1. Anwar cabar supaya pihak lawan mengemukakan usul tidak percaya (no confidence motion) dalam dewan rakyat, kalau berhasrat menjatuh Kerajaan.
2. Wah! Berani betul.
3. Tetapi semua ahli dewan rakyat yang sokong Anwar amat takut akan tindakan yang akan diambil kepada mereka jika mereka tidak sokong Anwar apabila usul tidak percaya dibawa oleh pihak lawan.
4. Ada antara penyokong Anwar yang akan kena penjara jika tidak diselamat oleh Anwar. Ada juga yang akan hilang peruntukan jika tidak sokong Anwar.
5. Wakil rakyat yang sokong Anwar sokong kerana takut. Mereka tidak bebas. Sebab itu Anwar boleh menang kalau usul tidak percaya kepadanya dibahas dalam parlimen.
6. Ahli UMNO yang menyertai perhimpunan raksasa pun sudah diugut, diberi amaran.
7. Kalau Anwar betul-betul berani, bubar sahaja parlimen dan adakan PRU sekarang. Dia tak perlu takut kerana konco-konconya melapor hanya 15,000 orang, hadir perhimpunan. Dia tentu menang.
8. Dengan PRU, Anwar akan tahu rakyat sokong dia atau tidak. Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia jadi PM kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar.
9. Tetapi PRU boleh tentukan sokongan oleh rakyat benar dan demokratik. Oleh itu bubarlah parlimen dan adakan PRU sekarang.
1. Datuk Seri Anwar perlu terang dengan jelas apakah kesalahan Tun Daim sehingga usaha merampas dan memburukkan namanya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia.
2. Yang boleh hukum ialah mahkamah selepas perbicaraan. Perdana Menteri tidak ada hak menjatuh hukum.
3. Kalau hanya diragukan oleh Perdana Menteri merampas harta tidak boleh dilaku. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri.
4. Walaupun nama tidak disebut tetapi harta yang dirampas memang milik Tun Daim. Menjadi hak dan tanggungjawab masyarakat menjelas kesalahan Kerajaan. Tun Daim sudah tidak ada. Oleh itu beliau tidak dapat pertahan diri. Kerana itu Kerajaan Anwar dapat menuduh dengan selamat.
5. Semua tahu Daim sudah kaya sebelum jadi menteri. Semasa jadi menteri beliau dalam proses menyerah perniagaannya kepada pihak lain. Tetapi apabila ia tidak lagi jadi menteri ia kembali berniaga. Untuk tidak dituduh mendapat keistimewaan ia berniaga di luar negara. Tidak pula ada skandal apa-apa di negara dimana ia bergiat. Kalau mereka tidak ragu, tidak menuduh apa-apa kesalahan Daim, bagaimana Perdana Menteri Malaysia boleh ragu, buat tuduhan, dan menjatuh hukum. Kabinet juga tidak ada hak menghukum.
6. Konon nak bawa balik duit Tun Daim untuk rakyat. Undang-undang apa yang memberi hak kepada Kerajaan Malaysia merampas harta rakyat Malaysia di luar negara untuk apa tujuan pun.
7. Sebaliknya yang kita lihat sekarang bagaimana kroni Anwar dapat kontrak Kerajaan bernilai billion Ringgit. Ada pula orang yang sedang dituduh seleweng duit Kerajaan yang tiba-tiba ditarik balik tuduhan. Kalau ini bukan rasuah apakah makna rasuah.
8. Anak Perdana Menteri diberi jawatan tanpa proses biasa.
9. Sudah-sudahlah mendabik dada sebagai pejuang rasuah. Awak sendiri merestui rasuah, nepotisme dan kronisme.
1. Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.
2. Walaupun saya dijatuh hukum bersalah tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.
3. Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.
4. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri Anwar.
5. Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwaraya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim.
6. Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.
7. Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.
8. Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.
1. Pada 26 hari bulan Julai satu perhimpuan raksasa akan diadakan di Dataran Merdeka.
2. Perhimpunan ini aman mengikut Perlembagaan Negara.
3. Mengikut laporan dalam media 2000 (dua ribu) polis konon akan tentukan tidak ada senjata dibawa oleh peserta.
4. Seperti di Alor Setar semua jalan ke Kuala Lumpur akan ada road block sebelum dan pada 26hb Julai.
5. Undang-undang negara membenar sekatan jalan oleh polis. Tetapi undang-undang juga melarang sebarang tindakan yang akan gagalkan kehadiran di rapat raksasa.
6. Akan ada puak tertentu yang akan bawa senjata. Ini cara mereka untuk polis ada road block.
7. Inilah cara PMX.
8. Undang-undang tidak diturut tetapi disalah guna.
1. Rakyat sudah seru supaya Anwar turun dari jawatan Perdana Menteri. Inilah laungan rakyat di Alor Setar.
2. Sebenarnya Anwar bukan dipilih oleh rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia kalah. Tetapi dengan cantuman dengan parti yang juga kalah dia berjaya mendapat cukup bilang untuk diri Kerajaan.
3. Sekarang persoalan timbul sama ada ia layak bertanding dalam PRU. Ini kerana terdapat kekeliruan berkenaan pengampunan Anwar. Ada kemungkinan bahawa pengampunannya tidak sah.
4. Anwar diberi ampun semasa saya jadi Perdana Menteri kali ke-2. Saya lakukan seperti dinasihat. Saya percaya ianya betul pada masa itu.
5. Tetapi sekarang ada yang timbul berkenan kesahihan pengampunan Anwar ini.
6. Rakyat berhak untuk selesaikan kekeliruan ini.
7. Selain itu, Anwar sudah tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ianya terlalu kerap membohong. Tidak ada yang betul keluar dari mulutnya.
8. Dulu janji Reformasi. Kini sudah jadi bahan jenaka dan rakyat rata-rata kata sudah “dikencing” dengan penipuan.
9. Hari ini di depan mata kita dia amal nepotisme dan kronisme.
1. Something has gone wrong with the world, with human civilisation. For centuries we have been ridding ourselves of barbarism in human society, of injustices, of the oppression of men by men.
2. We have been promoting more human values, the sanctity of life, honour and respect for institutions, protecting the weak against the strong.
3. We have designed laws to ensure justice for all, abolished absolute monarchies and dictatorship, and all kinds of abuses of power.
4. We promoted the Rule of Law not only in nations but also between nations.
5. We pride ourselves in the high moral values we uphold.
6. We consider ourselves civilised, being creatures of high moral values. We are more human and humane.
7. But can we say we are still civilise now? Over the last three decades especially, we have destroyed most of the ethical values that we had built up.
8. Now we are seeing an orgy of killing. We are seeing genocide being perpetrated before our own eyes. Worse still, the genocide is actually being promoted and defended.
9. Everyday men, women, children and babies are being killed. Even the sick and the wounded are not safe. Bombs and rockets target them, killing them, wounding them, burying them in the rubble of the hospital they had hoped for protection.
10. We see boys and girls having their limbs torn off. The lucky one get artificial limbs. The unlucky totally helpless, not even able to scratch if they feel itchy. Their lives have become a permanent torture.
11. And all these have been perpetrated by the so-called great leaders of our civilisation, by a great nation, the United States of America.
12. I feel ashame. We should feel ashame in the eyes of the animals we consider to be wild. We are worse than them.
13. Will we stop?
14. No. We cannot.
15. Because the very people who preached the rights of humanity are the ones to destroy our hard-fought civilisation.