1. Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.
2. Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.
3. Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?
4. Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.
5. Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.
6. Apabila sesiapa menyoal, bukan hujah dibelakang soalan itu yang diberi perhatian. Yang ditumpukan ialah siapa dianya yang menyoal.
7. Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.
8. Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan.
9. Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada “kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah”. Kamu bukan ulama, kamu umarak.
10. Saya percaya petikan ayat dari Al-Quran yang saya perturunkan di bawah ini juga akan ditolak kerana saya umarak.
11. Lagipun ia dalam bahasa Melayu justeru ia akan dikatakan bukan dari Al-Quran.
12. Ayat ini berbunyi, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Al Hujarat ayat 6.
13. Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak.
14. Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.
15. Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita itu. Umpamanya apabila orang itu mendakwa mengundi sebuah parti politik akan menjamin syurga bagi orang berkenaan dan lain-lain lagi.
16. Apabila saya membuat teguran terhadap dakwaan yang tidak berasas apakah ini bermakna saya menentang ajaran Al-Quran. Atau apakah saya patuhi kehendak agama Islam seperti yang ternyata jelas dalam Surah Al Hujarat ayat keenam?
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati Allah,
Orang fasik di Msia ini:
1. Cakap tidak serupa bikin, bila berjanji tidak ditunaikan.
2. Cakap berbelit-belit
3. Cakap menghina, menyindir orang
Semua rakyat Msia tahu siapa mereka itu kan……….. diantaranya yang paling ketara ialah yang memperalatkan Agama Islam sehingga di perkudakan oleh orang bukan Islam…….
Bahaya orang fasik jenis ni.
Takbir!……………. Allahu Akbar
Assalammualaikum wrt… Tun yang dihormati.
“Kita” merujuk kepada diri penulis, berbahagia Tun dan pembaca mesej ini.
1. Masalah utama : Sungguh sedikit orang melayu memakmurkan masjid solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari.
2. Antara cara untuk mengatasinya : Mungkin berbahagia Tun sendiri dapat menjadi imam solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari di masjid. Paling tidak pun, Tun dapat solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari di masjid bersama-sama dengan jemaah yang lain (tidak perlu sampai menjadi imam).
3. InsyaAllah, ini akan mengatasi kekurangan orang melayu memakmurkan masjid untuk solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari. Besar kesannya, bilamana Tun berada di masjid untuk solat fardu berjemaah, insyaAllah ramai yang akan mengikuti jejak langkah berbahagia Tun.
“Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.” (Terjemahan Surah Az-Zumar ayat 55)
“Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Terjemahan Surah Al-Qalam ayat 44)
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Terjemahan Surah Az-Zukhruf ayat 36-37)
4. Pengalaman silam semasa berada di dalam masjidil haram Makkah, mengingatkan saya kembali bagaimana suasana zaman jahiliyah Makkah sebelum kehadiran Islam telah berlaku semula di Malaysia.
5. Antaranya, masalah zina berluasa, anak kecil dibunuh, pergaulan bebas, hiburan melampau, arak menjadi hidangan biasa, berjudi dan sebagainya. Yang paling keji pernah saya lalui, apabila berjumpa dengan kawan-kawan melayu sendiri (di BOLEH land ini) sanggup menghina rasul Allah Muhammad SAW. Antaranya, kenapa Rasulullah membela janggut sebab tidak ada GILLETTE. Sedangkang Rasulullah mempunyai pedang yang mampu memenggal kepala musuh Islam apatah lagi setakat memotong janggut.
6. Ini semua adalah antara bala’-bala’ kecil yang telah melanda Malaysia dan tunggulah bala’ yang besar yang bakal menimpa kita; berkemungkinan macam bala’ Allah timpakan pada kaum nabi Lut (ada diceritakan Allah dalam al-Quran), bila mana Allah angkat permukaan bumi ke langit dan Allah hempaskan balik semula ke bumi. Dan jadilah ia laut mati yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Ini boleh dijadikan dalil dari Allah SWT, menyuruh kita pergi melancong untuk melihat kebesaran Allah SWT.
7. Saya cuma mengemukakan ajakan supaya kita sama-sama menunaikan sembahyang fardu berjemaah di surau/masjid dimana solat fardu dilaksanakan, sebagaimana mengikut sunnah nabi Muhammad SAW. Kewajipan solat fardu adalah kewajipan ke atas setiap individu yang mengaku dirinya Islam. Tidak kiralah orang itu mahir dalam pentadbiran dan juga mahir dalam bidang perubatan.
8. Ini adalah perkara asas (mula-mula) nabi buat sebaik sahaja berhijrah dan sampai ke Madinnah, disamping nabi menegakkan negara Islam (mendapatkan kuasa pemerintahan). Kalau setakat kewajipan, sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Tentu Allah SWT tidak menyuruh nabi berhijrah ke Madinnah. Baik nabi Muhammad SAW berdakwah sahaja di Makkah dan tidak perlu keluar ke Madinnah.
9. Tambahan, kalau setakat kewajipan itu, tidak ada bezanya Lee Kuan Yew, Tony Blair, Obama, Ma Ying-jeou, Nicolas Sarkozy yang menjadi ketua pemerintah negara, sebab pada masa musim haji pengalaman yang lepas, saya ada berjumpa orang India, Republic of China dan sebagainya di sana. Sebaliknya, jika kita pergi melancong ke negara tokoh-tokoh pemimpin non-muslim terbabit, kita masih boleh jumpa masjid dan orang Islam bersolat didalamnya. Maksudnya, pemimpin non-muslim tersebut tidak menghalang rakyatnya yang beragama Islam melakukan ibadat tersebut.
10. Jom saudara-saudaraku yang dihormati, untuk sama-sama dapat menunaikan solat fardu berjemaah di surau/masjid. Sebuk macamana pun, cuba kita peruntukan masa kita untuk sama-sama dapat menunaikan solat fardu berjemaah di surau/masjid. Orang Yahudi akan takut dengan umat Islam bila mana solat fardu subuh berjemaah sama ramai dengan solat Jumaat.
11. Jom kita jihad dengan selimut dahulu untuk dapat bangun pergi solat subuh di rumah Allah secara berjemaah. Sematkan dalam hati bahawa “Aku ada Allah SWT dan rasul Allah Muhammad SAW”. InsyaAllah, Allah SWT akan memberikan kekuatan untuk melaksanakannya.
Bacaan tambahan:
http://solat.wordpress.com/2008/06/25/solat-berjamaah-satu-tuntutan/
12. Gunalah masa hidup ini (pada alam amalan) yang Allah SWT kurniakan ini untuk mengikut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sebab setelah Allah SWT hidupkan kita selepas mati (pada alam balasan) sudah tiada gunanya, bahkan ada antara kita pada masa tu meminta kepada Allah supaya dikembalikan semula ke alam dunia, tetapi Allah cakap tidakkah cukup masa kamu hidup didunia dengan melakukan perkara yang sia-sia sedangkan Aku ada mengurniakan al-Quran dan sunnah nabi sebagai panduan hidup tetapi kamu kufurkan. Maka terimalah balasan api neraka ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang Allah campakkan kedalam api neraka. Amin.
rgds
Ibnu Sulaiman
Bacaan Tambahan:-
1. Bala benca Apabila Hubungan Kita Dengan Allah swt Tidak Dijaga
2. Yang Hidup Pasti Mati
3. Jawatan Kosong
salam tun
rakyat malaysia sekarang sedang memerhati kepimpinan datuk najib.keresahan dan kesempitan hidup akibat keborosan isterinya
jika dulu tun mengkritik pak lah kerana budak di tingkat empat menguasai putrajaya…sekarang adakah tun tidak mahu mengakui rosmah berperanan besar di sebalik kerajaan datuk najib?
rakyat sedang memerhati…termasuk juga ahli2 umno…penjawat2 awam…buktinya peruntukan jabatan ditarik balik…tuntutan hanya dibuat tetapi tidak dibayar…dan…rakyat sekarang mengeluh dan terus mengeluh
amarah rakyat termasuk ahli umno kepada rosmah ibarat api dalam sekam.rosmah adalah manusia yang tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti
jika dulu…isteri2 pm tidak kelihatan mencampuri urusan pentadbiran…tetapi jika ditanya umum…semua sedang meluat dengan perangai rosmah mansur ini
jika tun punya nasihat yang boleh didengar oleh datuk najib…luahkanlah kepada beliau bahawa umum sedang memerhati gelagat bininya yang semakin keterlaluan itu
salam sayang untuk tun sekeluarga
Alhamdulillah,
Salam Tuan Guru Dr Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat berjaya mensejahterakan rakyat Malaysia, semoga di Rahmati ALLAH.
1. Tuan Guru Dr Mahathir, penulisanmu adalah UBAT yang amat mujarab bagi memulihkan otak mereka (semua org tahu siapa kan) yang belum berfungsi dgn baik atau yang telah musnah sama sekali.
2. Wahai mereka tu,…. terimalah dengan ikhlas ubat dari Tuan Guru Dr Mahathir, insyaAllah otak kamu akan ber’akal dan boleh berfungsi dengan baik sekali.
3. Maka tidaklah akan terjadi lagi seperti mengata Allah mencarut, menyekat rezeki rakyat…… dan banyak lagi yg di buat salah.
Takbir!……. Allahu Akbar (Allah Maha Suci yang tidak bersifat mencarut)
salam Tun,
Cuma ingin berkongsi sedikit pandangan tentang bidang perubatan.
http://pagalavan.com/2011/07/27/for-future-doctors-physician-workforce-planning-in-malaysia-better-coordination-needed/
Assalammualaikum WBT dan, salam sejahtera.
Berbahagia lagi dihormati Tun,
1. Kenyataan Tun pada perenggan (2) menarik perhatian saya diantaranya; “Saya umarak dan bukan ulama.”
2. Izinkan saya menyunting Surah Al-Baqarah Ayat 001-005 seperti berikut;
Al-Baqarah:001
الم
Alif laam miin.
Al-Baqarah:002
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,
Al-Baqarah:003
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Al-Baqarah:004
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
dan mereka yang beriman kepada Kitab yang telah diturunkan kepadamu dan, Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu serta, mereka yakin akan adanya akhirat.
Al-Baqarah:005
أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
3. Seterusnya merujuk dari kenyataan Tun pada perenggan 13, 14 dan, 15.
4. Pada awal Surah Al-Baqarah telah disebutkan dengan jelas siapakah yang beriman maka, saya yakin Tun telah sempurnakan keseluruhan bacaan Al-Quran merujuk dari amatan saya setiapkali membaca pada setiap kenyataan Tun menyentuh isu Keagamaan terutama, Agama Islam yang seringkali tepat berlandaskan Ayat-Ayat Suci Al-Quran.
5. Sekiranya sangkaan saya tepat, teruskanlah usaha Tun kearah itu dengan berbekalkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran untuk terus berhujah agar Umat Muhammad kembali membaca dan, terus merujuk Al-Quran yang sama sekali tidak menyebut siapakah “Umarak atau, Ulama” di dalamnya.
Sekian, salam hormat dan, salam sayang.
Sentiasa bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,
1. Orang baik/beriman/bertaqwa sentiasa diberi Ilham baik dari Allah swt sehingga pemikirannya bernas, menyedarkan, menasihati, menginsafkan dan memperkasakan bangsa/umat.
2. Orang fasik samada hasil dari penceramah atau penceramah itu sendiri sentiasa mendapat hasutan syaitan.
3. Sebab itu, TGDrM kata selidiki berita dari org Fasik itu adalah benar apatah lagi itu adalah firman Allah yang Maha Suci.
4. ALLAH Maha Suci bukan pencarut spt didakwa oleh PAS Nik Aziz.
Tun,
Lama tidak dapat memberi ulasan terhadap tulisan Tun sebab serangan malware.
Mengenai ulasan Amin Tan tu Tun, jangan kita layan la, sebab depa tu ingat mereka sahaja pandai dalam soal agama.
Orang seperti Amin Tan ini akan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan pada masa yang sama tidak mahu orang lain mempertikaikan pendapat mereka mengenai agama.
Saya masih teringat mengenai saranan seorang guru agama yang mengajar murid-murid di kelasnya bahawa tidak sopan bagi mana-mana murid mempersoalkan ajaran guru.
Kononnya, murid yang mempersoalkan ajaran guru sama seperti kurang sopan atau biadap terhadap ibu bapa.
Dan untuk menggerunkan murid-murid, guru-guru agama ini akan mengingatkan mereka bahawa tidak sopan terhadap ibu bapa dimurkai Tuhan.
Ha…ha, begitu liciknya guru agama zaman dahulu dan perkara ini cuba mereka pertahankan sehingga sekarang walaupun dunia telah berubah dan murid-murid semakin cerdik daripada guru.
Salam Tun.
Alhamdulillah,
Salam Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH.
1. Syukur kpd Allah swt kerana terus memberi ilham yg baik kpd Tuan Guru Dr Mahathir, teruskanlah memberi nasihat, memberi teguran, memberi kesedaran dan perkara2 baik kepada semua warga negara (org Islam dan org bukan Islam)
2. Orang fasik di Msia ni muncul diantaranya adalah hasil hasutan mereka yg bekerjasama dgn syaitan.
3. Dalam sujud ‘Orang Fasik’ berdoa mohon perkara memusnahkan orang,
4. Kita pul,a sentiasa berdoa kpd Allah swt supaya:
i. Allah beri rahmat kpd semua org Islam
ii. Allah bantu semua org Islam supaya tidak lupa kpdNya, sentiasa bersyukur kpdNya dan bantu org Islam mengamalkan Islam sebaik-baiknya.
Islam itu bukan sebuah Parti!
Ia adalah agama yg suci kena berpegang dgn hati dan akal fikiran.
Kalau dari mula kewujudan manusia lagi Yg Maha Esa jadikan ISLAM itu pegangan yg benar jadi sesiapa yg letak Parti Islam maknanya seperti menduakan Tuhan. Sebab itu kadang2 kita dengar mereka tokok tambah ayat2 Al-quran dan Hadis2 mengikut nafsu mereka. Selalunya perkara2 yg ada didalamnya nafsu, mmg sedap didengar dan diikuti. Siapa Yg sedang Berbisik?! Semoga kita selamat dari tipu daya Syaitan.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,
Memang benarlah apa yg ada di katakan oleh Tn Guru DrMahathir itu.
Saya inginlah tambah, dgn izin.
1. UMNO/BN mendidik rakyat utk jadi perkasa, berkemahiran, berilmu, bermaruah dan banyak lagi perkara murni.
2. Sebaliknya PAS melahirkan dan mendidik rakyat jadi fasik, dalam setiap ceramahnya, mereka membenihkannya.
Assalamualaikum Tun dan Sekeluarga..
Jgn pedulikan kata2 pihak pembakang.. depa tak kan memperakui apa2 yang kita cakap walaupun benar sekalipun..
Suruh jadi Imam la….. Apa nie Sdr Amin Tan…
You Tengok sendiri la. Peminpin Pas.. Ustz Taib Azamudin Kat Baling… Bekas Imam Besar Pun Depa Cantas.. Sebab apa??
Pas sekarang tidak berani berpijak dibumi nyata…
Cakap Tak Surupa Bikin.. Ikut Cakap Anuar.. Ustz Taib Tahu semu Rahsia Anuar yg buat Mungkar.. DSAI Takut Tergugat.. Arah Hapuskan Utz Taib Azamudin… Apa nie… Cuba Terangkan Skit Wahai Saudara Amin Tan.. Nak Imam Cam Ner nie?
Wassalam.
Assalammualaikum warahmatullah YBhg Tun yang dikasihi.
Semoga diri Tun dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Bagus Tun, teruskan melontar idea-idea yang bernas (benar dan sangat baik) untuk tatapan anak bangsa yang cinta kepada agama, bangsa dan tanahair.
Semoga Allah swt. meredoi kita semua.
Sekian, terima kasih.
YBhg Tun Dr Mahathit yang dikasehi,
Salam Sejahtera dan Salam Hormat.
Adalah didoakan Tun berdua sentiasa sihat dan sejahterakan.
Tun maafkan saya kalau tersilap begitu juga pada semua rakan-rakan dalam blog ini, kiranya ia tidak benar – bakul sampahkan saja kerna ia dusta dari saya – terima kasih.
Salam Saudara AdiY,
Saya pun begitu juga – tiada niat untuk memperkecilkan sesiapa – focus saya semata-mata kepada message dalam ayat itu – dan saya nampak elok dijadikan contoh kerana ia sedang berlaku di hadapan mata – pada pandangan saya inilah realitinya yang sedang berlaku dalam kehidupan bangsaku yang sedang berada dalam keadaan perpecahan, mundur dan lemah kerana perbezaan fahaman, terjemahaan, tafsiran dari Al-Quran yang Benar, Lengkap dan Terpelihara……
Saya ingin belajar berhati-hati dan membiasakan diri bersikap terus terang walaupun semacam merendah-rendahkan bangsa sendiri, rengkasnya tak nak jadi hipokrit. Kaum, bangsa dan individu yang menganggap dirinya saja yang baik dan betul akan dijangkiti penyakit hati berbangga diri, ego, taksub dan bongkak – hasutan syaitan. Asyik menghukum dan merendah-rendahkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka – kafirlah, munafiklah dan tak masuk syurgalah macam di orang pula tuhan. Akibatnya berbala dan bermusuhan semasa sendiri berpecah-belah, mundur dan lemah.
Tuan AdiY, pada pandang saya dan penilaian saya, yakin sungguh ‘There is something wrong’ dalam struktur dan cara-cara kita menguruskan perjalanan kehidupan kita. Kerna pada lojiknya kalau kita menguruskan kehidupan kita dengan ‘ Cara Hidup Yang Sempurna, iaitu ISLAM tentunya hasilnya kesejahteraan, kecemerlangan, kegemilangan dari berbagai aspek kemajuan yang nikmati, ini tidak sebaliknya pula – maka dengan itu akal saya dan ‘common sense’ merumuskan bahawasanya kefahaman dan kepercayaan yang kita anuti ini iaitu Islam atau ‘Cara Hidup Yang Sempurna’ adalah sudah dinodai, sudah diselewengkan, sudah dipalsukan, sudah ditokohtambah dan lain-lain lagi demi kepentingan mereka – siapa mereka? Jangan tanya saya ya – kerna saya tak mahu buat fitnah. Tapi saya yakin jawapannya akan dapat kita ketahui dan gambarkan siapa mereka semasa dan selepas kita menyemak, mengkaji dan menyelidiki Petunjuk-Petunjuk Dalam Ketetapan Yang direstuNya dikitabkan dalam Al-quran yang Lengkap dan Terpelihara ….. Rengkasnya dan andaian saya macam ni – Tuhan Maha Pencipta Alam Semesta ini suruh kita bersetuju dan patuh pada ‘Ketetapan Yang DirestuiNya’ tapi kita ego, bongkak dan taksub pada ketetapan-ketetapan yang palsu dan diada-adakan oleh mereka. Kita engkar dan berpaling pada yang palsu – Tentulah akibatnya buruk macam kisah Nabi Adam dan Iblis. Apa pendapatan tuan?
Kita orang sedang berbincang dan berhujah memperingatkan dan berpesan-pesan semasa sendiri memanglah amat ditunut, Al-quran pun sarankan sedemikain. Saya percaya akan membuahkan hasil juga tapi terhad. Kerna apa?, kita tidak jujur dan berani mencari KEBENARAN dari Al-Quran. Kita merelakan diri kita dan ikut membuta-tuli apa yang sudah disumbat dan disuapkan pada kita walaupun tak masuk akal, walaupun kontradik dengan ‘Ketetapan Yang DiretuiNya’. Inilah perkara pokok dan punca segala permasahalan dan kerosakan – Marilah kita fikirkan bersama untuk kebaikan kita juga atau sekurang-kurangnya anak cucu-cicit berada di landasan BENAR bukan palsu. KITA TUNGGU SAMPAI BILA????
Tuan AdiY dan saudara-saudara yang budiman – apa dapatan tuan-tuan dari tafsiran ini:
11:114 “Dan Dirikanlah sembahyang di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya sembahyang itu menjauhkan dari kemungkaran; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.
11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya amalan (kerja-kerja) yang baik menjauhkan amalan (kerja-kerja) buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.
Sekali lagi mohon maaf kiranya ada kesilapan dan tersasar.
Terima kasih,
Semoga Tun berdua sentiasa sehat dan cerdas.
Salam Tun
Izinkan saya komen berikut:
” By Nikmat on June 29, 2011 11:05 PM
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH
Kita semua rasa kasihan kpd sdr baru Islam dr golongan org Cina kerana mereka teramat2 bersalah dalam beragama Islam kerana:
1. Belajar agama dari Nik Azih dan Hadi Awe serta penceramah PAS
2. Mereka buta, kerana Nik Azih dan Hadi Awe serta penceramah PAS memperkudakan agama Islam yang suci
3. Mereka jadi buta, kerana nampak Nik Aziz dan Hadi Awe serta pencermah PAS adalah orang yang tidak boleh bersalah langsung???
Kesihan
Kami doakan sdr baru dari org cina, dibuka hati untuk menolak PAS yang amat kotor dan keji itu.”
Tuan Nikmat,
Boleh saya tanya ramai ke yang saudara baru Cina yang masuk Islam melalui Nik Aziz dan HAdi Awang? Boleh sebut satu dua nama? Boleh beri contoh dimanakah salahnya keislaman mereka.
Amin Tan
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,
1. Dulu, org cina masuk Islam dikatakan ‘mualap’. ‘Mualap’ ini bukan melayu masuk islam yang tak tahu apa…. itu dulu.
2. Skrg, ramai orang sudah ada ilmu, maka telah faham apa sebenarnya MUALAF itu.
3. Malangnya skrg masih ada orang yg masuk Islam tetapi masih ‘mualap’, ilmu tidak meningkat, bodoh semace, tidak tahu apa itu fikir dan apa itu gedebe….. kesihe
en jagundala
tidak terniat sedikitpun untuk saya mengatakan , sebagai contoh “undi parti A boleh masuk syurga”
kalau benar mahu percaya kata-kata Allah, tiada konsep parti macam sekarang ni dalam alquran, yang ada hanya golongan, benar kata saudara,marilah kita baca dengan sebenar2 bacaan
awal2 surah albaqarah telah menjelaskan tentang golongan2 yang Allah bahagikan mengikut kriteria2 tertentu, jadi betul juga pernyataan saudara jagundala, kita gunakan pendengaran, penglihatan dan hati, fikirkanlah kriteria2 golongan2 yang disebutkan Allah
kebijaksanaan british, cina, india, even melayu sekalipun bagus juga, tapi tak semuanya, yang baik kita guna, tapi kalau yang hanya nampak baik sahaja dengan kesan akhirnya menjatuhkan islam, kita nak ikut juga ke ?
so, bagus la en jagundala highlightkan dengan perkataan “PERINGATAN” sbb itu peringatan dari Allah.. 🙂
Assalamualaikum Tun,
izinkan saya mengulas komen HBT….
anda prihatin akan jumlah dan peratusan kaum anda di Negara kami.memang patut.kami juga dihantui kebimbangan yg sama.bagi bangsa pendatang,peratusan anda di Malaysia ini amat tinggi.malah bukan saja di Malaysia,bahkan diseluruh pelusuk rantau kami di Nusantara ini,jumlah kaum anda jauh melewati batas selesa.
dan jika diambil kira penguasaan ekonomi kaum anda di Malaysia dan di Nusantara ia sudah sampai ke tahap yg amat membimbangkan.20juta kaum pendatang menguasai 70% ekonomi 300juta bumiputra.tidak kah ini mengundang ketidak-stabilan? perlu kah ada revolusi besar-besaran untuk membetulkan keadaan dan mengembalikan hak kpd yg berhak?
sekarang selagi kesempatan masih ada,seharus nya anda berfikiran rasional.ini bumi Melayu yg telah disertu menjadi Islam.jangan lah anda sebagai kaum pendatang yg kafir hendak menuntut terlalu banyak hak yg bukan hak anda.
menurut hukum Islam,anda adalah kafir musta’man,iaitu orang kafir yg berhijrah ke Negara Islam.kami wajib menjaga kepentingan dan keselamatan anda selama anda menghormati hak dan kepentingan kami. nasihat saya kpd anda mudah saja,hidup lah secara aman-damai dan kumpul lah kekayaan sebanyak yg anda mampu.
tapi jangan sentuh soal politik.anda tidak berhak langsung.adapun segala pengaruh politik dan ekonomi yg anda ada sekarang ini sebenar nya sudah pun jauh diluar batas keselesaan kami,namun atas dasar toleransi yg tinggi,kami tetap tidak membantah.jadi jangan mendorong kami untuk bangkit membantah.sebab bantahan adalah suatu penyakit yg tak ada ubat.ia akan melarat-larat.
terimakasih Tun
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH
Kita semua rasa kasihan kpd sdr baru Islam dr golongan org Cina kerana mereka teramat2 bersalah dalam beragama Islam kerana:
1. Belajar agama dari Nik Azih dan Hadi Awe serta penceramah PAS
2. Mereka buta, kerana Nik Azih dan Hadi Awe serta penceramah PAS memperkudakan agama Islam yang suci
3. Mereka jadi buta, kerana nampak Nik Aziz dan Hadi Awe serta pencermah PAS adalah orang yang tidak boleh bersalah langsung???
Kesihan
Kami doakan sdr baru dari org cina, dibuka hati untuk menolak PAS yang amat kotor dan keji itu.
Tun,
Suka sekiranya Tun dapat menulis sedikit tentang demonstrasi jalanan tahun 1998 pimpinan Anwar Ibrahim sebagai teladan.Sebagai Perdana Menteri waktu itu,Tun lebih tahu kerugian dan kesusahan yang ditanggung oleh negara dan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
Semoga sesiapa sahaja yang berhajat menyertai demo Bersih 2.0, akan berfikir banyak kali.Salam Tun.
Dear Tun.
Memang ada segelinter umat Melayu Islam yang masih lagi “pekak, buta dan tuli”. Kononnya ulamak sahaja yang berhak tentang hal-hal agama Islam dan orang lain tak boleh mempersoalkannya.
Apa guna Allah beri kita akal yang sebaik-baiknya kalau kita tak boleh hujah tentang soal agama Islam. Bila kita soal sahaja dah melenting terus diucapnya ASTAGFIRULLAH dan disuruh kita bertaubat !!
Salam TUN,
Sorry for the digression.
BERSIH WALK REVISITED AND DEBUNKED.
Following are statistics on population census gathered from Wikipedia.
(1)India 1,210,193,422 year 2011
(2)USA 380,745,538 2010
(3)Indonesia 237,556,363 2010
(4)Malaysia 27,565,821 2010
Opposition in countries with large population do not think that their country’s election are rigged,except in Malaysia.
Logical sense tells us that it is easier to rig an election with one billion than 27 millions in population.
Malaysia has achieved many accolades in the Guineas Book of records.
It also fall in the Advance Emergence Economy.
Has conducted 12 National Elections successfully.
Opposition is trying to perceive that organising National Election is equivelent to ROCKET SCIENCE.
A bad carpenter blame its tool.
YBhg Tun Dr Mahathir yang dikasehi,
Salam Hormat dan Salam Sejahtera.
Tun, Izinkan saya berkongsi pendapat, walaupun lintang pukang dan tidak seberapa – Terima kasih.
Memanglah Tun tidak menyalahkan Sdr Amin Tan, bahkan Tun rasa berterima kasih lagi – kerana peringatan itulah Tun mendapat ilham untuk menulis artikel ini dan mencerahkan lagi peringatan dari saudara Tan itu – saya rasa saudara Tan pun memahaminya sedemikian juga. Masalahnya timbul apabila syaitan dah mula memainkan peranannya menghasut dan mengapi-apikan keadaan. Tak percaya baca dari mula komen-komen dan seterusnya. (saya guna ‘common sense’ saja – simple)
“ Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam dan ulama yang berlainan”.
Inilah peringatan yang wajib kita focus – kupas – bedah – dengan sepenuh iklas dan jujur. Tumpuhkan jihad/usaha kita mengkaji dan menyelidiki Al-Quran.
Pendapat saya macam ni – Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w – haslinya kegemilangan Islam. Bila dah sampai masa syaitan musuh utama manusia berpeluang menembusi keimanan manusia – hasutannya yang nampak elok dan indah dengan menyelewengkan terjemahan dan tafsiran perkataan-perkataan dalam Al-quran – diperjelaskan lagi konon macamlah di orang pandai dari Tuhan – maka lahirlah Islam yang berpuak-puak atau mazhab – hasilnya apa yang kita lihat hari ini mundur dan lemah, ego dan ikut membuta tuli, berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan semasa kaumnya, menjadi kaum hanya sebagai pengguna sahaja dan banyak lagi . Tuan-tuan dan saudara-saudara lihat sendiri – buka mata dan minda luas-luas – fikirkanlah. – Yang Benar adalah milik Allah, yang dusta adalah dari saya sendiri.
Dengan demikian pilihan yang terbaik yang kita ada buat masa ini adalah untuk mengkaji dan menyelidiki Al-Quran dengan cara kita sendiri – Mencari kebenaran yang BENAR milik Allah – Mencari Islam yang disamapaikan oleh Nabi Muhammad. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk pada umatNya. Dipermudahakan supaya umatNya memikirkannya dan mengambil peringatan…… Selepas itu kita serahkan usaha dan keyakinan kita kepada Tuhan. Kerana sesungguhnya hanya Dialah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Sekali lagi – mohom maaf dan ampun sekiranya tersasar – Sebaik-baik ganjaran adalah dari Allah Yang Mengetahui, Bijaksana ………..
Sekian, terima kasih,
Semoga Tun berdua sentiasa segar dan sejahtera.
YBhg Tun Dr Mahathir yang dikasehi,
Salam Hormat dan Salam Sejahtera.
Tun, Izinkan saya berkongsi pendapat – Terima kasih.
Penjelasan – alchemist johor – amatlah jelas simple senang difahami – harap difikirkan dan ambil peringatan.
Saudara-saudara janganlah cepat melenting bila mana kena tegur – anggaplah itu peringatan yang perlu difikirkan – sebahagian dari proses belajar yang mendewasakan dan mematangkan kita. Melatih kita sabar, tabah dan berdaya saing – dengan ‘common sense’ kurniaan Tuhan pada kita – kita bisa melihat mana yang putih dan hitam – justeru bisa membersih dan mensucikan jiwa kita.
Contohilah – Kesabaran, ketabahan dan semangat daya saing nabi Muhammad memyampaikan petunjuk-petunjuk Allah. Kaumnya sendiri semasa itu – banyak menyekutukan Tuhan – kuat sembah-menyembah – paling keras sifat hipokritnya. Bayangkan dan fikirkan.
Mohon maaf kiranya tersasar dan lintang pukang.
Sekian terima kasih,
Semoga Tun sentiasa sejahtera dan dikurniakan banyak ‘common sense’.
Assalammualaikum wrt… yang berbahagia Tun,
Amaran Allah swt untuk sekalian manusia yang ada sikap assabiah:-
1. Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau Syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar.
2. Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
3. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
(Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 94-96)
rgds
Ibnu Sulaiman
Tun Dr Mahathir yang dihormati,
Saya percaya Tun tidak menuding Tuan Haji Amin Tan sebagai orang fasik yang beritanya dimaksudkan tapi hanya sebagai pembuka cerita sahaja. Tapi seperti biasa, orang kita amat mudah memesongkan cerita walaupun ianya senang difahami. Sebenarnya saya lihat Tun tidak seperti tuan guru seorang lagi yang mudah menghukum seorang Islam kafir,munafik dan fasik tanpa bukti yang benar. Itulah antara kelebihan Tun yang patut dicontohi pemimpin beragama Islam yang lain.
Tetapi di sini amat ketara, orang kita ni pantang ditegur apatah lagi dihukum atas kesalahannya. Tanpa soal selidik dan menggunakan ilmu agama yang didakwa tinggi di dada, mulalah melenting bila dikaitkan dengan sesuatu isu. Malah ada yang terus mengalah dan nak berundur serta berpaling. Belum betul-betul ditegur pun. Bagi mereka yang ingin berdakwah,di mana kekuatan iman dan jati diri kita bila ditimpa ujian yang tak seberapa. Di sinilah patut dijadikan iktibar bagaimana beratnya Tun Dr Mahathir untuk fokus dalam mentadbir negara bila pelbagai ujian melanda negara dihadapi. Malah majoriti rakyat tetap makmur dan selesa kerana komitmen beliau waktu itu dalam mentadbir dan menjaga kepentingan majoriti.
Sesiapa sahaja yang beragama Islam berhak dan patut membicarakan amalan berkaitan agama Islam itu sendiri. Tiada sesiapa yang boleh menafikan hak tersebut kerana sebagai tiada makna amalan dalam Islam jika tidak dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apatah lagi Tun Dr Mahathir yang mempunyai pengalaman paling lama mentadbir negara ini dengan peningkatan yang amat ketara dari pelbagai aspek. Malah negara kita dikenali sebagai negara Islam yang amat disenangi oleh dunia. Lihatlah!!Berapa ramainya rakyat negara asia yang lain ingin mencari rezeki di sini. Thailand, Bangladesh, Pakistan, Mynmar, China, Indonesia dll. Buta lagikah mata kita ingin melihat negara Islam contoh yang boleh berlaku adil dan selesa kesan dari pentadbiran kerajaan sederhana dan menepati kebaikan negara Islam seperti yang dikehendakki. Bagaimana agaknya jika kita ditadbir dengan kerajaan ala kerajaan Arab Saudi??Indonesia sendiri sudah mula boikot dan menuntut keadilan ke atas hukuman terhadap rakyat mereka yang bekerja di sana.
Sekian sahaja Tun.
Salam Sejahtera kepada Tun dan Keluarga.
Apa Yang Tun katakan memang betul kalau perkara yang mudah dan straight forward kita hendak Ulamak menentukan susah lah.
Saya memberi contoh yang mudah dan straight forward.Di mana MAN IN THE STREET ATAU LAYMAN pun faham.
1) Soal tentang menyalah guna nama ALLAH : Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkannya.
2) Kalau kita mengatakan Tuhan mencarut: Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkan nya.
3) Pas kata kalau undi Pas masuk syurga: Apakah kita perlu Ulamak mentaksirkan nya.
4) Soal mengkafir kan orang lain : Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkan nya.
5) Perpaduan UMNO,MCA,MIC dan parti bangsa bangsa lain ke dalam BN di katakan kafir.Bagai mana pula perpaduan PAS,DAP.PKR tidak dia juga sama: Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkan nya.
6) Sembahyang jemaah dua Imam: Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkan nya.
7) Sembelihan orang Islam tidak boleh di makan : Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkan nya.
8) Suami Isteri becerai kerana fahaman parti : Apakah kita perlu Ulamak mentafsirkannya.
Banyak lagi lah perkara sebegini.Sebagai contoh
Kalau kita nampak sebuah rumah sedang terbakar : Apakah kita perlu tunggu sampai pasukan bomba tiba.Tentunya seberapa daya kita akan berusaha memadam nya.
Kepada saudara Amin Tan jangan lah nak berkecil hati,perjuangan belum selesai,kalau kita lihat Tun yang sampai menitiskan air mata pun manusia lain masa menghina dan mencaci pun masih berjuang.
MELAYU MUDAH LUPA.
Kita lihat sahaja apabila Tun melepaskan jawatan kepada Pak Lah, Tun di kritik hebat bukan hanya parti lain ,malah dari golongan UMNO sendiri Tun tetap berjuang TEGUH. INI LAH PERJUANGAN YANG TIDAK MENGENAL JEMU DAN PENAT.PERJUANGAN YANG IKHLAS.
Tun may ALLAH bless You and Families. Amin
YBhg Tun Dr Mahathir yang dikasehi,
Salam Hormat dan Salam Sejahtera.
Tun, Izinkan saya berkongsi pendapat – Terima kasih.
Peringatan 1 – “KALAU BENAR MAHU DAPATKAN BERITA YANG BENAR,
PERCAYALAH KATA-KATA ALLAH..”
Pengukuhan – Kalau benar mahu dapatkan berita yang benar milik Allah, FIKIRKANLAH Petunjuk-petunjuk Allah di dalam Ketetapan Yang DirestuiNya dikitabkan dalam Al-quran. – supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang ikut membuta-tuli. (Bukan main percaya saja tapi selidiki dulu) Bacalah Al-Quran dengan sepatutnya…..
Peringatan 2 – “KALAU BENAR PERCAYA KATA_KATA ALLAH, TURUTI PERINTAHNYA DAN JAUHI LARANGANNYA..”
Pengukuhan – Kalau benar percaya pada Ketetapan Allah yang direstuiNya – Setujulah dengan merendah diri pada Ketetapan yang direstuiNya. (Bukan ketetapan yang diada-adakankan – MAAFKAN SAYA – bukan ketetapan seperti Siapa undi parti A masuk syurga dan lain-lain yang di luar sempadan ketetapan yang direstuiNya). Bebaskanlah diri dari mengikuti membuta-tuli. Ada mata – lihatlah, ada telinga – dengarlah, ada otak – fikirlah : Sedarkah atau tidak sedar, jauhi diri dari menyekutukanNya – sesungguhnya menyekutukan Tuhan adalah dosa besar dan tidak diampun – (Pendapat dan fahaman saya – Banyak cara menyekutukan Tuhan ni seperti mengatakan Tuhan ada anak, Tuhan ada rumah, mensimbolise Tuhan dengan apa rupa bentuk benda atau dengan apa sekalipun, menokoktambah hukum-hukum Tuhan, mengadakan tuhan-tuhan selain dari Allah, dan lain-lain lagi yang seumpannya. Tuhan Yang Mengetahui…….) Yang Benar adalah milik Allah, yang dusta adalah dari diri saya sendiri)
Peringatan 3 – “KALAU BENAR MENURUTI PERINTAH-NYA DAN MENJAUHI LARANGAN-NYA, LAKUKANLAH 100%..
Pengukuhan – Kalau benar berserah dan berbakti pada Tuhan, Berbuat baiklah dan berusahalah mensejahterakan, membangunkan dan memakmurkan Alam Semesta ini. (Sekecil mana pun usaha kita yang baik tetap akan dibalasNya dengan setipal – Itu JanjiNya) Islam itu cara hidup yang sempurna – Universal dan relevan sepanjang zaman.
Fahaman Saya mengenai – Al-Quran lengkap dan terpelihara – Lengkap memanglah lengkap Tuhan yang cipta, terpelihara memanglah terpelihara Tuhan yang cipta. Tapi mata kasar nampak Al-Quran sama juga dengan buku-buku lain terdedah pada penyelewengan terjemahan, tafsiran dan pengertian hasil hasutan syaitan – Tuhan Pencipta Alam Semesta Yang Sempurna – dikurniakannya manusia yang diangkatnya sebagai khalifah di bumi dengan akal > common sense > kebijaksaan > rasoinal untuk memelihara Al-Quran. So sekali lagi fahaman saya – mana-mana yang tak masuk akal atau bertentangan dengan hukum alam – wajib ditolak kerna bukan dari Quran. Maka terpeliharalah Al-Quran. Bacalah Al-Quran dengan sepatutnya ……
Yang BEBAR ADALAH BILIK ALLAH, yang dusta dan palsu adalah dari saya sendiri. Mohon maaf kiranya tersasar.
Sekian, terima kasih.
Saya yang belajar.
semoga Tun berdua sehat dan sejahtera.
Salam Tun,
Muslim percaya kepada Allah. Allah empunya Sekelian Alam. Alam merangkumi semua nya yang nyata dan yang belum nyata pada kita manusia.
Alam yang di perlajari kita melalui sains yang berbagai jurusan. Apa kita nak nafikan sains? Sains hanya perantara mencari kebenaran alam ini yang empunya Allah!
Hanya kerana kita belum boleh lihat atau “sense” tak bermakna ia tiada…hanya tahap sains kita belum sampai ke peringkat yang membolehkan kita lihat apa yang tak terlihat. Maka nya kita perlu ceburi penyelidikan sains untok mencari kebenaran Allah. Bukan menolak Sains…??
Sebegitu juga segala ilmu alam ni milik Allah…Kita sebagai hamba Allah perlu ceburi dengan sepenuh jiwa dan raga…mendalami segala ilmu ilmu milik Allah..untok mencari kebenaran Allah.
Mengapa kita menghalang anak2 kita yang mengaku Muslim untok meceburi segala macam ilum alam ini – sedangkan ilum2 ini boleh menolong kita membukitkan kebenar Allah ..kepada manusia sejagat.
Ilmu Allah buka hanya tertumpu kepada ilmu Agama….Kenapa kita berburuk sangka kepada Allah..dan fikir hanya Ilmu Agama Ilum milik Allah…..nauzzubillah!!!
Adakah kita nak sia sia kan kerunia Allah, ia itu AKAL FIKIRAN kita dengan tidak mengunakan nya untok mencari kebenaran Allah???
Tolonglah, Umat yang bertauh bergelar Muslim..yang di rahmati dan berkati ALLAH dengan kita beragama ISLAM…jangan lah matikan akal dan firkiran yang Allah berikan ..untok berfikirkan mencari kebenaran dan hak.
Mengapa kita tidak boleh menyoal idea2 dan fikiran ulama2 zaman silam…yang kita tak boleh soal ada lah Nas Al-Quran dan Hadis Sahih. Selain nya haru di soal dan di kupas untok mencari kebenaran nya.
Mungkin juga masa nya kita tiadakan jawatan Mufti. Sebalik nya sebuah badan bebas NGO terdiri dari Ilmuwan tersohor menjadi check & balance berkenaan agama.
Ulama2 yang tak ada kepentingan politik atau jawatan di mana gaji nya di bayar kerajaan atau sesiapa.
Badan Ilmuwan Agama bebas ni boleh di biaya dari kutipan Zakat sebagai Amil atau Asnaf Fisabillah. Sebagai contoh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Mohd Kazim Elias dan Ilmuwan seperjuangan dengan nya yang Ikhlas Lillahi ta’allah.
Wallahu ‘alam
Assalamualaikum Tun dan para bloggers sekalian,
Izinkan saya memberi penadapat saya yang tak seberapa ini.
Sekali terbaca entry Tun kali ini terasa macam Tun menyalahkan Sdr Amin Tan, tapi bila baca 4, 5 kali baru ternampak yang Tun tidak menyalahkan Sdr Amin Tan. Tun cuma menggunakan komen Amin Tan sebagai mukadimah kepada entry Tun kali ini. Tun cuma nak rakyat berfikir sebelum menerima sesuatu kenyataan/berita dari seseorang. Itu yang saya fahami. Saya harap Sdr Amin Tan tidak ambil hati mengenai entry Tun kali ini keran Amin Tan adalah di antara orang yang mempertahankan blog ini, boleh dikatakan orang kuat juga disini dan teruslah sokong blog ini.
Sekian, terima kasih Tun.
YBhg Tun Dr Mahathir yang dikasehi,
Salam hormat dan salam sejahtera.
Izinkan saya menambah sedikit dengan peringatan ini:
Jiwa yang suci, bersih, ikhlas, berserah dan sujud pada Tuhan tidak akan dapat ditembusi oleh hasutan syaitan. Mintalah pertolongan pada kesabaran, ketabahan dan daya saing.
Marilah semua rakyat Malaysia mensucikan jiwa kita dengan melakukan perbuatan yang baik-baik yang menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia. Marilah kita memikirkan peringatan-peringatan Tun di dalam blog ini. Dengarlah seberapa banyak pendapat – selidiki nilailah dan ambil mana yang terbaik demi survival bangsa yang lemah, mundur dan berpecah-belah.
Sekian, terima kasih.
Assalam Tun,
Ulamak taichi memang macam tu. Kalo kita kritik dan dia tak boleh hujah balik, dia akan kata “anta tak boleh cakap lebih-lebih sebab anta cetek ilmu, dan anta tak faham apa yang ana maksudkan sebab anta tak mendalami ilmu mantiq” dan sebagainya. Seterusnya kalau kita berhujah lagi yang ada point solid punya, dia akan kata “maaf lah ana kena pergi sekarang sebab ada majlis lain yang ana kena hadir”.
Kita gelak je lah!
KALAU BENAR MAHU DAPATKAN BERITA YANG BENAR,
PERCAYALAH KATA-KATA ALLAH..
KALAU BENAR PERCAYA KATA_KATA ALLAH,
TURUTI PERINTAH-NYA DAN JAUHI LARANGAN-NYA..
KALAU BENAR MENURUTI PERINTAH-NYA DAN MENJAUHI LARANGAN-NYA,
LAKUKANLAH 100%..
JANGAN JADIKAN KAUM LAIN SEBAGAI ALASAN,
JANGAN JADIKAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU SEBAGAI ALASAN..
SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU ?
SIAPA YANG MEMBERIKAN GREENLIGHT UNTUK PERLEMBAGAAN ?
ANDAIKATA PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU ITU ADALAH PERLEMBAGAAN ISLAM 100%, ADAKAH BRITISH AKAN MEMBERIKAN ‘KEMERDEKAAN’ ??
APA ALASANNYA ??.. TANAH MELAYU ADA CINA DAN INDIA..
SIAPA PENGUASA TANAH MELAYU INI YANG SEBENARNYA??
ORANG MELAYUKAH?? ATAU BRITISHKAH?? ATAU CINAKAH ?? ATAU INDIAKAH??
KALAU BENAR MELAYU ITU ISLAM.. BUATLAH ISLAM 100%??
GUNAKANLAH PERLEMBAGAAN ISLAM..
MASIH TAK PERCAYA ?? KONON DENGAN PERLEMBAGAAN ISLAM, ORANG AKAN BANYAK KENA POTONG TANGAN ??
BELUM LAKSANAKAN DAH BUAT KEPUTUSAN ?? BOLEH KE MANUSIA MENDAHULUI KEPUTUSAN ALLAH ??
SUARA KAMU MASIH BERBISA CHEDET..
UMUR KAMU MASIH DIPANJANGKAN ALLAH..
PASTI ADA LAGI PERJUANGAN AMANAH ALLAH YANG BELUM SELESAI..
Ayahanda Tun,
296. Sunday June 26, 2011
Big test for Chinese voters
ON THE BEAT
By WONG CHUN WAI
The Chinese population has declined sharply, even in Penang where the Malays are now the majority.
PROMINENT businessman Tan Sri William Cheng is highly regarded in the Chinese business community and his comments and advice are often given good play-up in the Chinese media.
On Friday, the Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (ACCIM) president spoke about the sharp decline in the Chinese population.
The country’s demographic change has many political, economic and social implications and the big boss of the Lion Group conglomerate certainly knows how the trend will affect the community.
Being a businessman, Cheng chose to dwell on the economic aspect. The owner of the Parkson department store chain said the Chinese community would have a chance to play a leading role in the country’s economy even though the population was low.
Speaking at the ACCIM Youth conference, Cheng did not want to ruin the upbeat mood, telling his listeners not to be pessimistic. Being the shrewd businessman that he is, he cleverly stayed away from talking about the political effects.
But he can certainly calculate what is ahead. The continuing drop in the Chinese population would correspond with a drop in political clout.
In a plural society, racial numbers do matter. It is the same in the United States where election candidates play along racial voter numbers to win their votes.
In 2009, journalist researcher Helen Ang highlighted in her report that the country’s Chinese population will decline to a mere 18.6% of the population in 25 years. While the bumiputra population for this decade (2011-2021) will see at least 1.98% annual growth, the Chinese population growth over this period will only be 0.73% annually.
Citing a study by researcher Saw Swee Hock, Ang wrote that by 2035, Malaysia will have 41 million people, with bumiputras making up 72.1% of the population.
Even Penang is now officially a Malay majority state. The latest statistics from the Department of Statistics indicate that Malays are increasing and have now outnumbered the Chinese by 0.7% in the once Chinese dominant state.
In 2009, the Penang Malay population stood at 654,300, just ahead of 651,600 Chinese by 0.1%. Last year, it widened to 0.7%. Of the estimated 1.6 million population in Penang, 670,100 were Malays (41.6%) while 658,700 were Chinese (40.9%). There were 9.7% Indians (155,600), 7% non-Malaysians (112,200), 0.8% others and other bumiputras (13,300).
In Selangor, another state with a big Chinese population, they now make up 29% of the state’s population of over five million.
We all know the reasons for the drop in Chinese population, which range from late marriages, preference for small families to migration. But there is less talk about the political effects, particularly the community’s diminishing political importance.
Chinese voters generally get angry and offended if they hear, even in the most subtle way, that their votes could be foregone. After all, in any election, every vote is crucial.
In a close fight between two Malay candidates, for instance, the minority Chinese voters can be the deciding factor. In fact, Tun Dr Mahathir Mohamad has always reminded his listeners that it was the Chinese voters who saved many Umno candidates in the 1999 general election following the sacking of his deputy Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Indeed, the Chinese can be kingmaker by voting strategically. Or they can vote to vent their frustrations and end up outside the government.
The big test will come in the next general election. Of the 222 parliamentary seats, only 40-odd seats are in Chinese majority areas. The others are Malay majority or racially mixed seats. There is no Indian majority parliamentary seat.
It is obvious at this point there is still much resentment in urban Chinese areas, with the voting pattern aligning towards the opposition. There is even a misconception that the Chinese, if they voted for the opposition entirely, would see their position strengthened based on the belief that PKR-PAS can deliver the Malay seats.
But it is a big gamble as the Chinese voters may just find themselves the only one outside the government, as in the case of Sarawak where the community was led by PKR-PAS to believe that the other races would join in to topple Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
In the end, the DAP ended up with 12 state seats while the SUPP was almost wiped out. The urban Malays-Dayaks, it turned out, voted solidly for Barisan Nasional, with PBB winning all 35 seats it contested. The SUPP lost its deputy chief ministership and is left with only two state assemblymen.
The question now is whether the Chinese voters would be happy with the 40-odd parliamentary seats for the DAP come the next election and see the community representation completely out of the government as they increase the number of PAS Members of Parliament.
The Chinese are the ones who will chart their future since Malay and Indian votes have shifted back to Barisan. It is now a choice of whether they want to follow their heart or rule with their head.
297. Ini cari gaduh and create fear in Chinese votes.
298. Why Chinese votes declining with more and more Chinese support for Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?
299. The Chinese did not vote because they may be in other states or countries during by-elections.
300. The Chinese did not vote, just like Americans, because they have lost hope with GE and favour globalisation.
301. He only knows how to write base on numbers without head only.
302. Bill Gates, is not highly educated neither does Jet Li, why they can excel?
303. Chinese vote or not, sama saja.
304. More than 80% of the Americans did not vote for Republic and Democrat parties, Datuk Wong lupa ke?
305. With or without Media Owners, Chinese will decide their destiny, not MCA, Gerakan nor DAP, habis cerita.
Good day Ayahanda Tun.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di rahmati ALLAH
1. Orang Cina yg masuk Islam, kmd belajar Islam dari PAS…. ini teramatlah rosak, perbuatan menuduh, memfitnah, dan lain2 keburukan memang boleh dalam PAS.
2. Jika belajar Islam dari Agama Islam Sebenar seperti amalan orang selain dari orang PAS ………..InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
4. TK Tuan Guru Dr Mahathir yang mengupas surat Al Hujurat dengan begitu tepat sekali yang penuh dengan keimanan dan ketaqwaan.
Jazakallah, khairan kathira.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di rahmati ALLAH
Apa yang Tuan Guru kata 1 – 16 itu adalah kebenaran..Alhamdulillah
Bagi berhati2 dengan si fasik, kita semua hendaklah mulakan dengan:
1. Nik Aziz & Hadi Awang bukannya ‘EDUCATED’
2. Ahli PAS dan penyokong PAS telah di bodohkan oleh Nik Aziz & Hadi Awang nii.
3. Nik Aziz & Hadi Awang sentiasa membodohkan mereka, sehingga mereka melihat nik Aziz dan Hadi Awang teramatlah ‘educated’ dan teramatlah ‘ulamaknya’ walaupun:
a. Mendakwa ALLAH swt mencarut.
b. Bertindak spt syaitan krn telah bekerjasama dengan syaitan
c. Doa baik untuk pemimpin kafir
d. Doa petaka kpd pemimpin Islam
d. Menolak perpaduan Islam
e. Busuk hati
f. Membela al juburi, al depani, al belakangi
InsyaAllah orang PAS, kamu akan kembali kepada UMNO parti asal kamu.
Hindarlah orang fasik yang sebenar, kamu akan selamat.
Mungkin Amin Tan (tetapi cara dia menegur memang ‘fail’ lah) memberi pandangan begitu atas alasan ulama’ Islam zaman dulu selalunya akan menjadi pelajar sahaja walaupun dah terlebih pandai sehinggalah sampai masa, tuan guru akan mengesyorkan pelajarnya tadi untuk buka kuliah/kelas sendiri. Walaupun dah buka kelas sendiri, ulama-ulama tidak bangkang membangkang antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat dalam sesetengah hal.
PERBEZAAN PENDAPAT DALAM BERAGAMA DIKALANGAN ORANG ISLAM
Sebab 1: Pendapat yang diutarakan mungkin berasaskan pemahaman yang berlainan dari apa yang kita faham. Contoh mudah: Ada pelbagai pendapat tentang sesetengah perkara yang sama (hal tentang boleh tidak pegang dan baca Quran samada ada wudhuk atau tidak, ketika haid, hal sampai wujud 4 mazhab dalam Islam dll).
Sebab 2: Memerlukan pengalaman untuk menjadi pakar. Walaupun kita betul, jika kita tidak terus reject pendapat orang lain, kita mungkin boleh melihat logik lain kenapa pendapat sebegitu rupa diberi. Hasilnya, ilmu dan pemahaman kita makin bertambahlah.
####################################################################
ISU MASUK PAS MASUK SYURGA:
#1 Bersetuju (TEORI SAHAJA):
IKUT QURAN & HADIS = MASUK SYURGA
PAS (TEORI) = IKUT QURAN & HADIS
PAS (TEORI) = MASUK SYURGA
Blueprint penubuhan PAS adalah ‘mentadbir dan hidup mengikut model Nabi SAW’. Jadi jika dikisarkan kepada logik asas ini, memang mengikut PAS bererti mengikut cara hidup untuk menuju ke syurga.
#2 Tidak Bersetuju (REALITI):
Disebabkan PAS pun sama ada betul dan ada salah. Jadi PAS juga hanya sempurna dalam lakaran idea dan harapan, sepertimana realiti parti politik lain. Jadi tiadalah jaminan syurganya.
PS: Dengar Nik Aziz bagi khutbah jumaat memang best. Naik semangat untuk beribadah dan mengejar akhirat. Tetapi kalau pergi selain dari Khutbah Jumaat, itu politik jadi faham-faham sendirilah.
Dear Tun,
This is exactly why we can’t progress.
When someone give a comment, he / she is told : dont ask this, dont ask that; or , you are not qualify to do this.
Microsoft board of management consist of VARIOUS type of profession. Because BILL GATES believe that he needs all kind of views, from different perspective to be a successful business entity, and yes, he did it.
Nvm, be it dear Tun. Afterall, these people are the real DERHAKA, the real Pembelot to Bangsa Agama Negara. Because they are the hindrance to progress, hindrance to all.
When Prof Ghauth (VC of UM) ask us to polish up our english, the small portion of ‘extremist’ came out and protest, ACCUSING the Prof to be the pembelot to own language. but really, who is the real culprit??!!
Now, ever since Prof Ghauth left MMU(your pet project), MMU has consecutively running on RED for 2 years, losing money.
NVM TUN, TM has alot of money. ya.. TAX PAYERS money (GLC). and be prepared TUn, if you go Tegur them, they will say “you are not a Professor, you dont know how to run a University, you are not qualified to comment on this”; or they tell you “time is different, alot of competition”. (i dont see MIT / Harvard / RMIT / Cambridge having this “competition”.)
Best of Luck Tun.
TERIMA KASIH. SOKONG SEMUA PANDANGAN TUN…
Salam YAB & diKasihi Tun,
Mohon izin Tun untuk saya mengulas kes Video Seks yang identiti pelakunya telah disahkan. Penayangnya telah dihukum, tetapi pelakunya bebas MEMFITNAH orang lain; pelik sungguh proses mahkamah kita. Jika di tempat lain, Anwar Ibrahim sudah menjadi sejarah.
Anwar Ibrahim ialah CONTOH orang yang jika membawa BERITA, kita kena MENELITI dahulu KESAHIHAN berita yang dikhabarkannya. Beliau ialah contoh manusia yang suka MEMFITNAH orang lain untuk menutup segala kesalahan & perlakuan buruk beliau. Beliau banyak memfitnah Tun sehinggakan ramai yang menuduh Tun dengan tuduhan yang tidak masuk akal kerana ramai yang PERCAYA & terpedaya dengan lakonan berkesan Anwar Ibrahim.
Tapi, saya tidak hairan jika PAS/PKR/DAP masih juga mahu menafikan KEBENARAN. Cuma mereka yang DUNGU ketahap maksima atau yang PENTINGKAN diri sendiri saja masih lagi mahu menafikan kebenaran ini.
Saya sedih dengan masyarakat kita (terutama masyarakat Melayu). Dari pemerhatian & pengalaman saya, dikebanyakan masa masyarakat kita lebih suka jika mereka berada di pihak majoriti (mendapat sokongan ramai), walaupun majoriti tersebut ternyata SILAP/SALAH. Lagi satu, mereka lebih suka MENGHUKUM berdasarkan sentimen & emosi, dan bukannya berdasarkan akal fikiran yang rasional/waras dan bukan juga berdasarkan kebenaran dan BUKTI SAHIH. Bukti sahih pada mereka tidak perlu; jika mereka rasa lebih baik untuk menghukum orang yang berada di pihak benar untuk kepentingan diri dan juga untuk nampak hebat & disukai, mereka akan melakukannya. Dalam erti kata lain KEBENARAN tidak penting. Yang penting ialah apakah keputusan itu akan memberi “benefit”/kebaikan/manafaat kepada diri mereka.
Terima kasih Tun kerana MEMECAT Anwar Ibrahim. Tun sedar ramai orang Melayu (Islam) yang akan MENGECAM/MENGHINA Tun kerana pemecatan tersebut, tetapi Tun tetap mengambil langkah yang TIDAK POPULAR demi kebenaran kerana lebih pentingkan agama, bangsa, dan negara melebihi kepentingan peribadi. Dari sini saya nampak keikhlasan Tun sebagai pemimpin ISLAM. Saya antara mereka yang yakin dengan keputusan Tun memecat Anwar atas sebab-sebab yang Tun nyatakan. Sekarang KEBENARAN telah terserlah.
*** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***
salam tun dan forumer,
nampak semua macam bagus je cerita ugama, dengan petikan ayat al quran dan hadis bagai….. dah tanya dengan diri kamu ke?…layak ke kamu..?..kamu ulama atau umarak?… atau ular dalam semak… :)) dalam dok petik ayat tu… nampak…dok bergaduh juge…masing2 nak tegak “kebenaran”… kebenaran apa ya…
agaknya Tun… dia orang ni “umarbelagak” kut.. ;P~~
Satu lagi yang perlu kita renungkan tentang gelaran “ulama”. Dalam masyarakat Melayu, selalunya gelaran “ulama” itu diberikan kepada orang yang belajar ilmu agama tinggi. Sedangkan ulama itu bermaksud orang-orang yang berilmu.
Ilmu Allah itu luas, bukannya setakat bidang agama. Orang-orang yang menguasai ilmu matematik, sains, ekonomi, teknologi, politik, perubatan dan lain-lain pun adalah ulama di dalam bidang mereka. Dan orang-orang ini juga perlu dihormati cakap mereka.
Contohnya pakar kaji video juga adalah ulama. Jika mereka mengesahkan individu dalam sesuatu video itu 99.99% adalah tulen berdasarkan ilmu-ilmu terkini, seharusnya orang lain yang ingin menafikan apa yang pakar itu katakan harus membawa pakar kaji video yang lain untuk membuktikan kebenaran di pihak mereka.
Kalau kita hanya serahkan kepada ulamak agama untuk menafikan, mereka menjawab tanpa hujah yang konkrit (sebab mereka tidak tahu pun ilmu video) seperti mengatakan bukti video tidak boleh diterima kerana perakam video itu hanyalah besi yang tak mempunyai mata dan telinga.
Apakah seorang yang sudah berusia dan dihormati sebagai ulama, hanya mampu bercakap seperti budak tidak bersekolah? Jadi orang Melayu kena bijak menilai seseorang itu sama ada berilmu atau tidak, bukannya mudah-mudah percaya yang mereka itu adalah ulama (hanya kerana gelaran dalam agama).
Salam TUN,
Ever since the resurgence of Islamic values in the 70S,Malaysian muslims men has discarded their ‘Baju Melayu’and draped themselves in Middle Eastern Attire (especially the turban instead of the Songkok).
This is the perception of the 70% ratio of the Muslim population here to potray oneselve as a role model muslim.
Then,comes the 20% and 10% in difference attires.
Forgive me,if I am wrong,TUN falls into the 10% due to your profession as a moderate statesman for all Malaysians(Malay/Chinese/Indian and others)
Your fanatic Muslim detractors will perceive TUN in their wildest imaginations.
Kelantanese youths embarking on Hijrah in drove to seek greener pastures elsewhere and yet PAS is enjoying and entrenched in Kelantan.
They optimised the leverage on the resurgence of Islamic values well.
The potential BN candidate for Kelantan state must be picked from the 70% category.
PAS blantant U Turn on Islamic Country.How come they can qualify themselves as ULAMA for the past 30 years.No public outcry from their supporters and fans club,what an obedience lot.
PKR mentor debacle.He sell himself well,uttering verses in Arabic from the Holy Koran to the delights of his mesmerised fans club,until he could do wrongs.
His fans are in fantasy world,not realising they are in SUBAHAT mode,a crime more serious than murder.
TANAH IBU PENCARIAN
TANAH BOLIH MEMBUAHKAN DUIT.
TANAH YG DIJUAL DENGAN DUIT BELUM TENTU
DENGAN DUIT MEMBUAHKAN DUIT ATAU TANAH LAGI.
HABIS TANAH HABNCURLAH HARAPAN
HABIS DUIT BOLIH CARI LAGI.
TUN,
SAYA AMAT TERSINGGUNG,SEDIH DAN HABA
APABILA TANAH TANJUNG PAGAR,KTM DIBERI LALUAN KEPADA SINGAPURA.
WALAUPUN MEMBERI MEREKA 40PERATUS,
LAMBAT LAUN MEREKA AKAN MERANGKUPI SEMUANYA.
APAPUN JUA ALASAN TUN NAJIB
BUKAN SATU SEBAB KENAPA KITA MESTI MENYERAHKAN TANAH HAK KITA PADA
NEGARA FIRAUN INI.
NASIHATKANLAH PEMIMPIN KITA SUPAYA LEBIH BERHATI HATI,
JUGA ANAK BUMI YG MASIH PUNYA TANAH.
TANAH BOLIH MENGHASILKAN BUAH/DUIT/ECONOMY.
DUIT BOLIH DICARI BILA BILA MASA.
HANYA PERLU PERMIKIRAN YG BIJAK.
VIETNAM YG LEMAH MEMPERTAHANKAN PULAU MEREKA
DENGAN CHINA YG AMAT DIGERUNI.
KITA DAH TENTU MILIK KITA,TAKKAN BERGINI CARA.
AKAL KAT OTAK BUKAN KAT NAFSU
Tun,
Umarak dan ulamak sama saja.Ibarat pesawah padi dengan nelayan.Tiada yang melebihi.Yang penting niat dan kesungguhannya.
Amal yang dituntut bukan hanya kepada orang2 yang mengajar agama,pakai serban,ada janggut,tetapi yang beri manafaat dan kebaikan kepada manusia dan alam ini.Rasanya Datuk Nik Aziz termasuklah dalam golongan ini tetapi terhad kepada kumpulan yang diwakilinya sahaja.Mengenai Tun,jika niat tak baik,dah lama dah Malaysia menjadi seperti Bosnia,Pakistan dan negara-negara Arab yang antaranya dicucuk hidung serta tergadai banyak perkara.
Lihatlah wajah-wajah pemimpin kita.Tentu kita dapat meneka kerektor mereka samada pendendam,pemarah ataupun bersederhana,bersahaja.
Dearest Tun
1-I agree with eanisazman and would like to plead to Bro Amin Tan to reconsider quitting this forum.
2-Bro Amin Tan I thought you would have been proud that Tun had actually responded to your comments. I sincerely believe that Tun was only using your comment to start this topic as Bro samuraimelayu have correctly observed.Personally to me he also doesn’t sound like he was reprimanding you at all.It truly baffled me that you have come to this so dramatic decision.
3-Everybody in this blog knows you are Tun’s no.1 supporter and I am sure Tun appreciates that too.So if Tun was actually admonishing you then he would have been a real ingrate which I know Tun is definitely not.
4-I believe Tun was actually only honoring you for being his supporter when he mentioned your name,that’s all.Bro Amin Tan,I would have been very flattered if I was in your shoes,honest.
5-Please don’t quit on us bro,this blog really will not be the same without you.I really look forward to reading your sincere views and comments everytime.Really,there is a lot of things we can learn from such a distinguished and accomplished man like you.
6-Bro Amin Tan,Please don’t quit on us…
Thanks Tun
Assalamualaikum ayahanda Tun,
Alhamdulilah telah diberikan kesihatan yg terbaik dgn gandingan akal yg sangat jauh pandangan membolehkan kebaikan dapat dinikmati bersama kami rakyat Malaysia seluruhnya melainkan ‘puak akal sempit’ serta pengikut akan menafikan.
“Yang penting adalah fakta dan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tidak penting siapa yang mengatakannya”
Sejak “Di Sebalik Tabir” saya masih positif perjuangan Tun.
Muga berpesan-pesan ke arah yang benar memberikan kita kelebihan terselamat di bawah lindunganNya.
Wassalam.
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH
1. Di ‘BOLEHLAND’ (PAS), orang buat salah dan langgar hukum agama Islam adalah tidak bersalah dan mendapat pembelaan:
a. Memaki
b. Memfitnah
c. Putar belit
d. Berdengki
e. Mendakwa Allah mencarut
f. Berkawan dan berkerjasama dengan syaitan
g. Melonggarkan hukum syariat kepada pemuda Islam Singapura
h. Al-Belakang, Al-Depan
i. Skandal tangkap basah, boleh jadi Naib Presiden
j. Menolak perpaduan sesama Islam
k. Mengkafirkan orang yang sembah Allah swt, KAFIR, KAFIR, KAFIR
Orang macam ini pun PAS terima, apalah pulak orang Munafik……..
Orang PAS bukannya ‘Educated’, dan tidak akan ada vocab ‘akhlak mulia’ dalam pemikiran mereka.
Syabas saudara eanisazaman..
Harap bagi alamat email..
Tun,
Komen Tun,
“Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.”
Kalau dulu, orang PAS mengatakan UMNO Assobiyah, sekarang ini UMNO pula mengatakan PAS assobiyah.
Persoalannya, adakah terdapat trend yang mana orang UMNO berfikiran terbuka yang akan menyoal sekiranya pada peringkat tinggi sudah membuat satu keputusan?
Di zaman pemerintahan Tun, adakah orang-orang dibawah Tun berfikiran terbuka yang selalu persoalkan polisi-polisi Tun ataupun menjadi pak turut?
Saya berpandangan trend assobiyah ini terdapat pada kedua-dua PAS dan UMNO. Mungkin saya silap, harap dapat betulkan. Setakat ini masyarakat kita belum lagi pada tahap yang matang yang boleh berfikiran terbuka seperti mana di negara maju. Buktinya adalah di dalam blog ini, ada yang banyak pengampu yang akan mengatakan betul apa sahaja Tun katakan.
Kalau Tun tidak percaya, cuba Tun keluarkan artikel yang tidak munasabah akal umpamanya angkasawan negara kita patut pergi ke planet marikh angkasa lepas, saya yakin ramai yang akan setuju dengan Tun.
Perihal yang kedua, “selidiki berita dari orang yang Fasik”. Perkataan Fasik ini bermaksud orang yang berdosa besar atau orang yang bergelimpangan dengan Maksiat. Saya bukan hendak menyokong orang PAS, ada juga orang PAS yang pakai kopiah tapi perangai macam hantu. Tapi perkataan Fasik yang ditujukan kepada Nik Aziz tidak kena. Kalau Datuk Nik Aziz pergi kelab malam, bolehlah Tun kata dia Fasik.
Sekiranya, perkataan fasik itu tidak kena pada Dato Nik Aziz, maka ayat Quran yang Tun sertakan tidak boleh diaplikasikan terhadap Dato’ Nik Aziz.
Harap maaf kerana komen di sini, sebenarnya saya tidak assobiyah, perfikiran terbuka. Apa yang tak betul saya nyatakan.
Sallam
SALAM KASIH DAN SAYANG
AYAHANDA RAKYAT TUN
Izinkan,
Sdr. Amin Tan,
Sebagai seorang insan yang serba kekurangan dan lemah (disisi Yang Maha Pengasih dan Penyayang Allah s.w.t) kita wajib terima Qadho dan kada’ yang di’kun faya kun’NYA..tiada sesiapa atau sesuatu jua dijadikan sama (Identical), yang nyata mahupun yang ghaib..begitu jua lah fikiran, pandangan, perasaan dan rasa setiap umat manusia..yang pentingnya setiap ‘permohonan dan pergerakan’ kita ( nafsu atau iman) itu hendaklah ikhlas, suci, jujur dan benar..sifat Rasul.
Kami percaya sdr. bukan antara mereka yang bersikap khianat, hasat dan dengki mahupun riak dan bongkak… sifat syaitan.
.. dengan menyebut blog AYAHANDA Tun Dr.Mahathir diakhir ayat ‘perpisahan’ sdr, kami tahu betapa sayangnya sdr. terhadap Ayahanda Tun yang telah menyediakan ‘infrastruktur2’ PEMBANGUNAN demi kemajuan, kesenangan, kebahagian dan keamanan jenerasi kini dan mendatang.
Makanya kami mohon agar sdr. kuatkan semangat dan terus ‘ berjuang’ bersama Ayahanda Tun dan pejuang2 yang lain demi bangsa dan negara..
Baginda Rasulullah s.a.w telah SEMPURNAKAN ISLAM ( se nya SUCI dan SEMPURNA) sebagai SATU2 nya JALAN bagi umatnya mendapatkan ‘passport’ keSyurga.. IMPIAN setiap hamba Allah. HANYA dengan ‘mencuci’ diri dengan panduan/amalan yg telah diamanatkan Nabi Muhammad s.a.w. kita dapat tingkatkan kesucian ADAM( Roh dan Jasad) kita semoga diredhai sebagai HambaNYA … sedarjah dengan Adam dan Hawa sebelum dilaknati kedunia fana’ ini…KERANA INGKAR!
YANG TERSURAT ITU PENGETAHUAN, YANG TERSIRAT ITU ILMU
Wallahualam.
ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Kami yang juga bukan ulama mohon ampun dan maaf jika ada sesiapa yang kurang senang dengan kalam hati kami..Kami mohon agar para ‘Uluma’ dlm blog ini perbetulkan dari mencerca/caci kalam kami..yang lebih kami muliakan jika terdapat ulama2 yang sudi mengajar kita KEINDAHAN Zat Sifat Pengasih dan Penyayang yang terdapat dalam kalimah ‘BISMILLAH HIRROHMANIRROHIM…Jom kita berkasih sayang sesama manusia..AMAAAN.
Dah betul dah tu Tun, Assalamualaikum. Jika Amin Tan itu ingat dirinya ulamak, apakah yang sepatutnya dilakukan olehnya? Keluar fatwalah…. Tapi dia tak boleh kan?
Salam Tun,
Nabi Melayu @ Nik Aziz & penyokongnya @ PAS perasan yg dia tu ulamak, betul ke dia tu ulamak? AI pernah kata Nabi Melayu @ Nik Aziz ulamak terompah, sekarang ni mrk dah berpelukan, malah Nabi Melayu @ Nik Aziz dah jadi penyokong kuat AI yg homoseksual tu. Dia tak percaya AI homoseksual sebab pemikiran dia telah dihijabkan oleh perasaan benci yg amat sgt kpd UMNO. Kebencian beliau dah sampai ketahap sanggup memperkudakan agama Islam utk memenangkan hujah PAS beliau. Lepas ni dia cari mana2 ayat Al-Quran nak menghujahkan bahawa Ibrahim Libya tu masih syahid, setelah PAS “renounced” matlamat negara Islam dia. Manakala penyokong2 beliau akan terus menjadi lembu tunggangan yg telah diikat hidungnya.
Salam, Tun
Saya rasa Tun agak sedikit overreact disini. Beberapa penyokong Tun lagilah.
In the other hand, saya kesian dengan Amin Tan.. Mengingatkan saya kepada Ir Syahrizan suatu masa dahulu.:) So, to Amin Tan, jangan terlalu berkecil hati, dan yang lebih penting tidak berputus asa kerna saya percaya anda boleh menyumbang sedikit sebanyak didalam blog. Sebagaimana Ir Syahrizan yang tak pernah putus asa bilamana Tun komen pasal proton.
So, yang dihormati Tun, saya kadang-kadang sangat kagum dengan Tun. tetapi kadang-kadang juga tidak berapa kagum dengan Tun. Mengapa? Pada pendapat saya, Tun agak banyak menyentuh sesuatu perkara itu secara surface. Terutama dalam blog ini. Topik yang Tun keutarakan adalah topik besar, tetapi kupasan terlalu bergantung kepada ‘straight forward thinking’. Sesetengah orang komen Tun bercakap hanya menggunakan logik akal sahaja. Bagi saya pula, tidak tetapi sebenarnya adalah hujah menuju kepada apa yang Tun mahu(Justification of thought & action), secara simple sahaja. Contoh yang jelas, dalam isu ini, kebanyakan yang ‘against’ Tun, tidakpun berkata kepada Tun, yang Tun tidak boleh mempersoalkan tentang agama. Cuma dari komen-komen Tun, kelihatan Tun pengetahuan agama Tun masih boleh diperbaiki(Merujuk kepada posting sebelum ini). Maka apa yang sesetengah daripada mereka lakukan ialah cuba untuk memperbetulkan dan tak kurang juga yang cuba mengkritik. Dan yang ketara, cara Tun mempersoalkan sesuatu juga sangat kelihatan berbentuk kritikan..So, why Amin Tan this time?
Menyentuh isu perpecahan..Terdapat perpecahan dikalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SWT dimana dikatakan berpunca dari fitnah. Mengapa fitnah dapat menguasai, walaupun terhadap tokoh islam dan pengikutnya yang sangat terkenal? Justification of believes(on who should be the Caliph)? Saya serahkan kepada yang lebih ahli. Dan seterusnya, saya dan sesiapa lagi yang kurang ilmu dalam hal ini, seharusnya dengan rendah diri mendengar/membaca, menilai, menganalisa, berbincang,mencari ilmu dan paling penting memohon hidayah dan petunjuk dari Allah swt. Perpecahan dan ketaksuban boleh datang dari pelbagai sudut. Adakah kita bersedia?
Psstt: Some may say, my opinion also base on the straight forward thinking too.[Yes, maybe]:) But before that, please check on ‘Thinking Out Of the Box’ concept. You may find some useful info/knowledge. Furthermore, get some basic idea on the “Logical Thinking”(definition, method, tools,etc).
Assalamualaikum semua….
Maaf kerana mencelah…. kerana ingin bercerita tentang suatu kisah….
Kisah Bazaria Larut Malam Danau Kota ataupun “UPTOWN” Danau Kota..
– Uptown Danau Kota ini wujud pada awal tahun 2006 disebabkan pengusiran ataupun penutupan tempat menjaja anak bangsa di Uptown Damansara pada penghujung tahun 2005 kerana tidak mendapat lesen mahupun kebenaran dari kerajaan negeri Selangor ketika itu (MBPJ Khususnya)…Maka ramai jugalah para belia remaja sewaktu itu yang ketandusan pendapatan…
– Setelah pelbagai dugaan, maka Uptown Danau Kota dapat dibuka dan caj pengurusannya adalah sebanyak RM80 sebulan. Kemudian telah dinaikkan kepada RM150 sebulan sehingga kini… Dan kini pihak penganjur ingin menaikkan lagi caj pengurusan sehingga seratus peratus menjadi RM300 sebulan…Semoga ada pertimbangan dari pihak penganjur, rasanya banyak lagi yang para penjaja ini harus fikirkan… Tentang bayaran harian penggunaan elektrik, upah para pembantu, faktor cuaca ketika menjaja dan banyak lagi……
– Mulanya Uptown Danau Kota ini hanya lebih kurang 250 petak penjaja sahaja, kemudian bertambah hingga lebih 400 petak dan ini ditambah lagi dengan pihak lain seperti koperasi dan tapak ekspo. Sehingga kini telah menempatkan lebih kurang 600 petak kepada para penjaja untuk menjaja.. Dan kebanyakan penjaja itu adalah anak bangsa jua kelihatannya….
– Dengan kehadiran para penjaja tersebut, dengan berkat usaha gigih dan daya tabah menghadapi cabaran, dugaan cuaca yang sememangnya sekarang tidak menentu.. Kadang basah seluruh diri…. Adakala terbang payung kanopi. Ini telah memyebabkan kawasan di persekitaran tersebut menikmati kerancakan kitaran ekonomi… Munculnya pelbagai restoran, kopitiam dan medan selera, kedai-kedai serbaneka dan pelbagai lagi jenis perniagaan dibuka seiring dengan kerancakan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut…. Tetapi dah namanya penjaja pasti akan tetap menjaja…. Ada yang berjaya, namun ada juga yang kekal biasa…. Kadangkala dugaan menimpa…..Pengalaman menjadikannya dewasa…… Lihatlah dengan mata hati… Tiada tongkat namun mampu berdiri…
– Jangan sekadar sebutkan peniaga, kadangkala dengarlah suara penjaja… Dan tempat berniaganya para penjaja biasanya adalah gerai… Sama ada statik ataupun tidak…. Yang berbumbung mahupun hanya sekadar payung……….
*Harapnya pihak penganjur, lebih-lebih lagi kepada En. Ahmad Selamat untuk mempertimbangkan kos kenaikan caj pengurusan… Dengarnya payung kanopi baru pun “mesti beli” dari En. Ahmad juga.. Semoga selamatlah hendaknya….
*Harapnya pihak DBKL tidak memindahkan Uptown Danau Kota ini hanya kerana bantahan segelintir penduduk taman di situ… Berilah peluang pada anak bangsa di bumi sendiri kerana rasanya ada ramai lagi bangsa asing yang berniaga di bumi bertuah ini…..
* Dan harapan pada Nya semoga dipermudahkanlah penjaja ini mencari rezeki yang halal di muka bumi Mu ini….Amin…..
Wassalammualaikum WBT
Dari Kaki Lima menuju Persada….
JOETAMCHI
Assalamualaikum Tun,
Diharap Tun banyak bersabar dan berdoa agar dijauhi daripada fitnah serta sihat untuk menlaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T.
Di akhir zaman ini, ujian yang Allah turunkan adalah yang paling dasyat. Dalam era globalisasi yang serba moden ini pelbagai cara yang dilakukan anasir² luar untuk menyerang negara² yang majoritinya penduduk Islam. Dari sistem politik/pemerintahan sehingga institusi kekeluargaan. Alhamdulillah negara kita belum sampai tahap ketenteraan.
“Para ulama’, merupakan pendakwah yang berpendekatan ‘amar-makruf, nahi-mungkar’ dan antaranya dilantik sebagai mufti/penasihat agama kepada umara’ iaitu yang memerintah.”
Tun,
1. Rakyat yang menentukan siapa ulama…pendapat individu bukan ukuran.
2. Bidang politik/pemerintahan merupakan sebahagian dari ajaran Islam. Sekiranya kepakaran umara’ dalam bidang selain agama, ulama’ akan bantu/menasihati.
3. Peroleh ‘nur’ daripada ibadah berperisaikan ilmu dan amal bagi mengenalpasti kegelapan yang datang.
4. Berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, insya’Allah menjauhkan dari kesesatan. Berguru biarlah lebih daripada satu.
5. Assabiah, fanatisme yang bole memudaratkan. Sekiranya terlampau, berkemungkinan mencetus rusuhan. Sampai masanya nanti, penindasan yang memaksa JIHAD.
6. Penafian?
7. Ulama’ perlu memberi penerangan kepada rakyat dan tidak mengelirukan rakyat.
8. Tak pasti arah tuju perjuangan, boleh menyesatkan.
9. Hujah berdasarkan ilmu di dada. Gelaran tidak menentukan kelayakan.
10. Ayat Al-Quran adalah kalam Allah. Tafsiran bahasa mengikut pemahaman pentafsir. Dalam bahasa apapun ia tetap petikan Al-Quran.
11. Ayat yang sangat releven untuk akhir zaman.
12. Iman ada dalam setiap umat Islam.
13. Umara’, ulama’ serta sekian umat Islam.
14. Iman ada dalam setiap umat Islam.
15. Jaminan syurga datang dari Allah melalui kalam dan rasul-Nya.
16. Amar-makruf, nahi-mungkar. “Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran beliau hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan hatinya dan yang demikian itu adalah iman yang paling lemah. ” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Said Al-khudri)
Terima kasih Tun.
Wasallam.
Assalamualaikum Tun,
Moga Tun sentiasa sihat dan bertenaga dalam menghadapi hari-hari mendatang. Ye lah, walaupun ‘enjin’ lama tapi InsyaAllah, Tuhan akan memudahkan segala urusan bagi hambanya yang ikhlas.
Saya setuju dengan pendapat Tun tentang fahaman Assobiah ini. Dari dulu hingga ke hari ini, ia masih wujud dalam kumpulan mereka. Bab kafir-mengkafir ni, kita biasa dengar. Kalau setakat mengatakan ‘munafik’ ni, lagilah senang. Ia berlaku depan saya sendiri.
Bab ulamak ni pun sudah jadi isu besar.
Pada kebanyakan orang, ulamak ialah pada zahirnya, dilihat alim ( baik dalam beragama ), berpakaian jubah dan berserban serta menyimpan janggut. Betul, menyimpan janggut itu adalah sunnah Nabi. Tapi mengenali seseorang itu ulamak atau tidak dengan penglihatan zahir sahaja adalah tidak tepat sama sekali bahkan ia penilaian yang salah.
Ulamak adalah orang yang berilmu; ia tidak semestinya ilmu agama semata-mata. Semua jenis ilmu adalah milik Tuhan dan datang dari Tuhan dan kita meyakini bahawa Allah Maha Luas Ilmu Pengetahuan-Nya.. Ilmu sains dan teknologi, ilmu dalam berbahasa ( dikatakan ada 700 bahasa ) di seluruh dunia, segala-galanya adalah milik-Nya. Tidak timbul isu umarak atau ulamak. Al-Quran itu sendiri diturunkan sebagai rahmat untuk sekalian alam yang ada termasuklah alam jin dan alam-alam yang masih kita tidak ketahui lagi; apatah lagi untuk semua jenis golongan manusia tidak kira dia orang kaya atau miskin, berpelajaran atau tidak, umarak atau ulamak. Adakah ulamak sahaja yang membaca Al-Quran dan orang lain tidak ? Orang yang bukan ulamak (orang berilmu) pun dengan izin Tuhan akan menjadi ulamak (orang yang berilmu). Adakah ia mustahil berlaku? Sedangkan Al-Quran itu sendiri adalah gudang ilmu dan ia relevan sehingga ke hari kiamat.
Perbuatan memberi hujah ayat-ayat Al-Quran bagi membalas hujah bagi tujuan menyalahkan individu lain yang hujahnya juga berdasarkan ayat Al-Quran atau ingin memenangkan dirinya secara tidak langsung menunjukkan kebodohan diri sendiri. Ini kerana ia boleh dilihat seolah-olah ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran bercanggah di antara satu sama lain sedangkan Al-Quran adalah wahyu yang paling agung; lebih hebat dari tongkat Nabi Musa A.S dan suci dari sebarang cacat-cela.
Maha Suci Allah!
Kalau tidak, masakan para saintis di seluruh dunia mengkaji Al-Quran setiap hari walaupun dia tidak mengakui tentang kebenaran agama Islam. Itu kerana dinding keegoan mereka yang tebal. Blair sendiri pun mengakui bahawa setiap hari dia membaca Al-Quran. Tidak mustahil Blair akan lebih bijak dari orang di sini yang digelar sebagai ulamak dengan izin Tuhan. Adakah mereka ini akan mengatakan :’ OO!! Blair tidak layak bercakap tentang Al-Quran!’. Hidayah ini adalah urusan Tuhan wahai kawan-kawan ku sekalian. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyatakan bahawa Tuhan akan memberi cahaya( taufik, hidayah, inayah dll ) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Kepada Ibnu Sulaiman,
mengajak orang lain berjemaah di masjid tu bagus. Cuma saya ada cadangan untuk saudara.Saya cadangkan saudara melibatkan diri dalam jemaah Tabligh. Mungkin banyak yang saudara akan pelajari. Kalau saudara sudah pun menjadi sebahagian dari jemaah ini, semaklah balik cara bagaimana hendak mengajak orang setempat atau kariah ke masjid dan adab-adabnya.Pelajarilah ilmu-ilmu yang lain selain dari syariat Islam. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, para ulamak dan cendikiawannya menguasai pelbagai ilmu sains dan teknologi dan bidang-bidangnya termasuklah ilmu Tasawuf.
Sesungguhnya Ilmu Allah itu teramat luas! Cari dan pelajari.
Selamat Berjuang Tun!!
Salam Ayahanda Tun,
Saya berdoa kepada Allah agar umat Islam di Malaysia seluruhnya dikurniakan Allah sifat “berlapang dada” dalam segenap aspek.
Islam menganjurkan kita agar berlapang dada dalam perkara cabang tapi nampaknya pada hari ini umat Islam berpecah dalam perkara pokok- hatta dalam isu berkaitan aqidah, dan bila ditegur alangkah sedihnya ditolak dan diputar belit.
Saya masih ingat dengan begitu jelas bagaimana salah satu ucapan Tun dalam Perhimpunan Agung Umno (tahun 2000 atau 2001 kalau tak silap) yang diputar belitkan oleh media pembangkang. Tun melontarkan pandangan bahawa jika kita mengatakan tidak perlu berterima kasih pada manusia, hanya bersyukur pada Allah, maka (apakah) tidak perlu berterima kasih pada Nabi Muhammad yang banyak berjasa pada umat?
Keesokan harinya media pembangkan memaparkan foto Tun berucap dengan caption “..tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad..” Ini satu daripada ribuan contoh putar belit dan fitnah ke atas Tun yang akan saya ingat sampai mati. Ironinya tak pernah “ulama” menasihat media pembangkang untuk berhenti memfitnah. Kecilkah dosa memfitnah yang disebut dalam Al-Quran?
Amat menyakitkan hati meneliti hujah golongan ‘ulama’ ini.
Apa yang pasti hati kita milik Allah, Allah jualah yang berhak membolak-balikkan hati kita, mudah-mudahan usaha semua mukhlisin dan dengan izin-Nya jua umat Islam di Malaysia mampu berlapang dada.
Ayahanda Tun,
Marilah kita yakin bahawa sesungguhnya kita hamba Allah yang amat kerdil. Pasti Allah menjanjikan sesuatu hikmah pada hamba-hambaNya di sebalik ujian ini.
Saya mendoakan Allah melimpahkan kesihatan yang diberkati buat Tun dan Bonda Tun Hasmah. Teruskan istiqamah Tun, Allah Maha Mengetahui.
Salam Hormat, kami sayang Tun.
Khairul
Assalamualaikum ,
Kepada Tun Mahathir,saya ingin mengadu sesuatu tentang apa yang terjadi pada masa sekarang antara pihak pembangkang dengan pihak kerajaan.Saya bukan nya hendak menyebelahi mana-mana pihak,tetapi apa yang saya lihat sekarang Pas,PKR,DAP dan parti pembangkang yang lain semakin melampaui batas,terutama nya PAS ,Pas seperti berdendam dengan UMNO hingga sanggup bersatu dengan orang yang berniat untuk musnahkan orang melayu .Biarpun PAS sering mewarwakan slogan Negara Islam ,tetapi saya sering melihat Pemimpin-pemimpin Pas sering mengkritik UMNO yang juga merupakan parti yang ditubuhkkan orang islam dengan memaki-hamun kerajan membuta-tuli tanpa melihat sebabnya terlebih dahulu.Contohnya,kenaikan harga minyak pada pendapat mereka kerajaan boleh bagi harga murah daripada harga pasaran.Tetapi tidak kah mereka terfikir sebab apakah kerajaan buat begitu.Kerajaan buat begitu adalah untuk kebaikan rakyat dari segi jangka masa panjang yang mana pengurangan subsidi boleh mengurang hutang kerajaan yang man akan memberi faedah kepada anak cucu kita pada masa akan datang nanti.Jika hutang kerajaan bertambah rakyat akan menghadapi masalh yang lebih besar daripada kenaikan harga minyak.
Inilah yang membuatkan saya berasa sedih!Pas mengambil kesempatan atas kejahilan rakyat tentang ekonomi.Salah seorang yang saya kenal membandingkan negara kita dengan Tripoli dengan alasan pemimpin kita sekarang adalah zalim sama seperti Gaddafi ,tidak bersyukurkah mereka! x 3 Mereka mengaku mereka perjuangkan islam tetapi mereka mencaci orang islam .”Sesungguhnya orang yang mencaci orang islam itu sungguh hampir dengan kebinassannya”.Saya berasa ingin menangis ketika menulis komen ini Tun Mahathir.Betapa mudah lupa nya orang Melayu kita ini bahawa perjuangan oleh tokoh-tokoh Melayu pada masa silam selam hampir 500 tahun ini adalah untuk apa.Untuk orang Melayu x3!!1
Salam Tun,
Tuhan kata Dia mengajar manusia menggunakan pen. Ia satu petunjuk. Jadi saya belajar dengan cara menulis di dalam blog. Yalah, sekarang pen dan kertas sudah berganti dengan keyboard dan blog. Hasilnya saya melihat dunia yang dianjurkan oleh Al-Quran amat jauh bezanya dengan dunia yang dianjurkan pada ulama.
Tun boleh ke blog saya di http://www.tolokminda.wordpress.com. Tetapi kena tukar ke Open DNS sebab ia sudah disorok oleh MCMC atas alasan blog saya itu laman phishing. Hahahaha…
Assalammualaikum Tun & keluarga,
Saya setuju dengan pendapat Tun dan semua orang yang normal pemikirannya akan berpendapat seperti saya.Mereka ini tergolong orang yang taksub kepada pemimpin membabi buta sehingga gagal membezakan mana yang betul mana yang salah.Mereka tahu mereka salah tetapi kerana parti mereka membangkang walaupun benar.Mereka boleh menidakkan pandangan Tun tetapi tak ubahlah seperti menegakkan benang yang basah dan yang paling teruk sekali mereka ini menipu diri mereka sendiri…..
Semoga Tun & keluarga sihat selalu…
Assalamualaikum Tun.
Tahniah Stewintan kerana suka berfikir.Sebagai bukan muslim,gambaran Islam itu yang berpecah belah dan tidak teratur itu boleh digambarkan dengan satu peristiwa nyata iaitu dengan satu persoalan yang perlu Stewintan sendiri berfikir :
Ketika lautan manusia sedang tawaf di Kaabah Mekah,berapa lama masa yang diambil oleh jutaan manusia itu untuk menjadi teratur ketika suasana menjadi nampak tidak teratur?
Saya rasa ramai orang di luar sana yang tahu jawapan ini.
Terima kasih Tun.
Salam buat Tun dab keluarga,semuga sihat dan sejahtera selalu…
Islam dahulu…..zaman kegemilangan islam….memang hebat…contohnya Ibnu sina dan ibnu battuta…bukan sahaja seorang yang alim tetapi hebat kepada ilmu kedunian.sehingga diciplak oleh orang-orang yang menentang Islam dan jadikan hak ciptaan mereka serta dijadikan panduan mereka yang kafir dan ahli ilmuan islam modem abad ini dan membanggakan kemampuan ciplakan mereka.Malaysia dibawah pimpinan Tun sudah mengorak langkah kearah itu tetapi tidak disedari oleh melayu yang mudah lupa…mereka ingat semua ilmu pengetahuan ugama setakat hukum halal dan haram sahaja sudah memadai…jawapnya mereka ini semua akan jadi pentadbir dan ahli politik yang pandai berjanji dan bercakap sahaja…Bagaimana untuk membuat selinder Block?apakah campuran?kita sekarang mempunyai ramai cerdik pandai hampir dalam semua bidang tetapi pandai dalam kejuruteraan tetapi cuma pandai sembahyang sahaja…itu pun tak sempurna…pandai dalam ugama berkerja dengan kerajaan paling kuat jadi mufti…jadi ustaz sekolah.. lawan kerajaan melayu sendiri penoh berjasa kepada mereka.. sepatutnya mereka perlu mencontohi Tun yang tahu hampir semua bidang kehidupan termasuk ilmu ugama…saya sentiasa melihat kepada artikel-artikal Tun yang meliputi hampir semua bidang termasuk bidang Akauntan….bukan mudah untuk menulis atau berucap tanpa mempunyai fakta yang hebat…apalagi yang mereka mahu….Tun amat jarang sekali menyentuh bidang perubatan ini juga menghairankan saya sedang itu adalah bidang hebat kepakaran yang Tun miliki…saya rasa itulah sebabnya mereka tidak menghormati pandangan Tun….saya harap sesekali Tun kena hantar artikel perubatan pula…baru mereka rasa bahawa doktor pun hebat dalam bidang perubatan dan keagamaan..hero melayu sememangnya mengikut pepatah melayu yang hebat…SIMPAN KUKU…sesekali kena keluar kuku juga Tun…
Salam Tun and Bloggers,
Saya terbaca komen perpisahan saudara Amin Tan sebentar tadi dan saya berasa sayu merasakan kehilangan seorang ahli dalam forum ini. Saya ingin mengambil peluang ini untuk meminta saudara Amin Tan untuk terus bersama dalam ruangan ini kerana saya adalah salah seorang yang selalu mengikuti komen saudara. Terus terang saya katakan, saya ada merasa sedikit kerugian jika tidak dapat berkongsi pengetahuan saudara.
Kalau saudara Amin Tan terbaca komen saya ini, harap jangan pergi. Kita masih boleh berkongsi pendapat yang bernas dan yang mempunyai nilai pengetahuan. Lagipun kita semua adalah saudara (Rasullullah mengajarkan setiap Muslim itu adalah bersaudara). Pepatah Melayu ada mengatakan berkenaan persaudaraan iaitu “air dicincang takkan putus”. Marilah terus bersama Tun memupuk perpaduan Ummah.
Terima kasih. Harap Tun tak marah saya.
In the name of God Most Gracious Most Merficul
Salam Tun,
Izinkan saya kongsi ayat quran ini:Surah Muhammad, ayat 24-33
[47:24] Why do they not study the Quran carefully? Do they have locks on their minds?
[47:25] Surely, those who slide back, after the guidance has been manifested to them, the devil has enticed them and led them on.
[47:26] This is because they said to those who hated what God has sent down, “We will obey you in certain matters.” God fully knows their secret conspiracies.
[47:27] How will it be for them when the angels put them to death? They will beat them on their faces and their rear ends.
[47:28] This is because they followed what angered God and hated the things that please Him. Consequently, He has nullified their works.
[47:29] Did those who harbor doubts in their hearts think that God will not bring out their evil thoughts?
[47:30] If we will, we can expose them for you, so that you can recognize them just by looking at them. However, you can recognize them by the way they talk. God is fully aware of all your works.
[47:31] We will certainly put you to the test, in order to distinguish those among you who strive, and steadfastly persevere. We must expose your true qualities.
[47:32] Those who disbelieve and repel from the path of God, and oppose the messenger after the guidance has been manifested for them, will never hurt God in the least. Instead, He nullifies their works.
[47:33] O you who believe, you shall obey God, and obey the messenger. Otherwise, all your works will be in vain.
Tq Tun!
Salam Tun,Ini adalah kali pertama saya memberi komen setelah mengikuti blog Chedet sejak sekian lama.Saya kagum dan teruja dengan pendapat Tun dalam pelbagai isu,termasuk dalam isu agama.Tapi yang saya hairan mengapa saja bila Tun sentuh subjek amalan agama,ramai yang tidak setuju dan sebaliknya memberi pandangan serta hujah2 mereka yang tersendiri.Bila Tun memetik 1 atau 2 ayat dari kitab sebagai rujukan,pengkritik mesti bagi 2 atau 3 atau lebih ayat dari kitab sebagai rujukan.Tiap2 orang akan memberi penjelasan persendirian ,seolah-olah yang satu lebih baik dari yang lain,dan kesemuanya lebih baik dan maha tahu dari Tun..Yang menhairankan juga,ada pendapat yang kononnya soal agama hanya boleh disentuh oleh Ulama dan bukan Umarak.Jadi kalau begitulah persepsinya,maka ulama hanya boleh sentuh hal agama dan TIDAK boleh langsung sentuh atau berkecimpung dalam bidang lain selainnya agama.Adakah Ulama berhak menyoal Umarak dan sebalikny? Adakah seorang Ulama itu boleh memegang jawatan Umarak pada masa yang sama?Adakah seorang Ulama itu lebih baik dan pandai dari Ulama yang lain?Adakah seorang Ulama itu boleh dan patut berkecimpung dalam dunia politik? Adakah Ulama boleh buat apa yang Umarak buat tapi Umarak tidak boleh buat apa yang Ulama buat? Tentu ada yang mengkritik komen saya disebabkan saya bukan beragama Islam,tetapi kritikan ini saya buat kerana saya nampak hanya dalam Islam saja yang banyak mengkritik antara satu sama lain.Agama lain jarang sekali menyentuh soal2 sebegini..
Ulama’ tersohor abad ke 21,Tun yang dikasihi,
1-Tiada seorang pun pemimpin Islam di abad ini yang begitu banyak jasanya kepada orang orang Islam selain Tun.Berapa ramai orang2 Islam dari Malaysia,Bangladesh,Indonesia,Filipina,Pakistan,Bosnia,Palestin,Iraq,Iran,negara negara Afrika yang telah mendapat bantuan pekerjaan, peluang ekonomi dan bantuan lain oleh sebab usaha Tun yang tidak kenal penat lelah terutamanya ketika 22 tahun pemerintahan Tun.Kalau Tun bukan ulama'(berilmu) masakan Tun dapat menjadi begitu berkesan sekali?
2-Ulama’ yang ashik cakap banyak pula ape jasa2 mereka selain dari ashik memecah belahkan rakyat diseluroh dunia Islam.Pencapaian mereka yang paling gemilang ialah kejayaan mereka mengelirukan ummat Islam sehingga sanggup berbunohan sesama sendiri.Yang penting bagi mereka ialah mereka mendapat kuasa untuk memenuhi tuntutan nafsu dan ego mereka.
3-Oleh sebab usaha usaha mereka yang cukup ‘mulia’ ini lah dunia Islam telah berada didalam era ‘the New Dark Ages’ berdekad dekad lamanya.Selagi dunia Islam terus menerus mengasingkan ulama’ dan umara’,dunia dan aqirat atau ugama dan sekular selagi itu lah kita akan terus didalam keadaan gelap gulita dan menderita.
4-Untuk kembali gemilang dan mengulangi zaman keemasan Islam bukan satu perkara mustahil,tetapi kita perlu kembali kepada persekitaran yang telah berjaya melahirkan nya dahulu.Perlu kembali kepada Islam yang asal,dimana ianya adalah satu tamaddun yang syumul dan bukannya agama seperti agama agama lain.Ulama yang dihasilkan bukan tarafnya dengan Hadi Awang atau Nik Aziz tetapi individu hebat seperti Ibnu Sina,Imam Alghazali,dll.Mereka merupakan pakar pelbagai bidang dunia dan aqirat dan telah menjadi bahan rujukan tamuddin lain seluroh dunia.
5-Islam pasti akan bangkit tetapi ianya mestilah diusahakan dahulu dengan melakukan perkara perkara yang betul.Bukannya dengan mengharapkan bantuan Allah semata mata tanpa kita perlu berencana atau mengusahakan apa apa inisiatif langsung.Allah tak akan mengubah nasib sesuatu bangsa selagi bangsa itu tidak mahu mengubahnya.Tetapi kalau kita memulakan usaha dengan bersunggoh Allah akan pasti memberi bantuan.
6-Tun telah memulakannya usaha ini namun tak ramai yang menerima pemikiran Tun sebab minda mereka telah berjaya di pengaruhi oleh ulama ulama yang pakar berpidato untuk menganggap apa yang bukan mengenai agama adalah sekular dan tidak Islamik.Mungkin juga antara faktor lain yang tidak membantu ialah jentera yang Tun gunakan dalam misi Tun, UMNO terlalu feudal dan over materialistik dan pastilah tidak Islamik.Tun pulak bergerak berseorangan.Orang yang Tun harapkan untok membantu pula ashik dok tikam belakang aje tapi Tun tak sedar ketika itu.
7-Ada ulama’ berkata kejayaan Islam pasti akan datang kalau orang orang Islam berjaya mencapai satu tahap keimanan yang total.Tak payah lah kita nak fikirkan hal teknoloji ke ape ke untok menandingi musuh musuh kita,yang perlu cuma iman yang kental semata mata bantuan Allah pasti akan tiba.Ade pulak ulama yang kate teknoloji itu sendiri akan terhapus tak lama lagi.Kita bakal kembali ke era menunggang kuda dan mengguna pedang untuk berperang. Wallahualam bi sawab.
Terima kasih Tun.
Salam Tun,
Saya hanya nak tanya apa istimewanya Nik Aziz so called Tok Guru bukan sahaja pada Tun tetapi kepada pembaca blog Tun termasuk yang memberi komen.
1. Sejak bila Allah SWT menurunkan kuasa kepada Nik Aziz untuk menjatuhkan hukum orang UMNO kafir dan masuk neraka.
2. Taksub kepada so called Tok Guru yang kononnya telah kasyaf apa hukumnya? tidakkah itu dianggap syirik kecil atau besar, yang saya bukan ulama untuk mengadilinya.
3. Berapa peratus orang melayu Islam termasuk PAS yang telah digulungkan sebagai ULAMA macam Nik Aziz. Adakah suruhanjaya diraja yang menentukan orang ini ulama atau bukan ulama dan orang ini fasik atau tidak fasik dan orang ini munafik atau bukan munafik.
4. Saya sekolah agama tidak tinggi jadi saya nak tanya adakah so called ulama ulama dalam PAS ada yang fasik.
5. Saya nak tanya Nik Aziz berapa orang UMNO dan Pas yang telah meninggal dunia sebelum dan selepas UMNO dan Pas ditubuhkan, dan sudah dikafirkan dan yang sudah masuk neraka. Apa orang Pas sahaja yang masuk syurga?
6. Apa hukum ulama Pas membuat perpaduan Melayu Islam berpecah belah sehingga suami isteri bercerai, anak anak berpisah berkeluarga dan sembahyang jumaat dua imam dan macam macam lagi. Apa dengan cara itu ulama ulama itu terus masuk syurga tanpa hisab.
7. Berapa ramai orang Pas yang telah menjadi pendakwah yang sama sama tinggal dalam hutan untuk mengislamkan orang asli, cina dan india bukan Islam di semenanjung dan prebumi sabah dan sarawak sejak negara mendapat kemerdekaan.
8. Wang zakat dipungut setiap tahun ke mana? kenapa banyak orang miskin tegar di negeri2 yang ramai pengikut Pas beroleh manfaatnya.
9. Saya dapati banyak orang Pas yang so called tahfiz Al-Quran dan Hadis yang malas. Tahunya minta derma, salam keruk, tapi punya isteri dua tiga dan anak anak tetapi tidak bekerja. Apa hukumnya?
10. Saya minta maaf sebab saya asalnya dari kampung yang dulunya cukup mundur tetapi sekarang alhamdulillah sudah tidak ada orang miskin tegar di kampung saya. Cuma sekarang mula berpecah masyarakat gara gara Pas masuk mengacau perpaduan kami di kampung kononnya nak menegakkan negara Islam. Apa hukumnya?
11. Saya nak tanya ulama Pas, apa itu riak? Berapa banyak pahala orang orang pakai serban dan jubah yang mulutnya culupar dan ke sana sini menjual ayat Quran dan Hadis dengan memungut derma dengan mengedarkan tong kepada hadirin dan hadirat dengan perkataan alhamdulillah dan Allah Huakbar dan laungan taut dan jihad.
12. Saya syorkan Pas dan ahli ahlinya jadi pendakwah dan setiap tahun senaraikan orang orang bukan Islam yang telah masuk Islam, dan mendirikan masjid cina Islam. Berapakah ramai orang melayu baik dalam UMNO atau bukan UMNO yang telah lebih Islam mengikut ukuran ulama Pas. Senaraikan berapa banyak dengan ajaran ulama Pas orang melayu yang telah buat masjid dan sekolah masing masing tanpa bantuan pemerintah.
13. Senaraikan berapa banyak kebajikan yang boleh dihitung yang telah dibuat oleh para ulama dan pengikut Pas.
14. Cerita Pas ada ideology! Saya ni orang kampung bodoh saya tak tahu Pas ada ideology. yang saya tahu ideology komunis, sosiolis, kapitalis dan macam2 lagi yang hujungnya “lis” itu memang ada ideology.
15. Kalau Pas hanya ditubuhkan untuk menang pilihan raya dan menjadi wakil rakyat mewakili orang Islam dan pasti dapat menubuhkan negara Islam dengan kemenangan itu. Terus terang sahajalah saya katakan buang masa sahaja, silap2 menambahkan dosa dan membuat orang ramai ikut berdosa. Sokong sahajalah orang Islam yang sedia ada yang menjadi wakil rakyat atas nama persatuan/pertubuhan orang2 melayu. Biarkan lah dengan kejituan perpaduan orang melayu dapat dilahirkan. Semoga kita dapat disegani sebagai contoh dan dihormati oleh bangsa2 lain yang menjadi rakyat di negara kita. Jangan asyik menentang sahaja seolah-olah orang melayu dan pemimpin peminpinnya yang sejak merdeka dahulu dan sekarang tidak langsung berusaha meningkatkan taraf dan martabat Islam dan rakyat negaranya.
16. Berkorbanlah kalau Pas betul2 mengikut ajaran Islam, TAK PAYAH BERTANDING SATU KERUSI PUN DALAM PILIHAN RAYA AKAN DATANG. SEMOGA INI AKAN MENJADI SATU SEJARAH BANGSA, AGAMA, DAN NEGARA. BAHAWA KADUK TIDAK NAIK JUNJUNG
Sabarlah Tun , Allah SWT maha mengetahui. Sebagai doktor dan pentadbir yang telah banyak berjasa dan menabur kebajikan kepada rakyat semata-mata kerana Allah SWT adalah ibadah fardhu kifayah yang cukup besar pahalanya di sisi Allah SWT. Semoga Tun dan isteri serta keluarga sentiasa diberi hidayah, rahmat dan sentiasa sejahteralah hendaknya.
Salam,
Apabila ada yang berkata, “hanya ulamak sahaja layak bercakap pasal agama”, di situ kita nampak satu bentuk monopoli. Mereka ingin menguasai agama untuk kepentingan diri mereka sendiri supaya apa yang mereka ada-adakan itu tidak boleh dipersoalkan.
Islam adalah ajaran yang benar. Kebenaran bukannya milik mana-mana pihak. Ia suatu yang terbuka. Semua orang boleh memikirkan dan membincangkannya asalkan setiap apa yang diperkatakan disandarkan dengan hujah yang kuat, bukannya sekadar persangkaan apa yang orang terdahulu lakukan (kepercayaan nenek moyang).
Jika seorang seperti Tun pun dipertikaikan apabila bercakap pasal agama, apa lagi orang kebanyakan yang terfikir seperti apa yang Tun fikirkan, lagi-lagikan golongan taksub itu menolak mentah-mentah.
Sejauh manakah orang Islam hari ini boleh membuka minda dan membuat anjakan paradigma daripada beragama menurut membuta-tuli? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Nak dapat sedikit penerangan daripada wajaperak tentang “ekompute memang pengecut!! Mengapa menyamar di sebalik nickname jbdirectory???”
Yang mana itu? Terdapat satu pesanan yang saya tidak dapat log masuk… tetapi saya menggunakan nama “ekompute” dan emel saya. Apakah yang perlu saya berasa takut tentang pesanan itu yang langsung tidak berkontroversi?
Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH
1. Hadith sohih; Nabi Muhammad saw, menyuruh orang Islam sampaikan kpd orang Islam lain walaupun satu ayat……. dakwah.
2. Tuan Guru Dr Mahathir telah buat apa yang Nabi suruh, …..
3. Orang baru masuk Islam mungkin belum belajar perkara ini.
4. Kita berdoa supaya semua orang Islam boleh berdakwah dan bukan berdakyah.
5. Tetapi……. bagaimana orang kafir di Perak berhujah dgn Quran kpd orang PAS, disokong pulak oleh Tok Nik Aziz, Lebai Hadi dan gembira sakan ahli PAS serta senyuman lebar oleh orang bukan Islam.
6. Jazakallah, Tuan Guru Dr Mahathir
Dear Tun,
In total agreement with u on this one.
It is because of the ulamak that Muslims have been reduced to ‘lemmings’ the last 1,000 over years.
Now it is for the lemmings to decide whether they want to be in the same shoes over the next thousand.
Best Regards
Ataturk
Salam Tun dan pembaca2, semoga dirahmati Allah. Bagi yg menganggap perkara mengenai Islam hanya boleh dipersoal oleh ulama sahaja dan bicara Al-Quran (cthnya petikan sejarah2 di dlmnya, kisah masyarakat terdahulu dsb) hanya dikalangan ulama sahaja – perhatikan petikan Al-Quran ini, Allah berfirman (berkata-kata/berdialog) kepada MANUSIA (bukan hanya Ali, Ah Seng atau Mutusamy): (35:5)
Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
Salam YAB & diKasihi Tun,
Tun di PIHAK BENAR dalam hal ini. Saya setuju dengan pandangan Tun.
Setiap orang Islam boleh bercakap perkara berkaitan agama Islam yang TERAMAT ASAS (semua yang beragama Islam wajib tahu) jika berpandukan kepada Quran & Hadith sahih. Tidak semestinya orang tersebut mesti ada IJAZAH berderet berkaitan ilmu agama (terpelajar) ataupun kerjayanya atau kehidupan sehari-harinya berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Lagipun ada ramai orang yang dianggap SEKULAR, sebenarnya lebih beriman berbanding orang yang belajar agama Islam secara FORMAL.
Mungkin, orang yang sentiasa menyuruh Tun supaya tidak bercakap tentang hal berkaitan agama Islam tidak tahu membezakan antara ILMU, AMAL & IMAN.
Ramai yang ada ILMU agama yang tinggi, tidak mengAMALkan ilmu agama tersebut. Ada yang nampak seperti mengamal ilmu agama yang ada (SECARA LUARAN), tetapi keIMANannya belum tentu ada. Pada pandangan saya, IMAN berkait rapat dengan NIAT & KEIKHLASAN, dan hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu apa niat sebenarnya kita dan samada kita benar-benar ikhlas.
IBLIS ada ilmu agama yang tinggi, tapi adakah ianya BERIMAN (saya tahu ini soalan bodoh)?
Saya amat berharap agar Tun teruskan bercakap dan berbincang mengenai perkara berkaitan agama ISLAM. Keikhlasan Tun lebih terserlah berbanding Nik Aziz yang bercakap pun merapu-rapu dan lebih banyak mengarut. Saya pun tidak faham mengapa beliau dipanggil Tok Guru.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***
Good on you Mr Mahathir. That is liberalised and progressive thinking. We have brains to think for ourselves. Why not use it? If men were to only be herded by sheeps, God would not have given us brains and free will.
SALAM KASIH DAN SAYANG
AYAHANDA RAKYAT TUN
Izinkan,
Salam kasih sayang kepada kesemua para pembahas yang kami muliakan,
Kami berasa ramai antara kita tersalah faham dengan Sdr. Amin Tan.
Beliau adalah antara ‘muskeeteers’ yang kami kira masih aktif ‘mempertahankan’ blog ini dari manusia seperti Ibnu Sulaiman..
Beliau telah pun memohon maaf kepada Ayahanda Tun yang beliau juga kasihi dan telah menerangkan yang tersirat kepada tersurat…
Kami juga berasa Ayahanda Tun menggunakan komen sdr. Amin Tan sebagai ‘starter’ kepada artikel ini..bukan nya ‘out of anger’.
Makanya kami mohon kepada pembahas2 budiman hentikan mencaci/cerca sdr. Amin Tan..he don’t deserve it!
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Sdr. Amin, ‘Samuraimelayu’ wud have been in your shoes had he proceed to ‘hit back’ at Ibnu Sulaiman sarcasm the way you did…
kita sama2 memohon kehadrat ALLAH SWT dilimpahi Zat Maha Pengasih dan Penyayang NYA dengan kalimah ‘BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM’…AMIN.
Kepada joeel1….,
Nik Aziz itu kasyaf awak kata….? Kalaulah Nik Aziz itu betul-betul kasyaf, maka dia dah lama dah dapat melihat (melalui mata-hatinya) akan segala kencing-tipu politik yang dibawa oleh si Anwar Ibrahim.
Namun kini, segala arah-tuju parti PAS sudahpun kelam-kabut dari arah dan agenda nak menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam kepada ‘Negara Kebajikan’ pula…, hasil akibat input dan campurtanan si Ketua Pembangkang itu dalam Pakatan Rakyat.
Dari sudut naluri atau ‘instinct’ politik…, kebolehan Nik Aziz tidaklah sehebat mana. Kalau dari segi keimanan, jangan pula ada pihak yang terlampau ‘over-confident’ dengan Nik Aziz…, beliau belum lagi diuji habis-habisan. Maka ada baiknya kita baca kisah dahulu-kala tentang Imam Barsisa yang sangat zuhud…, akan tetapi boleh juga terseleweng dan ‘tergelincir’ iman akibat ujian di dunia ini.
Ramai dikalangan umat Islam dunia ini yang mencari Tuhan, akan tetapi ada pula yang tersilap langkah dan berjumpa dengan Setan….! Maka, jangan pula ada pihak nak banding-bandingkan soal kasyaf disini. Kasyaf itu bukannya perkara untuk dibanding-bandingkan.
Wassalam.
as long ada dalil yg munasabah, pendapat setiap orang awam Muslim boleh diterima.
yg perlu ditolak adalah fatwa lalang tok guru n.ajis dan kuncu-kuncu
Salam Tun,
ri dirasakan selesa oleh Tuan ruma Tun ialah seorang pejuang islam yang berani, bijak dan berwibawa. Saya telah menumpang pelayaran bahtera Tun dan menikmati kebebasan dan keselesaan keluarga blog chedet. Saya begitu bangga dengan publisiti dan kononnya ingin berjuang fi sabilillah(syok sendiri). Tetapi saya hanya menumpang sekejap sahaja. Saya ni orang luar, tetamu dan tidak seharusnya meninggal lebih lama daTo me Kafir is someone who does not believe in God/Allah. He or she can be Muslim, Christian, Jewish or anyone and not be called Kafir.
h.
Di sini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tun Dr Mahathir, pemilik blog kerana telah sudi menyiarkan komen saya setakat ini. Saya juga berterima kasih kepada rakan2 yang menyumbang menulis dalam blog ini.
Kepada mereka yang saya telah melukakan hati dan perasaan dengan tulisan saya, saya pohon maaf.
Segala yang baik datang dari Allah. Apa saja yang daif, salah, silap dan kelemahan datang dari saya.
Setiap yang bertemu, pasti ada perpisahannya. Di sini sajalah berakhirnya komen saya dalam blog Ayahanda Tun Dr Mahathir yang amat saya kagumi kebolehan, keberanian, kepandaian,dan kecekapan.
amin tan
Salam Tun,
Tun ialah seorang pejuang islam yang berani, bijak dan berwibawa. Saya telah menumpang pelayaran bahtera Tun dan menikmati kebebasan dan keselesaan keluarga blog chedet. Saya begitu bangga dengan publisiti dan kononnya ingin berjuang fi sabilillah(syok sendiri). Tetapi saya hanya menumpang sekejap sahaja. Saya ni orang luar, tetamu dan tidak seharusnya meninggal lebih lama dari dirasakan selesa oleh Tuan rumah.
Di sini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tun Dr Mahathir, pemilik blog kerana telah sudi menyiarkan komen saya setakat ini. Saya juga berterima kasih kepada rakan2 yang menyumbang menulis dalam blog ini.
Kepada mereka yang saya telah melukakan hati dan perasaan dengan tulisan saya, saya pohon maaf.
Segala yang baik datang dari Allah. Apa saja yang daif, salah, silap dan kelemahan datang dari saya.
Setiap yang bertemu, pasti ada perpisahannya. Di sini sajalah berakhirnya komen saya dalam blog Ayahanda Tun Dr Mahathir yang amat saya kagumi kebolehan, keberanian, kepandaian,dan kecekapan.
amin tan
salam Tun dan formule1,
Izinkan saya menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh sdra formule1.
“sy juga bukan ulamak sperti Tun. Dengan kebijaksanaan Tun, apa pandangan dan pendapat Tun mengenai aurat wanita menurut Islam?
sy melihat kepimpinan Tun banyak membela Islam dlm dan luar negara sperti palestin,bosnia,mindanao dll.Tapi dlm masa yg sama ahli2 pas mungkin tertanya2 akan budaya berpakaian org2 umno yg agak berbeza dgn mereka.contohnya tidak bertudung dan sebagainya.
apakah menutup aurat itu juga adalah cuma pendapat ulama yg taksub?”
==================================================================
Pandangan saya:-
‘Aurat’ wanita ialah mana-mana anggota wanita itu jika terdedah secara sengaja atau tanpa sengaja boleh mendatangkan malu kepada wanita itu sendiri ataupun kepada pihak yang yang lain dan, juga serentak boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki normal adalah ‘aurat wanita. ‘Aurat wanita ini juga termasuklah ‘perhiasan’ (buah dada) dan lurah ‘perhiasan’ wanita itu.
Dalam ayat al-Quran sendiri tidak menggalakkan wanita berjalan menghentakkan kaki mereka kerana ianya akan menggoncang ‘perhiasan’ (buah dada) wanita itu (yang mungkin berbeza saiznya, S/M/L/XL/XXL), dan ini sudah tentu membuatkan lelaki yang melihatnya juga tergoncang fikirannya terhadap wanita itu.
Adakah kemaluan wanita itu ‘aurat? Jawapannya tentulah ‘YA’.
Tetapi manusia yang dinamakan Muslim ini akan memusuhi sesama Muslim dengan memulakan persengkataan dengan ayat “Wanita itu tidak menutup ‘aurat'”
http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2010/06/rambut-wanita-bukan-aurat-bahagian-1.html
Assalamualaikum wr wb,
Kepada UMNO,
Nampaknya Melayu hanya akan bersatu apabila UMNO kalah dan terpaksa bersatu dengan PAS atas undangan PAS !
Pasti Tok Guru pun mahukan Ummat Melayu bersatu. Tapi dia mahu bersatu dengan UMNO hanya apabila UMNO nazak dan terpaksa ikut syarat syarat PAS !
Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)
Assalamualaikum Tun.
Saya melihat dialog kita kali ini lebih bermaksud kepada seorang doktor tidak boleh mengubati diri sendiri melainkan dengan bantuan doktor lain.
Begitu juga dengan gangguan jin atau makhluk halus.Simptom gangguan tidak dapat dinilai secara sedar oleh mangsa gangguan kecuali oleh doktor yang mengubat.
Ayat asas dalam perubatan gangguan jin seperti yang terkandung dalam buku perubatan Islam :
An-nas (Ayat 1-6)
1.Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2.Yang menguasai sekalian manusia.
3.Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
4.Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
5.Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Al-Falak Ayat (1-5)
1.Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
2.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
3.Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
4.Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
5.Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah dua surah di atas mungkin tidak dapat diamalkan oleh mangsa gangguan,apatah lagi sedar secara nyata simptomnya.
Tetapi sematkanlah di dalam hati dengan kemas bahawa :
Ayat seribu dinar :
Barangsiapa bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.
Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Maha Suci Allah.
Terima kasih Tun.
Ybhg Tun Dr Mahatihr yang dikasehi,
Mohon izin kerana ingin belajar – Terima kasih.
Pada saudara-saudara yang kepengin membandingan Tun dengan Tok Guru – Saya cadangkan supaya dengan hati yang jujur dan ikhlas tanpa ego mengkaji, menyelidiki dan menghayati Pentunjuk-Petunjuk Allah yang dikitabkan dalam Al-Quran. Saya yakin benar – saudara-saudara akan dapat jawapannya dengan jelas bahkan bukan sahaja jawapan mengenai perbandingan Tun dan Tok Guru – Jawapan siapa sebenarnya saudara di sisi Allah – saudara dapat gambaran juga. ( Saya ulangi MESTI JUJUR DAN IKHLAS – jangan tipu sendiri ya – tanpa prejudis – kerana Tuhan tahu yang nyata dan tersembunyi di langit dan di bumi )
Begitu juga pada saudara-saudara yang bertanyakkan tentang tudung, aurat dan hukum-hukum lain. DINASIHATKAN supaya menyemaknya dengan Alkitab juga supaya tidak tergolong dalam manusia-manusia yang ikut membuta-tuli dan tidak menggunakan kurniaan Tuhan iaitu AKAL. (Kaum yang tidak menggunakan AKAL – malas berfikir – tidak menggunapakai kurniaan Tuhan yang amat bernilai ini – akan menjadi kaum yang lemah dan mundur – Itulah balasanNya)
Marilah kita bersyukur pada Tuhan kerana diturunkanNya Al-Quran yang lengkap dan terpelihara sebagai Pentunjuk pada manusia-penghuni Alam Semesta ini – Tanda bersyukur ertinya kita mengkaji, menyelidik dan menghayati Al-Quran seterusnya berserah padaNya – mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang baik-baik seperti yang terkandung dalam Ketetapan Yang DirestuiNya. Apa yang luar batasan KetetapanNya – kita tinggalkan lah. Senang saja kan. ( Sekali lagi saya ulangi MESTI JUJUR DAN IKHLAS – jangan tipu sendiri ya – tanpa prejudis – kerana Tuhan tahu yang nyata dan tersembunyi di langit dan di bumi ). Pastinya juga kita akan dapat mengenal dan mengetahui tugas dan tanggongjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Ada telinga kan – maka dengarlah seberapa pendapat mana pun.(ICT dan lain-lain sumber)
Ada AKAL kan – nilailah dan ambil yang terbaik.
Maafkan saya kiranya tersasar ya.
Sekian, terima kasih.
Semoga Tun – Sentiasa Sejahtera dan Cerdas.
Take care.
Salam,
Kepada Syah55
“salam, saya nak tanya jo,on
hang ni beriman ka? hang ukur keimanan dgn apa cara? hang duk memfitnah Tun ni berimanla? dlm surah mana pulak tulis yg manusia mcm hang boleh menilai dan bagi tahu siapa ahli syurga dan neraka?
Hang betulkan diri hang dulu, kalau nak bagi pandangan buat dengan cara betul.
Byk tuduhan keatas Tun dari mula pemerintahan beliau sehingga keakhir pemerintahan 2003, mcm 2 org kata, tapi skrg byk benda terkeluar dari mulut org lain yg beliau tidak itu dan ini, org yg paling dekat yg bekerja dgn dia,Anwar je belum lagi, kita tunggu la bila anwar kesali segala perbuatannya dan mengaku yg Tun ini baik sebenarnya.
Hang jangan mempersoalkan iman org lain, cermin kan diri hang dulu.”
Aku tak kata pun aku berimana tapi aku tanya beriman kah orang yang bercirikan 4 perkara yang aku sebut, itu saja. Hang jawab la sendiri.
TDM ni satu satunya manusia yang percaya dia seorang saja yang sentiasa betul, orang lain semua salah. Itu pun ciri orang yang beriman ka? Ini soalan ya, bukan kenyataan aku. Hang fikir dan jawab sendiri. Terima kasih.
Kepada AbuImran
Did I even mention the word kafir or non-muslim in my comment. I simply put forward questions which i think you could easily answer. But then again, maybe you dont understand English. Thank you.
Assallammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
Semoga sudi mendapat izin dan perkenan Tun..
[[Hazman Abu Bakar]]
Usah pedulikan orang seperti Amin Tan. Ternyata orang mcm ni sempit pemikiran dan tak banyak ilmu kerana agama..
Anda dan mereka tidak kenal Tuan Haji Amin Tan secara peribadi.Mengapa lancang terus mengutuk Tuan Haji Amin Tan??
Tahukah anda jasa-jasa beliau sejak mula menulis buku-buku ekonomi dahulu??
Tahukah anda sumbangan beliau kepada umat Islam secara langsung dan tidak langsung??
Tahukah anda berapa kuat pengamalannya berbanding dengan diri anda??
Dan yang lebih malang lagi ada yang secara sinisnya mempertikaikan sumbangan beliau dalam Krisis Matawang dahulu…
Amboi..amboi..memang sedap mengata orang..
Bagaimana jika kita muhasabah diri dan mengata
DIRI KITA SENDIRI???
Ya Allah Ya TuhanKu..
HambaMu ini tidak sedar diri dan tiada rasa sifat pemalu,
Kau bukalah pintu hatiku dengan pancaran iman,
Serta penuh pengetahuan,
Dengan Ilmu Al Quran dan hadith akhir zaman..
Jangan kau biarkan daku kepada nasib diri ku sendiri
Seperti Iblis yang telah Engkau biarkan kepada nasib dirinya sendiri..
Jangan kau biarkan daku mengutuk,menghina dan mencaci maki orang-orang yang telah berjaya menacapai keredhaanMu..
Kasihani lah HambaMu Ya Allah..
Kepada siapa akan DiKau serahkan daku?
Kepada musuh atau anjing-anjing buas ciptaanMu untuk di kunyah dan di mamah??
Atau kepada wali-waliMu untuk di bimbing dan dipimpin kepada NurMu Ya Allah..
HambaMU Redha kerana hambaMu yakin penuh di atas Rahmat dan KebijaksanaanMu..
Saya suka memberi pendapat tentang mengapa Abu Hurairah tidak terpilih menjadi pemimpin walaupun ilmu hadithnya hebat..
Sepengetahuan saya, pemimpin-pemimpin Islam di pilih secara langsung oleh Allah.Apabila Allah tidak suka sikap umat tersebut kerana derhaka dan lain-lain,Allah akan menarik kembali rahmatNya dengan kematian ulamak dan pemimpin yang TIDAK DI GANTI DENGAN NILAI YANG SAMA..
Kriteria ini semua ada di sebut dalam Ihya Ulumiddin Al Ghazali terutama tentang sifat GHARAR..
Apabila kita ikhlas..cukuplah Allah membimbing kita dengan golongan
MUKHLISIN..
To whom it may conscience..
You can construct better questionaires in Tun blog..which have been placed under Tun care by Allah..But never..never hurts my friends whom you know nothing about or..
FEELS FREE THE WRATH OF THE COLD…
It will seeps through your cold hearts..
Ribuan Terima Kasih Tun..seorang pejuang Islam..
Yang perlu hormati pula kefahaman 6 dimensi lain kefahaman Islam..
Terima kasih..
Hakikatnya, manusia tidak terlepas dari lalai dan membuat kesilapan. Oleh itu ingat-mengingati sangat penting sesama manusia..
sapa lah Tun ni, kalau nak dibandingkan dengan ulama seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah kasyaf itu.
salam Tun,
sy juga bukan ulamak sperti Tun. Dengan kebijaksanaan Tun, apa pandangan dan pendapat Tun mengenai aurat wanita menurut Islam?
sy melihat kepimpinan Tun banyak membela Islam dlm dan luar negara sperti palestin,bosnia,mindanao dll.Tapi dlm masa yg sama ahli2 pas mungkin tertanya2 akan budaya berpakaian org2 umno yg agak berbeza dgn mereka.contohnya tidak bertudung dan sebagainya.
apakah menutup aurat itu juga adalah cuma pendapat ulama yg taksub?
atau supaya tidak mahu org barat melihat malaysia terlalu ekstrem dlm beragama?
kalau org lelaki pas berjubah dan berserban sy merasa agak aneh kerana pakaian formal lain sudah memadai bagi lelaki Islam.tapi how bout wanita Islam pada pendapat Tun?
cuma bertanya.saya tidak berpihak pada mana2 parti politik.terima kasih.
Salam Tun dan pembaca sekelian.
PAS sepatutnya mengimarahkan Islam di Malaysia bukan melakukan sebaliknya. Sepatutnya PAS fokus dan menjadi golongan Islam yang tersohor menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan menghasilkan kitab-kitab Islam bertaraf dunia setaraf dgn penulisan Syed Qutb dan lain-lain. Tunjukkan satu hasil kajian ulamak PAS yang diiktiraf dunia berpadanan dengan pengakuannya sebagai parti Islam yang berbaiah bukan main sakan lagi untuk memperjuang Islam.
Hasil kerja PAS yang paling tersohor adalah memecahkan kesatuan umat Islam di Malaysia. Kenapa tak di gerakkan barisan ahlul-ahlulnya mendekati sesama Islam dan menunjukkan contoh yang baik sehingga persaudaraan Islam terletak di tahap tertinggi , kalau ini yang ditonjolkan, tidakkah nanti persaudaraan diatas platform Islam akan menarik hati kaum non-muslim dan menonjolkan keindahan Islam.
Majoriti umat Islam Islam di Malaysia amat merindui keadaan dimana sehingga kami dapat merasakan setiap Muslim yang ditemui adalah saudara, dan melihat kedalam mata saudara Muslim kami seumpama saudara sendiri.
Kembangkanlah Islam wahai PAS, imarahkan Islam sebagaimana layaknya sebuah Parti Islam, bukan membawa pepecahan seperti yg berlaku kini.
Untuk para Ulama, ilmu sememangnya penting sebagai jambatan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, bukannya untuk bermegah-megah seperti yang telah di gambarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tentang segolongan Ulamak di akhir zaman.
Terimakasih Tun kerana menyediakan ruang untuk berbincang perkara yang penting ini.
Tuan Guru Dr Mahathir yg diRahmati Allah,
1. Terima kasih kerana mengingatkan kami dgn ayat suci AlQuran dari surah Al Hujurat ayat 6 tersebut.
2. Setahu saya dalam ceramah orang PAS di surau/masjid mereka tidak berani mentafsir surah Al Hujurat itu, kerana akan terkena diri mereka sendiri.
Jazakallahu khairan kathira, tuan guru Dr Mahathir.
Salam,
Kepada semua termasuk diri saya sendiri, ingatlah bagaimana iblis diperintah keluar dari syurga akibat sifat sombongnya.Kita duk selalu baca Surah Yasin, jangan lupa ada ayat berkenaan. Juga ingatlah betapa sombongnya kaum Yahudi mengganggap dirinya terbaik di kalangan semua umat manusia. Jadi janganlah kerana belajar atau arif agama bersikap sombong kerana itu tanda2 diresapi syaithan. Manusia sombong tak boleh ada dalam syurga. Manusia paling sombong ialah Firaun, tempatnya di neraka.
Saya menyeru diri saya dan saudara seagama supaya kita semua tinggalkan sifat sombong dan dengki kerana itu adalah sifat iblis. Syaithan iblis dah tak ada peluang ke syurga, tak kan kita nak ikut dia?
Marilah kembali semula ke jalan Allah yang sebenarnya. Kita mulakan dengan syahadah dan perpaduan sesama Muslim. Syaithan bukan saja cuba merosakan perpaduan umah tetapi juga ikatan kekeluargaan. Ingatlah perkara2 yang kita pandang kecil remeh, ada kemungkinan ada jerat syaithan. Bagi yang samar2 takrifan kafir sila baca surah Al Kafirun yang amat jelas siapa kah dia orang kafir.
Rasullulah S.A.W. berpesan berpegang teguh kepada AlQuran dan Sunnah Hadith, InsyaAllah kita serta keluarga selamat dunia dan akhirat.
mana sama ahli boxing dengan ahli gusti lebih senang bunoh diri
juga real kereta api tanah melayu dengan real kereta api eropah tak sama luas dan lebar nya sudah pasti haru, mustahil kalau kereta api malaya datang situ diatas landasan mereka
TDMM ahli perubatan dan ahli pentabir itu bidang dia dan sebahgian orang pergi timur tengah ambil salin2 dan cedok2 di samping petah sikit tulisan arab dan hafal banyak2 dalil2 balik sini tanah melayu mau jadi no 1, susah lah tak ngam punca
begitu juga doctor bermacam dr ada dr haiwan, dr electric, dr peguam cara, dr ulamak, dr gigi, dr mata,dll dr phd ada lah berlainan PAKAR sabenar nya ulamak ni orang baik (warak) tapi entah mcmna ini bolih berlaku
yang baik jangan guna kesucian ISLAM untuk tujuan tak sihat, ALLAH murka
tulisan jawi dengan rumi tak serupa walaupun bunyi macam sama
Salam Tun M yang dikasihi, moga-moga sihat wa’alfiat hendaknya.
Apa yang tun cakapkan tu cuma tidak betul pada orang-orang yang begitu taksub dengan fahaman politik ekstremnya atau yang terikut-ikut dengan rentak pemimpin-pemimpin yang mereka puja. Itu menunjukkan yang tun masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat kita. Jadi apa saja yang tun cakap, mereka akan mencari jalan untuk mematahkan hujah-hujah tun. Kalau kita perhatikan secara jujur, kebanyakan hujah-hujah yang diberikan oleh mereka sangat dangkal dan prejudis. Tapi bagi kebanyakan orang yang tergolong dalam masyarakat atas pagar dan orang-orang berilmu yang berkecuali akan bersetuju dengan tun. Jika ada pun hujah-hujah tun yang mereka fikirkan tersasar dari kebenaran, mereka akan memberitahu tun secara berhemah. Saya yakin tun akan dapat menerima kritikan-kritikan yang bernas.
Jadi, selagi tun mampu untuk memberi sumbangan dari segi buah fikiran dan kritikan-kritikan yang membina, saya haraf tun akan teruskan. Sebenarnya tak ramai dalam masyarakat kita yang mempunyai keupayaan dan ketajaman fikiran seperti yang tun ada. Kelebihan tun dapat melihat apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Tun juga dapat menvisualisasikan isu-isu itu dengan jelas dan mudah difahami. Itulah sebabnya pengkritik-kritik tun tak senang duduk selagi tun terus menulis walaupun apa yang tun tulis itu ada kebenarannya.
Bagi saya tun adalah anugerah Allah yang sebenarnya bagi rakyat Malaysia. Kita mungkin terpaksa menunggu 50 tahun lagi untuk mendapatkan seorang pemimpin seperti tun untuk memimpin Malaysia yang tercinta ini. Jadi saya sangat bersyukur yang tun masih ingin berbakti kepada masyarakatnya walau pun menghadapi banyak cabaran dan tohmahan, pada hal tun sepatutnya dah boleh bersenang hati melihat hasil-hasil dari usaha dan buah fikiran tun semasa menjadi PM dulu.
May Allah bless u and your family. Wassalam.
RMR Batu Caves
Salam Tun,
Org mcm ni lebih percaya ckp org yg berstatus “ulamak”. Org “secular” mcm Tun ni, dia tak percaya. Kalau ulamak tu bohong pun dia akan percaya, kalau Tun yg ckp langsung dia tak akan percaya, semuanya akan dicop bohong. Jadi Tun kena tukar imejlah, pakai serban ka, jubah ka, simpan janggut ka, banyakkan guna ayat – ayat al-quran, lps tu confirm dia akan percayanya.
Assallammualaikumwarahamtullahiwabarokatuh..
Tun..saya tahu Tun orang berani.Oleh itu dari segi keberanian saya bermohon di benarkan berhujah di sini..Blog Tun..
MILIK ALLAH..
[[By ekompute on June 20, 2011 10:59 PM
Saya tidak bersetuju dengan Amin Tan yang mengatakan Tun harus menumpukan bidang kebolehannya seperti bidang perubatan dan pentadbiran]]
ekompute memang pengecut!!
Mengapa menyamar di sebalik nickname jbdirectory???
[[Sejauh yang saya tahu, pendapat Amin Tan tidak bersifat Islam. Wikipedia berkata tentang Islam: “There are no intermediaries, such as clergy, between God and the creation that he brought into being by the sheer command “‘Be’ and it is.”]]
Ewah..ewah ekompute..Orang kafir nak cerita pasal Islam?…hmmm
Tun..Tun..telah banyak melukakan hati dan perasaan orang-orang yang berjuang dengan tulus ikhlas kerana Allah..
Mengapa Tun menyakiti Tuan Haji Amin Tan dengan menuduh beliau fasik??
Tun mengakui kekurangan ilmu tapi adakah Tun sanggup bermurah hati dengan berjumpa Tuan Haji Amin Tan,Sudin dan saya untuk bermuzakarah??..
Mengapa Tun menyembunyikan diri di dalam rumah Tun dan tidak sudi berjumpa dengan kami??
Islam itu adil dan pengikut-pengikutnya berani.Cakap-cakap Tun melambangkan keberanian tetapi mengapa bersembunyi di dalam kota yang kukuh dan kuat di jaga pengawal-pengawal??
Tun tidak untung jumpa kami tetapi jika benar Tun mencari kebenaran, patahkan hujah kami secara lisan..
ADA BERANI…:)
Syukur kepada Allah yang telah membuka pintu hati Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbicara tentang Islam..
Terima kasih Tun..
RIMBA EMAS UCAPKAN SALAM BUAT TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
1) SURAH HUJURAT YANG BERMAKSUD (BILIK-BILIK) SEMENTARA AYAT ENAM ADALAH SAMBUNGAN DARI TEGURAN ALLAH S.W.T KEPADA MEREKA-MEREKA YANG TIDAK MENGHORMATI NABI MUHAMMAD S.A.W KETIKA BERBICARA ADA YANG BERSUARA KERAS DAN TIDAK KENA PADA MASA YANG DIBOLEHKAN.
2) SAMBUNGANNYA ALLAH S.W.T JUGA MEMBERI LARANGAN YANG SEKERAS-KERASNYA KEPADA BERITA-BERITA ‘BOHONG’ RIWAYAT ADA MENGATAKAN AYAT INI TURUN KHUSUS BILA CERITA BOHONG DARI SEORANG YANG BERNAMA AL-WALID BIN UQBAH BIN ABU MUITH MENGHISTIHAR MURTADNYA BANI MUSTHALIQ DARI ISLAM
3) BERITA INI DI AMBIL PENDEKATAN NABI S.A.W DENGAN MENGHANTAR KHALID-AL WALID DENGAN MENYELIDIKI DAHULU (SPION) DALAM AMALAN KEHIDUPAN HARIAN GOLONGAN ITU YANG TERYATA BERCANGAH DENGAN KENYATAAN YANG SEBENAR.
4) IKTIBARNYA DARI SINI SESUATU BERITA PERLULAH DISELIDIKI DAHULU. TANAMKAN SIFAT BENCI KEPADA SIFAT BURUK YANG DAPAT MENGACAU MASYARAKAT. BERDOSA MENYEMBUNYI BERITA YANG TIDAK BENAR.
5) DISELIDIKI AGAR BERITA ITU DAPAT DIPERTANGGUNGJAWABKAN. KALAU TIDAK JELAS DAN TIDAK LENGKAP BUKTI TIDAKLAH BOLEH DISEBARKAN. JADI BUAH FIKIRAN DARI ORANG YANG BERFIKIRAN MENDALAM, MEMPERTIMBANGKAN MUDHARAT DAN MANFAAT DARI ORANG YANG SUKA MENGEMBAR-GEMBURKAN PERLULAH ADA DALAM DIRI SESEORANGAN SAMAADA ORANG ITU UMARAK ATAU PUN ULAMAK.
6) PERLU ADA KEINSAFAN BAHAWA ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI MAKA AKAN MENYEKAT ORANG YANG KURANG BERFIKIR INI. LAGI MAHA BIJAKSANA LANJUTAN YANG WAJAR DARI SIFAT MAHA MENGETAHUI. SOALNYA HARUS DIPANDANG DARI SETIAP SEGI AGAR KEPUTUSANNYA TIDAK BERAT SEBELAH.
7) CONTOH ILMU HUKUM ISLAM KETIKA AKAN MENENTUKAN KEPUTUSAN BUKTI-BUKTI HENDAKLAH DIKEMUKAKAN OLEH YANG MENDAKWA, SEBALIKNYA SUMPAH ATAS ORANG-ORANG YANG MEMBANTAHNYA.
8) MAAF AGAK PELIK SEKARANG BUKTI YANG KURANG JELAS DI AMBILKAN DENGAN SUMPAH UNTUK MENBUATKAN CERITA YANG MENDAKWA ITU BENAR. TUN ADA KEBENARAN DI PIHAK YANG MENDAKWA TETAPI ADA JUGA KESALAHAN PADA PIHAK YANG LAIN.
9) LANJUTAN AYAT SETERUSNYA ADA SURUHAN BERKELAHINYA DUA ORANG YANG BERIMAN AGAR DIDAMAIKAN OLEH SATU PIHAK YANG LAIN ATAS DASAR TANGUNGJAWABAN DARI SEORANG BERIMAN YANG LAIN. BERTAKWALAH KEPADA ALLAH S.W.T YANG MAHA MENGETAHUI AKAN KEGHAIBAN SEMUA LANGIT DAN BUMI.
WALLAHU’ALAM
My god..
” berimankah seorang yang sentiasa menyimpan perasaan dendam kesumat yg tak terbatas ?”
Siapa dendam siapa? by writing this he is agreeing to Dr Tun’s statement…. “..bukan Hujah dibelakang yg dipersoalkan” instead of rebutting the items secara ilmiah, anger consumes and negates all else..iman seseorang dipersoalkan dgn mudah, astaghfirullah..who gives us the right to judge peoples iman?
Even if statement of ‘gillette’ is true..and this is just a statement if.. It’s not affecting aqidah, it’s an opinion and if debated correctly maybe the person can admit …’oh, there are sahih ahadith that prove this is encouraged by the prophet….I therefore stand corrected’…
Even if say a political rival datuk seri is proven via video having illegal sex ..committing adultery..it doesn’t mean he’s a non Muslim…he’s just fallen to the fitnah of women…who’s to say a repented man can be better Muslims in the future.. But of course to lie and menipu is still tanda2 org munafiq..
Our brothers are still muslims unless they don’t believe in the 6 rukun iman (and be very sure before labeling our Muslim brothers kafirs!!! As that in itself is a great sin that stems from riyak and vanity ..the holier than thou attitude) but the dendam is so great that let’s believe that the non Muslims are more sincere that our Muslim brothers and jatuhkan our Muslim brothers…let’s rebrand from Negara islam to Negara kebajikan…to attract our less Islamic supporters… Hmm hang on , shouldn’t working with by Muslim brothers be a better unifying option?
Assalamualaikum Tun
Salah satu sifat orang fasik ialah suka melakukan dosa besar seperti meliwat, berzina samaada dengan pelacur atau bukan pelacur. Tetapi puak puak assabiah ini tak nampak kerana terlampau taksuk dan fanatik dengan individu, parti ataupun ideologi tertentu. Sesetengah tu “buta” dan “pekak” kerana terlampau fanatik, bagi gambar, video, ujian DNA pun tak percaya, bersumpah laknat satu kaedah ada dalam al Quran pun tak terima dengan kata lain puak fanatik tidak mahu berpegan dengan dengan bukti kebenaran termasuk kebenaran kaedah saintifik.Sedangkan dalam Al Quran banyak kali Allah menyeru kepada bukti “bawalah hujjah hujjah (bukti) kamu jika kamu orang yang benar” Rasulullah bersabda yang bermaksud ” bukan dari kalangan ku orang yang menyeru kepada assabiah, berpegang di atas dasar assabiah dan berperang di atas dasar assabiah”. Apakah yang dimaksudkan dengan assabiah “kamu menolong puak mu di atas dasar kezaliman”. Ketua kita berzina pun kita sokong, meliwat pun kita sokong. Sebab apa sebab dia ketua kita, ini bukan assabiah?. Mana ada kitab fekah yang menyatakan tak apa melantik pemimpin si penzina dan peliwat.Mudah mudahan mereka ini diberi kekuatan untuk mengikuti dan melihat kebenaran.
Salam Tun sekeluarga…
Pada saya PAS memang dari dahulu tidak pernah nampak kebaikan UMNO dan BN. PAS memang dabik dada yang mereka sangat Islamik dan mungkin juga lebih Islamik daripada Rasulullah S.A.W. sendiri. Namun yang melucukan sesudah berpuluh tahun PAS memperjuangkan ‘Negara Islam PAS’ kini mereka tidak menjumpai negara Islam di dalam Al-Quran.
As salam kepada Tun dan kepada semua,
Islam adalah agama yang pertama di dalam dunia ini dimana ia dibawa oleh Nabi Adam a.s sewaktu turun ke bumi. Islam adalah agama yang menyembah Allah dan bukan yang lain. Setiap nabi selepas Nabi Adam a.s turut membawa agama yang sama iaitu menyembah Allah yang satu. Oleh itu agama islam adalah agama yang pertama di atas bumi ini.
Mengenai Tun hanya layak menberikan pandangan mengenai bidang kedoktoran dan pentadbiran adalah tidak benar. Apabila kita membaca buku mengenai Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi adalah mereka menyuruh kita berkongsi Ilmu yang telah di berikan oleh Allah. Oleh itu tidak salah jika Tun memberi pendapatnya.
Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing dan kelemahan itu boleh bertukar menjadi kebodohan apabila seseorang itu hanya menerima pandangan dirinya dan bukan pandangan orang lain.
Wassalam
AsSalaamualaikum Tun,
Dari hadis daripada Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang mengadakan ikutan baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun.” (Riwayat Muslim)
Daripada hadis2 terkumpul ada bab ilmu dan ulama. salah satu dari itu, tentang kerisauan Nabi s.a.w. Daripada Thauban khadam Rasulullah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi).
Sama sama kita berdoa agar kita di beri hidayah ke jalan yang lurus.
Ybhg Tun Dr Mahathir yang dikasehi,
Mohon izin : –
Tun – DSAA kata UMNO term – PAS term – Inilah tanda perpecahan dan punca perpecahan – masing-masing ada term. Sedangkan Cara Hidup Yang Sempurna hanyalah satu iaitu ISLAM seperti mana ketetapanNya dikitabkan dalam Al-Quran dan dihamparkan di Alam yang luas ini (sunallah Alam). – Tafsiran dan pengertian yang BENAR dan LOJIK – tak ada tokok-tambah dari sesiapa yang berkepentingan.
Saya percaya kalau semua berkiblatkan Al-Quran, menghayatinya dan mengabdikan diri pada Tuhan – semua akan bersatu memelihara, membangunkan dan mensejahterakan Alam ini demi penghuni Alam ini.
Selaras dengan Nabi Muhammad membawa 1 Islam = Cara Hidup Yang Sempurna. Saya dengan rendah diri – Mencadangkan pada Kerajaan Malaysia supaya Al-Quran ini – kita kaji dan selidiki untuk mencari KEBENARAN YANG BENAR MILIK ALLAH. Kita lakukan dengan ikhlas dan jujur tanpa pengaruh orang luar. Biar pakar penterjemah dan pentafsir tempatan dan individu-individu yang berwibawah sahaja yang terlibat. Marilah kita bebaskan diri dari mengikuti secara membuta-tuli. Mudah-mudahan dari hasil usaha yang murni ini iaitu memberi pengertian dan maksud sebenar Pentunjuk Allah dalam Al-Quran – bangsa Malaysia akan maju dan makmur.
Mohon maaf sekiranya tersasar.
Saya yang belajar.
Sekian terima kasih.
Tun – Semoga sejahtera selalu.
Jaga diri dan keluarga tersayang.
A slam dunk!
By the way Tun, kenapa tenaga elektrik dari Empangan Bakun tak disalurkan ke semenanjung? Antara pembinaan MRT (RM35 bilion) dengan pembinaan saluran kabel elektrik bawah lautan antara Sarawak dan semenanjung, yang mana satu lebih mahal? Susah sangat ka nak buat pemasangan kabel bawah laut tu?
Terima kasih.
Assalammualaikum wrt… Tun yang dihormati.
1. Masalah utama : Sungguh sedikit orang melayu memakmurkan masjid solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari.
2. Antara cara untuk mengatasinya : Mungkin berbahagia Tun sendiri dapat menjadi imam solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari di masjid. Paling tidak pun, Tun dapat solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari di masjid bersama-sama dengan jemaah yang lain (tidak perlu sampai menjadi imam).
3. InsyaAllah, ini akan mengatasi kekurangan orang melayu memakmurkan masjid untuk solat fardu jemaah 5 waktu setiap hari. Besar kesannya, bilamana Tun berada di masjid untuk solat fardu berjemaah, insyaAllah ramai yang akan mengikuti jejak langkah berbahagia Tun.
“Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.” (Terjemahan Surah Az-Zumar ayat 55)
“Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Terjemahan Surah Al-Qalam ayat 44)
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Terjemahan Surah Az-Zukhruf ayat 36-37)
4. Pengalaman saya semasa berada di dalam masjidil haram Makkah, mengingatkan saya kembali bagaimana suasana zaman jahiliyah Makkah sebelum kehadiran Islam telah berlaku semula di Malaysia.
5. Antaranya, masalah zina berluasa, anak kecil dibunuh, pergaulan bebas, hiburan melampau, arak menjadi hidangan biasa, berjudi dan sebagainya. Yang paling keji pernah saya lalui, apabila berjumpa dengan kawan-kawan melayu sendiri (di BOLEH land ini) sanggup menghina rasul Allah Muhammad SAW. Antaranya, kenapa Rasulullah membela janggut sebab tidak ada GILLETTE. Sedangkang Rasulullah mempunyai pedang yang mampu memenggal kepala musuh Islam apatah lagi setakat memotong janggut.
6. Ini semua adalah antara bala’-bala’ kecil yang telah melanda Malaysia dan tunggulah bala’ yang besar yang bakal menimpa kita; berkemungkinan macam bala’ Allah timpakan pada kaum nabi Lut (ada diceritakan Allah dalam al-Quran), bila mana Allah angkat permukaan bumi ke langit dan Allah hempaskan balik semula ke bumi. Dan jadilah ia laut mati yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Ini boleh dijadikan dalil dari Allah SWT, menyuruh kita pergi melancong untuk melihat kebesaran Allah SWT.
7. Saya cuma mengemukakan ajakan supaya kita sama-sama menunaikan sembahyang fardu berjemaah di surau/masjid dimana solat fardu dilaksanakan, sebagaimana mengikut sunnah nabi Muhammad SAW. Kewajipan solat fardu adalah kewajipan ke atas setiap individu yang mengaku dirinya Islam. Tidak kiralah orang itu mahir dalam pentadbiran dan juga mahir dalam bidang perubatan.
8. Ini adalah perkara asas (mula-mula) nabi buat sebaik sahaja berhijrah dan sampai ke Madinnah, disamping nabi menegakkan negara Islam (mendapatkan kuasa pemerintahan). Kalau setakat kewajipan, sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Tentu Allah SWT tidak menyuruh nabi berhijrah ke Madinnah. Baik nabi Muhammad SAW berdakwah sahaja di Makkah dan tidak perlu keluar ke Madinnah.
9. Tambahan, kalau setakat kewajipan itu, tidak ada bezanya Lee Kuan Yew, Tony Blair, Obama, Ma Ying-jeou, Nicolas Sarkozy yang menjadi ketua pemerintah negara, sebab pada masa musim haji pengalaman yang lepas, saya ada berjumpa orang India, Republic of China dan sebagainya di sana. Sebaliknya, jika kita pergi melancong ke negara tokoh-tokoh pemimpin non-muslim terbabit, kita masih boleh jumpa masjid dan orang Islam bersolat didalamnya. Maksudnya, pemimpin non-muslim tersebut tidak menghalang rakyatnya yang beragama Islam melakukan ibadat tersebut.
10. Jom saudara-saudaraku yang dihormati, untuk sama-sama dapat menunaikan solat fardu berjemaah di surau/masjid. Sebuk macamana pun, cuba kita peruntukan masa kita untuk sama-sama dapat menunaikan solat fardu berjemaah di surau/masjid. Orang Yahudi akan takut dengan umat Islam bila mana solat fardu subuh berjemaah sama ramai dengan solat Jumaat.
11. Jom kita jihad dengan selimut dahulu untuk dapat bangun pergi solat subuh di rumah Allah secara berjemaah. Sematkan dalam hati bahawa “Aku ada Allah SWT dan rasul Allah Muhammad SAW”. InsyaAllah, Allah SWT akan memberikan kekuatan untuk melaksanakannya.
Bacaan tambahan:
http://solat.wordpress.com/2008/06/25/solat-berjamaah-satu-tuntutan/
12. Gunalah masa hidup ini (pada alam amalan) yang Allah SWT kurniakan ini untuk mengikut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sebab setelah Allah SWT hidupkan kita selepas mati (pada alam balasan) sudah tiada gunanya, bahkan ada antara kita pada masa tu meminta kepada Allah supaya dikembalikan semula ke alam dunia, tetapi Allah cakap tidakkah cukup masa kamu hidup didunia dengan melakukan perkara yang sia-sia sedangkan Aku ada mengurniakan al-Quran dan sunnah nabi sebagai panduan hidup tetapi kamu kufurkan. Maka terimalah balasan api neraka ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang Allah campakkan kedalam api neraka. Amin.
rgds
Ibnu Sulaiman
“Those who come before you with truth, then accept the truth from them, although it is from a distant and hated person. And those who come before you with falsehood, then reject them, although they are from the one you love and close to you.”
-Ibn Mas’ud (The 6th earliest man converted to Islam)
“Never look at who is talking, but look on what the person is talking about”
-Sayyidina Ali R.A
“Never learn the truth based on certain individuals. Discover the truth (by yourself), then you shall discover the owner (of the truth)”
-Sayyidina Ali R.A
Di bawah adalah petikan dari artikel yang pernah diri ini terbitkan dalam FACEBOOK:
Kemelayuan, suatu istilah yang boleh diputar belit jika terdapat kejahilan dalam memahami maksud sebenarnya. Akibat politik yang keterlaluan, fitrah Kemelayuan yang selama ini serasi dengan aplikasi ajaran Islam zaman berzaman di Nusantara ini, telah dipisahkan dan difitnah seolah-olah ia sesuatu yang amat bertentangan dengan asas Islam itu sendiri. Adalah sesuatu yang ironis jika benarlah Kemelayuan itu pada asalnya tidak sehaluan dengan prinsip Islam, maka mengapa nenek moyang kita yang hidup di zaman yang penuh Kemelayuan dahulu dapat menerima Islam dengan mudah, tidak seperti sesetengah bangsa lain yang perlu melalui pertumpahan darah dan peperangan untuk mempertahankan budaya jahiliyyah mereka dari diserapi unsur-unsur Islamik yang hadir. Masa terus berlalu, kini Kemelayuan telah banyak menyisihkan unsur-unsur kepercayaan pra-Islam sehingga yang tinggal hanyalah budaya yang berbentuk identiti superfisial sahaja. Namun, Kemelayuan kini sedang menghadapi ancaman yang baru, suatu fitnah yang muncul akibat kecelaruan Melayu-Islam itu sendiri.
Asakan oleh Retorik Agama
Apabila kita menyebut retorik agama, maka ia bukan bermaksud agama itu sendiri tetapi retorik yang menggunakan faktor agama sebagai modal untuk menarik perhatian Melayu-Islam agar mengikuti golongan yang mempropagandakannya. Golongan tersebut penulis gelarkannya sebagai golongan Dogmatik-Agama. Penulis sengaja tidak menggunakan istilah Fanatik-Agama kerana ia boleh membawa maksud yang lain. Golongan Dogmatik-Agama yang sering menimbulkan retorik ini tidak hanya muncul dari Agama Islam sahaja, malah ia dapat berasal dari konsep kepercayaan yang menyimpang dari ajaran itu sendiri. Ini terbukti dengan kemunculan ajaran-ajaran sesat yang bersifat melampau seperti Ajaran Ayah Pin, Rasul Melayu Abdul Kahar, Al-Arqam dan lain-lain. Ada antara golongan ini yang menggunakan wadah politik untuk menyebarkan retorik mereka yang bersifat utopia dan tidak realistik tersebut. Melayu-Islam adalah antara golongan manusia yang cepat terpedaya dengan unsur-unsur spiritual ini sehingga tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Retorik agama dapat mewujudkan golongan yang berasa begitu eksklusif sehingga membentuk perasaan assobiyyah kepartian. Retorik agama yang disebarkan boleh mengubah fitrah Kemelayuan ini melalui pelbagai cara. Ada antara mereka yang terlalu taksub dengan retorik agama ini sehingga sanggup melupakan identiti asal sebagai seorang Melayu dengan mengambil identiti asing contohnya dengan berpenampilan seperti warga Timur Tengah. Ada juga yang mengasimilasikan unsur-unsur Kemelayuan tersebut dengan retorik agama mereka sehingga Kemelayuan sendiri itu dilihat sebagai pencetus amalan khurafat, seperti yang pernah berlaku dalam Ajaran Ayah Pin. Penulis percaya ada penglibatan pihak asing yang mendukung kemunculan golongan-golongan yang menyebarkan retorik agama secara ekstrem ini untuk memesongkan umat Melayu dari ajaran Islam dan sifat Kemelayuan yang sebenar.
Jika retorik agama itu berasal dari sumber yang tidak Islamik, maka majoriti masyarakat kita dengan mudah dapat mengenalinya dan membezakannya dari ajaran Islam yang asal, dan tindakan penguatkuasaan dapat diambil terhadap golongan sesat tersebut. Tetapi jika sumber retorik agama itu berasal dari fundamental Islam itu sendiri, maka agak sukar untuk orang kita menghidu permainan sebenar golongan Dogmatik-Agama itu tadi. Lebih-lebih lagi jika golongan Dogmatik-Agama itu menggunakan wadah politik untuk menyebarkan kefahaman ekstrem mereka kepada masyarakat, lantas ia dapat menimbulkan pertelingkahan antara Melayu-Islam yang sudah pun dipecah-belahkan ketika era penjajahan. Retorik agama sering digunakan sebagai modal politik oleh golongan yang hanya belajar ilmu fardu ain. Golongan ini mahu diri mereka mempunyai status dalam masyarakat, tidak hanya sebagai guru agama sahaja. Mereka tidak mahu kelihatan sebagai golongan yang kurang diperlukan dalam kepesatan pembangunan ilmu sains dan teknologi kini. Mereka berasa tidak sabar jika terpaksa melakukan dakwah secara konvensional, sehingga memilih jalan politik walaupun mereka sedar bahawa kesucian serta prinsip asal ajaran Islam tersebut akan dipertaruhkan demi meraih undi dari pelbagai kaum yang beragama lain. Berbekalkan ilmu yang pernah diberi kesempatan untuk mereka belajar tersebut, maka golongan Dogmatik-Agama ini dapat memanipulasikan kejahilan pihak lain untuk kelihatan lebih superior ketika memberi pendapat agama yang menyentuh akidah individu-individu tertentu sesuka hati sehingga akhirnya akan mendatangkan keuntungan peribadi dan politik. Keadaan bertambah parah apabila terdapat golongan yang fanatik terhadap individu yang menyebarkan retorik agama tersebut. Maka unsur-unsur Kemelayuan yang penuh toleransi dan kelembutan itu akhirnya akan lenyap dari kamus hidup seseorang Melayu-Islam yang telah bersama golongan Dogmatik-Agama itu.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=108608018428
Salam,
Tidakkah seseorang yang beriman dan berakal/berfikiran dapat mengetahui bahawa menjadi tugas khalifah utk membina satu kekuatan ummah dunia dan akhirat yang serentak? Perlukah jika Ulama menjaga agama, khalifah menjaga negara? Dimana slogan hidupku, matiku kerana Allah yg dibaca seawal rakaat pertama solat – bahawa semua perbuatan hidup kita adalah ibadah? Menegur orang ibadah, membaca ibadah, memimpim ibadah, bersolat ibadah, mencuci tandas ibadah, bekerja ibadah, membuang air besar/kecil juga ibadah – kerana hidupku dan matiku kerana Allah….
Mengapa perlu mengasingkan hidup (dunia) dan mati (akhirat)? Mana slogan membangun bersama Islam kononnya hidupku matiku Lillahitaala? Kenapa perlu sekarang tukar pemikiran bahawa Umarak hanya mentadbir dan Ulama mengawal? Fatwa mana, agama siapa? Bukan Rasullullah adalah contoh bahawa beliau Umarak dan beliau juga Ulama? Bukankah 4 Khalifah Ar-Rasyidin juga Ulama merangkap Umarak yang mentadbir negara Islam berpusat di Madinah?
Bila orang Islam mengeluarkan perkataan mulalah mencari yg mana silap, yang mana salah kerana Taksub dengan wali dunia yang tak lekang dengan hasutan sang Syaitan nir-Rojim. Sedang bila Barat berkata sesuatu tentang demokrasi mulalah melompat bak kera hilang anak terpekik-pekik melolong bak dirasuk polong.
Inilah Umat Islam Malaysia hari ini yang senantiasa membantah dan hidup dalam keadaan membantah dan saling mencurigai antara satu dengan yang lain? Kemajuan Islam apa yang di bawa? Ilmu barat tak sanggup mereka tinggal sehingga sanggup menangis air mata darah bila tak dapat biasiswa ke London, ke Amerika kononnya hak mereka sahaja yang dirompak kerajaan. Apakah jenis minda orang sebegini taksub dan ujub kepada kehidupan mereka semata-mata?
Bila ditegur mulahlah mereka menyinga melesang tak tentu pasal kononnya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja yang maksum dan mereka sahaja yang sebaik-baik kejadian sedangkan orang lain semuanya salah, palsu dan paling keji menuduh orang tidak beriman? Beriman sangatkah orang yang berkata begitu? Tinggi mana Imannya/ Boleh nampak, boleh tengokkah dengan mata kasar? Kalau tidak nampak iman dan ketaqwaan sesorang itu berhentilah dari berkata-kata. Jadilah orang Islam yang sejati, mukmin yang Soleh yang patuh dan taat pada Agama Islam yang Salam Sejahtera?
Adakah dengan hudud yang tunggal boleh membezakan tahap fasik dan keislaman seseorang itu? Adakah dengan tidak menjadi Imam solat maka kita tidak boleh bertanya kepada Imam dan Ulama. Ulama bukan maksum, jadilah Ilm’ iaitu yang berilmu yang beramal dengan ilmunya yang Alim. Bukan menjadi penurut semata-mata.
Tidak hilang Islam seseorang itu selagi ia mengaku bahawa Allah itu Esa, Muhammad itu rasul-Nya dan menunaikan lima kewajipan yang utama. Yang berhak membezakan iman seseorang itu ialah kerja Allah-hu-Akhbar yang Maha Besar untuk menentukannya.
Janganlah jadi taksub, ujub dan takwil kepada seseorang yang masih boleh dipertikaikan peranannya. “Kami dengar dan kami patuh” bukanlah satu ayat (sami’na wa ata’na) yang menghalalkan kita metaati seseorang secara membuta tuli membunuh diri, tetapi dengan ilmu yang kita boleh cari dan bertanya kepada yang lain. Bukankah dalam Islam itu Allah mengarahkan agar kita berpesa-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada kesabaran?
Jangan jadi taksub yang membunuh sedang ilmu masih cetek kerana katanya Hafal Al-Qur’anul Kareem tapi tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan Kalam Tuhan itu…
Walallu’alam.
/mfa
salam tun, ulama’ is professionals too, n professionals shd b ulama’ in advocating n soliciting rasulullah’s teachings…who r we to deny the great messenger of allah?…we r nowhere near him…so dont try to redicule islam!
salam tun dan rakan2 yang pembaca.
betulkan sekiranya saya salah. kisah di bawah ini telah diceritakan oleh rakan saya sedikit masa dahulu.
“Abu Hurairah tidak dilantik sebagai khalifah (pemimpin) selepas Nabi Muhammad S.A.W wafat, meskipun mempunyai ilmu agama yang tinggi dan banyak mengeluarkan hadis. Ini kerana, kepakaran Abu Hurairah lebih kepada ilmu agamanya, dan tidak dalam menjadi pemimpin sebuah negara”
minta maaf sekiranya pernyataan di atas ada salah dan silapnya. jika ada, harap dapat diperbetulkan.
By Jo on June 21, 2011 12:49 AM( asal)saya nak soal dia?
Salam,
Beriman kah seseorang yang pernah menyatakan bahawa undang2 Islam tidak lagi relevan dizaman moden ini dan hanya boleh digunapakai dalam masyarakat yang Islam sepenuhnya?
Berimankan sesorang yang pernah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menyimpan janggut kerana di zaman Baginda tiada Gillette?
Beriman kah sesorang yang membiarkan anaknya memiliki saham yang besar dalam kilang arak terbesar di Filipina?
Beriman kah seseorang yang sentiasa menyimpan perasaan dendam kesumat yang tidak terbatas?
Memetik para 15. diatas, sejauh mana ramai yang ingat, cuma Berita Hairan, Utusan Meloya dan ahli ahli politik UMNO yang mendakwa ianya pernah disebut.
salam, saya nak tanya jo,on
hang ni beriman ka? hang ukur keimanan dgn apa cara? hang duk memfitnah Tun ni berimanla? dlm surah mana pulak tulis yg manusia mcm hang boleh menilai dan bagi tahu siapa ahli syurga dan neraka?
Hang betulkan diri hang dulu, kalau nak bagi pandangan buat dengan cara betul.
Byk tuduhan keatas Tun dari mula pemerintahan beliau sehingga keakhir pemerintahan 2003, mcm 2 org kata, tapi skrg byk benda terkeluar dari mulut org lain yg beliau tidak itu dan ini, org yg paling dekat yg bekerja dgn dia,Anwar je belum lagi, kita tunggu la bila anwar kesali segala perbuatannya dan mengaku yg Tun ini baik sebenarnya.
Hang jangan mempersoalkan iman org lain, cermin kan diri hang dulu.
Assalamualaikum TUN.
1. Saya setuju apa yang TUN tulis dan maksudkan. Dalam agama kita tidak boleh bertaklid. Jika kita bertaklid atau mengikut orang ditakuti orang tersebut akan membawa kita ke arah kemusnahan.
2. Apa yang fardu dalam fardu kepada yang mengaku Islam ialah belajar. Belajar mengenal Allah dan seterusnya semua rukun Iman. Apabila sudah mengenali Allah dan semua rukun Iman yang lain maka baru kita mengucap dua kalimah syahadah dengan petunjukNya yang betul.
3. Kalau hendak mengenal Allah dan rukun Iman hendaklah dipelajari dari guru yang mursyid (bukan yang mengaku mursyid atau digelar mursyid). Tanda guru yang mursyid adalah jika kita beri dia satu dia beri balik dua. Maksudnya guru tidak ada sifat TAMAK.(Contoh – Dulu-dulu orang belajar pergi ke rumah guru ada yang bawa kuih muih. Selepas belajar guru (isteri) akan keluarkan segala kuih muih yang diterimanya dan dijamu kepada semua yang hadir. Tidak ada yang diasingkan untuk disimpan).
4. Guru mursyid akan mengajar ilmu Allah semata-mata kerana Allah. Tidak ada rasa TAMAK hendakkan pengikut atau untuk tambah pengaruh. Ia mengajar semata-mata kerana hendak menyampaikan sahaja. Terpulanglah kepada yang belajar untuk berfikir dan memilih untuk percaya dan mengikut ajaran Islam dengan Iradah Allah.
5. Kepada semua saya sarankan belajarlah dari guru yang mursyid. Jangan dari guru yang TAMAK. Guru yang TAMAK sebenarnya dipengaruhi IBLIS. IBLIS memang telah bersumpah dan di izinkan ALLAH untuk merosakkan aqidah manusia.
6. IBLIS bersifat TAKBUR, DENGKI dan lain-lain sifat keji (mazmumah)
Wassalam.
Salam Tun and Bloggers,
Sebenarnya saya tertarik dengan pengetahuan saudara Amin Tan dalam Islam dan saya menghargainya. Tetapi bak kata Tun, walaupun kita rasa terlalu taksub dan fanatik dengan karisma seseorang yang tinggi ilmu agamanya kita juga haruslah meneliti dan mentafsir (decipher) dengan tepat setiap sesuatu yang diajarkan hingga mendatangkan keyakinan yang betul kepada yang Haq dan Mutlaq iaitu Allah S.W.T. Dalam hal ini kedua-dua insan iaitu Tun dan Amin Tan memang dua orang yang mempunyai ilmu agama yang jauh lebih baik dari saya.
Bagi orang yang rendah pengetahuan agama seperti saya, lebih mudah jika saya dapat merujuk kepada orang yang mahir dan specialist dalam bidang agama spt ulama, mufti, ustaz, Tahfiz, muhaddisin, dsbnya. Ini lebih mudah berbanding jika saya mengusahakan untuk menggali pengetahuan itu sendiri daripada bab fardhu ain sehingga kepada ideologi politik dsbnya.
Apabila kita telah selesa, lama2 kita akan ‘lower our guard’ ataupun mengikuti secara buta tuli apa2 yang diajarkan oleh mereka ini dan juga kawan2 kita serta sesiapa yang kita sangka mempunyai pengetahuan dalam agama. . Akibatnya, kita hilang jati diri sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah yang Esa yakni iman kita hanyalah sekadar ikut-ikutan yang bersandarkan cakap-cakap orang sahaja (based on hearsay).
Scenario ini semakin parah hari ini apabila umat2 Islam berpecah belah kerana kebanyakan ulama, ustaz, guru2 agama, pensyarah motivasi hatta kepada guru KAFA pun masing2 adalah Partisan dan akan mempengaruhi pengikut2nya untuk taksub kepada parti2 tertentu. Ini adalah tambahan kepada segala macam mazhab, tarikat, pesantren, dan sect2 tertentu. Akhirnya umat Islam semakin lemah dan tidak terdaya untuk bangkit kembali.
Oleh itu atas saranan Tun, kita semua haruslah juga mempelajari agama kita sebaik mungkin supaya kita tidak taksub kepada manusia tetapi hanya kepada yang Satu. Bagaimanakah kita berpecah belah dimana setiap sect (golongan) akan mengatakan yang satu lagi salah. Tak mungkin semuanya benar pula kerana yang Benar itu hanyalah Satu.
Carilah yang Benar, mungkin dengan itu kita akan dapat berSatu. Bagi saya, kebanyakan perbezaan adalah dari segi furu’ semata2 tanpa mendatangkan mudarat kepada Akidah tunjang kita. Kita tidak perlu lagi untuk bergaduh, berperang dan bertelagah menegakkan perkara yang titik bengik (perkara2 kecil).
Salam Tun,
Apa khabar Tun? Saya mendoakan kesihatan yg terbaik utk Tun Sekeluarga.
Berkenaan Amin Tan, biasa la Tun..org melayu ni pandai cakap je, pastu diri sendiri mesti nk menang..tp apa contribution dier utk Malaysia? waktu ekonomi meleset, matawang kiter di serang org luar, dimana Amin Tan (or for that matter, mana Tok Guru yg dier sanjung2 tu?) waktu org melayu susah nk dpt biasiswa utk ke luar negara, nk jadi usahawan berjaya pun susah sbb ekonomi di kuasai bangsa lain, dimana Amin Tan (or the Tok Guru?)
Tgk reply dier pun asyik putar belit je…
Assalamualaikum Tun,
Seperti biasa tulisan Tun yang berfakta dan mudah difahami menarik minat ramai.Saya antara jutaan peminat Tun.Tun adalah seorang pemerintah yang berani,bervisi dan tegas.
Sedih bila ISLAM dijual beli demi kepentingan dunia.Soal assabiah pada ketua timbul juga pada era pemerintahan Tun.Biasa,manusia mencari bebaikan baik dari segi harta,status,kerohanian…senang cakap ada yang mencari dunia,ada yang mencari akhirat.
kita perlu jujur dan ikhlas dalam semua perbuatan dan tingkahlaku.Tidak boleh hari ini kita kata sesuatu perkara tidak relevan kerana tidak sesuai dengan keperluan kita dan esok kata perkara yang sama relevan kreana sesuai dengan keperluaan kita.Ikhlas,perkataan mudah tapi berat maksudnya.Jika Tun perlu kata atau kutuk pengikut assabiah kerana sayangkan mereka,ALHAMDULILAH.tapi setakat untuk upacara politik ….janganlah Tun.sama sahaja kedua2nya.Jangan lupa bagaimana Tun pernah disisih oleh mereka suatu ketika dulu
Tidak ada insan masuk ke syurga kerana amalannya….ALLAH SWT yang menentukan.Tun,please don’t sell yourself short to protect others.It is us the Rakyat that deserve your loyalty and frienship.
with love and respect to a great man,Tun Mahathir.
Mari kita bersatupadu kerana Agama,Negara dan Bangsa.
Salam Tun,
Saya menyokong penuh tindakan Tun menimbulkan isu-isu agama supaya minda orang Islam kita dan juga bukan Islam mungkin akan lebih terbuka. Pada pandangan saya, kita tidak harus menerima bulat-bulat segala apa yang diperkatakan oleh ulamak- kita perlu meneliti, menyelidik, mempersoalkan isu tersebut dan membuat perbandingan dari segala segi yang relevan. Tun, untuk sayalah, tak perlu Tun jadi imam untuk menunjukkan Tun adalah seorang Islam yang baik. Teruskan saja usaha Tun untuk membela Islam seluruhnya. Saya antara yang paling kecewa dan sedih bila PAS membenarkan diri mereka dijadikan boneka dan Pak Turut.
Alhamdulillah.
Baru dapat habis baca buku Tun. Slow reader. Very structured and easy to understand your actions and decisions you made during your tenure as a politician and later as our premier.
Tun,
1. Berbalik ke isu sekarang. Saya melihat masa depan melayu khasnya seperti nyawa dihujung tanduk. Guru saya ada menyatakan dlm BN pun susah dan dalam PR pun susah. Berkemungkinan PR akan menguasai parlimen dengan kemenangan tipis memandangkan dasar terbaru PAS ini.
2. Guru saya juga beritahu PAS sudah jauh dari perjuangan asal dan ini realiti yang amat mengecewakan Guru saya.
3. UMNO konsisten dasarnya dari dulu dan telah cuma sebaik mungkin untuk membendung gejaala negative pentadbiran politik dan kerajaan. Tun sendiri telah berusaha mengurangkan kerenah birokrasi pentadbiran kerajaan dan cuba mempercepatkan proses kelulusan dll.Sejauh mana kebaikan yang dilaksanakan, rakyat sentiasa merasakan ianya tidak cukup.
4. Elemen hasutan dan fitnah dari kempen PR tidak dibendung dan ini melihatkan kelemahan yang nyata dari kerajaan BN. Sikap liberal kerajaan BN juga memakan diri sendiri.
5. Rakyat mahukan kerajaan yang kuat atau dilihat kuat serta berani mengawal provokasi pihak lawan. Rakyat mahukan quality of life dan mengekalkan basic needs spt pekerjaan, pendidikan,keamanan, rumah dan keupayaan berbelanja.Gaji tinggi tapi kos kehidupan tinggi juga tidak membawa apa-apa kebaikan.
6. Saya selalu nyatakan ratio gaji dan harga barang di Malaysia dan UK jauh berbezanya. Gaji UKP800 boleh hidap selesa berbanding MYR800 or MYR1600 or MYR2400. Kita kena cuba sesuaikan ratio ini dan mencari kaedah yang betul samada buat sendiri barang tersebut atau melindungi harga mentah bahan tersebut. Kalau UK boleh takkan kita yang ramai berpendidkan dari sana tak boleh buat.
7. Ini bukan soal subsidi, tapi saya rasa kita tidak betul-betul mengkaji dan melaksanakannya. Kaedah makmal yang dilaksanakan oleh kerajaan amat baik untuk kita fokus kearah ini. saya percaya pengambilan untung yang keterlaluan adalah punca harga mahal dan mungkin kita terlalu protect industri tersebut membuta-tuli. Mungkin ada unsur-unsur rasuah seperti pemberian subsidi baja dll sehinggkan kawan saya kena warning jangan introduce baja organik pada kawasan tertentu…..
Tun,
Terima Kasih kerana sharing your knowledge. Betul atau salah, Allah sahaja yang akan judge nanti.
Saya doakan perjalanan Tun dihari afterlife better than here. Semoga bertemu lagi.
Wassalam.
Salam TUN,
Abaikan saja mamat ni [amin tan ] tun. Perlu sangat ker menjadi Imam dimasjid. Dirumah pon boleh jadi IMAM. Dalam islam pon tak mewajibkan kita jadi IMAM di MASJID.
[amin tan ] sila bagi dalil or ayat2 dalam Al-Quran yg mewajibkan seseorang itu mesti jadi IMAM dimasjid.
Kalo nak jadi imam di masjid sebab nak tunjuk-tunjuk yang ko tu pandai sangat dalam islam…baik tak payah… tu dah jadi salah niat sebenar…….
TUN tak payah layan mamat[amin tan ] ni… dia ni saja nak kene kan TUN… Kalo TUN turun apa dia suruh… lepas ni byk lg yg dia nak TUN ikot. Kita byk IMAM yg terHEBAT2 sama ada bertauliah or tidak… TUN hebat dalam bidang TUN. Tun sentuh hal ISLAM ni dah kira hebat sbab Tun dah mendalami bukan bidang kepakaran tun… sepatut nya ULAMAk tabik spring kat TUN kerana berjaya kedua-dua bidang.
KALO PERNAH JADI IMAM DIMASJID…tapi TAK BERANI MANEGAKKAN KEBENARAN UNTUK MEMBELA DIRI SENDIRI SECARA ISLAM(SUMPAH)… lebih baik lagi drpd orang yg tak pernah jadi IMAM di masjid… Setakat Jadi IMAM di masjid tapi hati KOTOR….buat apa nak IKOT… Bersihkan Imaj Dulu…
Yang Penting Hati Tun Bersih Untuk Islam n Melayu.
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia
Salam Satu Perpaduan
Izinkan saya berhujah untuk coretan Tun diatas. Setiap insan yang dilahirkan mempunyai akal dan fikiran. Namun banyak yang mempunyai akal tidak mampu berfikir secara waras, maafkan saya jika terlanjur kata. Sedar atau tidak kebebenaran tetap akan mengatasi kepalsuan, hanya waktu dan takdir yang menentukan. Tetapi saya puji sesetengah pihak yang tidak pernah berputus asa dalam mencari kebenaran dan menegakkan keadilan. Dek kerana inilah kerajaan yang ada sekarang kekal mentadbir kerana tetap dilandasan yang benar dan berpaksi kepada kebenaran. Saya percaya jika pentadbiran yang acuannya “kotor” dan tidak cakap serupa bikin maka tidak akan tertubuh sebuah institusi pentadbiran yang adil. Sebab inilah kesesatan akan menghantui orang yang menerima ckap-cakap yang tidak berasas, tanpa bukti dan hanya pandai berkata-kata. Umpama menanam tebu di pinggir bibir, habis madu sepah dibuang. Asalnya berjanji bermacam-macam dengan pelbagai janji manis, namun setelah duduk diatas apa yang dijanjikan hilang entah kemana. Inilah sebenarnya apa yang dikatakan Golongan Munafik. Sekian.
Good morning Ayahanda Tun,
267. Ayahanda Tun should keep yourself out of this politics and religion issues that have been buried for years.
268. Government are paying peanuts to get monkeys.
269. Why?
270. They prefer not to “EXPLORE” with innovation and creativity so that they can maintain their position in the Government Sector means:-
A. “Buat tak buat kerja exploring, gaji sama”
B. “Tak buat kerja exploring, takda kesalahan”
C. “Buat kerja exploring, takut kesalahan dan takda back-up”
D. “Lebih elok tak buat kerja exploring supaya takda kesalahan”
271. Instead of wasting time to debate on the struggling of UMNO and PAS political ideologies which has been crystalized, it would be better off for Ayahanda Tun to let Malays and Muslims to decide what they want in their territories in Persekutuan Putrajaya.
Good day Ayahanda Tun.
Dear Tun,
Joke of the century by Amin Tan “..Sebaliknya mereka yang hanya mempelajari ilmu agama juga mampu menjadi pentadbir yang berjaya seperti Menteri Besar Kelantan Nik Aziz…”
Berjaya sgt ke dia tu??
Lagi pun who are these ulama? Who certified them? Any specific qualifications?? Setakat boleh ckp arab, graduated from Al Azhar or sekolah pondok, hafal quran, dah berlambak kat Malaysia ni.
It seems that to be recognised as Professor is much more harder and difficult and it can be a lifetime commitment.
Fair to say that most of ulama in Malaysia are self-proclaimed ulama.
Wassalam
Good comment Tun …
sebab itu sekarang ramai yg tidak mengikut secara buta-tuli dengan komen dan saranan Tun … kerana ramai yg berpendapat ia tidak berasas … ataupun telah sesat … tidak lagi macam dulu …
In the name of God Most Gracious Most Merciful
A;kum Tun,
Saya setuju dengan pendapat Tun mengenai sifat orang ramai yang terlalu taksub dengan pemimpin agama mereka. Ibaratkan setiap perkataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka, seperti emas! Cantik dan betul belaka. Mana mungkin……..
Sebab itu Allah bagi kita akal untuk berfikir dan dalam surah Hujarat ayam 6, memang mudah untuk kita fahami dan tidak perlu kepada Ulama agung untuk mengajar kita mengenai perkara itu. Cuma akal yang beriman akan berfikir waras.
Tapi bagi orang yang pakai jubah, kopiah, kain pelekat dah baju melayu dgn songkok mesti betul belaka. Orang yang pakai jeans, suit, and pakaian bukan ISLAM dikira tidak Islam walaupun pendapat atau soalannya berdasarkan prinsip Islam yang diajar di dalam Al Quran.
Apa yang tak betul dgn logik kita? Islam itu bukan pada tok lebai and pak imam sahaja. Islam itu untuk semua umat sejagat. Bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam untuk semua orang yang beriman. Orang yang percaya kepada Tuhan. Orang yang mahu syurga Allah maka mereka patut hidup sebagai seorang Muslim.
Tuhan yang lebih tahu siapa lebih ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Orang Melayu terutamanya, tolong buang tabiat suka menuduh dan mengata orang bukan2 tanpa usul periksa. Dan jangan senang sangat terpedaya dgn segala setiap tuduhan dan cemuhan hanya semata2 untuk mengaibkan orang lain. Islam lebih suka kepada hormat menghormati dan sayang menyayangi sesama manusia.
Al Quran adalah kitab Allah yang sempurna dan terperinci. Maka terpulanglah kepada umat manusia untuk mempelajarinya selagi masa dan peluang masih ada. Sesungguhnya Islam itu agama yang suci dan mengajak kepada kebaikan. Tidak ada dalam al quran mengatakan kita patut memusuhi mereka yang tidak bersama kita kecuali mereka yang menyerang dan menyiksa kita, dgn itu kita berhak untuk tidak berkawan dgn mereka. Dan mereka itu mungkin orang seagama kita yang memusuhi kita. Kita berhak untuk tidak berkawan dgn mereka. Hal ini tidak ada kaitan dgn jenis agama.
Tapi Allah juga mengajar umat manusia supaya bermaafan antara satu sama lain. Tapi mereka yang mampu bermaafan adalah orang yg Iman nye cukup besar disisi Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Terima kasih Tun. Saya amat teruja dgn pendapat Tun yang dikira “Umarak” oleh sesetengah pihak. Allah lebih mengetahui isi hati Tun. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tun tidak perlu tunduk kepada tuduhan mereka dan cemuhan mereka kerana akal and kepandaian Allah hanya berikan kepada mereka yang tertentu. Bukan semua orang.
Teruskan perjuangan Tun and semoga Allah mencucuri rahmat kepada negara kita Malaysia and umat sejagat.
salam. tun hanya layak bercakap mengenai islam yg boleh difahami & di persetujui oleh penyokong parti pas. jgn sekali-kali melencong…tun boleh jadi kafir kalau tak comply….kalau tun ingin juga bercakap mengenai islam sila refer pada penyokong parti pas utk di restui…
Usah pedulikan orang seperti Amin Tan. Ternyata orang mcm ni sempit pemikiran dan tak banyak ilmu kerana agama. Ternyata kalau dahulu orang kafir persoalkan nabi tak pernah nabi balas dengan berucap ‘kamu bukan ulama, tak layak tanya soalan’ dan saya tak jumpa lagi ayat-ayat yang menunjukkan nabi megah-megahkan diri sendiri sebagai ulama dan tiada siapa dapat persoalkan tindakan beliau.
Ternyata orang yang beri alasan sebegini adalah orang yang seperti ‘TIN KOSONG’. hanya mampu berbunyi kuat tapi kosong dalam hati dan otaknya. sebagai orang yang berilmu tinggi, orang tersebut pasti menjawab dengan kebijaksanaan dia dan bukan melabel ‘stereotype’ sebegini.
Tak perlu kita layan lagi orang mcm ni Tun. Tuhan sendiri pon pernah pesan kt nabi kita supaya tak perlu pedulikan perihal orang-orang yang tak mahu mendengar kerana perbuatan mereka bukan tanggunan kita. Biar mereka kekal pekak dan buta.
Terima kasih Tun.
Salam Tun,
Izinkan saya merujuk kepada comment oleh Ibnu Sulaiman
“”‘”By Ibnu Sulaiman on June 15, 2011 4:59 PM
Assalammualaikum wrt… Tun yang dihormati.
Mungkin pada masa zaman Tun menjadi ketua no.1 pemerintah negara dahulu, Tun terlalu sibuk mengalahkan Rasulullah saw mentadbir negara sampai tidak sempat menjadi imam solat fardu 5 waktu berjemaah di masjid. Tetapi saya percaya, sekarang itu bukan lagi menjadi alasan lagi. Saya percaya, kalau Tun menjadi imam solat fardu berjemaah 5 waktu di masjid pada usia Tun sekarang ni, saya percaya ramai orang yang akan solat sekali bersama Tun di masjid tersebut.”””
Maafkan saya Tun. Saya percaya Tun telah salah faham maksud saya yang mengatakan Tun seorang umarak dan bukan seorang ulamak. Saya merujuk kepada comment ibnu Sulaiman yang menyindir Tun terlalu sibuk mengalahkan Rasulullah mentadbir negara. Beliau cuba mencabar Tun supaya menjadi imam dimasjid. Saya hanya merujuk kepada Tun sebagai seorang imam di masjid. Menjadi seorang imam di masjid ialah kerja sepenuh masa. Di masjid Darul Ehsan Subang Jaya ada 3 orang Imam sepenuh masa yang ditauliahkan. Saya percaya menjadi imam di masjid tidaklah menjadi issue yang besar sebagaimana yang hendak dimasudkan oleh Ibnu Sulaiman. Cuba Tun renungkan maksud tulisan Ibnu Sulaiman dan tulisan saya dan cari maksud tersirat. Beliau cuba nak bandingkan Tun dengan Anwar Ibrahim dan Pak Lah yang mampu menjadi imam di masjid. Tetapi apa salahnya jika Tun hendak menjadi imam di masjid sekali sekala.
Saya langsung tidak merujuk kepada mempelajari ilmu agama. Sesiapa sahaja boleh mempelajari ilmu agama jika ada hidayah. Sebaliknya mereka yang hanya mempelajari ilmu agama juga mampu menjadi pentadbir yang berjaya seperti Menteri Besar Kelantan Nik Aziz. Begitu juga Pengetua MRSM Taiping dewasa ini adalah seorang ustaz. Wallahualam.
amin tan
Salam buat Ayahanda Tun,
Rasa-rasanya masa hidup sahaja adanya gelaran ‘ulama’ tapi bila dah terkujur kaku dan disolat serta ditalqinkan, bacaan solat jenazah/talqin yang sama juga bunyinya dibaca, lainlah kalau dipanggil ‘hai si anu yang tak berdosa….’ Jadi, penilaian muktamad adalah hak ALLAH SWT jua, bukan manusia walaupun bergelar seorang Tok Guru..
Lagipun, apa nak hairan, ramai juga yang bergelar ustaz (layak berdaftar sebagai ahli PUM) yang duk kat penjara atas pelbagai kes – rasuah, rogol, pecah amanah dsbnya. Sebab tu ALLAH SWT hanya janjikan, bayi/anak kecil sahaja yang bebas dari dosa sebab mereka ni belum pandai mengumpat dan mencerca orang… Wallahualam.
Salam,
Beriman kah seseorang yang pernah menyatakan bahawa undang2 Islam tidak lagi relevan dizaman moden ini dan hanya boleh digunapakai dalam masyarakat yang Islam sepenuhnya?
Berimankan sesorang yang pernah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menyimpan janggut kerana di zaman Baginda tiada Gillette?
Beriman kah sesorang yang membiarkan anaknya memiliki saham yang besar dalam kilang arak terbesar di Filipina?
Beriman kah seseorang yang sentiasa menyimpan perasaan dendam kesumat yang tidak terbatas?
Memetik para 15. diatas, sejauh mana ramai yang ingat, cuma Berita Hairan, Utusan Meloya dan ahli ahli politik UMNO yang mendakwa ianya pernah disebut.
Tuan Guru Dr Mahathir yang di Rahmati Allah,
1. Apa yang Tuan Guru Dr Mahathir kata dari 1 sehingga 16 adalah sohih belako……Insya Allah dengan izin Allah kesemua itu akan menginsafkan mereka tu…..
2. Orang yang berakal lagi bermaruah, senang sangat nak kenal mereka yang ada otak tetapi tidak ada akal.
Salam Tun.
Satu lagi. Surah Bani Israel, ayat 36.
[17:36] You shall not accept any information, unless you verify it for yourself. I have given you the hearing, the eyesight, and the brain, and you are responsible for using them.
Tuhan suruh kita bertanggungjawab dengan pengetahuan kita. Bukan telan bulat-bulat apa yang “ulamak” kata.
Also, if you have the time, do read this.
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/06/no-such-thing-as-ulama-class-in-islam.html
Love your writing. Stay healthy. 🙂
Thanks.
Saya tidak bersetuju dengan Amin Tan yang mengatakan Tun harus menumpukan bidang kebolehannya seperti bidang perubatan dan pentadbiran. Sebaliknya, saya berasa Tun harus menumpukan masanya pada agama daripada hal politik. Itu juga pendapat orang India silam yang mengatakan adanya musim untuk berbuat sesuatu dan orang selepas usia 60 tahun harus mengabdikan hidupnya pada agama.
Sejauh yang saya tahu, pendapat Amin Tan tidak bersifat Islam. Wikipedia berkata tentang Islam: “There are no intermediaries, such as clergy, between God and the creation that he brought into being by the sheer command “‘Be’ and it is.” Dengan kata yang lain, Islam tidak memiliki golongan paderi atau orang tengah antara umat dan Allah. Jadi, mana datangnya ulama sebagai pentafsir al-Qur’an? Itulah pendapat golongan ulama sendiri yang ingin mengukuhkan kuasa diri mereka supaya tanpa mereka, umat Islam semua sesat. Islam sebaliknya menggalakkan pertanyaan dan perbincangan, bukan menerima ajaran Islam, apa lagi tafsiran ulama, secara buta tuli. Daripada segi sejarah, terdapat juga golongan ulama yang memutarbalikkan ajaran Islam agar melindungi kepentingan diri sendiri, sebagaimana diperlihatkan dalam Empayar Mughal di India.
Assalamualaikum,
Dear Tun Mahathir,
There will be Malay unity – but I guess PAS wants it on their terms ! I guess PAS will unite with UMNO only on PAS’ terms.
Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)
Assalamualaikum WBR Ayahnda Tun & Bonda yg dikasihi,
sememangnya ada di kalangan manusia ini jika diberi sedikit kedudukan akan merasa dirinya besar & begitu hebat hingga timbul rasa kekaguman kpd diri sendiri. manusia begini ‘egocentric’ & gagal bersikap zuhud sebenarnya. seorang hamba yg mengaku dirinya & kumpulannya sahaja alim ulama merupakan orang yg perasan hebat sedangkan Allah SWT melarang manusia bermegah2 dgn kedudukan, kumpulan & bersikap berpecah belah…
peranan alim ulama dlm dunia hari ini amat diperlukan kerana keadaan yg semakin hari semakin menjauhkan manusia dari agamanya. jika ulama tidak memainkan peranan sepatutnya & lebih gemar berpolitik sehingga mencemar kecusian Islam, alangkah malangnya kita mempunyai ulama sedemikian. ulama sepatutnya tidak berpuak2 & mrk perlu memberi pandangan yg tidak terikat dgn mana2 pihak krn ini akan menimbulkan polemik yg berpanjangan. ulama juga janganlah mengaplikasikan hukum sekerat2 dgn menghukum oranglain sahaja yg salah jika melakukan sesuatu kesilapan tetapi menidakkan kesilapan yg sama berlaku dikalangan puaknya..jika ini berlaku, umat Islam akan menjadi umat yg lemah & sentiasa bercakaran krn berpegang dgn pendapat ulama yg bertentangan antara satu sama lain…
ilmu agama boleh dipelajari oleh semua orang. utk bercakap soal agama, mendalami bidang agama hingga mampu menyampaikan ilmu kpd orang lain merupakan usaha yg diberkati oleh Allah SWT. di negara ini, Islam bukanlah hak ekslusif sesuatu puak sahaja. bahkan sekiranya agama Islam dipelajari secara meluas & mendalam oleh setiap orang Islam nescaya Islam akan subur berkembang & bertambah utuh. bukankah seruan utk mempelajari ilmu agama ini terpanggil utk seluruh ummah? siapa kita utk menidakkan hak seseorang itu utk bersoaljawab tentang Islam sedangkan Baginda Rasulullah diturunkan untuk semua umat manusia, bukan utk satu golongan sahaja…
bagi orang yg tidak faham erti ‘ulama’, mereka mungkin akan terpengaruh dgn orang yg berserban, berjubah, berjanggut & bercakap dgn menyelit2kan ayat suci AlQuran serta sedikit hadis tentang perkara2 yg hanya bertumpu kpd minat mrk semata. mrk lupa perkara2 lain yg lebih besar iaitu kekuatan ummah. ilmu tanpa amal adalah merbahaya. bercakap tanpa bekerja akan menjadikan manusia miskin…ilmu2 yg memajukan ummah juga perlu diajar, diamal & dihargai bersama ilmu agama yg menyempurnakan kehidupan insan. tanpa ilmu, manusia mudah hilang pertimbangan.
Semoga Allah SWT memberkati Ayahnda Tun & Bonda berdua dunia & akhirat, Insyaallah…
Wassalam.
just my brain wave….
Salam Tun.
Pada kebiasaanya, teguran atau peringatan yang di tuju terhadap Tun dan menyatakan Tun bukan ulama adalah dari penyokong2 PAS/PKR yang bersifat negatif. Mereka ini terlalu taksub dan segala yang Tun huraikan berhubung puak Assabiah atau yang memberi ertikata serupa memang tepat sekali menunjukkan peribadi taksub mereka.
Saya sendiri mengakui diri seorang umarak dan bukan ulama. Saya merasa gembira setiap kali Tun menunjukkan kebenaran sebagai seorang yang bukan ulama menasihati ulama2 sesat yang sanggup memecahbelah perpaduan ummah. Seseorang ulama MESTI menyatukan ummah, bukan sebaliknya saperti yang dilakukan oleh tok guru(?) & juga pemimpin2 PAS!
Begitu jugalah dengan Hj Amin Tan yang sentiasa menyokong pendirian Tun tatkala menegur setiap kesalahan pemimpin2 PAS yang konon2 menganggap diri ulama!
Perbuatan mereka2 yang inginkan sangat gelaran ulama ini bukan sahaja memecahbelahkan Islam, malah perpaduan Melayu dan juga kesejahteraan Malaysia turut tergugat demi memperjuangkan idealoji sempit serta berkepentingan sendiri.
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI & LAGI MAHA BIJAKSANA.