1. Malaysia mempunyai perlembagaan tertulis. Apa dianya perlembagaan.
2. Perlembagaan adalah undang-undang asas. Bagi sesuatu negara perlembagaan menentukan had (limit) apa sahaja yang boleh dilakukan. Ini termasuk undang-undang dan dasar yang boleh diterima oleh negara.
3. Mengada had ini amat penting. Ini disebabkan undang-undang dan dasar yang boleh dibuat mungkin bertentangan dengan asas-asas dan ideologi negara. Jika ini berlaku pentadbiran negara boleh mencetuskan huru-hara dan rakyat menghadapi keadaan yang tidak menentu.
4. Untuk menentukan sama ada undang-undang dan dasar tidak mematuhi peruntukan perlembagaan, mahkamah berhak semak sama ada mematuhi perlembagaan atau tidak.
5. Keputusan yang dibuat oleh mahkamah hendaklah dihormati. Ini juga diperuntuk dalam perlembagaan.
6. Tidak ada sesiapa yang berkecuali dalam mematuhi perlembagaan. Tidak ada individu, institusi, bahkan Kerajaan yang terkecuali dari mematuhi perlembagaan. Segala pencabulan peruntukan undang-undang atau percubaan melulus undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan boleh didakwa dan disaman oleh sesiapa sahaja.
7. Yang jelas ialah perlembagaan menentukan kesejahteraan dan keselamatan negara bangsa. Ia adalah asas kepada segala tindakan oleh semua pihak. Siapa sahaja boleh dakwa bahawa pihak tertentu sudah menentang perlembagaan. Dan menjadi tanggungjawab mahkamah membicara tuduhan yang dibuat dan memberi hukuman.
8. Inilah cara demokrasi dan inilah yang perlu diamal oleh semua pihak yang dikehendaki menerima perlembagaan sebagai asas negara.
