AL-QURAN DAN YAYASAN RESTU

1. Yayasan Restu adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang giat dalam pengeluaran Al-Quran yang dihias dengan lukisan bunga dan tumbuh-tumbuhan gaya Al-Quran tulisan tangan di zaman dahulu.

2. Yayasan Restu telah melatih penulis khad sehingga mereka dapat menulis dengan tangan Al-Quran dengan sepenuhnya.

3. Sekarang Yayasan Restu telah berjaya mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang disahkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab dalam Kerajaan.

4. Pihak Kerajaan Pusat pernah memberi bantuan kewangan kepada Yayasan Restu. Pihak Kerajaan Barisan Nasional Selangor pula telah beri secara percuma sebuah bangunan untuk usaha menulis Al-Quran, melatih penulis-penulis khad dan mempamer hasil usaha murni mereka.

5. Yayasan Restu mengguna semua pendapatan daripada penjualan Al-Quran keluaran mereka untuk membiayai kerja-kerja mereka sahaja. Ia adalah sebuah non-profit organisation.

6. Saya amat berterimakasih kepada Yayasan Restu kerana menghadiahkan kepada saya tiap-tiap keluaran baru dan memberi sebuah Al-Quran yang ditulis tangan khas bagi saya. Mereka mengambil masa hampir lima tahun untuk mushaf Al-Quran yang unik ini.

7. Saya ingin syorkan supaya pelawat ke Selangor melapangkan masa untuk melawat Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Persiaran Damai, Seksyen 10, Shah Alam untuk melihat penulis menulis ayat-ayat Al-Quran dan pameran Al-Quran Yayasan Restu. Saya yakin pelawat akan berbangga dengan kecantikan Al-Quran mushaf Malaysia yang dipamerkan.

8. Sebagai hasil sampingan apabila Quran mushaf Malaysia dipamerkan di New Zealand dan ceramah diberi berkenaan isi kandungan Al-Quran, ada pelawat bukan Islam yang kemudian memeluk agama Islam, Alhamdulillah.

61 thoughts on “AL-QURAN DAN YAYASAN RESTU”

  1. Dulu saya tak suka baca alQuran. Selalu kena marah sebab malas baca, baca tak betul dan lain-lain. Macam mana pun, saya malas gak. Entah kenapa. Akhirnya, khatam juga.
    Lama lepas tu, dah berapa lama tak pegang alQuran. Bertahun juga.
    Satu hari tu, Nur Hidayat datang kot. Tiba-tiba tergerak hati nak buka alQuran yang ada terjemahan bahasa melayu kat tepi.
    Masih macam dulu juga, malas nak baca. Terutama sekali bila dah lama tak baca, bacaan Arabic sangkut-sangkut, jadi tak ada semangat nak baca. Jadi saya pun baca terjemahan melayu.
    Kemudian tersedar, dah kat sejam kot baca. Biasanya, baca alQuran, 5 minit pun letih.
    Lepas tu baru saya faham apa maksud amalkan ajaran alQuran. Saya mula baca balik perlahan-lahan, kemudian belek terjemahan sekali.
    Sekarang ni, baca alQuran tak ada terjemahan, rasa macam ada benda tak cukup. Penting rupanya baca terjemahan sekali.
    Kalaulah masa kecil dulu saya tahu membaca terjemahan alQuran ada aura macam ni, saya dah baca daripada dulu dah. InsyaAllah, kurang sikit jahat saya buat selama ni.
    Ini kisah saya lah. Alhamdulillah, sekarang dah tak berapa malas. Tapi, kawan-kawan saya yang kat luar tu macam mana? Masa baca alQuran dulu, diorang ada baca terjemahan ke?
    Entah la, kat masjid saya pun, daripada beratus-ratus alQuran kat rak, saya jumpa 3 je kitab ‘AlQuran dan Terjemahannya’ yang kulit depan warna hitam tu. Sekarang ni, saya jumpa tinggal 1 je. Tu pun kena ‘first come, first serve’ dengan pakcik emas.
    Lain-lain terjemahan bahasa omputih, ataupun yang tebal macam kamus, berjilid-jilid. Tu memang tak tersentuh.
    Tersengih saya, kawan seorang ini yang PMR. Dia daripada dulu memang jenis tak tinggal baca alQuran, especially Kiamulai Ramadhan. Lagi-lagi ayah dia ajar orang mengaji.
    Boleh pula dia baca alQuran terjemahan tu dia kata, ‘Eh, baca alQuran terjemahan ni rasa lain la. Ada rasa power, aura dia.’ Lepas tu dia terus sambung baca, walaupun rasanya dah memang waktu dia sepatutnya pergi main bola.

  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    Salam hormat Tun M & semua, salam penuh kasih dan sayang,
    Dear S..Tan,
    [Quote: By S..Tan on January 3, 2010 12:03 PM, …………..YAYASAN IKHLAS.. ]
    YAYASAN IKHLAS
    I envy your thought, your experience, you passion and your time- spend towards reading all the word of inspiration by Tun Dr.Mahathir Mohamad.
    ENGAGEMENT OR ENMITY
    I envy you for making an effort towards reading & understanding the Al-Quran and Al-Hadis whereever you are.
    I envy inch of your deep thinking towards unity and surely, it does reflects your sincererity.
    Keep on writing S..Tan,
    keep the good deeds close to you, keep on writing with love, hope and care.
    We wish you happiness and may your dream come true. With that, salam hormat to you, and salam penuh kasih dan sayang from all of us.

  3. salam..
    kalau nak mengangkat al Quran(kalamullah) ni,kena la tarik minat dulu..ini asyik showbiz saje manjang…apa kata apasaja yg juara akdmi fantiasa dapat…johan tilawah quran pun boleh dapat sama…kita tengok apa response..pihak yg bertanggungjwb fikir la idea sikit..jgn dok melangok ja kat office tunggu apa nak jadi…makin tunggu makin menjadi2 la

  4. Dear Tun, salam mesra harap sihat sejahtera. Kiriman saya untuk sajian topik ini setelah di ubah suai…..
    …………..YAYASAN IKHLAS
    Kerja orang di yayasan ini lebih banyak bawa baik, nama dan faedah pada Islam dari penunjuk perasaan ambil kesempatan timbul isu panas. Sibuk lagak depan pemberita nak dapat nama dan pangkat. Islam di benci dan dapat lebih musuh dari perbuatannya tak kisah.
    ………….ENGAGEMENT OR ENMITY
    Usaha yayasan berhubung dgn yg bukan Islam, sehinggga ada yg memeluk Islam lebih murni dari yg sorak, laung, jerit, pekik Islam dicabar! Orang yg kuat jerit, rempuh kurang dapat faedah banyak baca dan hafal kitab agama.
    Banyak membaca kitab agama membawa nada, hati dan fikiran yg tenang dan aman. Kahau, benci dan panas hati kalau banyak baca Utusan dan mendengar tali barut politik yg mengidam jawatan.
    ………….DEMI ILMU ATAU MEMBENCI
    Kita boleh lihat kalau membaca kitab kurang, menjerit mengancam lebih, hasilnya pengamuk. Orang berilmu agama tinggi tidak berkasar. Mungkin hasil berulang kali baca Malay Dilemma, Che det, dll?

  5. Assalaamulaikum,
    Y.A.Bhg. Tun dan isteri,
    Terima kasih kerana info yang baik kepada kami. Walaupun saya mengetahui beberapa tahun yang lalu tentang Al Quran tulisan tangan ini. Tetapi saya tidak dapat secara detail dimana Yayasan Restu beroperasai.
    Dan saya juga kagum dengan usaha mereka dan benarkah sebahagian daripada Al Quran tersebut ada yang di tulis dengan menggunakan warna dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.
    Ramai yang berminat untuk melawat ke sana dan mungkin sebahagian tidak dapat berkemungkinan terletak jauh atau tidak mempunyai kenderaan.
    Saya cadangkan jikalau pihak kerajaan atau swasta sudi untuk menderma atau menaja Yayasan Restu agar dapat membuka cawangan di Kuala Lumpur.
    Tujuan saya berkata demikian ialah Kuala Lumpur boleh dilawati oleh semua masyarakat dan menjadi tumpuan pelancong asing dan boleh dijadikan sebahagian lawatan kepada pelancong dari luar negara.
    Disamping itu pihak Yayasan Restu dengan bantuan kerajaan boleh mengadakan siri ceramah berkenaan terbitan Al Quran selain dapat menyampaikan Islam kepada pelancong asing.
    Semoga usaha untuk memperkenal agama Islam dan keindahannya memberi mereka info dan manfaat yang baik.
    Akhir kata segala kejayaan diberkati ALLAH hendaknya. AMIN.

  6. assalamualaikum TUN
    tentang yayasan restu ni saya sokong.cuma yang saya tak berkenan orang dibelakang tabir yayasan ini dato’ abdul latiff mirasa.pada saya apa yang yayasan restu buat ni umpama LEMBU PUNYA SUSU TAPI SAPI YANG DAPAT NAMA.saya bukan marah dengan Tun ataupun yayasan restu ini tetapi hanya dengan abdul latiff ini sahaja.tentu Tun ingat office Black And Brown di sungai buloh.minta maaf saya lari dari tajuk, saya cuma mahu luahkan apa yang terpendam.harap Tun boleh ingatkan abdul latiff ni supaya jangan lupa pengasas projek mushaf ini.Tun Idola saya terima kasih.minta maaf jika Tun terasa.kirim salam kepada isteri Tun, Tun Siti Hasmah memang seorang yang baik, kerana saya pernah menegur beliau.terima kasih lagi sekali.

  7. Sepatutnya kementerian pelancongan menjadikan yayasan ini sebagai tempat wajib bagi lawatan para pembesar dan para pelancong yang melawat malaysia….jika bukan kita yang mempromosikan khazanah suci ini sapa lagi nak kita harapkan???

  8. Dear Tun, salam mesra harap sihat. Kiriman saya untuk sari tajuk ini dgn izin…
    …………..YAYASAN IKHLAS
    Kerja orang di yayasan ini lebih banyak bawa baik, nama dan faedah pada Islam dari penunjuk perasaan bila timbul isu panas. Sibuk lagak depan pemberita nak dapat nama dan pangkat. Islam di benci dan dapat lebih musuh dari perbuatannya tak kisah.
    ………….ENGAGEMENT OR ENMITY
    Usaha yayasan berhubung dgn yg bukan Islam sehinggga ada yg memeluk Islam lebih murni dari yg sorak, laung, jerit, pekik Islam dicabar! Orang yg kuat jerit, rempuh rasanya kurang baca dan hafal Quran, sebab membaca Quran perlu nada, hati dan fikiran yg tenang dan aman bukan mengamuk. Tak sah nanti.
    ………….BACA ISI ILMU ATAU BENCI
    Membaca Quran membuat seorang itu tenang, sabar dan tabah. Membaca kitab kurang, menjerit mengancam lebih hasilnya pengamuk. Mungkin hasil berulang kali baca Malay Dilemma, kurang baca Quran?

  9. Tun,
    Alhamdulillah, saya amat setuju agar Tun terus membantu mempromosikan kegiatan-kegiatan sebegini. Saya doakan semoga Tun dibuka hatinya lagi untuk terus memberikan keutamaan terhadap kegiatan amal ini semasa tempoh masa sedia ada yang dipinjamkan oleh Allah SWT.
    Wassalam.

  10. Dear Tun
    Thank you for the information.
    I shall definitely take my family there and get a copy of the English and Malay editions of the Al Quran.
    Take care Tun.
    Best wishes
    A T MUTALIB
    Cellphone # 60-13-381 1991
    WP Putrajaya.

  11. Kepada ekomputer,
    tak perlu keliru sangat lah kenapa bible tak boleh di terjemahkan pada bahasa malaysia.
    sebab bible yang ada sekarang pun bukan nya asli.Yang ada sekarang sudah di ubahsuai oleh manusia berkali2 mengikut kehendak si penterjemah atau si penulis itu untok menegakan pandangan dan ideologi masing2 supaya dapat mempengaruhi pembaca.
    untok menterjemahkan sesuatu karya perlu ada yang asli untok jadi rujokan. Ingatlah bahawa Jesus(Nabi Isa) tidak bertutur dalam bahasa english, bahasa melayu, bahasa indonesia, bahasa mandarin, bahasa tamil/hindi.
    kedudokan bible hari ini tidak lain dari buku2 yang di tulis oleh insan yang mempunyai kelemahan.
    maka dengan itu wajarlah pehak berkuasa malaysia tidak mengizinkan bible di terjemah pada bahasa melayu.
    lagipun bible hari ini sangat korup oleh barat terutama pehak roman yang banyak mengubahsuai nya dari yang asli, bahkan bible telah di ubah suai terlalu banyak sekali di dunia barat yang sekarang mengunakan bible sebagai alat politik mereka yang penoh dengan kekeliruan.
    by the way whats Jesus(pbuh) language? not english, mandarin, melayu,tamil/hindi, tagalog,french,russian. its not even arabic for your info……
    go find out for yourself, if you love Jesus as much as you say,esp those who oppose malays/islam in malaysia.
    do read with an open mind/heart.

  12. Salam Sejahtera ke atas Tun,
    Semoga Yayasan Restu menjadi institusi al-Quran yang lebih baik dan holistik selepas ini.
    Sesungguhnya,ia adalah institusi yang memiliki usaha dakwah dan kesedaran kepentingan al-Quran yang tinggi.
    dan, sesungguhnya juga ia adalah pusat perkembangan ilmu Islam masa kini dan yang berpotensi untuk menjalankan aktiviti2 islamik serta memberi peluang kepada bakat2 besar penulis khat dan pelejar-pelajar tahfiz untuk mengembangkan kebolehan dan kapasiti mereka.
    Semoga Tun dan kita semua terus menyokong usaha dan institusi seperti ini hingga ke akhir zaman.
    wsslm

  13. Salam Tun.
    Syukur Alhamdullilah. Terbukti inilah sumbangan UMNO dan BN dalam memmartabatkan Islam di negara ini.

  14. Peace,
    In the name of GOD, Most Gracious, Most Merciful.
    IS READING THE QURAN IN ARABIC AN ABSOLUTE NECESSITY?
    The answer is no, the Quran can be read in any language:
    The Quran was revealed in Arabic, but God promised to be its teacher.
    [55:1] The Most Gracious.
    [55:2] Teacher of the Quran.
    [55:3] Creator of the human beings.
    [55:4] He taught them how to distinguish.
    And the One to explain it.
    [75:18] Once we recite it, you shall follow such a Quran.
    [75:19] Then it is we who will explain it.
    God told us in the verse that language is irrelevant,
    [41:44] If we made it a non-Arabic Quran they would have said, “Why did it come down in that language?” Whether it is Arabic or non-Arabic, say, “For those who believe, it is a guide and healing. As for those who disbelieve, they will be deaf and blind to it, as if they are being addressed from faraway.”
    and that only the sincere ones are going to understand the Quran irrespective of their language; while those who are not sincere or failed to worship Him alone will fail to understand it, even if they speak, read, and write Arabic.
    [56:79] None can grasp it except the sincere.*
    In a lot of non-Arabic speaking countries Muslims are forced as children to read the Quran in Arabic and still as adults read the Quran in Arabic but they do not understand a single word of what they read. What good is it to read the Quran like a parrot without understanding its meanings or like a donkey carrying valuable books?
    [62:5] The example of those who were given the Torah, then failed to uphold it, is like the donkey carrying great works of literature. Miserable indeed is the example of people who rejected GOD’s revelations. GOD does not guide the wicked people.
    It does not make any sense. The blessing of the Quran does not come by just reading it, but it comes by understanding it and accepting its message. The majority of those who learn Arabic to study the Quran do not excel enough to understand the implications or interpretations of certain words when used in a special way in the Arabic language. Therefore, if you wait until you become a good Arabic speaking person, you may waste a lot of precious time of your life before being able to read the Quran.
    Of course, if you insist in reading the Quran in Arabic you can do so by studying the Arabic language and reading the Quran in English at the same time. The Quran is a message, not just another beautiful language book. We have to trust God and know that He is the teacher of the Quran. He will teach it in any language and to any nationality, He created all things.
    God Bless
    Shaikino

  15. Peace,
    In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.
    QURAN IS A DIVINE LAW Unlike Any Other Book.
    The Quran is God’s Final Testament to the world, and He (GOD) has pledged to protect it from the slightest distortion.
    [15:9] Absolutely, we have revealed the reminder, and, absolutely, we will preserve it.*
    Thus, the Quran is surrounded by invisible forces that guard it and serve it.
    [13:39] GOD erases whatever He wills, and fixes (whatever He wills). With Him is the original Master Record.
    [41:42] No falsehood could enter it, in the past or in the future;* a revelation from a Most Wise, Praiseworthy.
    [42:24] Are they saying, “He (Rashad)* has fabricated lies about GOD!”? If GOD willed, He could have sealed your mind, but GOD erases the falsehood and affirms the truth with His words. He is fully aware of the innermost thoughts.
    Prophet Muhammad do not teach and explain the Quran. Prophet Muhammad sole mission is deliver the message (Quran).
    [16:82] If they still turn away, then your sole mission is the clear delivery (of the message).
    [64:12] You shall obey GOD and you shall obey the messenger. If you turn away, then the sole mission of our messenger is to deliver the message.
    [75:16] Do not move your tongue to hasten it.
    [75:17] It is we who will collect it into Quran.
    [75:18] Once we recite it, you shall follow such a Quran.
    Unlike any other book, the Quran is solely taught and explained by God.
    [55:1-2] The Most Gracious. Teacher of the Quran.
    [75:19] Then it is we who will explain it.
    He teaches us what we need at the time we need it. This is why we read the Quran hundreds of times without getting bored. We can read a novel, for example, only once. But the Quran can be read an infinite number of times, and we derive new and valuable information from it every time. On the other hand, the insincere readers – those who read the Quran to find fault with it – are diverted from the Quran.
    [7:146] I will divert from My revelations those who are arrogant on earth, without justification. Consequently, when they see every kind of proof they will not believe. And when they see the path of guidance they will not adopt it as their path, but when they see the path of straying they will adopt it as their path. This is the consequence of their rejecting our proofs, and being totally heedless thereof.
    [17:45] When you read the Quran, we place between you and those who do not believe in the Hereafter an invisible barrier.
    [18:57] Who are more evil than those who are reminded of their Lord’s proofs, then disregard them, without realizing what they are doing. Consequently, we place shields on their hearts to prevent them from understanding it (the Quran), and deafness in their ears. Thus, no matter what you do to guide them, they can never ever be guided.
    [41:44] If we made it a non-Arabic Quran they would have said, “Why did it come down in that language?” Whether it is Arabic or non-Arabic, say, “For those who believe, it is a guide and healing. As for those who disbelieve, they will be deaf and blind to it, as if they are being addressed from faraway.”
    In fact, God’s invisible forces help them find the faults they seek. Since the Quran is perfect, such “faults” serve only to reveal the stupidity of God’s enemies.
    God uses His own attributes to describe the Quran; He calls the Quran ” `Azeem = Great”.
    [15:87] We have given you the seven pairs, and the great Quran.
    “Hakeem = Full of wisdom”.
    [36:2] And the Quran that is full of wisdom.
    “Majid = Glorious”.
    [50:1] Q., and the glorious Quran.*
    and “Karim = Honorable”.
    [56:77] This is an honorable Quran.
    What can we say?
    Since the Quran is God’s message to all the people, regardless of their language, the Quran is accessible to the believers, regardless of their language.
    [41:44] If we made it a non-Arabic Quran they would have said, “Why did it come down in that language?” Whether it is Arabic or non-Arabic, say, “For those who believe, it is a guide and healing. As for those who disbelieve, they will be deaf and blind to it, as if they are being addressed from faraway.”
    This explains a profound phenomenon: the believers who do not know Arabic know the Quran better than the Arabic speaking unbelievers. Because of the invisible forces serving the Quran, it is readily and enjoyably accessible to the sincere believers, and utterly inaccessible to the unbelievers.
    [17:45] When you read the Quran, we place between you and those who do not believe in the Hereafter an invisible barrier.
    [18:57] Who are more evil than those who are reminded of their Lord’s proofs, then disregard them, without realizing what they are doing. Consequently, we place shields on their hearts to prevent them from understanding it (the Quran), and deafness in their ears. Thus, no matter what you do to guide them, they can never ever be guided.
    [56:79] None can grasp it except the sincere.*
    God Bless
    Shaikino

  16. Alhamdulillah,
    YAYASAN RESTU
    Terima kasih Tun kepada informasi yang sangat berguna ini, informasi ini sekaligus memberikan peralihan kepada ‘Lihat daripada sudut yang berlainan’.
    ‘Looking from the diffrent point of view’. What I am tyring to say here is, lihatlah kepada kehidupan Che Det yang sebegini. Lihatlah kepada kesungguhan hatinya yang mungkinkah boleh dicapai oleh kita semua?
    YAYASAN RESTU & YAYASAN PETRONAS
    kami ingin memberikan setinggi-tinggi harapan dan pandangan yang ikhlas kepada Tun Mahathir agar dapatlah ditubuhkan sebuah Yayasan PETRONAS. Sekarang ini kita dapat lihat bahwa, PETRONAS Scholarship yang wujud untuk membantu skim biasiswa. Selain itu, ada juga Yayasan Khazanah dan lain-lain.
    kami berdoa bahwa, suatu hari nanti maka wujudlah Yayasan PETRONAS yang akan menumpukkan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan. Yayasan PETRONAS bukanlah bertujuan untuk memberikan gula-beras atau susu kepada yang tidak mampu, tetapi memberikan pelajaran kepada anak-anak orang miskin tak kira apa sahaja bangsa dan agama mereka. Pelajaran yang bakal diberikan bukanlah pelajaran yang biasa (common education) tetapi pelajaran yang berbentuk ‘kepelbagian’ (school of hard knock).
    YAYASAN PETRONAS
    kami mengimpikan agar suatu hari nanti, dapatlah impian ini direalisasikan dimana Yayasan seperti Yayasan PETRONAS ini dapat membawa kanak-kanak dari keluarga yang kurang mampu samaada dari luar bandar ataupun dari bandar, membawa mereka-meraka ini naik ke pelantar minyak PETRONAS dan berkenalan dengan SEMUA pekerja-pekerja di pelantar minyak PETRONAS. Jikalau perkara sebegitu dapat direalisasikan, maka terbuktilah ‘Impak Maksimum’
    kepada ‘Early child development’ dapat dilaksanakan. ‘Impak Maksimum’ towards ‘Self Development’ perlu dicari kerana PETRONAS juga memerlukan pekerja seperti ‘handyman’ di pelantar minyak yang faham tentang pengertian ‘Loyalty’. Selain itu, lawatan yang bukan sebarangan lawatan dapat membina tahap ‘Jati diri’ dan ‘Keyakinan Yang Tinggi’ kepada kanak-kanak.
    YAYASAN PERTONAS & PETRONAS
    Kesedaran untuk masuk ke stesen-stesen minyak PETRONAS adalah sangat perlu. Hanya PETRONAS sahaja yang tahu dan ada jawapannya.
    Salam hormat,
    [Nota: Esso-Mobil telah melaksanakan sistem wi-fi dan kopi ‘o’ & teh ‘o’ percuma, PETRONAS boleh melaksanakan ‘Perpustakaan Percuma’.]

  17. assalamualaikum…
    saya rasa perlu diperjelaskan dan diperbetulkan di sini bahawa bukan al-Quran Bahasa Melayu…tetapi tafsir @ terjemahan al-Quran dalam bahasa melayu…adalah antara ciri2 al-Quran itu berbahasa Arab…

  18. Selamat sejahtera Tun Dr. M,
    dalam al Quran mana-mana musyhaf dunia disebut bila menuduh seseorang berzina (atau liwat) perlu membawa 4 orang saksi…..
    Tun Dr. M dakwa Malaysia negara Islam….kenapa DSAI didakwa menggunakan kangaroo court berhakimkan Augustine Paul….berasaskan saksi Azizan yg mengaku berzina????? dah tak cukup saksi ke?
    Apakah Tun Dr. M ingat hukum dan undang undang Islam ini boleh dipilih-pilih sesuka hati Tun Dr. M
    Apakah dalam musyhaf Malaysia tidak ada keperluan 4 saksi….
    Kenapakah Tun Dr. M tidak tampil kehadapan menjadi saksi kerana dengan tidak berbuat begitu maka selamanya orang yang waras menganggap Tun Dr. M tidak benar dan DS Anwar lah yang menjadi mangsa kezaliman Tun Dr. M
    Ada berani ka?

  19. Terima kasih kepada Tun atas kesudian menerima kunjungan kami di Yayasan Kepimpinan Perdana. Terima kasih juga kerana menitip secoret kisah mengenai Yayasan Restu di dalam blog ini.
    Yayasan Restu tidak mungkin dapat ke tahap begini tanpa sokongan dari mereka yang perihatin mengenai pembangunan Ummah sebagaimana Tun. Melalui kesedaran mengenai betapa pentingnya memakmurkan kalam Allah ini sahaja mampu membawa ketelitian dan keindahan seni Al-Qur’an Mushaf Malaysia terbitan Yayasan Restu ke serata dunia.
    Oleh itu, sekiranya ada Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan Korporat serta individu yang ingin bersama memakmurkan kalam Allah, boleh lah menghubungi saya di Yayasan Restu 03 55119001 atau 013 3666005.
    Moga-moga segala usaha yang di lakukan kearah pembangunan Ummah melalui kerja-kerja memakmurkan Kalam Allah mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.
    [email protected]
    http://www.restu-art.com

  20. Tun;
    Alhamdulillah; keran dengan adanya usaha itu melonjakkan sedikit tahap kebolehan dan kemajuan orang kita.
    Kalau sebelum ini keperluan Al-Quran terjemahan ini yg terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Indonesia, Selatan Thailand, Negara Timur Tengah dan India, tapi kini kita telah usahakan sendiri.
    Tahniah kepada YAYASAN RESTU; kerana satu lagi kemajuan telah terlihat yang diusahakan orang kita tercapai. Walaupun masih banyak lagi bidang-bidang lain lebih mencabar (iaitu usaha penerokaan berbagai ilmu tersirat yg di saran Al-Quran itui).kita masih ketinggalan yg sepatutnya kita pelajari dan usahakan.
    Sepertimana kita lihat hari ini; kerja-kerja research & exploitation terhadap ilmu-ilmu tersirat dalam Al-Quran itu diterokai dan diamalkan oleh orang Barat saja & Cuma sedikit diamalkan oleh orang Islam sendiri. End

  21. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    ….
    4. Pihak Kerajaan Pusat pernah memberi bantuan kewangan kepada Yayasan Restu. Pihak Kerajaan Barisan Nasional Selangor pula telah beri secara percuma sebuah bangunan untuk usaha menulis Al-Quran, melatih penulis-penulis khad dan mempamer hasil usaha murni mereka.
    DAN KAMI PULA BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT MENENTU GERAK ISTERI TERCINTA KAMI MENCADANGKAN TAPAK BANGUNAN YAYASAN RESTU DISEKSYEN 11 BERHADAPAN MASJID NEGERI SUPAYA DIJADIKAN HUB AKTIVITI KEISLAMAN (TERMASUK KESENIAN) DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.
    SYABAS KAMI UCAPKAN KEPADA SELURUH KELUARGA YAYASAN RESTU DAN TINGKATKAN LAGI USAHA MURNI ANDA.
    KAMI JUGA MOHON IZIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010 KEPADA AYAHANDA DAN BONDA TUN DAN ANAKANDA2 CHEDET. CC.
    WAWASAN 2020 BUKAN TITIK PENYUDAH BAGI JENERASI MENDATANG IA BERMULA
    ALFATIHAH, AMIN.

  22. tun,
    yang penting kita mesti menyedarkan umat islam & non mjuslim tentang alquran, adalah al quran mukjizat nabi muhammad saw yg masihh kekal hingga hari , dunia moden. apa mukjizatnya? tiada manusia baik arab, melayu, cina , erropah @ yahudi boleh bawa seperti al quran walau sependek pendek surah. dan inilah buktinya keesaan allah & kebenaran agama islam berbanding agama lain.
    bukan hanya pasal khat, sejarah, penulisan dan sebaqgainya. teringat saya komen2 tun berkenaan islam ,masa tun jadi pm dulu dari isu potong tangan, janggut vs gillette, ugutan darurat sehingga ke isu hudud. hingga hari ni kupasan tun tentang islam masih sama.
    teringat kisah lama.

  23. Salam Tun,
    saya hadir semasa penyerahan hadiah al quran mushaf malaysia kepada Tun di Putrajaya. Kami wargakerja Yayasan Restu amat menyanjung tinggi atas bantuan Tun semasa Tun membuat lawatan rasmi ke Yayasan Restu suatu ketika dahulu semasa Tun masih menjadi PM. Saya kagum melihat Tun yang masih giat berjuang memertabatkan bangsa Melayu dan Agama Islam. Kami juga mengalu-alukan kunjungan Tun ke Yayasan Restu. Wassalam

  24. Salam Tun,
    Saya berpendapat orang Islam patut digalakkan membaca Al-Quran dalam bahasa yang mereka fahami supaya mereka dapat petunjuk dan pengajaran dari apa yang mereka baca. Kalau setakat nak simpan tulisan cantik aje, apalah sangat nilainya. Tuhan turunkan Al-Quran untuk dibaca, bukan untuk dijadikan perhiasan.

  25. Salam YAB dan diKasihi Tun,
    Alhamdullillah! Sambil menyelam minum air.
    Saya yakin usaha murni Tun untuk MEMPROMOSI keluaran Yayasan Restu akan membuahkan banyak lagi HASIL SAMPINGAN yang baik.
    Allah SWT akan memberi ganjaran PAHALA yang besar buat Tun kerana usaha-usaha Tun yang tidak mengenal penat-lelah dalam memartabatkan ISLAM di mata dunia.
    To me, Tun is an

  26. Tiada tuhan melainkan Allah.
    Allah mencipta langit dan bumi dan segala isi.
    Bahwa makhluk tiada kuasa.
    Yang berkuasa hanyalah Allah.
    Bukan makhluk yang memberi hidayah.
    Hidayah, petunjuk datang dari Allah..

  27. Alhamdulillah…lafaz syukur yang selayaknya bagi Allah yg Maha Esa. Dengan pendedahan yang sangat bermakna ini kami berdoa agar Allah swt akan sentiasa memayungi kerja amal yang sangat hebat ini. Yayasan restu. Simbolik dibelakang nama ‘Yayasan’ sebuah badan kebajikan yang akan sentiasa mendapat ‘Restu’ daripada Allah.InsyaAllah. Lebih-lebih lagi kita makhluk yang sentiasa bergelumang dengan sifat2 yang kurang baik namum di sana masih ada insan yang sanggup memikul tanggungjawab untuk menyalin kalam suci Allah yang bersifat kudus ini.
    Saya juga ingin menyarankan warga Malaysia khususnya dan warga seluruh dunia amnya mengambil sedikit waktu yang luang untuk menghadirkan diri melihat dan memerhati bagaimana perjalanan penulisan ini di laksanakan dengan jayanya.Tanpa jerih usaha yang tinggi memang tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang sangat hebat ini. Sebagai contoh, penyelam mutiara tidak akan mendapatkan mutiara tanpa usaha dan pengorbanan yang tinggi. Wassalam.

  28. Salam Tun,
    Terima kasih kerana memaparkan maklumat mengenai Yayasan Restu. Yayasan ini memang menjalankan tugas penting di dalam mengembangkan syiar Islam.
    DLSC
    the malay bible is not mostly for chinese or indians. it is for the bumiputera in sarawak and sabah like the dayak, iban, bidayuh , kadazan , etc.. they understand malay better especially those staying in the rural area.
    Not really. They understand their mother tongues better than Malay. The Iban and Kadazan bibles have been published in full since the 80’s and 90’s.
    There is a concerted effort worldwide to translate the bible into all the world’s languages. The Malay bible is meant to help Christian missionary work among the Malays.

  29. Alhamdulillah yang akhir itu lebih baik dari yang awal demikian ingatan Allah dalam surah Dhuha, jadi cenderahati Yayasan Restu ini bolehlah dikatakan cenderaiman kepada Tun.Nilainya tak terhingga dan tak boleh diukur dengan wang ringgit.
    Saya sarankan sebagai penasihat petronas yang untung berbilion ringgit agar dapat dikembalikan kepada kebajikan ummah. Bukan dengan pembaziran berupa hiburan dan lagra macam tertibat dengan F1 yang tak mendatangkan hasil demi kebajikan ummah terbanyak. Apakata jika Mushaf Mahathir dicetak dan minta Petronas sponsor dan edar seluruh mesjid di Malayia.baru nampak nikmat Allah melimpah ke Rumah-RumahNya seluruh negara. Moga dengan tak disangka-sangka ada telaga minyak baru ditemui, ini yang petronas kena faham dan ingat. Wasalam

  30. Salam Sejahtera Tun.
    Alhamdulilaah
    Terima Kasih Tun kerana berusaha memberi maklumat maklumat yang berguna.
    Insha Allah suatu hari nanti sampai di tempat tersebut.
    May Allah Bless U.

  31. dear malaymind,
    the malay bible is not mostly for chinese or indians. it is for the bumiputera in sarawak and sabah like the dayak, iban, bidayuh , kadazan , etc.. they understand malay better especially those staying in the rural area.

  32. ‘Saya rasa hairan mengapa Al-Quran boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, manakala kitab Bible tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Malaysia. Saya kekadang keliru tentang logik dan konsep keadilan Islam di Malaysia’
    ekompute,
    Bangsa India dan Cina sudah tentu tak guna terjemahan bahasa melayu kerana mereka guna bible Inggeris atau terjemahan bahasa ibunda mereka sendiri. Jadi untuk siapakah bible bahasa melayu ini melainkan untuk orang melayu Islam?
    Ia sudah tentu tidak adil kerana kita telah bersetuju agama lain bebas diamalkan di Malaysia namun ia sepatutnya tak boleh disebarkan kepada orang Melayu Islam (Rujuk perlembagaan).
    Untuk itu, Bible terjemahan bahasa Inggeris, Cina dan India sudah cukup untuk jamin keadilan beragama di Malaysia.

  33. Salam Tun
    Alhamdullillah…semoga kita akan lebih mendekati al-quran kalam allah yang sering kita lupakan. dengan adanya penerangan dalam bahasa melayu akan menyenangkan kita untuk memahami terjemahan yang tertulis didalamnya kerna didalamnya telah terungkap segala persoalan yang bermain diminda manusia..

  34. Good morning Ayahanda,
    I am ver happy to know that there is AL-QURAN DAN YAYASAN RESTU………
    There is a criminal case of one young Chinese man (age less then 20 years old), and he is not so educated and come from a religious and average family….. This case was written in our Nanyang’s magazine – FEMININE some time early this year. However, this young man claimed that he did not rape and murder her girl friend (a teenager in our Form 5 level), and is in our Prison now..according to this magazine…..our PDRM said that the police could not find any proof and evidence that this girl was not murdered by the boy friend. According to this young man, he told her parents that he quarrelled with her in the car, and leave her at the middle of secluted road in the forrest……… After some time, this young man realised that he should have not leave her alone there and u-turned his car to the place that he had left her, and found her death. He took her body into his car and sent her back to his “kampung” to bury her withouth telling his family because of panic, fear or oppression due to no proper education??
    Maybe this young man do not know much of our criminal acts which he could not obtain since he could not qualify himself to our FORM 6’s Pengajian Am……… And his parents could not do anything, am I am wondering did they apply for our state government PSD’s attoney (Public Servive Department-Attoney and Public Service Lawyers to serve the poor) since they are not rich….. And I hope that our so-called Chinese party members would look into this matter in detail, and they cannot just have “tidak apa” attitude to let this young man kept in prison for life without fair trial………
    From the print and online news, especially the Chinese print presses, this was one of the shocking case similar to the late Candy Ong who was raped, murdered and burnt, and her body was found in Jalan Klang Lama…..and the murderer was sentenced to hang till death. The murderer was convicted because our late Candy Ong came from well to do and educated family, hence, her case was solved because her parents know our common crminal law………
    Our PSD is a non-profit organisation, and the government must have allocated some budget to help and look into these Chinese unsolved murder cases who may not understand Bahasa Malaysia and English due to their ignorant in these most 2 most important languages………
    I hope that all members who joint registered parties due to cepat kaya from Whom You Know..and this “slogan” is outdated and uncivilised…in Malaysia, and these members who are still in denial stage, then they are the :-
    1. Copy Dog of Copy Cat..
    2. Copy Elephant of Copy Dog…
    3. Copy Elephant of Copy Fish….
    and so on until “dunia khiamat”……… and in aphabetical order of ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYX..ABCD…and so on…. In Malaysia, the Chinese writing is similar to BM and English writing, and they start from left to Right………
    Looking at this so-called 3rd force (3rd generation) “strip dancing” is really disgusting, moronic and uncivilised……… and I sincerely hope that Dr Chua Soil Lek would assist YB Ong TK to make sure MCA is not A Chinese Gangsterim Association (atau Association Gongsi Gelap which was passed down from the ancestors) and turned MCA into MCO – Malaysia Chinese Organisation and the reputation of this 2×5 members have indeed rotten their ancestors….; that cannot be pakai, just like Japan LDP changed to Japan DP, and other parties may follow this latest trend in the world by replacing the old rotten parties so that they and their generation can start new and fresh for another 50 years………and the common trend is applied to all people in the world………
    Happy New Year Ayahanda Tun.

  35. Salam Tun. Memang sepatutnya usaha mempertahankan dan memartabatkan karya seni halus pada Al-Quran ini diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Siapa lagi yang patut memartabatkannya kalau bukan kita umat Islam. Dan apa yang lebih penting penghayatan dan pengamalan ajaran Al-Quran perlu dititikberatkan. Lihatlah gejala sosial yang melanda orang Islam Melayu sekarang ini. Kadang-kadang saudara baru (muallaf) lebih islamik dari kita yang dilahirkan beragama Islam.

  36. TAHNIAH MALAYSIA….CUMA DIHARAPKAN A TIDAKLAH KEKAL SEBAGAI TULISAN SHJ.. IA MESTI ADA SEPERTI ROHNYA UNTUK MENYEMAI SIKAP MULIA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA….2020

  37. Dear Tun,
    May I say that the topic of the day is not as hot as yesterday. But much KUDOS to you by bringing up this topic just to cool down our temperaments to what is going on with our government nowadays. Once upon a time in Malaysia I’ve dreamed of becoming an Al Hafiz, I was sent to school in one of the religious school (http://www.smkamh.bpi.edu.my/) I have failed myself on that quest.
    I got nobody to blame but myself, not the school , not the teacher , nobody but me. UMNO AND THE Government the best to uphold the quran to us.
    KUDOS to the government and UMNO.

  38. salam bahagia,
    tak berapa tahu adanya Al-Quran dalam bahasa melayu hasilan dari Yayasan Restu sebelum ini.syabas kepada yayasan ini menghasilkan Al-Quran dalam bahasa melayu.Islam itu indah dan Islam itu memudahkan.
    di sini nampaknya peranan besar mesti dibuat oleh jabatan agama negeri mempromosi dan penggunaannya kepada orang ramai.sangat penting untuk difahami dan menjadi panduan hidup setiap masa.apatah lagi dengan kecelaruan pada orang melayu ketika ini dengan masalah akhlak,dadah,pertentangan aliran/fahaman.
    kepada jabatan agama,inilah peluang bagi memulihkan kembali fungsi yang telah tiada(kecuali dalam kes nikah kahwin,cerai,khalwat).inilah sebenar-benar peranan tuan-tuan yang ada di jabatan ini dalam usaha menggalakkan penghayatan Al-Quran membawa kepada arah hidup yang semakin baik.
    kepada najib,muhyiddin,menteri2,pemimpin pembangkang spt.anwar,nizar dan lain2 inilah kemudahan rujukan dalam bahasa melayu dalam membuat keputusan penting kerana tuan-tuan semua memegang amanah besar.nik aziz pun mesti ulangkaji lagi supaya Islam akan dilihat sempurna dan tinggi.

  39. Y.Bhg Tun,
    Alhamdulillah dan syukur, moga usaha yang murni ini akan berterusan hingga keakhir zaman insyallah.

  40. assalamualaikum,, kepada tun yg di kasihi,,
    insyaallah,, sya pasti akan membawa keluarga sya pergi ke yayasan restu, utk melihat sendiri bagai mna cara mereka membuat kemahiran khat yg tinggi,,

  41. SALAM BUAT TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
    1) AL-QURAN IALAH KATA-KATA ALLAH S.W.T. UNTUK MENYALIN KEPADA BAHASA KITA IAITU BAHASA MELAYU, PERLULAH SESEORANG ITU MENGUASAI BAHASA IBUNDANYA SENDIRI SECARA KEPAKARAN DAN TERBUKTI KEMASYURAN DALAM MENGUASAI BAHASA IBUNDANYA ITU.
    2) JIKA TIDAK MAMPU CETAKKANLAH KEMBALI DARI PENAFSIR YANG ORIGINAL DAN TERKENAL DENGAN KEMASYURAN DARI SEGI AKHLAK LUAR DAN DALAMNYA.JUGA TELAH TERMAHSHOR DALAM BAHASA IBUNDANYA.
    3) ALLAH S.W.T MENGGINGGATKAN KITA BAHAWA NABI MUHAMMAD S.A.W IALAH NABI TERAKHIR YANG TELAH DIBENTUK BERAHKLAKKAN AL-QURAN DAN TIADA LAGI SELEPASNYA. OLEH ITU PENAFSIRAN KEPADA BAHASA LAIN MEMERLUKAN SESEORANG ITU TERLALU AHLI DALAM BAHASA ARAB DAN IBUNDANYA.
    4) KEAHLIAN ITU PERLU DI BUKTIKAN DALAM ILMUANNYA TERHADAP TULISANNYA DAN LISANNYA DENGAN KESANGGUPAN MEMBUKTIKAN BAHAWA TAFSIRAN DALAM BAB HADISNYA DARI AHLI DIAKUI OLEH RASULLULLAH S.A.W. DAN BUKAN GOLONGAN YANG AHLI BAHASA ARAB SECARA MENGIMBAS PERCERITAAN KEFAHAMANNYA.
    6) INGAT ALLAH S.W.T PASTI MENGGAZAB ORANG-ORANG YANG MENGGUNAKAN NAMA ALLAH S.W.T DAN NABINYA MUHAMMAD S.A.W DENGAN MEREKA-REKA CERITA YANG TIDAK BENAR.
    7) KITALAH PEWARIS-PEWARIS YANG AKAN MENJALANKAN SEGALA KEHENDAK ALLAH S.W.T DI DUNIA INI.
    WALLAHU’ALAM

  42. Salam buat Tun..
    Alquran dibuat begitu cantik kulit dan tulisan nya dari masa kesemasa,
    tetapi malang nya umat islam kini tidak mengamal alquran secantik itu.Ramai yang tidak merujuk kepada alquran tetapi lebih cenderung merujuk kepada kitab karangan dan pendapat manusia yang bergelar ulama.Sedangkan itu ditegah olih Allah.Alquran hanya untuk dibaca dan dilagukan seperti lagu hindustan.Pengamalan kebanyakan merujuk kepada kitab karangan/pendapat manusia.Contoh nya kes Dr.Asri, kedua belah pihak memberi hujah merujuk kepada kitab.Maka kedua-dua nya adalah lah Ahli Kitab..Kalau zaman rasullullah ahli kitab adalah orang yahudi tetapi di akhir zaman ini sekeliling kita adalah ahli kitab.
    Semoga Tun sentiasa berbahgia..

  43. Ramai bebudak hari ni tak tahu mengaji. Alif ba ta pun tak tau. Apa nak jadi la. Emak bapak pulak tak ambil berat, serah kat sekolah agama je semata mata. Ajar anak anak tu mengaji, kalau malas rotan dia, tibai jangan tak tibai. Kawan kawan saya pun ramai tak pandai mengaji. Ada yang ingat ingat lupa. Ada yang ingat tak ingat. Nanti dah kahwin tak tau nak ajar anak mengaji. Mana kan sama belajar mengaji kat sekolah dengan kat rumah, lain, totally different bak kata orang putih, he he he. Ibarat langit dan bumi. Macam mana la kita nak memperkasakan Islam kalau perkara seperti ini kita ambil remeh. Ini asas ni. Tak tau mengaji macam mana nak bersembahyang. Kalau dah sepanjang hayat tak sembahyang terlokop la tiang agama. Tak payah la kecoh kecoh pasal masyarakat Islam lain di luar negara, diri sendiri pun tak terbela. Fiisabilillah.

  44. Tok Det,
    Alhamdulillah.. sebanyak-banyak cara dakwah, siapa sangka cara sebegini dapat membantu mengembangkan Islam di kalangan manusia sejagat…
    Mudah-mudahan usaha Yayasan Restu ini sentiasa dirahmati dan diredhai Allah..
    Wassalam..

  45. “3. Sekarang Yayasan Restu telah berjaya mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang disahkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab dalam Kerajaan.” (Tun Dr. Mahathir)
    Dalam bahasa Melayu dan Inggeris!!! Syabas! Ini memanglah khabar baik kerana sudah ada perubahan mengenai sikap pihak yang berkuasa! Tak degil lagi and boleh terima cadangan untuk terbuka pintu kepada golongan orangramai yang tidak berfasih dalam Bahasa Arab!

  46. “Sekarang Yayasan Restu telah berjaya mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang disahkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab dalam Kerajaan.”
    Saya rasa hairan mengapa Al-Quran boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, manakala kitab Bible tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Malaysia. Saya kekadang keliru tentang logik dan konsep keadilan Islam di Malaysia.

  47. Tun,
    saya hendak bertanyakan 1 soalan pada Tun,bolehkah Tun menjadi Perdana Menteri semula?
    kalau Tun jadi PM kan seronok….

  48. Assalamualaikum Tun,
    Suatu yang boleh dibanggakan lagi,Alhamdulillah.
    Al’Quran bukan untuk disimpan,dijadikan hiasan,dijadikan hantaran perkahwinan,tetapi hendaklah dibaca,dan difahami…
    wassalam.

Comments are closed.