SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya dan isteri saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada muslimin dan muslimat. Kepada yang pulang beraya dikampung halaman, pandulah kenderaan dengan cermat dan kami berdoa agar sampai ke pangkuan keluarga tersayang dengan selamat.

37 thoughts on “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

  1. Salam YAB & diKasihi Tun,

    Saya ingin merujuk kepada cadangan saudara ”sudin” seperti di bawah:

    ///
    sudin : September 4, 2011 at 11:17 pm

    Jika Tun boleh melapangkan sedikit masa, sudilah kiranya Tun menjemput regular blogger yang sentiasa menyerikan dikebanyakan entry yang Tun siarkan supaya boleh berHari Raya dengan suasana lebih menyenangkan dengan Tun.
    Kami akan selalu memeriksa e-mail jika sekiranya terdapat jemputan dari Tun untuk tujuan ini.
    ///

    Tun boleh minta “admin” blog chedet untuk hantar email kepada “bloggers” yang BERTUAH. Tun boleh pilih dalam 50-100 “bloggers” yang paling kerap memberi komen untuk datang berhari raya pada hari Tun ada kelapangan. Kalau Tun jemput, kami mesti datang. Kalau saya dijemput, saya ingin dapatkan tandatangan Tun pada buku memoir Tun. Harap Tun dapat tunaikan hajat kami, peminat-peminat Tun.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  2. Assalam

    SalamAidilfitri buat Tun sekeluarga. Semoga terus dikurniakan Allah kesihatan untuk terus menabur buah fikiran demi kepentingan negara.

    Suka untuk saya panjangkan kepada Tun isu berkaitan Ops Sikap dan diharap Tun dapat merungkaikan kemusykilan saya.

    Ops Sikap mencecah usia ke-24. Statistik kemalangan jika tidak meningkat sekalipun, masih kekal tinggi dengan 1144 kemalangan direkodkan pada hari Ahad 4-Sep-11 (Jln Bandaran 379, Jln Persekutuan 371, Jln Negeri 229, Lebuhraya 99 dan lain2 jalan 66).

    Sejauh mana kaedah pelaksanaan Ops Sikap dipandang relevan oleh Tun? Mungkin Tun boleh berkongsi dengan kami tentang strategi yang digunapakai oleh pihak polis ketika Tun sebagai PM.

    Sesuatu yang memeranjatkan apabila saya diberitahu oleh sumber yang tidak perlu saya dedahkan, bahawa Ops Sikap hanya tertumpu kepada jalan-jalan tertentu sahaja (PLUS, MTD dan beberapa jalan-jalan lain) sedangkan data yang dilaporkan merupakan rekod daripada semua sumber. Secara teori, data-data ini tidak mewakili hasil sebenar Ops Sikap kerana Ops Sikap hanya meliputi sebahagian kecil jalan-jalan di Malaysia.

    Harap mendapat response daripada Tun.

    Sekian, wassalam.

  3. Salam Tun.

    Selamat Hari Raya dan mohon maaf jika ada apa2 perkara yang diperkata terhadap Tun dan tanpa pengetahuan Tun yang mungkin salah dan tidak disenangi Tun.

    Saya pergi kerumah terbuka Tun hari ini untuk bersalaman terus dengan Tun supaya dapat menyampaikan hasrat saperti diatas, tetapi gagal bersemuka disebabkan bilangan pengunjung yang terlalu ramai.

    Saya ingin menyuarakan dua perkara yang sedikit mengecewakan yang dialami ramai pengunjung tatkala berada di rumah terbuka Hari Raya tahun ini:

    1. Pengambilan makanan yang tidak tersusun dan juga sukar menghampakan ramai pengunjung.

    2. Terlalu ramai pengunjung yang sangat2 berhajat untuk bersalam dengan Tun tidak kesampaian hajat. Ramai juga diantara mereka membawa memoir Tun “A Doctor In The House” untuk Tun tandatangani menemui kegagalan.

    Jika Tun boleh melapangkan sedikit masa, sudilah kiranya Tun menjemput regular blogger yang sentiasa menyerikan dikebanyakan entry yang Tun siarkan supaya boleh berHari Raya dengan suasana lebih menyenangkan dengan Tun.
    Kami akan selalu memeriksa e-mail jika sekiranya terdapat jemputan dari Tun untuk tujuan ini.

  4. Tun,
    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin
    dan
    Selamat Menyambut
    Hari Kemerdekaan Malaysia
    tanah airku yang tercinta……

  5. terima kasih pak det….sbb memendekkkan perjalanan saya blik kg…terima kasih di atas segala kerje keras pak det selama jd pm kami…saya hanya mampu mendoakan pak det di atas segala kerje keras pak det selama ini…semuga Allah memberikan balasan terbaik yg tak trmampu difikirkan oleh insan paling genius sekali pn….amin2…

  6. Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,

    Kali ini saya menyambut aidilfitri di perth australia. Saya lihat bagaimana bercelarunya penetapan aidilfitri disini. Ada empat cara penetapan aidilfitri . 1. Penetapan aidilfitri ikut malaysia 2. Ikut indonesia 3. Ikut turki 4. Ikut peristiharan mufti australia. Yang ikut malaysia, indonesia, turki raya aidilfitri jatuh pada selasa , yg ikut mufti raya jatuh pada hari rabu. Saya raya ikut pengistiharan mufti yaitu pada rabu. Alasan saya ialah itulah keputusan masyarakat setempat. Method peristiharan diaustralia ialah berdasarkan moon sighting dan bukanya calculation spt dimalaysia. Tiada peristiharan aidilfitri dilaman web konsulat perth. 

    Yang mengejutkan saya ialah ramainya kalangan student dari timor tengah yang mengistiharkan aidilfitri pada selasa kerana andaian mereka anak bulan telah kelihatan di malaysia lalu  tidak mengikut peristiharan mufti australia. Saya rasa dah 15 tahun malaysia menetapkan ramadan dan aidilfitri menggunakan calculation dan bukanya moon sighting meskipun proses moon sighting itu tetap dibuat dilebih 20 lokasi. Dimalaysia , apabila ramadan bermula kita sudah tahu bila tarikh aidilfitri akan disambut.

    Kaedah moon sighting di australia perlu diubah kepada method calculation untuk menyatupadukan umat islam disini. Kenapakah penetapan waktu solat boleh dibuat berdasarkan kepada calculation dan tidak melihat kepada matahari. Oleh itu penetapan ramadan dan aidilfitri juga boleh dibuat berdasarkan kpd calculation.

    Kerajaan malaysia melalui embassy dan konsulat di australia disyorkan mengambil inisiatif  menganjurkan seminar mengenai penetapan ramadan dan aidilfitri di australia kerana saya dapati penduduk islam di australia memandang tinggi perkembangan dan kemajuan agama islam dimalaysia kerana ramai yang membuat rujukan ke malaysia semasa menetapkan aidilfitri.  Saya yakin ramai kumpulan agama islam diaustralia akan menyokong usaha ini. Tiada usaha oleh kerajaan  arab terutamanya saudi yg mengambil initiatif menyatupadukan umat islam disini terutamanya dalam penetapan hari hari perayaan besar umat islam disini.

    Sangat sedih apabila pensyarah anak saya menyatakan penetapan tarikh perayaan aidilfitri di australia menjadi senda gurauan dikalangan bukan islam disini. Saya sangat berharap Tuan Konsulat dapat berbuat sesuatu sebelum menjelangnya Hari Raya Korban lagi 2 bulan

    Sila rujuk artikel ini untuk penjelasan lanjut.  

    http://www.novavizio.com/ms/kiriman/krisis-anak-bulan
    http://www.aussiemuslims.net/EidulFitri2011.html
    http://www.aussiemuslims.net/index.php?option=com_content&task=view&id=691&Itemid=56

    [email protected]
    Bentley, Perth WA
    31 Ogos 2011
    —————————————————————————————————-

  7. Salam YAB & diKasihi Tun,

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada Tun sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Semoga panjang umur dan sihat sejahtera.

    Saya juga ingin ucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Fitri” kepada semua bloggers beragama ISLAM yang mengunjungi blog chedet. Saya juga mohon maaf zahir & batin jika ada yang tersinggung dengan apa-apa yang saya tulis di blog ini.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  8. Salam Tun & Family,

    May God bless us all and may we be permitted to stay in the Garden of Bliss eternally.

    Salam Aidilfitri

  9. Tun, wishing you and family a joyous hari raya. Saw your hari raya address at tv alhijrah and you look well but tired. Take care and wishing you good health and wealth. God bless.

  10. Y. A. Bhg Tun@ Saya ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga Allah SWT berkati setiap usaha Tun untuk bangsa Melayu dan Negara.
    2. Saya sangat sedih dipenghujong bulan Ramadhan ini dikejutkan berita yang tarsiar di Utusan Malaysia yang melaporkan ucapan Mat Sabu, Timbalan Preseden PAS. Beliau dilaporkan sebagai berkata anggota-anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong bukanlah hero sebenarnya. Sebaliknya gerombolan pengganas yang termasuklah Mat Indera sebagai hero sebenarnya kerana mereka melawan penjajah British.
    3. Sungguh malang sekali bagi bangsa Melayu dan Islam diambang kita akan menyambut aidilfitri dan juga Hari Kebangsaan kita yang ke 54 terdapat pemimpin politik sabuah Parti politik Melayu masih mempertikai asas sejarah Negara dan meminta seolah-olah buku sejarah Negara ditulis sexual untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin PKM yang banyak mendatangkan kecelakaan kepada pasukan keselamatan dan orang awam.
    4. Kita tidak perlu menilai semula sejarah Negara kerana PKM adalah bermatlamat merampas kuasa untuk menubuhkan sabuah negara komunis yang mendapat sokongan material dari blok komunis saperti negara Cina. Kita lihat sahaja apa yang terjadi kepada negara-negara Islam yang berada dibawah empayar Soviet Russia. Kalau itu tidak dapat dibuat perbandingan maka saya berpendapat pemimpin saperti Mat Sabu , sekiranya betul apa yang dicakapkan saperti di laporkan oleh Utusan, sewajarnya bertaubat dan memohon maaf kepada bangsa Melayu. Jiwa patriotic saya kepada Negara dan sebagai orang Islam tidak boleh menerima orang yang memberi pengiktirafan kepada orang yang memperjuangkan komunisma. Bayangkan apa akan berlaku kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia hari ini sekiranya PKM berjaya mengalahkan British saperti Vietcong berjaya mengalahkan US di Vietnam.
    4. Saya yakin PAS akan mempertahankan Mat Sibu dalam isu ini dan menudoh Utusan sengaja memutar belit fakta ucapan tersebut. Sekiranya ini berterusan , maka ianya sesuatu yang sungguh malang kepada bangsa Melayu. Kita boleh berbeda fahamam politik tetapi jangan sampai keperingkat merutuhkan asas tamadun bangsa dan pembentukan Negara. Orang Melayu telah membuat keputusan tepat menolak komunisma walaupun pada masa itu kita masih di bawah penjajah British dan memileh merdeka secara perundingan serta menerima sistem demokrasi yang memberikan perlindungan kepada kepentingan penduduk pribumi dengan memberi kelonggaran kepada pendudok imigran mendapat kerakyatan sepenuhnya. Ini adalah asas yang membentuk negara kita Malaysia dan telah berjaya ketahap ini.
    Sebarang usha memberi pengiktirafan kepada PKM adalah perbuatan kianat kepada perjuangan bangsa Melayu.
    Iklas,
    rahim

  11. Salam Bahagia Tun,

    Saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tun dan seisi keluarga, dan Semoga Tun dan Sekeluarga semua sihat dan senyum-senyum selalu.

    Moga suatu hari nanti, kita dapat bertemu dan saya sempat mendapatkan autograph daripada Tun diatas buku memoir Tun.

    Salam Bahagia Tun.

  12. AssalamualaikumTun dan Tun Siti. Kami lama tak menulis..bukan tidak minat lagi…minat, cuma masa tidak mengizinkan.Apa-apa pun kami bershukor kita semua berpeluang untuk menyambut syawal bersama lagi tahun ini. Alhamdullillah.Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semuga Tun berdua sehat sentiasa dan gembira disamping keluarga tercinta.

  13. Salam Tun,

    lama sudah saya tak mencoret komen2 di blog Tun nie… sempena 1 Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan…

    “Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin…”
    Saya ingin memohon maaf atas segala silap dan salah termasuklah jika terlanjur kata dan bahasa di blog Tun ini. Sebagai anak muda banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari, ilmu pon tidak cukup and perlukan banyak tunjuk ajar. Selain itu, perubahan yang baik biarlah secara beransur-ansur… =))

    Semoga Tun berdua sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam Rahmat-Nya… Juga saya tak berkesempatan untuk ke Tuns`s open house this year… agak terkilan juga, tapi Insya-Allah moga dapat ketemu di kesempatan yang lain…
    Terima Kasih Tun… =))

    Emma~~

  14. Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tun sekeluarga dan semua umat Islam Maaf Zahir Batin. Kalau ada kesempatan ingin juga beraya di rumak terbuka Tun Sabtu ini InsyaAllah. Semoga Tun berbahgia disamping yang tersayang…

  15. selamat hari raya maaf zahir dan batin.kami beraya di kpg pdg balang sentul.saya di bakrapkan bekas suami(kad kredit,40k)
    jadi di berhentikan kerja.bekas suami tinggalakn kami 4 beranak.hidup kesempitan teramat sgt.minta baitulmal mcm
    kehendak.
    kalau kesempatan,tolong tun beri nasihat.
    salam hormat tun sekeluarga.

  16. Yang dikasihi Tun M sekeluarga,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri tahun 1432H

    Dengan ingatan tulus ikhlas dari saya sekeluarga.

  17. Askm Tun suami isteri, rakan2 muslimin & muslimat, mukmin & mukminat, ” Takaballa’huminna waminkom ” – semuga Allah menerima segala amalan ( ibadah ) kami dan kamu sekalian. Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf zahir batin. Semuga latihan selama bulan Ramadhan yg lalu dapat kita semua jayakan terbaik dalam 11 bulan berikutnya, utk dapat keredhaan Allah SWT insya’allah.

  18. Tun,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,

    Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan rahmat daripada Allah s.w.t.

    Sallam

  19. Assalamu’alakum warahmatullahi wabarakaatu

    Kepda Tuan Guru Dr Mahathir sekeluarga,

    Dengan tulus ikhlas diucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI’…………… TaqabalALLAHU minkum

  20. Good morning Tun,

    Saya dan keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada Tun dan keluarga, muslimin dan muslimat. Kepada yang pulang beraya dikampung halaman, pandulah kenderaan dengan cermat dan kami berdoa agar sampai ke pangkuan keluarga tersayang dengan selamat.

    May all wishes prayed by Tun may be answered by “Allah”.

    I wish Tun a wonderful Raya Aidilfitri reunion with family members and friends.

    Good day, Tun.

  21. Tun, Selamat hari raya maaf zahir batin, banyak tercakap belakang, halalkan makan minum.

  22. Selamat hari raya dan maaf zahir batin, ayahnda Tun Dr Mahathir dan bonda Tun Dr Siti Hasmah yg dikasehi!

  23. YAB dan dikasihi Tun dan Tun Dr Siti;

    Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada Tun berdua.

    Dulu semasa Tun menjadi Perdana Menteri, saya dan rombongan tempat kerja saya telah membuat lawatan ke Putrajaya, saya begitu gembira kerana ingin benar hendak bertemu dan melihat Tun dari dekat tetapi sayangnya kebetulan Tun berada di luar negara pada masa itu, tetapi walau bagaimana pun saya rasa bersyukur dan berbesar hati kerana selepas itu boleh dikatakan setiap tahun saya menerima kad ucapan Selamat Hari Raya dari pejabat Tun dimana tercatat tandatangan Tun disana, walaupun hari ini saya sudah tidak menerima lagi kad ucapan daripada Tun setelah Tun meletak jawatan tetapi kenangan dan kad ucapan Selamat Hari Raya dari Tun tetap saya simpan hingga ke hari ini.

    Wassalam…

  24. Tun,
    Saya turut berkongsi raya pada Hari Raya Aidilfitri walaupun bukan orang Islam. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Salam Sejahtera kepada Tun sekeluarga. Maaf lahirlah Batin.

  25. Assalamualaikum Tun.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tun dan Tun Siti sekeluarga.

    Satu perkara menjengkelkan sekiranya,ucapan hari raya pun ditulis ikhlas dari Tun Mahathir (Prime Minister 1981-2003) dan Tun Siti Hasmah.Sebab semua orang dah tahu.

    Saya beraya di kampung.Dan satu perkara yang saya baru tahu adalah,Tuan Saripah cucu kepada Tokku Paloh adalah nyut saya di sebelah tok wan.

    Adalah satu penghargaan untuk saya mengenali susun galur keluarga bila tiba di kampung.Menunaikan solat di masjid bersebelahan dengan makam.

    Sebagaimana saya menimba ilmu melalui blog chedet.Ibarat seperti menimba air di perigi.

    SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    Terima kasih Tun.

Comments are closed.