1. Apakah bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu? Bahayanya ialah
kehilangan negara mereka. Bagaimana ini boleh berlaku?
2. Ia boleh berlaku kerana separuh dari Semenanjung sudah pun terlepas
dari pemilikan orang Melayu. Kita tahu semua kawasan bandar sudah
tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu. Calon Melayu tidak boleh
bertanding di kawasan bandar.
3. Sekarang bandar-bandar membesar, tiga atau empat kali ganda. Dan
kawasan pinggir bandar yang sudah jadi sebahagian dari bandar juga
tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu. Mereka sudah jual tanah mereka.
4. Hampir semua dari ladang besar milik penjajah dahulu juga terlepas dari
pemilikan Melayu. Demikian juga dengan kawasan perumahan mewah,
kawasan industri, kawasan theme park, ladang-ladang pertanian dan
lombong. Semuanya tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu. Hampir
keseluruhan Pulau Pinang tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu.
5. Dengan kehilangan tanah milik orang Melayu, kawasan-kawasan pilihan
raya Melayu juga akan berkurangan. Ini diburukkan lagi apabila orang
Melayu enggan mengundi.
6. Di masa yang sama orang Melayu berpecah sehingga tidak ada parti
Melayu yang mungkin menang cukup bilang untuk diri Kerajaan.
7. Sebaliknya jika orang Melayu bersatu dan meletak hanya satu calon
sahaja bagi tiap kawasan, besar kemungkinan calon itu akan menang.
Sudah tentu jika semua pengundi keluar undi kemenangan lebih
terjamin.
8. Penyelesaian masalah yang dihadapi oleh orang Melayu memang ada.
Caranya ialah dengan orang Melayu bersatu. Ketepikan parti atau NGO.
Semua berada di bawah satu payung besar sebagai orang Melayu.
Perjuangan mereka ialah untuk selamatkan Tanah Melayu ini sebagai
Tanah Melayu.
9. Mampukah orang Melayu menyelamat orang Melayu dan negara
mereka. Rata-rata didapati orang Melayu miskin. Kemiskinan menjadi
orang Melayu lemah.
10. Tetapi orang Melayu berjaya menabung. Permodalan Nasional Berhad
(PNB) dimiliki oleh orang Melayu dan tabung PNB berjumlah berbillion
Ringgit. Demikian PNB dapat mendiri bangunan 118 tingkat yang
menelan belanja berbillion Ringgit.
11. Jika orang Melayu berjaya mendiri Kerajaan, dana-dana yang dikuasai
oleh Kerajaan boleh juga bantu mengatasi kemiskinan orang Melayu.
Umpamanya Bank Negara memiliki reserve sebanyak USD120 billion.
Ini sama dengan RM400 billion.
12. KWSP mengumpul hampir satu trillion Ringgit. KWAP juga mempunyai
berbillion Ringgit. Tabung Haji juga memiliki berbillion Ringgit.
13. Untuk elak dari Tanah Melayu dijual, dasar boleh diperkenal bahawa
penjualan tanah dibeku melainkan jika pembeli ialah dana-dana yang
disebut di atas.
14. Walaupun tanah tidak boleh dijual, tetapi ia boleh disewa atau lease.
Dengan itu projek-projek boleh diteruskan. Nilai tanah akan meningkat
apabila dibangun. Pemilik tanah akan dapat hasil dari kenaikan nilai ini.
15. Walaupun tindakan-tindakan ini boleh selamatkan pemilikan tanah oleh
orang Melayu, tetapi penyelesaian masalah tidak dapat di atasi.
Akhirnya masalah kemiskinan orang Melayu perlu diatasi. Kemiskinan
boleh diatasi hanya dengan orang Melayu mengambil bahagian dalam
perniagaan dan perusahaan. Untuk ini sikap dan sifat yang ada pada
orang Melayu perlu diubah.
16. Sebenarnya Malaysia kaya dengan berbagai punca kekayaan. Tanah
umpamanya adalah asset yang boleh perkayakan orang Melayu.
Demikian juga sungai dan laut. Iklim Malaysia juga sesuai dengan aneka
jenis perniagaan dan perusahaan.
17. Tetapi tidak banyak dari aset-aset ini dieksploitasi oleh orang Melayu.
Sebaliknya mereka rela supaya aset ini dieksplotasi oleh orang asing.
18. Jika orang Melayu berhasrat untuk kurangkan kemiskinan, cara yang
terbaik ialah dengan mereka berusaha eksploitasi aset mereka sendiri
ataupun mengambil bahagian dalamnya.
19. Nilai hidup pegangan orang Melayu juga perlu dibetulkan. Kegemaran
terhadap cara-cara yang mudah menyebabkan orang Melayu pilih kerja
bergaji dan tidak perniagaan. Nilai hidup ini perlu dialih supaya sanggup
hadapi yang tidak mudah dalam usaha mengejar kejayaan dan
kekayaan.
