PELABURAN


1. Saya alu-alukan pelaburan berbillion Ringgit supaya peluang kerja seramai 30,000 diwujud di United Kingdom (UK).

2. Ini memang cara Malaysia. Kita selalu bantu orang yang lebih kaya dari kita.

3. Lihat Singapura. Kita jual 250,000,000 gelen air mentah dengan harga 3 sen bagi 1000 gelen supaya Singapura boleh jual air yang ditapis dengan RM36 bagi 1000 gelen. Tiap tahun Singapura untung tiga billion Ringgit.

4. Kita juga melabur di Amerika dengan membeli Dollar Bond. Ini samalah dengan memberi pinjaman kepada Amerika. Dengan duit itu Amerika Syarikat boleh buat senjata untuk dijual diseluruh dunia termasuk kepada Israel.

5. Jika Israel tidak mampu bayar, Kerajaan Amerika Syarikat akan beli senjata dari pembuat senjata Amerika untuk dihadiah percuma kepada Israel.

6. Kita bantu Amerika Syarikat sebab dia kaya. Itu dasar kita. Konon terdapat kemungkinan UK labur di Malaysia. Itu kemungkinan! Kita belum nampak pelaburan UK. Mungkin tersembunyi seperti lain kenyataan tiap kali lawatan ke luar negara.

7. Kita tunggu Belgium dan E.U. (European Union).

8. Pelaburan mungkin datang.

9. Tetapi kita labur di Eropah dahulu supaya mungkin E.U. labur berbillion di Malaysia.

Leave a Reply