1. Parti Pejuang Tanah Air sebelum ini telah umum bahawa kami tidak akan turut serta di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
2. Walau bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan Pejuang dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon bebas.
3. Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.
4. Saya harap dengan penjelasan ini tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding.