SOUND BITES – BAGAN PINANG

1. Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Saya percaya Barisan Nasional akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008. Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan.

2. Tetapi saya berpendapat ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan dengan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.

3. Jangan pula ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi Menteri Kewangan.

107 thoughts on “SOUND BITES – BAGAN PINANG”

  1. Kepada semua yg meminati blog Tun M.
    Marilah kita mengambil kesempatan ini membuat ucapan berikut;
    “TAKZIAH kepada PAS kerana kalah di Bagan Pinang. Minta mahasabah diri dan halatuju perjuangan jika ingin mendapat pertolongan dari Allah swt”
    “TAHNIAH kepada UMNO atas kemenangan besar di Bagan Pinang. Minta jangan lupa diri, jangan lupa rakyat. Banyak kan bersyukur kerana kemenangan itu adalah dengan pertolongan Allah swt jua”
    Minta anda yg pandai lagi bijaksana, tolong bg pandangan atas isu ini.
    1. Perjuangan UMNO untuk 2 matlamat iaitu untuk Melayu dan Islam. Sedangkan perjuangan PAS hanya ada 1 matlamat sahaja iaitu untuk Islam.
    2. Penyokong UMNO ada kelebihan berbanding penyokong PAS kerana UMNO ada bangsa ada agamanya, tetapi PAS hanya ada Agama sahaja dan tak diketahui apa bangsa mereka. Datok Seri Najib dan semua pendokong UMNO adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan lain2 kaum bumiputra. Tetapi Nik Aziz, Hadi Awang, Nasarudin dan semua pendokong PAS tak diketahui apa jenis bangsanya, yg kita tau mereka adalah orang Islam.
    3. Bangsa kekal sehingga ke mati pada diri seseorang. Bangsa seseorang itu tak boleh di tukar2 sampai ke mati. Maksudnya seorang Melayu tak boleh menjadi Arab sekejab, menjadi Mat Salleh sekejab, menjadi Negro atau menjadi apa saja yg dia mahu.. TAK Boleh !!!!
    4. Agama atau kepercayaan seseorang boleh berubah2. Boleh jadi Hindu sekejab, boleh jadi budhist sekejab, boleh jadi kristian sekejab dan akhir sekali jadi Islam, dan akhirnya mati sebagai seorang Islam.. BOLEH !!!
    Tolong bg pendapat anda agar dapat membuka minda orang kita supaya Jangan Melupakan Perjuangan Untuk Memartabatkan Bangsa kerana diantara Bangsa dengan Agama (Kepercayaan) bangsa datang dahulu dalam diri seseorang kemudian baru datang agama.
    Nak mudah faham lagi, seorang cina jadi budhist kerana mak bapak dia budhist. bukan pelik jika selepas menjadi remaja/dewasa dia bertukar kpd islam pula. seorang india menjadi hindu kerana mak bapa dia hindu. perkara biasa lah bila dah remaja/dewasa dia bertukar menjadi kristian. Begitu juga lah, seorang melayu jadi islam kerana mak bapak dia islam. memang bukan mudah bg orang melayu nak keluar dari agama islam, kerana di negara ini ada undang2 untuk menyekat pertukaran agama orang melayu daripada islam kepada agama lain.
    Kalau ini difahami oleh orang Melayu, maka “kecelaruan” yg ditiupkan oleh “pemimpin yg faham tapi buat2 tak faham” dikalangan kita sehingga pembawa kepada perpecahan dapat di elakkan.
    Harap ada yg sudi memberikan pendapat atas perkara ini. T/kasih.

  2. Tun,
    1st of all, I would like to say thank for giving opportunity for me to kiss your hand and taken photo with you and Tun Siti Hasmah during Majlis Ramah Mesra Aidilfitri at Putra Hotel by Kelab Che Det Dot Com.
    Anyway, back to this topic there was a good sign for UMNO and BN on just concluded Bagan Pinang by election. More or less it shows that voters sentiment started to show strong support which something that BN lack all this while. But I do agree with you that there still need an in-dept analysis to be done, it is not an open ticket to BN/UMNO to keep putting or selecting people with bad reputation as their candidate in the future.

  3. Salam buat Tun n Isteri
    Kepada n.ajis @ 19.10.09 1014am n 19.10.09 501pm
    Kepada khairi ali @ 19.10.09 304pm
    Saya sealiran dengan luahan rasa anda berdua. dah lama dah saya rasa PAS ni sebenarnya menggunakan islam sebagai modal untuk mencapai cita2 politik para pemimpin mereka yg rata2 bergelar tok guru dan ustaz. mereka ni boleh berubah mengikut keadaan mcm kunang2. mereka bijak melakukan chemofludge (penyamaran). buktinya:
    UMNO dikatakan kafir kerana bekerjasama dengan bukan islam. tetapi bila mereka bekerjasama dengan DAP kenapa Tok Maha Guru Nik Aziz dan Tuan Maha Guru Hadi Awang tak keluarkan fatwa mengkafirkan parti, pemimpin mereka dan pengikut2 mereka seperti mana mereka menhukum kafir UMNO kerana bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dll.
    Sebabnya mudah sahaja. kerana para ulama PAS berpegang kpd ayat keramat “wa halalun untuk aku, wa haromun untuk kamu”.
    Yang sebenarnya, dalam politik orang melayu di negara ni ada 2 benda saja yg boleh digunakan oleh apa parti pun untuk menarik sokongan orang melayu kpd parti mereka. (1) perjuangan kebangsaan. yg ini UMNO dah booking sejak daripada UMNO mula ditubuhkan lagi. jadi yg tinggal cuma satu saja lagi iaitu perjuangan untuk mendaulatkan islam (kononnya) dibumi malaysia ini. dengan kerana itu maka PAS nampak munkin ada peluang untuk mengautkan keuntungan jika dia cuba menjaja “islam” sebagai produknya. jika PAS nak jaja “kebangsaan” mungkin dia bungkus awal lagi sebab produk itu telah dibangunkan oleh UMNO dengan begitu berjaya dan hasilnya telah dinikmati oleh orang melayu. maka mahu tak mahu, Tok2 Maha Guru, Tuan2 Maha Guru dan Para Ustaz dalam PAS pun berpakat untuk menjadikan “islam” sebagai produk utama bisnes mereka. jadi untuk melariskannya maka mereka study segala mcm bentuk ayat2 al-quran dan hadis yg dikirakan boleh membantu mereka. ayat yg tak membantu, tidak dijaja dalam majlis2 ceramah mereka. Yang Tersangat Lah Silapnya adalah orang melayu ni asal saja seseorang tu sebut “ini adalah firman tuhan dalam quran” atau “ini adalah sabda nabi dalam hadis” dan “ini adalah dari kitab” terus mereka telan bulat2. pendek kata kalau Tok Guru kata “ini adalah buah kismis hitam yg dikeringkan, ini bukan tahi kambing yg dikeringkan, lahiriahnya saja kamu nampak dan bau seperti tahi kambing, tapi sebenarnya ini adalah buah kismis hitam” maka tanpa banyak soal nescaya si pendengar tu akan menelan tahi kambing tadi dengan penuh keyakinan bahawa itu adalah buah kismis hitam kerana yg berkata2 tadi adalah
    Tok Guru dan bukan orang sembarangan. ini lah yg terjadi. selagi mana orang melayu tak berfikiran terbuka, mudah menerima tanpa mengkaji terlebih dahulu kesan dan kebenarannya, maka selamanya lah kita diperbodohkan.
    Sedar lah wahai bangsa ku. Sekali lagi saya nak ingatkan ” manusia boleh menukar agamanya, tetapi tak ada manusia yang boleh menukar identiti bangsanya ” contohnya, seorang mat saleh boleh menjadi dari kristian kepada islam selepas memeluk agama islam, tetapi dia tak akan jadi melayu atau arab hanya kerana memeluk islam, dia tetap seorang mat saleh. Tolong lah faham …..

  4. 1) Lidah maki hamun PAS, Harakah, berulangkali mengungkit isu pencalonan isa samad sebagai perasuah biarpun PRK Bagan Pinang telah lebih seminggu berakhir. Dan penceramah PAS kini sedang sibuk memerah keringat dan suara memaki hamun pengundi Bagan Pinang kerana menolak “parti syurga ciptaan tok guru”.
    3) Inilah mentaliti yg diajar tok guru, sentiasa menghukum orang lain untuk mencari permusuhan biarpun si pelaku telah mengaku bersalah, telah dihukum, dan telah insaf atas kesalahan yg dilakukan.
    4) Wahai tok guru, siapakah anda dan pengikut anda untuk mengambil kedudukan tuhan menilai silap dan salah insan? Siapakah anda untuk menentukan syurga dan neraka? Adakah anda diberi wahyu oleh tuhan? Tidakkah insan dinilai pada zahir, urusan hati terserah pada Allah menentukan.
    5) Kadangkala sifat ujub dan riya menjadikan anda dan tok guru anda seumpama tuhan yang mengkafirkan sesama Muslim di atas kesalahan dan dosa yang belum pun terbukti.
    6) Anda berlemah lembut dengan golongan ultrakiasu yang jelas menentang Islam dan hukumnya tetapi anda berkeras bermatian dengan segolongan Muslim yg pengamalan Islamnya diakui tidaklah sempurna namun tetap mempercayai keesaan tuhan dan menyembah tuhan yang satu.
    7) Alahai PAS…Alahai Tok Guru…

  5. Assalamualaikum Tun,
    Bila membaca komen-komen yang dihantar, rasanya agak terpanggil untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentok pandangan. Ini terutamanya mengenai kemenangan rasuah (dilambangkan dalam Isa. Jadi ada yang tertanya : jika semuanya ditentukan Allah, kenapa perasuah boleh menang?
    Dalam ajaran Islam, rujuk Surah Ar-Rum, peperangan antara Rom dan Parsi pun disebut, walhal kedua-duanya bukan pun negara Islam. Kemenangan diberikan adalah kerana yang mana yang lebih menepati sunnahtullah.
    Begitu juga dengan doa Nabi Musa as. yang mengharapkan Allah mematikan saja tukang sihir Firaun, Tetapi tidak, bahkan dibiarkan hidup. Ini kerana selepas pertarungan itu, tukang sihir bertukar menjadi pengikut Nabi Musa as.
    Lebih terkini lagi ialah tentang kejatuhan Daulah Islam Abbasiyyah kepada golongan barbar, Turk. Mereka seterusnya mendaulatkan Islam dengan menubuhkan Daulah Othmaniyyah.
    Melihat dari konteks ini, maka kemenangan Isa bolehlah disifatkan sebagai kemenangan perasuah ke atas golongan munafiquun, yang bernama PAS.
    Malahan UMNO pun boleh kalah kepada DAP, jika DAP banyak mengamalkan ciri-ciri keIslaman, dari orang Islam sendiri seperti yang ada pada UMNO.
    Awas UMNO di atas keretapi bernama Sunnahtullah.
    Sebab itulah saya begitu menekan tentang kefahaman terhadap operasi dan mekanisme Sunnahtullah, demi survival Melayu-Islam, yang sudah bergelumang dengan pelbagai cabaran sejak 500 tahun yang lalu. Sayangnya, UMNO hanya melihat perjuangan Melayu-Islam dalam tempoh masa 50 tahun!

  6. 1) Tahniah di atas kemenangan UMNO
    2) Seperti biasa, apabila kalah PAS akan memaki hamun dan mencerca pengundi Bagan Pinang kerana tidak mengundi parti PAS dengan menuduh pengundi Bagan Pinang memilih si perasuah. Baca lidah rasmi (baca: lidah pemaki hamun) PAS, Harakah.
    3) Hakikat sebenar, pengundi Muslim dan Melayu muak dengan sikap talam dua muka PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya hanya memperalatkan Islam demi kepentingan sendiri. Pengundi kini semakin jelas dengan wajah sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan puak ultrakiasu dan komunis yang secara jelas mahu menghapuskan institusi Islam dan Melayu di dalam negara. Sehingga sanggup tok guru mereka megeluarkan fatwa “tidak mengapa Islam dihina oleh puak ultrakiasu, tapi kalau UMNO berbeza pendapat dengan kita, kita maki hamun secukupnya!”.
    4) Kekalahan ini sebenarnya merupakan kekalahan buat parti ultrakiasu yang menyangka orang Melayu boleh diperbodohkan dengan hanya berkata “kami mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz”. Orang Melayu kini sedar dengan agenda jahat parti ultrakiasu yang mahu menegakkan sebuah negara sekular tulen dengan menghapuskan nilai-nilai agama.
    5) Takziah buat PAS kerana menyokong agenda parti ultrakiasu. Kebodohan anda dan tok guru anda kini memakan diri.

  7. Tun Yg Dihormat
    Umno menang di bagan pinang. bukti orang melayu dah mula sedar. bukti pengaruh PR dah mula menurun. bukti orang islam dah mula meluat dengan para pemimpin besar PAS yang tak ada kerja lain melainkan duk tentukan “orang ini boleh masuk syurga, orang itu akan masuk neraka” “orang ini sembahayangnya diterima tuhan, orang itu sembahyangnya sia2 sahaja”. kita nak tanya mereka, siapa mereka nak tentukan semua itu. apakah mereka telah menerima watikah perlantikan sebagai hakim daripada tuhan. bull shit….
    Apa pun saya respect dengan ramalan Lim Guan Eng. dia kata kalu Isa Samad dicalonkan peluang menang 70%. jika PAS mengambil kira ramalan Guan Eng ini, mungkin tak perlulah penyokong mereka bertindak agresif terhadap pemimpin dan penyokong Umno semasa kempen PRK Bagan Pinang berjalan. buat malu kaum saja.
    Akhir kalam. Tahniah kepada UMNO. Takziah kepada PAS.

  8. Salam buat TUN dan semua
    TS Isa menang di Bagan Pinang pada hemat saya adalah kerana beberapa faktor diantaranya:
    1. Isa memang popular disana dan merupakan anak jati dikawasan tersebut dan tidak celupar seperti sesetengah pemimpin.
    2. Isa dilihat sebagai mangsa kepada konspirasi Pal Lah dan menantunya (KJ) untuk menjatuhkan Isa dan ramai yg bersimpati padanya. Lagipun beliau sudah menjalani tempuh pergantungan sebagaimana yg ditentukan. Tetapi KJ dan Ali Rustam belum lagi mendapat hukuman.
    3. UMNO sudah menghormati TUN dizaman Ds Najib ni tidak sperti dizamn Pak Lah yg begitu ego dan sombong dan rakyat muak melihat keadaan seperti itu.
    4. Pengundi India sudah gembira dgn gagasan baru DS Najib dan waktu yg sama Samy Vellu sudah lumpuh dan orang2 India sudah tidak peduli pada SAmy Vellu.

  9. By ezani on October 15, 2009 10:47 AM
    Salam Tun
    Is it true that BN used a banner showing Najib visiting Nik Abdul Aziz when he was ill during the Bagan Pinang elections? If it is so, then, this is the blackest of black, the lowest of low morals and the zeroest of zero. Mengunjungi orang sakit hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Jangan sekali-kali digunakan gambar kunjung pembangkang yg sakit untuk tujuan politik. Ini menunjukkan kunjungan itu tidak ikhlas apa lagi akhlak si pengunjung. This will really turn me off. I cannot stand someone who visits me when I am sick and then use the picture to further his political ambitions. BN should not use this against BA. BA should not use this against BN. I hope this reported incident is not true. Please tell me if it is.
    Dear ezani and all chedet lovers. is true. i was there on friday Sept 9 from 730pm until 0200am. it can be seen along the coastal road leading to UMNO command centre at 7th miles jalan teluk kemang.
    and on election day itself sept 11. i took lukut trunk road to PD. off at 7am from KL… the billboards so obviuos leading to PD even at lukut town.
    so eazani this is politic all about.. semua tak ikhlas. hipokrit.
    even mat rempit could be a king of the PD road .. nobody care about them. with black tshirt with no logo at all(one group) orange tshirt with small word(pembawa utusan) at the back their tshirt(one group) and blue BN tshirt(the biggest group).. they can do anything as their wish. so Dont ask them to have a kinda of road manners during the weekend madness kerana pada by-election tempohari mereka bebas nak buat apa pun kat PD dibantu lagi oleh JANTAN2 memakai lilitan kain merah

  10. The main problem with the Malays is that they do not know what they really want and most of them just depend on the leaders to put the leashes on their necks and pull them around.They could be tied to the water wheels to irrigate the farms with water from the deep well forever and will never complain.
    The problem with the Bagan Pinang Malays is just like the donkey…. I have seen a donkey being relieved of the leash to roam free in the morning but obediently walked back to the tree infront of the farmer’s house to be tied back with a leash to a tree at sunset. The donkey did not make use of its freedom on the daily new dawn.
    The Malays are just pathetic.

  11. Assalamu Alaikum Tun.
    “2. Tetapi saya berpendapat ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan dengan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.
    3. Jangan pula ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi Menteri Kewangan.” oleh Tun.
    Tun, Saya pun tumpang gembira Umno menang di Bagan Pinang. Walaupun saya hanya simpertiser dan bukan ahli Umno. Cuma saya berharap orang Umno jangan terlalu gembira sehingga melupakan diri dan kembali ke era mengkayakan diri dan kesombongan.
    Jangan ulangi kesilapan lepas sehingga orang Melayu “terpaksa” menolak Umno kerana orang Umno. Kita yakin matlamat Umno adalah untuk membela nasib bangsa, agama dan negara tapi kita amat terkilan melihat tingkah laku mereka yang menakhodai Umno dahulu. Malah masih ada segelintir orang sebegini dalam Umno sekarang. Harapan kita ialah kepada DS Najib untuk betul-betul buat perubahan. Bersihkan Umno dari dianggotai oleh pemberi dan penerima rasuah. Jika ahli Umno sokong usaha Najib dan Tan Sri Muhyiddin, saya yakin orang Melayu akan kembali ke pangkuan Umno.
    Jangan sekali-sekali melakukan sesuatu yang aneh sehingga memberi persepsi seolah-olah pemimpin Umno dan Umno membenarkan dan merestui pemimpin rasuah.

  12. Dulu walaupun menang tapi majoriti nya kurang dari sekarang.Nah, kita sudah boleh pikir siapa yang mampu buat BN kalah – antara rakyat atau ahli parti politik itu sendiri.Jadi ketua dalam kumpulan ahli parti politik , jangan cepat sangat nak ambil kredit, lebih baik perbaiki keadaan dan lakukannya cepat cepat sebab PRU13 tidak lama lagi.
    PRU12 kami tidak keluar mengundi.Bagi kami semuga undi yang merosot memberikan isyarat yang ada ruang untuk perbaiki bagi yang mahu – itu cara kami, walaupun kami tidak puashati kami tidak sanggup undi lain dari BN.Kami hanyalah saya, isteri dan ibu.
    Cuma sedikit, tapi agaknya berapa ramai yang berfikir seperti kami ya,wallahuallam.
    Bila kebenaran sentiasa menjadi tunggak, tidak kalah walaupun salah,Tun.
    Assalamualaikum Tun dan Tun Siti.Semuga Tun berdua sihat sejahtera selalu dan gembira di samping keluarga tersayang.Amin.

  13. Salam Tun & warga chedet,
    Politik macam tu lah. Pihak pembangkang dah sediakan 2 template untuk post komen keputusan pilihanraya kecil itu
    1- Kalau BN kalah – Itu bukti yang nyata bahawa rakyat telah menolak menolak BN.
    2- Kalau BN menang – itu bukti nyata yang UMNO masih mempertahankan amalan rasuah. Kubu kuat sebab undi pos. Masih patutkah rakyat majoriti mahu mengundi BN? Dosalah sesiapa yang bersubahat dengan UMNO pengamal rasuah.
    Pada saya, saya akan menyokong kepada yang benar – Haq.
    Nasihat saya ( siapalah saya ) kepada kepimpinan BN atau UMNO khasnya cepat2 lah membuat perubahan drastik dalam perjuangan UMNO memajukan Ugama bangsa dan Negara. Ambil kesempatan ini kerana PR masih kelam kabut. Sifatkan apa yang telah terjadi sebagai pertanda dari ALLAH untuk mengingatkan kita kepada kekuasaan ALLAH. Nafsu kalau tidak dikawal akan membawa kita kepada kehancuran di dunia dan azab sengsara di akhirat.
    Landaskanlah perubahan2 itu dengan berpandukan ilmu Quran & Hadith. Janganlah terdapat pula gulungan2 yang mempermain2kan hukum ALLAH.
    Saya sengaja dulukan ugama, mengatasi bangsa dan Negara kerana disitu terdapat kebenaran. Pimpinlah berlandaskan hukum ALLAH, insya’allah selamat selama2nya dunia dan akhirat. Pasti kerana itu janji ALLAH.
    Sekian

  14. salam tun
    nothing impressive abt tsi..too bad he & umno bribed around to become elected…how is he gonna answer god in the hereafter….they won by manipulation…tsk…tsk…umno never learnt the lesson n thinks msian r just after money…also, i m sick over the tv1 & tv2 pgms, keep boasting abt devp by be end to the msians esp malays…y don’t they talk abt saham di akhirat too? apa tu?…semua nganga…

  15. Kenapa hanya BN saja perlu mengemukakan calon yang “bersih”? Adakah bersih hanya bermaksud tidak rasuah. Rasuah Isa itu mengambil duit atau memberi duit? Mengambil duit memang lah tak bagus. Tapi memberi duit itu sebagai imbuhan kerana menyokong beliau adakah salah. Adakah salah memberi hadiah kepada penyokong setia? Adakah orang yang menang mesti sebab rasuah? Yang kalah pula kerana kurang beri rasuah? Undi itu rahsia.
    Di Kelantan, duit pun hebat juga berjalan semasa PRU. Tapi BN Kelantan kalah juga. Kalau betul-betul rasuah tentunya semua negeri BN menang. Adakah ini bererti pembangkang menang di 4 + 1 negeri itu juga rasuah.
    Kenapa hanya rasuah saja dianggap tidak Bersih? Liwat, khalwat dan bogel pun lagi kotor. Penuh dengan kuman VD dan siplis. Tanyalah medical doctor seperti Tun M dan Tun Hasmah. Harap pembangkang juga guna lah kriteria bersih yang melibatkan tidak liwat, tidak khalwat dan tidak bogel. Adakah kerana berjumpa dan mendapatkan pertolongan Tuan Guru maka bersihlah mereka. Agaknya kalau Isa jumpa Tuan Guru, maka rasuah pun dikira bersih atau telah suci sebagaimana berlaku kepada seorang bekas menteri yang lompat masuk pembangkang.

  16. Salam Tun
    Is it true that BN used a banner showing Najib visiting Nik Abdul Aziz when he was ill during the Bagan Pinang elections? If it is so, then, this is the blackest of black, the lowest of low morals and the zeroest of zero. Mengunjungi orang sakit hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Jangan sekali-kali digunakan gambar kunjung pembangkang yg sakit untuk tujuan politik. Ini menunjukkan kunjungan itu tidak ikhlas apa lagi akhlak si pengunjung. This will really turn me off. I cannot stand someone who visits me when I am sick and then use the picture to further his political ambitions. BN should not use this against BA. BA should not use this against BN. I hope this reported incident is not true. Please tell me if it is.

  17. Apa khabar Tok det…semoga sentiasa sihat sejahtera
    Tahniah…. atas kemenangan Bn di Bagan Pinang
    Sebelum saya hendak memberi sedikit persoalan , ingin saya kemukakan sedikit pandangan .. Rakyat yang melantik seseorang itu menjadi pemimpin…Jadi jalankan tanggungjawab itu dengan penuh amanah , jangan bila rakyat bersangka buruk kepada Bn lantas mengatakan rakyat tidak tahu berterima kasih pula..Ingat
    Sebagai rakyat Malaysia saya berpendapat kemenangan Bn diBagan Pinang terlalu awal untuk mengatakan Bn diterima secara keseluruhannya..
    Saya rasa faktor yang mendorong Bn menerima kemenangan besar di Bagan Pinang kerana Tan Sri Isa…. mungkin sikapnya dan saya tak rasa kemenangan Bn diBagan Pinang kerana Dasar kerajaan .
    oleh itu Bn harus mengubah Dasar kerajaan…kerana tak semua kawasan , rakyat akan memilih kerana faktor seorang pemimpin .
    Ada juga disetengah kawasan kerana faktor ekonomi lagi-lagi dikawasan bandar… Jadi mewah kan lah rakyat…berikan rakyat hak nya kembali.
    Ingat kalau Dasar kerajaan selepas ini membebankan rakyat , Bn akan ditolak untuk selama-lamanya .

  18. YAM dan dikasihi Tun
    Saya amat memahami perasaan Tun apabila menegur Tan Sri Isa.Niat Tun adalah ikhlas demi kebaikan UMNO keseluruhannya.
    Harap Tan Sri Isa menerima teguran Tun dengan hati terbuka demi kebaikan UMNO dan semua.Rasanya Tan Sri Isa pun telah menjalani hukuman semoga selepas ini beliau lebih berhati-hati dan dapat menggalas kepercayaan dan harapan yang diberi rakyat.
    Saya tabik kepada Tan Sri Isa kerana tidak ambil hati atau marah dengan teguran Tun sebaliknya beliau tetap menghormati Tun.Saya rasa Tan Sri Isa seorang yang mengenang budi dan masih tidak lupa budi baik Tun selama 22 tahun beliau berkhidmat dibawah pemerintahan Tun, tidak seperti sesetengah pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang, pantang ditegur terus melenting tak tentu hala macam kerasukan!!……Dan ada sesetengahnya pula telah pun tersunkur jatuh, saat ini lah baru nak ingat budi baik Tun! DUNIA! DUNIA!.
    Tapi walau bagaimana pun saya ucapkan syabas kepada Tan Sri Isa kerana berjaya dan masih megenang budi Tun mudah-mudahan Tan Sri beroleh keberkatan.
    Terima Kasih Tun, teguran dan pandangan Tun tetap diperlukan sampai bila-bila.

  19. Now the DAP hardcore racist supporters are asking for UITM to be opened for Chinese, this shows they actually RACIST, hiding under the name of Liberalism.
    They should know UITM is the only University for Malays, and WAS ITM, Institut Technology Mara.
    I disagree with this, although I am not from UITM. Regardless of any parties who says it should be opened.

  20. Assalamualaikum Tun,
    SYABAS kepada UMNO, BN dan TAN SRI ISA di atas kemenangan PRK N31.
    Akhbar hari ini melaporkan ada pihak menyeru dibuat post mortem berhubung kemenangan besar ini.
    BUAT SILAP ITU TIDAK MENGAPA, TETAPI JANGAN MENGULANGI KESILAPAN.
    Itulah peringatan kepada semua pemimpin.
    Ya, isa masih mampu menang..menang besar..walau dia pernah dibabitkan dengan politik wang. mengapa?
    Kerana beliau bekerja keras sejak dahulu dan sehingga kini. waima semasa digantung, beliau masih menunaikan tanggungjawab, walau tanpa sebarang jawatan. Beliau berbakti atas dasar ikhlas dan kerana memahami tanggungjawab sebaagi seorang guru dan pemimpin.
    Inilah ciri pemimpin yang dikehendakki rakyat dan akar umbi. Hanya jauhari yang mengenal maknikam. Mujur pihak pucuk pimpinan mendengar permohonan akar umbi disitu. Jika diletak org lain saya tidak rasa kemenangan akan berpihak kepada BN.
    Yang nyata, rakyat disitu tidak mempercayai bahwa beliau terlibat dengan politik wang atau rasuah. Rakyat disitu sangat dekat dengan Isa. Pada mereka rasuah tersebut hanya retorik, sebagaimana tuduhan terhadap anwar ibrahim. Jika kita taksub terhadap seseorang, maka kita tidak akan mempercayai keburukannya.
    Yang penting, pemimpin tersebut menjalankan kewajipan pada setiap masa dan sentiasa ada apabila diperlukan.
    Hukuman rasuah yang dijatuhkan kepada Isa mungkin mainan politik. Politik maksudnya menjatuhkan, bukannya membangunkan. Maka musuh2 isa yang takut dengan kekuatannya terpaksa menggunakan strategi untuk menjatuhkannya.
    Kepada semua ahli Bn jadikanlah kemenangan ini satu titik permulaan perpaduan. Bersalamlah kita dengan sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita. Kepada ahli politik, pulanglah ke kawasan anda setiap minggu kerana ajal maut ditangan Tuhan.
    ikhlas,
    http://reformasimindaguru.blogspot.com

  21. I dare to swear, there are numerous amount of PAS supporters who has chosen UMNO at Bagan Pinang, they have done this because they do not see how PAS is going to fight for Islam anymore.
    PR is losing Malays support substantially. Their greed in getting as much Chinese, and Indian support as much as possible while neglecting the Malays, and even to certain extent insult the Malays, letting DAP insult Islam.
    Meanwhile Anwar is seen to be in favor of the US, and Nik Aziz even went and greet Lee Kuan Yew in a meeting in his office.
    They have forgotten, the majority that has been supporting them all these while. They forgot who made them successful. This will continue if they ( PR ) still refuse to see their mistakes.
    And UMNO has shown that they do, at least ‘a little‘ bit stood for the Malays, that has changed much views on UMNO. Together with the issue with the Indian, this has formed a very strong force that demonstrate its prowess swiftly.
    Soon, even Perak would fall. My state, and this trend will continue in Kedah too.

  22. KEMENANGAN UMNO DI BAGAN PINANG BUKANLAH PETANDA KEBANGKITAN UMNO TETAPI IA TIDAK UBAH SEPERTI NASIB PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA. SUATU KETIKA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DILIHAT KEMBALI BANGKIT APABILA MENANG DALAM PESTA BOLA MERDEKA TAHUN 2007 JURULATIHNYA BEGITU DIPUJI MALANGNYA TAHUN BERIKUTNYA(2008) KECUNDANG SEMULA, DAN KECUNDANG LAGI PADA 2009 SEHINGGALAH JURULATIHNYA DIPECAT. BEGINILAH NASIB YANG AKAN MENIMPA UMNO APABILA MENANG PEMIMPINNYA BEGITU DISANJUNG TETAPI APABILA KALAH PEMIMPINNYA TIDAK PULA DIPECAT DARI UMNO WALAUPUN RASUAH….TERUSKANLAH BUDAYA SEBEGITU UMNO…TERUSKANLAH BUDAYA RASUAH YE…

  23. Assalamualaikum WBT kepada Tun berdua,
    Izinkan saya menekankan sedikit ketidakpuasan hati, Tun,
    1. Mengapa UMNO masih mengangkat orang yang mengamalkan rasuah ?
    Apakah ini saja jalan yang ada kerana terlalu terdesak?
    2. Dengan mencalonkan Tan Sri Isa Samad, hanya menunjukkan betapa terdesaknya UMNO dan Barisan Nasional untuk memenangi hati rakyat.
    3. Buanglah orang-orang yang mengamalkan rasuah ini dari dalam UMNO.
    4. Bersihkanlah UMNO. Memang kerja ini menuntut pengorbanan yang tinggi.
    5. Tetapi fikirlah, Isa memang sudah dijangka kemenangannya.
    Tiada apa lagi yang menarik setelah mengetahui keputusan pilihanraya hari itu.
    6. Fikirlah untuk masa depan UMNO dan negara. Sokongan rakyat tidak akan berbelah bagi jika UMNO (atau apa saja parti) bijak menyusun strategi demi masa hadapan yang lebih gemilang.
    7. Mungkin amalan rasuah terus menjadi amalan sebati di dalam UMNO.
    Maafkan saya Tun, hanya luahan rasa seorang rakyat.

  24. HIDUP RASUAH!!!
    Kemenangan BN di Bagan Pinang mengajar kepada generasi muda bahawa Rasuah adalah cara hidup rakyat negara ini…

  25. Assalam alaikum
    Tun Dr. M dan seluruh warga chedet yang dihormati.
    Sudah tujuh pilihan raya kecil Umno/BN kalah. Mungkin ini boleh dianggap sebagai petanda malapetaka sebelum PRU13 menjelang.
    Bagi politikus tulen (bukannya politikus yang menikus), kemenangan yang dicapai oleh Tan Sri. Isa Samad hanyalah kemenangan biasa dan bukannya kemenangan “mengejut.” Isa Samad boleh disifatkan sebagai “menang besar” sekiranya beliau menyapu bersih keseluruhan undi (tidak termasuk undi rosak) di Bagan Pinang.
    Saya kecewa dengan pencalonan Isa Samad di Bagan Pinang. Saya tidak rela orang yang korup menjadi pemimpin. Tetapi ada kemungkinan pmilihannya sebagai calon disebabkan oleh akuan sokongan rakyat terhdapanya yang mana akan memberi “token” kepada Umno/BN.
    Isa Samad telah dibuktikan bersalah kerana terlibat dengan perkara yang menikus. Mungkin juga beliau sudah taubat dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan silam walaupun Dato Seri Najib melantik beliau sebagai Menteri Kewangan.
    Boleh jadi rakyat yang memberi akuan sokongan terhadapnya di Bagan Pinang lupa kepada “penikusan” Isa Samad sewaktu beliau beradada di persada puncak kuasa. Mungkin oleh kerana lupa itu, rakyat berpandangan dengan memilih Isa Samad, rakyat selamat dan sihat walafiat. Boleh jadi juga Isa Samad seperti “penjenayah yang sudah taubat.” Jika demikian eloklah
    Untuk menolong rakyat, wakil rakyat perlu bersih dari segala bentuk kotoran (rasuah, salahguna kuasa, dan sbgnya). Tiada guna kita menolong orang (rakyat) seandainya kita sendiri “kotor” walaupun kita berniat baik. Sekiranya demikian, dapat diandaikan bahawa kita menolong orang (rakyat) melalui kekotoran atau dengan cara kekotoran. Seseorang yang berintegriti pastinya tidak akan merompak atau menerima rasuah atau merasuah untuk menolong sanak saudaranya atau rakan handainya yang “malas” ke arah pemajuan diri. Menolong rakyat dengan melakukan kekotoran (rasuah dan sbgnya)akan mengotori rakyat. Apabila rakyat “rosak” dengan kekotoran ini maka bencana akan membahana. Islam menggalakkan supaya kebersihan diutamakan. Kebersihan hendaklah digunakan untuk melakukan kebaikan.
    Lihatlah anak-anak pemakan rasuah? lihatlah sanak saudara dan rakan taulan pelaku pecah amanah? Apa terjadi kepada mereka. Mereka di tolong dengan hasil mahsul kekotoran (rasuah dan sbgnya)akhirnya apa jadi? Binasa!!!
    Komrad marilah kita semua sentiasa meminta kepada Allah SWT supaya pemimpin dan bakal pemimpin kita sentiasa bersih hati dan sentiasa taubat agar kepimpinan mereka membawa berkat kepada rakyat. Apabila rakyat mendapat berkat dari kepimpinan yang bersih dan sentiasa taubat negara akan mendapat rahmat.
    Wassalam

  26. Dear Tun,
    Harap-harap BN janganlah terlalu ghairah dengan kemenangan yang diperolehi di Bagan Pinang kerana ianya boleh mengundang kemudaratan seperti apa yang telah berlaku pada pilihan raya lepas.

  27. salam Tun,
    Kemenangan bergaya Isa Samad hanya akan membuka lebih banyak persoalan di fikiran rakyat tentang kesungguhan BN dalam menangani masalah rasuah. Isa sepatutnya terlebih dahulu memikirkan kesan jangka panjang terhadap UMNO tanpa memikirkan kepentingan diri. Tandus sangatkah UMNO dalam mencari calon? Sepatutnya Isa membuka laluan untuk orang yang lebih ‘bersih’ untuk menjadi calon dan menyokong calon itu. Hari ini, di Perhimpunan Agung Umno , Bagan Pinang disebut2 sebagai bukti rakyat menerima BN, tapi perlu diingatkan Bagan PInang bukanlah contoh terbaik untuk penerimaan BN. Ianya memang kubu kuat BN sekian lama. UMNO tidak bersungguh-sungguh menangani rasuah, dan tidak ada hak untuk bercakap tentang ‘GLOKAL’ atau ‘TERBILANG’ kerana tidak akan ke mana ‘GLOKAL’ atau ‘TERBILANG’ nya orang melayu jika pemimpin yang di atas TIDAK BERSIH dan BERAMANAH.

  28. tun, semoga kemenangan ini tidak membuat BN khususnya UMNO leka dan lupa hakikat sebenar bahawa masih terlalu banyak yg perlu pemimpin kerajaan dan parti lakukan untuk menarik kembali sokongan rakyat percaya kepada kerajaan BN. sybas kepada semua jentera BN di Bagan Pinang!!!

  29. Salam Bahagia dan sejahtera untuk Tun,
    Saya jangka ramai yang menaruh rasa bimbang dan sangsi apabila UMNO/BN memilih Tan Sri Isa Samad menjadi calon bagi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Port Dickson yang mewakili Barisan Nasional kerana beliau pernah diambil tindakan oleh Badan disiplin UMNO atas sebab salah laku (melanggar etika parti) semasa pemilihan jawatan parti UMNO. Namun demikian apabila beliau (YB Tan Sri Isa Samad)diumumkan menang besar mengalahkan calon Pas, saya percaya ramai juga yang terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti pengundi dikawasan Bagan Pinang. Saya bersetuju dengan pandangan Tun supaya UMNO/BN membuat post motem terhadap keputusan yang telah dibuat oleh majoriti pengundi (menyokong UMNO/BN) di bagan Pinang. Hasil post motem mungkin boleh dijadikan satu pengajaran dan garis panduan bagi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang.
    Saya berpendapat YB Tan Sri Isa Samad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dalam tempoh yang lama, telah banyak menyumbang kepada pembangunan negeri dan rakyat Negeri Sembilan menjadi diantara faktur yang memberikan kemenagan kepada beliau yang mewakili Barisan Nasional. Disamping itu faktur penerimaan rakyat terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang baru dengan memperkenalkan berbagai gagasan diantaranya yang terserlah dan diterima baik oleh rakyat ialah gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
    Selain daripada itu perubahan dan pendekatan baru yang mula diamalkan oleh kepimpinan UMNO/BN juga menyumbang kepada sokongan rakyat terhadap UMNO/BN. Namun demikian UMNO/BN janganlah terlalu ghairah dengan kemenangan besar di Bagan Pinang,kerana dengan satu kemenangan yang diluar jangka masih belum boleh dianggap suatu keputusan yang boleh memberi jaminan mutlak bahawa UMNO/BN akan memperoleh kemenangan seterusnya dalam mana-mana pilihanraya di masa-masa akan datang. Faktur calon, suasana, keadaan dan keperluan sesuatu kawasan amat perlu diambil perhatian. Suasa dan kehendak rakyat sesuatu kawasan pilihanraya mungkin berbeza dengan kawasan pilihanraya yang lain.
    Walau apapun bagi rakyat yang berfikiran waras yang benar-benar cintakan keamanan, keharmonian hidup, pembanguan demi kesejahteraan hidup sudah seharusnya mengekalkan keyakinan dan menyokong terus kepimpinan UMNO/BN terus menerajui kepimpinan dan tadbir urus Negara. UMNO sebagai tunjang/tulang belakang Barisan Nasional yang dianggotai oleh parti-parti komponen yang lain, yang mempunyai hala tuju yang jelas, malah telah terbukti berjaya membangunkan Negara Malaysia ke mercu kejayaan. Malaysia terkenal dipersada dunia oleh daya usaha Yg Bhg Tun semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia ke empat. Mudah-mudahan Wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Yg Bhg Tun akan menjadi kenyataan dengan kepimpinan UMNO/BN yang berwadah dan berwajah baru. Biarkanlah parti-parti pembangkang sibuk dan kalut dengan retorik politik mereka dalam mencari sokongan rakyat. Kerana sudah terbukti jelas bahawa pakatan pembangkang (DAP, Pas dan PKR)tidak berjaya dalam mentadbir urus Negeri-Negeri yang dibawah penguasaan mereka. Renung-renungkanlah demi kepentingan dan kesejahteraan anak bangsa rakyat Malaysia.
    Sekian, wassalam.

  30. As’kum,
    Apa yang dilihat dari keputusan PRK N31 ini adalah rata-rata pengundi menyatakan bahawa kes rasuah itu sememangnya menjadi isu panas yang mencemarkan rekod calon BN iaitu Tan Sri Isa (TSI) tetapi sikap beliau yang tidak melatah seperti keluar dari UMNO dan masih setia pada parti serta sanggup turun padang membantu parti didalam segala segi adalah menjadi sebab masih ramai yang menyokong beliau.
    Selain itu, khidmat yang masih diteruskan dengan masyarakat setempat mampu menjalinkan suasana hubungan erat dan sikap ini patut dicontohi oleh setiap pemimpin atau wakil rakyat yang dipilih tidak kira samada BN atau PR. Bagi calon Pas pula, beliau tidak pernah mempunyai rekod hubungan dengan masyarakat setempat sebelum ini. Ditambah pula, ahli Pas Bagan Pinang sebelum ini terlalu sombong sehinggakan tidak bercampur dengan masyarakat bagi menarik hati untuk mengundi mereka walaupun didalam aktiviti keagamaan. Mereka lebih senang dengan program yang dianjurkan oleh mereka sendiri.
    Ini menjadi iktibar kepada semua, walaupun apa kesalahan yang pernah terjadi sebelum ini. Kesalahan boleh dan telah dihukum tetapi ianya juga dilihat dari bentuk kesalahan yang dibuat. Penagih dadah pun kita meminta masyarakat menerima mereka semula sebagai sebahagian daripada komuniti. Jangan kita pulaukan mereka. Seperti Tun menghadiri konsert Jamal, ia menampakkan sokongan Tun sendiri. Di dalam kes ini, masyarakat melihat ianya bukan dilakukan oleh TSI sendiri tetapi pelobi-pelobi beliau. Seperti juga yang terjadi kepada Ketua Menteri Melaka didalam pemilihan MT UMNO baru-baru ini. Apa pun dari pencalonan sehingga pengundian, masyarakat setempat telah memilih TSI. Diharap selepas ini, ianya menjadi pengajaran kepada TSI diatas perkara yang pernah terjadi kepada beliau dan kepada pemimpin yang lain.
    Dan N31 DUN Bagan Pinang sendiri sememangnya tahu keputusan pemilihan calon ini adalah betul dan saya sendiri juga pengundi di sini.
    Wasalam

  31. Salam Tun,
    Kali pertama saya menulis di sini. Saya tertarik dengan kemenangan BN di Bagan Pinang. Secara peribadi saya melihat kemenangan ini sebagai satu CABARAN sebenarnya kepada BN. Cabaran yang saya maksudkan ialah bagaimana untuk menjadi lebih KEBAL,KUAT dan TIDAK MENINGGI DIRI. Kita harus mengambil iktibar apa yang telah berlaku dalam situasi politik di Jepun baru-baru ini. Bagan Pinang seharusnya tidak menjadikan BN cepat puas hati atau sudah mendabik dada mengatakan bahawa BN lah yang menjadi pilihan rakyat. Kemenangan ini hanya bersifat sementara. Banyak lagi KEMENANGAN lain yang harus dicapai oleh BN. Kemenangan untuk terus mencuri hati rakyat seharusnya menjadi agenda utama kini. Konsistensi dalam gelombang perjuangan membela nasib rakyat perlu diutamakan. BN tidak seharusnya menang dalam gelanggang sendiri. Rakyat sentiasa memerhati gelagat dan senario pemimpin-pemimpin tertinggi. Silap langkah dan percaturan BN akan terus hanyut. Kini MCA menjadi cabaran BN. Bukan bermaksud untuk campur tangan tapi buat lah sesuatu supaya masyarakat yang SATU itu tidak berpaling ke gelanggang yang lain. Lupakanlah pesta kemenangan di Bagan Pinang itu sekarang. Ada misi lain yang lebih penting untuk diselesaikan….

  32. Tun,
    Saya berpandangan kemenangan BN di Bagan Pinang adalah disebabkan beberapa faktor iaitu faktor tempatan dan kegagalan PAS dalam PR.
    a) Faktor tempatan adalah faktor calon itu sendiri yang mana telah lama bertapak di Bagan Pinang dan jangkamasa beliau menjadi Menteri Besar selama 20 tahun sudah tentu ada kesan samada secara langsung atau tidak langsung.
    b) Kegagalan PAS berperanan dalam PR
    Saya dan keluarga merupakan pengundi PR semasa pilihanraya yang ke-12 yang lalu. Kami mengundi PR diperingkat negeri dan BN diperingkat persekutuan. Sebagai makluman kami bukanlah penyokong tegar mana-mana parti dan kami boleh dikategorikan sebagai pengundi kontemporari. Kumpulan pengundi seperti kami sebenarnya ramai.
    PAS, kami harapkan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh UMNO untuk membela kepentingan orang Melayu di negara ini. Tetapi dinegeri seperti Selangor dan Perak(dulunya) PAS gagal berbuat demikian. DAP terus mendominasi dengan menjaga kepentingan kaumnya dengan keras dan tegas walaupun DAP melaung-laungkan mereka bukan parti perkauman, tetapi tingkah laku dan tindakan mereka tidak demikian. Ini ditambah pula dengan kepimpinan PKR Selangor yang amat lemah dan amat patuh atas segala arahan DAP.
    PAS sebenarnya menghadapi dilema; dikaca mata pengikut DAP, PAS melalui Dato’ Hassan Ali dianggap pengacau kerana sudah mula pandai geleng-geleng kepala, walaupun kelakuan Dato Hassan ini amat dimarahi oleh pengikut setia DAP dalam PAS iaitu Khalid Samad. Di portal Malaysia Today, pengikut DAP asyik mencaci PAS kerana berani mengelengkan kepala kepada mereka. Tun, ini menyebabkan saya dan keluarga tiada pilihan dan balik semula kepada BN. Sekurang-kurangnya kita sama-sama saling hormat menghormati disini.

  33. Assalamualaikum!
    Salam Sejetra kepada Yang Bhg Tun dan ucapan tahnia kepada Tan Sri Isa Samad di atas kemenangan BN di Bagan Pinang. Kemenangan Tan Sri memang saya dah jangkakan cuma tidak menyangka ia mendapat majoriti yang begitu besar. Saya bersetuju dengan Tun siapa pun di letakan di situ akan menang kerana ia adalah kawasan BN cuma mungkin majoritinya tidaklah sebesar apa yang di perolehi oleh Tan Sri Samad ( TSS ). Pemilihan TSS sebagai calon adalah atas kehendak majoriti penduduk kawasan selaras dengan cogan kata I Malaysia Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan. Pemilihan TSS adalah untuk memdahulukan kehendak rakyat manakala majoriti besar kemenangan TSS adalah untuk pemcapaian di utamakan.
    Kemenangan TSS, Tun saya berpendapatan adalah percubaan yang berjaya yang pernah di lakukan oleh UMNO dengan meletakan calon yang pernah di sabitkan dengan rasuah wang dan telah melalui proses hukuman.Maknanya tindakan UMNO untuk menghukum para pemimpinnya dan ahlinya yang pernah tersabit dengan rasuah tidak bermakna ia bertujuan untuk mengkuburkan kareer politik mereka,tetapi ia untuk menyedarkan mereka bahawa apa yg mereka buat adalah tidak betul dan perlu di hukum. Bila sudah menjalankan hukuman mereka seperti budak yang baru lahir bersih daripada segala-galanya. Sebagai contoh TSS bolehlah di sifat sudah berjaya menjalani hukuman dan harus terus waspada dalam kareer politik beliau seterusnya. Kita tidak hairan jika kita lihat TSS akan berada di puncak satu hari nanti. Kalau kita lihat sejarah beberapa ulama utama Islam ada yang dahulunya memeliki sifat2 yang kurang baik tetapi bila sudah sedar dan di beri petunjuk oleh Allah ia jadi ulama yang masyur dalam sejarah ketamaddun islam.
    Tindakan UMNO untuk membenteras gejala rasuah wang dalam UMNO hendaklah di teruskan untuk memastikan pewaris kepimpinan UMNO yang juga akhirnya jadi pemimpim negara adalah mereka-mereka yang benar-benar bersih dan di bersihkan dari segala-galanya. Mereka ini akan memegang amanah pada diri sendiri,pada rakyat dan yang paling penting pada Allah yang mengangkat mereka jadi pemimpin.
    Satu yang saya ingin tegus Tun, saya rasa UMNO perlu jangan terlalu terbuka bagi hal-hal yang hasil keterbukaan mereka itu akan menghambat mereka balik, dan kritik mengkritik antara pemimpin dan sesama pemimpin dan ahli UMNO kalau boleh usah di buat secara terbuka kerana ia akan di gunakan oleh pihak lawan UMNO dalam pilihanraya.
    Tun, UMNO dan BN tidak boleh bersorak dengan kemenangan di Bagan Pinang ( BP ), BN terutamanya UMNO harus bergerak terus untuk memenangi rakyat untuk menyokong mereka sehingga ke hari pembuangan undi di PRU ke 13.UMNO perlu berkerja keras untuk menarik balik 100% sokongan Melayu di untuk mengundi UMNO, UMNO kena jaga hati orang Melayu di samping jaga kaum-kaum lain. Sejarah telah menunjukan kekalahan sesebuah parti politik ada di sebabkan oleh kelemahan parti politik itu sendiri dan yang mengalakan parti itu ialah orang2 parti itu juga.
    Saya belum ada lagi sebelum merdeka,jadi saya tak tahu bagai mana bangsa Melayu wujud di Malaysia.tetapi secara logik bangsa Melayu ini wujud untuk menyatu padukan suku2 melayu yang terdiri daripada jawa,banjar,bugis, minang,bajau,suluk,sungai,brunei sabah dan lain-lain. Saya berpendapat ia harus di pertahankan, kalau ada tanda-tanda untuk membangkit semangat ke sukuan ini harus di hentikan kerana ia akan merosakan perpaduan bangsa melayu sendiri.
    Itu sahaja komen saya Tun untuk kali ini,kalau ada yang tidak baik itu saya mohon maaf.

  34. Selamat Petang TUN,
    Keputusan Pilihanraya Kecil bahagian Bagan Pinang adalah sungguh
    menakjubkan.Keputusan ini menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti telah dijinakkan dengan rasuah.Kredabiliti seseorang politik yang bersih,cekap dan amanah sudah tidak payah digunakan lagi dalam parti UMNO.Saya mengharapkan calon UMNO(ISA) akan kalah dalam pilihanraya tersebut,tetapi jelas saya tersasar jangkaan saya.
    Yang mengagumkan lagi ialah majoriti kemenangan yang diperolehi oleh ISA menunjukkan yang beliau masih mempunyai sokongan dikalangan ahli UMNO sendiri.Jelas sekali keputusan ini menunjukkan bahawa UMNO sudah diracuni oleh rasuah dan sudah tidak relevan untuk manjaga kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaysia.
    Now Playing : Machine Head – Halo

  35. Tan Sri Isa won most probably due to active partipation of all the BN members during the election and resolving of case arise during Pak Lah tenure as PM. Issues handled with intelligence and strictness under Dato Najib (and his subordinates) watchful eyes were magnificent. All stupid accusation and lies PKR/PAS/DAP throw were quickly answered in a dignify and easily understandable. The candidate issue play a minor part in this winning triumph. Congatulation to Dato Najib, Tan Sri Muhyiddin, Dato Sri Hishamuddin and all the UMNO members who actively helped the effort. Not forgetting the BN parties members as well as the Bagan Pinang voters. Long live BN and UMNO.

  36. Salam Tun. I read about your recent interview which was published in The Star (dated 13 Oct ’09). It was very interesting interview and I see that your vision remain unchanged from the first time I heard it over 15 years ago. My prayers will always be with you.
    About Bagan Pinang, I am happy that BN won even with Isa being the chosen one. But BN must also look the whole scenario from the voter’s point of view. This way we can have a greater chance in winning in next general election.
    About MCA, I don’t know what the delegates were thinking (or do they really think) by voting their very own President out. It’s really absurd !!. I am sorry for Dr Chua who is putting the party’s interest last. As one says, if I go down I will drag the whole team down with me. Only then I will satisfy. Dr Chua could have wisely step back and let MC move forward.
    About MIC, Samy is cheating all of us again. Malay used to say “Esok lusa.. lama lama lupa”. It’s good that Najib has officiate the formation of Makkal Sakhti. I sincerely hope it will bring back the Indian support for BN.
    Remember, it’s not BN,MIC or MCA is corrupted. It’s the leaders and members who are ruin it. Last but not least, “Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar”

  37. Salam Tun,
    1) Isa menang, Samy Vellu kata ini semua orang India punya hal, orang lain tak sebut pun kaum mana yang sokong Isa.
    2) Majoriti melebihi 5 ribu, pengundi India ada 2 ribu lebih sahaja. Yang lain bukan orang, dia ingat hantu ke apa.
    3) Samy Vellu sudah tidak releven, ini 1Malaysia punya fenomena dia masih duk cakap pasal kaum India saja….. Piiirah
    4) Selagi dia tidak berubah selagi itu 15 kerusi parlimen MIC akan tetap ditangan lawan kecuali 1. Yang menentukannya bukan orang India saja.
    5) Tun, saya lega kerana anda salah, mungkin sebab serangan awal Tun membuatkan BN berkerja kuat dan Pakatan terlalu angkuh.
    6) Isa, tahniah dan jangan lupa amanah rakyat.
    Wassalam

  38. Dear Tun,
    Selamat petang.
    Though I disagree on being represented by morally or legally corrupt candidates… the people have spoken.
    We have to respect democracy, or there will be endless protests.
    What we can complain about is only poor check and balances, fraudulent systems and transparency.
    So here when it’s transparent that a candidate has a record of being corrupt…. and if the majority chooses the candidate…. we must also respect that… it’s their home ground, their choice.
    Have a good day and relax.

  39. Assalamualaikum Tun,
    Jangan pula ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi Menteri Kewangan.- tersembur kopi time baca ni.
    Yang menang tetap menang , rakyat pilih .
    Pada sebalik itu terfikir pulak kena Beliau disingkirkan dahulu.
    Bekas – bekas dahulu calitnya masih ada garis . “Mindset si Kitol” . Alahai Airport no.2 punya pasak .

  40. Salam Tun
    Betul tue Tun, nampaknya pengaruh calon di sini lebih kuat dari pengaruh parti…tapi macam biasalah puak2 Perosak Rakyat (PR) sentiasa tidak mengaku kalah dengan mengandai2kan bukan2..kalau menang…diaorang dengan bangga mengatakan mereka hebat..rakyat nak perubahan..tapi diaorang mana ada berubah pun Tun..setakat berubah dari perangai yang tak suka mengata kepada suka menyebarkan fitnah..nista dan bukan2…lihatlah berapa banyak blog yang kerjanya menyebarkan fitnah jer oleh pihak2 pembangkang..
    Diaorang nie tak reti memerintah..reti membangkang jer..bila membangkang memanglah senang..tapi bila memerintah..nie yang terjadi di kedah, penang, selangor dan paling teruk di perak…teruk betul…tak masuk lagi kat kelantan lagi..
    Memang perlu satu kajian mendalam berkaitan dengan kemenangan ISA..pada pengamatan saya..ISA ini jenis politik kekampungan jadi orang suka..bukan sesetengah pemimpin politik..berlagak sungguh…sapa nak undi orang jenis berlagak..
    Anggapan mengatakan BN akan kalah lebih teruk lagi lepas mengalami kemenangan di bagan pinang merupakan pandangan yang cukup dangkal..sekarang rakyat dah lihat apa yang pembangkang buat..macambiasalahhh perosak rakyat so kerjanya hanya membuatkan haru biru negara…jadi selepas 18 lebih berasa selesa dengan kemenangan di beberapa buah negeri..pembangkang baru nampak buku dan ruas..lagi satu sebelum ini pembangkang semuanya menang kat kawasan sendiri..terutama kawasan Anwar Ibrahim..so sentimen Anwar nie cukup kuat kat kawasan sendiri..jadi dikategorikan jaguh kampung jugak laa..tapi Perosak Rakyat nie canang satu Malaysia kononnya rakyat dah mula menyokong mereka..cakap besar betul!!!
    Kecuali kat kuala terengganu..BN silap pilih calon..kerana calon tue langsung tak popular..meskipun dia orang kuat Pak Lah sebelum ini..
    ISA sapa yang tak kenal dia?Semua orang tau dia jenis ramah tamah dan buat keje dan bukan jenis cepat melatah bila diambil tindakan..jadi rakyat memerhati semua nie..
    Jadi persaingan lepas nie akan diramal lebih sengit lagi kerana BN akan bangkit dengan lebih kuat lagi dan pembangkang masih bermain2 dengan isu2 lama yang lapuk dan mengambarkan ketandusan idea..sepatutnya Perosak Rakyat nie patut tunjukkan teladan baik2 dengan memerintah negeri2 di bawah kuasa mereka sekarang..tapi diaorang tak pandai ambil peluang nie..hanya tau canang seluruh Malaysia dengan fitnah nista..
    Jadi rakyat dah mula meluat muak dan nak termuntah dengan perangai2 ahli2 politik Perosak Rakyat nie..come on laa awak tue dah jadi pemerintah..jadi berlagaklaa pemerintah..bukannya asyik membangkang dan bagi idea2 yang bukan2..
    Adakah gabungan DAP+PAS+PKR akan lama???Rasa2nya tak lama lagi berkubur laa..dulu jangka BN akan berkubur tapi sekrang nie..apa yang dicanang boleh memakan diri sendiri..lain kali jangan berlagak sangat ..lu pikiaq sendiri laa!!!

  41. Salam Tun
    Saya berharap Isa betul-betul bertaubat nasuha jikalau betul tuduhan rasuah atasnya dulu. Allah SWT sentiasa memberi kita peluang untuk ‘turn over a new leaf’. Namun demikian, kita kena juga berhati-hati memilih pemimpin. Ada saya dengar hadis bahawa jika rakyat mengangkat pemimpin fasik, maka binasalah mereka. Tetapi jika mereka mengangkat pemimpin beriman, maka akan selamat dan juga diberkati dan dirahmati.
    Entah kenapa, saya tidak dapat elak daripada berfikir bahawa pemberi rasuah besar kemungkinan akan menjadi popular daripada seseorang pemimpin yang bertitik peluh dengan ikhlas dan berkorban untuk membawa kebaikan kepada rakyat. Sebagai contoh kalau kita diberi RM10,000 untuk memangkah seseorang, adakah kita akan menerima? Kalau kita diberi RM10,000 oleh seseorang, adakah orang itu akan secara otomatis menjadi ‘best friend’ kita dan kita banyak ‘gelak ketawa’ bersamanya ?
    In the end, it is the heart and sincerity and akhlak of each and every individual rakyat in the community that counts. If everyone has hati yg ikhlas dan tahu prinsip, mereka sepatutnya menolak pemimpin yg beri rasuah sebanyak RM10,000 itu walaupun terpaksa berhadapan dengan kerumitan dan kesusahan dan pengorbanan utk membina kawasan daerah masing-masing. Doing things the right way is not easy and it is easy to fall into the trap of corruption for quick and easy money for an easy life. Not everyone can resist this temptation. Only one with strong iman, strong heart, strong discipline can resist corruption. Take heed, all chedet readers!

  42. mmg benar kata tun ‘melayu mudah lupa’
    mcmana lah `si gura-gura’ ni boleh menang di bagan pinang sedangkan
    beliau telah disabitkan pengamal rasuah yg nyata dan isu babi.
    bagaimana la tun sebagai mantan PM boleh gembira dgn calon bermasalah
    ini.

  43. You rightly said that BN would have won if it fielded any other candidate. Maybe the majority is less but win nevertheless. Who wants to have PAS in NS? They have almost zero contribution to the state. Furthermore, PAS is strong at places where there are many migrants from the northern states and east coast states – in PD besides armed forces, a lot of people are ‘local’.
    There could have been 1001 factors leading to the thumping win but let’s not look into that yet, until a proper study is made, as you suggested.
    To field Isa is a big risk to BN. True enough, everyone makes mistakes and deserves a second chance. However, given BN weak popular rating at the moment (just lucky enough PR is worse at the moment), Umno has to prove much,much more that it wants to clean up its house from money politics. Isa has to do extraordinary contribution to the state to clean up his name and for the good of Umno, if he’s sincere of fighting for Umno’s cause.
    But Tun, that’s politics. You scratched my back before. I’m scratching your back now in return for your favours.. Or maybe in NS the Malays have strong suppport for Isa. Given the numbers of ‘successful’ Malays in NS during Isa era, I’m quite impressed with the support. Anyhow, hope for a new, better Isa and a stronger Umno..
    At the end of the day, I just wish that, for the sake of Malays and Malaysia, whoever wins in elections have the same agenda (only strategies different): to strengthen the Malays specifically both in wealth and spiritual, and to strengthen Malaysia hence peace and stability, generally.

  44. Salam TUN,
    Saya masih berpendapat, UMNO sepatutnya memberi tumpuan kepada pemulihan image UMNO dgn meletak calon yg bersih dan berwibawa untuk mendapat kepastian.Vote for BN not person!
    Jika kalah maka kita tahu……..ahli UMNO masih gemar kpd yg tidak digemari. Jika menang maka UMNO telah beransur pulih.
    Dengan kenyataan DSNajib yg memberi alasan bahawa DSAI pun korup dgn berbagai kesalahan dan masih dipilih….maka sudah hancurlah maksud perjuangan untuk membersihkan UMNO.
    Remember, 2 wrongs do not make 1 right!
    Andainya kemenangan di perolehi walau with simple majority, ia lebih bermakna dari 5000 kelebihan.
    With that I pressume PM has killed his own cause!

  45. Ayahanda Tun,
    Lama saya tidak mengutus dalam blog tapi sentiasa membuka blog untuk membaca komen Ayahanda.
    Saya setuju dengan pendapat apanama, mungkin ada jasabaik TS Isa yang membuka pintu hati rakyat untuk mengundi beliau. Harap kesilapan yang beliau pernah buat tidak diulang kembali kerana ini akan menjahanamkan orang melayu sendiri. Tapi jika perkara seperti itu berlaku lagi, Insyaallah rakyat akan nampak juga tak perlu disembunyikan.
    Saya harap Ayahanda Tun akan terus memberi teguran dan komen selagi hayat dikandung badan kerana kami amat menghormati Tun. Walaupun pihak lawan memburukkan Ayahanda Tun, tapi sebenarnya mereka juga hormat akan Ayahanda. Teruskanlah berjuang kerana Allah akan sentiasa melihat segala perbuatan manusia samada baik atau buruk. Semoga Allah sentiasa bersama dengan Ayahanda Tun setiap saat.
    Wassalam,

  46. Salam Tun,
    Tahniah pada UMNO khususnya dan BN amnya kerana telah berjaya memenangi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 110 %.
    Walau apa sekalipun, perlu la dibuat kajian yg mendalam ttg kejayaan ini, jgn la bila kalah shj baru nak buat post mortem.

  47. Dear Tun ,
    Selain daripada BN memenangi pilihan raya bagan pinang satu lagi pemerhatian yang perlu di beri perhatian ialah kenapa setiap kali pilihan raya orang melayu sering kali melebih-lebih memberi sokongan sehingga tercetusnya pergaduhan.saya sebagai orang melayu sedih setiap kali melihat bangsa sendiri dicerca dan di maki hamun secara berlebihan oleh bangsa sendiri setiap kali pilihan raya.Keadaan begini semakin menjadi-jadi terutamanya selepas TSUNAMI politik.Kalau TUN lihat semasa demonstrasi MANSUH ISA dan PPSMI hampir kesemua penyokong yang bertindak liar adalah dari golongan orang melayu.
    KENAPA BOLEH JADI MCM NI?
    ADAKAH INI MENUNJUKKAN YANG PEMIKIRAN POLITIK ORANG MELAYU TIDAK SEMATANG PEMIKIRAN POLITIK ORANG BUKAN MELAYU?
    ADAKAH PERKARA2 SEBEGINI TERJADI SEWAKTU ZAMAN AWAL PARTI POLITIK DI MALAYSIA ATAU ADAKAH PADA PEMERHATIAN TUN BENDA2 MCM NI BUDAYA BARU POLITIK MALAYSIA?
    SELAIN DARIPADA POPULARITY DAN KREDIBILITI CALON PILIHANRAYA SATU LAGI ASPEK YANG PERLU DITONJOLKAN IALAH DISIPLIN DAN KEMATANGAN PENYOKONG.JIKA DAPAT DI TONJOLKAN PENYOKONG2 BN BEGINI SAYA PASTI DI SAAT AKHIR SEBELUM PENGUNDIAN PENGUNDI2 ATAS PAGAR AKAN DAPAT MENILAI DAN MUNGKIN AKAN BERKATA ” CALON YANG BERTANDING DI DOKONG OLEH PENYOKONG YANG BERKELAKUAN SEPERTI MONYET DAN SAMSENG,KALAU PENYOKONG PUN DAH MCM MONYET , KETUA DIA MESTI MCM BAPAK MONYET”
    Mungkin betul seperti apa yg TUN pernah cakap , rasanya rakyat malaysia berbilang bangsa akan dapat hidup lebih aman jika tiada pemimpin politik.

  48. Assalamualaikum Tun
    Tan Sri ISA menang mungkin disebabkan beberapa faktor terutamanya sifat peribadi beliau yang ramah dan jasa jasa beliau. Budi baik beliau masih lagi dikenang. Melayu kampong masih lagi tahu berbudi dan membalas budi. Hanya yang terbawa bawa dengan amalan barat kononnya lebih bertamadun yang tak tahu menilai budi seseorang. Walau bagaimana pun amalan rasuah yang pernah dilakukan tidak boleh diterima dan sebenarnya perkara yang merosakkan UMNO adalah rasuah. Budi UMNO terlalu besar untuk orang melayu, tetapi amalan rasuah yang menjadi nila. Faktor kedua mungkin memperlihatkan kitaran sejarah gabungan PUTERA dengan AMCJA di antara PAS dengan DAP. Disebabkan matlamat yang berbeza gabungan ini tidak akan kekal dan bukannya pilihan sebenar untuk meneraju negara. Untuk beberapa pilihanraya lepas rakyat mengundi berlandaskan emosi bukannya mengikut sejarah perkiraan dan percaturan politik sejak polisi densentralisasi 1923 sehingga sekarang. Jika perkiraan tersebut dibuat rakyat akan nampak jelas siapa DAP dan Lee Kuang Yew PAP, adik beradik ataupun saudara mara. Begitu juga dengan tindakan Lee membebas angota komunis selepas berkuasa dan nasib melayu singapore.
    Secara ringkas, nutshell, macamlah yang Tun cakap MELAYU MUDAH LUPA, tepat sekali

  49. salam. Sudah tiba masanya orang melayu muhasabah diri dan bersatu padu untuk kemajuan mereka sendiri. Jika pemimpin asyik bercakar jangan harap rakyat akan bersatu padu. Banyak benda lain yang perlu difikirkan selain dari memikirkan kuasa sahaja. contohnya masalah sosial dan masalah pendatang asing yang tidak pernah selesai. Saya cukup bersyukur dengan keadaan di negara kita sekarang walaupun banyak orang kata pemimpin ada rasuah sana sini tapi selagi saya dan keluarga masih boleh tidur dengan nyenyak setiap malam dan mencari rezeki dengan aman, saya tetap akan menyokong the government today. Dosa itu biarlah antara mereka dengan Tuhan kerana Tuhan lebih tahu. Namun dalam masa yang sama, pembangkang yang kuat masih perlu kerana ia akan bertindak sebagai check and balance kepada kerajaan. Pemimpin BN harus sentiasa muhasabah diri, kalau buat silap cepat2 perbetulkan, jangan sampai rakyat naik muak. Tahniah kepada BN atas kemenangan….

  50. Assalamualaikum Ayahenda Tun,
    Kita bersyukur, akhirnya BN menang dalam pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia. Kemenangan ini memang sudah dijangka, tetapi tidak ramai yang menjangka satu kemenangan yang besar.
    Bagi saya ada dua faktor penting yang menyumbang kearah kemenangan ini.
    Pertama faktor calon yang membuktikan seorang bekas wakil rakyat yang banyak berbakti dalam kawasannya sesungguhnya mampu menyumbang undi tambahan, apalagi seorang bekas Menteri Besar. Berlandaskan data data yang lepas, seorang calon DUN dengan latar belakang yang luar biasa, boleh menyumbang sehingga 1000 undi.
    Kedua, gelombang baru BN sesungguhnya wujud sejak PRK Manek Urai dan Permatang Pasir. Dengan ini saya maksudkan sentimen kaum Melayu( dan juga kaum India baru baru ini)yang mulai kembali kepada BN, faktor ini dianggar menyumbang kira2 1000undi di Bagan Pinang.
    Undi Cina belum terbukti, tetapi mereka juga terpaksa menyokong BN jika BN kembali teguh. Orang Cina takkan mahu jadi satu satunya kaum pembangkang, mereka satu kaum tidak emosional tetapi yang paling pragmatik.
    Isu negatif seorang calon belum terbukti menyusutkan undi, dengan adanya jentera pilihanraya yang efficien. Kadangkala ia boleh menarik undi simpati jika bukan jenayah yang berat. Isu ini tidak menjejaskan Anwar dan, sebenarnya tidak juga menjejaskan Rohaizat di Permatang Pasir.
    Untuk artikel lengkap, sila layari DAH IKHWAN Weblog, alamat dahalmi.wordpress.com untuk artikel:
    1. Pilihanraya Kecil Bagan Pinang: Satu Analisis dan Ramalan
    2. Keputusan Pilihanraya Bagan Pinang: Satu Komen dan Analisis.
    Terimqa kasih
    DAH IKHWAN

  51. Tahniah. Syukur Alhamdulillah.
    ….. jika azam untuk menang itu untuk menegakkan amal ma’aruf nahi mungkar nescaya mendapat keberkatan dan taufik hidayah dari Allah SWT tapi jika matlamat utama kemenangan semata mata berpaksikan untuk UMNO dan BN, tunggulah bala yang menimpa.

  52. hidup BN.. saya gembira bn menang di bagan tetapi sedih melihat gelagat penyokong pembangkang terutamanya orang melayu (org islam) menyebut LAILLAHAILALLAH!!!!! tetapi dalam pada itu bergaduh sesama islam, hina sesama islam… tidak kah mereka tahu ALLAH itu maha PENYAYANG… maha PEMURAH….. tidak kah mereka tahu ALLLAH melarang hambaNYA menghina sesama manusia… mencaci sesama manusia.. hati saya terlalu sedih hingga mencurahkan air mata melihat gelagat manusia yg sentiasa tidak bersyukur kepada ALLAH. Mana perginya rukun IMAN yang ke 6 di hati mereka.. Isthifar lah wahai orang islam.. isthifar lah selalu…

  53. hidup BN…. Assalamualaikum chedet… taniah di atas kejayaan proton mengeluarkan kenderaan mpv.. saya teramat berbangga dgn proton cuma

  54. SALAM TUN.
    DIDALAM PERHIMPUNAN UMNO, SAYA DAPATI ROSMAH BERJALAN DIHADAPAN NAJIB SAMBIL BERSALAM. SUNGGUH TIDAK BERADAB. INI PERTAMA KALI SAYA MELIHAT ISTERI PM NEGARA BERJALAN DIHADAPAN PM SAMBIL BERSALAM. SIAPA ITU ROSMAH? TUN, ORANG RAMAI SEKARANG MEMANTAU PERANGAI ROSMAH. JANGANLAH ROSMAH PULA YANG MEMBUAT ORANG RAMAI TAK SUKA KEPADA UMNO. NAMA BELIAU HAMPIR SETIAP HARI KELUAR DI MEDIA MASSA TERUTAMA SEKALI UTUSAN. SAYA PUN TELAH BERHENTI LANGAN UTUSAN.
    NASIHATKANLAH PM SUPAYA ISTERINYA YG TERSAYANG JANGAN KETERLALUAN ORANG NAIK MELUAT. KALAU KEADAAN INI BERLANJUTAN NASIB UMNO HANCURLAH.
    SEKIAN, 10Q

  55. Assalamualaikum Tun,
    Semoga Allah panjangkan usia Tun. Dan murah rezeki Tun. Amin.
    Salam
    Hanif
    (penang)

  56. Tun,
    Saya tumpang gembira,tapi harganya terlalu mahal untuk membeli pengundi pengundi India.Kerajaan telah memberi apa saja yang diminta oleh MIC,Hindraf dan Makal Sakhti, contohnya sebanyak 100 juta diperuntukan kepada pembinaan dan senggaraan sekolah rendah jenis kebangsaan TAMIL,60 juta wang TEKUN diberi kepada MIC DAN 1 BILLION Ringgit ditawarkan kepada orang INDIA untuk membeli Amanah Saham 1 MALAYSIA.
    Apa jaminan kaum INDIA akan terus menyokong Kerajaan dalam Pilihan raya ke 13 nanti ?

  57. SALAM BUAT TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T
    1) SEBELUM PILIHAN RAYA RIMBA EMAS PUN HANYA MENDAPAT TAHU KEBAIKAN ADUN BAGAN PINANG SAUDARA ISA MELALUI ABANG KANDUNG TUNGGAL RIMBA EMAS PADA HARI RAYA YANG TELAH BERLALU.
    2) RIMBA EMAS PUN SEPERTI TUN KATA BELIAU PERNAH DI PECAT OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO.KEKANDA RIMBA EMAS HANYA TERSENYUM AGAKNYA MUNGKIN DISEBABKAN RIMBA EMAS TIDAK PERNAH BERSEMUKA SAUDARA KITA ISA INI.
    3) AKHIRNYA FIKIRAN TUDUHAN RASUAH OLEH SAUDARA ISA YANG TIDAK ADA BUKTI GAMBARAN TERANGAN SECARA BERGAMBAR (HITAM & PUTIH) CUMA BERMODAL MULUT DAN PENGAKUAN HATI YANG LEBIH DI KETAHUI OLEH ALLAH S.W.T. MERAGUKAN KEMBALI RIMBA EMAS.
    4) MALAH TUDUHAN KEATASNYA KETIKA DIA MENANG BESAR MALAH LEBIH BANYAK DARI AHLI-AHLI YANG LEBIH KANAN PILIHAN TUN DAN YANG SENTIASA REGULAR SEBAGAI TIMBALAN KEPADA TUN SETIAP KALI PEMILIHAN TELAH MENGEJUTKAN PELOBI-PELOBI ATAU PENYOKONG-PENYOKONG YANG TERUS SENTIASA MEMASTIKAN PEMIMPIN PILIHAN MEREKA AKAN SENTIASA MENJADI TIMBALAN KEPADA TUN.
    5) ADAKAH KEKECEWAAN SAUDARA ISA YANG MANA BOLEH MENGANGKATNYA SEBARIS SENARAI TIMBALAN KEPADA PRESIDEN TELAH MEMBUATNYA KELUAR DARI UMNO SEPERTI YANG DILAKUKAN SAUDARA ANWAR ?
    6) DENGAN RAMAINYA PENYOKONG YANG TELAH DIKATAKAN TELAH DIRASUAH TELAH MEMBUATKAN SAUDARA ISA MENERIMA HUKUMAN.SEBALIKNYA PENERIMA RASUAH TELAH DIBEBASKAN DAN AKAN MENYOKONG KEMBALI CALON -CALON KEGEMARAN.
    7) RASUAH YANG TAMPA BUKTI JELAS DIDEPAN MATA ADALAH KEMUNGKINAN SATU SENJATA UNTUK MENJATUHKAN LAWAN. KITA PATUT MENKAJI DAN MENYIASAT MEREKA YANG MENANG ATAS PERMAINAN MENDAKWA RASUAH KEPADA SESEORANG LAIN WALAU PUN YANG MENDAKWA ITU DARI PENYOKONG YANG DITUDUH SENDIRI.
    8) RASUAH TIDAK AKAN DAPAT DIBUKTIKAN OLEH PENGAKUAN MULUT DAN TULISAN SI PENUDUH SEBALIKNYA MEMERLUKAN GAMBARAN YANG JELAS SIPELAKU.
    7) UNDI JUGA BUKAN LAGI SATU CARA MENDAPATKAN KEADILAN SEJATI.
    8) ALLAH S.W.T MENJANJIKAN HABUAN KEMBALI KEPADA MEREKA YANG TELAH DIKECEWAKAN DI DUNIA INI DENGAN GANJARAN YANG BESAR DIAKHIRAT.
    9) BAYANGKAN SUMPAH ANDA DIDUNIA INI AKHIRNYA TERBONGKAR ADALAH SATU PENIPUAN KETIKA DI AKHIRAT. MALU ANDA AKAN TERTAMBAH LAGI DENGAN AZAB API NERAKA..,NAUZUBILLAH
    WALLAHUA’ALAM

  58. Assalamualaikum tun,
    Kemenangan Isa Samat memang sudah dijangka oleh kedua-dua pihak PR mahupun BN.Ini kerana dua faktor utama yang membantu.
    Pertama, faktor individu TS Isa Samat sendiri. Sebagai orang lama(30 tahun) yang banyak berjasa kepada masyarakat setempat sudah tentu mempunyai banyak kelebihan. Kedua, faktor Undi POS.
    Bagaimanapun, saya setuju dengan cadangan Tun bahawa kajian terpeinci perlu dibuat untuk mengetahui kemenangan LUAR BIASA ini. BN jangan terlalu mengandai bahawa ini adalah gelombang baru sokongan kepada BN. Pada saya kemenangan Bagan pinang adalah kemenangan INDIVIDU ( Isa Samat) dan bukan Kemenangan BN.
    BN masih jauh….semakin jauh untuk memenangi rakyat!

  59. Dear Tun,
    I was at UTK Hari Raya jamuan this afternoon.
    Shook your hand and I really wanted to tell you that I am a big fan of Chedet was so excited and nervous that I got so tongue tight.
    I took some pictures of you but sad to say I was not able to take picture with you. I did take picture with Tun Hasmah though.
    Hmm…. so sad : (
    By the way, I was the one wearing a red T-shirt. : )

  60. Salam Tun dan Toh Puan,
    Setiap masalah ada jln penyelesaian nya. dan sy tidak sesekali menyokong pemberi dan penerima rasuah. Tetapi in politk Tun, Dunia Politik boleh berubah-rubah dan menjadi lumrah kehidupan manusia melupakan dan memaafkan seseorang.
    Ini terbukit Tan Sri Isa menang dengan majoriti.
    Dan saya tidak teragak-agak menyatakan sekiranya Tan Sri Muhammad Taib di lantik menjadi MB atau menjadi calon PRU 13 akan dtg, pasti menang dengan undi yang lebih besar.
    Saya di fahamkan bukan rasuah yang mereka tolak tetapi sikap pemimpin BN sendiri yang sombong dan tidak turun pandang dan suka buat kerja last-last minit.
    Saya disini ingin mengucapkan taniah pada Tan Sri Isa kerana menang dengan majoriti besar dan memberi petunjuk ahli veteran masih laku di pasaran politik. Dan berani saya katakan kalau Tun Dr Mahathir di pilih semula sebagai wakil BN di PRU 13, Tun pasti menang dengan majoriti yang lebih besar.
    HIDUP TUN! HIDUP TUN! HIDUP TUN!

  61. Dear Tun,
    BN winning the seat was a forgone conclusion.
    Isa winning by a big majority was unexpected.
    BN leaders boosting the thumping win is also a forgone conclusion.
    But what is not so sure is – Isa win so what? The Rakayat is still NOT convinced that BN is serious about fighting Corruption at party level. What more the Goverment and other levels if they retain the Power.
    This time around it is safe for the fence sitters to vote against PR to show their displeasure of what is happening to PR. They will loss the seat any away so why not send a message to the PR leadership by giving BN more votes.
    PR is also facing a crisis – but may not be enough to put people off voting for them later. As BN is still seen as the WORST of 2 evils.
    BN jangan cakap besar. Semua macam tin kosong je.
    Selagi BN tidak dapat tukar persepsi rakayat – bahawasa nya BN adalah sarang RASUAH selagi itu – BN tak akan dapat kepercayaan rakayat untok menjadi pemerintah kelak.
    Salam
    Keep Politics out of Busniess.

  62. Dear Tun,
    Though I do not condone corruption, I for one was happy with Isa’s victory.
    I am looking forward to him to fix up Khairy nice and proper, the other corrupt fella who many say was responsible for Isa’s political cold storage.
    Then when the GE comes, the populace can kick out all leaders who are corrupt, extremists like Hadi Awang, Hassan Ali, scumbags like Nazri, dungus like Hishammudin as well as those not fit to be leaders.
    I am having a tough time explaining to my son how come corruption has become a “virtue” in the “Islamic state of Malaysia”.
    Best Regards
    Ataturk

  63. Kalau ISA boleh mendapat kemenangan tinggi dalam Naib Presiden tempoh hari kerana politik wang, saya tidak hairan perkara sebegini boleh berlaku di Bagan Pinang, terutama estet estet dan kawasan yang memerlukan perhatian dalam segi bantuan.
    ALLAH is great, we can only plan but ALLAH decide or dispose it. Just get yourself prepare dunia dan akhirat,

  64. Dear Tun,
    Isa is just too popular in his “kawasan”. Respect is to be earned and he manged to get the respect from the people in his kawasan.
    You remember how Shahril Samad won the PRK in JB before. Even using the “KUNCI logo” he won it with very high majority.
    Likewise Isa, if he were to use the “Payong logo” he would have also won comfortably.
    So the moral is, BN must pick the most popular and right candidate in order to win elections.
    People look at the personality first and party second. That is key element to elections.

  65. Assalamualaikum Tun..
    Saya hanya ingin memberi pandangan berdasarkan pengalaman saya pergi ke hampir seluruh pelusuk negeri sembilan. Dari perspektif mata kebanyakan rakyat tempatan di Negeri Sembilan, dapat saya simpulkan bahawa kemenangan Isa adalah kerana beliau dekat dengan rakyat setempat. Walaupun kesalahan beliau dalam rasuah menjadi kesalahan besar bagi BN dan UMNO, namun di mata rakyat sumbangan dan perhatiannya pada rakyat lebih besar maknanya dari kesalahan rasuahnya yang lalu.
    Pokok pangkalnya, undi di tangan rakyat. Rakyat mempunyai mata dan akal untuk menilai sumbangan mana-mana pun ahli politik dan wakil rakyat yang hendak dipilih. Kepincangan kepimpinan sedia ada terutamanya dengan wujudnya istilah kroni dan hubungan kekeluargaan yang dicampur adukkan dalam pentadbiran serta politik UMNO negeri telahpun mengeruhkan keadaan. Perbandingan kepimpinan sedia ada dan kepimpinan Isa yang terdahulu akan dinilai semula oleh rakyat.Dan keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan segalanya.
    Wassalam..

  66. Dear Tun and fellow bloggers/citizens,
    It is a morale booster for BN and UMNO to win the by-election, BUT it is not over yet. No doubt the win proves the constituents of Bagan Pinang still in support of Tan Sri Isa, but again more work or reforms needs to be done in order to ensure that BN (UMNO) is the party for the next generations of Malaysians to come.
    With upcoming UMNO General Assembly, everybody will be watching especially important amendments and reformation to the party will be announced and implemented. It is surely hightime for UMNO to move beyond another level to ensure that it is the leading party for not just the Malays and Bumiputeras, but with the 21st Century trend, that is for all Malaysians regardless of race, religion, and economic background.
    For BN to do well, it must portray that it no longer is the party with the thinking concept of the 20th century any more. With the change of times, it is NOW that UMNO and its coalition partners must be ready to make the changes for the benefit and future of the country.
    Tun, your role is still relevant to us since you have took our country to a whole new spectrum and now it is our turn to make it to a much higher level especially in line with the vision 2020. Vision 2020 is not just the major development and reformation of technology and structure and megaprojects, but also our minds and attitude in order for Malaysia to be on par with the other Economic powers of the world.
    Thank you.
    Best regards.
    Edy
    http://a-malaysian-dude-diary.blogspot.com

  67. Assalamualaikum Tun,
    Saya orang Melaka dan telah menetap di Seremban selama 24 tahun. Tan Sri Isa yang saya kenal adalah seorang yang “mudah didekati” oleh rakyat malah “tidak banyak menggunakan protokol” serta “amat menyenangkan dalam berinteraksi” kepada semua lapisan rakyat.
    Kesalahan yang telah dilakukan adalah perkara yang “lazim” dilakukan oleh kebanyakan pemimpin besar maupun pemimpin kecil didunia ini. Mungkin “waktu serta keadaan” tidak menyebelahi beliau ketika itu.
    Semua orang tahu Isa amat popular sejak mencuba sebagai pemimpin pemuda suatu ketika dahulu. Nasib tak baik kerana ada yang lebih menonjol. Ini tidak melemahkan semangat beliau sebagai peneraju negeri beradat selama lebih dari 20 tahun. Fuhhh…tak ramai yang mempunyai rekod sebegini hebat.
    Jika diamati situasi sekarang, pemilihan calon pilihan raya perlu dilakukan berdasarkan kepada bagaimana jitunya pendirian keputusan UMNO Bahagian Telok Kemang. Bukannya ikut selera pemimpin tertinggi yang kononnya mempunyai kuasa sebesar dunia dalam menentukan arah tuju perjuangan parti.
    Pemimpin parti mana yang “clean’ sekarang, lihat saja Anwar dengan kes yang tak mahu berhenti, Nik Aziz dengan mencarutnya serta mempertahankan rakan sebantal, Hadi Awang pula dengan fatwa songsangnya, Mat Sabu dengan skandal bilik hotel, Gobalakrisnan keluar masuk lokap, Nizar Jamaludin sembah derhaka, saya rasa perbuatan mereka di atas lebih teruk lagi kerana ada yang menyongsangkan akidah umat. Tetapi mereka tetap mendapat tempat dihati pengundi.
    Buanglah sikap pemimpin tertinggi yang kononnya memerlukan 100% “clean” jika mahu jadi calon. Cuba tetapkan no.1 hingga 10 tentang perilaku/kredibiliti yang diperlukan oleh seseorang calon. Saya pasti tiada calon yang boleh capai 80% “clean”. Jujurlah wahai pemimpin parti yang disayangi.
    Kepada bijak pandai yang menjadi pemikir dan pembuat dasar parti, cuba buat analisa tentang arah pemikiran pengundi sekarang, adakah mereka memerlukan pemimpin yang segak bergaya, petah berbicara, berkelulusan melangit, atau yang kurang sedikit tetapi amat menyenangkan pada mata yang melihat, terhibur hati apabila mendengar suara, ada sahaja masa apabila diajak berbicara, serta boleh minum teh di warong-warong nasi lemak di tepi sawah.
    UMNO PERLU BERUBAH ATAU ‘STRATEGI’ PEMIMPIN UMNO PERLU DIUBAH.
    ISA MASIH RELEVAN. TERUSKAN PERJUANGAN DEMI BANGSA
    Wassalam.

  68. Tun;
    Terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan sekali lagi kpd BN di kawasan BP.
    Tentu ada sebabnya disebalik kemenanan itu. Seperti yang kita ketahui Isa Samad adalah merupakan bekas Menteri Besar N9 yang mempunyai track record cemerlangnya yang tersendiri selama beliau menerajui N9 yang tentunya tidak dapat dilupakan oleh rakyat N9.
    Jasa-jasa lampau yang telah diberikan kpd rakyat N9 mungkin sedikit sebanyak telah menambat hati para pengundi terhadap Isa Samad.
    Malahan jika Tun bertanding semula sebagai wakil rakyat Kbg.Pasu atau kawasan lain di Kedah pastinya menang kerana rakyat masih mengenangkan jasa Tun yang telah disumbangkan terhadap negara sebelum ini.
    Track records Tun yang banyak memberikan sumbang bakti dan sikap ambil berat terhadap rakyat di Kubang Pasu telah menjadi bualan dari mulut kemulut bukan saja di K.Pasu; malahan seluruh negara.
    Demikian lah halnya dengan Isa Samad itu, menang kerana rakyat masih mengenagkan jasa beliau yang telah disumbangkan semasa lampaunya ketika berkhidmat.
    Kesilapan yang dilakukan, iaitu salah laku dan melanggar etika ketika pemilihan dalam UMNO yang menggunakan wangnya sendiri bagi aktiviti melobi(satu kaedah pengiklanan bagi promote dirinya) dan juga sedikit sumbangan kepada pengikutnya.
    Perbuatan itu bukannya melesapkan hasil mahsul Kerajaan N9 yang merupakan duit rakyat atau penyalahgunaan kuasa.
    Kaedah melobi dan promote diri ini sebenarnya perlu. Malahan sama seperti mana sesuatu barangan itu hendak dipromotkan. Kebiasaannya tidak lah percuma tetapi perlu membayar sebagai kos pengiklanan.
    End.

  69. Salam Tun,
    Saya setuju dengan pendapat apanama yang Isa pastinya telah melakukan sesuatu yang baik sehingga mempunyai sokongan yang padu dari rakyat di kawasannya. Ia patut dijadikan TELADAN terutama buat pemimpin muda kerana rakyat M’sia terutama di kawasan luar bandar nampak masih lagi berpegang teguh kepada konsep budi dan tidak mudah melupakan budi biarpun pemimpin mereka dalam keadaan yg sukar. Mereka yang punyai aspirasi menjadi pemimpin wajar turun ke padang selalu dan menabur budi (bukan rasuah!) agar sentiasa di kenang oleh rakyat.

  70. Tun
    I don’t know much about Isa..but I do know he is no Mohd Taib, Mohd Rahmat, Samy Vellu, Ling Liong Sik, Sanusi Junid etc etc
    As for him winning…one things for sure…he had the X Factor…UMNO/BN realised if they had listened to you…they would have backed the wrong horse…
    As for you claiming Isa is corrupt…care to lay charges against him? WHy not? Same reason you won’t lay charges against fmr. PM Abdullah? WHy not?
    My take is sir…you will call the pot black…but you have either no evidence or concerned if you did raise stink…stink might be raised on you…
    My take via Isa won –
    I think people realise PR is not really a viable option. PAS might be ok for one-two states…but not optimal for the country in whole…
    On another topic – why have you stopped criticising Samy after all the recent tirade? Have you ironed out your differences?
    (Ravi)

  71. Salam Tun,
    Tahniah kerana mengakui ada juga pendapat Tun yang salah. Tun harus juga akui pendapat Tun mengenai PPSMI juga sudah TERBUKTI SALAH. Majoriti rakyat luar bandar juga mengiktiraf kerajaan selepas pemansuhan PPSMI, buktinya selepas pemansuhan PPSMI, BN menang dengan majoriti lebih besar dalam semua pilihanraya kecil. Bukti kepercayaan rakyat kepada dasar pendidikan negara.
    Tahniah untuk kepimpinan Najib dan Muhyiddin

  72. Dear Tun,
    With all honesty, don’t know how to regard the winning of Isa. This is perhaps the only country in the world that politicians can be anything yet still win the hearts of the people.
    Those years were gone when corrupt was seen as sinful and hideous act.
    Welcome to new era when one can practice corrupt and time will pardon.

  73. Salam Tun dan semua pengunjung blok ini,
    Secara peribadi saya masih tidak gembira, walaupun calon BN menang. Saya juga beranggapan ini kemenangan ts isa bukan kemenangan parti.
    BN/Umno tidak akan selamat dalam jangka masa terdekat ini selagi masalah politik wang dan rasuah tidak diselesaikan segera.
    Rasuah,politik wang dan salah guna kuasa dalam Umno perlukan perhatian total drpd semua ahli Umno- sebelum Umno masuk arkib muzium negara.

  74. Tun, salam aidilfitri.
    T.Sri Isa Samad memang popular dan dekat di hati rakyat Bagan Pinang… cuma masalahnya ialah kemenangan beliau mengakibatkan ramai orang yang terlibat dalam politik wang akan rasa mereka bersih. maka mereka akan lebih berani menawarkan ganjaran yang lebih tinggi di masa hadapan. di tambah pula politik wang tidak melibatkan kesalahan undang2 negara hanya melibatkan kesalahan etika parti.
    Maka di masa hadapan isu politik wang dalam BN akan lebih meruncing. Ini yang amat kami risaukan.
    BN pula akan menghadapi masalah untuk bercakap tentang rasuah. Kita tidak ‘applied’ benda ni dalam amalan kita. benar seperti kata Tun sebelum ini, BN akan dilihat tidak serius dalam membanteras rasuah…..

  75. Salaam Tun and family,May Allah bless you with health and with His Grace and Mercy.
    1. I feel disappointed that BN did not field a fresh young face in Bagan Pinang (though BN would stil win), nevertheless it’s a pleasant surprise for most of us that BN won with astounding majority.
    2. Dato’ Isa was a teacher. A pretty down-to-earth guy, for as long as they can remember him. Many people feel comfortable with teachers, right?
    3. Can anybody out there claim they have not made one single mistake in their entire life? Hands up, please. PAS members, please come forward..
    4.This is where the down-to-earth & peace-loving folks of Port Dickson, and elsewhere in the country,prove to PAS and Pakatan Rakyat,through their votes, that not everyone likes the gutter politics of Pakatan Rakyat. PAS President Hadi Awang “turun padang”; only a handful came. Then Dato’ Seri Anwar came; there was the usual crowd, howling and roaring as he spoke, hardly noticing the usual empty and superfluous rhetoric he coughed out to those that came to hear him. The volume of the crowd obviously did not translate into votes, as we learned later.
    Peace Be Upon You.
    muslimah_262 @ Bangi

  76. Calon yang pernah rasuah boleh menang dengan majoriti yang begitu besar. Saya rasa kemenangan ini juga disebabkan oleh pemberian rasuah kepada pengundi oleh orang-orang kanan Isa. Seperti yang diketahui Isa kuat rasuah secara diam-diam. Susah nak dikesan. Baling batu sembunyi tangan.

  77. Assalammu’alaikum Ayahanda Tun,
    Syabas kerana kejayaan BN di Bagan Pinang. Namun adakah ianya satu petanda ke arah kembalinya sokongan rakyat atau muslihat Allah Yang Esa kerana ulasan ayahanda tentang calon haruslah diperhalusi apa yang tersirat.
    Benarkah BN telah memilih yang terbaik diantara yang ada? Mungkin kerana jasa TSI selama ini dia dipilih tetapi apakah dari segi moralnya kita berjaya? Dari segi syariat bagaimana? Bukankah telah bersabda Rasullullah s.a.w bahawa ” Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya ”
    Bukan hendak memandai bab ugama tetapi hanya tertanya-tanya, benarkah semua ini? Adakah ini satu ujian Allah Ta’ala kepada kita yang mengucap kalimah syahadah, benar-benar insaf dan menyedari apa yang telah diputuskan?
    Adakah calon telah benar-benar insaf kerana pada satu ketika dulu pernah mempersendakan Padang Masyar ( yg sedihnya ramai perwakilan ketawa dgn senda gurau itu ) dan terus menerima hukuman Allah? Wallahu’alam….
    Sama-samalah berdoa agar Allah Ta’ala memberi petunjukNya kepada kita semua.

  78. Y.A.Bhg Tun,
    Tujuan sesaorang berpolitik adalah untuk mendapatkan kuasa supaya kuasa yang diperolehi dapat digunakan untuk mendatangkan faidah kepada pengikutnya dan orang ramai serta negara amnya. Kita di Malysia bernasib baik kerana kuasa diperolehi dan juga peralihan kuasa berlaku secara amam dalam sistem demokrasi. Dibanyak negara kuasa diperolehi melalui pertumpahan darah sehingga hampir pupus sesuatu bangsa contohnya orang Arab di Israel.
    2. Tan Sri Isa Samad adalah satu contoh yang baik dimana beliau berusaha mendapat dan mengekalkan kuasa melalui proses demokrasi. Malangnya beliau telah melanggar etika parti UMNO untuk mendapatkan kuasa sebagai Naib Preseden UMNO dan mungkin yang lain juga terlibat tetapi berjaya melepaskan diri. Beliau telah berjaya sebagai seorang ahli poltik dikawasanya iaitu Dairah Port Dickson. Beliau berkuasa sebagai Menteri Besar dan mencipta rekodnya sendiri dari segi lama memegang jawatan. Beliau berada dibawah kepimpinan Y.A. Bhg Tun sendiri sebagai Perdana Menteri dan sudah tentu orang yang bertanggong jawap mengekalkannya sebagai MB bagitui lama adalah Tun sendiri. Beliau telah berjaya membangunkan Negeri Sembilan dan khususnya Port Dickson sendiri menjadi bandar pelancongan yang indah. Kalau beliau tidak baik sudah tentu telah lama dicantas oleh Tun sendiri.
    3. Pengundi di Port Dickson memberi kepercayaan dan meletakan harapan yang tinggi kepada Tan Sri Isa Samad untuk terus membawa pembangunan kepada dairah PD. Mereka selesa dengan stail kepimpinanya yang mudah didampingi dan beliau kenal dengan kebanyakan orang di PD. Ini satu contoh kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain supaya tidak sombong dan berlagak secara yang dibenci oleh rakyat.
    4. Pilehan Raya Bagan Pinang memberi gambaran apa yang akan berlaku dalam pilehanraya umum ke 13 akan datang. Sekiranya semua pemimpin UMNO terutamanya Menteri dan Menteri Besar mencontohi Tan sri Isa, maka semua kerusi yang dahulunya dikuasai Barisan Nasional akan kembali semula kepangkuan Barisan Nasional. Malahan telah nampak tanmda-tanda kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat. Saya yakin PAS akan tumbang di Kelantan sekiranya Tok Guru terus menghukom UMNO sebagai sabuah Parti yang tidak memperjuangkan Islam. Tembelang PAS telah terserlah apabila bekas MB Perak, Nizar membuat kenyataan dalam Dewan Undangan Negeri Perak bahawa tidak terdapat sebarang dokumen yang menyatakan PAS berhasrat untuk menubuhkan negara islam sapaerti yang dicanangkan selama ini oleh beberapa pemimpin PAS yang lain.
    5.UMNO akan kembali kuat sekiranya pemimpin-peminpin yang sombong dan bongkak memperbetulkan diri mereka. Samay Vellu mengundor diri segera dan MCA segera memperbetulkan isue dalaman selepas EGM baru-baru ini. Inshallah , Barisan Nasional akan kembali kukoh apabila orang cina dan India sedar negara hanya dapat kekal stabil melalui perkongsian kuasa yang jujor melalui Barisan Nasional. DAP akan membawa huru hara kerana lambat laun sikap chauvanistik pemimpinya akan terbongkar. PAS tidak boleh terus berpolitik menggunakan islam untuk menarik sokongan orang-orang bukan Melayu. Barisan Nasional akan terus teguh di Serawak dan Sabah sekiranya Kerajaan Pusat terus memberikan keutamaan kepada isue-isue pembangunan di negeri-negeri berkenaan.
    6. UMNO telah banyak berjaya mkepada bangsa dan negara. Kelemahan perlu dibaiki. Pemimpin yang tidak baik perlu diketepikan. Inshallah Barisan Nasional akan kembali kuat pada PR 13.
    Iklas,
    Rahim

  79. Dalam UMNO ada beberapa kategori calon yang menjadi penentu samada menang atau tewas dalam Pilihanraya :
    1. Memegang jawatan parti secara tipu helah dan menjadi calon PRU – tewas dan banyak duit dan harta habis
    2. popular dikalangan ahli parti tetapi tidak diterima rakyat – tewas dan jadi setiausaha umno negeri.
    3. tewas pemilihan parti kerana pelbagai sebab teknikal tapi disukai rakyat segenap lapisan – menang tapi tak ada jawatanpun
    4. dah lama jadi calon tapi tak mahu bagi peluang pada orang lain – akan kalah teruk ditangan peniaga mee goreng.
    5. rakyat dah tak nak, 3 kali dah kalah, tapi dia perasan masih laku. Lobi semua pemimpin atasan, suap secukupnya – akan tewas kali keempat pula ditangan penjual jurukamera video correct, correct, correct.
    6. Ada ijazah dan jawatan tinggi tapi tak mesra rakyat, tak ke surau – tewas di tangan penjual ikan profesional.
    6. Dah lama jadi wakil tapi minta juga jadi calon untuk kali terakhir – memanglah ini kali terakhir dia jadi calon dan tewas lagi teruk dan negeri pun bertukar parti.
    6. Jadi wakil rakyat dah berpenggal-penggal tapi tak ada perubahan. Pengundi pun dah boring dengan janji kosong – tewas teruk TKO ditangan bekas pengundi setia.

  80. Salam Tun,
    Tahniah kepada BN kerana memenangi Bagan Pinang. Apa yang hendak saya komenkan di sini ialah untuk menegur cara kempen oleh BN semasa di Bagan Pinang yang amat menyedihkan saya dan mungkin jika cara ini digunakan di kawasan lain seperti di Bandar, mungkin cara kempen tersebut akan memakan diri. Cara kempen yang saya maksudkan ialah BN menggunakan gambar semasa PM Najib melawat MB Nik Aziz ketika beliau berada di hospital. Janganlah BN mempolitikkan segala-galanya hinggakan menziarah pihak lawan yang terlantar sakit turut juga dijadikan modal untuk berkempen siap dengan hadis lagi. Adakah ini konsep satu Malaysia yang cuba diterapkan malah saya perhatikan juga lagak-lagak pemuda atau putera Umno yang berlagak seperti samseng hanya kerana Bagan Pinang diwar-warkan sebagai kubu kuat BN maka mereka juga ingin menunjukkan kekuatan mereka.Pakar strategi BN perlu lebih peka kerana mereka perlu menggubah cara BN berkempen yang lebih matang dan berilmu, jangan turuti rentak tari pihak lawan. Saya amat berharap Tun dapat menasihati BN agar lebih berhati-hati.

  81. Salam..
    Tun, isu kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang merupakan satu pengesahan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
    Tetapi dalam soal ini, ianya bukanlah menunjukkan bahawa BN menyokong perasuah.
    Bagi saya, jika diletakkan sesiapa pun menjadi calon (dengan syarat calon adalah orang tempatan) kemenangan besar pasti akan tercapai juga.
    Rakyat mungkin telah mula menerima kembali BN sebagai parti tunggak negara. Dan bukanlah bererti memilih Tan Sri Isa bermakna BN mengiyakan rasuah.
    Bukankah beliau telahpun dijatuhkan hukuman dan beliau telah menerima hukuman beliau?
    Saya bukanlah hendak menidakkan pendapat Tun, tetapi bukankah satu masa dahulu Tun pernah melantik seorang perasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri? Dan dianya juga pernah menjalani hukuman di Kamunting?
    HESMEL FAZNEE FAISAL

  82. Kemenangan BN (Isa) memang telah diduga dari awal lagi tetapi majoriti yang terlampau banyak membuat ramai tertanya-tanya, lagu mana Isa boleh dapat sebanyak itu?
    Adakah jentera BN bekerja kuat dan dengan effecient sekali sehingga berjaya menambat pengundi-pengundi Bagan Pinang atau status Isa itu yang menjadi factor utama kemenangan walaupun Isa pernah didapati bersalah mengunakan wang untuk mendapat undi.
    Mungkin Tun pun ada terfikir atau ada jawapan kenapa Isa mendapat undi yang sebegitu banyak, tetapi Tun tidak mahu menyarakan disini, mungkin. Sebagai seorang veteran di arena politik, Tun sudah masak dengan permainan parti.
    Hari ini bermula Perhimpunan UMNO, jadi bermacam-macam lah ucapan yang menyanjung Isa dan Najib serta TPM kerana kemenangan ini. Cuma jangan terbawak-bawak cukup la.

  83. Tun,
    1. BN memang di Bagan Pinang kerana meletakan calon yang dikehendaki rakyat bukannya calon yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan. Rakyat hanya mahukan pemimpin yang boleh tolong mereka. Kesalahan yang mungkin dilakukan oleh pemimpin tersebut adalah soal ke seribu dua ratus dua puluh enam. Apatah lagi kalau calon tersebut sebelum ini sering menolong mereka. Budaya Malaysia terutama Melayu sentiasa menghargai dan mengingati pertolongan orang. Mungkin kita ingat kepada ahli politik seperti Lee Lam Thye dan juga Cikgu Jabar di Selangor yang sering dipilih oleh pengundinya walaupun mereka dari pembangkan ketika itu.
    2. Sekadar bersih tetapi tidak menolong rakyat khususnya pengundi yang memilihnya tidak ada gunanya. Menolong pengundi hendaklah diutamakan kerana merekalah yang memberikan kemenangan calon itu. Menolong kroni beberapa kerat menjadi kaya tidak dianggap menolong. Apatah pula kalau menolong yang datang dari kawasan lain atau menolong orang yang mengundinya untuk menang dalam Perhimpunan UMNO.
    3. Apakah mereka hendak menang kedudukan dalam parti atau menang pilihanraya? Sebab itulah kita lihat ramai calon yang menang dalam pemilihan UMNO tetapi tewas dalam Pilihanraya. Ini kerana mereka tidak menghargai pengundi mereka. Lebih dahsyat lagi, mereka menang pemilihan UMNO tetapi negeri mereka tewas kepada pembangkang. Lebih baik BN memilih calon yang dikehendaki rakyat tanpa melihat kedudukan dalam parti.
    4. Di Kelantan ada seorang Ahli Politik UMNO yang dikenali sebagai sangat bijak otaknya. Tetapi dia juga dikenali umum sebagai pemimpin yang tak tolong pengundinya. Janti kosong adalah perkara biasa. Followup surat sokongan jangan haraplah. Sehinggakan ramai penyokong nya mula beralih arah seorang demi seorang. Beliau dikelilingi oleh orang-orang tertentu sahaja yang memerah segala kemewahan. Rakyat tempatan yang berpotensi akan diketepikan bimbang akan menjadi penggantinya. Kata orang Kelantan “cah keting”.
    5. Pemimpin jenis ini dijangka tak akan kekal lama bila rakyat mula berfikir secara bijak. Peristiwa tewas kali pertama dulu ditangan bekas penyokongnya yang beralih arah dijangka berulang dalam PRU13.
    6. Budaya melayu yang menjadi kebanggaan kita adalah kita sentiasa ingat pada orang yang menolong kita ketika susah sampai bila-bila pun.
    7. Masalah kesalahan lalu calon berkenaan adalah sejarah.
    8. Dalam pada itu, Kemenangan Isa Samad tidak boleh dianggap sebagai menggalakan rasuah. Kerana kalau itulah anggapannya maka kemenangan calon yang terlibat dalam liwat, khalwat dan kes bogel juga boleh dianggap sebagai menggalakan liwat, khalwat dan bogel.
    Sekian.

  84. YBgh Tun.
    Yes, Congratulation to Isa for the victory. Everybody make mistake but I guess the people in NS respect Isa for his contributions and he has paid the price for his wrong doing during Pak Lah time.I wonder could BN win again and with a bigger majority as Isa?

  85. di negeri sembilan, terutama di sebelah port dickson, memang kawasan yang totok kepada UMNO, sama seperti mereka2 yang totok kepada PAS di kelantan. maka ini tidak menghairankan. rakyat negeri sembilan memang banyak menerima kebaikan dari Dato Seri Isa dan mereka tetap berterima kasih walaupun DSI telah melakukan perkara yang tidak disenangi suatu tika dahulu.
    selamat meraikan kemenangan wahai pemenang, dan janganlah kamu terlibat dengan apa-apa kesilapan yang boleh memusnahkan reputasi kamu sekali lagi. (agak sayang kerana orang melayu tidak boleh berfikiran seperti orang cina, sepertimana yang berlaku dalam MCA, saya percaya jika DSI seorang cina, beliau tidak akan diterima kembali melainkan beliau seorang yang suka bermimpi).

  86. 1. Bukan ramai orang boleh berkata saya bersalah seperti Tun menyatakannya dalam blog Tun. Sebenarnya Tun tidak bersalah tetapi yang sebenarnya kurang tepat, malah ada rahsia dan falsafah tersembunyi disebali pengakuan Tun itu.
    2. Ramai gembira kerana Tun telah kembali aktif memberi pandangan politik di negara kita ini terutama kepada BN. Ramai juga yang tidak setuju kerana itu lumrah alam.
    3. Kemenangan mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Bagan Pinang, adalah bergantung kepada faktor pengundi bukan calun. Para pengundi mahukan siapa? sebab itu setiap parti yang bertanding mencari calun yang disukai oleh pengundi. Pada kali ini BN telah mendapat calun yang direstui oleh pengundi. PAS telah gagal mencari calun yang sesui disitu.
    4. Satu kerja yang paling rumnit ialah mendapat seseorang calun yang direstui oleh pengundi. Pembangkang ada makanismanya tersendiri. BN ada banayk sumber perisiknya sendiri dari perisik politik sehingga kepada perisik professional. Sebelum pilihan raya ke 12 kepimpinan parti BN memberi kepercayaan dan meretui mana-mana calun yang dikemukan oleh perisik-perisik itu. Tetapi dalam pilihan raya ke 12 BN gagal mendapat 2/3 mejoriti dalam parlimen malah gagal memerintah empat buah negerikerana pucuk pimpinan parti pada masa itu memilih calun yang tidak direstui pengundi. Ada pemimpin Bahagian telah meramalkan kekalahannya.
    5. Sebab sebenar kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinag kerana Datuk Seri Najib telah memberi kuasa kepada rakyat di kawasan itu memilih calun mereka sendiri. Pucuk pimpinan BN mertestuinya. Datuk Najib telah menegaskan beribu-ribu kali ‘RAKYAT DIDAHULUKAN’. Beliau telah mengkotakan kata-katanya. Beliau tidak memilih calunnya sendiri malah mengenepikan emosi pelbagai pihak yang menentang kehendak pengundi Bagan pinang. BN mesti mengukuhkan kepercayaannya kepada kehendak pengundi setempat, jika hendak menang dalam pilihan raya akan datang.
    6.Perkukuhkan jenteri perisik BN supaya maklumatnya tepat dan memenuhi kehendak rakyat.Berhednti dengan segara kerja lobi melobi.
    7. Satu pertanda baik dalam politik BN bahawa kuasa rakyat telah kembali kepada parti MCA. UMNO juga telah berhempas pulas untuk menyemak dan meminda perlembagaannya dalam persidangan yang berjalan sekarang. Semuanya menuju ke arah matlamat yang sama iaitu ‘Rakyat didahulukan dan pencapaian diutgamakan’.

  87. Salam Tun,
    Adekah BN (termasuk UMNO) benar-benar melakukan post mortem atas kekalahan PRK dulu ? Hanya di Batang Ai (Sarawak) BN menang – yg lain kalah !!!
    BN seharusnya melalukan post mortem dgn kemenangan ini supaya BN boleh menang PRK yg akan datang. Jangan cari pendapat peminpin UMNO je – akar umbi pun ade akal dan dah berani membuat berubahan. Pendapat pembangkan juga berguna to our advantage – kalau tahu nak gunakan !
    PRU12 dulu ramai ahli UMNO undi PR sebab mereka marah dgn pemimpin UMNO. Kini mereka berubah arah semula kepada UMNO sebab PR tidak menunjukkan kepimpinan yg diharapkan. Jika kehendak mereka diabaikan, besar kemungkinan mereka akan berubah arah lagi pada PRU13.
    Kepada pemimin UMNO hayatilah cogankata 1Malaysia, ape dia ek ?
    Saya cari kat 1Malaysia.com.my – kat mana ek ?
    Letaklah kat homepage !!!
    Ape dah jadi … ape nak jadi ?
    Kemana arah … ?

  88. ini adalah analisa saya kenapa Pas kalah di Bagan Pinang. tak perlu PHd or belajar political studies kat Universiti. terlampau senang
    Faktor, Pas (NS)
    1-Mungkin ramai orang luar tak sedar bahawa calun Pas bukan anak tempatan. beliau adalah calun luar. orang Melaka. Biar pun beliau familiar dengan Port Dickson. tapi untuk berdepan dgn TSIS beliau adalah underdog disegi popularity.
    2- Pakatan Rakyat tidak sekata dalam pergerakan kempen. ini adalah perbezaan ketara dari berbanding kempen PRK sebelum ini yang mana semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berkongsi pentas ceramah. tapi di Bgn Pinang perkongsian ini terlalu longgar.
    3- Untuk berdepan dgn TSIS dan jentera BN , Pas tak perlu meletak calun sepatutnya kerusi ini diberi kepada Keadilan kerana sentimen orang pada Pas adalah berbeza jika dibanding sentimen pada PKR.
    Faktor TSIS
    1- Isu rasuah TSIS adalah isu nasional, Isu locality adalah lebih rumit(pembangunan tak sekata) dan pengundi tak memperdulikan isu rasuah. Pengundi mengharap kesenangan dan kemudahan yang calun Pas tidak mampu tunaikan.
    2- TSIS adalah nama yang gah di Bagan Pinang walaupun sebelum ini beliau adalah YB Linggi.
    3- Sokongan pengundi Cina pada TSIS adalah kukuh apatah TSIS banyak membantu peniaga2 Cina dalam perniagaan.
    4- TSIS adalah idola pada pengundi veteran semua kaum. Selama 22 tahun TSIS menjadi MB terlalu banyak jasa2 beliau pada rakyat NS apatah lagi di Port Dickson. jasa2 ini amat diingati oleh mereka.
    “ko baeajar tinggi tu Tan Sri yang tolong ekau marin”
    Faktor Pakatan Rakyat kebangsaan
    1- Pendedahan dan sikap terbuka Hasan Ali mengkritik Pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor membawa padah. Hasan Ali sepatut tidak menonjolkan diri pada media . dan perselisihan beliau dengan Khalid Samad amat ketar ditonjolkan olah sikap beliau.
    2- kedunguan Jeff Ooi tentang Jemaah Islamiah adalah kumpulan melampau sedikit sebanyak menutup hati penyokong Pas di Bagan Pinang.
    3- Sikap dolak dalik pimpinan Pas(erdorgan) pada pujukan Umno untuk perpaduan menutup hati pengundi Pas dan pengundi atas pagar.
    4- Pas digambarkan sebagai kumpulan extremis yang amat melampau.
    Faktor Undi Pos
    1- jumlah 4571 adalah satu jumlah yang amat meragukan tapi siapa SPR dan siapa Pakatan Rakyat.
    2- Pakatan Rakyat sepatutnya sedar undi pos sebagaimana telus pun(jika ada) tidak perlu memainkan isu ini. mereka seharusnya menumpukan pada undi awam.
    sekian … bagaimana pun kekalahan Pas dan kemenangan BN di Bagan Pinang adalah bersifat sementara. Ini tak mengambarkan kekuatan dan kelemahan masing2. Biarpun media arus perdana mengwar2kan BN dah pulih.
    Sebagai orang yang waras mari lah kita berfikir :-
    Kenapa pengundi Cina masih menyokong BN biarpun sehari sebelum itu MCA bergolak dan EGM tak memihak pada siapa pun?
    sepatutnya bila keadaan itu berlaku pengundi Cina akan stay/swing ke PAS kan… kenapa undi mereka swing ke BN? Jawapan ada dalam faktor2 diatas ….
    Peti undi kubu Pakatan Rakyat di ladang2 estate memberi kemenangan kepada BN… Padahal MIC tengah pening kepala Parti Makkal Sakthi baru ditubuhkan dan dirasmikan oleh PM sehari sebelum Prk Bagan Pinang. ingat Rpk IJOK TS khalid Ibrahim kalah teruk kat sini dulu. tapi menang kembali di PRU.
    Kemenangan BN tak merubah sikap orang BN .. pada mereka rasuah tak merubahkan apa2. Kemenangan ini adalah kemenanagn local.
    kekalahan PAS adalah rahmat agar sedar bahawa amalkan moderate political approach. banyak benda nak kena halusi. Jangan terlampau keras. ikut TGNA punya style.
    terimakasih…..

  89. Tun,
    First of all, its great to see that you can accept the outcome of the election with open heart.
    But, the way you say it especially the third row, it seems like you still unhappy with UMNO winning the seat by putting ISA as candidate.
    What else do you expect, people of Bagan Pinang like him.
    After all that is what rep is all about, “wakil rakyat”..
    Rakyat of Bagan Pinang of course, even the whole world know that ISA once found guilty by your UMNO administration as being involved in MONEY POLITICS.

  90. Salam hormat buat YAB Tun berdua.
    Sinisnya artikel Tun kali ini.
    1. Salah dalam pemilihan calon?
    2. Kemenangan yang mengkagumkan sehingga kajian mendalam diperlukan?
    3. Menteri Kewangan?????
    4. Siapa yang makan chili, siapa pula yang merasa pedasnya.
    Jaga diri Tun berdua.

  91. Salam tun,
    Tercari-cari butang read more tapi tiada. Rupa-rupanya hanya ada 3.
    PRK dah selesai, seharusnya masing-masing kembali kepada tugas pemerintahan. Bukan?
    What makes me proud of malaysian politicians, that they are truly ‘politicians’.
    We choose them to be a ‘country managers’ instead. Right?

  92. Tun satu satunya jaguh dimalaysia yang berani mebantai apa saja yang tidak kena di dalam UMNO.tentu ada yg tidak setuju.Sebab mereka lebih mementingkan kemenangan dari kebenaran.Walaupun tun tisap tapi sebenarnya btul,jika pelaku kesalahan rasuah politik terus dibiarkan benarkah UMNo sudah benar benar berani melakukan pembersihan didalam UMNO ???

  93. salam Tun..
    mula nya saya terkejut juga dengan komen Tun ttg pencalonan ISA,tp bila tengok tempat dan masa Tun keluarkan statement tu saya senyum jer.. mmg saya akui ade betul apa yang Tun cakap kan..
    tp jika dikira dari segi sokongan kepada ISA adalah dari akar Umbi DUN bagan pinang dan seluruh rakyat jelata di N9. mmg sejarah politik ISA ade terpalit Noda Hitam yang boleh dipersoalkan dan dipanjangkan dan dicabar. tetapi demi perpaduan parti dan umat melayu ISA menerima nya dengan penuh keredhaan Qada dan Qadar dr Allah Yang Maha Mengetahui.
    walaupun digantung ISA tetap bekerja untuk rakyat demi parti tak kira di PD dan Parlimen Jempol. ISA menjadi pilihan hati rakyat kerana sejak dari bawah sehingga dia berada diatas sifat kerakyatan dan senyuman dan seloroh nya tetap sama tak berubah sedikit pun. sbb itu semasa penamaan untuk calon dan penamaan calon sehingga selesai DUN bagan pinang sentiasa meriah dengan jentera Parti BN yg bekerja keras menangani Provokasi PR dan PAS.Alhamdulillah dengan kehendak Nya jua ISA menang dengan majoriti yang amat2 selesa,membuatkan PAS dan PR mula memainkan lagu lama bila kalah..
    saya rasa Tun lebih mengetahui ISA dengan mendalam kerana dia berada dalam pimpinan Tun sejak dulu lagi..
    Insyaallah semuanya telah selesai. dan saya ingin ucapkan tahniah kepada jentera pemuda UMNO dari semua bahagian dan cawangan yang bersungguh2 menangani provokasi PR dan PAS. tidak lupa semua skali jentera2 UMNO dan BN yang turut sama.. berat sama dipikul ringan sama dijinjing, sebagai tanda muafakat walau oank dan duri datang melanda.
    salam perjuangan untuk semua. dan pesanan utuk PAS,DAP,PKR.. pemuda,puteri dan putera UMNO tidak gentar dengan Provokasi anda,mainan politik kotor anda semua dalam kocek kami hehehehee

  94. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    SEPERTI YANG TELAH KAMI KATAKAN ‘MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU’ MAKA KEMENANGAN ISA SAMAD (CALON BN) BUKAN NYA SESUATU YANG BOLEH KITA BANGGAKAN SANGAT KERANA PADA HEMAT KAMI IANYA ADALAH SATU ‘POLITICAL PLOY’ BY THE OPPOSITION TO GIVE PM NAJIB THE CONFIDENCE TO CALL FOR A ‘SNAP’ GENERAL ELECTIONS.
    TO NAJIB RAZAK, PLEASE DON’T FALL INTO THEIR ‘TRAP’
    PERHAPS, THE PM SHUD LISTEN TO THE SONG ‘VINCENT’ AND WE BELIEVE THE 1ST LADY SINGER CUD RENDER IT WITH ‘FEELINGS’ WITH ISA SAMAD AS HER BACK-UP SINGER.
    ALFATIHAH, AMIN.
    ps. You proved us right on the candidacy of Isa Samad and perhaps you’d prove us right again by replacing Datuk Seri Mohamad Hasan, the present MB with Isa Samad. Perhaps, this time your reason wud be that he is popular and close with the Yang diPertuan Besar and his subjects..TWO AIN’T ENOUGH?

  95. Politik wang adakah sama dengan rasuah?
    Tan Sri Isa confirm salah dalam politik wang tapi adakah beliau juga terlibat dalam RASUAH?
    Jika terlibat maknanya BN galakkan rasuah.Jika politik wang bukan rasuah makanya kemenangan Tan Sri Isa adalah diterima.
    Syabas Tan Sri Isa diatas kemenangan sebagai wakil rakyat Bagan Pinang.
    http://www.zoompanas2.com

  96. There are numerous of PAS supporters switch side during the by election.
    I am certain about this info. Most of them, disagreed with the current leaderships.
    They also claim that, the current PAS is not holding to what PAS was created for, Islam. Also, the picture of Najib and Nik Aziz. Need no explanation on this.

  97. Salam,
    Saya sedih dan juga ada sedikit kegembiraan calon BNasional menangi pilihanraya di Bagan Pinang.
    ****Sedih****
    Orang Bagan Pinang tak kisah samada calon didapati bersalah rasuah. Tak kenal betul dan salah. Salaha tetap salah.
    Hanya satu cara saja untuk membersihkan nama Tan Sri Mohd Isa Samad iaitu UMNO perlu menakrifkan semula amalan rasuah. Sekiranya apa yang dilakukan oleh Tan Sri Isa hanyalah satu amalan biasa di kalangan ahli UMNO untuk merebut jawatan, dan secara moral tidak menjadi kesalahan.Maka Lembaga Disiplin haruslah menilai semula takrifan rasuah. Dengan cara ini Tan Sri Isa boleh dianggap bebas rasuah kerana berlaku kesilapan teknikal berkaitan takrif rasuah. Jika tidak nama Tan Sri Isa dan UMNO akan menjadi kenangan sejarah bertahun2 lamanya.Mungkin jadi bahan sejarah buku teks pelajar abad akan datang?
    ****Gembira*****
    Barisan Nasional kembali mendapat kepercayaan kaum bukan Melayu.
    Satu petanda baik. PAS tak diterima oleh kedua2 kaum Melayu dan kaum India. Pakatan Rakyat dah buat kesilapan berkaitan kuil di Shah Alam. Orang Melayu tak puas hati dan orang India pun tak puas hati. saya ingat Pakatan rakyat mungkin kena siap kemaskan fail depa di Selangor sebelum berakhir PRU13. Begitu juga di Kampung Buah Pala Pulau Pinang, rakyat dah tahu perangai sebenar pemimpin Pakatan Rakyat.Perkataan mudah saja iaitu Tak boleh harap!Cakap saja lebih!

  98. Wow happynya menang menang. tetapi ingat kena jaga baik baik kalau tak hancur pula .Tetapi INGAT SEMUA kita mesti menjaga keamanan MALAYSIA negara yang tercinta.
    Tak apa Tun ,keep up the work !!!! jaga kesihatan

  99. Tun,
    Saya juga gembiran kerana dalam ramai -ramai yang memberi komen, saya mengemukakan pandangan yang berbeza dari komentar lain, saya telah menyokong pencalonan Tan Sri Isa.
    Pengajaran dari kemenangang ini adalah UMNO masih memerlukan muka lama dan semangat lama, perubahan dari segi calon boleh berlaku tetapi ianya hendaklah diterima oleh rakyat dan yang paling penting orang UMNO itu sendiri.
    Kekalahan teruk UMNO pada PRU12 adalah campurtangan rakus “Pemuda” dan tingkat 4 dalam meletakkan calon yang tidak mengambil kira sama ada calon itu diterima oleh rakyat dan orang UMNO itu sendiri.Maka berlakulah sabotaj besar-besaran dari rakyat.UMNO dan BN tidak akan teruk pada PRU12 jika tiada sabotaj dari orang UMNO dan BN sendiri dari segi kempen atau undi.
    Cukuplah campurtangan “Pemuda” dan tingkat 4.Enough is enough. Kekalahan sesuatu perjuangan bukannya serangan luar tetapi sabotaj/tiada sokongan orang kita sendiri yang tidak berpuashati dengan kezaliman kita sendiri.Jagalah dan menangilah hati orang kita sendiri sebelum terhegeh -hegeh meminta sokongan orang luar.

  100. Salam Tun,
    I strongly agreed with what you have highlighted just now. Remember, people nationwide are closely monitoring what happened now. Maybe this is the last victory BN managed to get. One win, and BN needs to fight hundreds more! Who will be answerable? It’s the ones who allow this Isa to enter the mainstream politics back. So sad…

  101. assalamualaikum Tun yg di hormati,
    lama benar sy tidak post comment tetapi tetap kerap melawat blog tun ni cuma terlalu sibuk dgn urusan..apa pun terlebih dahulu selamat hari raya aidil fitri kepada tun sekeluarga dan pengunjung2 blog ini..!!
    lumrah hidup ini kekadang kita silap, salah dan khilaf ,kekadang kita betul dan benar. saya pun ingat BN akan kalah kerana calon BN ada rekod tidak baik sebelum ini. Namun manusia mana tidak buat salah,mungkin tan sri isa telah bermuhasabah diri dan cukup memperlengkapkan diri untuk mencuba sekali lagi.saya nampak kali ini jentera2 BN serta penyokong2 lebih ‘berapi’ .Tahniah!
    Tun, saya terkekeh ketawa pasal Barack Obama terima anugerah nobel keamanan baru2 ini…apa sumbangan beliau ..?
    begitu tidak logik para juri2 mangkuk hayun tersebut. Bagi saya Tun lebih layak kerana dari dulu sampai sekarang tanpa jemu perjuang isu jenayah perang dan pembebasan palestine!! nampaknya susah sekali pemimpin dari dunia islam nak dapat penhargaan ‘nobel prize’!!
    saya kagum dgn Tun w/p dalam usia 80an masih mahu menyumbang kepada negara /dunia w/p sudah ada pelapis2 muda namun yg pasti ‘buluh’ tidak akan pernah sama dengan ‘rebung’.
    akhir sekali, apapun di kata orang, biarlah mereka kerana mulut tempayan mmg tak boleh ditutup rapat ,biarlah keikhlasan kerja kuat dan idea Tun selama ini untuk kesejahteraan rakyat dinilai Allah swt saja bersama mereka2 yg boleh berfikir dgn baik tanpa prejudis.
    wassalam.

  102. BN won solely due to the candidate and I’m sure Umno and BN knows this fact. I feel BN and its component party leaders should stop boasring over the thumping victory and study what Isa did or has been doing since he was elected as a people’s representative almost 30yrs ago.
    He must have done something right for the people to support him with such overwhelming majority.
    p/s MIC for one must stop claiming any credit for the Indins have NOT returned to the ailing party, they just came back (including the Malays and Chinese) because Isa had served them well before and they simply trust him.

Comments are closed.