan sekali kali kamu memberi rasuah kepada orang yang berkuasa untuk mengelakkan orang lain dari mendapatkan hak hak mereka, sedangkan kamu mengetahuinya. (2:188)
Kamu menjadi sibuk dengan mengumpul.
Sehinggakan kamu masuk kedalam kubur kubur.
Sesungguhnya, kamu akan mendapat tahu.
Sudah pasti, kamu akan mendapat tahu.
Jika hanya kamu dapat mengetahui dengan yakin.
Tentunya kamu akan dapat bayangkan Neraka.
Lalu kamu akan dapat melihatnya dengan mata yang penuh keyakinan.
Maka kamu akan disoal, pada hari itu, tentang rahmat yang telah kamu nikmati. (102:1-8)
Malang sungguh setiap pengumpat, pemfitnah.
Dia menyorokkan wangnya dan mengiranya.
Seolah olah wangnya akan membuatnya hidup selama lamanya.
Tidak sekali; dia akan dicampakkan kedalam Pemusnah.
Tahukah kamu apakah Pemusnah itu?
Nyalaan api Neraka dari Allah.
Ianya membakarkan mereka dari dalam dan luar.
Mereka akan dikurungkan didalamnya.
Didalam tiang tiang lurus yang diperpanjangkan. (104:1-9)
Salam.
Saya respon kpd Huda,
Kesilapan & melakukan penipuan & jenayah adalah berbeza.
PM kini telah melakukan jenayah!
Siasatan dalam negara dilumpuhkan.
Undang2 dilaksana secara berpilih & dgn matlamat membela hanya kepentingan najib!
Oleh itu, kalau boleh dikatakan saya geng tun, memang! – saya mahu najib menerima hukuman malah semua yg bersekongkol.
Assalamualaikum wbt Tun.
Kecenderungan saya bukan utk sokong @ sanggah hujah spt yg diperkatakan oleh Megati Dewani @ Huda dan sesiapapun. Hakikatnya both ada merit masing2. Bahkan those are my worries all these while esp jika kita pakat renung permasalahan Negara secara jauh2. Jika BN terus berkuasa, 1-2 tahun selepas PRU 14, mungkin banyak masih OK but later on > 3 tahun kemudian, rasa2 banyak yg akan terpaksa “menelan nasi yg sudah jadi bubur dan basi”.
(2) Personally, I can’t do much utk bantu PH. But Alhamdullilah n In Shaa Allah I’m working in my own ways from a far distant to help. I did offered myself to help Bersatu, but I was not accepted by reason(s) only best known by certain quarters in Bersatu. I also did offered to help Amanah esp in Kelantan, well they are still in silence.
(3) Minat saya adalah kemenangan pd PH. Saya mengharapkan kemenangan bergaya dan bermaruah, winning as dignify gentlemen. Ini penting bukan sekadar PH akan dihormati di dlm Negara malah dgn cara itu maruah Negara yg tercalar di luar Negara In Shaa Allah akan terhapus pd mlm kemenangan itu juga.
(4) To me isu2 kewangan, ekonomi dan sosial yg sedang kita hadapi adalah “peanut”. Kita boleh selesaikan masalah itu dgn mudah dan cepat. In Shaa Allah dlm 2-3 tahun kita boleh pulih sepenuhnya jika kita punya tekad yg kental. Sesungguhnya semua permasalahan tersebut, in the words of the late Sanusi Junid are nothing but just a matter of Najib MO1. We have no problem except Najib MO1 is the problem.
(5) Saya yakin, rakyat akan mendokong PH, jika PH melakukan segala langkahnya tidak secara keterlaluan. Kini apa yg saya nampak wujud unsur2 riak, dendam malah saling dengki-tamak. Buang @ kurangkan secara jelas semua itu. Kita hendak selamat dan bina Negara. So let focus to reform yg hendak kita lakukan sebagai landasan utk selamatkan dan bina Negara. Sila jelaskan maksud, intipati dan jangkaan keputusan reform yg hendak kita capai. Rakyat dari sekarang harus dibawa utk mengatur langkah ke depan. Fikiran rakyat sudah berserabut, jgn kusutkan lagi dgn hujah2 yg tidak memberi harapan. Mereka sedang menanti what better next from
PH. Tibai menibai, maki hamun, dengki-tamak, dan paling dahsyat, riak tidak membawa kita ke mana2 melainkan kemurkaan Allah (dan kemungkinan rasa muak rakyat).
(6) Once Parlimen bubar, time to stop tibai-maki-hamun but great to focus on making the rakyat to feel good with PH. Saya yakin In Shaa Allah a shift in strategies and contents and substances of the talks dari apa yg sudah diperkatakan sejak 2011 boleh membuka fikiran rakyat. PH harus jelas bergerak sebagai PH dan bukan lagi sebagai sekumpulan kalangan yg ingin nampak out doing di antara satu sama lain. Team work peringkat Negeri dan kawasan perlu jelas. Contoh Husam di Kelantan lebih jelas ingin menonjol dirinya sebagai next MB, but who and where is his Cabinet Team? Rakyat tahu kelemahan Husam. Team work boleh kukuhkan imej PH. Samalah di lain2 negeri. Team work sebagai PH dan juga sebagai next Cabinet perlu ditonjol cepat. Team yg boleh bercakap tentang HARAPAN. Bukan Harapan utk sumbat Najib MO1 ke dlm penjara, itu perkara picisan dan boleh berbau dendam dan dengki, nyatakan dan tunjukkan HARAPAN utk rakyat being much much better in every aspects of the rights di bawah PH. Berubahlah PH agar rakyat turut mahu mengubah.
(7) Tun biasakanlah utk menyatakan In Shaa Allah atas segala lafaz berbentuk janji jika kita jujur dan ikhlas. Allah memperingatkan itu kpd SAW, maka kita juga perlu amalkan itu. Semoga Allah kekalkan kita semua di jln benarNya.
Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,
1. Kesemua ahli MT UMNO dan para pemimpin dalam parti-parti komponen BN yang bersekongkol dengan Si PM Kleptokrat yang durjana ini wajar disingkirkan bagi membersihkan nama Malaysia. Para penyokong PM Najib @ Ah Jib Gor bersubahat mencuri wang rakyat.
2. Manusia cuma boleh merancang, tetapi segala yang berlaku ialah atas kehendak Allah SWT.
3. Mungkin apa yang berlaku ini ialah KIFARAH (pembalasan) dari Allah SWT. Dulu ada golongan manusia yang tidak bersyukur bila Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia.
4. Rasa kelakar pula bila pihak yang dahulunya menuduh (memfitnah) Tun diktator, Mahazalim/Mahafiraun, korup, etc. ialah pihak sama yang bertindak melantik Tun sebagai calon PM ke-7 jika PH menang. Alahai…Yang lagi kelakar, golongan yang dahulunya mempertahankan Tun semasa Tun PM, sudah menganggap Tun sebagai musuh nombor satu mereka. Bang*ngkah?
5. Si PM Kleptokrat ini amat RIAK dan sentiasa memperlekeh segala sumbangan Tun kepada rakyat dan Malaysia seolah-olah dia hebat dan disanjung rakyat. Islam amat melarang perbuatan RIAK (sentiasa membandingkan diri beliau dengan Tun).
6. Peliknya, ada pula orang dung* yang menyalahkan Tun bila nama Malaysia terjejas dengan teruk dek perangai buruk PM Najib @ Ah Jib Gor dan konco-konco beliau.
7. Sebagai rakyat yang ada simpanan /deposit /pelaburan di KWSP, TH, ASB/ASN, etc., saya tidak reda dengan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan yang sewenang-wenangnya dilakukan oleh pihak rejim Najib terhadap wang yang diamanahkan rakyat untuk mereka uruskan.
8. Apapun saya berdoa Tun dapat menumbangkan Si PM Kleptokrat bersama konco-konco beliau, dan mengembalikan maruah Malaysia di mata dunia (tentunya dengan izin Allah SWT).
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Saya lihat PRU yg akan datang , cobaan dan dugaan nya
Adalah Demi UMMAH
Demi Ummah , Umat Melayu harus Bersatu
UMNO sekarang kena singkirkan Najib & sekutu beliau
Kembalikan UMNO lama
Bawa balik Anwar , Mahathir , Muhideen dan yg lain
Jernihkan UMNO dengan membuang segala Kotoran
Menbuang yg Keruh Mengambil yg Jernih
Bariskan Barisan Baru UMNO dengan Undi yg Sah
UMNO bukan untu kepentingan Pribadi atau Orang Atasan
UMNO bukan Boneka atau jadi Baruah Jho Low
Yang kerana Jho Low kita sesama kita berpecah belah
Sedangkan Jho Low sudah menghirup duit kita
Dan Najib lebih mementingkan Jho Low
Lebih dari kepentingan UMNO , Rakyat dan Ummah
yg dinamakan Melayu Beragama Islam
Ini Tanggung Jawab UMNO sekarang demi UMMAH
Assalamualaikum Tun,
saya sangat sedih dan tak tahu apa nak buat kerana masih ramai yang tidak mahu menerima kenyataan terhadap perkara perkara yang Tun telah senaraikan diatas tadi.Seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. Sedih……….
Apa lagi yang perlu dijelaskan atau apa lagi yang hendak dibagi tahu baru lah mereka mereka ini akan percaya. mengapa bengap sangat MT UMNO ni…..
Salam
Tun sebanyak manapun Tun burukkan Ds Najib tak kan mengubah pendirian sesetengah pengundi. Walaupun betul apa yang Tun bagitahu.
Mereka bukan pangkah BN sebab pemimpin dia elok sangat. Mereka pangkah sebab Team Tun pon tak ikut apa yang agama nak. Senang citer 2×5. 2×5 2×5 2×5 (ulang sampai beribu kali).
Islam larang kita mengaibkan memburukan memfitnah.. dll . Apatah lagi pemimpin. Zaman Tun, tun begitu bijak menyekat media. Saya setuju dengan cara ini, mungkin salah satu sebab negara kita boleh maju ketika itu.
Kalau Tun nampak negara kita sekarang negara yang gagal. Tun salah seorang menyumbangnya. Buruk kan negara seburuk buruknya. Bila media asing menyiarkan berita negatif menyentuh soal negara Tun salah orang pertama mengiakan. Becerita keburukan Ds Najib satu kebanggaan Tun.
Islam ajak kita… yang buruk diam yang baik cerita. Cara ni yang Tun guna pakai sewaktu berada ditampuk pemerintahan. Macam mana negara kita nak berkembang kalau orang seluruh dunia pandang terok.
Masalahnya geng2 Tun ni, Ds Najib buat kesilapan kalau boleh dia nak tengok Ds Najib meringkuk dalam penjara. Dihukum baru puas hati.
Tun dan kuncu-kuncu seolah-olah begitu takut dengan bayang bayang Ds Najib. Setiap tindakan Ds Najib seolah olah satu rancangan jahat.
Kalau kita ikut cara yang salah untuk betulkan benda yang salah. Hasilnya akan jadi betul ke?
Salam Tun. InsyaAllah rakyat akan bersama Tun. Saya yakin Tun akan menjadi PM ke 7. Saya pohon Tun kasi sumbat la penyamun2 & perosak2 negara tu ke dalam penjara & sita harta mereka. Pahatkan dalam sejarah Malaysia & masukkan kisah ini dalam buku sejarah sekolah untuk pengajaran & pengetahuan generasi2 pembayar hutang2 najib. Tidak adil sekiranya generasi akan datang tidak diberitahu sedangkan mereka yang membayar semua tu. Jadikan pengajaran kepada seluruh pemimpin akan datang. Tukar kerajaan tukar segalanya..
Salam Tun,
Sekarang orang-orang MO1 dah mula menyelinap ke dalam PNB.. dulu ada kah PM masuk sebagai chairman yayasan pelaburan dibawah PNB?? Agaknya duit di MOF dah nak habis kah. Di PNB ada berbilion bilion dan pastinya akan buat creative accounting untuk mengOSAkan juga keuntungan PNB yang sebenar dan menjadikan PNB sebagai tabung pinjaman mereka sendiri yang boleh dikorek sesuka hati. Selepas FELDA musnah, dan 1MDB musnah, kena cari tabung lain untuk dikorek. Time bomb akan meletup juga akhirnya disebabkan mereka ini hanya membuat kerosakan demi kerosakan. Waktu itu sudah terlambat untuk Negara.
Assalamualaikum Tun.
Saya terlihat perbincangan berkenaan kepentingan undi umat Islam pada PRU 14 nanti, di saluran 106 astro sebentar tadi.
Panel jemputan yang saya tidak hafal namanya, secara terus terang galakkan supaya umat Islam Malaysia tidak menukar kerajaan kerana alasan sudah lama pihak luar campurtangan untuk menukarkan negara Malaysia yang agama rasminya Islam kepada Kristian. Sejak PRU 13 lagi katanya.
Katanya lagi sejak tahun 2010, pastor yakni penasihat agama kepada Trump secara terus menyarankan agar rakyat Malaysia menukar kerajaan sedia ada.
Ini katanya mereka (kristian) menganggap Malaysia adalah pintu gerbang emas yang mana Jesus akan muncul. Maka Malaysia perlu dikuasai supaya bersatu dengan mereka dalam mencapai matlamat agama mereka.
Saya tidak mengikuti lama rancangan tersebut kerana berasa ‘jijik’ menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk menanamkan rasa takut kepada umat Islam Malaysia supaya mengundi kerajaan Najib sedia ada.
Setahu saya, saya adalah keturunan Syeikh Abdul Malek (Tok Pulau Manis 1650-an), keluarga yang menulis pada Batu Bersurat Terengganu.
Pada Batu Bersurat tersebut dituliskan bahawa Islam akan terbit dari darah dagingnya sendiri, setakat yang difahami oleh saya.
Saya berada di sini setelah Tun Mahathir tiada lagi berkuasa pada 2008.
Sebelum ini saya tidak campurtangan dalam menentukan siapa akan menjadi PM Malaysia walaupun pada PRU 13.
Namun kali ini saya telah campurtangan dalam menentukan siapa akan menjadi PM Malaysia ke 7. Iaitu Tun Mahathir bin Mohamad.
Saya bukanlah orang alim. Tetapi saya pernah rekodkan bentuk wajah Rasulullah saw dalam penulisan di sini.
Saya rekodkan ketika itu supaya tidak terlupa setelah saya mendapat sedikit motivasi berkenaan ciri ciri wajah Rasulullah saw melalui hebahan di radio oleh Ustaz Badlishah.
Sesungguhnya perkenalan/pengubatan saya dengan Rasulullah saw melalui mimpilah yang meyakinkan saya akan arah tuju perjalanan pentadbiran saya ketika ini.
Ini adalah tasawuf.
Mungkin kita lupa. Tetapi setakat pengetahuan saya, orang yang beroleh ilmu laduni, adalah orang yang memimpin pada setiap bahagian zon di muka bumi ini.
Jika itu sekiranya orang agama yang tidak layak mencampuri urusan tadbir politik tetapi tetap mahu menggunakan agama Islam untuk menakut nakutkan rakyat berkenaan benteng ketamadunan Islam.
Untuk memimpin, tiada rahsia yang menjadi rahsia. Itulah antara keredhaan dari Allah swt.
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Tun.
Inilah kerja ‘konsisten’ paling lama sepanjang saya hidup. Iaitu menulis di chedet.
Saya tidak tahu mahu katakan bagaimana. Saya serahkan diri saya pada Allah swt.
Menjadi pemimpin bukan kerja mudah. Memikul beban yang bukan semua orang dapat buat.
Tun Mahathir pada umur akan datang 93 tahun masih bertenaga dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Semoga Malaysia masih terus bernyawa. Menentang perkara yang mungkar adalah satu ibadah.
Terima kasih Tun.