1. Kita sebagai orang Islam menerima semua ajaran Islam. Tetapi kita tidak dapat faham dengan mudah semua ajaran islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih. Justeru kita terpaksa bergantung kepada orang yang faham untuk terjemaahan dan tafsiran.
2. Mereka ini memang arif kerana mereka mendalami dalam bidang agama, termasuk membaca kitab-kitab tafsir selain dari Al-Quran dan Hadith. Tetapi mereka bukan Nabi. Sebaliknya mereka adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa mereka lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Sebab itulah kita dapati perbezaan antara tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh mereka berkenaan perkara yang sama. Kadang-kadang perbezaan tafsiran mereka begitu ketara sehingga mereka dan pengikut mereka sering bermusuh dengan yang lain sehingga membunuh dan berperang. Kita baca berkenaan pengebom Syiah menyerang dan membunuh puak Sunni dan sebaliknya. Demikian juga dengan pengikut-pengikut pentafsir lain, Ahmadiah umpamanya.
3. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam dan ulama yang berlainan.
5. Dalam politik juga terdapat kumpulan Assabiah ini. Kerana taksub dengan ajaran pemimpin, mereka tidak lagi menyoal apa sahaja ajaran yang disampaikan. Mereka terima dan telan, bahkan mereka akan bermusuh dengan sesiapa yang tidak percaya dengan ajaran pemimpin mereka.
6. Setelah taksub sebarang penjelasan akan kesilapan dan kesalahan ajaran pemimpin mereka akan ditolak secara buta-tuli. Ini ajaran pemimpin mereka, maka inilah sahaja ajaran yang betul. Jika pemimpin kata yang hitam itu putih maka mereka akan angguk “Ya, itu memang putih”. Demikian puak yang taksub ini, puak assabiah ini. Hidung sudah dicucuk dan di mana diheret mereka turut dan pergi.
7. Berpecahnya umat Islam adalah kerana taksub kepada ajaran pemimpin. Al-Quran secara jelas memang menegas orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi apabila pemimpin berkata Islam menyuruh orang Islam berpecah-belah, yang taksub kepadanya akan berkata “Ya, benar Islam menyuruh orang Islam berpecah belah”, seperti kata pemimpin mereka.
8. Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.
9. Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata “Kafir! Kafir!”. Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.
10. Demikianlah dengan puak Assabiah, puak yang fanatik setia kepada pemimpin dan kumpulan mereka. Yang utama bukan ajaran Islam walaupun amat jelas. Yang diutamakan ialah kata-kata pemimpin mereka.
11. Hari ini umat Islam berpecah-belah kerana fahaman yang berbeza-beza berkenaan ajaran Islam. Di negara tercinta ini juga orang Melayu Islam berpecah-belah. Mereka berpecah dan menolak sebarang usaha untuk menyatupadukan mereka mengikut ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran. Pemimpin mereka dan cita-cita besar pemimpin mereka untuk ke Putrajaya lebih utama bagi mereka dari ajaran Islam. Oleh itu Islam dan ajarannya yang sebenar boleh diketepikan untuk tidak menakutkan orang bukan Islam kerana sokongan mereka ini lebih utama daripada negara Islam dan hukum-hukumnya.
Salam Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,
1. Ibn Sulaiman dan Syd Alwi tu taksub habis kat PAS yg dia sendiri mengaku PAS ada banyak salah.
2. Takkan lah tak tahu, taksub kamu tu membawa bencana bukan kpd diri kamu saja, tetapi kepda umat Nabi Muhammad saw yg berada di Msia bumi sejahtera ini!
3. MasyaAllah…………… tinggalkan PAS Nik Aziz tuuuuuuuuuu.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,
1. Puak taksub dan assabiah ini sebenarnya telah di bodohkan oleh pemimpin mereka.
2. Pemimpin mereka ghairah untuk berkuasa, maka untuk meneruskan dan meluaskan kuasa walaupun dah Nyanyuk, orang bawah perlu dibodohkan sehingga terus menyokong.
3. Walaupun perkara yg terang2 salah dalam Islam, si taksub dan assabiah ini sokong juga.
4. Mereka ini spt kata pepatah sokong membawa rebah.
5. Wahai si taksub dan assabiah kamu akan selamat dunia dan akhirat jika menolak pemimpin yg jelas :
a. Memperalatkan agama Islam
b. Mengkafirkan orang Islam yg jelas beriman dengan Allah dan Rasul,
c. Mendakwa Allah (yg maha suci) itu mencarut
Dr Syed Alwi,
Corruption is a disease that has to be faced by all parties. It exists in all forms, including during every party elections. It may be of UMNO,PAS,PKR, DAP et al.
Remember the PKR party elections. Thousand of complains are still awaiting for answers but are swept under the carpet.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH, (TGDrM)
Sbg Tn Guru, Dr Mahathir teramatlah layak untuk :
1. Mendidik
2. Menunjuk ajar
3. Memberi nasihat
4. Memberi pesan
5. Memberi peringatan
kepada semua rakyat Msia, kerana pengalaman TGDrM menjadi Perdana Menteri yang ada melihat beberapa kelemahan kepada rakyatnya, terutama ahli PAS yang dibodoh-bodohkan oleh pemimpinnya, supaya ahli PAS tidak taksub seperti babi yang buta.
SALAM,
TK DIATAS PANDANGAN TUN YANG BERNAS…
Salam,
Generasi Y dan yang seangkatan, jika ada kesempatan sila email saya ([email protected]).
Saya perhatikan makin bertambah golongan muda yang celik tentang pembohongan pembangkang yang penuh fitnah tetapi adakalanya ragu-ragu. Mungkin kita boleh bergabung dan memainkan peranan untuk membantu anak muda berlapang dada.
Bagi yang menyatakan kami diperbodohkan oleh Tun, ingin saya respond: Tidak, kami tidak diperbodohkan kerana insya Allah kami tidak bodoh.
Insya Allah Tun, andainya Tun menjadi imam, saya tidak ragu untuk menjadi makmum. Saya akan ragu untuk menjadi makmum di belakang imam yang memakai serban tetapi mengkafirkan orang lain, ingin bekerjasama dengan syaitan, mengatakan Allah mencarut, Allah samseng, memperkotak-katikkan kalimah Allah dalam suasana majmuk Malaysia, menghalalkan darah saudara dan banyak lagi penyelewengan aqidah dan akhlak.
Sesunggunhnya saya yakin, Rasulullah tidak hadir untuk membawa serban dan jubah semata-mata tetapi baginda diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam- din yakni Islam sebagai cara hidup.
Wallahua’lam,
Khairul
-YB Zul, terima kasih atas posting yg bernas!
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH
1. Raja Ahmad Al Hiss Naib Pemuda PAS pun dah pandai putar belit (rujuk : sikap ADUN DAP Sarawa yg menghadiri persidangan)
2. Kesian tok nik azih, ilmu putar belitnya dan merebak.
3. Wahai ahli PAS inilah akibat taksub yg tidak guna akal.
Assalamualaikum wr wb,
Dear dysh.shdy,
You are just making excuses. If there is a political will to eradicate corruption – then many things can be done like a reasonable salary scale, harsh punishments and so on. What I see is that BN itself perpetuates an environment that is rife with corruption.
I blame UMNO for this culture of tolerance towards corruption. Until UMNO cleans up its act – PAS will continue to rise.
Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)
Assalamu’alaikum wr wb,
Tuan Guru Dr Mahathir yang di Rahmati Allah,
1. Tok Nik Aziz dan Lebai Hadi Awe, mereko tu…. tukang karut
2. Ahli PAS pulok, taksub abih…. ikuk(t) mengaghut gilo, goye2 bade, tepok2 tange, seghonok2 dok lenggok kepalo
Wahai saudaraku no. 1 dan no. 2, orang ramai sentiasa berdoa kamu kembali kepada UMNO parti kamu yang asal, janganlah terus begitu, merosakkan diri, bangsa, tanah air dan agama Islam yang suci.
Allahu Akbar!
Salam,
Mohon izin beri pendapat kepada “shahiran on June 19, 2011 6:30 PM” berkaitan maksud kafir .
Takrifan kafirun yang paling tepat adalah Al Quran Surah Al Kafirun
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Salam.
Tuan Dr. Syed Alwi.
Allow me to quote your comment earlier :
“Tapi adakah UMNO suci ? Come on Tun – you bukan tak tahu yang UMNO tu terlalu corrupt – rasuah, politiks wang dan politiks feudal adalah penyakit UMNO!”
and your 2nd comment replying to my comment :
“Yang buat gejala rasuah di Malaysia berleluasa – ialah gaji kaki tangan awam yang rendah serta kebebasan MACC yang tersekat dan terhad.”
i dont know which one you blame most, the UMNO or the government servant.
but nevermind, that is ur opinion. i respect it for the sake of freedom of speech.
anyhow, saya ingin menarik perhatian Dr.
menaikkan gaji belum tentu menjamin seseorang daripada tidak melakukan rasuah. apa yang berlaku di Singapore sudah tentu tidak sama dengan apa yang berlaku di Malaysia. Lihat sahaja di Japan, gaji mereka tidaklah tinggi jika dibandingkan dengan kos hidup mereka di sana. Tetapi masih, mereka bekerja kuat. kerana apa? BUDAYA HIDUP MEREKA.
menaikkan gaji tanpa mewujudkan satu sistem yang boleh mengawal perlakuan rasuah adalah sia- sia. kita tahu, manusia ini mempunyai keinginan berbeza2. sudahlah, saya tidak akan mengulas panjang hal ini.
tapi saya ingin sentuh berkenaan dengan kebebasan MACC yang tersekat dan terhad seperti yang Dr. laporkan.
adakah apabila MACC dibiarkan bebas dan tiada had menjamin siasatan yang adil? ini berkait rapat dengan ulasan saya mengenai sifat, perasaan dan sikap manusia yang berbeza2.
Apa yang kita mahukan adalah kebijaksaan para pemimpin ini memikirkan apakah tindakan yang boleh mengawal perilaku ini daripada berleluasa. bukannya sekadar bercakap dan menulis di dalam buku yang bertajuk pelbagai warna “kita akan menghapuskan gejala rasuah”.
nak hapus dengan apa? cakap sahaja budak sekolah pun boleh.
sebab itu saya kurang bersetuju dengan PR dan PAS. kerana pada saya mereka kurang bersedia untuk memerintah. tiada fakta dan idea yang ditawarkan yang boleh meyakinkan saya mengapa mereka harus dipilih.
dan saya juga tidaklah bersetuju sangat dengan BN. kesannya, mereka hilang 1 undi saya masa pilihanraya lepas. kenapa? kerana saya kurang yakin dengan kerajaan masa itu. dan undi sahajalah cara yg saya ada untuk menyedarkan mereka. tetapi bukan bertempik di jalanraya sekaligus menyusahkan dan membahayakan orang lain.
tetapi BN hilang 1 undi je. dan seperti yang saya cakap pada komen sebelum ini, BN tidak sempurna dan suci. tetapi saya ingin melihat mereka cuba berusaha mencari kesempurnaan dan kesucian. buang mana yang menumpang, pertahankan mana yang betul2 memandu Malaysia ke jalan yang betul.
buat PAS dan rakan2 PR yang lain, saya harap anda dapat menjadi pembangkang yang bijak, berintegriti dan berkredibiliti dalam menyaingi BN, serta menjadi check n balance pada setiap polisi yang diambil oleh BN. buat lah dengan bijak dan penuh tanggungjawab.
ini adalah komen terakhir saya untuk post ini.
yang ikhlas dari :
kelompok generasi Y.
A;kum Tun,
In the name of God Most Gracious Most Merciful
Tun,
How are you? I hope everything is good with you and your family. I pray that Allah will continue to give His blessing upon our beloved country, Malaysia and its people.
Now allow me to say few words about Kafir.
To me Kafir is someone who does not believe in God/Allah. He or she can be Muslim, Christian, Jewish or anyone and not be called Kafir.
Kafir are those who do not believe in God. They can be anyone too. As long as they have religion and believe in God, then they are not kafir.
This is my understanding for word Kafir.
On the issue of some parties rather see Muslim brothers to be enemy with one another instead of friends, I would say politic is dirty. They would do anything just to win seats and gather votes. Even breaking the relationship among the Muslim brothers or even family members.
Now PAS has changed to be ‘negara kebajikan’. Seriously to me, this is what Islam teach us to do. Perfectly fine. We should not side anyone when we help. We should just help with sincere heart and hope for the best from God. God does not allow us to be racist, and create hatred among the people. That is the teaching of Satan. God knows who they are, and He will deal with it fairly.
I agree with you Tun, when u said that Prophet Muhammad brought only one message and one religion which is al quran and Islam. So therefore, we should all follow that and stick to that, consistently believe in God and ask for His guidance. Insyallah we will be among the righteous.
Anything we do, must always follow the teaching of Prophet Muhammad based on the Koran. It guides us out from darkness to light. God promised is the truth.
But if we choose another source of teaching which divert you from Al Quran and Islam’s teaching, then that is why we have so many sects among us. They even kill each other because of ego. Just to justify their point of view.
Just like when the people of Jews do not accept Jesus when he came to them to give them good news. Jesus only ask them to believe in God and he end up being killed just for that. He did not ask for money, he did not ask anyone to worship him. All he asked was to worship God and yet human are argumentative creature, they killed him.
So to my understanding, it is very hard to convince human to believe in God, Hereafter and lead a righteous in this world together because everyone will have their ego to defend. They will follow their own conjecture. They are just guessing.
Leaders can be very good or bad. And Satan are very smart. They go straight to leaders to influence others to follow the footsteps of Iblis. After all, that was the request made by Iblis to God and God respite them.
So please be very careful when someone is teaching you something that is not according to the Koran. Satan will disturb us from every angle and each minute of our life.
Not just in Malaysia, but all over the world, this problem is becoming worse because none believe in only Koran but many more sources of religious teachings. They think that God is short of words and forget to put all the words in the Koran for our salvation. They think that we need more explanation from the Koran because it is hard to understand. But the Koran said otherwise. It is easy to understand and a fully detailed book. And God described it with Hikmah(Wisdom).
But funnily, many of us think that they are better than God. They think that they can better God and challenged God’s law in the Koran. So when this happen, people are beginning to move into sects and become too extreme with what their leaders teach them. This is very dangerous.
This is just my opinion Tun. Thank you so much for allowing me to write here.
May God bless us all and Malaysia!
Apa yang dipetik Shahiran daripada khutbah Nouman Ali memang masuk akal. Andaikanlah sebuah dunia di mana setiap agama memusuhi orang yang bukan penganutnya. Penganut agama Kristian memusuhi orang bukan Kristian, penganut agama Buddha memusuhi orang bukan beragama Buddha, penganut agama Hindu membunuh orang bukan Hindu, dan sebagainya. Semua kecoh! Mana datangnya ketenteraman dan keamanan?
Agama Islam bukan agama paksaan. Apakah yang dimaksudkan “bukan agama paksaan” jika orang tidak berhak menganuti agama lain? Tambahan lagi, agama Islam adalah agama yang agak muda, berbanding dengan agama lain. Banyak orang sudah menganuti agama lain sejak turun-temurun. Semua orang Islam pada hari ini juga merupakan keturunan daripada nenek moyang yang bukan beragama Islam dan jelas makan babi. Makan babi telah dijadikan penganut Islam sebagai kesalahan terbesar, sedangkan Islam membenarkannya dalam keadaan yang tertentu seperti kebuluran. Namun makan babi bukan dosa yang terbesar dan mutlak, apabila dibandingkan dengan sesetengah perbuatan lain yang jahat… akan tetapi malangnya, ini bukanlah imej yang ingin disampaikan oleh sesetengah penganut Islam. Sebaliknya, pembunuhan dan ugutan atas nama Islam diagungkan. Janganlah pergunakan nama Islam dengan sia-sia jika seseorang sebenarnya memperjuangkan kepentingan diri sendiri. Adakah apa yang saya katakan masuk akal?
Selain itu, imej penganut Islam pada hari ini di seluruh dunia amat tidak menyenangi orang bukan Islam sehingga banyak yang langsung tidak mempertimbangkan Islam sebagai suatu agama yang ingin dianuti mereka. Kita tidak perlu melihat jauh sehingga Timur Tengah di mana pengawal peribadi wanita diupah pemimpin yang memperjuangkan agama Islam. Kan lelaki lebih sesuai untuk tugas sedemikian? Jelaslah penggajian pengawal peribadi itu bukan untuk tujuan perlindungan tetapi untuk tujuan yang lain. Bagaimanapun, biarlah kita jaga tepi kain sendiri daripada menjaga tepi kain orang lain. Kita cuma perlu lihat keadaan di Malaysia pada hari ini. Sejauh manakah falsafah keadilan dan keperimanusiaan Islam diterap dalam pelaksanaan pemerintahan Malaysia pada hari ini? Lihatlah Ibrahim Ali dan gerak balas kerajaan sudah cukup. Yang lain seperti skandal berbilion-bilion ringgit boleh diketepikan. Hal kecil… Malaysia masih kaya dan mampu.
Dear Tun,
I am concerned and worried for the well being of our beloved country, Malaysia. In the newspapers there are reports that opposition parties are planning to hold street demonstrations with the intention finally to bring down the elected government of the day, not by democratic ballot boxes but by riots and bloodshed and anarchy in the streets.
The opposition has taken this bold step simply because may be we have too much peace and they seek some fun to hurl abusive language at the street police by calling the police derogatory names like ‘dogs, pigs, stupid and other provocative taunting’ until the police react physically so that they can say police state or police brutality.
A smart government should not allow any political street demonstration at all. Prevention is better than cure. Street rally can deteriorate into something like in Libya or Egypt. The police intelligence should know the masterminds of such demonstration or its political sponsors and nap them from day one without having to do running battle in the streets of Kuala Lumpur.
I am surprised that the illegal political demonstrations get advertised for free in the mass media.
The government is responsible in maintaining peace and harmony in the country. First and foremost, police intelligence should identify, the organizers and political sponsors of illegal political demonstrations and arrest them and charge them under sedition act or treason. These are serious crimes and the government must take serious views of it.
Secondly, if the demonstrations would still be held, extensive road blocks be erected to disallow demonstrators to congregate at the venues. If the police find evidence of demonstration like hailer, banners, pamphlets, weapons, the police should immediately arrest them and lock them up in police lockups, remand for one week then charge them under sedition act.
Finally, if the demonstration truly takes place, the police must be proactive and seize the initiative in the deadly duel with the demonstrators. Attack is the best line of defense. Like a nation fighting for survival, army, navy, air force, utk, COMMANDO, police dog unit, FRU all must be deployed efficiently, ruthlessly and fast. Corner these illegal criminals and thugs and baton charge them. Put pain and fear into them so that they would not come back again the next day to harass the peace and harmony in our beloved motherland, Malaysia.
amin tan
KAFIR,
US DAN SEKUTUNYA,
DAP DAN SEKUTUNYA,
SEMEMANGNYA SUKA MELIHAT KITA BERPECAH BELAH.
SUKA MENGGUNAKAN KELEMAHAN KITA JIKA KITA TIDAK BERSATU.
KITA NAK BERSATU PUN BUKANLAH PERKARA YG MUDAH.
SERUMPAMA PAS DAN UMNO.
TAK MUSTAHIL KALAU DENGAN KALIMAH YG IKHLAS.
YG PENTING APA JUA PERBEZAAN KITA,
TIDAK PERLU KITA BERSEKUTU DENGAN KAFIR,BAGI MENINDAS KITA SESAMA.
KERANA AKIBATNYA KITA SENDIRI YG MERANA,
JUSTERU ANAK CUCU KITA.
SEKIAN 6JAHANAM.
Assalamualaikum,
Kepada saudara dysh.shdy,
Gejala rasuah boleh di tangani sekiranya kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam – di beri gaji yang secukupnya. Selebih itu MACC harus bebas dari pejabat PM dan bebas menyiasat sesiapa jua.
Yang buat gejala rasuah di Malaysia berleluasa – ialah gaji kaki tangan awam yang rendah serta kebebasan MACC yang tersekat dan terhad.
Kenapa Malaysia tak belajar dari Singapura macam mana nak tangani isu rasuah ?
For as long as you pay peanuts – you will always end up with monkeys !
Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)
Salam Tun! Moga2 sihat wal’afiat.
Sadly said that the current political environment in our country is not to the benefit to the majority of the malays. If we are not careful enough, all the efforts done by our previous beloved leaders will go to drain. The malays are never deeply divided as now and the minorities are enjoying both cakes. They are getting from both sides, irrespective of which sides they are in. The obvious loser is the malays where they have to compromise a lot on many aspects. It may lead to a situations where we may lose everything that have been enshrined in the constitution to protect the malays, even on the status of islam and our language as official religious and language of this country.
The inherent steps toward that are getting more obvious by days.
There are no other choice for the malays. The keyword is unity.
The malays must unite beyond their political boundary. It is very obvious that our religion and race are under dangerous threat. For once, all the malay leaders irrespective of their political parties must unite in order to protect our religion and race. Now is the time, before too late, the leaders to keep their personal interests and agendas aside if we do not want our race and religion to be sacrificed. They should not think of their immediate benefits and agendas but to think beyond that, what will happen to our future generations.
All the leaders must sit down together to iron out whatever differences they have for survival of our religion and race for our future generations. I am afraid that the old proverb, “Tak akan hilang melayu di dunia” will be a history, due to our negligence.
The malay thinkers, ulamas, bloggers, activists etc may play their roles toward the malay unity. Insyaallah.
Salam, may Allah bless you and your family.
Tuan Guru Dr Mahathir, smga di Rahmati Allah
Hakikatnya, NIK AZIZ DAN PAS SUDAH KALAH….
NIK AZIZ dan PAS jika menang pun hanyalah :
Menang mencarut,
Menang menfitnah,
Menang memecah belahkan bangsa Melayu,
Menang mengkafirkan orang,
Menang menyekat pencaraian rezki bangsanya Sendiri,
Menang putar belit,
Menang menipu ahlinya sendiri,
Menang sorak kampung tergadai.
Nik Aziz dan PAS takkan nak mengaku salah…….. habislah sokongan jika mengaku!………… semua orang cerdik tahu perkara ni.
PETIKAN: “Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata “Kafir! Kafir!”. Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.”
Manusia bukan semudah terbahagi kepada orang Islam dan orang bukan Islam (atau kafir). al-Qur’an membahagikan manusia kepada tiga golongan (bukan dua), iaitu: (1) Yang bertakwa; (2) Kafir; dan (3) Hipokrit. Namun mengikut urutan golongan manusianya, hipokrit dibelakangkan, iaitu mereka itu dianggap lebih rendah daripada kafir, walaupun dikatakan beragama Islam.
Semangat UMNO kini, iaitu UMNO Baru, bukannya semangat UMNO asli. Sebahagian besar anggotanya menyertai UMNO Baru bukan untuk memperjuangkan ideologi tetapi untuk mencari kekayaan. Mungkin itulah sebabnya mengapa PAS kini mengubah pendiriannya. PAS kini hanya ada dua pilihan: nak pilih devil ke nak pilih deep blue sea. Dengan pendek kata, bukan semua orang beragama Islam bertakwa, khususnya ahli politik yang kaya.
Kepada Tun dan rakan-rakan seIslam, saya kongsikan isi paling penting disampaikan dalam khutbah Jumaat oleh Nouman Ali Khan di clear lake Islamic center beberapa bulan lalu pasal fenomena sesetengah orang Islam yang angkat bakul rasa diri mulia berbanding orang lain. Bukan tu nak ulas cuma ada sepatah ayat yang buat saya berfikir, ust. Nouman memberi definisi kafir.
ORANG KAFIR = ORANG YANG MEMUSUHI ISLAM. Kafir bukan ‘orang bukan Islam’ tetapi ‘orang yang memusuhi Islam’.
Jadi pemahaman saya:
Kita sebagai Islam adalah bersaudara, kita sebagai manusia juga perlu bersahabat, harmoni, bekerjasama tidak mengira kaum dan agama termasuklah kepada orang bukan Islam, Kristian, Yahudi dll.
Dalam hal Islam, Allah sebenarnya langsung tidak perlukan kita (kita Islam sebab kita perlukan Allah), dan kalau ditakdirkan dengan Kehendak-Nya, kemuliaan kita sebagai orang Islam boleh ditarik-balik bila-bila masa dan diganti dengan orang lain (mungkin ganti dengan orang yang kita cemuh) sekelip masa.
Orang yang kita harus elakkan, berhati-hati, berwaspada berurusan adalah terhadap musuh Islam eg: ZIONIS (Orang kerajaan Israel yang sah anti-Islam dan pengikutnya), PEMERINTAH YANG ANTI-ISLAM (cth: Beberapa president U.S. dan pelobinya), dll. Sebab golongan ini tidak kira betapa baiknya mereka, memang nak jahanamkan orang Islam kalau ada peluang.
Salam Tun dan pembaca budiman semua,
1. Marilah kita semua sama-sama dan beramai-ramai MENOLAK PEMIMPIN YANG:
a. SUKA BERBOHONG – INGAT 16 SEPT 2008? Riuh rendah SEDUNIA tapi last-last sunyi sepi…….. TAKBIR!!!!!
b. SUKA MELIWAT – INGAT Azizan, Saiful, dan lain-lain lagi? – rujuk pelbagai postings dalam blog.
c. PENAKUT – Buat salah, siap ada video klip dan tertinggal jam kat situ.. tapi TAK MAU MENGAKU….. Tuduh orang nu nak tembak dia, orang ni rosakkan brek dia…
d. BERKAWAN DENGAN PUAK ZIONIS – Ingat tak teman-teman baik dia? Rujuk Pendedahan Bekas Setiausaha Dia sendiri beb….
e. SUKA MENYUSAHKAN RAKYAT BIASA – Asyik-asyik demonstrasi, asyik asyik demonstrasi, kesianlah… dekat orang-orang KL. Tak pasal-pasal trafik jam, tutup kedai, Siapa untung? DIA. Siapa rugi? Rakyat. Lu pikirla sendiri beb…..
f. AMAL NEPOTISMA DAN KRONISMA TAHAP PERTAMA Sila tuan-tuan dan puan-puan buat sikit kajian, mana Parti politik kat dunia ni, yang SI SUAMI KETUA UMUM- TAK DILANTIK TAPI JADI KETUA- SI ISTERI jadi PRESIDEN dan Si ANAK jadi NAIB PRESIDEN, all at the same time.. Kalau tuan-tuan jumpa, tolonglah kasi tau kat kitaorang, sebab kitaorang dah melilau satu dunia, cari kot-kot di SOmalia ka, Zambia ka, Uganda ka,ada geng geng yang macam ni- tapi tak da pun parti-parti atau pemimpin yang buat macam ni. Tapi SI DIA NI SORANG- (And this is the biggest joke of all) Mengaku kata dia ni, THE VOICE OF DEMOCRACY!!!! kahkahkahkahkah…. And… an even bigger joke is, HIS FELLOW FRIENDS WHO CONQUER THE WORLD MEDIA, tak kecam dia pun… mengakuuu jer… hahahahahah…. Cuba kalau orang lain, tentu dah siap kena sembelih beb…
g. KELIRU TENTANG HAL-HAL POKOK AGAMA ISLAM. Ingat ucapan tentang Pluralisma agama di London School of Economics? Saya cabar ulamak-ulamak Malaysia, terutama yang dalam PAS. Kalaulah pluralisma agama yang dibawa SIDIA ini benar, betul dan diterima agama Islam, Tuan-tuan wajib sebut dengan terang-terang.Sokong 100%. Biar umat ISlam di MAlaysia dan di dunuia ni tahu. Tetapi jika pluralisma agama ni SALAH, LARI dari landasan agama ISLAM, tuan-tuan ulamak WAJIB tegur, larang, kecam, kerana SIDIA ni memutar belit aqidah orang secara terang-trerang. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!! WAJIB juga ditegur secara terang-terang. Tuan-tuan yang ada ilmu. Tuan-tuan TAHU. Kami ni semua JAHIL!!! TAk TAhu. So, bagi tahulah kepada kami. Jangan asyik bersekongkol saja… sampai tak tahu tuan-tuan sedang bersekongkol dengan apa, dan siapa.
Cukuplah sampai g. Kalau nak list banyak lagi. Tapi yang ni pun dah cukup panjang.
Kepada Tun yang saya kasihi, dan umat MALAYSIA yang saya sayangi, umat yang satu fikir dengan saya, semoga sentiasa mendapat barakah, maghfirah, rahmah, hidayah dan perlindungan ALLAH SWT.
Dari ALLAH SWT kita semua datang, dan kepadaNya kita semua akan kembali untuk bertanggungjawab atas semua amalan kita di dunia ini.
Jaga diri, jaga solat semua.
sikenit: yang dah agak lama menyepi…..tapi tak pernah lupa blog ini
Dearest Tun
1-The only right thing to do for PAS now that it no longer aspire to implement the hudud or islamic state,is to work together with UMNO for the sake of the Malay survival.They could work together as a merged entity taking a whole neutral new Malay or Muslim party.I think the name ‘The Progressive Muslim Party’ may sound appropriate.
2-Or they can just cooperate as members of the Barisan.Nik Aziz however had made it clear that they’ve been once bitten twice shy with the latter.
3-The former will be too challenging as it would require a great amount of sacrice for the more dominant and the incumbent UMNO.In other words this muslim unity thing are only the things they would preach in the Masjids just to show how Islamic and God fearing they are.In reality though the only thing these leaders fear is the loss of actual or potential power.
4-Now that a cooperation between these two powerful Malay parties cannot materialize maybe there is actually a blessings in disguise for the Malays.Just imagine that if the two parties could work together just how formidable the Malays would be.They would surely continue their policies of pampering the Malays with all the special privileges real or imagined.In the end they will continue to keep the Malays ever a dependent race unable to survive without crutches the way they already are or perceived to be now.
5-At the same time just who can arrest this absolutely strong Malay leadership should they commit any excesses.Whenever the opposition dare bring out whatever evident wrong doings they would be conveniently labelled as trying to undermine the Malay supremacy policies and risked being branded anti-Malays.
6- The non Malays will continue to be the second class citizens as they will be regularly reminded of their immigrant origins.Positively however this will make them survival people who will learn to depend on themselves.In the long run it will make ‘men’ out of them.
7-The inevitable collapse of the Western civilization soon to come will pave the way for a new world order,and Chindia will be amongst the new world leaders.Can you imagine the kind of opportunity that will made available to the non Malays then through their cultural links with Chindia.
8-Due to this survival mentality they would surely be fast to exploit the opportunities that would be made available and they would most probably be the more successful people. I wonder then if they would care for the bumiputras who due to their tongkat mentality the majority of whom would be a mediocre people,as the Govt also have their constraints as they cut the subsidies.Now would they feel like one Malaysian,united and caring for the Malays,being reminded so often of their ‘second class’status.
9-I think this two party system would be a better option for the nation in the long run.We have to work towards a true one Malaysia and it could only happen the way things are happening now without the PAS-UMNO cooperation.We must not regress.The rise of Chindia is an inevitable reality that will bring forth great opportunities that all of us must be ready to tap on as One Malaysia.
Thanks Tun
Tuan Guru Dr Mahathir yg dikasihi, dan di Rahmati Allah,
1. Ahli PAS dgn Nik Aziz dan Hadi Awe ni …. spt Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labu Nya. ……….. biarkan-biarkan (infiniti?)
Tetapi lebih teruk lagi !!!!!!!!!!!!!!!1
a. “Kita musnahkan Negara Islam PAS, biarkan-biarkan”
b. “Kita bukan orang Melayu, biarkan-biarkan”
c. “Kito kawe dengen syaite, biarke-biarke”
d. “Kito kato Allah caghut, biarke-biarke”
e. ‘Kito buat saloh agamo tak apo, biarke-biarke”
Wahai Hadi Awe, Nik Azih kembaliloh ke pangkue UMNO parti mu yg dulu
Salam YAB Tun,
Islam itu boleh dikatakan seperti ibarat cahaya. Seperti cahaya yang satu tetapi mengandungi berbagai warna didalamnya.
Sebab itulah berbagai mazhab/cabang/golongan/puak dsn. Tak bolehlah satu warna sahaja mengaku ia adalah cahaya sebenar tanpa mengambil kira warna-warna lain.
Islam itu tidak dapat dimusnahkan seperti juga cahaya. Contohnya kalau warna hijau dimusnahkan, warna biru dan kuning akan bersatu menghasilkan warna hijau.
Satu ciri cahaya yang istimewa ialah ianya mempunyai kebolehan wujud sebagai gelombang dan juga sebagai zarah. Cahaya juga adalah sentiasa bersifat baharu kerana cahaya semalam itu telah berada jauh dihadapan …
Wassalam.
Salam YAB Tun,
Islam itu boleh dikatakan seperti ibarat cahaya. Seperti cahaya yang satu tetapi mengandungi berbagai warna didalamnya.
Sebab itulah berbagai mazhab/cabang/golongan/puak dsn. Tak bolehlah satu warna sahaja mengaku ia adalah cahaya sebenar tanpa mengambil kira warna-warna lain.
Islam itu tidak dapat dimusnahkan seperti juga cahaya. Contohnya kalau warna hijau dimusnahkan, warna biru dan kuning akan bersatu menghasilkan warna hijau.
Satu ciri cahaya yang istimewa ialah ianya mempunyai kebolehan wujud sebagai gelombang dan juga sebagai zarah. Cahaya juga adalah sentiasa bersifat baharu kerana cahaya semalam itu telah berada jauh dihadapan …
Wassalam.
Dear Tun,
UMNO dan PAS, dua-dua “assabiyah”.
Cuma beza UMNO dan PAS; satu taksub dengan Bangsa dan satu lagi taksub dengan Agama.
Ketaksuban “Bangsa” oleh UMNO telah menyebabkan bukan setakat Bangsa Malaysia berbilang kaum berpecah-belah, malah agama Islam pun berpecah-belah. Tahukah kita di Malaysia adanya penganut Islam yang berbangsa selain dari Melayu? Apa beza perjuangan Bangsa di negara lain? Orang Yahudi pun taksub dengan Bangsa dia, ada persamaan dengan UMNO? Orang German Nazi pun taksub dengan Bangsa dia, ada persamaan dengan UMNO? Fikirkanlah bagi yang berfikir.
Saya rasa, kalau lah saya terpaksa taksub dengan sesuatu, biarlah saya taksub dengan Agama kerana saya tidak akan tersesat olehnya (adanya Hadith dan Al-Quran).
Terima kasih kerana sudi membaca warkah saya yang tidak seberapa ini.
Good morning Ayahanda Tun,
261. YB Hisham should avoid using ISA and Water Canons in KL Federal Territory and let PDRM do the job like what Hong Kong Special ADministrative Region and Republic Singapore did to preserve “Parliament Democratic Order” when they were landed with Matured Democracy.
262. BN did that in 1998, the end result is BN lost Muslim and non-Muslim supports in 1999 and 2008.
263. Clear off the chosen area in KLFT and let these “Malay Umno, Perkasa Melayu and Bersih Melayu” to show US their capability and ability in maintaining democracy of no one is above the common law without matured and developed financial institutional back up.
264. Just Wait IT Out by keeping ourselves out of this red territory and let the PDRM and Media Owners do their reporting with maturity, professionalism, safety 1st without fear or oppression.
265. After the storm GE13, we should focus on the “Aftermath Solution” in continuing implementing our 10th National Plan with Fiscal and Monetary Policies rationally and wisely according to World Bank Forecast to “Keep Malaysia Going All The Way.”
266. If our economy is not shared by “ALL 1 MALAYSIANS” fairly and equally after 53 years, then this 10th National Plan will become meaningless.
Good day Ayahanda Tun.
Assalamualaikum Tun
Ramai terlalu taksub dan mengatakan bahawa apa yang di dakwa pada Pemimpin mereka adalah konspirasi dan Fitnah.
Tapi tak terfikirkah mereka itulah kaki Fitnah yang sebenarnya…. menfitnah Tun/Kerajaan bahawa Tun sengaja mengenakan pemimpin mereka akan ketabsubkan mereka sendire, padahal banyak bukti yang dibawa.
Yang panggil diri mereka Ulama dan Tok Guru itulah yang banyak fitnah dan terus memfitnahkan yang UMNO jahat/buruk dan sengaja memerangkap pemimpin mereka. Bukti sains tak terima … padahal Al Quran yang mengajak manusia kepada Sains.
Ilmu hisab. pelayaran,pusingan bumi, mencari kiblat, pergerakan bintang, kejadian bayi dlm perut, cap pada hujung jari , DNA segalanya ada dlm Quran. Kalau penyebar Islam dahulu tak pandai dlm ilmu itu semua dan tak islam kan dato nenek ulama2 Melayu ni mungkin Ulama2 Melayu tu tak Islam lagi.
Taksub bodoh dan tak tahu menilai …. siapa yang mencari kebenaran dan siapa yang menfitnah.
Sedarlah bahawa Melayu lemah sekarang dan terus berpecah..yang untung siapa ?? Hartanah untuk 30% bumipun tak boleh larat nak beli. Yang mereka dapat 70% akan terus tamak lagi dan boleh teruskan ambil 30% yang tak laku. Lama2 habislah Tanah Melayu dan tukarlah nama bukan Tanah Melayu.
Yahoo.. Melayu menang Fitnah dan bergaduh sama sendiri dan gadai masa depan tanah melayu.
Maaf Tun .. terlalu geram terpada yang taksub sangat2 tu.
Salam Hormat dan Sejahtera Ybhg Tun Mahathir,
Dengan rendah diri izinkan saya belajar – Terima kasih Tun.
“Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam dan ulama yang berlainan”.
Tun, yang satu tu nak tambah sikit iaitu satu dan benar berpaksikan Al-Quran – Tak ada tokoh tambah. Nabi Muhammad s.a.w hanya peringatkan umatnya sebagaimana Pentunjuk Allah dalam KitabNya. Tuhan kata Alquran tu lengkap dan terpelihara – Tuhan mengetahui yang nyata dan tersembunyi di langit dan di bumi. Allah Yang Mengetahui, Bijaksana…
Kalau orang nak kata – Saya ni anti-hadis – tak juga, kerana hadis nabi-nabi dalam Alquran saya amat yakini dan percaya adalah BENAR.
Apapun pandangan saudara-saudara dalam blog ini terhadap pendapat dan kefahaman saya di atas – Saya mohon kajilah dan selidikilah serta semaklah dengan Al-Quran. Kerna dengan izinNya jugalah kita manusia dipermudahkan berbuat demikian dengan adanya teknologi ICT. Yang penting carilah dan berusahalah dengan hati jujur dan ikhlas mencari kebenaran. Kerna Allah bukan kerna si polan bin si polan. Sebaik-baik ganjaran adalah dari Allah.
Yang BENAR adalah milik Allah. Yang DUSTA dan PALSU adalah dari saya yang kerdil ini.
Sekian, terima kasih.
Saya yang belajar,
Tun – Just take care.
Very bold Tun!
Tiba masa untuk kita bercakap! PAS semakin MELAMPAU!
Salam buat Ayahanda Tun,
Saya baru bertanya seorang kawan – yang penyokong kuat isu kazaf. Soalannya lebih-kurang begini…
Katakanlah… Saya duduk kat pangsapuri yang pintu rumah saya mempunyai lubang kaca ‘mata ikan’ – untuk tinjauan keselamatan macam kat pintu bilik hotel. Jiran unit depan saya sepasang suami isteri. Satu malam/awal pagi, jam 2 saya masih belum tidur. Saya terdengar ada orang ‘masuk bertamu’ ke rumah jiran saya (tetamu lelaki) sedangkan saya tahu suaminya keluar negara. Tinjauan ringkas saya mendapati nyatalah jiran perempuan saya membawa masuk ‘kekasih gelapnya’ dan saya pun tahu, kerana perkara ini sudah menjadi kelazimannya bila mana suaminya tiada.
Untuk buat sedikit pahala dan kerja-kerja amal makruf-nahi mungkar, lantas saya bergegas menelefon seorang haji (Pak Imam masjid kariah saya) untuk memaklumkan hal ini supaya tindakan sewajarnya diambil. Haji ini berkata, ‘Sila kamu bawakan saya 4 saksi barulah saya percaya cerita kamu, kalau tak kamu dituduh ‘menuduh seseorang berkhalwat / cubaan berzina…’. Lantas saya terfikir jiran baik saya untuk saya jadikan saksi dan saya pun menelefonnya, dia pun kata – ‘sila bawakan 4 saksi..’ Saya cuba jiran yang lain pula, semuanya minta saya bawakan 4 saksi barulah mereka percaya cerita saya… Kesudahannya – sampai pagilah saya cari saksi – pun saya tak dapat… Malah dituduh memfitnah pula…
Jadi, saya membuat kesimpulan yang sebenarnya Islam ini mudah tetapi bergantung atas niat dan situasi, kalau tak, tak adalah dua solat boleh dikumpulkan (dengan syaratnya) sedangkan dalam Al-Quran menjelaskan solat mestilah dalam waktunya. Dan tatacara solat sendiripun diperincikan oleh Rasullulah SAW.
Kalau dah niat nak mengelak, jutaan alasan dibuat dan pelbagai fatwa dikeluarkan. Wallahualam..
Tun,
Saya amat bersetuju dengan Tun bab assobiyah ini. Memang satu perkara yang tidak baik. Sepatutnya kita semua bersifat neutral dan berkecuali daripada terlampau taksub kepada apa-apa parti pun.
Saya terbaca dalam blog PAS. Datuk Nik Aziz mengatakan dulu PAS pernah bergabung dengan UMNO, kemudian berpisah semula. Nik Aziz mengatakan masa UMNO kuat, akan ditendang PAS keluar.
Saya rasa pilihanraya PAS yang lalu menunjukkan bahawa ahli PAS tidak begitu percaya kepada pelawaan UMNO. Mungkin UMNO dapat berusaha meyakinkan PAS yang pelawaan ini adalah ikhlas untuk kepentingan orang melayu bukan hanya strategi politik berbentuk sementara sahaja.
JB_FROM
Tun,
Ya.Pas dah menukar slogan.Nampak lebih sederhana dan sedap didengar walaupun 30 tahunkonsep Negara Islam dilaung-laung oleh Pas.
Walau apa pun,diharapkan perubahan ini akan memberi kesan baik kepada KESUCIAN iSLAM,orang melayu dan negara amnya.
Says berharap Pas bolehlah juga bernada sederhana kepada golongan luar daripada Pas.Permusuhan yang bersungguh-sungguh dengan Umno harap ditangani secara profesional,sesuai dengan perubahan kepimpinan Pas sekarang.Bawalah Pas dengan kesegaran baru.
Ketua-ketua Umno,yang diangkat dan setuju menerima amanah sebahagian besar orang melayu dan rakyat Malaysia mesti selalu sedar bidang tugas dan kerja mereka.Sehingga hari ini,mereka meletakkan diri mereka di kalangan puak-puak elit.Sibuk dengan urusan projek,bisnes dan meeting yang tak berkesudahan sehingga tanggungjawab asal kepada penyokong dan rakyat hanya sebagai kerja sampingan sahaja.
Umno mesti mengambil apa yang ditinggalkan oleh Pas dengan fokus yang lebih kepada Islam.Jabatan agama Islam adalah jabatan yang paling lemah dari dulu hingga kini,tidak peka dan statik.Imej orang-orang Islam terletak di sini.Saya banyak kali berurusan di situ.Agak mengecewakan dan juga memalukan.Cubalah tanya sebahagian orang yang pernah berurusan di sana.
Rakyat kebanyakan boleh agak jabatan mana diselubungi rasuah.Kerajaan tak perasankah?Kerajaan asyik pantau kesalahan rakyat,kakitangan kerajaan bagaimana?Gaji banyak,kerap pula semakan dibuat.Kami yang bekerja sendiri terketar-ketar berjimat.
Saya percaya,jika Pas boleh berubah,Umno juga boleh,apatah lagi Umno adalah tunggak kepada kerajaan.Ada kuasa dan kekuatan.Jangan dimalukan oleh anak cucu kita nanti atas sebab kelalaian dan lekehnya kepimpinan Umno sekarang.
Terima kasih,Tun.
Salam YAB & diKasihi Tun,
Mereka yang TAKSUB terhadap pemimpin/ketua yang disanjung dan di PUJA sememangnya akan menurut sahaja kata-kata dan pendapat ketua atau pemimpin yang dipuja-puja mereka tanpa berfikir secara rasional. Jika pemimpin yang dipuja menyuruh mereka melakukan perbuatan jahat terhadap orang yang tidak sependapat dengan mereka, mereka sanggup MENURUT dan melakukannya tanpa rasa bersalah, malahan melakukanya dengan penuh rasa bangga kerana mereka dianggap TAAT & SETIA kepada pemimpin pujaan mereka.
Sebab itu kita tidak boleh terlampau memuja dan mendewakan pemimpin tidak kiralah betapa hebat dan agungnya pemimpin tersebut dihati kita. Ia akan membuatkan kita jadi TAKSUB dan tidak boleh berfikir secara waras/rasional.
Saya amat menyanjungi Tun, tetapi saya tidak TAKSUB dengan Tun. Ada juga di masa lampau di mana saya tidak berapa setuju dengan keputusan Tun, dan adakalanya selepas beberapa tahun berlalu dan beberapa perkara berlaku, Tun ternyata silap. Namun, secara keseluruhannya Tun amat berjaya dan kebanyakan keputusan yang Tun buat ternyata tepat/betul.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***
Salam Tun,
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun bahawa ketaksuban kepada pemimpin yang melampau adalah satu fahaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan.
Justeru, ketaksuban dalam apa bentuk pun seharusnya diperangi.
Tetapi, bagaimana dengan UMNO Tun? Tidakkah UMNO juga mempunyai masalah ketaksuban kepada kuasa,ketaksuban kepada kepercayaan bahawa hanya mereka lah yang layak memimpin sedangkan sikap kepimpinan sebahagian besar mereka boleh dipersoalkan.
Saya sayangkan UMNO Tun, dan saya rasa jika ketaksuban UMNO dapat dilenyapkan, maka ketika itu adalah lebih mudah untuk menghapuskan ketaksuban dari pihak-pihak lain.
Untuk memenangi hati rakyat Melayu, Cina dan India…adalah lebih berkesan pada hemat saya jika UMNO yang melenyapkan ketaksuban didalam perjalanan wawasan politiknya dan pemimpin-pemimpinnya berbanding dengan menuding jari kepada ketaksuban pihak lain.
Hanya UMNO yang telah sedar dan berubah yang dapat memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat negara tercinta kita ini.
Persoalannya mahukah dan bolehkah UMNO berubah Tun?
Salam Tun,
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun bahawa ketaksuban kepada pemimpin yang melampau adalah satu fahaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan.
Justeru, ketaksuban dalam apa bentuk pun seharusnya diperangi.
Tetapi, bagaimana dengan UMNO Tun? Tidakkah UMNO juga mempunyai masalah ketaksuban kepada kuasa,ketaksuban kepada kepercayaan bahawa hanya mereka lah yang layak memimpin sedangkan sikap kepimpinan sebahagian besar mereka boleh dipersoalkan.
Saya sayangkan UMNO Tun, dan saya rasa jika ketaksuban UMNO dapat dilenyapkan, maka ketika itu adalah lebih mudah untuk menghapuskan ketaksuban dari pihak-pihak lain.
Untuk memenangi hati rakyat Melayu, Cina dan India…adalah lebih berkesan pada hemat saya jika UMNO yang melenyapkan ketaksuban didalam perjalanan wawasan politiknya dan pemimpin-pemimpinnya berbanding dengan menuding jari kepada ketaksuban pihak lain.
Hanya UMNO yang telah sedar dan berubah yang dapat memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat negara tercinta kita ini.
Persoalannya mahukah dan bolehkah UMNO berubah Tun?
salam semua,
jangan kita taksub dengan sesuatu sehingga yang buruk pun kita terima bulat-bulat…
buka mata, buka minda, jangan mudah jadi pak turut mengikut kata…
Salam,
Paling sedih melihat Tun, walaupun sudah berumur sebegini masih menyimpan dendam kesumat terhadap “musuh musuh” politik. Tun berbiacara saperti Tun sendiri tak pernah buat salah dan sentiasa sempurna. Jika dibandingkan, kesalahan Tun terhadap negara, bangsa dan agama terlalu banyak untuk disenaraikan. Walaubagaimanapun, terlalu ramai yang taksub dan diperbodohkankan Tun selama ini masih belum sedar. Mungkin, satu hari nanti, mereka akan lihat sendiri penangan Tun yang akan membawa keruntuhan jangkamasa yang panjang.
Wasallam.
Salam Sejantera
Salam Satu Malaysia
Salam Satu Perpaduan
Izinkan sekali lagi saya mencacah tutur kata saya dilaman ini.
YBhg Tun, Tuan-tuan sekalian. Dalam kita asyik mengejar kejayaan dan teknologi kini adakalanya kita alpa dan sering mengabaikan kewajiban kita sebagai manusia. Jika minta dihurai dan ditanya apa tugas sebenar kita sebagai manusia tidak mampu untuk saya nyatakan. Tetapi apa yang pasti kita semua berpaksi pada agama yang dianuti. dalam konsep agama itu sendiri diterap nilai-nilai positif dan tiada tercalit sedikit pun nilai negatif dan menggalakkan perpecahan. Tidak tahu dan tidak pasti dimana silapnya sehingga perpecahan menjadi satu kemestian kini dalam usaha untuk menguasai dan menjajah. YBhg tun, tuan-tuan yang yang saya hormati sekalian. Dalam usaha kita mencangkir setitis nikmat kejayaan adakalanya kita menjadi angkuh kerana apa yang kita ada. Sedangkan apa yang kita tahu adalah sedikit berbanding dengan apa yang dimiliki oleh Yang Maha Pencipta. Dek kerana ketaksuban kita, perasaan riak itu timbul dan beranggapan kita tahu akan segalanya. Kerana pengetahuan yang sedikit itu diangkat sebagai martabat yang tinggi dan boleh dianggap sebagai tempat rujukan. Sedangkan kita tidak tahu apa yang dikatakan malah tadak mengerti apa yang disampaikan, oleh kerana itulah kita yang sesat akan membawa kearah kesesatan. Sekian…
Salam Tun,
Jika boleh, harap semoga Tun boleh komen sedikit agar fahaman diversiti Datuk Seri Najib kat Oxford baru-baru ini juga satu fahaman ‘puak asabiyyah’ taksu atau itu satu fahaman yang berhasil dari hati kesayangan Islam tulen?
“In the holy Quran, Allah SWT expounds that, the very reason He creates human beings into distinct nations and tribes is as a blessing so that humanity may embrace and celebrate their diversity.”
[email protected]
http://katasayang.wordpress.com
Salam Tun,
Penyakit Melayu Islam sekarang mmg kronik, saya lihat ulama2/ilmuan pon menghadapi “kekeliruan” apatah lagi kalau rakyat jelata. Seolah kita tidak tahu “priority” sebagai orang melayu Islam, kesucian agama mahu diletak dimana? untung nasib bangsa nak dicampak kemana? tidak dinafikan juga kelemahan dalam parti pemerintah, tapi betul kah seolah tiada jalan pemulihan/corective action?? saya rasa wajar juga para ulama mengambil inisiatif untuk menegur && menasihat… tapi now seolah para “ulama” lari meninggalkan ummat. Sesama ummat Islam bukannya untuk ditentang/dihukum tapi saling ingat mengingati supaya tidak tersasar dari landasan yg benar…
………………………………………………………
ULAMAK KARTUN?
(Memperkartunkan agamawan yang memperkartunkan diri mereka)
Salam 2 all.
Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana “dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi”. Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan “Amanat Baru Haji Hadi” itu!
Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama’, yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!
Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A’raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan ‘ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para ‘ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti “Al-Kalb – Anjing-Anjing”!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan “sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir”!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab “kami tak tau!!!”.
Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan ‘ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan ‘ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!
Kepada jaguh-jaguh kampung yang tetiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka tu dulu. Cuba mike pikio sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang mike dok buat selama ini tidak menghina Islam, menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, dan sebenarnya menghina diri sendiri!
1. mike meredhai penyalahgunaan kalimah ALLAH untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan kristian juga berhak menggunakan nama ALLAH walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh ALLAH yop. Mike tau pasal apa, pasal mereka menolak ALLAH Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti. Bukan sahaja mike meredhai kristian mensyirikkan kalimah ALLAH, mike putar habis ayat Quran hadis Nabi saw untuk menghalalkan kekufuran itu. Dan yang lebih teruk, mike maki hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah ALLAH ini. Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
2. mike meredhai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan, dan dia beri amaran “langkah mayat dia dulu” kalau nak buat negara Islam. Belum pun sikafir harbi ni mati, mike semua mematikan perjuangan negara Islam mike. Dan mike hina ALLAH dan Rasulullah saw dengan mendakwa rupa-rupanya dalam Al Quran tak ada sebut tentang Negara Islam. Mike hina kawan mike sendiri Almarhum Ustadz Ibrahim Libya yang mike fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Mike hina ulama’ besar Dato’ Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab “Ciri-Ciri Negara Islam”. Hari ini mike nak kata kartun tu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
3. mike meredhai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihanraya DUN Sarawak dari PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi kesekolah. Bukan sahaja mike tetiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu mike maki hamun, sampai ada yang diancam! Kalu dulu mike akan melompat lebih dulu dari teman sambil cabut pedang mengisytihar jihad fisabilillah kepada mereka yang murtad. Hari ni mike dah jadi tak lebih macam tepong custard. Dan hari ni mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
4. mike meredhai orang yang menganut aqidah pluralisma. Terang-terang mereka kata “semua agama sama, menuju kearah yang sama”. Sedangkan mike semua diberi ‘ilmu oleh ALLAH, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. ALLAH tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir. Tetapi tetiba mike jadi syaitan bisu bila rakan sekutu mike mengisytiharkan ALLAH milik semua orang, samada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ni mike nak kata kartun itu tidak Islamik! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
5. mike meredhai seorang penentang Islam menjadi pemimpin mike untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang mike sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum “Masuk Islam”. Dulu mike bersama teman sebaris dihadapan Majlis Peguam menentang. Dulu mike satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Mike rempuh forum IFC sehingga ada diantara mike masuk penjara. Mike isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini mike angkat kaum itu sebagai ketua mike untuk berhimpun secara haram. Dan mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
6. mike menentang fahaman syi’ah. Mike umum bahawa orang yang berfahaman syi’ah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika/ Yahudi dan kafir Barat la’natullah, mike marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian. Tetiba mike mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Mike kompangkan inilah pemimpin-pejuang yang menjadi “kabinet perang” ke Putrajaya. Mike telan habis apa yang mike ludahkan selama ini. Tetiba kartun itu mike fatwakan menghina Islam!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
7. mike bertakbir jihad bila isu videoklip VK Lingam meletus. Mike desak VK Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, mike tanpa sebarang keraguan, dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim Thamby Chik wajib dihukum. Bila muncul videoklip Chua Soi Lek, mike tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Chua Soi Lek wajib letak jawatan, dan dihukum. Bile si Balasubramaniam buat SD dengan bayaran RM5-00 tu memfitnah PM berkaitan Altantuya, mike terus hunus pedang menghukum PM.
Tapi bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol liwat, tanpa sedikit keraguan, tanpa bertanya Saiful dan tanpa menyiasat, terus mike hukum qazaf keatas Saiful, mike tuntut dia disebat 80 kali. Dan tetiba bila muncul videoklip manusia yang mike taqsubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang turut bersama; terus mike fatwakan videoklip itu besi, tidak boleh jadi saksi. Mike terus fatwakan ini isu qazaf, mike putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga mike fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat jugak kena bawak 4 orang saksi. Tetiba bila kartun itu melakar-kartunkan apa yang mike fatwakan; mike kata ia menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!
Teman nak tutup yop dengan peringatan ALLAH didalam surah Yaasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:
“Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tertengadah keatas. Kami jadikan (ketaqsuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang dihadapan, dibelakang mereka, dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat. Sama sahaja bagi mereka, samada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman)”.
Dibulan Rejab penuh sejarah, dari Isro’ wal Mi’raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan mike semua supaya bertaubat dan beristghfarlah kepada ALLAH, pohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredhaan dan keberkatan, dan mohonlah dimasukkan kedalam golongan yang beriman. Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi tadi sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah juga digerhanakan ALLAH swt.
Janganlah kita ni muncul sekadar menjadi mujahiddin dan ulama’ kartun je yop!!! Sebenarnya mike yamg telah menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, DAN mike juga sebenarnya telah memperkartunkan diri sendiri yop! Jadi bila orang memperkartunkan sikap kartun mike, janganlah marah yop. Sebab sebenarnya, hakikatnya, memang mike telah memperkartunkan agama dan diri mike sendiri!
Mereka sekadar melakarkannya kekartunan perangai mike tu sebagai peringatan kepada mike. Ambillah itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan. Sepatutnya mike semua bersyukur masih ada lagi dikalangan umat yang mahu menegur, dan ALLAH swt masih memberi peluang dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua’lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senorita.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Rejab 1432
16 Jun 2011
Salam Tun….
The next time you hear a Malaysian Politician use the word ‘billion’ in a casual manner, think about whether you wanted the ‘politicians’ spending
YOUR tax money.
A.
A billion seconds ago it was 1959.
B.
A billion minutes ago Jesus was alive.
C.
A billion hours ago our ancestors were living in the Stone Age.
D.
A billion days ago no-one walked on the earth on two feet.
E.
A billion Ringgit Malaysia ago was only
24 hour, at the rate our malaysian government
is spending it.
Building Permit Tax
Cigarette Tax
Corporation Tax
Income Tax VAT / GST
Fishing Licence Tax
Food Licence Tax
Fuel LicenceTax
Petrol/Diesel Tax
Hunting Licence Tax
Luxury Tax
Property Tax
Service charge taxesCapital gains Tax Social Security Tax
Road Usage Tax
Local Tax
Vehicle Licence Registration Tax
Vehicle Sales Tax
Workers Compensation Tax
STILL THINK THIS IS FUNNY?
Not one of these taxes existed 40years ago…
And our nation was one of the most prosperous in SEA.
We had absolutely no national debt…
We had the largest middle class in SEA
And Mum stayed home to raise the kids.
What happened?
I hope this goes around
At least a billion times.
What happened,
AND MAY WE ASK AN EXPLANATION?????
NO – YOU MAY NOT, BECAUSE GOVERNMENTS CAN DO WHAT THEY WANT!!,
Salam Tun.
Izinkan saya mengulas komen Tuan Dr. Syed Alwi Ahmad.
Assalam Tuan Dr.
Tentunya, UMNO bukanlah sebuah parti yang sangat suci dan sempurna. Tetapi selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia, BN sedaya upaya cuba memberi yang terbaik untuk semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama ini.
Setiap rungutan dan masalah rakyat didengari dan ada yang diambil perhatian dan tindakan. Tidak sesekali BN membiarkan sesuatu masalah berpanjangan tanpa penyelesaian. Meskipun ada yang lambat diambil tindakan, itu bukan kerana BN tidak peduli langsung, tetapi adalah kerana isu tersebut adalah isu kecil yang sengaja diperbesarkan oleh pembangkang.
melihat Pakatan Rakyat hari ini, mereka sangat mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. setiap masalah yang timbul akan diselesaikan dengan kata- kata “Ini masalah zaman pemerintahan BN dulu”. Bijakkah cara penyelesaian seperti ini? Menyelesaikan masalah dengan meletakkan kesalahan di bahu pihak lain tanpa ada tindakan dan cara penyelesaian bijak yang diambil.
dan mereka yang menyokong membuta tuli, menerima penjelasan seperti ini, tanpa menyedari masalah itu langsung tidak diambil tindakan.
isu rasuah. rasuah ini bersifat subjektif. malah terus terang, ia juga boleh berlaku dalam PAS atau Pakatan Rakyat. Malah ada yang sedang berlaku pun. kerana asasnya, kita adalah manusia biasa, yang kadang kadang teralpa dengan kepercayaan agama kita. dan beruntunglah kita kerana Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki kesilapan kita.
rasuah bukan satu perkara yang mudah untuk diselesaikan. kerana ia timbul hasil daripada kecenderungan nafsu seseorang individu itu sendiri. dan BN telah mengambil beberapa tindakan dengan memperkenalkan beberapa sistem dan penambahbaikan dalam memastikan isu rasuah ini tidak berlaku.
tetapi ia masih berlaku kerana apa jua sistem yang diperkenalkan, rasuah masih boleh berlaku kerana manusia ini sememangnya cerdik dalam mencari jalan mendapatkan sesuatu benda yang berharga dengan cara mudah.
mari kita lihat pula apa yang dilakukan oleh PAS atau PR dalam menangani isu rasuah. saya tidak pernah dengar sebarang idea atau cadangan daripada mereka cara- cara untuk menangani rasuah ini. tidak ada sebarang sistem yang diperkenalkan bagi mengelakkan berlakunya rasuah. yang ada hanyalah kutukan dan pekikan dalam ceramah yang mengatakan orang ini rasuah orang itu rasuah. haishhhh…
Adakah PAS dan PR boleh menjamin semua ahlinya tidak mengamal rasuah apabila memerintah kelak? Ya, untuk generasi sekarang yang bakal memerintah mungkin tidak, tetapi untuk generasi seterusnya? adakah memadai hanya dengan mengatakan “PAS dan PR tidak akan mengambil rasuah”, tanpa ada satu sistem baru yang diyakini mampu mengawal perlakuan ini?
jadi tidak adil untuk mengatakan hanya UMNO sahaja yang rasuah. kerana ia juga boleh berlaku dalam PAS.
Adakah dengan mempraktikkan sistem tender terbuka sepenuhnya dapat mengelakkan rasuah daripada berlaku? kalau tanya saya, jawapannya adalah “Tidak”. jadi apa tindakan PAS dan PR selanjutnya. fikirkan..
Generasi Y
Salam,
Dahulu orang Yahudi dan Nasrani juga taksub dengan pemimpin agama mereka. Jika pemimpin mereka kata putih, putihlah yang mereka percaya. Apaila Rasulullah bawakan Al Quran kepada mereka, mereka tidak percaya kerana pada mereka apa yang pemimpin mereka katakan itulah yang betulnya.
Harinya penyakit yang sama banyak terdapat dalam dunia Islam. Mereka menilai mengikut apa yang pemimpin agama mereka tetapkan, bukannya berdasarkan apa yang Allah tetapkan.
Oleh kerana pemimpin agama ada bermacam-macam jenis dan bermacam-macam hawa nafsunya (sedangkan Allah hanya Satu), maka yang taksub pada pemimpin-pemimpin agama itu pasti sukar bersatu-padu. Dan hari ini kita sudah nampak kebenarannya.
Hanya yang komited yang ayat-ayat Allah Yang Satu sahaja akan bersatu.
Salam Hormat dan Sejahtera Tun Mahathir,
Tun, Tak ada lagi diragukan – Pada saya Tun telah dan sedang berjihad/berusaha melakukan berbagai-bagai perbuatan yang baik-baik belaka selaras dengan ketetapan yang direstuiNya.
Yang signifikan pada saya ialah Tun konsisten mempertahankan dan menbela kaum yang lemah sama ada di persada antara bangsa mahupun di Malaysia (kebetulanlah di Malaysia yang lemah dan berpecah belah ialah Melayu) tanpa menghiraukan siapa lawan – kuasa besar atau kecil kah.
Yang kedua signifikan pada saya ialah Tun amatlah menggalakkan R&D – inilah adalah selaras dengan fitrah manusia sebagai penyelidik dan pencipta (saintis). Kalau tidak untuk apa Alam Semesta Ciptaan Maha Pencipta ini terbentang luuuaaasss kalau bukan untuk diselidiki, diterokai dan dimajukan/dimurnikan untuk kesejahteraan penghuni alam ini..
Dengan sedemikian dah ramai dah dan memang pun dah ramai masyarakat Melayu di Malaysia ini berfikir menggunakan akal dan lojik. Pada saya sedikit sebanyak adalah usaha Tun yang tak pernah berputus asa memberi pendapat dan peringatan.
Tun, saya orang kerdil dan jahil ini tak rela melihat Tun mengimamkan solat untuk mencari pengikut-pengikut yang menurut dan mengikut membuta-tuli, taksub hinggakan malas berfikir. Yang BENAR adalah milik Allah, yang PALSU dan DUSTA adalah dari saya.
Kiranya tersasar mohon maaf ya – Tuhan sajalah Yang Mengetahui dan Bijaksana…..
Terima kasih Tun –
Take care urself and ur loving family.
Always have a good and enough rest.
YAB Tun,
The easiest solution to your concern sir is very simple…No coruption and fair treatment will unite the Malays. Currently only those who align to UMNO getting all those special treatment. If you can find a way to address this instead of complaining and signing the same old tune, not now forever you don’t see the Malays unite. The current government full of coruption and cronysim and that is the reason the Malays are divided. The Kelantan people doesn’t enjot the oil royalty. Why Tun? Is this fair?? They are Malay too and they too are bumiputras….Why? Deep inside you, I’m sure you know very well where is the root cause to this but you just doesn’t want see it.
My apology sir, if my message above offended you in any manner.
Thank you.
Harimau 1900.
mengapa PAS bungkus spt hari ini?
lihat fundamental dalam PAS.
Apa kriteria untuk jadi ulama dalam PAS?
Seorang bekas pelakon, 2-3 bulan sertai PAS dan beri beberapa ceramah, dia ditabal sebagai ulama oleh penyokong PAS.
macam mana PAS tidak bungkus. kriteria ulama dalam PAS bukan berilmu, tapi diukur kepandaian dan kepetahan berceramah (baca: maki hamun)
Apa kriteria untuk jadi profesional dalam PAS?
sama sperti di atas.
Jadi, kita tidak hairan mengapa PAS kekal jumud hari ini.
biasanya pemimpin asabiyah memberi gelaran konon hebat kepada diri sendiri. contoh : ayah pin, tok guru, tuan guru etc. Gelaran ini penting untuk mengekalkan pengaruh di kalangan pengikut dan mengekalkan semangat taksub kepada pemimpin. Maka, fatwa songsang akan diterima bulat-bulat tanpa fikir kesan kepada umat Islam. Sebenarnya, golongan pengkafir orang kerana bekerjasama dengan bukan Islam suatu ketika dulu sedang mengkafir diri mereka sendiri apabila sanggup bersekongkol dengan bukan Islam yang memusuhi hukum Islam.
RIMBA EMAS UCAP SALAM BUAT TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
1) ALLAH S.W.T TUHAN YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI SERTA SEKALIAN KEHIDUPAN YANG ADA DIDALAMNYA DENGAN MENGUTUS RASULNYA YANG TERAKHIR IAITU NABI MUHAMMAD S.A.W YANG DI PELIHARAKAN LAGI BERSIFAT MAKSUM.
2) SUDAH JELAS LAGI NYATA SUDAH GHAHARU CENDANA PULA SUDAH TAHU KITA TERTANYA-TANYA LAGI SESAMA MANUSIA. MAKSUDNYA YANG SELAIN DARI RASULLULLAH S.A W YANG TIDAK MAKSUM TERMASUK DIRI RIMBA EMAS TIDAK DAPAT LARI DARI KESALAHAN MELAKUKAN DOSA .
3) NABI MUHAMMAD S.A.W SENDIRI BERISTIFAR LEBIH 70 KALI SEHARI SEMALAM INIKAN KITA, RIMBA EMAS, TUAN HJ NIK AZIZ, TUN SENDIRI KADANG-KADANG TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN YANG DISURUH OLEH ALLAH S.W.T. SEBAGAI CONTOH YANG DI KATA DALAM AL-QURAN BAGAIMANA SEBAHAGIAN MANUSIA MENYURUH KEPADA KEBAIKAN SEDANGKAN DIRI SENDIRI PERNAH MELAKUKAN KEMUNGKARAN.
4) WALAU BAGAIMANA PEMURAHNYA ALLAH S.W.T MASIH MEMBERI PELUANG MELAKUKAN TAUBAT NAMUN MANUSIA TETAP MELAKUKAN KESILAPAN MENAFSIR MENGIKUT KEUNTUNGAN SENDIRI.
5) KALAU MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN PATUTKAH KITA MERASA BESAR DIRI UNTUK MENJADI PEMIMPIN MENGHUKUM KESILAPAN ORANG LAIN ?
6) JANGANLAH KAMU MERASA BESAR DAN SOMBONG DIRI MENOLAK PERINTAH-PERINTAH ALLAH S.W.T KETIKA HIDUP DIBUMI INI.
7) BEGITU JUGA DENGAN PARTI-PARTI SEBAGAIMANA KESALAHAN OLEH MANUSIA YANG MEMIMPIN PARTI-PARTI ITU PASTI ADA PERINTAH ALLAH S.W.T YANG TIDAK DILAKSANAKAN MAKA SOAL INILAH YANG AKAN MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM.
8) SEMUANYA SISTEM YANG DIGUNA PAKAI YANG MEMBERI KUASA PADA SATU LEMBAGA YANG MERENCANA PEMBAHAGIAN TINGKAT KUASA YANG PASTI BERLAINAN DARI KONSEP SEPERTI DALAM AMALAN HAJI SEMUA PANGKAT DAN KETURUNAN PEKAIANNYA KAIN IKHRAMNYA SAMA SEBAGAIMANA KAIN KAFAN BILA MATINYA SESEORANG BERAGAMA ISLAM.
9) SUDAH DIKATAKAN MENJADI CACA MERBA BILA BUDAYA ILMU KETIMURAN SERTA ILMU KEBARATAN TELAH JUGA DITIRU ATAU DIAMBIL SEBAGAI IKUTAN YANG MELANGGARI PERINTAH-PERINTAH ALLAH S.W.T.
10) DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA MENGALAMI KERUGIAN DISEBABKAN SISTEM YANG DIGUNA PAKAI TELAH BERUBAH DARI YANG ASAL AKIBAT PERUBAHAN ZAMAN DAN PENCAMPURAN AKTIVITI BERLAINAN AGAMA YANG MENGURANGKAN KUALITI SEPERTI PERKARA YANG BERASASKAN SUNAT, HALAL DAN HARAM.
11) PERKARA HALAL(BERAT), HARAM(BERAT), MAKROH SERTA SUNAT BOLEH MEMPENGARUHI DOSA DAN PAHALA YANG SEMESTINYA BERSANGKUT PAUT DENGAN KE SYURGA DAN NERAKA.
WALLAHU’ALAM
Assalammualaikum wrt… Tun yang dihormati.
Masalah utama : Sungguh sedikit orang melayu memakmurkan masjid solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari.
Antara cara untuk mengatasinya : Mungkin berbahagia Tun sendiri dapat menjadi imam solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari di masjid. Paling tidak pun, Tun dapat solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari di masjid bersama-sama dengan jemaah yang lain (tidak perlu sampai menjadi imam).
InsyaAllah, ini akan mengatasi kekurangan orang melayu memakmurkan masjid untuk solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari.
rgds
-Ibnu Sulaiman
Assalamualaikum Tun.
Sejak merdeka lebih 50 tahun kita tak pernah melihat kekalutan politik seperti PRU12.
Sejak merdeka kita tak pernah melihat krisis ekonomi lebih teruk selain dari krisis mata wang.Iaitu krisis minyak mentah dunia.
Sejak merdeka kita tak pernah jumpa orang yang licik selain dari Anwar Ibrahim.
Bila saya kurang kefahaman tentang hadith berkaitan politik,saya akan difahamkan.
Tapi kenapa ilmuwan agama tidak arif tentang kisah Ka’ab bin Asyraf dan Ashma’ puteri Marwan?
Kisah yang menyaksikan kemakmuran masyarakat adalah sakit pada pandangan mata mereka.
Pelaku tipu daya yang tidak mengaku tipu dayanya.
Maka yang timbul di tengah masyarakat hanyalah dugaan-dugaan belaka tanpa diketahui secara yakin siapa sebenarnya yang melakukan tipu daya.
Kisah ini saya pernah siarkan.Bukunya Dialog Islam -Kristian, Paderi Bertanya Pelajar Islam Menjawab.Dialog 17 terbitan pustaka syuhada.
Sekarang terpulanglah kepada orang politik yang alim yang tak sanggup tengok video Anwar Ibrahim.
Dan ulama’ mana di atas muka bumi ini yang sanggup berhujah bahawa ISA di Malaysia perlu dihapuskan?
Bertawakallah kita semua kepada Allah s.w.t
Terima kasih Tun.
Adalah wajib bagi setiap umat Islam patuh kepada ketua merereka selagi ketua itu tidak menyuruh mereka keluar dari Islam. Pada masa ini pemerintah Malaysia adalah Najib maka wajib kita patuh pada dia. Kalau dia perintah kita laksana NKRA, ETP, 1Malaysia, etc kita wajib sama-sama pikul beban amanat itu untuk kemajuan negara Islam.
Pada pendapat saya kita boleh kritik pemimpin Islam itu tetapi adalah salah untuk menentangnya dengan cara-cara seperti merusuh, memfitnah, memecah-belah ummat dan sebagainya.
Kalau ingin tukar, kita boleh tukar pemimpin Islam itu dengan pemimpin Islam lain dengan pilihanraya.
Apa yang saya cuba perkatakan di sini adalah, cara politik PAS sekarang tidak langsung mencerminkan parti itu dipimpin ulamak. Amat memalukan nama parti itu adalah Parti Islam. Yang peliknya sekarang, mereka seolah olah sudah dirasuk penyakit yang pernah menyakiti UMNO sebelum PRU12 dulu iaitu penyakit menutup telinga apabila ditegur. Adakah mereka sudah mabuk kekuasaan?
Benarlah penulisan Tun, ulamak itu tidak maksum. Mereka juga terbuka kepada kelalaian.
Azahari
Assallammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
Semoga mendapat izin dan perkenan Tun..
Dear Mr Warren Kuan..
[[THANK YOU TUN,THANK YOU,& THANK YOU VERY MUCH!]]
With All Love.
No..It is us who are grateful for you and your kind.
There is a hadith Rasullulah s.a.w that most of us tend to forgets…
“Mereka yang tidak berterima kasih kepada manusia..tidak mensyukuri Allah”..
You have made the utmost great step in Islam..
Thank you.The gratitude is mine..
P/s Tuan Haji Amin Tan..
Human is fallible.Even Rasullulah s.a.w have been admonished few times by Allah..Now..my dares and challenges is open to all Anwar and his cohorts and collaborator’s..ooopps..I mean friend’s an brother’s in arm..
When..and where then again when is the only time that Anwar had ever admits that he have made a mistakes..A honest mistake’s??
Tell me..Kerana saya..
MUDAH LUPA..
Terima kasih Tun.
Salam sejahtera Tun.
Dulu Pas ni sibuk kata UMNO kafir apabila UMNO berganding bahu dengan parti bukan Melayu.
Tetapi sekarang Pas mesti menelan apa yang dia katakan dulu.
Saya ada satu equation untuk di kongsi bersama,cuba selesaikan kalau tahu.
UMNO + MCA + MIC = kafir
Pas + PKR + DAP = ??? (cuba huraikan)
Orang orang yamg suka mencaci hina Tun saperti IBNU SULAIMAN dan lain, bagus sangat ke mereka dok mengata orang, dah guarantee ke masuk syurga mereka ni.Saya ni ilmu tak ada lah setinggi mana pun. Tapi Yang saya tahu mereka yang tak menjaga lidah lah yang bakal ke neraka.Kesian mereka ni tak ada kerja kain.
May Allah Bless you Tun
Salam Tun,
Izinkan saya rujuk kepada komen Ustaz Inbu Sulaiman.
Tun Dr Mahathir ialah seorang pentadbir iaitu umarak bukan seorang ulamak. Lebih afdal sembahyang jemaah di masjid diimamkan oleh imam yang terlatih supaya bacaan mereka betul tajwidnya dan tomakninah seorang imam yang betul. Lagi pun Tun seorang doktor yang terlatih dan profesional yang fasih Bahasa Inggeris bukan kelulusan pondok Zakaria di Pasir Tumbuh atau Pakistan.
amin tan
Salam Tun,
Saya setuju dengan analisa Tun berkenaan sinario politik Pakatan Rakyat, iaitu terlalu taksud dengan pemimpin yang pandai cakap dan putar belit.
Walau pun terang2 DNA membukti air mani dalam jubo itu sama dengan pemimpin mereka, mereka masih pertikai dan beri macam2 alasan. Begitu juga video sex menunjukkan pemimpin yang sama terlibat kuncu2 dan pengikut2 mereka yang taksud termasuk ketua ulamak mereka tidak percaya dan mengatakan fitnah dan beri alasan perut buncit dan macam2.
Slogan mereka sekarang ialah mengutuk UMNO sebab pemimpin mereka dipecat dari UMNO dan tidak dibenar memasuki UMNO sebab kelakuan kotor dengan terlibat seks luar tabii dan pelacur asing sebagaimana dalam video Datuk T.
amin tan
Tun yang di Rahmati Allah,
Thanks for becoming the Prime Minister of Malaysia.
THANK YOU TUN,THANK YOU,& THANK YOU VERY MUCH!
With All Love.
Warren Kuan,
(Bakal Penganut Islam)
Salam Tun and Bloggers,
`Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa: “Satu hari Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala:
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: “Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.
2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.
3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Komen saya:
Orang anti-hadis mungkin akan menyangkalnya, tapi tampak kebenarannya hari ini dan Malaysia nampaknya tak terkecuali dari perpecahan, perbalahan, pergaduhan antara sesama kita yang mengaku beriman kepada yang Satu dan mencintai Rasul yang sama.
Masih belum terlambat. Sememangnya jika bersatu kita akan kuat dan jika kita berpecah dan bergaduh pasti kita akan lemah. Jikalau kita lemah bagaimanakah kita dapat membela agama kita. Jikalau PAS sanggup menggubah dasar Parti mereka untuk DAP dan PKR kenapa mereka tidak sanggup bekerjasama dengan parti yang sejak dulu lagi memperjuangkan kemerdekaan, membangunkan dan membela agama, bangsa dan negara. Bahkan yang mengasas PAS itupun adalah sebahagian dari ahli UMNO sendiri.
Bersatu teguh, bercerai roboh….
Salam Tun yg dihormati,
Sekadar teringat kisah sahabat nabi seorang yahudi brnama abdullah bin salam yg dipuji2 para yahudi dan sekelip mata pujian brtukar kejian bila dia mgucap kalimah syahadah. Bila abdullah bin salam menemui Rasulullah salallahualaihi wasalam dan berkata kepada Baginda, ‘Wahai Rasul Allah, sesungguhnya kaum Yahudi adalah bangsa yang gemar mengada-adakan kebohongan. Jika mereka mengetahui keIslamanku sebelum diberitakan kepada mereka, pasti mereka akan membuat kebohongan atas diriku di hadapanmu wahai Rasul Allah’.
Abdullah bin Salam mempelawa Nabi salallahualaihi wasalam untuk bertemu rabai-rabai (pendeta) Yahudi dan mengenalpasti sikap mereka. Baginda bersetuju lantas menuruti ajakan Abdullah bin Salam. Setelah sampai ke tempat yang dituju, Baginda terus bertanya kepada rabai-rabai tersebut mengenai Abdullah bin Salam.
Mereka menjawab, ‘Dia adalah orang yang terbaik, generasi yang terbaik, dia juga seorang cendikiawan yang lahir dari salasilah keluarga elit, dialah yang terbaik di kalangan yang terbaik di sisi kami ‘.
Kemudian itu Rasulullah mengajukan persoalan lagi.
‘Bagaimana pendapat kalian, jika Abdullah bin Salam masuk Islam?
Lalu mereka menjawab, ‘Semoga Allah melindunginya dari perbuatan itu.
Baginda pun berkata, ‘Mengapa kamu berkata begitu, bukankah kamu semua telah tahu tentang perkhabaran Nabi di akhir zaman dan tanda-tanda tersebut ada padaku. Sesungguhnya aku adalah Rasulullah, penutup sekalian para Nabi dan Rasul. Hal ini telah dijelaskan dalam kitab-kitab kamu dan juga wasiat Nabi-Nabi sebelum ini.
Mereka menggelengkan kepala, isyarat tidak mengiktiraf kerasulan Nabi salallahualaihi wasalam. Lantas Abdullahbin Salam pun bersuara;
[ Mengapa kamu semua mengingkarinya wahai sekalian bangsaku (Yahudi), bukankah kamu semua telah tahu ciri-ciri Rasulullah di dalam Taurat? Takutlah kamu semua kepada Allah (Tuhan sekalian Alam) dan masuklah agama yang benar (Islam) itu lebih baik (dari kamu kekal dengan anutanmu). Demi Allah seseungguhnya aku tahu benar bahawa di ini Rasul Allah, dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksisesungguhnya Muhammad pesuruhNYA !! ]
Berubah wajah para rabai Yahudi ketika itu. Mereka memaki dan mengherdik Abdullah bi Salam.
[ Kamu ini yang terburuk, anak lelaki terkeji, menjelekkan di sisi kami dan kamu anak petualang ]
Mereka terus memaki hamun Abdullah bin Salam tanpa henti sehinggalah beliau dan Baginda salallahualaihi wasalam berlalu pergi. Ketika itu Abdullah bin Salam memberitahu kepada Rasulullah, ‘Inilah yang aku khuatirkan mengenai bangsaku, mereka tahu dan mereka mengingkari, mereka akan terus mendustakan hal mengenaimu.
Salam hormat dr sy..
Salam Hormat Tun Mahathir
Sudah saya katakan berulang kali,sudah sampai waktunya umat Islam Perseketuan Tanah Melayu bersatu demi bangsa,agama dan masa depan generasi yang akan datang sebelum negara ini hancur,hak2 bangsa, dan negara tercinta tergadai.
Sesuai dengan ajaran Al Koran jelas menyetuh hal perpaduan antara umat2 islam merupakan hal yang paling sulit untuk di wujudkan.
Ternyata apa yang berlaku sekarang hanya menguntungkan kaum yang bukan Islam di mana mereka jauh lebih maju dari kaum bumiputra.
Yang paling sedih dan memalukankan pemimpin parti pembangkan tidak penduli sama sekali masa depan umat2 Islam.Mereka segaja tidak mahu percaya skandal2 sex video yang bebas di pasaran umum dan juga kasus liwat yang masih belum selesai dan bukti2 dari specialist begitu menyakinkan namun pemimimpin parti PAS dan lain2 pemimpin pembakang pura2 tidal ambil tahu, kononnya konspirasi kalau konpirasi bagaimana terlalu banyak orang2 terlibat dalam kasus liwat,aneh tapi nyata. Saya hairan dan tidak paham pemikiran mereka dan golongan sedemikian rupa ingin membibimbing negara dan bangsa.
Saya percaya sebahgian besar umat Islam buka tuli dan buta,apa kita lihat penulis kritik di Malaysiakini yang bukan umat islam melaung2kan rasa kurang puas hati dgn kerajaan BN.Mereka tidak peduli sama negara hancur karna boleh ke negara asal mereka,tetapi kaum melayu mahu pulang kemana???. Padahal mereka jauh lebih maju dalam bidang ekonomi dan lain2.
Asalam Tun,
Saya terpanggil untuk memberi pandangan tentang blog Tun tentang Islam. Sesungguhnya mereka yang tahu akan kebathilan sesuatu perkara maka sudah pasti mereka itu tahu akan kebenaran. Maka Tun sebenarnya tahu tentang Islam yang apa diceritakan di dalam Al Quran dan As Sunnah. Kata-kata akhir Tun adalah benar sama sekali bahawa apa yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah adalah peraturan kehidupan mengikut fundamental Islam dengan mewujudkan Negara Islam dan berlakunya hukum-hukum Islam secara keseluruhan. Tun faham Al Quran dan As Sunnah di mana Allah mahukan Khalifah di muka bumi di dalam memimpin manusia seluruh alam. Islam adalah satu dan kefahaman yang ada sekarang adalah angkara pemimpin negara yang beragama Islam menidakkan hukum Allah dengan menggunakan ulama-ulama, mufti-mufti membenarkan perkara yang bathil. Kebenaran disembunyikan daripada rakyat beragama Islam. Secara qada’ dan qadar sesungguhnya manusia itu telah ada naluri untuk mencari kebenaran. Maka timbul berbagai kefahaman dengan tujuan untuk berserah diri kepada Allah semata-mata, namun belum ada yang mampu bangkit akan kebenaran dan kebanyakannya berakhir dengan kepentingan peribadi dalam mengatakan tentang Islam. Al Quran banyak menyatakan berulang-ulang kali bahawa Rasulullah pembawa kitab untuk dimenangkan ke atas segala agama iaitu kefahaman yang bukan agama orang kafir tetapi agama Islam itu sendiri. Sekiranya Islam mempunyai satu kefahaman sudah tentu tiada perpecahan berlaku. Inilah impak dari pengaruh kapitalis yang kita gunapakai kerana kita takut diperangi. Pemimpin-pemimpin kita membawa suara perempuan. Pandai komen, mengata buruk pada lawannya, hipokrit pada agama sendiri dan memperbudak-budakkan rakyat. Kalau kita yakin Islam itu agama benar sudah tentu usaha untuk menegakkan Darul Islamiyyah pasti wujud dikalangan pemimpin. Tetapi pada hari ini masih lagi amalan thaghut digunakan sehingga menjadi golongan musyrik. Dalam memenuhi sisa-sisa hidup masih belum terlambat untuk Tun berjamaah bersama-sama dalam mewujudkan sistem khalifah yang sudah wujud di Malaysia. Sekiranya kemahuan Tun ke arah mewujudkan negara Islam, sudah tentu Allah akan tunjukkan Tun kebenaran tentang Islam yang diredhai Allah. InsyaAllah. Saya bersedia untuk berjumpa Tun dan berjamaah dalam usaha mengembalikan khalifah di muka bumi dari serata dunia.
Assalamualaikum wr wb,
Kepada Tun Mahathir,
Takkanlah Melayu berpecah hanya kerana PAS ? Dan UMNO itu langsung tak bersalah ? Saya akui yang PAS tu memang bersalah dari banyak sudut. Tapi adakah UMNO suci ? Come on Tun – you bukan tak tahu yang UMNO tu terlalu corrupt – rasuah, politiks wang dan politiks feudal adalah penyakit UMNO !
Saya bersetuju dengan pandangan Tun terhadap PAS – tapi Tun harus akur bahawa Melayu takkan bersatu jika UMNO tidak kikis budaya rasuah, politiks wang dan politiks feudal nya. UMNO bukan suci !
UMNO perlukan perubahan dan Ummat Melayu hanya akan bersatu apabila PAS faham yang rakyat bukan Islam tidak mahukan suatu iklim sosial yang mereka anggap adalah terlalu Islamik – dan juga apabila UMNO membuat perubahan yang jelas.
Kikis rasuah, kikis politiks wang dan kikis politiks feudal – barulah Melayu boleh bersatu. Tidak ada jalan lain.
Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad(Alsree)
Assalammualaikum wrt YABhg Tun,
Dari pemerhatian saya, Tun sentiasa berpegang pada Islam yang satu sejak Tun dikenali sebagai Perdana Menteri lagi. Saya juga sedar Tun bukanlah hipokrit untuk memimpin solat kerana Tun sentiasa memberi peluang kepada mereka yang Tun rasakan lebih berilmu dalam agama untuk mem imamkan solat. And for that you deserve to be respected for although your “ilmu agama” i believed is above average, you never boasted or admit for fear that you might mislead others in their islamic belief.
Sesungguhnya, pada pandangan saya, umat islam berpecah atas ketaksuban terhadap pemimpin kerana mereka lupa atau tidak sedar sesungguhnya Allah S.W.T telah menganugerahkan umat Muhammad S.A.W bukan sahaja Al-Quran & Sunnah, tetapi akal & fikiran yang perlu digunakan selaras dengan tuntutan Al-Quran & Sunnah.
If only muslims can use their brain effectively in line with Al-Quran & Sunnah, then these Abbasiah could be eradicated.
Assalammualaikum wrt.
Dari Al-Qurah Surah Al-Fath (48:29) –
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka … hingga akhir ayat.
Adakah mereka masih belum membaca ayat ini ?
ALLAH KNOWS BEST.
Assalamualaikum Tun…
Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan. Islam itu lengkap dan penuh dengan kesederhanaan. Hanya apabila segelintir manusia yang menjadikan ketaksuban mereka melebihi segala galanya, mereka menjadi lupa kepada prinsip Islam itu sendiri. Mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangi agama hanya kerana terlalu taksub. Golongan seperti ini sebenarnya masih dilihat tidak begitu memahami apa itu Islam yang sebenar walaupun pada kulitnya mereka kelihatan warak atau alim. Mereka masih tidak dapat membezakan antara ajaran agama yang dianuti dengan ketaksuban mereka terhadap sesuatu perkara. Paling menyedihkan, ketaksuban ini akhirnya meruntuhkan agama itu sendiri serta melebarkan jurang perpaduan antara bangsa Melayu. Dan ingatlah, jangan kerana ketaksuban itu, kita terus lalai dan alpa sehingga akhirnya kita dijajah lagi. Bukalah pintu hati dan minda kita…
Assalammualaikum wrt… Tun yang dihormati.
Mungkin pada masa zaman Tun menjadi ketua no.1 pemerintah negara dahulu, Tun terlalu sibuk mengalahkan Rasulullah saw mentadbir negara sampai tidak sempat menjadi imam solat fardu 5 waktu berjemaah di masjid. Tetapi saya percaya, sekarang itu bukan lagi menjadi alasan lagi. Saya percaya, kalau Tun menjadi imam solat fardu berjemaah 5 waktu di masjid pada usia Tun sekarang ni, saya percaya ramai orang yang akan solat sekali bersama Tun di masjid tersebut.
Di ambil dari:-
Mungkin pada masa zaman Tun menjadi ketua no.1 pemerintah negara dahulu, Tun terlalu sibuk mengalahkan Rasulullah saw mentadbir negara sampai tidak sempat menjadi imam solat fardu 5 waktu berjemaah di masjid. Tetapi saya percaya, sekarang itu bukan lagi menjadi alasan lagi. Saya percaya, kalau Tun menjadi imam solat fardu berjemaah 5 waktu di masjid pada usia Tun sekarang ni, saya percaya ramai orang yang akan solat sekali bersama Tun di masjid tersebut.