1. Ramai yang mendakwa mereka takut. Saya tanya takut apa?
2. Takut Kerajaan!
3. Kenapa takut Kerajaan?
4. Kerana tidak boleh silap sikit akan disoal oleh Polis.
5. Sekarang tidak boleh cakap 3R.
6. Tetapi masalah yang timbul ialah yang berkaitan dengan 3R.
7. Mereka Melayu.
8. Tidak boleh cakap pasal Melayu.
9. Mereka beragama Islam.
10. Tidak boleh cakap pasal Islam.
11. Mereka nak rujuk kepada Raja.
12. Jangan cakap pasal Raja.
13. Jangan cakap berkenaan Addendum.
14. Jangan tiup whistle. Awak akan disiasat.
15. Jangan politikkan itu dan ini.
16. Wakil rakyat pun tidak boleh cakap dalam dewan.
17. Cakap. Kena gantung tak bertali.
18. Sebab itu mereka takut.
19. Bukan sahaja akan disoal oleh polis.
20. Boleh masuk dalam tahanan pun.
21. Bukan sehari dua, tetapi berbulan.
22. Undang-undang kata kalau salah dakwa di mahkamah.
23. Tetapi tak perlu. Reman sahaja. Atau salah guna undang-undang.
24. Masuk dalam tahanan tidak beza dari hukum penjara.
25. Mahkamah tak perlu.
26. Sebaliknya ada yang sedang dibicara dalam mahkamah tetapi stop.
27. Bukan sahaja itu. Jadi Menteri pula.
28. Sekarang nak tukar cara hakim dipilih.
29. Sudah tukar pentadbiran dewan-dewan.
30. Reformasi – tutup mulut rakyat itulah re-4-ma-si Liau-Liau.
