1. Najib tolak perjuangan UMNO untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO beralih kepada rasuah “Cash is King”.
2. Najib percaya dengan sogokan secara besar-besaran dia tidak boleh kalah.
3. Oleh itu tidak perlu sembunyi jenayah yang dilakukan. Berbillion Ringgit dicuri untuk sogok UMNO dan pengundi di hadapan mata rakyat.
4. Tetapi dia kalah. Dan segala jenayah yang dilakukan terang-terang menghasilkan hukuman penjara dan denda.
5. Hanya mereka yang taksub dengan duit yang diberi oleh Najib sahaja yang masih menerima Najib sebagai boss dan cium tangannya.