YB DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI, UMNO


1. YB Datuk Seri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dari
UMNO, menyata bahawa perjanjian Anwar dengan Trump tidak boleh
undur.

2. Tetapi dia juga berkata bahagian yang berat sebelah yang menguntung
Amerika boleh dikaji.

3. Untuk apa kajian hendak dibuat jika tidak boleh diubah.

4. Johari, ahli UMNO dan wakil-wakil rakyat UMNO sebenarnya terima
perjanjian ART walaupun tergadai kemerdekaan. Secara langsung
UMNO bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

5. Inilah perjuangan UMNO sekarang – menggadai Malaysia untuk
selamatkan pemimpin yang sakau. Biar negara hancur supaya
penjenayah selamat.

6. Anak cucu kamu akan kutuk kamu.

Leave a Reply