1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”. Tambahnya, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.”
2. Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya.
3. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah.
4. Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.
5. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi Kerajaan PH dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.
6. Saya menyertai usaha untuk menyedar orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu.
7. Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan UMNO.
8. Perhalangan pelancaran ini bermakna Kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan UMNO.
9. UMNO tidak bantah. UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya.
10. Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera lain.
11. Apabila Kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi ini, ia mengkhianat janji dalam Perlembagaan Negara.
12. Sebab itu orang Melayu patut tentang Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.