yang kita sedang lihat berkenaan dengan Presiden UMNO sekarang. Secara
langsung dan tidak langsung kita lihat ketua-ketua parti lawan
menyokong pengekalan Dato Seri Abdullah Badawi sebagai ketua atau
Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Demikian Karpal Singh,
musuh ketat UMNO menasihatkan saya supaya bersara dan tidak
campurtangan dalam urusan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi.
Seri Anwar Ibrahim pula menyata secara terbuka kepada The Straits Times
(Singapura), jika Abdullah teruskan (kepimpinannya) “it is also good
for us because he is weak” (Jika Abdullah terus (memimpin) ia adalah
baik bagi kita (parti lawan) kerana dia lemah).Pemimpin-pemimpin PAS secara peribadi membuat kenyataan yang sama.
Mungkin
ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Dato Seri Abdullah.
Tetapi mereka tidak pernah berkata demikian berkenaan Presiden-Presiden
UMNO yang terdahulu atau berkenaan pemimpin Perikatan, Barisan Nasional
dan parti-parti komponen yang lain.
Mereka juga tidak pernah
berkata demikian terhadap Dato Seri Abdullah sebelum dia memimpin
Barisan Nasional dan UMNO dalam kekalahan yang teruk pada 2008.
Walaupun
demikian pemimpin-pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah
betul-betul serang Dato Seri Abdullah sejak dia mengambil alih teraju
Barisan Nasional dan UMNO pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka
mengecam dan mencerca pemimpin-pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan
UMNO sepanjang masa dahulu. Kenapa?
Kemungkinan besar mereka
sedar bagaimana ahli dan penyokong setia Barisan Nasional telah hilang
kepercayaan dan benci kepada Dato Seri Abdullah. Mungkin mereka
berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka
kepada Barisan Nasional. Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada
parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam Pilihanraya Umum ke 13.
Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong Barisan Nasional
dan ahli-ahli parti Barisan Nasional akan kekal dengan pendirian mereka
dan mengundi parti lawan.
Keputusan Pilihanraya 2008 menunjuk
dengan jelas yang penyokong Barisan Nasional dan ahli parti Barisan
Nasional telah sabotaj (mengikut pendapat Dato Seri Abdullah sendiri)
Barisan Nasional, telah undi parti lawan, telah menyebabkan calon-calon
Barisan Nasional kalah di kawasan-kawasan tradisional mereka. Sesiapa
sahaja yang dicalonkan oleh parti lawan, — posmen, penjaja, penyanyi
karaoke – menang melawan Barisan Nasional.
Walau apapun alasan
yang diberi oleh Dato Seri Abdullah dan konco-konconya, parti-parti
lawan sedar bahawa kemenangan mereka yang besar di sebabkan oleh Dato
Seri Abdullah, cara pentadbirannya dan tindaklakunya. Barisan Nasional
telah kalah di lima negeri dan satu wilayah dan tidak dapat 2/3
daripada kerusi Dewan Rakyat.
Jika kepimpinan Dato Seri
Abdullah diteruskan, sokongan kepada Barisan Nasional tetap akan terus
merosot lagi sehingga kalah diperingkat pusat. Kemungkinan ini menjadi
lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan
yang baik di negeri-negeri dimana mereka berkuasa. Penyokong Barisan
Nasional yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian
mereka kerana ini. Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan
semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan.
Dan
yang buruk sekali ialah kemungkinan Barisan Nasional kalah diperingkat
Pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas
kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan
lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat
pusat, Barisan Nasional dan UMNO tidak mungkin lagi memperolehi kuasa
di negara tercinta ini.
Inilah musibah yang dijanjikan oleh
pengekalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Segala
keistimewaan Bumiputra dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang
terus, walau apa pun janji oleh pihak lain.
Mereka yang hari
ini mempertahankan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi harus fikir
dengan mendalam. Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri
untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau
jawatan tertentu dalam parti di waktu ini.
Tetapi apabila
kuasa sudah tidak ada pada Barisan Nasional nikmat tidak akan
diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat
nikmat lagi.
Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian.
Pemimpin
yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang
disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita.
Oleh itu
bertindaklah sekarang sebelum terlalu lewat. Kita tidak punyai masa.
Jika Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan sekarang masa untuk memulih
semula UMNO dan Barisan Nasional akan jadi terlalu singkat sebelum
Pilihanraya ke 13.
Salam tun..
sy setuju dgn tun..
semoga pemimpin skrg(najib) akan menjadi pemimpin yg disegani..
assalamualaikum Tun,
semoga Tun dan keluarga sentisa dalam keadaan sihat.Ini sedikit komen dari saya yang berusia 21 tahun.sebelum Pak Lah dilantik sebagai perdana menteri lagi,saya memang tidak yakin dengan berliau untuk meneruskan kepimpinan selepas Tun melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.kegermilangan yang dikecapi semasa era Tun memerintah negara tidak sama seperti dibawah kepimpinan Pak Lah.Ini dapat dilihat dalam pilihan raya umum ke-12 apabila pihak kerajaan dibawah pimpinan berliau kehilangan 2/3 kerusi di parlimen dan telah kehilangan empat negeri.Ini cukup menunjukkan bahawa berliau cukup lemah untuk mentadbir jentera kerajaan.Saya menyokong usaha Tun untuk terus mengkritik perminpin yang tidak berkaliber seperti Pak lah.Pak Lah bukan lagi”MR CLEAN”gelaran yang pernah diberikan kepada berliau suatu masa dulu.Orang Melayu semakin banyak dicabar dibawah pimpinan Pak Lah.Janganlah hendaknya Malaysia menjadi seperti singapura,dimana orang melayu kehilangan hak dan suara dalam kerajaan negara tersebut.SEMOGA IA TIDAK BERLAKU SEHINGGA AKHIR ZAMAN saya sentiasa menyokong TUN….
IHKLAS DARI AD..
Assalamualaikum Tun,
Semenjak Tun serahkan kuasa kepada pak lah, saya tertanya tanya apakah pembaharuan yang hendak dilakukan beliau. Rupa-rupanya pembaharuan dan lembik pendirian beliau telah menyebabkan Umno tidak lagi bertaring, ketuanan melayu di senda dan dipersoalkan. Terus terang saya katakan Pak Lah tak layak menjadi Guru Besar sekolah rendah, inikan pula menjadi pemimpin nombor satu Malaysia. Kaum lain menjolok Pak Lah dengan gelaran Bapa Pembangunan Demokrasi tetapi sedarkah beliau Demokrasi yang cuba di majukan beliau akan membunuh kaum beliau sendiri? Demokrasi sepenuhnya tidak mungkin sesuai untuk Malaysia yang mempunyai penduduk Majoriti kaum bumiputra. Kita sudah ketinggalan jauh dari segi ekonomi dan jika semuanya dibuat berdasarkan meritokrasi dan open tender, semua kekayaan akan dimiliki oleh kaum pendatang.
Dearest Tun,
As what I predicted. kemenangan parti lawan bukan kerana BN tidak baik, ini adalah kerana DSAAB, menantu dan gengnya.
Apa yang berlaku pada masa ini, parti lawan dah mula berasa bimbang kerana mereka mungkin tidak akan dapat layak masuk ke peringkat pusat. Parti lawan terjelasnya memang menggunakan taktik barat, terutamanya taktik Amerika Syarikat, untuk mengambil alih kuasa kerajaan dengan membangkitkan isu perkaunman (freedom and human’s right). Selepas tactic isu perkauman tidak relevan, mereka kini fokus kepada isu kewangan negara.
Dear Karpal Singh, do you know that the Malays nicknamed you as seekor beruk yang biadap dan kurang ajar. You think you are fighting for the rights of indian, you are actually demolishing the rights that they have enjoyed all these years. if you are unhappy or distressed and really love your race, please challenge Samy Vellu. To me you parti lawan is indeed an opportunist party that is not relevent to lead our beloved country.
Till then Tun.
Beloved Tun
Sekiranya Pak Dollah had kept you as his adviser, listened to your advice, followed your example, continued with your visions, imagine what these past five years would have been for Malaysia. Imagine where we’d be today if he had been smart enough or humble enough to acknowledge your far-sightedness and listened to you. Such a pembaziran masa, it’s so sad. We feel so cheated because after 22 years of berlari-lari anak we are now crawling macam siput. Pak Lah, you should be ashamed of yourself. You let us down. You let Malaysia down. So now do the right thing – quit.
Selamat Hari Raya Tun and family. Semoga panjang umur and sihat selalu.
salam…pemimpin yang ada sekarang sedar akan silap nya tetapi atas kerana lemah dia tak tahu apa mahu dilakukan terutama pada masa genting pada masa sekarang yang amat mememrlukan orang yang betul betul bijak dalam membaiki keadaan seperti sedia kala.jikalau tak ditangani ini semua ianya akan musnah kan bangsa dan negara.pernah saya dengar kata pepatah tak melayu hilang didunia tp jikalau perkara ini tak ditangani sekarang jawapannya adalah hilang melayu didunia..wahai rakyat sekalian buka mata anda dan pulang pada naluri asal iaitu aman dan damai…
thanks
hafiz 88
Salam Tun
kembalilah semula ke arena politik.. kita telah ketandusan karisma pemimpin genius seperti Tun . your visions and ideas .. brilliant.. The Nation still need u . datanglah Tun merawat kusta yang ada sekarang ini pada hati dan muka muka hipokrit bangsa sekarang.
jaga diri dan kesihatan Tun ya.
btolkah ayahanda kembali masuk UMNO??
sm2 kita berjuang tuk bngsa melayu ayahanda…
anakandamu mnyokong perjuangan ini…
pedulikan Pak Lah ngn mat jeninnya…
salam rindu bt bonda
dear tun,
Do you think Najib can do better then Dollah?
I certainly doubt it.
tun, since u wrote this article..
dh 2 bulan lebih..
dh jelas² sekarang ni, he can’t do anything..
if jadi problem dalam negeri, dia buat kerja senang je..
serahkan pada menteri bertanggungjawab..
sekarang latest cases, yang bar council buat..
saya agak la tun, n saya yakin..
if tun yang lead malaysia sekarang, sure² tun akan suarakan sedikit pandangan..
tetapi sy kesal tun, hanya menteri², pemimpin² presiden pembangkang yang tegaskan suruh bar council stop buat forum..
tp, pemimpin pemusnah ni, DIAM sahaja seakan merelakan..
orang tengah kecoh² kes ni, dia elok makan nasi minyak orang kahwin..
dah nyata, terang-terang dah, orang Malaysia still tak boleh fikir lagi..
aduhhhh..
salaam,
Semoga Tun dan keluarga sihat2 selalu.
Saya amat berbangga dan bertuah kerana dapat hidup di dalam 22 thn pemerintahan Tun.
Saya selalu berasa selamat dan yakin, pada masa pemerintahan Tun.Walau pun pelbagai2 cabaran dan rintangan yang mendatang kepada NEGARA yang tercinta ini.
Saya tahu, walau apa pun cabarannya, saya sebagai rakyat di dalam negara ini tahu bahwa Kami memiliki PEMIMPIN yang berjiwa besar dan memililiki kepintaran dan kebijaksanaan untuk mengunakan AKAL yang di kurniakan oleh PENCIPTA kita.
Tapi sejak kebelakangan ini ketakutan saya terhadap masa depan saya dan keluarga dan juga NEGARA ini..begitu goyah!Saya dapati PM sekarang ini tidak memiliki kepimpinan dan kebijaksanaan sebagaimana Tun.
Tindakan dan rancangan yang di buat oleh nya,tidak melambangkan kebijaksanaan yang Negara ini perlukan.
Malaysia amat memerlukan pemimpin seperti TUN untuk mencapai wawasan yang TUN tetapkan…
Oleh itu saya MERAYU pada TUN untuk mencari jalan atau cara untuk mengantikan PM sekarang ini kepada TUN kembali..
Saya percaya, sekarang telah ramai rakyat malaysia yang telah SEDAR dan setuju bahwa kami masih memerlukan Pimpinan TUN.
So tolong lah TUN.
Kami rakyat Malaysia amat MEMERLUKAN kan TUN kembali..
salaam,
Semoga Tun dan keluarga sihat2 selalu.
Saya amat berbangga dan bertuah kerana dapat hidup di dalam 22 thn pemerintahan Tun.
Saya selalu berasa selamat dan yakin, pada masa pemerintahan Tun.Walau pun pelbagai2 cabaran dan rintangan yang mendatang kepada NEGARA yang tercinta ini.
Saya tahu, walau apa pun cabarannya, saya sebagai rakyat di dalam negara ini tahu bahwa Kami memiliki PEMIMPIN yang berjiwa besar dan memililiki kepintaran dan kebijaksanaan untuk mengunakan AKAL yang di kurniakan oleh PENCIPTA kita.
Tapi sejak kebelakangan ini ketakutan saya terhadap masa depan saya dan keluarga dan juga NEGARA ini..begitu goyah!Saya dapati PM sekarang ini tidak memiliki kepimpinan dan kebijaksanaan sebagaimana Tun.
Tindakan dan rancangan yang di buat oleh nya,tidak melambangkan kebijaksanaan yang Negara ini perlukan.
Malaysia amat memerlukan pemimpin seperti TUN untuk mencapai wawasan yang TUN tetapkan…
Oleh itu saya MERAYU pada TUN untuk mencari jalan atau cara untuk mengantikan PM sekarang ini kepada TUN kembali..
Saya percaya, sekarang telah ramai rakyat malaysia yang telah SEDAR dan setuju bahwa kami masih memerlukan Pimpinan TUN.
So tolong lah TUN.
Kami rakyat Malaysia amat MEMERLUKAN kan TUN kembali..
salam tun,
Kemusnahan dan kehancuran tidak mampu dibendung sekiranya diperingkat tertinggi UMNO masih tidak mampu untuk menerima “hakikat” terhadap “kehancuran” yg semakin merebak dan yg tidak diketahui “pengakhirannya”.
Sudah menjadi “kekeliruaan” apabila UMNO “bermuzakarah” dgn pihak lain untk mmbentuk sesuatu kerajaan dan ianya boleh diumpamakan UMNO tidak mmpu untuk berdiri dgn sendiri tanpa bantuan org lain.
Cuma sy masih tertanya2. Apakah dgn “bermuzakarah” ini tidak mempengaruhi akal fikiran rakyat yang boleh mempersoal terhadap diri sendiri bahawa inikah UMNO yang mampu untuk memperjuangkan bangsa dan negara sekiranya ianya sendiri memerlukan “tongkat” untuk membina kerajaan?? Apakah ini masih tidak mampu “menghakiskan” sokongan mahupun keyakinan terhadap UMNO yang sudah mula terkikis ini….???
“Mungkin” masih ada jalan penyelesaian untuk ahli2 majlis tertinggi untuk memikirkannya.
Benarlah.. Kita harus berjalan tanpa mengharapkan “tongkat” untuk berdiri…dan ianya harus direnungi sekiranya “tongkat” itu terlalu “rapuh” untuk diharapkan.
Asalamualaikum wbt,
Semoga hari2 yang di lalui sentiasa ceria..buat tun,
Sedih dan Sayu itu lah yang dapat saya ucapkan bila harapkan pagar, pagar makan padi. harapkan sokong, sokong bawa rebah..
Kesedihan saya adalah pada tempat Islam + (Hadhari), saya tak pandai sangat tapi Islam adalah ugama yang suci ia sudah sempurna. Tuan2 yang arif dan bijaksana tak tahukah betapa takutnya saya oleh sebab perkara ini.
Kesedihan pada media masa yang menulis rencana bertajuk “100% islam dan 100% kristian”.= sudah lupa paper yang mana satu.
Kesedihan pada masa dahulu yang menerima surat2 layang & SMS yang berbentuk atau bertujuan menyimpangkan akidah atau kepercayaan umat islam. (jika tidak di edar akan mendapat bala,kemalangan dan jika menolong mengedarkan akan mendapat keuntungan, balasan baik yang tak dijangka).
Sekian,
Terima kasih.
sy setuju dgn ape yg tun luahkn..
mmg melayu smakin hmpir hilang kuasa di tanah sndiri..
hope tun dapat tlg negara kita yg hmpir2 nk musnah ni…
kenapa kita perlu berselindung dan menjaga hati pemimpin yang kecundang.Lelaki yang tewas perlu akur dan berundur,perlukan masa membaiki lukanya. Berilah peluang orang lain yang lebih berwibawa. Kepada konco-konco tak perlulah hipokrit, menang sorak kampung tergadai.
salam Tun,
my beloved Tun jangan la asik bakar2 je,kami ni memang dah cukup terbakar n panas ngan pengganti Tun ni,apa kata Tun lead the way pulak,kami ni tak mampu nak lead,ade je nanti yg kena ugut ,ancam, at least if Tun lead pihak2 tertentu tak la berani nak kacau sebab pengaruh Tun masih kuat lagi.Dengan keluarnya Tun dari umno Tun boleh bebas bagi idea tapi bagaimana dengan tindakan untuk lead yg sememangnya kepakaran Tun? kalau Tun dah tak berapa kuat kan ada Dato Mokhzani yg boleh tolong sebab dia pun dah keluar umno.biarlah mukhriz
stay dan berjuang dalam umno.sekarang ni umpama kita beratur dua line untuk beli tiket yg sama.biar mukhriz perjuangkan hak melayu kita dalam umno,Tun pula lead dengan mokhzani from outside…saya percaya masih ramai yg sayangkan Tun dan rela berkorban..lead the way Tun! tell us what to do.pakai ribbon putih ke anytin,begin from simple one then we proceed step b step.dari tak buat apa2 at least kita bertindak perlahan tapi pasti.
Salam Tun ,
Sebagai rakyat Malaysia , saya berasa semakin benci dengan kerajaan. bukan disebabkan UMNO atau Barisan nasional. tetapi disebabkan kelemahan pemimpin yang ada sekarang.
Assalamualaikum Tun,
Pemimpim Pemusnah ini harus dimusnahkan segera… Sy setuju dgn Tun.
Sy harap Tun dpt memberitahu caranya. Semakin hari sy semakin benci dgn helah si pembuat Helah ni…