PERPADUAN – PARTI

1. Pada satu masa dahulu Melayu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO.

2. Mereka berjaya mengalah British.

3. Yang penting bukan UMNO tetapi perpaduan melalui UMNO.

4. Hari ini ramai yang berpendapat UMNO yang kalahkan British. Jadi parti boleh beri kemenangan.

5. Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecahbelah orang Melayu. Mereka bersaing sesama mereka. Tidak mungkin ada antara mereka yang menang.

6. Mereka kalah. Negara tergadai.

7. Tanah Melayu sudah jadi tanah orang lain.

8. Siapa silap.

9. Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang terakhir bagi orang Melayu.

Leave a Reply